SlideShare a Scribd company logo
1 of 52
Download to read offline
PANDUAN PERNIAGAAN
PERKHIDMATAN TADIKA
HAKCIPTA TERPELIHARA
Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada
penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk
yang boleh diperolehi semula atau disiar dalam sebarang bentuk
dengan apa cara, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau
sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi.
Penerbitan Oleh
INSTITUT KEUSAHAWANAN NEGARA
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
DAN KOPERASI
©
KANDUNGAN
1. Pengenalan 1
2. Proses Penubuhan Tadika 3
3. Kajian Pasaran 7
4. Pendaftaran Tadika 14
5. Strategi Operasi Perniagaan Tadika 25
6. Strategi Pemasaran Perniagaan Tadika 30
7. Strategi Pentadbiran Perniagaan Tadika 37
8. Implikasi Kewangan Perniagaan Tadika 39
9. Faktor-Faktor Kejayaan 47
1
1 PENGENALAN INDUSTRI
1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Matlamat utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan
ialah untuk memastikan perkembangan murid yang
menyeluruh, bersepaduan seimbang. Bagi mencapai
tujuan ini, Kementerian Pelajaran memberi tumpuan
terhadap dua pertimbangan utama dalam menggubal
kurikulum prasekolah untuk kanak-kanak berumur
antara empat hingga enam tahun, iaitu:
• Melengkapkan golongan kanak-kanak dengan
pengalaman kehidupan harian yang selaras
dengan tahap sperkembangan mereka.
• Membekalkan asas persediaan untuk menjalani
pendidikan formal kelak.
1.2 Senario Pendidikan Pra Sekolah
Program pendidikan prasekolah memberi
pendedahan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni
kepada kanak-kanak secara praktikal dan tidak formal
serta dalam suasana yang menyeronokkan melalui
pendekatan bermain sambil belajar. Pendekatan ini
merupakan satu kaedah yang fleksibel, dinamik,
komprehensif, interaktif dan pembabitan dalam aktiviti
bilik darjah yang mementingkan penerokaan serta
yang menggalakkan naluri ingin tahu di kalangan
kanak-kanak.
1.3 Definisi Pendidikan Pra Sekolah
Terdapat dua bentuk pengurusan pendidikan
prasekolah dalam negara, iaitu:
2
1.3.1 Pengurusan TASKA
Taska merupakan singkatan daripada “Taman Asuhan
Kanak-Kanak”. Mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-
Kanak 1984 seksyen 2 mentakrifkan Pengurusan TASKA
sebagai mana-mana premis yang menerima masuk 4
orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur 4 tahun, lebih
dari satu isi rumah untuk dijaga dengan upah. Di bawah
Seksyen 5 akta yang sama membahagikan taska kepada
2 kategori iaitu TASKArumah yang menerima kurang dari
10 orang kanak-kanak dan TASKAinstitusi pula menerima
lebih dari 10 orang kanak-kanak di bawah jagaan mereka.
1.3.2 Pengurusan Tadika
Tadika merupakan singkatan daripada Taman Didikan
Kanak-Kanak. Takrif tadika tidak dinyatakan dengan jelas
dalamAkta Pendidikan 1961. Bagaimana pun pengurusan
tadika boleh difahamkan sebagai mana-mana premis yang
menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur
5hingga6tahununtuktujuanmenerimapendidikandengan
upah. Matlamat utama pendidikan di peringkat tadika ialah
sebagai persediaan awal ke alam persekolahan formal
apabila kanak-kanak tersebut berumur 7 tahun.
1.4 Kandungan Program Prasekolah
Berdasarkan statistik Kementerian Pelajaran, bilangan
Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) sehingga Jun 1999
ialah 2,380 buah dengan seramai 286,900 murid-murid.
Kementerian Pelajaran sedang mengkaji untuk
mewajibkan pendidikan prasekolah di kalangan kanak-
kanak berumur lima tahun untuk membolehkan mereka
menamatkan alam persekolahan pada usia 18 tahun
berasaskan kepada sistem pendidikan yang
diamalkan di Amerika Syarikat (Berita Harian, 2 Januari
2000).
Ada pasaran
Tidak Lulus
Tidak Lulus
Lulus
Lulus
Bab 5 - 8
Bab 4
Bab 3
3
2 PROSES PENUBUHAN TADIKA
2.1 PROSES PENUBUHAN
Proses penubuhan perkhidmatan tadika adalah
seperti berikut:
Usahawan
Melakukan Kajian Pasaran
Penetapan Premis/Lokasi
(Sewa/Beli/Dirikan)
Pendaftaran Perniagaan
(ROB/ROC)
Memohon Lesen Perniagaan
(Kerajaan Tempatan)
Memohon Kelulusan
(Pendaftaran Dengan Jabatan
Pendidikan)
Pelaksanaan
4
Terdapat lima langkah dalam proses penubuhan sebuah
tadika. Langkah pertama, setiap usahawan perlu
mempersiapkan diri dari segi pengetahuan, kemahiran dan
tingkahlaku yang sesuai dengan ciri-ciri perniagaan
perkhidmatan tadika. Sila rujuk kepada faktor-faktor kejayaan
bagi sesebuah perniagaan tadika dalam bab 8.
Langkah kedua ialah melakukan kajian pasaran di kawasan
sasaran yang telah ditentukan. Kajian pasaran dilakukan
dengan tujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapatnya
permintaan terhadap perkhidmatan tadika di kawasan
sasaran pasaran. Penerangan lanjut mengenai kajian pasaran
di nyatakan dalam bab 3. Kajian pasaran menerangkan
tentang aspek-aspek penting yang perlu diambil kira semasa
melakukan kajian pasaran.
Jika kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa wujudnya
pasaran bagi perkhidmatan tadika, maka usahawan perlulah
menetapkan premis atau lokasi perniagaan. Mereka boleh
memilih sama ada untuk menyewa atau membeli bangunan
premis yang sesuai untuk dijadikan tadika. Jika usahawan
memilih untuk menyewa bangunan tersebut, satu ikatan
perjanjian sewaan perlu dibuat bagi menjamin hak penyewaan
dalam tempoh yang dipersetujui bersama di antara penyewa
dan pemilik bangunan. Jika usahawan mengambil keputusan
untuk membeli bangunan berkaitan, mereka boleh sama ada
menggunakan sumber kewangan sendiri atau mendapatkan
pembiayaan dari mana-mana institusi kewangan berdekatan.
Usahawan juga boleh mempertimbangkan untuk mendirikan
sendiri bangunan premis tadika. Bagi tujuan ini mereka perlu
memastikan bahawa mereka telah mempunyai tapak
bangunan yang sesuai.
5
Sebaliknya jika kajian pasaran menunjukkan bahawa tiada
pasaran terhadap perniagaan perkhidmatan tadika maka
usahawan perlu melakukan kajian pasaran di kawasan yang
lain. Beberapa siri kajian pasaran terpaksa dilakukan bagi
kawasan berbeza sehingga hasil kajian memberi keputusan
bahawa wujudnya pasaran bagi perniagaan perkhidmatan
tadika.
Langkah ketiga ialah memajukan permohonan pendaftaran
perniagaan/syarikat kepada Pendaftar Perniagaan atau
Pendaftar Syarikat. Jika usahawan memilih untuk menubuhkan
sebuah entiti perniagaan perseorangan atau perkongsian,
permohonan tersebut boleh dimajukan kepada pendaftar
perniagaan. Jika mereka memilih untuk menubuhkan sebuah
syarikat sendirian berhad maka permohonan tersebut perlu
dimajukan kepada Pendaftar Syarikat. Proses pendaftaran
perniagaan diterangkan dalam Bab 4.
Langkah keempat ialah memohon lesen perniagaan
dengan pihak kerajaan tempatan (majlis perbandaran/daerah).
Lesen perniagaan diperlukan bagi membolehkan sesebuah
perkhidmatan dapat dijalankan secara sah di tapak premis
yang ditetapkan.
Langkah ke lima ialah memohon surat kelulusan
menjalankan perkhidmatan tadika. Permohonan tersebut
hendaklah dimajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri. Jika
usahawan bercadang untuk menjalankan perkhidmatan tadika
berasaskan konsep pengurusan agama, maka permohonan
tambahan hendaklah dimajukan kepada pihak JabatanAgama
Islam Negeri. Setiap pengurusan tadika adalah tertakluk
kepada garis panduan pengendalian tadika yang dikeluarkan
oleh Kementerian Pelajaran (sila lihat Lampiran I).
6
Apabila semua lesen dan surat kelulusan telah diperolehi,
barulah sesebuah perkhidmatan tadika dapat dijalankan
secara sah. Pengiktirafan sebagai sebuah entiti perniagaan
yang sah dari segi undang-undang mempunyai implikasi
penting kepada usaha untuk mendapatkan sebarang
pembiayaan dari institusi kewangan tempatan. Ini kerana pihak
pembiaya hanya akan membiayai mana-mana operasi
perniagaan yang sah dari segi undang-undang sahaja.
Dalam aspek pelaksanaan operasi perkhidmatan tadika,
setiap usahawan perlu mengamalkan kaedah pengurusan
yang sesuai. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk bab
5 hingga bab 8 mengenai strategi operasi, pentadbiran,
pemasaran dan kewangan.
7
3 KAJIAN PASARAN
3.1 PENGENALAN
Sebelum usahawan menceburi perniagaan
perkhidmatan tadika, kajian tentang kewujudan
pasaran perlu dibuat terlebih dahulu. Kajian ini akan
dapat memberi gambaran menyeluruh mengenai
pasaran di lokasi yang telah dipilih. Di samping itu,
usahawan juga dapat membuat keputusan sama ada
perniagaan perkhidmata tadika boleh dijalankan
di lokasi berkenaan.
3.2 Metodologi Kajian
3.2.1 Fasa Pertama : Data Asas
Dalam fasa pertama ini, usahawan perlu meneliti
beberapa faktor asas yang kritikal bagi menjamin
kedudukan perniagaan/syarikat pada jangka masa
panjang. Sumber data yang dikaji boleh diperolehi
melalui data sekunder (secondary data) yang
disimpan di Jabatan Statistik, pejabat perbandaran
dan majlis daerah. Sekiranya data tidak dapat
diperolehi, usahawan mestilah mengadakan kajian
sendiri di lokasi yang dipilih Contoh format keperluan
data dinyatakan pada muka surat 11.
Perkara-perkara yang mesti dikaji dalam fasa pertama
ialah:
• Profil isi rumah dalam lingkungan 10
kilometer
Antara data yang mesti diperolehi ialah jumlah
famili, pecahan mengikut bangsa dan data
penduduk mengikut umur.
8
• Profil Persaingan
Di samping itu, usahawan perlu juga mengkaji
tentang kemungkinan wujudnya tadika yang sedia
ada. Data yang dikaji mesti meliputi jumlah
persaingan (disenaraikan semuanya mengikut
alamat), konsep pembelajaran setiap
tadika yang ada dan jumlah pelajar. Kelebihan dan
kekurangan pesaing boleh dikaji dengan
menemuduga pelanggan-pelanggan kepada
perkhidmatan tadika yang sedang beroperasi.
3.2.2 Fasa Kedua : Perincian Profil Pasaran
Sekiranya kajian fasa pertama mendapati bahawa
usahawan boleh membuka satu lagi perniagaan
perkhidmatan tadika di lokasi berkenaan, maka kajian
lebih terperinci hendaklah dibuat tentang profil pasaran
yang ingin dimasuki. Kajian ini seharusnya memberi
maklumat kepada usahawan untuk membuat keputusan
tentang strategi perniagaan yang akan dijalankan.
Contoh, pendapatan isi rumah atau ketua keluarga akan
memberi input kepada usahawan tentang harga
perkhidmatan yang hendak ditawarkan. Contoh format
dan soalan bagi kajian profil pasaran fasa kedua
dinyatakan pada muka surat 14.
Dalam fasa kedua ini, usahawan harus mengkaji sendiri
data yang diperlukan di lokasi yang telah dipilih, kerana
data yang berkenaan amat sukar diperolehi melalui data
sekunder. Sekiranya mampu, usahawan juga boleh
mengupah syarikat perunding untuk menjalankan kajian
berkenaan.
9
3.3 ANTARA FAKTOR YANG DIAMBIL KIRA BAGI
MEMULAKAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN
TADIKA
• Populasi yang ramai berumur antara 4 tahun hingga
6 tahun.
• Tiada persaingan langsung (belum ada perniagaan
tadika).
• Ada persaingan tetapi masih belum dapat memenuhi
permintaan sepenuhnya.
• Terdapat persaingan, tetapi hanya menawarkan
konsep pembelajaran yang t erhad. Misalnya, masih
ada ruang untuk menawarkan konsep pembelajaran
Montessori yang belum diperkenalkan lagi.
• Ada persaingan, tetapi khusus untuk satu bangsa
sahaja.
10
FORMAT KAJIAN PASARAN
FASA I
A. PROFIL PASARAN
1 Jumlah Kampung/Seksyen di Kawasan Lingkungan 10 km.
Nama Kampung/Seksyen Bilangan Isi Rumah
1
2
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Jumlah
2. Data Penduduk Mengikut Bangsa
Bangsa Jumlah
1.
2.
3.
4.
5.
Jumlah
11
3. Data Penduduk Mengikut Umur
Umur Bilangan
Itahun
2 tahun
3 tahun
4 tahun
5 tahun
6 tahun
7 - 12 tahun
13 - 17 tahun
18 tahun ke atas
4. Data Persaingan
Nama dan Alamat Tadika Konsep Bilangan Pelajar
1.
2.
3.
5. Data Persaingan (Samb.)
Nama danlamat Tadika Kekuatan Kelemahan
1.
2.
3.
12
13
FORMAT KAJIAN PASARAN
FASA 2
1 Pendapatan isi rumah
Kurang RM 1000
RM 1001 - RM 1500
RM 1501 - RM 2500
RM 2501 - RM 5000
Melebihi RM 5000
2. Kenderaan yang dimiliki
Tiada kenderaan sendiri
Motosikal
Kereta
Lain-lain : Nyata
3. Adakah anda suami-isteri bekerja ?
Ya Tidak
4. Sektor pekerjaan ketua keluarga
Kerajaan
Swasta
Berniaga
5. Adakah anda merancang untuk menghantar anak anda
ke Sekolah
Tadika ?
Ya Tidak
6. Nyatakan jenis atau konsep pembelajaran yang anda lebih
minat untuk anak anda pelajar :
Konsep agama Montenssori KBSR
Konsep 3M Lain-lain, nyatakan
4. PENDAFTARAN TADIKA
4.1 Proses Penubuhan dan Pendaftaran Perniagaan
Syarikat
Terdapat tiga bentuk perniagaan yang boleh
ditubuhkan bagi mengendalikan perkhidmatan tadika,
iaitu perniagaan perseorangan (sole proprietorship),
perkongsian (partnership) dan syarikat sendirian
berhad (private limited company). Mengikut Akta
Pendaftaran Perniagaan 1956, semua bentuk
perniagaan perseorangan dan perkongsian
dikehendaki mendaftar dengan Pejabat Pendaftar
Perniagaan (Registrar of Business - ROB) sebelum
memulakan perniagaan. Kaedah pendaftaran bagi
setiap bentuk perniagaan adalah seperti berikut:
Perniagaan Perseorangan
Sebelum memulakan pendaftaran perniagaan,
pengusaha dikehendaki mengisi borang carian nama
yang boleh diperoleh daripada ROB bagi memastikan
tiada pertindihan terhadap nama yang dipilih. Jika
nama tersebut diluluskan, pengusaha boleh
meneruskan langkah-langkah berikut:
Dapatkan Borang A dari ROB
Lengkapkan Borang A
Borang Yang Telah Dipenuhi Hendaklah Disahkan Oleh
Pesuruhjaya Sumpah
Serahkan Borang A Dengan Menyertakan Kad Pengenalan
14
15
Pendaftaran perniagaan hanya sah untuk satu tahun sahaja
dan perlu diperbaharui setiap tahun. Jika terdapat sebarang
perubahan terhadap maklumat perniagaan seperti alamat,
rakan kongsi baru, cawangan baru dan sebagainya,
pengusaha hendaklah mengisi Borang B. Jika pengusaha
ingin menamatkan operasi perniagaan, pengusaha perlu
