Kertas Kerja Program Tayangan Slaid Bahan Bahasa Melayu
1. KERTAS KERJA
SEMPENA PROGRAM
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
( MBMMBI )
01. Tajuk
SIRI TAYANGAN SLAID BAHAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER PADA
LAYAR TELEVISYEN DI PONDOK PENYAYANG.
02. Pengenalan
Bahasa Melayu merupakan subjek yang mempunyai skop yang luas dan memerlukan masa
yang lebih untuk diterjemah dan dipelajari oleh murid-murid. Di sekolah-sekolah jenis
kebangsaan khususnya, subjek ini tidak cukup jika hanya dipelajari di bilik-bilik darjah. Hal ini
adalah kerana keterbatasan masa untuk menyampaikan kesemua bahan ilmu yang berkaitan
dengan bahasa Melayu. Justeru, projek siri tayangan slaid bahan bahasa Melayu ini dicadangkan
agar dapat menjadi salah satu wahana untuk menyampaikan bahan-bahan tambahan untuk
membantu murid-murid lebih menguasai kemahiran-kemahiran di samping dapat menambahkan
perbendaharaan kata murid-murid. Program ini hanya mengambil masa lebih kurang 60 minit
bagi setiap kali waktu rehat dan waktu pulang dari sekolah (butiran lanjut dijelaskan pada
bahagian seterusnya).
03. Objektif
3.1 Mempelbagaikan teknik penyampaian ilmu dan bahan berkaitan bidang bahasa Melayu
kepada murid-murid.
3.2 Mempertingkatkan penguasaan perbendaharaan kata dalam kalangan murid-murid
berkaitan bidang bahasa Melayu melalui penyediaan bahan-bahan berfokus berbantukan
komputer.
3.3 Meningkatkan kemahiran membina bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer dalam kalangan guru agar murid-murid dapat menguasainya dengan lebih
mudah.
3.4 Memupuk minat dalam kalangan murid-murid terhadap aktiviti pembelajaran bahasa
Melayu melalui teknik yang lebih menarik dan berkesan.
04. Tentatif Program : Cadangan pelaksanaan program adalah seperti berikut ;
4.1 Pengurusan Masa
4.1.1 Waktu rehat pertama untuk murid-murid Tahun 3 dan 5 : Tayangan akan dimulakan pada
pukul 10.00 pagi dan akan berterusan sehingga waktu rehat kedua.
4.1.2 Waktu rehat kedua untuk murid-murid Tahun 4 dan 6 : Tayangan akan ditamatkan
selepas murid-murid masuk ke kelas masing-masing.
1
2. 4.1.3 Waktu masuk bagi sesi petang dan waktu pulang bagi sesi pagi : Tayangan akan
dimulakan pada pukul 12.30 dan berakhir pada pukul 1.30 petang.
4.2 Pengurusan Tugas
4.2.1 Bagi melicinkan pelaksanaan program ini, seorang guru bertugas akan memasang program
tersebut pada komputer dan memastikan bahan tersebut dapat ditayangkan pada layar
televisyen di pondok penyayang mengikut masa yang ditetapkan.
4.2.2 Melantik guru pembantu untuk menjalankan tugas tersebut sekiranya guru penyelaras (
seperti para 4.2.1) mempunyai kelas pada waktu berkenaan.
4.3 Pengurusan Bahan dan Komputer
4.3.1 Kesemua bahan yang akan diguna pakai untuk program ini akan disediakan oleh guru
cemerlang bahasa Melayu menggunakan program ‘ Microsoft Powerpoint ’.
4.3.2 Semasa program ini sedang berlangsung, komputer yang sedang digunakan untuk program
ini tidak boleh digunakan oleh guru-guru sama sekali Hal ini adalah kerana tugas atau
maklumat yang sedang disediakan oleh guru-guru pada masa tersebut akan dapat dilihat
dan dibaca oleh khalayak yang berada di pondok penyayang.
05. Cadangan Penyediaan Bahan Bahasa Melayu
5.1 Bahan Bergambar untuk Aktiviti Pengukuhan Perbendaharaan Kata Bahasa Melayu.
Pada setiap slaid akan disediakan satu gambar dan diikuti oleh kata kerja atau kosa
kata yang berkaitan serta ayat yang berkaitan dengan gambar dan kosa kata yang
diberikan.
5.2 Bahan Berkaitan Nilai Murni dan Pengajaran.
Pada setiap slaid akan disediakan satu nilai murni dan diikuti dengan contoh yang
sesuai serta ayat yang lengkap.
5.3 Bahan atau maklumat khusus untuk Aktiviti Pengukuhan Tatabahasa.
Pada setiap slaid akan disediakan nota berkaitan sesuatu tajuk bidang tatabahasa
dan diikuti dengan contoh dan ayat-ayat yang sesuai.
06. Penutup
Jika dijalankan dengan betul dan berkesan, program sebegini akan dapat memberikan input
yang berguna dan secara terus kepada murid-murid. Hal ini adalah kerana dengan menggunakan
pelbagai teknik dan bahan yang berkesan dan menarik, murid-murid akan mudah menerima dan
menghayati bahan ilmu yang ingin disampaikan. Di samping itu, pihak sekolah juga dapat
mempelbagaikan fungsi kemudahan yang telah disediakan di sekolah.
Disediakan oleh , Disokong / Tidak Disokong ,
……………………………………………..
(AHMAD JIMIZAMRI BIN MOHD ZUKI) …………………………………………..
Guru Cemerlang Bahasa Melayu,
SJK( C ) Gunong Rapat, Ipoh.
2