SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 7
Isu Globalisasi Pendidikan

        Globalisasi Pendidikan adalah merupakan satu daripada cabaran yang
berlaku   dalam   pendidikan   masa   kini   yang   perlu   sentiasa   dikaji   dan
diperhalusi.Sebelum dikaji dengna lebih mendalam tentang cabaran dalam
globalisasi pendidikan, definisi globalisasi pendidikan perlu difahami dengan
jelas agar isu ini dapat ditangani dengan baik dan mendasari dari peringkat akar
umbi.

        Di dalam kamus dewan edisi keempat, menyatakan globalisasi membawa
definisi proses yang membolehkan sesuatu aktiviti seperti ekonomi, kebudayaan
dan sebagainya disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke
seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi serta
dasar terbuka. (Kamus Dewan Edisi 4, 2005) Menurut Syed Ismail dan Ahmad
Subki (2010),globalisasi membawa maksud satu cara hidup dunia tanpas
sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Selain itu, ia merujuk
kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu
daerah dunia kepada daerah dunia yang lain (Syed Ismail dan Ahmad
Subki,2010) Pandangan Mok Soon Sang (2007) pula menyatakan globalisasi
bermaksud merentasi sempadan dan media.Bagi Michael Gibbons (2003) dalam
Mok Soon Sang (2007), Setiausaha Agong Persatuan Universiti Komanwel
(ACU) berpendapat bahawa globalisasi merupakan suatu proses berterusan
dalam perindustrian pendidikan yang telah berlaku lama dahulu.

        Maka, globalisasi pendidikan membawa definisi proses perubahan untuk
amalan dan pelaksanaan pengajaran yang berkualiti (Michael Gibbons,2003)
Menurut beliau lagi, globalisasi pendidikan akan memberi tekanan kepada guru
agar dapat mengubah cara pengajaran tradisional kepada pengajaran moden
serta berpandukan kepada hasil dapatan penyelidikan pendidikan yang terkini.

        Globalisasi dalam sistem pendidikan negara telah memberi banyak kesan
terhadap pendidikan negara pada hari ini.Tindak balas daripada keterbukaan
idea dalam keperluan dunia pendidikan hari ini telah memberi kesan yang baik
kepada kualiti hidup masyarakat pelbagai kaum di negara ini.Dalam menempuh
globalisasi pendidikan yang pesat berkembang ini sebenarnya telah membentuk
banyak cabaran dan halangan yang perlu ditempuh oleh segenap lapisan
masyarakat di negara kita dalam usaha untuk mencapai misi dan visi pendidikan
negara iaitu meningkatkan taraf pendidikan bertaraf dunia.Menurut          Hussain
Mohamed (1998) globalisasi menyebabkan pendidikan negara lebih terbuka
kepada dunia luar samada untuk belajar mahupun menubuhkan cawangan
universiti mereka di negara kita. Hal ini selaras dengan keinginan menjadikan
Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Dunia.

      Antara halangan dan cabaran yang perlu diberi perhatian meliputi
keperluan    terhadap   pembelajaran      berterusan,    penggunaan     teknologi
telekomunikasi dan maklumat, pengurusan pendidikan,pembentukan jati diri
murid serta kualiti guru.Kelima-lima cabaran dan halangan ini memerlukan
penyelesaian yang bersepadu daripada semua pihak agar globalisasi pendidikan
yang berlaku dalam negara kita ini tercapai dengan sempurna dan baik.

      Bagi   mendapatkan    kaedah     penyelesaian     kepada   cabaran     dalam
globalisasi pendidikan iaitu pembentukan jati diri murid, keperluan kepada guru
untuk membentuk jati diri murid sepatutnya bermula daripada pra sekolah lagi.
Pada masa kini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan sedang diuji dengan
keberkesanan    pelaksanaannya    dalam     melahirkan    individu   murid    yang
mempunyai keseimbangan dan harmonis dari segi jasmani,emosi, rohani, serta
intelek. Dengan kemasukan proses globalisasi tanpa had ini menyebabkan juga
kemasukan pelbagai budaya yang bercanggah dengan budaya setempat
seterusnya terbitlah perlakuan dan sikap murid negative murid yang semakin
membimbangkan.

      Globalisasi yang berlaku dalam pembentukan jati diri murid telah
membawa kesan yang mendadak terhadap perlakuan dan norma kehidupan
murid secara keseluruhannya.Kesan negatif yang paling jelas hasil daripada
globalisasi adalah perubahan gaya hidup terutama remaja di bangku sekolah
yang begitu mudah terpengaruh dengan budaya kehidupan barat.Menurut Mohd
Dahlan & Ida Shafinaz (2010),remaja pada masa kini merasakan bahawa
mereka sudah cukup bijak untuk menilai baik dan buruk sesuatu perkara tanpa
keperluan kepada mereka untuk mendapatkan nasihat daripada sesiapa pun
termasuklah ibu bapa mereka.Menurut Mohd Dahlan dan Ida Shafinaz lagi,
faktor persekitaran banyak mendorong kepada terjadinya masalah negatif
kepada murid atau remaja ini.

