SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 20
PENGHARGAAN
Alhamdulillah,kami bersyukur kepada Allah S.W.T yang memberikan taufik dan
hidayahNya kerana dapat menyiapkan tugasan ini. Setinggi-tinggi penghargaan
diucapkan kepada Ustazah Afifah bt. Abu Bakar selaku pensyarah bagi matapelajaran
Pengajian Agama Islam kerana memberi sokongan, panduan dan tunjuk ajar yang amat
berguna.Terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan sekelas yang telah membantu
kami memberi bahan-bahan rujukan sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini.
Semoga segala usaha ini akan meningkatkan penguasaan ilmu dan penghayatan serta
mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.
1
PENGENALAN
Setiap guru, khususnya guru Pendidikan Islam perlu meghayati etika keguruan
Islam. Ini kerana etika tersebut dapat mengikat diri dalam usaha memberi komitmen
terhadap tugas yang wajib dilaksanakan.
Guru Pendidikan Islam yang unggul ialah guru yang perlulah mempunyai ciri-ciri
yang positif . Guru sepatutnya sedar mereka adalah mudarris, mu`allim, murabbi, muaddib
mursyid dan da`i dalam usaha mendidik generasi masa kini. Guru yang mempunyai
keperibadian yang baik akan meninggalkan kesan yang positif dalam diri murid-
muridnya. Meskipun kini terdapat pelbagai bentuk pembelajaran seperti pembelajaran
jarak jauh dan pembelajaran secara on-line dan multimedia serta mempunyai pengaruhnya
yang besar, namun ia tidak dapat menafikan status dan peranan utama guru dalam
pembentukan sahsiah murid. Alat teknologi moden/pasca moden walau bagaimana
canggih sekalipun tidak dapat mengambil peranan guru. Faktor manusia tetap
diperlukan dalam proses pembentukan dan pematangan sahsiah murid. Sebab itu
banyak kajian dibuat tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang guru yang baik dan
berkesan dalam pengajaran mereka untuk memastikan objektif pada hari tersebut
tercapai .
PENGERTIAN ETIKA
Menurut Kamus Dewan (1995) bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau
tingkah laku atau kesusilaan. Manurut Kamus Oxford (1994) pula ia bermaksud prinsip
moralatau set prinsip moral. Dari persepktif Islam pula , etika merujuk kepada tingkah
laku betul berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah hasil dari ketakwaan kepada Allah.
Etika boleh dianggap sebagai satu disiplin yang menilai betul atau salah. Etika
bergerak selari dengan akauntabiliti/tanggungjawab sebagai pekerja dan kakitangan.
Akauntabiliti setiap pegawai dan kakitangan kerajaan ialah untuk mengikuti dan patuh
kepada arahan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
2
ETIKA KEGURUAN ISLAM
Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap pencipta
(Allah), terhadap diri, terhadap ilmu, terhadap profesion, terhadap masyarakat dan
negara, terhadap murid, terhadap rakan sejawat dan terhadap ibu bapa pelajar serta
masyarakat dan negara.
Tergolong dalam kelompok guru pendidikan Islam (Guru Agama /Ustaz) yang
mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru pendidikan Islam yang mengamalkan
etika keguruan Islam yang standard. Kod etika berkenaan memperincikan secara
khusus sifat dan ciri tertentu yang menjadi garis panduan guru-guru muslim khususnya
guru pendidikan Islam yang baik personaliti mereka.
Ustaz Abdul Ghani Shamsudin bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya,
telah merumuskan Etika Kerguruan Islam sebagaimana berikut:
a) Tanggungjawab Terhadap Allah
Etika guru muslim terhadap Allah ialah seperti berikut:
i. Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan dan
keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang
berterusan denganNya.
ii. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah
menjadi amalan harian.
iii. Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap
kepada Allah.
iv. Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar
agama Islam dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam.
v. Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama, menghindari
laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang
berkaitan dengannya.
vi. Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa
kepadaNya dengan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke
hadratNya.
3
b) Tanggungjawab Terhadap Diri
i. Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada
dari aspek fizikal, emosional, mental mahupun moral.
ii. Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal.
iii. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta
ditingkatkan dari segenap aspek.
iv. Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan
sebanyak mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara.
v. Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan
kualiti profesion sebagai seorang guru.
c) Tanggungjawab Terhadap Ilmu
i. Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam.
ii. Beriltizam dengan amanah ilmiah.
iii. Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari.
iv. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran
ilmu yang berkaitan.
v. Dari semasa ke semasa guru Muslim hendaklah menelusuri sudut atau
dimensi spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan
vi. Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan
dan keamanan umat manusia sejagat
d) Tanggungjawab Terhadap Profesion
i. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang
kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
ii. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa
kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan
kewangan.
iii. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah
menjalankannya dengan jujur.
4
iv. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang
kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
v. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa
kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan
kewangan.
vi. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah
menjalankannya dengan jujur.
vii. Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya.
Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain
seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
viii. Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua
pelajar tidak kira bangsa, agama atau kepercayaan.
ix. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha
membentuk tingkah laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang
diterima oleh masyarakat.
x. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap
pelajarnya.
xi. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap
semua pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama,
kepercayaan politik, tempat asal keluarga, intelek, akademik dan status-
status lain.
xii. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan
pelajar dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari
segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.
xiii. Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat
sulit mengenai diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi
lain yang tidak berkenaan.
xiv. Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa
yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
5
xii. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara.
xiii. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya
supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia
dan beragama.
xiv. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.
xv. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang
baik terhadap pelajar.
xvi. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya
untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa
waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang
disahkan.
xvii. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara.
xviii. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya
supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia
dan beragama.
xix. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.
xx. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara.
xxi. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya
supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia
dan beragama.
xxii. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.
xxiii. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang
baik terhadap pelajar.
6
xxiv. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara.
xxv. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya
supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia
dan beragama.
xxvi. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.
xxvii. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang
baik terhadap pelajar.
xxviii. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya
untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa
waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang
disahkan.
xxix. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau
pengajaran persendirian.
xxx. Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik
persendirian terhadap para pelajarnya.
xxxi. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa
para pelajar atau ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas
profesionnya.
xxxii. Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
xxxiii. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah
menggunakan cara-cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan).
xxxiv. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-
membesarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam
profesion perguruan.
e) Tanggungjawab Terhadap Pelajar/Murid
i. Guru muslim hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan
pelajar dari hal-hal lain.
ii. Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor
7
jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
iii. Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
iv. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau
dalam mata-mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang
bayaran.
v. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,
lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau
seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
vi. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau
dalam mata-mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang
bayaran.
vii. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,
lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau
seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
f) Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat
i. Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang
kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang
guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh
menjatuhkan maruah seseorang guru.
ii. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan
sebagai guru.
iii. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin
dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan
sosial.
iv. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang
baru dalam profesion perguruan.
v. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.
8
g) Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara
i. Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh
merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang
boleh bertentangan dengan Rukunegara.
ii. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu
dan membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua
dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
iii. Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi
segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa
sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
iv. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu
bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
v. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan
morality, kebudayaan dan kecend ikiawanan masyarakat.
vi. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh
masyarakat dan menjalani kehidupan harian dengan baik.
h) Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa
i. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak
mereka.
ii. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di
antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
iii. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai
keadaan rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
iv. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak
mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa
secara teliti dan bijaksana.
9
v. Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan
sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
vi. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan
sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa
atau penjaga mereka.
PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM
Guru adalah agen pendidikan yang berkesan (Muhammad Uthman el-Muhammady,
1991 dIm. Ahmad Mohd. Salleh, 1997). Walau sebaik mana pun sesuatu sistem
pendidikan itu, jika guru yang mengajar bukannya guru yang berkesan bermakna apa
yang disampaikan/diajar tidak akan difahami murid - tidak mencapai matlamat pe-
ngajaran. Oleh itu, guru, khususnya guru-guru Pendidikan Islam, perlu mengukuhkan
lagi peranan mereka masing-masing. Kategori peranan guru Pendidikan Islam terbahagi
kepada lima kategori berikut:
Apabila menceburi diri bidang perguruan dan pendidikan, guru perlu sedar dan
mengenal dirinya sebenar. Dalam bahasa Arab, guru boleh diterjemahkan dengan
berbagai istilah, seperti mu’allim, muaddib, mudarris, murabbi, mursyid, da`ie dan
sebagainya yang menunjukkan kepelbagaian peranan seorang guru yang BAIK. Berikut
dijelaskan secara ringkas maksud kepelbagaian peranan seorang guru Pendidikan Islam
yang baik itu :
Guru seba gai Mu 'allim
Mu'allim adalah kata nama pelaku (Isim Fa’il) yang muncul dari kata
terbitan/masdar ta'lim (pengajaran yang benar). Mu`allim ialah guru yang mengajar
ilmu yang benar. Surah al-Baqarah ayat 31 menerangkan penggunaan kalimah
mu`allim yang membawa makna mengajar perkara yang benar:
        
