SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 6
2.0   PERANAN GURU

      Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga
      tugas    utama     iaitu   tugas   profesional,   tugas    manusiawi   dan    tugas
      kemasyarakatan (sivic mission). Jika dikaitkan dengan kebudayaan, maka
      tugas pertama berkaitan dengan logik dan estetika manakala tugas kedua
      dan ketiga berkaitan dengan etika.

      WF Connell (1972) pula membezakan tujuh peranan seorang guru iaitu
      pendidik (nurturer), model, pengajar dan pembimbing, pelajar (learner),
      jurucakap    dan    penghubung       terhadap     masyarakat    setempat,    pekerja
      pentadbiran serta kesetiaan terhadap perlembagaan.

              Dalam Pendidikan Moral, guru memainkan peranan bukan sahaja
      sebagai agen moral yang membentuk keperibadian murid-murid, malahan
      kaedah yang digunakan guru semasa menjalankan proses pengajaran dan
      pembelajaran juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan
      objektif pengajaran yang ditetapkan dapat dicapai. Oleh itu, kita akan melihat
      dengan lebih       jelas lagi perincian peranan           dan   tugas guru    dalam
      melaksanakan dua kaedah pengajaran Pendidikan Moral iaitu kaedah
      bercerita dan kaedah pameran.

      2.1     Peranan Guru dalam Kaedah Bercerita

              Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti
              pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ia
              juga adalah satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai
              objektif pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah
              sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah-
              langkah penyampaian yang tersusun. Menurut Edward M. Anthony
              (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang
              dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan
              kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.


                    Kaedah bercerita pula ialah salah satu pendekatan yang sesuai
              digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita


                                            2
merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
Bercerita juga boleh mempromosikan minat dalam mana-mana
bahagian   kurikulum    melalui   latihan   pemahaman,     perluasan
perbendaharaan kata dan tatabahasa yang disampaikan.

      Secara umumnya, terdapat beberapa perkara asas yang perlu
diberi perhatian oleh guru yang ingin menggunakan kaedah bercerita
dalam Pendidikan Moral. Pertamanya, guru harus bijak memilih cerita
yang sesuai dengan umur, minat dan kecerdasan murid-murid. Dalam
Teori Kecerdasan Pelbagai, guru-guru telah didedahkan tentang
kepelbagaian minat dan cara belajar murid-murid di dalam sesebuah
kelas. Oleh itu, guru harus memilih cerita yang berkaitan dengan
perkara yang diminati murid. Guru boleh mempelbagaikan watak di
dalam cerita yang disampaikan supaya semua murid yang mempunyai
pelbagai minat tersebut dapat memberi perhatian yang sewajarnya
semasa guru bercerita. Selain itu, murid-murid juga lebih senang
mengingati isi pelajaran yang berkaitan dengan diri dan persekitaran
mereka.

      Perkara kedua ialah guru harus menyesuaikan cerita dengan isi
pelajaran yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, objektif pengajaran
guru pada hari tersebut adalah supaya murid dapat menyatakan
perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan terhadap ahli keluarga.
Jadi, guru boleh bercerita tentang kasih sayang seorang ibu yang
dibalas oleh anak yang derhaka; contohnya kisah Si Tanggang yang
masyhur. Selain itu, guru juga boleh mengubah jalan cerita untuk
menjadikannya lebih menarik.

      Untuk menjadikan kaedah bercerita lebih menarik, guru boleh
menggunakan objek-objek sebenar, objek 3D, gambar ataupun bahan-
bahan media seperti audio dan visual untuk memberikan kesan yang
lebih menyeronokkan kepada murid-murid. Ini kerana, murid-murid
mudah hilang fokus terhadap penceritaan yang mendatar dan hanya
menggunakan lisan sebagai medium penceritaan. Aspek kawalan
kelas juga dapat ditingkatkan kerana guru lebih mudah mendapatkan

                           3
perhatian yang sewajarnya daripada murid-murid dengan adanya alat
bantu mengajar (ABM) atau bahan bantu mengajar (BBM). Kad-kad
frasa juga boleh disediakan oleh guru supaya pengintegrasian subjek
lain ke dalam subjek Pendidikan Moral dapat dilaksanakan. Sebagai
contoh, nilai yang ingin diajar oleh guru ialah hormat-menghormati.
Jadi guru boleh meminta murid untuk mengambil kad frasa dan
membina ayat yang lengkap berdasarkan jalan cerita yang telah
disampaikan oleh guru. Oleh yang demikian, murid-murid bukan sahaja
dapat memupuk nilai murni dalam diri malahan kemahiran bahasa
merka juga dapat ditingkatkan melalui kaedah bercerita.

