SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 88
PROGRAM




Membudayakan Kemahiran Berfikir




Kementerian Pelajaran Malaysia

Mei 2012
Cetakan Pertama 2012

© Bahagian Pembangunan Kurikulum

Kementerian Pelajaran Malaysia 2012




Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi
kandungan
buku ini dalam apa-apa juga bentuk dengan apa cara pun sama ada secara
elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain cara sebelum mendapat kebenaran
bertulis
daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia,
Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan,
62604 Putrajaya.
Kandungan



Muka Surat



Pendahuluan



3



Objektif Buku



4



Bagaimana Hendak Menggunakan Buku Ini



4



Bahagian 1 : Kemahiran Berfikir



5



Bahagian 2 : Peta Pemikiran



8



Bahagian 3: Pembudayaan Program i-THINK



25



Bahagian 4: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
38



Bahagian 5: Fakta dan Mitos



39



Panel Penggubal



45



Rujukan



46
PENDAHULUAN



Pencapaian Malaysia dalam Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) tahun
2007
adalah pada tahap 20 bagi Matematik dan 21 bagi Sains dalam kalangan 49 negara.
Manakala laporan Program for International Student Assessment(PISA) tahun 2009
menunjukkan prestasi Malaysia berada dalam kedudukan 57 bagi Matematik, 55 bagi
Sains
dan 52 bagi Kefahaman dalam kalangan 74 negara.

Dapatan ini dikukuhkan lagi dengan laporan kajian keperluan oleh Perunding
Kestrel
Education (UK) dan 21 Centruy Schools (USA) yang dibentangkan pada 2 November
2011
mendapati bahawa pemikiran aras tinggi dalam kalangan guru dan murid di Malaysia
amat
rendah.

Program Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) telah mula diperkenalkan
pada tahun
1994. Guru telah diperkenalkan kepada pelbagai alat berfikir. Walau
bagaimanapun,
dapatan menunjukkan guru kurang kemahiran aras tinggi di dalam pengajran dan
pembelajaran mereka. Pengajaran guru banyak berpusatkan guru dan menjuruskan
persediaan peperikasaan.

Dengan itu dapatan ini memberi kesan kepada usaha KPM untuk menghasilkan modal
insan
yang keratif dan berinovatif serta dapat menghadapi cabaran kemahiran abad ke-21
yang
memerlukan seseorang yang berkebolehan berfikiran aras tinggi.

Pada 27 Julai 2011 Mesyuarat di antara Agensi Inovasi Malaysia (di bawah Jabatan

Perdana Menteri) dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju melaksanakan

program i-THINK dengan merintis 10 buah sekolah di Malaysia. Program ini akan
dipeluaskan kepada 1,000 sekolah pada tahun 2013 dan seterusnya semua sekolah
akan
melaksanakan program ini pada tahun 2014.

Program i-Think merupakan satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid
berinovatif. Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir di dalam pengajaran
dan
pembelajaran disamping melaksanakan aktiviti kemahiran aras tinggi.

Sekolah rintis yang terlibat adalah seperti di berikut:



Bil.

Sekolah

Negeri

1

SK Kiara Mas
Kuala Lumpur

2

SJKT Port Dickson

Negeri Sembilan

3

SJKC Wen Hua

Melaka

4

SK Paya Pulai

Pahang

5

SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed

Kuching

6

SK Pusat Bukit Besar

Terengganu

7

SMK Kota Marudu, Kota Marudu

Sabah

8

SMK Convent Muar

Muar

9

SMK Tun Hussein Onn

Pulau Pinang

10

SMK Gaal

Kelantan
OBJEKTIF

Buku ini bertujuan memberi penerangan tentang pembudayaan kemahiran berfikir
dalam
kalangan guru dan murid di sekolah. Budaya berfikir berlaku apabila guru dan
murid
mengamalkan penggunaan alat berfikir semasa pembelajaran dan pengajaran.




BAGAIMANA MENGGUNAKAN BUKU INI?



Buku ini terdiri daripada empat bahagian.

Bahagian 1

Bahagian ini memberi gambaran secara jelas tentang Kemahiran Berfikir agar dapat

membantu guru dan murid untuk memahami secara mendalam tentang program i-THINK.



Bahagian 2

Bahagian ini memperkenalkan lapan peta pemikiran yang digunakan dalam program i-
THINK. Setiap peta disertakan dengan proses pemikiran, langkah penggunaannya,
kata
kunci dan dua contoh hasil kerja murid dari sekolah rintis.



Bahagian 3

Bahagian ini menerangkan pembudayaan program i-THINK dalam kalangan guru dan
murid.
Sokongan dan peranan pentadbir juga dihuraikan.



Bahagian 4

Bahagian ini menjelaskan fakta dan mitos perihal pengenalan dan pembudayaan
program i-
THINK di sekolah.



Bahagian 5

Bahagian ini memberitahu sedikit sebanyak cara mengajar kemahiran berfikir aras
tinggi dan
penggunaan Taksonomi Bloom. Contoh ringkas penyoalan mengikut Taksonomi Bloom
dan
tips penyoalan berkesan juga dipaprkan.
BAHAGIAN 1

KEMAHIRAN BERFIKIR



Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran berfikir? Kemahiran berfikir boleh
didefinasikan sebagai menggunakan minda untuk melahirkan idea-idea yang bernas,
membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir dibahagikan
kepada Kemahiran Kritis dan Kemahiran Kreatif. Kemahiran berfikir adalah proses
berfikir yang lebih tinggi. Kemahiran menaakul membantu dalam membuat
pertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama (PPK, 1999) rajah 1.




Rajah 1: Model KBSB dalam Sains
Bagaimana Hendak Membudayakan Kemahiran Berfikir Dalam Kalangan Murid?

Aspek-aspek untuk membudayakan kemahiran berfikir:

i. Kesediaan dan kebolehan murid


Murid akan bersedia untuk berfikir dan memberikan idea apabila diberikan
rangsangan
untuk berfikir. Dengan menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta
minda dan 6
Thinking Hats.dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menggalakan murid untuk
berfikir
dan membuat penaakluan

ii. Teknik Penyoalan


Kemahiran menyoal dengan menggunakan Taxonomi Bloom dapat membantu anda
mencipta soalan yang meransang pemikiran dari aras rendah ke tinggi. Kemukakan
soalan
yang mudah difahami, bertumpu, bercapah dan meliputi pelbagai aras kognitif.
Soalan yang
bersesuaian dengan aras murid akan mencetuskan pemikiran kreatif dan kritis
murid.
Banyakkan aktiviti pembelajaran yang memerlukan murid menyoal bukan guru.

iii. Aktiviti Kelas


Banyakkan aktiviti kelas yang berpusatkan murid di mana murid dapat berinteraksi
secara
aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid, murid dengan guru atau
murid
dengan bahan. Aktiviti kelas boleh dijalankan dalam bentuk individu, berpasangan
atau
berkumpulan. Galakkan murid membuat pembentangan dalam kumpulan supaya
mewujudkan rasa tanggungjawab dan akauntabiliti murid terhadap hasil kerja
mereka. Murid
akan terlibat secara aktif apabila diberi peluang untuk berkongsi idea dan
rumusan hasil
sesuatu proses pemikiran. Gunakan dua waktu untuk aktiviti berkumpulan atau
berpasangan. Galakkan murid membuat projek.
Adakah satu alat sesuai untuk menyelesaikan pelbagai masalah?




Setiap masalah memerlukan alat yang bersesuaian untuk mengatasinya. Sama juga di

dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran memerlukan pendekatan yang
berlainan
untuk suaikan dengan tajuk dan tahap murid. Terdapat banyak alat berfikir yang
boleh di
gunakan antaranya:

1.   Edward De Bono 6 Thinking Hats
2.   Peta Minda (Tony Buzan)
3.   Diagram Tulang Ikan (Ishikawa)
4.   Analisis Swot
5.   Carta T
6.   Carta Y
7.   Diagram Lotus
8.   Peta Pemikiran
BAHAGIAN 2

APA ITU PETA PEMIKIRAN?

Di dalam program peta pemikiran diperkenalkan dimana peta ini
mengandungi 8 peta pemikiran. Setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran
yang
disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran.




Kombinasi secara
kompleks dan
mendalam




Digunakan
oleh semua
guru



Peta

Pemikiran




Corak
visual

Berdasarkan
8 kemahiran
kognitif




Diaplikasi
dalam
semua
bidang
LAPAN PETA PEMIKIRAN



1. Peta Bulatan


Proses Pemikiran:

MENDEFINISIKAN MENGIKUT KONTEKS

(DEFINING IN CONTEXT)




PETA BULATAN

(CIRCLE MAP)




Langkah Membina Peta Bulatan

1. Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.
2. Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan di dalamnya.
3. Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut.

4. Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan
topik
tersebut untuk menjana idea (proses sumbangsaran).
5. Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan
atau
sudut pandangan daripada pelbagai pihak.


Soalan-soalan Berkaitan

1. Apakah kata pembayang yang dapat membantu mendefinisikan topik?
2. Bagaimana anda tahu tentang ................... ?
3. Adakah anda tahu bahawa ...........................?
4. Bagaimana mendefinisikan/memperkenalkan idea/topik ini?
5. Apakah yang anda terfikir tentang .......................?




FAEDAH PENGGUNAAN

 PETA BULATAN



. Meningkatkan kosa kata
. Sumbangsaran idea dalam
penulisan
. Menguji pengetahuan sedia ada
murid
. Menguji pemahaman murid
selepas pdp




KATA KUNCI

. Konteks/senaraikan
. Jelaskan
. Tuliskan semua yang anda tahu
.....
. Sumbangsaran
. Kenalpasti
. Kaitkan dengan pengetahuan
sedia ada
. Meneroka makna/maklumat
Contoh Hasil Kerja Murid



Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan




Bahasa Malaysia
2. Peta Buih


Proses Pemikiran:

MENERANGKAN MENGGUNAKAN KATA SIFAT

(DESCRIBING QUALITIES)



PETA BUIH

(BUBBLE MAP)




Langkah Membina Peta Buih

1. Lukiskan sebuah bulatan di bahagian tengah dan labelkan topik utama di
dalamnya.
2. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilinya untuk diisi dengan kata adjektif /
kata sifat yang
mewakili topik tersebut.
3. Sambungkan semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan garis lurus.

4. Senaraikan seberapa banyak kata adjektif barkaitan sama ada positif / negatif
dan warna
yang berbeza boleh digunakan.
5. Cadangan topik – diri saya
6. Kata Adjektif – cantik, baik hati, periang, pandai, pendiam, cemburu, malas


Soalan-soalan Berkaitan

1. Bagaimana anda dapat menerangkan tentang seseorang, tempat, benda, idea,
konsep,
gambar,...?
2. Apakah ciri-ciri yang digunakan bagi mewakili objek ini?
3. Apakah sifat bagi konsep/nombor ini?
4. Apakah kualiti yang penting bagi konsep ini?
PENGGUNAAN PETA BUIH

. Sifat manusia
. Membezakan fakta dan
pendapat




KATA KUNCI

. Terangkan
. Jelaskan
. Gunakan 5 pancaindera untuk
menerangkan .......
. Kualiti
. Sifat
. Ciri-ciri
Contoh Hasil Kerja Murid




Pendidikan Moral




Bahasa Inggeris
3. Peta Buih Berganda




Proses Pemikiran:

MEMBANDING BEZA

(COMPARING & CONTRASTING)

PETA BUIH BERGANDA

(DOUBLE BUBBLE MAP)




Langkah Membina Peta Buih Berganda

1. Digunakan untuk membanding beza sesuatu benda/idea.
2. Lukiskan 2 bulatan di bahagian tengah untuk menulis 2 topik (objek/idea) yang
ingin
dibandingkan.
3. Tuliskan kedua-dua topik tersebut di dalamnya.
4. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah di antara 2 bulatan
utama.
5. Sambungkan semua bulatan dengan 2 topik utama menggunakan garis lurus.
6. Bagi bulatan yang berada di antara 2 topik, gabungkannya dengan kedua-dua
topik
untuk mewakili persamaan.
7. Isikan semua perbezaan di dalam bulatan yang hanya bersambung dengan 1 topik
sahaja.
8. Cadangan topik – Diri saya dan rakan karib.
Soalan-soalan Berkaitan

1. Apakah persamaan dan perbezaan antara 2 topik ini?
2. Bagaimanakah kita dapat membanding beza kedua-duanya?
3. Persamaan yang manakah paling ketara?