      
10
Maksudnya: “Dan Dia (ALLAH) mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda)
seluruhnya, Kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman:
"Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu golongan yang benar.”
Menurut Tengku Ghani Tengku Jusoh (2002), al-Ta'lim bermaksud: Mengajar;
iaitu menjadikan seseorang individu memiliki ilmu pengetahuan dan proses tersebut
berlaku secara berperingkat-peringkat. Al-Ghazali mengatakan ta'lim adalah proses
menguasai ilmu yang meningkatkan manusia daripada taraf haiwan kepada taraf manusia.
Manusia sememangnya memiliki sifat-sifat yang turut dimiliki oleh haiwan antaranya
hawa nafsu, bermusuhan, dan sukakan kebendaan; dan pada masa yang sama
manusia mempunyai sifat mereka sendiri seperti berakaI, beriman, bijaksana dan
sebagainya (Saedah Siraj, 2001).
Didalam sistem pendidikan sedia ada, para guru perlu memperkemaskan lagi
peranan mereka dalam memberi ilmu kepada murid. Ini kerana, ilmu ini akan dijadikan
panduan oleh murid dan juga perisai kehidupan untuk mengawal unsur-unsur
kehaiwanan yang secara semulajadi ada dalam diri manusia (termasuk murid) dan juga
meningkatkan akhlak mereka. Mengenai perkara ini, Saedah Siraj (2001) mengatakan
bahawa seorang individu yang tahu menggunakan dengan baik dan betul unsur-unsur
kemanusiaannya akan dapat mengawal unsur-unsur kehaiwanan yang ada dalam
dirinya, maka ia akan menjadi manusia sebenar dengan memiliki akhlak yang mulia.
Sebaliknya, tambah beliau, jika seseorang itu tunduk kepada seluruh unsur haiwan
yangada di dalam dirinya, maka perbuatan, kelakukan, pemikiran serta rohnya juga
adalah sama tarafnya dengan haiwan.
Oleh itu, dalam pembangunan bangsa yang berasaskan ilmu pengetahuan
dewasa ini, guru, selain berperanan membentuk akhlak murid, mereka juga berperanan
sebagai mu'allim, perlu memberi tumpuan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan
(Wan Mohd. Nor Wan Daud, 1991). Dalam hal ini, guru perlu menguasai ilmu
sebagaimana berikut:
i) Ilmu Bidang: ialah ilmu yang kita dianggap pakar dalam bidang
berkenaan dan itulah ilmu yang kita ajarkan kepada orang
lain. Dinisbahkan kepada guru Agama, maka ilmu agama lah bidang
kita. Justeru guru agama mesti dalam pengetahuannya tentang agama
serta permasalahannya dan mantap kefahamannya. Jika guru sains,
11
maka pengetahuan sainsnya mesti baik. Demikianlah dengan pelajaran
lain. Sekirannya guru tidak menguasai bidangnya sendiri, ia tidak dapat
menyampaikan pengajarannya dengan baik dan berkesan serta tidak
dapat menjawab persoalan yang dikemukan oleh murid kepadanya.
ii) Ilmu Fardhu Ain: bukan berkmaksud hukum-hukum bersuci, solat,
puasa, zakat dan haji. Ini ialah Asas Fardhu Ain. Fardhu Ain di sini
bermksud ilmu tentang tanggungjawab setiap orang Islam, termasuk
mengetahui haram halal dan sebagainya. Seorang peniaga harus
mengetahui apa perkara yang boleh diperniagakan dan apa yang dilarang
oleh Islam. Sebagai pegawai apa yang perlu ia lakukan terhadap
pejabatnya dan orang yang di bawahnya. Guru pun demikian
juga. Adakah mengajar sahaja atau ada kerja-kerja lain yang perlu
dilakukan. Jika tidak dilakukan seperti yang ditetapkan apa akibatnya. Ini
semua memerlukan ilmu agama khasnya yang bekaitan dengan amanah
dan tanggungjawab.
iii) Ilmu Alat pula bermaksud ilmu yang perlu bagi menjalankan tugas
dengan lebih sempurna. Ini juga berdasarkan kepada bidang masing-
masing. Kerani misalnya memerlukan kemahiran menaip, simpan kira
dan lain-lain. Guru memerlukan ilmu yang berkaitan dengan pengajaran,
iaitu psikologi, pedagogi, sosiologi, prinsip-prinsip pengajaran,
perkaedahan, penilaian, kepimpinan, bahasa dan lain-lain.
Selaku mu'allim, dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru sewajarnya
mempunyai niat yang ikhlas; mengetahui dasar-dasar pendidikan dan strategi mengajar
yang berkesan; memberi rangsangan motivasi kepada para murid dan memaharni
kaedah-kaedah pengurusan bilik darjah yang berkesan untuk memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Imam al-
Ghazali menekankan supaya para guru mengajar dengan niat untuk menyelamatkan
para muridnya daripada seksaan api neraka; mengajar bukan untuk mendapat upah
atau pun apa-apa ganjaran di dunia, sebaliknya bertujuan mendekatkan diri kepada
Allah; tidak memandang remeh ke atas ilmu yang disampaikan, sebaliknya, meyakininya
dengan penuh bermakna; memberi perhatian kepada murid yang lemah dalam muridan;
selain mengamalkan ilmu yang disampaikannya kepada murid. Wan Bakar Wan Dagang
(1991) menambah, guru Pendidikan Islam perlu berusaha meningkatkan penguasaan
12
ilmu pengetahuan; sentiasa mencari pendekatan pengajaran yang boleh menimbulkan
minat murid serta menanam minat dan penghayatan terhadap agama; cintakan agama;
mewujudkan ciri-ciri tamadun Islam di dalam dan di luar sekolah; sentiasa memelihara
dan meningkatkan kecekapan ikhtisas dalam bidang perguruan sama ada melalui
pengkajian, menghadiri kursus, mesyuarat, persidangan, seminar dan lawatan (Ahmad
Mohd Salleh, 1997).
Guru sebagai Muaddib
Salah satu peranan utama guru adalah bertindak sebagai mua'ddib (Syed
Muhammad Naquib al-Attas, 1986; Zawawi Hj. Ahmad, 1992). Berhubung perkara ini,
Rasulullah saw mengatakan bahawa Allah swt sendiri yang telah mendidik baginda
dengan sebaik-baik pendidikan. Syed Muhammad Naquib aI-Attas (1986) lebih
menekankan peranan guru sebagai muaddib berbanding murabbi dan mu'allim. Beliau
menggunakan perkataan ta'dib untuk menjelaskan erti pendidikan. Menurut beliau,
pendidikan Islam adalah lebih tepat berorientasikan kepada istilah ta'dib. Ini kerana
peranan guru yang paling menonjoI, menurut beliau, adaIah sebagai muaddib.
Terdahulu, al-Ghazali dalam menghuraikan konsep ta’dib oleh guru, mengatakan
bahawa ta'dib adalah:
“ Proses mendisiplinkan kedua-dua aspek spiritual dan fizikal manusia, yang
turut melibatkan perkataan, perbuatan, kepercayaan dan niat seseorang; dan
proses ini juga melibatkan penguasaan ilmu pengetahuan; dan perubahan sahsiah
bertujuan mencapai akhlak yang mulia - proses ini melibatkan menahan nafsu dan
disiplin yang tinggi (riyadah).”
13
Abdullah Nasih 'Ulwan (2002) mengatakan guru-guru dalam kategori ta'dib perlu
sedar dan insaf bahawa mereka sebenarnya menjadi ikutan dan teIadan murid, Oleh
kerana itu, menurut Abdul Raof Dalip (1985, 1993) , guru-guru tersebut perIu:
i. Menanam dalam dirinya dan juga muridnya rasa cinta dan taat kepada
Allah;
ii. Menanamkan kepercayaan yang benar di dalam jiwa murid;
iii. Mendedahkan dan memahamkan murid mengenai jenis-jenis ibadah
yang wajib dilaksanakan; dan
iv. Menaikkan semangat murid serta menimbulkan minat mereka untuk
mempraktiskan ajaran agama sehingga menjadi kebiasaan kepada
mereka.
Menurut Husain Mazhahiri (1993), Ibrahim Amini (1997) dan Abdullah Nasih
'Ulwan (2002), sebagai mua'ddib, guru wajib memiliki sejumlah sifat-sifat terpuji; dan
sifat terpuji yang paling utama adaIah zuhud dalam proses mendidik - bukan kerana
inginkan balasan kebendaan (wang, pangkat) dan penghormatan masyarakat tetapi
semata-mata bertujuan untuk mendapat keredaan Allah.
Bagaimana pun, Husain Mazhahiri (1993) dan Ibrahim Amini 2001) mengatakan
dalam soal menerima balasan kebendaan (ganjaran-upah-gaji) dalam proses mendidik
murid, tidak bermakna guru tidak boleh menerima ganjaran daripada usaha mereka.
Apa yang perlu difahami di sini ialah kemuncak matlamat kerja yang dilakukan
seharusnya tidak diukur berdasarkan kepada pencapaian kebendaan (berapa tinggi
ganjaran yang diterima) kerana ini akan membahayakan peningkatan diri dari aspek
spiritual, kemuliaan individu yang berilmu di sisi Allah akan tercemar apabila mereka
mengajar sesuatu ilmu bertujuan hendak memperoleh balasan kebendaan (ganjaran-
upah-gaji). Ini kerana menyampaikan sesuatu kebenaran ataupun ilmu Allah merupakan
tugas dan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh individu-individu yang berilmu;
dan bukan hanya dengan diberi ganjaran barulah mereka mahu melaksanakan tugas
dan tanggungjawab mereka. Individu-individu tertentu yang dekat dengan Allah seperti
nabi dan rasul tidak pernah, walaupun sekali, mengharapkan sebarang balasan
kebendaan apabila menyampaikan sesuatu kebenaran ataupun ilmu Allah. Dari aspek
kualiti pengajaran pula, kualiti pengajaran guru-guru (yang mengajar sesuatu ilmu
bertujuan hendak memperoleh balasan kebendaan-ganjaran-upah-gaji) akan menurun
apabila mereka tidak menerima ganjaran tinggi yang mereka harapkan.
14
Selain dari itu, ini juga akan membahayakan pencapaian murid kerana; kualiti
pembelajaran menurun apabila kualiti pengajaran guru menurun; dan kualiti spiritual
murid di sisi Allah terjejas apabila kemuliaan guru-guru mereka tercemar di sisi Allah.
Menurut Husain Mazhahiri (l993) dan Ibrahim Amini (2001) sifat-sifat terpuji
mua'ddib yang lain adalah; Pembersihan atau penyucian diri - para pendidik perlu
membersihkan jiwa mereka dari segala bentuk kekotoran (dosa) seperti riak, hasad,
'ujub dan pemarah, selain para guru perlu memiliki kebersihan lahiriah (antaranya
makan makanan yang suci dan bersih; menjaga kebersihan diri; memakai pakaian yang
bersih) dan berperibadi mulia.
Dalam soal ini, Muhammad Uthman el-Muhammady (1991 dIm.Ahmad Mohd
Salleh, 1997) mengatakan para guru perlu menjaga kehebatan dan kehormatan diri
mereka pada pandangan masyarakat. Ini boleh dilaksanakan dengan menjaga peribadi,
bersikap merendah diri dan tahu mengambil hati orang lain. Guru juga tidak boleh
melibatkan diri dalam suasana yang boleh menjatuhkan maruahnya sama ada dalam
cara berpakaian, perbuatan atau percakapan.
Guru Pendidikan Islam perlu menjadikan diri mereka sebagai sumber teladan
utama kepada para murid kerana selain berperanan sebagai mu'allim, murabbi dan
mua'ddib, para guru pendidikan Islam adalah individu-individu yang sangat berpengaruh
dalam pembentukan akhlak murid (Abdul Raof Dalip, 1993).
Guru seba gai Mudarris
Mudarris bermaksud guru yang mengajar dan menyampaikan maklumat kepada
orang lain. Guru ini boleh jadi orang Islam dan bukan Islam. Kalau dia orang Islam,
boleh jadi yang taat atau yang tidak taat. Perkara yang diajar boleh jadi yang baik atau
pun tidak baik. Yang mengajar ilmu sihir pun mudarris, demikian juga yang mengajar
ilmu salah atau ajaran sesat. Semua mereka ini termasuk dalam kategori
mudarris. Bagaimanapun dalam kontek perbincangan kita ialah guru adalah mudarris
yang menyampaikan ilmu yang benar yang sesuai dengan peranan guru seterusnya
iaitu guru juga sebagai mu`allim.
15
Guru sebagai Murabbi
Murabbi berasal daripada kata terbitan, tarbiyyah (pendidikan). Hasan
Langgulung (1995) merujuk perkataan tarbiyyah dalam Al-Qur 'an: Surah Al-Isra` ayat
24:
         
