SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 36
Pengkebumian
Tempayan
Pengkebumian
Tempayan
Pengkebumian mayat di dalam tempayan
merupakan sejenis kebudayaan yang diamalkan
oleh masyarakat zaman prasejarah akhir.
Amalan pengkebumian di dalam tempayan atau
guri (jar burial) juga merupakan salah satu jenis
pengkebumian yang diamalkan oleh masyarakat
prasejarah di negara ini.
Berdasarkan rekod penemuan, adat pengkebumian
dalam tempayan diamalkan oleh masyarakat di
Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Amalan pengkebumian ini bermula pada Zaman
Prasejarah terutama di Zaman Neolitik di mana ia
dikaitkan dengan masyarakat yang tinggal di
kawasan pesisir pantai.
Di Malaysia, amalan perkuburan tempayan ini
banyak ditemui di dalam gua-gua batu kapur di
Sarawak dan Sabah.
Selain itu, tapak pengkebumian tempayan turut
ditemui di Gua Tuba, Pulau Tuba, Langkawi.
Jenis dan Fungsi
Menurut Mohd. Supian Sabtu, tempayan di dalam
kajian arkeologi jika dilihat berdasarkan material
pembuatannya dikenali juga dalam keluarga
earthenware atau stoneware.
Sementara itu jika dilihat dari segi fungsinya pula,
tempayan digunakan agak meluas kerana
kepelbagaiannya, seperti tempat menyimpan air,
menyimpan makanan, penguburan, lambang status
dan tujuan perdagangan.
Pada zaman prasejarah akhir tempayan turut
berkembang sebagai sarana pengkebumian selain
daripada keperluan hidup sehari-hari untuk
penyimpanan makanan dan perdagangan.
Ciri-ciri
Ciri utama pengkebumian dalam tempayan adalah
penemuan tempayan-tempayan yang digunakan sebagai
tempat untuk menyimpan mayat atau tulang-tulang
manusia.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis ciri yang
lain berkaitan dengan kebudayaan ini,iaitu;
 Tempayan atau guri itu disimpan atau disorokkan di
tempat-tempat yang tersembunyi seperti di gua-gua batu
atau di celah-celah banir pokok.
 Tempayan-tempayan ini dibuat khas dengan bentuk-
bentuk yang unik melalui paparan ragam-ragam hias yang
dapat menggambarkan pengembaraan roh-roh sedang
menuju ke alam akhirat.
 Terdapat beberapa peralatan digunakan sebagai objek
iringan bagi mengiringi si mati
Proses Pengkebumian
• Pengkebumian tempayan dilaksanakan dalam dua bentuk
atau proses iaitu pengkebumian primer dan pengkebumian
sekunder.
Pengkebumian Primer
Pengkebumian primer merupakan proses
pengkebumian ke atas mayat yang dilakukan
secara terus.
Amalan budaya ini bermula selepas berlaku
kematian seseorang, maka mayatnya kemudian
akan disimpan terus di dalam tempayan tanah.
Mayat tersebut akan disimpan bersama-sama
dengan beberapa objek iringan yang lain. Di
antara objek-objek iringan tersebut ialah berupa
alat-alat perkakas, perhiasan diri, tembikar tanah
dan lain-lain.
Tempayan yang berisi mayat itu kemudiannya
akan disimpan di tempat yang lebih selamat
khususnya di dalam gua-gua.
Pengkebumian Sekunder
Pengkebumian sekunder merupakan amalan
pengkebumian yang berlaku dalam dua bentuk
atau proses.
Proses pertama ialah mayat orang yang meninggal
akan disimpan terlebih dahulu di suatu tempat
yang selamat dan ia dibiarkan mengalami proses
pereputan.
Selepas suatu tempoh tertentu, tulang-tulang
mayat tersebut akan reput dan hancur. Kemudian
saki baki tulang tersebut akan dikutip semula dan
dikumpulkan di dalam tempayan.
Proses seterusnya ialah tempayan yang berisi
dengan tulang-tulang mayat tersebut kemudiannya
akan disimpan di suatu tempat yang telah dipilih
sebagai lokasi perkuburan.
Tempat yang digunakan sebagai kawasan
perkuburan tempayan ini lazimnya dipilih khas
dengan mengambilkira beberapa pertimbangan.
Di antara perkara yang biasa diambil perhatian
ialah faktor keselamatan, iaitu selamat dari
gangguan binatang, tidak tenggelam air,
kedudukan yang tersembunyi dari disinggahi dan
dianggap suci.
Tulang serta tengkorak diambil dan disusun di
dalam tempayan untuk dikebumikan dengan
meletakkan tempayan di atas lantai gua batu
kapur.
Pentarikhan
Pentarikhan berkaitan dengan pengkebumian dalam
tempayan sukar ditentukan secara mutlak.
Namun menurut Mohd. Supian Sabtu, pada zaman
prasejarah, tempayan yang dikesan diguna sebagai
pengkebumian adalah di tapak Gua Manunggul, Pulau
Palawan Filipina.
Ia merupakan pengkebumian kedua dan pentarikhannya
diberikan sekitar 890 hingga 701 sebelum masihi.
Sementara itu, berdasarkan pentarikhan di Gua Niah,