memenuhi Borang C yang boleh diperolehi daripada ROB.
Pengusaha juga dikehendaki memulangkan sijil pendaftaran
asal (Borang D).
Perkongsian
Lazimnya, kaedah pendaftaran perkongsian adalah serupa
dengan pendaftaran perniagaan perseorangan.
Bagaimanapun, setiap rakan kongsi dikehendaki mengisi
borang butir-butir ahli kongsi (Borang P.N.A. - 1A) secara
berasingan.
Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)
Syarikat Sdn. Bhd. boleh ditubuhkan dan didaftarkan dengan
Pejabat Pendaftaran Syarikat (Registrar of Company - ROC)
berpandukan kepada langkah-langkah berikut :
Pilih Nama Syarikat
Dapatkan Kelulusan ROC Bagi Nama Yang Dipilih
Penuhkan Borang-Borang Yang Berkaitan
Penuhkan Lampiran A
16
Pemilihan Nama Syarikat
Serahkan Borang 13 A bagi mendapatkan kebenaran
menggunakan nama yang dicadangkan. Penggunaan
nama hendaklah seratus peratus dalam bahasa Melayu
atau seratus peratus Bahasa Inggeris dan tidak melebihi
50 huruf termasuk perkataan Sendirian Berhad atau Sdn.
Bhd.
Borang-Borang Yang Perlu Dikemukakan
Borang-borang berikut perlu dikemukakan semasa
menubuhkan syarikat :
• Borang 6 : Surat akuan berkanun mengenai
pematuhan segala peraturan.
• Borang 48 A : Akuan berkanun sebelum perlantikan
menjadI pengasas atau pengarah.
• Memorandum danArtikel Persatuan.
• Salinan surat kelulusan.
Jika pihak ROC berpuas hati dengan permohonan yang
telah dikemukakan, sijil perbadanan akan dikeluarkan
dan syarikat boleh memulakan beroperasi menggunakan
nama yang didaftarkan.
Lampiran A
Lampiran ini hendaklah diisi dalam tiga salinan dan
dikembalikan kepada ROC bersama dokumen-dokumen
syarikat. LampiranA memuatkan nama syarikat, objek
pertama, modal dibenarkan, alamat pejabat yang
didaftarkan dan butir-butir pengarah.
4.2 PENDAFTARAN DENGAN JABATAN PENDIDIKAN
Pendaftaran tadika adalah melalui proses-proses berikut
17
Mengemukakan Permohonan Penubuhan Kepada Jabatan
Pendidikan Negeri
Lawatan Kesesuaian Oleh Jabatan Pendidikan Negeri
Mengemukakan Borang Permohonan Pendaftaran
Kepada Jabatan Pendidikan Negeri
Jabatan Pendidikan Mendapatkan Pandangan dan Sokongan
Daripada Agensi-Agensi Berkaitan
Surat Kelulusan Dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan
Dengan Syarat-Syarat Tertentu
Jabatan Pendidikan Mengeluarkan
Sijil Pendaftaran Sekolah
Permohonan Kepada Jabatan Pendidikan Negeri
Pemohon hendaklah mengemukakan surat permohonan
kepada Unit Pendidikan Swasta, Pendaftar Sekolah-Sekolah
di Jabatan Pendidikan Negeri masng-masing. Pemohon
hendaklah menyatakan dengan ringkas tujuan penubuhan,
kaedah kursus ditawarkan dan alamat tetap lokasi yang dipilih.
Permohonan hendaklah disertakan :
• Pelan lokasi lengkap (lakaran) kedudukan dan pandu
arah kawasan sekeliling.
• Pelan tapak bilik-bilik lengkap berukuran (lakaran).
18
• Nama tadika beralamat penuh 3 km sekeliling/300 buah
rumah (bagi kawasan taman perumahan).
• Surat persetujuan jiran-jiran terdekat mengandungi nama,
nombor kad pengenalan, alamat rumah dan tandatangan
penghuni/tuan punya rumah tidak kurang daripada sepuluh
buah rumah jiran.
• Surat perjanjian sewa bangunan (tenancy agreement).
• Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CF).
• Kertas Kerja.
Lawatan Kesesuaian Oleh Jabatan Pendidikan
Satu surat jawapan penerimaan kertas kerja secara bertulis
akan dikeluarkan dan meminta pemohon menghubungi pihak
jabatan untuk menentukan tarikh lawatan..
Mengisi Borang Pendaftaran
Semua borang rasmi permohonan pendaftaran akan diberikan
kepada pemohon selepas lawatan.
Mendapatkan Sokongan Dari Agensi Berkaitan
Setelah borang permohonan disemak, bagi mendapatkan
pandangan dan sokongan, Jabatan akan mengeluarkan surat
kepada :
• Pihak Berkuasa Tempatan
• Jabatan Bomba dan Penyelamat
• Pendaftar Perniagaan (ROB/ROC)
Surat Kelulusan dan Tawaran Syarat
Setelah menerima sokongan dari agensi berkenaan di para
5, surat kelulusan akan dikeluarkan kepada pemohon dengan
syarat-syarat tertentu.
Sijil Pendaftaran
Sijil Pendaftaran Sekolah akan dikeluarkan setelah pemohon
bersetuju dengan syarat yang dikenakan.
19
Format kertas kerja permohonan penubuhan tadika
dengan Jabatan Pelajaran dan permohonan pinjaman
dari institusi kewangan.
4.3 PERATURAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Perancangan
• Mengemukakan pelan-pelan clan clokumen-clokumen.
• Pelan-pelan :
- Pelan tapak
- Pelan lantai
- Lukisan keratan
- Lukisan tampak
• Urusan tanah/percukaian :
- Salinan hakmilik tanah yang disahkan oleh
Pejabat Tanah Daerah.
- Salinan cukai taksiran
- Salinan cukai tanah
• Dokumen-dokumen lain :
- Gambar-gambar tapak
- Surat perjanjian/kebenaran dari pemilik bangunan
(jika disewa)
- Surat sokongan dari pemilik/penghuni bangunan/
lot bersebelahan
Kesesuaian Tapak
• Jenis bangunan yang sesuai.
• Rumah sebuah (banglo).
• Rumah berkembar.
• Rumah teres (lot tepi dengan kawasan lapang dan
tidak menyebabkan kesesakan dan gangguan
lalulintas).
• Rumah pangsa (tingkat bawah).
• Bangunan pejabat (tingkat 1 hingga 2 kecuali dengan
sokongan Jabatan Perkhidmatan Bomba).
• Bangunan komersil (mengikut sokongan Jabatan
Perkhidmatan Bomba).
• Bangunan kilang (mengikut sokongan Jabatan
Kesihatan dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerja).
20
Kesesuaian Tanah
• Tidak terletak di hadapan jalan utama. Jalan keluar masuk
sekurang-kurangnya 10 meter dari simpang utama.
• Mempunyai kawasan permainan yang secukupnya di luar
bangunan pusat.
Kehendak Pengiklanan
• Ditulis dalam Bahasa Melayu.
• Kedudukan di tempat yang sesuai.
Kehendak Bangunan
• Kehendak tangga (sekiranya bangunan bertingkat) :
- Mempunyai dua tangga (laluan) bagi masa kecemasan.
- Tangga kayu dan konkrit hendaklah di atas permaidani
atau bahan lembut.
- Tangga hendaklah dipasang dengan pagar (railings)
dengan ketinggian sesuai denganketinggian kanak-
kanak.
Kehendak Pengudaraan dan Pencahayaan
• Pengudaraan boleh kawal hendaklah 20% daripada
keluasan lega lantai.
• Pengudaraan bebas hendaklah 10% daripada keluasan
lega lantai.
• Pencahayaan semulajadi hendaklah 20% daripada
keluasan lega lantai.
Kehendak Tingkap dan Pintu
• Semua pintu dan tingkap hendaklah dibuka dari bahagian
dalam.
• Tingkap jenis bebilah (louvres) tidak dibenarkan.
• Semua pintu dan tingkap di tingkat atas bangunan yang
dipasang dengan jeriji hendaklah dari jenis yang boleh
dibuka.
• Semua jeriji yang digunakan di tingkat bawah hendaklah
dari jenis yang tidak tajam dan merbahaya serta boleh
dibuka.
• Menyediakan dua pintu yang berasingan (1 hadapan dan1
belakang).
21
Kehendak Kegunaan Ruang
• Menyediakan ruang untuk kemudahan belajar dan
bermain.
• Menyediakan ruang berasingan (sick bay).
• Menyediakan ruang dapur.
• Menyediakan ruang penyediaan makanan.
• Mempunyai ruang penyimpanan makanan.
• Pengasingan ruang antara bayi dengan kanak-kanak lain.
4.4 PERATURAN JABATAN PERKHIDMATAN BOMBA
DAN PENYELAMAT
Bangunan
Keadaan Bangunan Yang Dibenarkan
• Mempunyai lebih daripada 1 tangga (bagi bangunan
bertingkat).
• Tidak mengandungi bahan-bahan bahaya.
• Kedudukan tadika tidak melebihi had kelengkapan
tangga jentera bomba (bandaraya 40 meter, bandar kecil
10 meter).
• Bukan bangunan tingkat basement.
Ciri Keselamatan Bangunan
• Berhampiran dengan tangga keselamatan bagi tadika
yang terletak dalam bangunan bertingkat.
• Mematuhi jarak perjalanan maksimum (tiada sistem
sprinkler 30 meter, mempunyai sistem sprinkler 43 meter,
had jalan mati 9 meter, jarak minimum antara dua pintu 5
meter).
• Mematuhi had maksimum mengikut bilangan pintu keluar.
Kehendak Teknikal Dinding
• Antara tadika dengan bahagian lain (dinaikkan ke paras
tingkat)
- tempoh ketahanan api (TKA) 2 jam.
• Bilik penyediaan dengan tadika (dinaikkan ke paras lantai
tingkat)
- TKA 2 jam.
• Dinding pejabat (TKA 1/2 jam).
22
Kehendak Kemudahan Keluar dan Pengosongan
Premis.
• Mengadakan tanda keluar lampu kecemasan jenis kuasa
tersendiri.
• Mengadakan trolley nisbah 1:6.
• Mewujudkan refuge area:
- Ruang lobi.
- Koridor.
- Kawasan terlindung dalam tadika.
• Mengadakan alat pencegah kebakaran dari jenis yang
diluluskan:
- 2 unit 4.5 kg. alat pemadam api mudah alih jenis debu
kering.
- Alat pengesan asap jenis kuasa tersendiri.
Operasi
Kehendak Langkah Keselamatan
• Tidak dibenarkan menggunakan lilin/pelita.
• Tidak dibenarkan menggunakan ubat nyamuk.
• Tidak dibenarkan merokok dalam premis.
• Tidak dibenarkan pembakaran terbuka atau memasak.
Jika ada aktiviti, hendaklah dijalankan di kawasan
berasingan yang mempunyai ketahanan api yang
dibenarkan.
• Tidak dibenarkan membawa masuk kanak-kanak ke
dalam ruang penyediaan.
• Plug point yang rendah hendaklah ditutup dengan
kemas.
• Tidak dibenarkan menggunakan penyambungan wayar.
4.5 PERATURAN JABATAN KESIHATAN
Persekitaran (Operasi)
Premis dan Kawasan Sekeliling Perlu Dalam Keadaan
Kemas dan Bersih.
• Rumput dipotong dari semasa ke semasa.
• Tiada bahan buangan serta botol/tin yang menakung air.
23
Bangunan
Kehendak Kemudahan Kebersihan
• Menyediakan elbow tap.
• Menyediakan susur tangan (handrails) untuk kanak-
kanak yang kurang upaya.
• Mangkuk tandas tidak melebihi 150mm (6") tinggi dari
paras lantai.
• Basin mencuci tangan dengan ketinggian tidak melebihi
600mm (2") hendaklah disediakan secukupnya.
Bangunan (Operasi)
Komponen Bangunan
• Dinding di dalam dan di luar bangunan, siling dan lantai
hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih dan
memuaskan setiap masa.
• Lantai bilik mandi, tandas dan tempat buang air kecil
serta parit hendaklah sentiasa di dalam keadaan bersih,
tidak licin dan air tidak bertakung.
• Mengadakan dapur, bilik mandi dan tandas yang sesuai
dan memuaskan serta bersih pada setiap masa.
• Mempunyai ruang dengan kemudahan-kemudahan
membasuh yang lengkap.
• Mempunyai tempat membuang sampah atau
menggunakan tong sampah dan karung plastik seperti
yang ditetapkan.
• Mematuhi kehendak minimum keluasan lantai 3.5 meter
persegi.
• Longkang di dalam kawasan tadika hendaklah ditutup
dengan
papan tetulang konkrit untuk keselamatan.
Peralatan/Perabot/Kemudahan Dalam Bangunan
• Semua perabot, alat-alat elektrik dan sebagainya
hendaklah berada dalam keadaan bersih dan
memuaskan.
• Mengadakan katil/tempat tidur yang sesuai dan
mencukupi.
24
• Menyediakan barang-barang permainan yang elok dan
tidak berbentuk tajam.
• Mengadakan kelengkapan permainan yang sesuai dan
selamat.
• Mengadakan telefon di bangunan pusat.
• Mengadakan buku daftar kanak-kanak dengan butir-butir
ibu/bapa/penjaga.
• Mengadakan buku pelawat.
Kehendak Perubatan dan Kesihatan
• Mengadakan peti kecemasan di tempat yang sesuai.
• Mengadakan pegawai perubatan pelawat dan butir-butir
mengenai pegawai tersebut hendaklah dikemukakan.
• Mengadakan seorang yang berkelayakan dan
berpengalaman untuk menjaga kanak-kanak.
• Mengemukakan laporan pemeriksaan perubatan tahunan
(X-Ray dan T.Y.B) bagi pelesen dan pekerja.
• Orang yang menghidap sebarang penyakit dilarang masuk
ke dalam bangunan pusat.
• Binatang-binatang peliharaan seperti anjing, kucing, burung
dan sebagainya tidak dibenarkan berada di dalam
bangunan.
Penyediaan Makanan
• Menyediakan makanan yang seimbang untuk kanak-kanak.
• Dilarang menyediakan makanan ringan kepada kanak-
• Semua botol dan puting susu mesti dibasmi kuman.
• Makanan halal hendaklah disediakan untuk kanak-kanak
yang beragama Islam.
• Alat-alat yang digunakan untuk menyediakan makanan
hendaklah bersih.
• Keadaan tempat menyediakan makanan hendaklah bersih.
• Tempat stor bahan-bahan makanan mestilah bersih clan
selamat.
Kehendak Umum
• Mengadakan peraturan keselamatan yang memuaskan.
25
5. STRATEGI OPERASI PERNIAGAAN TADIKA
5.1 PENGENALAN
Aspek ini merumuskan penemuan tentang perkara-
perkara seperti sumber pembekalan perkhidmatan,
aspek pekerjaan, kelayakan tenaga kerja, keluasan
ruang perniagaan dan maklumat pelajar.
5.2 Keperluan Bahan dan Suber
Bagi membolehkan perkhidmatan tadika dijalankan
dengan berkesan, setiap usahawan perlu
mempertimbangkan untuk memiliki sumber bahan bagi
keberkesanan perkhidmatan yang ditawarkan. Di
antara bahan-bahan yang perlu disediakan ialah :
Bahan Sumber Perbekalan
Pembelajaran Al-Ameen Serve Holding Sdn. Bhd.
(Buku/nota) No. 8, Ground Floor, JalanAUIA/4F
Tmn. Keramat Permai,
54200 Kuala Lumpur.
Tel :03-4575139/140
Fax : 03-4575132
Mahir Publications Sdn. Bhd.
No. 39, Jalan Nilam 1/2
Subang Square FTTS
Subang Hi-Tech Industrial Park
Batu Tiga, 40000 Shah Alam
Selangor
Tel : 03-7379044
Fax : 03-7379043
Bookman Sdn. Bhd.
No. 25, Jalan Maju 2/1
Taman Lembah Maju
68000 Ampang, Selangor
Tel : 03-4910200/012-3918715
26
Peralatan/Kemudahan Power Price Marketing
Pembelajaran (Meja/ No. 17/1, Jalan Tiara 3
kerusi/ papan putih dll.) Bandar Baru Klang
41150 Klang, Selangor
Tel : 03-3432909/012-2511324
Fax : 03-3432909
Peralatan/Kemudahan Power Price Marketing
Riadah (Play House/ No. 17/1, Jalan Tiara 3
play side dll.) Bandar Baru Klang
41150 Klang, Selangor
Tel : 03-3432909/012-2511324
Fax : 03-3432909
Pengangkutan Syarikat pengangkutan
berhampiran
5.3 BILANGAN PEKERJA
Secara purata bilangan pekerja sektor perkhidmatan
tadika ialah 7 orang. Bilangan pekerja terendah ialah 2
orang dan tertinggi ialah 21 orang. Pecahan bilangan
pekerja mengikut kategori sepenuh masa dan separuh
masa adalah seperti berikut :
Tertinggi Purata Terendah
Sepenuh Masa (orang) 15 6 2
Separuh Masa (orang) 6 1 0
5.4 KATEGORI PEKERJA
Secara purata, setiap perniagaan perkhidmatan tadika
mempunyai 7 orang pekerja. Pecahannya mengikut
kategori adalah lima orang guru atau jurulatih, seorang
pekerja pentadbiran clan seorang pekerja am.
27
5.5 KELAYAKAN GURU
