SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 24
Downloaden Sie, um offline zu lesen
KUALE’ 
KUALE’ Persekitaran Bandar Lestari 
Untuk Kesejahteraan Komuniti 
APRIL-JUN 2013 
EDISI 3 
SUARA KUALA KANGSAR 
BULETIN
KANDUNGAN 
SIDANG REDAKSI 
1. Minda Pengarang 
2. Berita Istana 
• Istana Kenangan 
• Sejarah Kuale’ - Asal Nama Chandan) 
• Makam Sultan Tajul Ariffin (VI) 
3. Berita Kuale’ 
• 46 Program / Majlis Sepanjang Tahun 2012 
• Projek Pembangunan Luar Bandar 
• NBOS 7 
• Program “No Drugs Pledge” 
4. Sana Sini Kuale 
• Industri Getah Malaysia – Sejarahnya Bermula di Kuala Kangsar 
• Pelancongan - Lata Perangin Pecah Batu, Manong 
5. Ikon Kuale’ 
• YABhg Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tun Haji Syed Zahiruddin bin 
Syed Hassan, SMN., DUNM., PSM., SPCM., SPMP., JMN., PJK. 
6. Arena Kuale’ 
• Program Sejuta Wajah - Persandingan Mega 
• Karnival Vespa Dan Motorsikal Klasik Antarabangsa 
• Permainan Gasing Di Sayong 
7. Dakwah Kuale’ - Hijrah 
8. Resepi Kuale’ - Ikan Bakar Sepuh 
9. Kenali Kuale’ - Loghat Perak 
10. Takwim 
2 
3-6 
7-12 
13-14 
15-16 
17-19 
20 
21 
22 
PENASIHAT 
YBrs. Dr. Zulkapli b. Mohamed 
Pegawai Daerah 
Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Kangsar 
PENYELARAS PENERBITAN 
En. Muhammad Amin b. Safie 
Penolong Pegawai Daerah 
Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Kangsar 
KETUA SIDANG PENGARANG 
Pn. Hasmonaliza bt. Hassan Basari 
Penolong Pegawai Daerah 
Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Kangsar 
AHLI SIDANG PENGARANG 
i) YM Raja Norshila bt. Raja Hasran 
ii) En. Mohamad Iqram b. Zainal 
iii) En. Abu Yaziz Bin Abas 
iv) Tuan Hj. Shaharuddin b. Harun 
v) Pn. Hasniza bt. Abdullah Hadi 
JURUFOTO 
i) Pn. Nurul Akma bt. Ahmad 
ii) En. Azma Zahid b. Abdul Razak 
GRAFIK 
i) En. Adi Asrul Bin Mohamad Jainy 
ii) En. Azma Zahid b. Abdul Razak
Buletin Kuala Kangsar diterbitkan empat kali setahun mulai bulan Januari 2012 dan diedarkan secara percuma. Hak cipta terpelihara. Tulisan yang disiarkan boleh diterbitkan semula dengan syarat mendapat izin bertulis daripada Pegawai Daerah Kuala Kangsar. Artikel-artikel dalam buletin ini hanyalah pandangan peribadi penulis bukan dasar atau kenyataan rasmi Pejabat Daerah & Tanah Kuala Kangsar dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak. Buletin ini diedarkan secara percuma kepada sektor kerajaan, badan berkanun, swasta dan perpustakaan. Untuk mendapatkan naskah, sila hubungi Sidang Editor atau datang sendiri ke Pejabat Daerah & Tanah Kuala Kangsar. 
2 
MINDA PENGARANG Minda Pengarang 
Bismillahirrahmanirrahim 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah 
lagi Maha Mengasihi. 
Tuhan kami, bagi-MU segala puji, apa yang ada di langit dan di bumi dan antara kedua-duanya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan ke atas Rasullullah S.A.W. yang telah Engkau utus sebagai rahmat kepada sekalian alam. Selawat dan salam juga dipanjatkan ke atas keluarga dan sahabatnya serta orang-orang yang mengikuti jalan mereka dengan kebaikan hingga hari kiamat. 
Alhamdulillah, buletin ini berjaya diterbitkan atas makrifat dan keizinanNya, merupakan Edisi yang pertama tahun 2013. Buletin Kuale kali ini memaparkan warisan bangsa yang menelusi fasad-fasad yang berdiri megah, lambang keharmonian dan kerukunan masyarakat yang terdahulu. Menyusuri keunikan Istana Kenangan yang dibina tanpa paku, asal usul nama Chandan serta keunikan Makam Tajul Ariffin adalah antara nukilan yang menambahkan khazanah ilmu dan warisan. 
Selain daripada itu, dipaparkan juga pelaksanaan projek-projek pembangunan di daerah Kuala Kangsar antaranya adalah pembinaan Dewan Terbuka Pusat Kegiatan Belia di Padang Rengas dan projek Jiwa Murni oleh Veteran Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia melalui pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS). Program-program kemasyarakatan yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2012 juga turut menjadi paparan di dalam Buletin pada kali ini. 
Semua pembangunan projek dan pelaksanaan program kemasyarakatan memaparkan keprihatinan kerajaan ke arah meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat di daerah Kuala Kangsar. 
Kita panjatkan doa agar yang kita bina, yang kita olah, yang kita nukilkan mendapat keberkatan dan keredhaanNYA jua. 
Wassalam. 
YBrs. Dr. Zulkapli b. Mohamed 
Pegawai Daerah - Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Kangsar 
Memetik nukilan Dr Yusuf Al Qadhrawi, “..Setiap orang yang berusaha akan mendapatkan hasilnya, dan sesungguhnya dasar amalan seseorang itu adalah pada niatnya. Setiap individu akan dihisab sesuai dengan niatnya kepada Allah’.
3 
DARI ISTANA 
ISTANA KENANGAN 
Sumber: Galeri Sultan Azlan Shah 
MUZIUM DIRAJA PERAK 
Selaku sebuah Bandar Diraja, Kuala Kangsar sememangnya 
terkenal dengan istana-istana yang mempunyai senibina 
tradisional yang unik dan cantik. Antaranya ialah Istana 
Kenangan, yang turut dikenali dengan nama Istana Lembah 
dan Istana Tepas. Istana ini dibina atas titah Almarhum 
Sultan Iskandar Shah (Marhum Kadasallah) iaitu Sultan 
Perak ke-30 sebagai tempat bersemayam sementara. 
Ini disebabkan ketika itu Istana Iskandariah masih lagi 
dalam pembinaan. 
Istana ini telah didirikan pada tahun 1926 oleh tukang 
kayu Melayu yang bernama Haji Suffian yang berasal dari 
Seberang Prai. Beliau dibantu oleh dua orang anaknya, 
Zainal Abidin dan Ismail. 
Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu 
tradisional yang mengagumkan. Pembinaan Istana 
Kenangan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis 
keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan 
(kayu belian) bercirikan perabung lima dan pisang sesikat. 
Paku-paku besi (paku logam) tidak digunakan dalam 
pembinaan istana ini. Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran 
Melayu yang menarik dan menggunakan tepas yang 
dianyam dengan corak-corak anyaman Melayu tradisional. 
Bangunan ini dibina di atas 60 batang tiang yang mana 
panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11 meter. 
Bentuk bangunan ini jika dipandang dari udara kelihatan 
seperti sebilah pedang yang tersimpan di dalam sarungnya. 
Bahagian tengah di atas bangunan ini ditempatkan sebuah 
singgahsana dan di tingkat bawah pula dijadikan sebagai 
pejabat rasmi baginda. Ruangan di tingkat bawah ini 
berlantaikan simen dan bahagian sekelilingnya ditutup 
dengan bidai. Almarhum Sultan Iskandar Shah bersemayam 
di Istana Kenangan ini mulai dari tahun 1931 sehingga 
tahun 1935. Setelah baginda berpindah ke Istana Iskandariah, 
ia dijadikan Istana Tetamu terutama pada hari-hari perayaan 
Diraja seperti Hari Keputeraan, pelantikan Orang-orang 
Besar Perak dan lain-lain istiadat Diraja Perak Darul Ridzuan. 
Nama Istana Kenangan telah diberikan dalam tahun 
1960-an setelah bangunan ini dibaikpulih atas daya usaha 
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana 
Menteri Malaysia yang pertama. Kemudian Istana Kenangan 
diduduki oleh keluarga Diraja Perak sehingga tahun 1982. 
Almarhum Sultan Idris II telah berkenan menyerahkan 
Istana Kenangan untuk diletakkan di bawah pengawasan 
Jabatan Muzium dan Antikuiti. 
Pada tahun 1986, Istana Kenangan telah dijadikan Muzium 
Diraja Kuala Kangsar di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri 
Perak Darul Ridzuan. Pada 16 November 1986, DYMM 
Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah 
telah berkenan merasmikan Muzium Diraja Kuala Kangsar 
dan pada 9 Mac 2009, ia telah diwartakan sebagai Tapak 
Warisan Sejarah.
4 
DARI ISTANA 
Sumber: Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak 
Disusun oleh: Haji Shaharuddin bin Harun 
Jurugambar: Azma Zahid b. Abdul Razak 
Sejarah Kuale - Asal Nama Chandan 
Bukit Chandan menjadi saksi kepada pelbagai peristiwa bersejarah di Bandar Diraja Kuala Kangsar. Maka kerana 
itulah banyak monumen bersejarah berada di Bukit Chandan. Antaranya adalah istana-istana Sultan Perak, Galeri 
Sultan Azlan Shah, Masjid Ubudiah, Madrasah Idrisiah, Makam Diraja Ghufran dan lain-lain lagi. Selain itu, ramai 
kerabat diraja yang tinggal menetap di sekitar kawasan Bukit Chandan sehingga kini. 
Di sebalik kemahsyuran Bukit Chandan, ramai yang tidak mengetahui asal nama “ chandan “ itu sendiri. 
Jika diamati kota-kota, istana dan makam Sultan dan Raja Pemerintah negeri Perak pada zaman dahulu terletak di 
sebelah kanan mudik Sungai Perak bermulanya di bahagian hilir Perak. Setelah beberapa dekad dan melalui banyak 
peristiwa bersejarah, istana-istana dan makam-makam Sultan Perak berpindah ke beberapa buah kampung, mudik 
ke hulu di sepanjang Sungai Perak yang merupakan jalan perhubungan utama pada ketika itu. 
Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar dipercayai diteroka asal oleh Daeng Sedili iaitu keturunan Bugis dari 
Kepulauan Riau Indonesia pada tahun 1744. Daeng Sedili telah berkahwin dengan Raja Putih pada zaman pemerintahan 
Sultan Muzafar Shah III ( 1726 – 1754 ) iaitu Sultan Perak yang ke 13. 
Di Kampung Padang Changkat juga terletaknya Changkat Negara (tapak Istana Iskandariah sekarang) tempat 
bersemayamnya Almarhum Sultan Idris Murshidul’azam Shah 1( 1887 – 1916 ), Sultan Perak yang ke 28 iaitu sultan 
yang mula-mula membina kota istana di sebelah kiri mudik Sungai Perak. Mengikut riwayat sejarahnya, pemilihan 
tempat untuk membina kota istana waktu itu berkaitan rapat dengan kisah sekawan gajah kenderaan sultan yang 
ketika itu dalam perjalanan diketuai oleh seekor gajah yang bernama Kulop Chandan, berhenti istirehat di tanah 
‘changkat’ tersebut. Melalui peristiwa ini (yang ada persamaan dengan penemuan Melaka oleh Raja Parameswara), 
sultan pun berkenan menjadikan lokasi tersebut tempat persemayamannya. Lantaran itu bermulalah kerja-kerja 
untuk membina istana yang mana bahan binaannya diangkut dengan menggunakan gajah-gajah Perak yang diketuai 
oleh gajah yang bernama Kulop Chandan, sehinggalah siapnya istana tersebut yang dinamakan Istana Negara, 
di Changkat Negara. 
Difahamkan kawasan tanah raja milik Sultan Idris Shah 1 di ketika itu meliputi keluasan 5 km diameter keliling yang 
berpusat di Changkat Negara, kini dikenali sebagai Bukit Chandan sempena memperingati jasa dan pengorbanan 
gajah bernama Kulop Chandan. 
Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Shah ( 1918 – 1938 ) Sultan Perak yang ke 30, bermulalah kerja-kerja 
membina istana baru. Ketika istana tersebut dalam pembinaan, Sultan Iskandar Shah bersemayam sementara di Istana 
Tepas yang lebih dikenali sebagai Istana Kenangan sehinggalah siapnya istana baru yang kemudiannya dinamakan 
sempena nama baginda iaitu Istana Iskandariah yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. 
Sumber rujukan; 
1. YM Raja Dato’ Mansor , mantan Dato’ Pengelola 
Bijaya DiRaja. 
2. YM Raja Ali Imran Shah, Kpg. Padang Changkat. 
3. Encik Fuad ( Restoran EBOS) Chandan Puteri. 
4. Perak History
5 
DARI ISTANA 
Sumber: Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak 
Jurugambar: Shahrul Kamarul b. Ahmad Kamallodin 
Makam Sultan Tajul 
Ariffin (vi) 
Sultan Tajul Ariffin adalah putera Sultan Mansur Syah (I), 
dan juga adinda kepada Sultan Alauddin Mansur Syah 
yang memerintah Aceh, dan adik kepada Sultan Ahmad 
Tajuddin. Nama baginda sebelum menjadi sultan ialah 
Raja Ariffin. 
Dalam tahun 1584, setelah mangkat kekandanya Sultan 
Ahmad Tajuddin Shah (Marhum Muda) di Geronggong, 
maka pemerintah Aceh yang berkuasa ke atas negeri Perak 
telah menghantar pulang Raja Ariffin menjadi Sultan Perak 
yang ke-4. Baginda memakai gelaran Sultan Tajul Ariffin. 
Tempat semayam baginda ialah di Pulau Semat.
6 
BERITA KUALE’ 
Setelah Baginda menaiki takhta Kerajaan Perak, kekanda 
Baginda yang menjadi Sultan Acheh, Sultan Alauddin pun 
mangkat dan seisi Istana pulang semula ke Negeri Perak. 
Sultan Tajul Ariffin bersemayam di Pulau Semat dan 
memerintah dari tahun 1584 sehingga tahun 1594. Baginda 
mangkat pada tahun 1594 dan dimakamkan di atas Pulau 
Semat, Mukim Senggang, Daerah Kuala Kangsar kira-kira 
3 km ke hilir dari Pekan Manong serta bergelar “Marhum 
Mangkat Di Tebing.” Makam Baginda di Pulau Semat itu 
dianggap keramat. Di sebelah makam ini terdapat makam 
isteri Baginda yang bernama Puteri Ajaib. 
Tiada jalan darat untuk menuju ke makam tersebut. Laluan 
yang digunakan ialah laluan air menyusuri Sungai Perak 
dari Jeti Lembah, Kuala Kangsar ke Pulau Semat dan dari 
Jeti Pekan Manong. 
Makam ini telah digazetkan pada 21 Disember 1978. 
Gazet No. P.U.(A)361 Daerah Kuala Kangsar, Mukim 
Senggang Lot No. 506A luasnya 33’ – 6” x 13” – 6”. Rujukan 
Fail Jabatan Muzium JM/M/701/PK2 (3)
7 
BERITA KUALE’ 
PROGRAM / Majlis Sepanjang
8 
BERITA KUALE’ 
Sepanjang Tahun 2012
PERUNTUKAN KHAS Y.A.B. PERDANA MENTERI – 
Projek Khas Untuk Mensejahterakan Hidup Rakyat 
9 
BERITA KUALE’ 
Oleh : Hasmonaliza bt. Hassan Basari 
Jurugambar: Azma Zahid b. Abd. Razak 
Peruntukan Khas Y.A.B. Perdana Menteri dikawalselia oleh 
Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri 
(ICU,JPM) meliputi projek infrastruktur awam/asas, program 
sosial dan sumbangan kebajikan untuk kepentingan orang 
