SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 10
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN




 SAYA & CALON PENDIDIKAN KHAS (BUTA &
RABUN) DALAM P&P PENDIDIKAN MORAL SPM




                  Oleh:
          Puvaneswari Vadivelloo
             Guru Cemerlang
             SMK Alma, BM
                  2011
SAYA DAN CALON PENDIDIKAN KHAS (BUTA & RABUN)
                     DALAM P&P PENDIDIKAN MORAL SPM


                                           Oleh
                                 Puvaneswari Vadivelloo
                                    Guru Cemerlang
                                    SMK Alma, BM

Abstrak


Falsafah Pendidikan Khas menegaskan bahawa kepentingan setiap kanak-kanak mempunyai
perbezaan dalam diri sendiri dan antara individu. Didapati bahawa pendidikan khas
merupakan salah satu daripada cabang yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran di bawah
Jabatan Pendidikan Khas yang telah menyediakan sekolah khas bagi kanak-kanak yang
menghadapi masalah penglihatan, pendengaran dan penglihatan. Program pendidikan ini
dijalankan di sekolah pendidikan khas dan melalui program integrasi sekolah biasa.Seseorang
guru yang mengajar pelajar khas sebenarnya menggunakan pelbagai kaedah dalam proses
pengajarannya. Penggunaan kaedah-kaedah ini ada yang bersesuaian dan ada yang kurang
bermanfaat. Cabaran pengendalian proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadi lebih
rumit sekiranya guru yang mengajar itu bukan guru pendidikan khas atau guru yang belum
pernah menerima sebarang kursus berkaitan program pendidikan khas. Pada tahun ini, saya
mempunyai tiga orang pelajar pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan SPM
Pendidikan Moral. Persoalannya, bagaimanakah akan saya membimbing pelajar-pelajar ini
dalam menghadapi SPM dan seterusnya meningkatkan gred pencapaian GPMP sekolah saya?
Saya perlu meningkatkan peratus pencapaian Pendidikan Moral SPM lebih tinggi berbanding
tahun lepas ( Rujuk Jadual 1)
ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM
                     PENDIDIKAN MORAL 1225/1 SMK ALMA BM
                                  TAHUN 2010

PENCAPAIAN
     A+ A A-          B+ B      C+ C      D   E    Bil   %          Bil   %           GPMP GPMP
                                                   Lulus Lulus      Gagal Gagal       2010 2009

2010    3    3   1    6         1     1   2   1    18      78.26    5       21.74     4.39   6.54


Keputusan yang diperolehi telah meningkat dengan amat baik iaitu dari 66.67% (2009) ke
78.26% (2010). Kadar GPMP juga telah bertambah baik iaitu dari 6.54 (2009) kepada 4.39
(2010).
           Jadual 1: Keputusan SPM Pendidikan Moral SMK Alma BM-2010


1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
       Kajian Tindakan ini dijalankan mengikut empat langkah iaitu merancang, bertindak,
memerhati dan merenung. Sebelum menjalankan kajian, perancangan yang teliti perlulah
dibuat terlebih dahulu supaya penyelidik dapat memahami apa yang akan dilaksanakan.
Melalui perancangan yang teliti dan dengan langkah yang terancang, kajian dapat dijalankan
dengan teratur dan tepat ke arah mencapai matlamat kajian. Langkah-langkah tersebut
disenarai mengikut urutan. Perancangan kajian bermula dengan mencari atau mengenal pasti
masalah yang wujud ketika mengajar dalam bilik darjah. Masalah saya bermula dengan
kehadiran pelajar pendidikan khas dalam Pendidikan Moral yang akan menduduki SPM
tahun ini. Saya tidak pasti bagaimanakah pelajar seramai tiga orang ini akan menyumbang
dalam peratus Pendidikan Moral SPM tahun ini? Dalam proses pembelajaran lazimnya
kemahiran yang dipelajari adalah saling berkait. Calon pendidikan khas ini akan mengalami
kesukaran untuk memahami dan menguasai kemahiran yang lebih tinggi sekiranya kemahiran
yang lebih rendah atau awal tidak dikuasai dengan baik. Oleh itu, saya sebagai guru perlu
memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar pendidikan khas ini dengan terperinci
sebelum merancang langkah-langkah pembaikan (Jeya Velu,et.al. 2000).
2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
       Mata pelajaran Pendidikan Moral merupakan satu mata pelajaran wajib lulus bagi
calon bukan bumiputera dalam SPM. Tanpa kelulusannya calon bukan bumiputera sukar
untuk melanjutkan pelajaran di IPTA tempatan. Di sekolah saya, mata pelajaran ini adalah di
bawah bidang Kemanusiaan dan jumlah waktu P&P bagi tingkatan menengah atas ialah 4
waktu berbeza dengan sekolah-sekolah lain yang hanya menawarkan 3 waktu sahaja. Semua
calon SPM bukan bumiputera adalah diwajibkan mengambil kertas ini. Hal ini menyebabkan
guru mengajar pelajar yang bertahap pencapaian akademik yang pandai, sederhana dan
lemah. Dalam P&P, saya kerapkali menghadapi masalah menerangkan definisi nilai kepada
calon pendidikan khas ini. Malah mereka juga kurang atau tidak mengulangkaji definisi nilai
yang telah dipelajari di sekolah. Mereka juga tidak mahu bertanya jika mereka tidak
memahami nilai atau tidak pasti dengan definisi nilai kepada saya atau rakan yang tahu
kerana takut dilabel sebagai pelajar lemah. Selain itu mereka kurang atau tidak membuat
langsung latihan secara kendiri. Keadaan ini mungkin disebabkan kerana mereka
bertanggapan bahawa mereka tidak mampu menghafal kesemua 36 nilai dan definisinya.
       Latihan yang saya beri sebagai kerja rumah atau kerja lebihan tinggal latihan sahaja.
Apabila disuruh menjawab dalam kelas, mereka teragak-agak untuk menjawabnya. Perasaan
kecewa mendapat murid-murid seperti ini kekadang wujud dalam diri dan jiwa saya. Tetapi
itu tidak bermakna tiada tindakan yang drastik saya ambil. Pelbagai cara atau kaedah yang
telah saya gunakan untuk menarik minat pelajar pendidikan khas ini terhadap mata pelajaran
Pendidikan Moral ini. Walaupun disedari bahawa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam subjek ini adalah sesuatu yang mustahil bagi pelajar-pelajar ini, tetapi usaha tetap
dijalankan sekurang-kurangnya keputusan peperiksaan SPM kelak akan bertambah baik.
       Bagaimanapun pelajar-pelajar khas yang mengambil subjek ini mempunyai akhlak
yang baik dan terpuji. Mereka tidak pernah mengwujudkan sebarang masalah dalam kelas
mahupun sekolah. Hal ini dapat membantu saya melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan baik dan lancar. Hanya bunyi bising mesin Braille yang digunakan oleh
mereka untuk menaip kekadang mengganggu kesunyian kelas atau pusat sumber. Keadaan ini
tidak dapat dielakkan kerana ia merupakan keperluan asas mereka. Saya terpaksa mengubah
cara pemikiran dan harus menerima keadaan mereka dengan hati yang terbuka dan memberi
perhatian yang lebih kepada mereka semasa P&P.
3.0 ISU KEPRIHATINAN
        Kajian yang dijalankan adalah berfokus kepada cara atau strategik P&P yang
digunakan ketika mengajar pelajar-pelajar ini. Daripada pemerhatian saya, pelajar-pelajar ini
sering menganggap Pendidikan Moral sebagai satu mata pelajaran yang sukar. Saya
mendapati mereka belajar dalam keadaan tekanan dan saya sentiasa mengingatkan bahawa
subjek ini perlu dilihat dari aspek yang positif. Hal ini kerana kandungan subjek Pendidikan
Moral sebenarnya adalah berkaitan dengan kehidupan mereka seharian. Oleh itu wujud idea
untuk menggunakan teknik hafalan , iaitu 1 Hari 1 Nilai 1 Definisi. Saya menyuruh ketiga-
tiga pelajar khas ini untuk menghafal 1 nilai 1 definisi. Saya juga menyatakan bahawa setiap
kali waktu Pendidikan Moral mereka (pelajar khas) ini perlu membacakan nilai dan
definisinya kepada saya. Mereka juga perlu menaipnya sebagai pengukuhan. Strategik ini
saya jalankan selama 7 bulan dan hasilnya cukup memuaskan. Percaya atau tidak, ketiga-tiga
calon pendidikan khas saya ini kini jauh lebih mahir berbanding dengan calon normal.
Mereka dapat menyenaraikan kesemua 36 nilai dan definisnya tanpa sebarang masalah.
Melalui cara ini juga, saya dapati pelajar-pelajar ini mempunyai memori ingatan yang baik.
Teknik yang saya laksanakan ini adalah sebagai salah satu galakan kepada pelajar-pelajar ini
serta dapat menambah keyakinan kepada mereka bahawa subjek ini tidak terlalu sukar seperti
mana disangkakan oleh mereka.