  
Maksudnya : Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh
kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya,
sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil” .
Tengku Ghani Tengku Jusoh (2002) mengatakan tarbiyyah adalah mencurahkan kasih
sayang, memelihara, mendidik, mengembangkan, menyuburkan dan membesarkan.
Peranan guru Pendidikan Islam sebagai murabbi melibatkan proses mendidik,
memelihara dan membentuk murid sehingga wujud rasa kasih sayang dan saling
percaya mempercayai antara mereka. Antara ciri-ciri guru-murabbi menurut al-Ghazali (tt)
adalah:
i. Menyayangi murid dan memperlakukan mereka seperti anak sendiri;
ii. Sentiasa menasihati murid dalam segala hal termasuk pembelajaran dan
perlakuan mereka;
iii. Menjaga disiplin murid dengan menggunakan “Pendekatan Mencegah
dan Menegur Secara Baik” terhadap perlakuan maksiat dan juga
menggalakkan perlakuan makruf secara kasih sayang.
Bagi Ahmad Mohd Salleh (1997) pula, antara ciri-ciri guru murabbi adalah:
i. Mengutamakan keselamatan dan kebajikan murid;
ii. Bersikap adil terhadapmurid tanpa mengira latar belakang keluarga,
keupayaan akademik, danekonomi;
iii. Merahsiakan maklumat sulit murid kecuali kepada yang berhak; dan
iv. Bersedia membimbing murid serta menunjukkan cara berpakaian,
pertuturan dan tingkah laku sebagai contoh yang baik kepada murid.
16
Guru sebagai Mursyid
Mursyid dari perkataan [arsyada]. Mursyid adalah kata pelaku (isim fa`el). Ini
sinonim dengan perkataan [ahda] yang bermaksud memberi petunjuk. Dengan itu,
perkataan mursyid bererti orang yang memberi petunjuk . Ini juga menunjukkan peranan
seorang individu yang memberi petunjuk atau seorang individu yang menunjukkan
hidayah (petunjuk) kepada murid adalah bertepatan dengan tujuan profesion keguruan
Pendidikan Islam itu sendiri.
Abdul Halim Muhammad (2003) mengaitkan antara Giri-Giri mursyid dengan peri
bahasa "melentur buluh biarlah dari rebung" dan hadis Rasulullah saw yang
menyarankan supaya mendidik anak mengerjakan solat seawal usia tujuh tahun. Nasih
'Ulwan (1989) memetik ayat Al-Qur'an yang ada kaitannya dengan sifat-sifat mursyid
guru Pendidikan Islam antaranya:
             
        
  
Maksudnya: Dan (Dia berkata): "Hai kaumku, Aku tiada meminta harta benda kepada
kamu (sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah dan aku sekali-kali
tidak akan mengusir orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya mereka akan
bertemu dengan Tuhannya, akan tetapi aku memandangmu suatu kaum yang tidak
mengetahui". (Surah Hud:29)
Berdasarkan dua ayat Al-Qur' an di atas, ikhlas adalah sifat yang paling utama
bagi seorang mursyid. Ini bermakna, guru yang mursyid ialah guru yang sedia menjadi
seorang penasihat yang ikhlas.
Berhubung dengan peranan guru sebagai mursyid , murabbi, mu'allim dan
mua'ddib, Hussain Mazhahiri (1993, 1994) dan Ibrahim Amini (2001) mengatakan
bahawa pendidik yang telah berjaya membimbing muridnya dan berjaya menghidupkan
roh mereka adalah satu kejayaan yang sangat besar kerana dapat membentuk
golongan murid yang berakhlak mulia khususnya dan masyarakat amnya.
Guru seba gai Da`ie:
17
Da`ie : bermakna orang yang mengajak orang lain berbuat kabajikan. Ini maknanya
guru bukan sahaja menyampaikan pelajaran, tetapi juga mengajar dan mengajak
muridnya melakukan kebajikan dan meninggalkan kejahatan. Dengan itu guru haruslah
terdiri daripada orang yang melakukan kebajikan dan menjauhi diri daripada segala
bentuk kemungkaran yang boleh menjatuhkan martabatnya. Dengan erti kata lain guru
perlu berusaha membentuk diri sebagai contoh terbaik kepada anak muridnya. Hal ini
akan lebih memudahkan proses pemebentukan sahsiah murid.
Guru perlu berusaha sedaya upaya mencontohi peribadi Rasulullah s.a.w.
kerana baginda telah dinobatkan oleh Allah sebagai contoh terbaik (model terbaik) untuk
seluruh umat manusia sebagaimana Firman-Nya dalam Surah Al-Ahazab ayat 21:
            
