SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG
KM 3 JALAN TITI KUALA KLAWANG
71600 JELEBU
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
KERTAS PENERANGAN
NAMA PROGRAM KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
KOD / NAMA
KURSUS
BKP 304 / MEETING
TAHAP 2
SEMESTER 3
STANDARD
PEMBELAJARAN
1. MENGURUSKAN MESYUARAT
2. MENYEDIAKAN NOTIS MESYURAT
3. MENYEDIAKAN AGENDA MESYUARAT
4. MENYEDIAKAN MINIT MESYUARAT
OBJEKTIF MODUL At the end of the course, the student should be able to:
1. Set up meeting room
2. Provide drinking water and sweets
3. Provide stationery
4. Ensure meeting room facilities are in working condition.
NO KOD BKP 304-1-KP1 Muka : 1 Drp : 15
TAJUK : ARRANGE FORMAL MEETING
TUJUAN :
Kertas penerangan ini bertujuan menerangkan jenis-jenis mesyuarat dan persiapan
sebelum mesyuarat dijalankan seperti pemilihan tempat mesyuarat, menyediakan
hidangan ringan, menyediakan alat tulis dan susun atur kedudukan ahli mesyuarat.
Muka : 2 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1
1 PENGENALAN
Dalam kehidupan manusia sehari-hari, seseorang individu itu tidak boleh
hidup sendirian. Ia terpaksa mencari kawan kerana manusia tidak dijadikan untuk
hidup sendirian. Apabila terdapat seorang rakan, setiap kerja yang dilaksanakan
biasanya akan dikongsi bersama. Individu pertama akan bertanya pendapat
individu kedua apabila ia hendak melaksanakan sesuatu. Begitu juga sebaliknya.
Tanpa merujuk kepada orang lain untuk mendapatkan pandangan kedua,
seseorang itu akan digelar sebagai kera sumbang yang tidak tahu berkawan.
Apabila jumlah manusia bertambah, dengan menggunakan satu bahasa yang
difahami oleh kumpulan mereka, mereka mula mengadakan permuafakatan dalam
menjalankan tugas-tugas masing-masing. Dari situ, lahirlah struktur pentadbiran
dalam masyarakat.
2 PENGERTIAN MESYUARAT
Mesyuarat berasal daripada bahasa Arab yang membawa makna berhimpun,
berkumpul untuk berbincang bagi mencapai kata sepakat untuk melakukan
sesuatu pekerjaan. Kamus Dewan mentakrifkan mesyuarat sebagai, “Perundingan
(untuk membincangkan sesuatu, atau mencapai sesuatu keputusan).” Secara
amnya maksud mesyuarat itu ialah satu perhimpunan yang diadakan untuk
mendapatkan buah fikiran daripada pelbagai golongan atau kumpulan bagi
mendapatkan satu keputusan.
Keputusan yang diperolehi biasanya dicapai selepas berlakunya perbahasan
atau percambahan fikiran oleh ahli-ahli mesyuarat dan biasanya keputusan yang
dicapai itu adalah kata sepakat atau persetujuan oleh sebilangan besar anggota
atau ahli-ahli yang hadir bermesyuarat. Ahli-ahli minoriti yang tidak bersetuju
dengan keputusan yang dicapai hendaklah lazimnya akur akan keputusan yang
dicapai oleh suara ramai.
Muka : 3 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1
3 JENIS-JENIS MESYUARAT
JENIS-JENIS MESYUARAT
▲ Rajah 1 : Jenis-jenis mesyuarat
3.1 Mesyuarat Agung Tahunan
Mesyuarat Agung Tahunan ialah mesyuarat utama dalam siri mesyuarat
sesebuah pertubuhan/persatuan/perkumpulan kerana ia melibatkan semua
anggota yang berdaftar. Mesyuarat ini perlu diadakan mengikut peruntukan
undang-undang negara di bawah akta Pendaftar Pertubuhan bagi semua
persatuan/pertubuhan/perkumpulan yang diwujudkan di luar sekolah. Namun
begitu persatuan di sekolah/institut pengajian tinggi juga perlu mengadakan
mesyuarat agung tahunan yang akan dihadiri oleh semua ahli.
Melalui mesyuarat agung ini, setiap anggota berpeluang berbincang
secara menyeluruh segala usul dan cadangan yang dikemukan. Mengikut
undang-undang tubuh, notis bagi mesyuarat agung hendaklah disampaikan
kepada semua ahli dalam masa 14 hari sebelum mesyuarat diadakan.
Kuorom mesyuarat ditentukan oleh setiap persatuan, biasanya 1/3 atau ½
daripada ahli mesti hadir untuk membolehkan mesyuarat agung
dilaksanakan.
Mesyuarat Agung
Tahunan
Mesyuarat Jawatan
Kuasa
Mesyuarat Unit /
Jabatan
Mesyuarat PengurusanMesyuarat Ahli
Lembaga Pengarah
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja/Induk
Mesyuarat Jawatankuasa Kecil
Mesyuarat Jawatankuasa Adhoc/Sementara
Muka : 4 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1
Agenda tetap yang biasa bagi mesyuarat agung ialah:
i. Aluan Pengerusi.
ii. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung lalu.
iii. Membentangkan dan meluluskan Penyata Kewangan.
iv. Memilih dan melantik Ahli Jawatankuasa baru.
v. Membincangkan usul dan cadangan.
vi. Ucapan penangguhan.
vii. Hal-hal lain.
3.2 Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah ialah mesyuarat untuk membuat
keputusan yang penting melibatkan dasar dan polisi organisasi. Mesyuarat ini
hanya dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarahyang terdiri daripada individu-
individu yang dilantik untuk merancang dasar dan polisi syarikat. Mesyuarat
ini di adakan secara berkala seperti yang dirancang oleh syarikat.
3.3 Mesyurat Pengurusan
Mesyuarat pengurusan ialah mesyuarat yang membuat perancangan
untuk organisasi secara terperinci untuk melaksanakan dasar yang telah
ditetapkan oleh Ahli Lembaga Pengarah. Ahli mesyuarat terdiri daripada
pihak pengurusan atasan seperti Pengarah, Timbalan Pengarah, Pengarah
Urusan, Pengurus, Ketua Jabatan dan lain-lain. Mesyuarat ini dijalankan
secara berkala dan lebih kerap berbanding mesyuarat mesyuarat Ahli
Lembaga Pengarah.
3.4 Mesyuarat Unit / Jabatan
Mesyuarat ini diadakan untuk melaksanakan perancangan yang telah
diputuskan dalam mesyuarat pengurusan. Mesyuarat ini dihadiri oleh ketua-
ketua jabatan dan staf yang berkenaan. Mesyuarat ini dijalankan secar
berkala tetapi lebih kerap daripada mesyuarat pengurusan.
3.5 Mesyuarat Jawatan Kuasa
Terdapat 3 jenis mesyuarat jawatan kuasa iaitu:
Muka : 5 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1
3.5.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja/Induk