KATA KUNCI

.   Bandingkan
.   Bezakan
.   Persamaan
.   Bezakan antara ..... dengan .....
.   Perbezaan


PENGGUNAAN PETA BUIH
BERGANDA



. Membandig beza ciri-ciri
bentuk 2D dan 3D
. Membandingkan sifat manusia
. Membandingkan 2 idea
Contoh Hasil Kerja Murid



Matematik




B.MALAYSIA

Pendidikan Muzik
4. Peta Pokok




Proses Pemikiran:

MEMBUAT PENGKELASAN

(CLASSIFYING)




PETA POKOK

(TREE MAP)




Langkah Membina Peta Pokok

1. Tuliskan tajuk/topik utama di bahagian atas dan gariskannya.
2. Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa
kumpulan/kategori.
3. Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang pengkelasan.
4. Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap kategori.
5. Gariskan setiap contoh yang ditulis.




Soalan-soalan Berkaitan
1. Bagaimana anda mengasingkan semua maklumat yang telah dikumpulkan?
2. Bolehkan anda mengasigkan/mengkelaskan objek-objek ini mengikut kumpulannya?
3. Apakah idea/penjelasan yang menerangkan/menyokong idea utama ini?
4. Apakah contoh bagi setiap ketagori ini?
5. Adakah item ini sesuai untuk ditulis dalam beberapa kategori yang telah
dipilih?
6. Adakah cara yang lebih baik untuk mengkelaskan bahan/alatan ini?




PENGGUNAAN PETA POKOK

. Mengkelaskan kumpulan
haiwan
. Mengkelaskan jenis alatan
muzik
. Mengkelaskan elemen penting
cerita
. Mengkategorikan kosa kata




KATA KUNCI

. Kelaskan
. Asingkan
. Kategorikan
. Kenalpasti antara idea utama
dan penjelasannya
Contoh Hasil Kerja Murid




Bahasa Arab




Bahasa Inggeris
5. Peta Dakap




Proses Pemikiran:

SEBAHAGIAN DARIPADA KESELURUHAN

(WHOLE – PARTS RELATIONSHIP)

PETA DAKAP

(BRACE MAP)




Langkah Membina Peta Dakap

1.   Digunakan untuk mengkaji / menganalisa objek secara fizikal.
2.   Tuliskan objek yang ingin dipecahkan dan gariskannya.
3.   Tuliskan bahagian/pecahan utama.
4.   Tuliskan bahagian/komponen yang lebih kecil di sebelah kanannya.
5.   Lukiskan ( { ) untuk menggabungkan/menyatukan objek dan komponennya.




Soalan-soalan Berkaitan

1.   Apakah nama objek ini?
2.   Apakah bahagian/komponen utama objek ini?
3.   Apakah komponen yang lebih kecil?
4.   Adakah bahagian/komponen ini merupakan sebahagian daripada .....?
5.   Bahagian/komponen manakah yang telah hilang/tiada dalam gambarajah ini?
PENGGUNAAN PETA DAKAP

. Matematik (nilai tempat
nombor)
. Komponen alatan muzik
. Analisa struktur objek




KATA KUNCI

.   Sebahagian daripada .....
.   Tunjukkan struktur .....
.   Ambil sebahagian daripada .....
.   Kenalpasti struktur
.   Komponen fizikal
.   Anatomi
Contoh Hasil Kerja Murid




Bahasa Arab




Matematik
6. Peta Alir


Proses Pemikiran:

URUTAN

(SEQUENCING)



PETA ALIR

(FLOW MAP)




Langkah Membina Peta Alir

1. Tuliskan tajuk ( nama acara/langkah)
2. Lukiskan sebuah segiempat tepat di sebelah kiri kertas dan isikan dengan
langkah
pertama untuk menghasilkan/membina/membuat –.
3. Lukiskan anak panah mengarah ke sebelah kanan.
4. Lukiskan segiempat tepat yang kedua dan isikan dengan langkah seterusnya.
5. Ulangi langkah sehingga tamat proses yang ingin diterangkan.
6. Sambungkan carta aliran bermula dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya.
7. Sekiranya terdapat penerangan selanjutnya, lukiskan petak kecil di bawah
langkah
utama berkenaan.
8. Cadangan topik – Apakah yang dilakukan semasa cuti sekolah


Soalan-soalan Berkaitan

1. Apakah nama bagi acara/peristiwa ini?
2. Apakah langkah/peringkat bagi setiap peristiwa?
3. Adakah terdapat penjelasan lanjut bagi langkah tertentu?
4. Apakah langkah pertama yang perlu ditulis sebelum dan selepas peringkat yang
sedang
dibincang?
5. Apa yang berlaku selepas itu?
6. Bagaimanakah aturan yang terbaik untuk menyusun peristiwa ini?


KATA KUNCI

.   Susunkan mengikut aturan yang betul
.   Ceritakan / kira semula
.   Kitaran
.   Tunjukkan proses
.   Selesaikan masalah .....
.   Mengkaji corak (trend)


PENGGUNAAN PETA ALIR

. Sains ( Proses dan kitar
hidupan)
. Penyelesaian masalah
. Peristiwa sejarah dan garis
masa
. Proses menanam sayuran (KH)
Contoh Hasil Kerja Murid




Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan




Sains
7. Peta Pelbagai Alir


Proses Pemikiran:

SEBAB DAN AKIBAT

(ANALYZING CAUSE & EFFECT)

 PETA PELBAGAI ALIR

(MULTI – FLOW MAP)




Langkah Membina Peta Pelbagai Alir

1. Digunakan untuk menggambarkan/mengillustrasikan analisa sebab dan akibat.
2. Lukiskan rajah segiempat tepat di bahagian tengah dan tuliskan peristiwa yang
dikaji.
3. Di sebelah kiri rajah, tuliskan sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut
dalam petak
berasingan.
4. Sambungkan setiap sebab dengan anak panah mengarah kepada peristiwa.
5. Tuliskan beberapa akibat daripada peristiwa tersebut dalam petak di sebelah
kanan
peristiwa.
6. Sambungkan peristiwa dan akibat dengan anak panah mengarah ke kanan.
7. Cadangan Topik – Jika saya berjaya dalam peperiksaan.


Soalan-soalan Berkaitan

1.   Apakah sebab dan akibat peristiwa ini?
2.   Mengapakah peristiwa ini berlaku? (cause)
3.   Apakah akibat daripada berlakunya peristiwa itu?
4.   Apakah kesan daripada peristiwa ini?
5.   Apakah pengajaran disebalik peristiwa ini?
6.   Apakah yang akan berlaku jika .................. berlaku?
KATA KUNCI

. Sebab dan akibat
. Bincangkan akibatnya/pengajaran
. Apakah yang akan berlaku sekiranya
............. ?
. Jika ................... maka ...............
. Terangkan perubahan .......................
. Kenalpasti pengajarannya
. Kenalpasti keputusan daripada ........
. Apa yang berlaku jika .......




PENGGUNAAN

 PELBAGAI PETA ALIR

. Analisa sejarah
. Membaca dan meramalkan
kejadian
. Pengurusan sikap
Contoh Hasil Kerja Murid




Bahasa Inggeris




Sains
8. Peta Titi



Proses Pemikiran:

ANALOGI (HUBUNGAN YANG SAMA,
MENCARI FAKTOR PENGHUBUNGAN



 (SEEING ANALOGIES)



PETA TITI

(BRIDGE MAP)




RF

as

as

as



Relating factor = RF




Langkah Membina Peta Titi

1. Lukiskan sebuah garisan dan tuliskan faktor berkaitan (relating factor) di
bahagian kiri.
2. Faktor berkaitan (RF) adalah frasa setara yang mengaitkan analogi.
3. Lukiskan garisan dan tuliskan di bahagian atas dan bawahnya pasangan yang
berkaitan.
4. Seterusnya, ikuti langkah yang sama untuk pasangan berikutnya.
5. Kedua-dua pasangan berkaitan ini disambungkan oleh titi ( ).
6. Sambungkan pasangan seterusnya sehingga tamat.
7. Cadangan topik – kaitkan warna dan buah-buahan.
Soalan-soalan Berkaitan

1.   Apakah faktor berkaitan antara dua contoh ini?
2.   Bagaimana kedua-dua perkataan ini dapat dikaitkan?
3.   Apakah ayat yang dapat dibina dengan dua perkataan ini?
4.   Adakah perkaitannya sama bagi semua contoh yang ditunjukkan?
5.   Apakah pasangan lain yang mempunyai perkaitan yang sama?




PENGGUNAAN PETA TITI

. Konsep Sains
. Peristiwa sejarah
. Perkaitan matematik




KATA KUNCI

.   Kenalpasti perkaitan
.   Meneka peraturan
.   Simbol
.   Analogi
.   Kesetaraan
Contoh Hasil Kerja Murid




Bahasa Malaysia
BAHAGIAN 3

PEMBUDAYAAN PROGRAM i-THINK

DALAM KALANGAN PENTADBIR, GURU DAN MURID DI SEKOLAH




A. PERANAN PENTADBIR



Dalam membudayakan program i-THINK di sekolah, pihak pentadbir harus mengambil
kira
elemen-elemen yang dicadangkan.



Pembudayaan Program i-THINK di Sekolah




Peranan

Pentadbir
sekolah

Pengurusan
pentadbiran

sekolah

Latihan



Perancangan
dan
Pelaksanaan
Program

Promosi

Kolaborasi dan
rangkaian
jaringan

Hasil yang
diharapkan

Penilaian
Berterusan



Pentadbir
sekolah

IAB
Kestrel
Education




Pengalaman
Sedia Ada
3.1 Pengurusan Pentadbiran Sekolah

Peranan pentadbir adalah sangat signifikan dalam menyokong sepenuhnya program
i-THINK di sekolah. Oleh itu pentadbir perlu memahami konsep program i-THINK.

Konsep program i-THINK mengambi lkira elemen-elemen seperti yang dinyatakan di
bawah.

Konsep Program i-THINK




Mentransformasikan
pendidikan

Membentuk
kepakaran

Menggunakan
peta pemikiran

Pembangunan

kolaboratif

Membentuk

organisasi
pembelajaran



Pengalaman
Sedia Ada

A Language
For Learning




Menjana pemikiran

Konsep
program

i-THINK

Konsep
i-THINK
Sebagai langkah awal, pentadbir sekolah perlu menubuhkan pasukan pemandu i-THINK
di
sekolah masing-masing.



Jawatankuasa i-THINK di sekolah (UMUM)



Penasihat

(Guru Besar/Pengetua)




Penyelaras

(Ketua i-THINK)




Pasukan Pemandu 2

(Guru 2)




Pasukan Pemandu 1

(Guru 1)




Pasukan Pemandu 3

(Guru 3)




Contoh Jawatankuasa i-THINK Sekolah*




Penasihat
(Guru Besar/Pengetua)




GPK Kokurikulum



GPK Pentadbiran

(Kurikulum)



GPK HEM




Penyelaras

(Ketua i-Think)




Pasukan Pemandu 3

(Guru 3)
Pasukan Pemandu 2

(Guru 2)



Pasukan Pemandu 1

(Guru 1)




*Pihak sekolah boleh membuat penambahan jumlah AJK Pemandu di sekolah.
3.2 Latihan




Bagi membudayakan kemahiran berfikir melalui program i-THINK, pasukan pemandu
perlu
mengadakan latihan kepada semua warga sekolah.




Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program i-THINK, latihan secara
berterusan
perlu diadakan. Latihan ini meliputi:



. Kursus dalaman




Pasukan pemandu sekolah yang telah menghadiri kursus perlu mengadakan kursus
dalaman kepada guru lain di sekolah masing-masing.



. Induksi berstruktur




Pendedahan program ini perlu diberikan kepada guru baharu / guru novice, guru
ganti
dan guru pelatih secara berperingkat melalui modul, interaksi secara bersemuka
dan
pendekatan peer coaching mengikut keperluan.



. Bimbingan coaching dan mentoring (daripada pasukan pemandu sekolah/JUK i-
THINK)




Pasukan pemandu / JUK i-THINK perlu sentiasa memberi bimbingan coaching dan
mentoring kepada guru-guru yang kurang memahami atau memerlukan bimbingan
tentang penggunaan peta pemikiran.
3.3 Perancangan Dan Pelaksanaan Program



Cadangan perancangan dan pelaksanaan program i-THINK di sekolah adalah seperti
di
bawah. Walau bagaimanapun, pihak pentadbir boleh membuat penyesuaian mengikut
keadaan sekolah masing-masing.




