SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 21
KPT 6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
SESI 2013/2014

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN

TAJUK:
KAJIAN TINJAUAN DI KALANGAN MAHASISWA
MENGENAI PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI)
SEBAGAI MEDIA INTERAKTIF MAYA DALAM PROSES
PEMBELAJARAN

NAMA PENSYARAH:
DR.JESSNOR ELMY BINTI MAT JIZAT

DISEDIAKAN OLEH:
MOHD FADLI BIN HASAN (M20122001390)
TARIKH: 06 DIS 2013 (JUMAAT)

1
BAB 1

PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan

E-pembelajaran boleh didefinisikan sebagai pendekatan kepada pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan teknologi Internet untuk proses komunikasi dan
kolaborasi di dalam konteks pendidikan(Blackboard, 2000). Menurutnya lagi, ini
termasuklah teknologi yang melengkapkan amalanpembelajaran dalam kelas secara
tradisional dengan komponen-komponen berasaskan web danpersekitaran pembelajaran
secara online ataupun maya.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjalankan usaha yang berterusan
untuk membudayakan teknologi terkini dalam semua aspek pengurusannya,termasuklah
menguruskan pengajaran dan pembelajarannya.Platforme-Pembelajaran (LMS) di UPSI
terintegrasi dalam Sistem MaklumatBersepadunya (UIMS). Di UPSI, proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankanmelalui MyGuru2. MyGuru2 merupakan sebuah platform
yang menyediakankemudahan untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran
yangmantap dan berkualiti. Secara langsung MyGuru2 membolehkan pensyarahuntuk
mencipta sumber-sumber pengajaran mereka sendiri sekaligus memuatnaik ke Internet.
Sistem ini juga pada masa yang sama membenarkan pensyarahmemantau aktiviti
pembelajaran pelajar. MyGuru2 merupakan satu system aplikasi yang berasaskan 100%
sumber terbuka (open source) daripada aspek/komponen sistem pengoperasian, aplikasi
pembangunan dan pangkalan data.
Platform MyGuru2 di UPSI mula digunakan pada Oktober 2006.Pembangunan
platform ini diusahakan dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) secara kerjasama
melalui MoU yang ditandatangani antara UPSI dengan OUM pada November
2006.Penambahbaikan dan perkembangan sistem ini seterusnya dilakukan secara dalaman
(In-House) oleh bahagian sokongan di pusat tanggungjawab berkaitan.Dua pusat utama
yang memantau penggunaan dan perkembangan MyGuru2 ialah Pusat Teknologi
Maklumat dan Komunikasi, dan Pusat Teknologi Pendidikan dan Multimedia. Paparan
utama MyGuru2 boleh dirujuk pada Rajah 1, 2 dan 3.
2
Rajah 1: Paparan Utama Myguru2

Rajah 2: Paparan untuk subjek Myguru2

Rajah 3: Paparan untuk “Group Forum” Myguru2
3
Pembelajaran elektronik Myguru2 ialah salah satu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang mengaplikasikan infostruktur ICT bagi penyebaran pengetahuan dan
pelaksanaan pembelajaran kolaboratif (collaborative learning).E-pembelajaran boleh
diaplikasikan dalam pelaksanaan kursus atau program secara jarak jauh dan juga untuk
tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bersemuka (face-to-face
teaching and learning).Antara kelebihan penggunaan e-pembelajaran Portal Myguru2
adalah pelajar mempunyai masa pembelajaran yang lebih anjal untuk berinteraksi sesama
mereka atau dengan pensyarah.
Pengajaran boleh dijalankan secara „synchronously‟ (pada waktu yang sama) atau
„asynchronously‟ (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran
bolehdisampaikan melalui media ini mempunyai ciri-ciri multimedia seperti teks, grafik,
animasi, simulasi, audio dan video.Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk
„discussion group‟ serta membolehkan bimbingan dijalankan dalam talian „on line‟
(Learnframe, 2001)
Portal Pembelajaran Myguru2 menyediakan ruang kepada pelajar untuk
mendapatkan maklumat, berinteraksi dan mengadakan perbincangan daripada sumber
elektronikseperti

forum dan lain-lain. Portal Pembelajaran Myguru2 membenarkan

pelajar mengakses dengan menggunakan kata laluan melalui Portal Myguru2, pelajar dan
pensyarah boleh menyampaikan pesanan (message), pengumuman (announcement),
tugasan (assignment) nota dan bahan pengajaran dan pembelajaran serta soalan dan
jawapan.

1.1 Pernyataan Masalah
Pihak UPSI telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada warga kampusnya bagi
memenuhi

keperluan

pengajaran

dan

pembelajaran

mereka.Apa

yang

pasti,

e-

pembelajarantelah menyediakan ruangan proses pengajaran dan pembelajaran melalui
MyGuru2sebagai tempat penggunanya mengutarakan pandangan, pendapat serta melakukan
perbincangan secara dalam talian. Sejauh manakah pelajar mengguna serta memanfaatkan
kemudahan

pengajaran

dan

pembelajaran

Myguru2

yang disediakan

melalui

e-

pembelajaran.Oleh yang demikian, pengkaji berminat untuk mengetahui tahap penggunaan

4
Myguru2 di kalangan pelajar.Selain itu, pengkaji juga ingin mengenalpastimasalah yang
dihadapi oleh pelajar.
1.2 Objektif Kajian
Secara umum, kajian ini melihat amalan e-pembelajaran melalui Myguru2 yang
digunakan dalam kalangan pelajar UPSI. Secara spesifik, kajian ini memantau epembelajaran Myguru2 daripada aspek berikut :1. Mengenalpasti tahap penggunaan e-pembelajaran melalui Myguru2 dikalangan
pelajar UPSI.
2. Mengenalpasti masalah ataupun halangan yang dihadapi oleh pelajar UPSI semasa
menggunakan e-pembelajaran melalui Myguru2.
1.3 Persoalan Kajian
1. Sejauhmanakah potensi pengggunaan e-pembelajaran melalui Myguru2 dikalangan
pelajar?
2. Apakah halangan ataupun cabaran yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan epembelajaran melalui Myguru2?
1.4 Batasan Kajian
Bagi kajian yang akan dilakukan, Kajian ini merupakan sebuah kajian tinjauan yang
dilakukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Lokasi ini dipilih
berikutan pelaksanaan system pengajaran dan pembelajaran e-learning melalui Myguru2
sebagai kemudahan kepada warganya.Responden bagi kajian ini adalah terdiri daripada para
pelajar yang terdiri daripada pelbagai umur, jantina dan semester pengajian.
1.5 Kepentingan Kajian
Melalui kajian ini, pengkaji yakin bahawa ia akan memberikan kepentingan kepada
pelbagai pihak seperti pihak UPSI sendiri khususnya. Tidak dapat dinafikan bahawa kajian
ini juga akan memberikan manfaat kepada bidang e-pembelajaran di Malaysia.
Kajian ini akan memberi ruang kepada pengkaji melihat suatu ruangan baru yang
ternyata mempunyai nilai penting dalam kehidupan dunia e-pembelajaran. Pengkaji ingin
mengembangkan ilmu pendidikan melalui aplikasi Myguru2 selanjutnya memberi sumbangan

5
kepada bidang yang terlibat.Melalui kajian ini, diharap pengkaji akan dapat menemukan
faktor yang mempengaruhi perbincangan efektif tentang Myguru2.

Kajian ini juga membawa banyak kelebihan kepada pihak UPSI. Antaranya, kajian ini
akan membantu UPSI mengenalpasti sumbangan aplikasi Myguru2 kepada pembelajaran dan
pengajaran yang berlaku di kampus ini. Dengan itu, pelbagai langkah boleh diambil bagi
meningkatkan mutu pendidikan di UPSI khususnya melalui kemudahan pembelajaran
Myguru2.
Selaras dengan kehadiran sistem pembelajaran dalam talian yang memberikan
kemudahan perbincangan maya di negara kita, kajian ini semestinya dapat membantu pihak
pendidikan negara dalam menyedarisegala kelebihan dan faedah besar yang dibawa oleh
teknologi ini.Seterusnya, kemudahan pengajaran dan pembelajaran melalui pembelajaran
elektronik ini diharap dapat dipertingkatkan mutu dan kualitinya supayapengunaannya
membawa manfaat kepada semua.
1.6 Kerangka Konseptual

E-Pembelajaran

Diaplikasikan
Myguru2
Sejauhmanakah
Pelajar UPSI

Potensi

Masalah/Halangan

Rajah 4: Kerangka Konseptual Kajian

6
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
Pembelajaran interaktif berperanan meningkatkan pembelajaran pelajar melalui
pengalaman melakukan eksplorasi kendiri mengikut pelbagai pendekatan pengajaran dan
pembelajaran, dan penemuan baru semasa proses penyelesaian masalah. Oleh kerana nota
pengajaran syarahan dan tutorial dapat disampaikan secara komunikasi asinkroni dan
sinkroni, maka media komunikasi telah mengubah cara dan gaya pelajar dan guru (tutor)
melakukan kajian, membaca dan menulis. Kini, terdapat pelbagai kaedah kajian, pembacaan
dan

