SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 3
Assalamualaikumwarhmatullahhiwabarokatuh.. selamat pagi. Tajuk cerita saya ialah Bukan Dosamu.

   Zaza sebaya dengan Fahmi. Dia dan Fahmi berjiran. Mama Zaza dan ibu Fahmi kawan karib. Sejak
kecil Zaza dan Fahmi berkawan rapat. Hanya Zazalah kawan yang Fahmi ada. Orang lain takut untuk
menghampirinya. Di sekolah, dia benar-benar sendirian kerana Zaza berada di kelas 4 Anggun, manakala
Fahmi di kelas 4 Canggih.

    Hanya apabila waktu rehat, Zaza akan berlari ke kelas Fahmi untuk menjemputnya ke pondok rehat
di sekolah dan berkongsi makanan yang dibawa daripada rumah. Kadang-kadang mereka makan
sandwic atau nasi lemak. Kadangkala mi atau bihun goreng.

   "Eee, budak Aids, Fahmi sakit Aids!" ada seorang pelajar di sekolah mengacau.

   "Jahatlah engkau ini!" sergah Zaza melindungi Fahmi. Fahmi sudah biasa digangu sedemikian. Dia
sudah dipinggirkan sejak dilahirkan. Ketika hendak mendaftar sekolah tahun satu dahulu pun kecoh.
Pihak sekolah dan PIBG terpaksa bermesyuarat untuk menerima Fahmi. Mujurlah ayah Zaza seorang AJK
PIBG.



 Fahmi sering diejek oleh rakan-rakan yang nakal. Namun Fahmi sentiasa berdiam diri, hanya
merenung ke bawah. Kelihatan air mata mengalir setitis demi setitis mengalir di pipi yang cengkung.
Wajahnya sentiasa senyum walaupun dalam keadaan sedih dan sakit.

    Namun kini, Fahmi terlantar lemah di Hospital Universiti. Segala-galanya lesu. Ibu Fahmi turut
dirawat kerana mereka berdua pembawa HIV positif. Puan Maslinda dan Zaza berada di sebelah katil
ibu Fahmi.

   "Linda, mungkin sudah sampai masa kami berdua untuk pergi..." keluh ibu Fahmi. Matanya cengkung
dan kelopaknya digenangi air mata berkaca. Sambungnya lagi, "Kalau aku pergi dahulu, tolong tengok-
tengok Fahmi, ya..." Dia menangis teresak-esak.

   "Janganlah berkata begitu, Teh..." Puan Maslinda memeluk Zaza kerana terasa sebak
dadanya melihat keadaan ibu Fahmi dan anaknya yang amat tidak berdaya itu.

   "Semuanya akan ditentukan Allah, Teh." ucap Puan Maslinda seperti berdoa.

   "Mama, Fahmi akan matikah?" terisak-isak Zaza bertanya mamanya.



"Sabarlah, sayang... kita hanya berdoa kepada Allah sahaja," Puan Maslinda memeluk Zaza di tepi katil
Fahmi yang kaku membisu. Ombak-ombak kecil di dadanya kelihatan masih berjuang. Nafas-nafas lesu
itu dibantu alat pernafasan.

   "Mi,..." kata Puan Maslinda setelah melihat Fahmi membuka mata. Fahmi tersenyum kerana dua
wajah ini sahajalah yang selalu berada dalam hidupnya. Zaza seperti kembarnya. Zaza melebihi dirinya.
Dia menyayangi Zaza seperti menyayangi dirinya sendiri. Selama sepuluh tahun hidupnya, dia hanya
bercakap dengan Zaza dan Anti Maslinda.

   Sejak kematian ayahnya kerana penyakit itu, dia mempunyai wang. Ayahnya doktor yang dijangkiti
HIV semasa merawat pesakitnya dan meninggal tanpa menyedari dia dijangkiti penyakit itu. Insurans
ayahnya banyak. Namun, dia tidak dapat membeli kebahagiaan dengan wang ringgit.

   "Zaza, apa khabar?" bisik Fahmi dengan dipaksa-paksa. Zaza menganguk-nganguk mengisyaratkan
bahawa dia sihat walafiat. Dia tidak dapat berkata apa-apa. Sepatutnya dia yang bertanya begitu kepada
Fahmi. Orang lain tidak mengenali Fahmi. Orang lain tidak pernah mengambil kesempatan mengenali
Fahmi.

