SlideShare a Scribd company logo
1 of 27
TINGKATAN 5
  MORFOLOGI

1. KATA GANTI NAMA

2. KATA ADJEKTIF DENGAN KATA PENGUAT

3. KATA ADJEKTIF TERBITAN

4. KATA KERJA TAK TRANSITIF BERAPITAN

5. KATA KERJA PASIF

  SINTAKSIS

1. AYAT BERPOLA FN+FN

2. AYAT BERPOLA FN+FK

           a. FN+FKtr

           b. FN+FKttr

3. AYAT BERPOLA FN+FA (PERLUASAN AYAT )

4. AYAT SONGSANG

5. AYAT PASIF SUSUNAN SONGSANG

6. AYAT PERINTAH

7. AYAT MAJMUK

8. AYAT TUNGGAL
  TATABAHASA : NOTA RINGKAS DAN LATIHAN KENDIRI

  ANALISIS MORFOLOGI DAN SINTAKSIS 1

  (RUJUKAN UTAMA:

  1.TATABAHASA DEWAN DAN
2.BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 DAN

A. KATA NAMA

1.GOLONGAN KATA NAMA

Kata nama am

Kata nama khas

Kata ganti nama

2. PEMBENTUKAN KATA NAMA

Kata nama tunggal

Kata nama terbitan

Kata nama majmuk

Kata nama ganda



Golongan kata nama

1. Kata nama am merujuk pada

   a. Benda: contoh - buku, orang, sekolah, pokok. bumi

   b. Perkara: contoh – cuaca, angin, udara, sedutan

   c. Konsep: contoh - perpindahan, pembinaan, perbuatan,keadilan,kedamaian

2. Kata nama khas ialah khusus pada sesuatu nama, contoh

orang pangkat

haiwan benda

perbadanan undang-undang

bangsa, bahasa

Huruf pertama setiap kata ditulis dengan huruf besar
Contoh: Puteri Cendera Kesuma

   Pusat dalam Komuniti

   3. Kata nama khas terbahagi kepada dua;

• Kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia)

• Kata nama khas tak hidup

   4. kata ganti nama

   Kata ganti nama tunjuk- pengganti kata nama

                             - menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk

                             - dua kata ganti nama tunjuk (ini dan itu)

   Kata ganti nama diri

   Kata ganti nama diri tanya- apa merujuk benda atau perkara

                                  - siapa merujuk orang

                                  - mana merujuk benda atau orang

   Kata ganti nama diri orang -

• Kata ganti nama diri orang pertama : saya, aku, beta, hamba, patik, kami, kita

• Kata ganti nama diri orang kedua : anda, engkau, awak, kamu

• Kata ganti nama diri orang ketiga : ia, dia, mereka, nya, baginda, beliau, mereka

   Latihan 1:

   Berdasarkan cerpen Memori Seorang Tua (Antologi Harga Remaja ); kenal pasti

   sekurang-kurangnya lima belas

   i. kata nama am

   ii. kata nama ganti nama

   dan

   iii. enam kata nama khas
Pembentukan kata nama

A.KATA NAMA TUNGGAL:

          • satu morfem bebas

          • kata inti bagi Frasa Nama

Contoh: buku, kereta, wang,perempuan

Satu lagi bentuk kata dalam kategori kata nama tunggal ialah kata akronim

***KATA AKRONIM ialah

Cantuman bahagian-bahagian tertentu daripada serangkaian perkataan.

Cantuman boleh terdiri daripada

          • Huruf-huruf daripada rangkaian kata

          • Suku-suku kata daripada rangkaian kata

          • Bahagian-bahagian daripada perkataan

Ada 4 jenis KATA AKRONIM

1.Cantuman huruf awal perkataan-perkataan

Contoh: ABIM- ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA

USIM-UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

UNITAR- UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK

( cantuman huruf awal mesti membentuk sebutan baru tetapi masih mendukung makna yang
sama )

2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan

Contoh: Perhilitan – PerlindunganHidupan Liar dan Taman Negara

MAWAR - Majlis Wanita Johor

3. Cantuman suku kata awal perkataan

Contoh: tadika – taman didikan kanak-kanak
cerpen – cerita pendek

komsas – komponen sastera

4. Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan
yang mengikuti.

Contoh: jentolak – jentera tolak

jalurah - jalan lurah

purata - pukul rata

B. KATA NAMA TERBITAN

Terhasil melalui proses pengimbuhan pada kata dasar

              • 4 jenis imbuhan yang boleh digabungkan dengan kata dasar bagi mmenghasil kata
                   nama terbitan

                        Imbuhan awalan

                        Imbuhan akhiran

                        Imbuhan apitan

                        Imbuhan sisipan

            • 5 jenis kata yang menerima imbuhan untuk membentuk KATA NAMA TERBITAN

                     Kata akar

                     Kata tunggal

                     Kata terbitan

                     Kata majmuk

                     Rangkaian kata

Kata akar

             Tawa- tertawa ( awalan ter-... )

             Mudi – kemudi (awalan ke-... )

Kata tunggal
 hancur - kehancuran ( apitan ke-.... -an)

              bina - pembinaan (apitan pem-...-an )

              renung – renungan (akhiran ...-an)

              ceramah- penceramah (awalanpen-... )

              kembung – keembung ( sisipan ....- em.-... )

Kata terbitan

Berangkat - keberangkatan ( apitan ke-....-an)

Berkesan - keberkesanan

Sinambung – kesinambungan

Kata majmuk

Ibu bapa – keibubapaan ( apitan ke-....-an )

Kenal pasti – pengenalpastian (apitan pe-...-an )

Rangkaian kata

Tidak adil - ketidakadilan ( apitan ke-...-an )

Tidak sempurna – ketidaksempurnaan (apitanke-....-an )

Melalui proses pengimbuhan kata nama terbitan boleh terhasil daripada

             • Kata kerja: bina – pembinaan

             jalan- perjalanan

             • Kata adjektif: kasih - kekasih

                 tua - ketua

muda- pemuda

Latihan 2:

Berdasarkan cerpen Melissa (Antologi Harga Remaja ) ; kenal pasti dan senaraikan 3 kata
nama terbitan bagi setiap imbuhan di bawah
Awalan peN-

Awalan pe-

Awalan peR-

Awalan ke-

Awalan juru-

Akhiran –an

Apitan peN-....-an

Apitan pe-...-an

peR-...-an

ke-...-an

C . KATA NAMA MAJMUK

Dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu

Dieja terpisah

Berdiri sebagai satu unit

Ada 3 jenis kata nama majmuk

a. rangkai kata bebas

       guru besar           Naib Canselor
       balai raya           Perdana Menteri
       tiga segi tepat      Mejar Jeneral

b. istilah khusus dalam bidang ilmiah

       papan kekunci        medan magnet
       dalam talian         hukum karma
       laman sesawang       analisis sastera

c. maksud kiasan (banyak terdapat dalam simpulan bahasa )

       kaki bangku          ayam tambatan
ringan tulang     tumbuk rusuk
              ada hati          buku lima

    Terdapat 14 kata nama majmuk yang telah mantap dan ditulis sebagai satu perkataan

    antarabangsa , bumiputera, jawatankuasa, kakitangan
    kerjasama , warganegara, olahraga , pesuruhjaya
    setiausaha , sukarela , suruhanjaya, tandatangan
    tangungjawab, matahari

    D. KATA GANDA

    Kesemua bentuk kata nama iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama
    majmuk boleh digandakan.

   Penggandaan penuh

   Penggandaan separa

   Penggandaan berentak

    Penggandaan penuh

 Kata nama tunggal tanpa imbuhan

 ayat- ayat-ayat

 pahlawan – pahlawan-pahlawan

 wajah -wajah-wajah

 kata nama tunggal dengan akhiran ...-an

 bayang - bayang-bayangan

 biji -biji-bijian

 sayur -sayur-sayuran

 kata nama terbitan

 ketua -ketua-ketua

 kementerian- kementerian-kementerian

 pertubuhan –pertubuhan-pertubuhan

 kata nama majmuk
 kertas kerja -kertas-kertas kerja

            mata pelajaran -mata-mata pelajaran

            buku tulis -buku-buku tulis

   Penggandaan separa

- Melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar

- Suku kata pertama bagi perkataan pertama digandakan

- Huruf pertama bagi suku kata pertama ditukar ke huruf ‘e’

                 Langit -- lalangit --- lelangit

                 Kura -- kukura --- kekura

                 Laki -- lalaki --- lelaki

                 Pohon -- popohon ---pepohon

   Penggandaan berentak

   Proses penggandaan kata nama dasar mengikut rentak bunyi

                 sayur --- sayur-mayur

                 kiuh ---- kuih-muih

                 lauk --- lauk-pauk

                 kayu ---- kayu-kayan

                 gunung ---- gunung-ganang

                 suku ---- suku-sakat

                 batu ---- batu-batan

                 warna ---- warna-warni

                 anak --- anak-pinak

                 sedu --- sedu-sedan

   Latihan 3:
a. Bina satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah yang menunjukkan anda fahan akan
makna dan penggunaannya dalam ayat

i. bulan - bulan madu

ii. kaki - kaki ayam

iii. makan – makan hati

b. bina satu ayat bagi setiap kata di bawah yang menunjukkan anda faham akan maksud
dan penggunaannya dalam ayat

i. guru

ii. guru-guru

iii. guru besar

iv. perguruan

v. keguruan

=============================================================

B . FRASA NAMA

( berdasarkan Buku Teks Tingkatan 4 MUKA SURAT 162-163 )