penulisan

yang

melibatkan

konsep-konsep

seperti

hiperteks,

dan

penulisan

kolaboratif.Dalam pembelajaran dewasa, teknologi diintergrasikan sebagai kaedah untuk
penyampaian pengetahuan dan arahan tugas sehingga membolehkan orang dewasa
mempunyai privasi untuk membuat latihan disamping dapat memperkembangkan konsep
pembelajaran arahan kendiri yang dapat disesuaikan dengan mod individu.
Teknologi juga mengubah generasi dan bentuk hubungan sosial (Talesra et al 2003;),
apabila program software dipertingkatkan, sebenarnya ia meningkatkan interaktiviti,
meningkatkankomunikasi, meningkatkan kebolehan adaptasi, menambah perkongsian dan
meningkatkanpengalaman pembelajaran (Zoraini Wati, 2008; Robertson, 1992). Maka,
teknologi menciptamasyarakat dunia baru yang saling berinteraksi dan berkuasa bukan hanya
sebagai alatperhubungan malah menjadi alat pendidikan.Disamping itu, perkongsian meluas
dapatmenggalakkan individu termasuk ahli akademik berkongsi kurikulum dan sumber di
serata dunia.
Teori e-pembelajaran berpendapat bahawa pelajar dapat mengawal pembelajaran
mereka dengan lebih baik melalui peluang pembelajaran secara kolaboratif, interaktif dan
persendiriankerana media elektronik menyediakan persekitaran pembelajaran berdasarkan
prinsip just-in-time dengan kompetensi ―anywhere, anytime, anyone‖ (Talesra et al. 2003,
Karoulis et al, 2004).Konsep ini sangat sesuai dengan teori andragogi iaitu orang dewasa
7
belajar dengan motivasikendiri mengikut kesesuaian peribadi (Knowles et al . 2005;
Mazanah, 2001 ; Merriam &Caffarella., 1999;.
Baddeley dan Hitch pada tahun 1974 telah mengemukakan teori working memory
yang menyatakan bahawa pembelajaran melalui multimedia menyebabkan otak berfungsi
secaralangsung mengenkod dua jenis maklumat iaitu stimulasi audio dan stimulasi visual.
Kajianpsikologi membuktikan bahawa maklumat verbal akan lebih mudah diingati jika
disertai denganimej visual. Teori tersebut kemudiannya di aplikasikan oleh Richard Mayer
yang memperkenalkanteori dua koding multimedia, menurut teori ini pelajar lebih mudah
memindahkan pembelajaranmereka melalui arahan multimedia yang memberi kesan kepada
kognitif (Cognitive Theory ofMultimedia Learning).
Pengaplikasian online dan laman web telah memulakan evolusi komunikasi jarak jauh
yang memberi peluang pembelajaran dilaksanakan secara kolaboratif dan kerja projek dari
pelbagailokasi. Evolusi ini bukan sahaja mampu membentuk masyarakat bermaklumat, malah
memberipeluang kepada orang dewasa untuk meningkatkan kemahiran sepanjang hayat
dalam dua elemeniaitu elemen pembelajaran kendiri (self study) menerusi penggunaan,
pengurusan maklumatberasaskan media seperti bahan kursus (courseware) dan mencipta
entiti pembelajaran melaluipelayaran capaian maklumat dengan bantuan media maklumat
elektronik.
Dengan perkembangan teknologi yang canggih dan pantas ini, semua individu perlu
peka dan berusaha untuk mendapatkan pengetahuan tentang komputer dan internet seberapa
banyakyang mungkin.Untuk menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang ini, pendidikan sejak
dari awalperlu dititikberatkan.Perkembangan penggunaan komputer dalam pendidikan begitu
ketarasekali di institusi-institusi pengajian tinggi.Semua universiti di negara kita telah
memasukirangkaian internet.Dengan menggunakan kecanggihan teknologi ini, para pelajar
dengan mudahdapat belajar, membuat rujukan dan berhubung dengan pelajar-pelajar lain
dengan hanyamenekan butang sahaja.(Jalaluddin, 1997).

8
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN
3.1 Rekabentuk Kajian
Rekabentuk penyelidikan adalah bertujuan untuk mencari jawapan kepada andaianandaian penyelidikan (Kerlinger, 1973).Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk
deskriptif.Statistik deskriptif memerihalkan fenomena atau perkara-perkara yang berlaku dan
hubungannya dengan pembolehubah-pembolehubah serta tafsiran perkaitan yang wujud (Best
and Kahn, 1998). Menurut Cohen dan Manion (1985), penggunaan ujian statistik korelasi
adalah untuk melihat hubungkait atau pengaruh antara satu faktor dengan faktor yang lain.
Menurut Mohd Majid (1990), kajian korelasi menerangkan kekuatan kaitan dan juga sama
ada ia signifikan atau tidak. Sekiranya kajian yang dijalankan hanya untuk menerangkan
keadaan atau perhubungan antara pemboleh ubah, terma yang biasanya digunakan ialah
deskriptif.
Kajian yang dibuat ini adalah bersifat deskriptif.Statistik deskriptif yang digunakan
terdiri daripada taburan kekerapan, peratusan dan min skor.Kaedah yang digunakan adalah
bertujuan untuk mengumpul maklumat terperinci dan memberi gambaran yang jelas
mengenai Keberkesanan Penggunaan Portal Myguru2 Sebagai Media Interaktif Maya Dalam
Proses Pembelajaran di Kalangan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung
Malim, Perak.
3.2 Populasi Dan Sampel Kajian
Populasi kajian ini adalah seramai 97orang pelajar.Sampel kajian adalah semua 97
orang pelajar tersebut.Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini merupakan soal
selidik.Instrumen kajian ini dibina oleh pengkaji serta berpandukan kajian-kajian lepas yang
berkaitan iaitu Wu dan Hiltz (2004), Hamidah (2007) dan Janarthini (2007). Soal selidik yang
dibina terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:-

9
1. Bahagian A (Demografi) yang terdiri daripada 3 item bagi mengumpulkan data
tentang latar belakang responden iaitu jantina, umur dan semester pengajian.

2. Bahagian B (Potensi Penggunaan e-pembelajaran melalui Myguru2)
Terdiri daripada 10 item bagi mendapatkan jawapan untuk persoalan kajian.Pada
bahagian ini, respondenperlu memberikan jawapan mengikut Skala Likert. Soalan
akan mengkaji persoalan kajian iaitumengenalpasti tahap penggunaan Myguru2.
3. Bahagian C (Masalah yang dihadapi oleh pelajar)
Mengandungi 2item dengan tujuan menjawab persoalan kajian. 2 set soalan
menyediakan pilihanjawapan mengikut Skala Likert. Set soalan terbuka digunakan
berikutanpengkaji ingin mengenalpasti pendapat atau pandangan responden mengenai
aspek yang dikaji.Oleh itu setiap skor dikira untuk setiap subjek. Berdasarkan kepada
jadual 6 di bawah, skor 1 adalah respon yang paling negatif dan skor 5 adalah yang
paling positif, manakala skor 3 adalah skor yang neutral. Skor bagi setiap soalan akan
dijumlahkan dan ditafsirkan dengan frekuensi, peratus, min yang akan diperolehi
daripada kiraan. Pengiraan untuk skor min ini adalah berdasarkan jumlah respon yang
diterima dengan setiap skor 1 hingga 5 dengan menggunakan menggunakan perisian
IBM SPSS Statistics 20.0.
Jadual 6: Skala Likert bagi bahagian B dan C
Skor

Maklumbalas

1

Sangat tidak setuju

2

Tidak setuju

3

Agak setuju

4

Setuju

5

Sangat setuju

Jadual 7 di bawah memberi penjelasan tentang tahap yang di bahagikan kepada tiga
iaitu lemah, sederhana dan baik. Sekiranya markah terkumpul antara 1 – 2.33, dikategorikan
sebagaitahap yang lemah, markah antara 2.34 – 3.66 pula berada pada tahap yang sederhana

10
manakala bagi markah di antara 3.67 – 5, ia dikategorikan sebagai tahap yang baik atau
tinggi.

Jadual 7: Pengkelasan tahap berasaskan skor min
Tahap

Skor Min

Lemah

1.00 – 2.33

Sederhana

2.34 – 3.66

Baik

3.67 – 5.00

Sumber: Mohd Majid Konting (1990)
3.3Kajian Rintis
Kajian rintis ini menggunakan item-item dalam borang soal selidik yang akan
digunakan sebagai alat pengumpulan data untuk kajian ini. Kajian rintis ini bertujuanuntuk
menguji kesahan dan kebolehpercayaan item-item yang dikemukakan di samping dapat
memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul semasa kajian rintis ini dijalankan. Hasil dari
kajian rintis ini telah dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 20.0.Mengikut
Mohamad Najib (1998), kajian yang mencapai nilai alpha 0.6 hingga 0.9 adalah mempunyai
kesahan dan kebolehpercayaan soalan yang tinggi.
Hasil kajian yang dijalankan mendapati nilai alpha adalah 0.834.Nilai ini berada
dalam julat nilai alpha yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan soalan yang
tinggi.Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sejauh mana kesesuaian
keseluruhan penggunaan instrumen kepada responden kajian terutamanya penggunaan istilah
dan struktur ayat yang diajukan dalam instrumen tersebut. Mengikut Mohd Najib (1999),
kajian rintis yang dijalankan membolehkan kita menentukan dengan mudah kesesuaian
bahasa yang digunakan dalam item-item soal selidik yang dibentuk.

11
BAB 4

DAPATAN KAJIAN
4.1 Perbincangan Dan Keputusan
Persoalan kajian yang pertama merupakan Sejauhmanakah potensi penggunaan epembelajaran melalui Myguru2 dikalangan pelajar.Hasil analisa data bahagian ini daripada
kesemua 97orang responden adalah seperti di dalam jadual 1.
Jadual 1: Data analisis tahap potensi penggunaan Myguru2
Bil

Persoalan Kajian

Min

1

Muatturun dokumen dan nota kerja kursus sangat

3.97

mudah?
2

Berkeupayaan bertanya soalan dan menerima

3.12

jawapan daripada pensyarah?
3

Berkongsi pengetahuan melalui “Group Forum”

