Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Latihan Kata Nama
1. ARAHAN: cari dan catat 20 jenis kata nama sama ada Kata Nama Am, Kata Nama Khas atau Kata Nama Terbitan.Falsafah Melayu Islam Beraja Melayu Islam Beraja (MIB) ialah satu falsafah yang merupakan rumusan unggul mengenai cara hidup berbangsa dan bernegara. Falsafah ini menjadi asas dan sumber rujukan dalam menentukan matlamat Negara Brunei Darussalam. Falsafah ini mengekalkan nilai-nilai luhur untuk ketahanan negara melalui pemerintahan Melayu yang berpandukan Islam sebagai agama negara dengan sistem pemerintahan beraja.Daripada rangkaian tiga perkataan ini, iaitu Melayu, Islam dan Beraja, terangkum unsur dan nilai yang penting dalam ketahanan negara. Perkataan Melayu merujuk kepada bahasa Melayu, yang menjadi lambang jati diri bangsa dan juga alat perpaduan di kalangan rakyat.Perkataan Islam merujuk kepada agama yang menjadi asas kehidupan rakyat. Namun, pegangan kepada Islam juga membawa erti bahawa kepentingan suku kaum lain tetap terpelihara kerana Islam itu agama yang adil dan saksama. Perkataan Beraja pula merujuk pada kerajaan yang Bersultan, yang telah wujud sekian lama dan menjadi warisan zaman-berzaman.Melayu Islam Beraja sebagai cara hidup di kalangan masyarakat Brunei telah dipraktikkan sejak Raja Brunei Awang Alak Batatar mula-mula memeluk agama Islam dan bergelar Sultan Muhammad I. Baginda memerintah antara tahun 1363 – 1402. Selanjutnya, pengalaman Melayu Islam Beraja semakin bertambah jelas semasa pemerintahan Sultan Hassan pada tahun 1582 – 1598.Falsafah ini telah dirumuskan dengan rasminya di dalam Perlembagaan Negeri Brunei 1959. Seterusnya, dalam titah Pemasyhuran Kemerdekaan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pada 27 Rabiulawal 1404, bersamaan dengan 1 Januari 1984, sekali lagi Melayu Islam Beraja telah dipertegas sebagai falsafah negara.