           1. KATA INTI bagi Frasa Nama ialah Kata Nama

           2. **Frasa Nama boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih

           3. Frasa Nama boleh berfungsi sebagai

                  subjek atau predikat dalam ayat

                  objek bagi kata kerja

                  unsur nama dalam frasa sendi nama

                  frasa pelengkap dalampredikat

           4. Subjek dalam ayat mesti terdiri daripada Frasa Nama

Contoh 1

I. Buku
II. Buku tebal

III. Buku tebal itu

IV. Sebuah buku tebal

@@ FRASA NAMA SEBAGAI SUBJEK DAN PREDIKAT

        BIL      SUBJEK              PREDIKAT
        1        Solusi              sebuah majalah.
        2        Majalah Solusi      majalah ilmiah
        3        Ah Lam              pelukis
        4        Ah Lam              seorang pelukis
        5        Ah Lam              seorang pelukis batik

@@FRASA NAMA SEBAGAI OBJEK DALAM PREDIKAT

        BIL       SUBJEK                        PREDIKAT (FRASA KERJA )
                                                KATA KERJA        OBJEK

                                                                  (FRASA NAMA)
        1         Ibu                           sedang melayari   internet
        2         Kuhan                         membaca           buku cerita
        3         Keindahan Pantai Cenang       memikat           hati
        4         Puan Mary                      menghias         rumah
        5         Makcik Aliza                   menyapu          sampah

@@ FRASA NAMA SEBAGAI UNSUR NAMA DALAM

FRASA SENDI NAMA

BIL SUBJEK                        PREDIKAT (FRASA KERJA )
                                   FRASA         FRASA KETERANGAN
                                   KERJA          SENDI FRASA NAMA
                                                  NAMA
1      Soleh Johnsons             berbincang     dengan   Faridah
2      Cakera liut itu            ada            pada     Firdaus
3      Perkahwinan Zain           mendapat restu daripada semua ahli keluarga
       dan Anne
4      Halim                      memangkas       dengan     parang
                                  pokok
5      Melina                     Menelefon       dari       Marang.
                                  Benny

@@ FRASA PELENGKAP DALAM PREDIKAT
BIL SUBJEK                PREDIKAT
                                FRASA KERJA FRASA NAMA

                                                   (FRASA PELENGKAP )
     1      Benny               menjadi            pelayar
     2      Pengembara itu      berselimutkan      embun
     3      Dato’ Azrul         ada                ladang kelapa

      C. FRASA NAMA DALAM SUBJEK BOLEHDIAMBIL ALIH OLEH

i. FRASA KERJA

ii. FRASA ADJEKTIF

      SUBJEK FRASA KERJA

      BIL   SUBJEK         PREDIKAT
      1     Membasuh       ialah tugas harian saya.
      2     Berjoging      merupakan amalan yang sihat
      3     Melukis        menjadi kegemaran Melina

      SUBJEK FRASA ADJEKTIF

      BIL   SUBJEK           PREDIKAT
      1     Kasih sayang     sifat yang perlu ada padadiri seorang ibu
      2     Bijak            ialah satu kurniaan Tuhan
      3     Biru laut        warna kesukaan Salmah

      LATIHAN 1: MENGENAL PASTI

                 a. FRASA NAMA

                 b. FUNGSI FRASA NAMA DALAM AYAT

      Maniam seorang bapa yang baik. Dia berkahwin dengan Malini. Maniam mempunyai seorang
      anak bernama Ramakrisynen tetapi tidak pernah bertemu dengan anaknya itu. .Semasa
      pendudukan Jepun di negara kita, Maniam ditangkap oleh polis. Dia disyaki oleh penjajah Jepun
      menjadi tali barut kepada orang Inggeris. Semasa disoal siasat, Maniam menceritakan sejarah
      hidupnya kepada Inspektor Rama. Tiba-tiba Inspektor Rama menangis. Inspektor Rama
      memberitahu Maniam bahawa dia ialah Ramakrisynen yang diceritakan oleh Maniam. Inspektor
      Rama terus sujud di kaki Maniam. Semua orang yang ada di situ menangis melihat kejadian yang
      tidak disangka-sangka itu.

      LATIHAN 2: MEMBINA AYAT MENGGUNAKAN FRASA NAMA

I. Frasa Nama sebagai subjek
i. kabus: Kabus di Cameron Hihglands amat tebal.

ii. Bukit Fraser:

iii. Penyakit Sindrom Down:

iv. Kapal layar :

        II. Frasa Nama sebagai predikat

i. pengusaha pusat penyembelihan kambing: Soleh Johnson ialah pengusaha pusat

        penyembelihan kambing

ii. adik Faridah:

iii. Mejar(B) Kamaruddin:

iv. Bukit Kutu:

        III. Frasa Nama sebagai unsur bagi kata sendi nama

i. Lembah Klau : Fuad berkereta dari Kuala Terengganu ke Lembah Klau.

ii. Farhana:

iii. Kampung Danau Seberang:

iv. penduduk Sungai Ruan:

        IV. Frasa Nama sebagai objek: (Ayat Aktif Transitif )

i. Hisyam : Melisa menyayangi Hisyam

ii. Pahlawan Buntung :

iii. Pak Itam menganjurkan:

iv. Indera Nata menunggang :

        V. Frasa Nama sebagai pelengkap (Ayat Aktif Tak Transitif )

        Isteri: Anne menjadi isteri Zain

        Lengan: Mak Salmah tidur berbantalkanlengan.

        ada cita-cita:
bertatahkan emas permata:

bertilamkan rumput:

ANALISIS MORFOLOGI DAN SINTAKSIS 2

A. KATA KERJA

1. PENGGOLONGAN KATA KERJA

i. KATA KERJA TAK TRANSITIF

ii. KATA KERJA TRANSITIF

2. PEMBENTUKAN KATA KERJA

i. KATA KERJA TUNGGAL

ii. KATA KERJA TERBITAN

iii. KATA KERJA GANDA

iv. KATA KERJA MAJMUK

PENGGOLONGAN KATA KERJA

i. Kata Kerja Tak Transitif

-tidak memerlukan objek

-dibahagikan kepada dua jenis

                       Berpelengkap

                       Tanpa pelengkap

Perkataan selepas kata kerja berfungsi sebagai pelengkap

Ayat yang terbentuk menggunakan KKTTr dinamakan

AYAT AKTIF TAK TRANSITIF

**KATA KERJA AKTIF TAK TANSITIF (kkttr) tanpa pelengkap

-Kata kerja ini boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan kata atau frasa untuk melengkapkan
makna ayat.
- kkttr tidak mempunyai objek seperti kata kerja transitif

- kkttr tidak boleh dipasifkan.

contoh kkttr tanpa pelengkap

menyanyi berlalu

bersembahyang pulang

berdoa bergurau

bangun berdiri

menangis berjalan

pergi tercengang

duduk kembali

hinggap tumbuh

runtuh memberontak

Contoh ayat

           a. Semua pelajar sedang bersembahyang.

           b. Semua orang sudah bangun.

           c. Adik menangis.

           d. Tamadun purba itu telah runtuh

***KATA KERJA AKTIF TAK TANSITIF (kkttr) berpelengkap

       - Kata kerja yang mesti iikuti oleh pelengkap bagi menyempurnakan ayat.

       - Ayat menjadi tergantung jika tiada pelengkap

       - Pelengkap bukan merupakan objek yang mengikuti kata kerja transitif

       - Ayat Aktif Tak Transitif dengan pelengkap tidak boleh dipasifkan

Contoh kkttr berpelengkap

beransur berbuat
tinggal berselimutkan

menjadi berbantalkan

berumah beralaskan

Contoh ayat

i. Hari sudah beransur petang.

ii. Abdullah tidak berbuat salah.

iii. Bapa sedang beransur pulih.

iv. Seman menjadi menantu Mat Ranggi.

v. Semua peserta perkhemahan tidurberselimutkan kanvas .

vi. Maniam berbantalkan lengan.

vii. Pendatang tanpa izin telah berumah di bangunan lama itu.

viii. Pak Ismail duduk beralaskan tikar mengkuang.

PERKATAAN YANG DIGELAPKAN IALAH kkttr berpelengkap

CUBA GUGURKAN PERKATAAN /FRASA SELEPAS kkttr

Jawapan: Ayat akan menjadi tidak sempurna dan tergantung.

UNSUR PELENGKAP BAGI kkttr berpelengkap

i. Frasa Nama/kata nama

            a. Gayah menjadi isteri Seman.

            b. Pak Ismail ada kebun jagung.

            c. Farhana berbaring berbantalkanlengan.

            d. Cikgu Zamani berhujah bersandarkan pendapatnya sahaja.

ii. Frasa Adjektif/Kata Adjektif

            a. Penyakit Mariana beransurpulih.

            b. Keadaan masyarakat di Changkat Janggus semakintegang.
c. Hubungan penduduk Kampung Changkat Janggus bertambahkukuh.

               d. Mak Bedah tinggal miskin.

iii. Frasa Sendi Nama

               a. Semua kaum keluarga berada di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur.

               b. Robert Lim singgah di rumah Pak Ismail .

               c. Kereta Fuad membelok ke kanan .

               d. Farhana telahpun bertolak dari Kuala Terengganu.