      Walau bagaimanapun, jika dilihat dengan lebih teliti, terdapat
tiga fasa yang harus diberi perhatian oleh guru yang mana ketiga-
tiganya menuntut komitmen dan peranan yang tinggi daripada guru
supaya kaedah bercerita dapat dilaksanakan secara efektif. Fasa
pertama adalah fasa sebelum bercerita. Guru harus memastikan
tempat yang akan beliau gunakan untuk menjalankan kaedah bercerita
adalah    bersesuaian.    Keselesaan   menjadi    keutamaan.        Adalah
disarankan supaya murid-murid dapat duduk mengelilingi guru yang
bercerita jika ruang yang digunakan kecil, guru tidak perlu melakukan
banyak pergerakan dan bilangan murid adalah sedikit. Walau
bagaimanapun, jika bilangan murid adalah ramai maka guru perlulah
memberi perhatian terhadap aspek lain supaya suara beliau dapat
terus didengari oleh semua murid. Pastikan juga tiada apa-apa yang
menghalang murid daripada melihat guru yang bercerita.

      Guru perlu memastikan semua murid telah bersedia dan
memberikan perhatian sebelum guru mula bercerita. Jika guru tidak
mahu sebarang soalan atau gangguan ketika bercerita, guru haruslah
memaklumkan semua perkara tersebut terlebih dahulu agar masa
yang dirancang tidak terbuang begitu sahaja. Murid juga boleh diberi
peluang berkongsi cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak formal
sebagai   permulaan      kepada   pengalaman     bercerita   yang    lebih
mendalam.


                            4
Fasa kedua ialah semasa bercerita. Guru perlu bercerita
menggunakan suara yang kuat dan jelas. Nada suara juga harus
disesuaikan mengikut jalan cerita sama ada suara tinggi-rendah,
perlahan-kuat   atau   kasar-nyaring.   Ekspresi   muka   juga   perlu
dipelbagaikan agar perasaan yang ingin disampaikan oleh guru dalam
sesebuah cerita dapat dirasai oleh murid-murid.

      Guru juga perlu membenarkan murid-muridnya untuk mencatat
nota sebagai persediaan untuk perbincangan lanjut pada sesi
pembelajaran seterusnya. Namun, hal ini bukanlah alasan bagi murid
untuk tidak memberi perhatian terhadap penceritaan guru. Guru boleh
menyoal, meminta pandangan atau meminta murid menyambung
cerita yang disampaikan oleh guru supaya mereka sentiasa berjaga-
jaga dan terus memberi perhatian sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Pandangan mata atau ‘eye contact’
haruslah sentiasa dititikberatkan oleh guru supaya komunikasi guru-
murid akan menjadi lebih berkesan.

      Fasa terakhir ialah fasa selepas bercerita. Guru boleh meminta
murid untuk membuat kesimpulan daripada cerita yang disampaikan
guru. Nilai-nilai murni yang dipelajari beserta contohnya dalam
kehidupan seharian juga boleh disoal kepada murid-murid untuk
menguji sejauh mana kefahaman mereka terhadap penceritaan guru.

      Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dalam
kaedah bercerita. Hal ini kerana, terdapat banyak aspek yang harus
dititikberatkan untuk memastikan objektif pengajaran dapat dicapai,
murid-murid dapat memahami isi pelajaran dalam suasana yang lebih
menyeronokkan dan menguji kemampuan guru dalam melaksanakan
kaedah ini.




                           5
2.2   Peranan Guru dalam Kaedah Pameran

      Kaedah pameran ialah kaedah yang menggunakan proses mendengar
      dan   melihat   untuk   memberi     penjelasan   tentang    bahan   yang
      dipamerkan. Untuk melaksanakan kaedah ini, terdapat beberapa
      perkara yang harus diambil perhatian oleh guru bagi memastikan
      kelancaran pengajarannya.

            Perkara    pertama    ialah   guru   harus    menentukan      objek
      pengajaran berdasarkan kemahiran dan kecekapan pelajar. Ini
      bermakna, objektif yang ditentukan guru boleh dicapai sesuai dengan
      kemampuan murid. Jika murid yang diajar mempunyai tahap
      kecekapan yang agak rendah, guru bolehlah meletakkan objektif untuk
      mengukuhkan      lagi   kecekapan      yang      sedia     ada   ataupun
      mempelbagaikan kemahiran yang mereka miliki.