    
Maksudnya : “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah s.a.w. contoh teladan yang
baik bagi kamu (iaitu) bagi orang yang men gharap (rahmat) Allah dan (kedatangan)
hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
Sehubungan itu, Nasis 'Ulwan (2002) mengatakan: Keteladanan dalam
pendidikan adalah metod berkesan yang paling meyakinkan keberhasilannya dalam
mempersiapkan dan membentuk anak di dalam moral, spiritual dan sosial. Hal ini kerana
pendidik adalah contoh terbaik dalam pandangan anak, yang akan ditirunya dalam
tingkah lakunya, disedari atau tidak, bahkan tercetak dalam jiwa dan perasaan suatu
gambaran pendidik tersebut, baik dalam ucapan atau perbuatan, baik material atau
spiritual, diketahui atau tidak diketahui.
0leh kerana itu, tidak kira sama ada guru berperanan sebagai mu 'allim, murabbi,
mua'ddib mahupun da 'i, tidak boleh tidak, sepertimana yang disepakati juga oleh pakar-
pakar pendidikan, mereka perlu menyediakan diri sebagai qudwah hasanah (model
terbaik) kepada murid kerana sifat tersebut adalah salah satu daripada sunnah Rasul
dengan Rasulullah saw sebagai modelnya yang terbaik.
18
RUMUSAN
“Etika Keguruan Islam” dan “Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia” adalah
saling berkait. Kalau kedua-duanya dipatuhi dan diamalkan akan membantu
keberkesanan pangajaran guru. Keberkesanan bermaksud pengajaran guru berkenaan
mencapai puncak matlamat yang digariskan.
Meskipun ciri dan sahsiah guru yang baik telah dicapai namun itu tidak pula
bermakna pengajaran mereka dengan sendirinya berkesan. Pengajaran guru sama ada
berkesan atau tidak bergantung kepada beberapa faktor yang berkaitan degan proses
pengajaran guru dan pembelajaran murid.
Guru-guru pendidikan Islam haruslah terdiri dari orang-orang yang benar-benar
memahami, menghayati dan memperjuangkan cita-cita Islam yang syumul dan
merangkum. Dengan keikhlasan dan semangat Islam yang membara guru dapat
mengatasi kekurangan alat teknologi untuk menghasilkan keberkesanan pengajaran
mereka.
Cabaran yang dihadapi oleh para guru dalam mengajar murid-murid zaman ini
bukanlah suatu yang mudah. Guru berhadapan dengan kenakalan remaja yang semakin
serius. Ibu bapa harus ikut serta dalam memudahkan kerja guru-guru di sekolah.
Kerajaan wajar peka dengan keperluan persekolahan dan pembelajaran generasi baru
yang semakin canggih dan pelbagai. Masyarakat juga mustahak memainkan peranan
sebagai pemangkin kejayaan guru dan murid dalam pembelajaran mereka. Tanpa
kerjasama semua pihak proses pendidikan tidak akan berjaya menghasilkan generasi
yang baik.
19
BIBLIOGRAFI
Abdul Raof Dalip (1985), November 17 - Disember 13). Peranan guru agama dalam
pendidikan. Kursus ikhtisas guru-guru Agama Islam Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Abdul Raof Dalip (1993). Teknik pengajaran dan pembelajaran Pengetahuan Agama
Islam di sekolah menengah. DIm. Ismail Abd. Rahman (Ed), Pendidikan Islam Malaysia.
Bangi, Selangor: Penerbit UKM.
Abdullah Basmih, 1985, Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran,
Kuala Lumpur : Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri,
Abdullah Ishak, ( 1989), Sejarah Perkembangan Pelajaran Dan Pendidikan Islam, :
Al- Rahmaniyah, Kuala Lumpur.
Abdullah Nasih Ulwan. (2002). Pendidikan Anak-anak Dalam Islam. Terjemahan
Ahmat Semait. Syed. Pustaka Nasional Singapura.
Ahmad Mohd. Salleh (1997) Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.
Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ahmad Mohd.Salleh, 1997 Kuala Lumpur: Pendidikan Islam, Asas Dinamika Guru.
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti,
Al-Syaibany, Omar Muhamad al-Toumy (1979). Falsafah pendidikan Islam (Terjemahan:
Hasan Langgulung ) , Jakarta: Bulan Bintang.
Hasan Langgulung (1991). Pendidikan Islam menghadapi abad ke 21. Shah Alam: Hizbi
Hasan Langgulung, Prof Dr. (1995) Pendidikan Islam Dan Peralihan Paradigma.
Kuala Lumpur: Pustaka Aman.
20

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

RPH PI TAHUN1 ( ISTINJAK )
RPH PI TAHUN1 ( ISTINJAK )RPH PI TAHUN1 ( ISTINJAK )
RPH PI TAHUN1 ( ISTINJAK )fizani
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliamira nurfahmida
 
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1ronita67
 
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islamjamatineh78
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiranNana Samat
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabMohamad Yusof
 
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malik
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malikKaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malik
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan maliknormizan
 
Masalah moral dalam kalangan pelajar
Masalah moral dalam kalangan pelajarMasalah moral dalam kalangan pelajar
Masalah moral dalam kalangan pelajarShila Melisha
 
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allahwk_aiman
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranAhmad NazRi
 
Pp pend islam penataran
Pp pend islam  penataran Pp pend islam  penataran
Pp pend islam penataran nasuha792
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanSyaza Mohd Sabri
 
Konsep psikologi
Konsep psikologiKonsep psikologi
Konsep psikologiCik BaCo
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHGuru Sejarah PraU
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranNik Mat
 
Pedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazaliPedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazaliFATINATUL HUSNA
 
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANINOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANAmy Syahida
 
Hubungan Akidah dan Akhlak dalam Islam
Hubungan Akidah dan Akhlak dalam IslamHubungan Akidah dan Akhlak dalam Islam
Hubungan Akidah dan Akhlak dalam IslamMuhd Danial
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam Ady Osman
 

Was ist angesagt? (20)

RPH PI TAHUN1 ( ISTINJAK )
RPH PI TAHUN1 ( ISTINJAK )RPH PI TAHUN1 ( ISTINJAK )
RPH PI TAHUN1 ( ISTINJAK )
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
 
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
 
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiran
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
 
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malik
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malikKaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malik
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malik
 
Masalah moral dalam kalangan pelajar
Masalah moral dalam kalangan pelajarMasalah moral dalam kalangan pelajar
Masalah moral dalam kalangan pelajar
 
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
 
Pp pend islam penataran
Pp pend islam  penataran Pp pend islam  penataran
Pp pend islam penataran
 
Assignment big
Assignment bigAssignment big
Assignment big
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
 
Konsep psikologi
Konsep psikologiKonsep psikologi
Konsep psikologi
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
 
Pedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazaliPedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazali
 
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANINOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
Hubungan Akidah dan Akhlak dalam Islam
Hubungan Akidah dan Akhlak dalam IslamHubungan Akidah dan Akhlak dalam Islam
Hubungan Akidah dan Akhlak dalam Islam
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
 

Andere mochten auch

peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam  peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam Mohd Kamal Jusoh
 
Nikah
NikahNikah
NikahE wan
 
Ketentuan islam tentang hukum keluarga
Ketentuan islam tentang hukum keluargaKetentuan islam tentang hukum keluarga
Ketentuan islam tentang hukum keluargaYulia Fauzi
 
4. pemilihan jodoh dan perkawinan copy
4. pemilihan jodoh dan perkawinan   copy4. pemilihan jodoh dan perkawinan   copy
4. pemilihan jodoh dan perkawinan copyevinurleni
 
Pembentukan keluarga dan pemilihan jodoh
Pembentukan keluarga dan pemilihan jodohPembentukan keluarga dan pemilihan jodoh
Pembentukan keluarga dan pemilihan jodohNur Asyiqin Zahari
 
Adat merisik dan bertunang dalam kalangan masyarakat Melayu Kepala Batas
Adat merisik dan bertunang dalam kalangan masyarakat Melayu Kepala BatasAdat merisik dan bertunang dalam kalangan masyarakat Melayu Kepala Batas
Adat merisik dan bertunang dalam kalangan masyarakat Melayu Kepala BatasNabila Halim
 
faktor pemilihan jodoh
faktor pemilihan jodohfaktor pemilihan jodoh
faktor pemilihan jodohMia Nad
 
Pendidkan islam tahun 4 adab keluarga
Pendidkan islam tahun 4 adab keluargaPendidkan islam tahun 4 adab keluarga
Pendidkan islam tahun 4 adab keluargacba0004
 
Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh
Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodohPembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh
Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodohildahayati ilias
 
Institusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islamInstitusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islamShahirah Zafirah
 
Perkahwinan dalam islam
Perkahwinan dalam islamPerkahwinan dalam islam
Perkahwinan dalam islamKhairul Anwar
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangRahila Najihah
 
Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islamPerkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islamArra Asri
 
nikah menurut islam
nikah menurut islamnikah menurut islam
nikah menurut islamanggi_andini
 
