SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 22
KERTAS KERJA PROGRAM SUKANEKA
SAINMATIK
PERINGKAT SEKOLAH 2013
*************
MOTTO :
“SERONOKNYA BERMAIN SAMBIL BELAJAR”
*********
TEMPAT : GELANGGANG SERBAGUNA
SEKOLAH
TARIKH : 13 APRIL 2013 (SABTU)
MASA : 0730 – 1400 PETANG
DISEDIAKAN OLEH : KELAB SAINS DAN MATEMATIK
UNIT KOKURIKULUM SK LANDEH
1.1 Rasional Program
Program Sukaneka Sainmatik merupakan satu program yang dianjurkan oleh Kelab Sains dan
Matematik SK Landeh. Program ini merupakan program yang pertama kali diadakan yang
melibatkan murid, warga sekolah, PIBG serta ibu bapa dan masyarakat setempat. Program ini
juga bertujuan untuk menarik minat murid terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.
Sebelum ini, aktiviti sains dan matematik hanya melibatkan murid-murid sekolah sahaja
memandangkan kekangan kewangan yang menghadkan aktiviti bercorak pertandingan secara
terbuka diadakan. Semoga dengan adanya program sukaneka ini akan dapat melahirkan murid
yang berketrampilan, kreatif dan inovatif dalam mata pelajaran sains dan teknologi serta
matematik selaras dengan transformasi pendidikan terhadap kedua-dua mata pelajaran ini.
1.2 Matlamat Program
Matlamat program ini dianjurkan adalah untuk :
1.2.1 melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi dan berminat dalam mata pelajaran sains dan
matematik.
1.2.2 merangsang minda murid terhadap mata pelajaran sains dan matematik supaya mereka
lebih memahami pembelajaran sains dan matematik melalui aktiviti di luar bilik darjah.
1.2.3 membantu meningkatkan pencapaian akademik murid dan seterusnya mencapai sasaran
akademik yang telah ditetapkan.
1.2.4 melahirkan murid yang bijak pandai, kreatif, inovatif dan kompeten dalam bidang sains
dan matematik selaras dengan hasrat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, teras kedua
iaitu melahirkan modal insan yang berdaya saing tinggi.
Page ii of 22
1.2.5 melatih murid bersatu hati dan bekerjasama melalui pertandingan atau permainan secara
berkumpulan terdiri daripada pelbagai kaum selaras dengan hasrat negara melalui
konsep “1 Malaysia”
1.3 Objektif Program
Antara objektif program sukaneka sainmatik adalah :
1.3.1 untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran sains dan matematik.
1.3.2 untuk meningkatkan motivasi murid terhadap mata pelajaran sains dan matematik melalui
aktiviti bercorak permainan.
Page iii of 22
1.3.3 untuk melahirkan murid yang kreatif, inovatif dan mampu bersaing dengan rakan mereka
dalam mata pelajaran sains dan matematik.
1.3.4 untuk meningkatkan pencapaian akademik murid dalam mata pelajaran sains dan
matematik di samping mencapai sasaran akademik yang telah ditetapkan.
1.4 Kumpulan Sasaran
Pelaksanaan program ini disasarkan kepada semua murid SK Landeh termasuk ibu bapa mereka
dan warga guru serta masyarakat setempat.
1.5 Jawatankuasa Induk Kelab Sains dan Matematik
Penasihat : Tn. Haji Zulkipli Haji Amin
Guru Penasihat : Pn. Patricia Ak Iyus (Ketua Panitia Sains)
Pn. Masni Bt Alem (Ketua Panitia Matematik)
Cik Sarsifarila Bt Usin
Pn. Annabell Decapena
Pengerusi : Clarre Joandy Ak Richard Kawi (murid Tahun Enam)
Setiausaha : Nurul Hazirah Bt Mahrup (murid Tahun Enam)
Bendahari : Mohd. Shazrin bin
AJK Kecil : Nur Nisa, Siti Maisarah, dan Laila (murid Tahun 4)
Mohd. Azri, Adawiyah dan Vhaleeny (murid Tahun 5)
AJK Guru : Semua guru mengajar sains dan matematik SK Landeh
Page 4 of 22
2.0 Pertandingan Sukaneka Sainmatik 2013
Pertandingan Sukaneka Sainmatik 2013 ini telah diubah tarikh cadangan pelaksanaannya kepada
13 April 2013 iaitu selepas cuti pertengahan penggal pertama yang jatuh dari 22 Mac hingga 31
Mac 2013. Pemilihan hari Sabtu disebabkan hari tersebut adalah hari tidak bekerja dan
diharapkan para ibu bapa dapat menyertai pertandingan yang dirancang bersama-sama dengan
anak-anak mereka. Warga sekolah juga dapat meluangkan sepenuh masa dan tenaga mereka
dalam memastikan kelicinan setiap aktiviti pertandingan yang dirancang. Penyertaan semua
pihak seperti warga sekolah, pelajar dan masyarakat setempat dalam menjayakan aktiviti
pertandingan ini amatlah digalakkan untuk memupuk hubungan erat dikalangan warga sekolah
dengan ibu bapa pelajar.
Pertandingan sukaneka Sainmatik ini akan dilaksanakan dalam masa hampir satu hari iaitu
bermula dari jam 0730 pagi hingga jam 2.00 petang. Penganjuran aktiviti pertandingan adalah
sepenuhnya dikendalikan oleh Kelab Sains dan Matematik dengan bantuan guru-guru penasihat.
kelab serta pihak PIBG sekolah. Sumbangan hadiah untuk pertandingan sukaneka sainmatik ini
adalah daripada pihak PIBG sekolah serta peruntukkan daripada pihak pejabat pendidikan
daerah. Sukaneka Sainmatik ini adalah terbuka kepada semua pelajar tahun 1 hingga tahun 6
bersama ibu bapa serta warga sekolah. Di bawah ini disenaraikan bersama jadual-jadual aktiviti
pertandingan sukaneka sainmatik tersebut.
2.1 Pertandingan Sukaneka Sainmatik anjuran Kelab Sains dan Matematik
Sukaneka Sainmatik merupakan salah satu daripada aktiviti kokurikulum yang telah dipilih
dalam senarai takwim aktiviti tahunan kelab sains dan matematik bagi sepanjang tahun 2013
sebagai satu aktiviti untuk melaksanakan tugasan ini seperti yang tercatat dalam carta gantt
aktiviti tahunan di bawah (Jadual 1). Hakikatnya untuk sekolah saya, pelaksanaan bagi aktiviti
Page 5 of 22
Kelab Sains dan Matematik adalah pada bulan Mei (minggu 1 dan 2) dan Jun (minggu 3 dan 4)
iaitu diperuntukkan sebagai Bulan Sains dan Matematik dalam takwim sekolah bagi tahun 2013.
Page 6 of 22
AKTIVITI TAHUNAN
KELAB SAINS DAN MATEMATIK
2013
BIL AKTIVITI JAN FEB MAC APR
MEI
Bulan
dan
JUN
Sains
Matematik
JUL OGOS SEPT OKT
1
Mesyuarat AJK
Perlantikan AJK Kelab
x x x x x x
x
laporan
2
Mesyuarat AJK
Kokurikulum Sekolah
x x x x
3 Kenali Bahan, Peralatan
dan Radas Sains
x x x x x x x
4
Kenali Kemahiran Proses
Sains (KPS)
x x x x x x x x
5 Sukaneka Sainmatik x
6
Projek Buku Skrap Sains
Matematik
x
Tahap 1
x
Tahap 2
7 Projek Kuasai KPS Sains x x x x x x x x
8
Kuiz Sains dan
Matematik
x
tahap 1
x
tahap 2
Page 7 of 22
9 Pertandingan Menghafal
Sifir
x
10
Saintis Muda
Tahap 2
x
11 Kem Motivasi Sains dan
Matematik
x
Tahun
6
12
Pertandingan Melukis
Poster Sains dan Matematik
x
Terbuka
semua
pelajar
x
Terbuka
semua
pelajar
x
Ahli
kelab
x
Ahli
kelab
13
Pertandingan
Sains/Maths Puzzle
x
Ahli
kelab
x
ahli
kelab
Page 8 of 22
2.2 Jawatankuasa Kerja Program Sukaneka Sainmatik
Sukaneka Sainmatik merupakan salah satu daripada aktiviti kelab sains dan matematik yang
telah dipilih untuk melaksanakan tugasan ini sebagai memenuhi syarat Tugasan bagi Modul
HBEF2703 Kokurikulum, Semester Januari 2013. Berikut disertakan bersama Jawatankuasa-