Kursus Dalaman
Kepada Guru-guru
Sekolah

Kursus Pasukan

Pemandu Sekolah i-THINK
(dilatih oleh JUK)

Pelaksanaan Program
i-THINK di sekolah




Memperkenalkan peta
pemikiran kepada murid

Kursus pengukuhan
program i-THINK

Kursus i-THINK kepada guru
baru/guru ganti/guru pelatih




Pelaksanaan
Program i-THINK
Berterusan

Laporan dan Penilaian

Program i-THINK

Pemantauan

Berkala Program i-THINK
KPM, JPN, PPD, Pentadbir
sekolah




Contoh Kursus Dalaman:
Cadangan Pengenalan Penggunaan Peta Pemikiran di Sekolah



Dalam proses pdp, pentadbir perlu memastikan:
PROGRAM i-THINKPELAN PELAKSANAAN
Minggu1PetaBulatanMinggu2PetaBuihMinggu3PetaAlirMinggu4PetaTitiMinggu5PetaDakapM
inggu6PetaPokokMinggu7PetaPelbagaiAlirMinggu8PeaBuihBergandaMinggu9
danseterusnyaAplikasiPetaPemikirandalampdp



. guru menerapkan proses kemahiran berfikir kepada murid melalui peta pemikiran.

. guru memeriksa dan menilai setiap hasil kerja murid
. hasil kerja murid dipamerkan di sudut i-THINK dalam kelas dan di sekeliling
kawasan
sekolah
. murid menggunakan peta pemikiran dalam pembelajaran mereka.
. rakan pembimbing dibentuk dalam kalangan murid
. guru menggunakan peta pemikiran atau alat berfikir yang sesuai semasa pdp.
3.4 Penilaian Berterusan



Pentadbir
Sekolah



Pengalaman
Sedia Ada




Maklum balas
Guru



Refleksi Kendiri




Penilaian

Berterusan




Hasil kerja Murid

Pemerhatian
terhadap

pdp guru
Maklum balas JK
Pembinaan Modul
i-THINK




Dalam pelaksanaan penilaian berterusan di sekolah, pentadbir juga perlu:



. membuat pemerhatian dan pemantauan terhadap penggunaan peta pemikiran dalam
pdp guru berpandukan Instrumen SKPM 2010.




. menggalakkan guru dan murid mengamalkan penilaian kendiri secara terarah
(self-
directed reflection) melalui refleksi kendiri.




. memastikan guru memeriksa dan memberi komen terhadap hasil kerja murid serta
menyimpan hasil kerja mereka secara sistematik mengikut mata pelajaran.




. mengadakan pertemuan dengan pasukan pemandu sekolah untuk membincangkan
kelancaran program i-THINK di sekolah serta memberi sokongan moral, kewangan
dan galakan kepada guru.
3.5 Hasil Yang Diharapkan



Adalah diharapkan pihak sekolah dapat mengenal pasti berlakunya perubahan sikap
murid. Perubahan yang diharapkan pada murid adalah :




Meningkatkan
daya imaginasi
(berfikir di luar
kotak)

Meningkatkan
keyakinan

Meningkatkan
kemahiran
berfikir




Bermotivasi




Image Detail
Meningkatkan
interaksi antara
guru dengan
murid dan murid
dengan murid




Menunjukkan
minat terhadap
pembelajaran
Seronok dan
tidak merasa
tertekan



Suka
bertanya




Meningkatkan
kerjasama
berpasukan



Meningkatkan
kefahaman murid
3.6 Promosi, Kolaborasi, Rangkaian Jaringan dan Jalinan



 Untuk melestarikan program i-THINK di sekolah, pentadbir perlu mewujudkan
kerjasama dengan pelbagai pihak (dalam dan luar sekolah) di samping
mempromosikan program ini.




IAB

Pengalaman
sedia ada




Hubungan sekolah
dengan agensi luar

Hubungan sekolah
dengan agensi luar




Hubungan sekolah
dengan sekolah

pelaksanaan



Promosi




Kolaborasi,
Rangkaian
Jaringan dan
Jalinan
Hubungan sekolah dengan
rakan luar negara

Hubungan sekolah
dengan masyarakat

pdp guru




Pentadbir



Internet




. berkongsi idea dengan sekolah yang melaksanakan i-THINK, sekolah yang
memerlukan bantuan dan khidmat nasihat serta mengadakan kunjung bantu.




. mengadakan perbincangan berkala bersama ibu bapa tentang pelaksanaan program
i-THINK.




. menjalin hubungan dengan agensi luar bagi memperoleh sumbangan dana dan
idea.
. berkolaborasi dengan rakan Thinking School di luar negara.




. mengadakan promosi melalui mewujudkan blog sekolah, meletakkan bunting, kain
rentang dan brosur di premis sekolah, Hari Terbuka i-THINK, juga membentangkan
perkembangan dan pencapaian program ini dalam konvensyen dan seminar
pendidikan.
B. PERANAN GURU

1. Penglibatan Guru dalam Aktiviti i-THINK melalui:

 (I) Kursus, Seminar dan Bengkel

a) Kursus dan Seminar i-THINK- dengan menghadiri pelbagai kursus dan
seminar program i-THINK dapat membangunkan profesionalisme diri
dalam bidang tersebut.



b) Bengkel – melalui bengkel-bengkel program i-THINK, guru dapat belajar
membuat lapan Peta Pemikiran secara hands-on dan cara menggunakan
peta-peta tersebut dengan baik supaya boleh mengajar dengan jelas
kepada murid kemudian.



 Kursus, Seminar - membangunkan

Kursus, profesionalisme guru.

Seminar,

Bengkel. Bengkel – belajar secara hands-on Peta

 Permifikiran.




 (II) Mesyuarat

a) Mesyuarat Staf – selalu menghadiri mesyuarat staf untuk membuat
perbincangan mengenai progres penerapan kemahiran Peta Pemikiran,
penguasaan dan penjiwaan murid terhadap konsep i-THINKdalam
pengajaran dan pembelajaran, aktiviti dan lain-lain.

b) Mesyuarat Panitia – mendengar dan membincang mengenai
perkembangan aktiviti penggunaan alat-alat pemifikiran dalam pengajaran
dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran tertentu.



Progres perbincangan Ikut

P&P mata pel.


 Komen

Semua Mesyuarat Mesyuarat Ketua

Guru Staf Panitia Panitia

 Minit Mesy
Penglibatan Ahli

seluruh Laporan Panitia

sekolah
(III) Portfolio Profesional

(a) Guru membina portfolio untuk menyimpan contoh-contoh kerja
persediaan pengajaran sendiri dan bahan bantuan mengajar dan sentiasa
menambahbaikan kualiti portfolio tersebut.

(b) Mengumpul dan menyusun kerja murid secara sistematik untuk
memantau perkembangan mereka dan keberkesanan alat pemikiran
kepada anak murid yang di bawah mereka.

(c) Sistem Buddy – menggalakkan bimbingan rakan sebaya untuk saling
belajar di antara guru.



 Peer

 Sistem coaching

 Buddy Pembelajaran

 Kolaboratif

Menyimpan

contoh Portfolio BBM

 Profesional



 Hasil

 Kerja Keberkesanan

 Murid pdp Memantau

 perkembangan
(III) Usaha Kolaboratif

(a) Melayari www.thinkingschool.com, www.thinkingschoolinternational.com,
www.thingkingschoolethiopa.com, www.ithink.com.my, untuk mendapat
maklumat terkini.

(b) Menghubungi pakar seperti jurulatih utama kebangsaan dan pegawai meja
melalui email untuk mendapat penjelasan sekiranya ada kekliruan.

(c) Mewujudkan kerjasama antara rakan guru, ibu bapa, pihak pentadbir tentang
persoalan yang mungkin timbul.




Usaha Kolaboratif




Sumber atas talian pakar rakan




- thinkingschool Jurulatih - guru

- i-THINK Utama - pentadbir

- ethiopia/New Zealand Kebangsaan - ibu bapa




2. Penglibatan Guru dengan Murid dalam Aktiviti i-THINK.



(I) Pembelajaran dan Pengajaran



(a) Semasa mengajar, guru menggunakan
isyarat tangan peta pemikiran i-THINK
untuk menunjukkan peta pemikiran
yang digunakan.




 C:Program FilesMicrosoft OfficeMEDIACAGCAT10j0302953.jpg
(b) Lapan Isyarat tubuh badan peta
pemikiran boleh diajar satu- persatu
selepas mengendalikan pdp.



Pdp ini bertujuan untuk mengukuhkan
ingatan murid mengenai bentuk dan
konsep alat pemikiran i-THINK.




(c) Sekali sekala, anda boleh
mengendalikan formasi badan untuk
menambahkan kepelbagaian aktiviti
pdp.




C:Program FilesMicrosoft OfficeMEDIACAGCAT10j0233018.wmf
(II) Merancang dan Melaksanakan Aktiviti Bulan i-THINK

Aktiviti i-THINK boleh dirancang mengikut mata pelajaran. Contoh: bulan
Januari fokus pada mata pelajaran Sejarah, bulan Februari fokus pada mata
pelajaran Sains dan sebagainya.




BULAN JANUARI BULAN FEBRUARI BULAN MAC

*Sejarah * Sains * Bahasa Inggeris




(III) Memberi Tugasan Pengukuhan

Guru memberi tugasan pengukuhan kepada murid untuk menggunakan peta
pemikiran yang telah diperkenalkan.



(IV) Mengadakan Projek Pameran

Mengendalikan pertandingan pameran antara kelas. Projek ini juga boleh
dijalankan di peringkat sekolah, daerah atau negeri.
BAHAGIAN 4

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI




I. Bagaimana hendak mengajar kemahiran berfikir aras tinggi?




Caranya:



1. Banyakkan soalan yang memerlukan pemikiran aras tinggi seperti soalan yang
berbentuk Mengapa? Bagaimana? Terangkan? Berpandangan?
2. Galakkan murid yang menyoal. Setiap kali diakhir pembelajaran minta murid
membuat dua soalan berdasarkan apa yang mereka telah belajar.
3. Rujuk Taksonomi Bloom dalam teknik penyoalan.
4. Banyakkan aktiviti inkuiri.




Jika kita mahu murid melibatkan diri dalam proses
pemikiran yang kreatif dan merangsangkan, sebagai guru
kita haruslah menggalakkan mereka bertanyakan soalan
aras tinggi




II. Contoh soalan (Taksonomi Bloom) berdasarkan cerita Si Tanggang




1. Mengingat ~ Apakah yang dibawa oleh Tanggang dalam kapalnya?
2. Kefahaman ~ Mengapakah Tanggang menghalau perempuan tua yang mengaku
dirinya ibu Si Tanggang?
3. Aplikasi ~ Apakah yang anda lakukan sekiranya anda ibu Si Tanggang?
4. Analisis ~ Wajarkah ibu Tanggang berdoa sedemikian kerana berkecil hati
dengan sikap si Tanggang?
5. Menilai ~ Apakah pendapat anda tentang perlakuan Si Tanggang?
6. Mencipta ~ Apakah perubahan yang mungkin anda lakukan dalam cerita tersebut
untuk menyesuaikannya dengan masa kini?
III. Penyoalan yang berkesan ialah soalan-soalan yang :


 (sumber: Nota Kursus Jurulatih Kebangsaan Kestrel Education)



1.   Ringkas dan tidak berulang
2.   Mengggalakkan murid berfikir
3.   Dinyatakan dengan jelas tanpa murid perlu bertanya maksud soalan tersebut
4.   Boleh digunakan untuk mengetahui sesuatu dengan lebih terperinci
5.   Mempunyai skop tertentu
6.   Sesuai dengan kebolehan murid
7.   Dirancang dan disoal dalam nada perbualan.
8.   Logik dan mengikut urutan
9.   Ditujukan kepada seluruh kelas/ kumpulan tertentu.
BAHAGIAN 5



FAKTA DAN MITOS

Bahagian ini cuba menjawab soalan yang sering ditanya. Dengan penjelasan yang
diberikan
ini anda akan lebih bersedia untuk memperkenalkan peta pemikiran dalam bilik
darjah.
Adalah diharapkan juga soal jawab yang disediakan ini dapat melegakan rasa risau
anda
sebagai seorang guru yang akan memperkenalkan penggunaan peta pemikiran kepada
murid buat kali pertama.

Sebagai seorang guru yang akan memperkenalkan peta pemikiran dalam pdp buat kali

pertama mungkin terdapat banyak keraguan dan persoalan yang timbul. Diharap
jawapan
yang disediakan akan dapat melengkapkan diri anda untuk menyahut cabaran ini.



UNTUK SIAPA?

Khasnya untuk dua kumpulan pendidik:

. pentadbir yang menguruskan perihal membudayakan program i-THINK di sekolah;
dan
. guru yang bakal memperkenalkan peta pemikiran kepada murid-murid di sekolah.




Soalan 1: Adakah peta pemikiran satu-satunya alat untuk menggalakkan murid
berfikir
dalam proses pdp?



Jawapan: Peta pemikiran hanya merupakan salah satu
daripada alat berfikir. Selain itu, mereka boleh menggunakan
peta minda yang lain seperti Habits of Minds, Thinking Hats,
Thinkers keys, clustering, three story intellect, scamper, route
technique, DATT, Mrs. Potter–s Questions, CORT, Mind
mapping, Critical Thinking, Brainstorming and the Thinking
Sandwich.