      Hasil   daripada      globalisasi   terhadap        pembentukan   jati    diri   murid
menyebabkan semua institusi pendidikan menghadapi halangan dan cabaran
untuk menggarap akhlak anak-anak agar berada di landasan yang betul menurut
acuan tempatan dan Islam.Pelaksanaan program-program yang mempunyai nilai
dan norma-norma pendidikan di sekolah perlu diperkasakan dengan hal
berkaitan keperibadian guru,budaya sekolah serta aktiviti-aktiviti kokurikulum
perlu diberi penekanan dalam usaha membentuk moral dan rohani murid yang
baik dan sempurna.

      Dalam usaha untuk membentuk jati diri murid,seharusnya perkara yang
paling dekat dengan mereka di sekolah perlu diberi perhatian oleh semua pihak
iaitu keperibadian guru. Guru merupakan insan yang paling rapat dengan murid
di sekolah sepatutnya menampilkan perwatakan yang positif ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Perwatakan dan sifat guru yang
amanah, bersopan santun, jujur,penyayang, penyabar,sedia berkorban, sedia
memberi pertolongan dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya menjadi ‘role
model’ kepada pelajar di sekolah. Selain itu, guru memainkan peranan penting
untuk membawa watak orang yang taat kepada amalan agama terutamanya
berkaitan solat,puasa dan lain-lain yang penting dan menjadi rujukan murid di
sekolah.

      Dengan hal yang demikian, murid-murid di sekolah akan berusaha untuk
mencontohi    sifat   dan    perwatakan     guru     di    sekolah   serta     cuba    untuk
mengaplikasikan amalan hidup beragama dalam kehidupan seharian mereka.
Amalan yang sering diperhatikan oleh murid sudah tentu akan cuba ditiru oleh
murid di mana sahaja mereka berada maka sudah tentu guru merupakan satu
daripada individu yang akan menjadi tempat rujukan dan tempat untuk mendapat
contoh teladan yang baik untuk dijadikan amalan di mana sahaja mereka berada.

       Selain itu, pembentukan jati diri murid juga dipengaruhi oleh budaya
sesebuah sekolah.Budaya sekolah yang sering mempraktikkan sikap amanah,
ketekunan,    cintakan    kecemerlangan,   berkasih   saying,   tolong-menolong,
kesantunan akhlak, dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemen dan
aspek yang perlu diberi perhatian supaya dihidupkan dan dihayati secara
berterusan dalam diri murid-murid.Pihak pentadbiran sekolah mempunyai
tanggungjawab yang besar untuk memastikan aspek budaya sekolah yang baik
diberikan perhatian secara maksimum dan berkesan dalam usaha membentuk
jati diri murid yang mulia.

       Di samping itu, dalam usaha membentuk jati diri murid yang baik, aktiviti
sampingan seperti kokurikulum yang mengandungi unit beruniform, persatuan,
kelab dan kegiatan sukan perlu diberi perhatian yang khusus oleh semua pihak
termasuklah guru, ibu bapa, pentadbir sekolah dan PIBG. Aktiviti yang dijalankan
melalui pemantauan guru sebenarnya dapat menyuburkan sifat positif terhadap
semangat bekerjasama, berdikari, tolong-menolong, berdisiplin dan bersemangat
patriotik.

       Menurut Ruzain Syukur Mansor (2008) di dalam Harian Metro 16 Ogos
2008, harta paling berharga bagi sebuah negara adalah warganya sendiri. Kualiti
rakyat sesebuah negara disifatkan modal insan yang perlu ditagih bagi memacu
kegemilangan sesebuah negara.Cabaran pembinaan modal insan terletak
sebahagian besar di bahu pendidik.Maka guru adalah golongan yang terbabit
dalam dunia pendidikan dan latihan untuk mengembangkan potensi, bakat dan
kualiti seseorang murid atau pelajar.

       Selain cemerlang kurikulum dan kokurikulum, langkah untuk membentuk
jati diri murid ialah penerapan nilai-nilai agama dalam kalangan murid atau modal
insan secara langsung. Nilai-nilai agama ini mempunyai kepentingan dalam
membentuk modal insan yang diharapkan. Hal ini kerana jati diri dan maruah
sesuatu bangsa tidak akan berlaku sekiranya tidak wujud kesepaduan antara
elemen-elemen penting yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh
sebab akidah menjadi teras bagi segala tindakan, maka pegangan agama yang
kukuh dalam kalangan murid seharusnya diberikan tumpuan utama setiap masa
oleh para guru. Hal ini boleh dilakukan melalui penyampaian ilmu sama ada
ketika proses pengajaran dan pembelajaran (kurikulum) atau ketika
mengendalikan aktiviti kokurikulum. Semuanya demi menjadi modal insan
berguna di dunia dan di akhirat. Dengan akidah yang kental, murid-murid akan
menjadi modal insan yang kuat dari segi rohani dan mampu menjauhkan diri
daripada perkara-perkara yang tidak berfaedah yang akan merugikan diri sendiri,
keluarga, masyarakat, agama dan negara. Murid-murid yang disemai dengan
nilai-nilai agama yang kental akan mampu menolak dan menghalang pelbagai
anasir jahat.