Dalam perjalanan sesebuah pertubuhan, mesyuarat
Jawatankuasa Kerja amat penting sebagai nadi persatuan atau
pertubuhan kerana melalui mesyuarat inilah segala perancangan
dan strategi pelaksanaan setiap projek dibahaskan, diperinci untuk
dilaksanakan. Melalui mesyuarat inilah Jawatankuasa Kecil yang
bersesuaian dengan corak projek ditubuhkan.
Agenda ditentukan oleh pengerusi yang dilantik melalui
perbincangan dengan semua ahli jawatankuasa lain. Kekerapan
mesyuarat ini amat bergantung kepada keperluan. Lagi banyak
projek yang hendak dilaksanakan, lagi kerap jawatankuasa ini
bersidang. Lagi banyak kebuntuan dan kekangan atau masalah,
kerap jugalah jawatankuasa ini memerah otak. Notis untuk
mesyuarat ini disampaikan oleh setiausaha, biasanya satu minggu
daripada tarikh mesyuarat. Kuorom mesyuarat biasanya 1/3
daripada jumlah semua ahli jawatankuasa.
3.5.2 Mesyuarat Jawatankuasa Kecil
Mesyuarat Jawatankuasa Kecil ialah mesyuarat yang paling
bawah. Jawatankuasa ini sudah diberikan satu atau dua tugas
tertentu untuk dilaksanakan, misalnya Jawatankuasa Makanan,
Jawatankuasa Persiapan, Jawatankuasa Buku Cenderamata,
Jawatankuasa Penjurucaraan, Jawatankuasa Sambutan dan
sebagainya.
Ahli Jawatankuasa ini mungkin terdiri daripada lima atau
enam orang sahaja. Angka sebenarnya tidaklah tetap kerana jumlah
ahlinya bergantung kepada kecil besarnya projek yang hendak
dilaksanakan dan juga banyak sedikitnya tugas yang hendak
dilaksanakan. Agendanya hanyalah berbincang cara hendak
melaksanakan tugas yang diberikan kepada jawatankuasa tersebut
termasuk jumlah kewangan yang diperlukan untuk dibentangkan
Muka : 6 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1
dalam Jawatankuasa Kerja yang akan dilaksanakan dalam tempoh
masa terdekat.
Dalam Jawatankuasa Kecil, semua orang akan menjalankan
tugas walaupun di kalangan anggota terdapat pengerusi dan
setiausaha yang bertugas menyelaraskan Jawatankuasa
berkenaan.
3.5.3 Mesyuarat Jawatankuasa Adhoc/Sementara
Mesyuarat Jawatankuasa Adhoc, sebagaimana namanya
dikendalikan secara tidak berjadual. Biasanya mesyuarat ini
dilaksanakan di awal penubuhan sesuatu persatuan, yakni sebelum
tertubuhnya jawatankuasa tetap yang akan mengendalikan
perjalanan persatuan seperti mendaftarkannya dan sebagainya.
Mesyuarat dikatakan secara adhoc juga apabila sekumpulan
pelajar dikerahkan untuk melaksanakan sesuatu projek, sama ada
penting atau tidak dalam jangka waktu yang amat singkat.
Mesyuarat ini bertujuan melantik Jawatankuasa Kecil untuk
mengendalikan tugas-tugas yang juga dibincangkan dalam
mesyuarat berkenaan.
4 BILIK MESYUARAT
4.1 Bilik mesyuarat perlu kelihatan ringkas tetapi kemas. Contoh peralatan yang
sesuai diletakkan di bilik mesyuarat ialah Liquid Crystal Dislpay (LCD), skrin
tayangan, alat audio visual, mikrofon dan sebagainya.
4.2 Bilik mesyuarat hendaklah dihias dengan gubahan bunga yang sesuai di atas
meja dan bunga hidup di sudut bilik. Dinding bilik mesyuarat biasanya
diwarnakan dengan warna yang cerah dan ceria.gambar pemimpin, gambar
hiasan, carta organisasi dan jam dinding juga sesuai dijadikan hiasan.
Muka : 7 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1
4.3 Tempahan bilik mesyuarat mestilah dibuat berdasarkan ahli mesyuarat yang
akan menghadiri sesuatu mesyuarat. Jika mesyuarat yang mempunyai ramai
ahli seperti mesyuarat agung tahunan, bilik mesyuarat biasa tidak sesuai
dijadikan tempat mesyuarat. Setiausaha juga perlu memastikan bilangan ahli
mesyuarat sebelum membuat tempahan bilik bagi mengelakkan sebarang
masalah.
4.4 Berikut adalah contoh-contoh bilik mesyuarat:
Gambar 1 : Contoh Bilik Mesyuarat 1
Gambar 2 : Contoh Bilik Mesyuarat 2
Muka : 8 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1
Gambar 3 : Contoh Bilik Mesyuarat 3
Gambar 4 : Contoh Bilik Mesyuarat 4
Muka : 9 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1
5 PERSIAPAN SEBELUM MESYUARAT BERLANGSUNG
5.1 Pemilihan tempat mesyuarat
5.1.1 Setelah pengurus memaklumkan kepada setiausaha untuk
mengadakan mesyuarat, seseorang setiausaha perlu peka dan
memahami kehendak mesyuarat yang akan diadakan.
5.1.2 Selain mengetahui jenis mesyuarat yang diadakan, beliau juga perlu
mendapatkan bilangan ahli mesyuarat yang bakal hadir.
5.1.3 Pemilihan tempat mesyuarat berdasarkan kepada:
5.1.3.1 Jenis mesyuarat
5.1.3.2 Bilangan ahli mesyuarat
5.1.3.3 Jemputan ahli mesyuarat
5.1.3.4 Jangka masa mesyuarat berlangsung
5.1.3.5 Keperluan dalam mesyuarat seperti penggunaan bahan
elektronik seperti pembesar suara, LCD Projektor, audio
dan sebagainya.
5.1.4 Selain dari keperluan mesyuarat, seseorang setiausaha juga perlu
memastikan keadaan bilik mesyuarat bersih, nyaman dan teratur.
Selain daripada itu beliau juga perlu memastikan bilangan kerusi ahli
mesyuarat mencukupi dan dalam keadaan yang baik (tidak rosak).
5.1.5 Susunan kerusi ahli mesyuarat hendaklah tidak terlalu rapat bagi
menjamin keselesaan ahli ketika mesyuarat itu berlangsung.
5.1.6 Setiausaha juga perlu memastikan penghawa dingin dan alat
kawalan suhu berfungsi dengan baik.
5.1.7 Selain daripada itu, setiausaha juga perlu peka dengan kedudukan
sius lampu dan suis litar utama.
Muka : 10 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1
5.1.8 Sekiranya prasarana asas tempat@bilik tersebut tidak berfungsi,
setiausaha perlu meminta bantuan dari unit penyelenggaraan untuk
membaiki sebelum mesyuarat berlangsung.
5.1.9 Sebaiknya sebelum mengesahkan kepda pengurus atau ketua
jabatan @ unit yang mengarahkan untuk mengadakan mesyuarat,
seorang setiausah pperlu mengadakan lawatan tapak ke tempat
mesyuarat bagi memastikan prasarana dan keperluan mesyuarat
dapat dipenuhi.
5.1.10 Sekiranya tempat yang dicadangkan tidak bersesuaian, dalam
penyelenggaraan atau telah ditempah setiausaha perlu