   Fahmi menghulurkan sekeping nota kepada Zaza. Zaza membuka nota itu.



 "Zaza, aku ingin sekali berjumpa Menteri Pelajaran dan ingin bertanya apakah aku berdosa membawa
penyakit ini?"

  Berdetup Zaza membacanya. Dia menghulurkan kepada Puan Maslinda. Fahmi menutup
matanya kembali. Zaza memegang erat tangan Fahmi. Puan Maslinda memeluk Zaza. Entah kenapa Zaza
sudah menjadi gagah dan yakin untuk hidup. Mereka berjalan keluar hospital, terus ke kereta.

   "Apa yang Zaza fikirkan tu?" tanya mama melihat Zaza yang asyik memandang jauh.

   Akhirnya Zaza pun berkata, "Ma, Zaza hendak bercakap dengan papa agar Menteri Pelajaran datang
melawat Mi." berkata Zaza penuh dengan tekad. Dia akan berbuat apa sahaja kali ini untuk memenuhi
permintaan Fahmi.

   Fahmi bukan meminta wang berjuta. Dia bukan meminta minta istana emas. Dia hanya ingin
berjumpa Menteri Pelajaran.

   "Apa kata, Zaza sendiri e-mel kepada Menteri Pelajaran tentang hal ini, ok?" cadang Puan Maslinda.

   Kereta mereka memasuki perkarangan rumah. Encik Farid baru pulang dari pejabatnya. Setelah
mendengar cerita Zaza anak tunggal kesayangannya, dia bersetuju memberi alamat e-mel Menteri
Pelajaran.
Malam itu, Zaza menghadap komputer dan menulis surat panjang lebar kepada Menteri Pelajaran
mengenai kawannya, Fahmi. Dia menulis juga nota Fahmi yang berhasrat berjumpa Menteri. Dia pun
turut merayu memohon agar Dato Menteri melapangkan masa melawat rakannya, mungkin sebagai
satu permintaan terakhir.



Esoknya, hospital menghubungi Puan Maslinda menceritakan kedua-dua beranak itu tenat.

    Kebetulan hari itu hari minggu. Mereka sekeluarga bergegas. Setelah dirapati katil kedua-dua
beranak itu, mereka berdua sedang berjuang hebat untuk hidup, namun begitulah, badan mereka sudah
terlalu lemah.

  Zaza menangis tanpa mempedulikan sesiapa lagi. Tiba-tiba bahunya disentuh. Dia menoleh dan
melihat wajah itu. Menteri Pelajaran sendiri!

   "Sabarlah, saya sudah membaca e-mel awak."

   "Datuk.. Tuan, Bapa Menteri..." Zaza gugup, namun berasa amat besar hati. Tidak dapat dikatakan
apa-apa lagi. Semua yang berada di sebelah katil Puan Teh dan Fahmi terkejut dengan kehadiran
Menteri Pelajaran. Sungguh besar jiwa menteri ini, sanggup datang secara peribadi ke tepi katil dua
orang insan yang bergelut dengan mati.

   Dato' Seri Menteri Pelajaran merapati katil Fahmi. Dia mengusap-ngusap rambut Fahmi. Fahmi
membuka mata dan memegang tangan Menteri sambil menunjuk jari telunjuk ke muka Menteri. Dato
Seri pun berkata , "Bukan dosamu," bisikan itu membuat Fahmi tersenyum dan memejamkan matanya.
Radio di katil berbunyi "Biiiip" memanjang.

    Selamat jalan, Fahmi. Berkata Zaza dalam hati. Innalillahi wa innaa ilaihi raajiun. Fahmi pergi buat
selama-lamanya

Weitere ähnliche Inhalte

Andere mochten auch (15)

Análisis ganador 2005 World Press Photo
Análisis ganador 2005 World Press PhotoAnálisis ganador 2005 World Press Photo
Análisis ganador 2005 World Press Photo
 
Gaturro
GaturroGaturro
Gaturro
 
Prezentace zehlici
Prezentace zehliciPrezentace zehlici
Prezentace zehlici
 
Wpp
WppWpp
Wpp
 
Yeni microsoft office word belgesi
Yeni microsoft office word belgesiYeni microsoft office word belgesi
Yeni microsoft office word belgesi
 
Wpp
WppWpp
Wpp
 
Ayam jantan yang berani
Ayam jantan yang beraniAyam jantan yang berani
Ayam jantan yang berani
 