LATIHAN 1:

Bina satu ayat menggunakan kata kerja di bawah kemudian kenal pasti penggolongan kata kerja
tersebut.

i. naik

ii. berbuat

iii. menetap

iv. tertinggal

v. senyum

vi. bersandar

LATIHAN 2

Kenal pasti

i. kkttr berpelengkap dan kkttr tanpa pelengkap dalam ayat-ayat di bawah

ii. bina satu ayat lain bagi setiap kata kerja tersebut.

       Setelah Fuad berfikir panjang, dia menerima tawaran Cikgu Abas. Keesokan harinya
Fuad ke Sekolah Menengah Seri Setia untuk melaporkan diri. Di kantin sekolah Fuad
diperkenalkan oleh Cikgu Abas kepada Farhana iaitu Ketua Panitia Bahasa Inggeris. Sejak itu,
Fuad dan Farhana sering berbincang tentang program untukmemantapkan penguasaan Bahasa
Inggeris para pelajar.

       Fuad telah memohon cuti daripada pihak sekolah. Fuad mahu pulang ke kampungnya di
Sungai Ruan. Sebelum bertolak ke Sungai Ruan, Fuad singgah di pasar Kuala Terengganu. Dia
mahu membeli cenderamata untuk adik-adik sepupunya. Di sana, Fuad terlihat kelibat Farhana
sedang bertanya dari sebuah kaunter bas ke sebuah kaunter bas yang lain. Malangnya semua tiket
         bas sudah habis dijual. Fuad mempelawa Farhana menaiki keretanya kerana mereka akan melalui
         laluan yang sama.

                   Keluarga Fuad yang tinggal di Sungai Ruan amat gembira dengan kepulangannya.

         Di situ, Fuad meluahkan perasaannya untuk mencari ibu kandungnya. Keinginannya bertambah
         kuat apabila Pak Said bersetuju untuk menenaminya ke Lembah Klau iaitu kampung halaman
         ibunya. Mereka bertemu dengan Pak Ngah Lias.

         _________________________________________________________________________

         **** KATA KERJA TRANSITIF (kktr)

         -kata kerja yang mengandungi objek

         -objek bagi kktr ialah kata nama/frasa nama

         -objek diperlukan untuk melengkapkan makna ayat

         -ketiadaan objek menyebabkan ayat tidak lengkap/ ayat tergantung.

         Kktr dibahagikan kepada dua jenis

         i. kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif-kata kerja transitif aktif

         ii. kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif –kata kerja transitif pasif

         i. Kata Kerja Yang Berfungsi Dalam Ayat Aktif- kata kerja transitif aktif

         kata kerja ini menerima imbuhan

    • awalan meN-...

    • apitan meN-...-i

    • apitan meN-...-kan

         ii. . Kata Kerja Yang Berfungsi Dalam Ayat Pasif – kata kerja transitif pasif

     kata kerja transitif pasif terhasil daripada perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif

     kata kerja ini menerima imbuhan

i. awalan di-...

         contoh: Senaman dilakukan oleh pelajar-pelajar itu.
ii. apitan di-...-i

          Contoh: Pak Itam dikenali oleh semua penduduk desa.

iii. apitan di-...-kan

          Contoh: Robert Lim dipertemukan oleh Fuad dengan ibunya, Mariana.

iv. awalan ber-...

          Contoh: Pertanyaan Cikgu Abas belumberjawab.

v. awalan ter-...

          Yew Seng tertangkap oleh polis.

          vi. akhiran -...kan

          Keputusan Raja-raja Melayu, akan betaserahkan kepada wakil kerajaan British .

          vii. akhiran -... i

          Keberanian pahlawan Buntung aku kagumi.

          atau

          kekal sebagai kata kerja tanpa imbuhan

          contoh:

          Buku itu saya baca.

          LATIHAN 1

          Bina satu ayat menggunakan kktr di bawah

i. menganugerahkan

ii. membawa

iii. melibatkan

iv. diserahkan

v. belikan

vi. jemur
LATIHAN 2:

       Kategorikan KATA KERJA TRANSITIF DALAM AYAT-AYAT DI BAWAH

i. Sajak Dirgahayu Bahasaku dihasilkan oleh Ahmad Sarju.

ii. Sajak ini membicarakan isu kedudukan bahasa kebangsaan di negara kita.

iii. Bahasa kebangsaan pernah digunakan sebagai bahasa antarabangsa semasa zaman Kesultanan
         Melayu Melaka dahulu.

iv. Kita tidak boleh memandang rendah kedudukan bahasa kebangsaan di negara ini.

v. Bahasa kebangsaan seharusnya dimartabatkan oleh rakyat Malaysia sebagai bahasa ilmu.

vi. Saya sayang bahasa kebangsaan saya.

       LATIHAN 2:

       Kenal pasti kktr aktif dan kktr pasif dalam ayat-ayat di bawah

               Cerpen Ibu dan Ceper ialah hasil nukilan Dato’ Shahnon Ahmad. Cerpen yang
       bertemakan kegigihan seorang ibu yang bekerja kuat semasa mudanya. Kekuatansemangat ibu
       disamakan oleh penulis dengan kederasan aliran air Sungai Ceper yang mengalir di kampung
       mereka. Ibu menggunakan kudrat dua tangan dan kaki untuk mengerjakan sawah bagi menyara
       kehidupan keluarga. Penulis menekankan persoalan tanggungjawab ketua keluarga .Selain itu
       masalah tentang pencemaran alam juga didedahkan oleh penulis. Kelesuan aliran Sungai Ceper
       diibaratkan oleh penulis seperti keadaan ibu yang semakin uzur dan sering sakit.

              Tenaga ibu semakin berkurang seiring dengan usianya yang semakin tua. Begitu juga
       Sungai Ceper yang semakin lesu dan kotor . Ibu dan Sungai Ceper digambarkan oleh penulis,
       sudah melalui perjalanan hidup yang sangat panjang . Kedua-duanya sudah tua dan tidak
       produktif lagi.

               ___________________________________________________________________

       ANALISIS MORFOLOGI DAN SINTAKSIS 3

       1. KATA ADJEKTIF

   - Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat

   - Unsur inti bagi Frasa Adjektif

   - Kata adjektif boleh didahului/diikuti oleh kata penguat.

                   • Indera Jenaka sangat takut .-didahului oleh kata penguat
• Raja Kecil baik sungguh - diikuti oleh kata penguat

    2. Jenis –jenis kata adjektif

• Kata adjektif sifatan/keadaan

• Kata adjektif warna

• Kata adjektif ukuran

• Kata adjektif bentuk

• Kata adjektif waktu

• Kata adjektif jarak

• Kata adjektif cara

• Kata adjektif perasaan

• Kata adjektif pancaindera




    3. PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF

    Kata adjektif tungal

    Kata adjektif terbitan

    Kata adjektif ganda

    Kata adjektif majmuk



    PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF

• Kata adjektif tunggal: kuning, terang, pendek, masin

• Kata adjektif terbitan: terkecil, terpanjang, tercantik,terdekat ( awalan ter-.... )

    sebesar, sepandai, seindah, seburuk(awalan se-... )

    kebaratan, kemelayuan, kecinaan ( apitan ke-... –an )

    gemuruh, gemilang,semerbak ( sisipan –em )
selerak, gelembung, kelebak ( sisipan –el)

   kerlip, gerodak ( sisipan –er )

• Kata adjektif ganda: kecil-kecil, pedas-pedas ( ganda penuh )

                                  Kekuning-kuningan, kecina-cinaan,( apitan ke-...-an )

                                  Besar-besaran, kecil-kecilan, belas-belasan(akhiran –an)

                                  Porak-peranda, simpang-siur ( ganda berentak)

• Kata adjektif majmuk:

                Kata yang terhasil daripada proses yang merangkaikan kata adjektif dasar

                Dieja terpisah

                Membawa makna tertentu

               

   contoh

   Kuning langsat: Baju berwarna kuning langsat amat sesuai dengan ibu.

   Muda remaja : Kaum muda remaja gemar terlalu gemar akan hiburan.

   Panjang tangan: Sifat Suppiah yang panjang tangan akhirnya memakan dirinya sendiri.

   Latihan 1

   a. Kenal pasti dan kategorikan kata adjektif yang terdapat dalam cerpen Biarkan Samudera
   (Antologi Harga Remaja )

   LATIHAN ULANG KAJI BAGI PELAJAR TINGKATAN 5

   STRUKTUR BINAAN AYAT

   (MUKA SURAT 208-209 BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 4)



   B.LATIHAN MENGENAL PASTI FRASA DAN KLAUSA

   BIL AYAT                                           FRASA KLAUSA
(jenis
                                                  frasa)
1   Baju sudah bergosok.
2   Adik membatalkan puasanya keranaadik
    tersangat lapar.
3   Saya tidak hadir kerana saya demam
4   Ah Meng dan Ah Chongsedang belajar.
5   Saya sakit perut.
6   Jalan ke sekolah ditutup kerana dinaiki air
    banjir.
7   Semua      soalan    disediakan   olehUnit
    Peperiksaan Sekolah ini.
9   Semua       manusiadituntut agama      agar
    bermaaf-maafan sesame mereka.
10. Bangunan       lama      sekolah  inimasih
    digunakan walaupun sudah ada bangunan
    baru.
11. Rakyat Malaysia amat mementingkan cara
    hidup yang harmoni.
12. Pengajaran yang berkesan memerlukan

     alat bantu mengajar yang baik.
13   Membacakegemaran saya
14   Aktiviti berkhemah amat digemari oleh
     pelajar-pelajar sekolah ini.
15   Fikirannya berkecamukkerana peperiksaan
     akan menjelang tidak lama lagi.
16   Para       guru       sedang      bertungkus
     lumusmenyelesaikan        sukatan    pelajaran
     kerana peperiksaan hampir tiba.

( KEPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 .... SELAMAT MENCUBA )



Teliti ayat-ayat di bawah kemudian klasifikasikan mengikut frasa-frasa berikut iaitu

I. FRASA NAMA

II. FARSA KERJA

III. FRASA ADJEKTIF

IV. FRASA SENDI NAMA
1. Ketika sampai di sekolah, saya terus menuju ke kelas untuk memulakan tugas membersihkan
kelas.

2. Warna merah ialah warna kesukaan saya.

3. Penghijrahan Melina ke Dubai diuruskan oleh bapa saudara suaminya iaitu Jaafar An-Anbia

4. Kari yang dimakan Faridah sangat pedas.

5. Mejar Kamaruddin ke Bukit Kutu untuk mencari anaknya.

6. Faridah ditemui oleh penduduk Sungai Dua.

7. Panglima Garang ialah ketua orang-orang Melayu dan pelombong Cina di Sungai Kubu .

__________________________________________________________________________




PENGETAHUAN TATABAHASA DAN KEMAHIRAN BERBAHASA

A. LATIHAN ULANGAN

AYAT DASAR DAN AYAT TERBITAN

( BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 : MUKA SURAT 215 DAN 216 )

Baca dan teliti ayat-ayat di bawah dan

i. kenal pasti ayat-ayat dasar yang membentuk ayat-ayat terbitan

ii. nyatakan Pola Ayat Dasar bagi ayat-ayat tersebut

1. Ali sedang membaca buku apabila terdengar bunyi dentuman yang kuat di luar rumahnya.

2. Mei Ling dan Aminah akan menyertai pertandingan perbahasan sempena Hari Patriotik .

3. Gopal yang sentiasa berpakaian kemas sering dipuji oleh guru-guru sekolahnya.

4. Saya tidak hadir ke sekolah kerana demam.

5. Membaca merupakan amalan murni.

6. Pembinaan bangunan tambahan sekolah telah disiapkan pada hujung tahun 2009.
7. Para pelajar sekolah ini mesti memakai uniform kokurikulum pada setiap hari Rabu.

  8. Kelas bimbingan bahasa Melayu akan dimulakan oleh guru selepas perayaan Tahun Baru
  Cina.

  9. Memantau aktiviti warga sekolah ,pengetua pada setiap hari.

  10. Ke rumah nenek kami pada setiap hujung bulan.



  Panduan

  1. Ayat Dasar ialah ayat tunggal. .

  2. Ayat tunggal yang panjang tidak dianggap ayat dasar kerana telah mengalami
  perluasan.

  3. Ayat Dasar mempunyai hanya satu subjek dan satu predikat

  4. Ayat Dasar mempunyai susunan ayat biasa iaitu subjek di hadapan dan diikuti oleh
  predikat

  5. Ayat Dasar ialah ayat aktif susunanbiasa dan AYAT PENYATA.

  6. Bagi AYAT MAJMUK : cerakinkan ayatmenjadi AYAT TUNGGAL

  7. Bagi AYAT PASIF : tukarkan ayat menjadi AYAT AKTIF

  8. bagi AYAT SONGSANG : susunkan ayat menjadi AYAT SUSUNAN BIASA

  9. AYAT SOAL /AYAT TANYA bukan AYAT DASAR



  Ada 4 jenis POLA AYAT

1. FN+FN (FRASA NAMA+FRASA NAMA )

2. FN+FK (FRASA NAMA+FRASA KERJA)

3. FN+FA (FRASA NAMA+FRASA ADJEKTIF)

4. FN+FS (FRASA NAMA+ FRASA SENDI NAMA)
PERIBAHASA

   1.Bina satu ayat dengan peribahasa di bawah yang menunjukkan anda faham akan makna
   peribahasa tersebut

1. Adu tenaga-

   mempertandingkan kekuatan

2. Adu nasib -

   mencuba untung

3. Alah sabung menang sorak-

   biarpun kalah namun masih cakap besar

4. Ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan,ke hutan juga perginya

   Orang dagang, bagaimana senag di negeri orang, ingat juga akan negerinya sendiri.

5. Ayam bertelur di atas padi mati kelaparan

   Orang yang menderita kesusahan di tempat yang mewah.




   2.

   BIL           PERIBAHASA                                MAKSUD
   BERANI
   1.            Berani lalat                              Berani di belakang lawan (kalau
                                                           berhadapan ,takut)



   2.            Berani malu, takut mati                   Pengecut

   3.            Berani pegang berani tanggung             Tiap-tiap yang dicakapkan akan berani
                                                           pula dikerjakan


   4.            Berani udang                              Tidak tetap hati

   BESI
1.   Besi baik tiada berkarat                 Perbuatan baik tetap terpuji selamanya
                                              (tidak dilupakan)

2.   Asal besi pengapak kayu,                 Asal atau darjat seseorang ditentukan
                                              pada tingkah lakunya.
     asal emas menjadi penduk

     ( nota; penduk ialah salutan emas atau
     perak pada sarung keris )




3.   Dahulu parang sekarang besi              Dahulu sayang sekarang benci

4.   Memegang besi panas                      Berbuat sesuatu pekerjaan yang tidak
                                              tetap ( dengan perasaan khuatir atau
                                              takut)



5.   Sedencing bagai besi, seciap bagai ayam Mengerjakan sesuatu bersama-sama

More Related Content

What's hot

PENGENALAN TATABAHASA
PENGENALAN TATABAHASAPENGENALAN TATABAHASA
PENGENALAN TATABAHASASadrina Ina
 
Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan
Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandinganBml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan
Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandinganmaee68
 
ppt Kata, Jenis Kata, dan Pembentukkan Kata
ppt Kata, Jenis Kata, dan Pembentukkan Katappt Kata, Jenis Kata, dan Pembentukkan Kata
ppt Kata, Jenis Kata, dan Pembentukkan Katadinitsyh
 
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)IIUM
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologinelson fredoline
 
afiksasi bahasa indonesia
afiksasi bahasa indonesiaafiksasi bahasa indonesia
afiksasi bahasa indonesiaRakha Al
 
Asep sutarya smk terpadulampang
Asep sutarya smk terpadulampangAsep sutarya smk terpadulampang
Asep sutarya smk terpadulampangNie Andini
 
Morfologi bahasa
Morfologi bahasaMorfologi bahasa
Morfologi bahasakunmartih
 
Morfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa IndonesiaMorfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa IndonesiaDarwis Maulana
 
Hbml2103 morfologi dan_sintaksis
Hbml2103 morfologi dan_sintaksisHbml2103 morfologi dan_sintaksis
Hbml2103 morfologi dan_sintaksisFaridah Husin
 
Pembentukan kata nama
Pembentukan kata namaPembentukan kata nama
Pembentukan kata namafitri norlida
 
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )NOOR IZWANA NADIA
 
Kata tugas stpm penggal 2
Kata tugas stpm penggal 2Kata tugas stpm penggal 2
Kata tugas stpm penggal 2nurAkhma
 
Ayat tunggal
Ayat tunggal Ayat tunggal
Ayat tunggal firo HAR
 

What's hot (20)

Struktur morfologi bahasa indonesia
Struktur morfologi bahasa indonesiaStruktur morfologi bahasa indonesia
Struktur morfologi bahasa indonesia
 
PENGENALAN TATABAHASA
PENGENALAN TATABAHASAPENGENALAN TATABAHASA
PENGENALAN TATABAHASA
 
Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan
Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandinganBml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan
Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan
 
ppt Kata, Jenis Kata, dan Pembentukkan Kata
ppt Kata, Jenis Kata, dan Pembentukkan Katappt Kata, Jenis Kata, dan Pembentukkan Kata
ppt Kata, Jenis Kata, dan Pembentukkan Kata
 
Frase bahasa indonesia
Frase bahasa indonesiaFrase bahasa indonesia
Frase bahasa indonesia
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
 
afiksasi bahasa indonesia
afiksasi bahasa indonesiaafiksasi bahasa indonesia
afiksasi bahasa indonesia
 
Nota morfologi
Nota morfologiNota morfologi
Nota morfologi
 
Asep sutarya smk terpadulampang
Asep sutarya smk terpadulampangAsep sutarya smk terpadulampang
Asep sutarya smk terpadulampang
 
Morfologi bahasa
Morfologi bahasaMorfologi bahasa
Morfologi bahasa
 
Morfologi klp 8
Morfologi klp 8Morfologi klp 8
Morfologi klp 8
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Morfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa IndonesiaMorfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa Indonesia
 
Hbml2103 morfologi dan_sintaksis
Hbml2103 morfologi dan_sintaksisHbml2103 morfologi dan_sintaksis
Hbml2103 morfologi dan_sintaksis
 
Pembentukan kata nama
Pembentukan kata namaPembentukan kata nama
Pembentukan kata nama
 
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )
 
Kata tugas stpm penggal 2
Kata tugas stpm penggal 2Kata tugas stpm penggal 2
Kata tugas stpm penggal 2
 
Ayat tunggal
Ayat tunggal Ayat tunggal
Ayat tunggal
 

Viewers also liked

Golongan kata adjektif
Golongan kata adjektifGolongan kata adjektif
Golongan kata adjektifirahana
 
3.0 golongan kata
3.0 golongan kata3.0 golongan kata
3.0 golongan kataHAsbu Sebu
 
Golongan kata(kata kerja)
Golongan kata(kata kerja)Golongan kata(kata kerja)
Golongan kata(kata kerja)Jessyca Ungat
 