3.64

adalah idea perbincangan yang sangat baik?
4

Mendapat manfaat daripada penggunaan aplikasi

3.82

interaktif ini?
5

Perbincangan melalui dalam talian membolehkan

3.84

pelajar bertukar pendapat dan komen?
6

Mudah mengadakan perbincangan dengan rakan

3.06

sekelas melalui Myguru2?
7

Berpuas hati terhadap kelajuan melayari

3.10

Myguru2?
8

Konfigurasi warna dan latarbelakang sistem

3.70

adalah jelas dan harmoni?
9

Rekabentuk dan susun atur layar adalah sesuai?
12

3.74
10

Maklumat dapat disampaikan dengan mudah dan

3.72

cepat?
Purata Min

3.57

Hasil analisis data menunjukkan tahap potensi penggunaan Myguru2 di UPSI tersebut
berada pada tahap sederhana.Berdasarkan jadual 1, skor min purata bagi tahap potensi
penggunaan Myguru2 adalah 3.57.Berdasarkan jadual tersebut juga dapat dilihat skor min
tertinggi diperoleh daripada soalan pertama iaitu sebanyak 3.97.Secara terpeinci “Muatturun
dokumen dan nota kerja kursus sangat mudah?” merupakan min yang tertinggi iaitu
3.97.Sebanyak 30.0% (29 orang) memilih untuk sangat setuju dengan item tersebut, 42.0%
(40 orang)memilih untuk setuju, 23.0% (22 orang) pula memilih untuk agak setuju. Selain
itu, 5.0% (5 orang)memilih untuk tidak setuju dan tiada responden yang memilih untuk
sangat tidak setuju dan diikuti oleh persoalan kajian kelima iaitu “Perbincangan melalui
dalam talian membolehkan pelajar bertukar pendapat dan komen?” iaitu 3.84.Sebanyak
30.0% (29 orang) memilih untuk sangat setuju dengan item tersebut, 33.0% (32 orang)
memilih untuk setuju, 30.0% (29 orang) pula memilih untuk agak setuju. Bagi responden
yang memilih untuk tidak setuju dan sangat tidak setuju, peratusan adalah sama iaitu 3.0% (3
orang).Persoalan kajian keempat iaitu “Mendapat manfaat daripada penggunaan aplikasi
interaktif ini?” iaitu 3.82.Sebanyak 26.0% (25 orang) memilih untuk sangat setuju dengan
item tersebut, 40.0% (38 orang) memilih untuk setuju, 24.0% (23 orang) pula memilih untuk
agak setuju. Selain itu, 8.0% (5 orang) memilih untuk tidak setuju dan 1.0% (1
orang)memilih untuk sangat tidak setuju.
Persoalan kajian kesembilan iaitu “Rekabentuk dan susun atur layar adalah sesuai?”
iaitu 3.74. Sebanyak 12.0% (11 orang) memilih untuk sangat setuju dengan item tersebut,
56.0% (52 orang) memilih untuk setuju, 28.0% (26 orang) pula memilih untuk agak setuju.
Selain itu, 3.0% (3 orang) memilih untuk tidak setuju dan 1.0% (1 orang) memilih untuk
sangat tidak setuju. Persoalan kajian kesepuluh iaitu “Maklumat dapat disampaikan dengan
mudah dan cepat?” iaitu 3.72. Sebanyak 21.0% (20 orang) memilih untuk sangat setuju
dengan item tersebut, 37.0% (36 orang) memilih untuk setuju, 36.0% (35 orang) pula
memilih untuk agak setuju. Selain itu, 6.0% (6 orang) memilih untuk tidak setuju dan tiada
responden yang memilih untuk sangat tidak setuju. Persoalan kajian kelapan iaitu
“Konfigurasi warna dan latarbelakang sistem adalah jelas dan harmoni?” iaitu 3.70. Sebanyak
14.0% (13 orang) memilih untuk sangat setuju dengan item tersebut, 48.0% (44 orang)
memilih untuk setuju, 33.0% (30 orang) pula memilih untuk agak setuju. Selain itu, 4.0% (4
13
orang) memilih untuk tidak setuju dan 1.0% (1 orang) memilih untuk sangat tidak
setuju.Persoalan kajian ketiga iaitu “Berkongsi pengetahuan melalui “Group Forum” adalah
idea perbincangan yang sangat baik?” iaitu 3.64. Sebanyak 26.0% (25 orang) memilih untuk
sangat setuju dengan item tersebut, 33.0% (32 orang) memilih untuk setuju, 24.0% (23 orang)
pula memilih untuk agak setuju. Selain itu, 14.0% (14 orang)memilih untuk tidak setuju dan
3.0% (3 orang) memilih untuk sangat tidak setuju.Persoalan kajian kedua iaitu
“Berkeupayaan bertanya soalan dan menerima jawapan daripada pensyarah?” iaitu 3.12.
Sebanyak 9.0% (9orang) memilih untuk sangat setuju dengan item tersebut, 32.0% (31 orang)
memilih untuk setuju, 32.0% (31 orang) pula memilih untuk agak setuju. Selain itu, 15.0%
(15 orang) memilih untuk tidak setuju dan 11.0% (11 orang) memilih untuk sangat tidak
setuju.Persoalan kajian ketujuh iaitu “Berpuas hati terhadap kelajuan melayari Myguru2?”
iaitu 3.10. Sebanyak 9.0% (9 orang) memilih untuk sangat setuju dengan item tersebut,
28.0% (27 orang) memilih untuk setuju, 31.0% (30 orang) pula memilih untuk agak setuju.
Selain itu, 26.0% (25 orang) memilih untuk tidak setuju dan 5.0% (5 orang) memilih untuk
sangat tidak setuju merupakan min dalam kedudukan yangsederhana kesemuanya iaitu 3.74,
3.72, 3.70, 3.64, 3.12 dan 3.10.
Min yang terendah ialah persoalan kajian yang keenam iaitu “Mudah mengadakan
perbincangan dengan rakan sekelas melalui Myguru2?” iaitu 3.06. Sebanyak 13.0% (12
orang) memilih untuk sangat setuju dengan item tersebut, 23.0% (22 orang) memilih untuk
setuju, 34.0% (32 orang) pula memilih untuk agak setuju. Selain itu, 19.0% (18orang)
memilih untuk tidak setuju dan 12.0% (11 orang) memilih untuk sangat tidak setuju.
Persoalan kajian yang kedua merupakanApakah masalah ataupun halangan yang
dihadapi oleh pelajar UPSI semasa menggunakan e-pembelajaran melalui Myguru2. Hasil
analisa data bahagian ini daripada kesemua 97 orang responden adalah seperti di dalam
jadual 1.1
Jadual 1.1: Data analisis tahap halangan penggunaan Myguru2
Bil
1

Persoalan Kajian
Muatnaik tugasan untuk dihantar kepada

Purata Min
3.22

pensyarah sangat mudah?
2

Maklumat yang dipaparkan belum lagi
dikemaskini?

14

3.02
Purata Min

3.12

Hasil analisis data menunjukkan tahap halangan penggunaan Myguru2 di UPSI
tersebut berada pada tahap sederhana.Berdasarkan jadual 1.1, skor min purata bagi tahap
halangan penggunaan Myguru2 adalah 3.12.Berdasarkan jadual tersebut juga dapat dilihat
skor min tertinggi diperoleh daripada soalan pertama iaitu sebanyak 3.22.Secara terpeinci
“Muatnaik tugasan untuk dihantar kepada pensyarah sangat mudah?” merupakan min yang
tertinggi iaitu 3.22. Sebanyak 9.0% (9 orang) memilih untuk sangat setuju dengan item
tersebut, 32.0% (31 orang) memilih untuk setuju, 16.0% (16 orang) pula memilih untuk agak
setuju. Selain itu, 36.0% (35 orang)memilih untuk tidak setuju dan 6.0% (6 orang) memilih
untuk sangat tidak setuju.
Min yang terendah ialah persoalan kajian yang kedua iaitu “Maklumat yang
dipaparkan belum lagi dikemaskini?” iaitu 3.02. Sebanyak 4.0% (4 orang) memilih untuk
sangat setuju dengan item tersebut, 20.0% (19 orang) memilih untuk setuju, 53.0% (50 orang)
pula memilih untuk agak setuju. Selain itu, 20.0% (19 orang) memilih untuk tidak setuju dan
3.0% (3 orang) memilih untuk sangat tidak setuju.
Jadual 1.2: Data analisis tahap potensi dan halangan penggunaan Myguru2
Aspek