            Perkara kedua ialah kepelbagaian jenis pameran perlu dipilih
      oleh guru untuk dilaksanakan oleh murid-murid. Kepelbagaian jenis
      pameran bermaksud pelbagai jenis bahan yang dipamerkan yang
      merangkumi bahan maujud, carta, bahan audio dan video serta
      permainan yang berkaitan dengannya. Guru berperanan sebagai
      fasilitator yang akan memantau perkembangan pameran ini.

            Guru juga berperanan untuk membantu murid dengan bersama-
      sama menyediakan bahan, peralatan dan bekalan yang mempunyai
      kaitan dengan pameran. Langkah ini penting untuk menjimatkan
      sumber yang digunakan serta memastikan setiap bahan dan perlatan
      digunakan dengan betul dan berkesan. Setiap peralatan yang terlibat
      dengan pameran haruslah diselenggara terlebih dahulu supaya
      pameran dapat berlangsung dengan lancar. Selain itu, bantuan
      daripada guru juga penting untuk memperbetul kekurangan yang
      terdapat pada bahan pameran ketika proses pembuatannya lagi.

            Seterusnya, guru perlu membuat perancangan yang lengkap
      terutamanya sekali mengenai pembahagian tugas dan menerangkan
      dengan jelas tentang peranan setiap murid dalam pameran. Apabila

                                  6
semua murid telah jelas dengan tugas masing-masing, kepincangan
dalam proses membangunkan bahan pameran dapat dielakkan.
Langkah ini juga penting untuk memastikan semua murid terlibat dan
salah faham mengenai tugas dapat dielakkan.

      Guru juga perlu mengenal pasti sejauh manakah penglibatan
dirinya sendiri dalam kaedah pameran ini supaya murid tidak terlalu
bergantung kepada guru keran tugas-tugas telah diagihkan. Hal ini
bererti, setelah tugas dibahagikan kepada murid, guru akan bertindak
sebagai fasilitator yang akan memantau dan memberi bimbingan ketika
perlu sahaja. Ini        membolehkan murid-murid lebih berdikari dan
membuat tugasan dengan lebih cermat.

      Selain itu, guru juga perlu berbincang dari semasa ke semasa
dengan para muridnya untuk memastikan kejayaan pameran yang
dilaksanakan. Murid juga perlulah sentiasa berjumpa dengan guru
untuk meminta pendapat tentang tugasan yang diberikan. Hal ini
kerana, guru memang tidak terlibat secara langsung dalam kaedah
pameran.      Muridlah    yang        banyak   memainkan    peranan   kerana
penglibatan     yang      aktif       dalam    sesuatu   kaedah   pengajaran
membolehkan       murid lebih memahami apa-apa jua perkara yang
diajari. Tambahan pula, kanak-kanak akan lebih mudah mengingati
ilmu jika ia dapat dihayati menggunakan pancaindera mereka.

      Ringkasnya, guru memainkan peranan yang penting untuk
memberi bimbingan kepada murid apabila kaedah pameran dipilih
sebagai salah satu kaedah pengajaran moral. Ia memberi peluang
kepada murid untuk merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan
melakukan aktiviti-aktiviti pembelajaran. Oleh itu, murid perlulah
memahami dengan jelas tugas mereka seperti yang telah diberikan
oleh guru sebelum melakukan apa jua tindakan.




                                  7

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Noorezayu Mohd Said
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYSanta Barbara
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranAhmad NazRi
 
Gaya pembelajaran honey & mumford
Gaya pembelajaran honey & mumfordGaya pembelajaran honey & mumford
Gaya pembelajaran honey & mumfordNorlelaAlim
 
Isu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negaraIsu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negaraEdreygonAlexander
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMESigmund Fai
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuumagul
 
Konsep psikologi
Konsep psikologiKonsep psikologi
Konsep psikologiCik BaCo
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Noor Hidayah Ghazali
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikfiro HAR
 
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Mohd Suhaimin Isnen
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiriTugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendirishazli shazli mahmud
 
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khasImplikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khasAtikah Amran
 

Was ist angesagt? (20)

Teori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasaTeori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasa
 
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 
Gaya pembelajaran honey & mumford
Gaya pembelajaran honey & mumfordGaya pembelajaran honey & mumford
Gaya pembelajaran honey & mumford
 
Isu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negaraIsu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negara
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISME
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
 
