SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 125
Kanak-Kanak
 Keperluan
   Khas

Sarahandi Api Abdullah
 SK Jalan Muara Tuang
Pengenalan
 Perbezaan kognitif, sosial, emosi, fizikal dan
rohani di kalangan kanak-kanak di dalam
sebuah bilik darjah merupakan perkara biasa.


 Selain    daripada  pengaruh   baka  dan
persekitaran, kanak-kanak berkembang pada
tahap dan kadar yang berbeza.
terdapat murid yang cergas serta berkebolehan
dan ada murid yang menghadapi kesukaran
dalam mengikut pengajaran.


 berbeza daripada dari segi kemampuan
menyelesaikan masalah, kebolehan berbincang
dan bergaul dengan rakan, mengawal perasaan
atau menjalani kegiatan fizikal.
kanak-kanak yang perbezaannya agak ketara
dan     tidak    mengikut      norma-norma
perkembangan seperti kanak-kanak lain.


 kanak-kanak ini tidak dapat        mengikut
pengajaran di dalam bilik darjah


 ciri-ciri perkembangan yang berbeza daripada
kanak-kanak biasa
menghadapi masalah tertentu seperti masalah
fizikal,                              masalah
penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah
laku, masalah pembelajaran terencat akal dan
pintar cerdas.


 Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-
kanak berkeperluan khas.
Satu bentuk pendidikan yang khusus perlu
dirancang dan dilaksanakan untuk kanak-kanak
lain.


 Pendidikan yang disediakan untuk kanak-
kanak ini dinamakan pendidikan khas.
Di Malaysia, pendidikan untuk kanak-kanak ini
terletak di bawah pengendalian Kementerian
Pelajaran     Malaysia    dan     Kementerian
Pembangunan       Wanita,     Keluarga   dan
Masyarakat.
Kementerian   Pelajaran  Malaysia   pula
menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk
murid-murid pemulihan khas dan keperluan
khas.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat menyediakan perkhidmatan
untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah
seperti cacat fizikal teruk, terencat akal
sederhana dan teruk, pelbagai kecacatan dan
kecacatan yang tidak membolehkan kanak-
kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang
disediakan   oleh     Kementerian    Pelajaran
Malaysia.
Menurut   dasar    pendidikan  khas   di
Malaysia, murid-murid berkeperluan khas
merujuk kepada murid-murid yang mengalami
kecacatan penglihatan, pendengaran dan
masalah pembelajaran.


 Kategori kanak-kanak yang bermasalah
pembelajaran       di    bawah    tanggungjawab
Kementerian Pelajaran termasuk sindrom
down,     autism      ringan,  attention  deficit
hyperaktive disorder (ADHD), terencat akal
minimum dan masalah pembelajaran spesifik
seperti disleksia.
Antara program yang dirancang di bawah
Kementerian Pelajarn Malaysia termasuk
program     Pendidikan Khas   Bermasalah
Penglihatan.


 Program Pendidikan Khas Integrasi, Program
Pendidikan   Khas    Prasekolah,    Program
Pendidikan Khas Teknik dan Vokasional serta
Program Pendidikan Khas Inklusif.
Pendidikan Inklusif
 Pendidikan inklusif bermasud kanak-kanak
berkeperluan khas ini dimasukkan ke dalam
sistem pendidikan untuk kanak-kanak biasa.


 Kanak-kanak     ini   mungkin    memerlukan
perkhidmatan tertentu yang lain namun mereka
akan mengikut kurikulum seperti kanak-kanak
lain.
Ia melibatkan tanggungjawab bersama antara
guru biasa dan guru pendididkan khas.


 Pendidikan inklusif memberi peluang kanak-
kanak berkeperluan khas untuk berinteraksi
dengan kanak-kanak lain.
Masalah kanak-kanak berkeperluan khas ini
mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti
perkembangan prenatal yang kurang sempurna
kerana penyakit, kekurangan zat makanan
ataupun dadah.


 Kerumitan semasa proses kelahiran boleh
memberi kesan kepada perkembangan kanak-
kanak.
Persekitaran kanak-kanak seperti kekurangan
makanan berzat, penyakit-penyakit, penderaan
dan kurang kasih sayang juga merupakan faktor
penting dalam perkembangan kanak-kanak.