(Untuk maklumat lanjut sila layari www.thinkingschool.co.uk/)
Soalan 2: Mengapakah murid mesti menggunakan peta pemikiran dalam semua mata
pelajaran?

Sumbangsaran

C:Documents and SettingsAdministratorDesktopi-THINKi-think
photoIMG_0188.JPG


C:Documents and SettingsAdministratorDesktopi-THINKi-think
photoIMG_0178.JPG
Pembentukan
Konsep

C:Documents and SettingsAdministratorDesktopi-THINKi-think
photoIMG_0194.JPG




Pembelajaran berpusatkan
murid – Penaakulan digalakkan




Jawapan: Murid tidak semestinya semua peta pemikiran dalam satu tajuk atau mata
pelajaran. Murid perlu menyesuaikan peta dengan tajuk pembelajaran. Dalam usaha
membudayakan kemahiran berfikir, peta pemikiran diperkenalkan sebagai salah satu
alat
berfikir yang dapat meningkatkan aras pemikiran murid.



Soalan 3: Saya keliru antara Peta Dakap dengan Peta Pokok. Apakah perbezaannya?

tayar



pintu

Kenderaan

Udara

Laut

Darat




Kereta

enjin
bonet




badan




Jawapan: Proses berfikir yang membezakan antara satu peta dengan peta pemikiran
yang
lain. Peta dakap adalah untuk menunjukkan perhubungan antara keseluruhan dengan
sebahagian mengenai sesuatu objek fizikal. Contohnya peta dakap digunakan untuk
menunjukkan hubungan bahagian-bahagian kereta yang menjadikan keseluruhan
kereta.
Manakala peta pokok menunjukkan pemikiran mengelas atau mengkategorikan sesuatu
sebagai contoh jenis kenderaan boleh dikategorikan seperti berikut kenderaan
darat, udara
dan laut.
C:Documents and SettingsAdministratorDesktopi-THINKi-think
photoIMG_0136.JPG
C:Documents and SettingsAdministratorDesktopi-THINKi-think
photoIMG_0180.JPG
Soalan 4: Adakah penggunaan peta pemikiran
dalam proses pdp menyulitkan dari segi
pengurusan masa?

Jawapan: Tidak. Peta pemikiran adalah alat
untuk membantu peningkatan kemahiran berfikir.




Soalan 5: Perlukah templet peta pemikiran sentiasa dibekalkan?



C:Documents and SettingsAdministratorDesktopi-THINKi-think
photoIMG_0107.JPG
C:Documents and SettingsAdministratorDesktopi-THINKi-think
photoIMG_0129.JPG
C:Documents and SettingsAdministratorDesktopi-THINKi-think
photoIMG_0135.JPG




Peta Bulatan



Peta Pokok




Jawapan: Tidak. Templet peta pemikiran amat berguna pada peringkat awal apabila
guru
hendak memperkenalkan penggunaannya. Selepas murid telah memahami konsep peta
pemikiran, maka murid-murid boleh melukis peta pemikiran mengikut keperluan
tugasan.



Soalan 6: Adakah penggunaan peta pemikiran ini akan menjejaskan pembelajaran
murid
yang akan menduduki peperiksaan awam (Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5)?

 C:Documents and SettingsAdministratorDesktopmind_map_678611g2.jpg
Thinking Hats

Habits of Mind




Jawapan: Tidak, peta pemikiran atau alat pemikiran yang lain dapat membantu
murid
mengulangkaji pembelajaran
Soalan 7: Benarkah guru berasa tertekan dengan penggunaan peta pemikiran dalam
pdp?

Jawapan:Ya, sekiranya mereka menggunakan peta pemikiran sebagai bahan bantu
mengajar dan bukan sebagai alat berfikir. Perlu diingati bahawa dapatan telah
membuktikan
peta pemikiran ini dapat membantu murid belajar dengan berkesan. Gunakan peta
pemikiran ini sebagai alat berfikir dalam pdp. Jangan rasa TERTEKAN!



D:My Pictures050 Malaysia Nov 2011134. Reverese flow - Jawee script.jpg




Soalan 8: Perlukah guru mencatatkan peta pemikiran yang digunakan dalam Buku
Rekod
Mengajar?



 C:Documents and SettingsYVONNELocal SettingsTemporary Internet
FilesContent.Wordbuku i-think 24-5-12 202.jpg
C:Documents and SettingsYVONNELocal SettingsTemporary Internet
FilesContent.Wordbuku i-think 24-5-12 200.jpg
C:Documents and SettingsYVONNELocal SettingsTemporary Internet
FilesContent.Wordbuku i-think 24-5-12 199.jpg


C:Documents and SettingsYVONNEMy DocumentsMy Picturesbuku i-think 24-5-12
201.jpg


Jawapan: Guru digalakkan mencatat peta pemikiran yang akan digunakan dalam pdp.
Soalan 9: Pasukan pemandu rasa agak terbeban apabila Guru Besar/Pengetua meminta

mereka memberi taklimat di luar sekolah kerana ilmu mereka pun belum mantap dan
masih
dalam proses menyesuaikan diri. Adakah perlu pasukan pemandu memainkan peranan
dalam menyebar luas program i-THINK?

Jawapan: Jangan rasa takut atau tertekan apabila Guru Besar/Pengetua meminta
pasukan
pemandu berkongsi ilmu mengenai peta pemikiran. Apa yang pasukan pemandu perlu
berkongsi adalah:

a) Apa itu peta pemikiran dan carta

 Q-matrik?




b) Bagaimanakah hendak
menggunakannya?




 GUNA



1-91


Pasukan pemandu digalakkan menganggap sesi taklimat itu sebagai sesi perkongsian

pengalaman proses pembelajaran sahaja.



Soalan 10: Adakah pelestarian program i-THINK akan menjurus ke arah Pembelajaran

Berpusatkan Murid?

C:Documents and SettingsYVONNEDesktopprogram i-think IPIKSK kiaramas 23-5-
12 Pn Heryantikiara mas picturesithink picIMG_8429.JPG
Jawapan: Ya. Semua guru hendaklah
memberi murid peluang menggunakan
peta pemikiran dalam pembelajaran di
mana guru bertindak sebagai fasilitator.

C:Documents and SettingsYVONNEDesktopprogram i-think IPIKSK kiaramas 23-5-
12 Pn Heryantikiara mas picturesithink picIMG_8543.JPG
C:Documents and SettingsYVONNEDesktopprogram i-think IPIKSK kiaramas 23-5-
12 Pn Heryantikiara mas picturesithink picIMG_8534.JPG
RUMUSAN




Penglibatan dalam beberapa aktiviti sekolah dapat meningkatkan budaya kemhiran
berfikir
guru, tetapi....



 yang paling utama




dapat menghasilkan

murid yang mempunyai




KEMAHIRAN BERFIKIR

ARAS TINGGI




TIP

1. Pastikan murid sudah bersedia untuk belajar.
2. Pastikan guru memberi masa –Wait time– bagi murid berfikir.
3. Pastikan arahan guru senang difahami murid.
Panel Penggubal

1.


Dr. Hajar binti Mohd Nor

Bahagian Pembangunan Kurikulum

2.


Pn. Marzita binti Omar

Bahagian Pembangunan Kurikulum

3.


Cik Ida Hairani binti Bakar

Bahagian Pembangunan Kurikulum

4.


Pn. Zainab binti Yusof

Institut Pendidikan Guru Malaysia

5.


En. Ahmad Salihin bin Mat Saat

Institut Aminuddin Baki

6.


Pn. Nazhatul Shima binti Aziz

Institut Aminuddin Baki

7.


Pn. Pavithradevi Ramasamy

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan

8.


Dr. Idrus bin Kadir
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

9.


Dr. Chiang Ee Fong

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL

10.


Dr. Khamdani Sairi

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL

11.


Dr. Ramesh Rao

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL

12.


Cik Grace Chang Siew Yeng

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL

13.


Cik Ong Siow Kim

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL

14.


En. Peter Ong Eng

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL

15.


Pn. Anita Sapura binti Shaari

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL

16.


En. Tan Song Kag

SK Kiaramas, K. L

17.


Pn. Zuliana bt Ismail

SK Kiaramas, K. L
18.


Pn. Tan Lay Leng

SK Kiaramas, K. L

19.


Pn. Heryanti binti Mahd Yamin

SK Kiaramas, K. L

20.


Pn. Ho Siew Leng

SJKC Wen Hua, Melaka

21.


Pn. Ho Wye Kuan

SJKC Wen Hua, Melaka
RUJUKAN

Hyerle, D. & Yeager, C. ( 2007). Thinking Maps: A Language for Learning. US:
Thinking

Maps Incorporated.



PPK (1999) Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Sains



PPK (2001). Belajar Cara Belajar. Kementerian Pelajaran Malaysia.



PPK (2002). Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kementerian
Pelajaran Malaysia




Laman web berkaitan boleh dirujuk dan dimuat turun dari laman web BPK
http://www.moe.gov.my/bpk

a. Klik Penerbitan .Modul Semakan Kurikulum .Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran

dan Pembelajaran
b. Klik Penerbitan .Sains Teras . Penerapan Kemahiran Berfikir dan Strategi
Berfikir
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains
c. Klik KSSR . Elemen Merentas Kurikulum,
I think

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Kursus Program i-Think
Kursus Program i-ThinkKursus Program i-Think
Kursus Program i-ThinkMokhzani Fadir
 
Perancangan iTHINK
Perancangan iTHINKPerancangan iTHINK
Perancangan iTHINKALSAFII
 
Program i think SK SERI SETIA, TELUK INTAN
Program i think SK SERI SETIA, TELUK INTANProgram i think SK SERI SETIA, TELUK INTAN
Program i think SK SERI SETIA, TELUK INTANAAW6022
 
Peta pemikiran dalam pdp efektif di bilik darjah menggalakkan KBAT di kalanga...
Peta pemikiran dalam pdp efektif di bilik darjah menggalakkan KBAT di kalanga...Peta pemikiran dalam pdp efektif di bilik darjah menggalakkan KBAT di kalanga...
Peta pemikiran dalam pdp efektif di bilik darjah menggalakkan KBAT di kalanga...Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKcwanrzzwt
 
Buku panduan kemahiran_menaakul[1]
Buku panduan kemahiran_menaakul[1]Buku panduan kemahiran_menaakul[1]
Buku panduan kemahiran_menaakul[1]Krystie Kriss
 
peta pemikiran A
peta pemikiran Apeta pemikiran A
peta pemikiran ACikgu Bibi
 
Dskp sains tahun 5 utk sk
Dskp sains tahun 5 utk skDskp sains tahun 5 utk sk
Dskp sains tahun 5 utk skHazlee Gapal
 
Overview Program i-THINK Dalam KBAT
Overview Program i-THINK Dalam KBATOverview Program i-THINK Dalam KBAT
Overview Program i-THINK Dalam KBATTajulddin Muhammad
 
peta pemikiran C
peta pemikiran Cpeta pemikiran C
peta pemikiran CCikgu Bibi
 
SCES3152 Pembentangan Projek Inovasi Digital
SCES3152 Pembentangan Projek Inovasi DigitalSCES3152 Pembentangan Projek Inovasi Digital
SCES3152 Pembentangan Projek Inovasi Digitalrosedainty
 
Bahan kbat
Bahan kbatBahan kbat
Bahan kbatalip1981
 
Emk teknologi maklumat dan komunikasi
Emk teknologi maklumat dan komunikasiEmk teknologi maklumat dan komunikasi
Emk teknologi maklumat dan komunikasilailihjdaud
 

Was ist angesagt? (20)

Kursus Program i-Think
Kursus Program i-ThinkKursus Program i-Think
Kursus Program i-Think
 
Perancangan iTHINK
Perancangan iTHINKPerancangan iTHINK
Perancangan iTHINK
 
Program i think SK SERI SETIA, TELUK INTAN
Program i think SK SERI SETIA, TELUK INTANProgram i think SK SERI SETIA, TELUK INTAN
Program i think SK SERI SETIA, TELUK INTAN
 
Peta pemikiran dalam pdp efektif di bilik darjah menggalakkan KBAT di kalanga...
Peta pemikiran dalam pdp efektif di bilik darjah menggalakkan KBAT di kalanga...Peta pemikiran dalam pdp efektif di bilik darjah menggalakkan KBAT di kalanga...
Peta pemikiran dalam pdp efektif di bilik darjah menggalakkan KBAT di kalanga...
 