Sarawak dianggarkan berusia akhir abad ke-2 sebelum
masihi iaitu dengan menggunakan tembikar tanah yang
digunakan untuk menyimpan abu dan tulang mayat yang
dibakar.
Terdapat kesan damar yang digunakan untuk membakar
mayat pada tulang yang disimpan di dalam tempayan.
Penggunaan tempayan sebagai kubur pengkebumian juga
dapat dikesan di Indonesia dan antara lokasi utama adalah
di Gua Uattam, Maluku utara yang mempunyai
pentarikhan sekitar 1 - 1200 Masihi.
Di samping itu, pengebumian ini juga turut ditemui di gua
kecil Leang Buidane, Kepulauan Talaud. Walau
bagaimanapun berdasarkan kepada data ikonografi,
tempayan telah dicatat secara pictorial sekitar abad ke-8
Masihi.
Jumpaan Di Malaysia
Salah sebuah tempayan atau guri yang dipercayai
dijadikan tempat menyimpan tulang mayat ialah yang
ditemui di Kampung Limbongan, Kuala Terengganu iaitu
kira-kira 15 kilometer dari bandar Jertih.
Tapak ini telah dilakukan galicari sekitar tahun 1985 dan
diperkirakan beasal dari zaman Logam iaitu sekitar 1000
tahun dahulu.
Tempayan yang ditemui di Kampung Limbongan ini
berbentuk labu air, ia berukuran 32 cm (bulat
permukaannya), 30 cm ukur lilit dan 1 meter tinggi.
Ia diperbuat dari tanah liat dan mempunyai penutup.
Tempayan (guri) ini dipercayai pernah dijadikan tempat
untuk menyimpan tulang mayat oleh masyarakat Zaman
Prasejarah.
Berdasarkan penyelidikan didapati tempayan ini pernah
dijadikan bekas untuk menyimpan tulang-tulang mayat
yang menjadi amalan masyarakat Zaman Prasejarah
khususnya masyarakat Zaman Logam.
Tempayan ini dikaitkan dengan kaedah pengkebumian
sekunder di mana sisa mayat disimpan di dalam tempayan
untuk disemadikan selepas tulang-tulangnya dikutip
semula selepas tempoh tertentu.
Bersama-sama dengan tempayan ini juga ditemui tulang
mawas, tembikar tanah dan manik disamping alat-alat
senjata seperti tombak, lembing dan kapak bersadur
permata.
Selain tempayan yang dijumpai di Kampung Limbongan
(Terengganu), pengkebumian mayat dalam tempayan juga
ditemui di Gua Niah (Sarawak).
Tapak ini juga dikaitkan dengan pengkebumian sekunder
dengan pentarikhannya ialah sekitar penghujung Zaman
Logam.
Pengkebumian dalam tempayan telah lama diamalkan di
Borneo sejak 1500 sebelum Masihi. Amalan ini
berkembang luas sehingga ke kawasan pedalaman Borneo
dan amalan ini masih dijalankan sehingga awal abad ke 20.
• Di kalangan masyarakat Orang Ulu seperti Punan, Kayan
dan Kenyah, mayat seseorang yang disayangi akan
disimpan dalam tempayan dan seterusnya disemadikan di
atas tiang ’klirieng’ yang dikenali sebagai pondok mayat
’Salong’.
Berkaitan dengan amalan pengkebumian mayat di dalam
tempayan di Sarawak, masyarakat Kelabit misalnya,
meletakkan tempayan mayat berhampiran dengan struktur
megalit yang dibina khas di suatu kawasan di dalam hutan.
Selain itu, masyarakat Kelabit pada suatu ketika dahulu
juga menyimpan tulang nenek moyang mereka di dalam
tempayan besar buatan Dinasti Ming.
Mengikut kepercayaan mereka tempayan merupakan
simbolik rahim wanita. Mayat tersebut akan disimpan di
dalam tempayan mengikut posisi bayi yang berada di
dalam rahim ibu untuk kelahiran semula.
Mereka juga menggunakan seramik dalam upacara
pengkebumian kepala.
Kepala musuh akan digantung bersama beberapa tempayan
bagi tujuan memperolehi kekuatan yang empunya kepala.
Penutup kayu yang berukir digunakan bagi menutup mulut
tempayan demi memelihara semangat yang berada di
dalamnya.
Setiap tempayan tadi sama nilainya dengan satu kepala.
Nilai sesebuah tajau lama boleh disamakan dengan
seseorang manusia dan boleh dijadikan sebagai penebus
seorang hamba atau mangsa korban.
Sementara di Sabah, pengkebumian mayat di dalam
tempayan turut ditemui di dalam gua seperti di Pusu
Lumut dan Hagop Bilo.
Tradisi pengkebumian ini dipercayai diamalkan oleh
masyarakat Orang Sungai dan suku kaum Idahan.
Rumusan
Lazimnya tempat atau lokasi kawasan perkuburan
mayat dalam tempayan ini selalunya dipilih
khusus, tersembunyi dari disinggahi dan ia
dianggap suci.
Melalui hubungan perdagangan dengan China
terutama pada kurun ke-9 Masihi, penggunaan
tempayan dari negara China telah mula
mengambil alih penggunaan tembikar-tembikar
tanah tempatan.
Tempayan-tempayan China Zaman Dinasti Sung
telah dijadikan barang dagangan utama sebagai
bahan pertukaran dengan masyarakat tempatan.
Sekian, terima kasih

