SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 37
PENGAJIAN MALAYSIA
PENGENALAN 
 Sebelum kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu, beberapa negeri di Tanah 
Melayu telahpun mempunyai sistem pemerintahan masing-masing dan tersendiri. Ini 
dapat dilihat pada zaman kesultanan Melayu Melaka yang mengamalkanUndang-undang 
LautMelaka dan Hukum KanunMelaka. Negeri-negeri yang lain 
mengamalkan adat tradisional, iaituAdat Temenggung dan Adat Perpatih. Adat 
Perpatih biasanya diamalkan di Negeri Sembilan dan Melaka. Masyarakat Melayu 
tradisional mementingkan adat dalam kehidupan mereka. 
 Ini menggambarkan telahwujudnya suatu sistem yang mengawal dan mengatur tata 
cara hidup masyarakat pada masa itu. Perlembangaan moden hanya diperkenalkan 
setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan dikemaskinikan 
setelah terbentuknya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
DEFINISI PERLEMBAGAAN 
 Perlembagaan merupakanprinsip-prinsip asas yang menentukan cara sesebuah 
negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaksub dalam undang-undang, 
adat atau peraturan yang lazim dipakai. Perlembagaan jugabersangkut paut dengan 
cara keputusan-keputusan awam dicapai dan kuasa diagih-agihkan antara institusi 
kerajaan, sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan. Perlembagaan juga 
akanmenetapkan had-had kewibawaan kerajaan dan cara-cara pemilihan serta 
pelantikan pemerintah. 
 Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah Negara. 
Kewujudannya adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara. Selain 
itu, Perlembagaan jugaberperanan sebagai garis panduan pembentukkan undang-undang 
sama ada di pihak pemerintah atau rakyat. Perlembagaan jugabermatlamat 
memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat.
SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN 
 Perlembagaan Malaysia pertama kali dikenali sebagai perlembagaanTanah Melayu pada 
hari kemerdekaan dicapai. 
 Nama itu diubah pula kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada 16 September 
1963 selepas Pembentukan Malaysia. 
 Pembentukan Perlembagaan Malaysia telahmelalui proses sejarah yang agak panjang. 
 Bermula dengan penguasaan British ke atas negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan 
Pahang yang juga dikenali sebagai Negeri-negeri Bersekutu (NNMB). 
 Semasa Perang Dunia Kedua (1942-1945), Jepun menaklukiTanah Melayu. 
 British kembalimenduduki Tanah Melayu dan memperkenalkkan satu bentuk 
pemerintahan yang baharu, iaitu Malayan Union pada April 1946. 
 Bentuk pemerintahan baharu itu mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu. 
 Penentangan ini menyebabkan British memperkenalkan satu lagi bentuk pentadbiran 
yang baharu iaitu Perjanjian Persekutuan 1948.
• Melalui Perjanjian itu, kerajaan pusat akan terdiri daripada seorang Pesuruhjaya Tinggi British, senuah 
Majlis Mesyuarat dan sebuah Majlis Perundangan. 
• Majlis perundangan mengandungi anggota rasmi dan sebilangan anggota tidak rasmi yang dilantik oleh 
Pesuruhjaya Tinggi British Hasil daripada perjanjian ini, lahirlah satu perlembagaan baharu bagiTanah 
Melayu yang berkuat kuasa 1 Februari 1948. 
• Perlembagaan baharu juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. 
• Selepas Pilihan Raya 1955, Parti Perikatan menang majority dan menjadi Kerajaan pemerintah telah 
menuntut agar pihak penjajah British mengadakan satu persidangan perlembagaan di London. 
• Tujuannya untuk menggubal satu Perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. 
• Persidangan tersebut telah Berjaya menubuhkan sebuah Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah 
Melayu yang dipengerusikan oleh Lord Reid (England), Sir Ivor Jennings (UK), Sir William Makel (Australia), 
B.Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). 
• Pelantikan orang luar dalam penggubalan perlembagaan ini bertujuan mengelakkan masalah berat 
sebelah.
• Suruhanjaya Reid telah mengadakan referendum dalam kalangan semua pendudukTanah Melayu termasuk 
orang awam, parti politik, badan awam dan sebagainya. 
• Pada bulanOktober 1956, suruhanjaya Reid telah Berjaya menerima 131 cadangan daripada pendudukTanah 
Melayu. Akhirnya, Draf perlembangaan bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 31 Ogos 1957. 
• Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang berdaulat dan Merdeka. 
• Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dikuatkuasakan sehingga hari ini dengan beberapa pindaan 
telah dilakukan. 
• Pindaan yang telah dibuat ialah Akta Malaysia yang diluluskan dalam tahun 1963 meminda perkara (1) dan (2) 
untuk kemasukan Sabah,Sarawak dan Singapura serta menukar nama Persekutuan Tanah Melayu kepada 
Persekutuan Malaysia
PERANAN PERLEMBAGAAN 
Apakah Peranan Perlembagaan ? 
 Secara amnya, kewujudan perlembagaan kepada sesebuah negara adalah 
sangat penting. Hal ini kerana dengan wujudnya perlembagaan, ia akan 
menjamin riwayat sesebuah negara bangsa sentiasa releven dengan 
perubahan zaman. Jika diselidiki, ternyata perlembagaan mempunyai 
beberapa fungsi seperti di Jadual 4.1.
PERANAN PERINCIAN 
Mewujudkan pemerintahan yang adil 
Beberapa perkara dalam perlembagaan 
memperlihatkan peranannya untuk 
mewujudkan pemerintahan yang 
adil.Kewujudan perlembagaan dari segi 
sejarah berdasarkan tolak ansur antara 
kaum dalam beberapa perkara seperti 
hak istimewa orang Melayu, Bahasa 
Melayu, Agama Islam dan lain-lain lagi. 
Sebagai contoh, walaupun 
perlembagaanmmperuntukkan agama 
Islam sebagai agama Persekutuan/rasmi 
negara (dalam Bahagian 1, perkara3 (1), 
tetapi agama lain juga bebas diamalkan 
di Malaysia. 
Mengelakkan penyalahgunaan kuasa 
dan mengawal pergerakan kerajaan dan 
rakyat 
Perlembagaan Persekutuan Malaysia 
bukan sahaja memperuntukkkan kuasa 
kepada pemerintah, tetapi juga kepada 
rakyat. Keadaan ini secara tidak 
langsung akan membentuk 
pembahagian kuasa oleh sesuatu pihak.
Sebagaimana yang digariskan dalam 
Perlembagaan, terdapat beberapa 
peruntukan khas tertentu untukYDPA 
serta Sultan/Raja/Yang Dipertua Negeri. 
Dalam hal ini, walaupun baginda 
mempunyai bidang kuasa tertentu, 
tetapi segala tindakan mereka adalah 
tertakluk kepada Perlembagaan. 
Alat penyelesaian masalah 
Perlembagaan sesungguhnya telah 
menjadi undang-undang tertinggi 
negara dan menjadi rujukan utama dalm 
penggubalan undang-undang 
Persekutuan dan Negeri. Bahkan, 
sebarang masalah dalam pembuatan 
undang-undang atau rujukan apa-apa 
hukuman kepada seseorang 
warganegara adalah berasaskan 
Perlembagaan.
Mengekalkan riwayat negara bangsa 
Pembentukan Perlembagaan akan 