ramai. Pelaksanaan projek-projek di bawah peruntukan 
ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada 
seluruh rakyat bagi menikmati kemudahan-kemudahan 
yang disediakan atau dinaiktaraf meliputi kemudahan 
infrastruktur asas/awam, masjid dan surau serta program/ 
pemberian/sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan 
Guru (PIBG), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan 
Kampung (JKKK), golongan rakyat miskin, persatuan-persatuan 
penduduk, dan pertubuhan-pertubuhan bukan 
kerajaan (NGO) yang lain. 
Daerah Kuala Kangsar tidak terpinggir daripada menerima 
Peruntukan Khas Y.A.B. Perdana Menteri. Beberapa buah 
projek di bawah peruntukan ini telah diluluskan dan 
Bahagian Pembangunan, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala 
Kangsar bertindak selaku pelaksana projek. 
Antaranya ialah pembinaan Dewan Terbuka Pusat Kegiatan 
Belia Padang Rengas. Peruntukan yang diluluskan adalah 
berjumlah RM 180,000.00. Dewan ini terdiri daripada 
sebuah ruang terbuka seluas 390 meter persegi dan sebuah 
pentas dengan keluasan 40 meter persegi. Dewan yang 
dilindungi dengan bumbung ‘metaldec’ ini turut dilengkapi 
dengan kemudahan bekalan elektrik.
10 
BERITA KUALE’ 
Pembinaan dewan terbuka seperti ini adalah lebih 
praktikal,ekonomikal dan mempunyai banyak kelebihan 
berbanding dewan tertutup. Ia tidak memerlukan 
penghawa dingin dan secara langsung menyumbang 
kepada penjimatan kos untuk jangka masa panjang. 
Dewan sebegini juga lebih mudah dan ekonomikal untuk 
diselenggara. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di dewan 
ini. Antaranya ialah pelbagai majlis keraian, kenduri-kendara, 
aktiviti sukan dalaman seperti badminton dan 
ping pong, program motivasi, mesyuarat dan sebagainya. 
Dewan Terbuka Pusat Kegiatan Belia Padang Rengas 
telah dirasmikan oleh Y.A.B. Menteri Besar Perak, Dato’ 
Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir pada 19 Januari 
2013 bersempena dengan Program Walkabout di Dewan 
Undangan Negeri (DUN) Kawasan Lubok Merbau. Dalam 
ucapan perasmiannya, beliau mengucapkan jutaan terima 
kasih kepada Y.A.B. Perdana Menteri atas kelulusan 
peruntukan untuk membina dewan tersebut yang ternyata 
memberikan banyak manfaat dan mensejahterakan hidup 
rakyat. Beliau turut memuji struktur dan konsep pembinaan 
dewan terbuka ini yang dilihat lebih praktikal serta boleh 
digunakan oleh semua pihak untuk pelbagai majlis/acara. 
Beliau turut menyeru dan mencadangkan supaya lebih 
banyak dewan terbuka seperti ini dibina di tempat-tempat 
lain pada masa akan datang untuk kemudahan serta 
kegunaan masyarakat.
11 
BERITA KUALE’ 
NBOS 7 Sumber : Kementerian Pertahanan Malaysia 
Konsep Strategi Laut Biru diperkenalkan oleh W. Chan Kim 
dan Renée Mauborgne dari Institut Strategi Laut Biru 
melalui karya mereka Blue Ocean Strategy. Secara 
umum, konsep strategi lautan biru yang diterapkan oleh 
kerajaan melibatkan empat elemen utama iaitu “mengurang”, 
“menghapus”, “mewujud” dan “menambah peluang” 
dalam pengurusan tugas yang akan meningkatkan 
pencapaian serta keberhasilan sektor pentadbiran awam. 
Mesyuarat National Blue Ocean Strategy Summit (NBOSS) 
yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 
22 Jun 2012 memutuskan supaya strategi lautan biru 
dibangunkan bagi membantu Veteran Angkatan Tentera 
Malaysia (ATM) menyesuaikan diri dengan kehidupan 
awam dan menyumbang kepada pembangunan negara 
setelah tamat perkhidmatan. Jabatan Hal Ehwal Veteran 
(JHEV) ATM telah dipertanggungjawabkan untuk 
melaksanakan program 1Malaysia Veterans Recognition 
Programme (1MVRP) di bawah NBOS7. 
Objektif utama 1MVRP adalah untuk membangunkan 
inisiatif strategik untuk Veteran (berpencen dan tidak 
berpencen) dan untuk melaksanakan inisiatif tersebut 
melalui NBOSS. 
Terdapat tujuh (7) inisiatif di bawah program 1MVRP 
bagi Veteran ATM yang akan melibatkan kerjasama 
dengan kementerian/agensi kerajaan/sektor swasta/ 
government linked companies iaitu :- 
• 1Malaysia Veterans Home Repair - Projek ini akan men-genalpasti 
rumah-rumah Veteran yang berpendapatan 
rendah untuk dibaikpulih serta meningkatkan taraf hidup. 
• 1Malaysia Veterans Access Point – Mengenalpasti 
ruang pejabat yang boleh digunakan sebagai tempat 
mendapatkan atau menyebarkan maklumat mengenai 
aktiviti-aktiviti JHEV. 
• Veterans Hiring Programme – Membantu Veteran 
untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang kedua 
selepas menamatkan perkhidmatan. 
• Entrepreneurship Support – Membantu mendapatkan 
latihan, bantuan kewangan dan nasihat untuk Veteran. 
• Raise Industry Acceptance of Training – Membantu 
mendapatkan latihan kemahiran dan peluang 
penempatan pekerjaan di sektor awam dan swasta. 
• 1Malaysia Veterans Family Programme - 
Membantu balu dan waris untuk menjadi usahawan 
dan mendapatkan peluang pekerjaan. 
• 1Malaysia Privilege Card - Memberi diskaun pembelian 
produk dan perkhidmatan seperti kesihatan, perumahan, 
pendidikan dan sebagainya kepada Veteran. 
Majlis Pelancaran Program Pengiktirafan Veteran 
1Malaysia telah diadakan pada 15 Disember 2012 di 
Padang S.M.K Clifford Kuala Kangsar. Majlis telah 
disempurnakan oleh YAB Dato`Seri Mohd Najib bin Tun 
Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. 
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Pertahanan, 
Menteri Besar Perak, Ketua Setiausaha Kementerian 
Pertahanan, pegawai tinggi awam dan tentera Kementerian 
Pertahanan. 
Dalam ucapan pelancarannya, YAB Perdana Menteri 
memaklumkan bahawa program berkenaan akan memberi 
manfaat kepada semua veteran tentera termasuk 
243,500 veteran tentera yang tidak berpencen.
Pengarang dan jurugambar : Mohamad Iqram bin Zainal 
Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) 
adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan 
untuk menolong golongan sasar supaya bangkit 
daripada masalah penyalahgunaan dadah, 
memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai 
bahaya penggunaan dadah dan bagi mendapatkan 
kerjasama orang ramai dalam usaha membasmi 
dadah. 
PEMADAM Daerah Kuala Kangsar telah 
menganjurkan Program “No Drugs Pledge” pada 
17 Jun 2012 di Dataran Lembah Sungai Perak. Ia 
diadakan sebagai salah satu wacana bagi Kempen 
Anti Dadah yang dianjurkan bagi menjemput 
orang awam untuk menandatangani kain rentang 
‘Akujanji : Saya Benci Dadah’. Pada masa yang 
sama, program ini dijalankan serentak di enam 
buah mukim di Daerah Kuala Kangsar. Kain 
rentang tersebut diedarkan di sekolah-sekolah dan 
di tempat-tempat awam untuk ditandatangani. 
Gimik Perasmian program iaitu melepaskan burung 
merpati dan menandatangani kain rentang Akujanji 
“No Drugs Pledge” telah disempurnakan oleh YB 
Dato’ Wan Khair-il Anuar bin Wan Ahmad, Ahli 
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bukit 
Chandan yang turut disaksikan oleh beberapa 
pemimpin kanan kerajaan serta ketua-ketua jabatan 
di Daerah Kuala Kangsar. 
Program berbentuk kesedaran tersebut telah 
mendapat sambutan yang amat menggalakkan. 
Ini membuktikan bahawa orang ramai menyedari 
akan bahaya dadah dan kepentingan penglibatan 
masyarakat dalam membasmi dadah. 
Program ini turut mendapat liputan media iaitu 
Media Prima melalui KREW MY TV3 dan turut 
disertai oleh beberapa selebriti terkenal seperti 
pelakon Aniz Suraya serta Tam yang telah hadir 
bagi memeriahkan program tersebut. 
Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan 
kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan 
Program “No Drugs Pledge” ini. Diharapkan 
agar program-program berfaedah sebegini akan 
dilaksanakan lagi pada masa akan datang. 
12 
BERITA KUALE’ 
Program “No Drugs Pledge” 
ANJURAN PEMADAM DAERAH KUALA KANGSAR
Pokok getah berasal dari negara Brazil. Christopher Columbus, 
seorang ahli pelayaran Sepanyol ialah orang pertama 
menjumpai getah di Brazil pada tahun 1473 dan beliau telah 
membawa balik ke Eropah untuk dikaji kegunaannya. 
Pada tahun 1876 Sir Henry Wickham telah membawa 70,000 
biji getah liar dari Brazil ke Kew Garden, London dan disemai 
di rumah khas yang bersuhu panas, kemudian pada tahun 1877 
biji getah telah dibawa ke Ceylon (Sri Lanka) dan ditanam 
untuk ujian. Pada tahun itu juga Henry Nicholas Ridley, 
Pengarah Botanical Garden Singapura telah membawa biji 
getah spesis “Hevea Brasilliensis” ini dan ditanam di situ. Ia 
didapati tumbuh dengan subur dan akhirnya sebanyak 9 biji 
getah telah dibawa ke Kuala Kangsar untuk ditanam. 
Kemudian barulah ia diedarkan ke seluruh Semenanjung 
Tanah Melayu, Borneo dan beberapa negara Asia. 
Estet getah pertama telah dibangunkan di Melaka pada 
tahun 1902/1903. Selepas itu keluasan penanaman getah 
terus berkembang hingga mencapai kemuncaknya iaitu 
seluas 2.06 juta hektar pada tahun 1979. Pengeluaran 
tertinggi yang pernah dicapai oleh negara ialah sebanyak 
1.66 juta metrik tan iaitu pada tahun 1988. 
Permintaan getah asli dunia telah meningkat setelah perusahaan 
kereta menggunakan tayar getah asli diperkenalkan. Pada 
masa itu di Tanah Melayu ramai yang membuka kawasan 
baru dan menukar tanaman di kebun mereka dengan tanaman 
getah. Begitu juga dengan pedagang-pedagang Inggeris 
telah membuka perladangan yang besar di Tanah Melayu, 
yang ketika itu merupakan pengeluar getah asli dunia 
yang terkemuka. Pada masa itu juga berlaku peperangan 
di Semenanjung Korea yang menyebabkan harga getah 
melonjak tinggi, maka perusahaan tanaman getah meningkat 
sekali ganda. Pada zaman inilah ramai golongan peladang 
dan pekebun kecil hidup di dalam kemewahan. 
Sebelum Malaya mencapai kemerdekaan, perusahaan getah 
ini dikawal selia oleh Lembaga Getah dan Institut Penyelidikan 
Getah (RRI) untuk menguji keberkesanan tanaman getah 
dan penggunaannya. Setelah Malaya merdeka pada tahun 
1957 kilang-kilang yang berasaskan getah telah dibangunkan, 
menjadikan permintaan getah asli melonjak, begitu juga dengan 
permintaan getah asli dunia. Maka dengan itu Perdana Menteri 
Malaysia yang kedua, Tun Haji Abdul Razak bin Hussien 
telah membuka penempatan peneroka FELDA, dengan tanaman 
utamanya adalah getah. Urusan penanaman semula getah 
diletakkan di bawah Lembaga Tabung Tanam Semula. 
Pada 1.1.1973, Tun Haji Abdul Razak bin Hussein juga telah 
menubuhkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil 
Perusahaan Getah (RISDA) untuk urusan tanam semula dan 
program-program serta menyalurkan pelbagai teknologi 
baru berkaitan pekebun kecil getah. Pada tahun 1980an apabila 
getah asli disaingi oleh getah tiruan maka harga getah asli 
dalam keadaan turun naik sehinggakan kebun-kebun kecil 
getah dan ladang-ladang telah menukarkan tanaman getah 
kepada tanaman sawit. Apabila harga petroleum 
meningkat,maka getah tiruan amat mahal untuk diproses, 
begitu juga dengan peningkatan perusahaan tayar dan 
kegunaan lain barangan getah terutamanya di negara India 
dan China menyebabkan harga pasaran sekali lagi melonjak. 
Diharapkan keadaan ini akan bertahan demi kepentingan 
peindustrian getah negara. 
MAJLIS PENGHAYATAN PENANAMAN POKOK GETAH 
PERTAMA DI MALAYSIA. 
Pada 14 Januari 2013 (Isnin) bertempat di Dewan Jubli 
Perak,Kuala Kangsar telah diadakan Majlis Penghayatan 
Penanaman Pokok Getah Pertama Di Malaysia yang 
dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Rahim bin 
Tamby Chik, Pengerusi RISDA Malaysia. Bagi memperingati 
penglibatan dan mengenang jasa serta semangat Mohammad 
Isa bin Pandak Mat Aris sebagai penanam pokok getah 
pertama di Kuala Kangsar yang telah memberi manfaat 
kepada jutaan pekebun kecil getah di negara ini, seramai tujuh 
orang waris Mohammad Isa bin Pandak Mat Aris telah diberi 
penghargaan semasa majlis tersebut berlangsung. Antaranya 
ialah En Nizam bin Musa, En Roslan bin Ali, Puan Rosnah 
bt. Musa, Puan Bakiah bt. Musa, En Ali bin Alang Dahamid, 
Puan Putri Umi Kalsum bt. Megat Ismail dan En Mohd Ali bin 
Shamsuddin. 
INDUSTRI GETAH MALAYSIA 
SEJARAHNYA BERMULA DI KUALA KANGSAR 
Sumber : Pejabat RISDA Daerah Kuala Kangsar 
13 
SANA SINI KUALE’
Air Terjun Lata Perangin Pecah Batu terletak kira-kira 20 km 
daripada Bandar Diraja Kuala Kangsar, menghala ke Pekan 
Manong. Jarak perjalanan daripada bandar Ipoh melalui 
pekan Parit ialah 50 km dan 80 km daripada bandar Lumut. 
Keunikan air terjun di Lata Perangin Pecah Batu dengan 
ketinggian 80 meter, pasti menggamit peminat dan pencinta 
alam semulajadi untuk berkunjung ke sana. Tambahan pula 
pelbagai spesis tumbuhan dan pokok hutan hujan khatulistiwa 
terdapat di sini, termasuklah tumbuhan yang mempunyai 
khasiat perubatan seperti tongkat ali dan bunga pakma. 
Manakala di sungai yang airnya jernih dan tidak tercemar, 
terdapat banyak spesis ikan tengas. 
Suasana damai dan selamat ini sangat sesuai untuk bermandi-manda 
dan aktiviti perkelahan bersama keluarga. Pengunjung 
pasti berasa tenang dan nyaman jika berkunjung ke lata ini. 
Bagi penggemar aktiviti lasak, kawasan Lata Perangin Pecah 
Batu ini juga menyediakan kawasan perkemahan atau kem 
motivasi yang boleh menampung sehingga 100 orang peserta. 
Aktiviti lasak seperti merempuh halangan, jungle tracking, 