Munakahat: Pernikahan dalam Islam
Munakahat: Pernikahan dalam IslamMunakahat: Pernikahan dalam Islam
Munakahat: Pernikahan dalam IslamVonita Amelia
 
Bab 5 Munakahat ( Pernikahan )
Bab 5 Munakahat ( Pernikahan )Bab 5 Munakahat ( Pernikahan )
Bab 5 Munakahat ( Pernikahan )Dian Anisa Putri
 

Andere mochten auch (19)

peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam  peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam
 
Nikah
NikahNikah
Nikah
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Ketentuan islam tentang hukum keluarga
Ketentuan islam tentang hukum keluargaKetentuan islam tentang hukum keluarga
Ketentuan islam tentang hukum keluarga
 
4. pemilihan jodoh dan perkawinan copy
4. pemilihan jodoh dan perkawinan   copy4. pemilihan jodoh dan perkawinan   copy
4. pemilihan jodoh dan perkawinan copy
 
Pembentukan keluarga dan pemilihan jodoh
Pembentukan keluarga dan pemilihan jodohPembentukan keluarga dan pemilihan jodoh
Pembentukan keluarga dan pemilihan jodoh
 
Adat merisik dan bertunang dalam kalangan masyarakat Melayu Kepala Batas
Adat merisik dan bertunang dalam kalangan masyarakat Melayu Kepala BatasAdat merisik dan bertunang dalam kalangan masyarakat Melayu Kepala Batas
Adat merisik dan bertunang dalam kalangan masyarakat Melayu Kepala Batas
 
faktor pemilihan jodoh
faktor pemilihan jodohfaktor pemilihan jodoh
faktor pemilihan jodoh
 
Pendidkan islam tahun 4 adab keluarga
Pendidkan islam tahun 4 adab keluargaPendidkan islam tahun 4 adab keluarga
Pendidkan islam tahun 4 adab keluarga
 
Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh
Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodohPembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh
Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh
 
Institusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islamInstitusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islam
 
Perkahwinan dalam islam
Perkahwinan dalam islamPerkahwinan dalam islam
Perkahwinan dalam islam
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
 
Pernikahan dalam islam
Pernikahan dalam islamPernikahan dalam islam
Pernikahan dalam islam
 
Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islamPerkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islam
 
nikah menurut islam
nikah menurut islamnikah menurut islam
nikah menurut islam
 
Munakahat: Pernikahan dalam Islam
Munakahat: Pernikahan dalam IslamMunakahat: Pernikahan dalam Islam
Munakahat: Pernikahan dalam Islam
 
Bab 5 Munakahat ( Pernikahan )
Bab 5 Munakahat ( Pernikahan )Bab 5 Munakahat ( Pernikahan )
Bab 5 Munakahat ( Pernikahan )
 
Ctu 553
Ctu 553Ctu 553
Ctu 553
 

Ähnlich wie ETIKA GURU

Modul pembelajaran ipg edu3108
Modul pembelajaran ipg edu3108Modul pembelajaran ipg edu3108
Modul pembelajaran ipg edu3108Star Ng
 
Assighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guruAssighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guruShila Daly
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...محمد أشرف زين الدين
 
Filsafat pendidikan tentang tanggung jawab pendidikan
Filsafat pendidikan tentang tanggung jawab pendidikanFilsafat pendidikan tentang tanggung jawab pendidikan
Filsafat pendidikan tentang tanggung jawab pendidikanMara Sutan Siregar
 
Makalah pendidik dlm pendidikan islam
Makalah pendidik dlm pendidikan islamMakalah pendidik dlm pendidikan islam
Makalah pendidik dlm pendidikan islamYuliana Aminulloh
 
Hsp moral y3
Hsp moral y3Hsp moral y3
Hsp moral y3Onie Gi
 
Tatasusila profesion perguruan malaysia
Tatasusila profesion perguruan malaysiaTatasusila profesion perguruan malaysia
Tatasusila profesion perguruan malaysiaSiuWoon
 
Tajuk 5 peranan guru sr
Tajuk 5 peranan guru srTajuk 5 peranan guru sr
Tajuk 5 peranan guru srEsTee Wang
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruAhmad NazRi
 
Fail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah by mr.mu
Fail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah  by mr.muFail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah  by mr.mu
Fail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah by mr.muShika Nara
 
Etika profesion keguruan dan akauntablilti
Etika profesion keguruan dan akauntabliltiEtika profesion keguruan dan akauntablilti
Etika profesion keguruan dan akauntabliltizain72
 
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignmentperanan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignmentNorzamzila Baba
 
Hsp moral y2
Hsp moral y2Hsp moral y2
Hsp moral y2Onie Gi
 
Fail rekod persedian mengajar 2018 by mr.mu
Fail rekod persedian mengajar 2018   by mr.muFail rekod persedian mengajar 2018   by mr.mu
Fail rekod persedian mengajar 2018 by mr.muMcbrian Ryan
 

Ähnlich wie ETIKA GURU (20)

Modul pembelajaran ipg edu3108
Modul pembelajaran ipg edu3108Modul pembelajaran ipg edu3108
Modul pembelajaran ipg edu3108
 
Assighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guruAssighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guru
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
 
Ilmu pendidikan islam
Ilmu pendidikan islamIlmu pendidikan islam
Ilmu pendidikan islam
 
profesionalisme perrguruan
profesionalisme perrguruanprofesionalisme perrguruan
profesionalisme perrguruan
 
Filsafat pendidikan tentang tanggung jawab pendidikan
Filsafat pendidikan tentang tanggung jawab pendidikanFilsafat pendidikan tentang tanggung jawab pendidikan
Filsafat pendidikan tentang tanggung jawab pendidikan
 
Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia
Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia
Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia
 
KOD ETIKA DAN TATA KELAKUAN.pptx
KOD ETIKA DAN TATA KELAKUAN.pptxKOD ETIKA DAN TATA KELAKUAN.pptx
KOD ETIKA DAN TATA KELAKUAN.pptx
 
Makalah pendidik dlm pendidikan islam
Makalah pendidik dlm pendidikan islamMakalah pendidik dlm pendidikan islam
Makalah pendidik dlm pendidikan islam
 
Hsp moral y3
Hsp moral y3Hsp moral y3
Hsp moral y3
 
Tatasusila profesion perguruan malaysia
Tatasusila profesion perguruan malaysiaTatasusila profesion perguruan malaysia
Tatasusila profesion perguruan malaysia
 
Tajuk 5 peranan guru sr
Tajuk 5 peranan guru srTajuk 5 peranan guru sr
Tajuk 5 peranan guru sr
 
Etika profesion keguruan
Etika profesion keguruanEtika profesion keguruan
Etika profesion keguruan
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guru
 
Hsp moral y6
Hsp moral y6Hsp moral y6
Hsp moral y6
 
Fail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah by mr.mu
Fail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah  by mr.muFail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah  by mr.mu
Fail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah by mr.mu
 
Etika profesion keguruan dan akauntablilti
Etika profesion keguruan dan akauntabliltiEtika profesion keguruan dan akauntablilti
Etika profesion keguruan dan akauntablilti
 
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignmentperanan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
 
Hsp moral y2
Hsp moral y2Hsp moral y2
Hsp moral y2
 
Fail rekod persedian mengajar 2018 by mr.mu
Fail rekod persedian mengajar 2018   by mr.muFail rekod persedian mengajar 2018   by mr.mu
Fail rekod persedian mengajar 2018 by mr.mu
 