4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini dijalankan,pelajar-pelajar pendidikan khas diharapkan akan mencapai
objektif seperti berikut.:
4.1 Objektif Umum
Meningkatkan pemahaman mereka terhadap subjek Pendidikan Moral. Mereka diharapkan
dapat menjawab SPM dengan motivasi yang tinggi dan positif
4.2 Objektif Khusus
• Membantu guru mengenal pasti kaedah atau pendekatan mengajar dan amalan mengajar
yang lebih berkesan kepada pelajar pendidikan khas
• Membantu pelajar pendidikan khas supaya dapat memahami nilai dan definisi nilai.
• Meningkatkan pemahaman pelajar pendidikan khas terhadap mata pelajaran ini
• Membantu pelajar pendidikan khas meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran ini.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran dalam kajian ini ialah 3 orang pelajar perempuan pendidikan khas:
seorang pelajar rabun dan dua orang pelajar buta. Ketiga-tiga pelajar ini mempunyai tahap
pencapaian markah yang agak sederhana sahaja dalam Ukian Kemajuan 1(UK1) yang telah
diadakan pada awal tahun 2011 (Rujuk Jadual 2).Pada kebiasaannya dalam setiap ujian atau
peperiksaan, kadang-kadang mereka lulus atau kadang-kadang mereka gagal. Dalam
kalangan pelajar ini minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral adalah sederhana
kerana menurut mereka subjek ini adalah susah dan sukar.


6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
6.1 Tinjauan Awal
Saya mendapati markah ujian UK1 yang diperoleh oleh pelajar-pelajar pendidikan khas ini
amat sederhana. Sedangkan kandungan ujian UK1 yang digubal oleh saya sendiri ini tidak
terlalu banyak menyoal mengikut skema SPM. Saya hanya menguji tahap pemahaman
mereka dari aspek definisi dan kata kunci. Selain itu saya hanya menurunkan dua soalan
struktur pada aras mudah mengikut JSU Pendidikan Moral (Rujuk Lampiran 1). Namun
pencapaian markah mereka tidak boleh dibanggakan. Oleh itu saya terdorong untuk membuat
satu kajian berkenaan pencapaian mereka. Saya ingin meneroka dimanakah kelemahan
mereka ketika menjawab soalan peperiksaan.


6.2 Analisis Tinjauan Masalah
Hasil daripada temubual saya dengan pelajar-pelajar khas ini secara rawak bermula selepas
markah ujian diperoleh. Saya dapat merumuskan bahawa pelajar-pelajar saya ini tidak
memahami cara atau teknik untuk menjawab soalan Pendidikan Moral berformat SPM.
Mereka hanya menjawab mengikut cara tersendiri seperti menjawab soalan struktur
pemahaman Bahasa Melayu. Perhatian pada kata kunci nilai tidak sama sekali diaplikasikan
oleh mereka dalam jawapan. Mengikut pengalaman mereka ketika di Tingkatan 4, mereka
tidak didedahkan langsung dengan teknik jawapan yang betul. Yang aneh ialah pelajar-
pelajar ini tidak sama sekali mengetahui bahawa format menulis jawapan struktur dan esei
adalah bergantung pada peruntukan markah setiap soalan. Malah yang lebih mengejutkan
saya ialah mereka tidak tahu apakah itu : W + KK+ S (W = Watak , KK = Kata Kunci dan S
= Situasi). Keadaan ini amat mendukacitakan saya, kerana inilah yang merupakan teknik
paling penting dalam menjawab soalan peperiksaan nanti.
6.3 Tindakan Yang Dijalankan
Daripada tinjauan masalah yang telah dibuat, saya berpendapat bahawa amat penting bagi
saya untuk mewujudkan satu teknik atau kaedah pengajaran yang dapat membantu pelajar
pelajar khas ini untuk skor markah yang cemerlang dalam kertas Pendidiakan Moral SPM.
Oleh itu, teknik 1 Hari 1 Nilai 1 Definisi dimulakan dengan memberi tumpuan yang lebih.
Setiap kali waktu Pendidikan Moral, pelajar-pelajar ini diwajibkan untuk membaca nilai,
definisi dan kata kuncinya kepada saya sebelum memulakan sesi pengajaran. Malah saya juga
memastikan mereka menaip apa yang dibacakan kepada saya agar mereka tidak lupa begitu
saja. Kaedah ini saya jalankan setiap waktu P&P Pendidikan Moral dan saya mendapati
keberkesanannya amat positif. Selepas peringkat tersebut, saya mengunakan teknik saya
sendiri untuk membolehkan pelajar-pelajar ini mengetahui cara menulis jawapan struktur.
Menurut Akta Pendidikan (1996), Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) Jilid
41.No.26.Tambahan No.94.Perundangan yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1998 di Bahagian
II menyatakan bahawa dalam melaksanakan Kurikulum Pendidikan Khas, guru-guru boleh
mnegubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran masa bagi aktiviti dan
suasana aktiviti matapelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat
Pendidikan Khas. Berdasarkan kepada kebebasan inilah, saya seringkali mengubah teknik
pengajaran bersesuaian dengan tahap kebolehan mereka. Teknik yang saya gunakan untuk
mereka ini selalunya tidak sama dengan pelajar normal.
       Dalam pada itu, saya juga menekankan bahawa setiap soalan struktur perlu ditulis
dengan mengambil perhatian pada peruntukan markah yang diberi. WKKS perlu diterapkan
mengikut peruntukan markah yang diturunkan. Saya juga mengingatkan pelajar-pelajar ini
agar berhati-hati semasa menjawab soalan struktur terutamanya yang memerlukan contoh.
Di peringkat awal pengajaran saya banyak menggunakan kaedah penerangan dan latih tubi
menaip (ini dijalankan oleh dua orang pelajar buta) dan latih tubi menulis untuk pelajar
rabun. Langkah ini dapat memahirkan mereka dalam menulis jawapan yang betul. Saya
dapati langkah ini amat berkesan kerana pelajar mula mahir dengan cara menulis jawapan
yang betul. Pada peperiksaan Pra Percubaan yang dijalankan oleh saya, markah pencapaian
ketiga-tiga calon ini amat membanggakan. Malah mereka sendiri telah mengaku bahawa
mereka kini lebih confident ketika menjawab soalan Pendidikan Moral.
6.4 Pemerhatian
Saya menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah seperti yang diterangkan di atas
selama tujuh bulan. Sepanjang kajian dilaksanakan perubahan tingkah laku pelajar dapat
diperhatikan. Mereka juga turut terlibat dalam perbincangan secara kelas bersama-sama
pelajar normal yang lain. Pelajar yang pada peringkat permulaanya berasa malu dan tidak
aktif telah menunjukkan perubahan sikap yang lebih baik. Mereka aktif dan sering memberi
respon semasa P&P. Malah cara ini sedikit demi sedikit memberikan keyakinan kepada
mereka bahawa mereka boleh belajar Pendidian Moral melalui multikaedah dan bukannya
dengan satu kaedah sahaja.