Min

Potensi penggunaan

3.57

Halangan

3.12

penggunaan
Purata Min

3.35

Secara keseluruhan analisis ini, didapati tahap potensi dan halangan penggunaan
Myguru2 dikalangan mahasiswa mengenai Portal Myguru2 sebagai media interaktif maya
dalam proses pembelajaran dapat disimpulkan berada pada tahap sederhana iaitu skor min
purata adalah 3.35. Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penggunaan
e-pembelajaran melalui Myguru2 dikalangan pelajar UPSI. Untuk mengetahui tahap potensi
dan halangan penggunaan Portal Myguru2 dikalangan pelajar daripada aspek ini, maka 12
soalan telah dikemukakan di dalam soal selidik. Daripada hasil analisis kajian dalam bab
empat, objektif pertama dalam kajian ini telah dicapai kerana pengkaji dapat memperolehi
15
nilai min keseluruhan bagi kedua-dua aspek dalam borang soal selidik. Sebanyak 12 soalan
telah dibentuk dalam borang soal selidik dan ia telah dikategorikan kepada 2 aspek iaitu 10
soalan bagi aspek tahap potensi penggunaan dan 2 soalan bagi aspek tahap halangan
penggunaan Myguru2. Dalam aspek tahap potensi, hasil kajian menunjukkan persoalan
pertama menunjukkan nilai min yang tertinggi iaitu berkaitan “Muatturun dokumen dan nota
kerja kursus sangat mudah”.Dapatan ini menunjukkan bahawa dengan menggunakan Portal
Myguru2, mereka dapat memperolehi banyak nota dan bahan pembelajaran sebagai tambahan
kepada nota kuliah yang didapati didalam bilik kuliah.
Dalam persoalan kelima, hasil kajian menunjukkan min berada pada tahap
tinggi.Persoalan ini adalah berkaitan dengan “Perbincangan melalui dalam talian
membolehkan pelajar bertukar pendapat dan komen”.Dapatan ini menunjukkan bahawa
pelajar boleh memberi pendapat tentang sesuatu topik yang dibincangkan melalui
forum.Kenyataan ini disokong oleh Blackboard inc. (2000) dimana ruangan kepada pengguna
untuk menghantar pendapat atau informasi.Pelajar menggunakan forum sebagai platform
untuk mereka berbincang dan mengutarakan pendapat.Kajian mendapati, melalui forum
pelajar boleh membincangkan suatu masalah bersama rakan mereka.Mereka boleh berkongsi
maklumat tambahan bersama rakan melalui perbincangan dalam forum.Paulsen (1995)
menyatakan bahawa melalui forum pelajar boleh mengeluarkan pendapat dan seterusnya
membincangkan secara berkumpulan.Kajian ini juga mendapati forum dapat mewujudkan
kerjasama berkumpulan dalam menyelesaikan masalah.Paulsen (1995) yang menyatakan
forum tergolong dalam many-to-many technique bagi kaedahpedagogi pendidikan dewasa.Di
mana bagi teknik ini, semua peserta atau pelajar dan pensyarahmempunyai peluang untuk
mengambil bahagian di dalam interkasi yang berlangsung.Forum merupakansuatu
perbincangan terbuka yang dijalankan atau disertai oleh seorang pelajar atau lebih dan
seluruhkumpulan.Seterusnya, pelajar didapati gemar menggunakan forum pada bila-bila
masa. Menurut Bates (1986), forum meningkatkan komunikasi antara pengajar dan pelajar
dengan membenarkan mereka mengalamipembelajaran yang lebih terbuka dan masa yang
fleksibel. Menurut Anderson dan Kanuka (1997), forummemberikan kebebasan dari segi
kekangan masa di mana pelajar boleh mengambil bahagian pada bila-bila masa mengikut
pilihan mereka.
Dalam aspek tahap halangan, hasil kajian menunjukkan persoalan pertama
menunjukkan nilai min yang tertinggi iaitu berkaitan “Muatnaik tugasan untuk dihantar
kepada pensyarah sangat mudah?.Sebanyak 9.0% (9 orang) memilih untuk sangat setuju
16
dengan item tersebut, 32.0% (31 orang) memilih untuk setuju, 16.0% (16 orang) pula
memilih untuk agak setuju. Selain itu, 36.0% (35 orang) memilih untuk tidak setuju dan 6.0%
(6 orang) memilih untuk sangat tidak setuju. Dapatan ini menunjukkan 36.0% (35 orang)
mengatakan tidak setuju bahawa muatnaik tugasan untuk dihantar kepada pensyarah sangat
mudah. Oleh itu mereka beranggapan bahawa dengan menggunakan Portal Myguru2, mereka
mengalami kesukaran untuk menghantar tugasan melalui portal tersebut.
RUMUSAN
Kajian dijalankan dengan tujuan mengenalpasti tahap potensi dan halangan
penggunaan Portal Myguru2 sebagai media interaktif maya dalam proses pembelajarandi
kalangan pelajar UPSI. Hasil daripada analisa data dan perbincangan yang telah dibuat, boleh
dibuat rumusan bahawa tahap potensi penggunaan Portal Myguru2 di kalangan pelajar adalah
berada di tahap sederhana.Pelajar menggunakan Portal Myguru2 bagi muatturun dokumen
dan nota kerja kursus serta menggunakan forum berkumpulan untuk mengadakan
perbincangan dan seterusnya menyatakan pendapat mereka.
Melalui Portal Myguru2, pelajar dapat membincangkan sesuatu masalah dengan rakan
mereka. Pelajar boleh berkongsi maklumat tambahan bersama rakan melalui perbincangan di
dalam forum.Selain itu, melaluiforum pelajar boleh merujuk kembali topik lepas yang telah
dibincangkan dalam forum.Kajian jugamendapati forum dapat mewujudkan kerjasama
berkumpulan dalam menyelesaikan masalah. Denganmenyertai forum juga pelajar dapat
meningkatkan komunikasi dua hala mereka dengan yang lain.
Bagi masalah yang dihadapi pelajar semasa menggunakan Portal Myguru2 pula
melibatkan masalah dalaman dimana masalah dalaman terbahagi kepada 2 kategori.Masalah
dalaman pertama yang dihadapi adalah seperti kesukaran untuk memuatnaik tugasan untuk
dihantar kepada pensyarah mencatatkan min yang tinggi. Bagi masalah dalaman kedua pula,
iaberada pada tahap sederhana. Masalah yang dialami adalah maklumat yang dipaparkan
belum lagi dikemaskini.Ini sekaligus menyukarkan pelajar untuk mendapatkan maklumatmaklumat yang terbaru dan terkini.
Melalui soalan terbuka, didapati pelajar menyatakan pengalaman serta cadangan
untuk penambahbaikan menggunakan Portal Myguru2 seperti menjadikan Myguru2 lebih
interaktif dan membuat aplikasi di telefon pintar untuk kemudahan pelajar mengakses di
mana-mana sahaja, setiap pensyarah perlu menggalakkan penggunaan Myguru2 dalam
17
kalangan pelajar, paparan maklumat pada “interface” perlu lebih berinformasi mengenai
kandungan dalam sesuatu subjek atau kursus dan pensyarah perlu diberi penerangan berkesan
tentang langkah memuatnaik nota dan bagaimana dapat memastikan nota yang telah
dimuatnaik dapat diakses oleh pelajar.

18
RUJUKAN

Badrul Hisham Hj.Alang Osman. (1998). “Aplikasi pelajar menggunakan pembelajaran
Elektronik di dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di UITM”.
Universiti Teknologi Mara.

Rozinah Jamaludin. (2007). Internet Dalam Pendidikan. Pulau Pinang: Penerbit USM.

Noriati A. Rashid. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Chin Yoon Poh. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mohd Koharuddin Mohd Balwi, Adanan Mat Junoh, et al. (2003). Kesediaan Pelajar
Universiti Malaysia Menggunakan E-Pembelajaran Sebagai Satu Alat Pembelajaran.
Satu kajian kes di Unisversiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai.

Faisal bin Haji Mohamad, Zuraidah bt Abdul Rahman, Zarina bt Samsudin (2002), Epembelajaran : SatuPendekatan Inovatif dalam Instruksi. Pulau Pinang : USM

19
Hamidah bt. Abdul Razak (2007) Tahap Penggunaan Forum di dalam Sistem Elearning di
kalanganPelajar Tahun Tiga (Jabatan Multimedia Pendidikan) bagi Mata Pelajaran
Teknologi Grafik, Audio, Animasi dan Digital (SPM2303) UTM, Skudai Johor.

Holmes, B. and Gardner, G. (2006). Book: E-Learning Concepts and Practice.
TJ International, ISBN: 10-1 4129-1110-9.

Bruckner, M., and Tetiwat, O. (2010). Evaluation of E-Learning Readiness: A study of
Information Behavior of University Students, Retrieved on July 10, 2011 from
http://www.gelbukh.com/polibits/2009_40/40_12.pdf.

Cohen, E. B. (2004). Applying the informing science framework to higher education:
Knowledge development, management and dissemination.Konferencja
Pozyskiwanie wiedzy i zarządzanie wiedzą (Proceedings of the Knowledge
Acquisition and Management Conference) May 13-15, 2004 Kule, Poland.

Nycz, M.& Smok, B. (2003). Distance education as a way to meet the challenges of
the XXI Century.Proceedings of the SympoTIC‟03 Joint 1st Workshop on Mobile
Future & Symposium on Trends inCommunications (pp. 26-28), IEEE CS Section,
Bratislava, Slovakia, October 2003.

20
21

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranPenggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranHishamuddin Jabar
 
Penggunaan ICT Dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT Dalam PDP MatematikPenggunaan ICT Dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT Dalam PDP Matematikikhwankmk92
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiahNurul Iqah
 
46 53 rasid et al.upm
46 53 rasid et al.upm46 53 rasid et al.upm
46 53 rasid et al.upmDanny Ritonga
 
Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21
Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21
Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21Sherly Jewinly
 
Jurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasJurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasAnjini Anjni
 
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahSme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahDgMasniah
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikelKer0
 
Ict dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranIct dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranpeggylau9318
 
Assignment 1
Assignment 1Assignment 1
Assignment 1iezaku
 
Rumusan jurnal
Rumusan jurnalRumusan jurnal
Rumusan jurnalhanyjamal
 
Artikel Keefektifan Blended Learning
Artikel Keefektifan Blended LearningArtikel Keefektifan Blended Learning
Artikel Keefektifan Blended LearningMone Masyhudin
 
Isu isu dalam jurnal
Isu isu dalam jurnalIsu isu dalam jurnal
Isu isu dalam jurnalbtsumathy
 

Was ist angesagt? (20)

Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranPenggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
 
Penggunaan ICT Dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT Dalam PDP MatematikPenggunaan ICT Dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT Dalam PDP Matematik
 
Math anxiety 3
Math anxiety 3Math anxiety 3
Math anxiety 3
 
TUGASAN 5
TUGASAN 5 TUGASAN 5
TUGASAN 5
 
Pengintegrasian tmk
Pengintegrasian tmkPengintegrasian tmk
Pengintegrasian tmk
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
46 53 rasid et al.upm
46 53 rasid et al.upm46 53 rasid et al.upm
46 53 rasid et al.upm
 
Artikel presentasi
Artikel presentasiArtikel presentasi
Artikel presentasi
 
MULTIMEDIA GRAFIS
MULTIMEDIA GRAFISMULTIMEDIA GRAFIS
MULTIMEDIA GRAFIS
 
Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21
Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21
Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21
 
Jurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasJurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan Khas
 
Tugasan 9
Tugasan 9Tugasan 9
Tugasan 9
 
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahSme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 
Amalan penggunaan tmk dalam p&p
Amalan penggunaan tmk dalam p&pAmalan penggunaan tmk dalam p&p
Amalan penggunaan tmk dalam p&p
 
Ict dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranIct dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaran
 
Assignment 1
Assignment 1Assignment 1
Assignment 1
 
Rumusan jurnal
Rumusan jurnalRumusan jurnal
Rumusan jurnal
 
Artikel Keefektifan Blended Learning
Artikel Keefektifan Blended LearningArtikel Keefektifan Blended Learning
Artikel Keefektifan Blended Learning
 
Isu isu dalam jurnal
Isu isu dalam jurnalIsu isu dalam jurnal
Isu isu dalam jurnal
 

Andere mochten auch

Note spss research project
Note spss research projectNote spss research project
Note spss research projectazli2013
 
Interaction design and cognitive aspects
Interaction design and cognitive aspects Interaction design and cognitive aspects
Interaction design and cognitive aspects Andres Baravalle
 
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 World wide
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikNoor Abidin
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis datamohdkhamdani
 
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAContoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAAthirah Amalina
 

Andere mochten auch (11)

Note spss research project
Note spss research projectNote spss research project
Note spss research project
 
Sukan 1
Sukan 1Sukan 1
Sukan 1
 
Math anxiety 2
Math anxiety 2Math anxiety 2
Math anxiety 2
 
Kaedah Penyelidikan
Kaedah PenyelidikanKaedah Penyelidikan
Kaedah Penyelidikan
 
SKPM2010 versi Disember 2012
SKPM2010 versi Disember 2012SKPM2010 versi Disember 2012
SKPM2010 versi Disember 2012
 
Interaction design and cognitive aspects
Interaction design and cognitive aspects Interaction design and cognitive aspects
Interaction design and cognitive aspects
 