  Kanak-kanak keperluan khas memerlukan
perhatian, penjagaan yang khusus dan sentiasa
menuntut kasih sayang, perhatian dan
kesabaran serta komitmen guru yang sangat
tinggi.
Kategori Kanak-kanak keperluan khas
   Masalah kecacatan        Autisme
 fizikal                    Pintar cerdas
  Masalah penglihatan       Sindrom Down
  Masalah pendengaran       Attention Defict /
  Masalah pertuturan       Hyperactivity disorder
  Masalah pembelajaran     ADD/ADHD
  Masalah tingkahlaku       Disleksia
  Lembab ( slow learner)
  Terencat akal ringan
Masalah Kecacatan Fizikal
  Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada
kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan
fizikal, dan memerlukan perubatan atau
peralatan khas seperti pendakap (brances) atau
kerusi roda.


 Ia   termasuk      ketidakupayaan berbentuk
neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf
yang rosak ( Mohd Sharani, 2006 ) serta
kecederaan      ortopedik    yang  melibatkan
tulang, sendi dan otot.
Antara masalah yang dikategorikan sebagai
kecacatan fizikal ialah seperti cerebral
palsy, epilepsy, spina bifida, muscular
dystrophy, limb deficiencies, asthma, diabetes
dan leukemia.
Kecacatan Fizikal
           Kesukaran bergerak kerana tidak dapat
Cerebral   mengkoordinasi badan. Ia disebabkan
palsy      oleh neurologi motor yang tidak dapat
           berfungsi dengan baik kerana
           kecederaan di bahagian otak.
           Kecederaan ini mungkin berlaku
           sebelum, semasa atau selepas
           kelahiran. Pada umumnya kanak-kanak
           ini juga akan mempunyai kecacatan
           lain seperti masalah penglihatan,
           pertuturan atau terencat akal.
           Penyakit sawan yang disebabkan oleh
Epilepsi   masalah neurologi yang menyebabkan
           kanak-kanak mengeletar.
Spina bifida Kecacatan pada tulang belakang yang
             boleh menyebabkan kelumpuhan pada
             bahagian bawah badan. Ia adalah satu
             keadaan yang berlaku sejak kelahiran
             tetapi boleh dibantu dengan
             pembedahan.


Muscular    Kemerosotan kekuatan otot secara
dystrophy   progresif sehingga kanak-kanak akan
            memerlukan kerusi roda. Kecerdasan
            kanak-kanak tersebut tidak terjejas.
Kanak-kanak yang anggota badannya
Limb           tidak sempurna ini mungkin disebabkan
deficiencies   oleh kemalangan atau kecacatan
               semasa kelahiran. Kanak-kanak ini
               boleh dilatih menggunakan anggota
               palsu.
               Masalah penafasan yang berlaku
Asthma         apabila tiub bronkial daripada saluran
               pernafasan kerongkong menjadi
               sempit. Masalah ini dibantu dengan
               dadah dan penggunaan “nebulisec”
Kencing manis ialah penyakit yang
Diabetes   disebabkan oleh pankreas yang tidak
           dapat berfungsi untuk menghalang
           peningkatan gula dalam darah manusia.
           Seperti asthma, penyakit ini boleh
           dikawal dengan dadah serta pemakanan
           yang betul.

           Satu bentuk kanser yang biasa di
Leukemia   kalangan kanak-kanak. Penyakit ini
           disebabkan peningkatan secara
           mendadak sel darah putih dalam tulang
           sum-sum. Kimoterapi merupakan satu
           cara yang digunakan untuk membantu
           mengawalnya.
Implikasi kepada P&P
 Guru perlu mengetahui tentang masalah yang
dihadapi oleh muridnya. Misalnya guru mesti
mengetahui prosedur bagaimana mengurus
seorang murid yang diserang penyakit sawan atau
asthma.


 Guru juga perlu jelas tentang kesan masalah fizikal
ini ke atas perkembangan psikososial kanak-kanak
tersebut. Kanak-kanak ini kadang kala tidak
memahami hidup mereka dan sering menghadapi
masalah penyesuaian.
Selain itu, guru juga perlu peka kepada keperluan
murid. Misalnya seseorang kanak-kanak cerebral
palsi boleh menggunakan komputer atau pen
ataupun pensil yang tidak memerlukan tekanan
yang kuat sekiranya ada tugasan melibatkan
penulisan.


 Penggunaan pemegang buku („book holders‟)
ataupun buku teks elektronik dapat membantu
kanak-kanak yang tidak berupaya memegang buku.
Masalah Penglihatan
 Kanak-kanak     yang     diketegorikan    sebagai
mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan
penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan
menganggu pembelajaran.


 Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan
berkemungkinan mempunyai penglihatan yang
terbatas atau buta.


 Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap
penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70
dan 20/200 dengan penggunaan lensa.
Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek
yang dekat sahaja.


 Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta
tidak dapat menggunakan penglihatan untuk
pembelajaran.   Mereka    bergantung kepada
pendengaran dan sentuhan.


 Kanak-kanak ini pada kebiasaan mempunyai
kecerdasan yang normal seperti kanak-kanak lain
dan boleh belajar seperti biasa jika kemudahan
serta perkhidmatan sokongan disediakan untuk
mereka.
Kanak-kanak yang buta juga kadang kala
mempunyai     masalah     pendengaran       dan
perkembangan psikomotor mereka agak terhad.


 Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak
terjejas daripada segi neuron tetapi dipengaruhi
oleh pergerakan mereka yang terhad.


 Mereka tidak boleh meneroka persekitaran seperti
kanak-kanak normal yang lain. Ini juga boleh
memberi kesan ke atas perkembangan personaliti.
mempunyai konsep kendiri yang rendah dan
perhatian lebih yang diberikan kepada mereka
boleh menggalakkan pergantungan untuk sentiasa
membimbing mereka.


 Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad
dalam dunia visual memberi kesan kepada
perkembangan bahasa.


 Misalnya, seseorang kanak-kanak normal boleh
memberi pelbagai contoh untuk perkataan “bulat”
menghuraikannya dengan jelas jika dibanding
dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah
penglihatan.
Seseorang guru boleh mengesan mereka yang
berpontensi mengalami masalah penglihatan
melalui simptom-simptom yang ditunjukkan pada
kanak-kanak ini.


 Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya
akan mengerutkan mata atau menutup sebelah
mata untuk tujuan penglihatan.


 Selain itu mereka juga asyik menggosok mata
tanpa sebab dan menyebabkan mata merah dan
bengkak.
Kanak-kanak juga sering mengadu pening kepala
atau loya.


 Apabila membaca kanak-kanak akan memegang
buku terlalu dekat atau terlalu jauh untuk
mengimbangkan penglihatan mereka.
Implikasi Kepada P&P
 bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang
besar dan sesuai ataupun bahan audio untuk
membantu pembelajaran.


 Sediakan bahan bacaan yang jelas, misalnya
hurufnya mempunyai perbezaan warna yang ketara
dengan latar belakang kertas


 Semasa tulis di papan putih guru boleh menyebut
secara lisan bahan yang ditulis untuk kemudahan
kanak-kanak ini.
Guru juga perlu memberi perhatian kepada
susunan bilik darjah dan pastikan kedudukan
kanak-kanak tersebut berhampiran dengan papan.


 Susunan bilik darjah seharusnya memudahkan
pergerakan kanak-kanak di sekitar bilik darjah dan
memberi mereka akses yang mudah berada dalam
bahan-bahan pembelajaran.
Masalah Pendengaran
 Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu
separa pekak dan pekak.


 Separa pekak bermaksud penggunaan alat
pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini
menerima pendidikan secara audio.


 Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak
perlu menerima pendidikan menggunakan teori lain
seperti penglihatan.
Tahap kehilangan keupayaan mendengar diukur
dengan audiometer dalam unit decibel.


 Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap
kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada
10 decibel.


Mereka yang tergolong sebagai separa pekak
mempunyai tahap kehilangan keupayaan
mendengar antara 20 hingga 60 decibel.
Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa
tahap dan ada yang dapat dikenal pasti apabila
kanak-kanak tersebut telah berumur beberapa
tahun.


 Seseorang guru peka kepada petanda masalah ini
menunjukkan symptom seperti kerap meminta
orang mengulang apa yang telah disebut.


Mereka juga menghadapi kesukaran untuk
mengikut arahan dan salah faham kerap berlaku.
Pertuturan kanak-kanak ini tidak lancar kerana
mereka sering salah sebutan dan mempunyai nada
suara yang lebih tinggi atau rendah dan
memusingkan kepala untuk mendengar.


 Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi
dan juga pembelajaran individu.


 Ketidakupayaan berkomunikasai ini memberi
kesan kepada perkembangan sosial, emosi ,
bahasa dan kognitif individu tersebut.
Implikasi kepada P& P
 Kanak-kanak bermasalah perdengaran perlu
mendapat latihan awal yang baik di sekolah-
sekolah khas untuk kehidupan yang lebih baik
seperti kanak-kanak normal yang lain.