8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme
 
Konsep psikologi
Konsep psikologiKonsep psikologi
Konsep psikologi
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
 
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
 
Proses pembelajaran
Proses pembelajaranProses pembelajaran
Proses pembelajaran
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
 
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiriTugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
 
Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khasImplikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
 

Andere mochten auch

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAPERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAWan Nor Faezah
 
Peranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralPeranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralNorazah Mohamad
 
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
Pentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendahPentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendah
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendahBadriyatun Kamar
 
131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah
131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah
131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolahAznida Ninie
 
Masalah pentaksiran
Masalah pentaksiranMasalah pentaksiran
Masalah pentaksiranRasimah Imah
 
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrPentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrMohamad Tarmizi
 
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalKelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalTharani Kanappan
 
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralUnit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralKioshi Reizo
 
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralPembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralJamaliah Harun
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...huda hamdan
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarHananie Halim
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 
strategi dan kaedah dalam pengajaran pendidikan moral
strategi dan kaedah dalam pengajaran pendidikan moralstrategi dan kaedah dalam pengajaran pendidikan moral
strategi dan kaedah dalam pengajaran pendidikan moralTharani Kanappan
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...Yuvarani Subramaniam
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 

Andere mochten auch (20)

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAPERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
 
Peranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralPeranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moral
 
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
Pentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendahPentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendah
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
 
3 permasalahan pm
3 permasalahan pm3 permasalahan pm
3 permasalahan pm
 
131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah
131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah
131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah
 
Masalah pentaksiran
Masalah pentaksiranMasalah pentaksiran
Masalah pentaksiran
 
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrPentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
 
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalKelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
 
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralUnit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralPembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
strategi dan kaedah dalam pengajaran pendidikan moral
strategi dan kaedah dalam pengajaran pendidikan moralstrategi dan kaedah dalam pengajaran pendidikan moral
strategi dan kaedah dalam pengajaran pendidikan moral
 
Soalan 2
Soalan 2Soalan 2
Soalan 2
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
 
Maujud..
Maujud..Maujud..
Maujud..
 
Ppt moral elm 3033 e
Ppt moral elm 3033 ePpt moral elm 3033 e
Ppt moral elm 3033 e
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 

Ähnlich wie peranan guru dalam pendidikan moral

Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1Siti Jaharah Muhamad
 
Metode dan Teknik Pembelajaran
Metode dan Teknik PembelajaranMetode dan Teknik Pembelajaran
Metode dan Teknik PembelajaranNini Ibrahim01
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita alin4box
 
Tugas kurikulum dan pembelajaran
Tugas kurikulum dan pembelajaranTugas kurikulum dan pembelajaran
Tugas kurikulum dan pembelajaranFenny Radinal
 
Teknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelasTeknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelasMasriqon Masriqon
 
Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rphRyabbi Imp
 
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxPERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxFLORENCIACAROLINEAUR
 
ptt kompetensin pedagogi yang harus dimiliki oleh pendidik
ptt kompetensin pedagogi yang harus dimiliki oleh pendidikptt kompetensin pedagogi yang harus dimiliki oleh pendidik
ptt kompetensin pedagogi yang harus dimiliki oleh pendidikMariaFriska4
 
Tuti Herawati Tugas Kurikulum Pembelajarannnnnn
Tuti Herawati Tugas Kurikulum PembelajarannnnnnTuti Herawati Tugas Kurikulum Pembelajarannnnnn
Tuti Herawati Tugas Kurikulum Pembelajarannnnnn20080210965
 
Soal 2 sbm 2007-2010
Soal 2 sbm 2007-2010Soal 2 sbm 2007-2010
Soal 2 sbm 2007-2010FKIP UNHALU
 
Teaching (instruction)
Teaching (instruction)Teaching (instruction)
Teaching (instruction)Alfonsus Sam
 

Ähnlich wie peranan guru dalam pendidikan moral (20)

Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
 
Makalah pendekatan sbm
Makalah pendekatan sbmMakalah pendekatan sbm
Makalah pendekatan sbm
 
Kaedah1
Kaedah1Kaedah1
Kaedah1
 
Metode dan Teknik Pembelajaran
Metode dan Teknik PembelajaranMetode dan Teknik Pembelajaran
Metode dan Teknik Pembelajaran
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita
 
Tugas kurikulum dan pembelajaran
Tugas kurikulum dan pembelajaranTugas kurikulum dan pembelajaran
Tugas kurikulum dan pembelajaran
 
Teknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelasTeknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelas
 
Teknik bercerita
Teknik berceritaTeknik bercerita
Teknik bercerita
 
Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rph
 
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxPERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
 
Metode dan tehnik pembelajaran sosiologi
Metode dan tehnik pembelajaran sosiologiMetode dan tehnik pembelajaran sosiologi
Metode dan tehnik pembelajaran sosiologi
 
ptt kompetensin pedagogi yang harus dimiliki oleh pendidik
ptt kompetensin pedagogi yang harus dimiliki oleh pendidikptt kompetensin pedagogi yang harus dimiliki oleh pendidik
ptt kompetensin pedagogi yang harus dimiliki oleh pendidik
 
Tuti Herawati Tugas Kurikulum Pembelajarannnnnn
Tuti Herawati Tugas Kurikulum PembelajarannnnnnTuti Herawati Tugas Kurikulum Pembelajarannnnnn
Tuti Herawati Tugas Kurikulum Pembelajarannnnnn
 
Model model pembelajaran
Model model pembelajaranModel model pembelajaran
Model model pembelajaran
 
Soal 2 sbm 2007-2010
Soal 2 sbm 2007-2010Soal 2 sbm 2007-2010
Soal 2 sbm 2007-2010
 
Ptk
PtkPtk
Ptk
 
Ptk
PtkPtk
Ptk
 
Teaching (instruction)
Teaching (instruction)Teaching (instruction)
Teaching (instruction)
 
Seni rupa
Seni rupaSeni rupa
Seni rupa
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 

Mehr von Wan Nor Faezah

Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianWan Nor Faezah
 
MATHEMATICS LESSON PLAN YR 2 - WHOLE NUMBER
MATHEMATICS LESSON PLAN YR 2 - WHOLE NUMBERMATHEMATICS LESSON PLAN YR 2 - WHOLE NUMBER
MATHEMATICS LESSON PLAN YR 2 - WHOLE NUMBERWan Nor Faezah
 
MATHEMATICS LESSON PLAN - LENGTH
MATHEMATICS LESSON PLAN - LENGTHMATHEMATICS LESSON PLAN - LENGTH
MATHEMATICS LESSON PLAN - LENGTHWan Nor Faezah
 
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALPENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALWan Nor Faezah
 
Rph pendidikan jasmani kelenturan
Rph pendidikan jasmani kelenturanRph pendidikan jasmani kelenturan
Rph pendidikan jasmani kelenturanWan Nor Faezah
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmaniRancangan pengajaran harian pendidikan jasmani
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmaniWan Nor Faezah
 
Set induksi untuk pendaraban masa tahun 5 Dua sahabat baik
Set induksi untuk pendaraban masa tahun 5 Dua sahabat baikSet induksi untuk pendaraban masa tahun 5 Dua sahabat baik
Set induksi untuk pendaraban masa tahun 5 Dua sahabat baikWan Nor Faezah
 
Set Induksi untuk tajuk Pendaraban masa tahun 5Kisah arnab dan kura kura
Set Induksi untuk tajuk Pendaraban masa tahun 5Kisah arnab dan kura kuraSet Induksi untuk tajuk Pendaraban masa tahun 5Kisah arnab dan kura kura
Set Induksi untuk tajuk Pendaraban masa tahun 5Kisah arnab dan kura kuraWan Nor Faezah
 
kaedah dan teknik dalam matematik (method and technique in math)
kaedah dan teknik dalam matematik (method and technique in math)kaedah dan teknik dalam matematik (method and technique in math)
kaedah dan teknik dalam matematik (method and technique in math)Wan Nor Faezah
 
Pendekatan penyayang (caring approach)
Pendekatan penyayang (caring approach)Pendekatan penyayang (caring approach)
Pendekatan penyayang (caring approach)Wan Nor Faezah
 

Mehr von Wan Nor Faezah (16)

Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 
RPH MASA TAHUN 5
RPH MASA TAHUN 5RPH MASA TAHUN 5
RPH MASA TAHUN 5
 
ISU MORAL
ISU MORALISU MORAL
ISU MORAL
 
MATHEMATICS LESSON PLAN YR 2 - WHOLE NUMBER
MATHEMATICS LESSON PLAN YR 2 - WHOLE NUMBERMATHEMATICS LESSON PLAN YR 2 - WHOLE NUMBER
MATHEMATICS LESSON PLAN YR 2 - WHOLE NUMBER
 