night walk, night listen, flying fox, river crossing, monkey 
crawl, commando crawl, string mount, nivenben, sit up dan 
motor cross turut disediakan. 
Sesungguhnya Air Terjun dan Kem Lata Perangin Pecah Batu, 
Manong menjanjikan pengalaman indah luar biasa kepada 
para pengunjung dan pencinta alam semulajadi serta penggemar 
aktiviti lasak. 
LATA PERANGIN PECAH BATU, MANONG 
14 
SANA SINI KUALE’ 
Pengarang: Haji Shaharuddin b. Harun 
Jurugambar: Azma Zahid b. Abdul Razak 
Sumber Rujukan: Yeop Mat Alit b. Chu Jaat
15 
IKON KUALE’ 
Buah Pulasan Buah Delima 
Masak Sebiji Di Balik Daun 
Budi Tuan Kami Terima 
Menjadi Kenangan Bertahun-Tahun 
Y.A.Bhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tun Haji 
Syed Zahiruddin bin Syed Hassan, SMN.,DUNM.,PSM. 
,SPCM.,SPMP.,JMN.,PJK. dilahirkan pada 11 Oktober 
1918 di Kampung Pondok Tanjung, Perak lebih disenangi 
dengan panggilan ‘ Tun Syed’. 
Daerah Kuala Kangsar merupakan daerah kelahiran kedua 
ibu bapa beliau dan di sinilah juga beliau dibesarkan di 
sepanjang zaman persekolahan rendah dan menengahnya. 
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pondok 
Tanjung dan menyambung pelajarannya di Sekolah 
Menengah Clifford, disusuli dengan Maktab Melayu 
Kuala Kangsar. Komitmen terhadap setiap perkara yang 
dilakukan membuatkan beliau berjaya dalam pelajaran 
dan lulus peperiksaan ‘Senior Cambridge’ dengan cemer-lang 
pada tahun 1935. 
Sewaktu berada di dalam perkhidmatan awam, beliau 
adalah seorang tokoh yang dihormati, ilmuan yang 
disenangi serta contoh yang diikuti oleh pegawai-pegawai 
dan kakitangan di bawah seliaannya. Sikap sentiasa tegas 
di dalam perkhidmatan seiring dengan sifat merendah 
diri yang menjadi pembawaan membuatkan sesiapa 
sahaja berasa senang berurusan dengan beliau. 
Beliau mula menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir 
Melayu pada tahun 1938. Pada tahun ini juga beliau 
ditawarkan dan dibiayai oleh Kerajaan Negeri Perak 
untuk menyambung pelajarannya dalam bidang Diploma 
Kesusasteraan di Raffles College, Singapura dan 
melengkapkannya pada tahun 1941. 
Dalam tempoh hampir 5 tahun mulai tahun 1941 pula 
sehingga tahun 1945 beliau ditempatkan di beberapa 
buah daerah di Negeri Perak (Gerik, Tapah, Tanjung 
Malim, Taiping dan Lumut) sebagai Timbalan Penolong 
Pegawai Daerah, dan Setiausaha Majlis Daerah. 
Pemimpin Unggul Kebanggaan Y.A.Bhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tun Haji Syed Zahiruddin bin Syed Hassan 
Pengarang : Muhammad Amin bin Safie 
Gambar : Azma Zahid bin Abdul Razak
16 
IKON KUALE’ 
Selepas itu, dalam tempoh 19 tahun mulai tahun 1945 
sehingga tahun 1963 beliau menabur bakti pula menjawat 
pelbagai jawatan penting di dalam sektor awam 
iaitu sebagai Penolong Pegawai Daerah, Pegawai 
Daerah(Perak), Penolong Setiausaha Kerajaan (Perak), 
Timbalan Setiausaha Perkhidmatan Awam (Kuala Lumpur), 
Principal Assistant Secretary Fed. Establishment Office 
(Kuala Lumpur), Pengarah Tanah dan Galian Perak, dan 
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. 
Pada tahun 1963, hasil daripada kepimpinan mantap dan 
komitmen yang tinggi, beliau kemudiannya dilamar pula 
oleh Kementerian Pertanian & Syarikat Kerajaan selama 
3 tahun sebagai Setiausaha Tetap. Pada tahun 1966 
beliau menjawat jawatan yang sama di Kementerian 
Pelajaran selama hampir 5 tahun sehingga tahun 1970 
.Seterusnya, beliau menjawat beberapa Jawatan Utama 
Sektor Awam di dalam pelbagai jabatan, antaranya 
adalah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia 
(1970), Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Keretapi 
Tanah Melayu (1972), Pegawai yang Mentadbir Negeri 
Pulau Pinang (1973), Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di 
United Kingdom & Republik Ireland (1974), dan Yang 
Di Pertua Negeri Melaka (1975-1985). Pada tarikh 10 
September 1984, beliau telah diperkenan dan dilantik 
sebagai Y.A.Bhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja 
(Orang Besar 4 Negeri Perak) sehingga kini. 
Teras Kecemerlangan 
Tun Syed amat berbesar hati untuk berkongsi resepi 
kejayaan beliau di dalam setiap bidang yang diceburi. 
Empat (4) perkara utama yang harus sentiasa lekat di 
hati dan keseluruhan pancaindera manusia tidak kira 
di mana sahaja berada dan di dalam apa jua perkara 
adalah; 
i) Kejujuran dan keikhlasan bertugas bukan untuk 
kepentingan diri sendiri. 
- Jujur dan ikhlas dalam melakukan tugas tanpa 
mengharapkan balasan akan mengangkat seseorang 
kepada kemuncak tertinggi. Jujur dan ikhlas juga 
akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan 
dalam sesuatu pekerjaan. 
ii) ‘Do the right things & do the things right’ seiring dengan 
prinsip Amal Ma’aruf Nahi Mungkar. 
- Bagi seseorang penjawat awam amatlah penting 
untuk memegang teguh dengan prinsip ini dalam 
menjayakan sesebuah pentadbiran. 
iii) Sentiasa berusaha ke arah penambahbaikan dan 
bertawakal. 
iv) Prinsip sentiasa bersyukur. 
- Rasa bersyukur berupaya melahirkan pekerja yang 
gembira dan sejahtera serta dapat mengelakkan 
tekanan di tempat kerja. Melalui penelitian yang 
lebih mendalam boleh dirumuskan bahawa 
pengertian hidup dan rasa bersyukur sememangnya 
memberikan kesan positif terhadap kehidupan 
individu yang bergelar penjawat awam. 
Kebanggaan Kuala Kangsar 
“ Nota : Untuk makluman pembaca, Y.A. Bhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tun Haji Syed Zahiruddin Bin Syed 
Hassan telah kembali ke Rahmatullah pada 20 April 2013 bersamaan 9 Jamadilawal 1434 jam 10.40 malam. 
Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah...”
17 
ARENA KUALE’ 
Program Sejuta Wajah 
Persandingan Mega 
Sumber : Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Kangsar 
Program Sejuta Wajah 2 merupakan program hasil inisiatif 
Kelab Sukan Komuniti Parlimen Kuala Kangsar. Ia diadakan 
pada 22 Disember 2012 dan merupakan salah satu medium 
bagi mendekatkan rakyat dengan pelbagai aktiviti yang 
memaparkan kebudayaan serta sukan riadah pelbagai 
masyarakat di Daerah Kuala Kangsar. Program ini telah 
mendapat sokongan penuh daripada komponen pelbagai 
Parti, Persatuan, NGO dan Jabatan/Agensi Kerajaan. 
Program Sejuta Wajah 2 merupakan hasil kesinambungan 
kejayaan Program Sejuta Wajah 1 pada tahun 2011. Ia 
telah mendapat sokongan penuh masyarakat setempat 
dan liputan meluas daripada media cetak tempatan. Idea 
dari AJK Kelab Sukan Komuniti Kuala Kangsar yang 
dipengerusikan oleh En. Azizul Rahim B. Abdul Rahman 
selaku Pegawai Khas (Palimen Kuala Kangsar) telah 
melahirkan program yang meriah dan unik ini. 
Acara-acara rakyat seperti sukaneka, pertandingan 
mewarna bagi kanak-kanak, fixie bike, senam seni, bola 
jaring, sukan lasak, andaman pengantin, bengkel 
remaja, muzikal, masakan dan makan sihat serta pameran 
agensi-agensi kerajaan telah menarik hampir 5000 
orang hadir untuk memeriahkan program ini. Jutaan 
terima kasih kepada agensi Pihak Berkuasa Tempatan 
seperti Polis, Bomba, Rela, JPAM dan MPKK yang 
memberikan kerjasama yang baik dalam program ini. 
Acara kemuncaknya ialah Persandingan Perdana yang 
melibatkan 30 pasangan pengantin meliputi pelbagai 
kaum dan agama. Pasangan pengantin Melayu, India 
dan uniknya pasangan pengantin Orang Asli telah 
memberikan variasi menarik dalam acara kemuncak ini. 
Pasangan pengantin turut dibawa berarak menaiki bot 
merentasi Sungai Perak dan dibawa ke Pentas Perdana 
di Laman Budaya Kuala Kangsar. Acara tradisi Melayu, 
di mana pengantin diarak dengan bunga manggar, pencak 
silat, dan tarian Gemalai Melayu dipersembahkan. Tarian 
Naga dan tarian kaum India turut serta memberikan impak 
pelbagai seni budaya. Pengantin turut diraikan dengan 
resepsi merenjis air mawar oleh tetamu kehormat. 
Program Sejut a Wajah 2 ini t elah dir asmikan oleh 
YB Dato Hj. Ramly Bin Zahari selaku ADUN Manong 
dan Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak. Dalam ucapan 
perasmiannya, beliau memuji program ini yang merupakan 
salah satu idea dan transformasi membudayakan rakyat 
dengan aktiviti sihat bagi menyatukan masyarakat pelbagai 
kaum dalam satu medium majlis yang terbuka. Ia telah 
mencapai teras kerajaan dalam transformasi mengukuhkan 
perpaduan dalam gagasan 1 Malaysia. 
Harapan dari KELAB SUKAN KOMUNITI KUALA KANGSAR 
agar PROGRAM SEJUTA WAJAH dapat diteruskan 
pada tahun hadapan dan mendapat sokongan padu 
dari semua pihak. Semoga ia mendapat nafas baru dan 
dapat diadakan dengan lebih meriah serta bermakna.
Sumber rujukan: Tuan Haji Mat Kassim b. Haji Ahmad 
Pengarang : Tuan Haji Shaharuddin bin Harun 
18 
ARENA KUALE’ 
Karnival Vespa Dan Motorsikal Klasik 
Antarabangsa Kuala Kangsar 
“ Ingat April, Ingat Kuale”. Itulah tagline yang amat 
sinonim dengan Karnival Vespa dan Motorsikal Klasik 
yang diadakan saban tahun di Daerah Kuala Kangsar. 
Karnival Vespa dan Motorsikal Klasik mula dianjurkan 
pada tahun 1998 yang mana penyertaan pada ketika 
itu adalah seramai 70 orang sahaja. Pejabat Daerah dan 
Tanah Kuala Kangsar serta Majlis Daerah Kuala Kangsar 
adalah penganjur bersama karnival ini pada tahun 1998 
sehingga tahun 2002, semasa pentadbirannya diketuai 
oleh Dato’ Haji Kamarudzaman bin Mahmud dan seterusnya 
Dato’ Haji Hassan Nawawi bin Abdul Rahman. 
Mulai April 2003, karnival ini dianjurkan bersama oleh 
Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, Majlis Daerah 
Kuala Kangsar dan Kelab Vespa Kuala Kangsar di Festival 
Sukan Air dan Sukan Rakyat bersempena dengan Sambutan 
Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Paduka 
Seri Sultan Perak. Jumlah penyertaan telah meningkat 
kepada lebih 500 orang pemilik vespa dan motorsikal klasik. 
Karnival pada tahun 2004 lebih istimewa kerana peny-ertaan 
dibuka ke peringkat antarabangsa. Kelab Vespa 
daripada negara seperti England, India, New Zealand 
dan Australia telah menghantar wakilnya tanpa penyertaan 
motorsikal. Manakala kelab daripada Singapura, Thailand 
dan Vietnam telah hadir dan membawa bersama vespa 
serta motorsikal klasik masing-masing. Jumlah penyertaan 
pada tahun tersebut telah meningkat kepada lebih 1,000 
buah vespa dan motorsikal klasik. 
Karnival Vespa dan Motorsikal Klasik Antarabangsa Kuala 
Kangsar ini telah dimasukkan dalam Kalendar Pelancongan 
Negeri Perak sebagai salah satu acara Tahun Melawat 
Perak mulai tahun 2009. Ia dianjurkan dengan kerjasama 
Kerajaan Negeri Perak bersempena Sambutan Perayaan 
Ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan 
Perak. 
April 2011 merupakan tahun kemuncak karnival ini kerana 
telah berjaya menarik minat dan mengumpulkan lebih 
daripada 2,000 penyertaan vespa, motorsikal klasik dan 
kereta antik. DYAM Raja Jaafar Ibnu Raja Musa Abdul 
Aziz, Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan telah berkenan 
untuk merasmikan karnival tersebut memandangkan baginda 
juga mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta 
antik. 
April 2012 merupakan ulangtahun yang ke-13 Karnival 
Vespa dan Motorsikal Klasik Antarabangsa ini dianjurkan. 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk 
Hamidah binti Osman, Pengerusi Jawatankuasa Industri, 
Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan 
dan Wanita. Seperti kebiasaan, sambutan yang diterima 
di kalangan peminat setia vespa dan motorsikal klasik 
adalah sangat menggalakkan. 
Selain berjaya mengumpulkan pemilik dan peminat vespa 
serta motorsikal klasik daripada pelbagai negara, karnival 
ini juga merupakan suatu platform untuk memupuk 
semangat setia kawan dan mengeratkan hubungan antara 
negara-negara yang terlibat.
19 
ARENA KUALE’ 
Permainan Gasing di Sayong - 
USAHA MENYEMARAKKAN SEMULA ZAMAN KEGEMILANGAN GASING 
Gasing merupakan permainan tradisional orang Melayu 
sejak dahulu kala yang biasanya dimainkan selepas musim 
menuai. Ia merupakan permainan yang boleh berputar pada 
paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Pada zaman 
dahulu permainan gasing dipertandingkan antara kampung 
dan pemenang dikira berdasarkan tempoh masa sesuatu 
gasing itu mampu berputar. 
Seiring dengan peredaran zaman, kini pertandingan gasing 
diadili dengan cara yang lebih praktikal. Pertandingan gasing 
mempunyai peraturannya sendiri iaitu empat (4) gasing 
pemusing dipangkah oleh empat (4) gasing pemangkah. 
Pemenang dikira berdasarkan gasing mana yang lama 
bertahan urinya. Dua (2) orang pengadil akan mengadili 
sesuatu permainan bagi setiap satu sesi yang berlangsung 
selama 30 minit. 
Selain terkenal dengan pelbagai produk kraftangan seperti 
labu Sayong dan tekat emas, kawasan Sayong turut dikenali 
dengan permainan gasing. Ia bermula sejak tahun 40-an 
dan masih dimainkan sehingga kini. 
Sebagai salah satu usaha untuk menyemarakkan semula zaman 
kegemilangan permainan gasing, sebuah gelanggang gasing 
telah dibina di Kampung Pauh, Sayong Hulu pada tahun 
2002. Ia secara langsung telah menarik minat masyarakat 
untuk mencuba dan menghidupkan semula permainan ini. 
Komuniti permainan gasing di Sayong dikendalikan oleh 
Persatuan Gasing Pangkah Kuala Kangsar dan dipengerusikan 
oleh Encik Sukiman bin Baheran, yang juga merupakan 
Ketua Kampung Sayong Hulu. Beliau turut dibantu oleh 15 
