Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Perniagaan antarabangsa
1. Berikut adalah Ringkasan peranan
Bank dunia dan tabung kewangan
antarbangsa yang dibina di Bretton woods :
Sistem Bretton Woods adalah sistem urustadbir matawang antarabangsa
yang mentadbir hal ehwal kewangan dan komersil di antara negaranegara industri utama dunia pada pertengahan abad ke-20 setiap
negara mempunyai dasar monetari bagi sistem pertukaran nilai mata
wang yang ditetapkan yang ditambat dengan nilai emas. mengekalkan
kadar pertukaran mata wang dalam nilai yang tetap-dengan
kelonggaran unjuran tidak melebihi 1 peratus negatif (-1%) atau positif
(+1%)- yang ditambat dengan nilai emas dan kemampuan IMF(tabung
kewangan antarabangsa) sebagai penyelesaian sementara
ketidakseimbangan bayaran. para delegasi di Bretton Woods
menubuhkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank
Antarabangsa bagi Pemulihan dan Pembangunan (IBRD), yang sekarang
ini merupakan sebahagian daripada Kumpulan Bank Dunia
Tabung Kewangan Antarabangsa ialah organisasi antarabangsa yang
menyelia sistem kewangan dunia dengan mengikut polisi makroekonomi
negara anggota, terutama yang memberi kesan kepada kadar pertukaran
asing dan imbangan pembayaran(suatu penyata kira-kira yang merekodkan
semua urusniaga dan aliran wang yang dilakukan di antara suatu negara
dengan negara-negara lain dalam suatu tahun tertentu, urusniaga export
dan import dalam keadaan seimbang). IMF juga member i bantuan
kewangan dan teknikal kepada negara anggota yang menjadikan organisasi
ini sebagai peminjam antarabangsa terakhir. IMF beribu pejabat di
Washington, D.C., Amerika Syarikat.
Penubuahan awal dari sistem Bretton wood iaitu Bank Rekonstrusi dan
Pembangunan Antarabanfsa adalah pertubuhan antarabangsa yang misi asalnya
adalah untuk membiayai pembinaan semula negara-negara yang dimusnahkan
oleh Perang Dunia II. Sekarang,membentuk kumpulan bank dunia , misinya telah
dilebarkan untuk menentang kemiskinan dengan cara membiayai negara.
Kumpulan bank dunia adalah penbentukan daripada lima kumpulan agensi iaitu:
Bank Rekonstruksi dan Pembangunan Antarabangsa (IBRD)
Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA)
Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC)
Agensi Jaminan Pelaburan Multilateral (MIGA)
Pusat Antarabangsa bagi Pertikaian Pembayaran Pelaburan (ICSID