MATHEMATICS LESSON PLAN - LENGTH
MATHEMATICS LESSON PLAN - LENGTHMATHEMATICS LESSON PLAN - LENGTH
MATHEMATICS LESSON PLAN - LENGTH
 
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALPENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
 
Rph pendidikan jasmani kelenturan
Rph pendidikan jasmani kelenturanRph pendidikan jasmani kelenturan
Rph pendidikan jasmani kelenturan
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmaniRancangan pengajaran harian pendidikan jasmani
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani
 
Rph carta pai
Rph carta paiRph carta pai
Rph carta pai
 
Set induksi untuk pendaraban masa tahun 5 Dua sahabat baik
Set induksi untuk pendaraban masa tahun 5 Dua sahabat baikSet induksi untuk pendaraban masa tahun 5 Dua sahabat baik
Set induksi untuk pendaraban masa tahun 5 Dua sahabat baik
 
Set Induksi untuk tajuk Pendaraban masa tahun 5Kisah arnab dan kura kura
Set Induksi untuk tajuk Pendaraban masa tahun 5Kisah arnab dan kura kuraSet Induksi untuk tajuk Pendaraban masa tahun 5Kisah arnab dan kura kura
Set Induksi untuk tajuk Pendaraban masa tahun 5Kisah arnab dan kura kura
 
NUMERATION SYSTEM
NUMERATION SYSTEMNUMERATION SYSTEM
NUMERATION SYSTEM
 
Numbers
NumbersNumbers
Numbers
 
kaedah dan teknik dalam matematik (method and technique in math)
kaedah dan teknik dalam matematik (method and technique in math)kaedah dan teknik dalam matematik (method and technique in math)
kaedah dan teknik dalam matematik (method and technique in math)
 
RPH MORAL TAHUN 5
RPH MORAL TAHUN 5RPH MORAL TAHUN 5
RPH MORAL TAHUN 5
 
Pendekatan penyayang (caring approach)
Pendekatan penyayang (caring approach)Pendekatan penyayang (caring approach)
Pendekatan penyayang (caring approach)
 