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA
ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIAZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA
ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIAIzatul Hanim
 
Geografi Tingkatan 3 Bab 11- Kegiatan Ekonomi Utama
Geografi Tingkatan 3 Bab 11- Kegiatan Ekonomi UtamaGeografi Tingkatan 3 Bab 11- Kegiatan Ekonomi Utama
Geografi Tingkatan 3 Bab 11- Kegiatan Ekonomi UtamaJolynn Tee
 
ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA
ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIAZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA
ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIAIzatul Hanim
 
Kegiatan Ekonomi Sarawak
Kegiatan Ekonomi SarawakKegiatan Ekonomi Sarawak
Kegiatan Ekonomi SarawakNur Syafika
 
Zaman paleolitik di malaysia
Zaman paleolitik di malaysiaZaman paleolitik di malaysia
Zaman paleolitik di malaysiaNorshafiza Ismail
 
Sejarah Tingkatan 1: Bab 2 ZAMAN PRA SEJARAH
Sejarah Tingkatan 1: Bab 2 ZAMAN PRA SEJARAHSejarah Tingkatan 1: Bab 2 ZAMAN PRA SEJARAH
Sejarah Tingkatan 1: Bab 2 ZAMAN PRA SEJARAHhamdan che hassan
 
Ciri-ciri tamadun mesopotamia
Ciri-ciri tamadun mesopotamiaCiri-ciri tamadun mesopotamia
Ciri-ciri tamadun mesopotamianoor izati
 
Fungsi bandar di malaysia
Fungsi bandar di malaysiaFungsi bandar di malaysia
Fungsi bandar di malaysiajuliana
 
Fungsi petempatan bandar dan luar bandar
Fungsi petempatan bandar dan luar bandarFungsi petempatan bandar dan luar bandar
Fungsi petempatan bandar dan luar bandarMohd Alfathi
 
kebudayaan prasejarah akhir
 kebudayaan prasejarah akhir kebudayaan prasejarah akhir
kebudayaan prasejarah akhirAtika Nasima
 
Jenis jenis pola saliran
Jenis jenis pola saliranJenis jenis pola saliran
Jenis jenis pola saliranhusnuzan84
 
Sejarah Tingkatan 1 KSSM:Zaman air batu
Sejarah Tingkatan 1 KSSM:Zaman air batu Sejarah Tingkatan 1 KSSM:Zaman air batu
Sejarah Tingkatan 1 KSSM:Zaman air batu Aiman Knight
 