Kebanyakan perniagaan perkhidmatan tadika mempunyai
guru atau tenaga pengajar yang kelayakan minima di
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Bagaimana pun tenaga
pengajar yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi
seperti ijazah, diploma atau sijil tadika dapat membantu
kecemerlangan mutu perkhidmatan.
5.6 INSTITUSI LATIHAN PENGURUSAN TADIKA
Terdapat beberapa institusi yang terlibat dalam
memberikan latihan pengurusan tadika kepada mereka
yang berminat dalam bidang ini. Latihan tersebut terbuka
kepada pemilik perniagaan atau bakal pengusaha tadika
dan tenaga pengajar/pendidik perniagaan perkhidmatan
tadika. Di antara institusi latihan yang ada ialah :
1. Persatuan Tadika Malaysia
No. 58, Jalan SS 2/72, 47300 Petaling Jaya
Tel : 03-79574610 Fax : 03-79544610
2. Al-Ameen Serve Holding Sdn. Bhd.
No. 8, Tingkat Bawah, Jalan AU 1A/4F
Taman Keramat Permai 54200 Kuala Lumpur
Tel : 03-42575132 Fax : 03-42575132
3. Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam
Kg. Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang,
Selangor Tel : 03-89265853 Fax : 03-89263213
u/p : Tn. Hj. Kamaruddin Musa
4. Tadika Sri Montessori Sdn. Bhd.
No. 91, Jalan Gasing, 46000 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-79575755 Fax : 03-79563580
e-mail : admin@montessori.edu.my
5. Persatuan Taska Negeri Selangor
No.1, Jalan SS 18/2A, Subang Jaya
47500 Selangor
Tel/Fax : 03-7382735
u/p : Pn. Ismaliza Ismail
28
5.7 RUANG
Dari segi keluasan ruang, ia boleh dibahagikan kepada
dua aspek iaitu keluasan keseluruhan tapak perniagaan
dan keluasan ruang perniagaan. Keluasan keseluruhan
tapak perniagaan merujuk kepada keluasan ruang pejabat,
bilik darjah, ruang stor, ruang dapur dan kawasan riadah.
Manakala ruang perniagaan merujuk kepada keluasan
ruang pejabat, bilik darjah, ruang stor dan ruang dapur
sahaja.
Kebanyakan perniagaan perkhidmatan tadika mempunyai
keluasan purata tapak perniagaan sekitar 1,020 meter
persegi atau 10,979 kaki persegi. Keluasan terendah
adalah 500 meter persegi dan keluasan tertinggi ialah
2,000 meter persegi.
Dari segi keluasan ruang perniagaan pula, kebanyakan
perniagaa perkhidmatan tadika mempunyai keluasan
purata sekitar 285 meter persegi atau 3,068 kaki persegi.
Keluasan terendah ialah 200 meter persegi dan keluasan
tertinggi ialah 800 meter persegi.
5.8 BILANGAN BILIK DARJAH
Dari segi keperluan bilangan bilik darjah, didapati
kebanyakan perniagaan perkhidmatan tadika mempunyai
purata lima (5) buah. Bilangan bilik darjah terendah ialah
satu dan yang tertinggi ialah sepuluh buah.
5.9 PELAJAR
Bilangan purata pelajar bagi sesebuah perniagaan
perkhidmatan tadika ialah 88 orang. Jumlah ini secara
umumya bermaksud bahawa setiap bilik darjah diisi
dengan 16 orang pelajar untuk tujuan memberi keselesaan
dan perhatian kepada pelajar.Angka ini juga menunjukkan
29
bahawa purata 5 kelas adalah kadar minima jika tadika
ini dibuat secara komersil.
5.10 MASA OPERASI
Kebanyakan perniagaan perkhidmatan tadika
menawarkan perkhidmatan pada hari-hari berkerja
sahaja. Masa beroperasi ialah dari jam 7.45 pagi hingga
5.30 petang.
Hari : Isnin hingga Jumaat sahaja
(Tiada kelas pada cuti umum dan cutimingguan)
Masa :Sesi Pagi 7.45 pagi hingga 10.30 pagi
Petang 2.45 petang hingga 5.30 petang
30
6. STRATEGI PEMASARAn PERNIAGAAN TADIKA
6.1 PENGENALAN
Aspek ini menerangkan tentang rangkaian produk
atau perkhidmatan yang ditawarkan, peratus
keuntungan yang diperolehi oleh industri, isu tentang
segmen pasaran, konsep perkhidmatan, penetapan
harga produk, strategi edaran lan promosi.
6.2 Rangkaian Produk atau Perkhidmatan
Senarai rangkaian produk atau perkhidmatan yang
melengkapi keperluan pasaran adalah antara isu
penting dalam menentukan keuntungan dan
kesinambungan sesebuah perniagaan perkhidmatan
tadika. Kebanyakan perniagaan perkhidmatan tadika
mempunyai senarai produk atau perkhidmatan tadika
meliputi perkhidmatan tadika, penjagaan kanak-
kanak, kelas bahasa, senilukis,muzik, agama dan
perkhidmatan pengangkutan.
Dalam industri ini, terdapat usahawan yang hanya
menawarkan produk tadika sepenuhnya. Sebahagian
kecil pula menawarkan produk tadika dan produk lain
secara serentak. Produk-produk lain meliputi
penjagaan kanak-kanak, kelas bahasa, kelas
senilukis, kelas muzik, kelas agama dan
pengangkutan. Antara sebab utama ialah, di bawah
produk perkhidmatan tadika, pembelajaran tentang
kelas bahasa, senilukis, muzik, agama telah pun diberi
penekanan.
Kebanyakan pengusaha tadika tidak menawarkan
perkhidmatan pengangkutan sebagai sebahagian dari
rantaian produk mereka. Usahawan bidang ini lebih
cenderung menggunakan perkhidmatan
pengangkutan yang disediakan oleh pengusaha
pengangkutan sedia ada di kawasan berdekatan.
Bagaimana pun jika usahawan yang terlibat dalam
perniagaan perkhidmatan tadika dapat menawarkan
31
perkhidmatan pengangkutan sebagai satu produk
tambahan, mereka mempunyai kelebihan bersaing
dengan pengusaha tadika yang lain.
6.3 Kadar Keuntungan
Dari segi peratus untung kasar, didapati di kalangan
perniagaan perkhidmatan tadika mencatat kadar yang
berbeza. Secara purata, kadar keuntungan kasar yang
diperolehi ialah 15% hingga 50% sahaja. Manakala kadar
keuntungan bersih pula ialah sekitar 5 hingga 30% sahaja.
Bagaimana pun kebanyakan pengusaha tadika
memperolehi kadar untung bersih sekitar 10% sahaja.
Kadar keuntungan (kasar dan bersih) yang diperolehi
memberi implikasi kepada pulangan pelaburan dan
kelangsungan perkhidmatan yang ditawarkan.
Keuntungan yang diperolehi membolehkan perniagaan
diteruskan dan dikembangkan.
6.4 Segmen Pasaran
Bahagian ini menerangkan tentang aspek segmen
pasaran dari segi agihan segmen mengikut bangsa dan
umur. Kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak
mereka ke sekolah tadika yang menawarkan
pembelajaran melalui bahasa melayu dan bahasa
inggeris. Namun demikian, bagi kaum Cina, mereka
mempunyai tadika yang dijalankan melalui bahasa mereka
sendiri.
Manakala dari segi umur pula, kebanyakan perkhidmatan
tadika mensasari pelanggan dalam kategori berumur 6
tahun dan 5 tahun. Segmen umur di bawah 5 tahun adalah
kecil. Begitu juga dengan peringkat umur 3 tahun. Ini
bermakna segmen pasaran berumur di bawah 5 tahun
sewajarnya diberi perhatian oleh pengusaha tadika di
masa-masa hadapan (jika kumpulan sasaran adalah
kanak-kanak 5 tahun ke bawah - perniagaan yang terlibat
ialah Taska).
32
6.5 Konsep Perniagaan Tadika
Pengurusan tadika sebagai sebuah entiti komersil diurus
berasaskan beberapa konsep yang tertentu. Di antara
konsep pengurusan tadika yang diamalkan ialah
berasaskan konsep agama, Montenssori, KBSR dan
Konsep 3M atau kombinasi di antara konsep-konsep
tersebut.
Pengurusan berasaskan konsep agama bermakna
operasi tadika tersebut dijalankan dengan menekankan
kepada pendidikan agama kepada pelajar-pelajar.
Kurikulum pendidikan yang digunapakai adalah
sebagaimana yang dikeluarkan oleh JabatanAgama Islam
Selangor (JAIS) atau lain-lain persatuan agama seperti
ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) atau JIM (Jemaah
Islam Malaysia). Kandungan kurikulum pengurusan tadika
berasaskan konsep agama meliputi :
• Mengenal Diri dan Kesihatan.
• Akhlak (Tauhid, Ibadat dan Sirah).
• Bacaan asasAl-Quran melalui kaedah Qiraati atau Iqra.
• Penekanan latihan dan bacaan jawi.
• Asas tulisan dan membaca.
• Asas mengira (Matematik).
• Asas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa
Arab.
• Sains
• Latihan sembahyang secara amali setiap hari.
• Riadah.
Manakala konsep pengurusan Montessori pula adalah
satu pendekatan berasaskan falsafah pendidikan yang
diasaskan oleh Dr. Maria Montessori (1870 -1952) di mana
penekanan diberikan kepada persediaan pelajar untuk
memasuki sekolah rendah dan pembentukan keterampilan
diri. Pengurusan tadika Montessori disyaratkan perlu
mendapat didikan dan seliaan oleh Pusat Montessori
33
di London, di mana kurikulum yang digunakan adalah
berasaskan kepada kurikulum yang dikeluarkan oleh Pusat
Montessori di London. Bahasa pengantar utama ialah Bahasa
Inggeris kecuali pengajaran tentang Bahasa Malaysia/Cina
dan kelas agama. Di antara kandungan kurikulum pengurusan
tadika berasaskan konsep Montessori meliputi :
• English Language (Thematic Approach)
• English Reading Program
• Phonics
• Writing Skill
• Mathematics
• Art and Craft
• Music And Movement
• Computer
• Health And Fitness
• Cultural Studies
• Bahasa Malaysia/Cina
• Bahasa Malaysia/Chinese Reading Program
• Islamic Studies/Moral
Pengurusan tadika berasaskan Konsep KBSR (Kurikulum
Baru Sekolah Rendah) memberi penekanan kepada
persediaan pelajar untuk memasuki persekolahan darjah satu.
Kurikulum yang digunakan ialah berasaskan kepada garis
panduan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia atau Jabatan Pelajaran Negeri. Di antara kandungan
kurikulum pengurusan tadika berasaskan konsep KBSR ialah:
• Asas Bacaan - Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
• Asas Mengira (Matematik)
• Asas Kemahiran Hidup Dan Reka Cipta
• Asas Pendidikan Islam/Moral
• Asas Pendidikan Seni
• Asas Pendidikan Muzik
• Asas Sains
• Asas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
• Kelas Agama dan Fardu Ain
Konsep Pengurusan 3M (Menulis, Mengira dan
Membaca) pula memberi penekanan kepada pelajar-
pelajar tentang kemahiran menulis, mengira dan membaca.
Dari segi kandungan kurikulum pengurusan berasaskan 3M
tidak banyak bezanya dengan konsep KBSR, cuma
penekanan dalam konsep 3M diberikan kepada
meningkatkan kemahiran menulis, mengira dan membaca
di kalangan pelajar berbanding pengurusan berasaskan
KBSR - lebih kepada persediaan untuk memasuki sekolah
rendah. Setiap pengusaha perkhidmatan tadika perlu
mempertimbangkan untuk mengadaptasikan mana-mana
konsep pengurusan tadika yang sesuai. Keputusan untuk
memilih konsep pengurusan tadika tertakluk kepada
faktor-faktor berikut :
• Pengetahuan dan asas pendidikan pengusaha
• Keperluan pekerja yang berkelayakan
• Faktor pasaran - wujudnya pasaran bagi konsep
berkenaan di sekitar jejari 10KM dari premis yang
dicadangkan.
6.6 Penetapan Harga Perkhidmatan
Pada dasarnya penetapan kadar harga produk/
perkhidmatan tadika adalah berbeza di kalangan
pengusaha tadika. Harga yang ditetapkan kebiasaannya
berdasarkan pakej produk, jangka masa pelajar berada
di premis dan daerah lokasi perkhidmatan ditawarkan.
Yuran bulanan dan tahunan dikenakan kepada setiap
pelajar. Yuran tahunan dikenakan sekali sahaja (sila lihat
perkara 6.3 untuk perincian).
6.7 Edaran Produk
Aspek edaran meliputi keluasan pasaran sasaran serta
perkhidmatan pengangkutan yang ditawarkan.
Kebanyakan perkhidmatan tadika mensasari pasaran pada
jarak keluasan pasaran sekitar 10KM dari lokasi premis.
34
35
Hanya sedikit sahaja perkhidmatan tadika mensasari
pasaran melebihi 10KM. Ini bermakna pemilihan lokasi
sangatlah penting dalam menentukan dayamaju
perniagaan perkhidmatan tadika.
Dari segi kedudukan lokasi premis pula didapati
kebanyakan lokasi perkhidmatan tadika ialah di lot premis/
perniagaan tepi (corner lot unit). Walaupun tiada syarat
khusus yang mewajibkan sesebuah perniagaan
perkhidmatan tadika dijalankan pada lot tepi, tetapi
kecenderungan memilih lot tepi memberi kelebihan bagi
membolehkan keluasan mencukupi untuk ruangan bilik
darjah, padang permainan dan ruang pejabat.
6.8 Media Promosi
Aktiviti promosi sangat penting dalam usaha
memperkenalkan produk dan seterusnya mempengaruhi
penggunaan produk tersebut. Walaupun pada dasarnya
perniagaan perkhidmatan tadika bukan berorientasikan
keuntungan bahkan lebih kepada memberi perkhidmatan.
Kebanyakan perkhidmatan tadika yang ada menekankan
kepada falsafah memberi perkhidmatan pendidikan
kepada masyarakat setempat berbanding kepentingan
keuntungan semata. Ini menyebabkan matlamat utama
aktiviti promosi dalam perniagaan tidak diberi penekanan
ketara. Di antara media utama aktiviti promosi meliputi
pengedaran brosur, sepanduk, aktiviti tahunan, kad
perniagaan dan “word of mouth”. Penggunaan media
moden seperti laman web dan elektronik tidak begitu
ketara. Penggunaan media moden dalam aktiviti promosi
perkhidmatan tadika wajar dipertimbangkan kerana skop
edarannya yang luas, kos efektif yang rendah dan tanda
keprihatinan kepada perubahan teknologi pendidikan.
6.9 BELANJAWAN PROMOSI
Peruntukan tahunan untuk aktiviti promosi adalah kecil jika
dibuat secara perbandingan. Ini menyebabkan aktiviti
promosi melibatkan penggunaan media dan kekerapan
aktiviti promosi yang terhad. Keadaan ini tidak sesuai
kerana aktiviti promosi sewajarnya dianggap sebagai satu
bentuk pelaburan untuk memperkenalkan produk dan
seterusnya menyakinkan pengguna tentang kepentingan
dan kebaikan menggunakan perkhidmatan yang
ditawarkan.
Kebanyakan perniagaan perkhidmatan tadika
memperuntukkan perbelanjaan kurang daripada RM3,000
setahun untuk aktiviti-aktiviti promosi mereka.
36
37
7 STRATEGI PENTADBIRAN PERNIAGAAN TADIKA
7.1 Pejabat Pentadbiran
Dari segi keperluan pejabat pentadbiran, didapati
bahawa hampir kesemua perniagaan tadika di
Lembah Kelang memperuntukxkan sebuah ruang
pejabat dalam premis perniagaan mereka. Keluasan
ruang pejabat ini tidak penting kerana ia digunakan
hanya untuk menempatkan rak fail dan peralatan
pejabat.
7.2 KEPERLUAN PERABOT DAN PERALATAN
Peralatan yang diperlukan untuk mentadbir
perniagaan tadika terdiri daripada perkara-perkara
yang berikut :
• Satu set perabot meja dan kerusi untuk pengurus
dan kerani
• Sebuah komputer
• Sebuah pencetak
• Alat tulis dan rak-rak fail
7.3 TENAGA KERJA PENTADBIRAN
Tidak ramai tenaga kerja pentadbiran yang diperlukan