6.5 Analisis Ujian
Jadual 2 menunjukkan markah pencapaian pelajar dalam Ujian Kemajuan 1, Pra Percubaan
dan Percubaan SPM 2011. Markah ini direkod untuk melihat prestasi pelajar dalam
menjawab soalan.


 Jadual 2. Pencapaian pelajar SMK Alma BM dalam Ujian Kemajuan 1, Pra Percubaan
                      dan Percubaan SPM Pendidikan Moral SPM 2010


Calon Khas           Uijan Kemajuan 1         Pra        Percubaan SPM           Catatan
P.Moral                                   Percubaan
Rabun                        50               76                85
Buta                         35               42                60
Buta                         22               40                56


Pencapaian ketiga-tiga calon khas ini telah meningkat dari paras lemah ke paras baik.
Misalnya, dalam UK1 keputusan menunjukkan mereka tidak menjawab dengan bersungguh-
sungguh, manakala keputusan Pra Percubaan pula menunjukkan peningkatan dalam
pencapaian. Walau bagaimanapun, pencapaian kedua-dua calon buta masih berada pada tahap
lulus rendah. Keadaan ini adalah disebabkan cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam
menjawab dengan Braille dan proses pentafsiran jawapan ke rumi oleh guru pendidikan khas.
Saya beranggapan kebarangkalian kewujudan kesilapan ketika proses pentafsiran oleh guru
khas mungkin tinggi. Ini kerana guru khas bukan guru opsyen pendidikan Moral. Namun
begitu, pencapaian calon khas ini telah meningkat lagi dalam peperiksaan Percubaan SPM.
6.6 Refleksi Kajian
Saya berpendapat bahawa sebagai seorang guru, sokongan kepada pelajar amat penting.
Sebagai guru, kaedah atau teknik pengajaran perlu dipelbagaikan untuk menarik minat pelajar
terhadap topik yang diajar. Setiap pelajar mempunyai kecerdasan yang pelbagai. Oleh itu
kreativiti seseorang guru amat penting untuk menghasilkan satu sesi pengajaran yang
menarik. Sebagai guru kita pasti akan berasa bersemangat dan teruja apabila pelajar berkata
‘kami sentiasa menunggu-nunggu kedatangan cikgu’ untuk mengajar kami. Walaupun
kadang-kadang terdapat keputusan ujian mereka tidak mencapai target, tetapi keinginan dan
minat mereka terhadap mata pelajaran tersebut adalah penting. Pelajar adalah golongan yang
sedang belajar, kesilapan dan kegagalan adalah satu proses yang perlu dilalui oleh mereka.
Justeru itu sebagai golongan pendidik yang dedikasi dan prihatin sokongan dan kesabaran
terhadap mereka hendaklah diberikan 100% tanpa rasa berbelah bahagi. Dengan ini, saya rasa
saya telah sedaya upaya membantu ketiga-tiga calon pendidikan khas ini untuk menjawab
SPM Pendidikan Moral dengan baik. Hasil kajian juga membuktikan bahawa teknik
pengajaran yang digunapakai oleh saya telah membuahkan hasil. Saya menaruh harapan yang
besar terhadap ketiga-tiga calon ini untuk mendapat keputusan A+ /A /A-/B+ dalam SPM
nanti.


7.0 KESIMPULAN
Walaupun pada peringkat awal ketiga-tiga calon ini merupakan satu bebanan bagi saya dalam
proses P&P tetapi melalui semangat positif dan kaedah P&P yang digunapakai, akhirnya saya
amat selesa mengajar kumpulan pelajar ini. Malah ada masa, saya rasa mereka jauh lebih
attentive dalam P&P saya berbanding dengan pelajar normal yang lain. Walaupun ada
beberapa cabaran dan halangan ketika mengendalikan P&P untuk mereka, namun ia dapat
diatasi dengan usaha dan sokongan dari pihak pendidikan khas SMK Alma sendiri. Saya telah
menetapkan ketiga-tiga calon khas ini dalam senarai calon harapan A+, A, A- atau B+ untuk
kertas Pendidikan Moral SPM bagi tahun ini. Ini merupakan satu cabaran dan kayu ukur
untuk keberkesanan pengajaran saya sebagai seorang Guru Cemerlang.
SENARAI RUJUKAN


Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas), Kementerian
Malaysia.


Arhar, Joanne; Holly, Mary Louise; and Kasten, Wendy C. (2000) Action research for
teachers : traveling the yellow brick road. Upper Saddle River, NJ.: Prentice-Hall.


Armstrong, Felicity, and Moore, Michele, eds. (2004) Action research for inclusive
education: changing places, changing practices, changing minds. London: RoutledgeFalmer.