I think1
I think1I think1
I think1
 
I think
I thinkI think
I think
 
3. peta pemikiran
3. peta pemikiran3. peta pemikiran
3. peta pemikiran
 
Panduan KBAT KBSM
Panduan KBAT KBSMPanduan KBAT KBSM
Panduan KBAT KBSM
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMK
 
Buku panduan kemahiran_menaakul[1]
Buku panduan kemahiran_menaakul[1]Buku panduan kemahiran_menaakul[1]
Buku panduan kemahiran_menaakul[1]
 
peta pemikiran A
peta pemikiran Apeta pemikiran A
peta pemikiran A
 
Dskp sains tahun 5 utk sk
Dskp sains tahun 5 utk skDskp sains tahun 5 utk sk
Dskp sains tahun 5 utk sk
 
Overview Program i-THINK Dalam KBAT
Overview Program i-THINK Dalam KBATOverview Program i-THINK Dalam KBAT
Overview Program i-THINK Dalam KBAT
 
3. peta-pemikiran
3. peta-pemikiran3. peta-pemikiran
3. peta-pemikiran
 
Trend kurikulum
Trend kurikulumTrend kurikulum
Trend kurikulum
 
peta pemikiran C
peta pemikiran Cpeta pemikiran C
peta pemikiran C
 
SCES3152 Pembentangan Projek Inovasi Digital
SCES3152 Pembentangan Projek Inovasi DigitalSCES3152 Pembentangan Projek Inovasi Digital
SCES3152 Pembentangan Projek Inovasi Digital
 
Konsep elemen merentas kurikulum
Konsep elemen merentas kurikulumKonsep elemen merentas kurikulum
Konsep elemen merentas kurikulum
 
Bahan kbat
Bahan kbatBahan kbat
Bahan kbat
 
Emk teknologi maklumat dan komunikasi
Emk teknologi maklumat dan komunikasiEmk teknologi maklumat dan komunikasi
Emk teknologi maklumat dan komunikasi
 

Ähnlich wie I think

Buku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakulBuku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakulAdila Dila
 
Pembugaran pedagogi
Pembugaran pedagogiPembugaran pedagogi
Pembugaran pedagogiskjap
 
Kreativiti dan inovasi
Kreativiti dan inovasiKreativiti dan inovasi
Kreativiti dan inovasiAdila Dila
 
pengenalan program i_think
pengenalan program i_thinkpengenalan program i_think
pengenalan program i_thinksepatubiru
 
3.pengenalan program i_think
3.pengenalan program i_think3.pengenalan program i_think
3.pengenalan program i_thinkKPM
 
Kreativiti dan-inovasi
Kreativiti dan-inovasiKreativiti dan-inovasi
Kreativiti dan-inovasiIrfan Ahza
 
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRIBuku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRISiti Ayu Megawati
 
Bahan sumber matematik 2
Bahan sumber matematik 2Bahan sumber matematik 2
Bahan sumber matematik 2Hani Zah
 
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggi
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggiHbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggi
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggimuhammad
 
Implementation of HOTS in Preschool
Implementation of HOTS in PreschoolImplementation of HOTS in Preschool
Implementation of HOTS in PreschoolMarzita Omar
 
8 TEMA KEBEKERJAAN SMK.pptx
8 TEMA KEBEKERJAAN SMK.pptx8 TEMA KEBEKERJAAN SMK.pptx
8 TEMA KEBEKERJAAN SMK.pptxsyahrini4
 
Copy of Merancang Pembelajaran 2_ Modul Ajar.pptx
Copy of Merancang Pembelajaran 2_ Modul Ajar.pptxCopy of Merancang Pembelajaran 2_ Modul Ajar.pptx
Copy of Merancang Pembelajaran 2_ Modul Ajar.pptxAriniKumalaSari1
 
Kreativiti present[1]
Kreativiti present[1]Kreativiti present[1]
Kreativiti present[1]cgrohanasmksm
 
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)Operator Warnet Vast Raha
 
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)Operator Warnet Vast Raha
 

Ähnlich wie I think (20)

teacher
teacherteacher
teacher
 
Alat berfikir
Alat berfikirAlat berfikir
Alat berfikir
 
Buku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakulBuku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakul
 
Pembugaran pedagogi
Pembugaran pedagogiPembugaran pedagogi
Pembugaran pedagogi
 
KURIKULUM BM SR
KURIKULUM BM SRKURIKULUM BM SR
KURIKULUM BM SR
 
Kreativiti dan inovasi
Kreativiti dan inovasiKreativiti dan inovasi
Kreativiti dan inovasi
 
pengenalan program i_think
pengenalan program i_thinkpengenalan program i_think
pengenalan program i_think
 
3.pengenalan program i_think
3.pengenalan program i_think3.pengenalan program i_think
3.pengenalan program i_think
 
Kreativiti dan Inovasi
Kreativiti dan Inovasi Kreativiti dan Inovasi
Kreativiti dan Inovasi
 
Kreativiti dan-inovasi
Kreativiti dan-inovasiKreativiti dan-inovasi
Kreativiti dan-inovasi
 
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRIBuku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
 
Bahan sumber matematik 2
Bahan sumber matematik 2Bahan sumber matematik 2
Bahan sumber matematik 2
 
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggi
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggiHbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggi
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggi
 
Implementation of HOTS in Preschool
Implementation of HOTS in PreschoolImplementation of HOTS in Preschool
Implementation of HOTS in Preschool
 
8 TEMA KEBEKERJAAN SMK.pptx
8 TEMA KEBEKERJAAN SMK.pptx8 TEMA KEBEKERJAAN SMK.pptx
8 TEMA KEBEKERJAAN SMK.pptx
 
Copy of Merancang Pembelajaran 2_ Modul Ajar.pptx
Copy of Merancang Pembelajaran 2_ Modul Ajar.pptxCopy of Merancang Pembelajaran 2_ Modul Ajar.pptx
Copy of Merancang Pembelajaran 2_ Modul Ajar.pptx
 
Kreativiti present[1]
Kreativiti present[1]Kreativiti present[1]
Kreativiti present[1]
 
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)
 
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)
 