memaklumkan kepada pengurus supaya beliau boleh
mempertimbangkan alternative lain.
5.2 Menyediakan hidangan ringan
5.2.1 Seorang setiausaha juga perlu menguruskan hidangan ringan untuk
ahli mesyuarat sekiranya diminta oleh ketua, pengurus atau individu
yang merancang mesyuarat.
5.2.2 Sekiranya setiausaha menerima arahan, maka beliau perlu bijak
menguruskan jenis hidangan ringan yang bersesuaian dengan masa
dan bilangan ahli mesyuarat.
5.2.3 Sekiranya terdapat menu pilihan dari ketua yang mengendalikan
mesyuarat, setiausaha perlu memastikan menu tersebut mampu
dihidangkan dengan betul dan tidak mengganggu perjalanan
mesyuarat.
5.2.4 Antara yang dititikberatkan oleh setiausaha dalam memilih hidangan
adalah:
5.2.4.1 Sensitiviti kaum/bangsa/agama
Muka : 11 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1
5.2.4.2 Masa mesyuarat berlangsung sama ada pagi, tengah hari,
petang atau malam.
5.2.4.3 Jenis hidangan yang bersesuaian – tidak memerlukan
penggunaan peralatan yang rumit.
5.2.4.4 Jenis minuman yang bersesuaian
5.2.4.5 Faktor kesihatan / alahan pada jenis hidangan. Contohnya
alahan kepada makanan laut, kekacang dan sebagainya.
5.2.4.6 Tempat menghidangkan juadah.
5.2.5 Sekiranya pengurus mengarahkan setiausaha untuk menghidangkan
minuman panas, seorang setiausaha perlu memastikan suhu
minuman tersebut tidak terlalu panas dan dihidangkan dalam kuantiti
yang betul (tidak terlalu penuh dalam cawan yang berpiring).
Minuman itu hendaklah dibawa dengan tertib dan tidak tergopoh-
gopoh agar tidak berlaku insiden tertumpah minuman di meja
mesyuarat.
5.2.6 Seeloknya minuman ringan dibawa bersama dulang dan
menggunakan pembantu untuk menhidangkan kepada ahli
mesyuarat.
5.2.7 Sekiranya makanan disediakan didalam dulang, pastikan ianya
dibalut dengan “clear wrap” agar tidak terdedah dan sediakan
bilangan piring yang mencukupi.
5.2.8 Contoh jenis makan yang sesuaia dihidangkan ketika mesyuarat
adalah seperti berikut:
Muka : 12 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1
Gambar 5 : Air Mineral Gambar 6 : Teh dan kopi
Gambar 7 : Kuih karipap Gambar 8 : Mihun goreng
5.3 Menyediakan alat tulis
5.3.1 Seorang setiausaha perlu memastikan keperluan alat tulis seperti pen,
kertas, fail kertas, kalkulator, marker dan lain-lain keperluan alat tulis
mencukupi.
5.3.2 Alat tulis seperti pen, pensil dan fail kertas yang berisi beberapa
keping kertas kosong A4 hendaklah diletakkan di atas meja setiap
tempat duduk ahli mesyuarat.
5.3.3 Sebelum menyusun keperluan alat tulis, beliau perlu memastikan
bilangan untuk setiap ahli mesyuarat mencukupi dan alat tulis tersebut
berfungsi.
5.3.4 Sekiranya terdapat dokumen lain yang perlu diedarkan bersama alat
tulis itu, beliau perlu memastikan dokumen tersebut disusun dengan
baik dan bilangan muka surat dokumen tersebut mencukupi.
Muka : 13 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1
5.4 Susun atur kedudukan ahli mesyuarat
5.4.1 Selain dari keadaaan fizikal atau tempat mesyuarat seseorang
setiausaha juga perlu mengetahui formality susunan kedudukan
mengikut hirarki jawatan dalam organisasi.
5.4.2 Sekiranya mesyuarat itu adalah mesyuarat dari unit/jabatan dan
menjemput pengurus maka susunan kedudukan hirarki perlu betul dan
tidak melanggar hirarki perjawatan.
5.4.3 Sebaiknya sebelum mesyuarat berlangsung, setiausaha perlu
menyediakan label tempat duduk bagi setiap ahli mesyuarat.
5.4.4 Contoh susunan ahli mesyuarat.
Rajah 9 : Pelan dan kedudukan ahli mesyuarat
1
2
3
4
Pengerusi
Tetamu jemputan
Setiausaha
Pegawai yang
ingin
membentang
AJK / Ahli mesyuarat
AJK / Ahli mesyuarat
Meja urus setia
Kudapan
Muka : 14 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1
SOALAN
1. Nyatakan maksud mesyuarat.
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
2. Senaraikan lima jenis mesyuarat.
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
3. Senaraikan tiga jenis mesyuarat jawatan kuasa.
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
4. Nyatakan maksud bagi mesyuarat-mesyuarat di bawah:
a) Mesyuarat ahli lembaga pengarah.
.......................................................................................................................
.......................................................................................................................
b) Mesyuarat unit / jabatan.
.......................................................................................................................
.......................................................................................................................
c) Mesyuarat jawatan kuasa adhoc/sementara.
.......................................................................................................................
.......................................................................................................................
Muka : 15 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1
5. Nyatakan tiga jenis peralatan yang sesuai diletakkan di bilik mesyuarat.
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
6. Nyatakan tiga cara menghias bilik mesyuarat.
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
7. Nyatakan tiga kriteria yang dipertimbangkan untuk memilih tempat mesyuarat.
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
8. Nyatakan tiga perkara yang dititik beratkan semasa menghidang makanan dalam
mesyuarat.
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
9. Nyatakan tiga perkara yang perlu diambil kira dalam menyediakan alat tulis
kepada ahli mesyuarat.
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
10.Jika perlatan di dalam bilik mesyuarat tidak dapat berfungsi dengan baik semasa
mesyuarat dijalankan, apakah yang perlu dilakukan oleh setiausaha.
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................