Presentation sejarah
Presentation sejarah Presentation sejarah
Presentation sejarah Ku Azirah
 
Bab2 Zaman Prasejarah
Bab2 Zaman PrasejarahBab2 Zaman Prasejarah
Bab2 Zaman Prasejarahnieda79iman
 
Kepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysiaKepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysiaMages Panjaman
 

Was ist angesagt? (20)

ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA
ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIAZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA
ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA
 
Geografi Tingkatan 3 Bab 11- Kegiatan Ekonomi Utama
Geografi Tingkatan 3 Bab 11- Kegiatan Ekonomi UtamaGeografi Tingkatan 3 Bab 11- Kegiatan Ekonomi Utama
Geografi Tingkatan 3 Bab 11- Kegiatan Ekonomi Utama
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA
ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIAZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA
ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA
 
Kegiatan Ekonomi Sarawak
Kegiatan Ekonomi SarawakKegiatan Ekonomi Sarawak
Kegiatan Ekonomi Sarawak
 
Zaman paleolitik di malaysia
Zaman paleolitik di malaysiaZaman paleolitik di malaysia
Zaman paleolitik di malaysia
 
Sejarah Tingkatan 1: Bab 2 ZAMAN PRA SEJARAH
Sejarah Tingkatan 1: Bab 2 ZAMAN PRA SEJARAHSejarah Tingkatan 1: Bab 2 ZAMAN PRA SEJARAH
Sejarah Tingkatan 1: Bab 2 ZAMAN PRA SEJARAH
 
Ciri-ciri tamadun mesopotamia
Ciri-ciri tamadun mesopotamiaCiri-ciri tamadun mesopotamia
Ciri-ciri tamadun mesopotamia
 
Zaman mesolitik & neolitik
Zaman mesolitik & neolitikZaman mesolitik & neolitik
Zaman mesolitik & neolitik
 
Neolitik
NeolitikNeolitik
Neolitik
 
Fungsi bandar di malaysia
Fungsi bandar di malaysiaFungsi bandar di malaysia
Fungsi bandar di malaysia
 
Fungsi petempatan bandar dan luar bandar
Fungsi petempatan bandar dan luar bandarFungsi petempatan bandar dan luar bandar
Fungsi petempatan bandar dan luar bandar
 
Zaman pra sejarah
Zaman pra sejarahZaman pra sejarah
Zaman pra sejarah
 
kebudayaan prasejarah akhir
 kebudayaan prasejarah akhir kebudayaan prasejarah akhir
kebudayaan prasejarah akhir
 
Jenis jenis pola saliran
Jenis jenis pola saliranJenis jenis pola saliran
Jenis jenis pola saliran
 
Sejarah Tingkatan 1 KSSM:Zaman air batu
Sejarah Tingkatan 1 KSSM:Zaman air batu Sejarah Tingkatan 1 KSSM:Zaman air batu
Sejarah Tingkatan 1 KSSM:Zaman air batu
 
Zaman pra sejarah
Zaman pra sejarahZaman pra sejarah
Zaman pra sejarah
 
Presentation sejarah
Presentation sejarah Presentation sejarah
Presentation sejarah
 
Bab2 Zaman Prasejarah
Bab2 Zaman PrasejarahBab2 Zaman Prasejarah
Bab2 Zaman Prasejarah
 
Kepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysiaKepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysia
 

Ähnlich wie pengkebumian tempayan

Tutorial uaw 201 KEBUDAYAAN MESOLITIK DUNIA
Tutorial uaw 201 KEBUDAYAAN MESOLITIK DUNIATutorial uaw 201 KEBUDAYAAN MESOLITIK DUNIA
Tutorial uaw 201 KEBUDAYAAN MESOLITIK DUNIARajali Md Hasri
 
Hsa3013 – prasejarah dan protosejarah asia tenggara (slide ) ( gendang gangs...
Hsa3013 – prasejarah dan protosejarah  asia tenggara (slide ) ( gendang gangs...Hsa3013 – prasejarah dan protosejarah  asia tenggara (slide ) ( gendang gangs...
Hsa3013 – prasejarah dan protosejarah asia tenggara (slide ) ( gendang gangs...Welly Bart
 
Asalusul melayu
Asalusul melayuAsalusul melayu
Asalusul melayulibangulu
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUZakira Hafizah
 
Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163
Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163
Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163Thomas Mon
 