jawatankuasa yang akan bertugas sebagai pelaksana bagi Program Sukaneka Sainmatik 2013.
2.2.1 Jawatankuasa Induk
Penasihat : Tuan Haji Zulkipli bin Haji Amin (Guru Besar SK Landeh,
Padawan)
YDP PIBG Encik Haratono bin ………..
Pengerusi 1 : Cikgu Linem ak Nyogor (PK KK Sekolah)
Pengerusi 2 : Cikgu Patricia Ak Iyus (Ketua Panitia Sains)
Pengerusi 3 : Cikgu Masni Binti Alem (Ketua Panitia Matematik)
Setiausaha : Cikgu Sarsifarila bt Usin (Guru Sains)
Bendahari : Cikgu Ivy ak Japloi (Guru Matematik)
AJK : Semua guru matematik dan guru sains serta ahli kelab sains dan
Pertandingan matematik sekolah.
AJK Buku Program : Sarsifarila bt Usin, Pn. Patricia ak Iyus, Pn. Masni bt Alem dan
AJK Kelab Sains dan Matematik
2.2.2 Jawatankuasa Kerja
Jadual di bawah menunjukkan senarai jawatankuasa kerja Pertandingan Program Sukaneka
Sainmatik 2013. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada warga guru sekolah, pihak PIBG dan
AJK Kelab Sains dan Matematik.
kertas projek sukaneka sainmatik 2013
9 AJK Pengelolaan Aktiviti Sukaneka AJK Pertandingan dan AJK Kelab Sains dan
kertas projek sukaneka sainmatik 2013
BIL JAWATANKUASA TINDAKAN
1
Urusetia Pendaftaran Peserta
(Ibu Bapa dan Murid)
Pn. Zuana bt Sulong
Pn. Zulina bt Buang
Clarre Joandy, Mohd. Ihsan,
Nursarahanie dan Laila
2 Penyelia Peserta
Pn. Ivy ak Japloi
Pn. Zuhana bt Abdul Rahim
Pn. Annabell Decapena
3
AJK Makanan dan Minuman Pegawai
Pertandingan dan PIBG Sekolah
Pn. Noriah Tamam
Cik Khamsiah bt Haji Saiee
AJK PIBG (4 orang wakil)
4 AJK Persiapan Peralatan Sukaneka
Cik Sarsifarila serta semua guru
sains dan matematik dan AJK
Kelab Sains Matematik
5 Juruacara Majlis Sukaneka
Pn. Noni Ak Keli
Pn. Noming Ak Nase
6
AJK Persiapan Tempat dan Peralatan
Siaraya Sukaneka Sainmatik
En. Dollah Haji Mahaji
En. Ismail bin Eli
En. Zainurin bin Mustaffa
Ustaz Faizol Che Kob
7
AJK Promosi Pertandingan Sukaneka
Sainmatik
Sarsifarila bt Usin
Pn. Rassidah bt Ahmat Sahari
AJK Kelab Sains dan Matematik.
8 AJK Gerai Makanan dan Minuman
Ustazah Kasmini bt
Ustazah Norhanis bt Ismail
Ustazah Hazlina bt Hamzah
Matematik
10 Jurufoto
Tn. Haji Zulkipli Haji Amin
Cik Sarsifarila bt Usin
11
AJK Pegawai dan Pengadil
Pertandingan
En. Dollah Haji Mahaji
YDP PIBG En. Haratono bin Sulaiman
En. Zainurin bin Mustaffa
12 AJK Hadiah
Sarsifarila bt Usin
Pn. Linem Ak Nyogor
semua guru sains dan matematik
Jadual 2 : Jawatankuasa Kerja Program Sukaneka Sainmatik
Dengan adanya jawatankuasa kerja pertandingan Program Sukaneka Sainmatik seperti di atas
adalah diharapkan dapat memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada setiap aktiviti
sukaneka yang telah dirancang demi untuk manfaat anak didik kita. Selain itu, juga diharapkan
hubungan erat di antara pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat dapat dipertingkatkan
lagi demi untuk kebaikan bersama dan kecemerlangan akademik anak-anak warga sekolah
landeh.
2.3 Jawatankuasa Pegawai Pertandingan Program Sukaneka Sainmatik
Jadual di bawah menunjukkan senarai pegawai pertandingan serta beberapa orang murid tahun
enam yang terlibat dalam pengelolaan aktiviti bagi program sukaneka sainmatik. Peranan mereka
ialah untuk membantu juruacara majlis dalam memastikan setiap peserta telah bersedia untuk
acara yang dipertandingkan.
JAWATAN JENIS AKTIVITI PEGAWAI TERLIBAT
1 Taklimat Pertandingan Pengerusi Pertandingan
kertas projek sukaneka sainmatik 2013
Sarsifarila bt Usin
2
Pengelola Aktiviti 1 dan 2
(Penyelia Peserta)
Pn. Noni Ak Keli (Juruacara)
Pn. Ivy Ak Japloi
Clarre Joandy, Mohd. Ihsan
3
Pengelola Aktiviti 3 dan 4
(Penyelia Peserta)
Pn. Noming Ak Nase
Cik Zuhana bt Abdul Rahim
Nursarahanie, Mohd. Imran
4
Pengelola Aktiviti 5 dan 6
(Penyelia Pserta)
Pn. Noni Ak Keli
Pn. Annabell Decapena
Nur Fakhira, Mohd. Azri
Jadual 3 : Senarai Pegawai Pertandingan Program Sukaneka Sainmatik
2.4 Jadual Pelaksanaan Pertandingan Program Sukaneka Sainmatik 2013
Jadual di bawah menunjukkan aturcara pertandingan Program Sukaneka Sainmatik yang akan
berlangsung selama hampir sehari bermula dari jam 0730 pagi dan tamat pada jam 2.00 petang.
Masa Aktiviti Tindakan
0730-0800
pagi
Ketibaan semua peserta pertandingan : warga
sekolah, ibu bapa dan pelajar.
Urusetia Pertandingan
0800-0900
pagi
* Kata-kata Aluan Guru Besar SK Landeh.
* Taklimat Pertandingan
* Senamrobik / Senaman Ringan
Guru Besar
Pengerusi Pertandingan
Guru PJKs Sekolah
0900-1000
pagi
Acara Pertandingan dimulakan.
Aktiviti 1 : Permainan Sains & Matematik
Aktiviti 2 : Maths Puzzle
Guru Penasihat Kelab,
Juruacara, Pengerusi
Pertandingan, AJK Kelab
kertas projek sukaneka sainmatik 2013
1000-1100
pagi
Aktiviti 3 : Pertandingan Rekacipta
(Jambatan Paling Stabil)
Aktiviti 4 : Selesaikan Masalah
(Sains dan Matematik)
AJK Pertandingan
AJK Kelab Sains &
Matematik
1100-1200
pagi
Aktiviti 5 : Rekreasi Sainmatik
Aktiviti 6 : Teka Silang Kata
AJK Pertandingan
AJK Kelab S & M
1200 tengah
hari
Taklimat Penutupan Program Pertandingan
Sukaneka
Aktiviti Kebersihan
Pengerusi Pertandingan
Semua warga sekolah
Ibu Bapa dan Pelajar
1300-1400 Makan Tengah Hari PIBG dan Staf
1400 petang Bersurai -
Jadual 4 : Aturcara Program Pertandingan Sukaneka Sainmatik
2.5 Anggaran Perbelanjaan Aktiviti Program Sukaneka Sainmatik 2013
Berikut merupakan anggaran perbelanjaan bagi setiap aktiviti Program Sukaneka Sainmatik.
Bentuk hadiah adalah berupa “Hamper” bagi johan, naib johan, tempat ketiga dan saguhati.
kertas projek sukaneka sainmatik 2013
Bilangan hadiah mengikut bilangan peserta yang mengambil bahagian. Perancangan belanjawan
untuk hadiah dilaksanakan oleh AJK Hadiah. Anggaran belanjawan adalah seperti berikut :
Aktiviti Perkara Kos (RM)
Majlis Perasmian
Program Sukaneka
Sainmatik
Cetakan Buku Program
Kertas Pembalut Hadiah
Iklan Promosi Pertandingan
20.00
Pertandingan Aktiviti
1 hingga Aktiviti 6
Hadiah Peralatan Sekolah
Johan : Naib Johan : Tempat
Ketiga : Saguhati :-
Johan : 15.00 x 6 = 90.00
Naib Johan : 10.00 x 6 = 60
Ketiga : 5.00 x 6 = 30.00
Saguhati : 3.00 x 6 = 18 00
Jumlah = 198.00
Pertandingan Aktiviti
1 hingga Aktiviti 6
Peralatan Sukaneka :
Kad manila, kad A4, pen marker,
cawan dan pinggan plastik, straw,
belon, beg plastik, sampul surat,
gam, selotep, kertas lukisan dan
tali
Anggaran :
50.00 – 100.00
Majlis Penutupan
Penyampaian Hadiah
Makan Tengah hari
Makanan dan minuman AJK
Pertandingan, Pegawai
Pertandingan, staf, guru dan AJK
PIBG.
Anggaran : 100.00
Air Mineral
Makanan Ringan
JUMLAH KASAR : RM418.00
Jadual 5 : Anggaran Belanjawan Program Sukaneka Sainmatik
kertas projek sukaneka sainmatik 2013
2.6 Iklan Promosi Pertandingan Sukaneka Sainmatik
Iklan Promosi Pertandingan Sukaneka Sainmatik ini akan dihasilkan oleh AJK Promosi