ETIKA GURU

  • 1. PENGHARGAAN Alhamdulillah,kami bersyukur kepada Allah S.W.T yang memberikan taufik dan hidayahNya kerana dapat menyiapkan tugasan ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ustazah Afifah bt. Abu Bakar selaku pensyarah bagi matapelajaran Pengajian Agama Islam kerana memberi sokongan, panduan dan tunjuk ajar yang amat berguna.Terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan sekelas yang telah membantu kami memberi bahan-bahan rujukan sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini. Semoga segala usaha ini akan meningkatkan penguasaan ilmu dan penghayatan serta mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. 1
  • 2. PENGENALAN Setiap guru, khususnya guru Pendidikan Islam perlu meghayati etika keguruan Islam. Ini kerana etika tersebut dapat mengikat diri dalam usaha memberi komitmen terhadap tugas yang wajib dilaksanakan. Guru Pendidikan Islam yang unggul ialah guru yang perlulah mempunyai ciri-ciri yang positif . Guru sepatutnya sedar mereka adalah mudarris, mu`allim, murabbi, muaddib mursyid dan da`i dalam usaha mendidik generasi masa kini. Guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan meninggalkan kesan yang positif dalam diri murid- muridnya. Meskipun kini terdapat pelbagai bentuk pembelajaran seperti pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran secara on-line dan multimedia serta mempunyai pengaruhnya yang besar, namun ia tidak dapat menafikan status dan peranan utama guru dalam pembentukan sahsiah murid. Alat teknologi moden/pasca moden walau bagaimana canggih sekalipun tidak dapat mengambil peranan guru. Faktor manusia tetap diperlukan dalam proses pembentukan dan pematangan sahsiah murid. Sebab itu banyak kajian dibuat tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang guru yang baik dan berkesan dalam pengajaran mereka untuk memastikan objektif pada hari tersebut tercapai . PENGERTIAN ETIKA Menurut Kamus Dewan (1995) bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Manurut Kamus Oxford (1994) pula ia bermaksud prinsip moralatau set prinsip moral. Dari persepktif Islam pula , etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah hasil dari ketakwaan kepada Allah. Etika boleh dianggap sebagai satu disiplin yang menilai betul atau salah. Etika bergerak selari dengan akauntabiliti/tanggungjawab sebagai pekerja dan kakitangan. Akauntabiliti setiap pegawai dan kakitangan kerajaan ialah untuk mengikuti dan patuh kepada arahan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. 2
  • 3. ETIKA KEGURUAN ISLAM Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap pencipta (Allah), terhadap diri, terhadap ilmu, terhadap profesion, terhadap masyarakat dan negara, terhadap murid, terhadap rakan sejawat dan terhadap ibu bapa pelajar serta masyarakat dan negara. Tergolong dalam kelompok guru pendidikan Islam (Guru Agama /Ustaz) yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru pendidikan Islam yang mengamalkan etika keguruan Islam yang standard. Kod etika berkenaan memperincikan secara khusus sifat dan ciri tertentu yang menjadi garis panduan guru-guru muslim khususnya guru pendidikan Islam yang baik personaliti mereka. Ustaz Abdul Ghani Shamsudin bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, telah merumuskan Etika Kerguruan Islam sebagaimana berikut: a) Tanggungjawab Terhadap Allah Etika guru muslim terhadap Allah ialah seperti berikut: i. Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan dan keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya. ii. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi amalan harian. iii. Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah. iv. Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam. v. Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama, menghindari laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya. vi. Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNya dengan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratNya. 3
  • 4. b) Tanggungjawab Terhadap Diri i. Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspek fizikal, emosional, mental mahupun moral. ii. Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal. iii. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan dari segenap aspek. iv. Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara. v. Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti profesion sebagai seorang guru. c) Tanggungjawab Terhadap Ilmu i. Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam. ii. Beriltizam dengan amanah ilmiah. iii. Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari. iv. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang berkaitan. v. Dari semasa ke semasa guru Muslim hendaklah menelusuri sudut atau dimensi spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan vi. Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan keamanan umat manusia sejagat d) Tanggungjawab Terhadap Profesion i. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. ii. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. iii. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. 4
  • 5. iv. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. v. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. vi. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. vii. Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. viii. Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak kira bangsa, agama atau kepercayaan. ix. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat. x. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya. xi. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal keluarga, intelek, akademik dan status- status lain. xii. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani. xiii. Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan. xiv. Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. 5
  • 6. xii. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara. xiii. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama. xiv. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya. xv. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap pelajar. xvi. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan. xvii. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara. xviii. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama. xix. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya. xx. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara. xxi. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama. xxii. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya. xxiii. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap pelajar. 6
  • 7. xxiv. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara. xxv. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama. xxvi. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya. xxvii. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap pelajar. xxviii. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan. xxix. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. xxx. Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian terhadap para pelajarnya. xxxi. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajar atau ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya. xxxii. Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain. xxxiii. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan). xxxiv. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar- membesarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan. e) Tanggungjawab Terhadap Pelajar/Murid i. Guru muslim hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari hal-hal lain. ii. Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor 7
  • 8. jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama. iii. Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. iv. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran. v. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya. vi. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran. vii. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya. f) Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat i. Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. ii. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru. iii. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial. iv. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan. v. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. 8
  • 9. g) Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara i. Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan dengan Rukunegara. ii. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. iii. Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. iv. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. v. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan morality, kebudayaan dan kecend ikiawanan masyarakat. vi. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan harian dengan baik. h) Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa i. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. ii. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. iii. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. iv. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 9
