Ayat tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dan memerlukan jawapan. Terdapat beberapa jenis ayat tanya seperti ayat tanya mudah, ayat tanya dengan kata tanya, dan ayat tanya dengan partikel -kah. Setiap jenis ayat tanya memiliki ciri dan penggunaan yang berbeda.
2. Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan
menanyakan sesuatu hal.
Contoh:
Apa yang kamu buat di sini?
Kamu hendak pergi ke mana?
Kamu hendak berada di sini hingga pukul berapa?
Apakah bahan yang hendak kamu cari?
Mengapakah tajuk itu yang kamu pilih?
Bagaimanakah caranya kita boleh membantunya?
Berapakah bayarannya?
2
3. Diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum
kesenyapan pada akhir ayat.
Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh
tanda soal (?).
Ayat Tanya ini boleh dalam susunan songsang dan
boleh juga berbentuk pasif.
Contoh:
Encik Danielkah guru itu? Susunan songsang
Surat itu ditulis oleh Ahmad? Berbentuk pasif
3
4. Ayat Tanya Ayat Penyata
Menanyakan sesuatu hal Menyatakan atau
dan memerlukan memberitahukan sesuatu.
jawapan. Diucapkan dengan nada
Diucapkan dengan nada mendatar.
suara meninggi sebelum Dalam tulisan diakhiri
kesenyapan pada akhir dengan tanda noktah ( . ).
ayat.
Dalam tulisan diakhiri
dengan tanda soal (?).
4
5. Ayat Tanya
Ayat Tanya Ayat Tanya
Ayat Tanya
dengan kata dengan
mudah
tanya partikel -kah
5
6. Ayat tanya mudah ialah ayat tanya tanpa kata tanya
iaitu ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara
meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat.
Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan dengan
tanya soal (?).
Contoh:
Mereka pelajar Sijil Perguruan Lepasan Ijazah?
Encik Daniel?
Fahmi berada di ICTC?
6
7. Ayat tanya dengan Kata Tanya ialah ayat tanya yang
mengandungi kata tanya.
Ayat Tanya dengan Kata Tanya
Ayat Tanya Ayat Tanya Ayat Tanya
dengan Kata dengan dengan FSN
Tanya KGN Tanya Tanya
7
8. Kata Tanya ialah kata yang digunakan untuk
menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu.
Kata Tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian
daripada predikat.
Kata Tanya Penggunaannya
Apa Untuk menanyakan nama benda atau binatang.
Berapa Untuk menanyakan bilangan.
Mana Untuk menanyakan manusia, binatang, benda dan tempat.
Siapa Untuk menanyakan orang atau nama orang.
Bagaimana Untuk menanyakan hal.
Bila Untuk menanyakan waktu.
Mengapa / Kenapa Untuk menanyakan sebab.
8
9. Ayat yang mengandungi kata tanya seperti berapa,
bagaimana, bila, mengapa, dan kenapa.
Dalam susunan biasa kata tanya menduduki unsur
predikat.
Boleh juga wujud dalam ayat pasif.
Lazimnya mengalami proses pendepanan.
Contoh:
Kamu bagaimana?
Bila awak hendak membeli komputer?
9
10. Ayat yang mengandungi kata ganti nama tanya seperti
apa, siapa, dan mana.
Dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya
menduduki bahagian predikat.
Boleh juga wujud dalam ayat pasif.
Boleh mengalami proses pendepanan predikat.
Contoh:
Orang itu siapa?
Benda itu apa?
Buku panduan internet itu mana?
10
11. KGN Tanya apa tidak boleh digunakan untuk
menanyakan nama manusia.
Contoh:
Apa nama budak perempuan itu?
KGN Tanya siapa tidak boleh digunakan untuk
menanyakan nama binatang.
Contoh:
Siapa nama kucing ini?
11
12. Ayat yang didahului oleh frasa sendi nama tanya
seperti di mana, dari mana, ke mana, sejak
bila, sampai bila, dengan siapa, daripada siapa, dan
sebagainya.
Dalam susunan biasa, frasa sendi nama tanya hadir
dalam predikat.
Boleh mengalami proses pendepanan predikat.
Contoh:
Mereka datang dari mana?
Virus itu menyerang sejak bila?
12
13. KGN Tanya mana tidak sama penggunaannya dengan FSN
Tanya di mana.
Apabila KGN Tanya mana digunakan, jawapannya ialah ini
atau itu tetapi apabila FSN Tanya di mana
digunakan, jawapannya ialah di sini atau di sana atau di
situ atau di (nama tempat).
Contoh:
Tanya: Haris mana?
Jawab: Itu
Tanya: Haris di mana sekarang?
Jawab: Dia di Taman Tasik Unggu sekarang.
13
14. Ayat tanya dengan partikal –kah ialah ayat tanya yang
diselitkan dengan partikal –kah dibelakang kata tanya
yang diletakkan di awal ayat.
Ayat Tanya ini diselitkan dengan partikal –kah kerana
kata tanya mengalami proses pendepanan, kerana ia
lebih dipentingkan.
Ayat Tanya jenis ini hanya ada dalam bentuk susunan
songsang. Ia tidak boleh dalam binaan biasa.
Contoh:
Manakah Encik Daniel?
14
15. Apakah sebenarnya maksud Teknologi Pendidikan
dan Informasi itu?
Mengapakah setiap guru digalakkan supaya
menguasai bidang Teknologi Pendidikan dan
Informasi?
Bagaimanakah caranya kita dapat mendedahkan
kepentingan Teknologi Pendidikan dan Informasi
kepada guru-guru?
Berapakah harga sebuah komputer yang sesuai dengan
dilengkapi kemudahan internet?
15
16. Partikal –kah tidak boleh diletakkan di hujung ayat.
Partikal –kah menandakan bahawa hal atau perkara
tersebutlah yang ditekankan (dipentingkan).
Partikal –kah tidak boleh disertai dalam binaan biasa.
Partikal –kah hanya ada dalam binaan songsang (yang
dikedepankan).
Dalam erti kata yang lain, apabila partikal –kah
digunakan, bahagian predikat itu perlu dipindahkan
ke hadapan kerana lebih dipentingkan. Oleh itu
predikat yang disertai partikal –kah tidak boleh
diletakkan di hujung ayat.
16
17. Adakah digunakan untuk mendapatkan jawapan ya
atau tidak.
Contoh:
Tanya: Adakah dia sudah sembuh?
Jawab: Ya.
Apakah digunakan untuk mendapatkan jawapan
tentang nama binatang, benda, dan perbuatan.
Contoh:
Tanya: Apakah itu?
Jawab: Itu kucing saya.
17