Pertandingan bertujuan untuk menarik minat murid dan pihak ibu bapa supaya bersama-sama
anak-anak mereka dalam menyertai setiap aktiviti pertandingan yang diadakan. Sokongan dan
kerjasama daripada pihak ibu bapa dalam penyertaan aktiviti yang dirancang sedikit sebanyak
diharapkan dapat merangsang minda dan minat anak-anak mereka dalam mata pelajaran sains
dan matematik. Dengan adanya iklan promosi program ini nanti akan dapat memberi peluang
kepada ibu bapa murid untuk meluangkan masa bersama-sama anak-anak mereka sepanjang
pertandingan dijalankan. Pihak ibu bapa juga akan dapat memperuntukkan masa bersama anak-
anak mereka setelah dimaklumkan tentang program yang akan dijalankan. Manakala bagi murid-
murid pula, melalui iklan ini sudah tentunya akan dapat membantu mereka menyediakan diri
masing-masing dengan segala pengetahuan sains dan matematik untuk diaplikasikan semasa
pertandingan tersebut.
kertas projek sukaneka sainmatik 2013
PADA 13 APRIL 2013
(SABTU) JAM 0730 PAGI
HINGGA 2.00 PETANG
BERTEMPAT DI
GELANGGANG
SERBAGUNA SK LANDEH.
Contoh Iklan Promosi Sukaneka Sainmatik
2.7 Peralatan Pertandingan Sukaneka Sainmatik
Berikut disenaraikan antara peralatan-peralatan yang akan digunakan sepanjang
pertandingan sukaneka tersebut berlangsung.
JENIS AKTIVITI
BERKUMPULAN
KEPERLUAN
PERALATAN
TINDAKAN
KUMPULAN
Aktiviti Rekacipta
(Jambatan Paling
Stabil)
Cawan Plastik (8 bungkus)
Pinggan Plastik (8 bungkus)
Straw (8 Bungkus)
Gelang Getah, Selotep, Gam
Menggunakan semua bahan
untuk membina sebuah
jambatan yang paling stabil.
Aktiviti Rekreasi
Sainmatik
Kad Manila, Kad A4, Sampul
Surat, Bola (8 biji),
Sketel/Gelung Rotan (8 biji),
Meja/Kerusi (8 buah).
Mengikut arahan yang terdapat
dalam setiap sampul surat dan
diikuti oleh halangan tertentu.
Aktiviti Teka Silang
Kata
Kad Manila, Kad A4, pen
marker,warna pensel,
Meja/Kerusi (8 buah)
Melalui beberapa halangan
untuk menyiapkan aktiviti teka
silang kata.
Aktiviti Math
Puzzle
Kad Manila, Kad A4, Sampul
Surat, Pen Marker,
Menyatukan puzzle kemudian
menjawab beberapa soalan
kertas projek sukaneka sainmatik 2013
Meja/Kerusi (8 buah) berkaitan.
Aktiviti Permainan
Sains Matematik
Kad A4, Sampul Surat,
Meja/Kerusi (8 buah)
Berhalangan menjawab
menyelesaikan beberapa
masalah sains dan matematik
dalam bentuk permainan.
Aktiviti Selesai
Masalah
Kad Manila, Pen Marker,
Kertas Lukisan, Meja/Kerusi
(8 buah)
Menyelesaikan beberapa
masalah secara perbincangan
kumpulan.
2.8 Format Pertandingan
JENIS AKTIVITI
BERKUMPULAN
FORMAT
PERTANDINGAN
TINDAKAN
KUMPULAN
Aktiviti Rekacipta
(Jambatan Paling
Stabil)
Untuk murid Tahap Dua
sahaja. Setiap kelas (4,5,6)
diwakilkan oleh 8 pasukan dari
setiap kelas bersama ibu atau
bapa masing-masing.
Pertandingan dijalankan dalam
masa 20 minit bagi setiap kelas
secara serentak. Hasil
rekacipta diadili oleh pegawai-
pegawai pertandingan yang
telah dilantik khas oleh pihak
penganjur. Ibu atau bapa murid
bertindak sebagai
pemudahcara. Jambatan yang
Menggunakan semua bahan
untuk membina sebuah
jambatan yang paling stabil.
kertas projek sukaneka sainmatik 2013
telah siap akan diuji
kestabilannya dengan
menggunakan beberapa biji
guli oleh AJK Pertandingan
untuk ditentukan
pemenangnya.
Aktiviti Rekreasi
Sainmatik
Terbuka kepada murid Tahap 1
dan 2. Pertandingan adalah
secara stesen dijalankan
selama 40 minit. Ada 5 stesen
dengan aktiviti rekreasi
masing-masing. Satu stesen
diberi 8 minit untuk selesaikan
aktiviti rekreasi yang diberi.
Ibu atau bapa murid bertindak
sebagai motivator kepada anak
masing-masing. Pemenang
akan ditentukan oleh AJK
Pertandingan.
Mengikut arahan yang terdapat
dalam setiap sampul surat dan
diikuti oleh halangan tertentu.
Aktiviti Teka Silang
Kata
Terbuka kepada murid Tahap
1 dan 2. Selesaikan Teka
Silang Kata dan Pengelasan
dalam masa 10 minit. Ibu atau
bapa murid bertindak sebagai
pemudahcara (motivator)
kepada anak masing-masing.
Pemenang ditentukan oleh
AJK Pertandingan.
Melalui beberapa halangan
untuk menyiapkan aktiviti teka
silang kata.
Aktiviti Math
Puzzle
Terbuka kepada murid Tahap 1
dan 2. Selesaikan Math Puzzle
dalam masa 5 minit. Ibu atau
bapa murid bertindak sebagai
Menyatukan puzzle kemudian
menjawab beberapa soalan
berkaitan.
kertas projek sukaneka sainmatik 2013
pemudahcara sahaja.
Pemenang berdasarkan
ketepatan jawapan dalam masa
ditetapkan.
Aktiviti Permainan
Sains Matematik
Terbuka kepada murid Tahap 1
dan tahap 2. Melakukan
aktiviti permainan sains dan
matematik secara rantaian.
Setiap rantaian akan
disediakan AJK Pertandingan
untuk mengawasi aktiviti
dijalankan. Terdapat 4 rantaian
aktiviti dalam masa 20 minit.
AJK Pertandingan akan
menentukan pemenang
berdasarkan ketepatan jawapan
yang diberi. Ibu atau bapa
murid sebagai motivator
mereka.
Berhalangan menjawab
menyelesaikan beberapa
masalah sains dan matematik
dalam bentuk permainan.
Aktiviti Selesai
Masalah
Terbuka kepada murid Tahap 2
sahaja. Pasukan selesaikan
masalah sains dan matematik
dalam masa 30 minit. Ibu atau
bapa murid akan membimbing
murid selesaikan masalah
masing-masing. Pemenang
akan ditentukan oleh AJK
Pertandingan.
Menyelesaikan beberapa
masalah secara perbincangan
kumpulan.
** setiap pasukan murid dari setiap kelas adalah berlainan untuk setiap aktiviti
pertandingan. Guru Mata pelajaran dan guru kelas akan membuat pilihan awal
sebelum pertandingan dijalankan dimaklumkan kepada penyelia aktiviti
pertandingan. AJK Pertandingan akan memantau setiap aktiviti pertandingan yang
kertas projek sukaneka sainmatik 2013
diadakan dan menentukan pemenang bagi aktiviti tersebut.
2.9 Syarat-syarat Pertandingan
 pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah bersama dengan salah
seorang ahli keluarga masing-masing.
 setiap aktiviti disertai oleh murid-murid dari setiap kelas Tahun 1 hingga Tahun 6
mengikut ketetapan oleh pihak penganjur pertandingan.
 setiap aktiviti pertandingan akan diwakili oleh empat pasukan murid dari setiap
kelas. Elak pilih murid yang sama untuk semua aktiviti pertandingan.
 ibu atau bapa murid yang terpilih akan bersama-sama anak mereka dalam
pertandingan sukaneka sebagai motivator atau pemudah cara.
 ibu atau bapa murid hanya bertindak sebagai pemudahcara kepada anak masing-
masing dalam setiap pertandingan dijalankan. Membimbing anak untuk
menyelesaikan masalah bukan memberi anak jawapan yang dikehendaki.
 setiap aktiviti pertandingan akan diberi keterangan tentang format pertandingan
oleh AJK Pertandingan kepada setiap pasukan sebelum acara pertandingan
dimulakan.
 pasukan yang melanggar ketetapan pertandingan akan disingkirkan dari
penyertaan.
 keputusan hakim dan pegawai pertandingan yang dilantik adalah muktamad.
kertas projek sukaneka sainmatik 2013
kertas projek sukaneka sainmatik 2013

