A lil bit sharing of presentation of Malaysian entrepreneurship (Tan Sri Azman Hashim) made for Entrepreneurship BPME 1013 course that I'm taking in UUM Sintok..please enjoy yourself..have a cup of tea.. :)
3. Pengenalan
Usahawan dan Keusahawanan adalah diantara istilah yang seringkali
disebut-sebut oleh masyarakat sejak zaman dahulu lagi.
Perkataan usahawan mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa
pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Ianya bukanlah satu perkara yang baru
kepada kita.
Perkataan usahawan mempunyai erti yang sama dengan perkataan
Inggeris ‘entrepreneur’. Perkataan ‘entrepreneur’ berasal dari perkataan
Perancis, ‘entreprendre’ yang bererti memikul tugas atau tanggungjawab.
Istilah ini membawa kepada pelbagai maksud atau takrifan mengikut bidang
atau kefahaman individu masing-masing.
Terdapat banyak sudut perspektif dalam definisi keusahawanan.
4.
YBhg. Tan Sri Dato’ Azman bin Hashim dilahirkan di Kampung Baru, Kuala
Lumpur pada bulan Julai 1939.
Beliau mempunyai 13 adik-beradik dan merupakan anak ketiga di dalam
keluarganya.
Bapanya bekerja sebagai juruteknik di Lembaga Letrik Negara ( LLN )
manakala ibunya pula seorang guru.
Beliau bersekolah di Malay Boy’s School, Setapak dan kemudiannya ke
Methodist Boy’s School di Sentul dan menamatkan sijil persekolahan pada
5.
Pada tahun 1955, beliau telah pergi ke Perth, Australia untuk
melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan. Di Perth, beliau
telah berpeluang bekerja di Messrs O L Haines & Co. (Chartered
Accountants) sehingga tahun 1960.
Apabila pulang ke tanah air, beliau berkhidmat dengan Bank Negara
Malaysia sehingga Mei 1964. Setelah empat tahun di Bank
Negara, beliau memulakan syarikatnya sendiri dengan nama Azman
& Co pada Mei 1964.
Kemudiannya dikenali dengan nama Azman Wong Salleh & Co.
(Chartered Accountants). Beliau meninggalkan syarikat itu pada Mei
6.
Beliau kemudian meninggalkan Malayan Banking untuk menyertai Kwong Yik Bank
Berhad dari Disember 1980 hingga Mac 1982.
Tahun 1982 merupakan tahun yang membawa tuah kepada beliau apabila berjaya
membeli 40 peratus dari Taiping Textiles sebuah syarikat tersenarai (kemudiannya
dinamakan Arab-Malaysian Development Berhad atau AMDB).
Pada tahun1982, beliau membeli Arab - Malaysian Merchant Bank yang kini dikenali
sebagai AmBank dari usahawan Arab, iaitu Hussain Najadi. Hussain mengasaskan
bank itu pada tahun 1975 bagi membawa masuk pelaburan dari negara - negara
Arab ke Malaysia.
Selepas pembelian itu, TanSri Azman dilantik sebagai pengerusinya.
Beliau juga merupakan individu melayu kedua terkaya di Malaysia selepas Tan Sri
Syed Al Bukhary.
7. Latar Belakang Perniagaan yang
Dijalankan
Ditubuhkan pada Ogos 1975, Kumpulan AmBank adalah kumpulan
perbankan kelima terbesar di Malaysia dari segi aset.
Terdiri daripada AMMB Holdings Berhad dan anak-anak syarikatnya
Am Investment Bank Berhad, Am Investment Group
Berhad, AmBank (M)Berhad, AmLife Insurance Berhad dan AmG
Insurance Berhad
Falsafah Kumpulan AmBank menggabungkan komitmen yang
berakar umbi kepada pelbagai pelanggan yang berpuas hati, dengan
inisiatif yang dipacu oleh pelanggan dalam semua bentuk komunikasi
dan interaksi dengan semua kumpulan pelanggan.
8. Latar Belakang Produk atau
Perkhidmatan yang Dikeluarkan
Menyediakan pelbagai produk dan perbankan pelaburan, perbankan komersil, pembiayaan runcit
dan perkhidmatan kewangan yang berkaitan, juga termasuk perbankan Islam,pengunderaitan am
dan insurans hayat, saham,saham dan broker niaga hadapan, nasihat pelaburan dan aset, harta dan
unit pengurusan amanah
Tan Sri Azman pernah dan sedang memegang banyak jawatan lain. Antaranya adalah Ahli Lembaga
Pengarah Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS), Pengerusi Persatuan Bank Saudagar di
Malaysia, Pengerusi Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia Berhad (MIMOS) dan Pengerusi
Perbadanan Produktiviti Nasional.
Selain itu beliau juga ada kepentingan didalam South Peninsular Industries Berhad, Redifussion
Berhad, Hotel Equatorial dengan 30% kepentingan, dan anak syarikat Johnson & Johnson di
Malaysia dengan 30% kepentingan.
