1. 1
SMKA DURIAN GULING, MARANG
DASAR PENGURUSAN KURIKULUM
(Kuatkuasa 1 Januari 2013)
BAHAGIAN I - DASAR PENGURUSAN PANITIA MATAPELAJARAN
1.0 Ketua Panitia Matapelajaran
1.1 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki menyiapkan Rancangan Pelajaran
Tahunan matapelajaran masing-masing bagi setiap tingkatan sebelum sesi
persekolahan baru bermula dan mengedarkan kepada semua guru panitia
masing-masing pada hari pertama sesi persekolahan baru.
1.2 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki mengadakan sekurang-kurangnya
empat kali mesyuarat panitia dalam satu tahun persekolahan dan
menyerahkan minit mesyuarat panitia kepada Pengetua dan PK Pentabiran.
1.3 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki mengemaskini maklumat
diri guru-guru panitia masing-masing selewat-lewatnya dua minggu
selepas sesi persekolahan baru bermula.
1.4 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki mengumpul jadual waktu
persendirian guru-guru panitia masing-masing selewat-lewatnya dua minggu
selepas sesi persekolahan baru bermula. Satu salinan jadual waktu
persendirian guru-guru panitia mesti diserahkan kepada Guru Kanan
Matapelajaran masing-masing.
1.5 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki membincangkan agihan tugas
menggubal soalan untuk penilaian dan peperiksaan dalam satu tahun
persekolahan pada mesyuarat panita kali pertama. Satu salinan agihan tugas
menggubal soalan-soalan penilaian dan peperiksaan mesti diserahkan kepada
Setiausaha Peperiksaan dan Guru Kanan matapelajaran masing-masing
selewat-lewatnya seminggu selepas mesyuarat panitia kali pertama diadakan.
1.6 Ketua Panitia Matapelajaran bertanggungjawab terhadap pelaksanaan aktiviti
persatuan akademik. Cadangan aktiviti persatuan akademik mesti
dibincangkan dalam mesyuarat panitia kali pertama. Pengetua boleh
mengarahkan guru-guru panitia dari semasa ke semasa untuk membantu
dalam menjayakan pelaksanaan aktiviti persatuan akademik.
1.7 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki membincangkan Program
Peningkatan Prestasi Mata pelajaran pada mesyuarat panitia kali pertama
dan menggunakan 5P dalam pelaksanaan Program Peningkatan Prestasi
Matapelajaran. Keberkesanan dan penambahbaikan Program Peningkatan
Prestasi Matapelajaran perlu dibincangkan dari semasa ke semasa dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kurikulum sekolah dan Mesyuarat Panitia
Matapelajaran.
1.8 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki membincangkan Sasaran Kerja
Bertulis Tahunan (iaitu, bilangan buku latihan, bilangan buku nota serta jumlah
2. 2
dan jenis latihan) bersama guru- guru panitia pada mesyuarat panitia kali
pertama.
1.9 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki mengemaskini stok bahan bantu
mengajar selewat- lewatnya hari terakhir sesi persekolahan. Satu senarai
bahan bantu mengajar mesti
diedarkan kepada semua guru panitia masing-masing pada mesyuarat panitia
kali pertama. Lampiran Bahan Bantu Mengajar mestilah dimasukkan dalam
Dokumen Perancangan Panitia.
1.10 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki mengendalikan sekurang-kurangnya
satu sesi kursus dalaman untuk guru-guru panitia masing-masing sekurang-
kurangnya sekali setahun. Jika ada guru matapelajaran yang menghadiri kursus
anjuran pihak luar seperti JPNT dan KPM,
guru berkenaan wajib membantu Ketua Panitia dalam pengendalian kursus
dalaman panitia.
1.11 Ketua Panitia Matapelajaran bertanggungjawab memantau Kajian Tindakan
yang dijalankan oleh guru panitia matapelajaran dan memastikan satu
Inovasi dibuat, sekurang-kurangnya satu inovasi untuk setahun.
1.12 Ketua Panitia Matapelajaran bertanggungjawab menyediakan post-mortem
matapelajaran untuk setiap peperiksaan dan membentangkan pada mesyuarat
post-mortem dalam JKS.