Zaman prasejarah di malaysia
Zaman prasejarah di malaysiaZaman prasejarah di malaysia
Zaman prasejarah di malaysiajenniferho0830
 
Sejarah Tingkatan 1
Sejarah Tingkatan 1 Sejarah Tingkatan 1
Sejarah Tingkatan 1 Nurin Imanina
 
08(b) isi pelajaran interaksi 2
08(b) isi pelajaran  interaksi 208(b) isi pelajaran  interaksi 2
08(b) isi pelajaran interaksi 2Hendon Ramlan
 

Ähnlich wie pengkebumian tempayan (15)

Nota
NotaNota
Nota
 
Nota Sejarah Bab 2
Nota Sejarah  Bab 2Nota Sejarah  Bab 2
Nota Sejarah Bab 2
 
Tutorial uaw 201 KEBUDAYAAN MESOLITIK DUNIA
Tutorial uaw 201 KEBUDAYAAN MESOLITIK DUNIATutorial uaw 201 KEBUDAYAAN MESOLITIK DUNIA
Tutorial uaw 201 KEBUDAYAAN MESOLITIK DUNIA
 
Sosiobudaya srwk
Sosiobudaya srwkSosiobudaya srwk
Sosiobudaya srwk
 
Hsa3013 – prasejarah dan protosejarah asia tenggara (slide ) ( gendang gangs...
Hsa3013 – prasejarah dan protosejarah  asia tenggara (slide ) ( gendang gangs...Hsa3013 – prasejarah dan protosejarah  asia tenggara (slide ) ( gendang gangs...
Hsa3013 – prasejarah dan protosejarah asia tenggara (slide ) ( gendang gangs...
 
Asalusul melayu
Asalusul melayuAsalusul melayu
Asalusul melayu
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
 
Sejarah pbs
Sejarah pbsSejarah pbs
Sejarah pbs
 
Asal melayu
Asal melayuAsal melayu
Asal melayu
 
Presentation bm1 asal bm
Presentation bm1 asal bmPresentation bm1 asal bm
Presentation bm1 asal bm
 
Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163
Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163
Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163
 
Zaman prasejarah di malaysia
Zaman prasejarah di malaysiaZaman prasejarah di malaysia
Zaman prasejarah di malaysia
 
Sejarah Tingkatan 1
Sejarah Tingkatan 1 Sejarah Tingkatan 1
Sejarah Tingkatan 1
 
08(b) isi pelajaran interaksi 2
08(b) isi pelajaran  interaksi 208(b) isi pelajaran  interaksi 2
08(b) isi pelajaran interaksi 2
 