Kata adjektif
Kata adjektif Kata adjektif
Kata adjektif firo HAR
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektifsuseintay
 

Viewers also liked (7)

Golongan kata adjektif
Golongan kata adjektifGolongan kata adjektif
Golongan kata adjektif
 
3.0 golongan kata
3.0 golongan kata3.0 golongan kata
3.0 golongan kata
 
Golongan kata(kata kerja)
Golongan kata(kata kerja)Golongan kata(kata kerja)
Golongan kata(kata kerja)
 
Kata adjektif
Kata adjektif Kata adjektif
Kata adjektif
 
Kata adjektif1
Kata adjektif1Kata adjektif1
Kata adjektif1
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Membina 5 ayat
Membina 5 ayatMembina 5 ayat
Membina 5 ayat
 

Similar to Kata Nama Tingkatan 5

Presentation sistem bahasa thn4
Presentation sistem bahasa thn4Presentation sistem bahasa thn4
Presentation sistem bahasa thn4zaitonupsi
 
Kata ganti-nama1
Kata ganti-nama1Kata ganti-nama1
Kata ganti-nama1Farid Aziz
 
Kata ganti-nama1
Kata ganti-nama1Kata ganti-nama1
Kata ganti-nama1Farid Aziz
 
WEEK_6_-_SINTAKSIS_2.pptx
WEEK_6_-_SINTAKSIS_2.pptxWEEK_6_-_SINTAKSIS_2.pptx
WEEK_6_-_SINTAKSIS_2.pptxEwei Voon
 
Kesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasaKesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasazeknasir
 
Analisis Afiksasi pada Lirik Lagu Ilir-Ilir dan Sluku-Sluku Bathok.docx
Analisis Afiksasi pada Lirik Lagu Ilir-Ilir dan Sluku-Sluku Bathok.docxAnalisis Afiksasi pada Lirik Lagu Ilir-Ilir dan Sluku-Sluku Bathok.docx
Analisis Afiksasi pada Lirik Lagu Ilir-Ilir dan Sluku-Sluku Bathok.docxAqidatulIzzah18
 
Dr ton sintaksis
Dr ton sintaksisDr ton sintaksis
Dr ton sintaksisShah Raider
 
Pemakaian Huruf Sesuai EYD
Pemakaian Huruf Sesuai EYDPemakaian Huruf Sesuai EYD
Pemakaian Huruf Sesuai EYDAdiwidjadja
 
P2 MKU B Indonesia Ejaan yang disempurnakan.pptx
P2 MKU B Indonesia Ejaan yang disempurnakan.pptxP2 MKU B Indonesia Ejaan yang disempurnakan.pptx
P2 MKU B Indonesia Ejaan yang disempurnakan.pptxFirdhanSaid
 
kata ganti nama (1).pdf
kata ganti nama (1).pdfkata ganti nama (1).pdf
kata ganti nama (1).pdfROZZANAMS
 
EJAAN BAHASA INDONESIA.doc
EJAAN BAHASA INDONESIA.docEJAAN BAHASA INDONESIA.doc
EJAAN BAHASA INDONESIA.docSarif Hidayat
 

Similar to Kata Nama Tingkatan 5 (20)

Presentation sistem bahasa thn4
Presentation sistem bahasa thn4Presentation sistem bahasa thn4
Presentation sistem bahasa thn4
 
Kata Nama
Kata NamaKata Nama
Kata Nama
 
Kata ganti-nama1
Kata ganti-nama1Kata ganti-nama1
Kata ganti-nama1
 
Kata ganti-nama1
Kata ganti-nama1Kata ganti-nama1
Kata ganti-nama1
 
Kata Nama
Kata NamaKata Nama
Kata Nama
 
Kata Nama
Kata NamaKata Nama
Kata Nama
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
2 sistem ejaan
2 sistem ejaan2 sistem ejaan
2 sistem ejaan
 
WEEK_6_-_SINTAKSIS_2.pptx
WEEK_6_-_SINTAKSIS_2.pptxWEEK_6_-_SINTAKSIS_2.pptx
WEEK_6_-_SINTAKSIS_2.pptx
 
Kesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasaKesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasa
 
Analisis Afiksasi pada Lirik Lagu Ilir-Ilir dan Sluku-Sluku Bathok.docx
Analisis Afiksasi pada Lirik Lagu Ilir-Ilir dan Sluku-Sluku Bathok.docxAnalisis Afiksasi pada Lirik Lagu Ilir-Ilir dan Sluku-Sluku Bathok.docx
Analisis Afiksasi pada Lirik Lagu Ilir-Ilir dan Sluku-Sluku Bathok.docx
 
Bm sem 6
Bm sem 6Bm sem 6
Bm sem 6
 
Dr ton sintaksis
Dr ton sintaksisDr ton sintaksis
Dr ton sintaksis
 
Pemakaian Huruf Sesuai EYD
Pemakaian Huruf Sesuai EYDPemakaian Huruf Sesuai EYD
Pemakaian Huruf Sesuai EYD
 
P2 MKU B Indonesia Ejaan yang disempurnakan.pptx
P2 MKU B Indonesia Ejaan yang disempurnakan.pptxP2 MKU B Indonesia Ejaan yang disempurnakan.pptx
P2 MKU B Indonesia Ejaan yang disempurnakan.pptx
 
kata ganti nama (1).pdf
kata ganti nama (1).pdfkata ganti nama (1).pdf
kata ganti nama (1).pdf
 
Nomina SMA NEGERI 1 RAHA KABUPATEN MUNA
Nomina SMA NEGERI 1 RAHA KABUPATEN MUNANomina SMA NEGERI 1 RAHA KABUPATEN MUNA
Nomina SMA NEGERI 1 RAHA KABUPATEN MUNA
 
Nomina
NominaNomina
Nomina
 
Nomina SMA NEGERI 1 RAHA KABUPATEN MUNA
Nomina SMA NEGERI 1 RAHA KABUPATEN MUNA Nomina SMA NEGERI 1 RAHA KABUPATEN MUNA
Nomina SMA NEGERI 1 RAHA KABUPATEN MUNA
 
