Weitere ähnliche Inhalte
Ähnlich wie Borang pk 07 3 minit mesyuarat hem (20)
Borang pk 07 3 minit mesyuarat hem
- 1. PK07 – Pengurusan Mesyuarat
PK 07/3
SK KAMPONG RAJA
MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL 1/ (2012)
Tarikh : 28.12.2011
Masa :9.00 PAGI
Tempat : BILIK MESYUARAT
Pengerusi : PN. HJH. AZAH BINTI NAMAN
Kehadiran(Bilangan) : 19/19
Turut Hadir (Jika ada) : .......................................................................................................................
..........................................................................................................
..............
1 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru di atas kesempatan hadir
ke mesyuarat HEM untuk kali pertama bagi tahun 2012
2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Tiada
3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1.Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Kantin
3.1.1 Murid RMT bagi tahun 2012 adalah seramai 47 orang terdiri daripada murid-
murid tahun 2 hingga tahun 6. Bagi murid-murid tahun 1 pula, senarai murid
masih belum diterima daripada PPD.
3.1.2 Makanan RMT adalah bernilai RM1.80 seorang bagi setiap hari
persekolahan.
3.1.3 Pengerusi menetapkan waktu untuk murid-murid makan RMT adalah pada
pukul 7 pagi hingga 7.15 pagi.
3.1.4 Guru bertugas dan guru kantin perlu memantau makanan yang disediakan
dan melihat dari aspek kualiti dan kuantitinya.
3.1.5 Pengerusi meminta guru bertugas perlu membuat laporan harian dan
membuat laporan segera jika berlaku keracunan makanan.
3.1.6 Guru-guru harus memastikan air yang hendak dijual ditutup untuk
mengelakkan lalat.
3.1.7 Kotak kecemasan perlu ada di kantin.
3.1.8 Pemadam api perlu diletakkan di tepi dinding kantin.
3.1.9 Tong sampah yang disediakan oleh pihak kantin mestilah bersesuaian dan
bertutup.
3.1.10 Markah demerit akan diberi jika pihak sekolah tidak berpuas hati dengan
pengurusan dengan pengurusan dan penyediaan makanan.
3.1.11 Harga jualan mesti dipamerkan seboleh-bolehnya mengikut harga tender
asal.
3.1.12 Senarai nama murid RMT perlu diletakkan di atas meja.
3.1.13 Guru bertugas perlu mencatat kehadiran murid-murid RMT.
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
- 2. PK07 – Pengurusan Mesyuarat
Tindakan:Guru bertugas, Guru RMT dan guru kantin.
3.2. Program 3K
3.2.1 Pengerusi menerangkan tentang 3K yang merupakan arahan keselamatan
sekolah dan piawaian sekolah.
3.2.2 Aspek yang perlu diperhatikan ialah
a) Aspek Pengurusan keselamatan aktiviti murid.
b) Aspek Pengurusan keselamatan dalam menghadapi krisis dan bencana
c) Aspek Pengurusan keselamatan Insfrastruktur sekolah
d) Aspek Pengurusan keselamatan Dalam menangani gejala sosial
e) Aspek Pengurusan keselamatan dalam menghadapi risiko
3.2.3 Persepsi pertama pintu pagar
3.2.4 Sekolah mestilah berfungsi/selamat
3.2.5 Guru adalah pengawal keselamatan sebagai ganti ibu bapa apabila di
sekolah.
3.2.6 Guru bertugas hendaklah memastikan keselamatan waktu rehat dan waktu
balik sekolah terkawal dan mengikut peraturan sekolah.
3.2.7 Jika terdapat murid yang sakit, guru bertugas memberitahu GPK HEM dan
jika perlu dibawa keklinik atau dihantar pulang ke rumah dan perlu
direkodkan ke dalam buku keluar murid.
3.2.8 Latihan kebakaran akan diadakan 2 kali setahun
3.2.9 Tugas Jawatankuasa Keselamatan Sekolah
a) Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang diberi
oleh Guru Besar.
b) Mewujudkan kerjasama sekolah dengan pihak polis
c) Menggalakkan skim perlindungan kepada pelajar.
d) Memastikan alat pencegah kebakaran mencukupi dan berfungsi.
e) Memastikan sistem lalu lintas di kawasan sekolah dan kawasan
berhampiran selamat.
f) Memastikan semua alat elektrik, suis dan pendawaian selamat.
3.2.10 Tugas Jawatankuasa Keceriaan Sekolah
a) Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan
dan keceriaan sekolah dari masa ke semasa.
b) Melaksanakan projek kebersihan dan keceriaan sekolah.
c) Mengadakan projek-projek kebersihan dan keceriaan sekolah dengan
PIBG bagi mempertingkatkan mutu kebersihan sekolah.