peranan guru dalam pendidikan moral

  • 1. 2.0 PERANAN GURU Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Jika dikaitkan dengan kebudayaan, maka tugas pertama berkaitan dengan logik dan estetika manakala tugas kedua dan ketiga berkaitan dengan etika. WF Connell (1972) pula membezakan tujuh peranan seorang guru iaitu pendidik (nurturer), model, pengajar dan pembimbing, pelajar (learner), jurucakap dan penghubung terhadap masyarakat setempat, pekerja pentadbiran serta kesetiaan terhadap perlembagaan. Dalam Pendidikan Moral, guru memainkan peranan bukan sahaja sebagai agen moral yang membentuk keperibadian murid-murid, malahan kaedah yang digunakan guru semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan objektif pengajaran yang ditetapkan dapat dicapai. Oleh itu, kita akan melihat dengan lebih jelas lagi perincian peranan dan tugas guru dalam melaksanakan dua kaedah pengajaran Pendidikan Moral iaitu kaedah bercerita dan kaedah pameran. 2.1 Peranan Guru dalam Kaedah Bercerita Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ia juga adalah satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektif pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah- langkah penyampaian yang tersusun. Menurut Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Kaedah bercerita pula ialah salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita 2
  • 2. merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Bercerita juga boleh mempromosikan minat dalam mana-mana bahagian kurikulum melalui latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa yang disampaikan. Secara umumnya, terdapat beberapa perkara asas yang perlu diberi perhatian oleh guru yang ingin menggunakan kaedah bercerita dalam Pendidikan Moral. Pertamanya, guru harus bijak memilih cerita yang sesuai dengan umur, minat dan kecerdasan murid-murid. Dalam Teori Kecerdasan Pelbagai, guru-guru telah didedahkan tentang kepelbagaian minat dan cara belajar murid-murid di dalam sesebuah kelas. Oleh itu, guru harus memilih cerita yang berkaitan dengan perkara yang diminati murid. Guru boleh mempelbagaikan watak di dalam cerita yang disampaikan supaya semua murid yang mempunyai pelbagai minat tersebut dapat memberi perhatian yang sewajarnya semasa guru bercerita. Selain itu, murid-murid juga lebih senang mengingati isi pelajaran yang berkaitan dengan diri dan persekitaran mereka. Perkara kedua ialah guru harus menyesuaikan cerita dengan isi pelajaran yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, objektif pengajaran guru pada hari tersebut adalah supaya murid dapat menyatakan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan terhadap ahli keluarga. Jadi, guru boleh bercerita tentang kasih sayang seorang ibu yang dibalas oleh anak yang derhaka; contohnya kisah Si Tanggang yang masyhur. Selain itu, guru juga boleh mengubah jalan cerita untuk menjadikannya lebih menarik. Untuk menjadikan kaedah bercerita lebih menarik, guru boleh menggunakan objek-objek sebenar, objek 3D, gambar ataupun bahan- bahan media seperti audio dan visual untuk memberikan kesan yang lebih menyeronokkan kepada murid-murid. Ini kerana, murid-murid mudah hilang fokus terhadap penceritaan yang mendatar dan hanya menggunakan lisan sebagai medium penceritaan. Aspek kawalan kelas juga dapat ditingkatkan kerana guru lebih mudah mendapatkan 3
  • 3. perhatian yang sewajarnya daripada murid-murid dengan adanya alat bantu mengajar (ABM) atau bahan bantu mengajar (BBM). Kad-kad frasa juga boleh disediakan oleh guru supaya pengintegrasian subjek lain ke dalam subjek Pendidikan Moral dapat dilaksanakan. Sebagai contoh, nilai yang ingin diajar oleh guru ialah hormat-menghormati. Jadi guru boleh meminta murid untuk mengambil kad frasa dan membina ayat yang lengkap berdasarkan jalan cerita yang telah disampaikan oleh guru. Oleh yang demikian, murid-murid bukan sahaja dapat memupuk nilai murni dalam diri malahan kemahiran bahasa merka juga dapat ditingkatkan melalui kaedah bercerita. Walau bagaimanapun, jika dilihat dengan lebih teliti, terdapat tiga fasa yang harus diberi perhatian oleh guru yang mana ketiga- tiganya menuntut komitmen dan peranan yang tinggi daripada guru supaya kaedah bercerita dapat dilaksanakan secara efektif. Fasa pertama adalah fasa sebelum bercerita. Guru harus memastikan tempat yang akan beliau gunakan untuk menjalankan kaedah bercerita adalah bersesuaian. Keselesaan menjadi keutamaan. Adalah disarankan supaya murid-murid dapat duduk mengelilingi guru yang bercerita jika ruang yang digunakan kecil, guru tidak perlu melakukan banyak pergerakan dan bilangan murid adalah sedikit. Walau bagaimanapun, jika bilangan murid adalah ramai maka guru perlulah memberi perhatian terhadap aspek lain supaya suara beliau dapat terus didengari oleh semua murid. Pastikan juga tiada apa-apa yang menghalang murid daripada melihat guru yang bercerita. Guru perlu memastikan semua murid telah bersedia dan memberikan perhatian sebelum guru mula bercerita. Jika guru tidak mahu sebarang soalan atau gangguan ketika bercerita, guru haruslah memaklumkan semua perkara tersebut terlebih dahulu agar masa yang dirancang tidak terbuang begitu sahaja. Murid juga boleh diberi peluang berkongsi cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak formal sebagai permulaan kepada pengalaman bercerita yang lebih mendalam. 4