More Related Content

What's hot

Kertas Kerja Makan Malam
Kertas Kerja Makan MalamKertas Kerja Makan Malam
Kertas Kerja Makan MalamTaufik Bujang
 
Protokol mesyuarat
Protokol mesyuaratProtokol mesyuarat
Protokol mesyuaratDier Man
 
Pengenalan Kepada Minit Mesyuarat
Pengenalan Kepada Minit MesyuaratPengenalan Kepada Minit Mesyuarat
Pengenalan Kepada Minit MesyuaratHazwani Hashim
 
Bpp 103 buku pelawat1
Bpp 103 buku pelawat1Bpp 103 buku pelawat1
Bpp 103 buku pelawat1Mohd Ishak
 
Format penyediaan laporan
Format penyediaan laporanFormat penyediaan laporan
Format penyediaan laporanZuraida Norwi
 
Organisasi dan pengurusan
Organisasi dan pengurusanOrganisasi dan pengurusan
Organisasi dan pengurusanikha2203
 
Manual Prosedur Kerja (MPK) & Fail Meja (FM)
Manual Prosedur Kerja (MPK) & Fail Meja (FM)Manual Prosedur Kerja (MPK) & Fail Meja (FM)
Manual Prosedur Kerja (MPK) & Fail Meja (FM)Nurul Fahizha Fahimi
 
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaFormat kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaNur Suhadah
 
Panduan pengendalian fail
Panduan pengendalian failPanduan pengendalian fail
Panduan pengendalian failWan Adriana
 
tatasusila dan protokol mesyuarat
 tatasusila dan protokol mesyuarat tatasusila dan protokol mesyuarat
tatasusila dan protokol mesyuaraternittasabian
 
PENYELENGGARAAN SISTEM FAIL DAN REKOD
PENYELENGGARAAN SISTEM FAIL DAN REKODPENYELENGGARAAN SISTEM FAIL DAN REKOD
PENYELENGGARAAN SISTEM FAIL DAN REKODNaddy Fazzy
 
Prosedur pengendalian mel
Prosedur pengendalian melProsedur pengendalian mel
Prosedur pengendalian melalizaridwan
 
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasaBidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasaFazri Usidi
 
Mengendalikan Mesyuarat
Mengendalikan MesyuaratMengendalikan Mesyuarat
Mengendalikan Mesyuaratfyeda
 

What's hot (20)

Kertas Kerja Makan Malam
Kertas Kerja Makan MalamKertas Kerja Makan Malam
Kertas Kerja Makan Malam
 
Pengurusan Acara
Pengurusan Acara Pengurusan Acara
Pengurusan Acara
 
Protokol mesyuarat
Protokol mesyuaratProtokol mesyuarat
Protokol mesyuarat
 
Bpp 304 mesyuarat versi 2
Bpp 304 mesyuarat versi 2Bpp 304 mesyuarat versi 2
Bpp 304 mesyuarat versi 2
 
Pengurusan majlis rasmi
Pengurusan majlis rasmiPengurusan majlis rasmi
Pengurusan majlis rasmi
 
Pengenalan Kepada Minit Mesyuarat
Pengenalan Kepada Minit MesyuaratPengenalan Kepada Minit Mesyuarat
Pengenalan Kepada Minit Mesyuarat
 
Bpp 103 buku pelawat1
Bpp 103 buku pelawat1Bpp 103 buku pelawat1
Bpp 103 buku pelawat1
 
Format penyediaan laporan
Format penyediaan laporanFormat penyediaan laporan
Format penyediaan laporan
 
Organisasi dan pengurusan
Organisasi dan pengurusanOrganisasi dan pengurusan
Organisasi dan pengurusan
 
Manual Prosedur Kerja (MPK) & Fail Meja (FM)
Manual Prosedur Kerja (MPK) & Fail Meja (FM)Manual Prosedur Kerja (MPK) & Fail Meja (FM)
Manual Prosedur Kerja (MPK) & Fail Meja (FM)
 
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaFormat kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
 
Panduan pengendalian fail
Panduan pengendalian failPanduan pengendalian fail
Panduan pengendalian fail
 
tatasusila dan protokol mesyuarat
 tatasusila dan protokol mesyuarat tatasusila dan protokol mesyuarat
tatasusila dan protokol mesyuarat
 
Kertas kerja hari keluarga dan sukaneka
Kertas kerja hari keluarga dan sukanekaKertas kerja hari keluarga dan sukaneka
Kertas kerja hari keluarga dan sukaneka
 
Surat panggilan mesyuarat
Surat panggilan mesyuaratSurat panggilan mesyuarat
Surat panggilan mesyuarat
 
PENYELENGGARAAN SISTEM FAIL DAN REKOD
PENYELENGGARAAN SISTEM FAIL DAN REKODPENYELENGGARAAN SISTEM FAIL DAN REKOD
PENYELENGGARAAN SISTEM FAIL DAN REKOD
 
Prosedur pengendalian mel
Prosedur pengendalian melProsedur pengendalian mel
Prosedur pengendalian mel
 
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasaBidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
 
Mengendalikan Mesyuarat
Mengendalikan MesyuaratMengendalikan Mesyuarat
Mengendalikan Mesyuarat
 
Panduan Pengurusan Majlis Rasmi
Panduan Pengurusan Majlis RasmiPanduan Pengurusan Majlis Rasmi
Panduan Pengurusan Majlis Rasmi
 

Similar to KERTAS PENERANGAN 1 BKP 304 MESYUARAT

Bpp304 Mesyuarat_Kolej Vokasional Sungai Setani 2
Bpp304 Mesyuarat_Kolej Vokasional Sungai Setani 2Bpp304 Mesyuarat_Kolej Vokasional Sungai Setani 2
Bpp304 Mesyuarat_Kolej Vokasional Sungai Setani 2Abdul Muhaimin
 