EJAAN BAHASA INDONESIA.doc
EJAAN BAHASA INDONESIA.docEJAAN BAHASA INDONESIA.doc
EJAAN BAHASA INDONESIA.doc
 

Kata Nama Tingkatan 5

  • 1. TINGKATAN 5 MORFOLOGI 1. KATA GANTI NAMA 2. KATA ADJEKTIF DENGAN KATA PENGUAT 3. KATA ADJEKTIF TERBITAN 4. KATA KERJA TAK TRANSITIF BERAPITAN 5. KATA KERJA PASIF SINTAKSIS 1. AYAT BERPOLA FN+FN 2. AYAT BERPOLA FN+FK a. FN+FKtr b. FN+FKttr 3. AYAT BERPOLA FN+FA (PERLUASAN AYAT ) 4. AYAT SONGSANG 5. AYAT PASIF SUSUNAN SONGSANG 6. AYAT PERINTAH 7. AYAT MAJMUK 8. AYAT TUNGGAL TATABAHASA : NOTA RINGKAS DAN LATIHAN KENDIRI ANALISIS MORFOLOGI DAN SINTAKSIS 1 (RUJUKAN UTAMA: 1.TATABAHASA DEWAN DAN
  • 2. 2.BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 DAN A. KATA NAMA 1.GOLONGAN KATA NAMA Kata nama am Kata nama khas Kata ganti nama 2. PEMBENTUKAN KATA NAMA Kata nama tunggal Kata nama terbitan Kata nama majmuk Kata nama ganda Golongan kata nama 1. Kata nama am merujuk pada a. Benda: contoh - buku, orang, sekolah, pokok. bumi b. Perkara: contoh – cuaca, angin, udara, sedutan c. Konsep: contoh - perpindahan, pembinaan, perbuatan,keadilan,kedamaian 2. Kata nama khas ialah khusus pada sesuatu nama, contoh orang pangkat haiwan benda perbadanan undang-undang bangsa, bahasa Huruf pertama setiap kata ditulis dengan huruf besar
  • 3. Contoh: Puteri Cendera Kesuma Pusat dalam Komuniti 3. Kata nama khas terbahagi kepada dua; • Kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia) • Kata nama khas tak hidup 4. kata ganti nama Kata ganti nama tunjuk- pengganti kata nama - menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk - dua kata ganti nama tunjuk (ini dan itu) Kata ganti nama diri Kata ganti nama diri tanya- apa merujuk benda atau perkara - siapa merujuk orang - mana merujuk benda atau orang Kata ganti nama diri orang - • Kata ganti nama diri orang pertama : saya, aku, beta, hamba, patik, kami, kita • Kata ganti nama diri orang kedua : anda, engkau, awak, kamu • Kata ganti nama diri orang ketiga : ia, dia, mereka, nya, baginda, beliau, mereka Latihan 1: Berdasarkan cerpen Memori Seorang Tua (Antologi Harga Remaja ); kenal pasti sekurang-kurangnya lima belas i. kata nama am ii. kata nama ganti nama dan iii. enam kata nama khas
  • 4. Pembentukan kata nama A.KATA NAMA TUNGGAL: • satu morfem bebas • kata inti bagi Frasa Nama Contoh: buku, kereta, wang,perempuan Satu lagi bentuk kata dalam kategori kata nama tunggal ialah kata akronim ***KATA AKRONIM ialah Cantuman bahagian-bahagian tertentu daripada serangkaian perkataan. Cantuman boleh terdiri daripada • Huruf-huruf daripada rangkaian kata • Suku-suku kata daripada rangkaian kata • Bahagian-bahagian daripada perkataan Ada 4 jenis KATA AKRONIM 1.Cantuman huruf awal perkataan-perkataan Contoh: ABIM- ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA USIM-UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA UNITAR- UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK ( cantuman huruf awal mesti membentuk sebutan baru tetapi masih mendukung makna yang sama ) 2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan Contoh: Perhilitan – PerlindunganHidupan Liar dan Taman Negara MAWAR - Majlis Wanita Johor 3. Cantuman suku kata awal perkataan Contoh: tadika – taman didikan kanak-kanak
  • 5. cerpen – cerita pendek komsas – komponen sastera 4. Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan yang mengikuti. Contoh: jentolak – jentera tolak jalurah - jalan lurah purata - pukul rata B. KATA NAMA TERBITAN Terhasil melalui proses pengimbuhan pada kata dasar • 4 jenis imbuhan yang boleh digabungkan dengan kata dasar bagi mmenghasil kata nama terbitan  Imbuhan awalan  Imbuhan akhiran  Imbuhan apitan  Imbuhan sisipan • 5 jenis kata yang menerima imbuhan untuk membentuk KATA NAMA TERBITAN  Kata akar  Kata tunggal  Kata terbitan  Kata majmuk  Rangkaian kata Kata akar  Tawa- tertawa ( awalan ter-... )  Mudi – kemudi (awalan ke-... ) Kata tunggal
  • 6.  hancur - kehancuran ( apitan ke-.... -an)  bina - pembinaan (apitan pem-...-an )  renung – renungan (akhiran ...-an)  ceramah- penceramah (awalanpen-... )  kembung – keembung ( sisipan ....- em.-... ) Kata terbitan Berangkat - keberangkatan ( apitan ke-....-an) Berkesan - keberkesanan Sinambung – kesinambungan Kata majmuk Ibu bapa – keibubapaan ( apitan ke-....-an ) Kenal pasti – pengenalpastian (apitan pe-...-an ) Rangkaian kata Tidak adil - ketidakadilan ( apitan ke-...-an ) Tidak sempurna – ketidaksempurnaan (apitanke-....-an ) Melalui proses pengimbuhan kata nama terbitan boleh terhasil daripada • Kata kerja: bina – pembinaan jalan- perjalanan • Kata adjektif: kasih - kekasih tua - ketua muda- pemuda Latihan 2: Berdasarkan cerpen Melissa (Antologi Harga Remaja ) ; kenal pasti dan senaraikan 3 kata nama terbitan bagi setiap imbuhan di bawah
  • 7. Awalan peN- Awalan pe- Awalan peR- Awalan ke- Awalan juru- Akhiran –an Apitan peN-....-an Apitan pe-...-an peR-...-an ke-...-an C . KATA NAMA MAJMUK Dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu Dieja terpisah Berdiri sebagai satu unit Ada 3 jenis kata nama majmuk a. rangkai kata bebas guru besar Naib Canselor balai raya Perdana Menteri tiga segi tepat Mejar Jeneral b. istilah khusus dalam bidang ilmiah papan kekunci medan magnet dalam talian hukum karma laman sesawang analisis sastera c. maksud kiasan (banyak terdapat dalam simpulan bahasa ) kaki bangku ayam tambatan
  • 8. ringan tulang tumbuk rusuk ada hati buku lima Terdapat 14 kata nama majmuk yang telah mantap dan ditulis sebagai satu perkataan antarabangsa , bumiputera, jawatankuasa, kakitangan kerjasama , warganegara, olahraga , pesuruhjaya setiausaha , sukarela , suruhanjaya, tandatangan tangungjawab, matahari D. KATA GANDA Kesemua bentuk kata nama iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk boleh digandakan. Penggandaan penuh Penggandaan separa Penggandaan berentak Penggandaan penuh  Kata nama tunggal tanpa imbuhan  ayat- ayat-ayat  pahlawan – pahlawan-pahlawan  wajah -wajah-wajah  kata nama tunggal dengan akhiran ...-an  bayang - bayang-bayangan  biji -biji-bijian  sayur -sayur-sayuran  kata nama terbitan  ketua -ketua-ketua  kementerian- kementerian-kementerian  pertubuhan –pertubuhan-pertubuhan  kata nama majmuk
  • 9.  kertas kerja -kertas-kertas kerja  mata pelajaran -mata-mata pelajaran  buku tulis -buku-buku tulis Penggandaan separa - Melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar - Suku kata pertama bagi perkataan pertama digandakan - Huruf pertama bagi suku kata pertama ditukar ke huruf ‘e’  Langit -- lalangit --- lelangit  Kura -- kukura --- kekura  Laki -- lalaki --- lelaki  Pohon -- popohon ---pepohon Penggandaan berentak Proses penggandaan kata nama dasar mengikut rentak bunyi  sayur --- sayur-mayur  kiuh ---- kuih-muih  lauk --- lauk-pauk  kayu ---- kayu-kayan  gunung ---- gunung-ganang  suku ---- suku-sakat  batu ---- batu-batan  warna ---- warna-warni  anak --- anak-pinak  sedu --- sedu-sedan Latihan 3:
  • 10. a. Bina satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah yang menunjukkan anda fahan akan makna dan penggunaannya dalam ayat i. bulan - bulan madu ii. kaki - kaki ayam iii. makan – makan hati b. bina satu ayat bagi setiap kata di bawah yang menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya dalam ayat i. guru ii. guru-guru iii. guru besar iv. perguruan v. keguruan ============================================================= B . FRASA NAMA ( berdasarkan Buku Teks Tingkatan 4 MUKA SURAT 162-163 ) 1. KATA INTI bagi Frasa Nama ialah Kata Nama 2. **Frasa Nama boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih 3. Frasa Nama boleh berfungsi sebagai subjek atau predikat dalam ayat objek bagi kata kerja unsur nama dalam frasa sendi nama frasa pelengkap dalampredikat 4. Subjek dalam ayat mesti terdiri daripada Frasa Nama Contoh 1 I. Buku
  • 11. II. Buku tebal III. Buku tebal itu IV. Sebuah buku tebal @@ FRASA NAMA SEBAGAI SUBJEK DAN PREDIKAT BIL SUBJEK PREDIKAT 1 Solusi sebuah majalah. 2 Majalah Solusi majalah ilmiah 3 Ah Lam pelukis 4 Ah Lam seorang pelukis 5 Ah Lam seorang pelukis batik @@FRASA NAMA SEBAGAI OBJEK DALAM PREDIKAT BIL SUBJEK PREDIKAT (FRASA KERJA ) KATA KERJA OBJEK (FRASA NAMA) 1 Ibu sedang melayari internet 2 Kuhan membaca buku cerita 3 Keindahan Pantai Cenang memikat hati 4 Puan Mary menghias rumah 5 Makcik Aliza menyapu sampah @@ FRASA NAMA SEBAGAI UNSUR NAMA DALAM FRASA SENDI NAMA BIL SUBJEK PREDIKAT (FRASA KERJA ) FRASA FRASA KETERANGAN KERJA SENDI FRASA NAMA NAMA 1 Soleh Johnsons berbincang dengan Faridah 2 Cakera liut itu ada pada Firdaus 3 Perkahwinan Zain mendapat restu daripada semua ahli keluarga dan Anne 4 Halim memangkas dengan parang pokok 5 Melina Menelefon dari Marang. Benny @@ FRASA PELENGKAP DALAM PREDIKAT