Bab 4 analisis data
Bab 4 analisis dataBab 4 analisis data
Bab 4 analisis data
 
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis data
 
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAContoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
 

Ähnlich wie KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)

Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah KhamdiyahMakalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyahkhamdiyah
 
Pemanfaatan social software dalam pelaksanaan pendidikan tinggi
Pemanfaatan social software dalam pelaksanaan pendidikan tinggi Pemanfaatan social software dalam pelaksanaan pendidikan tinggi
Pemanfaatan social software dalam pelaksanaan pendidikan tinggi Beni Herlandy
 
Sumber Pembelajaran Terbuka : S-D Math Learning
Sumber Pembelajaran Terbuka : S-D  Math LearningSumber Pembelajaran Terbuka : S-D  Math Learning
Sumber Pembelajaran Terbuka : S-D Math LearningMagdalene Lim
 
Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...
Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...
Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...CELINEDANARIS
 
Modul awal pembelajaran jarak jauh
Modul awal pembelajaran jarak jauhModul awal pembelajaran jarak jauh
Modul awal pembelajaran jarak jauhdewi rafiul
 
Indah herlina, hapzi ali, e learning dan manfaat sistem pembelajaran e-learni...
Indah herlina, hapzi ali, e learning dan manfaat sistem pembelajaran e-learni...Indah herlina, hapzi ali, e learning dan manfaat sistem pembelajaran e-learni...
Indah herlina, hapzi ali, e learning dan manfaat sistem pembelajaran e-learni...Indah Herlina
 
Modul awal pembelajaran_jarak_jauh[1]
Modul awal pembelajaran_jarak_jauh[1]Modul awal pembelajaran_jarak_jauh[1]
Modul awal pembelajaran_jarak_jauh[1]awalalazhar1
 
Modul awal pembelajaran jarak jauh
Modul awal pembelajaran jarak jauhModul awal pembelajaran jarak jauh
Modul awal pembelajaran jarak jauhnuning nuning
 
Pemanfatan ict dalam_pembelajaran
Pemanfatan ict dalam_pembelajaranPemanfatan ict dalam_pembelajaran
Pemanfatan ict dalam_pembelajarantugaspasca
 
Modul Media pembelajaran berbasis WEB
Modul Media pembelajaran berbasis WEBModul Media pembelajaran berbasis WEB
Modul Media pembelajaran berbasis WEBRini biologi
 

Ähnlich wie KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013) (20)

Kajian tinjauan frog vle
Kajian   tinjauan   frog vleKajian   tinjauan   frog vle
Kajian tinjauan frog vle
 
Kajian tinjauan frog vle
Kajian   tinjauan   frog vleKajian   tinjauan   frog vle
Kajian tinjauan frog vle
 
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah KhamdiyahMakalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
 
Pemanfaatan social software dalam pelaksanaan pendidikan tinggi
Pemanfaatan social software dalam pelaksanaan pendidikan tinggi Pemanfaatan social software dalam pelaksanaan pendidikan tinggi
Pemanfaatan social software dalam pelaksanaan pendidikan tinggi
 
Sumber Pembelajaran Terbuka : S-D Math Learning
Sumber Pembelajaran Terbuka : S-D  Math LearningSumber Pembelajaran Terbuka : S-D  Math Learning
Sumber Pembelajaran Terbuka : S-D Math Learning
 
Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...
Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...
Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...
 
Oumh1103
Oumh1103Oumh1103
Oumh1103
 
Oumh1103
Oumh1103Oumh1103
Oumh1103
 
Musriani
MusrianiMusriani
Musriani
 
Modul awal pembelajaran jarak jauh
Modul awal pembelajaran jarak jauhModul awal pembelajaran jarak jauh
Modul awal pembelajaran jarak jauh
 
Indah herlina, hapzi ali, e learning dan manfaat sistem pembelajaran e-learni...
Indah herlina, hapzi ali, e learning dan manfaat sistem pembelajaran e-learni...Indah herlina, hapzi ali, e learning dan manfaat sistem pembelajaran e-learni...
Indah herlina, hapzi ali, e learning dan manfaat sistem pembelajaran e-learni...
 
Jurnal blog 1
Jurnal blog 1Jurnal blog 1
Jurnal blog 1
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Modul awal pembelajaran_jarak_jauh[1]
Modul awal pembelajaran_jarak_jauh[1]Modul awal pembelajaran_jarak_jauh[1]
Modul awal pembelajaran_jarak_jauh[1]
 
Modul awal pembelajaran jarak jauh
Modul awal pembelajaran jarak jauhModul awal pembelajaran jarak jauh
Modul awal pembelajaran jarak jauh
 
Pemanfatan ict dalam_pembelajaran
Pemanfatan ict dalam_pembelajaranPemanfatan ict dalam_pembelajaran
Pemanfatan ict dalam_pembelajaran
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaran
 
Modul Media pembelajaran berbasis WEB
Modul Media pembelajaran berbasis WEBModul Media pembelajaran berbasis WEB
Modul Media pembelajaran berbasis WEB
 
Modul i (jm)
Modul i (jm)Modul i (jm)
Modul i (jm)
 
Ting2016 st2 14
Ting2016 st2 14Ting2016 st2 14
Ting2016 st2 14
 

Kürzlich hochgeladen

Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 

Kürzlich hochgeladen (20)

Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 

KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)