1.13 Ketua Panitia Matapelajaran bertanggungjawab melantik guru panitia yang
bersesuaian untuk menjadi Setiausaha Mesyuarat Post Mortem Keputusan
Peperiksaan apabila tiba giliran panitia matapelajaran tersebut untuk mencatat
minit mesyuarat. Semua minit mesyuarat bertaip mesti diserahkan kepada PK
Pentadbiran dalam tempoh satu minggu selepas hari mesyuarat.
1.14 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki membincangkan Anggaran
Belanjawan Panitia dalam mesyuarat panitia akhir tahun untuk dikemukakan
dalam Mesyuarat Pengurusan Kewangan pertama tahun berikutnya. Satu
salinan Anggaran Belanjawan Panitia yang diluluskan oleh Pengetua mesti
diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran sebelum sesi persekolahan
baru bermula.
1.15 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki sentiasa mengemaskini semua fail
panitia masing-masing dari semasa ke semasa. Pengetua boleh
mengarahkan Ketua Panitia untuk menyelesaikan kerja mengemaskini fail
panitia sekiranya didapati fail-fail panitia tidak dikemaskinikan dengan
sempurna.
3. 3
2.0 Semua Guru Matapelajaran
2.1 Semua guru matapelajaran mesti melengkapkan fail rekod mengajar
selewat- lewatnya tiga minggu selepas sesi persekolahan baru bermula.
2.2 Pencerapan setiap guru matapelajaran akan dikendalikan sebanyak dua
kali setahun oleh Pengetua, semua Penolong Kanan, semua Guru Kanan
Matapelajaran dan Ketua-Ketua Panitia yang berpengalaman(iaitu,
mempunyai pengalaman mengajar 8 tahun ke atas) serta Guru Cemerlang.
2.3 Penyemakan buku latihan murid akan dikendalikan sebanyak dua kali
setahun oleh Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru-Guru Kanan
Matapelajaran.
2.4 Semua guru matapelajaran wajib menghabiskan sukatan pelajaran untuk
setiap kelas yang diajar dalam tempoh tahun semasa. Jika perlu, kelas
tambahan mesti dikendalikan oleh guru mata pelajaran. Bagi kelas
peperiksaan, sukatan pelajaran hendaklah dihabiskan pada bulan Ogos.
2.5 Guru-guru yang menggubal soalan ujian atau peperiksaan perlu menggunakan
kemahiran Teknologi Maklumat dan tidak dibenarkan menggunakan kaedah
potong dan tampal.
2.6 Untuk guru matapelajaran yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana urusan rasmi
atau peribadi, Bahan Kelas Tanpa Guru mesti disediakan dan diserahkan
kepada Guru Kanan Mata pelajaran yang mengurus jadual guru ganti pada hari
berkenaan supaya waktu belajar murid- murid dioptimumkan untuk
kecemerlangan akademik sekolah.
2.7 Bagi guru yang tidak dapat hadir kerana kecemasan, bahan modul relief
boleh di gunakan. Guru Ganti perlu mendapatkan modul Relief mata pelajaran
berkenaan di ruang Bilik Gerakan.
2.8 Semua guru matapelajaran Sains dan Sains Tulen wajib mengendalikan
kelas amali di makmal Sains mengikut jadual waktu makmal yang ditetapkan.
2.9 Semua guru matapelajaran dikehendaki menanda buku latihan murid
secara berkala mengikut kekerapan berikut :
Semua latihan berbentuk esei, struktur , objektif dan lain-lain – Dikumpul
dan ditanda setiap latihan sebaik sahaja disiapkan oleh murid.
Setelah selesai menanda buku latihan murid, guru matapelajaran mesti
menurunkan tandatangan, mencatat tarikh semakan dan memberi
peneguhan seperti markah, gred atau ulasan setelah buku latihan murid
habis ditanda.
4. 4
2.10 Semua guru mata pelajaran mesti memastikan semua murid menyediakan
indeks di muka surat depan setiap buku latihan yang digunakan oleh murid.