orang ahli jawatankuasa. Penasihat bagi persatuan ini ialah 
Encik Dul Hayati bin Baheran, Pegawai JASA Daerah Kuala 
Kangsar. 
Kini terdapat enam (6) regu pemain di kawasan Sayong yang 
bermain secara aktif dan setiap regu mempunyai seramai 
lima (5) orang pemain dengan seorang pemain simpanan. 
Persatuan Gasing Pangkah Kuala Kangsar telah mewakili 
Negeri Perak dalam pertandingan gasing sama ada di 
peringkat negeri mahu pun peringkat kebangsaan. Pada 
tahun 2012, pasukan ini telah mewakili Negeri Perak dalam 
Pertandingan Gasing Peringkat Kebangsaan di Johor, Pahang 
dan Negeri Sembilan. 
Pada setiap tahun, Persatuan Gasing Pangkah Kuala Kangsar 
akan menganjurkan Pertandingan Gasing Bersempena Hari 
Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak. 
Pada tahun 2012, Kerajaan Negeri dengan kerjasama 
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak telah 
menganjurkan Festival Gasing Perak 2012 di Laman 
Budaya, Kuala Kangsar. Ia telah dirasmikan oleh Pengerusi 
Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan 
Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin. Festival ini merupakan 
salah satu usaha Kerajaan Negeri untuk menyemarakkan 
semula zaman kegemilangan permainan gasing sebagai 
warisan budaya tradisional. 
Usaha komuniti permainan gasing di Sayong dan pelbagai 
pihak lain harus dicontohi kerana ia bermatlamat untuk 
memulihara dan mengembalikan semula permainan rakyat 
yang telah hampir hilang tradisinya dalam arus kemodenan. Ia 
juga dapat mendedahkan pengetahuan mengenai permainan 
rakyat kepada masyarakat khususnya generasi muda. Semoga 
usaha untuk menyemarakkan semula dan memartabatkan 
permainan gasing ini disambut baik oleh semua lapisan 
masyarakat. 
Sumber : Pejabat JASA Daerah Kuala Kangsar
20 
DAKWAH KUALE’ 
Hijrah 
Telah berlalu hijrah kenabian 1434 tahun yang lalu, namun semangat dan tuntutan Islam tidak pernah membenarkan 
umatnya untuk berhenti daripada berhijrah. Allah SWT menyatakan dalam Surah At Taubah ayat 20 : 
“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan diri, mereka adalah lebih tinggi 
darjatnya pada sisi Allah (SWT). Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.” 
Nabi SAW pernah bersabda, “Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin terselamat dari gangguan 
lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh 
Allah”. (HR Bukhari no 6484). Islam adalah agama yang didasarkan pada semua bentuk perhambaan dan penyerahan 
diri kepada Allah SWT sahaja, penyingkiran syirik, penjelasan dan pembatasan hubungan dengan orang-orang musyrik. 
Dengan prinsip seperti itu maka umat Islam tidak dibiarkan begitu sahaja oleh orang-orang musyrik. Umat Islam tidak 
bebas menjalankan agamanya, sebagaimana sudah diterangkan oleh Allah, “Mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa 
memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan 
yang demikian);.” (QS Al-Baqarah 217). Namun bukanlah bererti umat akan sentiasa terhimpit kerana Allah berfirman 
: “Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan 
rezeki yang banyak. (QS An-Nisa 100). 
Kini Islam telah kehilangan generasi terbaiknya yang sanggup menjual diri, harta dan nyawanya kepada Allah untuk 
mendapatkan syurga-Nya, dengan menegakkan Islam. Dan inilah yang menyebabkan hilangnya cahaya petunjuk Islam, 
setelah runtuhya Khilafah Islamiyah, Turki Othmaniyah, pada 3 Mac 1924. Setelah itu, negeri kaum muslimin berterusan 
mengalami musibah. Islam ketika ini memerlukan generasi yang sanggup mengorbankan diri, harta serta nyawa mereka 
untuk menegakkannya. Kerana sekiranya tanpa itu, Islam mustahil kembali berjaya di peringkat antarabangsa, seperti 
pada masa baginda dan para sahabat hingga 13 abad kemudian. 
Maka, semuanya terpulang kepada keimanan dan ketaqwaan 
kita semua. “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada 
orang-orang yang beriman itu, diri dan harta mereka, bahawa 
mereka akan diberi (imbalan) syurga.” (Q.s. At-Taubah: 111). 
Tetapi yang wajib diyakini, bahawa syurga dan neraka itu adalah 
abadi. Syurga merupakan puncak kenikmatan yang tidak 
diberikan secara percuma oleh Allah kepada manusia. Kerana 
itu, semakin tinggi pengorbanan kita, maka semakin besar 
kenikmatan kita di akhirat kelak. Semoga kita termasuk di antara 
golongan orang yang sanggup memberikan pengorbanan yang 
tertinggi untuk Islam demi mencari redha Allah dan syurga-Nya. 
Wallahu a’lam. 
Oleh : Ustaz Mohd Faizal bin Kamin 
Pejabat Agama Islam Kuala Kangsar
21 
RESEPI KUALE’ 
IKAN BAKAR SEPUH 
Disusun Oleh: Tuan Haji Shaharuddin Bin Harun 
Menu oleh : Puan Atarah binti Lob Ab Sukur 
Jurugambar : Azma Zahid b. Abdul Razak 
Bahan-bahan: 
1 kg ikan (air tawar) 
300 gram kerisik 
300 gram santan kelapa 
10 ulas bawang merah 
1 cm halia 
1 cm lengkuas 
2 biji limau nipis 
5 tangkai daun kesom 
3 batang serai 
Sedikit belacan dan garam halus secukup rasa 
Cara membuatnya; 
1. Ikan hendaklah dibakar terlebih dahulu. 
2. Halia, bawang merah, serai, lengkuas dan 
daun kesom dimayang atau dihiris halus. 
3. Cili padi ditumbuk bersama belacan serta 
dicampurkan air perahan atau isi limau nipis. 
4. Semua bahan awas itu digaul hingga sebati 
dengan campuran santan kelapa dan masuk-kan 
garam secukup rasa. 
5. Akhirnya, masukkan atau sepuh ikan yang 
telah dibakar itu ke dalam bahan awas terse-but 
sehingga rata. 
6. Masakan sedia untuk dihidangkan. 
Nota: Bahan awas tidak perlu dimasak, Sedia 
untuk dimakan mentah sahaja. 
Resipi ikhsan daripada ; 
Puan Zalipah bt. Dahalan 
No. 10, Kampong Bekut, 
33100 Sungai Siput (U) 
No telefon : 013-5019588
Negeri Perak sangat terkenal dengan keunikan budaya, bahasa dan adat masyarakatnya yang pelbagai mengikut daerah. Salah satu daya tarikan dari segi bahasa yang membuatkan negeri Perak istimewa adalah melalui loghatnya. 
Loghat (loghat daerah, dialek atau bahasa daerah) ialah kelainan dalam sesuatu bahasa yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu. Istilah ini paling biasa digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat, tetapi juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti darjat sosial. Istilah loghat berasal dari perkataan Arab (lúğa) yang bermaksud “bahasa”; sementara istilah dialek dipinjam dari bahasa Inggeris melalui perkataan Yunani (dialektos) yang bermaksud “bahasa” atau “perbualan”. 
Dalam kegunaan umum, perkataan “loghat” atau “loghat daerah” adakalanya dipakai untuk memaksudkan suatu bahasa yang kurang biasa didengari terutamanya bahasa setempat, khususnya bahasa yang tidak bertulis atau tidak diselaras. Penggunaan perkataan ini tidak sedap didengari penutur bahasa-bahasa yang dimaksudkan kerana 
diiringi salah sangka bahawa bahasa minoriti berkenaan ketandusan kosa kata, tatabahasa atau kepentingan. 
22 
KENALI KUALE’ 
Loghat Perak 
Antara Loghat yang popular dipertuturkan di Negeri Perak terutamanya di Kuala Kangsar adalah seperti berikut: 
1. Megholoh – Tidur 
2. Tumpor – Mati, tumbang 
3. Bojot – Basah 
4. Gebor – Selimut 
5. Nyongket – Suka merayau 
6. Seghoyor – Gayat, seram 
7. Tak semiyak – Perangai yang tidak senonoh, tidak sihat 
8. Hakap – gelojoh 
9. Jelabang – lopong, koyak 
10. Pijor – Terlalu panas
TAKWIM KUALE’ 
Januari - Jun 2013 
No. Acara Tarikh Tempat Penganjur/Alamat/No. Telefon & Faksimili Catitan 
1. Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Derah dan 
Tanah Kuala Kangsar 
Setiap Hari Selasa 
Minggu Pertama 
Setiap Bulan 
Ruang Legar, Aras 
Bawah, Pejabat 
Daerah dan Tanah 
Kuala Kangsar 
Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, 33000 
Kuala Kangsar 
No. Tel : 05-7761055 
No. Faks : 05-7764441 
2. Majlis Penghayatan Penanaman Pokok Getah 
Pertama di Malaysia 
14 Januari 2013 
(Isnin) 
Dewan Jubli Perak, 
Kuala Kangsar dan 
Tapak Pokok Getah 
Pertama 
RISDA Malaysia dengan kerjasama RISDA Negeri 
Perak 
VIP : Y.Bhg. Tan Sri Dr. Rahim b. 
Tamby Chik, Pengerusi RISDA 
Malaysia 
3. 
Program Walkabout YAB MB Perak ke DUN 
Lubok Merbau 19 Januari 2013 
(Sabtu) 
Sekitar DUN Lubok 
Merbau 
Pejabat YAB Menteri Besar Perak D.R. dengan 
kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kuala 
Kangsar, 33000 Kuala Kangsar 
No. Tel : 05-7761055 
No. Faks : 05-7764441 
4. 
Majlis Penyerahan Wang Bantuan Rakyat 
1Malaysia (BR1M) 2.0 Peringkat Parlimen 
Kuala Kangsar 
Februari/Mac 
2013 Dewan Jubli Perak, 
Kuala Kangsar 
Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen 
Kuala Kangsar dengan Kerjasama Pejabat 
Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, 33000 Kuala 
Kangsar 
No. Tel : 05-7761055 
No. Faks : 05-7764441 
5. 
Majlis Pelancaran Program My Beautiful 
Malaysia Day – Program Gotong Royong 
1Malaysia 
03 Februari 2013 
(Sabtu) 
Laman Budaya, Kuala 
Kangsar 
Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar 
dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat 
Parlimen Kuala Kangsar 
6. Lawatan Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Ke 
Daerah Sg. Siput 
19 Februari 2013 
(Selasa) Daerah Sg. Siput (U) 
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul 
Ridzuan dan Pejabat Daerah dan Tanah Sg. 
Siput (U) 
7. Le Tour de Langkawi 2013 (LTdL) 
22 Februari 2013 
(Jumaat) dan 23 
Februari 2013 
(Sabtu) 
Daerah Kuala Kangsar 
dan Sg. Siput (U) Pengurusan Le Tour de Langkawi 
9. Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7’s 2013 
22 Februari 2013 
(Jumaat) hingga 
24 Februari 2013 
(Ahad) 
Padang Kolej Melayu 
Kuala Kangsar 
Kolej Melayu Kuala Kangsar, 33000 Kuala 
Kangsar 
10. KK International Motocross Challenge 
23 Februari 2013 
(Sabtu) dan 24 
Februari 2013 
(Ahad) 
Tapak Motorcross 
Kuala Kangsar 
Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala 
Kangsar 
11. 
Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan 
Bersepadu Orang Asli Aman Jaya Sg. Siput 
(U) 
02 Mac 2013 
(Sabtu) 
Kg. Bawong, Sg. Siput 
(U) Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak VIP : YAB Menteri Besar Perak 
12. Majlis Pecah Tanah Pembangunan Pekan 
Kecil Sauk 
07 Mac 2013 
(Khamis) Pekan Kecil Sauk Perbadanan Kemajuan Pertanian Ng. Perak VIP : YAB Menteri Besar Perak 
13. Lawatan Kerja YAB MB ke Pos Legap 08 Mac 2013 
(Jumaat) 
Pos Legap, Sg. Siput 
(U) VIP : YAB Menteri Besar Perak 
14. Majlis Pelancaran Program Gelombang 4T, 
DUN Manong 
15 Mac 2013 
(Jumaat) 
Tapak Pasar Pagi 
Pekan Manong 
Pejabat Ketua Penerangan Kerajaan Negeri 
Perak D.R. 
VIP : YABhg. Ketua Penerangan 
Kerajaan Negeri Perak 
15. Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia 
Parlimen Padang Rengas 2013 
16 Mac (Sabtu) 
17 Mac 2013 
(Ahad) 
Pentas Utama 
Karnival, Tapak IKS 
MIEL Lubok Merbau 
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Kangsar 
dan Pusat Khidmat Masyarat Parlimen Padang 
Rengas 
VIP : YB Ahli Parlimen Padang 
Rengas 
16. 
Majlis Pelancaran 1 Malaysia Komuniti 
PERWANI dan 1 Million Women Purple Walk 
2013 Peringkat Daerah Kuala Kangsar 
17 Mac 2013 
(Ahad) 
Dewan Jubli Perak, 
Kuala Kangsar 
Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, 33000 
Kuala Kangsar 
No. Tel : 05-7761055 
No. Faks : 05-7764441 
VIP : YB ADUN Chenderoh 
17. 
Istiadat Meletak Kerja Sempena Sambutan 
Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan 
Perak D.R.Ke 85 
19 Mac 2013 
(Selasa) 
Istana Iskandariah, 
Kuala Kangsar Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak VVIP : DYMM Pemangku Raja 
Perak D.R. 
18. 
Majlis Perasmian Pelaksanaan Program 
Mobile Community Trasformation Centre 
(Mobile CTC) Kg.Bawong, Sg. Siput 
30 Mac 2013 
(Sabtu) 
Padang Bola Sepak 
Kg. Bawong, Sg. Siput 
Kementerian Kewangan Malaysia dan Pejabat 
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak 
VIP : Menteri Kewangan 
Malaysia II 
19. Majlis Pecah Tanah SJK (T) Taman Heawood, 
Sg. Siput 
30 Mac 2013 
(Sabtu) 
Sek. Men. Keb. Kg. 
Muhibbah, Sg. Siput Pejabat Daerah dan Tanah Sg. Siput (U) VIP : Menteri Kewangan 
Malaysia II 
20. 
Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun 
Hari Keputeraan Yang ke 85 DYMM Paduka 
Seri Sultan Perak D.R. 
19 April 2013 
(Jumaat) 
Masjid Ubudiah, Kuala 
Kangsar Jabatan Agama Islam Negeri Perak VVIP : DYMM Pemangku Raja 
Perak D.R. 
21. 
Majlis Santapan Sempena Ulang Tahun Hari 
Keputeraan Yang ke 85 DYMM Paduka Seri 
Sultan Perak D.R. 
19 April 2013 
(Jumaat) 
Dewan Santapan, 
Istana Iskandariah, 
Kuala Kangsar 
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak D.R. 
VVIP : DYMM Pemangku Raja 
Perak D.R. dan DYTM Raja Puan 
Besar Perak D.R. 
22. Hari Penamaan Calon bagi P.067 Kuala 
Kangsar 
20 April 2013 
(Sabtu) 
Bilik Gerakan, Aras 3, 
Pejabat Daerah dan 
Tanah Kuala Kangsar 
Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak 
23. Hari Mengundi bagi P.067 Kuala Kangsar 5 Mei 2013 
(Ahad) 
Semua Pusat 
Mengundi P.067 Kuala 
Kangsar,N. 34 Bukit 
Chandan dan N. 35 
Manong 
Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak 
24. Larian Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah 
12 Mei 2013 
(Ahad) Sekitar Bandar DiRaja 
Kuala Kangsar 
Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar 
dengan kerjasama Pacesetters Athletic Club 
Malaysia 
VVIP : DYTM Raja Muda Perak 
D.R.