oleh perniagaan tadika. Kebanyakan perniagaan yang
ditemui mempunyai seorang pengurus dan seorang
kerani sahaja.
7.4 PERSATUAN TADIKA/TASKA
Sebagai pengusaha perkhidmatan tadika sewajarnya
setiap pengusaha menganggotai mana-mana
persatuan yang berkaitan. Dengan menyertai
mana-mana persatuan berkaitan, mereka dapat
menyalurkan pandangan serta mengemukakan
masalah dengan cara yang lebih berkesan.
1. Persatuan Tadika Malaysia
No. 58, Jalan SS 2/72, 47300 Petaling Jaya.
Tel :03-79574610 Fax : 03-79544610
2. Persatuan Taska Negeri Selangor
No. 1, Jalan SS 18/2A, Subang Jaya
47500 Selangor
Tel/Fax : 03-568382735
u/p: Pn. Ismaliza Ismail
38
39
8 IMPLIKASI KEWANGAN PERNIAGAAN TADIKA
8.1 PENGENALAN
Aspek ini menerangkan tentang aspek kos pelaburan
dan pendapatan bagi perniagaan tadika. Di samping
itu, aspek ini juga menganalisis pulangan modal bagi
perniagaan tersebut.
8.2 KOS PELAKSANAAN PROJEK
Kos pelaksanaan projek ialah segala kos yang
diperlukan bagi melaksanakan sesuatu projek
perniagaan. Kos ini meliputi kos pelaburan aset tetap,
pelaburan modal pusingan dan kos pra-operasi.
Jadual 8.1, 8.2 dan 8.3 menunjukkan purata kos
pelaksanaan projek dan perinciannya bagi
perkhidmatan tadika. Purata kos pelaksanaan projek
bagi menjalankan perkhidmatan tadika dan penjagaan
kanak-kanak adalah sebanyak RM71,290. Manakala
kos pelaksanaan projek bagi perkhidmatan tadika
sahaja ialah RM69,028.
Jadual 8.2
Purata Kos Pelaksanaan Projek
Jenis Pelaburan Tadika & Penjagaan Tadika
Kanak-Kanak
Pelaburan Aset Tetap RM 60,980 RM 57,850
Pelaburan Modal Kerja RM 8,540 RM 9,153
Kos Pra-Operasi RM 1,770 RM 2,025
Jumlah RM 71,290 RM 69,028
Jadual 8.2
Perincian Kos Pelaksanaan Projek
(Tadika & Penjagaan Kanak-Kanak) (n = 26)
Kategori Kos purata minimum tertinggi
(RM) (RM) (RM)
KosAsetTetap 60,980 5,000 250,000
Modal Kerja (bulanan):
KosPentadbiran 4,947 1,300 13,300
KosPemasaran 450 0 5,000
Kos Operasi 3,143 0 14,000
Pra-0perasi 1,770 0 11,500
Bilangan Kanak-Kanak (purata) 88 orang
Jadual 8.3
Perincian Kos Pelaksanaan Projek
(Tadika Sahaja) (n = 20)
Kategori Kos purata minimum tertinggi
(RM) (RM) (RM)
Kos Aset Tetap 57,850 5,000 250,000
Modal Kerja (bulanan):
Kos Pentadbiran 5,096 1,300 13,300
Kos Pemasaran 563 0 5,000
Kos Operasi 3,494 0 3,530
Pra-Operasi 2,025 0 11,500
Bilangan Kanak-Kanak (purata) 87 orang
40
41
8.3 KOS PELABURAN
Kos Aset Tetap
Aset-aset tetap yang dimiliki terdiri daripada tanah,
bangunan, perabot dan kelengkapan dan kenderaan. Bagi
keseluruhan perniagaan (tadika clan penjagaan kanak-
kanak), pelaburan terhadap aset tetap, secara purata
bernilai RM 60,980. Bagi pengusaha yang menjalankan
perkhidmatan tadika sahaja, purata pemilikan aset tetap
bernilai RM 57,850.
Modal Kerja
Modal kerja (atau modal pusingan) merangkumi kos
pentadbiran, kos pemasaran dan kos operasi. Terdapat
juga sebilangan tadika yang menanggung kos
pra-operasi.
Kos Pentadbiran.
Kos ini merangkumi pembayaran gaji kakitangan, sewa
tanah dan bangunan, utiliti dan sebagainya. Secara
purata, kos pentadbiran yang terlibat bagi mengendalikan
perkhidmatan tadika dan penjagaan kanak-kanak ialah
RM 4,947 sebulan dan bagi tadika sahaja ialah RIM 5,096.
Kos Pemasaran.
Kos pemasaran ialah segala kos yang diperuntukkan bagi
membiayai segala aktiviti pemasaran perniagaan. Di
antara contoh perbelanjaan pemasaran ialah kos promosi.
Secara purata, kos pemasaran ialah sebanyak RM450
sebulan bagi tadika dan penjagaan kanak-kanak dan
RM563 bagi tadika sahaja.
Kos Operasi.
Kos operasi ialah segala kos yang diperlukan bagi
membiayai ssegala perbelanjaan operasi. Di antara
contoh kos operasi ialah pembelian bahan makanan,
bahan pengajaran dan utiliti.
Secara purata kos operasi ialah RM3,143 sebulan bagi
tadika dan penjagaan kanak-kanak dan RM3,494 bagi
tadika sahaja.
Pada keseluruhannya, secara purata jumlah modal kerja
ialah RM8,540 sebulan bagi perkhidmatan tadika dan
penjagaan kanak-kanak dan RM9,153 sebulan bagi tadika
sahaja (lihat Jadual 8.4).
Jadual 8.4
Jumlah Pelaburan Modal Kerja Bulanan
Jenis Kos Tadika & Penjagaan Tadika
Kanak-Kanak
KosPentadbiran RM 4,947 RM 5,096
KosPemasaran RM 450 RM 563
Kos Operasi RM 3,143 RM 3,494
Jumlah RM 8,540 RM 9,153
Kos Pra-Operasi
Kos ini membabitkan perbelanjaan yang ditanggung
sebelum memulakan operasi seperti pendaftaran,
ubahsuaian, pembayaran deposit dan sebagainya. Secara
purata, belanja pra-operasi yang ditanggung ialah
RM 1,770 bagi perkhidmatan tadika dan penjagaan kanak-
kanak dan sebanyak RM 2,025 bagi tadika.
8.4PENDAPATAN
Pendapatan utama perniagaan merangkumi yuran
pendaftaran, yuran pendidikan prasekolah dan yuran
penjagaan kanak-kanak.
Yuran Pendaftaran
Kebanyakan perniagaan tadika mengenakan yuran
pendaftaran sebanyak RM50.00. Yuran terendah ialah
sebanyak RM10.00 dan tertinggi berjumlah RM200.
42
43
Secara purata yuran yang dikenakan ialah RM60 setahun
setiap kanak-kanak (lihat Jadual 8.5).
Yuran Pendidikan Pra-Sekolah (Tadika)
Kebanyakan perniagaan tadika mengenakan yuran
bulanan di antara RM101 hingga RM150. Yuran terendah
ialah sebanyak RM80 sebulan dan tertinggi RM200
sebulan. Secara purata, yuran bulanan dikenakan
sebanyak RM149 bagi setiap kanak-kanak (lihat
Jadual 8.5).
Yuran Penjagaan Kanak-Kanak
Di samping pendidikan pra-sekolah, terdapat juga
perniagaan tadika mengendalikan penjagaan kanak-
kanak. Kebanyakan perniagaan tadika mengenakan yuran
di antara RM51 hingga RM100. Bagi kes tertentu, ada juga
perniagaan yang mengenakan yuran penjagaan melebihi
RM200 sebulan. Secara purata, jumlah yuran ialah RM218
sebulan bagi setiap kanak-kanak.
Pendapatan dan Kos
Terdapatduafaktorutamayangmempengaruhiuntung,iaitu
jumlah jualan (sama ada dalam bentuk bilangan kanak-
kanak atau ringgit) dan jumlah kos (kos tetap dan kos
berubah). Pengiraan mudah bagi menentukan untung ialah:
Jualan - Jumlah Kos = Untung
atau
Jualan -[Kos Tetap + Kos Berubah] = Untung
Kos perniagaan boleh diklasifikasikan kepada kos tetap
dan kos berubah. Kos tetap merupakan belanja perniagaan
yang tidak berubah walaupun bilangan kanak-kanak
berubah, manakala kos berubah pula merupakan belanja
yang berubah secara langsung dengan kadar yang sama
dengan perubahan terhadap bilangan kanak-kanak.
Bagi tujuan analisis, kos bagi mengendalikan tadika boleh
diklasifikasikan seperti berikut:
Kos Tetap : susunilai aset tetap
kos pentadbiran
kos pemasaran
Kos Berubah : kos operasi
Titik Pulangan Modal
Analisis ini hanya membabitkan pengendalian tadika (pra
sekolah). Pengiraan titik pulangan modal membabitkan
pendapatan dan kos. Bagi membolehkan pengiraan dibuat
secara munasabah, pengusaha tadika dibahagikan
kepada dua kumpulan: (1) pengusaha yang memiliki
bangunan sendiri, dan (2) pengusaha yang menyewa
bangunan.
Bagi memudahkan pengiraan titik pulangan modal,
maklumat berikut perlu diketahui:
(i) pendapatan yang diperolehi daripada seorang kanak-
kanak,
(ii) Kos Tetap dan
(iii) kos berubah bagi seorang kanak-kanak.
Bagi tujuan analisis, hanya pengendalian pendidikan pra-
sekolah (tadika) sahaja diambil kira. Ini kerana pendidikan
tadika merupakan perkhidmatan utama yang ditawarkan.
Pendapatan dan kos bulanan secara purata bagi dua
kumpulan pengusaha ditunjukkan seperti di Jadual 8.5.
44
45
Jadual 8.5
Pendapatan dan Kos Bulanan
Bangunan Menyewa
Sendiri Bangunan
Pen dapatan dari seorang kanak-kanak RM 154 RM 154
Jumlahpemilikanasettetap RM 180,000 RM 15,931
Kadar purata susutnilai tahunan 8% 10%
bangunan, kenderaan, perabot, peralatan)
Kos: Kos Tetap
Susutnilai aset tetap RM 1,200 RM 133
Kos pentadbiran RM 3,795 RM 5,257
Kospemasaran RM 750 RM 500
Jumlahkostetap RM 5,745 RM 5,890
-Kos Berubah
Kos operasi RM 5,525 RM 2,677
Kos berubah bagi setiap kanak-kanak , RM 63 RM 31
Kos pra-operasi tidak diambil kira dalam analisis ini kerana kos ini
merupakan kos permulaan yang dibelanjakan sebelum perniagaan
beroperasi. Oleh yang demikian, kos tersebut bukan merupakan
perbelanjaan dalam operasi harian tetapi merupakan perbelanjaan
modal yang dianggap aset kepada perniagaan.
Titik pulangan modal (x) merupakan titik di mana untung bersamaan
dengan kosong, iaitu :
Jualan - Jumlah Kos = RM0
atau
Jualan -[Kos Tetap + Kos Berubah] = RM0
46
Jadual 8.6
Pengiraan Titik Pulangan Modal
Memiliki Banpunan Sendiri Menyewa Bangunan
Jualan - [Kos Tetap + Kos Berubah] =RM0 Jualan - [Kos Tetap + Kos Berubah] = RM0
RM154 (x)- [RM5,745 + RM63(x)] =RM0 RM154(x)- [RM5,890 + RM31(x)] = RM0
RM154 (x)- RM63 (x) =RM5,745 RM154 (x)- RM31 (x) = RM5,890
91 (x) =RM5,745 RM123 (x) = RM5,890
Bilangan Kanak-Kanak (x) =63 Bilangan Kanak-Kanak (x) = 48
Jumlah jualan (63 x RM154) =RM9,702 Jumlah jualan (48 x RM154) = RM7,392
Bilangan kanak-kanak yang diperlukan bagi memenuhi jumlah kos ialah
seramai 84 orang (jika memiliki bangunan sendiri) dan 48 orang (jika
menyewa bangunan), manakala jumlah jualan yang diperlukan bagi
memenuhi jumlah kos ialah RM 12,936 sebulan (jika memiliki bangunan
sendiri) dan RM 7,392 (jika menyewa bangunan).
47
9 FAKTOR FAKTOR KEJAYAAN
9.1 PENGENALAN
Aspek ini merumuskan penemuan tentang faktor-faktor
penyumbang kepada kejayaan sebuah perniagaan
perkhidmatan tadika.
Faktor-faktor kejayaan ditakrifkan sebagai sebarang
penyebab utama menyumbang kepada kelangsungan
(continuity) dan keuntungan (profitability) sesebuah
perniagaan. Faktor-faktor kejayaan boleh dipecahkan
kepada dua kategori utama iaitu faktor yang berkait
dengan ciri-ciri usahawan dan faktor yang berkaitan
dengan ciri-ciri perniagaan itu sendiri.
9.2 Ciri-ciri Keusahawanan
Faktor ciri usahawan merujuk kepada perilaku atau
keperibadian seseorang semasa mengurus sesebuah
perniagaan. Perlaku atau keperibadian seseorang
memainkan peranan penting sama ada menyumbang
atau merosakkan urusniaga sesebuah perniagaan.
Kategori ciri-ciri usahawan dibahagikan kepada tiga
(3) komponen penting. Komponen tersebut ialah aspek
pengetahuan (knowledge), kemahiran (skills) dan
tingkahlaku (attitude).
Aspek pengetahuan meliputi ilmu atau maklumat yang
dimiliki oleh seseorang yang membolehkan mereka
mengurus sesebuah perniagaan dengan jayanya.
Manakala kemahiran pula merujuk kepada kebolehan
atau kepakaran yang dimiliki oleh seseorang usahawan
dan sangat berguna dalam membantu kebolehan
mereka mengurus sesebuah perniagaan. Tingkahlaku
pula merujuk kepada aspek dalaman diri atau
perlakuan seseorang usahawan semasa mengurus
perniagaan.
Jadual 9.1 menunjukkan tentang ciri-ciri penting yang perlu
ada pada seseorang usahawan dalam bidang
perkhidmatan tadika. Ciri-ciri tersebut menjadi
Penyumbang utama kepada kejayaan mengurus
sesebuah perniagaan perkhidmatan tadika
Dalam aspek pengetahuan - elemen ini meliputi
pengetahuan dalam bidang pendidikan tadika, tentang
perilaku kanak-kanak dan berpengetahuan dalam
perniagaan. Manakala elemen kemahiran meliputi
kemahiran dalam bidang komunikasi interpersonal dan
kemahiran komunikasi hubungan atau business
networking. Dalam aspek tingkahlaku pula ciri-ciri seperti
ketegasan, keberanian, minat atau sukakan kanak-kanak,
kecekalan/kesabaran, kerja kuat, dedikasi dan peramah
menjadi resipi utama kejayaan pengurusan perkhidmatan
tadika.
Jadual 9.1 : Ciri-ciri Keusahawanan
Ciri Perincian
Tingkahlaku Minat atau Sukakan Kanak-kanak
Kerja Kuat
Dedikasi
Kecekalan/Kesabaran
Peramah
Ketegasan
Keberanian
Kemahiran Komunikasi
Perhubungan Awam/Business Networking
Pengetahuan Dalam Bidang Pendidikan Kanak-Kanak/Tadika
Tentang Perilaku Kanak-kanak
Berpengalaman Dalam Perniagaan
48
9.3CIRI PERNIAGAAN
Faktor kedua penting ialah ciri-ciri perniagaan itu sendiri.
Setiap perniagaan pada dasarnya adalah berbeza dari
segi sifat dan ciri-cirinya. Setiap usahawan perlu
mengesan ciri-ciri yang penting yang perlu ada pada
sesebuah perniagaan perkhidmatan tadika yang berjaya.
Ciri-ciri dominan bagi sebuah perniagaan perkhidmatan
tadika yang berjaya dipecahkan kepada empat kategori
utama iaitu program atau produk, premis, tenaga kerja
dan citra perniagaan(Business image). seperti di Jadual
9.2.
Program atau produk merujuk kepada sebarang bentuk
perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan.
Manakala premis pula merujuk kepada lokasi dalaman
dan luaran premis perniagaan. Kumpulan tenaga kerja
meliputi tenaga kerja di bahagian pendidikan, pekeranian
dan sokongan. Manakala citra perniagaan adalah merujuk
kepada “good will” atau nama baik perniagaan itu sendiri.
49
Dalam aspek program atau produk yang ditawarkan,
faktorkejayaan adalah terdiri daripada kurikulum terkini, aktiviti
tahunan, pemakanan dan kaedah pengajaran. Manakala
aspek premis pula merujuk kepada lokasi yang strategik,
hiasan dalaman perniagaan yang menarik, keluasan kawasan
premis dan kebersihan kawasan perniagaan. Dalam aspek
tenaga kerja pula tuntutan kepada keperluan mempunyai
kumpulan tenaga kerja terlatih, mereka sukakan kanak-kanak
dan semangat kerja berpasukan menjadi faktor terpenting.
Dari segi citra perniagaan faktor kejayaan yang dikesan ialah
orientasi pencapaian dalam perkhidmatan, rangkaian
perniagaan, mempunyai cawangan tambahan, reputasi sedia
ada dan perkhidmatan yang mesra.
Jadual 9.2 : Ciri-ciri Perniagaan
Ciri Perincian
Program KurikulumPendidikan
AktivitiTahunan
Pemakanan (Halal & Bersih)
Kaedah Pengajaran
Premis LokasiStrategik
HiasanDalaman
KeluasanKawasanPremis
Kebersihan Persekitaran (dalam dan luar premis)
Tenaga Kerja Mutu Tenaga Kerja (tenaga kerja terlatih)
Sukakan Kanak-Kanak Semangat Kerja Berkumpulan
Citra Perniagaan OrientasiPencapaianDalamPerkhidmatan
Rangkaian Perniagaan (Business Networking)
CawanganTambahan
Reputasi Perniagaan SediaAda
PerkhidmatanMesra
50

