1. SYARAT - SYARAT UTAMA
KELAS BIMBINGAN YAYASAN SELANGOR
TAHUN 2015
KELAS SUBJEK JUMLAH JAM MENGAJAR KADAR BAYARAN
(RM)
Tingkatan 1 & 2 1. Bahasa Inggeris
2. Matematik
3. Sains
4. ‘Communication English’
4 JAM / SUBJEK / BULAN
Subjek : Teras
3 JAM / SUBJEK / BULAN
Subjek : ‘Communication English’
RM 40 / JAM
Fotostat
Bahan Edaran P&P
* sertakan resit
rasmi bersama
tuntutan
Tingkatan 3 1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sains
5. ‘Communication English’
4 JAM / SUBJEK / BULAN
Subjek : Teras
3 JAM / SUBJEK / BULAN
Subjek : ‘Communication English’
RM 40 / JAM
Fotostat
Bahan Edaran P&P
* sertakan resit
rasmi bersama
tuntutan
Tingkatan 4 & 5 1. Bahasa Inggeris
2. Matematik
3. Matematik Tambahan
4. Fizik
5. Kimia
6. Biologi / Lukisan
Kejuruteraan
7. ‘Communication English’
6 JAM / SUBJEK / BULAN
Subjek : Teras & Elektif
3 JAM / SUBJEK / BULAN
Subjek : ‘Communication English’
RM 50 / JAM
Fotostat
Bahan Edaran P&P
* sertakan resit
rasmi bersama
tuntutan
KRITERIA KELAYAKAN GURU
1. Pemohon mestilah mempunyai Sijil / Diploma / Ijazah dalam subjek berkaitan.
2. Pemohon mestilah guru yang sedang mengajar atau berpengalaman mengajar diperingkat sekolah
menengah.
3. Mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun bagi subjek yang diajar.
4. Komited terhadap tugas yang diberikan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
(Untuk Tindakan Guru Penyelaras RKPYS )
1. Senarai NAMA & MAKLUMAT GURU-* Rujuk Lampiran III
2. BORANG PERMOHONAN JAWATAN GURU-* Rujuk Lampiran IV& V
3. Salinan KAD PENGENALAN GURU
4. Salinan MUKA DEPAN BUKU AKAUN / PENYATA BANK yang tertera NO. AKAUN GURU
* Dokumen yang lengkap perlu diserahkan segera ke alamat berikut sebelum 11 Februari 2015.
Yayasan Selangor,
Tingkat 18, Menara Yayasan Selangor,
No. 18A, Persiaran Barat,
46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
( u.p : Bahagian Hal Ehwal Pelajar )
Tel : 03-7669 1154 / 03 - 7669 1216 @ Fax : 03 - 7954 1862
RHM/ZK/HEP/JAN2015
Lampiran I
2. SYARAT - SYARAT TAMBAHAN
KELAS BIMBINGAN YAYASAN SELANGOR
TAHUN 2015
1. PROSEDUR : PELAKSANAAN KELAS BIMBINGAN
1.1 Kelas Bimbingan mesti dijalankan mengikut jadual & subjek yang telah ditetapkan.
1.2 Sekiranya terdapat perubahan subjek, Guru Penyelaras perlu mengemukakan
permohonan secara bertulis ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar Yayasan Selangor (HEP)
untuk pertimbangan dan kelulusan.
1.3 Jumlah jam mengajar tidak boleh melebih isyarat yang ditetapkan. Jika tidak
dipatuhi, Yayasan Selangor tidakakan membayar tuntutan tersebut.
1.4 Sekiranya terdapat pertukaran guru, Guru Penyelaras perlu memaklumkan ke
Bahagian HEP terlebih dahulu sebelum pelaksanaan kelas dan mematuhi syarat –
syarat utama yang ditetapkan.* Rujuk Lampiran I.
* Kekerapan pertukaran guru kelas bimbingan adalah tidak dibenarkan.
2. PROSEDUR :TUNTUTAN BAYARAN ELAUN GURU
2.1 Guru Kelas Bimbingan perlu mengisi‘ Borang Tuntutan Individu‘ secara bertaip
(mengikut format terkini yang disediakan oleh Bahagian HEP) dan menyerahkan
kepada Guru Penyelaras sebelum 1hb pada setiap bulan.
2.2 Sekiranya ‘Borang Tuntutan Individu ‘bertulis tangan, ia akan dikembalikan kepada
Guru Penyelaras untuk diisi semula secara bertaip.
2.3 Guru Penyelaras perlu menyemak ‘Borang Tuntutan Individu’ dan mengisi
‘Borang Tuntutan Keseluruhan’ secara bertaip.
2.4 Butiran tuntutan mestilah jelas, tepat dan lengkap terutamanya:-
2.4.1 Nama, No. K/P, No. Akaun
2.4.2 Tarikh, Masa, Jumlah Tuntutan
2.4.3 Tandatangan Pengesahan (Guru Kelas Bimbingan / Penyelaras / Pengetua)
2.4.4 Resit asal bukti fotostat (perlu dilampirkan di atas kertas A4)
2.5 Lain-lain tuntutan yang dibenarkan:-
2.5.1 Kos pengeposan borang tuntutan Kelas Bimbingan (pos biasa / laju)
2.5.2 Bahan edaran P & P Kelas Bimbingan (Fotostat sahaja)
* Peringatan : -
Tuntutan bayaran bagi pembelian buku rujukan / latihan adalah tidak dibenarkan.
2.6 Guru Penyelaras perlu mengemukakan ‘Borang Tuntutan Keseluruhan’ & ‘Borang
Tuntutan Individu yang telah disemak ke Bahagian HEP melalui serahan tangan @
pos sebelum 5hb pada setiap bulan.
2.7 ‘Borang Tuntutan Keseluruhan’ juga perlu dihantar menerusi email
zarina@yselangor.com / azlinanora07@gmail.com sebelum 5hb pada setiap
bulan.
2.8 Sekiranya boring permohonan tuntutan bayaran elaun tidak lengkap, ia akan
dikembalikan kepada Guru Penyelaras untuk tindakan segera.
2.9 Permohonan tuntutan bayaran elaun perlu dihantar selewat - lewatnya 1 bulan dari
tempoh pelaksanaan. Sekiranya tuntutan lewat dari tempoh yang ditetapkan, ia
tidak akan dibayar oleh Bahagian Kewangan Yayasan Selangor.
RHM/ZK/HEP/JAN2015
Lampiran II