  • 12. BIL SUBJEK PREDIKAT FRASA KERJA FRASA NAMA (FRASA PELENGKAP ) 1 Benny menjadi pelayar 2 Pengembara itu berselimutkan embun 3 Dato’ Azrul ada ladang kelapa C. FRASA NAMA DALAM SUBJEK BOLEHDIAMBIL ALIH OLEH i. FRASA KERJA ii. FRASA ADJEKTIF SUBJEK FRASA KERJA BIL SUBJEK PREDIKAT 1 Membasuh ialah tugas harian saya. 2 Berjoging merupakan amalan yang sihat 3 Melukis menjadi kegemaran Melina SUBJEK FRASA ADJEKTIF BIL SUBJEK PREDIKAT 1 Kasih sayang sifat yang perlu ada padadiri seorang ibu 2 Bijak ialah satu kurniaan Tuhan 3 Biru laut warna kesukaan Salmah LATIHAN 1: MENGENAL PASTI a. FRASA NAMA b. FUNGSI FRASA NAMA DALAM AYAT Maniam seorang bapa yang baik. Dia berkahwin dengan Malini. Maniam mempunyai seorang anak bernama Ramakrisynen tetapi tidak pernah bertemu dengan anaknya itu. .Semasa pendudukan Jepun di negara kita, Maniam ditangkap oleh polis. Dia disyaki oleh penjajah Jepun menjadi tali barut kepada orang Inggeris. Semasa disoal siasat, Maniam menceritakan sejarah hidupnya kepada Inspektor Rama. Tiba-tiba Inspektor Rama menangis. Inspektor Rama memberitahu Maniam bahawa dia ialah Ramakrisynen yang diceritakan oleh Maniam. Inspektor Rama terus sujud di kaki Maniam. Semua orang yang ada di situ menangis melihat kejadian yang tidak disangka-sangka itu. LATIHAN 2: MEMBINA AYAT MENGGUNAKAN FRASA NAMA I. Frasa Nama sebagai subjek
  • 13. i. kabus: Kabus di Cameron Hihglands amat tebal. ii. Bukit Fraser: iii. Penyakit Sindrom Down: iv. Kapal layar : II. Frasa Nama sebagai predikat i. pengusaha pusat penyembelihan kambing: Soleh Johnson ialah pengusaha pusat penyembelihan kambing ii. adik Faridah: iii. Mejar(B) Kamaruddin: iv. Bukit Kutu: III. Frasa Nama sebagai unsur bagi kata sendi nama i. Lembah Klau : Fuad berkereta dari Kuala Terengganu ke Lembah Klau. ii. Farhana: iii. Kampung Danau Seberang: iv. penduduk Sungai Ruan: IV. Frasa Nama sebagai objek: (Ayat Aktif Transitif ) i. Hisyam : Melisa menyayangi Hisyam ii. Pahlawan Buntung : iii. Pak Itam menganjurkan: iv. Indera Nata menunggang : V. Frasa Nama sebagai pelengkap (Ayat Aktif Tak Transitif ) Isteri: Anne menjadi isteri Zain Lengan: Mak Salmah tidur berbantalkanlengan. ada cita-cita:
  • 14. bertatahkan emas permata: bertilamkan rumput: ANALISIS MORFOLOGI DAN SINTAKSIS 2 A. KATA KERJA 1. PENGGOLONGAN KATA KERJA i. KATA KERJA TAK TRANSITIF ii. KATA KERJA TRANSITIF 2. PEMBENTUKAN KATA KERJA i. KATA KERJA TUNGGAL ii. KATA KERJA TERBITAN iii. KATA KERJA GANDA iv. KATA KERJA MAJMUK PENGGOLONGAN KATA KERJA i. Kata Kerja Tak Transitif -tidak memerlukan objek -dibahagikan kepada dua jenis  Berpelengkap  Tanpa pelengkap Perkataan selepas kata kerja berfungsi sebagai pelengkap Ayat yang terbentuk menggunakan KKTTr dinamakan AYAT AKTIF TAK TRANSITIF **KATA KERJA AKTIF TAK TANSITIF (kkttr) tanpa pelengkap -Kata kerja ini boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan kata atau frasa untuk melengkapkan makna ayat.
  • 15. - kkttr tidak mempunyai objek seperti kata kerja transitif - kkttr tidak boleh dipasifkan. contoh kkttr tanpa pelengkap menyanyi berlalu bersembahyang pulang berdoa bergurau bangun berdiri menangis berjalan pergi tercengang duduk kembali hinggap tumbuh runtuh memberontak Contoh ayat a. Semua pelajar sedang bersembahyang. b. Semua orang sudah bangun. c. Adik menangis. d. Tamadun purba itu telah runtuh ***KATA KERJA AKTIF TAK TANSITIF (kkttr) berpelengkap - Kata kerja yang mesti iikuti oleh pelengkap bagi menyempurnakan ayat. - Ayat menjadi tergantung jika tiada pelengkap - Pelengkap bukan merupakan objek yang mengikuti kata kerja transitif - Ayat Aktif Tak Transitif dengan pelengkap tidak boleh dipasifkan Contoh kkttr berpelengkap beransur berbuat
  • 16. tinggal berselimutkan menjadi berbantalkan berumah beralaskan Contoh ayat i. Hari sudah beransur petang. ii. Abdullah tidak berbuat salah. iii. Bapa sedang beransur pulih. iv. Seman menjadi menantu Mat Ranggi. v. Semua peserta perkhemahan tidurberselimutkan kanvas . vi. Maniam berbantalkan lengan. vii. Pendatang tanpa izin telah berumah di bangunan lama itu. viii. Pak Ismail duduk beralaskan tikar mengkuang. PERKATAAN YANG DIGELAPKAN IALAH kkttr berpelengkap CUBA GUGURKAN PERKATAAN /FRASA SELEPAS kkttr Jawapan: Ayat akan menjadi tidak sempurna dan tergantung. UNSUR PELENGKAP BAGI kkttr berpelengkap i. Frasa Nama/kata nama a. Gayah menjadi isteri Seman. b. Pak Ismail ada kebun jagung. c. Farhana berbaring berbantalkanlengan. d. Cikgu Zamani berhujah bersandarkan pendapatnya sahaja. ii. Frasa Adjektif/Kata Adjektif a. Penyakit Mariana beransurpulih. b. Keadaan masyarakat di Changkat Janggus semakintegang.
  • 17. c. Hubungan penduduk Kampung Changkat Janggus bertambahkukuh. d. Mak Bedah tinggal miskin. iii. Frasa Sendi Nama a. Semua kaum keluarga berada di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur. b. Robert Lim singgah di rumah Pak Ismail . c. Kereta Fuad membelok ke kanan . d. Farhana telahpun bertolak dari Kuala Terengganu. LATIHAN 1: Bina satu ayat menggunakan kata kerja di bawah kemudian kenal pasti penggolongan kata kerja tersebut. i. naik ii. berbuat iii. menetap iv. tertinggal v. senyum vi. bersandar LATIHAN 2 Kenal pasti i. kkttr berpelengkap dan kkttr tanpa pelengkap dalam ayat-ayat di bawah ii. bina satu ayat lain bagi setiap kata kerja tersebut. Setelah Fuad berfikir panjang, dia menerima tawaran Cikgu Abas. Keesokan harinya Fuad ke Sekolah Menengah Seri Setia untuk melaporkan diri. Di kantin sekolah Fuad diperkenalkan oleh Cikgu Abas kepada Farhana iaitu Ketua Panitia Bahasa Inggeris. Sejak itu, Fuad dan Farhana sering berbincang tentang program untukmemantapkan penguasaan Bahasa Inggeris para pelajar. Fuad telah memohon cuti daripada pihak sekolah. Fuad mahu pulang ke kampungnya di Sungai Ruan. Sebelum bertolak ke Sungai Ruan, Fuad singgah di pasar Kuala Terengganu. Dia mahu membeli cenderamata untuk adik-adik sepupunya. Di sana, Fuad terlihat kelibat Farhana
  • 18. sedang bertanya dari sebuah kaunter bas ke sebuah kaunter bas yang lain. Malangnya semua tiket bas sudah habis dijual. Fuad mempelawa Farhana menaiki keretanya kerana mereka akan melalui laluan yang sama. Keluarga Fuad yang tinggal di Sungai Ruan amat gembira dengan kepulangannya. Di situ, Fuad meluahkan perasaannya untuk mencari ibu kandungnya. Keinginannya bertambah kuat apabila Pak Said bersetuju untuk menenaminya ke Lembah Klau iaitu kampung halaman ibunya. Mereka bertemu dengan Pak Ngah Lias. _________________________________________________________________________ **** KATA KERJA TRANSITIF (kktr) -kata kerja yang mengandungi objek -objek bagi kktr ialah kata nama/frasa nama -objek diperlukan untuk melengkapkan makna ayat -ketiadaan objek menyebabkan ayat tidak lengkap/ ayat tergantung. Kktr dibahagikan kepada dua jenis i. kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif-kata kerja transitif aktif ii. kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif –kata kerja transitif pasif i. Kata Kerja Yang Berfungsi Dalam Ayat Aktif- kata kerja transitif aktif kata kerja ini menerima imbuhan • awalan meN-... • apitan meN-...-i • apitan meN-...-kan ii. . Kata Kerja Yang Berfungsi Dalam Ayat Pasif – kata kerja transitif pasif  kata kerja transitif pasif terhasil daripada perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif  kata kerja ini menerima imbuhan i. awalan di-... contoh: Senaman dilakukan oleh pelajar-pelajar itu.
  • 19. ii. apitan di-...-i Contoh: Pak Itam dikenali oleh semua penduduk desa. iii. apitan di-...-kan Contoh: Robert Lim dipertemukan oleh Fuad dengan ibunya, Mariana. iv. awalan ber-... Contoh: Pertanyaan Cikgu Abas belumberjawab. v. awalan ter-... Yew Seng tertangkap oleh polis. vi. akhiran -...kan Keputusan Raja-raja Melayu, akan betaserahkan kepada wakil kerajaan British . vii. akhiran -... i Keberanian pahlawan Buntung aku kagumi. atau kekal sebagai kata kerja tanpa imbuhan contoh: Buku itu saya baca. LATIHAN 1 Bina satu ayat menggunakan kktr di bawah i. menganugerahkan ii. membawa iii. melibatkan iv. diserahkan v. belikan vi. jemur