  • 10. v. Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. vi. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM Guru adalah agen pendidikan yang berkesan (Muhammad Uthman el-Muhammady, 1991 dIm. Ahmad Mohd. Salleh, 1997). Walau sebaik mana pun sesuatu sistem pendidikan itu, jika guru yang mengajar bukannya guru yang berkesan bermakna apa yang disampaikan/diajar tidak akan difahami murid - tidak mencapai matlamat pe- ngajaran. Oleh itu, guru, khususnya guru-guru Pendidikan Islam, perlu mengukuhkan lagi peranan mereka masing-masing. Kategori peranan guru Pendidikan Islam terbahagi kepada lima kategori berikut: Apabila menceburi diri bidang perguruan dan pendidikan, guru perlu sedar dan mengenal dirinya sebenar. Dalam bahasa Arab, guru boleh diterjemahkan dengan berbagai istilah, seperti mu’allim, muaddib, mudarris, murabbi, mursyid, da`ie dan sebagainya yang menunjukkan kepelbagaian peranan seorang guru yang BAIK. Berikut dijelaskan secara ringkas maksud kepelbagaian peranan seorang guru Pendidikan Islam yang baik itu : Guru seba gai Mu 'allim Mu'allim adalah kata nama pelaku (Isim Fa’il) yang muncul dari kata terbitan/masdar ta'lim (pengajaran yang benar). Mu`allim ialah guru yang mengajar ilmu yang benar. Surah al-Baqarah ayat 31 menerangkan penggunaan kalimah mu`allim yang membawa makna mengajar perkara yang benar:                 10
  • 11. Maksudnya: “Dan Dia (ALLAH) mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, Kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu golongan yang benar.” Menurut Tengku Ghani Tengku Jusoh (2002), al-Ta'lim bermaksud: Mengajar; iaitu menjadikan seseorang individu memiliki ilmu pengetahuan dan proses tersebut berlaku secara berperingkat-peringkat. Al-Ghazali mengatakan ta'lim adalah proses menguasai ilmu yang meningkatkan manusia daripada taraf haiwan kepada taraf manusia. Manusia sememangnya memiliki sifat-sifat yang turut dimiliki oleh haiwan antaranya hawa nafsu, bermusuhan, dan sukakan kebendaan; dan pada masa yang sama manusia mempunyai sifat mereka sendiri seperti berakaI, beriman, bijaksana dan sebagainya (Saedah Siraj, 2001). Didalam sistem pendidikan sedia ada, para guru perlu memperkemaskan lagi peranan mereka dalam memberi ilmu kepada murid. Ini kerana, ilmu ini akan dijadikan panduan oleh murid dan juga perisai kehidupan untuk mengawal unsur-unsur kehaiwanan yang secara semulajadi ada dalam diri manusia (termasuk murid) dan juga meningkatkan akhlak mereka. Mengenai perkara ini, Saedah Siraj (2001) mengatakan bahawa seorang individu yang tahu menggunakan dengan baik dan betul unsur-unsur kemanusiaannya akan dapat mengawal unsur-unsur kehaiwanan yang ada dalam dirinya, maka ia akan menjadi manusia sebenar dengan memiliki akhlak yang mulia. Sebaliknya, tambah beliau, jika seseorang itu tunduk kepada seluruh unsur haiwan yangada di dalam dirinya, maka perbuatan, kelakukan, pemikiran serta rohnya juga adalah sama tarafnya dengan haiwan. Oleh itu, dalam pembangunan bangsa yang berasaskan ilmu pengetahuan dewasa ini, guru, selain berperanan membentuk akhlak murid, mereka juga berperanan sebagai mu'allim, perlu memberi tumpuan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan (Wan Mohd. Nor Wan Daud, 1991). Dalam hal ini, guru perlu menguasai ilmu sebagaimana berikut: i) Ilmu Bidang: ialah ilmu yang kita dianggap pakar dalam bidang berkenaan dan itulah ilmu yang kita ajarkan kepada orang lain. Dinisbahkan kepada guru Agama, maka ilmu agama lah bidang kita. Justeru guru agama mesti dalam pengetahuannya tentang agama serta permasalahannya dan mantap kefahamannya. Jika guru sains, 11
  • 12. maka pengetahuan sainsnya mesti baik. Demikianlah dengan pelajaran lain. Sekirannya guru tidak menguasai bidangnya sendiri, ia tidak dapat menyampaikan pengajarannya dengan baik dan berkesan serta tidak dapat menjawab persoalan yang dikemukan oleh murid kepadanya. ii) Ilmu Fardhu Ain: bukan berkmaksud hukum-hukum bersuci, solat, puasa, zakat dan haji. Ini ialah Asas Fardhu Ain. Fardhu Ain di sini bermksud ilmu tentang tanggungjawab setiap orang Islam, termasuk mengetahui haram halal dan sebagainya. Seorang peniaga harus mengetahui apa perkara yang boleh diperniagakan dan apa yang dilarang oleh Islam. Sebagai pegawai apa yang perlu ia lakukan terhadap pejabatnya dan orang yang di bawahnya. Guru pun demikian juga. Adakah mengajar sahaja atau ada kerja-kerja lain yang perlu dilakukan. Jika tidak dilakukan seperti yang ditetapkan apa akibatnya. Ini semua memerlukan ilmu agama khasnya yang bekaitan dengan amanah dan tanggungjawab. iii) Ilmu Alat pula bermaksud ilmu yang perlu bagi menjalankan tugas dengan lebih sempurna. Ini juga berdasarkan kepada bidang masing- masing. Kerani misalnya memerlukan kemahiran menaip, simpan kira dan lain-lain. Guru memerlukan ilmu yang berkaitan dengan pengajaran, iaitu psikologi, pedagogi, sosiologi, prinsip-prinsip pengajaran, perkaedahan, penilaian, kepimpinan, bahasa dan lain-lain. Selaku mu'allim, dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru sewajarnya mempunyai niat yang ikhlas; mengetahui dasar-dasar pendidikan dan strategi mengajar yang berkesan; memberi rangsangan motivasi kepada para murid dan memaharni kaedah-kaedah pengurusan bilik darjah yang berkesan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Imam al- Ghazali menekankan supaya para guru mengajar dengan niat untuk menyelamatkan para muridnya daripada seksaan api neraka; mengajar bukan untuk mendapat upah atau pun apa-apa ganjaran di dunia, sebaliknya bertujuan mendekatkan diri kepada Allah; tidak memandang remeh ke atas ilmu yang disampaikan, sebaliknya, meyakininya dengan penuh bermakna; memberi perhatian kepada murid yang lemah dalam muridan; selain mengamalkan ilmu yang disampaikannya kepada murid. Wan Bakar Wan Dagang (1991) menambah, guru Pendidikan Islam perlu berusaha meningkatkan penguasaan 12
  • 13. ilmu pengetahuan; sentiasa mencari pendekatan pengajaran yang boleh menimbulkan minat murid serta menanam minat dan penghayatan terhadap agama; cintakan agama; mewujudkan ciri-ciri tamadun Islam di dalam dan di luar sekolah; sentiasa memelihara dan meningkatkan kecekapan ikhtisas dalam bidang perguruan sama ada melalui pengkajian, menghadiri kursus, mesyuarat, persidangan, seminar dan lawatan (Ahmad Mohd Salleh, 1997). Guru sebagai Muaddib Salah satu peranan utama guru adalah bertindak sebagai mua'ddib (Syed Muhammad Naquib al-Attas, 1986; Zawawi Hj. Ahmad, 1992). Berhubung perkara ini, Rasulullah saw mengatakan bahawa Allah swt sendiri yang telah mendidik baginda dengan sebaik-baik pendidikan. Syed Muhammad Naquib aI-Attas (1986) lebih menekankan peranan guru sebagai muaddib berbanding murabbi dan mu'allim. Beliau menggunakan perkataan ta'dib untuk menjelaskan erti pendidikan. Menurut beliau, pendidikan Islam adalah lebih tepat berorientasikan kepada istilah ta'dib. Ini kerana peranan guru yang paling menonjoI, menurut beliau, adaIah sebagai muaddib. Terdahulu, al-Ghazali dalam menghuraikan konsep ta’dib oleh guru, mengatakan bahawa ta'dib adalah: “ Proses mendisiplinkan kedua-dua aspek spiritual dan fizikal manusia, yang turut melibatkan perkataan, perbuatan, kepercayaan dan niat seseorang; dan proses ini juga melibatkan penguasaan ilmu pengetahuan; dan perubahan sahsiah bertujuan mencapai akhlak yang mulia - proses ini melibatkan menahan nafsu dan disiplin yang tinggi (riyadah).” 13
  • 14. Abdullah Nasih 'Ulwan (2002) mengatakan guru-guru dalam kategori ta'dib perlu sedar dan insaf bahawa mereka sebenarnya menjadi ikutan dan teIadan murid, Oleh kerana itu, menurut Abdul Raof Dalip (1985, 1993) , guru-guru tersebut perIu: i. Menanam dalam dirinya dan juga muridnya rasa cinta dan taat kepada Allah; ii. Menanamkan kepercayaan yang benar di dalam jiwa murid; iii. Mendedahkan dan memahamkan murid mengenai jenis-jenis ibadah yang wajib dilaksanakan; dan iv. Menaikkan semangat murid serta menimbulkan minat mereka untuk mempraktiskan ajaran agama sehingga menjadi kebiasaan kepada mereka. Menurut Husain Mazhahiri (1993), Ibrahim Amini (1997) dan Abdullah Nasih 'Ulwan (2002), sebagai mua'ddib, guru wajib memiliki sejumlah sifat-sifat terpuji; dan sifat terpuji yang paling utama adaIah zuhud dalam proses mendidik - bukan kerana inginkan balasan kebendaan (wang, pangkat) dan penghormatan masyarakat tetapi semata-mata bertujuan untuk mendapat keredaan Allah. Bagaimana pun, Husain Mazhahiri (1993) dan Ibrahim Amini 2001) mengatakan dalam soal menerima balasan kebendaan (ganjaran-upah-gaji) dalam proses mendidik murid, tidak bermakna guru tidak boleh menerima ganjaran daripada usaha mereka. Apa yang perlu difahami di sini ialah kemuncak matlamat kerja yang dilakukan seharusnya tidak diukur berdasarkan kepada pencapaian kebendaan (berapa tinggi ganjaran yang diterima) kerana ini akan membahayakan peningkatan diri dari aspek spiritual, kemuliaan individu yang berilmu di sisi Allah akan tercemar apabila mereka mengajar sesuatu ilmu bertujuan hendak memperoleh balasan kebendaan (ganjaran- upah-gaji). Ini kerana menyampaikan sesuatu kebenaran ataupun ilmu Allah merupakan tugas dan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh individu-individu yang berilmu; dan bukan hanya dengan diberi ganjaran barulah mereka mahu melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Individu-individu tertentu yang dekat dengan Allah seperti nabi dan rasul tidak pernah, walaupun sekali, mengharapkan sebarang balasan kebendaan apabila menyampaikan sesuatu kebenaran ataupun ilmu Allah. Dari aspek kualiti pengajaran pula, kualiti pengajaran guru-guru (yang mengajar sesuatu ilmu bertujuan hendak memperoleh balasan kebendaan-ganjaran-upah-gaji) akan menurun apabila mereka tidak menerima ganjaran tinggi yang mereka harapkan. 14