       Secara berperingkat, keadaan ini akan melahirkan suasana hidup yang
lebih sihat dan sejahtera. Oleh itu, menurut Tajul Ariffin Noordin (2007), kekuatan
akidah hendaklah menjadi paksi kurikulum merentasi semua mata
pelajaran.Tidak dapat dinafikan bahawa senjata bagi sesebuah tamadun dan
kemajuan bangsa bertitik tolak kepada mantapnya ilmu pengetahuan dan
kemahiran dengan berpandukan kepada kekentalan pendidikan agama dan
pengamalan ajaran beragama.

       Oleh itu, modal insan yang akan disemai dengan sifat-sifat ini melalui
proses pengajaran dan pembelajaran yang mereka lalui di sekolah akan dapat
membentuk mereka menjadi modal insan yang diharapkan. Langkah menabur
nilai-nilai agama yang murni dan baik ini boleh dilakukan melalui aktiviti
pengajaran dan pembelajaran mata-mata pelajaran wajib atau teras serta elektif
di sekolah. Di samping itu, para guru khususnya guru Pendidikan Islam serta
guru yang beragama Islam dan para guru Pendidikan Moral bagi yang bukan
beragama Islam harus berusaha menerapkan nilai-nilai agama yang universal
dan bersesuaian untuk semua murid sebagai contoh menghormati ibu bapa,
amanah, ikhlas, menepati janji, bersyukur, tolong-menolong dan sebagainya
dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dan juga melalui
aktiviti kerohanian yang boleh diadakan di sekolah seperti sambutan Maulidur
Rasul dan sebagainya. Semua ini adalah untuk melahirkan modal insan yang
mempunyai ciri-ciri mulia, selaras dengan harapan negara untuk membentuk
modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

      Dengan yang demikian, tidak mustahil Malaysia akan meraih modal insan
yang beragama Islam yang akhinrya menjadi mukmin profesional satu hari nanti.
Nilai-nilai agama serta akhlak pekerti yang baik dan mulia adalah tunjang
peribadi yang amat penting untuk setiap individu. Inilah yang seharusnya disemai
oleh para guru dalam kalangan modal insan yang mereka didik kerana umum
menyedari bahawa masyarakat akan menjadi lebih selamat dan tenteram
seandainya mereka menghayati dan mengamalkan nilai-nilai agama yang telah
diterapkan. Semua agama membentuk penganut-penganutnya atau pengikut-
pengikutnya menjadi manusia yang mencintai keamanan, menghargai
kedamaian dan kemajuan. Walaupun terdapat perbezaan fahaman, namun ini
adalah satu usaha pembangunan modal insan yang mampu memupuk
perpaduan rakyat berbilang bangsa dan agama.

      Sebenarnya, cabaran besar yang perlu diaplikasikan secara kolektif dalam
usaha membentuk jati diri murid adalah dari segi kaedah atau strategi untuk
menerapkan nilai kerohanian melalui tiga bidang atau fakulti yang memerlukan
pelaksanaan secara sekata iaitu pengisian roh, akal dan jasmani murid-murid.
Ketiga-tiga pengisian ini bermula daripada kerohanian seharusnya berlandaskan
sumber yang berautoriti dengan merujuk sumber ketuhanan dan kenabian, akal
yang perlu bertunjangkan aspek kognitif yang menunjuk arah bersesuaian
dengan fitrah manusia itu sendiri serta jasmani yang mengamalkan gaya hidup
sihat seperti beriadah, mengisi masa lapang dengan baik serta menjaga tabiat
pemakanan yang perlu diterapkan secara optimum dan berkesan dengan
bantuan dan bimbingan guru.
Rujukan


Hussain Mohamed (1998). Globalisasi Dalam Pendidikan :Dewan Masyarakat.

Syed Ismail B Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2010) Guru dan Cabaran
Semasa. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. :Puchong, Selangor

Mok Soon Sang (2007) Pengantar Pendidikan Teras. Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd. :Subang Jaya, Selangor

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosialparydave
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanasyikin hashim
 
Jelaskan empat pendekatan motivasi
Jelaskan empat pendekatan motivasi Jelaskan empat pendekatan motivasi
Jelaskan empat pendekatan motivasi firo HAR
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxMUHAMMADTAUFIQAKMALB
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiashaatis
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranDidie Patient
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikanfiro HAR
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Mohd Saiful Hisyam Jasni
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaDurratun Dian
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Sherly Jewinly
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan-
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timurFalsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timurLyNn YAniey
 
Globalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikanGlobalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikanHelman Talib
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniBazrol
 
Laporan penyata razak
Laporan penyata razakLaporan penyata razak
Laporan penyata razakfiro HAR
 
Malaysia pada era globalisasi
Malaysia pada era globalisasiMalaysia pada era globalisasi
Malaysia pada era globalisasiAriff Ikhwan
 

Was ist angesagt? (20)

Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan
 
Jelaskan empat pendekatan motivasi
Jelaskan empat pendekatan motivasi Jelaskan empat pendekatan motivasi
Jelaskan empat pendekatan motivasi
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaran
 
Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikan
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
 
Kualiti guru
Kualiti guruKualiti guru
Kualiti guru
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timurFalsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur
 
Globalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikanGlobalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikan
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
 
Laporan penyata razak
Laporan penyata razakLaporan penyata razak
Laporan penyata razak
 
Malaysia pada era globalisasi
Malaysia pada era globalisasiMalaysia pada era globalisasi
Malaysia pada era globalisasi
 

Andere mochten auch

Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikanPengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikanBayu Anggara
 
Globalisasi & cabaran pendidikan
Globalisasi & cabaran pendidikanGlobalisasi & cabaran pendidikan
Globalisasi & cabaran pendidikanAzalea Nabiilah
 
Globalisasi pendidikan EDU
Globalisasi pendidikan EDU Globalisasi pendidikan EDU
Globalisasi pendidikan EDU muzani anh
 
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasisejarahkkb
 
globalisasi.pptx
 globalisasi.pptx globalisasi.pptx
globalisasi.pptxaresha97
 
Pendidikan Global dan Globalisasi
Pendidikan Global dan GlobalisasiPendidikan Global dan Globalisasi
Pendidikan Global dan GlobalisasiMuhamad Yogi
 
Makalah pengaruh globalisasi terhadap pendidikan indonesia
Makalah pengaruh globalisasi terhadap pendidikan indonesiaMakalah pengaruh globalisasi terhadap pendidikan indonesia
Makalah pengaruh globalisasi terhadap pendidikan indonesiaSeptian Muna Barakati
 
Ppt globalisasi
Ppt globalisasiPpt globalisasi
Ppt globalisasihalilibun
 
Globalisasi & pendidikan
Globalisasi & pendidikanGlobalisasi & pendidikan
Globalisasi & pendidikannurul fadzilah
 
2. guru bimbingan dan kaunseling
2. guru bimbingan dan kaunseling2. guru bimbingan dan kaunseling
2. guru bimbingan dan kaunselingBSEONG
 
Cabaran globalisasi dan teknologi maklumat
Cabaran globalisasi dan teknologi maklumatCabaran globalisasi dan teknologi maklumat
Cabaran globalisasi dan teknologi maklumatJoan Tong
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputermihahsayang
 

Andere mochten auch (20)

Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikanPengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
 
Globalisasi & cabaran pendidikan
Globalisasi & cabaran pendidikanGlobalisasi & cabaran pendidikan
Globalisasi & cabaran pendidikan
 
Pengenalan globalisasi pendidikan
Pengenalan globalisasi pendidikanPengenalan globalisasi pendidikan
Pengenalan globalisasi pendidikan
 
Globalisasi pendidikan EDU
Globalisasi pendidikan EDU Globalisasi pendidikan EDU
Globalisasi pendidikan EDU
 
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi
 
globalisasi.pptx
 globalisasi.pptx globalisasi.pptx
globalisasi.pptx
 
Presentation1 (2)
Presentation1 (2)Presentation1 (2)
Presentation1 (2)
 
Pendidikan Global dan Globalisasi
Pendidikan Global dan GlobalisasiPendidikan Global dan Globalisasi
Pendidikan Global dan Globalisasi
 
Globalisasi ppt
Globalisasi pptGlobalisasi ppt
Globalisasi ppt
 
Makalah pengaruh globalisasi terhadap pendidikan indonesia
Makalah pengaruh globalisasi terhadap pendidikan indonesiaMakalah pengaruh globalisasi terhadap pendidikan indonesia
Makalah pengaruh globalisasi terhadap pendidikan indonesia
 
Ppt globalisasi
Ppt globalisasiPpt globalisasi
Ppt globalisasi
 
Globalisasi & pendidikan
Globalisasi & pendidikanGlobalisasi & pendidikan
Globalisasi & pendidikan
 
Globalisasi
GlobalisasiGlobalisasi
Globalisasi
 
Globalisasi
GlobalisasiGlobalisasi
Globalisasi
 
2. guru bimbingan dan kaunseling
2. guru bimbingan dan kaunseling2. guru bimbingan dan kaunseling
2. guru bimbingan dan kaunseling
 
Cabaran globalisasi dan teknologi maklumat
Cabaran globalisasi dan teknologi maklumatCabaran globalisasi dan teknologi maklumat
Cabaran globalisasi dan teknologi maklumat
 
Konsep globalisasi
Konsep globalisasiKonsep globalisasi
Konsep globalisasi
 
pengenalan
pengenalanpengenalan
pengenalan
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 
Makalah pengaruh globalisasi di bidang politik
Makalah pengaruh globalisasi di bidang politikMakalah pengaruh globalisasi di bidang politik
Makalah pengaruh globalisasi di bidang politik
 

Ähnlich wie Isu globalisasi pendidikan

Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaImplikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaPensil Dan Pemadam
 