  • 20. LATIHAN 2: Kategorikan KATA KERJA TRANSITIF DALAM AYAT-AYAT DI BAWAH i. Sajak Dirgahayu Bahasaku dihasilkan oleh Ahmad Sarju. ii. Sajak ini membicarakan isu kedudukan bahasa kebangsaan di negara kita. iii. Bahasa kebangsaan pernah digunakan sebagai bahasa antarabangsa semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu. iv. Kita tidak boleh memandang rendah kedudukan bahasa kebangsaan di negara ini. v. Bahasa kebangsaan seharusnya dimartabatkan oleh rakyat Malaysia sebagai bahasa ilmu. vi. Saya sayang bahasa kebangsaan saya. LATIHAN 2: Kenal pasti kktr aktif dan kktr pasif dalam ayat-ayat di bawah Cerpen Ibu dan Ceper ialah hasil nukilan Dato’ Shahnon Ahmad. Cerpen yang bertemakan kegigihan seorang ibu yang bekerja kuat semasa mudanya. Kekuatansemangat ibu disamakan oleh penulis dengan kederasan aliran air Sungai Ceper yang mengalir di kampung mereka. Ibu menggunakan kudrat dua tangan dan kaki untuk mengerjakan sawah bagi menyara kehidupan keluarga. Penulis menekankan persoalan tanggungjawab ketua keluarga .Selain itu masalah tentang pencemaran alam juga didedahkan oleh penulis. Kelesuan aliran Sungai Ceper diibaratkan oleh penulis seperti keadaan ibu yang semakin uzur dan sering sakit. Tenaga ibu semakin berkurang seiring dengan usianya yang semakin tua. Begitu juga Sungai Ceper yang semakin lesu dan kotor . Ibu dan Sungai Ceper digambarkan oleh penulis, sudah melalui perjalanan hidup yang sangat panjang . Kedua-duanya sudah tua dan tidak produktif lagi. ___________________________________________________________________ ANALISIS MORFOLOGI DAN SINTAKSIS 3 1. KATA ADJEKTIF - Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat - Unsur inti bagi Frasa Adjektif - Kata adjektif boleh didahului/diikuti oleh kata penguat. • Indera Jenaka sangat takut .-didahului oleh kata penguat
  • 21. • Raja Kecil baik sungguh - diikuti oleh kata penguat 2. Jenis –jenis kata adjektif • Kata adjektif sifatan/keadaan • Kata adjektif warna • Kata adjektif ukuran • Kata adjektif bentuk • Kata adjektif waktu • Kata adjektif jarak • Kata adjektif cara • Kata adjektif perasaan • Kata adjektif pancaindera 3. PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF Kata adjektif tungal Kata adjektif terbitan Kata adjektif ganda Kata adjektif majmuk PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF • Kata adjektif tunggal: kuning, terang, pendek, masin • Kata adjektif terbitan: terkecil, terpanjang, tercantik,terdekat ( awalan ter-.... ) sebesar, sepandai, seindah, seburuk(awalan se-... ) kebaratan, kemelayuan, kecinaan ( apitan ke-... –an ) gemuruh, gemilang,semerbak ( sisipan –em )
  • 22. selerak, gelembung, kelebak ( sisipan –el) kerlip, gerodak ( sisipan –er ) • Kata adjektif ganda: kecil-kecil, pedas-pedas ( ganda penuh ) Kekuning-kuningan, kecina-cinaan,( apitan ke-...-an ) Besar-besaran, kecil-kecilan, belas-belasan(akhiran –an) Porak-peranda, simpang-siur ( ganda berentak) • Kata adjektif majmuk:  Kata yang terhasil daripada proses yang merangkaikan kata adjektif dasar  Dieja terpisah  Membawa makna tertentu  contoh Kuning langsat: Baju berwarna kuning langsat amat sesuai dengan ibu. Muda remaja : Kaum muda remaja gemar terlalu gemar akan hiburan. Panjang tangan: Sifat Suppiah yang panjang tangan akhirnya memakan dirinya sendiri. Latihan 1 a. Kenal pasti dan kategorikan kata adjektif yang terdapat dalam cerpen Biarkan Samudera (Antologi Harga Remaja ) LATIHAN ULANG KAJI BAGI PELAJAR TINGKATAN 5 STRUKTUR BINAAN AYAT (MUKA SURAT 208-209 BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 4) B.LATIHAN MENGENAL PASTI FRASA DAN KLAUSA BIL AYAT FRASA KLAUSA
  • 23. (jenis frasa) 1 Baju sudah bergosok. 2 Adik membatalkan puasanya keranaadik tersangat lapar. 3 Saya tidak hadir kerana saya demam 4 Ah Meng dan Ah Chongsedang belajar. 5 Saya sakit perut. 6 Jalan ke sekolah ditutup kerana dinaiki air banjir. 7 Semua soalan disediakan olehUnit Peperiksaan Sekolah ini. 9 Semua manusiadituntut agama agar bermaaf-maafan sesame mereka. 10. Bangunan lama sekolah inimasih digunakan walaupun sudah ada bangunan baru. 11. Rakyat Malaysia amat mementingkan cara hidup yang harmoni. 12. Pengajaran yang berkesan memerlukan alat bantu mengajar yang baik. 13 Membacakegemaran saya 14 Aktiviti berkhemah amat digemari oleh pelajar-pelajar sekolah ini. 15 Fikirannya berkecamukkerana peperiksaan akan menjelang tidak lama lagi. 16 Para guru sedang bertungkus lumusmenyelesaikan sukatan pelajaran kerana peperiksaan hampir tiba. ( KEPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 .... SELAMAT MENCUBA ) Teliti ayat-ayat di bawah kemudian klasifikasikan mengikut frasa-frasa berikut iaitu I. FRASA NAMA II. FARSA KERJA III. FRASA ADJEKTIF IV. FRASA SENDI NAMA
  • 24. 1. Ketika sampai di sekolah, saya terus menuju ke kelas untuk memulakan tugas membersihkan kelas. 2. Warna merah ialah warna kesukaan saya. 3. Penghijrahan Melina ke Dubai diuruskan oleh bapa saudara suaminya iaitu Jaafar An-Anbia 4. Kari yang dimakan Faridah sangat pedas. 5. Mejar Kamaruddin ke Bukit Kutu untuk mencari anaknya. 6. Faridah ditemui oleh penduduk Sungai Dua. 7. Panglima Garang ialah ketua orang-orang Melayu dan pelombong Cina di Sungai Kubu . __________________________________________________________________________ PENGETAHUAN TATABAHASA DAN KEMAHIRAN BERBAHASA A. LATIHAN ULANGAN AYAT DASAR DAN AYAT TERBITAN ( BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 : MUKA SURAT 215 DAN 216 ) Baca dan teliti ayat-ayat di bawah dan i. kenal pasti ayat-ayat dasar yang membentuk ayat-ayat terbitan ii. nyatakan Pola Ayat Dasar bagi ayat-ayat tersebut 1. Ali sedang membaca buku apabila terdengar bunyi dentuman yang kuat di luar rumahnya. 2. Mei Ling dan Aminah akan menyertai pertandingan perbahasan sempena Hari Patriotik . 3. Gopal yang sentiasa berpakaian kemas sering dipuji oleh guru-guru sekolahnya. 4. Saya tidak hadir ke sekolah kerana demam. 5. Membaca merupakan amalan murni. 6. Pembinaan bangunan tambahan sekolah telah disiapkan pada hujung tahun 2009.
  • 25. 7. Para pelajar sekolah ini mesti memakai uniform kokurikulum pada setiap hari Rabu. 8. Kelas bimbingan bahasa Melayu akan dimulakan oleh guru selepas perayaan Tahun Baru Cina. 9. Memantau aktiviti warga sekolah ,pengetua pada setiap hari. 10. Ke rumah nenek kami pada setiap hujung bulan. Panduan 1. Ayat Dasar ialah ayat tunggal. . 2. Ayat tunggal yang panjang tidak dianggap ayat dasar kerana telah mengalami perluasan. 3. Ayat Dasar mempunyai hanya satu subjek dan satu predikat 4. Ayat Dasar mempunyai susunan ayat biasa iaitu subjek di hadapan dan diikuti oleh predikat 5. Ayat Dasar ialah ayat aktif susunanbiasa dan AYAT PENYATA. 6. Bagi AYAT MAJMUK : cerakinkan ayatmenjadi AYAT TUNGGAL 7. Bagi AYAT PASIF : tukarkan ayat menjadi AYAT AKTIF 8. bagi AYAT SONGSANG : susunkan ayat menjadi AYAT SUSUNAN BIASA 9. AYAT SOAL /AYAT TANYA bukan AYAT DASAR Ada 4 jenis POLA AYAT 1. FN+FN (FRASA NAMA+FRASA NAMA ) 2. FN+FK (FRASA NAMA+FRASA KERJA) 3. FN+FA (FRASA NAMA+FRASA ADJEKTIF) 4. FN+FS (FRASA NAMA+ FRASA SENDI NAMA)
  • 26. PERIBAHASA 1.Bina satu ayat dengan peribahasa di bawah yang menunjukkan anda faham akan makna peribahasa tersebut 1. Adu tenaga- mempertandingkan kekuatan 2. Adu nasib - mencuba untung 3. Alah sabung menang sorak- biarpun kalah namun masih cakap besar 4. Ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan,ke hutan juga perginya Orang dagang, bagaimana senag di negeri orang, ingat juga akan negerinya sendiri. 5. Ayam bertelur di atas padi mati kelaparan Orang yang menderita kesusahan di tempat yang mewah. 2. BIL PERIBAHASA MAKSUD BERANI 1. Berani lalat Berani di belakang lawan (kalau berhadapan ,takut) 2. Berani malu, takut mati Pengecut 3. Berani pegang berani tanggung Tiap-tiap yang dicakapkan akan berani pula dikerjakan 4. Berani udang Tidak tetap hati BESI
  • 27. 1. Besi baik tiada berkarat Perbuatan baik tetap terpuji selamanya (tidak dilupakan) 2. Asal besi pengapak kayu, Asal atau darjat seseorang ditentukan pada tingkah lakunya. asal emas menjadi penduk ( nota; penduk ialah salutan emas atau perak pada sarung keris ) 3. Dahulu parang sekarang besi Dahulu sayang sekarang benci 4. Memegang besi panas Berbuat sesuatu pekerjaan yang tidak tetap ( dengan perasaan khuatir atau takut) 5. Sedencing bagai besi, seciap bagai ayam Mengerjakan sesuatu bersama-sama