Cathcart, R.L., & Olsen, J.W.B. (1976). Teachers’ and students’ preferences for correction of
classroom conversation errors. In J.F. Fanselow & R.H. Crymes (eds.), On TESOL ’76
(pp.41-53).Washington, D.C.: TESOL

Che Mansor bin Che Tom. (2000). Jurnal Bestari : Koleksi Guru Johor. Jabatan Pendidikan
Negeri Johor. (hlmn 48).


Chua Yock Chuan .(2001). Personaliti dan Motivasi Pelajar. Jurnal Pendidikan :
PKPSM Johor.(hlmn 61-64).


Jeya Velu,et.al.(2000) Pembangunan Profesional Guru : Kursus Kajian Tindakan Berasaskan
Sekolah. Kota Kinabalu: Maktab Perguruan Gaya

Kohlberg,L., (1974). Education, moral development and faith. Journal of Moral
Education. 4(3), 5-16


Krebs, D.L., Vermeulen, S.C., Benton,K.L., & Carpendale, J.I. (1992). Gender
and perspective differences in moral judgement and orientation. Journal of Moral
Education. Vol. 23(1), 17-25


Purpel,D.E., & Ryan, K (ed). (1976). Moral education. It comes with the
territory. Berkeley, Califronia : Mc Cutchan

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
shahrul93
 
Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1
Aida Fizleen
 
Tujuan dan kepentingan kajian tindakan
Tujuan dan kepentingan kajian tindakanTujuan dan kepentingan kajian tindakan
Tujuan dan kepentingan kajian tindakan
Linda Salleh
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Hishamuddin Jabar
 
Borang soal selidik guru (lampiran d)
Borang soal selidik guru (lampiran d)Borang soal selidik guru (lampiran d)
Borang soal selidik guru (lampiran d)
TING Hua
 
contoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloomcontoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloom
Autdrey Yna
 
Lirik lagu pengakap malaysia
Lirik lagu pengakap malaysiaLirik lagu pengakap malaysia
Lirik lagu pengakap malaysia
nurkasihsolehah
 

Was ist angesagt? (20)

Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
Kumpulan 3 perlembagaan pertubuhan bsmm
Kumpulan 3 perlembagaan pertubuhan bsmmKumpulan 3 perlembagaan pertubuhan bsmm
Kumpulan 3 perlembagaan pertubuhan bsmm
 
Motivasi dan teori berkaitan motivasi
Motivasi dan teori berkaitan motivasiMotivasi dan teori berkaitan motivasi
Motivasi dan teori berkaitan motivasi
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Laporan Jawatankuasa Kabinet
Laporan Jawatankuasa KabinetLaporan Jawatankuasa Kabinet
Laporan Jawatankuasa Kabinet
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1
 
Tujuan dan kepentingan kajian tindakan
Tujuan dan kepentingan kajian tindakanTujuan dan kepentingan kajian tindakan
Tujuan dan kepentingan kajian tindakan
 
Modul pencinta alam
Modul pencinta alamModul pencinta alam
Modul pencinta alam
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
 
Power point strategi pengajaran inovatif
Power point strategi pengajaran inovatifPower point strategi pengajaran inovatif
Power point strategi pengajaran inovatif
 
Senarai tugas guru biasa
Senarai tugas guru biasaSenarai tugas guru biasa
Senarai tugas guru biasa
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 
Borang soal selidik guru (lampiran d)
Borang soal selidik guru (lampiran d)Borang soal selidik guru (lampiran d)
Borang soal selidik guru (lampiran d)
 
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing SessionKomuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
 
Pak21
Pak21Pak21
Pak21
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 
contoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloomcontoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloom
 
Lirik lagu pengakap malaysia
Lirik lagu pengakap malaysiaLirik lagu pengakap malaysia
Lirik lagu pengakap malaysia
 

Andere mochten auch

Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
abdol rahim
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Rosdi Ramli
 
RPH Bahasa Melayu pendidikan khas (Micro teaching)
RPH Bahasa Melayu pendidikan khas (Micro teaching)RPH Bahasa Melayu pendidikan khas (Micro teaching)
RPH Bahasa Melayu pendidikan khas (Micro teaching)
norlidahashim
 
Essay HTN Organisasi Masyarakat
Essay HTN Organisasi MasyarakatEssay HTN Organisasi Masyarakat
Essay HTN Organisasi Masyarakat
Viera Amelia
 
Proposal kumpulan
Proposal kumpulanProposal kumpulan
Proposal kumpulan
Zitra Hanim
 
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendah
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendahPengurusan panitia Pendidikan Islam rendah
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendah
cikqil
 
Pusat Sumber Sekolah: Dasar dan Hala Tuju
Pusat Sumber Sekolah: Dasar dan Hala TujuPusat Sumber Sekolah: Dasar dan Hala Tuju
Pusat Sumber Sekolah: Dasar dan Hala Tuju
Fadzliaton Zainudin
 
Pendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harianPendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harian
Ricky Ong
 

Andere mochten auch (20)

KRT 3013 TUGASAN 1(C)
KRT 3013 TUGASAN 1(C)KRT 3013 TUGASAN 1(C)
KRT 3013 TUGASAN 1(C)
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai MurniMeningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni
 
Kajian Tindakan
Kajian TindakanKajian Tindakan
Kajian Tindakan
 
Eem 522 kaedah startegi mengajar moral
Eem 522 kaedah startegi mengajar moralEem 522 kaedah startegi mengajar moral
Eem 522 kaedah startegi mengajar moral
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
 
RPH Bahasa Melayu pendidikan khas (Micro teaching)
RPH Bahasa Melayu pendidikan khas (Micro teaching)RPH Bahasa Melayu pendidikan khas (Micro teaching)
RPH Bahasa Melayu pendidikan khas (Micro teaching)
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 
Essay HTN Organisasi Masyarakat
Essay HTN Organisasi MasyarakatEssay HTN Organisasi Masyarakat
Essay HTN Organisasi Masyarakat
 
Apakah itu ingatan
Apakah itu ingatanApakah itu ingatan
Apakah itu ingatan
 
Proposal kumpulan
Proposal kumpulanProposal kumpulan
Proposal kumpulan
 
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendah
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendahPengurusan panitia Pendidikan Islam rendah
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendah
 
Laporan refleksi
Laporan refleksiLaporan refleksi
Laporan refleksi
 
Pendidikan moral
Pendidikan moralPendidikan moral
Pendidikan moral
 
Pusat Sumber Sekolah: Dasar dan Hala Tuju
Pusat Sumber Sekolah: Dasar dan Hala TujuPusat Sumber Sekolah: Dasar dan Hala Tuju
Pusat Sumber Sekolah: Dasar dan Hala Tuju
 
Pengurusan Panitia Berkesan
Pengurusan Panitia BerkesanPengurusan Panitia Berkesan
Pengurusan Panitia Berkesan
 