mengekalkan identiti negara bangsa 
Malaysia kerana melalui Perlembagaan, 
system pentadbiran dan perjalanan 
undang-undang negara dapat 
dilaksanakan. 
Menjaga kestabilan negara 
Sesungguhnya Perlembagaan telah 
Berjaya membentuk keamanan dan 
kestabilan negara. Hal ini 
memandangkan terdapatnya sekatan-sekatan 
dalam perlembagaan yang 
mengawal pergerakan setiap 
warganegara Malaysia walaupun mereka 
diberi kebebasan dan keistimewaan 
tertentu. Namun kebebasan dan 
keistimewaan ini ada hadnya apabila 
terdapat perkera-perkara yang difikirkan 
perlu untuk menyekat kebebasan 
mereka (Bahagian 2, Perkara 10).
BENTUK-BENTUK PERLEMBAGAAN 
 Secara umumnya, Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis, iaitu 
PERLEMBAGAAN BERTULIS dan PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULIS. 
PERLEMBAGAAN BERTULIS – merupakan bentuk perlembagaan yang 
dikumpulkan dan disusun dalam sesebuah dokumen. Ia mengandungi tiga sifat 
yang utama, iaitu ; 
 kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam 
perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda. 
 Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang 
terkandung dalam perlembagaan, tetapi Parlimen dilarang membuat undang-undang 
yang bertentangan dengan kebebasan asasi. 
 Mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang dan melindungi 
perlembagaan.
 PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULIS – Merangkumi semua 
prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalamsatu surat 
atau dokumen. Contohnya, Akta Parlimen dan keputusan-keputusanmakhamah. 
Malaysia mengamalkan Perlembagaan 
Bertulis, iaitu Parlimen mendapat kuasa daripada perlembagaan.
KELUHURAN PERLEMBAGAAN 
 Keluhuran Perlembagaan merupakan salah satu prinsip yang terkandung 
dalam Rukun Negara kita. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan 
keluhuran perlembagaan tersebut ? Luhurnya Perlembagaan Malaysia itu 
dapat dilihat dari perspektif berikut, iaitu merupakan undang-undang 
utama Persekutuan, Ketertinggian Perlembagaan, Pindaan Perlembagaan, 
serta hubungan antara Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan 
persekutuan.
UNDANG-UNDANG UTAMA 
PERSEKUTUAN 
• Berdasarkan kepada Perlembagaan Malaysia: 
(a) Perlembagaan ialah undang-undang utama Persekutuan dan mana-mana 
undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan 
Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat yang tidak selaras tersebut. 
(b) kesahan mana-mana undang-undang tidak boleh dipersoalkan atas alasan 
bahawa: 
(i) undang-undang itu mengenakan sekatan –sekatan ke atas hak yang 
disebut dalam perkara 9(2) tetapi tidak berhubungan dengan perkara-perkara 
yang disebut dalam perkara itu atau 
(ii) undang-undang itu mengenakan mana-mana sekatan yang disebut 
dalam perkara 10(2) tetapi sekatan-sekatan itu tidak disifatkan perlu atau suai 
manfaat oleh Parlimen bagi maksud-maksud yang disebut dalam perkara itu.
(C) Kesahan mana-mana undang-undang yang dibuat oleh 
Parlimen atau badan Perundanganmana-mana negeri tidak 
boleh dipersoalkan atas alasan bahawa undang-undang itu 
membuat peruntukan berkenaan dengan apa-apa perkara 
yang berkenaan dengan Parlimen atau mengikutmana-mana 
yang berkenaan,Badan Perundangan Negeri itu tidak 
mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang,kecuali 
dalam prosiding untuk mendapatkan suatu penetapan bahawa 
undang-undang itu adalah tidak sah atas alasan itu atau: 
(i) jika undang-undang itu telah dibuat oleh Parlimen,dalam 
prosiding antara Persekutuan dengan satu atau beberapa buah 
negeri. 
(ii) jika undang-undang itu telah dibuat oleh Badan 
perundangan sesuatu negeri,dalam prosiding persekutuan 
dengan negeri itu.
(d) Prosiding untuk mendapatkan penetapan bahawa 
sesuatu undang-undang adalah tidak sah atas alasan 
yang disebut dalamFasal (3) (iaitu prosiding yang tidak 
termasuk dalamperenggan (a) atau (b) Fasal itu) tidak 
boleh dimulakan tanpa kebenaran Hakim Mahkamah 
persekutuan dan persekutuan berhak menjadi satu 
pihak dalammana-mana prosiding itu,dan begitulah 
juga dengan mana-mana negeri yang akan atau 
mungkinmenjadisatu pihak dalamprosiding yang 
dibawa bagi maksud yang sama di bawah perenggan(a) 
atau (b) Fasal itu.
KERTINGGIAN PERLEMBAGAAN 
 Tidak ada yang tertinggi kuasanya di Malaysia melainkan Perlembagaan. 
Perlembagaan telah menjadi rujukan rakyat dan pemerintah di negara ini sejak 
merdeka sehingga kini. Justeru, adalah tepat jika dikatakan Perlembagaan adalah 
yang tertinggi di Malaysia. 
Malaysia merupakan sesebuah Persekutuan yang mempunyai sebuah Ketua 
Hakim Negara, Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah yang tertinggi. 
Ketertinggian Perlembagaan ini dapat dilihat pada peruntukan dalam jadual 
berikut. Konsep Ketertinggian Perlembagaan.
PERUNTUKAN BUTIRAN 
Parlimen Memperoleh kuasa daripada 
Perlembagaan yang akan menentukan 
kuasa perundangan kerajaan 
Persekutuan pada satu pihak dan kepada 
tiap-tiap buah negeri pada pihak yang 
lain. Dalamhal ini, perlembagaan 
menentukan perkara persekutuan yang 
kerajaan Persekutuan boleh lakukan dan 
perkara negeri yang kerajaan negeri 
boleh lakukan. 
Perlembagaan Menentukan perkara bersama yang 
membolehkan Parlimen atau Dewan 
Undangan Negeri membuat undang-undang 
yang boleh dibuat oleh parlimen 
ialah pertahanan, pelajaran, hal ehwal 
luar negara dan sebagainya. Parlimen 
hanya tertinggi dalam perkara-perkara 
persekutuan dan jika ia campur tangan 
dalam pembentukan undang-undang di 
luar perkara persekutuan, undang-undang 
tersebut adalah tidak sah.
Undang-undang Persekutuan juga akan 
diisytiharkan tidak sah seandainya ia 
bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan 
Malaysia menurut perkara 4(1) Perlembagaan 
Persekutuan. 
KedudukanYDPA 
Baginda sebagai Ketua Negara, Lambang taat 
setia rakyat, Lambang Negara, Ketua Parlimen, 
Ketua Pemerintah, dan sebagainya. Tetapi, 
Baginda tertakluk kepada halangan-halangan 
yang dikenakan oleh Perlembagaan. Baginda 
ialah Raja Berpelembagaan, iaitu bertindak 
mengikut nasihat Jemaah menteri. 
Kuasa Perundangan 
Dijalankan oleh berbagai-bagai badan 
perundangan dan tertakluk kepada sekatan-sekatan 
yang dikenakan oleh perlembagaan. 
Kuasa Kehakiman juga tertakluk kepada 
sekatan-sekatan yang dikenakan oleh 
perlembagaan. KuasaYDPA sebagai ketiga-tiga 
cabang kerajaan(perundangan, 
pentadbiran,kehakiman) juga tertakluk kepada 
sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan.
Kebebasan Asasi 
Merupakan elemen penting dalam 
sesebuah negara yang mengamalkan 
system demokrasi berparlimen. Kerajaan 
tidak boleh membuang negara 
seseorang warganegara, tidak boleh 