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)Stephanie Unsil
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruAhmad NazRi
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agendaAbdullah Lah
 
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remajaPeranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remajaYAGHAVI
 
peranan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpkperanan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpkMusaDiq YaaCob
 
Bimbingan & Konseling
Bimbingan & KonselingBimbingan & Konseling
Bimbingan & KonselingMuhamad Yogi
 
Bimbingan & kons1
Bimbingan & kons1Bimbingan & kons1
Bimbingan & kons1agusindro
 
Artikel_vfgPenguatan Profil Pancasila.pdf
Artikel_vfgPenguatan Profil Pancasila.pdfArtikel_vfgPenguatan Profil Pancasila.pdf
Artikel_vfgPenguatan Profil Pancasila.pdfzuhriyahaminatus004
 
Bimbingan konseling
Bimbingan konselingBimbingan konseling
Bimbingan konselingisman12345
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...محمد أشرف زين الدين
 
PENDIDIKAN DAN PERUBAHAN SOSIAL BUDAYA
PENDIDIKAN DAN PERUBAHAN SOSIAL BUDAYAPENDIDIKAN DAN PERUBAHAN SOSIAL BUDAYA
PENDIDIKAN DAN PERUBAHAN SOSIAL BUDAYAimam shofwan
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruAhmad NazRi
 
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...Yang Dibuang
 

Ähnlich wie Isu globalisasi pendidikan (20)

Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaImplikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
 
Pendidikan akhlak pada anak
Pendidikan akhlak pada anakPendidikan akhlak pada anak
Pendidikan akhlak pada anak
 
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
 
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remajaPeranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
 
Lala
LalaLala
Lala
 
Hhhh
HhhhHhhh
Hhhh
 
peranan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpkperanan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpk
 
Bimbingan & Konseling
Bimbingan & KonselingBimbingan & Konseling
Bimbingan & Konseling
 
Bimbingan & kons1
Bimbingan & kons1Bimbingan & kons1
Bimbingan & kons1
 
Artikel_vfgPenguatan Profil Pancasila.pdf
Artikel_vfgPenguatan Profil Pancasila.pdfArtikel_vfgPenguatan Profil Pancasila.pdf
Artikel_vfgPenguatan Profil Pancasila.pdf
 
Kpf individu
Kpf individuKpf individu
Kpf individu
 
Bimbingan konseling
Bimbingan konselingBimbingan konseling
Bimbingan konseling
 
Assingment fpm
Assingment fpmAssingment fpm
Assingment fpm
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
 
PENDIDIKAN DAN PERUBAHAN SOSIAL BUDAYA
PENDIDIKAN DAN PERUBAHAN SOSIAL BUDAYAPENDIDIKAN DAN PERUBAHAN SOSIAL BUDAYA
PENDIDIKAN DAN PERUBAHAN SOSIAL BUDAYA
 
Makalah karakter
Makalah karakterMakalah karakter
Makalah karakter
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guru
 
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
 

Mehr von Muhammad Syahir

Kertas kerja Maulidur Rasul 2014
Kertas kerja Maulidur Rasul 2014Kertas kerja Maulidur Rasul 2014
Kertas kerja Maulidur Rasul 2014Muhammad Syahir
 
Adab bergaul dengan rakan
Adab bergaul dengan rakanAdab bergaul dengan rakan
Adab bergaul dengan rakanMuhammad Syahir
 
Adab berjalan Pendidikan Islam SR
Adab berjalan Pendidikan Islam SRAdab berjalan Pendidikan Islam SR
Adab berjalan Pendidikan Islam SRMuhammad Syahir
 
Draf DSKP pendidikan islam tahun 4
Draf DSKP pendidikan islam tahun 4Draf DSKP pendidikan islam tahun 4
Draf DSKP pendidikan islam tahun 4Muhammad Syahir
 
Dokumen standard pendidikan islam tahun 1
Dokumen standard pendidikan islam tahun 1Dokumen standard pendidikan islam tahun 1
Dokumen standard pendidikan islam tahun 1Muhammad Syahir
 
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran Semasa
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran SemasaIsu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran Semasa
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran SemasaMuhammad Syahir
 
Tekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guruTekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guruMuhammad Syahir
 
Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh
Usul Fiqh dan Kaedah FiqhUsul Fiqh dan Kaedah Fiqh
Usul Fiqh dan Kaedah FiqhMuhammad Syahir
 
Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan IslamIsu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan IslamMuhammad Syahir
 
Proses kaunseling tingkah laku
Proses kaunseling tingkah lakuProses kaunseling tingkah laku
Proses kaunseling tingkah lakuMuhammad Syahir
 
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahirPenerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp muhammad syahirMuhammad Syahir
 
Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007Muhammad Syahir
 

Mehr von Muhammad Syahir (20)

Kertas kerja Maulidur Rasul 2014
Kertas kerja Maulidur Rasul 2014Kertas kerja Maulidur Rasul 2014
Kertas kerja Maulidur Rasul 2014
 
Adab bergaul dengan rakan
Adab bergaul dengan rakanAdab bergaul dengan rakan
Adab bergaul dengan rakan
 