Kbat2
Kbat2Kbat2
Kbat2
 

I think

  • 2. Cetakan Pertama 2012 © Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 2012 Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain cara sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
  • 3. Kandungan Muka Surat Pendahuluan 3 Objektif Buku 4 Bagaimana Hendak Menggunakan Buku Ini 4 Bahagian 1 : Kemahiran Berfikir 5 Bahagian 2 : Peta Pemikiran 8 Bahagian 3: Pembudayaan Program i-THINK 25 Bahagian 4: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
  • 4. 38 Bahagian 5: Fakta dan Mitos 39 Panel Penggubal 45 Rujukan 46
  • 5. PENDAHULUAN Pencapaian Malaysia dalam Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) tahun 2007 adalah pada tahap 20 bagi Matematik dan 21 bagi Sains dalam kalangan 49 negara. Manakala laporan Program for International Student Assessment(PISA) tahun 2009 menunjukkan prestasi Malaysia berada dalam kedudukan 57 bagi Matematik, 55 bagi Sains dan 52 bagi Kefahaman dalam kalangan 74 negara. Dapatan ini dikukuhkan lagi dengan laporan kajian keperluan oleh Perunding Kestrel Education (UK) dan 21 Centruy Schools (USA) yang dibentangkan pada 2 November 2011 mendapati bahawa pemikiran aras tinggi dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah. Program Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) telah mula diperkenalkan pada tahun 1994. Guru telah diperkenalkan kepada pelbagai alat berfikir. Walau bagaimanapun, dapatan menunjukkan guru kurang kemahiran aras tinggi di dalam pengajran dan pembelajaran mereka. Pengajaran guru banyak berpusatkan guru dan menjuruskan persediaan peperikasaan. Dengan itu dapatan ini memberi kesan kepada usaha KPM untuk menghasilkan modal insan yang keratif dan berinovatif serta dapat menghadapi cabaran kemahiran abad ke-21 yang memerlukan seseorang yang berkebolehan berfikiran aras tinggi. Pada 27 Julai 2011 Mesyuarat di antara Agensi Inovasi Malaysia (di bawah Jabatan Perdana Menteri) dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju melaksanakan program i-THINK dengan merintis 10 buah sekolah di Malaysia. Program ini akan dipeluaskan kepada 1,000 sekolah pada tahun 2013 dan seterusnya semua sekolah akan melaksanakan program ini pada tahun 2014. Program i-Think merupakan satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir di dalam pengajaran dan pembelajaran disamping melaksanakan aktiviti kemahiran aras tinggi. Sekolah rintis yang terlibat adalah seperti di berikut: Bil. Sekolah Negeri 1 SK Kiara Mas
  • 6. Kuala Lumpur 2 SJKT Port Dickson Negeri Sembilan 3 SJKC Wen Hua Melaka 4 SK Paya Pulai Pahang 5 SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed Kuching 6 SK Pusat Bukit Besar Terengganu 7 SMK Kota Marudu, Kota Marudu Sabah 8 SMK Convent Muar Muar 9 SMK Tun Hussein Onn Pulau Pinang 10 SMK Gaal Kelantan
  • 7. OBJEKTIF Buku ini bertujuan memberi penerangan tentang pembudayaan kemahiran berfikir dalam kalangan guru dan murid di sekolah. Budaya berfikir berlaku apabila guru dan murid mengamalkan penggunaan alat berfikir semasa pembelajaran dan pengajaran. BAGAIMANA MENGGUNAKAN BUKU INI? Buku ini terdiri daripada empat bahagian. Bahagian 1 Bahagian ini memberi gambaran secara jelas tentang Kemahiran Berfikir agar dapat membantu guru dan murid untuk memahami secara mendalam tentang program i-THINK. Bahagian 2 Bahagian ini memperkenalkan lapan peta pemikiran yang digunakan dalam program i- THINK. Setiap peta disertakan dengan proses pemikiran, langkah penggunaannya, kata kunci dan dua contoh hasil kerja murid dari sekolah rintis. Bahagian 3 Bahagian ini menerangkan pembudayaan program i-THINK dalam kalangan guru dan murid. Sokongan dan peranan pentadbir juga dihuraikan. Bahagian 4 Bahagian ini menjelaskan fakta dan mitos perihal pengenalan dan pembudayaan program i- THINK di sekolah. Bahagian 5 Bahagian ini memberitahu sedikit sebanyak cara mengajar kemahiran berfikir aras tinggi dan penggunaan Taksonomi Bloom. Contoh ringkas penyoalan mengikut Taksonomi Bloom dan tips penyoalan berkesan juga dipaprkan.
  • 8.
  • 9. BAHAGIAN 1 KEMAHIRAN BERFIKIR Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran berfikir? Kemahiran berfikir boleh didefinasikan sebagai menggunakan minda untuk melahirkan idea-idea yang bernas, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir dibahagikan kepada Kemahiran Kritis dan Kemahiran Kreatif. Kemahiran berfikir adalah proses berfikir yang lebih tinggi. Kemahiran menaakul membantu dalam membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama (PPK, 1999) rajah 1. Rajah 1: Model KBSB dalam Sains
  • 10. Bagaimana Hendak Membudayakan Kemahiran Berfikir Dalam Kalangan Murid? Aspek-aspek untuk membudayakan kemahiran berfikir: i. Kesediaan dan kebolehan murid Murid akan bersedia untuk berfikir dan memberikan idea apabila diberikan rangsangan untuk berfikir. Dengan menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda dan 6 Thinking Hats.dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menggalakan murid untuk berfikir dan membuat penaakluan ii. Teknik Penyoalan Kemahiran menyoal dengan menggunakan Taxonomi Bloom dapat membantu anda mencipta soalan yang meransang pemikiran dari aras rendah ke tinggi. Kemukakan soalan yang mudah difahami, bertumpu, bercapah dan meliputi pelbagai aras kognitif. Soalan yang bersesuaian dengan aras murid akan mencetuskan pemikiran kreatif dan kritis murid. Banyakkan aktiviti pembelajaran yang memerlukan murid menyoal bukan guru. iii. Aktiviti Kelas Banyakkan aktiviti kelas yang berpusatkan murid di mana murid dapat berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid, murid dengan guru atau murid dengan bahan. Aktiviti kelas boleh dijalankan dalam bentuk individu, berpasangan atau berkumpulan. Galakkan murid membuat pembentangan dalam kumpulan supaya mewujudkan rasa tanggungjawab dan akauntabiliti murid terhadap hasil kerja mereka. Murid akan terlibat secara aktif apabila diberi peluang untuk berkongsi idea dan rumusan hasil sesuatu proses pemikiran. Gunakan dua waktu untuk aktiviti berkumpulan atau berpasangan. Galakkan murid membuat projek.
  • 11. Adakah satu alat sesuai untuk menyelesaikan pelbagai masalah? Setiap masalah memerlukan alat yang bersesuaian untuk mengatasinya. Sama juga di dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran memerlukan pendekatan yang berlainan untuk suaikan dengan tajuk dan tahap murid. Terdapat banyak alat berfikir yang boleh di gunakan antaranya: 1. Edward De Bono 6 Thinking Hats 2. Peta Minda (Tony Buzan) 3. Diagram Tulang Ikan (Ishikawa) 4. Analisis Swot 5. Carta T 6. Carta Y 7. Diagram Lotus 8. Peta Pemikiran
  • 12. BAHAGIAN 2 APA ITU PETA PEMIKIRAN? Di dalam program peta pemikiran diperkenalkan dimana peta ini mengandungi 8 peta pemikiran. Setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran yang disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran. Kombinasi secara kompleks dan mendalam Digunakan oleh semua guru Peta Pemikiran Corak visual Berdasarkan 8 kemahiran kognitif Diaplikasi dalam semua bidang
  • 13.
  • 14. LAPAN PETA PEMIKIRAN 1. Peta Bulatan Proses Pemikiran: MENDEFINISIKAN MENGIKUT KONTEKS (DEFINING IN CONTEXT) PETA BULATAN (CIRCLE MAP) Langkah Membina Peta Bulatan 1. Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah. 2. Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan di dalamnya. 3. Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut. 4. Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbangsaran). 5. Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak. Soalan-soalan Berkaitan 1. Apakah kata pembayang yang dapat membantu mendefinisikan topik? 2. Bagaimana anda tahu tentang ................... ?
  • 15. 3. Adakah anda tahu bahawa ...........................? 4. Bagaimana mendefinisikan/memperkenalkan idea/topik ini? 5. Apakah yang anda terfikir tentang .......................? FAEDAH PENGGUNAAN PETA BULATAN . Meningkatkan kosa kata . Sumbangsaran idea dalam penulisan . Menguji pengetahuan sedia ada murid . Menguji pemahaman murid selepas pdp KATA KUNCI . Konteks/senaraikan . Jelaskan . Tuliskan semua yang anda tahu ..... . Sumbangsaran . Kenalpasti . Kaitkan dengan pengetahuan sedia ada . Meneroka makna/maklumat
  • 16. Contoh Hasil Kerja Murid Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Bahasa Malaysia
  • 17. 2. Peta Buih Proses Pemikiran: MENERANGKAN MENGGUNAKAN KATA SIFAT (DESCRIBING QUALITIES) PETA BUIH (BUBBLE MAP) Langkah Membina Peta Buih 1. Lukiskan sebuah bulatan di bahagian tengah dan labelkan topik utama di dalamnya. 2. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilinya untuk diisi dengan kata adjektif / kata sifat yang mewakili topik tersebut. 3. Sambungkan semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan garis lurus. 4. Senaraikan seberapa banyak kata adjektif barkaitan sama ada positif / negatif dan warna yang berbeza boleh digunakan. 5. Cadangan topik – diri saya 6. Kata Adjektif – cantik, baik hati, periang, pandai, pendiam, cemburu, malas Soalan-soalan Berkaitan 1. Bagaimana anda dapat menerangkan tentang seseorang, tempat, benda, idea, konsep, gambar,...? 2. Apakah ciri-ciri yang digunakan bagi mewakili objek ini? 3. Apakah sifat bagi konsep/nombor ini? 4. Apakah kualiti yang penting bagi konsep ini?
  • 18. PENGGUNAAN PETA BUIH . Sifat manusia . Membezakan fakta dan pendapat KATA KUNCI . Terangkan . Jelaskan . Gunakan 5 pancaindera untuk menerangkan ....... . Kualiti . Sifat . Ciri-ciri
  • 19. Contoh Hasil Kerja Murid Pendidikan Moral Bahasa Inggeris
  • 20.
  • 21. 3. Peta Buih Berganda Proses Pemikiran: MEMBANDING BEZA (COMPARING & CONTRASTING) PETA BUIH BERGANDA (DOUBLE BUBBLE MAP) Langkah Membina Peta Buih Berganda 1. Digunakan untuk membanding beza sesuatu benda/idea. 2. Lukiskan 2 bulatan di bahagian tengah untuk menulis 2 topik (objek/idea) yang ingin dibandingkan. 3. Tuliskan kedua-dua topik tersebut di dalamnya. 4. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah di antara 2 bulatan utama. 5. Sambungkan semua bulatan dengan 2 topik utama menggunakan garis lurus. 6. Bagi bulatan yang berada di antara 2 topik, gabungkannya dengan kedua-dua topik untuk mewakili persamaan. 7. Isikan semua perbezaan di dalam bulatan yang hanya bersambung dengan 1 topik sahaja. 8. Cadangan topik – Diri saya dan rakan karib.
  • 22. Soalan-soalan Berkaitan 1. Apakah persamaan dan perbezaan antara 2 topik ini? 2. Bagaimanakah kita dapat membanding beza kedua-duanya? 3. Persamaan yang manakah paling ketara? KATA KUNCI . Bandingkan . Bezakan . Persamaan . Bezakan antara ..... dengan ..... . Perbezaan PENGGUNAAN PETA BUIH BERGANDA . Membandig beza ciri-ciri bentuk 2D dan 3D . Membandingkan sifat manusia . Membandingkan 2 idea
  • 23. Contoh Hasil Kerja Murid Matematik B.MALAYSIA Pendidikan Muzik
  • 24. 4. Peta Pokok Proses Pemikiran: MEMBUAT PENGKELASAN (CLASSIFYING) PETA POKOK (TREE MAP) Langkah Membina Peta Pokok 1. Tuliskan tajuk/topik utama di bahagian atas dan gariskannya. 2. Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa kumpulan/kategori. 3. Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang pengkelasan. 4. Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap kategori. 5. Gariskan setiap contoh yang ditulis. Soalan-soalan Berkaitan
  • 25. 1. Bagaimana anda mengasingkan semua maklumat yang telah dikumpulkan? 2. Bolehkan anda mengasigkan/mengkelaskan objek-objek ini mengikut kumpulannya? 3. Apakah idea/penjelasan yang menerangkan/menyokong idea utama ini? 4. Apakah contoh bagi setiap ketagori ini? 5. Adakah item ini sesuai untuk ditulis dalam beberapa kategori yang telah dipilih? 6. Adakah cara yang lebih baik untuk mengkelaskan bahan/alatan ini? PENGGUNAAN PETA POKOK . Mengkelaskan kumpulan haiwan . Mengkelaskan jenis alatan muzik . Mengkelaskan elemen penting cerita . Mengkategorikan kosa kata KATA KUNCI . Kelaskan . Asingkan . Kategorikan . Kenalpasti antara idea utama dan penjelasannya
  • 26. Contoh Hasil Kerja Murid Bahasa Arab Bahasa Inggeris
  • 27.
  • 28. 5. Peta Dakap Proses Pemikiran: SEBAHAGIAN DARIPADA KESELURUHAN (WHOLE – PARTS RELATIONSHIP) PETA DAKAP (BRACE MAP) Langkah Membina Peta Dakap 1. Digunakan untuk mengkaji / menganalisa objek secara fizikal. 2. Tuliskan objek yang ingin dipecahkan dan gariskannya. 3. Tuliskan bahagian/pecahan utama. 4. Tuliskan bahagian/komponen yang lebih kecil di sebelah kanannya. 5. Lukiskan ( { ) untuk menggabungkan/menyatukan objek dan komponennya. Soalan-soalan Berkaitan 1. Apakah nama objek ini? 2. Apakah bahagian/komponen utama objek ini? 3. Apakah komponen yang lebih kecil? 4. Adakah bahagian/komponen ini merupakan sebahagian daripada .....? 5. Bahagian/komponen manakah yang telah hilang/tiada dalam gambarajah ini?
