Penderaan warga tua boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti penderaan fizikal, sosial, psikologikal, seksual dan kewangan. Ini adalah tindakan yang sangat memalukan terhadap warga tua yang seharusnya dihormati atas sumbangan dan pengorbanan mereka dalam membesarkan generasi muda.
4. Penderaan warga emas boleh ditakrifkan
sebagai perlakuan tidak wajar yang
dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti :
Penderaan
Fizikal
Penderaan
Sosial
Penderaan
Psikologikal/Emosi
Penderaan
Seksual
Kewangan
5.
6. Tindakan yang menyebabkan
kesakitan & kecederaan kepada
warga tua seperti memukul,
menolak, menyekat serta
mengurung warga tua dengan cara
yang tidak sepatutnya @ kejam.
7. Tindakan yang boleh menyebabkan gangguan
emosi & kesusahan kepada warga tua seperti
ancaman & kata-kata yang boleh mengaibkan
serta melukakan hati.
Ia termasuk tindakan yang menyebabkan warga
tua tersebut takut dicederakan, tidak diberi
perhatian, diganggu & diasingkan daripada rakan
lain serta ahli keluarga,. Harta & barang-barang
peribadi, termasuk haiwan peliharaan
dimusnahkan.
8. Berlaku dalam situasi dimana warga
tua tidak diberikan keperluan asas
mereka seperti makanan, minuman,
pakaian, penjagaan fizikal, perubatan &
sokongan dari segi kewangan.
Boleh berlaku secara sengaja atau
tidak.
9. Berlaku apabila seseorang warga tua
dipaksa untuk melakukan hubungan
seks.
Ini termasuk tindakan yang dilakukan
terhadap warga tua yang tidak boleh
memberikan persetujuan kepada
perlakuan seks tersebut.
10. Berlaku apabila pendera menyalahgunakan
dana atau sumber kewangan warga tua untuk
kepentingan peribadi.
Pendera mungkin cuba untuk mempengaruhi
warga tua supaya mengubah
perbuatan/pelaksanaan wasiat, menghalang
warga tua tersebut mengakses kepada dana
peribadi mereka atau melibatkan warga tua
dalam komplot kewangan.
11. Berlaku apabila anggota
keluarga/anak-anak sengaja
menempatkan warga tua dalam
situasi dimana warga tua itu perlu
menguruskan sendiri keperluannya
walaupun ia diluar keupayaan atau
kemampuannya.
12. Warga Emas
Masalah dalam
berkomunikasi
Gangguan
daya ingatan
Cacat Anggota @
Tidak dapat
bergerak
Rasa curiga @
Enggan
dibantu
Pendera
Kurang pengetahuan
@ kemahiran dalam
menjaga warga emas
Tiada pilihan
lain(terpaksa
menjaga)
Bebanan
Kewangan
Pengalaman masa
lampau(Pernah didera)
13.
14. Mengeksplorasi setiap permasalahan yang dihadapi oleh klien (warga tua) dan
mengenalpasti faktor serta kesan daripada permasalahan tersebut.
Setiap faktor mempunyai ‘kebarangkalian’ untuk menjadi faktor yang
dominan.
Pembentukan hubungan rapo amat penting pada tahap ini dan pekerja sosial
perlu mahir dalam berkomunkasi serta mempunyai kemahiran memimpin yang
mantap.
Dalam konteks latihan, pekerja sosial lazimnya akan cuba untuk meletakkan
klien(warga tua) selesa dengan cara :
1. Memberi peluang untuk setiap ahli mengenali antara satu sama
lain(melalui aktiviti-aktiviti suai kenal)
2. Membiarkan klien tahu apa yang boleh mereka harapkan daripada
proses pembentukan kumpulan(matlamat & objektif)
3. Menjelaskan bagaimana mereka(klien) diharapkan untuk bekerja
bersama(peraturan asas)
15. Berkemungkinan terdapat klien(warga tua) yang tidak bersetuju atau
setuju mengenai sesuatu perkara termasuk bagaimana mereka ingin
bekerja dalam kumpulan.
Terdapat perbezaan pendapat atau pandangan antara ahli dalam
kumpulan yang dibentuk.