Adab bekerja
Adab bekerjaAdab bekerja
Adab bekerja
 
Adab berjalan Pendidikan Islam SR
Adab berjalan Pendidikan Islam SRAdab berjalan Pendidikan Islam SR
Adab berjalan Pendidikan Islam SR
 
Draf DSKP pendidikan islam tahun 4
Draf DSKP pendidikan islam tahun 4Draf DSKP pendidikan islam tahun 4
Draf DSKP pendidikan islam tahun 4
 
Dokumen standard pendidikan islam tahun 1
Dokumen standard pendidikan islam tahun 1Dokumen standard pendidikan islam tahun 1
Dokumen standard pendidikan islam tahun 1
 
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran Semasa
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran SemasaIsu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran Semasa
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran Semasa
 
Adab berpakaian
Adab berpakaianAdab berpakaian
Adab berpakaian
 
Adab makan dan minum
Adab makan dan minumAdab makan dan minum
Adab makan dan minum
 
Tekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guruTekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guru
 
Adab berwudhu'
Adab berwudhu'Adab berwudhu'
Adab berwudhu'
 
Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh
Usul Fiqh dan Kaedah FiqhUsul Fiqh dan Kaedah Fiqh
Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh
 
Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan IslamIsu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
 
Proses kaunseling tingkah laku
Proses kaunseling tingkah lakuProses kaunseling tingkah laku
Proses kaunseling tingkah laku
 
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahirPenerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp muhammad syahir
 
Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007
 
Adab bekerja
Adab bekerjaAdab bekerja
Adab bekerja
 
Adab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmuAdab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmu
 
Format Pront Page ISL
Format Pront Page ISLFormat Pront Page ISL
Format Pront Page ISL
 
Tajuk tepi MQA
Tajuk tepi MQATajuk tepi MQA
Tajuk tepi MQA
 

Kürzlich hochgeladen

MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfKartiniIndasari
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024editwebsitesubdit
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 

Kürzlich hochgeladen (20)

MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 

Isu globalisasi pendidikan

  • 1. Isu Globalisasi Pendidikan Globalisasi Pendidikan adalah merupakan satu daripada cabaran yang berlaku dalam pendidikan masa kini yang perlu sentiasa dikaji dan diperhalusi.Sebelum dikaji dengna lebih mendalam tentang cabaran dalam globalisasi pendidikan, definisi globalisasi pendidikan perlu difahami dengan jelas agar isu ini dapat ditangani dengan baik dan mendasari dari peringkat akar umbi. Di dalam kamus dewan edisi keempat, menyatakan globalisasi membawa definisi proses yang membolehkan sesuatu aktiviti seperti ekonomi, kebudayaan dan sebagainya disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi serta dasar terbuka. (Kamus Dewan Edisi 4, 2005) Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010),globalisasi membawa maksud satu cara hidup dunia tanpas sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Selain itu, ia merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain (Syed Ismail dan Ahmad Subki,2010) Pandangan Mok Soon Sang (2007) pula menyatakan globalisasi bermaksud merentasi sempadan dan media.Bagi Michael Gibbons (2003) dalam Mok Soon Sang (2007), Setiausaha Agong Persatuan Universiti Komanwel (ACU) berpendapat bahawa globalisasi merupakan suatu proses berterusan dalam perindustrian pendidikan yang telah berlaku lama dahulu. Maka, globalisasi pendidikan membawa definisi proses perubahan untuk amalan dan pelaksanaan pengajaran yang berkualiti (Michael Gibbons,2003) Menurut beliau lagi, globalisasi pendidikan akan memberi tekanan kepada guru agar dapat mengubah cara pengajaran tradisional kepada pengajaran moden serta berpandukan kepada hasil dapatan penyelidikan pendidikan yang terkini. Globalisasi dalam sistem pendidikan negara telah memberi banyak kesan terhadap pendidikan negara pada hari ini.Tindak balas daripada keterbukaan idea dalam keperluan dunia pendidikan hari ini telah memberi kesan yang baik
  • 2. kepada kualiti hidup masyarakat pelbagai kaum di negara ini.Dalam menempuh globalisasi pendidikan yang pesat berkembang ini sebenarnya telah membentuk banyak cabaran dan halangan yang perlu ditempuh oleh segenap lapisan masyarakat di negara kita dalam usaha untuk mencapai misi dan visi pendidikan negara iaitu meningkatkan taraf pendidikan bertaraf dunia.Menurut Hussain Mohamed (1998) globalisasi menyebabkan pendidikan negara lebih terbuka kepada dunia luar samada untuk belajar mahupun menubuhkan cawangan universiti mereka di negara kita. Hal ini selaras dengan keinginan menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Dunia. Antara halangan dan cabaran yang perlu diberi perhatian meliputi keperluan terhadap pembelajaran berterusan, penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat, pengurusan pendidikan,pembentukan jati diri murid serta kualiti guru.Kelima-lima cabaran dan halangan ini memerlukan penyelesaian yang bersepadu daripada semua pihak agar globalisasi pendidikan yang berlaku dalam negara kita ini tercapai dengan sempurna dan baik. Bagi mendapatkan kaedah penyelesaian kepada cabaran dalam globalisasi pendidikan iaitu pembentukan jati diri murid, keperluan kepada guru untuk membentuk jati diri murid sepatutnya bermula daripada pra sekolah lagi. Pada masa kini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan sedang diuji dengan keberkesanan pelaksanaannya dalam melahirkan individu murid yang mempunyai keseimbangan dan harmonis dari segi jasmani,emosi, rohani, serta intelek. Dengan kemasukan proses globalisasi tanpa had ini menyebabkan juga kemasukan pelbagai budaya yang bercanggah dengan budaya setempat seterusnya terbitlah perlakuan dan sikap murid negative murid yang semakin membimbangkan. Globalisasi yang berlaku dalam pembentukan jati diri murid telah membawa kesan yang mendadak terhadap perlakuan dan norma kehidupan murid secara keseluruhannya.Kesan negatif yang paling jelas hasil daripada globalisasi adalah perubahan gaya hidup terutama remaja di bangku sekolah
  • 3. yang begitu mudah terpengaruh dengan budaya kehidupan barat.Menurut Mohd Dahlan & Ida Shafinaz (2010),remaja pada masa kini merasakan bahawa mereka sudah cukup bijak untuk menilai baik dan buruk sesuatu perkara tanpa keperluan kepada mereka untuk mendapatkan nasihat daripada sesiapa pun termasuklah ibu bapa mereka.Menurut Mohd Dahlan dan Ida Shafinaz lagi, faktor persekitaran banyak mendorong kepada terjadinya masalah negatif kepada murid atau remaja ini. Hasil daripada globalisasi terhadap pembentukan jati diri murid menyebabkan semua institusi pendidikan menghadapi halangan dan cabaran untuk menggarap akhlak anak-anak agar berada di landasan yang betul menurut acuan tempatan dan Islam.Pelaksanaan program-program yang mempunyai nilai dan norma-norma pendidikan di sekolah perlu diperkasakan dengan hal berkaitan keperibadian guru,budaya sekolah serta aktiviti-aktiviti kokurikulum perlu diberi penekanan dalam usaha membentuk moral dan rohani murid yang baik dan sempurna. Dalam usaha untuk membentuk jati diri murid,seharusnya perkara yang paling dekat dengan mereka di sekolah perlu diberi perhatian oleh semua pihak iaitu keperibadian guru. Guru merupakan insan yang paling rapat dengan murid di sekolah sepatutnya menampilkan perwatakan yang positif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Perwatakan dan sifat guru yang amanah, bersopan santun, jujur,penyayang, penyabar,sedia berkorban, sedia memberi pertolongan dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya menjadi ‘role model’ kepada pelajar di sekolah. Selain itu, guru memainkan peranan penting untuk membawa watak orang yang taat kepada amalan agama terutamanya berkaitan solat,puasa dan lain-lain yang penting dan menjadi rujukan murid di sekolah. Dengan hal yang demikian, murid-murid di sekolah akan berusaha untuk mencontohi sifat dan perwatakan guru di sekolah serta cuba untuk mengaplikasikan amalan hidup beragama dalam kehidupan seharian mereka.