Pengurusan Mesyuarat
Pengurusan MesyuaratPengurusan Mesyuarat
Pengurusan MesyuaratDhani Julian
 
Pengendalianmesyuarat.pptkoko
Pengendalianmesyuarat.pptkokoPengendalianmesyuarat.pptkoko
Pengendalianmesyuarat.pptkokoYusoff Amri
 
6a upsi qss4013 pengurusan mesyuarat1
6a upsi qss4013 pengurusan mesyuarat16a upsi qss4013 pengurusan mesyuarat1
6a upsi qss4013 pengurusan mesyuarat1Muhamad Samsudin
 
Minit mesyuarat
Minit mesyuarat Minit mesyuarat
Minit mesyuarat firo HAR
 
Pengendalian Mesyuarat Berkualiti
Pengendalian Mesyuarat BerkualitiPengendalian Mesyuarat Berkualiti
Pengendalian Mesyuarat BerkualitiAminah Awang Basar
 
Penulisan Minit Mesyuarat
Penulisan Minit MesyuaratPenulisan Minit Mesyuarat
Penulisan Minit MesyuaratHazwani Hashim
 
60 perlembagaan-pibg
60 perlembagaan-pibg60 perlembagaan-pibg
60 perlembagaan-pibgtabur
 
Panduan pengendalian mesyuarat
Panduan pengendalian mesyuaratPanduan pengendalian mesyuarat
Panduan pengendalian mesyuaratalaad62
 
Pengurusan mesyuarat berkualiti
Pengurusan mesyuarat berkualitiPengurusan mesyuarat berkualiti
Pengurusan mesyuarat berkualitimeriajau
 
Garis panduan buku perlembagaan doktor muda
Garis panduan buku perlembagaan doktor mudaGaris panduan buku perlembagaan doktor muda
Garis panduan buku perlembagaan doktor mudazhang jinlian
 
G panduan bukuperlembagaan
G panduan bukuperlembagaanG panduan bukuperlembagaan
G panduan bukuperlembagaanIfa Tifa
 

Similar to KERTAS PENERANGAN 1 BKP 304 MESYUARAT (20)

Tajuk4 111216085319-phpapp02
Tajuk4 111216085319-phpapp02Tajuk4 111216085319-phpapp02
Tajuk4 111216085319-phpapp02
 
Bpp304 Mesyuarat_Kolej Vokasional Sungai Setani 2
Bpp304 Mesyuarat_Kolej Vokasional Sungai Setani 2Bpp304 Mesyuarat_Kolej Vokasional Sungai Setani 2
Bpp304 Mesyuarat_Kolej Vokasional Sungai Setani 2
 
Pengurusan Mesyuarat
Pengurusan MesyuaratPengurusan Mesyuarat
Pengurusan Mesyuarat
 
Tajuk 9 pengurusan mesyuarat
Tajuk 9 pengurusan mesyuaratTajuk 9 pengurusan mesyuarat
Tajuk 9 pengurusan mesyuarat
 
Tajuk 9 pengurusan mesyuarat
Tajuk 9 pengurusan mesyuaratTajuk 9 pengurusan mesyuarat
Tajuk 9 pengurusan mesyuarat
 
Pengendalianmesyuarat.pptkoko
Pengendalianmesyuarat.pptkokoPengendalianmesyuarat.pptkoko
Pengendalianmesyuarat.pptkoko
 
6a upsi qss4013 pengurusan mesyuarat1
6a upsi qss4013 pengurusan mesyuarat16a upsi qss4013 pengurusan mesyuarat1
6a upsi qss4013 pengurusan mesyuarat1
 
Minit mesyuarat
Minit mesyuarat Minit mesyuarat
Minit mesyuarat
 
Pengendalian Mesyuarat Berkualiti
Pengendalian Mesyuarat BerkualitiPengendalian Mesyuarat Berkualiti
Pengendalian Mesyuarat Berkualiti
 
Penulisan Minit Mesyuarat
Penulisan Minit MesyuaratPenulisan Minit Mesyuarat
Penulisan Minit Mesyuarat
 
60 perlembagaan-pibg
60 perlembagaan-pibg60 perlembagaan-pibg
60 perlembagaan-pibg
 
Pkpa291
Pkpa291Pkpa291
Pkpa291
 
Pkpa291
Pkpa291Pkpa291
Pkpa291
 
Pkpa291
Pkpa291Pkpa291
Pkpa291
 
Panduan pengendalian mesyuarat
Panduan pengendalian mesyuaratPanduan pengendalian mesyuarat
Panduan pengendalian mesyuarat
 
Panduan pengendalian mesyuarat
Panduan pengendalian mesyuaratPanduan pengendalian mesyuarat
Panduan pengendalian mesyuarat
 
Pengurusan mesyuarat berkualiti
Pengurusan mesyuarat berkualitiPengurusan mesyuarat berkualiti
Pengurusan mesyuarat berkualiti
 
Persatuan Bhs Ing.docx
Persatuan Bhs Ing.docxPersatuan Bhs Ing.docx
Persatuan Bhs Ing.docx
 
Garis panduan buku perlembagaan doktor muda
Garis panduan buku perlembagaan doktor mudaGaris panduan buku perlembagaan doktor muda
Garis panduan buku perlembagaan doktor muda
 
G panduan bukuperlembagaan
G panduan bukuperlembagaanG panduan bukuperlembagaan
G panduan bukuperlembagaan
 

Recently uploaded

KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docxBAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docxSuriaHussin2
 
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxSains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxFauziEding2
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1nurulaidahashim1
 
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaanPencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaankalpanz
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxg46192627
 

Recently uploaded (7)

KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docxBAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
 
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxSains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaanPencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 

