1. Akidah yang kukuh dapat mempengaruhi akhlak seseorang untuk menjadi lebih mulia.
2. Akidah berperanan penting dalam membentuk perpaduan masyarakat berdasarkan kesatuan iman.
3. Untuk menjadi umat Islam yang contoh, perlu memiliki akidah yang teguh untuk mencegah pengaruh ajaran sesat.
3. Akidah yang tersemat kukuh dalam hati
seseorang individu dapat megukuhkan
keimanan terhadap Allah.Melalui keyakinan
terhadap Allah iman seseorang itu akan
sentiasa hidup subur dalam hatinya kerana
dia sentiasa menyakini bahawa setiap
perlakuannya dalam pemerhatian Allah.
4. Maka hidupnya akan sentiasa terarah
kepada kebaikan dan dalam masa yang sama
sedaya upaya akan menghindarkan diri dari
sebarang perbuatan yang bercanggah dengan
ajaran Allah.
Maka jelaslah akidah merupakan pemacu
kepada seseorang individu untuk sentiasa
berusaha memperbaiki tahap keimanannya
kepada Allah melalui amal soleh yang
dilakukan.
5. Allah telah memberi gambaran yang jelas
tentang individu mukmin yang kukuh
imannya kepada allah melalui firman-Nya
dlm surah al-anfal ayat 2 – 4:
إنما المؤمنون الذين إذا ذكر الله وجلت قلوبهم وإذا تليت عليهم
ءايته زاداهم ايمنا وعلى ربهم يتوكلون
Dalam ayat ini dinyatakan bahawa
keimaanan individu boleh bertambah
apabila jiwa sentiasa berinteraksi dengan al-
Quran.
6. Akidah juga dapat menjamin kebahagian
hidup seseorang individu samada di dunia
mahupun akhirat. Kebahagian adalah satu
aspek penting dalam kehidupan manusia.
Tanpa rasa bahagia kehidupan manusia akan
celaru. Jiwa yang kontang dari rasa bahagia
akan menjadi murung,gelisah dan tidak
tenteram.
7. Akibatnya sesorang individu itu akan
sampai kepada tahap hilang kawalan diri.
Ketika itu dia akan melakukan perkara-perkara
diluas batasan akal yang waras
seperti membunuh diri dan sebagainya.
Kebahagiaan hakiki hanya akan diperolehi
melalui akidah yang murni berteraskan
keimanan kepada Allah.
8. Redha bermaksud menerima dengan hati
yang lapang dan terbuka tanpa ada rasa
tidak puas hati terhadap apa sahaja yang
berlaku dalam kehidupan kita.
Perasaan redha bukan mudah untuk disemai
dalam hati melainkan jika kita memiliki
akidah yang kukuh kepada allah.
9. Perasaan redha akan lahir apabila kita
menyakini bahawa setiap yang terjadi dalam
hidup kita adalah ketetapan Allah dan di
sebalik kejadiaan itu ada hikmatnya yang
tersendiri.
10. Akidah mampu menundukkan seluruh
pemikiran manusia dengan ketundukan
yang memuaskan akal,menepati fitrah
insaniah kerana itu dapat
menenteramkan hati manusia.
Akidah Islam mengakui bahwa manusia
memiliki Pencipta Yang Maha Bijaksana
lagi Kuasa yang tidak dapat dicapai
dengan indra dan tidak bisa disamakan
dengan manusia.
11. Taktala mereka menjalani kehidupan yang
penuh dengan permasalahan, mereka mesti
mempunyai kesedaran bahawa untuk
memperolehi keredhaan Allah,mereka tidak
ada pilihan kecuali dengan
menyelesaikannya dengan hukum yang
menepati perintah² dan larangan Allah yang
termaktub dalam Al-Quran & As-Sunnah.
Dengan ini, mereka akan terdorong untuk
mempelajari hukum-hukum tesebut dan
mengamalkannya dalam dalam kehidupan
mereka.
12.
13. Aqidah yang salimah dan sohihah
memainkan peranan penting dalam
pembentukan masyarakat Islam hari
ini.Tanpa aqidah yang suci, masyarakat
Islam tidak akanwujud.
Aqidah juga menjadi benteng
seseorang mukmin agar tidak
dipengaruhi oleh anasir-anasir yang
boleh mencermarkan kesucian aqidah
dalam masyarakat hari ini.
14. Akidah ini juga mewujudkan naluri
ideal (dalam diri manusia) yang Islam
menganjurkan agar naluri tersebut
selalu dikembangkan demi
terwujudnya manusia sempurna di
bidang pemikiran, sosial dan perilaku
akhlak masing-masing.
15. Untuk mewujudkan sebuah
masyarakat Islam, yang harmoni,
perihatin dan bebas daripada unsur-unsur
jahiliah maka kita perlu
memahami dan mengkaji aqidah tauhid
yang sebenarnya.