Weitere ähnliche Inhalte

Ähnlich wie Buletin Kuale Edisi 3

Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam Malaysia
Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam MalaysiaEksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam Malaysia
Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam MalaysiaEzad Azraai Jamsari
 
Penilaian Kemapanan Bandar Tempat Tinggal
Penilaian Kemapanan Bandar Tempat TinggalPenilaian Kemapanan Bandar Tempat Tinggal
Penilaian Kemapanan Bandar Tempat TinggalIqbalSuji
 
Tugasan pmbangunan mampan spider web
Tugasan pmbangunan mampan spider webTugasan pmbangunan mampan spider web
Tugasan pmbangunan mampan spider webSyafiqa Amira
 
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuKedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuNormurni Mohamad
 
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikFairuz Alwi
 
Sejarah Pemikiran Politik Nizam al-Mulk
Sejarah Pemikiran Politik Nizam al-MulkSejarah Pemikiran Politik Nizam al-Mulk
Sejarah Pemikiran Politik Nizam al-MulkEzad Azraai Jamsari
 
Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta
Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah CintaSemarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta
Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah CintaJabatan Penerangan Malaysia
 

Ähnlich wie Buletin Kuale Edisi 3 (9)

Tamadun Islam
Tamadun Islam Tamadun Islam
Tamadun Islam
 
Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam Malaysia
Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam MalaysiaEksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam Malaysia
Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam Malaysia
 
Penilaian Kemapanan Bandar Tempat Tinggal
Penilaian Kemapanan Bandar Tempat TinggalPenilaian Kemapanan Bandar Tempat Tinggal
Penilaian Kemapanan Bandar Tempat Tinggal
 
Tugasan pmbangunan mampan spider web
Tugasan pmbangunan mampan spider webTugasan pmbangunan mampan spider web
Tugasan pmbangunan mampan spider web
 
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuKedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
 
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
 
Sejarah Pemikiran Politik Nizam al-Mulk
Sejarah Pemikiran Politik Nizam al-MulkSejarah Pemikiran Politik Nizam al-Mulk
Sejarah Pemikiran Politik Nizam al-Mulk
 
Tinta tamadun
Tinta tamadunTinta tamadun
Tinta tamadun
 
Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta
Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah CintaSemarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta
Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta
 

Mehr von alifdalya adie

Borang Usul & Cadangan MBJ Pihak Pekerja
Borang Usul & Cadangan MBJ Pihak PekerjaBorang Usul & Cadangan MBJ Pihak Pekerja
Borang Usul & Cadangan MBJ Pihak Pekerjaalifdalya adie
 
Carta Organisasi PDTKK
Carta Organisasi PDTKKCarta Organisasi PDTKK
Carta Organisasi PDTKKalifdalya adie
 
Carta organisasi pdtkk
Carta organisasi pdtkkCarta organisasi pdtkk
Carta organisasi pdtkkalifdalya adie
 
Dasar Keselamatan ICT Pejabat Daerah & Tanah Kuala Kangsar
Dasar Keselamatan ICT Pejabat Daerah & Tanah Kuala KangsarDasar Keselamatan ICT Pejabat Daerah & Tanah Kuala Kangsar
Dasar Keselamatan ICT Pejabat Daerah & Tanah Kuala Kangsaralifdalya adie
 
Pelan Strategik PDT Kuala Kangsar
Pelan Strategik PDT Kuala Kangsar Pelan Strategik PDT Kuala Kangsar
Pelan Strategik PDT Kuala Kangsar alifdalya adie
 

Mehr von alifdalya adie (6)

Borang Usul & Cadangan MBJ Pihak Pekerja
Borang Usul & Cadangan MBJ Pihak PekerjaBorang Usul & Cadangan MBJ Pihak Pekerja
Borang Usul & Cadangan MBJ Pihak Pekerja
 
Carta Organisasi PDTKK
Carta Organisasi PDTKKCarta Organisasi PDTKK
Carta Organisasi PDTKK
 
Carta organisasi pdtkk
Carta organisasi pdtkkCarta organisasi pdtkk
Carta organisasi pdtkk
 
Iq rams
Iq ramsIq rams
Iq rams
 
Dasar Keselamatan ICT Pejabat Daerah & Tanah Kuala Kangsar
Dasar Keselamatan ICT Pejabat Daerah & Tanah Kuala KangsarDasar Keselamatan ICT Pejabat Daerah & Tanah Kuala Kangsar
Dasar Keselamatan ICT Pejabat Daerah & Tanah Kuala Kangsar
 
Pelan Strategik PDT Kuala Kangsar
Pelan Strategik PDT Kuala Kangsar Pelan Strategik PDT Kuala Kangsar
Pelan Strategik PDT Kuala Kangsar
 