More Related Content

What's hot

Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaArra Asri
 
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakTugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakNor Aini Mohamad
 
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanakKepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanakMasitah Musa
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahNorulhuda Ahmad
 
Kod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolahKod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolahIzz Khalil
 
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTRANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTArra Asri
 
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakPerkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakBudakpro Bapapro
 
Perkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakPerkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakArra Asri
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakKakchik Aina
 
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakHbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakFazriFMR
 
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanakPenilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanaknurulirdina halikulanuar
 
Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakNur Kareena
 
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)Dy Marvel
 
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)miemasjuri
 
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2rasfanul
 
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolahPenglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolahIsmail Mamat
 
M1 Perkembangan Sosial Kanak-kanak
M1 Perkembangan Sosial Kanak-kanakM1 Perkembangan Sosial Kanak-kanak
M1 Perkembangan Sosial Kanak-kanakNormala Mehat
 

What's hot (20)

Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa
 
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakTugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
 
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanakKepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
 
Kod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolahKod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolah
 
Senarai semak
Senarai semakSenarai semak
Senarai semak
 
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTRANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
 
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakPerkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
 
Perkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakPerkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanak
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanak
 
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakHbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
 
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanakPenilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
 
Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanak
 
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
 
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
 
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
 
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolahPenglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
 
Keselamatan, kesihatan, pemakanan
Keselamatan, kesihatan, pemakananKeselamatan, kesihatan, pemakanan
Keselamatan, kesihatan, pemakanan
 
M1 Perkembangan Sosial Kanak-kanak
M1 Perkembangan Sosial Kanak-kanakM1 Perkembangan Sosial Kanak-kanak
M1 Perkembangan Sosial Kanak-kanak
 

Similar to Panduan.penubuhan.tadika

REPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSKREPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSKNur Arissa
 
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8Azmi Yusoff
 
Report Latihan Industri JKE PSAS
Report Latihan Industri JKE PSASReport Latihan Industri JKE PSAS
Report Latihan Industri JKE PSASMuhammad Hamizan
 
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018Chon Seong Hoo
 
Buku panduan elemen keusahawanan
Buku panduan elemen keusahawananBuku panduan elemen keusahawanan
Buku panduan elemen keusahawananOsni Osman
 
Buku panduan-elemen-keusahawanan
Buku panduan-elemen-keusahawananBuku panduan-elemen-keusahawanan
Buku panduan-elemen-keusahawananCik Dah
 

Similar to Panduan.penubuhan.tadika (20)

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - NEGERI SEMBILAN
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - NEGERI SEMBILANLAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - NEGERI SEMBILAN
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - NEGERI SEMBILAN
 
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Kedah
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri KedahLaporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Kedah
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Kedah
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - SELANGOR
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 -  SELANGORLAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 -  SELANGOR
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - SELANGOR
 
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSKREPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - SELANGOR
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - SELANGORLAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - SELANGOR
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - SELANGOR
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - PULAU PINANG
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - PULAU PINANGLAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - PULAU PINANG
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - PULAU PINANG
 
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Kedah
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - KedahLaporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Kedah
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Kedah
 
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8
 
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Melaka
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - MelakaLaporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Melaka
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Melaka
 
Report Latihan Industri JKE PSAS
Report Latihan Industri JKE PSASReport Latihan Industri JKE PSAS
Report Latihan Industri JKE PSAS
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - PAHANG
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - PAHANGLAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - PAHANG
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - PAHANG
 
Perkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusiaPerkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusia
 
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Perlis
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - PerlisLaporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Perlis
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Perlis
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - MELAKA
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - MELAKALAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - MELAKA
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - MELAKA
 
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Pahang
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - PahangLaporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Pahang
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Pahang
 
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Perak
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri PerakLaporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Perak
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Perak
 
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018
 
Buku panduan elemen keusahawanan
Buku panduan elemen keusahawananBuku panduan elemen keusahawanan
Buku panduan elemen keusahawanan
 
Buku panduan-elemen-keusahawanan
Buku panduan-elemen-keusahawananBuku panduan-elemen-keusahawanan
Buku panduan-elemen-keusahawanan
 