Pelan strategik moral 2017 2020
Pelan strategik moral 2017 2020Pelan strategik moral 2017 2020
Pelan strategik moral 2017 2020
 
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
 
Pendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harianPendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harian
 
Manual Kajian Tindakan
Manual Kajian Tindakan Manual Kajian Tindakan
Manual Kajian Tindakan
 

Ähnlich wie Laporan kajian tindakan pen. moral

Pensijilan Guru
Pensijilan Guru Pensijilan Guru
Pensijilan Guru
huda hamdan
 
PSIKOLOGI PENDIDIKAN_modul4_unit3
PSIKOLOGI PENDIDIKAN_modul4_unit3PSIKOLOGI PENDIDIKAN_modul4_unit3
PSIKOLOGI PENDIDIKAN_modul4_unit3
Irnanda Maulidya
 
”Meningkatkan Hasil Belajar IPA-Fisika Pada Materi Pokok Tekanan Dengan Mengg...
”Meningkatkan Hasil Belajar IPA-Fisika Pada Materi Pokok Tekanan Dengan Mengg...”Meningkatkan Hasil Belajar IPA-Fisika Pada Materi Pokok Tekanan Dengan Mengg...
”Meningkatkan Hasil Belajar IPA-Fisika Pada Materi Pokok Tekanan Dengan Mengg...
Irma Mustika Sari
 
PPT TRIS Asesmen Pembelajaran dengan Kebutuhan dan Karakteristik Murid.pdf
PPT TRIS Asesmen Pembelajaran dengan Kebutuhan dan Karakteristik Murid.pdfPPT TRIS Asesmen Pembelajaran dengan Kebutuhan dan Karakteristik Murid.pdf
PPT TRIS Asesmen Pembelajaran dengan Kebutuhan dan Karakteristik Murid.pdf
smpn1skmakundapodik
 

Ähnlich wie Laporan kajian tindakan pen. moral (20)

ABDB
ABDBABDB
ABDB
 
Isu pertama ialah melibatkan peperiksaan awam seperti upsr
Isu pertama ialah melibatkan peperiksaan awam seperti upsrIsu pertama ialah melibatkan peperiksaan awam seperti upsr
Isu pertama ialah melibatkan peperiksaan awam seperti upsr
 
Sbafl 2011 juliana
Sbafl 2011  julianaSbafl 2011  juliana
Sbafl 2011 juliana
 
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalKelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
 
Eea622 educational assessment
Eea622 educational assessmentEea622 educational assessment
Eea622 educational assessment
 
Jurnal pratikum
Jurnal pratikumJurnal pratikum
Jurnal pratikum
 
Kajian pelaksanaan pbs 2014
Kajian pelaksanaan pbs 2014Kajian pelaksanaan pbs 2014
Kajian pelaksanaan pbs 2014
 
Pensijilan Guru
Pensijilan Guru Pensijilan Guru
Pensijilan Guru
 
JURNAL 2
JURNAL 2JURNAL 2
JURNAL 2
 
LK-3. Laporan Best Practice Mustopa Kamal.docx
LK-3. Laporan Best Practice Mustopa Kamal.docxLK-3. Laporan Best Practice Mustopa Kamal.docx
LK-3. Laporan Best Practice Mustopa Kamal.docx
 
4. Pembelajaran dan asesmen terdiferensiasi.pptx
4. Pembelajaran dan asesmen terdiferensiasi.pptx4. Pembelajaran dan asesmen terdiferensiasi.pptx
4. Pembelajaran dan asesmen terdiferensiasi.pptx
 
Ptk ipa
Ptk ipaPtk ipa
Ptk ipa
 
Bab i ptk 3
Bab i ptk 3Bab i ptk 3
Bab i ptk 3
 
Kuliah 11
Kuliah 11Kuliah 11
Kuliah 11
 
PSIKOLOGI PENDIDIKAN_modul4_unit3
PSIKOLOGI PENDIDIKAN_modul4_unit3PSIKOLOGI PENDIDIKAN_modul4_unit3
PSIKOLOGI PENDIDIKAN_modul4_unit3
 
”Meningkatkan Hasil Belajar IPA-Fisika Pada Materi Pokok Tekanan Dengan Mengg...
”Meningkatkan Hasil Belajar IPA-Fisika Pada Materi Pokok Tekanan Dengan Mengg...”Meningkatkan Hasil Belajar IPA-Fisika Pada Materi Pokok Tekanan Dengan Mengg...
”Meningkatkan Hasil Belajar IPA-Fisika Pada Materi Pokok Tekanan Dengan Mengg...
 
PPT TRIS Asesmen Pembelajaran dengan Kebutuhan dan Karakteristik Murid.pdf
PPT TRIS Asesmen Pembelajaran dengan Kebutuhan dan Karakteristik Murid.pdfPPT TRIS Asesmen Pembelajaran dengan Kebutuhan dan Karakteristik Murid.pdf
PPT TRIS Asesmen Pembelajaran dengan Kebutuhan dan Karakteristik Murid.pdf
 
Pbs
PbsPbs
Pbs
 
Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5
 
Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5
 

Mehr von Puvaneswari Punis

Mehr von Puvaneswari Punis (7)

Penilaian tingkatan 5PSK
Penilaian tingkatan 5PSKPenilaian tingkatan 5PSK
Penilaian tingkatan 5PSK
 
Kajian PSK
Kajian PSK Kajian PSK
Kajian PSK
 
Perancangan strategik panitia sivik 2011 2015
Perancangan strategik panitia sivik 2011 2015Perancangan strategik panitia sivik 2011 2015
Perancangan strategik panitia sivik 2011 2015
 
Kajian Tindakan Pend.Sivik
Kajian Tindakan Pend.SivikKajian Tindakan Pend.Sivik
Kajian Tindakan Pend.Sivik
 
Kajian tindakan klinik cemerlang -SMK Alma
Kajian tindakan klinik cemerlang -SMK AlmaKajian tindakan klinik cemerlang -SMK Alma
Kajian tindakan klinik cemerlang -SMK Alma
 
Kajian tindakan bahasa inggeris
Kajian tindakan bahasa inggerisKajian tindakan bahasa inggeris
Kajian tindakan bahasa inggeris
 
Minit mesyuarat psk ke 4
Minit mesyuarat psk ke 4Minit mesyuarat psk ke 4
Minit mesyuarat psk ke 4
 