 Guru-guru diingatkan supaya bercakap dengan
jelas dan jangan membelakangkan kanak-kanak ini
semasa memberi arahan atau mengajar.


 Kanak-kanak ini boleh ditempatkan di baris
hadapan kelas untuk memudahkan mereka melihat
wajah guru.
Elakkan daripada menjerit atau meninggikan
suara. Sebarang lisan boleh diikuti dengan illustrasi
grafik atau visual untuk memudahkan kefahaman
murid.


 Sediakan persekitaran pembelajaran yang tidak
diganggu oleh bunyi bising atau gangguan bunyi
lain.
Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara
efektif untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak
ini, Guru perlu dilatih dan didedahkan kepada cara
menggunakan jari tangan untuk mengeja.


 Tetapi hari ini komunikasi secara keseluruhan
digalakkan di mana ia melibatkan pertuturan,
pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa badan.
Masalah Pertuturan
 Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada
empat iaitu masalah sebutan, masalah
gagap, masalah suara, masalah bahasa.


 Masalah sebutan ialah kecenderungan
meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi
sesuatu perkataan, misalnya perkataan “saya”
menjadi “caya”.


 Kanak-kanak pada kebiasanya akan melalui fasa
ini dalam tempoh perkembangan mereka.
Ia biasanya tidak dipandang serius namun jika
masalah ini berlanjutan ia perlu diberi perhatian.


 Gagap merupakan ganguan terhadap kelancaran
percakapan. Aliran pertuturan terganggu di mana
seseorang itu mungkin mengulang, memberhenti
seketika atau mencelah dengan suku kata atau
perkataan.


 Gagap kerap berlaku apabila individu tersebut
teruja dan ingin menyatakan sesuatu dengan kadar
yang cepat.
Masalah suara berkaitan dengan kualiti suara
seseorang.         Ia       mungkin        terlalu
lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang
tinggi atau rendah atau nada yang sama dan tidak
berubah.


 Masalah bahasa berkaitan dengan sistem saraf
pusat. Menurut Myklebust (1971) masalah ini
mengganggu    kefahaman    atau  penngunaan
perkataan.


 Istilah yang digunakan ialah aphasia. Ia bermakna
seseorang menghadapi kesukaran mentafsir
bahasa dalam sesuatu perbualan.
Ia juga melibatkan kesukaran dalam menggunakan
perkataan yang sesuai semasa komunikasi.


 Masalah      perkataan       seperti     masalah
sebutan, gagap dan suara boleh menimbulkan rasa
malu dan menyebabkan kanak-kanak tersebut
merasa tidak selesa dalam situasi sosial.


 Ia mungkin tidak mengganggu        pembelajaran
seperti mana masalah bahasa.


 Masalah bahasa memberi kesan             kepada
perkembangan kognitif kanak-kanak.
Implikasi kepada P&P
 Kanak-kanak ini perlu diberi masa yang mencukupi
untuk memberi respon.
 Mereka boleh digalakkan memberi respon secara
bertulis.
 Selain itu, guru boleh menggunakan pendekatan
yang melibatkan penggunaan pelbagai deria.
 Guru juga boleh membantu kanak-kanak dengan
menjadi model yang sesuai, misalnya mengulang
perkataan secara jelas dan perlahan, atau
menggunakan alat audio.
 Kanak-kanak yang menghadapi masalah sebutan
atau gagap boleh dibantu melalui terapi.
Masalah Pembelajaran
 Masalah pembelajaran diandai sebagai masalah
neurologi.


 Ia tidak berkaitan dengan IQ seseorang kerana
selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap
normal.


 Kanak-kanak     yang      mengalami    masalah
pembelajaran sering ditafsir sebagai malas, tidak
memberi perhatian atau tidak berminat.
Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak
matang, sukar memberi tumpuan dan mudah lupa.


 Oleh kerana mereka menunjukkan ciri-ciri yang
sama seperti kecacatan yang lain, masalah mereka
sukar dikenalpasti dan sering disalahtafsir.


Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak
menerima, memproses, menganalisis dan
menyimpan maklumat.
Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih
daripada satu proses psikologi yang melibatkan
kefahaman atau penggunaan bahasa, sama ada
lisan atau bertulis.


Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan
mendengar, berfikir,bertutur, membaca,
menulis,megeja ataupun mengira.


 Selain itu, masalah ini mungkin disebabkan oleh
aphasia. Ia mengakibatkan kadar pembelajaran
murid tersebut berbeza dengan murid yang tidak
menghadapi masalah tersebut.
Namun, masalah ini juga sering dikaitkan dengan
masalah tingkah laku dan emosi.


 Antara masalah yang dikaitkan dengan masalah
pembelajaran termasuk masalah pembelajaran
akademik, masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi,
kemahiran motor dan koordinasi, metakognitif,
kurang memberi perhatian dan hiperaktiviti.
•   Banyak kesilapan semasa membaca
              dengan kuat, kerap mengulang atau
              berhenti.
          •   Menterbalikkan perkataan misalnya „b‟
              dan „d‟, „21‟ dan „12‟ atau „on‟ dan
              „no‟.
          •   Sebutan     yang    tidak   betul   atau
              menggunakan perkataan yang salah
Membaca
              yang bunyinya sama.
          •   Pembelajaran      bahasa    lewat    dan
              mungkin mempunyai perbendaharaan
              kata yang terhad.
          •   Kesukaran dalam mengenalpasti idea
              utama dari bahan bacaan, mengingati
              fakta asas dan peristiwa dalam aturan
              yang betul serta membuat kesimpulan
              dan analisis bahan yang telah dibaca.
•   Tulisan yang tidak kemas dan cara
            pegang pensil yang janggal.
        •    Ejaan
Menulis •   Kesukaran menjelaskan idea melalui
            penulisan.
        •   Tidak dapat memikirkan perkataan yang
            sesuai dalam penulisan.

        •   Keliru dengan simbol Matematik dan salah
            baca nombor.
Mengira •   Kesukaran mengingati fakta Matematik
        •   Kesukaran dalam kiraan
        •   Menukar aturan nombor
Dileksia
 Merupakan masalah pebelajaran yang berkaitan
denga bahasa, membaca dan ia merangkumi
mengeja, menulis dan menyebut.


 Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini
biasanya membaca dengan perlahan kurang
tepat, lemah dalam ejaan dan tulisan serta
mencampur-aduk perkataan yang berbunyi sama.


Mereka juga mempunyai kurang kesedaran dan
minat terhadap buku.
Menurut kajian, masalah ini diwarisi dan mungkin
kelihatan pada beberapa anggota keluarga yang
sama.


 Kajian juga menunjukkan masalah disleksia
berlaku empat kali lebih kerap terdapat pada kanak-
kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan (
Stoppard, 1997.)
Attention Defict / Hyperactivity
     disorder ADD/ADHD
 Kanak-kanak Attention Defict / Hyperactivity
disorder ADD/ADHD tidak dapat mengekalkan
perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar
menyiapkan satu tugasan, pelupa dan sentiasa
memerlukan penyeliaan.


 Kanak-kanak ini juga bersikap impulsif dan sering
menggangu perbualan, aktiviti atau menyatakan
sesuatu tanpa berfikir.
Sifat hiperaktif dan pergerakkan fizikal yang
keterlaluan juga merupakan ciri-ciri kanak-kanak
ADHD.


 Punca masalah ADHD ialah kekurangan
neurotransmiter yang spesifik iaitu noreprinephrine
dan dopa atau dopamine dalam sel litar otak.


 Pada hari ini, ADD/ADHD boleh dikawal dengan
pengaruh dadah tetapi tahap tumpuan mereka
masih tidak sama dengan kanak-kanak yang tidak
mempunyai ADD/ADHD (Barbaresi & others, 2006:
Tucha & others, 2006).
Namun penggunaan dadah tidak berkesan bagi
semua kanak-kanak ADD/ADHD dan kesan jangka
panjang dadah ini masih tidak dketahui.


 David Nylund (Woolfolk A & Margetts K, 2007)
mencadangkan satu bentuk terapi di mana kanak-
kanak tersebut menggunakan kekuatan dalam
dirinya untuk mengawal masalah tersebut.