menahan seseorang warganegara 
daripada pulang keTanah Airnya, tidak 
boleh memaksa seseorang itu menjadi 
buruh paksa dan tidak boleh 
memenjarakan mana-mana orang 
melainkan menurut undang-undang . 
Maka, terdapat banyak perkara dalam 
perlembagaan yang mesti dipatuhi oleh 
kerajaan.
PINDAAN PERLEMBAGAAN 
 Semenjak tahun 1957 sehingga ke akhir tahun 1982, 
Perlembagaan Malaysia telah dipinda lebih kurang 22kali. 
Peerlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan mudah oleh 
Parlimen seperti yang dijelaskan dalam Perkara 159 dan 
Perkara 161 (E) yang menjelaskan beberapa perkara yang 
bleh dipinda,seperti dalam jadual 4.3. 
Perkara Butiran 
Perkara 159 (4) Sesetengah perkara boleh dipinda dengan majoriti 2/3 dalam tiap- 
Tiap Majlis Parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari luar Majlis 
Parlimen. 
Perkara 161 (E) Sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan bagi 
Sabah dan sarawak boleh dipinda dengan suara lebih 
2/3 dalam tiap-tiapMajlis Parlimen,jika ia dipersetujui 
LehYang Dipertua mana-mana negeri.
Sesetengah perkara hanya boleh dipinda dengan suara lebih 
2/3 dalamtiap-tiap dewan,dengan syarat telah mnedapat 
persetujuan Majlis Raja-raja.perkenan dan persetujuan 
Majlis Raja-raja diperlukan dalammembuat apa-apa pindaan 
terhadap yang menyentuh kedaulatan raja-raja melayu, 
kedudukan istimewa orang melayu dan beberapa perkara yang 
dianggap sensitif dalamPerlembagaan.Sebahagian perkara 
memerlukan suara majoriti dalamParlimen. 
Perkara-perkara yang pernah dipinda 
. Pemisahan Singapura –Pemisahan mana-mana wilayah 
Malaysia 
adalah dilarang oleh Perlembagaan.situasi sedemikian 
memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja terlebih dahulu. 
Pindaan dibuat dengan 2/3 daripada ahli Dewan Rakyat 
menyokong pindaan in.Oleh itu pada bulan September 1963, 
Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia.
Mengenai Gender- Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan 
telah dipinda bagi memasukkan perkataan dender supaya 
tiada lagi sebarang undang-undang atau dasar yang 
mendiskriminasi wanita danmemastikan tidak ada 
diskriminasi antara jantina si negara ini.perkataan 
‘jantina’ akan ditambah kepada perkara 8(2) Perlembagaan 
Malaysia yang menyatakan “kecuali sebagaimana 
dibenarkan 
dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini,tidaklah boleh ada 
perbezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab 
agama,kaum,keturunan atau tempat lahir dalam mana-mana 
undang-undang” 
Kekebalan Raja- kerajaan meminda Perlembagaan 
Persekutuan 
berhubung dengan apa-apa yang dianggap sebagai 
kekebalan 
atau imunti raja-raja,iaitu mereka tidak boleh dihadapkan 
ke mahkamah biasa untuk orang ramai kerana melakukan 
apa-apa kesalahan.Pindaan inin dibuat kerana difikirkan 
pengecualian raja-raja daripada tindakan undang-undang 
sudah tidak sesuai lagi dengan aliran zaman.
Dengan pindaan ini,dipercayai bahawa perasaan marah 
kepada raja atau sistemberaja dapat dielakkan kerana rakyat 
akan dilindungani oleh undang-undang daripada dianiaya 
oleh raja,dan dengan itu adalah dipercayai dan diharap 
raja tidak akan melakukannya. 
Kedudukan yang di-Pertuan agong atau kedudukan Raja 
(i) Yang di-Pertuan Agong hendaklah berhentimenjalankan 
fungsinya sebagai Agong apabila menghadapi tindakan 
undang-undang.Begitu juga dengan raja-raja negeri, 
sekiranya raja mengahadapi tindakan undang-undang, 
raja hendaklah berhenti menjalankan fungsi baginda 
dan jika didapati bersalah dan dihukumpenjara lebih 
daripada satu hari,maka baginda akan diturunkan takhta 
melainkan jika baginda diampunkan.
(ii) Dalamtempoh raja berhentimenjalankan fungsi-fungsinya, 
seorang pemangku raja atau jemaah pemangku raja akan 
dilantik mengikut Perlembagaan Negeri untuk 
menjalankan 
fungsi raja negeri berkenaan.bagi membolehkan fungsi-fungsi 
raja itu dijalankan oleh seorang pemangku raja 
atau jemaah pemangku raja,Jadual kelapan 
Perlembagaan 
Persekutuan perlu dipinda.Penyesuaian ini diperlukan 
bagi mengelakkan tanggapan negatif masyarakat terhadap 
institusi raja. 
(iii) Mengikut peruntukan Perkara 71 Fasal 4 Perlembagaan 
Persekutuan,Perlembagaan Negeri mesti mengandungi 
peruntukan-peruntukan yang dinyatakan di dalam jadual 
8 Perlembagaan Persekutuan.maka,selaras dengan 
pindaan 
yang diperbuat jadual kelapan,kerajaan negeri juga perlu 
mengambil tindakan untuk meminda Perlembagaan Negeri 
selaras dengan peruntukan Jadual Kelapan perlembagaan 
Persekutuan.
. Pengurusan Bekalan Air- Pindaan Perlembagaan 
Persekutuan 
membolehkan Kerajaan Persekutuan mengawal selia 
pengurusan 
bekalan air pada peringkat negeri,kecuali di Sabah dan 
Sarawak.Hal ini akan memastikan pengurusan bekalan air 
dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan,walaupun air 
sebelum ini berada di bawah bidang kuasa Kerajaan negeri. 
Kes Rogol- Pada tahun 1989,beberapa undang-undang 
berkaitan 
dengan kes rogol telah dipinda untuk meningkatkan lagi 
keberkesanannya serta meningkatkan tahap keadilan atau 
sense 
of justice bagi simangsa.Pindaan tersebut termasukmenaik-kan 
tahapumur bagi statutory rape daripada 14 tahun kepada 
16 tahun,mengenakan tempoh penjara minimum secara 
mandatori 
bagi perogol yang didapati bersalah dan juga menambahkan 
tempoh penjara maksimum bagi kesmencabul kehormatan 
dari 
dua hingga 10 tahun.
TATACARA PINDAAN PERLEMBAGAAN 
• Terdapat beberapa proses yang terlibat ssebelum sesuatu undang-undang itu 
dipinda.sesuatu rang undang-undang yang hendak dipinda perlu dibahaskan di 
Dewan Parlimen terlebih dahulu. 
• Di Dewan Parlimen,rang undang-undang tersebut akan dibahaskan dalam 
beberapa peringkat,iaitu Bacaan Pertama,Bacaan Kedua,peringkat Jawatankuasa 
dan seterusnyaBacaan Ketiga. 
• Setelah dibahaskan,rang undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 
yang telah diluluskan adalah mengikut peruntukan Perlembagaan dengan lebih 
daripada 2/3 majoriti ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara. 
• Menurut prosedur,rang undang-undang yang dihantarkan kepadaYang di-Pertuan 
Agong untuk diperkenankan.setelah menerimanya, Yang di-Pertuan Agong 
mengikut perlembagaan yang mempunyai dua pilihan,iaitu:
(i) Baginda memberi perkenan kepada rang undang-undang 
tersebut dalamtempoh 30 hari. 
(ii) Baginda memulangkan semula kepada Parlimen 
dengan menyatakan sebab rang undang-undang 
tersebut tidak diperkenankan untuk dipertimbangkan 
semula atau diubahsuai oleh Parlimen. 
Pengubahsuaian yang dibuat terhadap undang-undang 
berkenaan ialah hasil daripada beberapa perbincangan antara 
pihak kerajaan dengan pihak raja-raja.Pengubahsuaian ini 