Buletin Kuale Edisi 3

  • 1. KUALE’ KUALE’ Persekitaran Bandar Lestari Untuk Kesejahteraan Komuniti APRIL-JUN 2013 EDISI 3 SUARA KUALA KANGSAR BULETIN
  • 2. KANDUNGAN SIDANG REDAKSI 1. Minda Pengarang 2. Berita Istana • Istana Kenangan • Sejarah Kuale’ - Asal Nama Chandan) • Makam Sultan Tajul Ariffin (VI) 3. Berita Kuale’ • 46 Program / Majlis Sepanjang Tahun 2012 • Projek Pembangunan Luar Bandar • NBOS 7 • Program “No Drugs Pledge” 4. Sana Sini Kuale • Industri Getah Malaysia – Sejarahnya Bermula di Kuala Kangsar • Pelancongan - Lata Perangin Pecah Batu, Manong 5. Ikon Kuale’ • YABhg Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tun Haji Syed Zahiruddin bin Syed Hassan, SMN., DUNM., PSM., SPCM., SPMP., JMN., PJK. 6. Arena Kuale’ • Program Sejuta Wajah - Persandingan Mega • Karnival Vespa Dan Motorsikal Klasik Antarabangsa • Permainan Gasing Di Sayong 7. Dakwah Kuale’ - Hijrah 8. Resepi Kuale’ - Ikan Bakar Sepuh 9. Kenali Kuale’ - Loghat Perak 10. Takwim 2 3-6 7-12 13-14 15-16 17-19 20 21 22 PENASIHAT YBrs. Dr. Zulkapli b. Mohamed Pegawai Daerah Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Kangsar PENYELARAS PENERBITAN En. Muhammad Amin b. Safie Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Kangsar KETUA SIDANG PENGARANG Pn. Hasmonaliza bt. Hassan Basari Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Kangsar AHLI SIDANG PENGARANG i) YM Raja Norshila bt. Raja Hasran ii) En. Mohamad Iqram b. Zainal iii) En. Abu Yaziz Bin Abas iv) Tuan Hj. Shaharuddin b. Harun v) Pn. Hasniza bt. Abdullah Hadi JURUFOTO i) Pn. Nurul Akma bt. Ahmad ii) En. Azma Zahid b. Abdul Razak GRAFIK i) En. Adi Asrul Bin Mohamad Jainy ii) En. Azma Zahid b. Abdul Razak
  • 3. Buletin Kuala Kangsar diterbitkan empat kali setahun mulai bulan Januari 2012 dan diedarkan secara percuma. Hak cipta terpelihara. Tulisan yang disiarkan boleh diterbitkan semula dengan syarat mendapat izin bertulis daripada Pegawai Daerah Kuala Kangsar. Artikel-artikel dalam buletin ini hanyalah pandangan peribadi penulis bukan dasar atau kenyataan rasmi Pejabat Daerah & Tanah Kuala Kangsar dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak. Buletin ini diedarkan secara percuma kepada sektor kerajaan, badan berkanun, swasta dan perpustakaan. Untuk mendapatkan naskah, sila hubungi Sidang Editor atau datang sendiri ke Pejabat Daerah & Tanah Kuala Kangsar. 2 MINDA PENGARANG Minda Pengarang Bismillahirrahmanirrahim Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi. Tuhan kami, bagi-MU segala puji, apa yang ada di langit dan di bumi dan antara kedua-duanya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan ke atas Rasullullah S.A.W. yang telah Engkau utus sebagai rahmat kepada sekalian alam. Selawat dan salam juga dipanjatkan ke atas keluarga dan sahabatnya serta orang-orang yang mengikuti jalan mereka dengan kebaikan hingga hari kiamat. Alhamdulillah, buletin ini berjaya diterbitkan atas makrifat dan keizinanNya, merupakan Edisi yang pertama tahun 2013. Buletin Kuale kali ini memaparkan warisan bangsa yang menelusi fasad-fasad yang berdiri megah, lambang keharmonian dan kerukunan masyarakat yang terdahulu. Menyusuri keunikan Istana Kenangan yang dibina tanpa paku, asal usul nama Chandan serta keunikan Makam Tajul Ariffin adalah antara nukilan yang menambahkan khazanah ilmu dan warisan. Selain daripada itu, dipaparkan juga pelaksanaan projek-projek pembangunan di daerah Kuala Kangsar antaranya adalah pembinaan Dewan Terbuka Pusat Kegiatan Belia di Padang Rengas dan projek Jiwa Murni oleh Veteran Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia melalui pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS). Program-program kemasyarakatan yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2012 juga turut menjadi paparan di dalam Buletin pada kali ini. Semua pembangunan projek dan pelaksanaan program kemasyarakatan memaparkan keprihatinan kerajaan ke arah meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat di daerah Kuala Kangsar. Kita panjatkan doa agar yang kita bina, yang kita olah, yang kita nukilkan mendapat keberkatan dan keredhaanNYA jua. Wassalam. YBrs. Dr. Zulkapli b. Mohamed Pegawai Daerah - Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Kangsar Memetik nukilan Dr Yusuf Al Qadhrawi, “..Setiap orang yang berusaha akan mendapatkan hasilnya, dan sesungguhnya dasar amalan seseorang itu adalah pada niatnya. Setiap individu akan dihisab sesuai dengan niatnya kepada Allah’.
  • 4. 3 DARI ISTANA ISTANA KENANGAN Sumber: Galeri Sultan Azlan Shah MUZIUM DIRAJA PERAK Selaku sebuah Bandar Diraja, Kuala Kangsar sememangnya terkenal dengan istana-istana yang mempunyai senibina tradisional yang unik dan cantik. Antaranya ialah Istana Kenangan, yang turut dikenali dengan nama Istana Lembah dan Istana Tepas. Istana ini dibina atas titah Almarhum Sultan Iskandar Shah (Marhum Kadasallah) iaitu Sultan Perak ke-30 sebagai tempat bersemayam sementara. Ini disebabkan ketika itu Istana Iskandariah masih lagi dalam pembinaan. Istana ini telah didirikan pada tahun 1926 oleh tukang kayu Melayu yang bernama Haji Suffian yang berasal dari Seberang Prai. Beliau dibantu oleh dua orang anaknya, Zainal Abidin dan Ismail. Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu tradisional yang mengagumkan. Pembinaan Istana Kenangan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan (kayu belian) bercirikan perabung lima dan pisang sesikat. Paku-paku besi (paku logam) tidak digunakan dalam pembinaan istana ini. Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik dan menggunakan tepas yang dianyam dengan corak-corak anyaman Melayu tradisional. Bangunan ini dibina di atas 60 batang tiang yang mana panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11 meter. Bentuk bangunan ini jika dipandang dari udara kelihatan seperti sebilah pedang yang tersimpan di dalam sarungnya. Bahagian tengah di atas bangunan ini ditempatkan sebuah singgahsana dan di tingkat bawah pula dijadikan sebagai pejabat rasmi baginda. Ruangan di tingkat bawah ini berlantaikan simen dan bahagian sekelilingnya ditutup dengan bidai. Almarhum Sultan Iskandar Shah bersemayam di Istana Kenangan ini mulai dari tahun 1931 sehingga tahun 1935. Setelah baginda berpindah ke Istana Iskandariah, ia dijadikan Istana Tetamu terutama pada hari-hari perayaan Diraja seperti Hari Keputeraan, pelantikan Orang-orang Besar Perak dan lain-lain istiadat Diraja Perak Darul Ridzuan. Nama Istana Kenangan telah diberikan dalam tahun 1960-an setelah bangunan ini dibaikpulih atas daya usaha Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Kemudian Istana Kenangan diduduki oleh keluarga Diraja Perak sehingga tahun 1982. Almarhum Sultan Idris II telah berkenan menyerahkan Istana Kenangan untuk diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Muzium dan Antikuiti. Pada tahun 1986, Istana Kenangan telah dijadikan Muzium Diraja Kuala Kangsar di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Pada 16 November 1986, DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan merasmikan Muzium Diraja Kuala Kangsar dan pada 9 Mac 2009, ia telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Sejarah.
  • 5. 4 DARI ISTANA Sumber: Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Disusun oleh: Haji Shaharuddin bin Harun Jurugambar: Azma Zahid b. Abdul Razak Sejarah Kuale - Asal Nama Chandan Bukit Chandan menjadi saksi kepada pelbagai peristiwa bersejarah di Bandar Diraja Kuala Kangsar. Maka kerana itulah banyak monumen bersejarah berada di Bukit Chandan. Antaranya adalah istana-istana Sultan Perak, Galeri Sultan Azlan Shah, Masjid Ubudiah, Madrasah Idrisiah, Makam Diraja Ghufran dan lain-lain lagi. Selain itu, ramai kerabat diraja yang tinggal menetap di sekitar kawasan Bukit Chandan sehingga kini. Di sebalik kemahsyuran Bukit Chandan, ramai yang tidak mengetahui asal nama “ chandan “ itu sendiri. Jika diamati kota-kota, istana dan makam Sultan dan Raja Pemerintah negeri Perak pada zaman dahulu terletak di sebelah kanan mudik Sungai Perak bermulanya di bahagian hilir Perak. Setelah beberapa dekad dan melalui banyak peristiwa bersejarah, istana-istana dan makam-makam Sultan Perak berpindah ke beberapa buah kampung, mudik ke hulu di sepanjang Sungai Perak yang merupakan jalan perhubungan utama pada ketika itu. Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar dipercayai diteroka asal oleh Daeng Sedili iaitu keturunan Bugis dari Kepulauan Riau Indonesia pada tahun 1744. Daeng Sedili telah berkahwin dengan Raja Putih pada zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah III ( 1726 – 1754 ) iaitu Sultan Perak yang ke 13. Di Kampung Padang Changkat juga terletaknya Changkat Negara (tapak Istana Iskandariah sekarang) tempat bersemayamnya Almarhum Sultan Idris Murshidul’azam Shah 1( 1887 – 1916 ), Sultan Perak yang ke 28 iaitu sultan yang mula-mula membina kota istana di sebelah kiri mudik Sungai Perak. Mengikut riwayat sejarahnya, pemilihan tempat untuk membina kota istana waktu itu berkaitan rapat dengan kisah sekawan gajah kenderaan sultan yang ketika itu dalam perjalanan diketuai oleh seekor gajah yang bernama Kulop Chandan, berhenti istirehat di tanah ‘changkat’ tersebut. Melalui peristiwa ini (yang ada persamaan dengan penemuan Melaka oleh Raja Parameswara), sultan pun berkenan menjadikan lokasi tersebut tempat persemayamannya. Lantaran itu bermulalah kerja-kerja untuk membina istana yang mana bahan binaannya diangkut dengan menggunakan gajah-gajah Perak yang diketuai oleh gajah yang bernama Kulop Chandan, sehinggalah siapnya istana tersebut yang dinamakan Istana Negara, di Changkat Negara. Difahamkan kawasan tanah raja milik Sultan Idris Shah 1 di ketika itu meliputi keluasan 5 km diameter keliling yang berpusat di Changkat Negara, kini dikenali sebagai Bukit Chandan sempena memperingati jasa dan pengorbanan gajah bernama Kulop Chandan. Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Shah ( 1918 – 1938 ) Sultan Perak yang ke 30, bermulalah kerja-kerja membina istana baru. Ketika istana tersebut dalam pembinaan, Sultan Iskandar Shah bersemayam sementara di Istana Tepas yang lebih dikenali sebagai Istana Kenangan sehinggalah siapnya istana baru yang kemudiannya dinamakan sempena nama baginda iaitu Istana Iskandariah yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Sumber rujukan; 1. YM Raja Dato’ Mansor , mantan Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja. 2. YM Raja Ali Imran Shah, Kpg. Padang Changkat. 3. Encik Fuad ( Restoran EBOS) Chandan Puteri. 4. Perak History
  • 6. 5 DARI ISTANA Sumber: Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Jurugambar: Shahrul Kamarul b. Ahmad Kamallodin Makam Sultan Tajul Ariffin (vi) Sultan Tajul Ariffin adalah putera Sultan Mansur Syah (I), dan juga adinda kepada Sultan Alauddin Mansur Syah yang memerintah Aceh, dan adik kepada Sultan Ahmad Tajuddin. Nama baginda sebelum menjadi sultan ialah Raja Ariffin. Dalam tahun 1584, setelah mangkat kekandanya Sultan Ahmad Tajuddin Shah (Marhum Muda) di Geronggong, maka pemerintah Aceh yang berkuasa ke atas negeri Perak telah menghantar pulang Raja Ariffin menjadi Sultan Perak yang ke-4. Baginda memakai gelaran Sultan Tajul Ariffin. Tempat semayam baginda ialah di Pulau Semat.
  • 7. 6 BERITA KUALE’ Setelah Baginda menaiki takhta Kerajaan Perak, kekanda Baginda yang menjadi Sultan Acheh, Sultan Alauddin pun mangkat dan seisi Istana pulang semula ke Negeri Perak. Sultan Tajul Ariffin bersemayam di Pulau Semat dan memerintah dari tahun 1584 sehingga tahun 1594. Baginda mangkat pada tahun 1594 dan dimakamkan di atas Pulau Semat, Mukim Senggang, Daerah Kuala Kangsar kira-kira 3 km ke hilir dari Pekan Manong serta bergelar “Marhum Mangkat Di Tebing.” Makam Baginda di Pulau Semat itu dianggap keramat. Di sebelah makam ini terdapat makam isteri Baginda yang bernama Puteri Ajaib. Tiada jalan darat untuk menuju ke makam tersebut. Laluan yang digunakan ialah laluan air menyusuri Sungai Perak dari Jeti Lembah, Kuala Kangsar ke Pulau Semat dan dari Jeti Pekan Manong. Makam ini telah digazetkan pada 21 Disember 1978. Gazet No. P.U.(A)361 Daerah Kuala Kangsar, Mukim Senggang Lot No. 506A luasnya 33’ – 6” x 13” – 6”. Rujukan Fail Jabatan Muzium JM/M/701/PK2 (3)
  • 8. 7 BERITA KUALE’ PROGRAM / Majlis Sepanjang
  • 9. 8 BERITA KUALE’ Sepanjang Tahun 2012
  • 10. PERUNTUKAN KHAS Y.A.B. PERDANA MENTERI – Projek Khas Untuk Mensejahterakan Hidup Rakyat 9 BERITA KUALE’ Oleh : Hasmonaliza bt. Hassan Basari Jurugambar: Azma Zahid b. Abd. Razak Peruntukan Khas Y.A.B. Perdana Menteri dikawalselia oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) meliputi projek infrastruktur awam/asas, program sosial dan sumbangan kebajikan untuk kepentingan orang ramai. Pelaksanaan projek-projek di bawah peruntukan ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada seluruh rakyat bagi menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan atau dinaiktaraf meliputi kemudahan infrastruktur asas/awam, masjid dan surau serta program/ pemberian/sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), golongan rakyat miskin, persatuan-persatuan penduduk, dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain. Daerah Kuala Kangsar tidak terpinggir daripada menerima Peruntukan Khas Y.A.B. Perdana Menteri. Beberapa buah projek di bawah peruntukan ini telah diluluskan dan Bahagian Pembangunan, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar bertindak selaku pelaksana projek. Antaranya ialah pembinaan Dewan Terbuka Pusat Kegiatan Belia Padang Rengas. Peruntukan yang diluluskan adalah berjumlah RM 180,000.00. Dewan ini terdiri daripada sebuah ruang terbuka seluas 390 meter persegi dan sebuah pentas dengan keluasan 40 meter persegi. Dewan yang dilindungi dengan bumbung ‘metaldec’ ini turut dilengkapi dengan kemudahan bekalan elektrik.
  • 11. 10 BERITA KUALE’ Pembinaan dewan terbuka seperti ini adalah lebih praktikal,ekonomikal dan mempunyai banyak kelebihan berbanding dewan tertutup. Ia tidak memerlukan penghawa dingin dan secara langsung menyumbang kepada penjimatan kos untuk jangka masa panjang. Dewan sebegini juga lebih mudah dan ekonomikal untuk diselenggara. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di dewan ini. Antaranya ialah pelbagai majlis keraian, kenduri-kendara, aktiviti sukan dalaman seperti badminton dan ping pong, program motivasi, mesyuarat dan sebagainya. Dewan Terbuka Pusat Kegiatan Belia Padang Rengas telah dirasmikan oleh Y.A.B. Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir pada 19 Januari 2013 bersempena dengan Program Walkabout di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Lubok Merbau. Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.A.B. Perdana Menteri atas kelulusan peruntukan untuk membina dewan tersebut yang ternyata memberikan banyak manfaat dan mensejahterakan hidup rakyat. Beliau turut memuji struktur dan konsep pembinaan dewan terbuka ini yang dilihat lebih praktikal serta boleh digunakan oleh semua pihak untuk pelbagai majlis/acara. Beliau turut menyeru dan mencadangkan supaya lebih banyak dewan terbuka seperti ini dibina di tempat-tempat lain pada masa akan datang untuk kemudahan serta kegunaan masyarakat.
  • 12. 11 BERITA KUALE’ NBOS 7 Sumber : Kementerian Pertahanan Malaysia Konsep Strategi Laut Biru diperkenalkan oleh W. Chan Kim dan Renée Mauborgne dari Institut Strategi Laut Biru melalui karya mereka Blue Ocean Strategy. Secara umum, konsep strategi lautan biru yang diterapkan oleh kerajaan melibatkan empat elemen utama iaitu “mengurang”, “menghapus”, “mewujud” dan “menambah peluang” dalam pengurusan tugas yang akan meningkatkan pencapaian serta keberhasilan sektor pentadbiran awam. Mesyuarat National Blue Ocean Strategy Summit (NBOSS) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 22 Jun 2012 memutuskan supaya strategi lautan biru dibangunkan bagi membantu Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyesuaikan diri dengan kehidupan awam dan menyumbang kepada pembangunan negara setelah tamat perkhidmatan. Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program 1Malaysia Veterans Recognition Programme (1MVRP) di bawah NBOS7. Objektif utama 1MVRP adalah untuk membangunkan inisiatif strategik untuk Veteran (berpencen dan tidak berpencen) dan untuk melaksanakan inisiatif tersebut melalui NBOSS. Terdapat tujuh (7) inisiatif di bawah program 1MVRP bagi Veteran ATM yang akan melibatkan kerjasama dengan kementerian/agensi kerajaan/sektor swasta/ government linked companies iaitu :- • 1Malaysia Veterans Home Repair - Projek ini akan men-genalpasti rumah-rumah Veteran yang berpendapatan rendah untuk dibaikpulih serta meningkatkan taraf hidup. • 1Malaysia Veterans Access Point – Mengenalpasti ruang pejabat yang boleh digunakan sebagai tempat mendapatkan atau menyebarkan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti JHEV. • Veterans Hiring Programme – Membantu Veteran untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang kedua selepas menamatkan perkhidmatan. • Entrepreneurship Support – Membantu mendapatkan latihan, bantuan kewangan dan nasihat untuk Veteran. • Raise Industry Acceptance of Training – Membantu mendapatkan latihan kemahiran dan peluang penempatan pekerjaan di sektor awam dan swasta. • 1Malaysia Veterans Family Programme - Membantu balu dan waris untuk menjadi usahawan dan mendapatkan peluang pekerjaan. • 1Malaysia Privilege Card - Memberi diskaun pembelian produk dan perkhidmatan seperti kesihatan, perumahan, pendidikan dan sebagainya kepada Veteran. Majlis Pelancaran Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia telah diadakan pada 15 Disember 2012 di Padang S.M.K Clifford Kuala Kangsar. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato`Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Pertahanan, Menteri Besar Perak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, pegawai tinggi awam dan tentera Kementerian Pertahanan. Dalam ucapan pelancarannya, YAB Perdana Menteri memaklumkan bahawa program berkenaan akan memberi manfaat kepada semua veteran tentera termasuk 243,500 veteran tentera yang tidak berpencen.