 Nylund cuba memberi perspektif baru kepada
ADHD, bahawa kesukaran boleh dikawal dan
semua sifat yang menghalang pembelajaran
sebagai faktor yang boleh diasingkan daripada
kanak-kanak tersebut.
Beliau mencadangkan guru menggunakan masa
yang singkat semasa kanak-kanak dapat memberi
perhatian untuk menguasai diri dan tingkah laku
mereka.
 Tetapi bukan semua kanak-kanak yang hiperaktif
atau kurang memberi penumpuan ialah
ADD/ADHD. Pengesahan masalah ini perlu dibuat
oleh pakar.
Implikasi kepada P&P
 Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi
penumpuan, guru boleh menempatkan mereka di
sudut yang senyap dan kurang aktivti yang boleh
mengalihkan perhatian mereka.


 Kedudukan tempat duduk kanak-kanak         ini
seeloknya berhampiran tempat duduk guru.


Ini akan memberi peluang kepada guru untuk
menegur dan memberi motivasi kepada murid-
murid ADHD.
Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguran
di mana kanak-kanak ini diberi peneguran positif
apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang
dikehendaki.


 Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mesti
dinyatakan dan dipaparkan dengan jelas.


 Guru perlu memastikan murid faham peraturan
tersebut.
Objektif pembelajaran juga harus dinyatakan
dengan eksplisit dan murid diberi maklum balas
dengan segera.


 Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan
diulang.


Beri peluang kepada murid hiperaktif ini untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti yang aktif.


Beri tugasan yang ringkas.
Masalah Tingkahlaku
 Masalah tingkah laku di kalangan kanak-kanak
adalah perkara biasa.


 Namun, kanak-kanak yang menunjukkan tingkah
laku kurang sesuai pada tahap serius dan
berterusan akan mengakibatkan konflik sosial, tidak
bahagia dan kegagalan di sekolah.
Tingkah laku yang dikaitkan dengan masalah ini
termasuk      agresif,  kesukaran      membentuk
perhubungan sosial, menunjukkan tingkah laku
sosial yang tidak boleh diterima masyarakat,
hiperaktif, menipu, mencuri, masalah pembelajaran
dan kebimbangan.


 Ia boleh diklasifikasikan kepada masalah tingkah
laku dalaman dan masalah tingkah laku luaran.
Tingkah laku masalah              Tingkah laku masalah luaran
dalaman
Kebimbangan, perasaan takut       Mengingkar
Sedih, murung                     Menentang
Bersikap apatetik (tidak          Agresif
memperdulikan)
Suka menyendiri, penarikan diri   Argumentatif (suka berhujah)
Kecenderungan menyalahi diri      Tidak mempercayai,
sendiri, perasaan serba salah     kecenderungan menyalahkan
                                  orang lain.
Perasaan rendah diri              Destruktif
Malu, terlalu sensitif            Menipu, mencuri
Keasyikan pemikiran tentang       Sukar mengawal diri
suatu perkara
                                  Cemburu
Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah
           Tingkah Laku
  Tingkah laku kurang sesuai dalam situasi-situasi
 biasa. Misalnya kanak-kanak yang mengunyah dan
 makan dalam bilik darjah semasa guru sedang
 mengajar.


  Tidak dapat mengawal perasaan dan tingkah laku
 mereka. Misalnya kanak-kanak yang cepat marah
 apabila rakan terambil pensel atau pemadamnya.
Menunjukkan simptom-simpton fizikal yang
berkaitan dengan masalah peribadi atau masalah di
sekolah. Misalnya kanak-kanak yang mengadu
sakit perut atau deman maka tidak boleh ke
sekolah.


 Tidak    berupaya    membentuk    perhubungan
interpersonal dengan rakan atau gurunya. Kanak-
kanak ini biasanya pendiam dan tidak mahu
bergaul dengan kanak-kanak lain.


 Menghadapi       masalah     pembelajaran     tetapi
ketidakupayaan ini tidak dapat dijelaskan oleh
faktor-faktor kesihatan, sensori atau intelek.
Sesetengah kanak-kanak menwarisi sifat atau tingkah
laku bermasalah.


 Ini juga mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan
biokimia dalam diri seseorang, masalah nuerologi
ataupun kecederaan kepada sistem saraf pusat.


 Faktor behavioral seperti kegagalan mempelajari
tingkah laku menyesuaikan diri atau membentuk
tingkah laku kurang sesuai akibat tekanan daripada
persekitaran juga memberi kesan kepada tingkah laku
kanak-kanak.
Daripada segi sosiologi pula, tindakan seperti
melabel individu kerana beliau daripada latar
belakang tertentu dan pengaruh budaya sesuatu
masyarakat juga boleh menimbulkan masalah
tingkah laku.