Panduan.penubuhan.tadika

  • 1. PANDUAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN TADIKA HAKCIPTA TERPELIHARA Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiar dalam sebarang bentuk dengan apa cara, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Penerbitan Oleh INSTITUT KEUSAHAWANAN NEGARA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI ©
  • 2. KANDUNGAN 1. Pengenalan 1 2. Proses Penubuhan Tadika 3 3. Kajian Pasaran 7 4. Pendaftaran Tadika 14 5. Strategi Operasi Perniagaan Tadika 25 6. Strategi Pemasaran Perniagaan Tadika 30 7. Strategi Pentadbiran Perniagaan Tadika 37 8. Implikasi Kewangan Perniagaan Tadika 39 9. Faktor-Faktor Kejayaan 47
  • 3. 1 1 PENGENALAN INDUSTRI 1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah untuk memastikan perkembangan murid yang menyeluruh, bersepaduan seimbang. Bagi mencapai tujuan ini, Kementerian Pelajaran memberi tumpuan terhadap dua pertimbangan utama dalam menggubal kurikulum prasekolah untuk kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun, iaitu: • Melengkapkan golongan kanak-kanak dengan pengalaman kehidupan harian yang selaras dengan tahap sperkembangan mereka. • Membekalkan asas persediaan untuk menjalani pendidikan formal kelak. 1.2 Senario Pendidikan Pra Sekolah Program pendidikan prasekolah memberi pendedahan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni kepada kanak-kanak secara praktikal dan tidak formal serta dalam suasana yang menyeronokkan melalui pendekatan bermain sambil belajar. Pendekatan ini merupakan satu kaedah yang fleksibel, dinamik, komprehensif, interaktif dan pembabitan dalam aktiviti bilik darjah yang mementingkan penerokaan serta yang menggalakkan naluri ingin tahu di kalangan kanak-kanak. 1.3 Definisi Pendidikan Pra Sekolah Terdapat dua bentuk pengurusan pendidikan prasekolah dalam negara, iaitu:
  • 4. 2 1.3.1 Pengurusan TASKA Taska merupakan singkatan daripada “Taman Asuhan Kanak-Kanak”. Mengikut Akta Taman Asuhan Kanak- Kanak 1984 seksyen 2 mentakrifkan Pengurusan TASKA sebagai mana-mana premis yang menerima masuk 4 orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur 4 tahun, lebih dari satu isi rumah untuk dijaga dengan upah. Di bawah Seksyen 5 akta yang sama membahagikan taska kepada 2 kategori iaitu TASKArumah yang menerima kurang dari 10 orang kanak-kanak dan TASKAinstitusi pula menerima lebih dari 10 orang kanak-kanak di bawah jagaan mereka. 1.3.2 Pengurusan Tadika Tadika merupakan singkatan daripada Taman Didikan Kanak-Kanak. Takrif tadika tidak dinyatakan dengan jelas dalamAkta Pendidikan 1961. Bagaimana pun pengurusan tadika boleh difahamkan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5hingga6tahununtuktujuanmenerimapendidikandengan upah. Matlamat utama pendidikan di peringkat tadika ialah sebagai persediaan awal ke alam persekolahan formal apabila kanak-kanak tersebut berumur 7 tahun. 1.4 Kandungan Program Prasekolah Berdasarkan statistik Kementerian Pelajaran, bilangan Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) sehingga Jun 1999 ialah 2,380 buah dengan seramai 286,900 murid-murid. Kementerian Pelajaran sedang mengkaji untuk mewajibkan pendidikan prasekolah di kalangan kanak- kanak berumur lima tahun untuk membolehkan mereka menamatkan alam persekolahan pada usia 18 tahun berasaskan kepada sistem pendidikan yang diamalkan di Amerika Syarikat (Berita Harian, 2 Januari 2000).
  • 5. Ada pasaran Tidak Lulus Tidak Lulus Lulus Lulus Bab 5 - 8 Bab 4 Bab 3 3 2 PROSES PENUBUHAN TADIKA 2.1 PROSES PENUBUHAN Proses penubuhan perkhidmatan tadika adalah seperti berikut: Usahawan Melakukan Kajian Pasaran Penetapan Premis/Lokasi (Sewa/Beli/Dirikan) Pendaftaran Perniagaan (ROB/ROC) Memohon Lesen Perniagaan (Kerajaan Tempatan) Memohon Kelulusan (Pendaftaran Dengan Jabatan Pendidikan) Pelaksanaan
  • 6. 4 Terdapat lima langkah dalam proses penubuhan sebuah tadika. Langkah pertama, setiap usahawan perlu mempersiapkan diri dari segi pengetahuan, kemahiran dan tingkahlaku yang sesuai dengan ciri-ciri perniagaan perkhidmatan tadika. Sila rujuk kepada faktor-faktor kejayaan bagi sesebuah perniagaan tadika dalam bab 8. Langkah kedua ialah melakukan kajian pasaran di kawasan sasaran yang telah ditentukan. Kajian pasaran dilakukan dengan tujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapatnya permintaan terhadap perkhidmatan tadika di kawasan sasaran pasaran. Penerangan lanjut mengenai kajian pasaran di nyatakan dalam bab 3. Kajian pasaran menerangkan tentang aspek-aspek penting yang perlu diambil kira semasa melakukan kajian pasaran. Jika kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa wujudnya pasaran bagi perkhidmatan tadika, maka usahawan perlulah menetapkan premis atau lokasi perniagaan. Mereka boleh memilih sama ada untuk menyewa atau membeli bangunan premis yang sesuai untuk dijadikan tadika. Jika usahawan memilih untuk menyewa bangunan tersebut, satu ikatan perjanjian sewaan perlu dibuat bagi menjamin hak penyewaan dalam tempoh yang dipersetujui bersama di antara penyewa dan pemilik bangunan. Jika usahawan mengambil keputusan untuk membeli bangunan berkaitan, mereka boleh sama ada menggunakan sumber kewangan sendiri atau mendapatkan pembiayaan dari mana-mana institusi kewangan berdekatan. Usahawan juga boleh mempertimbangkan untuk mendirikan sendiri bangunan premis tadika. Bagi tujuan ini mereka perlu memastikan bahawa mereka telah mempunyai tapak bangunan yang sesuai.
  • 7. 5 Sebaliknya jika kajian pasaran menunjukkan bahawa tiada pasaran terhadap perniagaan perkhidmatan tadika maka usahawan perlu melakukan kajian pasaran di kawasan yang lain. Beberapa siri kajian pasaran terpaksa dilakukan bagi kawasan berbeza sehingga hasil kajian memberi keputusan bahawa wujudnya pasaran bagi perniagaan perkhidmatan tadika. Langkah ketiga ialah memajukan permohonan pendaftaran perniagaan/syarikat kepada Pendaftar Perniagaan atau Pendaftar Syarikat. Jika usahawan memilih untuk menubuhkan sebuah entiti perniagaan perseorangan atau perkongsian, permohonan tersebut boleh dimajukan kepada pendaftar perniagaan. Jika mereka memilih untuk menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad maka permohonan tersebut perlu dimajukan kepada Pendaftar Syarikat. Proses pendaftaran perniagaan diterangkan dalam Bab 4. Langkah keempat ialah memohon lesen perniagaan dengan pihak kerajaan tempatan (majlis perbandaran/daerah). Lesen perniagaan diperlukan bagi membolehkan sesebuah perkhidmatan dapat dijalankan secara sah di tapak premis yang ditetapkan. Langkah ke lima ialah memohon surat kelulusan menjalankan perkhidmatan tadika. Permohonan tersebut hendaklah dimajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri. Jika usahawan bercadang untuk menjalankan perkhidmatan tadika berasaskan konsep pengurusan agama, maka permohonan tambahan hendaklah dimajukan kepada pihak JabatanAgama Islam Negeri. Setiap pengurusan tadika adalah tertakluk kepada garis panduan pengendalian tadika yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran (sila lihat Lampiran I).
  • 8. 6 Apabila semua lesen dan surat kelulusan telah diperolehi, barulah sesebuah perkhidmatan tadika dapat dijalankan secara sah. Pengiktirafan sebagai sebuah entiti perniagaan yang sah dari segi undang-undang mempunyai implikasi penting kepada usaha untuk mendapatkan sebarang pembiayaan dari institusi kewangan tempatan. Ini kerana pihak pembiaya hanya akan membiayai mana-mana operasi perniagaan yang sah dari segi undang-undang sahaja. Dalam aspek pelaksanaan operasi perkhidmatan tadika, setiap usahawan perlu mengamalkan kaedah pengurusan yang sesuai. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk bab 5 hingga bab 8 mengenai strategi operasi, pentadbiran, pemasaran dan kewangan.
  • 9. 7 3 KAJIAN PASARAN 3.1 PENGENALAN Sebelum usahawan menceburi perniagaan perkhidmatan tadika, kajian tentang kewujudan pasaran perlu dibuat terlebih dahulu. Kajian ini akan dapat memberi gambaran menyeluruh mengenai pasaran di lokasi yang telah dipilih. Di samping itu, usahawan juga dapat membuat keputusan sama ada perniagaan perkhidmata tadika boleh dijalankan di lokasi berkenaan. 3.2 Metodologi Kajian 3.2.1 Fasa Pertama : Data Asas Dalam fasa pertama ini, usahawan perlu meneliti beberapa faktor asas yang kritikal bagi menjamin kedudukan perniagaan/syarikat pada jangka masa panjang. Sumber data yang dikaji boleh diperolehi melalui data sekunder (secondary data) yang disimpan di Jabatan Statistik, pejabat perbandaran dan majlis daerah. Sekiranya data tidak dapat diperolehi, usahawan mestilah mengadakan kajian sendiri di lokasi yang dipilih Contoh format keperluan data dinyatakan pada muka surat 11. Perkara-perkara yang mesti dikaji dalam fasa pertama ialah: • Profil isi rumah dalam lingkungan 10 kilometer Antara data yang mesti diperolehi ialah jumlah famili, pecahan mengikut bangsa dan data penduduk mengikut umur.
  • 10. 8 • Profil Persaingan Di samping itu, usahawan perlu juga mengkaji tentang kemungkinan wujudnya tadika yang sedia ada. Data yang dikaji mesti meliputi jumlah persaingan (disenaraikan semuanya mengikut alamat), konsep pembelajaran setiap tadika yang ada dan jumlah pelajar. Kelebihan dan kekurangan pesaing boleh dikaji dengan menemuduga pelanggan-pelanggan kepada perkhidmatan tadika yang sedang beroperasi. 3.2.2 Fasa Kedua : Perincian Profil Pasaran Sekiranya kajian fasa pertama mendapati bahawa usahawan boleh membuka satu lagi perniagaan perkhidmatan tadika di lokasi berkenaan, maka kajian lebih terperinci hendaklah dibuat tentang profil pasaran yang ingin dimasuki. Kajian ini seharusnya memberi maklumat kepada usahawan untuk membuat keputusan tentang strategi perniagaan yang akan dijalankan. Contoh, pendapatan isi rumah atau ketua keluarga akan memberi input kepada usahawan tentang harga perkhidmatan yang hendak ditawarkan. Contoh format dan soalan bagi kajian profil pasaran fasa kedua dinyatakan pada muka surat 14. Dalam fasa kedua ini, usahawan harus mengkaji sendiri data yang diperlukan di lokasi yang telah dipilih, kerana data yang berkenaan amat sukar diperolehi melalui data sekunder. Sekiranya mampu, usahawan juga boleh mengupah syarikat perunding untuk menjalankan kajian berkenaan.
  • 11. 9 3.3 ANTARA FAKTOR YANG DIAMBIL KIRA BAGI MEMULAKAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN TADIKA • Populasi yang ramai berumur antara 4 tahun hingga 6 tahun. • Tiada persaingan langsung (belum ada perniagaan tadika). • Ada persaingan tetapi masih belum dapat memenuhi permintaan sepenuhnya. • Terdapat persaingan, tetapi hanya menawarkan konsep pembelajaran yang t erhad. Misalnya, masih ada ruang untuk menawarkan konsep pembelajaran Montessori yang belum diperkenalkan lagi. • Ada persaingan, tetapi khusus untuk satu bangsa sahaja.
  • 12. 10 FORMAT KAJIAN PASARAN FASA I A. PROFIL PASARAN 1 Jumlah Kampung/Seksyen di Kawasan Lingkungan 10 km. Nama Kampung/Seksyen Bilangan Isi Rumah 1 2 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Jumlah 2. Data Penduduk Mengikut Bangsa Bangsa Jumlah 1. 2. 3. 4. 5. Jumlah
  • 13. 11 3. Data Penduduk Mengikut Umur Umur Bilangan Itahun 2 tahun 3 tahun 4 tahun 5 tahun 6 tahun 7 - 12 tahun 13 - 17 tahun 18 tahun ke atas 4. Data Persaingan Nama dan Alamat Tadika Konsep Bilangan Pelajar 1. 2. 3.
  • 14. 5. Data Persaingan (Samb.) Nama danlamat Tadika Kekuatan Kelemahan 1. 2. 3. 12
  • 15. 13 FORMAT KAJIAN PASARAN FASA 2 1 Pendapatan isi rumah Kurang RM 1000 RM 1001 - RM 1500 RM 1501 - RM 2500 RM 2501 - RM 5000 Melebihi RM 5000 2. Kenderaan yang dimiliki Tiada kenderaan sendiri Motosikal Kereta Lain-lain : Nyata 3. Adakah anda suami-isteri bekerja ? Ya Tidak 4. Sektor pekerjaan ketua keluarga Kerajaan Swasta Berniaga 5. Adakah anda merancang untuk menghantar anak anda ke Sekolah Tadika ? Ya Tidak 6. Nyatakan jenis atau konsep pembelajaran yang anda lebih minat untuk anak anda pelajar : Konsep agama Montenssori KBSR Konsep 3M Lain-lain, nyatakan
  • 16. 4. PENDAFTARAN TADIKA 4.1 Proses Penubuhan dan Pendaftaran Perniagaan Syarikat Terdapat tiga bentuk perniagaan yang boleh ditubuhkan bagi mengendalikan perkhidmatan tadika, iaitu perniagaan perseorangan (sole proprietorship), perkongsian (partnership) dan syarikat sendirian berhad (private limited company). Mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, semua bentuk perniagaan perseorangan dan perkongsian dikehendaki mendaftar dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (Registrar of Business - ROB) sebelum memulakan perniagaan. Kaedah pendaftaran bagi setiap bentuk perniagaan adalah seperti berikut: Perniagaan Perseorangan Sebelum memulakan pendaftaran perniagaan, pengusaha dikehendaki mengisi borang carian nama yang boleh diperoleh daripada ROB bagi memastikan tiada pertindihan terhadap nama yang dipilih. Jika nama tersebut diluluskan, pengusaha boleh meneruskan langkah-langkah berikut: Dapatkan Borang A dari ROB Lengkapkan Borang A Borang Yang Telah Dipenuhi Hendaklah Disahkan Oleh Pesuruhjaya Sumpah Serahkan Borang A Dengan Menyertakan Kad Pengenalan 14
  • 17. 15 Pendaftaran perniagaan hanya sah untuk satu tahun sahaja dan perlu diperbaharui setiap tahun. Jika terdapat sebarang perubahan terhadap maklumat perniagaan seperti alamat, rakan kongsi baru, cawangan baru dan sebagainya, pengusaha hendaklah mengisi Borang B. Jika pengusaha ingin menamatkan operasi perniagaan, pengusaha perlu memenuhi Borang C yang boleh diperolehi daripada ROB. Pengusaha juga dikehendaki memulangkan sijil pendaftaran asal (Borang D). Perkongsian Lazimnya, kaedah pendaftaran perkongsian adalah serupa dengan pendaftaran perniagaan perseorangan. Bagaimanapun, setiap rakan kongsi dikehendaki mengisi borang butir-butir ahli kongsi (Borang P.N.A. - 1A) secara berasingan. Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) Syarikat Sdn. Bhd. boleh ditubuhkan dan didaftarkan dengan Pejabat Pendaftaran Syarikat (Registrar of Company - ROC) berpandukan kepada langkah-langkah berikut : Pilih Nama Syarikat Dapatkan Kelulusan ROC Bagi Nama Yang Dipilih Penuhkan Borang-Borang Yang Berkaitan Penuhkan Lampiran A
  • 18. 16 Pemilihan Nama Syarikat Serahkan Borang 13 A bagi mendapatkan kebenaran menggunakan nama yang dicadangkan. Penggunaan nama hendaklah seratus peratus dalam bahasa Melayu atau seratus peratus Bahasa Inggeris dan tidak melebihi 50 huruf termasuk perkataan Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd. Borang-Borang Yang Perlu Dikemukakan Borang-borang berikut perlu dikemukakan semasa menubuhkan syarikat : • Borang 6 : Surat akuan berkanun mengenai pematuhan segala peraturan. • Borang 48 A : Akuan berkanun sebelum perlantikan menjadI pengasas atau pengarah. • Memorandum danArtikel Persatuan. • Salinan surat kelulusan. Jika pihak ROC berpuas hati dengan permohonan yang telah dikemukakan, sijil perbadanan akan dikeluarkan dan syarikat boleh memulakan beroperasi menggunakan nama yang didaftarkan. Lampiran A Lampiran ini hendaklah diisi dalam tiga salinan dan dikembalikan kepada ROC bersama dokumen-dokumen syarikat. LampiranA memuatkan nama syarikat, objek pertama, modal dibenarkan, alamat pejabat yang didaftarkan dan butir-butir pengarah. 4.2 PENDAFTARAN DENGAN JABATAN PENDIDIKAN Pendaftaran tadika adalah melalui proses-proses berikut
  • 19. 17 Mengemukakan Permohonan Penubuhan Kepada Jabatan Pendidikan Negeri Lawatan Kesesuaian Oleh Jabatan Pendidikan Negeri Mengemukakan Borang Permohonan Pendaftaran Kepada Jabatan Pendidikan Negeri Jabatan Pendidikan Mendapatkan Pandangan dan Sokongan Daripada Agensi-Agensi Berkaitan Surat Kelulusan Dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Dengan Syarat-Syarat Tertentu Jabatan Pendidikan Mengeluarkan Sijil Pendaftaran Sekolah Permohonan Kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pemohon hendaklah mengemukakan surat permohonan kepada Unit Pendidikan Swasta, Pendaftar Sekolah-Sekolah di Jabatan Pendidikan Negeri masng-masing. Pemohon hendaklah menyatakan dengan ringkas tujuan penubuhan, kaedah kursus ditawarkan dan alamat tetap lokasi yang dipilih. Permohonan hendaklah disertakan : • Pelan lokasi lengkap (lakaran) kedudukan dan pandu arah kawasan sekeliling. • Pelan tapak bilik-bilik lengkap berukuran (lakaran).
  • 20. 18 • Nama tadika beralamat penuh 3 km sekeliling/300 buah rumah (bagi kawasan taman perumahan). • Surat persetujuan jiran-jiran terdekat mengandungi nama, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan tandatangan penghuni/tuan punya rumah tidak kurang daripada sepuluh buah rumah jiran. • Surat perjanjian sewa bangunan (tenancy agreement). • Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CF). • Kertas Kerja. Lawatan Kesesuaian Oleh Jabatan Pendidikan Satu surat jawapan penerimaan kertas kerja secara bertulis akan dikeluarkan dan meminta pemohon menghubungi pihak jabatan untuk menentukan tarikh lawatan.. Mengisi Borang Pendaftaran Semua borang rasmi permohonan pendaftaran akan diberikan kepada pemohon selepas lawatan. Mendapatkan Sokongan Dari Agensi Berkaitan Setelah borang permohonan disemak, bagi mendapatkan pandangan dan sokongan, Jabatan akan mengeluarkan surat kepada : • Pihak Berkuasa Tempatan • Jabatan Bomba dan Penyelamat • Pendaftar Perniagaan (ROB/ROC) Surat Kelulusan dan Tawaran Syarat Setelah menerima sokongan dari agensi berkenaan di para 5, surat kelulusan akan dikeluarkan kepada pemohon dengan syarat-syarat tertentu. Sijil Pendaftaran Sijil Pendaftaran Sekolah akan dikeluarkan setelah pemohon bersetuju dengan syarat yang dikenakan.
  • 21. 19 Format kertas kerja permohonan penubuhan tadika dengan Jabatan Pelajaran dan permohonan pinjaman dari institusi kewangan. 4.3 PERATURAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN Perancangan • Mengemukakan pelan-pelan clan clokumen-clokumen. • Pelan-pelan : - Pelan tapak - Pelan lantai - Lukisan keratan - Lukisan tampak • Urusan tanah/percukaian : - Salinan hakmilik tanah yang disahkan oleh Pejabat Tanah Daerah. - Salinan cukai taksiran - Salinan cukai tanah • Dokumen-dokumen lain : - Gambar-gambar tapak - Surat perjanjian/kebenaran dari pemilik bangunan (jika disewa) - Surat sokongan dari pemilik/penghuni bangunan/ lot bersebelahan Kesesuaian Tapak • Jenis bangunan yang sesuai. • Rumah sebuah (banglo). • Rumah berkembar. • Rumah teres (lot tepi dengan kawasan lapang dan tidak menyebabkan kesesakan dan gangguan lalulintas). • Rumah pangsa (tingkat bawah). • Bangunan pejabat (tingkat 1 hingga 2 kecuali dengan sokongan Jabatan Perkhidmatan Bomba). • Bangunan komersil (mengikut sokongan Jabatan Perkhidmatan Bomba). • Bangunan kilang (mengikut sokongan Jabatan Kesihatan dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja).