tidak menjejaskan tujuan utama Rang Undang-undang,Akta 
Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang diluluskan oleh 
parlimen,iaitu menentukan raja boleh didakwa di bawah 
Undang-undang negara.
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI 
 Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini,Malaysia merupakan negara 
persekutuan.Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri merupakan dua badan 
penting dalam sistem pemerintahan negara.kedua-duanya berperanan 
melaksanakan tanggungjawab dalam menentukan hala tuju pembangunan 
negara.Dalam knteks perlembagaan Malaysia ,terdapat dua pembahagian 
penting iaitu Perlembagaan Persekutuan perlembagaan Negeri. 
Perlembagaan Persekutuan 
• Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengandungi 183 perkara yang menyentuh 
pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi,kuasa dan kedudukan 
YDPA,keistimewaan raja-raja Melayu dan hak orang Melayu,soal bahasa 
Melayu,agama,kewarganegaraan kehakiman dan sebagainya.Perlembagaan 
boleh dikatakan sebuah dokumen yang mengandungi segala undang-undang dan 
peraturan asas negara.
Perlembagaan persekutuan Malaysia mempunyai ciri-ciri yang 
khas dan ia telahmenjadikan perlembagaan sebagai undang-undang 
negara yang menjamin keamanan dan kesejahteraan 
rakyatnya. 
Ciri-cirinya ialah : 
(i) Melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara 
persekutuan 
(ii) Mempunyai raja berpelembagaan 
(iii) Mengamalkan sistemdemokrasi berparlimen 
(iv) Agama Islam sebagai agama rasmi,tetapi agama lain 
bebas diamalkan 
(v)Memperuntukan pengasingan kuasa dalam pentadbiran 
kerajaan 
Perlembagaan Persekutuan mempunyai bidang pengkhususan 
tertentu seperti ditunjukkan secara ringkas dalam jadual 
berikut.
SENARAI PERKARA-PERKARA 
Senarai 
Persekutuan 
Meliputi perkara mengenai hal ehwal luar negara,pertahanan, 
keselamatan dalam negeri,undang-undang jenayah dan sivil, 
Kewarganegaraan dan lain-lain. 
Senarai Bersama Meliputi perkara yang membolehkan badan perundangan 
negeri membuat undang-undang selagi tidak bertentangan 
dengan undang-undang Persekutuan.contohnya,perlindungan 
bagi binatang liar,biasiswa,perlindungan kanak-kanak, 
perancangan bandar dan kampung,kesihatan awam dan lain-lain. 
Senarai Negeri Meliputi perkara-perkara yang diserahkan kepada negeri 
seperti hukum syarak,undang-undang diri dan keluarga orang 
islam,hari kelepasan negeri,jentera kerajaan negeri dan lain-lain.
Perlembagaan Negeri 
. Perlembagaan Malaysia yang terbentuk sebenarnya ialah 
hasil daripada perkongsian antara negeri yang menganggotai 
Persekutuan Malaysia.perkara71(1) perlembagaan 
persekutuan memperuntukan kerajaan Persekutuan 
menjamin hak raja sesebuah negeri untuk mewarisi dan 
memegang,menikmatidan menjalankan hak-hak 
perlembagaan dan keistimewaan negeri itu mengikut 
Perlembagaan negeri tersebut.Tetapi,apa-apa pertikaian 
tentang hak untukmewarisi seorang raja bagimana-mana 
negeri hendaklah diputuskan oleh mana-mana pihak berkuasa 
sahaja dan hanya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang 
diperuntukkan oleh perlembagaan. 
. Perkara 71(3) Perlembagaan Persekutuan Malaysia 
menetapkan bahawa ,jika Parlimen mendapati apa-apa 
peruntukan dalam perlembagaan sesuatu negeri tidak 
dipatuhi,walau apapun yang terkandung dalam perlembagaan 
ini,Parlimen boleh membuat undang-undang supaya 
peruntukan itu dipatuhi.
Peruntukan untuk kuasa negeri-negeri diistilahkan 
sebagai perkara perlu.Peruntukan ini terkandung dalam 
perkara 71 perlembagaan Persekutuan Malaysia yang 
memperuntukan bahawa tiap-tiap perlembagaan 
Negeri mesti mempunyai peruntukan tetap tersebut. 
. Dalamjadual kelapan,terdapat dua peruntukan utama, 
iaitu: 
(a) Bahagian I- Peruntukan tetap dan peruntukan 
kewangan 
(b) Bahagian II-Peruntukan sementara 
. Kebanyakan negeri Melayumengikuti peruntukan 
tetap. 
Peruntukan tetap ini menggariskan sesuatu negeri itu 
harus mengandungi : 
(a)Raja/Yang Dipertua Negeri 
(b)Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri 
(c)Pihak Berkuasa Perundangan Negeri 
(d)Dewan Undangan Negeri
Perlembagaan Persekutuan juga 
memperuntukkan perhubungan antara 
kerajaan Persekutuan dengan kerajaan 
negeri.Terdapat tujuh bab, iaitu: 
(i) Pembahagian kuasa-kuasa perundangan 
(ii) Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah 
(iii)pembahagian beban kewangan 
(iv) Tanah 
(v) Pembangunan negara 
(vi) Agihan persekutuan kepada negeri 
(vii)Majlis Negara bagi kerajaan tempatan
Pindaan Perlembagaan Negeri 
. Peruntukan-peruntukan Perlembagaan Negeri boleh dipinda 
oleh undang-undang negeri,tetapi tidak boleh dipinda 
dengan cara lain.Antara peruntukan Perlembagaan Negeri 
yang tidak boleh dipinda ialah warisan takhta kerajaan 
dan kedudukan para pembesar Melayu tidak boleh dipinda 
oleh Badan Perundangan Negeri. 
. Sesuatu rang undang-undang bagimembuat apa-apa 
pindaan 
kepada Perlembagaan Negeri selain: 
(a) Apa-apa pindaan yang berbangkit daripada sesuatu 
undang-undang yang memperuntukkan bilangan ahli 
yang dilantik bagi badan perundangan negeri. 
(b) Apa-apa pindaan yang akan menyelaraskan 
Perlembagaan Negeri dengan mana-mana peruntukan 
perlu yang dinyatakan dalam jadual kelapan 
Perlembagaan Persekutuan Malaysia (jika ia dibuat 
selepas Dewan Undangan Negeri dipilih mengikut 
syesen 4)
Kesemua perkara berikut tidak boleh diluluskan oleh 
Dewan Undangan Negeri kecuali rang undang-undang itu 
disokong pada bacaan kali kedua dan ketiga dan 
memperoleh 
undi sebanyak 2/3 daripada jumlah ahlinya.Walau 
bagaimana-pun 
pada perenggan (a) dan (b) tidak memerlukan kelebihan 
undi 2/3 . 
. Sesetengah Perlembagaan Negerimemerlukan persetujuan 
daripada kumpulan orang tertentu terhadap pindaan 
mengenai: 
(a) Perlantikan dan sifat-sifat waris takhta,permaisuri 
raja atau pemangku raja atau ahli-ahli Jemaah 
pemangku Raja Negeri. 
(b) Pemecatan.penarikan diri,penurunan takhta raja atau 
waris-warisnya. 
(c) Pelantikan dan sifat-sifat para pembesar memerintah 
atau para pembesar adat Melayu dan ahli-ahli majlis 
penasihat mengenai agama atau adat dan badan 
seumpamanya.
(d) Hal bagi mengadakan,mengatur,mengesah dan 
melucutkan 
pangkat,gelaran,kehrmatan,kebesaran dan kurniaan 
adat 
Melayu dan mengadakan peraturan mengenai balai 
diraja 
dan istana. 
. Parlimen boleh meminda sesuatu Perlembagaan 
Negeri untuk 
sementara waktu atas alasan keamanan negara seperti 
keadaan darurat.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Demokrasi berparlimen bab 10
Demokrasi berparlimen bab 10Demokrasi berparlimen bab 10
Demokrasi berparlimen bab 10
azah narowi
 
Perlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di MalaysiaPerlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di Malaysia
firo HAR
 
8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia
Nur Az
 
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
Nur Az
 
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanUnsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Syaza Yasmin
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
5006
 
Konsep perlembagaan
Konsep perlembagaanKonsep perlembagaan
Konsep perlembagaan
ross
 

Was ist angesagt? (20)

Demokrasi berparlimen bab 10
Demokrasi berparlimen bab 10Demokrasi berparlimen bab 10
Demokrasi berparlimen bab 10
 
Perlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di MalaysiaPerlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di Malaysia
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia
 
SEJARAH SEMESTER 4 - KERAJAAN PERSEKUTUAN
SEJARAH SEMESTER 4 - KERAJAAN PERSEKUTUANSEJARAH SEMESTER 4 - KERAJAAN PERSEKUTUAN
SEJARAH SEMESTER 4 - KERAJAAN PERSEKUTUAN
 
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
 
Pilihanraya di Malaysia
Pilihanraya di MalaysiaPilihanraya di Malaysia
Pilihanraya di Malaysia
 
Perlembagaan
PerlembagaanPerlembagaan
Perlembagaan
 
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanUnsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
 
Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan MalaysiaPerlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia
 
Suruhanjaya reid
Suruhanjaya reidSuruhanjaya reid
Suruhanjaya reid
 
Peranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaPeranan majlis raja raja
Peranan majlis raja raja
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
 
Peruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaanPeruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaan
 
Ciri ciri Negara Malaysia
Ciri ciri  Negara MalaysiaCiri ciri  Negara Malaysia
Ciri ciri Negara Malaysia
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
 
Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaanPindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaan
 
Konsep perlembagaan
Konsep perlembagaanKonsep perlembagaan
Konsep perlembagaan
 
Mahkamah Khas
Mahkamah KhasMahkamah Khas
Mahkamah Khas
 
Bab 4 Badan Perundangan
Bab 4  Badan PerundanganBab 4  Badan Perundangan
Bab 4 Badan Perundangan
 

Ähnlich wie Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
Kamisah Madhan
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia
harizaish96
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Nur Az
 
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
Russlan Ssvs
 
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan MalaysiaPeruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
Miss Q
 
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptxCTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
HidayahMdZin
 
Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...
Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...
Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...
NursKitchen
 
Hubungan etnik di malaysia 10
Hubungan etnik di malaysia 10Hubungan etnik di malaysia 10
Hubungan etnik di malaysia 10
Jivendra Pandian
 
Unsur tradisi
Unsur tradisiUnsur tradisi
Unsur tradisi
peningla
 

Ähnlich wie Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN) (20)

Pengenalan Perlembagaan
Pengenalan PerlembagaanPengenalan Perlembagaan
Pengenalan Perlembagaan
 
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikBab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
 
Undang undang bertulis
Undang undang bertulisUndang undang bertulis
Undang undang bertulis
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
 
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
 
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
 
BAB 4.pptx
BAB 4.pptxBAB 4.pptx
BAB 4.pptx
 
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysiaHubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
 
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
 
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan MalaysiaPeruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
 
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiTopik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
 
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptxCTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
 
MPU 3113 BAB 4.ppt
MPU 3113 BAB 4.pptMPU 3113 BAB 4.ppt
MPU 3113 BAB 4.ppt
 
Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...
Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...
Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...
 
Hubungan etnik di malaysia 10
Hubungan etnik di malaysia 10Hubungan etnik di malaysia 10
Hubungan etnik di malaysia 10
 
perlembagaan malaysia
perlembagaan malaysiaperlembagaan malaysia
perlembagaan malaysia
 
Tajuk 6 perlembagaan
Tajuk 6 perlembagaanTajuk 6 perlembagaan
Tajuk 6 perlembagaan
 