Nota sejarah
Nota sejarahNota sejarah
Nota sejarah
 

pengkebumian tempayan

  • 2. Pengkebumian mayat di dalam tempayan merupakan sejenis kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat zaman prasejarah akhir. Amalan pengkebumian di dalam tempayan atau guri (jar burial) juga merupakan salah satu jenis pengkebumian yang diamalkan oleh masyarakat prasejarah di negara ini.
  • 3. Berdasarkan rekod penemuan, adat pengkebumian dalam tempayan diamalkan oleh masyarakat di Terengganu, Sabah dan Sarawak. Amalan pengkebumian ini bermula pada Zaman Prasejarah terutama di Zaman Neolitik di mana ia dikaitkan dengan masyarakat yang tinggal di kawasan pesisir pantai.
  • 4. Di Malaysia, amalan perkuburan tempayan ini banyak ditemui di dalam gua-gua batu kapur di Sarawak dan Sabah. Selain itu, tapak pengkebumian tempayan turut ditemui di Gua Tuba, Pulau Tuba, Langkawi.
  • 5. Jenis dan Fungsi Menurut Mohd. Supian Sabtu, tempayan di dalam kajian arkeologi jika dilihat berdasarkan material pembuatannya dikenali juga dalam keluarga earthenware atau stoneware. Sementara itu jika dilihat dari segi fungsinya pula, tempayan digunakan agak meluas kerana kepelbagaiannya, seperti tempat menyimpan air, menyimpan makanan, penguburan, lambang status dan tujuan perdagangan.
  • 6. Pada zaman prasejarah akhir tempayan turut berkembang sebagai sarana pengkebumian selain daripada keperluan hidup sehari-hari untuk penyimpanan makanan dan perdagangan.
  • 7. Ciri-ciri Ciri utama pengkebumian dalam tempayan adalah penemuan tempayan-tempayan yang digunakan sebagai tempat untuk menyimpan mayat atau tulang-tulang manusia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis ciri yang lain berkaitan dengan kebudayaan ini,iaitu;
  • 8.  Tempayan atau guri itu disimpan atau disorokkan di tempat-tempat yang tersembunyi seperti di gua-gua batu atau di celah-celah banir pokok.  Tempayan-tempayan ini dibuat khas dengan bentuk- bentuk yang unik melalui paparan ragam-ragam hias yang dapat menggambarkan pengembaraan roh-roh sedang menuju ke alam akhirat.  Terdapat beberapa peralatan digunakan sebagai objek iringan bagi mengiringi si mati
  • 9. Proses Pengkebumian • Pengkebumian tempayan dilaksanakan dalam dua bentuk atau proses iaitu pengkebumian primer dan pengkebumian sekunder.
  • 10. Pengkebumian Primer Pengkebumian primer merupakan proses pengkebumian ke atas mayat yang dilakukan secara terus. Amalan budaya ini bermula selepas berlaku kematian seseorang, maka mayatnya kemudian akan disimpan terus di dalam tempayan tanah.
  • 11. Mayat tersebut akan disimpan bersama-sama dengan beberapa objek iringan yang lain. Di antara objek-objek iringan tersebut ialah berupa alat-alat perkakas, perhiasan diri, tembikar tanah dan lain-lain. Tempayan yang berisi mayat itu kemudiannya akan disimpan di tempat yang lebih selamat khususnya di dalam gua-gua.
  • 12. Pengkebumian Sekunder Pengkebumian sekunder merupakan amalan pengkebumian yang berlaku dalam dua bentuk atau proses. Proses pertama ialah mayat orang yang meninggal akan disimpan terlebih dahulu di suatu tempat yang selamat dan ia dibiarkan mengalami proses pereputan.
  • 13. Selepas suatu tempoh tertentu, tulang-tulang mayat tersebut akan reput dan hancur. Kemudian saki baki tulang tersebut akan dikutip semula dan dikumpulkan di dalam tempayan. Proses seterusnya ialah tempayan yang berisi dengan tulang-tulang mayat tersebut kemudiannya akan disimpan di suatu tempat yang telah dipilih sebagai lokasi perkuburan.
  • 14. Tempat yang digunakan sebagai kawasan perkuburan tempayan ini lazimnya dipilih khas dengan mengambilkira beberapa pertimbangan. Di antara perkara yang biasa diambil perhatian ialah faktor keselamatan, iaitu selamat dari gangguan binatang, tidak tenggelam air, kedudukan yang tersembunyi dari disinggahi dan dianggap suci.
  • 15. Tulang serta tengkorak diambil dan disusun di dalam tempayan untuk dikebumikan dengan meletakkan tempayan di atas lantai gua batu kapur.
  • 16. Pentarikhan Pentarikhan berkaitan dengan pengkebumian dalam tempayan sukar ditentukan secara mutlak. Namun menurut Mohd. Supian Sabtu, pada zaman prasejarah, tempayan yang dikesan diguna sebagai pengkebumian adalah di tapak Gua Manunggul, Pulau Palawan Filipina. Ia merupakan pengkebumian kedua dan pentarikhannya diberikan sekitar 890 hingga 701 sebelum masihi.