Format indeks adalah seperti berikut :
Bil. Tarikh Perkara Tandatangan
Guru
Catatan
BAHAGIAN II - DASAR PENILAIAN & PEPERIKSAAN
1.0 Semua Guru Sewaktu Mengawas Peperiksaan
1.1 Guru pengawas yang diberi waktu kawalan kelas (iaitu, masa senggang sebelum
memulakan peperiksaan) wajib masuk ke kelas mengikut jadual waktu masing-
masing untuk mengelakkan murid daripada melepak di sekitar sekolah.
1.2 Pada setiap hari peperiksaan, guru pengawas waktu pertama dikehendaki
memastikan kelas adalah bersih dan kemas sebelum memulakan peperiksaan.
1.3 Guru pengawas yang memulakan peperiksaan dikehendaki masuk ke kelas selewat-
lewatnya 10 minit sebelum peperiksaan bermula.
1.4 Guru pengawas yang memulakan peperiksaan dikehendaki menulis maklumat
peperiksaan (matapelajaran , kod m/p, tempoh masa ) pada papan tulis serta
mengisi borang kawalan peperiksaan .
1.5 Guru tidak dibenarkan duduk sepanjang waktu pengawasan.
1.6 Guru tidak dibenarkan memeriksa kertas soalan peperiksaan atau kerja latihan
murid atau membaca apa juga bentuk bahan cetakan atau menggunakan telefon
bimbit sewaktu mengawasi peperiksaan.
1.7 Guru pengawas waktu akhir dikehendaki mengutip kertas jawapan murid satu per
satu apabila peperiksaan ditamatkan.
1.8 Guru pengawas waktu akhir dikehendaki memastikan bilangan kertas jawapan murid
yang dikutip adalah sama dengan bilangan murid yang hadir pada hari tersebut
untuk mengelakkan keciciran kertas jawapan murid.
1.9 Guru pengawas waktu akhir wajib melengkapkan borang kawalan peperiksaan dan
menyerahkannya sendiri (hand-to-hand)bersama dengan kertas jawapan murid ke
dalam kotak yang disediakan di bilik peperiksaan. Guru pemeriksa hendaklah
mengambil kertas jawapan pada hari berkenaan.
5. 5
1.10 Guru Disiplin atau Guru Bertugas dikehendaki membuat rondaan ke tandas murid
sebelum peperiksaan bermula dan semasa peperiksaan dijalankan supaya murid
tidak menyimpan bahan rujukan di tandas.
2.0 Semua Murid Sewaktu Menduduki Peperiksaan
2.1 Laci meja murid yang telah dikosongkan mesti disusun mengadap ke bahagian
depan kelas manakala beg murid mesti diletakkan di bahagian belakang kelas.
2.2 Murid tidak dibenarkan membaca buku semasa peperiksaan sedang dijalankan
walaupun telah selesai menjawab kertas peperiksaan.
2.3 Murid tidak dibenarkan pergi ke tandas semasa peperiksaan kecuali kes kecemasan
untuk mengelakkan kes meniru. Murid dikehendaki pergi ke tandas sebelum
peperiksaan bermula.
2.4 Murid wajib berada di tempat duduk masing-masing sehingga selesai urusan
mengutip dan mengira kertas jawapan murid oleh guru pengawas waktu akhir.
3.0 Penyelewengan Waktu Peperiksaan
3.1 Apabila murid disyaki meniru, tindakan berikut akan diambil:
3.1.1 Guru pengawas menangkap murid meniru sewaktu peperiksaan.
3.1.2 Guru pengawas membuat laporan ringkas berkaitan kes meniru
tersebut dan menyerahkan laporan bersama bukti penyelewengan
kepada PK HEM.
3.1.3 Guru disiplin menyiasat kes penyelewengan
3.1.4 Jika murid disahkan melakukan penyelewengan,
• guru matapelajaran menanda kertas jawapan murid seperti biasa
tetapi memberi markah kosong kepada murid berkenaan
• perkataan MENIRU akan dipaparkan pada slip peperiksaan bagi mata
pelajaran berkenaan
6. 6
4.0 Murid Tidak Hadir Waktu Peperiksaan
4.1 Murid tidak hadir peperiksaan kerana mewakili sekolah
4.1.1 Markah murid untuk matapelajaran berkenaan dicatat W dalam slip
keputusan peperiksaan . Kertas soalan akan diberi kepada murid
sebagai latihan dan akan ditanda oleh guru matapelajaran tetapi markah
murid tidak akan diambilkira dalam pengiraan markah purata.