  • 1. KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB SESI 2013/2014 TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN TAJUK: KAJIAN TINJAUAN DI KALANGAN MAHASISWA MENGENAI PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) SEBAGAI MEDIA INTERAKTIF MAYA DALAM PROSES PEMBELAJARAN NAMA PENSYARAH: DR.JESSNOR ELMY BINTI MAT JIZAT DISEDIAKAN OLEH: MOHD FADLI BIN HASAN (M20122001390) TARIKH: 06 DIS 2013 (JUMAAT) 1
  • 2. BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan E-pembelajaran boleh didefinisikan sebagai pendekatan kepada pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi Internet untuk proses komunikasi dan kolaborasi di dalam konteks pendidikan(Blackboard, 2000). Menurutnya lagi, ini termasuklah teknologi yang melengkapkan amalanpembelajaran dalam kelas secara tradisional dengan komponen-komponen berasaskan web danpersekitaran pembelajaran secara online ataupun maya. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjalankan usaha yang berterusan untuk membudayakan teknologi terkini dalam semua aspek pengurusannya,termasuklah menguruskan pengajaran dan pembelajarannya.Platforme-Pembelajaran (LMS) di UPSI terintegrasi dalam Sistem MaklumatBersepadunya (UIMS). Di UPSI, proses pengajaran dan pembelajaran dijalankanmelalui MyGuru2. MyGuru2 merupakan sebuah platform yang menyediakankemudahan untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran yangmantap dan berkualiti. Secara langsung MyGuru2 membolehkan pensyarahuntuk mencipta sumber-sumber pengajaran mereka sendiri sekaligus memuatnaik ke Internet. Sistem ini juga pada masa yang sama membenarkan pensyarahmemantau aktiviti pembelajaran pelajar. MyGuru2 merupakan satu system aplikasi yang berasaskan 100% sumber terbuka (open source) daripada aspek/komponen sistem pengoperasian, aplikasi pembangunan dan pangkalan data. Platform MyGuru2 di UPSI mula digunakan pada Oktober 2006.Pembangunan platform ini diusahakan dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) secara kerjasama melalui MoU yang ditandatangani antara UPSI dengan OUM pada November 2006.Penambahbaikan dan perkembangan sistem ini seterusnya dilakukan secara dalaman (In-House) oleh bahagian sokongan di pusat tanggungjawab berkaitan.Dua pusat utama yang memantau penggunaan dan perkembangan MyGuru2 ialah Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan Pusat Teknologi Pendidikan dan Multimedia. Paparan utama MyGuru2 boleh dirujuk pada Rajah 1, 2 dan 3. 2
  • 3. Rajah 1: Paparan Utama Myguru2 Rajah 2: Paparan untuk subjek Myguru2 Rajah 3: Paparan untuk “Group Forum” Myguru2 3
  • 4. Pembelajaran elektronik Myguru2 ialah salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan infostruktur ICT bagi penyebaran pengetahuan dan pelaksanaan pembelajaran kolaboratif (collaborative learning).E-pembelajaran boleh diaplikasikan dalam pelaksanaan kursus atau program secara jarak jauh dan juga untuk tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bersemuka (face-to-face teaching and learning).Antara kelebihan penggunaan e-pembelajaran Portal Myguru2 adalah pelajar mempunyai masa pembelajaran yang lebih anjal untuk berinteraksi sesama mereka atau dengan pensyarah. Pengajaran boleh dijalankan secara „synchronously‟ (pada waktu yang sama) atau „asynchronously‟ (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran bolehdisampaikan melalui media ini mempunyai ciri-ciri multimedia seperti teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video.Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk „discussion group‟ serta membolehkan bimbingan dijalankan dalam talian „on line‟ (Learnframe, 2001) Portal Pembelajaran Myguru2 menyediakan ruang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat, berinteraksi dan mengadakan perbincangan daripada sumber elektronikseperti forum dan lain-lain. Portal Pembelajaran Myguru2 membenarkan pelajar mengakses dengan menggunakan kata laluan melalui Portal Myguru2, pelajar dan pensyarah boleh menyampaikan pesanan (message), pengumuman (announcement), tugasan (assignment) nota dan bahan pengajaran dan pembelajaran serta soalan dan jawapan. 1.1 Pernyataan Masalah Pihak UPSI telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada warga kampusnya bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran mereka.Apa yang pasti, e- pembelajarantelah menyediakan ruangan proses pengajaran dan pembelajaran melalui MyGuru2sebagai tempat penggunanya mengutarakan pandangan, pendapat serta melakukan perbincangan secara dalam talian. Sejauh manakah pelajar mengguna serta memanfaatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran Myguru2 yang disediakan melalui e- pembelajaran.Oleh yang demikian, pengkaji berminat untuk mengetahui tahap penggunaan 4
  • 5. Myguru2 di kalangan pelajar.Selain itu, pengkaji juga ingin mengenalpastimasalah yang dihadapi oleh pelajar. 1.2 Objektif Kajian Secara umum, kajian ini melihat amalan e-pembelajaran melalui Myguru2 yang digunakan dalam kalangan pelajar UPSI. Secara spesifik, kajian ini memantau epembelajaran Myguru2 daripada aspek berikut :1. Mengenalpasti tahap penggunaan e-pembelajaran melalui Myguru2 dikalangan pelajar UPSI. 2. Mengenalpasti masalah ataupun halangan yang dihadapi oleh pelajar UPSI semasa menggunakan e-pembelajaran melalui Myguru2. 1.3 Persoalan Kajian 1. Sejauhmanakah potensi pengggunaan e-pembelajaran melalui Myguru2 dikalangan pelajar? 2. Apakah halangan ataupun cabaran yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan epembelajaran melalui Myguru2? 1.4 Batasan Kajian Bagi kajian yang akan dilakukan, Kajian ini merupakan sebuah kajian tinjauan yang dilakukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Lokasi ini dipilih berikutan pelaksanaan system pengajaran dan pembelajaran e-learning melalui Myguru2 sebagai kemudahan kepada warganya.Responden bagi kajian ini adalah terdiri daripada para pelajar yang terdiri daripada pelbagai umur, jantina dan semester pengajian. 1.5 Kepentingan Kajian Melalui kajian ini, pengkaji yakin bahawa ia akan memberikan kepentingan kepada pelbagai pihak seperti pihak UPSI sendiri khususnya. Tidak dapat dinafikan bahawa kajian ini juga akan memberikan manfaat kepada bidang e-pembelajaran di Malaysia. Kajian ini akan memberi ruang kepada pengkaji melihat suatu ruangan baru yang ternyata mempunyai nilai penting dalam kehidupan dunia e-pembelajaran. Pengkaji ingin mengembangkan ilmu pendidikan melalui aplikasi Myguru2 selanjutnya memberi sumbangan 5
  • 6. kepada bidang yang terlibat.Melalui kajian ini, diharap pengkaji akan dapat menemukan faktor yang mempengaruhi perbincangan efektif tentang Myguru2. Kajian ini juga membawa banyak kelebihan kepada pihak UPSI. Antaranya, kajian ini akan membantu UPSI mengenalpasti sumbangan aplikasi Myguru2 kepada pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di kampus ini. Dengan itu, pelbagai langkah boleh diambil bagi meningkatkan mutu pendidikan di UPSI khususnya melalui kemudahan pembelajaran Myguru2. Selaras dengan kehadiran sistem pembelajaran dalam talian yang memberikan kemudahan perbincangan maya di negara kita, kajian ini semestinya dapat membantu pihak pendidikan negara dalam menyedarisegala kelebihan dan faedah besar yang dibawa oleh teknologi ini.Seterusnya, kemudahan pengajaran dan pembelajaran melalui pembelajaran elektronik ini diharap dapat dipertingkatkan mutu dan kualitinya supayapengunaannya membawa manfaat kepada semua. 1.6 Kerangka Konseptual E-Pembelajaran Diaplikasikan Myguru2 Sejauhmanakah Pelajar UPSI Potensi Masalah/Halangan Rajah 4: Kerangka Konseptual Kajian 6
  • 7. BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.0 Pengenalan Pembelajaran interaktif berperanan meningkatkan pembelajaran pelajar melalui pengalaman melakukan eksplorasi kendiri mengikut pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran, dan penemuan baru semasa proses penyelesaian masalah. Oleh kerana nota pengajaran syarahan dan tutorial dapat disampaikan secara komunikasi asinkroni dan sinkroni, maka media komunikasi telah mengubah cara dan gaya pelajar dan guru (tutor) melakukan kajian, membaca dan menulis. Kini, terdapat pelbagai kaedah kajian, pembacaan dan penulisan yang melibatkan konsep-konsep seperti hiperteks, dan penulisan kolaboratif.Dalam pembelajaran dewasa, teknologi diintergrasikan sebagai kaedah untuk penyampaian pengetahuan dan arahan tugas sehingga membolehkan orang dewasa mempunyai privasi untuk membuat latihan disamping dapat memperkembangkan konsep pembelajaran arahan kendiri yang dapat disesuaikan dengan mod individu. Teknologi juga mengubah generasi dan bentuk hubungan sosial (Talesra et al 2003;), apabila program software dipertingkatkan, sebenarnya ia meningkatkan interaktiviti, meningkatkankomunikasi, meningkatkan kebolehan adaptasi, menambah perkongsian dan meningkatkanpengalaman pembelajaran (Zoraini Wati, 2008; Robertson, 1992). Maka, teknologi menciptamasyarakat dunia baru yang saling berinteraksi dan berkuasa bukan hanya sebagai alatperhubungan malah menjadi alat pendidikan.Disamping itu, perkongsian meluas dapatmenggalakkan individu termasuk ahli akademik berkongsi kurikulum dan sumber di serata dunia. Teori e-pembelajaran berpendapat bahawa pelajar dapat mengawal pembelajaran mereka dengan lebih baik melalui peluang pembelajaran secara kolaboratif, interaktif dan persendiriankerana media elektronik menyediakan persekitaran pembelajaran berdasarkan prinsip just-in-time dengan kompetensi ―anywhere, anytime, anyone‖ (Talesra et al. 2003, Karoulis et al, 2004).Konsep ini sangat sesuai dengan teori andragogi iaitu orang dewasa 7
  • 8. belajar dengan motivasikendiri mengikut kesesuaian peribadi (Knowles et al . 2005; Mazanah, 2001 ; Merriam &Caffarella., 1999;. Baddeley dan Hitch pada tahun 1974 telah mengemukakan teori working memory yang menyatakan bahawa pembelajaran melalui multimedia menyebabkan otak berfungsi secaralangsung mengenkod dua jenis maklumat iaitu stimulasi audio dan stimulasi visual. Kajianpsikologi membuktikan bahawa maklumat verbal akan lebih mudah diingati jika disertai denganimej visual. Teori tersebut kemudiannya di aplikasikan oleh Richard Mayer yang memperkenalkanteori dua koding multimedia, menurut teori ini pelajar lebih mudah memindahkan pembelajaranmereka melalui arahan multimedia yang memberi kesan kepada kognitif (Cognitive Theory ofMultimedia Learning). Pengaplikasian online dan laman web telah memulakan evolusi komunikasi jarak jauh yang memberi peluang pembelajaran dilaksanakan secara kolaboratif dan kerja projek dari pelbagailokasi. Evolusi ini bukan sahaja mampu membentuk masyarakat bermaklumat, malah memberipeluang kepada orang dewasa untuk meningkatkan kemahiran sepanjang hayat dalam dua elemeniaitu elemen pembelajaran kendiri (self study) menerusi penggunaan, pengurusan maklumatberasaskan media seperti bahan kursus (courseware) dan mencipta entiti pembelajaran melaluipelayaran capaian maklumat dengan bantuan media maklumat elektronik. Dengan perkembangan teknologi yang canggih dan pantas ini, semua individu perlu peka dan berusaha untuk mendapatkan pengetahuan tentang komputer dan internet seberapa banyakyang mungkin.Untuk menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang ini, pendidikan sejak dari awalperlu dititikberatkan.Perkembangan penggunaan komputer dalam pendidikan begitu ketarasekali di institusi-institusi pengajian tinggi.Semua universiti di negara kita telah memasukirangkaian internet.Dengan menggunakan kecanggihan teknologi ini, para pelajar dengan mudahdapat belajar, membuat rujukan dan berhubung dengan pelajar-pelajar lain dengan hanyamenekan butang sahaja.(Jalaluddin, 1997). 8