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

PLC Panitia .docx
PLC Panitia .docxPLC Panitia .docx
PLC Panitia .docxNida Atie
 
Kertas kerja perkembangan staff
Kertas kerja perkembangan staffKertas kerja perkembangan staff
Kertas kerja perkembangan staffmurni mohamat
 
Intervensi matematik -cikgu loman.docx
Intervensi matematik -cikgu loman.docxIntervensi matematik -cikgu loman.docx
Intervensi matematik -cikgu loman.docxLOMAN5
 
Carta organisasi program literasi dan numerasi
Carta organisasi program literasi dan numerasiCarta organisasi program literasi dan numerasi
Carta organisasi program literasi dan numerasiRosfadilah Khalid
 
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxINTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxssuser3fe836
 
Kertas kerja program akademik
Kertas kerja program akademikKertas kerja program akademik
Kertas kerja program akademikyobtani
 
pemilihan pakej stem.pdf
pemilihan pakej stem.pdfpemilihan pakej stem.pdf
pemilihan pakej stem.pdfssuser068032
 
Perancangan aktiviti-tahunan-panitia-matematik-tahun-2013 (1)
Perancangan aktiviti-tahunan-panitia-matematik-tahun-2013 (1)Perancangan aktiviti-tahunan-panitia-matematik-tahun-2013 (1)
Perancangan aktiviti-tahunan-panitia-matematik-tahun-2013 (1)ekyn8008
 
Borang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolahBorang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolahRoiamah Basri
 
Panduan kelab pencegahan jenayah
Panduan kelab pencegahan jenayahPanduan kelab pencegahan jenayah
Panduan kelab pencegahan jenayahzaimee05
 
Kertas kerja sambutan hari lahir 2020
Kertas kerja  sambutan hari lahir 2020Kertas kerja  sambutan hari lahir 2020
Kertas kerja sambutan hari lahir 2020ariv792002
 
Fail pengurusan kokurikulum
Fail pengurusan kokurikulumFail pengurusan kokurikulum
Fail pengurusan kokurikulumduan70
 
MESYUARAT 3 UNIT 2023=2024.pptx
MESYUARAT 3 UNIT 2023=2024.pptxMESYUARAT 3 UNIT 2023=2024.pptx
MESYUARAT 3 UNIT 2023=2024.pptxssuseref9602
 
MINIT MESYUARAT 1 2022.docx
MINIT MESYUARAT  1 2022.docxMINIT MESYUARAT  1 2022.docx
MINIT MESYUARAT 1 2022.docxasuntha1
 
Rancangan tahunan persatuan p.islam 2014
Rancangan tahunan persatuan p.islam 2014Rancangan tahunan persatuan p.islam 2014
Rancangan tahunan persatuan p.islam 2014NORAINI1010
 

Was ist angesagt? (20)

PLC Panitia .docx
PLC Panitia .docxPLC Panitia .docx
PLC Panitia .docx
 
Kertas kerja perkembangan staff
Kertas kerja perkembangan staffKertas kerja perkembangan staff
Kertas kerja perkembangan staff
 
Intervensi matematik -cikgu loman.docx
Intervensi matematik -cikgu loman.docxIntervensi matematik -cikgu loman.docx
Intervensi matematik -cikgu loman.docx
 
Carta organisasi program literasi dan numerasi
Carta organisasi program literasi dan numerasiCarta organisasi program literasi dan numerasi
Carta organisasi program literasi dan numerasi
 
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxINTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
 
Kertas kerja program akademik
Kertas kerja program akademikKertas kerja program akademik
Kertas kerja program akademik
 
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEMContoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
 
pemilihan pakej stem.pdf
pemilihan pakej stem.pdfpemilihan pakej stem.pdf
pemilihan pakej stem.pdf
 
Kertas kerja hari kantin
Kertas kerja hari kantinKertas kerja hari kantin
Kertas kerja hari kantin
 
Sijil penghargaan dana
Sijil penghargaan danaSijil penghargaan dana
Sijil penghargaan dana
 
Perancangan aktiviti-tahunan-panitia-matematik-tahun-2013 (1)
Perancangan aktiviti-tahunan-panitia-matematik-tahun-2013 (1)Perancangan aktiviti-tahunan-panitia-matematik-tahun-2013 (1)
Perancangan aktiviti-tahunan-panitia-matematik-tahun-2013 (1)
 
Pas Keluar Kelas 2040.pptx
Pas Keluar Kelas 2040.pptxPas Keluar Kelas 2040.pptx
Pas Keluar Kelas 2040.pptx
 
Borang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolahBorang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolah
 
PSO 2023-2025.pptx
PSO 2023-2025.pptxPSO 2023-2025.pptx
PSO 2023-2025.pptx
 
Panduan kelab pencegahan jenayah
Panduan kelab pencegahan jenayahPanduan kelab pencegahan jenayah
Panduan kelab pencegahan jenayah
 
Kertas kerja sambutan hari lahir 2020
Kertas kerja  sambutan hari lahir 2020Kertas kerja  sambutan hari lahir 2020
Kertas kerja sambutan hari lahir 2020
 
Fail pengurusan kokurikulum
Fail pengurusan kokurikulumFail pengurusan kokurikulum
Fail pengurusan kokurikulum
 
MESYUARAT 3 UNIT 2023=2024.pptx
MESYUARAT 3 UNIT 2023=2024.pptxMESYUARAT 3 UNIT 2023=2024.pptx
MESYUARAT 3 UNIT 2023=2024.pptx
 
MINIT MESYUARAT 1 2022.docx
MINIT MESYUARAT  1 2022.docxMINIT MESYUARAT  1 2022.docx
MINIT MESYUARAT 1 2022.docx
 
Rancangan tahunan persatuan p.islam 2014
Rancangan tahunan persatuan p.islam 2014Rancangan tahunan persatuan p.islam 2014
Rancangan tahunan persatuan p.islam 2014
 

Ähnlich wie Kertas kerja program sukaneka sainmatik

Laporan sukaneka sainmatik 2013
Laporan sukaneka sainmatik 2013Laporan sukaneka sainmatik 2013
Laporan sukaneka sainmatik 2013Anne Fyward
 
Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan Sk Skarok 2018
Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan Sk Skarok 2018Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan Sk Skarok 2018
Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan Sk Skarok 2018Stephanie Unsil
 
Kertas kerja minggu sn
Kertas kerja minggu snKertas kerja minggu sn
Kertas kerja minggu snaini ahmad
 
Kertas Kerja 1M1S Memanah.docx
Kertas Kerja 1M1S Memanah.docxKertas Kerja 1M1S Memanah.docx
Kertas Kerja 1M1S Memanah.docxRizalhutton
 
Laporan aktiviti bulan matematik sk tatau
Laporan aktiviti bulan matematik sk  tatauLaporan aktiviti bulan matematik sk  tatau
Laporan aktiviti bulan matematik sk tatauRoslina Amir
 
Kertas kerja karnival sains dan matematik
Kertas kerja karnival sains dan matematikKertas kerja karnival sains dan matematik
Kertas kerja karnival sains dan matematikSuhaily Soh
 
Kertas kerja minggu ict peringkat sk au keramat
Kertas kerja minggu ict peringkat sk au keramatKertas kerja minggu ict peringkat sk au keramat
Kertas kerja minggu ict peringkat sk au keramatwfhanim77
 
Kertas kerja minggu MT & SN 2014
Kertas kerja minggu MT & SN 2014Kertas kerja minggu MT & SN 2014
Kertas kerja minggu MT & SN 2014IPG
 
Kertas bengkel teknik menjawaab upsr 2017
Kertas bengkel teknik menjawaab upsr 2017Kertas bengkel teknik menjawaab upsr 2017
Kertas bengkel teknik menjawaab upsr 2017Zuliaty Ismail
 
KERTAS KERJA BULAN PANITIA SAINS 2021.doc
KERTAS KERJA BULAN PANITIA SAINS 2021.docKERTAS KERJA BULAN PANITIA SAINS 2021.doc
KERTAS KERJA BULAN PANITIA SAINS 2021.doczanahahmad1
 
kertas kerja KARNIVAL STEM KAYRO 22.docx
kertas kerja KARNIVAL STEM KAYRO 22.docxkertas kerja KARNIVAL STEM KAYRO 22.docx
kertas kerja KARNIVAL STEM KAYRO 22.docxnaziza
 
Kertas kerja bulan kemerdekaan 2013
Kertas kerja bulan kemerdekaan 2013Kertas kerja bulan kemerdekaan 2013
Kertas kerja bulan kemerdekaan 2013syuhada05
 
Othsaimi othman d053858
Othsaimi othman d053858Othsaimi othman d053858
Othsaimi othman d053858mie5483
 
Kertaskerjaharikokurikulum2011
Kertaskerjaharikokurikulum2011Kertaskerjaharikokurikulum2011
Kertaskerjaharikokurikulum2011faizatulsharmila
 
Sekolah kebangsaan pandan jaya 1
Sekolah kebangsaan pandan jaya 1Sekolah kebangsaan pandan jaya 1
Sekolah kebangsaan pandan jaya 1asmaq ahmad
 
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptx
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptxSLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptx
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptxNaimMahmud10
 

Ähnlich wie Kertas kerja program sukaneka sainmatik (20)

Laporan sukaneka sainmatik 2013
Laporan sukaneka sainmatik 2013Laporan sukaneka sainmatik 2013
Laporan sukaneka sainmatik 2013
 
Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan Sk Skarok 2018
Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan Sk Skarok 2018Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan Sk Skarok 2018
Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan Sk Skarok 2018
 
Minggu mate 2013
Minggu mate 2013Minggu mate 2013
Minggu mate 2013
 
Kertas kerja minggu sn
Kertas kerja minggu snKertas kerja minggu sn
Kertas kerja minggu sn
 
Kertas Kerja 1M1S Memanah.docx
Kertas Kerja 1M1S Memanah.docxKertas Kerja 1M1S Memanah.docx
Kertas Kerja 1M1S Memanah.docx
 
Laporan aktiviti bulan matematik sk tatau
Laporan aktiviti bulan matematik sk  tatauLaporan aktiviti bulan matematik sk  tatau
Laporan aktiviti bulan matematik sk tatau
 
Buku program-sains-maths
Buku program-sains-mathsBuku program-sains-maths
Buku program-sains-maths
 
Kertas kerja karnival sains dan matematik
Kertas kerja karnival sains dan matematikKertas kerja karnival sains dan matematik
Kertas kerja karnival sains dan matematik
 
Kertas kerja minggu ict peringkat sk au keramat
Kertas kerja minggu ict peringkat sk au keramatKertas kerja minggu ict peringkat sk au keramat
Kertas kerja minggu ict peringkat sk au keramat
 
Kertas kerja minggu MT & SN 2014
Kertas kerja minggu MT & SN 2014Kertas kerja minggu MT & SN 2014
Kertas kerja minggu MT & SN 2014
 
Kertas bengkel teknik menjawaab upsr 2017
Kertas bengkel teknik menjawaab upsr 2017Kertas bengkel teknik menjawaab upsr 2017
Kertas bengkel teknik menjawaab upsr 2017
 
KERTAS KERJA BULAN PANITIA SAINS 2021.doc
KERTAS KERJA BULAN PANITIA SAINS 2021.docKERTAS KERJA BULAN PANITIA SAINS 2021.doc
KERTAS KERJA BULAN PANITIA SAINS 2021.doc
 
kertas kerja KARNIVAL STEM KAYRO 22.docx
kertas kerja KARNIVAL STEM KAYRO 22.docxkertas kerja KARNIVAL STEM KAYRO 22.docx
kertas kerja KARNIVAL STEM KAYRO 22.docx
 
Kertas kerja bulan kemerdekaan 2013
Kertas kerja bulan kemerdekaan 2013Kertas kerja bulan kemerdekaan 2013
Kertas kerja bulan kemerdekaan 2013
 
Kg ilmu 2
Kg ilmu 2Kg ilmu 2
Kg ilmu 2
 
Kem Sains baru.doc
Kem Sains baru.docKem Sains baru.doc
Kem Sains baru.doc
 
Othsaimi othman d053858
Othsaimi othman d053858Othsaimi othman d053858
Othsaimi othman d053858
 
Kertaskerjaharikokurikulum2011
Kertaskerjaharikokurikulum2011Kertaskerjaharikokurikulum2011
Kertaskerjaharikokurikulum2011
 
Sekolah kebangsaan pandan jaya 1
Sekolah kebangsaan pandan jaya 1Sekolah kebangsaan pandan jaya 1
Sekolah kebangsaan pandan jaya 1
 
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptx
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptxSLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptx
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptx
 

Kürzlich hochgeladen

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysiaadriz3008
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.pptLIMHOOTYUNMoe
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BalqisFahemi2
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 

Kürzlich hochgeladen (13)