4.1.2 Markah murid hanya boleh diambilkira dalam peperiksaan sekiranya
peperiksaan untuk matapelajaran berkenaan dapat diatur pada hari
yang sama tetapi waktu berlainan.
4.2 Murid tidak hadir peperiksaan kerana sakit atau masalah peribadi
4.2.1 Markah murid untuk matapelajaran berkenaan dicatat TH dalam slip
keputusan peperiksaan. Kertas soalan akan diberi kepada murid
sebagai latihan dan akan ditanda oleh guru matapelajaran tetapi murid
akan diberi markah kosong untuk matapelajaran berkenaaan dalam
pengiraan markah purata.
4.2.2 Markah murid hanya boleh diambilkira dalam peperiksaan sekiranya
peperiksaan untuk matapelajaran berkenaan dapat diatur pada hari
yang sama tetapi waktu berlainan.
6.0 Kerja Kursus / Pentaksiran Berasaskan Sekolah
6.1 Penilaian kerja kursus atau pentaksiran berasaskan sekolah harus diulangi
oleh guru sehingga murid mendapat gred A dalam matapelajaran berkenaan.
6.2 Bagi PBS Menengah Rendah, semua murid hendaklah diberi bimbingan
sehingga mencapai sekurang-kurangnya Band 5 bagi semua mata pelajaran.
7.0 Takwim Penilaian & Peperiksaan
7.1 Semua murid (kecuali murid Pra-U) wajib menduduki dua penilaian
(Feb/Mac & Ogos/September) dan dua peperiksaan (Peperiksaan
Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun atau Peperiksaan
Percubaan PMR/SPM/ STPM) kecuali murid Menengah Rendah
menduduki Peperiksaan Akhir Tahun sahaja.
7. 7
8.0 Penggredan Markah Peperiksaan
Hendaklah mengikut markah dan gred dalam SAPS.
Skala Gred Menengah Rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3)
Markah Gred
80 100 A
65 79 B
50 64 C
40 49 D
1 39 E
0 0 TH
Skala Gred Menengah Atas (Tingkatan 4 dan
5)
Markah Gred
90 100 A+
80 89 A
75 79 A-
70 74 B+
65 69 B
60 64 C+
50 59 C
45 49 D
40 44 E
1 39 G
0 0 TH
SKALA GRED STPM
Markah Gred
70 100 A (4.00)
60 69 A-(3.67)
56 59 B+(3.33)
53 55 B (3.00)
50 52 B-(2.67)
45 49 C+(2.33)
40 44 C (2.00)
36 39 C-(1.67)
33 35 D+(1.33)
30 32 D (1.00)
0 29 F (0.00)
8. 8
BAHAGIAN III – DASAR PEMILIHAN PAKEJ MATAPELAJARAN ELEKTIF
1.0 Semua murid PMR SMKA Durian Guling wajib memperoleh Pangkat B Pendidikan Islam,
C dalam Bahasa Arab dan lulus PAFA dalam PMR.
2.0 Bagi murid yang mendapat Pangkat D dalam mata pelajaran Bahasa Arab
diminta membuat rayuan untuk kekal di sekolah ini dan boleh dipertimbangkan jika
ada kekosongan.
3.0 Semua murid yang dipindahkan masuk ke tingkatan empat SMKA Durian Guling
memperoleh 4A termasuk Sains dan Matematik, memperoleh 4B dalam mata
pelajaran lain dan C dalam Bahasa Arab.
4.0 Kemasukan murid ke kelas menengah rendah mengikut matapelajaran pilihan Kemahiran Hidup
(Kemahiran Manipulatif Teknikal atau Perdagangan & Keusahawanan adalah
tertakluk kekosongan tempat dalam kelas-kelas berkenaan.
