1. IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
MELAKA
KISSM SESI NOV 2011
TARIKH KURSUS : 21 – 23 NOV 2011
Tugasan Kumpulan
Nama Ahli No KP Angka giliran
FAIZAH BT MOHD TAHIR
NAJIHAH HANIM BT MOHD ROMALI
NUR SABRINA BINTI MAT DERUS 850218-06-5036 2011141050032
WAN NORUL AIN BT WAN AHMAD
MAZLAN
Bil Kriteria Markah Tugasan Tugasan
1 2
1 Kandungan 4
2 Penglibatan Ahli Kumpulan 3
3 Rumusan 2
4 Penghasilan Produk 1
Jumlah 10*
Jumlah Besar
2. KOMPONEN IV
(Kewangan)
Tugasan 4
SOALAN 4B
Encik Awal dan Encik Akhir ialah pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan, dilantik
sebagai Ahli Lembaga Pemeriksa untuk melupuskan aset di jabatannya.
(i) Nyatakan justifikasi pelupusan terhadap barangan di jabatannya itu.
Pelupusan digunakan untuk melupuskan harta Kerajaan yang secara
fizikalnya masih ada dalam simpanan tetapi harta tersebut tidak boleh digunakan
atau tidak diperlukan lagi. Tujuan dibuat pelupusan ialah untuk mengeluarkan
rekodnya daripada daftar. Pelupusan perlu apabila barang-barang usang, rosak
dan tidak boleh digunakan. Selain itu, barang pecah atau rosak dan tidak
ekonomik jika dibaiki, lebihan barangan dan perubahan teknologi dan tidak
sesuai digunakan.
Objektif pelupusan adalah untuk menjimatkan ruang stor, mendapatkan
pulangan balik dan pengurusan stok atau inventori yang sempurna. Tindakan
melupuskan barang-barang dibuat dari semasa ke semasa. Pegawai dilarang
mengumpul barang-barang dan menunggu bilangan yang banyak sebelum
tindakan pelupusan dilakukan.
Sekiranya pegawai tersebut menangguh untuk melupuskan barang-
barang, ini akan menyebabkan berlakunya masalah kekurangan ruang stor,
kesesakan stor, barangan mudah dicuri atau hilang, nilai barang-barang semakin
menurun dan apabila barangan tersebut dijual nanti kerajaan mengalami
kerugian hasil.
3. (ii) Huraikan kaedah-kaedah yang boleh disyorkan oleh mereka terhadap
pelupusan barang-barang tersebut.
Sebelum melupuskan barang-barang, penyelenggara stor perlu
mengenalpasti barang-barang yang hendak dilupuskan, menyenaraikan barang-
barang tersebut dan pelupusan perlu dibuat dengan segera bagi mengelakkan
penggunaan ruang dan susutnilai.Oleh kerana
Terdapat tiga kaedah yang boleh disyorkan oleh mereka untuk
melupuskan barang-barang tersebut. Kaedah yang pertama adalah dengan cara
jualan secara tender, sebutharga, lelong dan tukar beli. Tender hendaklah
disertai oleh syarikat atau orang perseorangan. Untuk membuka tender, harga
minimum barangan yang ditetapkan adalah berdasarkan kepada nilai semasa
aset. Bagi sebutharga pula, jabatan perlu memilih tawaran tertinggi yang tidak
kurang dari harga simpanan. Jika harga tawaran tertinggi kurang 20% dari harga
minimum, Jawatankuasa boleh buat keputusan. Dalam keadaan lain rujuk
Perbendaharaan. Kakitangan Kerajaan dan ahli keluarga yang menyertai
sebutharga buat perakuan dalam borang sebutharga. Kakitangan Agensi yang
mengurus aset tidak dibenarkan menyertai sebutharga. Bagi tukar beli pula, Aset
masih boleh digunakan dan tidak diperlukan. Hanya pembekal asal atau tertentu
sahaja berminat. Perlu dikeluarkan sebelum pengganti dipasang. Permintaan
atau pembekal tertentu terhad.
Kaedah yang kedua adalah menghadiahkan barang-barang tersebut
kepada mana-mana pertubuhan yang diiktiraf kerajaan. Kaedah ini boleh
dilaksanakan antara Jabatan Persekutuan dengan pertubuhan sukarela dan
badan yang diiktiraf Kerajaan, disokong oleh surat permohonan, aset yang
dihadiah untuk latihan dan pameran diguna untuk tujuan tersebut sahaja dan
perlulah mendapat kelulusan Perbendaharaan.
Kaedah yang ketiga adalah memusnahkan barang-barang tersebut
dengan cara menanam, membakar, menenggelamkan di laut dan membuang.
Dengan kaedah menanam, barang tersebut hendaklah disahkan tidak
mempunyai nilai. Kaedah ini perlu dilakukan dengan langkah yang telah
4. ditetapkan di mana perlu ada sijil yang mengandungi maklumat seperti tarikh
ditanam, tempat barang tersebut ditanam dan tandatangan pihak yang terbabit.