  • 22. 20 Kesesuaian Tanah • Tidak terletak di hadapan jalan utama. Jalan keluar masuk sekurang-kurangnya 10 meter dari simpang utama. • Mempunyai kawasan permainan yang secukupnya di luar bangunan pusat. Kehendak Pengiklanan • Ditulis dalam Bahasa Melayu. • Kedudukan di tempat yang sesuai. Kehendak Bangunan • Kehendak tangga (sekiranya bangunan bertingkat) : - Mempunyai dua tangga (laluan) bagi masa kecemasan. - Tangga kayu dan konkrit hendaklah di atas permaidani atau bahan lembut. - Tangga hendaklah dipasang dengan pagar (railings) dengan ketinggian sesuai denganketinggian kanak- kanak. Kehendak Pengudaraan dan Pencahayaan • Pengudaraan boleh kawal hendaklah 20% daripada keluasan lega lantai. • Pengudaraan bebas hendaklah 10% daripada keluasan lega lantai. • Pencahayaan semulajadi hendaklah 20% daripada keluasan lega lantai. Kehendak Tingkap dan Pintu • Semua pintu dan tingkap hendaklah dibuka dari bahagian dalam. • Tingkap jenis bebilah (louvres) tidak dibenarkan. • Semua pintu dan tingkap di tingkat atas bangunan yang dipasang dengan jeriji hendaklah dari jenis yang boleh dibuka. • Semua jeriji yang digunakan di tingkat bawah hendaklah dari jenis yang tidak tajam dan merbahaya serta boleh dibuka. • Menyediakan dua pintu yang berasingan (1 hadapan dan1 belakang).
  • 23. 21 Kehendak Kegunaan Ruang • Menyediakan ruang untuk kemudahan belajar dan bermain. • Menyediakan ruang berasingan (sick bay). • Menyediakan ruang dapur. • Menyediakan ruang penyediaan makanan. • Mempunyai ruang penyimpanan makanan. • Pengasingan ruang antara bayi dengan kanak-kanak lain. 4.4 PERATURAN JABATAN PERKHIDMATAN BOMBA DAN PENYELAMAT Bangunan Keadaan Bangunan Yang Dibenarkan • Mempunyai lebih daripada 1 tangga (bagi bangunan bertingkat). • Tidak mengandungi bahan-bahan bahaya. • Kedudukan tadika tidak melebihi had kelengkapan tangga jentera bomba (bandaraya 40 meter, bandar kecil 10 meter). • Bukan bangunan tingkat basement. Ciri Keselamatan Bangunan • Berhampiran dengan tangga keselamatan bagi tadika yang terletak dalam bangunan bertingkat. • Mematuhi jarak perjalanan maksimum (tiada sistem sprinkler 30 meter, mempunyai sistem sprinkler 43 meter, had jalan mati 9 meter, jarak minimum antara dua pintu 5 meter). • Mematuhi had maksimum mengikut bilangan pintu keluar. Kehendak Teknikal Dinding • Antara tadika dengan bahagian lain (dinaikkan ke paras tingkat) - tempoh ketahanan api (TKA) 2 jam. • Bilik penyediaan dengan tadika (dinaikkan ke paras lantai tingkat) - TKA 2 jam. • Dinding pejabat (TKA 1/2 jam).
  • 24. 22 Kehendak Kemudahan Keluar dan Pengosongan Premis. • Mengadakan tanda keluar lampu kecemasan jenis kuasa tersendiri. • Mengadakan trolley nisbah 1:6. • Mewujudkan refuge area: - Ruang lobi. - Koridor. - Kawasan terlindung dalam tadika. • Mengadakan alat pencegah kebakaran dari jenis yang diluluskan: - 2 unit 4.5 kg. alat pemadam api mudah alih jenis debu kering. - Alat pengesan asap jenis kuasa tersendiri. Operasi Kehendak Langkah Keselamatan • Tidak dibenarkan menggunakan lilin/pelita. • Tidak dibenarkan menggunakan ubat nyamuk. • Tidak dibenarkan merokok dalam premis. • Tidak dibenarkan pembakaran terbuka atau memasak. Jika ada aktiviti, hendaklah dijalankan di kawasan berasingan yang mempunyai ketahanan api yang dibenarkan. • Tidak dibenarkan membawa masuk kanak-kanak ke dalam ruang penyediaan. • Plug point yang rendah hendaklah ditutup dengan kemas. • Tidak dibenarkan menggunakan penyambungan wayar. 4.5 PERATURAN JABATAN KESIHATAN Persekitaran (Operasi) Premis dan Kawasan Sekeliling Perlu Dalam Keadaan Kemas dan Bersih. • Rumput dipotong dari semasa ke semasa. • Tiada bahan buangan serta botol/tin yang menakung air.
  • 25. 23 Bangunan Kehendak Kemudahan Kebersihan • Menyediakan elbow tap. • Menyediakan susur tangan (handrails) untuk kanak- kanak yang kurang upaya. • Mangkuk tandas tidak melebihi 150mm (6") tinggi dari paras lantai. • Basin mencuci tangan dengan ketinggian tidak melebihi 600mm (2") hendaklah disediakan secukupnya. Bangunan (Operasi) Komponen Bangunan • Dinding di dalam dan di luar bangunan, siling dan lantai hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih dan memuaskan setiap masa. • Lantai bilik mandi, tandas dan tempat buang air kecil serta parit hendaklah sentiasa di dalam keadaan bersih, tidak licin dan air tidak bertakung. • Mengadakan dapur, bilik mandi dan tandas yang sesuai dan memuaskan serta bersih pada setiap masa. • Mempunyai ruang dengan kemudahan-kemudahan membasuh yang lengkap. • Mempunyai tempat membuang sampah atau menggunakan tong sampah dan karung plastik seperti yang ditetapkan. • Mematuhi kehendak minimum keluasan lantai 3.5 meter persegi. • Longkang di dalam kawasan tadika hendaklah ditutup dengan papan tetulang konkrit untuk keselamatan. Peralatan/Perabot/Kemudahan Dalam Bangunan • Semua perabot, alat-alat elektrik dan sebagainya hendaklah berada dalam keadaan bersih dan memuaskan. • Mengadakan katil/tempat tidur yang sesuai dan mencukupi.
  • 26. 24 • Menyediakan barang-barang permainan yang elok dan tidak berbentuk tajam. • Mengadakan kelengkapan permainan yang sesuai dan selamat. • Mengadakan telefon di bangunan pusat. • Mengadakan buku daftar kanak-kanak dengan butir-butir ibu/bapa/penjaga. • Mengadakan buku pelawat. Kehendak Perubatan dan Kesihatan • Mengadakan peti kecemasan di tempat yang sesuai. • Mengadakan pegawai perubatan pelawat dan butir-butir mengenai pegawai tersebut hendaklah dikemukakan. • Mengadakan seorang yang berkelayakan dan berpengalaman untuk menjaga kanak-kanak. • Mengemukakan laporan pemeriksaan perubatan tahunan (X-Ray dan T.Y.B) bagi pelesen dan pekerja. • Orang yang menghidap sebarang penyakit dilarang masuk ke dalam bangunan pusat. • Binatang-binatang peliharaan seperti anjing, kucing, burung dan sebagainya tidak dibenarkan berada di dalam bangunan. Penyediaan Makanan • Menyediakan makanan yang seimbang untuk kanak-kanak. • Dilarang menyediakan makanan ringan kepada kanak- • Semua botol dan puting susu mesti dibasmi kuman. • Makanan halal hendaklah disediakan untuk kanak-kanak yang beragama Islam. • Alat-alat yang digunakan untuk menyediakan makanan hendaklah bersih. • Keadaan tempat menyediakan makanan hendaklah bersih. • Tempat stor bahan-bahan makanan mestilah bersih clan selamat. Kehendak Umum • Mengadakan peraturan keselamatan yang memuaskan.
  • 27. 25 5. STRATEGI OPERASI PERNIAGAAN TADIKA 5.1 PENGENALAN Aspek ini merumuskan penemuan tentang perkara- perkara seperti sumber pembekalan perkhidmatan, aspek pekerjaan, kelayakan tenaga kerja, keluasan ruang perniagaan dan maklumat pelajar. 5.2 Keperluan Bahan dan Suber Bagi membolehkan perkhidmatan tadika dijalankan dengan berkesan, setiap usahawan perlu mempertimbangkan untuk memiliki sumber bahan bagi keberkesanan perkhidmatan yang ditawarkan. Di antara bahan-bahan yang perlu disediakan ialah : Bahan Sumber Perbekalan Pembelajaran Al-Ameen Serve Holding Sdn. Bhd. (Buku/nota) No. 8, Ground Floor, JalanAUIA/4F Tmn. Keramat Permai, 54200 Kuala Lumpur. Tel :03-4575139/140 Fax : 03-4575132 Mahir Publications Sdn. Bhd. No. 39, Jalan Nilam 1/2 Subang Square FTTS Subang Hi-Tech Industrial Park Batu Tiga, 40000 Shah Alam Selangor Tel : 03-7379044 Fax : 03-7379043 Bookman Sdn. Bhd. No. 25, Jalan Maju 2/1 Taman Lembah Maju 68000 Ampang, Selangor Tel : 03-4910200/012-3918715
  • 28. 26 Peralatan/Kemudahan Power Price Marketing Pembelajaran (Meja/ No. 17/1, Jalan Tiara 3 kerusi/ papan putih dll.) Bandar Baru Klang 41150 Klang, Selangor Tel : 03-3432909/012-2511324 Fax : 03-3432909 Peralatan/Kemudahan Power Price Marketing Riadah (Play House/ No. 17/1, Jalan Tiara 3 play side dll.) Bandar Baru Klang 41150 Klang, Selangor Tel : 03-3432909/012-2511324 Fax : 03-3432909 Pengangkutan Syarikat pengangkutan berhampiran 5.3 BILANGAN PEKERJA Secara purata bilangan pekerja sektor perkhidmatan tadika ialah 7 orang. Bilangan pekerja terendah ialah 2 orang dan tertinggi ialah 21 orang. Pecahan bilangan pekerja mengikut kategori sepenuh masa dan separuh masa adalah seperti berikut : Tertinggi Purata Terendah Sepenuh Masa (orang) 15 6 2 Separuh Masa (orang) 6 1 0 5.4 KATEGORI PEKERJA Secara purata, setiap perniagaan perkhidmatan tadika mempunyai 7 orang pekerja. Pecahannya mengikut kategori adalah lima orang guru atau jurulatih, seorang pekerja pentadbiran clan seorang pekerja am.
  • 29. 27 5.5 KELAYAKAN GURU Kebanyakan perniagaan perkhidmatan tadika mempunyai guru atau tenaga pengajar yang kelayakan minima di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Bagaimana pun tenaga pengajar yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi seperti ijazah, diploma atau sijil tadika dapat membantu kecemerlangan mutu perkhidmatan. 5.6 INSTITUSI LATIHAN PENGURUSAN TADIKA Terdapat beberapa institusi yang terlibat dalam memberikan latihan pengurusan tadika kepada mereka yang berminat dalam bidang ini. Latihan tersebut terbuka kepada pemilik perniagaan atau bakal pengusaha tadika dan tenaga pengajar/pendidik perniagaan perkhidmatan tadika. Di antara institusi latihan yang ada ialah : 1. Persatuan Tadika Malaysia No. 58, Jalan SS 2/72, 47300 Petaling Jaya Tel : 03-79574610 Fax : 03-79544610 2. Al-Ameen Serve Holding Sdn. Bhd. No. 8, Tingkat Bawah, Jalan AU 1A/4F Taman Keramat Permai 54200 Kuala Lumpur Tel : 03-42575132 Fax : 03-42575132 3. Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam Kg. Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor Tel : 03-89265853 Fax : 03-89263213 u/p : Tn. Hj. Kamaruddin Musa 4. Tadika Sri Montessori Sdn. Bhd. No. 91, Jalan Gasing, 46000 Petaling Jaya, Selangor Tel : 03-79575755 Fax : 03-79563580 e-mail : admin@montessori.edu.my 5. Persatuan Taska Negeri Selangor No.1, Jalan SS 18/2A, Subang Jaya 47500 Selangor Tel/Fax : 03-7382735 u/p : Pn. Ismaliza Ismail
  • 30. 28 5.7 RUANG Dari segi keluasan ruang, ia boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu keluasan keseluruhan tapak perniagaan dan keluasan ruang perniagaan. Keluasan keseluruhan tapak perniagaan merujuk kepada keluasan ruang pejabat, bilik darjah, ruang stor, ruang dapur dan kawasan riadah. Manakala ruang perniagaan merujuk kepada keluasan ruang pejabat, bilik darjah, ruang stor dan ruang dapur sahaja. Kebanyakan perniagaan perkhidmatan tadika mempunyai keluasan purata tapak perniagaan sekitar 1,020 meter persegi atau 10,979 kaki persegi. Keluasan terendah adalah 500 meter persegi dan keluasan tertinggi ialah 2,000 meter persegi. Dari segi keluasan ruang perniagaan pula, kebanyakan perniagaa perkhidmatan tadika mempunyai keluasan purata sekitar 285 meter persegi atau 3,068 kaki persegi. Keluasan terendah ialah 200 meter persegi dan keluasan tertinggi ialah 800 meter persegi. 5.8 BILANGAN BILIK DARJAH Dari segi keperluan bilangan bilik darjah, didapati kebanyakan perniagaan perkhidmatan tadika mempunyai purata lima (5) buah. Bilangan bilik darjah terendah ialah satu dan yang tertinggi ialah sepuluh buah. 5.9 PELAJAR Bilangan purata pelajar bagi sesebuah perniagaan perkhidmatan tadika ialah 88 orang. Jumlah ini secara umumya bermaksud bahawa setiap bilik darjah diisi dengan 16 orang pelajar untuk tujuan memberi keselesaan dan perhatian kepada pelajar.Angka ini juga menunjukkan
  • 31. 29 bahawa purata 5 kelas adalah kadar minima jika tadika ini dibuat secara komersil. 5.10 MASA OPERASI Kebanyakan perniagaan perkhidmatan tadika menawarkan perkhidmatan pada hari-hari berkerja sahaja. Masa beroperasi ialah dari jam 7.45 pagi hingga 5.30 petang. Hari : Isnin hingga Jumaat sahaja (Tiada kelas pada cuti umum dan cutimingguan) Masa :Sesi Pagi 7.45 pagi hingga 10.30 pagi Petang 2.45 petang hingga 5.30 petang
  • 32. 30 6. STRATEGI PEMASARAn PERNIAGAAN TADIKA 6.1 PENGENALAN Aspek ini menerangkan tentang rangkaian produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, peratus keuntungan yang diperolehi oleh industri, isu tentang segmen pasaran, konsep perkhidmatan, penetapan harga produk, strategi edaran lan promosi. 6.2 Rangkaian Produk atau Perkhidmatan Senarai rangkaian produk atau perkhidmatan yang melengkapi keperluan pasaran adalah antara isu penting dalam menentukan keuntungan dan kesinambungan sesebuah perniagaan perkhidmatan tadika. Kebanyakan perniagaan perkhidmatan tadika mempunyai senarai produk atau perkhidmatan tadika meliputi perkhidmatan tadika, penjagaan kanak- kanak, kelas bahasa, senilukis,muzik, agama dan perkhidmatan pengangkutan. Dalam industri ini, terdapat usahawan yang hanya menawarkan produk tadika sepenuhnya. Sebahagian kecil pula menawarkan produk tadika dan produk lain secara serentak. Produk-produk lain meliputi penjagaan kanak-kanak, kelas bahasa, kelas senilukis, kelas muzik, kelas agama dan pengangkutan. Antara sebab utama ialah, di bawah produk perkhidmatan tadika, pembelajaran tentang kelas bahasa, senilukis, muzik, agama telah pun diberi penekanan. Kebanyakan pengusaha tadika tidak menawarkan perkhidmatan pengangkutan sebagai sebahagian dari rantaian produk mereka. Usahawan bidang ini lebih cenderung menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang disediakan oleh pengusaha pengangkutan sedia ada di kawasan berdekatan. Bagaimana pun jika usahawan yang terlibat dalam perniagaan perkhidmatan tadika dapat menawarkan
  • 33. 31 perkhidmatan pengangkutan sebagai satu produk tambahan, mereka mempunyai kelebihan bersaing dengan pengusaha tadika yang lain. 6.3 Kadar Keuntungan Dari segi peratus untung kasar, didapati di kalangan perniagaan perkhidmatan tadika mencatat kadar yang berbeza. Secara purata, kadar keuntungan kasar yang diperolehi ialah 15% hingga 50% sahaja. Manakala kadar keuntungan bersih pula ialah sekitar 5 hingga 30% sahaja. Bagaimana pun kebanyakan pengusaha tadika memperolehi kadar untung bersih sekitar 10% sahaja. Kadar keuntungan (kasar dan bersih) yang diperolehi memberi implikasi kepada pulangan pelaburan dan kelangsungan perkhidmatan yang ditawarkan. Keuntungan yang diperolehi membolehkan perniagaan diteruskan dan dikembangkan. 6.4 Segmen Pasaran Bahagian ini menerangkan tentang aspek segmen pasaran dari segi agihan segmen mengikut bangsa dan umur. Kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah tadika yang menawarkan pembelajaran melalui bahasa melayu dan bahasa inggeris. Namun demikian, bagi kaum Cina, mereka mempunyai tadika yang dijalankan melalui bahasa mereka sendiri. Manakala dari segi umur pula, kebanyakan perkhidmatan tadika mensasari pelanggan dalam kategori berumur 6 tahun dan 5 tahun. Segmen umur di bawah 5 tahun adalah kecil. Begitu juga dengan peringkat umur 3 tahun. Ini bermakna segmen pasaran berumur di bawah 5 tahun sewajarnya diberi perhatian oleh pengusaha tadika di masa-masa hadapan (jika kumpulan sasaran adalah kanak-kanak 5 tahun ke bawah - perniagaan yang terlibat ialah Taska).
  • 34. 32 6.5 Konsep Perniagaan Tadika Pengurusan tadika sebagai sebuah entiti komersil diurus berasaskan beberapa konsep yang tertentu. Di antara konsep pengurusan tadika yang diamalkan ialah berasaskan konsep agama, Montenssori, KBSR dan Konsep 3M atau kombinasi di antara konsep-konsep tersebut. Pengurusan berasaskan konsep agama bermakna operasi tadika tersebut dijalankan dengan menekankan kepada pendidikan agama kepada pelajar-pelajar. Kurikulum pendidikan yang digunapakai adalah sebagaimana yang dikeluarkan oleh JabatanAgama Islam Selangor (JAIS) atau lain-lain persatuan agama seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) atau JIM (Jemaah Islam Malaysia). Kandungan kurikulum pengurusan tadika berasaskan konsep agama meliputi : • Mengenal Diri dan Kesihatan. • Akhlak (Tauhid, Ibadat dan Sirah). • Bacaan asasAl-Quran melalui kaedah Qiraati atau Iqra. • Penekanan latihan dan bacaan jawi. • Asas tulisan dan membaca. • Asas mengira (Matematik). • Asas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. • Sains • Latihan sembahyang secara amali setiap hari. • Riadah. Manakala konsep pengurusan Montessori pula adalah satu pendekatan berasaskan falsafah pendidikan yang diasaskan oleh Dr. Maria Montessori (1870 -1952) di mana penekanan diberikan kepada persediaan pelajar untuk memasuki sekolah rendah dan pembentukan keterampilan diri. Pengurusan tadika Montessori disyaratkan perlu mendapat didikan dan seliaan oleh Pusat Montessori
  • 35. 33 di London, di mana kurikulum yang digunakan adalah berasaskan kepada kurikulum yang dikeluarkan oleh Pusat Montessori di London. Bahasa pengantar utama ialah Bahasa Inggeris kecuali pengajaran tentang Bahasa Malaysia/Cina dan kelas agama. Di antara kandungan kurikulum pengurusan tadika berasaskan konsep Montessori meliputi : • English Language (Thematic Approach) • English Reading Program • Phonics • Writing Skill • Mathematics • Art and Craft • Music And Movement • Computer • Health And Fitness • Cultural Studies • Bahasa Malaysia/Cina • Bahasa Malaysia/Chinese Reading Program • Islamic Studies/Moral Pengurusan tadika berasaskan Konsep KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) memberi penekanan kepada persediaan pelajar untuk memasuki persekolahan darjah satu. Kurikulum yang digunakan ialah berasaskan kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia atau Jabatan Pelajaran Negeri. Di antara kandungan kurikulum pengurusan tadika berasaskan konsep KBSR ialah: • Asas Bacaan - Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris • Asas Mengira (Matematik) • Asas Kemahiran Hidup Dan Reka Cipta • Asas Pendidikan Islam/Moral • Asas Pendidikan Seni • Asas Pendidikan Muzik • Asas Sains • Asas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan • Kelas Agama dan Fardu Ain