  • 4. Fasa kedua ialah semasa bercerita. Guru perlu bercerita menggunakan suara yang kuat dan jelas. Nada suara juga harus disesuaikan mengikut jalan cerita sama ada suara tinggi-rendah, perlahan-kuat atau kasar-nyaring. Ekspresi muka juga perlu dipelbagaikan agar perasaan yang ingin disampaikan oleh guru dalam sesebuah cerita dapat dirasai oleh murid-murid. Guru juga perlu membenarkan murid-muridnya untuk mencatat nota sebagai persediaan untuk perbincangan lanjut pada sesi pembelajaran seterusnya. Namun, hal ini bukanlah alasan bagi murid untuk tidak memberi perhatian terhadap penceritaan guru. Guru boleh menyoal, meminta pandangan atau meminta murid menyambung cerita yang disampaikan oleh guru supaya mereka sentiasa berjaga- jaga dan terus memberi perhatian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pandangan mata atau ‘eye contact’ haruslah sentiasa dititikberatkan oleh guru supaya komunikasi guru- murid akan menjadi lebih berkesan. Fasa terakhir ialah fasa selepas bercerita. Guru boleh meminta murid untuk membuat kesimpulan daripada cerita yang disampaikan guru. Nilai-nilai murni yang dipelajari beserta contohnya dalam kehidupan seharian juga boleh disoal kepada murid-murid untuk menguji sejauh mana kefahaman mereka terhadap penceritaan guru. Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dalam kaedah bercerita. Hal ini kerana, terdapat banyak aspek yang harus dititikberatkan untuk memastikan objektif pengajaran dapat dicapai, murid-murid dapat memahami isi pelajaran dalam suasana yang lebih menyeronokkan dan menguji kemampuan guru dalam melaksanakan kaedah ini. 5
  • 5. 2.2 Peranan Guru dalam Kaedah Pameran Kaedah pameran ialah kaedah yang menggunakan proses mendengar dan melihat untuk memberi penjelasan tentang bahan yang dipamerkan. Untuk melaksanakan kaedah ini, terdapat beberapa perkara yang harus diambil perhatian oleh guru bagi memastikan kelancaran pengajarannya. Perkara pertama ialah guru harus menentukan objek pengajaran berdasarkan kemahiran dan kecekapan pelajar. Ini bermakna, objektif yang ditentukan guru boleh dicapai sesuai dengan kemampuan murid. Jika murid yang diajar mempunyai tahap kecekapan yang agak rendah, guru bolehlah meletakkan objektif untuk mengukuhkan lagi kecekapan yang sedia ada ataupun mempelbagaikan kemahiran yang mereka miliki. Perkara kedua ialah kepelbagaian jenis pameran perlu dipilih oleh guru untuk dilaksanakan oleh murid-murid. Kepelbagaian jenis pameran bermaksud pelbagai jenis bahan yang dipamerkan yang merangkumi bahan maujud, carta, bahan audio dan video serta permainan yang berkaitan dengannya. Guru berperanan sebagai fasilitator yang akan memantau perkembangan pameran ini. Guru juga berperanan untuk membantu murid dengan bersama- sama menyediakan bahan, peralatan dan bekalan yang mempunyai kaitan dengan pameran. Langkah ini penting untuk menjimatkan sumber yang digunakan serta memastikan setiap bahan dan perlatan digunakan dengan betul dan berkesan. Setiap peralatan yang terlibat dengan pameran haruslah diselenggara terlebih dahulu supaya pameran dapat berlangsung dengan lancar. Selain itu, bantuan daripada guru juga penting untuk memperbetul kekurangan yang terdapat pada bahan pameran ketika proses pembuatannya lagi. Seterusnya, guru perlu membuat perancangan yang lengkap terutamanya sekali mengenai pembahagian tugas dan menerangkan dengan jelas tentang peranan setiap murid dalam pameran. Apabila 6
  • 6. semua murid telah jelas dengan tugas masing-masing, kepincangan dalam proses membangunkan bahan pameran dapat dielakkan. Langkah ini juga penting untuk memastikan semua murid terlibat dan salah faham mengenai tugas dapat dielakkan. Guru juga perlu mengenal pasti sejauh manakah penglibatan dirinya sendiri dalam kaedah pameran ini supaya murid tidak terlalu bergantung kepada guru keran tugas-tugas telah diagihkan. Hal ini bererti, setelah tugas dibahagikan kepada murid, guru akan bertindak sebagai fasilitator yang akan memantau dan memberi bimbingan ketika perlu sahaja. Ini membolehkan murid-murid lebih berdikari dan membuat tugasan dengan lebih cermat. Selain itu, guru juga perlu berbincang dari semasa ke semasa dengan para muridnya untuk memastikan kejayaan pameran yang dilaksanakan. Murid juga perlulah sentiasa berjumpa dengan guru untuk meminta pendapat tentang tugasan yang diberikan. Hal ini kerana, guru memang tidak terlibat secara langsung dalam kaedah pameran. Muridlah yang banyak memainkan peranan kerana penglibatan yang aktif dalam sesuatu kaedah pengajaran membolehkan murid lebih memahami apa-apa jua perkara yang diajari. Tambahan pula, kanak-kanak akan lebih mudah mengingati ilmu jika ia dapat dihayati menggunakan pancaindera mereka. Ringkasnya, guru memainkan peranan yang penting untuk memberi bimbingan kepada murid apabila kaedah pameran dipilih sebagai salah satu kaedah pengajaran moral. Ia memberi peluang kepada murid untuk merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan melakukan aktiviti-aktiviti pembelajaran. Oleh itu, murid perlulah memahami dengan jelas tugas mereka seperti yang telah diberikan oleh guru sebelum melakukan apa jua tindakan. 7