  • 4. Amalan yang sering diperhatikan oleh murid sudah tentu akan cuba ditiru oleh murid di mana sahaja mereka berada maka sudah tentu guru merupakan satu daripada individu yang akan menjadi tempat rujukan dan tempat untuk mendapat contoh teladan yang baik untuk dijadikan amalan di mana sahaja mereka berada. Selain itu, pembentukan jati diri murid juga dipengaruhi oleh budaya sesebuah sekolah.Budaya sekolah yang sering mempraktikkan sikap amanah, ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih saying, tolong-menolong, kesantunan akhlak, dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemen dan aspek yang perlu diberi perhatian supaya dihidupkan dan dihayati secara berterusan dalam diri murid-murid.Pihak pentadbiran sekolah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan aspek budaya sekolah yang baik diberikan perhatian secara maksimum dan berkesan dalam usaha membentuk jati diri murid yang mulia. Di samping itu, dalam usaha membentuk jati diri murid yang baik, aktiviti sampingan seperti kokurikulum yang mengandungi unit beruniform, persatuan, kelab dan kegiatan sukan perlu diberi perhatian yang khusus oleh semua pihak termasuklah guru, ibu bapa, pentadbir sekolah dan PIBG. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru sebenarnya dapat menyuburkan sifat positif terhadap semangat bekerjasama, berdikari, tolong-menolong, berdisiplin dan bersemangat patriotik. Menurut Ruzain Syukur Mansor (2008) di dalam Harian Metro 16 Ogos 2008, harta paling berharga bagi sebuah negara adalah warganya sendiri. Kualiti rakyat sesebuah negara disifatkan modal insan yang perlu ditagih bagi memacu kegemilangan sesebuah negara.Cabaran pembinaan modal insan terletak sebahagian besar di bahu pendidik.Maka guru adalah golongan yang terbabit dalam dunia pendidikan dan latihan untuk mengembangkan potensi, bakat dan kualiti seseorang murid atau pelajar. Selain cemerlang kurikulum dan kokurikulum, langkah untuk membentuk jati diri murid ialah penerapan nilai-nilai agama dalam kalangan murid atau modal
  • 5. insan secara langsung. Nilai-nilai agama ini mempunyai kepentingan dalam membentuk modal insan yang diharapkan. Hal ini kerana jati diri dan maruah sesuatu bangsa tidak akan berlaku sekiranya tidak wujud kesepaduan antara elemen-elemen penting yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh sebab akidah menjadi teras bagi segala tindakan, maka pegangan agama yang kukuh dalam kalangan murid seharusnya diberikan tumpuan utama setiap masa oleh para guru. Hal ini boleh dilakukan melalui penyampaian ilmu sama ada ketika proses pengajaran dan pembelajaran (kurikulum) atau ketika mengendalikan aktiviti kokurikulum. Semuanya demi menjadi modal insan berguna di dunia dan di akhirat. Dengan akidah yang kental, murid-murid akan menjadi modal insan yang kuat dari segi rohani dan mampu menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang tidak berfaedah yang akan merugikan diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Murid-murid yang disemai dengan nilai-nilai agama yang kental akan mampu menolak dan menghalang pelbagai anasir jahat. Secara berperingkat, keadaan ini akan melahirkan suasana hidup yang lebih sihat dan sejahtera. Oleh itu, menurut Tajul Ariffin Noordin (2007), kekuatan akidah hendaklah menjadi paksi kurikulum merentasi semua mata pelajaran.Tidak dapat dinafikan bahawa senjata bagi sesebuah tamadun dan kemajuan bangsa bertitik tolak kepada mantapnya ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan berpandukan kepada kekentalan pendidikan agama dan pengamalan ajaran beragama. Oleh itu, modal insan yang akan disemai dengan sifat-sifat ini melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang mereka lalui di sekolah akan dapat membentuk mereka menjadi modal insan yang diharapkan. Langkah menabur nilai-nilai agama yang murni dan baik ini boleh dilakukan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata-mata pelajaran wajib atau teras serta elektif di sekolah. Di samping itu, para guru khususnya guru Pendidikan Islam serta guru yang beragama Islam dan para guru Pendidikan Moral bagi yang bukan beragama Islam harus berusaha menerapkan nilai-nilai agama yang universal
  • 6. dan bersesuaian untuk semua murid sebagai contoh menghormati ibu bapa, amanah, ikhlas, menepati janji, bersyukur, tolong-menolong dan sebagainya dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dan juga melalui aktiviti kerohanian yang boleh diadakan di sekolah seperti sambutan Maulidur Rasul dan sebagainya. Semua ini adalah untuk melahirkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri mulia, selaras dengan harapan negara untuk membentuk modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dengan yang demikian, tidak mustahil Malaysia akan meraih modal insan yang beragama Islam yang akhinrya menjadi mukmin profesional satu hari nanti. Nilai-nilai agama serta akhlak pekerti yang baik dan mulia adalah tunjang peribadi yang amat penting untuk setiap individu. Inilah yang seharusnya disemai oleh para guru dalam kalangan modal insan yang mereka didik kerana umum menyedari bahawa masyarakat akan menjadi lebih selamat dan tenteram seandainya mereka menghayati dan mengamalkan nilai-nilai agama yang telah diterapkan. Semua agama membentuk penganut-penganutnya atau pengikut- pengikutnya menjadi manusia yang mencintai keamanan, menghargai kedamaian dan kemajuan. Walaupun terdapat perbezaan fahaman, namun ini adalah satu usaha pembangunan modal insan yang mampu memupuk perpaduan rakyat berbilang bangsa dan agama. Sebenarnya, cabaran besar yang perlu diaplikasikan secara kolektif dalam usaha membentuk jati diri murid adalah dari segi kaedah atau strategi untuk menerapkan nilai kerohanian melalui tiga bidang atau fakulti yang memerlukan pelaksanaan secara sekata iaitu pengisian roh, akal dan jasmani murid-murid. Ketiga-tiga pengisian ini bermula daripada kerohanian seharusnya berlandaskan sumber yang berautoriti dengan merujuk sumber ketuhanan dan kenabian, akal yang perlu bertunjangkan aspek kognitif yang menunjuk arah bersesuaian dengan fitrah manusia itu sendiri serta jasmani yang mengamalkan gaya hidup sihat seperti beriadah, mengisi masa lapang dengan baik serta menjaga tabiat pemakanan yang perlu diterapkan secara optimum dan berkesan dengan bantuan dan bimbingan guru.
  • 7. Rujukan Hussain Mohamed (1998). Globalisasi Dalam Pendidikan :Dewan Masyarakat. Syed Ismail B Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2010) Guru dan Cabaran Semasa. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. :Puchong, Selangor Mok Soon Sang (2007) Pengantar Pendidikan Teras. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. :Subang Jaya, Selangor