  • 17. Sementara itu, berdasarkan pentarikhan di Gua Niah, Sarawak dianggarkan berusia akhir abad ke-2 sebelum masihi iaitu dengan menggunakan tembikar tanah yang digunakan untuk menyimpan abu dan tulang mayat yang dibakar. Terdapat kesan damar yang digunakan untuk membakar mayat pada tulang yang disimpan di dalam tempayan.
  • 18. Penggunaan tempayan sebagai kubur pengkebumian juga dapat dikesan di Indonesia dan antara lokasi utama adalah di Gua Uattam, Maluku utara yang mempunyai pentarikhan sekitar 1 - 1200 Masihi. Di samping itu, pengebumian ini juga turut ditemui di gua kecil Leang Buidane, Kepulauan Talaud. Walau bagaimanapun berdasarkan kepada data ikonografi, tempayan telah dicatat secara pictorial sekitar abad ke-8 Masihi.
  • 19. Jumpaan Di Malaysia Salah sebuah tempayan atau guri yang dipercayai dijadikan tempat menyimpan tulang mayat ialah yang ditemui di Kampung Limbongan, Kuala Terengganu iaitu kira-kira 15 kilometer dari bandar Jertih. Tapak ini telah dilakukan galicari sekitar tahun 1985 dan diperkirakan beasal dari zaman Logam iaitu sekitar 1000 tahun dahulu.
  • 20. Tempayan yang ditemui di Kampung Limbongan ini berbentuk labu air, ia berukuran 32 cm (bulat permukaannya), 30 cm ukur lilit dan 1 meter tinggi. Ia diperbuat dari tanah liat dan mempunyai penutup. Tempayan (guri) ini dipercayai pernah dijadikan tempat untuk menyimpan tulang mayat oleh masyarakat Zaman Prasejarah.
  • 21. Berdasarkan penyelidikan didapati tempayan ini pernah dijadikan bekas untuk menyimpan tulang-tulang mayat yang menjadi amalan masyarakat Zaman Prasejarah khususnya masyarakat Zaman Logam. Tempayan ini dikaitkan dengan kaedah pengkebumian sekunder di mana sisa mayat disimpan di dalam tempayan untuk disemadikan selepas tulang-tulangnya dikutip semula selepas tempoh tertentu. Bersama-sama dengan tempayan ini juga ditemui tulang mawas, tembikar tanah dan manik disamping alat-alat senjata seperti tombak, lembing dan kapak bersadur permata.
  • 22. Selain tempayan yang dijumpai di Kampung Limbongan (Terengganu), pengkebumian mayat dalam tempayan juga ditemui di Gua Niah (Sarawak). Tapak ini juga dikaitkan dengan pengkebumian sekunder dengan pentarikhannya ialah sekitar penghujung Zaman Logam.
  • 23. Pengkebumian dalam tempayan telah lama diamalkan di Borneo sejak 1500 sebelum Masihi. Amalan ini berkembang luas sehingga ke kawasan pedalaman Borneo dan amalan ini masih dijalankan sehingga awal abad ke 20. • Di kalangan masyarakat Orang Ulu seperti Punan, Kayan dan Kenyah, mayat seseorang yang disayangi akan disimpan dalam tempayan dan seterusnya disemadikan di atas tiang ’klirieng’ yang dikenali sebagai pondok mayat ’Salong’.
  • 24. Berkaitan dengan amalan pengkebumian mayat di dalam tempayan di Sarawak, masyarakat Kelabit misalnya, meletakkan tempayan mayat berhampiran dengan struktur megalit yang dibina khas di suatu kawasan di dalam hutan. Selain itu, masyarakat Kelabit pada suatu ketika dahulu juga menyimpan tulang nenek moyang mereka di dalam tempayan besar buatan Dinasti Ming. Mengikut kepercayaan mereka tempayan merupakan simbolik rahim wanita. Mayat tersebut akan disimpan di dalam tempayan mengikut posisi bayi yang berada di dalam rahim ibu untuk kelahiran semula.
  • 25. Mereka juga menggunakan seramik dalam upacara pengkebumian kepala. Kepala musuh akan digantung bersama beberapa tempayan bagi tujuan memperolehi kekuatan yang empunya kepala. Penutup kayu yang berukir digunakan bagi menutup mulut tempayan demi memelihara semangat yang berada di dalamnya.
  • 26. Setiap tempayan tadi sama nilainya dengan satu kepala. Nilai sesebuah tajau lama boleh disamakan dengan seseorang manusia dan boleh dijadikan sebagai penebus seorang hamba atau mangsa korban. Sementara di Sabah, pengkebumian mayat di dalam tempayan turut ditemui di dalam gua seperti di Pusu Lumut dan Hagop Bilo. Tradisi pengkebumian ini dipercayai diamalkan oleh masyarakat Orang Sungai dan suku kaum Idahan.
  • 27. Rumusan Lazimnya tempat atau lokasi kawasan perkuburan mayat dalam tempayan ini selalunya dipilih khusus, tersembunyi dari disinggahi dan ia dianggap suci. Melalui hubungan perdagangan dengan China terutama pada kurun ke-9 Masihi, penggunaan tempayan dari negara China telah mula mengambil alih penggunaan tembikar-tembikar tanah tempatan.
  • 28. Tempayan-tempayan China Zaman Dinasti Sung telah dijadikan barang dagangan utama sebagai bahan pertukaran dengan masyarakat tempatan.
  • 29.
  • 30.
  • 31.
  • 32.
  • 33.
  • 34.
  • 35.