Laporan kajian tindakan pen. moral

  • 1. LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SAYA & CALON PENDIDIKAN KHAS (BUTA & RABUN) DALAM P&P PENDIDIKAN MORAL SPM Oleh: Puvaneswari Vadivelloo Guru Cemerlang SMK Alma, BM 2011
  • 2. SAYA DAN CALON PENDIDIKAN KHAS (BUTA & RABUN) DALAM P&P PENDIDIKAN MORAL SPM Oleh Puvaneswari Vadivelloo Guru Cemerlang SMK Alma, BM Abstrak Falsafah Pendidikan Khas menegaskan bahawa kepentingan setiap kanak-kanak mempunyai perbezaan dalam diri sendiri dan antara individu. Didapati bahawa pendidikan khas merupakan salah satu daripada cabang yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran di bawah Jabatan Pendidikan Khas yang telah menyediakan sekolah khas bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan, pendengaran dan penglihatan. Program pendidikan ini dijalankan di sekolah pendidikan khas dan melalui program integrasi sekolah biasa.Seseorang guru yang mengajar pelajar khas sebenarnya menggunakan pelbagai kaedah dalam proses pengajarannya. Penggunaan kaedah-kaedah ini ada yang bersesuaian dan ada yang kurang bermanfaat. Cabaran pengendalian proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadi lebih rumit sekiranya guru yang mengajar itu bukan guru pendidikan khas atau guru yang belum pernah menerima sebarang kursus berkaitan program pendidikan khas. Pada tahun ini, saya mempunyai tiga orang pelajar pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan SPM Pendidikan Moral. Persoalannya, bagaimanakah akan saya membimbing pelajar-pelajar ini dalam menghadapi SPM dan seterusnya meningkatkan gred pencapaian GPMP sekolah saya? Saya perlu meningkatkan peratus pencapaian Pendidikan Moral SPM lebih tinggi berbanding tahun lepas ( Rujuk Jadual 1)
  • 3. ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM PENDIDIKAN MORAL 1225/1 SMK ALMA BM TAHUN 2010 PENCAPAIAN A+ A A- B+ B C+ C D E Bil % Bil % GPMP GPMP Lulus Lulus Gagal Gagal 2010 2009 2010 3 3 1 6 1 1 2 1 18 78.26 5 21.74 4.39 6.54 Keputusan yang diperolehi telah meningkat dengan amat baik iaitu dari 66.67% (2009) ke 78.26% (2010). Kadar GPMP juga telah bertambah baik iaitu dari 6.54 (2009) kepada 4.39 (2010). Jadual 1: Keputusan SPM Pendidikan Moral SMK Alma BM-2010 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kajian Tindakan ini dijalankan mengikut empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merenung. Sebelum menjalankan kajian, perancangan yang teliti perlulah dibuat terlebih dahulu supaya penyelidik dapat memahami apa yang akan dilaksanakan. Melalui perancangan yang teliti dan dengan langkah yang terancang, kajian dapat dijalankan dengan teratur dan tepat ke arah mencapai matlamat kajian. Langkah-langkah tersebut disenarai mengikut urutan. Perancangan kajian bermula dengan mencari atau mengenal pasti masalah yang wujud ketika mengajar dalam bilik darjah. Masalah saya bermula dengan kehadiran pelajar pendidikan khas dalam Pendidikan Moral yang akan menduduki SPM tahun ini. Saya tidak pasti bagaimanakah pelajar seramai tiga orang ini akan menyumbang dalam peratus Pendidikan Moral SPM tahun ini? Dalam proses pembelajaran lazimnya kemahiran yang dipelajari adalah saling berkait. Calon pendidikan khas ini akan mengalami kesukaran untuk memahami dan menguasai kemahiran yang lebih tinggi sekiranya kemahiran yang lebih rendah atau awal tidak dikuasai dengan baik. Oleh itu, saya sebagai guru perlu memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar pendidikan khas ini dengan terperinci sebelum merancang langkah-langkah pembaikan (Jeya Velu,et.al. 2000).
  • 4. 2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Mata pelajaran Pendidikan Moral merupakan satu mata pelajaran wajib lulus bagi calon bukan bumiputera dalam SPM. Tanpa kelulusannya calon bukan bumiputera sukar untuk melanjutkan pelajaran di IPTA tempatan. Di sekolah saya, mata pelajaran ini adalah di bawah bidang Kemanusiaan dan jumlah waktu P&P bagi tingkatan menengah atas ialah 4 waktu berbeza dengan sekolah-sekolah lain yang hanya menawarkan 3 waktu sahaja. Semua calon SPM bukan bumiputera adalah diwajibkan mengambil kertas ini. Hal ini menyebabkan guru mengajar pelajar yang bertahap pencapaian akademik yang pandai, sederhana dan lemah. Dalam P&P, saya kerapkali menghadapi masalah menerangkan definisi nilai kepada calon pendidikan khas ini. Malah mereka juga kurang atau tidak mengulangkaji definisi nilai yang telah dipelajari di sekolah. Mereka juga tidak mahu bertanya jika mereka tidak memahami nilai atau tidak pasti dengan definisi nilai kepada saya atau rakan yang tahu kerana takut dilabel sebagai pelajar lemah. Selain itu mereka kurang atau tidak membuat langsung latihan secara kendiri. Keadaan ini mungkin disebabkan kerana mereka bertanggapan bahawa mereka tidak mampu menghafal kesemua 36 nilai dan definisinya. Latihan yang saya beri sebagai kerja rumah atau kerja lebihan tinggal latihan sahaja. Apabila disuruh menjawab dalam kelas, mereka teragak-agak untuk menjawabnya. Perasaan kecewa mendapat murid-murid seperti ini kekadang wujud dalam diri dan jiwa saya. Tetapi itu tidak bermakna tiada tindakan yang drastik saya ambil. Pelbagai cara atau kaedah yang telah saya gunakan untuk menarik minat pelajar pendidikan khas ini terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral ini. Walaupun disedari bahawa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam subjek ini adalah sesuatu yang mustahil bagi pelajar-pelajar ini, tetapi usaha tetap dijalankan sekurang-kurangnya keputusan peperiksaan SPM kelak akan bertambah baik. Bagaimanapun pelajar-pelajar khas yang mengambil subjek ini mempunyai akhlak yang baik dan terpuji. Mereka tidak pernah mengwujudkan sebarang masalah dalam kelas mahupun sekolah. Hal ini dapat membantu saya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan lancar. Hanya bunyi bising mesin Braille yang digunakan oleh mereka untuk menaip kekadang mengganggu kesunyian kelas atau pusat sumber. Keadaan ini tidak dapat dielakkan kerana ia merupakan keperluan asas mereka. Saya terpaksa mengubah cara pemikiran dan harus menerima keadaan mereka dengan hati yang terbuka dan memberi perhatian yang lebih kepada mereka semasa P&P.