16. Agama Islam adalah agama yang
didasari oleh iman atau akidah yang
diperolehi melalui jalan akal yang
muncul dipemikiran manusia melalui
wahyu dari al Khalid. Oleh itu akidah
Islam merupakan sebuah akidah akaliah
yang merupakan pemikiran dasar yang
menyeluruh terhadap alam, manusia,
dan hidup.
17. Akidah juga memainkan peranan
penting dalam mengukuhkan kesatuan
dan perpaduan masyarakat. Islam
meletakkan asas perpaduan ialah
berdasarkan kesatuan akidah bukannya
di atas dasar bangsa dan keturunan
sebagaimana yang berlaku di zaman
jahiliah arab.
18. Memandangkan pentingnya perpaduan yang
bermula daripada perasaan persaudaraan
antara sesama individu mesyarakat maka
langkah pertama yang dilakukan oleh
rasulullah ialah mempersaudarakan kaum
muhajirin dan ansar.
Kesan daripada tindakan rasulullah ini
dapat membentuk masyarakat yang bersatu
padu dibawah satu kalimah tauhid.
19. Kejayaan rasulullah membentuk
perpaduan masyarakat atas dasar akidah
adalah bukti jelas bahawa akidah yang
mantap dalam diri setiap individu
masyarakat merupakan pemangkin
kepada terbinanya perpaduan yang
kukuh dalam masyarakat.
20. Terdapat banyak gesaan samada dalam
quran mahupun hadis berkaitan
perpaduan antaranya:
Dalam surah al-Hujurat:
إنما المؤمنون إخوة فأصلحوا بين أخويكم
Rasulullah bersabda:
المسلم للمسلم كالبنيان يشد بعضه بعضا
لايؤمن احدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه.
21. Bagi menjadi umat contoh kepada
kepribadian berakidah yang berjalan
mestilah sesuai dengan akal yang terarah,
perilaku yang lurus dan siap mengemban
missi, tidak seperti kepribadian yang
mengalami kevakuman akidah, yang seluruh
perhatiannya tercurahkan kepada egoisme
dan kemaslahatan dirinya.
22. Kesimpulannya, selagi Akidah Islam
tidak diberikan peranan yang
sewajarnya dalam kehidupan muslimin,
selagi itulah ia tidak akan membawa
sebarang penggaruh yang signifikan
dalam kehidupan individu dan
masyarakat kaum muslimin. Jauh sekali
untuk berpenggaruh secara domestik
mahupun antarabangsa!
23.
24. 1. terhindar daripada ajaran-ajaran sesat yang
akan merosakan akidah seseorang terhadap
Allah swt.
2. dapat meneguhkan keimanan dan
keyakinan kita kepada sifat-sifat
kesempurnaanNya.
3. sebagai seorang muslim yang mulia,kita
dapat memantapkan akidah kita dan orang
lain supaya tidak terikut dan terpengaruh
dengan amalan-amalan yang boleh
merosakan akidah seperti menyembah
berhala,menyembah syaitan dan memuja
semangat atau roh orang yang sudah mati.
25. 4) Dapat mengeluarkan hujah-hujah yang boleh
mematahkan hujah daripada pihak lawan
yang cuba memesongkan akidah seseorang.
5) Antara perkara yang akan dialami oleh
manusia di akhirat ialah hisab dan timbangan
amalan.
6) Kesannya dalam kehidupan seharian ialah
kita akan sentiasa mengingati mati dan
akhirat.Oleh sebab itu,kita akan terpaksa
berfikir 100 kali,1000 kali sebelum berbuat
dosa dan akhirnya kita akan membatalkan
niat kita tersebut.
26.
27. 1. Akidah yang kukuh kepada Allah sudah
pasti akan menerbitkan akhlak yang baik
dan mulia.
2. Hal ini kerana, akhlak islam adalah
pancaran daripada kekuatan akidahnya.
3. Akidah berperanan sebagai jentera
penggerak supaya manusia melakukan
apa yang disukai dan diredhai Allah.
28. 4. Orang yang beriman dengan Allah dan
hari akhirat akan dikesani dengan sifat-sifat
Allah yang termahal dan tertinggi
yang akan mengesani pula pelbagai
perlakuan dan kegiatan hidup yang
baik.
5. Iman adalah ibarat bumi yang menjadi
tempat semaian benih akhlak.
6. Iman itu sendiri sudah mengandungi
segala benih akhlak yang baik.
29. 7. Seseorang yang benar-benar beriman
dengan sendirinya telah membawa
segala benih akhlak yang mulia.
8. Apabila keimanan menjadi sempurna
dan membuahkan hasil, ia akan lahir
dalam bentuk keluhuran akhlak.