Unsur tradisi
Unsur tradisiUnsur tradisi
Unsur tradisi
 

Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

  • 2. PENGENALAN  Sebelum kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu, beberapa negeri di Tanah Melayu telahpun mempunyai sistem pemerintahan masing-masing dan tersendiri. Ini dapat dilihat pada zaman kesultanan Melayu Melaka yang mengamalkanUndang-undang LautMelaka dan Hukum KanunMelaka. Negeri-negeri yang lain mengamalkan adat tradisional, iaituAdat Temenggung dan Adat Perpatih. Adat Perpatih biasanya diamalkan di Negeri Sembilan dan Melaka. Masyarakat Melayu tradisional mementingkan adat dalam kehidupan mereka.  Ini menggambarkan telahwujudnya suatu sistem yang mengawal dan mengatur tata cara hidup masyarakat pada masa itu. Perlembangaan moden hanya diperkenalkan setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan dikemaskinikan setelah terbentuknya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
  • 3. DEFINISI PERLEMBAGAAN  Perlembagaan merupakanprinsip-prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaksub dalam undang-undang, adat atau peraturan yang lazim dipakai. Perlembagaan jugabersangkut paut dengan cara keputusan-keputusan awam dicapai dan kuasa diagih-agihkan antara institusi kerajaan, sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan. Perlembagaan juga akanmenetapkan had-had kewibawaan kerajaan dan cara-cara pemilihan serta pelantikan pemerintah.  Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah Negara. Kewujudannya adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara. Selain itu, Perlembagaan jugaberperanan sebagai garis panduan pembentukkan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat. Perlembagaan jugabermatlamat memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat.
  • 4. SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN  Perlembagaan Malaysia pertama kali dikenali sebagai perlembagaanTanah Melayu pada hari kemerdekaan dicapai.  Nama itu diubah pula kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 selepas Pembentukan Malaysia.  Pembentukan Perlembagaan Malaysia telahmelalui proses sejarah yang agak panjang.  Bermula dengan penguasaan British ke atas negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang yang juga dikenali sebagai Negeri-negeri Bersekutu (NNMB).  Semasa Perang Dunia Kedua (1942-1945), Jepun menaklukiTanah Melayu.  British kembalimenduduki Tanah Melayu dan memperkenalkkan satu bentuk pemerintahan yang baharu, iaitu Malayan Union pada April 1946.  Bentuk pemerintahan baharu itu mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu.  Penentangan ini menyebabkan British memperkenalkan satu lagi bentuk pentadbiran yang baharu iaitu Perjanjian Persekutuan 1948.
  • 5. • Melalui Perjanjian itu, kerajaan pusat akan terdiri daripada seorang Pesuruhjaya Tinggi British, senuah Majlis Mesyuarat dan sebuah Majlis Perundangan. • Majlis perundangan mengandungi anggota rasmi dan sebilangan anggota tidak rasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British Hasil daripada perjanjian ini, lahirlah satu perlembagaan baharu bagiTanah Melayu yang berkuat kuasa 1 Februari 1948. • Perlembagaan baharu juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. • Selepas Pilihan Raya 1955, Parti Perikatan menang majority dan menjadi Kerajaan pemerintah telah menuntut agar pihak penjajah British mengadakan satu persidangan perlembagaan di London. • Tujuannya untuk menggubal satu Perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. • Persidangan tersebut telah Berjaya menubuhkan sebuah Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dipengerusikan oleh Lord Reid (England), Sir Ivor Jennings (UK), Sir William Makel (Australia), B.Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). • Pelantikan orang luar dalam penggubalan perlembagaan ini bertujuan mengelakkan masalah berat sebelah.
  • 6. • Suruhanjaya Reid telah mengadakan referendum dalam kalangan semua pendudukTanah Melayu termasuk orang awam, parti politik, badan awam dan sebagainya. • Pada bulanOktober 1956, suruhanjaya Reid telah Berjaya menerima 131 cadangan daripada pendudukTanah Melayu. Akhirnya, Draf perlembangaan bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 31 Ogos 1957. • Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang berdaulat dan Merdeka. • Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dikuatkuasakan sehingga hari ini dengan beberapa pindaan telah dilakukan. • Pindaan yang telah dibuat ialah Akta Malaysia yang diluluskan dalam tahun 1963 meminda perkara (1) dan (2) untuk kemasukan Sabah,Sarawak dan Singapura serta menukar nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Persekutuan Malaysia
  • 7. PERANAN PERLEMBAGAAN Apakah Peranan Perlembagaan ?  Secara amnya, kewujudan perlembagaan kepada sesebuah negara adalah sangat penting. Hal ini kerana dengan wujudnya perlembagaan, ia akan menjamin riwayat sesebuah negara bangsa sentiasa releven dengan perubahan zaman. Jika diselidiki, ternyata perlembagaan mempunyai beberapa fungsi seperti di Jadual 4.1.
  • 8. PERANAN PERINCIAN Mewujudkan pemerintahan yang adil Beberapa perkara dalam perlembagaan memperlihatkan peranannya untuk mewujudkan pemerintahan yang adil.Kewujudan perlembagaan dari segi sejarah berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang Melayu, Bahasa Melayu, Agama Islam dan lain-lain lagi. Sebagai contoh, walaupun perlembagaanmmperuntukkan agama Islam sebagai agama Persekutuan/rasmi negara (dalam Bahagian 1, perkara3 (1), tetapi agama lain juga bebas diamalkan di Malaysia. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat Perlembagaan Persekutuan Malaysia bukan sahaja memperuntukkkan kuasa kepada pemerintah, tetapi juga kepada rakyat. Keadaan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa oleh sesuatu pihak.
  • 9. Sebagaimana yang digariskan dalam Perlembagaan, terdapat beberapa peruntukan khas tertentu untukYDPA serta Sultan/Raja/Yang Dipertua Negeri. Dalam hal ini, walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu, tetapi segala tindakan mereka adalah tertakluk kepada Perlembagaan. Alat penyelesaian masalah Perlembagaan sesungguhnya telah menjadi undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalm penggubalan undang-undang Persekutuan dan Negeri. Bahkan, sebarang masalah dalam pembuatan undang-undang atau rujukan apa-apa hukuman kepada seseorang warganegara adalah berasaskan Perlembagaan.
  • 10. Mengekalkan riwayat negara bangsa Pembentukan Perlembagaan akan mengekalkan identiti negara bangsa Malaysia kerana melalui Perlembagaan, system pentadbiran dan perjalanan undang-undang negara dapat dilaksanakan. Menjaga kestabilan negara Sesungguhnya Perlembagaan telah Berjaya membentuk keamanan dan kestabilan negara. Hal ini memandangkan terdapatnya sekatan-sekatan dalam perlembagaan yang mengawal pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan tertentu. Namun kebebasan dan keistimewaan ini ada hadnya apabila terdapat perkera-perkara yang difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan mereka (Bahagian 2, Perkara 10).
  • 11. BENTUK-BENTUK PERLEMBAGAAN  Secara umumnya, Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis, iaitu PERLEMBAGAAN BERTULIS dan PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULIS. PERLEMBAGAAN BERTULIS – merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam sesebuah dokumen. Ia mengandungi tiga sifat yang utama, iaitu ;  kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.  Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan, tetapi Parlimen dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi.  Mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang dan melindungi perlembagaan.
  • 12.  PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULIS – Merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalamsatu surat atau dokumen. Contohnya, Akta Parlimen dan keputusan-keputusanmakhamah. Malaysia mengamalkan Perlembagaan Bertulis, iaitu Parlimen mendapat kuasa daripada perlembagaan.
  • 13. KELUHURAN PERLEMBAGAAN  Keluhuran Perlembagaan merupakan salah satu prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara kita. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan keluhuran perlembagaan tersebut ? Luhurnya Perlembagaan Malaysia itu dapat dilihat dari perspektif berikut, iaitu merupakan undang-undang utama Persekutuan, Ketertinggian Perlembagaan, Pindaan Perlembagaan, serta hubungan antara Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan persekutuan.