  • 29. PENGGUNAAN PETA DAKAP . Matematik (nilai tempat nombor) . Komponen alatan muzik . Analisa struktur objek KATA KUNCI . Sebahagian daripada ..... . Tunjukkan struktur ..... . Ambil sebahagian daripada ..... . Kenalpasti struktur . Komponen fizikal . Anatomi
  • 30. Contoh Hasil Kerja Murid Bahasa Arab Matematik
  • 31. 6. Peta Alir Proses Pemikiran: URUTAN (SEQUENCING) PETA ALIR (FLOW MAP) Langkah Membina Peta Alir 1. Tuliskan tajuk ( nama acara/langkah) 2. Lukiskan sebuah segiempat tepat di sebelah kiri kertas dan isikan dengan langkah pertama untuk menghasilkan/membina/membuat –. 3. Lukiskan anak panah mengarah ke sebelah kanan. 4. Lukiskan segiempat tepat yang kedua dan isikan dengan langkah seterusnya. 5. Ulangi langkah sehingga tamat proses yang ingin diterangkan. 6. Sambungkan carta aliran bermula dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya. 7. Sekiranya terdapat penerangan selanjutnya, lukiskan petak kecil di bawah langkah utama berkenaan. 8. Cadangan topik – Apakah yang dilakukan semasa cuti sekolah Soalan-soalan Berkaitan 1. Apakah nama bagi acara/peristiwa ini? 2. Apakah langkah/peringkat bagi setiap peristiwa? 3. Adakah terdapat penjelasan lanjut bagi langkah tertentu? 4. Apakah langkah pertama yang perlu ditulis sebelum dan selepas peringkat yang sedang dibincang? 5. Apa yang berlaku selepas itu? 6. Bagaimanakah aturan yang terbaik untuk menyusun peristiwa ini? KATA KUNCI . Susunkan mengikut aturan yang betul . Ceritakan / kira semula . Kitaran . Tunjukkan proses . Selesaikan masalah ..... . Mengkaji corak (trend) PENGGUNAAN PETA ALIR . Sains ( Proses dan kitar hidupan)
  • 32. . Penyelesaian masalah . Peristiwa sejarah dan garis masa . Proses menanam sayuran (KH)
  • 33. Contoh Hasil Kerja Murid Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Sains
  • 34.
  • 35. 7. Peta Pelbagai Alir Proses Pemikiran: SEBAB DAN AKIBAT (ANALYZING CAUSE & EFFECT) PETA PELBAGAI ALIR (MULTI – FLOW MAP) Langkah Membina Peta Pelbagai Alir 1. Digunakan untuk menggambarkan/mengillustrasikan analisa sebab dan akibat. 2. Lukiskan rajah segiempat tepat di bahagian tengah dan tuliskan peristiwa yang dikaji. 3. Di sebelah kiri rajah, tuliskan sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut dalam petak berasingan. 4. Sambungkan setiap sebab dengan anak panah mengarah kepada peristiwa. 5. Tuliskan beberapa akibat daripada peristiwa tersebut dalam petak di sebelah kanan peristiwa. 6. Sambungkan peristiwa dan akibat dengan anak panah mengarah ke kanan. 7. Cadangan Topik – Jika saya berjaya dalam peperiksaan. Soalan-soalan Berkaitan 1. Apakah sebab dan akibat peristiwa ini? 2. Mengapakah peristiwa ini berlaku? (cause) 3. Apakah akibat daripada berlakunya peristiwa itu? 4. Apakah kesan daripada peristiwa ini? 5. Apakah pengajaran disebalik peristiwa ini? 6. Apakah yang akan berlaku jika .................. berlaku?
  • 36. KATA KUNCI . Sebab dan akibat . Bincangkan akibatnya/pengajaran . Apakah yang akan berlaku sekiranya ............. ? . Jika ................... maka ............... . Terangkan perubahan ....................... . Kenalpasti pengajarannya . Kenalpasti keputusan daripada ........ . Apa yang berlaku jika ....... PENGGUNAAN PELBAGAI PETA ALIR . Analisa sejarah . Membaca dan meramalkan kejadian . Pengurusan sikap
  • 37. Contoh Hasil Kerja Murid Bahasa Inggeris Sains
  • 38. 8. Peta Titi Proses Pemikiran: ANALOGI (HUBUNGAN YANG SAMA, MENCARI FAKTOR PENGHUBUNGAN (SEEING ANALOGIES) PETA TITI (BRIDGE MAP) RF as as as Relating factor = RF Langkah Membina Peta Titi 1. Lukiskan sebuah garisan dan tuliskan faktor berkaitan (relating factor) di bahagian kiri. 2. Faktor berkaitan (RF) adalah frasa setara yang mengaitkan analogi. 3. Lukiskan garisan dan tuliskan di bahagian atas dan bawahnya pasangan yang berkaitan. 4. Seterusnya, ikuti langkah yang sama untuk pasangan berikutnya. 5. Kedua-dua pasangan berkaitan ini disambungkan oleh titi ( ). 6. Sambungkan pasangan seterusnya sehingga tamat. 7. Cadangan topik – kaitkan warna dan buah-buahan.
  • 39. Soalan-soalan Berkaitan 1. Apakah faktor berkaitan antara dua contoh ini? 2. Bagaimana kedua-dua perkataan ini dapat dikaitkan? 3. Apakah ayat yang dapat dibina dengan dua perkataan ini? 4. Adakah perkaitannya sama bagi semua contoh yang ditunjukkan? 5. Apakah pasangan lain yang mempunyai perkaitan yang sama? PENGGUNAAN PETA TITI . Konsep Sains . Peristiwa sejarah . Perkaitan matematik KATA KUNCI . Kenalpasti perkaitan . Meneka peraturan . Simbol . Analogi . Kesetaraan
  • 40. Contoh Hasil Kerja Murid Bahasa Malaysia
  • 41. BAHAGIAN 3 PEMBUDAYAAN PROGRAM i-THINK DALAM KALANGAN PENTADBIR, GURU DAN MURID DI SEKOLAH A. PERANAN PENTADBIR Dalam membudayakan program i-THINK di sekolah, pihak pentadbir harus mengambil kira elemen-elemen yang dicadangkan. Pembudayaan Program i-THINK di Sekolah Peranan Pentadbir sekolah Pengurusan pentadbiran sekolah Latihan Perancangan dan Pelaksanaan Program Promosi Kolaborasi dan rangkaian jaringan Hasil yang diharapkan Penilaian Berterusan Pentadbir sekolah IAB
  • 43.
  • 44. 3.1 Pengurusan Pentadbiran Sekolah Peranan pentadbir adalah sangat signifikan dalam menyokong sepenuhnya program i-THINK di sekolah. Oleh itu pentadbir perlu memahami konsep program i-THINK. Konsep program i-THINK mengambi lkira elemen-elemen seperti yang dinyatakan di bawah. Konsep Program i-THINK Mentransformasikan pendidikan Membentuk kepakaran Menggunakan peta pemikiran Pembangunan kolaboratif Membentuk organisasi pembelajaran Pengalaman Sedia Ada A Language For Learning Menjana pemikiran Konsep program i-THINK Konsep
  • 46. Sebagai langkah awal, pentadbir sekolah perlu menubuhkan pasukan pemandu i-THINK di sekolah masing-masing. Jawatankuasa i-THINK di sekolah (UMUM) Penasihat (Guru Besar/Pengetua) Penyelaras (Ketua i-THINK) Pasukan Pemandu 2 (Guru 2) Pasukan Pemandu 1 (Guru 1) Pasukan Pemandu 3 (Guru 3) Contoh Jawatankuasa i-THINK Sekolah* Penasihat
  • 47. (Guru Besar/Pengetua) GPK Kokurikulum GPK Pentadbiran (Kurikulum) GPK HEM Penyelaras (Ketua i-Think) Pasukan Pemandu 3 (Guru 3)
  • 48. Pasukan Pemandu 2 (Guru 2) Pasukan Pemandu 1 (Guru 1) *Pihak sekolah boleh membuat penambahan jumlah AJK Pemandu di sekolah.
  • 49. 3.2 Latihan Bagi membudayakan kemahiran berfikir melalui program i-THINK, pasukan pemandu perlu mengadakan latihan kepada semua warga sekolah. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program i-THINK, latihan secara berterusan perlu diadakan. Latihan ini meliputi: . Kursus dalaman Pasukan pemandu sekolah yang telah menghadiri kursus perlu mengadakan kursus dalaman kepada guru lain di sekolah masing-masing. . Induksi berstruktur Pendedahan program ini perlu diberikan kepada guru baharu / guru novice, guru ganti dan guru pelatih secara berperingkat melalui modul, interaksi secara bersemuka dan pendekatan peer coaching mengikut keperluan. . Bimbingan coaching dan mentoring (daripada pasukan pemandu sekolah/JUK i- THINK) Pasukan pemandu / JUK i-THINK perlu sentiasa memberi bimbingan coaching dan mentoring kepada guru-guru yang kurang memahami atau memerlukan bimbingan tentang penggunaan peta pemikiran.
  • 50.
  • 51. 3.3 Perancangan Dan Pelaksanaan Program Cadangan perancangan dan pelaksanaan program i-THINK di sekolah adalah seperti di bawah. Walau bagaimanapun, pihak pentadbir boleh membuat penyesuaian mengikut keadaan sekolah masing-masing. Kursus Dalaman Kepada Guru-guru Sekolah Kursus Pasukan Pemandu Sekolah i-THINK (dilatih oleh JUK) Pelaksanaan Program i-THINK di sekolah Memperkenalkan peta pemikiran kepada murid Kursus pengukuhan program i-THINK Kursus i-THINK kepada guru baru/guru ganti/guru pelatih Pelaksanaan Program i-THINK Berterusan Laporan dan Penilaian Program i-THINK Pemantauan Berkala Program i-THINK
  • 52. KPM, JPN, PPD, Pentadbir sekolah Contoh Kursus Dalaman:
  • 53. Cadangan Pengenalan Penggunaan Peta Pemikiran di Sekolah Dalam proses pdp, pentadbir perlu memastikan: PROGRAM i-THINKPELAN PELAKSANAAN Minggu1PetaBulatanMinggu2PetaBuihMinggu3PetaAlirMinggu4PetaTitiMinggu5PetaDakapM inggu6PetaPokokMinggu7PetaPelbagaiAlirMinggu8PeaBuihBergandaMinggu9 danseterusnyaAplikasiPetaPemikirandalampdp . guru menerapkan proses kemahiran berfikir kepada murid melalui peta pemikiran. . guru memeriksa dan menilai setiap hasil kerja murid . hasil kerja murid dipamerkan di sudut i-THINK dalam kelas dan di sekeliling kawasan sekolah . murid menggunakan peta pemikiran dalam pembelajaran mereka. . rakan pembimbing dibentuk dalam kalangan murid . guru menggunakan peta pemikiran atau alat berfikir yang sesuai semasa pdp.
  • 54.
  • 55. 3.4 Penilaian Berterusan Pentadbir Sekolah Pengalaman Sedia Ada Maklum balas Guru Refleksi Kendiri Penilaian Berterusan Hasil kerja Murid Pemerhatian terhadap pdp guru
  • 56. Maklum balas JK Pembinaan Modul i-THINK Dalam pelaksanaan penilaian berterusan di sekolah, pentadbir juga perlu: . membuat pemerhatian dan pemantauan terhadap penggunaan peta pemikiran dalam pdp guru berpandukan Instrumen SKPM 2010. . menggalakkan guru dan murid mengamalkan penilaian kendiri secara terarah (self- directed reflection) melalui refleksi kendiri. . memastikan guru memeriksa dan memberi komen terhadap hasil kerja murid serta menyimpan hasil kerja mereka secara sistematik mengikut mata pelajaran. . mengadakan pertemuan dengan pasukan pemandu sekolah untuk membincangkan kelancaran program i-THINK di sekolah serta memberi sokongan moral, kewangan dan galakan kepada guru.
  • 57.
  • 58. 3.5 Hasil Yang Diharapkan Adalah diharapkan pihak sekolah dapat mengenal pasti berlakunya perubahan sikap murid. Perubahan yang diharapkan pada murid adalah : Meningkatkan daya imaginasi (berfikir di luar kotak) Meningkatkan keyakinan Meningkatkan kemahiran berfikir Bermotivasi Image Detail Meningkatkan interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan murid Menunjukkan minat terhadap pembelajaran
  • 60.
  • 61. 3.6 Promosi, Kolaborasi, Rangkaian Jaringan dan Jalinan Untuk melestarikan program i-THINK di sekolah, pentadbir perlu mewujudkan kerjasama dengan pelbagai pihak (dalam dan luar sekolah) di samping mempromosikan program ini. IAB Pengalaman sedia ada Hubungan sekolah dengan agensi luar Hubungan sekolah dengan agensi luar Hubungan sekolah dengan sekolah pelaksanaan Promosi Kolaborasi, Rangkaian Jaringan dan Jalinan
  • 62. Hubungan sekolah dengan rakan luar negara Hubungan sekolah dengan masyarakat pdp guru Pentadbir Internet . berkongsi idea dengan sekolah yang melaksanakan i-THINK, sekolah yang memerlukan bantuan dan khidmat nasihat serta mengadakan kunjung bantu. . mengadakan perbincangan berkala bersama ibu bapa tentang pelaksanaan program i-THINK. . menjalin hubungan dengan agensi luar bagi memperoleh sumbangan dana dan idea.
  • 63. . berkolaborasi dengan rakan Thinking School di luar negara. . mengadakan promosi melalui mewujudkan blog sekolah, meletakkan bunting, kain rentang dan brosur di premis sekolah, Hari Terbuka i-THINK, juga membentangkan perkembangan dan pencapaian program ini dalam konvensyen dan seminar pendidikan.
  • 64. B. PERANAN GURU 1. Penglibatan Guru dalam Aktiviti i-THINK melalui: (I) Kursus, Seminar dan Bengkel a) Kursus dan Seminar i-THINK- dengan menghadiri pelbagai kursus dan seminar program i-THINK dapat membangunkan profesionalisme diri dalam bidang tersebut. b) Bengkel – melalui bengkel-bengkel program i-THINK, guru dapat belajar membuat lapan Peta Pemikiran secara hands-on dan cara menggunakan peta-peta tersebut dengan baik supaya boleh mengajar dengan jelas kepada murid kemudian. Kursus, Seminar - membangunkan Kursus, profesionalisme guru. Seminar, Bengkel. Bengkel – belajar secara hands-on Peta Permifikiran. (II) Mesyuarat a) Mesyuarat Staf – selalu menghadiri mesyuarat staf untuk membuat perbincangan mengenai progres penerapan kemahiran Peta Pemikiran, penguasaan dan penjiwaan murid terhadap konsep i-THINKdalam pengajaran dan pembelajaran, aktiviti dan lain-lain. b) Mesyuarat Panitia – mendengar dan membincang mengenai perkembangan aktiviti penggunaan alat-alat pemifikiran dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran tertentu. Progres perbincangan Ikut P&P mata pel. Komen Semua Mesyuarat Mesyuarat Ketua Guru Staf Panitia Panitia Minit Mesy
  • 66. (III) Portfolio Profesional (a) Guru membina portfolio untuk menyimpan contoh-contoh kerja persediaan pengajaran sendiri dan bahan bantuan mengajar dan sentiasa menambahbaikan kualiti portfolio tersebut. (b) Mengumpul dan menyusun kerja murid secara sistematik untuk memantau perkembangan mereka dan keberkesanan alat pemikiran kepada anak murid yang di bawah mereka. (c) Sistem Buddy – menggalakkan bimbingan rakan sebaya untuk saling belajar di antara guru. Peer Sistem coaching Buddy Pembelajaran Kolaboratif Menyimpan contoh Portfolio BBM Profesional Hasil Kerja Keberkesanan Murid pdp Memantau perkembangan