Kemahiran kepimpinan, gaya kerja dan pendekatan yang akan
digunakan oleh pekerja sosial perlu sistematik untuk memastikan
kedinamikan kumpulan yang dikendalikan.
Klien(warga tua) sudah mengenali antara satu sama lain & mampu
mengutarakan pelbagai bentuk pendapat mahupun pandangan yang
berbeza-beza bergantung kepada situasi permasalahan yang dihadapi
atau dialami.
Memandangkan klien sudah mulai berasa lebih yakin & berani, mereka
mampu untuk berhujah & berkemungkinan akan mencabar pekerja
sosial atau cuba untuk menarik perhatian. Klien juga turut berkebolehan
untuk mencabar peraturan yang ditetapkan oleh pekerja sosial.
16. Setiap ahli dalam kumpulan merasakan bahawa diri mereka
adalah sebahagian daripada kelompok kerja.
Pekerja sosial dan ahli dalam kelompok kerja berusaha untuk
mencapai keselarasan & menghindari apa jua bentuk konflik yang
boleh mengganggu keharmonian kumpulan yang dibentuk.
Pada peringkat ini, pemimpin iaitu pekerja sosial harus
memainkan peranan penting dalam usaha untuk mendorong setiap
ahli dalam kumpulan agar lebih bertanggungjawab & tidak hanya
bergantung kepada pekerja sosial sahaja. Setiap ahli perlu
bekerjasama untuk memecahkan masalah & menetapkan tujuan.
17. Peringkat paling penting dan utama dalam proses kerja kumpulan dan
memerlukan pemahaman yang benar-benar jelas mengenai apa-apa yang telah
direncanakan dalam usaha menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.
Peringkat dimana setiap ahli dalam kumpulan perlu mempunyai kata sepakat
atau kesepakatan secara bersama dalam usaha ke arah penetapan matlamat yang
sama.
Bukan suatu perkara yang mudah untuk mencapai kesepakatan mahupun
mendapatkan persetujuan secara bersama dalam sesebuah kumpulan & ia
mengambil masa yang agak lama memandangkan setiap ahli mempunyai
persepsi atau represi yang berbeza-beza.
Setiap ahli mempunyai represi yang dirujuk melalui pengalaman masa lalu,
pengetahuan masa lalu & sebagainya.
Pekerja sosial perlu memberi ruang & peluang kepada setiap ahli untuk
berbincang antara ahli dalam usaha untuk mencapai persetujuan secara bersama.
Pengetahuan yang tinggi bukanlah suatu jaminan untuk sesebuah kumpulan
dengan mudah untuk mencapai kesepakatan, kerana setiap ahli dalam kumpulan
datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza-beza baik dari segi
sosioekonomi, pendidikan & sebagainya.
18. Setiap ahli dalam kumpulan sudah cukup jelas dengan tugas serta
peranan yang perlu dimainkan dalam usaha untuk menyelesaikan
permasalahan yang dihadapi.
Status ahli kumpulan stabil dan setiap ahli dalam kumpulan
boleh saling menerima tanggungjawab serta peranan masing-
masing.
Pada peringkat ini, setiap ahli(klien) akan lebih mementingkan
kepentingan kelompok atau kumpulan berbanding kepentingan
peribadi.
19. Segala apa yang telah dilakukan belum dikira berjaya sekiranya
permasalahan yang dihadapi masih lagi tidak dapat menemui
jalan keluar.
Pembentukan kerja kumpulan dalam kerja sosial ini bukan hanya
akan memberikan suatu pengalaman pembelajaran kepada setiap
ahli(klien), tetapi ia juga turut dapat dijadikan sebagai suatu
pengalaman sosial.
20.
21.
22. Penderaan terhadap warga tua ini adalah tindakan
yang sangat memalukan apatahlagi ia berlaku di
negara yang begitu menghormati & menyanjung tinggi
ahli masyarakat yang lebih tua. Si anak yang ditatang
bagai minyak yang penuh semasa kecil bertukar
menjadi si tanggang moden yang sanggup memukul &
mengabaikan tangan lembut yang membelainya ketika
bayi & tangan sasa yang membanting tulang
menyaranya hingga berjaya menjadi seperti mereka
yang hari ini.