  • 14. UNDANG-UNDANG UTAMA PERSEKUTUAN • Berdasarkan kepada Perlembagaan Malaysia: (a) Perlembagaan ialah undang-undang utama Persekutuan dan mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat yang tidak selaras tersebut. (b) kesahan mana-mana undang-undang tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa: (i) undang-undang itu mengenakan sekatan –sekatan ke atas hak yang disebut dalam perkara 9(2) tetapi tidak berhubungan dengan perkara-perkara yang disebut dalam perkara itu atau (ii) undang-undang itu mengenakan mana-mana sekatan yang disebut dalam perkara 10(2) tetapi sekatan-sekatan itu tidak disifatkan perlu atau suai manfaat oleh Parlimen bagi maksud-maksud yang disebut dalam perkara itu.
  • 15. (C) Kesahan mana-mana undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau badan Perundanganmana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa undang-undang itu membuat peruntukan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengan Parlimen atau mengikutmana-mana yang berkenaan,Badan Perundangan Negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang,kecuali dalam prosiding untuk mendapatkan suatu penetapan bahawa undang-undang itu adalah tidak sah atas alasan itu atau: (i) jika undang-undang itu telah dibuat oleh Parlimen,dalam prosiding antara Persekutuan dengan satu atau beberapa buah negeri. (ii) jika undang-undang itu telah dibuat oleh Badan perundangan sesuatu negeri,dalam prosiding persekutuan dengan negeri itu.
  • 16. (d) Prosiding untuk mendapatkan penetapan bahawa sesuatu undang-undang adalah tidak sah atas alasan yang disebut dalamFasal (3) (iaitu prosiding yang tidak termasuk dalamperenggan (a) atau (b) Fasal itu) tidak boleh dimulakan tanpa kebenaran Hakim Mahkamah persekutuan dan persekutuan berhak menjadi satu pihak dalammana-mana prosiding itu,dan begitulah juga dengan mana-mana negeri yang akan atau mungkinmenjadisatu pihak dalamprosiding yang dibawa bagi maksud yang sama di bawah perenggan(a) atau (b) Fasal itu.
  • 17. KERTINGGIAN PERLEMBAGAAN  Tidak ada yang tertinggi kuasanya di Malaysia melainkan Perlembagaan. Perlembagaan telah menjadi rujukan rakyat dan pemerintah di negara ini sejak merdeka sehingga kini. Justeru, adalah tepat jika dikatakan Perlembagaan adalah yang tertinggi di Malaysia. Malaysia merupakan sesebuah Persekutuan yang mempunyai sebuah Ketua Hakim Negara, Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah yang tertinggi. Ketertinggian Perlembagaan ini dapat dilihat pada peruntukan dalam jadual berikut. Konsep Ketertinggian Perlembagaan.
  • 18. PERUNTUKAN BUTIRAN Parlimen Memperoleh kuasa daripada Perlembagaan yang akan menentukan kuasa perundangan kerajaan Persekutuan pada satu pihak dan kepada tiap-tiap buah negeri pada pihak yang lain. Dalamhal ini, perlembagaan menentukan perkara persekutuan yang kerajaan Persekutuan boleh lakukan dan perkara negeri yang kerajaan negeri boleh lakukan. Perlembagaan Menentukan perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang yang boleh dibuat oleh parlimen ialah pertahanan, pelajaran, hal ehwal luar negara dan sebagainya. Parlimen hanya tertinggi dalam perkara-perkara persekutuan dan jika ia campur tangan dalam pembentukan undang-undang di luar perkara persekutuan, undang-undang tersebut adalah tidak sah.
  • 19. Undang-undang Persekutuan juga akan diisytiharkan tidak sah seandainya ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia menurut perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan. KedudukanYDPA Baginda sebagai Ketua Negara, Lambang taat setia rakyat, Lambang Negara, Ketua Parlimen, Ketua Pemerintah, dan sebagainya. Tetapi, Baginda tertakluk kepada halangan-halangan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Baginda ialah Raja Berpelembagaan, iaitu bertindak mengikut nasihat Jemaah menteri. Kuasa Perundangan Dijalankan oleh berbagai-bagai badan perundangan dan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan. Kuasa Kehakiman juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan. KuasaYDPA sebagai ketiga-tiga cabang kerajaan(perundangan, pentadbiran,kehakiman) juga tertakluk kepada sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan.
  • 20. Kebebasan Asasi Merupakan elemen penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan system demokrasi berparlimen. Kerajaan tidak boleh membuang negara seseorang warganegara, tidak boleh menahan seseorang warganegara daripada pulang keTanah Airnya, tidak boleh memaksa seseorang itu menjadi buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan mana-mana orang melainkan menurut undang-undang . Maka, terdapat banyak perkara dalam perlembagaan yang mesti dipatuhi oleh kerajaan.
  • 21. PINDAAN PERLEMBAGAAN  Semenjak tahun 1957 sehingga ke akhir tahun 1982, Perlembagaan Malaysia telah dipinda lebih kurang 22kali. Peerlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan mudah oleh Parlimen seperti yang dijelaskan dalam Perkara 159 dan Perkara 161 (E) yang menjelaskan beberapa perkara yang bleh dipinda,seperti dalam jadual 4.3. Perkara Butiran Perkara 159 (4) Sesetengah perkara boleh dipinda dengan majoriti 2/3 dalam tiap- Tiap Majlis Parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari luar Majlis Parlimen. Perkara 161 (E) Sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan bagi Sabah dan sarawak boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap-tiapMajlis Parlimen,jika ia dipersetujui LehYang Dipertua mana-mana negeri.
  • 22. Sesetengah perkara hanya boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalamtiap-tiap dewan,dengan syarat telah mnedapat persetujuan Majlis Raja-raja.perkenan dan persetujuan Majlis Raja-raja diperlukan dalammembuat apa-apa pindaan terhadap yang menyentuh kedaulatan raja-raja melayu, kedudukan istimewa orang melayu dan beberapa perkara yang dianggap sensitif dalamPerlembagaan.Sebahagian perkara memerlukan suara majoriti dalamParlimen. Perkara-perkara yang pernah dipinda . Pemisahan Singapura –Pemisahan mana-mana wilayah Malaysia adalah dilarang oleh Perlembagaan.situasi sedemikian memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja terlebih dahulu. Pindaan dibuat dengan 2/3 daripada ahli Dewan Rakyat menyokong pindaan in.Oleh itu pada bulan September 1963, Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia.
  • 23. Mengenai Gender- Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan telah dipinda bagi memasukkan perkataan dender supaya tiada lagi sebarang undang-undang atau dasar yang mendiskriminasi wanita danmemastikan tidak ada diskriminasi antara jantina si negara ini.perkataan ‘jantina’ akan ditambah kepada perkara 8(2) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan “kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini,tidaklah boleh ada perbezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama,kaum,keturunan atau tempat lahir dalam mana-mana undang-undang” Kekebalan Raja- kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan apa-apa yang dianggap sebagai kekebalan atau imunti raja-raja,iaitu mereka tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa untuk orang ramai kerana melakukan apa-apa kesalahan.Pindaan inin dibuat kerana difikirkan pengecualian raja-raja daripada tindakan undang-undang sudah tidak sesuai lagi dengan aliran zaman.
  • 24. Dengan pindaan ini,dipercayai bahawa perasaan marah kepada raja atau sistemberaja dapat dielakkan kerana rakyat akan dilindungani oleh undang-undang daripada dianiaya oleh raja,dan dengan itu adalah dipercayai dan diharap raja tidak akan melakukannya. Kedudukan yang di-Pertuan agong atau kedudukan Raja (i) Yang di-Pertuan Agong hendaklah berhentimenjalankan fungsinya sebagai Agong apabila menghadapi tindakan undang-undang.Begitu juga dengan raja-raja negeri, sekiranya raja mengahadapi tindakan undang-undang, raja hendaklah berhenti menjalankan fungsi baginda dan jika didapati bersalah dan dihukumpenjara lebih daripada satu hari,maka baginda akan diturunkan takhta melainkan jika baginda diampunkan.
  • 25. (ii) Dalamtempoh raja berhentimenjalankan fungsi-fungsinya, seorang pemangku raja atau jemaah pemangku raja akan dilantik mengikut Perlembagaan Negeri untuk menjalankan fungsi raja negeri berkenaan.bagi membolehkan fungsi-fungsi raja itu dijalankan oleh seorang pemangku raja atau jemaah pemangku raja,Jadual kelapan Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda.Penyesuaian ini diperlukan bagi mengelakkan tanggapan negatif masyarakat terhadap institusi raja. (iii) Mengikut peruntukan Perkara 71 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan,Perlembagaan Negeri mesti mengandungi peruntukan-peruntukan yang dinyatakan di dalam jadual 8 Perlembagaan Persekutuan.maka,selaras dengan pindaan yang diperbuat jadual kelapan,kerajaan negeri juga perlu mengambil tindakan untuk meminda Perlembagaan Negeri selaras dengan peruntukan Jadual Kelapan perlembagaan Persekutuan.