9. 9
SMKA DURIAN GULING
PANDUAN PEMILIHAN
PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG AKADEMIK
Bil. Jenis Anugerah Catatan (Kriteria / Syarat-syarat/ Dll)
1.0
1.1
KECEMERLANGAN DALAM
PEPERIKSAAN SEKOLAH
Anugerah Pengetua kpd Murid
1.1.1 Anugerah Emas
1.1.2 Anugerah Perak
1.1.3 Augerah Gangsa
Berdasarkan keputusan
Peperiksaan Pertengahan Tahun /
Peperiksaan Akhir Tahun /
Peperiksaan Percubaan PMR/SPM / STPM :-
• Dianugerahkan Sijil Anugerah Emas kepada murid
terbaik bagi setiap tingkatan yang telah mencapai
minimum NGPK 3.4 peperiksaan praU ,9A dalam
peperiksaan menengah atas dan 9A dalam
peperiksaan menengah rendah
• Jemputan ke Jamuan Makan Bersama Pengetua
Dianugerahkan Sijil Anugerah Perak kepada murid-
murid bagi setiap tingkatan yang telah memperoleh:
Tingkatan 3 - 5A dan 6A
Tingkatan 4 dan 5 - 6A hingga 8A
Pra-U - - NGPK 3.00 ke
atas
Dianugerahkan kepada murid-murid yang
telah melonjak dalam peperiksaan melebihi
pencapaian sebelumnya setelah diputuskan
oleh panel penilai.
Dianugerahkan kepada murid terbaik bagi
setiap kelas.
10. 10
2.0
2.1
ANUGERAH MAJLIS
KECEMERLANGAN AKADEMIK
Anugerah Pengetua kpd Panitia
2.1.1 Anugerah Emas
2.1.2 Anugerah Perak
2.1.3 Anugerah Gangsa
Berdasarkan keputusan Peperiksaan PMR/SPM /STPM:-
• Dianugerahkan kepada guru-guru matapelajaran yang
telah menghasilkan pencapaian minimum 80% gred A
dalam PMR atau 80% gred A dalam SPM(m/p teras)
atau 40% gred A dalam SPM(m/p elektif) atau 40%
gred A dalam STPM
• Dianugerahkan kepada guru-guru mata pelajaran yang
telah menghasilkan pencapaian minimum 70% gred A
dalam SPM(m/p teras) atau 30% gred A dalam
SPM(m/p elektif) atau 30% gred A dalam STPM
• Dianugerahkan kepada guru-guru mata pelajaran yang
telah menghasilkan pencapaian minimum 60% gred A
dalam SPM(m/p teras) atau 30% gred A dalam
SPM(m/p elektif) atau 20% gred A dalam STPM
11. 11
BIL
.
JENIS ANUGERAH CATATAN (KRITERIA/SYARAT-SYARAT/DLL
2.3 Anugerah Cemerlang Dalam
Peperiksaan Awam
2.2.1 Anugerah Cemerlang PMR
2.2.2 Anugerah Cemerlang SPM
2.2.3 Anugerah Cemerlang STPM
Berdasarkan keputusan
Peperiksaan PMR / SPM/ STPM:-
• Dianugerahkan kepada murid-murid yang telah mencapai
keputusan Straight A’s dalam peperiksaan PMR
• Dianugerahkan kepada murid-murid yang telah
memperoleh sekurang-kurangnya 7A dalam
peperiksaan SPM
• Dianugerahkan kepada murid-murid yang telah
memperoleh CGPA minimum 3.30
12. 12
2.4
2.5
Anugerah Khas Majlis Anugerah
Kecemerlangan Akademik
2.3.1 Anugerah Tokoh Pelajar Shafie’
2.3.2 Anugerah Tokoh Ibu bapa
2.3.3 Anugerah Alumni Shafie
Anugerah Lain
• Cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum
• Berdisiplin, bertanggungjawab, berketrampilan dan
penampilan imej yang terpuji
• Menjadi suri teladan (role model) kepada murid lain.
• Anugerah khas sekolah untuk menghargai jasa ibu-bapa
kepada murid yang memenangi Anugerah Tokoh
Pelajar Shafie
• Anugerah khas diberi oleh Alumni SMKA Durian Guling
kepada murid yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum serta mempunyai sahsiah terpuji agar semua
murid sekolah terdorong untuk terus berusaha demi menjaga
nama baik dan imej sekolah.
Akan diberi dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan
SMKA Durian Guling tahun berkenaan mengikut
kesesuaian penyertaan dan diputuskan oleh panel penilai.