  • 9. BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Rekabentuk Kajian Rekabentuk penyelidikan adalah bertujuan untuk mencari jawapan kepada andaianandaian penyelidikan (Kerlinger, 1973).Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk deskriptif.Statistik deskriptif memerihalkan fenomena atau perkara-perkara yang berlaku dan hubungannya dengan pembolehubah-pembolehubah serta tafsiran perkaitan yang wujud (Best and Kahn, 1998). Menurut Cohen dan Manion (1985), penggunaan ujian statistik korelasi adalah untuk melihat hubungkait atau pengaruh antara satu faktor dengan faktor yang lain. Menurut Mohd Majid (1990), kajian korelasi menerangkan kekuatan kaitan dan juga sama ada ia signifikan atau tidak. Sekiranya kajian yang dijalankan hanya untuk menerangkan keadaan atau perhubungan antara pemboleh ubah, terma yang biasanya digunakan ialah deskriptif. Kajian yang dibuat ini adalah bersifat deskriptif.Statistik deskriptif yang digunakan terdiri daripada taburan kekerapan, peratusan dan min skor.Kaedah yang digunakan adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat terperinci dan memberi gambaran yang jelas mengenai Keberkesanan Penggunaan Portal Myguru2 Sebagai Media Interaktif Maya Dalam Proses Pembelajaran di Kalangan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak. 3.2 Populasi Dan Sampel Kajian Populasi kajian ini adalah seramai 97orang pelajar.Sampel kajian adalah semua 97 orang pelajar tersebut.Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini merupakan soal selidik.Instrumen kajian ini dibina oleh pengkaji serta berpandukan kajian-kajian lepas yang berkaitan iaitu Wu dan Hiltz (2004), Hamidah (2007) dan Janarthini (2007). Soal selidik yang dibina terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:- 9
  • 10. 1. Bahagian A (Demografi) yang terdiri daripada 3 item bagi mengumpulkan data tentang latar belakang responden iaitu jantina, umur dan semester pengajian. 2. Bahagian B (Potensi Penggunaan e-pembelajaran melalui Myguru2) Terdiri daripada 10 item bagi mendapatkan jawapan untuk persoalan kajian.Pada bahagian ini, respondenperlu memberikan jawapan mengikut Skala Likert. Soalan akan mengkaji persoalan kajian iaitumengenalpasti tahap penggunaan Myguru2. 3. Bahagian C (Masalah yang dihadapi oleh pelajar) Mengandungi 2item dengan tujuan menjawab persoalan kajian. 2 set soalan menyediakan pilihanjawapan mengikut Skala Likert. Set soalan terbuka digunakan berikutanpengkaji ingin mengenalpasti pendapat atau pandangan responden mengenai aspek yang dikaji.Oleh itu setiap skor dikira untuk setiap subjek. Berdasarkan kepada jadual 6 di bawah, skor 1 adalah respon yang paling negatif dan skor 5 adalah yang paling positif, manakala skor 3 adalah skor yang neutral. Skor bagi setiap soalan akan dijumlahkan dan ditafsirkan dengan frekuensi, peratus, min yang akan diperolehi daripada kiraan. Pengiraan untuk skor min ini adalah berdasarkan jumlah respon yang diterima dengan setiap skor 1 hingga 5 dengan menggunakan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 20.0. Jadual 6: Skala Likert bagi bahagian B dan C Skor Maklumbalas 1 Sangat tidak setuju 2 Tidak setuju 3 Agak setuju 4 Setuju 5 Sangat setuju Jadual 7 di bawah memberi penjelasan tentang tahap yang di bahagikan kepada tiga iaitu lemah, sederhana dan baik. Sekiranya markah terkumpul antara 1 – 2.33, dikategorikan sebagaitahap yang lemah, markah antara 2.34 – 3.66 pula berada pada tahap yang sederhana 10
  • 11. manakala bagi markah di antara 3.67 – 5, ia dikategorikan sebagai tahap yang baik atau tinggi. Jadual 7: Pengkelasan tahap berasaskan skor min Tahap Skor Min Lemah 1.00 – 2.33 Sederhana 2.34 – 3.66 Baik 3.67 – 5.00 Sumber: Mohd Majid Konting (1990) 3.3Kajian Rintis Kajian rintis ini menggunakan item-item dalam borang soal selidik yang akan digunakan sebagai alat pengumpulan data untuk kajian ini. Kajian rintis ini bertujuanuntuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan item-item yang dikemukakan di samping dapat memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul semasa kajian rintis ini dijalankan. Hasil dari kajian rintis ini telah dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 20.0.Mengikut Mohamad Najib (1998), kajian yang mencapai nilai alpha 0.6 hingga 0.9 adalah mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan soalan yang tinggi. Hasil kajian yang dijalankan mendapati nilai alpha adalah 0.834.Nilai ini berada dalam julat nilai alpha yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan soalan yang tinggi.Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sejauh mana kesesuaian keseluruhan penggunaan instrumen kepada responden kajian terutamanya penggunaan istilah dan struktur ayat yang diajukan dalam instrumen tersebut. Mengikut Mohd Najib (1999), kajian rintis yang dijalankan membolehkan kita menentukan dengan mudah kesesuaian bahasa yang digunakan dalam item-item soal selidik yang dibentuk. 11
  • 12. BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.1 Perbincangan Dan Keputusan Persoalan kajian yang pertama merupakan Sejauhmanakah potensi penggunaan epembelajaran melalui Myguru2 dikalangan pelajar.Hasil analisa data bahagian ini daripada kesemua 97orang responden adalah seperti di dalam jadual 1. Jadual 1: Data analisis tahap potensi penggunaan Myguru2 Bil Persoalan Kajian Min 1 Muatturun dokumen dan nota kerja kursus sangat 3.97 mudah? 2 Berkeupayaan bertanya soalan dan menerima 3.12 jawapan daripada pensyarah? 3 Berkongsi pengetahuan melalui “Group Forum” 3.64 adalah idea perbincangan yang sangat baik? 4 Mendapat manfaat daripada penggunaan aplikasi 3.82 interaktif ini? 5 Perbincangan melalui dalam talian membolehkan 3.84 pelajar bertukar pendapat dan komen? 6 Mudah mengadakan perbincangan dengan rakan 3.06 sekelas melalui Myguru2? 7 Berpuas hati terhadap kelajuan melayari 3.10 Myguru2? 8 Konfigurasi warna dan latarbelakang sistem 3.70 adalah jelas dan harmoni? 9 Rekabentuk dan susun atur layar adalah sesuai? 12 3.74
  • 13. 10 Maklumat dapat disampaikan dengan mudah dan 3.72 cepat? Purata Min 3.57 Hasil analisis data menunjukkan tahap potensi penggunaan Myguru2 di UPSI tersebut berada pada tahap sederhana.Berdasarkan jadual 1, skor min purata bagi tahap potensi penggunaan Myguru2 adalah 3.57.Berdasarkan jadual tersebut juga dapat dilihat skor min tertinggi diperoleh daripada soalan pertama iaitu sebanyak 3.97.Secara terpeinci “Muatturun dokumen dan nota kerja kursus sangat mudah?” merupakan min yang tertinggi iaitu 3.97.Sebanyak 30.0% (29 orang) memilih untuk sangat setuju dengan item tersebut, 42.0% (40 orang)memilih untuk setuju, 23.0% (22 orang) pula memilih untuk agak setuju. Selain itu, 5.0% (5 orang)memilih untuk tidak setuju dan tiada responden yang memilih untuk sangat tidak setuju dan diikuti oleh persoalan kajian kelima iaitu “Perbincangan melalui dalam talian membolehkan pelajar bertukar pendapat dan komen?” iaitu 3.84.Sebanyak 30.0% (29 orang) memilih untuk sangat setuju dengan item tersebut, 33.0% (32 orang) memilih untuk setuju, 30.0% (29 orang) pula memilih untuk agak setuju. Bagi responden yang memilih untuk tidak setuju dan sangat tidak setuju, peratusan adalah sama iaitu 3.0% (3 orang).Persoalan kajian keempat iaitu “Mendapat manfaat daripada penggunaan aplikasi interaktif ini?” iaitu 3.82.Sebanyak 26.0% (25 orang) memilih untuk sangat setuju dengan item tersebut, 40.0% (38 orang) memilih untuk setuju, 24.0% (23 orang) pula memilih untuk agak setuju. Selain itu, 8.0% (5 orang) memilih untuk tidak setuju dan 1.0% (1 orang)memilih untuk sangat tidak setuju. Persoalan kajian kesembilan iaitu “Rekabentuk dan susun atur layar adalah sesuai?” iaitu 3.74. Sebanyak 12.0% (11 orang) memilih untuk sangat setuju dengan item tersebut, 56.0% (52 orang) memilih untuk setuju, 28.0% (26 orang) pula memilih untuk agak setuju. Selain itu, 3.0% (3 orang) memilih untuk tidak setuju dan 1.0% (1 orang) memilih untuk sangat tidak setuju. Persoalan kajian kesepuluh iaitu “Maklumat dapat disampaikan dengan mudah dan cepat?” iaitu 3.72. Sebanyak 21.0% (20 orang) memilih untuk sangat setuju dengan item tersebut, 37.0% (36 orang) memilih untuk setuju, 36.0% (35 orang) pula memilih untuk agak setuju. Selain itu, 6.0% (6 orang) memilih untuk tidak setuju dan tiada responden yang memilih untuk sangat tidak setuju. Persoalan kajian kelapan iaitu “Konfigurasi warna dan latarbelakang sistem adalah jelas dan harmoni?” iaitu 3.70. Sebanyak 14.0% (13 orang) memilih untuk sangat setuju dengan item tersebut, 48.0% (44 orang) memilih untuk setuju, 33.0% (30 orang) pula memilih untuk agak setuju. Selain itu, 4.0% (4 13