  • 15. Selain dari itu, ini juga akan membahayakan pencapaian murid kerana; kualiti pembelajaran menurun apabila kualiti pengajaran guru menurun; dan kualiti spiritual murid di sisi Allah terjejas apabila kemuliaan guru-guru mereka tercemar di sisi Allah. Menurut Husain Mazhahiri (l993) dan Ibrahim Amini (2001) sifat-sifat terpuji mua'ddib yang lain adalah; Pembersihan atau penyucian diri - para pendidik perlu membersihkan jiwa mereka dari segala bentuk kekotoran (dosa) seperti riak, hasad, 'ujub dan pemarah, selain para guru perlu memiliki kebersihan lahiriah (antaranya makan makanan yang suci dan bersih; menjaga kebersihan diri; memakai pakaian yang bersih) dan berperibadi mulia. Dalam soal ini, Muhammad Uthman el-Muhammady (1991 dIm.Ahmad Mohd Salleh, 1997) mengatakan para guru perlu menjaga kehebatan dan kehormatan diri mereka pada pandangan masyarakat. Ini boleh dilaksanakan dengan menjaga peribadi, bersikap merendah diri dan tahu mengambil hati orang lain. Guru juga tidak boleh melibatkan diri dalam suasana yang boleh menjatuhkan maruahnya sama ada dalam cara berpakaian, perbuatan atau percakapan. Guru Pendidikan Islam perlu menjadikan diri mereka sebagai sumber teladan utama kepada para murid kerana selain berperanan sebagai mu'allim, murabbi dan mua'ddib, para guru pendidikan Islam adalah individu-individu yang sangat berpengaruh dalam pembentukan akhlak murid (Abdul Raof Dalip, 1993). Guru seba gai Mudarris Mudarris bermaksud guru yang mengajar dan menyampaikan maklumat kepada orang lain. Guru ini boleh jadi orang Islam dan bukan Islam. Kalau dia orang Islam, boleh jadi yang taat atau yang tidak taat. Perkara yang diajar boleh jadi yang baik atau pun tidak baik. Yang mengajar ilmu sihir pun mudarris, demikian juga yang mengajar ilmu salah atau ajaran sesat. Semua mereka ini termasuk dalam kategori mudarris. Bagaimanapun dalam kontek perbincangan kita ialah guru adalah mudarris yang menyampaikan ilmu yang benar yang sesuai dengan peranan guru seterusnya iaitu guru juga sebagai mu`allim. 15
  • 16. Guru sebagai Murabbi Murabbi berasal daripada kata terbitan, tarbiyyah (pendidikan). Hasan Langgulung (1995) merujuk perkataan tarbiyyah dalam Al-Qur 'an: Surah Al-Isra` ayat 24:              Maksudnya : Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil” . Tengku Ghani Tengku Jusoh (2002) mengatakan tarbiyyah adalah mencurahkan kasih sayang, memelihara, mendidik, mengembangkan, menyuburkan dan membesarkan. Peranan guru Pendidikan Islam sebagai murabbi melibatkan proses mendidik, memelihara dan membentuk murid sehingga wujud rasa kasih sayang dan saling percaya mempercayai antara mereka. Antara ciri-ciri guru-murabbi menurut al-Ghazali (tt) adalah: i. Menyayangi murid dan memperlakukan mereka seperti anak sendiri; ii. Sentiasa menasihati murid dalam segala hal termasuk pembelajaran dan perlakuan mereka; iii. Menjaga disiplin murid dengan menggunakan “Pendekatan Mencegah dan Menegur Secara Baik” terhadap perlakuan maksiat dan juga menggalakkan perlakuan makruf secara kasih sayang. Bagi Ahmad Mohd Salleh (1997) pula, antara ciri-ciri guru murabbi adalah: i. Mengutamakan keselamatan dan kebajikan murid; ii. Bersikap adil terhadapmurid tanpa mengira latar belakang keluarga, keupayaan akademik, danekonomi; iii. Merahsiakan maklumat sulit murid kecuali kepada yang berhak; dan iv. Bersedia membimbing murid serta menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku sebagai contoh yang baik kepada murid. 16
  • 17. Guru sebagai Mursyid Mursyid dari perkataan [arsyada]. Mursyid adalah kata pelaku (isim fa`el). Ini sinonim dengan perkataan [ahda] yang bermaksud memberi petunjuk. Dengan itu, perkataan mursyid bererti orang yang memberi petunjuk . Ini juga menunjukkan peranan seorang individu yang memberi petunjuk atau seorang individu yang menunjukkan hidayah (petunjuk) kepada murid adalah bertepatan dengan tujuan profesion keguruan Pendidikan Islam itu sendiri. Abdul Halim Muhammad (2003) mengaitkan antara Giri-Giri mursyid dengan peri bahasa "melentur buluh biarlah dari rebung" dan hadis Rasulullah saw yang menyarankan supaya mendidik anak mengerjakan solat seawal usia tujuh tahun. Nasih 'Ulwan (1989) memetik ayat Al-Qur'an yang ada kaitannya dengan sifat-sifat mursyid guru Pendidikan Islam antaranya:                           Maksudnya: Dan (Dia berkata): "Hai kaumku, Aku tiada meminta harta benda kepada kamu (sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya mereka akan bertemu dengan Tuhannya, akan tetapi aku memandangmu suatu kaum yang tidak mengetahui". (Surah Hud:29) Berdasarkan dua ayat Al-Qur' an di atas, ikhlas adalah sifat yang paling utama bagi seorang mursyid. Ini bermakna, guru yang mursyid ialah guru yang sedia menjadi seorang penasihat yang ikhlas. Berhubung dengan peranan guru sebagai mursyid , murabbi, mu'allim dan mua'ddib, Hussain Mazhahiri (1993, 1994) dan Ibrahim Amini (2001) mengatakan bahawa pendidik yang telah berjaya membimbing muridnya dan berjaya menghidupkan roh mereka adalah satu kejayaan yang sangat besar kerana dapat membentuk golongan murid yang berakhlak mulia khususnya dan masyarakat amnya. Guru seba gai Da`ie: 17
  • 18. Da`ie : bermakna orang yang mengajak orang lain berbuat kabajikan. Ini maknanya guru bukan sahaja menyampaikan pelajaran, tetapi juga mengajar dan mengajak muridnya melakukan kebajikan dan meninggalkan kejahatan. Dengan itu guru haruslah terdiri daripada orang yang melakukan kebajikan dan menjauhi diri daripada segala bentuk kemungkaran yang boleh menjatuhkan martabatnya. Dengan erti kata lain guru perlu berusaha membentuk diri sebagai contoh terbaik kepada anak muridnya. Hal ini akan lebih memudahkan proses pemebentukan sahsiah murid. Guru perlu berusaha sedaya upaya mencontohi peribadi Rasulullah s.a.w. kerana baginda telah dinobatkan oleh Allah sebagai contoh terbaik (model terbaik) untuk seluruh umat manusia sebagaimana Firman-Nya dalam Surah Al-Ahazab ayat 21:                   Maksudnya : “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah s.a.w. contoh teladan yang baik bagi kamu (iaitu) bagi orang yang men gharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” Sehubungan itu, Nasis 'Ulwan (2002) mengatakan: Keteladanan dalam pendidikan adalah metod berkesan yang paling meyakinkan keberhasilannya dalam mempersiapkan dan membentuk anak di dalam moral, spiritual dan sosial. Hal ini kerana pendidik adalah contoh terbaik dalam pandangan anak, yang akan ditirunya dalam tingkah lakunya, disedari atau tidak, bahkan tercetak dalam jiwa dan perasaan suatu gambaran pendidik tersebut, baik dalam ucapan atau perbuatan, baik material atau spiritual, diketahui atau tidak diketahui. 0leh kerana itu, tidak kira sama ada guru berperanan sebagai mu 'allim, murabbi, mua'ddib mahupun da 'i, tidak boleh tidak, sepertimana yang disepakati juga oleh pakar- pakar pendidikan, mereka perlu menyediakan diri sebagai qudwah hasanah (model terbaik) kepada murid kerana sifat tersebut adalah salah satu daripada sunnah Rasul dengan Rasulullah saw sebagai modelnya yang terbaik. 18
  • 19. RUMUSAN “Etika Keguruan Islam” dan “Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia” adalah saling berkait. Kalau kedua-duanya dipatuhi dan diamalkan akan membantu keberkesanan pangajaran guru. Keberkesanan bermaksud pengajaran guru berkenaan mencapai puncak matlamat yang digariskan. Meskipun ciri dan sahsiah guru yang baik telah dicapai namun itu tidak pula bermakna pengajaran mereka dengan sendirinya berkesan. Pengajaran guru sama ada berkesan atau tidak bergantung kepada beberapa faktor yang berkaitan degan proses pengajaran guru dan pembelajaran murid. Guru-guru pendidikan Islam haruslah terdiri dari orang-orang yang benar-benar memahami, menghayati dan memperjuangkan cita-cita Islam yang syumul dan merangkum. Dengan keikhlasan dan semangat Islam yang membara guru dapat mengatasi kekurangan alat teknologi untuk menghasilkan keberkesanan pengajaran mereka. Cabaran yang dihadapi oleh para guru dalam mengajar murid-murid zaman ini bukanlah suatu yang mudah. Guru berhadapan dengan kenakalan remaja yang semakin serius. Ibu bapa harus ikut serta dalam memudahkan kerja guru-guru di sekolah. Kerajaan wajar peka dengan keperluan persekolahan dan pembelajaran generasi baru yang semakin canggih dan pelbagai. Masyarakat juga mustahak memainkan peranan sebagai pemangkin kejayaan guru dan murid dalam pembelajaran mereka. Tanpa kerjasama semua pihak proses pendidikan tidak akan berjaya menghasilkan generasi yang baik. 19
  • 20. BIBLIOGRAFI Abdul Raof Dalip (1985), November 17 - Disember 13). Peranan guru agama dalam pendidikan. Kursus ikhtisas guru-guru Agama Islam Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Abdul Raof Dalip (1993). Teknik pengajaran dan pembelajaran Pengetahuan Agama Islam di sekolah menengah. DIm. Ismail Abd. Rahman (Ed), Pendidikan Islam Malaysia. Bangi, Selangor: Penerbit UKM. Abdullah Basmih, 1985, Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, Kuala Lumpur : Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri, Abdullah Ishak, ( 1989), Sejarah Perkembangan Pelajaran Dan Pendidikan Islam, : Al- Rahmaniyah, Kuala Lumpur. Abdullah Nasih Ulwan. (2002). Pendidikan Anak-anak Dalam Islam. Terjemahan Ahmat Semait. Syed. Pustaka Nasional Singapura. Ahmad Mohd. Salleh (1997) Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ahmad Mohd.Salleh, 1997 Kuala Lumpur: Pendidikan Islam, Asas Dinamika Guru. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti, Al-Syaibany, Omar Muhamad al-Toumy (1979). Falsafah pendidikan Islam (Terjemahan: Hasan Langgulung ) , Jakarta: Bulan Bintang. Hasan Langgulung (1991). Pendidikan Islam menghadapi abad ke 21. Shah Alam: Hizbi Hasan Langgulung, Prof Dr. (1995) Pendidikan Islam Dan Peralihan Paradigma. Kuala Lumpur: Pustaka Aman. 20