  • 67.
  • 68. (III) Usaha Kolaboratif (a) Melayari www.thinkingschool.com, www.thinkingschoolinternational.com, www.thingkingschoolethiopa.com, www.ithink.com.my, untuk mendapat maklumat terkini. (b) Menghubungi pakar seperti jurulatih utama kebangsaan dan pegawai meja melalui email untuk mendapat penjelasan sekiranya ada kekliruan. (c) Mewujudkan kerjasama antara rakan guru, ibu bapa, pihak pentadbir tentang persoalan yang mungkin timbul. Usaha Kolaboratif Sumber atas talian pakar rakan - thinkingschool Jurulatih - guru - i-THINK Utama - pentadbir - ethiopia/New Zealand Kebangsaan - ibu bapa 2. Penglibatan Guru dengan Murid dalam Aktiviti i-THINK. (I) Pembelajaran dan Pengajaran (a) Semasa mengajar, guru menggunakan isyarat tangan peta pemikiran i-THINK untuk menunjukkan peta pemikiran yang digunakan. C:Program FilesMicrosoft OfficeMEDIACAGCAT10j0302953.jpg
  • 69. (b) Lapan Isyarat tubuh badan peta pemikiran boleh diajar satu- persatu selepas mengendalikan pdp. Pdp ini bertujuan untuk mengukuhkan ingatan murid mengenai bentuk dan konsep alat pemikiran i-THINK. (c) Sekali sekala, anda boleh mengendalikan formasi badan untuk menambahkan kepelbagaian aktiviti pdp. C:Program FilesMicrosoft OfficeMEDIACAGCAT10j0233018.wmf
  • 70. (II) Merancang dan Melaksanakan Aktiviti Bulan i-THINK Aktiviti i-THINK boleh dirancang mengikut mata pelajaran. Contoh: bulan Januari fokus pada mata pelajaran Sejarah, bulan Februari fokus pada mata pelajaran Sains dan sebagainya. BULAN JANUARI BULAN FEBRUARI BULAN MAC *Sejarah * Sains * Bahasa Inggeris (III) Memberi Tugasan Pengukuhan Guru memberi tugasan pengukuhan kepada murid untuk menggunakan peta pemikiran yang telah diperkenalkan. (IV) Mengadakan Projek Pameran Mengendalikan pertandingan pameran antara kelas. Projek ini juga boleh dijalankan di peringkat sekolah, daerah atau negeri.
  • 71. BAHAGIAN 4 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI I. Bagaimana hendak mengajar kemahiran berfikir aras tinggi? Caranya: 1. Banyakkan soalan yang memerlukan pemikiran aras tinggi seperti soalan yang berbentuk Mengapa? Bagaimana? Terangkan? Berpandangan? 2. Galakkan murid yang menyoal. Setiap kali diakhir pembelajaran minta murid membuat dua soalan berdasarkan apa yang mereka telah belajar. 3. Rujuk Taksonomi Bloom dalam teknik penyoalan. 4. Banyakkan aktiviti inkuiri. Jika kita mahu murid melibatkan diri dalam proses pemikiran yang kreatif dan merangsangkan, sebagai guru kita haruslah menggalakkan mereka bertanyakan soalan aras tinggi II. Contoh soalan (Taksonomi Bloom) berdasarkan cerita Si Tanggang 1. Mengingat ~ Apakah yang dibawa oleh Tanggang dalam kapalnya? 2. Kefahaman ~ Mengapakah Tanggang menghalau perempuan tua yang mengaku dirinya ibu Si Tanggang? 3. Aplikasi ~ Apakah yang anda lakukan sekiranya anda ibu Si Tanggang? 4. Analisis ~ Wajarkah ibu Tanggang berdoa sedemikian kerana berkecil hati dengan sikap si Tanggang? 5. Menilai ~ Apakah pendapat anda tentang perlakuan Si Tanggang? 6. Mencipta ~ Apakah perubahan yang mungkin anda lakukan dalam cerita tersebut untuk menyesuaikannya dengan masa kini?
  • 72. III. Penyoalan yang berkesan ialah soalan-soalan yang : (sumber: Nota Kursus Jurulatih Kebangsaan Kestrel Education) 1. Ringkas dan tidak berulang 2. Mengggalakkan murid berfikir 3. Dinyatakan dengan jelas tanpa murid perlu bertanya maksud soalan tersebut 4. Boleh digunakan untuk mengetahui sesuatu dengan lebih terperinci 5. Mempunyai skop tertentu 6. Sesuai dengan kebolehan murid 7. Dirancang dan disoal dalam nada perbualan. 8. Logik dan mengikut urutan 9. Ditujukan kepada seluruh kelas/ kumpulan tertentu.
  • 73. BAHAGIAN 5 FAKTA DAN MITOS Bahagian ini cuba menjawab soalan yang sering ditanya. Dengan penjelasan yang diberikan ini anda akan lebih bersedia untuk memperkenalkan peta pemikiran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan juga soal jawab yang disediakan ini dapat melegakan rasa risau anda sebagai seorang guru yang akan memperkenalkan penggunaan peta pemikiran kepada murid buat kali pertama. Sebagai seorang guru yang akan memperkenalkan peta pemikiran dalam pdp buat kali pertama mungkin terdapat banyak keraguan dan persoalan yang timbul. Diharap jawapan yang disediakan akan dapat melengkapkan diri anda untuk menyahut cabaran ini. UNTUK SIAPA? Khasnya untuk dua kumpulan pendidik: . pentadbir yang menguruskan perihal membudayakan program i-THINK di sekolah; dan . guru yang bakal memperkenalkan peta pemikiran kepada murid-murid di sekolah. Soalan 1: Adakah peta pemikiran satu-satunya alat untuk menggalakkan murid berfikir dalam proses pdp? Jawapan: Peta pemikiran hanya merupakan salah satu daripada alat berfikir. Selain itu, mereka boleh menggunakan peta minda yang lain seperti Habits of Minds, Thinking Hats, Thinkers keys, clustering, three story intellect, scamper, route technique, DATT, Mrs. Potter–s Questions, CORT, Mind mapping, Critical Thinking, Brainstorming and the Thinking Sandwich. (Untuk maklumat lanjut sila layari www.thinkingschool.co.uk/)
  • 74.
  • 75. Soalan 2: Mengapakah murid mesti menggunakan peta pemikiran dalam semua mata pelajaran? Sumbangsaran C:Documents and SettingsAdministratorDesktopi-THINKi-think photoIMG_0188.JPG C:Documents and SettingsAdministratorDesktopi-THINKi-think photoIMG_0178.JPG Pembentukan Konsep C:Documents and SettingsAdministratorDesktopi-THINKi-think photoIMG_0194.JPG Pembelajaran berpusatkan murid – Penaakulan digalakkan Jawapan: Murid tidak semestinya semua peta pemikiran dalam satu tajuk atau mata pelajaran. Murid perlu menyesuaikan peta dengan tajuk pembelajaran. Dalam usaha membudayakan kemahiran berfikir, peta pemikiran diperkenalkan sebagai salah satu alat berfikir yang dapat meningkatkan aras pemikiran murid. Soalan 3: Saya keliru antara Peta Dakap dengan Peta Pokok. Apakah perbezaannya? tayar pintu Kenderaan Udara Laut Darat Kereta enjin
  • 76. bonet badan Jawapan: Proses berfikir yang membezakan antara satu peta dengan peta pemikiran yang lain. Peta dakap adalah untuk menunjukkan perhubungan antara keseluruhan dengan sebahagian mengenai sesuatu objek fizikal. Contohnya peta dakap digunakan untuk menunjukkan hubungan bahagian-bahagian kereta yang menjadikan keseluruhan kereta. Manakala peta pokok menunjukkan pemikiran mengelas atau mengkategorikan sesuatu sebagai contoh jenis kenderaan boleh dikategorikan seperti berikut kenderaan darat, udara dan laut.
  • 77. C:Documents and SettingsAdministratorDesktopi-THINKi-think photoIMG_0136.JPG C:Documents and SettingsAdministratorDesktopi-THINKi-think photoIMG_0180.JPG Soalan 4: Adakah penggunaan peta pemikiran dalam proses pdp menyulitkan dari segi pengurusan masa? Jawapan: Tidak. Peta pemikiran adalah alat untuk membantu peningkatan kemahiran berfikir. Soalan 5: Perlukah templet peta pemikiran sentiasa dibekalkan? C:Documents and SettingsAdministratorDesktopi-THINKi-think photoIMG_0107.JPG C:Documents and SettingsAdministratorDesktopi-THINKi-think photoIMG_0129.JPG C:Documents and SettingsAdministratorDesktopi-THINKi-think photoIMG_0135.JPG Peta Bulatan Peta Pokok Jawapan: Tidak. Templet peta pemikiran amat berguna pada peringkat awal apabila guru hendak memperkenalkan penggunaannya. Selepas murid telah memahami konsep peta pemikiran, maka murid-murid boleh melukis peta pemikiran mengikut keperluan tugasan. Soalan 6: Adakah penggunaan peta pemikiran ini akan menjejaskan pembelajaran murid yang akan menduduki peperiksaan awam (Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5)? C:Documents and SettingsAdministratorDesktopmind_map_678611g2.jpg
  • 78. Thinking Hats Habits of Mind Jawapan: Tidak, peta pemikiran atau alat pemikiran yang lain dapat membantu murid mengulangkaji pembelajaran
  • 79. Soalan 7: Benarkah guru berasa tertekan dengan penggunaan peta pemikiran dalam pdp? Jawapan:Ya, sekiranya mereka menggunakan peta pemikiran sebagai bahan bantu mengajar dan bukan sebagai alat berfikir. Perlu diingati bahawa dapatan telah membuktikan peta pemikiran ini dapat membantu murid belajar dengan berkesan. Gunakan peta pemikiran ini sebagai alat berfikir dalam pdp. Jangan rasa TERTEKAN! D:My Pictures050 Malaysia Nov 2011134. Reverese flow - Jawee script.jpg Soalan 8: Perlukah guru mencatatkan peta pemikiran yang digunakan dalam Buku Rekod Mengajar? C:Documents and SettingsYVONNELocal SettingsTemporary Internet FilesContent.Wordbuku i-think 24-5-12 202.jpg C:Documents and SettingsYVONNELocal SettingsTemporary Internet FilesContent.Wordbuku i-think 24-5-12 200.jpg C:Documents and SettingsYVONNELocal SettingsTemporary Internet FilesContent.Wordbuku i-think 24-5-12 199.jpg C:Documents and SettingsYVONNEMy DocumentsMy Picturesbuku i-think 24-5-12 201.jpg Jawapan: Guru digalakkan mencatat peta pemikiran yang akan digunakan dalam pdp.
  • 80. Soalan 9: Pasukan pemandu rasa agak terbeban apabila Guru Besar/Pengetua meminta mereka memberi taklimat di luar sekolah kerana ilmu mereka pun belum mantap dan masih dalam proses menyesuaikan diri. Adakah perlu pasukan pemandu memainkan peranan dalam menyebar luas program i-THINK? Jawapan: Jangan rasa takut atau tertekan apabila Guru Besar/Pengetua meminta pasukan pemandu berkongsi ilmu mengenai peta pemikiran. Apa yang pasukan pemandu perlu berkongsi adalah: a) Apa itu peta pemikiran dan carta Q-matrik? b) Bagaimanakah hendak menggunakannya? GUNA 1-91 Pasukan pemandu digalakkan menganggap sesi taklimat itu sebagai sesi perkongsian pengalaman proses pembelajaran sahaja. Soalan 10: Adakah pelestarian program i-THINK akan menjurus ke arah Pembelajaran Berpusatkan Murid? C:Documents and SettingsYVONNEDesktopprogram i-think IPIKSK kiaramas 23-5- 12 Pn Heryantikiara mas picturesithink picIMG_8429.JPG Jawapan: Ya. Semua guru hendaklah memberi murid peluang menggunakan peta pemikiran dalam pembelajaran di mana guru bertindak sebagai fasilitator. C:Documents and SettingsYVONNEDesktopprogram i-think IPIKSK kiaramas 23-5- 12 Pn Heryantikiara mas picturesithink picIMG_8543.JPG
  • 81. C:Documents and SettingsYVONNEDesktopprogram i-think IPIKSK kiaramas 23-5- 12 Pn Heryantikiara mas picturesithink picIMG_8534.JPG
  • 82. RUMUSAN Penglibatan dalam beberapa aktiviti sekolah dapat meningkatkan budaya kemhiran berfikir guru, tetapi.... yang paling utama dapat menghasilkan murid yang mempunyai KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI TIP 1. Pastikan murid sudah bersedia untuk belajar. 2. Pastikan guru memberi masa –Wait time– bagi murid berfikir. 3. Pastikan arahan guru senang difahami murid.
  • 83.
  • 84. Panel Penggubal 1. Dr. Hajar binti Mohd Nor Bahagian Pembangunan Kurikulum 2. Pn. Marzita binti Omar Bahagian Pembangunan Kurikulum 3. Cik Ida Hairani binti Bakar Bahagian Pembangunan Kurikulum 4. Pn. Zainab binti Yusof Institut Pendidikan Guru Malaysia 5. En. Ahmad Salihin bin Mat Saat Institut Aminuddin Baki 6. Pn. Nazhatul Shima binti Aziz Institut Aminuddin Baki 7. Pn. Pavithradevi Ramasamy Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 8. Dr. Idrus bin Kadir
  • 85. Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti 9. Dr. Chiang Ee Fong Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL 10. Dr. Khamdani Sairi Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL 11. Dr. Ramesh Rao Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL 12. Cik Grace Chang Siew Yeng Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL 13. Cik Ong Siow Kim Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL 14. En. Peter Ong Eng Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL 15. Pn. Anita Sapura binti Shaari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL 16. En. Tan Song Kag SK Kiaramas, K. L 17. Pn. Zuliana bt Ismail SK Kiaramas, K. L
  • 86. 18. Pn. Tan Lay Leng SK Kiaramas, K. L 19. Pn. Heryanti binti Mahd Yamin SK Kiaramas, K. L 20. Pn. Ho Siew Leng SJKC Wen Hua, Melaka 21. Pn. Ho Wye Kuan SJKC Wen Hua, Melaka
  • 87. RUJUKAN Hyerle, D. & Yeager, C. ( 2007). Thinking Maps: A Language for Learning. US: Thinking Maps Incorporated. PPK (1999) Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains PPK (2001). Belajar Cara Belajar. Kementerian Pelajaran Malaysia. PPK (2002). Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia Laman web berkaitan boleh dirujuk dan dimuat turun dari laman web BPK http://www.moe.gov.my/bpk a. Klik Penerbitan .Modul Semakan Kurikulum .Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran b. Klik Penerbitan .Sains Teras . Penerapan Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains c. Klik KSSR . Elemen Merentas Kurikulum,