9. Elemen-elemen ini merupakan asas²
islam yang sewajibnya kita hayati agar
dapat menjadi muslim dan mukmin yang
seimbang.
30. 10. Tanpa salah satu daripadanya, akan
pincanglah kehidupan seseorang itu
dan akan mudah terpengaruh dengan
perkara-perkara yang dapat
merosakkan akidah.
31.
32. PENGERTIAN AKHLAK TERPUJI
Akhlak mahmudah ialah perbuatan terpuji
menurut pandangan akal dan syariat
islam. Akhlak mahmudah ini ialah sifat
rasulullah s.a.w dan amalan utama
penganut islam sejati.
Iman Ghazali telah menetapkan 4 prinsip
utama akhlak yang menunjangi akhlak
manusia bagi melahirkan akhlak terpuji
iaitu:
33. Hikmah (kebijaksanaan)
Iaitu satu keadaan akal yang membolehkan
secara semulajadi membezakan di antara
baik dan buruk dalam semua perbuatan
ikhtiariyah (perbuatan yang lahir dgn
pilihan manusia sendiri). Daripada sifat
ini akan melahirkan sifat baik hati,
cerdik, bersangka baik dan pertimbangan
baik.
34. Adil
Ia adalah kekuatan jiwa yang dapat
meletakkan perasaan marah dan
nafsunya mengikut kesesuaian keadaan
berlandaskan pertimbangan akal dan
syariat.
35. Syajaah
Ia adalah keupayaan diri yang akal dapat
mengawal perasaan marah atau
mengikut apa yang dituntut oleh akal
dan syarak. Pemarah, berani,
bermujahadah dengan nafsu,
menanggung penderitaan, lemah
lembut dan tetap pendirian
36. Iffah
Ia adalah keupayaan diri yang dapat
mendidik keinginan nafsu syahwat agar
tunduk kepada kemahuan akal dan
syariat. Pemurah, malu,sabar, pemaaf,
tolong-menolong,peramah dan kurang
mengharapkan orang lain.
37. Apabila keempat-empat sifat ini wujud
dalam diri manusia, barulah akan
melahirkan sifat-sifat mahmudah yang
lain. Jika sifat ini terhakis atau berlebihan
dalam diri manusia akan melahirkan sifat
yang keji pula. Sabda rasulullah s.a.w yang
bermaksud “sebaik-baik perkara adalah
bersederhana.”
Imam al Ghazali berpendapat bahawa akhlak
yang baik dapat dicapai melalui proses
mujahadah dan riadah dengan melawan
hawa nafsu dan cuba mempertingkatkan
akhlak diri sendiri.
38.
39. Akhlak tercela atau akhlak buruk dalam
bahasa arab dikenali sebagai sifat-sifat
mazmumah, merupakan sifat-sifat yang
bercanggah dengan ajaran al-quran dan
as-sunnah.
Sebarang sifat dan akhlak yang tergolong
dalam kategori akhlak yang buruk amat
dibenci dan dikeji dalam pandangan
islam. Antara akhlak atau sifat
mazmumah ialah memyekutukan Allah,
bohong, takbur, dengki,khianat dan
sebagainya.
40. Akhlak mazmumah ialah perbuatan tercela
menurut pandangan akal dan syariat
islam. Akhlak mazmumah ini bukan
sifat rasulullah s.a.w dan amalan utama
penganut islam sejati,sebagaimana
sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“tidak akan masuk ke dalam syurga
orang yang dalam hatinya terdapat
kesombongan yang sebesar zarah.”
(riwayat muslim)
41. Dengki
Perasaan iri hati atau rasa benci seseorang.
Biasanya perasaan ini timbul pada
seseorang manusia bila mana dia
melihat orang lain mendapat nikmat
atau mempunyai kelebihan daripadanya
kemudian dia mengharap semoga
nikmat dan kelebihan yang ada pada
orang lain itu hilang dan berpindah
pada dirinya.
42. Fitnah
Menyampaikan cakap seseorang kepada
orang lain dengan menambah disana-sini
supaya orang yang mendengar
menjadi benci dah naik radang.
43. Mengumpat
Memperkatakan seseorang dibelakangnya.
Biasanya yang diperkatakan ini adalah
sekitar kelakuan, keadaan badan,
perangai dan sebagainya.
44. Bertengkar
Berbantah. Secara takrif yang agak lebih
tepat bertengkar dapat diertikan dengan
bertukar fikiran untuk mencari
kemenangan tanpa hakim. Dengan
demikian setiap perbincangan yang
hanya bertujuan untuk mencari
kemenangan,kemegahan adalah tidak
baik. Bertengkar yang dibolehkan
adalah untuk mencari kebenaran.
45.