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 

Kertas kerja program sukaneka sainmatik

  • 1. KERTAS KERJA PROGRAM SUKANEKA SAINMATIK PERINGKAT SEKOLAH 2013 ************* MOTTO : “SERONOKNYA BERMAIN SAMBIL BELAJAR” ********* TEMPAT : GELANGGANG SERBAGUNA SEKOLAH TARIKH : 13 APRIL 2013 (SABTU) MASA : 0730 – 1400 PETANG
  • 2. DISEDIAKAN OLEH : KELAB SAINS DAN MATEMATIK UNIT KOKURIKULUM SK LANDEH 1.1 Rasional Program Program Sukaneka Sainmatik merupakan satu program yang dianjurkan oleh Kelab Sains dan Matematik SK Landeh. Program ini merupakan program yang pertama kali diadakan yang melibatkan murid, warga sekolah, PIBG serta ibu bapa dan masyarakat setempat. Program ini juga bertujuan untuk menarik minat murid terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik. Sebelum ini, aktiviti sains dan matematik hanya melibatkan murid-murid sekolah sahaja memandangkan kekangan kewangan yang menghadkan aktiviti bercorak pertandingan secara terbuka diadakan. Semoga dengan adanya program sukaneka ini akan dapat melahirkan murid yang berketrampilan, kreatif dan inovatif dalam mata pelajaran sains dan teknologi serta matematik selaras dengan transformasi pendidikan terhadap kedua-dua mata pelajaran ini. 1.2 Matlamat Program Matlamat program ini dianjurkan adalah untuk : 1.2.1 melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi dan berminat dalam mata pelajaran sains dan matematik. 1.2.2 merangsang minda murid terhadap mata pelajaran sains dan matematik supaya mereka lebih memahami pembelajaran sains dan matematik melalui aktiviti di luar bilik darjah. 1.2.3 membantu meningkatkan pencapaian akademik murid dan seterusnya mencapai sasaran akademik yang telah ditetapkan. 1.2.4 melahirkan murid yang bijak pandai, kreatif, inovatif dan kompeten dalam bidang sains dan matematik selaras dengan hasrat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, teras kedua iaitu melahirkan modal insan yang berdaya saing tinggi. Page ii of 22
  • 3. 1.2.5 melatih murid bersatu hati dan bekerjasama melalui pertandingan atau permainan secara berkumpulan terdiri daripada pelbagai kaum selaras dengan hasrat negara melalui konsep “1 Malaysia” 1.3 Objektif Program Antara objektif program sukaneka sainmatik adalah : 1.3.1 untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran sains dan matematik. 1.3.2 untuk meningkatkan motivasi murid terhadap mata pelajaran sains dan matematik melalui aktiviti bercorak permainan. Page iii of 22
  • 4. 1.3.3 untuk melahirkan murid yang kreatif, inovatif dan mampu bersaing dengan rakan mereka dalam mata pelajaran sains dan matematik. 1.3.4 untuk meningkatkan pencapaian akademik murid dalam mata pelajaran sains dan matematik di samping mencapai sasaran akademik yang telah ditetapkan. 1.4 Kumpulan Sasaran Pelaksanaan program ini disasarkan kepada semua murid SK Landeh termasuk ibu bapa mereka dan warga guru serta masyarakat setempat. 1.5 Jawatankuasa Induk Kelab Sains dan Matematik Penasihat : Tn. Haji Zulkipli Haji Amin Guru Penasihat : Pn. Patricia Ak Iyus (Ketua Panitia Sains) Pn. Masni Bt Alem (Ketua Panitia Matematik) Cik Sarsifarila Bt Usin Pn. Annabell Decapena Pengerusi : Clarre Joandy Ak Richard Kawi (murid Tahun Enam) Setiausaha : Nurul Hazirah Bt Mahrup (murid Tahun Enam) Bendahari : Mohd. Shazrin bin AJK Kecil : Nur Nisa, Siti Maisarah, dan Laila (murid Tahun 4) Mohd. Azri, Adawiyah dan Vhaleeny (murid Tahun 5) AJK Guru : Semua guru mengajar sains dan matematik SK Landeh Page 4 of 22
  • 5. 2.0 Pertandingan Sukaneka Sainmatik 2013 Pertandingan Sukaneka Sainmatik 2013 ini telah diubah tarikh cadangan pelaksanaannya kepada 13 April 2013 iaitu selepas cuti pertengahan penggal pertama yang jatuh dari 22 Mac hingga 31 Mac 2013. Pemilihan hari Sabtu disebabkan hari tersebut adalah hari tidak bekerja dan diharapkan para ibu bapa dapat menyertai pertandingan yang dirancang bersama-sama dengan anak-anak mereka. Warga sekolah juga dapat meluangkan sepenuh masa dan tenaga mereka dalam memastikan kelicinan setiap aktiviti pertandingan yang dirancang. Penyertaan semua pihak seperti warga sekolah, pelajar dan masyarakat setempat dalam menjayakan aktiviti pertandingan ini amatlah digalakkan untuk memupuk hubungan erat dikalangan warga sekolah dengan ibu bapa pelajar. Pertandingan sukaneka Sainmatik ini akan dilaksanakan dalam masa hampir satu hari iaitu bermula dari jam 0730 pagi hingga jam 2.00 petang. Penganjuran aktiviti pertandingan adalah sepenuhnya dikendalikan oleh Kelab Sains dan Matematik dengan bantuan guru-guru penasihat. kelab serta pihak PIBG sekolah. Sumbangan hadiah untuk pertandingan sukaneka sainmatik ini adalah daripada pihak PIBG sekolah serta peruntukkan daripada pihak pejabat pendidikan daerah. Sukaneka Sainmatik ini adalah terbuka kepada semua pelajar tahun 1 hingga tahun 6 bersama ibu bapa serta warga sekolah. Di bawah ini disenaraikan bersama jadual-jadual aktiviti pertandingan sukaneka sainmatik tersebut. 2.1 Pertandingan Sukaneka Sainmatik anjuran Kelab Sains dan Matematik Sukaneka Sainmatik merupakan salah satu daripada aktiviti kokurikulum yang telah dipilih dalam senarai takwim aktiviti tahunan kelab sains dan matematik bagi sepanjang tahun 2013 sebagai satu aktiviti untuk melaksanakan tugasan ini seperti yang tercatat dalam carta gantt aktiviti tahunan di bawah (Jadual 1). Hakikatnya untuk sekolah saya, pelaksanaan bagi aktiviti Page 5 of 22
  • 6. Kelab Sains dan Matematik adalah pada bulan Mei (minggu 1 dan 2) dan Jun (minggu 3 dan 4) iaitu diperuntukkan sebagai Bulan Sains dan Matematik dalam takwim sekolah bagi tahun 2013. Page 6 of 22
  • 7. AKTIVITI TAHUNAN KELAB SAINS DAN MATEMATIK 2013 BIL AKTIVITI JAN FEB MAC APR MEI Bulan dan JUN Sains Matematik JUL OGOS SEPT OKT 1 Mesyuarat AJK Perlantikan AJK Kelab x x x x x x x laporan 2 Mesyuarat AJK Kokurikulum Sekolah x x x x 3 Kenali Bahan, Peralatan dan Radas Sains x x x x x x x 4 Kenali Kemahiran Proses Sains (KPS) x x x x x x x x 5 Sukaneka Sainmatik x 6 Projek Buku Skrap Sains Matematik x Tahap 1 x Tahap 2 7 Projek Kuasai KPS Sains x x x x x x x x 8 Kuiz Sains dan Matematik x tahap 1 x tahap 2 Page 7 of 22
  • 8. 9 Pertandingan Menghafal Sifir x 10 Saintis Muda Tahap 2 x 11 Kem Motivasi Sains dan Matematik x Tahun 6 12 Pertandingan Melukis Poster Sains dan Matematik x Terbuka semua pelajar x Terbuka semua pelajar x Ahli kelab x Ahli kelab 13 Pertandingan Sains/Maths Puzzle x Ahli kelab x ahli kelab Page 8 of 22