Disamping Arab-Malaysia, Tan Sri Azman juga terbabit dengan banyak lagi syarikat dan
pertubuhan, antaranya Malaysian South-South Corporation Bhd, MCM Technologies
Bhd, Perbadanan Pembangunan Multimedia Sdn Bhd, Persatuan Bank- Bank Saudagar
Malaysia, Perbadanan Pengeluaran Negara, Pasific Basin Economic Council Malaysia, Yayasan
9. Cabaran yang Dihadapi Dalam
Perniagaan
Pada mac 1988, ketika beberapa buah bank mengasak bertubi dan memaksa Datuk Syed Kechik Syed Mohamed
menjual Temerloh Rubber Estates Bhd sebagai jalan melunaskan hutangnya, Azman menyelamatkan keadaan dan
mengambilalih firma itu dan menjadi syarikat induknya
Dengan membuat tawaran kukuh dan munasabah, disamping yakin apa yang dibuatnya, beliau memohon tempoh
seminggu kepada Jawatankuasa Pelaburan Asing sebelum memenangi bida ke atas firma tersebut.
Beliau merupakan seorang yang tidak boleh duduk diam, Tan Sri Azman sering mencari sesuatu yang mencabar
dalam kerjayanya setiap kali beliau merasa bosan atau menganggapnya sebagai terlalu rutin.
Selepas empat tahun bekerja di Bank Negara Malaysia (BNM) dan kemudian meletak jawatan untuk membentuk
firma perakaunan Azman and Co. Pada 1964. Pada waktu itu, perakaunan adalah bidang yang amat baru dan tidak
ramai yang mengamalnya.
Tanggapan umum waktu itu ialah, sijil perakaunan dari Australia adalah kelas ke dua
Beliau menganggapnya sebagai satu cabaran dan mahu membuktikan tanggapan itu salah kata beliau.
Selepas krisis ekonomi asia 1997 / 98, Tan Sri Azman bukan sahaja berjaya mengekalkan kedudukannya dalam
Kumpulan Perbankan AmBank, malah berjaya menambahkan lagi penguasaannya dalam industri perbankan dengan
penggabungan MBF Finance dengan anak syarikat Kumpulan Perbankan AmBank, iaitu Arab - Malaysian Finance
Berhad.
10. Kejayaan Perniagaan atau Konsep
Perniagaan yang diceburi
Pada Februari 2003, beliau disenaraikan oleh Malaysian
Business sebagai usahawan ke 19 daripada 40 orang
paling kaya di negara ini dengan anggaran asset bernilai
RM543.6 juta. Di satu segi, beliau bolehlah dianggap
sebagai seorang yang Berjaya.
Tan Sri Azman pernah menerima banyak anugerah.
Antaranya ialah anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti
Utara Malaysia pada tahun 1990
Pada tahun1985, Tan Sri Azman dinamakan sebagai
11.
Pada tahun 1993, beliau dinamakan sebagai Usahawan ASEAN Tahun 1993 oleh Forum Perniagaan
ASEAN
Pada tahun 1995 pula, beliau dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Tahun1995 oleh Kelab Alumni
Harvard Business School
Dibawah kepimpinan beliau, Perbadanan Produktiviti Nasional berjaya membangunkan metodologi
pengukuran produktiviti di peringkat kebangsaan dan subsektor.
Sejak tahun 1994, Perbadanan Produktiviti Nasional menerbitkan laporan tahunan produktiviti yang
menganalisis prestasi produktiviti di peringkat kebangsaan, dan subsektor. Laporan tahunan itu dapat
diakses melalui Pangkalan data Rangkaian Tanda Aras Dalam Talian (BOND), iaitu pangkalan data
amalan terbaik dan petunjuk prestasi cemerlang.
Melalui Perbadanan Produktiviti Nasional juga, Tan Sri Azman banyak menyumbang kepada
pergerakan produktiviti di rantau Asia dan Pasifik.
Disamping itu, beliau pernah menjadi ahli Umno sejak 35 tahun lalu, beliau pernah menjadi
Pengerusi Pemuda Kampung Baru pada tahun 60an dan bendahari Umno Selangor pada 1970an.
12. Kesimpulan
Kesimpulannya, usahawan merupakan suatu bidang yang sangat luas. Ada
individu yang ingin berkecimpung dalam bidang keusahawanan kerana
melihat faktor sekeliling. Mereka ingin mengubah tahap kewangan dan
kehidupan keluarga mereka apabila melihat rakan mereka berjaya sebagai
usahawan. Ada juga individu ingin menjadi usahawan kerana inginkan
kebebasan masa dan lari daripada terkongkong dengan kehidupan kerja
makan gaji.
Tan Sri Dato’ Azman Hashim. Beliau merupakan seorang yang inginkan
pekerjaan yang mencabar sehinggalah beliau meletak jawatan dalam BNM
dan membentuk firma perakaunannya sendiri iaitu Azman and Co.