46. Islam merupakan agama yang amat
menitiberatkan soal adab dalam kehidupan
bagi menjamin keselamatan dan
kebahagian didunia dan diakhirat.
Setiap adab mempunyai sebab dan
penjelasan,mengapa ia perlu dilakukan
oleh setiap individu yang bergelar muslim.
Melaksanakannya bukanlah satu
kewajipan, namun ia dapat memberi
natijah dan manfaat yang besar sehingga
memberikan kesan terhadap masyarakat
sekeliling.
47. Rasulullah bersabda :”sesungguhnya
aku diutuskan untuk menyempurnakan
kemuliaan akhlak(manusia)”.
Ini bermaksud baginda sendiri
memulakan dakwah islamdengan
melalui jalan-jalan adab.
Beliau tidak terus memulakannya
dengan dakwah secara terangan
mahupun dgn hukum² syarie, namun
baginda menujukkan akhlak yang mulia
bermula sejak kecil lagi.
48. • Sentiasa taat dan patuh terhadap
suruhan/ajaran ibubapa.
• Bercakap dgn lemah lembut dan suara
yg rendah ketika bertutur dgn ibu
bapa.
• Sentiasa hormat dan kasih kepada
mereka.
• Sentiasa mendoakan dan meminta
keampunan untuk mereka.
49. • Jangan sesekali menderhaka kpda
mereka.
• Hendaklah memanggil mereka dgn
panggilan yang disenangi mereka.
• Gembirakan hati ibu bapa dengan
menolong kerja rumah.
• Ucap salam dan pohon kemaafan kpd
ibu bapa ketika bertemu dan berpisah.
• Muliakan sahabat-sahabat mereka.
50. Beri hormat dan salam kepada guru.
Berdiri apabila bercakap dengannya/
ketika sudah selesai mengajar.
Minta izin sebelum bercakap dan
jangan bercakap terlalu banyak.
Jangan memperkecilkan kebolehan
guru.
51. Jangan menyindir/ketawakan guru
ketika mengajar.
Jauhilah daripada menduga guru dengan
perkara-perkara yang mengguris
perasaannya.
Duduk dengan sopan ketika guru
mengajar.
52. Menghulurkan bantuan kepada mereka
apabila mereka amat memerlukannya.
Bersikap jujur dalam persahabatan.
Jangan memburuk-burukkan seseorang
kawan dihadapan kawan yang lain.
Jangan membuka aib kawan.
Jangan cemburu dengan kejayaan kawan.
Saling menasihati untuk melakukan
kebaikan dan menjauhi kejahatan.
53. Al-Math, Muhammad, Faiz. 1100 Hadits Terpilih; Sinar Ajaran Baru
Muhammad. Jakarta: Gema Insani Press, 1991.
Audah, Ali. Konkordansi al-Qur’an; Panduan Kata dalam Mencari
Ayat alQur’an. Bandung: Mizan, 1997.
Al-Bukhari, Muhammad Ismail. Shahih al-Bukhari. T.Tp: Dar wa
Mathabi’ alSyab, T.Th.
Departemen Agama RI. Al-Qur’an dan Terjemahnya. Jakarta: 1994.
Ghazali, Muhammad. Akhlak Seorang Muslim, (terj. & edit.). Moh.
Rifai dari
judul asli Khuluq al-Muslim. Semarang: Wicaksana, 1993.
Kurdi, M. Amin. Tanwir al-Qulub Fi Mualati Alam al-Ghuyub.
Beirut: Dar al
Fikr, tt.
Majah, Ibnu. Sunan Ibnu Majah. Beirut: Dar al Fikr, t.t.
Muslim, Ibn Hajjaj. Shahih Muslim. Kairo: al-Halabi wa Auladuh,
T.Th.
Tibi, Bassam. The Challenge of Fundamentalism; Political Islam and
the New
World Disorder. California: University of California Press, 1998
54. aftar Pustaka
At-Tamhid fi Diraasatil Aqidah Al-Islamiyah, Prof. Dr. Sayyid
Ahmad Musayyar.
Fatawa fil Aqidah Al-Islamiyah, Prof. Dr. Sayyid Ahmad
Musayyar
Al-Azhar Fi Alfi ‘Aam, Dr. Muhammad Abdul Mun’im Khofaji.
Islam dan Pembaharuan, Enslikopedi masalah-masalah, John J.
Donohue dan Jhon L. Esposito.
Diktat Tauhid Universitas Al-Azhar S1 tahun 1-4, fakultas
Ushuludin Jurusan Tafsir
Sejarah Tuhan, Karen Amstrong.
Tulisan Esay berjudul an Indonesian Community in Cairo,
Michael Laffan.
www.organisasi.org
www.pusatbahasa.kemdiknas.go.id
10. www.kompas.com
11. www.rakyatmerdekaonline.com