  • 9. 2.2 Jawatankuasa Kerja Program Sukaneka Sainmatik Sukaneka Sainmatik merupakan salah satu daripada aktiviti kelab sains dan matematik yang telah dipilih untuk melaksanakan tugasan ini sebagai memenuhi syarat Tugasan bagi Modul HBEF2703 Kokurikulum, Semester Januari 2013. Berikut disertakan bersama Jawatankuasa- jawatankuasa yang akan bertugas sebagai pelaksana bagi Program Sukaneka Sainmatik 2013. 2.2.1 Jawatankuasa Induk Penasihat : Tuan Haji Zulkipli bin Haji Amin (Guru Besar SK Landeh, Padawan) YDP PIBG Encik Haratono bin ……….. Pengerusi 1 : Cikgu Linem ak Nyogor (PK KK Sekolah) Pengerusi 2 : Cikgu Patricia Ak Iyus (Ketua Panitia Sains) Pengerusi 3 : Cikgu Masni Binti Alem (Ketua Panitia Matematik) Setiausaha : Cikgu Sarsifarila bt Usin (Guru Sains) Bendahari : Cikgu Ivy ak Japloi (Guru Matematik) AJK : Semua guru matematik dan guru sains serta ahli kelab sains dan Pertandingan matematik sekolah. AJK Buku Program : Sarsifarila bt Usin, Pn. Patricia ak Iyus, Pn. Masni bt Alem dan AJK Kelab Sains dan Matematik
  • 10. 2.2.2 Jawatankuasa Kerja Jadual di bawah menunjukkan senarai jawatankuasa kerja Pertandingan Program Sukaneka Sainmatik 2013. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada warga guru sekolah, pihak PIBG dan AJK Kelab Sains dan Matematik. kertas projek sukaneka sainmatik 2013
  • 11. 9 AJK Pengelolaan Aktiviti Sukaneka AJK Pertandingan dan AJK Kelab Sains dan kertas projek sukaneka sainmatik 2013 BIL JAWATANKUASA TINDAKAN 1 Urusetia Pendaftaran Peserta (Ibu Bapa dan Murid) Pn. Zuana bt Sulong Pn. Zulina bt Buang Clarre Joandy, Mohd. Ihsan, Nursarahanie dan Laila 2 Penyelia Peserta Pn. Ivy ak Japloi Pn. Zuhana bt Abdul Rahim Pn. Annabell Decapena 3 AJK Makanan dan Minuman Pegawai Pertandingan dan PIBG Sekolah Pn. Noriah Tamam Cik Khamsiah bt Haji Saiee AJK PIBG (4 orang wakil) 4 AJK Persiapan Peralatan Sukaneka Cik Sarsifarila serta semua guru sains dan matematik dan AJK Kelab Sains Matematik 5 Juruacara Majlis Sukaneka Pn. Noni Ak Keli Pn. Noming Ak Nase 6 AJK Persiapan Tempat dan Peralatan Siaraya Sukaneka Sainmatik En. Dollah Haji Mahaji En. Ismail bin Eli En. Zainurin bin Mustaffa Ustaz Faizol Che Kob 7 AJK Promosi Pertandingan Sukaneka Sainmatik Sarsifarila bt Usin Pn. Rassidah bt Ahmat Sahari AJK Kelab Sains dan Matematik. 8 AJK Gerai Makanan dan Minuman Ustazah Kasmini bt Ustazah Norhanis bt Ismail Ustazah Hazlina bt Hamzah
  • 12. Matematik 10 Jurufoto Tn. Haji Zulkipli Haji Amin Cik Sarsifarila bt Usin 11 AJK Pegawai dan Pengadil Pertandingan En. Dollah Haji Mahaji YDP PIBG En. Haratono bin Sulaiman En. Zainurin bin Mustaffa 12 AJK Hadiah Sarsifarila bt Usin Pn. Linem Ak Nyogor semua guru sains dan matematik Jadual 2 : Jawatankuasa Kerja Program Sukaneka Sainmatik Dengan adanya jawatankuasa kerja pertandingan Program Sukaneka Sainmatik seperti di atas adalah diharapkan dapat memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada setiap aktiviti sukaneka yang telah dirancang demi untuk manfaat anak didik kita. Selain itu, juga diharapkan hubungan erat di antara pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat dapat dipertingkatkan lagi demi untuk kebaikan bersama dan kecemerlangan akademik anak-anak warga sekolah landeh. 2.3 Jawatankuasa Pegawai Pertandingan Program Sukaneka Sainmatik Jadual di bawah menunjukkan senarai pegawai pertandingan serta beberapa orang murid tahun enam yang terlibat dalam pengelolaan aktiviti bagi program sukaneka sainmatik. Peranan mereka ialah untuk membantu juruacara majlis dalam memastikan setiap peserta telah bersedia untuk acara yang dipertandingkan. JAWATAN JENIS AKTIVITI PEGAWAI TERLIBAT 1 Taklimat Pertandingan Pengerusi Pertandingan kertas projek sukaneka sainmatik 2013
  • 13. Sarsifarila bt Usin 2 Pengelola Aktiviti 1 dan 2 (Penyelia Peserta) Pn. Noni Ak Keli (Juruacara) Pn. Ivy Ak Japloi Clarre Joandy, Mohd. Ihsan 3 Pengelola Aktiviti 3 dan 4 (Penyelia Peserta) Pn. Noming Ak Nase Cik Zuhana bt Abdul Rahim Nursarahanie, Mohd. Imran 4 Pengelola Aktiviti 5 dan 6 (Penyelia Pserta) Pn. Noni Ak Keli Pn. Annabell Decapena Nur Fakhira, Mohd. Azri Jadual 3 : Senarai Pegawai Pertandingan Program Sukaneka Sainmatik 2.4 Jadual Pelaksanaan Pertandingan Program Sukaneka Sainmatik 2013 Jadual di bawah menunjukkan aturcara pertandingan Program Sukaneka Sainmatik yang akan berlangsung selama hampir sehari bermula dari jam 0730 pagi dan tamat pada jam 2.00 petang. Masa Aktiviti Tindakan 0730-0800 pagi Ketibaan semua peserta pertandingan : warga sekolah, ibu bapa dan pelajar. Urusetia Pertandingan 0800-0900 pagi * Kata-kata Aluan Guru Besar SK Landeh. * Taklimat Pertandingan * Senamrobik / Senaman Ringan Guru Besar Pengerusi Pertandingan Guru PJKs Sekolah 0900-1000 pagi Acara Pertandingan dimulakan. Aktiviti 1 : Permainan Sains & Matematik Aktiviti 2 : Maths Puzzle Guru Penasihat Kelab, Juruacara, Pengerusi Pertandingan, AJK Kelab kertas projek sukaneka sainmatik 2013
  • 14. 1000-1100 pagi Aktiviti 3 : Pertandingan Rekacipta (Jambatan Paling Stabil) Aktiviti 4 : Selesaikan Masalah (Sains dan Matematik) AJK Pertandingan AJK Kelab Sains & Matematik 1100-1200 pagi Aktiviti 5 : Rekreasi Sainmatik Aktiviti 6 : Teka Silang Kata AJK Pertandingan AJK Kelab S & M 1200 tengah hari Taklimat Penutupan Program Pertandingan Sukaneka Aktiviti Kebersihan Pengerusi Pertandingan Semua warga sekolah Ibu Bapa dan Pelajar 1300-1400 Makan Tengah Hari PIBG dan Staf 1400 petang Bersurai - Jadual 4 : Aturcara Program Pertandingan Sukaneka Sainmatik 2.5 Anggaran Perbelanjaan Aktiviti Program Sukaneka Sainmatik 2013 Berikut merupakan anggaran perbelanjaan bagi setiap aktiviti Program Sukaneka Sainmatik. Bentuk hadiah adalah berupa “Hamper” bagi johan, naib johan, tempat ketiga dan saguhati. kertas projek sukaneka sainmatik 2013
  • 15. Bilangan hadiah mengikut bilangan peserta yang mengambil bahagian. Perancangan belanjawan untuk hadiah dilaksanakan oleh AJK Hadiah. Anggaran belanjawan adalah seperti berikut : Aktiviti Perkara Kos (RM) Majlis Perasmian Program Sukaneka Sainmatik Cetakan Buku Program Kertas Pembalut Hadiah Iklan Promosi Pertandingan 20.00 Pertandingan Aktiviti 1 hingga Aktiviti 6 Hadiah Peralatan Sekolah Johan : Naib Johan : Tempat Ketiga : Saguhati :- Johan : 15.00 x 6 = 90.00 Naib Johan : 10.00 x 6 = 60 Ketiga : 5.00 x 6 = 30.00 Saguhati : 3.00 x 6 = 18 00 Jumlah = 198.00 Pertandingan Aktiviti 1 hingga Aktiviti 6 Peralatan Sukaneka : Kad manila, kad A4, pen marker, cawan dan pinggan plastik, straw, belon, beg plastik, sampul surat, gam, selotep, kertas lukisan dan tali Anggaran : 50.00 – 100.00 Majlis Penutupan Penyampaian Hadiah Makan Tengah hari Makanan dan minuman AJK Pertandingan, Pegawai Pertandingan, staf, guru dan AJK PIBG. Anggaran : 100.00 Air Mineral Makanan Ringan JUMLAH KASAR : RM418.00 Jadual 5 : Anggaran Belanjawan Program Sukaneka Sainmatik kertas projek sukaneka sainmatik 2013