 Selain daripada itu, perubahan dalam sesebuah
keluarga misalnya penceraian, kehadiran adik yang
baru atau ibu/bapa tidak boleh menimbulkan rasa
kurang selamat atau kurang yakin.
Kadang-kala masalah tingkah laku seperti agresif
atau melawat menunjukkan tingkah laku tersebut.


 Masalah tingkah laku yang berkait dengan
masalah pembelajaran menyebabkan murid
ponteng kelas, tidak hadir ke sekolah, pencapaian
rendah dan tercicir daripada sekolah.
Implikasi kepada P&P
Pengurusan tingkah laku yang boleh digunakan di
dalam bilik darjah termasuk:
  Peneguran Positif:


   Guru boleh memberi peneguran positif kepada
  murid sebaik sahaja murid menunjukkan tingkah
  laku yang diingini.


   Misalnya seorang murid yang sebelum ini sentiasa
  menghantar kerja rumah lewat dan tiba-tiba hari ini
  menghantarnya pada masa yang ditetapkan boleh
  diberi galakan atau pujian atas tindakannya.
“Time-out”


 Murid tersebut diasingkan daripada rakannya
untuk satu masa tertentu.


 Diharapkan masa persendirian memberi peluang
kepada murid memikirkan tentang tingkah lakunya.
Tidak Peduli:


  •Guru tidak memberi perhatian kepada murid yang
  menunjukkan tingah laku yang tidak diingini.


   Mengajar tingkah laku yang dikehendaki. Misalnya
  guru menggalakkan murid meluahkan perasaannya
  tentang sesuatu perkara yang dia tidak suka. Ini
  lebih bermakna dan sihat daripada menunjukkan
  tingkah laku seperti misalnya mengelak perkara
  yang murid tidak minat.
Kanak-kanak dengan masalah tingkah laku
memerlukan sesuatu persekitaran di sekolah yang
boleh membantu penglibatan mereka dalam aktiviti
sekolah.


 Mereka tidak seharusnya disisih sehingga tercicir
daripada sisitem persekolahan.


 Mereka juga dibimbing cara-cara mengawal emosi
serta kemahiran mengurus diri.
Lembab (slow learner)
 Perkembagan kanak-kanak lembab ini agak
lambat sejak peringkat bayi, di mana bayi ini lambat
senyum, lambat bertindak balas terhadap bunyi
atau suara ataupun tidak balas menggenga masih
belum hilang walaupun usia bayi lebih 3 bulan.


 Kanak-kanak lembab ini biasanya tidak dapat
mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang
menggunakan kaedah biasa. Ini kerana mereka
tidak dapat memberi tumpuan dan minat terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi kepada P&P
 Gunakan bahasa yang mudah. Arahan mesti
dinyatakan dengan jelas dan perlu diulang. Ia boleh
diberi dalam bentuk visual atau dipaparkan pada
papan hitam atau papan kenyataan kelas. Bahan
pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan
dalam langkah-langkah yang pendek dan ringkas.


 Strategi pengajaran dan pembelajaran diubahsuai
untuk membina keyakinan dan memberi perasa
kejayaan, misalnya meminta seorang kanak-kanak
disleksia untuk memberi laporan secara lisan
manakala rakan-rakannya memberi laporan bertulis
(Woolfolk A & Margetts K, 2007).
Tugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahap
kanak-kanak terseut. Ia boleh diberi dalam bentuk
tugasan-tugasan kecil yang kanak-kanak mampu
lakukan. Tempoh masa yang lebih boleh diberikan
untuk kanak ini untuk menyiapkan tugasan mereka.


 Tugasan dan kerja rumah yang diberikan setiap
minggu boleh ditampal pada papan notis kelas
sebagai peringatan. Satu salinan boleh juga
diserahkan kepada ibu bapa.
Terencat Akal
 Persatuan Kerencatan Akal Amerika (AAMR)
mendefinisikan terencat akal sebagai satu
ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi
intelek serta tingkah laku penyesuaian seperti
komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosial
yang amat terhad.
Kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan
menunjukkan ciri-ciri seperti berikut:


  Kurang koordinasi motor.
  Sukar menumpukan perhatian.
   Kemahiran membaca dan bahasa yang lemah
  serta berada pada tahap yang rendah dapada
  mereka yang sebaya.
   Sukar mengaplikasi sesuatu yang dipelajari dalam
  situasi baru.
   Kesukaran dalam memahami konsep yang abstrak
  dan membuat kesimpulan.
Kanak-kanak ini sukar menurut arahan
dan tidak berupaya memilih aktiviti secara
sendirian.