Tindakan: Semua AJK 3K dan guru bertugas
3.3 Skim Bantuan Tuisyen
Tiada SBT untuk tahun 2012 walaubagaimanapun jika ada perubahan akan
diberitahu kelak.
3.4 Data Murid
3.4.1 Maklumat murid menggunakan Aplikas SMM. Data perlu dikemaskini untuk
penghantaran maklumat 2012.
3.4.2 Buku kedatangan mesti dihantar ke pejabat sebelum pukul 9.00 a.m. untuk
disemak oleh GPK HEM.
Tindakan: Pn. Shahrizan dan guru kelas
3.5 Disiplin
3.5.1 Buku panduan/peraturan menangani masalah disiplin diedarkan kepada
semua guru. Semua guru adalah guru disiplin. Tanggungjawab guru besar,
GPK HEM dan guru disiplin adalah sangat besar.
3.5.2 Peti aduan telah disediakan.
3.5.3 Kes disiplin lapor ke PPD 1, 3, 7.
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
- 3. PK07 – Pengurusan Mesyuarat
3.5.4 Masalah salah laku disiplin 2012 mesti dilaporkan segera.
3.5.5 Kemaskini data STUDM 2012 dan dihantar setiap awal buln di dalam
softcopy ke PPD.
3.5.6 Tugas guru disiplin
a) Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.
b) Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan dikuatkuasakan.
c) Mengambil tindakan sesuai terhadap kes-kes murid-murid yang melanggar
peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku.
d) Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid.
e) Guru penasihat Lembaga Pengawas sekolah membantu guru disiplin.
f) Perlantikan pengawas akan diadakan pada 16 /1/2012.
g) Lantikan pengawas akan diadakan pada minggu kedua persekolahan dan
dengan persetujuan ibubapa pengawas akan mempunyai pakaian baru.
h) Tugas-tugas pengawas perlu dipaparkan.
Tindakan:Guru Pengawas- EN Misman
3.6 Pendidikan Pencegahan PPDA dan Aedes.
3.6.1 Memastikan tiada berlakunya gejala yang tidak baik seperti merokok
dikalangan murid yang menyebabkan mereka terlibat dengan dadah.
3.6.2 Memastikan tiada nyamuk dikawasan sekolah.
3.6.3 Boleh mengadakan Program Dadah 5 Minit, melukis, ceramah sebagai
kempen anti dadah.
Tindakan:En. Mazham
3.7 Bimbingan dan Kaunseling
3.7.1 Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan
kaunseling.
3.7.2 Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan
menyediakan laporan yang diperlukan.
3.7.3 Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-
murid baru.
Tindakan:Pn. Fadzilah
3.8 Kesihatan dan Kebajikan Murid.
3.8.1 Tugas guru kesihatan dan kebajikan
a) Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan
sempurna.
b) Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dan kebersihan kantin.
c) Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.
d) Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan RMT dan lain-lain
rancangan bantuan dan kebajikan murid.
e) Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di
sekolah sentiasa dilaksanakan.
Tindakan:En. Mohd. Fadzli
3.9 Skim Pinjaman Buku Teks(SPBT)
3.9.1 Tugas guru SPBT
a) Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengagihan dan hapuskira.
b) Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan
mengawal bilik opersi SPBT.
c) Menyediakan anggaran belanjawan mengurus bagi SPBT.
d) Semua murid mesti mendapat buku teks.
Tindakan:Pn. Zalina
3.10 Kebajikan dan Bantuan.
3.10.1 KWAPM 2012 telah dihantar ke PPD.
3.10.2 Bantuan eKasih masih belum diketahui bilangannya. Ia dipilih oleh
Jabatan Perdana Menteri melalui Ketua Kampung.
3.10.3 Program Rim up masih dijalankan bersama SJKC Chun Sun.
Tindakan:Pn. Ramlah Hassan
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
- 4. PK07 – Pengurusan Mesyuarat
3.11 Kehadiran online dan Buku kedatangan murid.
3.11.1 Kedatangan murid akan di kemaskini secara online setiap hari.
3.11.2 Cetakan setiap akhir bulan dan dimasukkan ke dalam fail pejabat.
3.11.3 Buku rekod kedatangan murid mesti dihantar ke pejabat sebelum pukul 9.
3.11.4 Nama murid hendaklah lengkap ditulis dengan huruf besar dengan
menggunakan pen hitam.
Tindakan:Guru Kelas
3.12 Senarai Jawatankuasa-Jawatankuasa di bawah HEM.
Rujuk Lampiran 1.
PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi dan belum ada penetapan tarikh mesyuarat yang
berikutnya.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 a.m.
Disediakan oleh, Disemak Oleh,
..........................................……… ……...............................……….
(SHAHRIZAN BINTI WAHAB) ( )
Setiausaha Hal Ehwal Murid Pengerusi / Ahli Mesyuarat
SK Kampong Raja.
Tarikh : 30.12.2012 Tarikh :
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00