KERTAS PENERANGAN 1 BKP 304 MESYUARAT

  • 1. KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG KM 3 JALAN TITI KUALA KLAWANG 71600 JELEBU NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS KERTAS PENERANGAN NAMA PROGRAM KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN KOD / NAMA KURSUS BKP 304 / MEETING TAHAP 2 SEMESTER 3 STANDARD PEMBELAJARAN 1. MENGURUSKAN MESYUARAT 2. MENYEDIAKAN NOTIS MESYURAT 3. MENYEDIAKAN AGENDA MESYUARAT 4. MENYEDIAKAN MINIT MESYUARAT OBJEKTIF MODUL At the end of the course, the student should be able to: 1. Set up meeting room 2. Provide drinking water and sweets 3. Provide stationery 4. Ensure meeting room facilities are in working condition. NO KOD BKP 304-1-KP1 Muka : 1 Drp : 15 TAJUK : ARRANGE FORMAL MEETING TUJUAN : Kertas penerangan ini bertujuan menerangkan jenis-jenis mesyuarat dan persiapan sebelum mesyuarat dijalankan seperti pemilihan tempat mesyuarat, menyediakan hidangan ringan, menyediakan alat tulis dan susun atur kedudukan ahli mesyuarat.
  • 2. Muka : 2 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1 1 PENGENALAN Dalam kehidupan manusia sehari-hari, seseorang individu itu tidak boleh hidup sendirian. Ia terpaksa mencari kawan kerana manusia tidak dijadikan untuk hidup sendirian. Apabila terdapat seorang rakan, setiap kerja yang dilaksanakan biasanya akan dikongsi bersama. Individu pertama akan bertanya pendapat individu kedua apabila ia hendak melaksanakan sesuatu. Begitu juga sebaliknya. Tanpa merujuk kepada orang lain untuk mendapatkan pandangan kedua, seseorang itu akan digelar sebagai kera sumbang yang tidak tahu berkawan. Apabila jumlah manusia bertambah, dengan menggunakan satu bahasa yang difahami oleh kumpulan mereka, mereka mula mengadakan permuafakatan dalam menjalankan tugas-tugas masing-masing. Dari situ, lahirlah struktur pentadbiran dalam masyarakat. 2 PENGERTIAN MESYUARAT Mesyuarat berasal daripada bahasa Arab yang membawa makna berhimpun, berkumpul untuk berbincang bagi mencapai kata sepakat untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Kamus Dewan mentakrifkan mesyuarat sebagai, “Perundingan (untuk membincangkan sesuatu, atau mencapai sesuatu keputusan).” Secara amnya maksud mesyuarat itu ialah satu perhimpunan yang diadakan untuk mendapatkan buah fikiran daripada pelbagai golongan atau kumpulan bagi mendapatkan satu keputusan. Keputusan yang diperolehi biasanya dicapai selepas berlakunya perbahasan atau percambahan fikiran oleh ahli-ahli mesyuarat dan biasanya keputusan yang dicapai itu adalah kata sepakat atau persetujuan oleh sebilangan besar anggota atau ahli-ahli yang hadir bermesyuarat. Ahli-ahli minoriti yang tidak bersetuju dengan keputusan yang dicapai hendaklah lazimnya akur akan keputusan yang dicapai oleh suara ramai.
  • 3. Muka : 3 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1 3 JENIS-JENIS MESYUARAT JENIS-JENIS MESYUARAT ▲ Rajah 1 : Jenis-jenis mesyuarat 3.1 Mesyuarat Agung Tahunan Mesyuarat Agung Tahunan ialah mesyuarat utama dalam siri mesyuarat sesebuah pertubuhan/persatuan/perkumpulan kerana ia melibatkan semua anggota yang berdaftar. Mesyuarat ini perlu diadakan mengikut peruntukan undang-undang negara di bawah akta Pendaftar Pertubuhan bagi semua persatuan/pertubuhan/perkumpulan yang diwujudkan di luar sekolah. Namun begitu persatuan di sekolah/institut pengajian tinggi juga perlu mengadakan mesyuarat agung tahunan yang akan dihadiri oleh semua ahli. Melalui mesyuarat agung ini, setiap anggota berpeluang berbincang secara menyeluruh segala usul dan cadangan yang dikemukan. Mengikut undang-undang tubuh, notis bagi mesyuarat agung hendaklah disampaikan kepada semua ahli dalam masa 14 hari sebelum mesyuarat diadakan. Kuorom mesyuarat ditentukan oleh setiap persatuan, biasanya 1/3 atau ½ daripada ahli mesti hadir untuk membolehkan mesyuarat agung dilaksanakan. Mesyuarat Agung Tahunan Mesyuarat Jawatan Kuasa Mesyuarat Unit / Jabatan Mesyuarat PengurusanMesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Mesyuarat Jawatankuasa Kerja/Induk Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Mesyuarat Jawatankuasa Adhoc/Sementara
  • 4. Muka : 4 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1 Agenda tetap yang biasa bagi mesyuarat agung ialah: i. Aluan Pengerusi. ii. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung lalu. iii. Membentangkan dan meluluskan Penyata Kewangan. iv. Memilih dan melantik Ahli Jawatankuasa baru. v. Membincangkan usul dan cadangan. vi. Ucapan penangguhan. vii. Hal-hal lain. 3.2 Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah ialah mesyuarat untuk membuat keputusan yang penting melibatkan dasar dan polisi organisasi. Mesyuarat ini hanya dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarahyang terdiri daripada individu- individu yang dilantik untuk merancang dasar dan polisi syarikat. Mesyuarat ini di adakan secara berkala seperti yang dirancang oleh syarikat. 3.3 Mesyurat Pengurusan Mesyuarat pengurusan ialah mesyuarat yang membuat perancangan untuk organisasi secara terperinci untuk melaksanakan dasar yang telah ditetapkan oleh Ahli Lembaga Pengarah. Ahli mesyuarat terdiri daripada pihak pengurusan atasan seperti Pengarah, Timbalan Pengarah, Pengarah Urusan, Pengurus, Ketua Jabatan dan lain-lain. Mesyuarat ini dijalankan secara berkala dan lebih kerap berbanding mesyuarat mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah. 3.4 Mesyuarat Unit / Jabatan Mesyuarat ini diadakan untuk melaksanakan perancangan yang telah diputuskan dalam mesyuarat pengurusan. Mesyuarat ini dihadiri oleh ketua- ketua jabatan dan staf yang berkenaan. Mesyuarat ini dijalankan secar berkala tetapi lebih kerap daripada mesyuarat pengurusan. 3.5 Mesyuarat Jawatan Kuasa Terdapat 3 jenis mesyuarat jawatan kuasa iaitu:
  • 5. Muka : 5 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1 3.5.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja/Induk Dalam perjalanan sesebuah pertubuhan, mesyuarat Jawatankuasa Kerja amat penting sebagai nadi persatuan atau pertubuhan kerana melalui mesyuarat inilah segala perancangan dan strategi pelaksanaan setiap projek dibahaskan, diperinci untuk dilaksanakan. Melalui mesyuarat inilah Jawatankuasa Kecil yang bersesuaian dengan corak projek ditubuhkan. Agenda ditentukan oleh pengerusi yang dilantik melalui perbincangan dengan semua ahli jawatankuasa lain. Kekerapan mesyuarat ini amat bergantung kepada keperluan. Lagi banyak projek yang hendak dilaksanakan, lagi kerap jawatankuasa ini bersidang. Lagi banyak kebuntuan dan kekangan atau masalah, kerap jugalah jawatankuasa ini memerah otak. Notis untuk mesyuarat ini disampaikan oleh setiausaha, biasanya satu minggu daripada tarikh mesyuarat. Kuorom mesyuarat biasanya 1/3 daripada jumlah semua ahli jawatankuasa. 3.5.2 Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Mesyuarat Jawatankuasa Kecil ialah mesyuarat yang paling bawah. Jawatankuasa ini sudah diberikan satu atau dua tugas tertentu untuk dilaksanakan, misalnya Jawatankuasa Makanan, Jawatankuasa Persiapan, Jawatankuasa Buku Cenderamata, Jawatankuasa Penjurucaraan, Jawatankuasa Sambutan dan sebagainya. Ahli Jawatankuasa ini mungkin terdiri daripada lima atau enam orang sahaja. Angka sebenarnya tidaklah tetap kerana jumlah ahlinya bergantung kepada kecil besarnya projek yang hendak dilaksanakan dan juga banyak sedikitnya tugas yang hendak dilaksanakan. Agendanya hanyalah berbincang cara hendak melaksanakan tugas yang diberikan kepada jawatankuasa tersebut termasuk jumlah kewangan yang diperlukan untuk dibentangkan