  • 5. 3.0 ISU KEPRIHATINAN Kajian yang dijalankan adalah berfokus kepada cara atau strategik P&P yang digunakan ketika mengajar pelajar-pelajar ini. Daripada pemerhatian saya, pelajar-pelajar ini sering menganggap Pendidikan Moral sebagai satu mata pelajaran yang sukar. Saya mendapati mereka belajar dalam keadaan tekanan dan saya sentiasa mengingatkan bahawa subjek ini perlu dilihat dari aspek yang positif. Hal ini kerana kandungan subjek Pendidikan Moral sebenarnya adalah berkaitan dengan kehidupan mereka seharian. Oleh itu wujud idea untuk menggunakan teknik hafalan , iaitu 1 Hari 1 Nilai 1 Definisi. Saya menyuruh ketiga- tiga pelajar khas ini untuk menghafal 1 nilai 1 definisi. Saya juga menyatakan bahawa setiap kali waktu Pendidikan Moral mereka (pelajar khas) ini perlu membacakan nilai dan definisinya kepada saya. Mereka juga perlu menaipnya sebagai pengukuhan. Strategik ini saya jalankan selama 7 bulan dan hasilnya cukup memuaskan. Percaya atau tidak, ketiga-tiga calon pendidikan khas saya ini kini jauh lebih mahir berbanding dengan calon normal. Mereka dapat menyenaraikan kesemua 36 nilai dan definisnya tanpa sebarang masalah. Melalui cara ini juga, saya dapati pelajar-pelajar ini mempunyai memori ingatan yang baik. Teknik yang saya laksanakan ini adalah sebagai salah satu galakan kepada pelajar-pelajar ini serta dapat menambah keyakinan kepada mereka bahawa subjek ini tidak terlalu sukar seperti mana disangkakan oleh mereka. 4.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini dijalankan,pelajar-pelajar pendidikan khas diharapkan akan mencapai objektif seperti berikut.: 4.1 Objektif Umum Meningkatkan pemahaman mereka terhadap subjek Pendidikan Moral. Mereka diharapkan dapat menjawab SPM dengan motivasi yang tinggi dan positif 4.2 Objektif Khusus • Membantu guru mengenal pasti kaedah atau pendekatan mengajar dan amalan mengajar yang lebih berkesan kepada pelajar pendidikan khas • Membantu pelajar pendidikan khas supaya dapat memahami nilai dan definisi nilai. • Meningkatkan pemahaman pelajar pendidikan khas terhadap mata pelajaran ini • Membantu pelajar pendidikan khas meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran ini.
  • 6. 5.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran dalam kajian ini ialah 3 orang pelajar perempuan pendidikan khas: seorang pelajar rabun dan dua orang pelajar buta. Ketiga-tiga pelajar ini mempunyai tahap pencapaian markah yang agak sederhana sahaja dalam Ukian Kemajuan 1(UK1) yang telah diadakan pada awal tahun 2011 (Rujuk Jadual 2).Pada kebiasaannya dalam setiap ujian atau peperiksaan, kadang-kadang mereka lulus atau kadang-kadang mereka gagal. Dalam kalangan pelajar ini minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral adalah sederhana kerana menurut mereka subjek ini adalah susah dan sukar. 6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN 6.1 Tinjauan Awal Saya mendapati markah ujian UK1 yang diperoleh oleh pelajar-pelajar pendidikan khas ini amat sederhana. Sedangkan kandungan ujian UK1 yang digubal oleh saya sendiri ini tidak terlalu banyak menyoal mengikut skema SPM. Saya hanya menguji tahap pemahaman mereka dari aspek definisi dan kata kunci. Selain itu saya hanya menurunkan dua soalan struktur pada aras mudah mengikut JSU Pendidikan Moral (Rujuk Lampiran 1). Namun pencapaian markah mereka tidak boleh dibanggakan. Oleh itu saya terdorong untuk membuat satu kajian berkenaan pencapaian mereka. Saya ingin meneroka dimanakah kelemahan mereka ketika menjawab soalan peperiksaan. 6.2 Analisis Tinjauan Masalah Hasil daripada temubual saya dengan pelajar-pelajar khas ini secara rawak bermula selepas markah ujian diperoleh. Saya dapat merumuskan bahawa pelajar-pelajar saya ini tidak memahami cara atau teknik untuk menjawab soalan Pendidikan Moral berformat SPM. Mereka hanya menjawab mengikut cara tersendiri seperti menjawab soalan struktur pemahaman Bahasa Melayu. Perhatian pada kata kunci nilai tidak sama sekali diaplikasikan oleh mereka dalam jawapan. Mengikut pengalaman mereka ketika di Tingkatan 4, mereka tidak didedahkan langsung dengan teknik jawapan yang betul. Yang aneh ialah pelajar- pelajar ini tidak sama sekali mengetahui bahawa format menulis jawapan struktur dan esei adalah bergantung pada peruntukan markah setiap soalan. Malah yang lebih mengejutkan saya ialah mereka tidak tahu apakah itu : W + KK+ S (W = Watak , KK = Kata Kunci dan S = Situasi). Keadaan ini amat mendukacitakan saya, kerana inilah yang merupakan teknik paling penting dalam menjawab soalan peperiksaan nanti.
  • 7. 6.3 Tindakan Yang Dijalankan Daripada tinjauan masalah yang telah dibuat, saya berpendapat bahawa amat penting bagi saya untuk mewujudkan satu teknik atau kaedah pengajaran yang dapat membantu pelajar pelajar khas ini untuk skor markah yang cemerlang dalam kertas Pendidiakan Moral SPM. Oleh itu, teknik 1 Hari 1 Nilai 1 Definisi dimulakan dengan memberi tumpuan yang lebih. Setiap kali waktu Pendidikan Moral, pelajar-pelajar ini diwajibkan untuk membaca nilai, definisi dan kata kuncinya kepada saya sebelum memulakan sesi pengajaran. Malah saya juga memastikan mereka menaip apa yang dibacakan kepada saya agar mereka tidak lupa begitu saja. Kaedah ini saya jalankan setiap waktu P&P Pendidikan Moral dan saya mendapati keberkesanannya amat positif. Selepas peringkat tersebut, saya mengunakan teknik saya sendiri untuk membolehkan pelajar-pelajar ini mengetahui cara menulis jawapan struktur. Menurut Akta Pendidikan (1996), Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) Jilid 41.No.26.Tambahan No.94.Perundangan yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1998 di Bahagian II menyatakan bahawa dalam melaksanakan Kurikulum Pendidikan Khas, guru-guru boleh mnegubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran masa bagi aktiviti dan suasana aktiviti matapelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. Berdasarkan kepada kebebasan inilah, saya seringkali mengubah teknik pengajaran bersesuaian dengan tahap kebolehan mereka. Teknik yang saya gunakan untuk mereka ini selalunya tidak sama dengan pelajar normal. Dalam pada itu, saya juga menekankan bahawa setiap soalan struktur perlu ditulis dengan mengambil perhatian pada peruntukan markah yang diberi. WKKS perlu diterapkan mengikut peruntukan markah yang diturunkan. Saya juga mengingatkan pelajar-pelajar ini agar berhati-hati semasa menjawab soalan struktur terutamanya yang memerlukan contoh. Di peringkat awal pengajaran saya banyak menggunakan kaedah penerangan dan latih tubi menaip (ini dijalankan oleh dua orang pelajar buta) dan latih tubi menulis untuk pelajar rabun. Langkah ini dapat memahirkan mereka dalam menulis jawapan yang betul. Saya dapati langkah ini amat berkesan kerana pelajar mula mahir dengan cara menulis jawapan yang betul. Pada peperiksaan Pra Percubaan yang dijalankan oleh saya, markah pencapaian ketiga-tiga calon ini amat membanggakan. Malah mereka sendiri telah mengaku bahawa mereka kini lebih confident ketika menjawab soalan Pendidikan Moral.