  • 16. 2.6 Iklan Promosi Pertandingan Sukaneka Sainmatik Iklan Promosi Pertandingan Sukaneka Sainmatik ini akan dihasilkan oleh AJK Promosi Pertandingan bertujuan untuk menarik minat murid dan pihak ibu bapa supaya bersama-sama anak-anak mereka dalam menyertai setiap aktiviti pertandingan yang diadakan. Sokongan dan kerjasama daripada pihak ibu bapa dalam penyertaan aktiviti yang dirancang sedikit sebanyak diharapkan dapat merangsang minda dan minat anak-anak mereka dalam mata pelajaran sains dan matematik. Dengan adanya iklan promosi program ini nanti akan dapat memberi peluang kepada ibu bapa murid untuk meluangkan masa bersama-sama anak-anak mereka sepanjang pertandingan dijalankan. Pihak ibu bapa juga akan dapat memperuntukkan masa bersama anak- anak mereka setelah dimaklumkan tentang program yang akan dijalankan. Manakala bagi murid- murid pula, melalui iklan ini sudah tentunya akan dapat membantu mereka menyediakan diri masing-masing dengan segala pengetahuan sains dan matematik untuk diaplikasikan semasa pertandingan tersebut. kertas projek sukaneka sainmatik 2013 PADA 13 APRIL 2013 (SABTU) JAM 0730 PAGI HINGGA 2.00 PETANG BERTEMPAT DI GELANGGANG SERBAGUNA SK LANDEH.
  • 17. Contoh Iklan Promosi Sukaneka Sainmatik 2.7 Peralatan Pertandingan Sukaneka Sainmatik Berikut disenaraikan antara peralatan-peralatan yang akan digunakan sepanjang pertandingan sukaneka tersebut berlangsung. JENIS AKTIVITI BERKUMPULAN KEPERLUAN PERALATAN TINDAKAN KUMPULAN Aktiviti Rekacipta (Jambatan Paling Stabil) Cawan Plastik (8 bungkus) Pinggan Plastik (8 bungkus) Straw (8 Bungkus) Gelang Getah, Selotep, Gam Menggunakan semua bahan untuk membina sebuah jambatan yang paling stabil. Aktiviti Rekreasi Sainmatik Kad Manila, Kad A4, Sampul Surat, Bola (8 biji), Sketel/Gelung Rotan (8 biji), Meja/Kerusi (8 buah). Mengikut arahan yang terdapat dalam setiap sampul surat dan diikuti oleh halangan tertentu. Aktiviti Teka Silang Kata Kad Manila, Kad A4, pen marker,warna pensel, Meja/Kerusi (8 buah) Melalui beberapa halangan untuk menyiapkan aktiviti teka silang kata. Aktiviti Math Puzzle Kad Manila, Kad A4, Sampul Surat, Pen Marker, Menyatukan puzzle kemudian menjawab beberapa soalan kertas projek sukaneka sainmatik 2013
  • 18. Meja/Kerusi (8 buah) berkaitan. Aktiviti Permainan Sains Matematik Kad A4, Sampul Surat, Meja/Kerusi (8 buah) Berhalangan menjawab menyelesaikan beberapa masalah sains dan matematik dalam bentuk permainan. Aktiviti Selesai Masalah Kad Manila, Pen Marker, Kertas Lukisan, Meja/Kerusi (8 buah) Menyelesaikan beberapa masalah secara perbincangan kumpulan. 2.8 Format Pertandingan JENIS AKTIVITI BERKUMPULAN FORMAT PERTANDINGAN TINDAKAN KUMPULAN Aktiviti Rekacipta (Jambatan Paling Stabil) Untuk murid Tahap Dua sahaja. Setiap kelas (4,5,6) diwakilkan oleh 8 pasukan dari setiap kelas bersama ibu atau bapa masing-masing. Pertandingan dijalankan dalam masa 20 minit bagi setiap kelas secara serentak. Hasil rekacipta diadili oleh pegawai- pegawai pertandingan yang telah dilantik khas oleh pihak penganjur. Ibu atau bapa murid bertindak sebagai pemudahcara. Jambatan yang Menggunakan semua bahan untuk membina sebuah jambatan yang paling stabil. kertas projek sukaneka sainmatik 2013
  • 19. telah siap akan diuji kestabilannya dengan menggunakan beberapa biji guli oleh AJK Pertandingan untuk ditentukan pemenangnya. Aktiviti Rekreasi Sainmatik Terbuka kepada murid Tahap 1 dan 2. Pertandingan adalah secara stesen dijalankan selama 40 minit. Ada 5 stesen dengan aktiviti rekreasi masing-masing. Satu stesen diberi 8 minit untuk selesaikan aktiviti rekreasi yang diberi. Ibu atau bapa murid bertindak sebagai motivator kepada anak masing-masing. Pemenang akan ditentukan oleh AJK Pertandingan. Mengikut arahan yang terdapat dalam setiap sampul surat dan diikuti oleh halangan tertentu. Aktiviti Teka Silang Kata Terbuka kepada murid Tahap 1 dan 2. Selesaikan Teka Silang Kata dan Pengelasan dalam masa 10 minit. Ibu atau bapa murid bertindak sebagai pemudahcara (motivator) kepada anak masing-masing. Pemenang ditentukan oleh AJK Pertandingan. Melalui beberapa halangan untuk menyiapkan aktiviti teka silang kata. Aktiviti Math Puzzle Terbuka kepada murid Tahap 1 dan 2. Selesaikan Math Puzzle dalam masa 5 minit. Ibu atau bapa murid bertindak sebagai Menyatukan puzzle kemudian menjawab beberapa soalan berkaitan. kertas projek sukaneka sainmatik 2013
  • 20. pemudahcara sahaja. Pemenang berdasarkan ketepatan jawapan dalam masa ditetapkan. Aktiviti Permainan Sains Matematik Terbuka kepada murid Tahap 1 dan tahap 2. Melakukan aktiviti permainan sains dan matematik secara rantaian. Setiap rantaian akan disediakan AJK Pertandingan untuk mengawasi aktiviti dijalankan. Terdapat 4 rantaian aktiviti dalam masa 20 minit. AJK Pertandingan akan menentukan pemenang berdasarkan ketepatan jawapan yang diberi. Ibu atau bapa murid sebagai motivator mereka. Berhalangan menjawab menyelesaikan beberapa masalah sains dan matematik dalam bentuk permainan. Aktiviti Selesai Masalah Terbuka kepada murid Tahap 2 sahaja. Pasukan selesaikan masalah sains dan matematik dalam masa 30 minit. Ibu atau bapa murid akan membimbing murid selesaikan masalah masing-masing. Pemenang akan ditentukan oleh AJK Pertandingan. Menyelesaikan beberapa masalah secara perbincangan kumpulan. ** setiap pasukan murid dari setiap kelas adalah berlainan untuk setiap aktiviti pertandingan. Guru Mata pelajaran dan guru kelas akan membuat pilihan awal sebelum pertandingan dijalankan dimaklumkan kepada penyelia aktiviti pertandingan. AJK Pertandingan akan memantau setiap aktiviti pertandingan yang kertas projek sukaneka sainmatik 2013
  • 21. diadakan dan menentukan pemenang bagi aktiviti tersebut. 2.9 Syarat-syarat Pertandingan  pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah bersama dengan salah seorang ahli keluarga masing-masing.  setiap aktiviti disertai oleh murid-murid dari setiap kelas Tahun 1 hingga Tahun 6 mengikut ketetapan oleh pihak penganjur pertandingan.  setiap aktiviti pertandingan akan diwakili oleh empat pasukan murid dari setiap kelas. Elak pilih murid yang sama untuk semua aktiviti pertandingan.  ibu atau bapa murid yang terpilih akan bersama-sama anak mereka dalam pertandingan sukaneka sebagai motivator atau pemudah cara.  ibu atau bapa murid hanya bertindak sebagai pemudahcara kepada anak masing- masing dalam setiap pertandingan dijalankan. Membimbing anak untuk menyelesaikan masalah bukan memberi anak jawapan yang dikehendaki.  setiap aktiviti pertandingan akan diberi keterangan tentang format pertandingan oleh AJK Pertandingan kepada setiap pasukan sebelum acara pertandingan dimulakan.  pasukan yang melanggar ketetapan pertandingan akan disingkirkan dari penyertaan.  keputusan hakim dan pegawai pertandingan yang dilantik adalah muktamad. kertas projek sukaneka sainmatik 2013
  • 22. kertas projek sukaneka sainmatik 2013