  • 14. orang) memilih untuk tidak setuju dan 1.0% (1 orang) memilih untuk sangat tidak setuju.Persoalan kajian ketiga iaitu “Berkongsi pengetahuan melalui “Group Forum” adalah idea perbincangan yang sangat baik?” iaitu 3.64. Sebanyak 26.0% (25 orang) memilih untuk sangat setuju dengan item tersebut, 33.0% (32 orang) memilih untuk setuju, 24.0% (23 orang) pula memilih untuk agak setuju. Selain itu, 14.0% (14 orang)memilih untuk tidak setuju dan 3.0% (3 orang) memilih untuk sangat tidak setuju.Persoalan kajian kedua iaitu “Berkeupayaan bertanya soalan dan menerima jawapan daripada pensyarah?” iaitu 3.12. Sebanyak 9.0% (9orang) memilih untuk sangat setuju dengan item tersebut, 32.0% (31 orang) memilih untuk setuju, 32.0% (31 orang) pula memilih untuk agak setuju. Selain itu, 15.0% (15 orang) memilih untuk tidak setuju dan 11.0% (11 orang) memilih untuk sangat tidak setuju.Persoalan kajian ketujuh iaitu “Berpuas hati terhadap kelajuan melayari Myguru2?” iaitu 3.10. Sebanyak 9.0% (9 orang) memilih untuk sangat setuju dengan item tersebut, 28.0% (27 orang) memilih untuk setuju, 31.0% (30 orang) pula memilih untuk agak setuju. Selain itu, 26.0% (25 orang) memilih untuk tidak setuju dan 5.0% (5 orang) memilih untuk sangat tidak setuju merupakan min dalam kedudukan yangsederhana kesemuanya iaitu 3.74, 3.72, 3.70, 3.64, 3.12 dan 3.10. Min yang terendah ialah persoalan kajian yang keenam iaitu “Mudah mengadakan perbincangan dengan rakan sekelas melalui Myguru2?” iaitu 3.06. Sebanyak 13.0% (12 orang) memilih untuk sangat setuju dengan item tersebut, 23.0% (22 orang) memilih untuk setuju, 34.0% (32 orang) pula memilih untuk agak setuju. Selain itu, 19.0% (18orang) memilih untuk tidak setuju dan 12.0% (11 orang) memilih untuk sangat tidak setuju. Persoalan kajian yang kedua merupakanApakah masalah ataupun halangan yang dihadapi oleh pelajar UPSI semasa menggunakan e-pembelajaran melalui Myguru2. Hasil analisa data bahagian ini daripada kesemua 97 orang responden adalah seperti di dalam jadual 1.1 Jadual 1.1: Data analisis tahap halangan penggunaan Myguru2 Bil 1 Persoalan Kajian Muatnaik tugasan untuk dihantar kepada Purata Min 3.22 pensyarah sangat mudah? 2 Maklumat yang dipaparkan belum lagi dikemaskini? 14 3.02
  • 15. Purata Min 3.12 Hasil analisis data menunjukkan tahap halangan penggunaan Myguru2 di UPSI tersebut berada pada tahap sederhana.Berdasarkan jadual 1.1, skor min purata bagi tahap halangan penggunaan Myguru2 adalah 3.12.Berdasarkan jadual tersebut juga dapat dilihat skor min tertinggi diperoleh daripada soalan pertama iaitu sebanyak 3.22.Secara terpeinci “Muatnaik tugasan untuk dihantar kepada pensyarah sangat mudah?” merupakan min yang tertinggi iaitu 3.22. Sebanyak 9.0% (9 orang) memilih untuk sangat setuju dengan item tersebut, 32.0% (31 orang) memilih untuk setuju, 16.0% (16 orang) pula memilih untuk agak setuju. Selain itu, 36.0% (35 orang)memilih untuk tidak setuju dan 6.0% (6 orang) memilih untuk sangat tidak setuju. Min yang terendah ialah persoalan kajian yang kedua iaitu “Maklumat yang dipaparkan belum lagi dikemaskini?” iaitu 3.02. Sebanyak 4.0% (4 orang) memilih untuk sangat setuju dengan item tersebut, 20.0% (19 orang) memilih untuk setuju, 53.0% (50 orang) pula memilih untuk agak setuju. Selain itu, 20.0% (19 orang) memilih untuk tidak setuju dan 3.0% (3 orang) memilih untuk sangat tidak setuju. Jadual 1.2: Data analisis tahap potensi dan halangan penggunaan Myguru2 Aspek Min Potensi penggunaan 3.57 Halangan 3.12 penggunaan Purata Min 3.35 Secara keseluruhan analisis ini, didapati tahap potensi dan halangan penggunaan Myguru2 dikalangan mahasiswa mengenai Portal Myguru2 sebagai media interaktif maya dalam proses pembelajaran dapat disimpulkan berada pada tahap sederhana iaitu skor min purata adalah 3.35. Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penggunaan e-pembelajaran melalui Myguru2 dikalangan pelajar UPSI. Untuk mengetahui tahap potensi dan halangan penggunaan Portal Myguru2 dikalangan pelajar daripada aspek ini, maka 12 soalan telah dikemukakan di dalam soal selidik. Daripada hasil analisis kajian dalam bab empat, objektif pertama dalam kajian ini telah dicapai kerana pengkaji dapat memperolehi 15
  • 16. nilai min keseluruhan bagi kedua-dua aspek dalam borang soal selidik. Sebanyak 12 soalan telah dibentuk dalam borang soal selidik dan ia telah dikategorikan kepada 2 aspek iaitu 10 soalan bagi aspek tahap potensi penggunaan dan 2 soalan bagi aspek tahap halangan penggunaan Myguru2. Dalam aspek tahap potensi, hasil kajian menunjukkan persoalan pertama menunjukkan nilai min yang tertinggi iaitu berkaitan “Muatturun dokumen dan nota kerja kursus sangat mudah”.Dapatan ini menunjukkan bahawa dengan menggunakan Portal Myguru2, mereka dapat memperolehi banyak nota dan bahan pembelajaran sebagai tambahan kepada nota kuliah yang didapati didalam bilik kuliah. Dalam persoalan kelima, hasil kajian menunjukkan min berada pada tahap tinggi.Persoalan ini adalah berkaitan dengan “Perbincangan melalui dalam talian membolehkan pelajar bertukar pendapat dan komen”.Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar boleh memberi pendapat tentang sesuatu topik yang dibincangkan melalui forum.Kenyataan ini disokong oleh Blackboard inc. (2000) dimana ruangan kepada pengguna untuk menghantar pendapat atau informasi.Pelajar menggunakan forum sebagai platform untuk mereka berbincang dan mengutarakan pendapat.Kajian mendapati, melalui forum pelajar boleh membincangkan suatu masalah bersama rakan mereka.Mereka boleh berkongsi maklumat tambahan bersama rakan melalui perbincangan dalam forum.Paulsen (1995) menyatakan bahawa melalui forum pelajar boleh mengeluarkan pendapat dan seterusnya membincangkan secara berkumpulan.Kajian ini juga mendapati forum dapat mewujudkan kerjasama berkumpulan dalam menyelesaikan masalah.Paulsen (1995) yang menyatakan forum tergolong dalam many-to-many technique bagi kaedahpedagogi pendidikan dewasa.Di mana bagi teknik ini, semua peserta atau pelajar dan pensyarahmempunyai peluang untuk mengambil bahagian di dalam interkasi yang berlangsung.Forum merupakansuatu perbincangan terbuka yang dijalankan atau disertai oleh seorang pelajar atau lebih dan seluruhkumpulan.Seterusnya, pelajar didapati gemar menggunakan forum pada bila-bila masa. Menurut Bates (1986), forum meningkatkan komunikasi antara pengajar dan pelajar dengan membenarkan mereka mengalamipembelajaran yang lebih terbuka dan masa yang fleksibel. Menurut Anderson dan Kanuka (1997), forummemberikan kebebasan dari segi kekangan masa di mana pelajar boleh mengambil bahagian pada bila-bila masa mengikut pilihan mereka. Dalam aspek tahap halangan, hasil kajian menunjukkan persoalan pertama menunjukkan nilai min yang tertinggi iaitu berkaitan “Muatnaik tugasan untuk dihantar kepada pensyarah sangat mudah?.Sebanyak 9.0% (9 orang) memilih untuk sangat setuju 16
  • 17. dengan item tersebut, 32.0% (31 orang) memilih untuk setuju, 16.0% (16 orang) pula memilih untuk agak setuju. Selain itu, 36.0% (35 orang) memilih untuk tidak setuju dan 6.0% (6 orang) memilih untuk sangat tidak setuju. Dapatan ini menunjukkan 36.0% (35 orang) mengatakan tidak setuju bahawa muatnaik tugasan untuk dihantar kepada pensyarah sangat mudah. Oleh itu mereka beranggapan bahawa dengan menggunakan Portal Myguru2, mereka mengalami kesukaran untuk menghantar tugasan melalui portal tersebut. RUMUSAN Kajian dijalankan dengan tujuan mengenalpasti tahap potensi dan halangan penggunaan Portal Myguru2 sebagai media interaktif maya dalam proses pembelajarandi kalangan pelajar UPSI. Hasil daripada analisa data dan perbincangan yang telah dibuat, boleh dibuat rumusan bahawa tahap potensi penggunaan Portal Myguru2 di kalangan pelajar adalah berada di tahap sederhana.Pelajar menggunakan Portal Myguru2 bagi muatturun dokumen dan nota kerja kursus serta menggunakan forum berkumpulan untuk mengadakan perbincangan dan seterusnya menyatakan pendapat mereka. Melalui Portal Myguru2, pelajar dapat membincangkan sesuatu masalah dengan rakan mereka. Pelajar boleh berkongsi maklumat tambahan bersama rakan melalui perbincangan di dalam forum.Selain itu, melaluiforum pelajar boleh merujuk kembali topik lepas yang telah dibincangkan dalam forum.Kajian jugamendapati forum dapat mewujudkan kerjasama berkumpulan dalam menyelesaikan masalah. Denganmenyertai forum juga pelajar dapat meningkatkan komunikasi dua hala mereka dengan yang lain. Bagi masalah yang dihadapi pelajar semasa menggunakan Portal Myguru2 pula melibatkan masalah dalaman dimana masalah dalaman terbahagi kepada 2 kategori.Masalah dalaman pertama yang dihadapi adalah seperti kesukaran untuk memuatnaik tugasan untuk dihantar kepada pensyarah mencatatkan min yang tinggi. Bagi masalah dalaman kedua pula, iaberada pada tahap sederhana. Masalah yang dialami adalah maklumat yang dipaparkan belum lagi dikemaskini.Ini sekaligus menyukarkan pelajar untuk mendapatkan maklumatmaklumat yang terbaru dan terkini. Melalui soalan terbuka, didapati pelajar menyatakan pengalaman serta cadangan untuk penambahbaikan menggunakan Portal Myguru2 seperti menjadikan Myguru2 lebih interaktif dan membuat aplikasi di telefon pintar untuk kemudahan pelajar mengakses di mana-mana sahaja, setiap pensyarah perlu menggalakkan penggunaan Myguru2 dalam 17
  • 18. kalangan pelajar, paparan maklumat pada “interface” perlu lebih berinformasi mengenai kandungan dalam sesuatu subjek atau kursus dan pensyarah perlu diberi penerangan berkesan tentang langkah memuatnaik nota dan bagaimana dapat memastikan nota yang telah dimuatnaik dapat diakses oleh pelajar. 18
  • 19. RUJUKAN Badrul Hisham Hj.Alang Osman. (1998). “Aplikasi pelajar menggunakan pembelajaran Elektronik di dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di UITM”. Universiti Teknologi Mara. Rozinah Jamaludin. (2007). Internet Dalam Pendidikan. Pulau Pinang: Penerbit USM. Noriati A. Rashid. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Chin Yoon Poh. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mohd Koharuddin Mohd Balwi, Adanan Mat Junoh, et al. (2003). Kesediaan Pelajar Universiti Malaysia Menggunakan E-Pembelajaran Sebagai Satu Alat Pembelajaran. Satu kajian kes di Unisversiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai. Faisal bin Haji Mohamad, Zuraidah bt Abdul Rahman, Zarina bt Samsudin (2002), Epembelajaran : SatuPendekatan Inovatif dalam Instruksi. Pulau Pinang : USM 19
  • 20. Hamidah bt. Abdul Razak (2007) Tahap Penggunaan Forum di dalam Sistem Elearning di kalanganPelajar Tahun Tiga (Jabatan Multimedia Pendidikan) bagi Mata Pelajaran Teknologi Grafik, Audio, Animasi dan Digital (SPM2303) UTM, Skudai Johor. Holmes, B. and Gardner, G. (2006). Book: E-Learning Concepts and Practice. TJ International, ISBN: 10-1 4129-1110-9. Bruckner, M., and Tetiwat, O. (2010). Evaluation of E-Learning Readiness: A study of Information Behavior of University Students, Retrieved on July 10, 2011 from http://www.gelbukh.com/polibits/2009_40/40_12.pdf. Cohen, E. B. (2004). Applying the informing science framework to higher education: Knowledge development, management and dissemination.Konferencja Pozyskiwanie wiedzy i zarządzanie wiedzą (Proceedings of the Knowledge Acquisition and Management Conference) May 13-15, 2004 Kule, Poland. Nycz, M.& Smok, B. (2003). Distance education as a way to meet the challenges of the XXI Century.Proceedings of the SympoTIC‟03 Joint 1st Workshop on Mobile Future & Symposium on Trends inCommunications (pp. 26-28), IEEE CS Section, Bratislava, Slovakia, October 2003. 20
  • 21. 21