  • 13. Pengarang dan jurugambar : Mohamad Iqram bin Zainal Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong golongan sasar supaya bangkit daripada masalah penyalahgunaan dadah, memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah dan bagi mendapatkan kerjasama orang ramai dalam usaha membasmi dadah. PEMADAM Daerah Kuala Kangsar telah menganjurkan Program “No Drugs Pledge” pada 17 Jun 2012 di Dataran Lembah Sungai Perak. Ia diadakan sebagai salah satu wacana bagi Kempen Anti Dadah yang dianjurkan bagi menjemput orang awam untuk menandatangani kain rentang ‘Akujanji : Saya Benci Dadah’. Pada masa yang sama, program ini dijalankan serentak di enam buah mukim di Daerah Kuala Kangsar. Kain rentang tersebut diedarkan di sekolah-sekolah dan di tempat-tempat awam untuk ditandatangani. Gimik Perasmian program iaitu melepaskan burung merpati dan menandatangani kain rentang Akujanji “No Drugs Pledge” telah disempurnakan oleh YB Dato’ Wan Khair-il Anuar bin Wan Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bukit Chandan yang turut disaksikan oleh beberapa pemimpin kanan kerajaan serta ketua-ketua jabatan di Daerah Kuala Kangsar. Program berbentuk kesedaran tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Ini membuktikan bahawa orang ramai menyedari akan bahaya dadah dan kepentingan penglibatan masyarakat dalam membasmi dadah. Program ini turut mendapat liputan media iaitu Media Prima melalui KREW MY TV3 dan turut disertai oleh beberapa selebriti terkenal seperti pelakon Aniz Suraya serta Tam yang telah hadir bagi memeriahkan program tersebut. Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan Program “No Drugs Pledge” ini. Diharapkan agar program-program berfaedah sebegini akan dilaksanakan lagi pada masa akan datang. 12 BERITA KUALE’ Program “No Drugs Pledge” ANJURAN PEMADAM DAERAH KUALA KANGSAR
  • 14. Pokok getah berasal dari negara Brazil. Christopher Columbus, seorang ahli pelayaran Sepanyol ialah orang pertama menjumpai getah di Brazil pada tahun 1473 dan beliau telah membawa balik ke Eropah untuk dikaji kegunaannya. Pada tahun 1876 Sir Henry Wickham telah membawa 70,000 biji getah liar dari Brazil ke Kew Garden, London dan disemai di rumah khas yang bersuhu panas, kemudian pada tahun 1877 biji getah telah dibawa ke Ceylon (Sri Lanka) dan ditanam untuk ujian. Pada tahun itu juga Henry Nicholas Ridley, Pengarah Botanical Garden Singapura telah membawa biji getah spesis “Hevea Brasilliensis” ini dan ditanam di situ. Ia didapati tumbuh dengan subur dan akhirnya sebanyak 9 biji getah telah dibawa ke Kuala Kangsar untuk ditanam. Kemudian barulah ia diedarkan ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan beberapa negara Asia. Estet getah pertama telah dibangunkan di Melaka pada tahun 1902/1903. Selepas itu keluasan penanaman getah terus berkembang hingga mencapai kemuncaknya iaitu seluas 2.06 juta hektar pada tahun 1979. Pengeluaran tertinggi yang pernah dicapai oleh negara ialah sebanyak 1.66 juta metrik tan iaitu pada tahun 1988. Permintaan getah asli dunia telah meningkat setelah perusahaan kereta menggunakan tayar getah asli diperkenalkan. Pada masa itu di Tanah Melayu ramai yang membuka kawasan baru dan menukar tanaman di kebun mereka dengan tanaman getah. Begitu juga dengan pedagang-pedagang Inggeris telah membuka perladangan yang besar di Tanah Melayu, yang ketika itu merupakan pengeluar getah asli dunia yang terkemuka. Pada masa itu juga berlaku peperangan di Semenanjung Korea yang menyebabkan harga getah melonjak tinggi, maka perusahaan tanaman getah meningkat sekali ganda. Pada zaman inilah ramai golongan peladang dan pekebun kecil hidup di dalam kemewahan. Sebelum Malaya mencapai kemerdekaan, perusahaan getah ini dikawal selia oleh Lembaga Getah dan Institut Penyelidikan Getah (RRI) untuk menguji keberkesanan tanaman getah dan penggunaannya. Setelah Malaya merdeka pada tahun 1957 kilang-kilang yang berasaskan getah telah dibangunkan, menjadikan permintaan getah asli melonjak, begitu juga dengan permintaan getah asli dunia. Maka dengan itu Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Haji Abdul Razak bin Hussien telah membuka penempatan peneroka FELDA, dengan tanaman utamanya adalah getah. Urusan penanaman semula getah diletakkan di bawah Lembaga Tabung Tanam Semula. Pada 1.1.1973, Tun Haji Abdul Razak bin Hussein juga telah menubuhkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk urusan tanam semula dan program-program serta menyalurkan pelbagai teknologi baru berkaitan pekebun kecil getah. Pada tahun 1980an apabila getah asli disaingi oleh getah tiruan maka harga getah asli dalam keadaan turun naik sehinggakan kebun-kebun kecil getah dan ladang-ladang telah menukarkan tanaman getah kepada tanaman sawit. Apabila harga petroleum meningkat,maka getah tiruan amat mahal untuk diproses, begitu juga dengan peningkatan perusahaan tayar dan kegunaan lain barangan getah terutamanya di negara India dan China menyebabkan harga pasaran sekali lagi melonjak. Diharapkan keadaan ini akan bertahan demi kepentingan peindustrian getah negara. MAJLIS PENGHAYATAN PENANAMAN POKOK GETAH PERTAMA DI MALAYSIA. Pada 14 Januari 2013 (Isnin) bertempat di Dewan Jubli Perak,Kuala Kangsar telah diadakan Majlis Penghayatan Penanaman Pokok Getah Pertama Di Malaysia yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Rahim bin Tamby Chik, Pengerusi RISDA Malaysia. Bagi memperingati penglibatan dan mengenang jasa serta semangat Mohammad Isa bin Pandak Mat Aris sebagai penanam pokok getah pertama di Kuala Kangsar yang telah memberi manfaat kepada jutaan pekebun kecil getah di negara ini, seramai tujuh orang waris Mohammad Isa bin Pandak Mat Aris telah diberi penghargaan semasa majlis tersebut berlangsung. Antaranya ialah En Nizam bin Musa, En Roslan bin Ali, Puan Rosnah bt. Musa, Puan Bakiah bt. Musa, En Ali bin Alang Dahamid, Puan Putri Umi Kalsum bt. Megat Ismail dan En Mohd Ali bin Shamsuddin. INDUSTRI GETAH MALAYSIA SEJARAHNYA BERMULA DI KUALA KANGSAR Sumber : Pejabat RISDA Daerah Kuala Kangsar 13 SANA SINI KUALE’
  • 15. Air Terjun Lata Perangin Pecah Batu terletak kira-kira 20 km daripada Bandar Diraja Kuala Kangsar, menghala ke Pekan Manong. Jarak perjalanan daripada bandar Ipoh melalui pekan Parit ialah 50 km dan 80 km daripada bandar Lumut. Keunikan air terjun di Lata Perangin Pecah Batu dengan ketinggian 80 meter, pasti menggamit peminat dan pencinta alam semulajadi untuk berkunjung ke sana. Tambahan pula pelbagai spesis tumbuhan dan pokok hutan hujan khatulistiwa terdapat di sini, termasuklah tumbuhan yang mempunyai khasiat perubatan seperti tongkat ali dan bunga pakma. Manakala di sungai yang airnya jernih dan tidak tercemar, terdapat banyak spesis ikan tengas. Suasana damai dan selamat ini sangat sesuai untuk bermandi-manda dan aktiviti perkelahan bersama keluarga. Pengunjung pasti berasa tenang dan nyaman jika berkunjung ke lata ini. Bagi penggemar aktiviti lasak, kawasan Lata Perangin Pecah Batu ini juga menyediakan kawasan perkemahan atau kem motivasi yang boleh menampung sehingga 100 orang peserta. Aktiviti lasak seperti merempuh halangan, jungle tracking, night walk, night listen, flying fox, river crossing, monkey crawl, commando crawl, string mount, nivenben, sit up dan motor cross turut disediakan. Sesungguhnya Air Terjun dan Kem Lata Perangin Pecah Batu, Manong menjanjikan pengalaman indah luar biasa kepada para pengunjung dan pencinta alam semulajadi serta penggemar aktiviti lasak. LATA PERANGIN PECAH BATU, MANONG 14 SANA SINI KUALE’ Pengarang: Haji Shaharuddin b. Harun Jurugambar: Azma Zahid b. Abdul Razak Sumber Rujukan: Yeop Mat Alit b. Chu Jaat
  • 16. 15 IKON KUALE’ Buah Pulasan Buah Delima Masak Sebiji Di Balik Daun Budi Tuan Kami Terima Menjadi Kenangan Bertahun-Tahun Y.A.Bhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tun Haji Syed Zahiruddin bin Syed Hassan, SMN.,DUNM.,PSM. ,SPCM.,SPMP.,JMN.,PJK. dilahirkan pada 11 Oktober 1918 di Kampung Pondok Tanjung, Perak lebih disenangi dengan panggilan ‘ Tun Syed’. Daerah Kuala Kangsar merupakan daerah kelahiran kedua ibu bapa beliau dan di sinilah juga beliau dibesarkan di sepanjang zaman persekolahan rendah dan menengahnya. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pondok Tanjung dan menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Clifford, disusuli dengan Maktab Melayu Kuala Kangsar. Komitmen terhadap setiap perkara yang dilakukan membuatkan beliau berjaya dalam pelajaran dan lulus peperiksaan ‘Senior Cambridge’ dengan cemer-lang pada tahun 1935. Sewaktu berada di dalam perkhidmatan awam, beliau adalah seorang tokoh yang dihormati, ilmuan yang disenangi serta contoh yang diikuti oleh pegawai-pegawai dan kakitangan di bawah seliaannya. Sikap sentiasa tegas di dalam perkhidmatan seiring dengan sifat merendah diri yang menjadi pembawaan membuatkan sesiapa sahaja berasa senang berurusan dengan beliau. Beliau mula menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir Melayu pada tahun 1938. Pada tahun ini juga beliau ditawarkan dan dibiayai oleh Kerajaan Negeri Perak untuk menyambung pelajarannya dalam bidang Diploma Kesusasteraan di Raffles College, Singapura dan melengkapkannya pada tahun 1941. Dalam tempoh hampir 5 tahun mulai tahun 1941 pula sehingga tahun 1945 beliau ditempatkan di beberapa buah daerah di Negeri Perak (Gerik, Tapah, Tanjung Malim, Taiping dan Lumut) sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah, dan Setiausaha Majlis Daerah. Pemimpin Unggul Kebanggaan Y.A.Bhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tun Haji Syed Zahiruddin bin Syed Hassan Pengarang : Muhammad Amin bin Safie Gambar : Azma Zahid bin Abdul Razak
  • 17. 16 IKON KUALE’ Selepas itu, dalam tempoh 19 tahun mulai tahun 1945 sehingga tahun 1963 beliau menabur bakti pula menjawat pelbagai jawatan penting di dalam sektor awam iaitu sebagai Penolong Pegawai Daerah, Pegawai Daerah(Perak), Penolong Setiausaha Kerajaan (Perak), Timbalan Setiausaha Perkhidmatan Awam (Kuala Lumpur), Principal Assistant Secretary Fed. Establishment Office (Kuala Lumpur), Pengarah Tanah dan Galian Perak, dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Pada tahun 1963, hasil daripada kepimpinan mantap dan komitmen yang tinggi, beliau kemudiannya dilamar pula oleh Kementerian Pertanian & Syarikat Kerajaan selama 3 tahun sebagai Setiausaha Tetap. Pada tahun 1966 beliau menjawat jawatan yang sama di Kementerian Pelajaran selama hampir 5 tahun sehingga tahun 1970 .Seterusnya, beliau menjawat beberapa Jawatan Utama Sektor Awam di dalam pelbagai jabatan, antaranya adalah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia (1970), Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (1972), Pegawai yang Mentadbir Negeri Pulau Pinang (1973), Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom & Republik Ireland (1974), dan Yang Di Pertua Negeri Melaka (1975-1985). Pada tarikh 10 September 1984, beliau telah diperkenan dan dilantik sebagai Y.A.Bhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja (Orang Besar 4 Negeri Perak) sehingga kini. Teras Kecemerlangan Tun Syed amat berbesar hati untuk berkongsi resepi kejayaan beliau di dalam setiap bidang yang diceburi. Empat (4) perkara utama yang harus sentiasa lekat di hati dan keseluruhan pancaindera manusia tidak kira di mana sahaja berada dan di dalam apa jua perkara adalah; i) Kejujuran dan keikhlasan bertugas bukan untuk kepentingan diri sendiri. - Jujur dan ikhlas dalam melakukan tugas tanpa mengharapkan balasan akan mengangkat seseorang kepada kemuncak tertinggi. Jujur dan ikhlas juga akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan dalam sesuatu pekerjaan. ii) ‘Do the right things & do the things right’ seiring dengan prinsip Amal Ma’aruf Nahi Mungkar. - Bagi seseorang penjawat awam amatlah penting untuk memegang teguh dengan prinsip ini dalam menjayakan sesebuah pentadbiran. iii) Sentiasa berusaha ke arah penambahbaikan dan bertawakal. iv) Prinsip sentiasa bersyukur. - Rasa bersyukur berupaya melahirkan pekerja yang gembira dan sejahtera serta dapat mengelakkan tekanan di tempat kerja. Melalui penelitian yang lebih mendalam boleh dirumuskan bahawa pengertian hidup dan rasa bersyukur sememangnya memberikan kesan positif terhadap kehidupan individu yang bergelar penjawat awam. Kebanggaan Kuala Kangsar “ Nota : Untuk makluman pembaca, Y.A. Bhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tun Haji Syed Zahiruddin Bin Syed Hassan telah kembali ke Rahmatullah pada 20 April 2013 bersamaan 9 Jamadilawal 1434 jam 10.40 malam. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah...”
  • 18. 17 ARENA KUALE’ Program Sejuta Wajah Persandingan Mega Sumber : Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Kangsar Program Sejuta Wajah 2 merupakan program hasil inisiatif Kelab Sukan Komuniti Parlimen Kuala Kangsar. Ia diadakan pada 22 Disember 2012 dan merupakan salah satu medium bagi mendekatkan rakyat dengan pelbagai aktiviti yang memaparkan kebudayaan serta sukan riadah pelbagai masyarakat di Daerah Kuala Kangsar. Program ini telah mendapat sokongan penuh daripada komponen pelbagai Parti, Persatuan, NGO dan Jabatan/Agensi Kerajaan. Program Sejuta Wajah 2 merupakan hasil kesinambungan kejayaan Program Sejuta Wajah 1 pada tahun 2011. Ia telah mendapat sokongan penuh masyarakat setempat dan liputan meluas daripada media cetak tempatan. Idea dari AJK Kelab Sukan Komuniti Kuala Kangsar yang dipengerusikan oleh En. Azizul Rahim B. Abdul Rahman selaku Pegawai Khas (Palimen Kuala Kangsar) telah melahirkan program yang meriah dan unik ini. Acara-acara rakyat seperti sukaneka, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, fixie bike, senam seni, bola jaring, sukan lasak, andaman pengantin, bengkel remaja, muzikal, masakan dan makan sihat serta pameran agensi-agensi kerajaan telah menarik hampir 5000 orang hadir untuk memeriahkan program ini. Jutaan terima kasih kepada agensi Pihak Berkuasa Tempatan seperti Polis, Bomba, Rela, JPAM dan MPKK yang memberikan kerjasama yang baik dalam program ini. Acara kemuncaknya ialah Persandingan Perdana yang melibatkan 30 pasangan pengantin meliputi pelbagai kaum dan agama. Pasangan pengantin Melayu, India dan uniknya pasangan pengantin Orang Asli telah memberikan variasi menarik dalam acara kemuncak ini. Pasangan pengantin turut dibawa berarak menaiki bot merentasi Sungai Perak dan dibawa ke Pentas Perdana di Laman Budaya Kuala Kangsar. Acara tradisi Melayu, di mana pengantin diarak dengan bunga manggar, pencak silat, dan tarian Gemalai Melayu dipersembahkan. Tarian Naga dan tarian kaum India turut serta memberikan impak pelbagai seni budaya. Pengantin turut diraikan dengan resepsi merenjis air mawar oleh tetamu kehormat. Program Sejut a Wajah 2 ini t elah dir asmikan oleh YB Dato Hj. Ramly Bin Zahari selaku ADUN Manong dan Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak. Dalam ucapan perasmiannya, beliau memuji program ini yang merupakan salah satu idea dan transformasi membudayakan rakyat dengan aktiviti sihat bagi menyatukan masyarakat pelbagai kaum dalam satu medium majlis yang terbuka. Ia telah mencapai teras kerajaan dalam transformasi mengukuhkan perpaduan dalam gagasan 1 Malaysia. Harapan dari KELAB SUKAN KOMUNITI KUALA KANGSAR agar PROGRAM SEJUTA WAJAH dapat diteruskan pada tahun hadapan dan mendapat sokongan padu dari semua pihak. Semoga ia mendapat nafas baru dan dapat diadakan dengan lebih meriah serta bermakna.