  • 8. 6.4 Pemerhatian Saya menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah seperti yang diterangkan di atas selama tujuh bulan. Sepanjang kajian dilaksanakan perubahan tingkah laku pelajar dapat diperhatikan. Mereka juga turut terlibat dalam perbincangan secara kelas bersama-sama pelajar normal yang lain. Pelajar yang pada peringkat permulaanya berasa malu dan tidak aktif telah menunjukkan perubahan sikap yang lebih baik. Mereka aktif dan sering memberi respon semasa P&P. Malah cara ini sedikit demi sedikit memberikan keyakinan kepada mereka bahawa mereka boleh belajar Pendidian Moral melalui multikaedah dan bukannya dengan satu kaedah sahaja. 6.5 Analisis Ujian Jadual 2 menunjukkan markah pencapaian pelajar dalam Ujian Kemajuan 1, Pra Percubaan dan Percubaan SPM 2011. Markah ini direkod untuk melihat prestasi pelajar dalam menjawab soalan. Jadual 2. Pencapaian pelajar SMK Alma BM dalam Ujian Kemajuan 1, Pra Percubaan dan Percubaan SPM Pendidikan Moral SPM 2010 Calon Khas Uijan Kemajuan 1 Pra Percubaan SPM Catatan P.Moral Percubaan Rabun 50 76 85 Buta 35 42 60 Buta 22 40 56 Pencapaian ketiga-tiga calon khas ini telah meningkat dari paras lemah ke paras baik. Misalnya, dalam UK1 keputusan menunjukkan mereka tidak menjawab dengan bersungguh- sungguh, manakala keputusan Pra Percubaan pula menunjukkan peningkatan dalam pencapaian. Walau bagaimanapun, pencapaian kedua-dua calon buta masih berada pada tahap lulus rendah. Keadaan ini adalah disebabkan cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam menjawab dengan Braille dan proses pentafsiran jawapan ke rumi oleh guru pendidikan khas. Saya beranggapan kebarangkalian kewujudan kesilapan ketika proses pentafsiran oleh guru khas mungkin tinggi. Ini kerana guru khas bukan guru opsyen pendidikan Moral. Namun begitu, pencapaian calon khas ini telah meningkat lagi dalam peperiksaan Percubaan SPM.
  • 9. 6.6 Refleksi Kajian Saya berpendapat bahawa sebagai seorang guru, sokongan kepada pelajar amat penting. Sebagai guru, kaedah atau teknik pengajaran perlu dipelbagaikan untuk menarik minat pelajar terhadap topik yang diajar. Setiap pelajar mempunyai kecerdasan yang pelbagai. Oleh itu kreativiti seseorang guru amat penting untuk menghasilkan satu sesi pengajaran yang menarik. Sebagai guru kita pasti akan berasa bersemangat dan teruja apabila pelajar berkata ‘kami sentiasa menunggu-nunggu kedatangan cikgu’ untuk mengajar kami. Walaupun kadang-kadang terdapat keputusan ujian mereka tidak mencapai target, tetapi keinginan dan minat mereka terhadap mata pelajaran tersebut adalah penting. Pelajar adalah golongan yang sedang belajar, kesilapan dan kegagalan adalah satu proses yang perlu dilalui oleh mereka. Justeru itu sebagai golongan pendidik yang dedikasi dan prihatin sokongan dan kesabaran terhadap mereka hendaklah diberikan 100% tanpa rasa berbelah bahagi. Dengan ini, saya rasa saya telah sedaya upaya membantu ketiga-tiga calon pendidikan khas ini untuk menjawab SPM Pendidikan Moral dengan baik. Hasil kajian juga membuktikan bahawa teknik pengajaran yang digunapakai oleh saya telah membuahkan hasil. Saya menaruh harapan yang besar terhadap ketiga-tiga calon ini untuk mendapat keputusan A+ /A /A-/B+ dalam SPM nanti. 7.0 KESIMPULAN Walaupun pada peringkat awal ketiga-tiga calon ini merupakan satu bebanan bagi saya dalam proses P&P tetapi melalui semangat positif dan kaedah P&P yang digunapakai, akhirnya saya amat selesa mengajar kumpulan pelajar ini. Malah ada masa, saya rasa mereka jauh lebih attentive dalam P&P saya berbanding dengan pelajar normal yang lain. Walaupun ada beberapa cabaran dan halangan ketika mengendalikan P&P untuk mereka, namun ia dapat diatasi dengan usaha dan sokongan dari pihak pendidikan khas SMK Alma sendiri. Saya telah menetapkan ketiga-tiga calon khas ini dalam senarai calon harapan A+, A, A- atau B+ untuk kertas Pendidikan Moral SPM bagi tahun ini. Ini merupakan satu cabaran dan kayu ukur untuk keberkesanan pengajaran saya sebagai seorang Guru Cemerlang.
  • 10. SENARAI RUJUKAN Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas), Kementerian Malaysia. Arhar, Joanne; Holly, Mary Louise; and Kasten, Wendy C. (2000) Action research for teachers : traveling the yellow brick road. Upper Saddle River, NJ.: Prentice-Hall. Armstrong, Felicity, and Moore, Michele, eds. (2004) Action research for inclusive education: changing places, changing practices, changing minds. London: RoutledgeFalmer. Cathcart, R.L., & Olsen, J.W.B. (1976). Teachers’ and students’ preferences for correction of classroom conversation errors. In J.F. Fanselow & R.H. Crymes (eds.), On TESOL ’76 (pp.41-53).Washington, D.C.: TESOL Che Mansor bin Che Tom. (2000). Jurnal Bestari : Koleksi Guru Johor. Jabatan Pendidikan Negeri Johor. (hlmn 48). Chua Yock Chuan .(2001). Personaliti dan Motivasi Pelajar. Jurnal Pendidikan : PKPSM Johor.(hlmn 61-64). Jeya Velu,et.al.(2000) Pembangunan Profesional Guru : Kursus Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah. Kota Kinabalu: Maktab Perguruan Gaya Kohlberg,L., (1974). Education, moral development and faith. Journal of Moral Education. 4(3), 5-16 Krebs, D.L., Vermeulen, S.C., Benton,K.L., & Carpendale, J.I. (1992). Gender and perspective differences in moral judgement and orientation. Journal of Moral Education. Vol. 23(1), 17-25 Purpel,D.E., & Ryan, K (ed). (1976). Moral education. It comes with the territory. Berkeley, Califronia : Mc Cutchan