Ataque al corazón
Ataque al corazónAtaque al corazón
Ataque al corazón
 
Ujamaa Deals Merchant Presentation
Ujamaa Deals Merchant PresentationUjamaa Deals Merchant Presentation
Ujamaa Deals Merchant Presentation
 
Driver license powerpoint
Driver license powerpointDriver license powerpoint
Driver license powerpoint
 
Gemli̇k Atıksu Arıtma Tesisi Projesi-5 Basamaklı Bardenpho
Gemli̇k Atıksu Arıtma Tesisi Projesi-5 Basamaklı BardenphoGemli̇k Atıksu Arıtma Tesisi Projesi-5 Basamaklı Bardenpho
Gemli̇k Atıksu Arıtma Tesisi Projesi-5 Basamaklı Bardenpho
 
Wireless networksppt
Wireless networkspptWireless networksppt
Wireless networksppt
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Steenson dissertation-proposal
Steenson dissertation-proposalSteenson dissertation-proposal
Steenson dissertation-proposal
 
Mr. bean
Mr. beanMr. bean
Mr. bean
 

Cerita bukan dosamua

  • 1. Assalamualaikumwarhmatullahhiwabarokatuh.. selamat pagi. Tajuk cerita saya ialah Bukan Dosamu. Zaza sebaya dengan Fahmi. Dia dan Fahmi berjiran. Mama Zaza dan ibu Fahmi kawan karib. Sejak kecil Zaza dan Fahmi berkawan rapat. Hanya Zazalah kawan yang Fahmi ada. Orang lain takut untuk menghampirinya. Di sekolah, dia benar-benar sendirian kerana Zaza berada di kelas 4 Anggun, manakala Fahmi di kelas 4 Canggih. Hanya apabila waktu rehat, Zaza akan berlari ke kelas Fahmi untuk menjemputnya ke pondok rehat di sekolah dan berkongsi makanan yang dibawa daripada rumah. Kadang-kadang mereka makan sandwic atau nasi lemak. Kadangkala mi atau bihun goreng. "Eee, budak Aids, Fahmi sakit Aids!" ada seorang pelajar di sekolah mengacau. "Jahatlah engkau ini!" sergah Zaza melindungi Fahmi. Fahmi sudah biasa digangu sedemikian. Dia sudah dipinggirkan sejak dilahirkan. Ketika hendak mendaftar sekolah tahun satu dahulu pun kecoh. Pihak sekolah dan PIBG terpaksa bermesyuarat untuk menerima Fahmi. Mujurlah ayah Zaza seorang AJK PIBG. Fahmi sering diejek oleh rakan-rakan yang nakal. Namun Fahmi sentiasa berdiam diri, hanya merenung ke bawah. Kelihatan air mata mengalir setitis demi setitis mengalir di pipi yang cengkung. Wajahnya sentiasa senyum walaupun dalam keadaan sedih dan sakit. Namun kini, Fahmi terlantar lemah di Hospital Universiti. Segala-galanya lesu. Ibu Fahmi turut dirawat kerana mereka berdua pembawa HIV positif. Puan Maslinda dan Zaza berada di sebelah katil ibu Fahmi. "Linda, mungkin sudah sampai masa kami berdua untuk pergi..." keluh ibu Fahmi. Matanya cengkung dan kelopaknya digenangi air mata berkaca. Sambungnya lagi, "Kalau aku pergi dahulu, tolong tengok- tengok Fahmi, ya..." Dia menangis teresak-esak. "Janganlah berkata begitu, Teh..." Puan Maslinda memeluk Zaza kerana terasa sebak dadanya melihat keadaan ibu Fahmi dan anaknya yang amat tidak berdaya itu. "Semuanya akan ditentukan Allah, Teh." ucap Puan Maslinda seperti berdoa. "Mama, Fahmi akan matikah?" terisak-isak Zaza bertanya mamanya. "Sabarlah, sayang... kita hanya berdoa kepada Allah sahaja," Puan Maslinda memeluk Zaza di tepi katil Fahmi yang kaku membisu. Ombak-ombak kecil di dadanya kelihatan masih berjuang. Nafas-nafas lesu