  • 19. Sumber rujukan: Tuan Haji Mat Kassim b. Haji Ahmad Pengarang : Tuan Haji Shaharuddin bin Harun 18 ARENA KUALE’ Karnival Vespa Dan Motorsikal Klasik Antarabangsa Kuala Kangsar “ Ingat April, Ingat Kuale”. Itulah tagline yang amat sinonim dengan Karnival Vespa dan Motorsikal Klasik yang diadakan saban tahun di Daerah Kuala Kangsar. Karnival Vespa dan Motorsikal Klasik mula dianjurkan pada tahun 1998 yang mana penyertaan pada ketika itu adalah seramai 70 orang sahaja. Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar serta Majlis Daerah Kuala Kangsar adalah penganjur bersama karnival ini pada tahun 1998 sehingga tahun 2002, semasa pentadbirannya diketuai oleh Dato’ Haji Kamarudzaman bin Mahmud dan seterusnya Dato’ Haji Hassan Nawawi bin Abdul Rahman. Mulai April 2003, karnival ini dianjurkan bersama oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, Majlis Daerah Kuala Kangsar dan Kelab Vespa Kuala Kangsar di Festival Sukan Air dan Sukan Rakyat bersempena dengan Sambutan Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Jumlah penyertaan telah meningkat kepada lebih 500 orang pemilik vespa dan motorsikal klasik. Karnival pada tahun 2004 lebih istimewa kerana peny-ertaan dibuka ke peringkat antarabangsa. Kelab Vespa daripada negara seperti England, India, New Zealand dan Australia telah menghantar wakilnya tanpa penyertaan motorsikal. Manakala kelab daripada Singapura, Thailand dan Vietnam telah hadir dan membawa bersama vespa serta motorsikal klasik masing-masing. Jumlah penyertaan pada tahun tersebut telah meningkat kepada lebih 1,000 buah vespa dan motorsikal klasik. Karnival Vespa dan Motorsikal Klasik Antarabangsa Kuala Kangsar ini telah dimasukkan dalam Kalendar Pelancongan Negeri Perak sebagai salah satu acara Tahun Melawat Perak mulai tahun 2009. Ia dianjurkan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak bersempena Sambutan Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak. April 2011 merupakan tahun kemuncak karnival ini kerana telah berjaya menarik minat dan mengumpulkan lebih daripada 2,000 penyertaan vespa, motorsikal klasik dan kereta antik. DYAM Raja Jaafar Ibnu Raja Musa Abdul Aziz, Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan telah berkenan untuk merasmikan karnival tersebut memandangkan baginda juga mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta antik. April 2012 merupakan ulangtahun yang ke-13 Karnival Vespa dan Motorsikal Klasik Antarabangsa ini dianjurkan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Hamidah binti Osman, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Wanita. Seperti kebiasaan, sambutan yang diterima di kalangan peminat setia vespa dan motorsikal klasik adalah sangat menggalakkan. Selain berjaya mengumpulkan pemilik dan peminat vespa serta motorsikal klasik daripada pelbagai negara, karnival ini juga merupakan suatu platform untuk memupuk semangat setia kawan dan mengeratkan hubungan antara negara-negara yang terlibat.
  • 20. 19 ARENA KUALE’ Permainan Gasing di Sayong - USAHA MENYEMARAKKAN SEMULA ZAMAN KEGEMILANGAN GASING Gasing merupakan permainan tradisional orang Melayu sejak dahulu kala yang biasanya dimainkan selepas musim menuai. Ia merupakan permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Pada zaman dahulu permainan gasing dipertandingkan antara kampung dan pemenang dikira berdasarkan tempoh masa sesuatu gasing itu mampu berputar. Seiring dengan peredaran zaman, kini pertandingan gasing diadili dengan cara yang lebih praktikal. Pertandingan gasing mempunyai peraturannya sendiri iaitu empat (4) gasing pemusing dipangkah oleh empat (4) gasing pemangkah. Pemenang dikira berdasarkan gasing mana yang lama bertahan urinya. Dua (2) orang pengadil akan mengadili sesuatu permainan bagi setiap satu sesi yang berlangsung selama 30 minit. Selain terkenal dengan pelbagai produk kraftangan seperti labu Sayong dan tekat emas, kawasan Sayong turut dikenali dengan permainan gasing. Ia bermula sejak tahun 40-an dan masih dimainkan sehingga kini. Sebagai salah satu usaha untuk menyemarakkan semula zaman kegemilangan permainan gasing, sebuah gelanggang gasing telah dibina di Kampung Pauh, Sayong Hulu pada tahun 2002. Ia secara langsung telah menarik minat masyarakat untuk mencuba dan menghidupkan semula permainan ini. Komuniti permainan gasing di Sayong dikendalikan oleh Persatuan Gasing Pangkah Kuala Kangsar dan dipengerusikan oleh Encik Sukiman bin Baheran, yang juga merupakan Ketua Kampung Sayong Hulu. Beliau turut dibantu oleh 15 orang ahli jawatankuasa. Penasihat bagi persatuan ini ialah Encik Dul Hayati bin Baheran, Pegawai JASA Daerah Kuala Kangsar. Kini terdapat enam (6) regu pemain di kawasan Sayong yang bermain secara aktif dan setiap regu mempunyai seramai lima (5) orang pemain dengan seorang pemain simpanan. Persatuan Gasing Pangkah Kuala Kangsar telah mewakili Negeri Perak dalam pertandingan gasing sama ada di peringkat negeri mahu pun peringkat kebangsaan. Pada tahun 2012, pasukan ini telah mewakili Negeri Perak dalam Pertandingan Gasing Peringkat Kebangsaan di Johor, Pahang dan Negeri Sembilan. Pada setiap tahun, Persatuan Gasing Pangkah Kuala Kangsar akan menganjurkan Pertandingan Gasing Bersempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Pada tahun 2012, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak telah menganjurkan Festival Gasing Perak 2012 di Laman Budaya, Kuala Kangsar. Ia telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin. Festival ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri untuk menyemarakkan semula zaman kegemilangan permainan gasing sebagai warisan budaya tradisional. Usaha komuniti permainan gasing di Sayong dan pelbagai pihak lain harus dicontohi kerana ia bermatlamat untuk memulihara dan mengembalikan semula permainan rakyat yang telah hampir hilang tradisinya dalam arus kemodenan. Ia juga dapat mendedahkan pengetahuan mengenai permainan rakyat kepada masyarakat khususnya generasi muda. Semoga usaha untuk menyemarakkan semula dan memartabatkan permainan gasing ini disambut baik oleh semua lapisan masyarakat. Sumber : Pejabat JASA Daerah Kuala Kangsar
  • 21. 20 DAKWAH KUALE’ Hijrah Telah berlalu hijrah kenabian 1434 tahun yang lalu, namun semangat dan tuntutan Islam tidak pernah membenarkan umatnya untuk berhenti daripada berhijrah. Allah SWT menyatakan dalam Surah At Taubah ayat 20 : “Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan diri, mereka adalah lebih tinggi darjatnya pada sisi Allah (SWT). Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.” Nabi SAW pernah bersabda, “Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin terselamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah”. (HR Bukhari no 6484). Islam adalah agama yang didasarkan pada semua bentuk perhambaan dan penyerahan diri kepada Allah SWT sahaja, penyingkiran syirik, penjelasan dan pembatasan hubungan dengan orang-orang musyrik. Dengan prinsip seperti itu maka umat Islam tidak dibiarkan begitu sahaja oleh orang-orang musyrik. Umat Islam tidak bebas menjalankan agamanya, sebagaimana sudah diterangkan oleh Allah, “Mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian);.” (QS Al-Baqarah 217). Namun bukanlah bererti umat akan sentiasa terhimpit kerana Allah berfirman : “Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. (QS An-Nisa 100). Kini Islam telah kehilangan generasi terbaiknya yang sanggup menjual diri, harta dan nyawanya kepada Allah untuk mendapatkan syurga-Nya, dengan menegakkan Islam. Dan inilah yang menyebabkan hilangnya cahaya petunjuk Islam, setelah runtuhya Khilafah Islamiyah, Turki Othmaniyah, pada 3 Mac 1924. Setelah itu, negeri kaum muslimin berterusan mengalami musibah. Islam ketika ini memerlukan generasi yang sanggup mengorbankan diri, harta serta nyawa mereka untuk menegakkannya. Kerana sekiranya tanpa itu, Islam mustahil kembali berjaya di peringkat antarabangsa, seperti pada masa baginda dan para sahabat hingga 13 abad kemudian. Maka, semuanya terpulang kepada keimanan dan ketaqwaan kita semua. “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman itu, diri dan harta mereka, bahawa mereka akan diberi (imbalan) syurga.” (Q.s. At-Taubah: 111). Tetapi yang wajib diyakini, bahawa syurga dan neraka itu adalah abadi. Syurga merupakan puncak kenikmatan yang tidak diberikan secara percuma oleh Allah kepada manusia. Kerana itu, semakin tinggi pengorbanan kita, maka semakin besar kenikmatan kita di akhirat kelak. Semoga kita termasuk di antara golongan orang yang sanggup memberikan pengorbanan yang tertinggi untuk Islam demi mencari redha Allah dan syurga-Nya. Wallahu a’lam. Oleh : Ustaz Mohd Faizal bin Kamin Pejabat Agama Islam Kuala Kangsar
  • 22. 21 RESEPI KUALE’ IKAN BAKAR SEPUH Disusun Oleh: Tuan Haji Shaharuddin Bin Harun Menu oleh : Puan Atarah binti Lob Ab Sukur Jurugambar : Azma Zahid b. Abdul Razak Bahan-bahan: 1 kg ikan (air tawar) 300 gram kerisik 300 gram santan kelapa 10 ulas bawang merah 1 cm halia 1 cm lengkuas 2 biji limau nipis 5 tangkai daun kesom 3 batang serai Sedikit belacan dan garam halus secukup rasa Cara membuatnya; 1. Ikan hendaklah dibakar terlebih dahulu. 2. Halia, bawang merah, serai, lengkuas dan daun kesom dimayang atau dihiris halus. 3. Cili padi ditumbuk bersama belacan serta dicampurkan air perahan atau isi limau nipis. 4. Semua bahan awas itu digaul hingga sebati dengan campuran santan kelapa dan masuk-kan garam secukup rasa. 5. Akhirnya, masukkan atau sepuh ikan yang telah dibakar itu ke dalam bahan awas terse-but sehingga rata. 6. Masakan sedia untuk dihidangkan. Nota: Bahan awas tidak perlu dimasak, Sedia untuk dimakan mentah sahaja. Resipi ikhsan daripada ; Puan Zalipah bt. Dahalan No. 10, Kampong Bekut, 33100 Sungai Siput (U) No telefon : 013-5019588
  • 23. Negeri Perak sangat terkenal dengan keunikan budaya, bahasa dan adat masyarakatnya yang pelbagai mengikut daerah. Salah satu daya tarikan dari segi bahasa yang membuatkan negeri Perak istimewa adalah melalui loghatnya. Loghat (loghat daerah, dialek atau bahasa daerah) ialah kelainan dalam sesuatu bahasa yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu. Istilah ini paling biasa digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat, tetapi juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti darjat sosial. Istilah loghat berasal dari perkataan Arab (lúğa) yang bermaksud “bahasa”; sementara istilah dialek dipinjam dari bahasa Inggeris melalui perkataan Yunani (dialektos) yang bermaksud “bahasa” atau “perbualan”. Dalam kegunaan umum, perkataan “loghat” atau “loghat daerah” adakalanya dipakai untuk memaksudkan suatu bahasa yang kurang biasa didengari terutamanya bahasa setempat, khususnya bahasa yang tidak bertulis atau tidak diselaras. Penggunaan perkataan ini tidak sedap didengari penutur bahasa-bahasa yang dimaksudkan kerana diiringi salah sangka bahawa bahasa minoriti berkenaan ketandusan kosa kata, tatabahasa atau kepentingan. 22 KENALI KUALE’ Loghat Perak Antara Loghat yang popular dipertuturkan di Negeri Perak terutamanya di Kuala Kangsar adalah seperti berikut: 1. Megholoh – Tidur 2. Tumpor – Mati, tumbang 3. Bojot – Basah 4. Gebor – Selimut 5. Nyongket – Suka merayau 6. Seghoyor – Gayat, seram 7. Tak semiyak – Perangai yang tidak senonoh, tidak sihat 8. Hakap – gelojoh 9. Jelabang – lopong, koyak 10. Pijor – Terlalu panas
  • 24. TAKWIM KUALE’ Januari - Jun 2013 No. Acara Tarikh Tempat Penganjur/Alamat/No. Telefon & Faksimili Catitan 1. Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Derah dan Tanah Kuala Kangsar Setiap Hari Selasa Minggu Pertama Setiap Bulan Ruang Legar, Aras Bawah, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, 33000 Kuala Kangsar No. Tel : 05-7761055 No. Faks : 05-7764441 2. Majlis Penghayatan Penanaman Pokok Getah Pertama di Malaysia 14 Januari 2013 (Isnin) Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar dan Tapak Pokok Getah Pertama RISDA Malaysia dengan kerjasama RISDA Negeri Perak VIP : Y.Bhg. Tan Sri Dr. Rahim b. Tamby Chik, Pengerusi RISDA Malaysia 3. Program Walkabout YAB MB Perak ke DUN Lubok Merbau 19 Januari 2013 (Sabtu) Sekitar DUN Lubok Merbau Pejabat YAB Menteri Besar Perak D.R. dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, 33000 Kuala Kangsar No. Tel : 05-7761055 No. Faks : 05-7764441 4. Majlis Penyerahan Wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 Peringkat Parlimen Kuala Kangsar Februari/Mac 2013 Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Kangsar dengan Kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, 33000 Kuala Kangsar No. Tel : 05-7761055 No. Faks : 05-7764441 5. Majlis Pelancaran Program My Beautiful Malaysia Day – Program Gotong Royong 1Malaysia 03 Februari 2013 (Sabtu) Laman Budaya, Kuala Kangsar Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Kangsar 6. Lawatan Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Ke Daerah Sg. Siput 19 Februari 2013 (Selasa) Daerah Sg. Siput (U) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dan Pejabat Daerah dan Tanah Sg. Siput (U) 7. Le Tour de Langkawi 2013 (LTdL) 22 Februari 2013 (Jumaat) dan 23 Februari 2013 (Sabtu) Daerah Kuala Kangsar dan Sg. Siput (U) Pengurusan Le Tour de Langkawi 9. Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7’s 2013 22 Februari 2013 (Jumaat) hingga 24 Februari 2013 (Ahad) Padang Kolej Melayu Kuala Kangsar Kolej Melayu Kuala Kangsar, 33000 Kuala Kangsar 10. KK International Motocross Challenge 23 Februari 2013 (Sabtu) dan 24 Februari 2013 (Ahad) Tapak Motorcross Kuala Kangsar Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Kangsar 11. Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Bersepadu Orang Asli Aman Jaya Sg. Siput (U) 02 Mac 2013 (Sabtu) Kg. Bawong, Sg. Siput (U) Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak VIP : YAB Menteri Besar Perak 12. Majlis Pecah Tanah Pembangunan Pekan Kecil Sauk 07 Mac 2013 (Khamis) Pekan Kecil Sauk Perbadanan Kemajuan Pertanian Ng. Perak VIP : YAB Menteri Besar Perak 13. Lawatan Kerja YAB MB ke Pos Legap 08 Mac 2013 (Jumaat) Pos Legap, Sg. Siput (U) VIP : YAB Menteri Besar Perak 14. Majlis Pelancaran Program Gelombang 4T, DUN Manong 15 Mac 2013 (Jumaat) Tapak Pasar Pagi Pekan Manong Pejabat Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak D.R. VIP : YABhg. Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak 15. Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Padang Rengas 2013 16 Mac (Sabtu) 17 Mac 2013 (Ahad) Pentas Utama Karnival, Tapak IKS MIEL Lubok Merbau Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Kangsar dan Pusat Khidmat Masyarat Parlimen Padang Rengas VIP : YB Ahli Parlimen Padang Rengas 16. Majlis Pelancaran 1 Malaysia Komuniti PERWANI dan 1 Million Women Purple Walk 2013 Peringkat Daerah Kuala Kangsar 17 Mac 2013 (Ahad) Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, 33000 Kuala Kangsar No. Tel : 05-7761055 No. Faks : 05-7764441 VIP : YB ADUN Chenderoh 17. Istiadat Meletak Kerja Sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak D.R.Ke 85 19 Mac 2013 (Selasa) Istana Iskandariah, Kuala Kangsar Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak VVIP : DYMM Pemangku Raja Perak D.R. 18. Majlis Perasmian Pelaksanaan Program Mobile Community Trasformation Centre (Mobile CTC) Kg.Bawong, Sg. Siput 30 Mac 2013 (Sabtu) Padang Bola Sepak Kg. Bawong, Sg. Siput Kementerian Kewangan Malaysia dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak VIP : Menteri Kewangan Malaysia II 19. Majlis Pecah Tanah SJK (T) Taman Heawood, Sg. Siput 30 Mac 2013 (Sabtu) Sek. Men. Keb. Kg. Muhibbah, Sg. Siput Pejabat Daerah dan Tanah Sg. Siput (U) VIP : Menteri Kewangan Malaysia II 20. Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke 85 DYMM Paduka Seri Sultan Perak D.R. 19 April 2013 (Jumaat) Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar Jabatan Agama Islam Negeri Perak VVIP : DYMM Pemangku Raja Perak D.R. 21. Majlis Santapan Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke 85 DYMM Paduka Seri Sultan Perak D.R. 19 April 2013 (Jumaat) Dewan Santapan, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak D.R. VVIP : DYMM Pemangku Raja Perak D.R. dan DYTM Raja Puan Besar Perak D.R. 22. Hari Penamaan Calon bagi P.067 Kuala Kangsar 20 April 2013 (Sabtu) Bilik Gerakan, Aras 3, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak 23. Hari Mengundi bagi P.067 Kuala Kangsar 5 Mei 2013 (Ahad) Semua Pusat Mengundi P.067 Kuala Kangsar,N. 34 Bukit Chandan dan N. 35 Manong Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak 24. Larian Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah 12 Mei 2013 (Ahad) Sekitar Bandar DiRaja Kuala Kangsar Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar dengan kerjasama Pacesetters Athletic Club Malaysia VVIP : DYTM Raja Muda Perak D.R.