  • 26. . Pengurusan Bekalan Air- Pindaan Perlembagaan Persekutuan membolehkan Kerajaan Persekutuan mengawal selia pengurusan bekalan air pada peringkat negeri,kecuali di Sabah dan Sarawak.Hal ini akan memastikan pengurusan bekalan air dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan,walaupun air sebelum ini berada di bawah bidang kuasa Kerajaan negeri. Kes Rogol- Pada tahun 1989,beberapa undang-undang berkaitan dengan kes rogol telah dipinda untuk meningkatkan lagi keberkesanannya serta meningkatkan tahap keadilan atau sense of justice bagi simangsa.Pindaan tersebut termasukmenaik-kan tahapumur bagi statutory rape daripada 14 tahun kepada 16 tahun,mengenakan tempoh penjara minimum secara mandatori bagi perogol yang didapati bersalah dan juga menambahkan tempoh penjara maksimum bagi kesmencabul kehormatan dari dua hingga 10 tahun.
  • 27. TATACARA PINDAAN PERLEMBAGAAN • Terdapat beberapa proses yang terlibat ssebelum sesuatu undang-undang itu dipinda.sesuatu rang undang-undang yang hendak dipinda perlu dibahaskan di Dewan Parlimen terlebih dahulu. • Di Dewan Parlimen,rang undang-undang tersebut akan dibahaskan dalam beberapa peringkat,iaitu Bacaan Pertama,Bacaan Kedua,peringkat Jawatankuasa dan seterusnyaBacaan Ketiga. • Setelah dibahaskan,rang undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang telah diluluskan adalah mengikut peruntukan Perlembagaan dengan lebih daripada 2/3 majoriti ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara. • Menurut prosedur,rang undang-undang yang dihantarkan kepadaYang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.setelah menerimanya, Yang di-Pertuan Agong mengikut perlembagaan yang mempunyai dua pilihan,iaitu:
  • 28. (i) Baginda memberi perkenan kepada rang undang-undang tersebut dalamtempoh 30 hari. (ii) Baginda memulangkan semula kepada Parlimen dengan menyatakan sebab rang undang-undang tersebut tidak diperkenankan untuk dipertimbangkan semula atau diubahsuai oleh Parlimen. Pengubahsuaian yang dibuat terhadap undang-undang berkenaan ialah hasil daripada beberapa perbincangan antara pihak kerajaan dengan pihak raja-raja.Pengubahsuaian ini tidak menjejaskan tujuan utama Rang Undang-undang,Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang diluluskan oleh parlimen,iaitu menentukan raja boleh didakwa di bawah Undang-undang negara.
  • 29. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI  Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini,Malaysia merupakan negara persekutuan.Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri merupakan dua badan penting dalam sistem pemerintahan negara.kedua-duanya berperanan melaksanakan tanggungjawab dalam menentukan hala tuju pembangunan negara.Dalam knteks perlembagaan Malaysia ,terdapat dua pembahagian penting iaitu Perlembagaan Persekutuan perlembagaan Negeri. Perlembagaan Persekutuan • Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengandungi 183 perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi,kuasa dan kedudukan YDPA,keistimewaan raja-raja Melayu dan hak orang Melayu,soal bahasa Melayu,agama,kewarganegaraan kehakiman dan sebagainya.Perlembagaan boleh dikatakan sebuah dokumen yang mengandungi segala undang-undang dan peraturan asas negara.
  • 30. Perlembagaan persekutuan Malaysia mempunyai ciri-ciri yang khas dan ia telahmenjadikan perlembagaan sebagai undang-undang negara yang menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyatnya. Ciri-cirinya ialah : (i) Melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan (ii) Mempunyai raja berpelembagaan (iii) Mengamalkan sistemdemokrasi berparlimen (iv) Agama Islam sebagai agama rasmi,tetapi agama lain bebas diamalkan (v)Memperuntukan pengasingan kuasa dalam pentadbiran kerajaan Perlembagaan Persekutuan mempunyai bidang pengkhususan tertentu seperti ditunjukkan secara ringkas dalam jadual berikut.
  • 31. SENARAI PERKARA-PERKARA Senarai Persekutuan Meliputi perkara mengenai hal ehwal luar negara,pertahanan, keselamatan dalam negeri,undang-undang jenayah dan sivil, Kewarganegaraan dan lain-lain. Senarai Bersama Meliputi perkara yang membolehkan badan perundangan negeri membuat undang-undang selagi tidak bertentangan dengan undang-undang Persekutuan.contohnya,perlindungan bagi binatang liar,biasiswa,perlindungan kanak-kanak, perancangan bandar dan kampung,kesihatan awam dan lain-lain. Senarai Negeri Meliputi perkara-perkara yang diserahkan kepada negeri seperti hukum syarak,undang-undang diri dan keluarga orang islam,hari kelepasan negeri,jentera kerajaan negeri dan lain-lain.
  • 32. Perlembagaan Negeri . Perlembagaan Malaysia yang terbentuk sebenarnya ialah hasil daripada perkongsian antara negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia.perkara71(1) perlembagaan persekutuan memperuntukan kerajaan Persekutuan menjamin hak raja sesebuah negeri untuk mewarisi dan memegang,menikmatidan menjalankan hak-hak perlembagaan dan keistimewaan negeri itu mengikut Perlembagaan negeri tersebut.Tetapi,apa-apa pertikaian tentang hak untukmewarisi seorang raja bagimana-mana negeri hendaklah diputuskan oleh mana-mana pihak berkuasa sahaja dan hanya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan. . Perkara 71(3) Perlembagaan Persekutuan Malaysia menetapkan bahawa ,jika Parlimen mendapati apa-apa peruntukan dalam perlembagaan sesuatu negeri tidak dipatuhi,walau apapun yang terkandung dalam perlembagaan ini,Parlimen boleh membuat undang-undang supaya peruntukan itu dipatuhi.
  • 33. Peruntukan untuk kuasa negeri-negeri diistilahkan sebagai perkara perlu.Peruntukan ini terkandung dalam perkara 71 perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memperuntukan bahawa tiap-tiap perlembagaan Negeri mesti mempunyai peruntukan tetap tersebut. . Dalamjadual kelapan,terdapat dua peruntukan utama, iaitu: (a) Bahagian I- Peruntukan tetap dan peruntukan kewangan (b) Bahagian II-Peruntukan sementara . Kebanyakan negeri Melayumengikuti peruntukan tetap. Peruntukan tetap ini menggariskan sesuatu negeri itu harus mengandungi : (a)Raja/Yang Dipertua Negeri (b)Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (c)Pihak Berkuasa Perundangan Negeri (d)Dewan Undangan Negeri
  • 34. Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan perhubungan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.Terdapat tujuh bab, iaitu: (i) Pembahagian kuasa-kuasa perundangan (ii) Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah (iii)pembahagian beban kewangan (iv) Tanah (v) Pembangunan negara (vi) Agihan persekutuan kepada negeri (vii)Majlis Negara bagi kerajaan tempatan
  • 35. Pindaan Perlembagaan Negeri . Peruntukan-peruntukan Perlembagaan Negeri boleh dipinda oleh undang-undang negeri,tetapi tidak boleh dipinda dengan cara lain.Antara peruntukan Perlembagaan Negeri yang tidak boleh dipinda ialah warisan takhta kerajaan dan kedudukan para pembesar Melayu tidak boleh dipinda oleh Badan Perundangan Negeri. . Sesuatu rang undang-undang bagimembuat apa-apa pindaan kepada Perlembagaan Negeri selain: (a) Apa-apa pindaan yang berbangkit daripada sesuatu undang-undang yang memperuntukkan bilangan ahli yang dilantik bagi badan perundangan negeri. (b) Apa-apa pindaan yang akan menyelaraskan Perlembagaan Negeri dengan mana-mana peruntukan perlu yang dinyatakan dalam jadual kelapan Perlembagaan Persekutuan Malaysia (jika ia dibuat selepas Dewan Undangan Negeri dipilih mengikut syesen 4)
  • 36. Kesemua perkara berikut tidak boleh diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri kecuali rang undang-undang itu disokong pada bacaan kali kedua dan ketiga dan memperoleh undi sebanyak 2/3 daripada jumlah ahlinya.Walau bagaimana-pun pada perenggan (a) dan (b) tidak memerlukan kelebihan undi 2/3 . . Sesetengah Perlembagaan Negerimemerlukan persetujuan daripada kumpulan orang tertentu terhadap pindaan mengenai: (a) Perlantikan dan sifat-sifat waris takhta,permaisuri raja atau pemangku raja atau ahli-ahli Jemaah pemangku Raja Negeri. (b) Pemecatan.penarikan diri,penurunan takhta raja atau waris-warisnya. (c) Pelantikan dan sifat-sifat para pembesar memerintah atau para pembesar adat Melayu dan ahli-ahli majlis penasihat mengenai agama atau adat dan badan seumpamanya.
  • 37. (d) Hal bagi mengadakan,mengatur,mengesah dan melucutkan pangkat,gelaran,kehrmatan,kebesaran dan kurniaan adat Melayu dan mengadakan peraturan mengenai balai diraja dan istana. . Parlimen boleh meminda sesuatu Perlembagaan Negeri untuk sementara waktu atas alasan keamanan negara seperti keadaan darurat.