  • 2. itu dibantu alat pernafasan. "Mi,..." kata Puan Maslinda setelah melihat Fahmi membuka mata. Fahmi tersenyum kerana dua wajah ini sahajalah yang selalu berada dalam hidupnya. Zaza seperti kembarnya. Zaza melebihi dirinya. Dia menyayangi Zaza seperti menyayangi dirinya sendiri. Selama sepuluh tahun hidupnya, dia hanya bercakap dengan Zaza dan Anti Maslinda. Sejak kematian ayahnya kerana penyakit itu, dia mempunyai wang. Ayahnya doktor yang dijangkiti HIV semasa merawat pesakitnya dan meninggal tanpa menyedari dia dijangkiti penyakit itu. Insurans ayahnya banyak. Namun, dia tidak dapat membeli kebahagiaan dengan wang ringgit. "Zaza, apa khabar?" bisik Fahmi dengan dipaksa-paksa. Zaza menganguk-nganguk mengisyaratkan bahawa dia sihat walafiat. Dia tidak dapat berkata apa-apa. Sepatutnya dia yang bertanya begitu kepada Fahmi. Orang lain tidak mengenali Fahmi. Orang lain tidak pernah mengambil kesempatan mengenali Fahmi. Fahmi menghulurkan sekeping nota kepada Zaza. Zaza membuka nota itu. "Zaza, aku ingin sekali berjumpa Menteri Pelajaran dan ingin bertanya apakah aku berdosa membawa penyakit ini?" Berdetup Zaza membacanya. Dia menghulurkan kepada Puan Maslinda. Fahmi menutup matanya kembali. Zaza memegang erat tangan Fahmi. Puan Maslinda memeluk Zaza. Entah kenapa Zaza sudah menjadi gagah dan yakin untuk hidup. Mereka berjalan keluar hospital, terus ke kereta. "Apa yang Zaza fikirkan tu?" tanya mama melihat Zaza yang asyik memandang jauh. Akhirnya Zaza pun berkata, "Ma, Zaza hendak bercakap dengan papa agar Menteri Pelajaran datang melawat Mi." berkata Zaza penuh dengan tekad. Dia akan berbuat apa sahaja kali ini untuk memenuhi permintaan Fahmi. Fahmi bukan meminta wang berjuta. Dia bukan meminta minta istana emas. Dia hanya ingin berjumpa Menteri Pelajaran. "Apa kata, Zaza sendiri e-mel kepada Menteri Pelajaran tentang hal ini, ok?" cadang Puan Maslinda. Kereta mereka memasuki perkarangan rumah. Encik Farid baru pulang dari pejabatnya. Setelah mendengar cerita Zaza anak tunggal kesayangannya, dia bersetuju memberi alamat e-mel Menteri Pelajaran.
  • 3. Malam itu, Zaza menghadap komputer dan menulis surat panjang lebar kepada Menteri Pelajaran mengenai kawannya, Fahmi. Dia menulis juga nota Fahmi yang berhasrat berjumpa Menteri. Dia pun turut merayu memohon agar Dato Menteri melapangkan masa melawat rakannya, mungkin sebagai satu permintaan terakhir. Esoknya, hospital menghubungi Puan Maslinda menceritakan kedua-dua beranak itu tenat. Kebetulan hari itu hari minggu. Mereka sekeluarga bergegas. Setelah dirapati katil kedua-dua beranak itu, mereka berdua sedang berjuang hebat untuk hidup, namun begitulah, badan mereka sudah terlalu lemah. Zaza menangis tanpa mempedulikan sesiapa lagi. Tiba-tiba bahunya disentuh. Dia menoleh dan melihat wajah itu. Menteri Pelajaran sendiri! "Sabarlah, saya sudah membaca e-mel awak." "Datuk.. Tuan, Bapa Menteri..." Zaza gugup, namun berasa amat besar hati. Tidak dapat dikatakan apa-apa lagi. Semua yang berada di sebelah katil Puan Teh dan Fahmi terkejut dengan kehadiran Menteri Pelajaran. Sungguh besar jiwa menteri ini, sanggup datang secara peribadi ke tepi katil dua orang insan yang bergelut dengan mati. Dato' Seri Menteri Pelajaran merapati katil Fahmi. Dia mengusap-ngusap rambut Fahmi. Fahmi membuka mata dan memegang tangan Menteri sambil menunjuk jari telunjuk ke muka Menteri. Dato Seri pun berkata , "Bukan dosamu," bisikan itu membuat Fahmi tersenyum dan memejamkan matanya. Radio di katil berbunyi "Biiiip" memanjang. Selamat jalan, Fahmi. Berkata Zaza dalam hati. Innalillahi wa innaa ilaihi raajiun. Fahmi pergi buat selama-lamanya