  • 36. Konsep Pengurusan 3M (Menulis, Mengira dan Membaca) pula memberi penekanan kepada pelajar- pelajar tentang kemahiran menulis, mengira dan membaca. Dari segi kandungan kurikulum pengurusan berasaskan 3M tidak banyak bezanya dengan konsep KBSR, cuma penekanan dalam konsep 3M diberikan kepada meningkatkan kemahiran menulis, mengira dan membaca di kalangan pelajar berbanding pengurusan berasaskan KBSR - lebih kepada persediaan untuk memasuki sekolah rendah. Setiap pengusaha perkhidmatan tadika perlu mempertimbangkan untuk mengadaptasikan mana-mana konsep pengurusan tadika yang sesuai. Keputusan untuk memilih konsep pengurusan tadika tertakluk kepada faktor-faktor berikut : • Pengetahuan dan asas pendidikan pengusaha • Keperluan pekerja yang berkelayakan • Faktor pasaran - wujudnya pasaran bagi konsep berkenaan di sekitar jejari 10KM dari premis yang dicadangkan. 6.6 Penetapan Harga Perkhidmatan Pada dasarnya penetapan kadar harga produk/ perkhidmatan tadika adalah berbeza di kalangan pengusaha tadika. Harga yang ditetapkan kebiasaannya berdasarkan pakej produk, jangka masa pelajar berada di premis dan daerah lokasi perkhidmatan ditawarkan. Yuran bulanan dan tahunan dikenakan kepada setiap pelajar. Yuran tahunan dikenakan sekali sahaja (sila lihat perkara 6.3 untuk perincian). 6.7 Edaran Produk Aspek edaran meliputi keluasan pasaran sasaran serta perkhidmatan pengangkutan yang ditawarkan. Kebanyakan perkhidmatan tadika mensasari pasaran pada jarak keluasan pasaran sekitar 10KM dari lokasi premis. 34
  • 37. 35 Hanya sedikit sahaja perkhidmatan tadika mensasari pasaran melebihi 10KM. Ini bermakna pemilihan lokasi sangatlah penting dalam menentukan dayamaju perniagaan perkhidmatan tadika. Dari segi kedudukan lokasi premis pula didapati kebanyakan lokasi perkhidmatan tadika ialah di lot premis/ perniagaan tepi (corner lot unit). Walaupun tiada syarat khusus yang mewajibkan sesebuah perniagaan perkhidmatan tadika dijalankan pada lot tepi, tetapi kecenderungan memilih lot tepi memberi kelebihan bagi membolehkan keluasan mencukupi untuk ruangan bilik darjah, padang permainan dan ruang pejabat. 6.8 Media Promosi Aktiviti promosi sangat penting dalam usaha memperkenalkan produk dan seterusnya mempengaruhi penggunaan produk tersebut. Walaupun pada dasarnya perniagaan perkhidmatan tadika bukan berorientasikan keuntungan bahkan lebih kepada memberi perkhidmatan. Kebanyakan perkhidmatan tadika yang ada menekankan kepada falsafah memberi perkhidmatan pendidikan kepada masyarakat setempat berbanding kepentingan keuntungan semata. Ini menyebabkan matlamat utama aktiviti promosi dalam perniagaan tidak diberi penekanan ketara. Di antara media utama aktiviti promosi meliputi pengedaran brosur, sepanduk, aktiviti tahunan, kad perniagaan dan “word of mouth”. Penggunaan media moden seperti laman web dan elektronik tidak begitu ketara. Penggunaan media moden dalam aktiviti promosi perkhidmatan tadika wajar dipertimbangkan kerana skop edarannya yang luas, kos efektif yang rendah dan tanda keprihatinan kepada perubahan teknologi pendidikan.
  • 38. 6.9 BELANJAWAN PROMOSI Peruntukan tahunan untuk aktiviti promosi adalah kecil jika dibuat secara perbandingan. Ini menyebabkan aktiviti promosi melibatkan penggunaan media dan kekerapan aktiviti promosi yang terhad. Keadaan ini tidak sesuai kerana aktiviti promosi sewajarnya dianggap sebagai satu bentuk pelaburan untuk memperkenalkan produk dan seterusnya menyakinkan pengguna tentang kepentingan dan kebaikan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan. Kebanyakan perniagaan perkhidmatan tadika memperuntukkan perbelanjaan kurang daripada RM3,000 setahun untuk aktiviti-aktiviti promosi mereka. 36
  • 39. 37 7 STRATEGI PENTADBIRAN PERNIAGAAN TADIKA 7.1 Pejabat Pentadbiran Dari segi keperluan pejabat pentadbiran, didapati bahawa hampir kesemua perniagaan tadika di Lembah Kelang memperuntukxkan sebuah ruang pejabat dalam premis perniagaan mereka. Keluasan ruang pejabat ini tidak penting kerana ia digunakan hanya untuk menempatkan rak fail dan peralatan pejabat. 7.2 KEPERLUAN PERABOT DAN PERALATAN Peralatan yang diperlukan untuk mentadbir perniagaan tadika terdiri daripada perkara-perkara yang berikut : • Satu set perabot meja dan kerusi untuk pengurus dan kerani • Sebuah komputer • Sebuah pencetak • Alat tulis dan rak-rak fail 7.3 TENAGA KERJA PENTADBIRAN Tidak ramai tenaga kerja pentadbiran yang diperlukan oleh perniagaan tadika. Kebanyakan perniagaan yang ditemui mempunyai seorang pengurus dan seorang kerani sahaja. 7.4 PERSATUAN TADIKA/TASKA Sebagai pengusaha perkhidmatan tadika sewajarnya setiap pengusaha menganggotai mana-mana persatuan yang berkaitan. Dengan menyertai mana-mana persatuan berkaitan, mereka dapat menyalurkan pandangan serta mengemukakan masalah dengan cara yang lebih berkesan.
  • 40. 1. Persatuan Tadika Malaysia No. 58, Jalan SS 2/72, 47300 Petaling Jaya. Tel :03-79574610 Fax : 03-79544610 2. Persatuan Taska Negeri Selangor No. 1, Jalan SS 18/2A, Subang Jaya 47500 Selangor Tel/Fax : 03-568382735 u/p: Pn. Ismaliza Ismail 38
  • 41. 39 8 IMPLIKASI KEWANGAN PERNIAGAAN TADIKA 8.1 PENGENALAN Aspek ini menerangkan tentang aspek kos pelaburan dan pendapatan bagi perniagaan tadika. Di samping itu, aspek ini juga menganalisis pulangan modal bagi perniagaan tersebut. 8.2 KOS PELAKSANAAN PROJEK Kos pelaksanaan projek ialah segala kos yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu projek perniagaan. Kos ini meliputi kos pelaburan aset tetap, pelaburan modal pusingan dan kos pra-operasi. Jadual 8.1, 8.2 dan 8.3 menunjukkan purata kos pelaksanaan projek dan perinciannya bagi perkhidmatan tadika. Purata kos pelaksanaan projek bagi menjalankan perkhidmatan tadika dan penjagaan kanak-kanak adalah sebanyak RM71,290. Manakala kos pelaksanaan projek bagi perkhidmatan tadika sahaja ialah RM69,028. Jadual 8.2 Purata Kos Pelaksanaan Projek Jenis Pelaburan Tadika & Penjagaan Tadika Kanak-Kanak Pelaburan Aset Tetap RM 60,980 RM 57,850 Pelaburan Modal Kerja RM 8,540 RM 9,153 Kos Pra-Operasi RM 1,770 RM 2,025 Jumlah RM 71,290 RM 69,028
  • 42. Jadual 8.2 Perincian Kos Pelaksanaan Projek (Tadika & Penjagaan Kanak-Kanak) (n = 26) Kategori Kos purata minimum tertinggi (RM) (RM) (RM) KosAsetTetap 60,980 5,000 250,000 Modal Kerja (bulanan): KosPentadbiran 4,947 1,300 13,300 KosPemasaran 450 0 5,000 Kos Operasi 3,143 0 14,000 Pra-0perasi 1,770 0 11,500 Bilangan Kanak-Kanak (purata) 88 orang Jadual 8.3 Perincian Kos Pelaksanaan Projek (Tadika Sahaja) (n = 20) Kategori Kos purata minimum tertinggi (RM) (RM) (RM) Kos Aset Tetap 57,850 5,000 250,000 Modal Kerja (bulanan): Kos Pentadbiran 5,096 1,300 13,300 Kos Pemasaran 563 0 5,000 Kos Operasi 3,494 0 3,530 Pra-Operasi 2,025 0 11,500 Bilangan Kanak-Kanak (purata) 87 orang 40
  • 43. 41 8.3 KOS PELABURAN Kos Aset Tetap Aset-aset tetap yang dimiliki terdiri daripada tanah, bangunan, perabot dan kelengkapan dan kenderaan. Bagi keseluruhan perniagaan (tadika clan penjagaan kanak- kanak), pelaburan terhadap aset tetap, secara purata bernilai RM 60,980. Bagi pengusaha yang menjalankan perkhidmatan tadika sahaja, purata pemilikan aset tetap bernilai RM 57,850. Modal Kerja Modal kerja (atau modal pusingan) merangkumi kos pentadbiran, kos pemasaran dan kos operasi. Terdapat juga sebilangan tadika yang menanggung kos pra-operasi. Kos Pentadbiran. Kos ini merangkumi pembayaran gaji kakitangan, sewa tanah dan bangunan, utiliti dan sebagainya. Secara purata, kos pentadbiran yang terlibat bagi mengendalikan perkhidmatan tadika dan penjagaan kanak-kanak ialah RM 4,947 sebulan dan bagi tadika sahaja ialah RIM 5,096. Kos Pemasaran. Kos pemasaran ialah segala kos yang diperuntukkan bagi membiayai segala aktiviti pemasaran perniagaan. Di antara contoh perbelanjaan pemasaran ialah kos promosi. Secara purata, kos pemasaran ialah sebanyak RM450 sebulan bagi tadika dan penjagaan kanak-kanak dan RM563 bagi tadika sahaja. Kos Operasi. Kos operasi ialah segala kos yang diperlukan bagi membiayai ssegala perbelanjaan operasi. Di antara contoh kos operasi ialah pembelian bahan makanan, bahan pengajaran dan utiliti.
  • 44. Secara purata kos operasi ialah RM3,143 sebulan bagi tadika dan penjagaan kanak-kanak dan RM3,494 bagi tadika sahaja. Pada keseluruhannya, secara purata jumlah modal kerja ialah RM8,540 sebulan bagi perkhidmatan tadika dan penjagaan kanak-kanak dan RM9,153 sebulan bagi tadika sahaja (lihat Jadual 8.4). Jadual 8.4 Jumlah Pelaburan Modal Kerja Bulanan Jenis Kos Tadika & Penjagaan Tadika Kanak-Kanak KosPentadbiran RM 4,947 RM 5,096 KosPemasaran RM 450 RM 563 Kos Operasi RM 3,143 RM 3,494 Jumlah RM 8,540 RM 9,153 Kos Pra-Operasi Kos ini membabitkan perbelanjaan yang ditanggung sebelum memulakan operasi seperti pendaftaran, ubahsuaian, pembayaran deposit dan sebagainya. Secara purata, belanja pra-operasi yang ditanggung ialah RM 1,770 bagi perkhidmatan tadika dan penjagaan kanak- kanak dan sebanyak RM 2,025 bagi tadika. 8.4PENDAPATAN Pendapatan utama perniagaan merangkumi yuran pendaftaran, yuran pendidikan prasekolah dan yuran penjagaan kanak-kanak. Yuran Pendaftaran Kebanyakan perniagaan tadika mengenakan yuran pendaftaran sebanyak RM50.00. Yuran terendah ialah sebanyak RM10.00 dan tertinggi berjumlah RM200. 42
  • 45. 43 Secara purata yuran yang dikenakan ialah RM60 setahun setiap kanak-kanak (lihat Jadual 8.5). Yuran Pendidikan Pra-Sekolah (Tadika) Kebanyakan perniagaan tadika mengenakan yuran bulanan di antara RM101 hingga RM150. Yuran terendah ialah sebanyak RM80 sebulan dan tertinggi RM200 sebulan. Secara purata, yuran bulanan dikenakan sebanyak RM149 bagi setiap kanak-kanak (lihat Jadual 8.5). Yuran Penjagaan Kanak-Kanak Di samping pendidikan pra-sekolah, terdapat juga perniagaan tadika mengendalikan penjagaan kanak- kanak. Kebanyakan perniagaan tadika mengenakan yuran di antara RM51 hingga RM100. Bagi kes tertentu, ada juga perniagaan yang mengenakan yuran penjagaan melebihi RM200 sebulan. Secara purata, jumlah yuran ialah RM218 sebulan bagi setiap kanak-kanak. Pendapatan dan Kos Terdapatduafaktorutamayangmempengaruhiuntung,iaitu jumlah jualan (sama ada dalam bentuk bilangan kanak- kanak atau ringgit) dan jumlah kos (kos tetap dan kos berubah). Pengiraan mudah bagi menentukan untung ialah: Jualan - Jumlah Kos = Untung atau Jualan -[Kos Tetap + Kos Berubah] = Untung Kos perniagaan boleh diklasifikasikan kepada kos tetap dan kos berubah. Kos tetap merupakan belanja perniagaan yang tidak berubah walaupun bilangan kanak-kanak berubah, manakala kos berubah pula merupakan belanja yang berubah secara langsung dengan kadar yang sama dengan perubahan terhadap bilangan kanak-kanak.
  • 46. Bagi tujuan analisis, kos bagi mengendalikan tadika boleh diklasifikasikan seperti berikut: Kos Tetap : susunilai aset tetap kos pentadbiran kos pemasaran Kos Berubah : kos operasi Titik Pulangan Modal Analisis ini hanya membabitkan pengendalian tadika (pra sekolah). Pengiraan titik pulangan modal membabitkan pendapatan dan kos. Bagi membolehkan pengiraan dibuat secara munasabah, pengusaha tadika dibahagikan kepada dua kumpulan: (1) pengusaha yang memiliki bangunan sendiri, dan (2) pengusaha yang menyewa bangunan. Bagi memudahkan pengiraan titik pulangan modal, maklumat berikut perlu diketahui: (i) pendapatan yang diperolehi daripada seorang kanak- kanak, (ii) Kos Tetap dan (iii) kos berubah bagi seorang kanak-kanak. Bagi tujuan analisis, hanya pengendalian pendidikan pra- sekolah (tadika) sahaja diambil kira. Ini kerana pendidikan tadika merupakan perkhidmatan utama yang ditawarkan. Pendapatan dan kos bulanan secara purata bagi dua kumpulan pengusaha ditunjukkan seperti di Jadual 8.5. 44
  • 47. 45 Jadual 8.5 Pendapatan dan Kos Bulanan Bangunan Menyewa Sendiri Bangunan Pen dapatan dari seorang kanak-kanak RM 154 RM 154 Jumlahpemilikanasettetap RM 180,000 RM 15,931 Kadar purata susutnilai tahunan 8% 10% bangunan, kenderaan, perabot, peralatan) Kos: Kos Tetap Susutnilai aset tetap RM 1,200 RM 133 Kos pentadbiran RM 3,795 RM 5,257 Kospemasaran RM 750 RM 500 Jumlahkostetap RM 5,745 RM 5,890 -Kos Berubah Kos operasi RM 5,525 RM 2,677 Kos berubah bagi setiap kanak-kanak , RM 63 RM 31 Kos pra-operasi tidak diambil kira dalam analisis ini kerana kos ini merupakan kos permulaan yang dibelanjakan sebelum perniagaan beroperasi. Oleh yang demikian, kos tersebut bukan merupakan perbelanjaan dalam operasi harian tetapi merupakan perbelanjaan modal yang dianggap aset kepada perniagaan. Titik pulangan modal (x) merupakan titik di mana untung bersamaan dengan kosong, iaitu : Jualan - Jumlah Kos = RM0 atau Jualan -[Kos Tetap + Kos Berubah] = RM0
  • 48. 46 Jadual 8.6 Pengiraan Titik Pulangan Modal Memiliki Banpunan Sendiri Menyewa Bangunan Jualan - [Kos Tetap + Kos Berubah] =RM0 Jualan - [Kos Tetap + Kos Berubah] = RM0 RM154 (x)- [RM5,745 + RM63(x)] =RM0 RM154(x)- [RM5,890 + RM31(x)] = RM0 RM154 (x)- RM63 (x) =RM5,745 RM154 (x)- RM31 (x) = RM5,890 91 (x) =RM5,745 RM123 (x) = RM5,890 Bilangan Kanak-Kanak (x) =63 Bilangan Kanak-Kanak (x) = 48 Jumlah jualan (63 x RM154) =RM9,702 Jumlah jualan (48 x RM154) = RM7,392 Bilangan kanak-kanak yang diperlukan bagi memenuhi jumlah kos ialah seramai 84 orang (jika memiliki bangunan sendiri) dan 48 orang (jika menyewa bangunan), manakala jumlah jualan yang diperlukan bagi memenuhi jumlah kos ialah RM 12,936 sebulan (jika memiliki bangunan sendiri) dan RM 7,392 (jika menyewa bangunan).
  • 49. 47 9 FAKTOR FAKTOR KEJAYAAN 9.1 PENGENALAN Aspek ini merumuskan penemuan tentang faktor-faktor penyumbang kepada kejayaan sebuah perniagaan perkhidmatan tadika. Faktor-faktor kejayaan ditakrifkan sebagai sebarang penyebab utama menyumbang kepada kelangsungan (continuity) dan keuntungan (profitability) sesebuah perniagaan. Faktor-faktor kejayaan boleh dipecahkan kepada dua kategori utama iaitu faktor yang berkait dengan ciri-ciri usahawan dan faktor yang berkaitan dengan ciri-ciri perniagaan itu sendiri. 9.2 Ciri-ciri Keusahawanan Faktor ciri usahawan merujuk kepada perilaku atau keperibadian seseorang semasa mengurus sesebuah perniagaan. Perlaku atau keperibadian seseorang memainkan peranan penting sama ada menyumbang atau merosakkan urusniaga sesebuah perniagaan. Kategori ciri-ciri usahawan dibahagikan kepada tiga (3) komponen penting. Komponen tersebut ialah aspek pengetahuan (knowledge), kemahiran (skills) dan tingkahlaku (attitude). Aspek pengetahuan meliputi ilmu atau maklumat yang dimiliki oleh seseorang yang membolehkan mereka mengurus sesebuah perniagaan dengan jayanya. Manakala kemahiran pula merujuk kepada kebolehan atau kepakaran yang dimiliki oleh seseorang usahawan dan sangat berguna dalam membantu kebolehan mereka mengurus sesebuah perniagaan. Tingkahlaku pula merujuk kepada aspek dalaman diri atau perlakuan seseorang usahawan semasa mengurus perniagaan.
  • 50. Jadual 9.1 menunjukkan tentang ciri-ciri penting yang perlu ada pada seseorang usahawan dalam bidang perkhidmatan tadika. Ciri-ciri tersebut menjadi Penyumbang utama kepada kejayaan mengurus sesebuah perniagaan perkhidmatan tadika Dalam aspek pengetahuan - elemen ini meliputi pengetahuan dalam bidang pendidikan tadika, tentang perilaku kanak-kanak dan berpengetahuan dalam perniagaan. Manakala elemen kemahiran meliputi kemahiran dalam bidang komunikasi interpersonal dan kemahiran komunikasi hubungan atau business networking. Dalam aspek tingkahlaku pula ciri-ciri seperti ketegasan, keberanian, minat atau sukakan kanak-kanak, kecekalan/kesabaran, kerja kuat, dedikasi dan peramah menjadi resipi utama kejayaan pengurusan perkhidmatan tadika. Jadual 9.1 : Ciri-ciri Keusahawanan Ciri Perincian Tingkahlaku Minat atau Sukakan Kanak-kanak Kerja Kuat Dedikasi Kecekalan/Kesabaran Peramah Ketegasan Keberanian Kemahiran Komunikasi Perhubungan Awam/Business Networking Pengetahuan Dalam Bidang Pendidikan Kanak-Kanak/Tadika Tentang Perilaku Kanak-kanak Berpengalaman Dalam Perniagaan 48
  • 51. 9.3CIRI PERNIAGAAN Faktor kedua penting ialah ciri-ciri perniagaan itu sendiri. Setiap perniagaan pada dasarnya adalah berbeza dari segi sifat dan ciri-cirinya. Setiap usahawan perlu mengesan ciri-ciri yang penting yang perlu ada pada sesebuah perniagaan perkhidmatan tadika yang berjaya. Ciri-ciri dominan bagi sebuah perniagaan perkhidmatan tadika yang berjaya dipecahkan kepada empat kategori utama iaitu program atau produk, premis, tenaga kerja dan citra perniagaan(Business image). seperti di Jadual 9.2. Program atau produk merujuk kepada sebarang bentuk perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Manakala premis pula merujuk kepada lokasi dalaman dan luaran premis perniagaan. Kumpulan tenaga kerja meliputi tenaga kerja di bahagian pendidikan, pekeranian dan sokongan. Manakala citra perniagaan adalah merujuk kepada “good will” atau nama baik perniagaan itu sendiri. 49
  • 52. Dalam aspek program atau produk yang ditawarkan, faktorkejayaan adalah terdiri daripada kurikulum terkini, aktiviti tahunan, pemakanan dan kaedah pengajaran. Manakala aspek premis pula merujuk kepada lokasi yang strategik, hiasan dalaman perniagaan yang menarik, keluasan kawasan premis dan kebersihan kawasan perniagaan. Dalam aspek tenaga kerja pula tuntutan kepada keperluan mempunyai kumpulan tenaga kerja terlatih, mereka sukakan kanak-kanak dan semangat kerja berpasukan menjadi faktor terpenting. Dari segi citra perniagaan faktor kejayaan yang dikesan ialah orientasi pencapaian dalam perkhidmatan, rangkaian perniagaan, mempunyai cawangan tambahan, reputasi sedia ada dan perkhidmatan yang mesra. Jadual 9.2 : Ciri-ciri Perniagaan Ciri Perincian Program KurikulumPendidikan AktivitiTahunan Pemakanan (Halal & Bersih) Kaedah Pengajaran Premis LokasiStrategik HiasanDalaman KeluasanKawasanPremis Kebersihan Persekitaran (dalam dan luar premis) Tenaga Kerja Mutu Tenaga Kerja (tenaga kerja terlatih) Sukakan Kanak-Kanak Semangat Kerja Berkumpulan Citra Perniagaan OrientasiPencapaianDalamPerkhidmatan Rangkaian Perniagaan (Business Networking) CawanganTambahan Reputasi Perniagaan SediaAda PerkhidmatanMesra 50