  • 6. Muka : 6 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1 dalam Jawatankuasa Kerja yang akan dilaksanakan dalam tempoh masa terdekat. Dalam Jawatankuasa Kecil, semua orang akan menjalankan tugas walaupun di kalangan anggota terdapat pengerusi dan setiausaha yang bertugas menyelaraskan Jawatankuasa berkenaan. 3.5.3 Mesyuarat Jawatankuasa Adhoc/Sementara Mesyuarat Jawatankuasa Adhoc, sebagaimana namanya dikendalikan secara tidak berjadual. Biasanya mesyuarat ini dilaksanakan di awal penubuhan sesuatu persatuan, yakni sebelum tertubuhnya jawatankuasa tetap yang akan mengendalikan perjalanan persatuan seperti mendaftarkannya dan sebagainya. Mesyuarat dikatakan secara adhoc juga apabila sekumpulan pelajar dikerahkan untuk melaksanakan sesuatu projek, sama ada penting atau tidak dalam jangka waktu yang amat singkat. Mesyuarat ini bertujuan melantik Jawatankuasa Kecil untuk mengendalikan tugas-tugas yang juga dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan. 4 BILIK MESYUARAT 4.1 Bilik mesyuarat perlu kelihatan ringkas tetapi kemas. Contoh peralatan yang sesuai diletakkan di bilik mesyuarat ialah Liquid Crystal Dislpay (LCD), skrin tayangan, alat audio visual, mikrofon dan sebagainya. 4.2 Bilik mesyuarat hendaklah dihias dengan gubahan bunga yang sesuai di atas meja dan bunga hidup di sudut bilik. Dinding bilik mesyuarat biasanya diwarnakan dengan warna yang cerah dan ceria.gambar pemimpin, gambar hiasan, carta organisasi dan jam dinding juga sesuai dijadikan hiasan.
  • 7. Muka : 7 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1 4.3 Tempahan bilik mesyuarat mestilah dibuat berdasarkan ahli mesyuarat yang akan menghadiri sesuatu mesyuarat. Jika mesyuarat yang mempunyai ramai ahli seperti mesyuarat agung tahunan, bilik mesyuarat biasa tidak sesuai dijadikan tempat mesyuarat. Setiausaha juga perlu memastikan bilangan ahli mesyuarat sebelum membuat tempahan bilik bagi mengelakkan sebarang masalah. 4.4 Berikut adalah contoh-contoh bilik mesyuarat: Gambar 1 : Contoh Bilik Mesyuarat 1 Gambar 2 : Contoh Bilik Mesyuarat 2
  • 8. Muka : 8 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1 Gambar 3 : Contoh Bilik Mesyuarat 3 Gambar 4 : Contoh Bilik Mesyuarat 4
  • 9. Muka : 9 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1 5 PERSIAPAN SEBELUM MESYUARAT BERLANGSUNG 5.1 Pemilihan tempat mesyuarat 5.1.1 Setelah pengurus memaklumkan kepada setiausaha untuk mengadakan mesyuarat, seseorang setiausaha perlu peka dan memahami kehendak mesyuarat yang akan diadakan. 5.1.2 Selain mengetahui jenis mesyuarat yang diadakan, beliau juga perlu mendapatkan bilangan ahli mesyuarat yang bakal hadir. 5.1.3 Pemilihan tempat mesyuarat berdasarkan kepada: 5.1.3.1 Jenis mesyuarat 5.1.3.2 Bilangan ahli mesyuarat 5.1.3.3 Jemputan ahli mesyuarat 5.1.3.4 Jangka masa mesyuarat berlangsung 5.1.3.5 Keperluan dalam mesyuarat seperti penggunaan bahan elektronik seperti pembesar suara, LCD Projektor, audio dan sebagainya. 5.1.4 Selain dari keperluan mesyuarat, seseorang setiausaha juga perlu memastikan keadaan bilik mesyuarat bersih, nyaman dan teratur. Selain daripada itu beliau juga perlu memastikan bilangan kerusi ahli mesyuarat mencukupi dan dalam keadaan yang baik (tidak rosak). 5.1.5 Susunan kerusi ahli mesyuarat hendaklah tidak terlalu rapat bagi menjamin keselesaan ahli ketika mesyuarat itu berlangsung. 5.1.6 Setiausaha juga perlu memastikan penghawa dingin dan alat kawalan suhu berfungsi dengan baik. 5.1.7 Selain daripada itu, setiausaha juga perlu peka dengan kedudukan sius lampu dan suis litar utama.
  • 10. Muka : 10 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1 5.1.8 Sekiranya prasarana asas tempat@bilik tersebut tidak berfungsi, setiausaha perlu meminta bantuan dari unit penyelenggaraan untuk membaiki sebelum mesyuarat berlangsung. 5.1.9 Sebaiknya sebelum mengesahkan kepda pengurus atau ketua jabatan @ unit yang mengarahkan untuk mengadakan mesyuarat, seorang setiausah pperlu mengadakan lawatan tapak ke tempat mesyuarat bagi memastikan prasarana dan keperluan mesyuarat dapat dipenuhi. 5.1.10 Sekiranya tempat yang dicadangkan tidak bersesuaian, dalam penyelenggaraan atau telah ditempah setiausaha perlu memaklumkan kepada pengurus supaya beliau boleh mempertimbangkan alternative lain. 5.2 Menyediakan hidangan ringan 5.2.1 Seorang setiausaha juga perlu menguruskan hidangan ringan untuk ahli mesyuarat sekiranya diminta oleh ketua, pengurus atau individu yang merancang mesyuarat. 5.2.2 Sekiranya setiausaha menerima arahan, maka beliau perlu bijak menguruskan jenis hidangan ringan yang bersesuaian dengan masa dan bilangan ahli mesyuarat. 5.2.3 Sekiranya terdapat menu pilihan dari ketua yang mengendalikan mesyuarat, setiausaha perlu memastikan menu tersebut mampu dihidangkan dengan betul dan tidak mengganggu perjalanan mesyuarat. 5.2.4 Antara yang dititikberatkan oleh setiausaha dalam memilih hidangan adalah: 5.2.4.1 Sensitiviti kaum/bangsa/agama
  • 11. Muka : 11 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1 5.2.4.2 Masa mesyuarat berlangsung sama ada pagi, tengah hari, petang atau malam. 5.2.4.3 Jenis hidangan yang bersesuaian – tidak memerlukan penggunaan peralatan yang rumit. 5.2.4.4 Jenis minuman yang bersesuaian 5.2.4.5 Faktor kesihatan / alahan pada jenis hidangan. Contohnya alahan kepada makanan laut, kekacang dan sebagainya. 5.2.4.6 Tempat menghidangkan juadah. 5.2.5 Sekiranya pengurus mengarahkan setiausaha untuk menghidangkan minuman panas, seorang setiausaha perlu memastikan suhu minuman tersebut tidak terlalu panas dan dihidangkan dalam kuantiti yang betul (tidak terlalu penuh dalam cawan yang berpiring). Minuman itu hendaklah dibawa dengan tertib dan tidak tergopoh- gopoh agar tidak berlaku insiden tertumpah minuman di meja mesyuarat. 5.2.6 Seeloknya minuman ringan dibawa bersama dulang dan menggunakan pembantu untuk menhidangkan kepada ahli mesyuarat. 5.2.7 Sekiranya makanan disediakan didalam dulang, pastikan ianya dibalut dengan “clear wrap” agar tidak terdedah dan sediakan bilangan piring yang mencukupi. 5.2.8 Contoh jenis makan yang sesuaia dihidangkan ketika mesyuarat adalah seperti berikut:
  • 12. Muka : 12 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1 Gambar 5 : Air Mineral Gambar 6 : Teh dan kopi Gambar 7 : Kuih karipap Gambar 8 : Mihun goreng 5.3 Menyediakan alat tulis 5.3.1 Seorang setiausaha perlu memastikan keperluan alat tulis seperti pen, kertas, fail kertas, kalkulator, marker dan lain-lain keperluan alat tulis mencukupi. 5.3.2 Alat tulis seperti pen, pensil dan fail kertas yang berisi beberapa keping kertas kosong A4 hendaklah diletakkan di atas meja setiap tempat duduk ahli mesyuarat. 5.3.3 Sebelum menyusun keperluan alat tulis, beliau perlu memastikan bilangan untuk setiap ahli mesyuarat mencukupi dan alat tulis tersebut berfungsi. 5.3.4 Sekiranya terdapat dokumen lain yang perlu diedarkan bersama alat tulis itu, beliau perlu memastikan dokumen tersebut disusun dengan baik dan bilangan muka surat dokumen tersebut mencukupi.
  • 13. Muka : 13 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1 5.4 Susun atur kedudukan ahli mesyuarat 5.4.1 Selain dari keadaaan fizikal atau tempat mesyuarat seseorang setiausaha juga perlu mengetahui formality susunan kedudukan mengikut hirarki jawatan dalam organisasi. 5.4.2 Sekiranya mesyuarat itu adalah mesyuarat dari unit/jabatan dan menjemput pengurus maka susunan kedudukan hirarki perlu betul dan tidak melanggar hirarki perjawatan. 5.4.3 Sebaiknya sebelum mesyuarat berlangsung, setiausaha perlu menyediakan label tempat duduk bagi setiap ahli mesyuarat. 5.4.4 Contoh susunan ahli mesyuarat. Rajah 9 : Pelan dan kedudukan ahli mesyuarat 1 2 3 4 Pengerusi Tetamu jemputan Setiausaha Pegawai yang ingin membentang AJK / Ahli mesyuarat AJK / Ahli mesyuarat Meja urus setia Kudapan
  • 14. Muka : 14 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1 SOALAN 1. Nyatakan maksud mesyuarat. .................................................................................................................................. .................................................................................................................................. .................................................................................................................................. 2. Senaraikan lima jenis mesyuarat. .................................................................................................................................. .................................................................................................................................. .................................................................................................................................. .................................................................................................................................. .................................................................................................................................. 3. Senaraikan tiga jenis mesyuarat jawatan kuasa. .................................................................................................................................. .................................................................................................................................. .................................................................................................................................. 4. Nyatakan maksud bagi mesyuarat-mesyuarat di bawah: a) Mesyuarat ahli lembaga pengarah. ....................................................................................................................... ....................................................................................................................... b) Mesyuarat unit / jabatan. ....................................................................................................................... ....................................................................................................................... c) Mesyuarat jawatan kuasa adhoc/sementara. ....................................................................................................................... .......................................................................................................................
  • 15. Muka : 15 Drp: 15NO KOD / CODE NO. BKP 304-1-KP1 5. Nyatakan tiga jenis peralatan yang sesuai diletakkan di bilik mesyuarat. .................................................................................................................................. .................................................................................................................................. .................................................................................................................................. 6. Nyatakan tiga cara menghias bilik mesyuarat. .................................................................................................................................. .................................................................................................................................. .................................................................................................................................. 7. Nyatakan tiga kriteria yang dipertimbangkan untuk memilih tempat mesyuarat. .................................................................................................................................. .................................................................................................................................. .................................................................................................................................. 8. Nyatakan tiga perkara yang dititik beratkan semasa menghidang makanan dalam mesyuarat. .................................................................................................................................. .................................................................................................................................. .................................................................................................................................. 9. Nyatakan tiga perkara yang perlu diambil kira dalam menyediakan alat tulis kepada ahli mesyuarat. .................................................................................................................................. .................................................................................................................................. .................................................................................................................................. 10.Jika perlatan di dalam bilik mesyuarat tidak dapat berfungsi dengan baik semasa mesyuarat dijalankan, apakah yang perlu dilakukan oleh setiausaha. .................................................................................................................................. .................................................................................................................................. ..................................................................................................................................