 Mereka juga menghadapi          masalah
koordinasi mata dan tangan.


 Mereka mempelajari bahasa         dan
kemahiran dengan perlahan, tidak seperti
kanak-kanak biasa.
Paras rupa kanak-kanak ini seperti kanak-kanak
biasa dan mereka biasanya dibenarkan masuk ke
sekolah biasa.


 Kurikulum di sekolah digubal untuk kanak-kanak
biasa dan merupakan cabaran bagi kanak-kanak
dengan masalah terencat akal.


 Kebanyakan kanak-kanak ini gagal di sekolah
kerana IQ mereka yang rendah iaitu antara 55/60
dan 85/90.


IQ kanak-kanak normal adalah 90 ke atas.
Namum     begitu,   kebanyakan     kanak-kanak
bermasalah terencat akal ringan boleh ke sekolah
dan boleh mempelajari pelbagai kemahiran
akademik seperti kemahiran vokasional sosial untuk
membantu menjadikan meraka sebagai individu
yang produktif.
Sindrom Down
 Sindrom Down berpunca daripada masalah yang
disebabkan   daripada   masalah    berlebihan
kromosom.
 •Dalam kebanyakan kes ia melibatkan kepada
kecacatan dalam pasangan kromosom yang ke-21.
 •Menurut kajian, ia berlaku dalam setiap 800
kelahiran.
 •Akibat daripada Sindrom Down ini termasuklah
terencat akal, masalah ringan dan pertuturan dan
perkembangan motor yang lambat.
 •Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai tahap IQ
yang rendah antara 30 hingga 80.
Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri yang boleh dikenal
pasti antaranya:


  Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat.
   Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung
  untuk terjelir
  Mata sentiasa berair dan merah.
  Mata sepet dan bentuk muka yang kecil.
   Berbadan gempal dan pendek serta aan yang agak
  bongkok.
   Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan
  baik.
Mereka juga selalunya mengalami masalah
kataraks mata, masalah jantung dan kecacatan
usus.


 Sebelum ini, penghidap Sindrom Down kerap
meninggal dunia sebaik sahaja memasuki alam
dewasa disebabkan oleh masalah-masalah yang
dihadapi tetapi, kini dengan kemajuan perubatan
mereka boleh menjalani kehidupan yang sihat
seperti individu normal.
Kanak-kanak Sindrom Down memerlukan
penjagaan yang lebih rapi.


 Disebabkan oleh keadaan fizikal muka mereka
yang rata, mereka cenderung mengalami masalah
penafasan dan sukar untuk makan.


 Mereka juga lemah dalam koordinasi mata dan
otot dan kurang upaya meneroka persekitaran.


 Walau bagaimanapun dengan sokongan ibu bapa
dan penjaga mereka boleh dibimbing dan diasuh
untuk berdikari dan menguasai kemahiran.
Implikasi kepada P&P
 Guru perlu bersabar dalam menangani pembelajaran
kanak-kanak yang mempunyai masalah Sindrom
Down.


 Proses pengajaran perlu dijalankan dengan kadar
yang perlahan mengikut kebolehan kanak-kanak
tersebut.


 Ini juga memberi peluang bagi mereka mencapai
kemahiran dan meningkatkan emosi mereka yang
mereka juga berupaya untuk berjaya.
Setiap tugasan, aktiviti atau arahan perlu
dirancang dengan rapi. Ia perlu disampaikan
dengan jelas, betul, khusus dan lengkap.


 Ini adalah kanak-kanak Sindrom Down sukar untuk
memahami arahan dan perkataan. Setiap arahan
perlu lengkap dengan butiran yang terperinci.
Contohnya: “Ambil buku yang berwarna kuning di
atas meja dan bawa buku itu kepada cikgu.”


 Guru perlu memberi bimbingan dan bantuan yang
berkesan semasa pengajaran akademik.
Kanak-kanak Sindrom Down kurang mempunyai
keupayaan untuk mengingat dan memproses
maklumat.
 Guru perlu menyediakan mereka dan menarik
perhatian mereka.
 Guru juga boleh mengajar kemahiran mengingat
yang mudah. Ia boleh dikaitkan dengan perkara
yang mereka sukai.
 Masukkan elemen vokasional dan kemahiran
kendiri di dalam kurikulum mereka.
 Ini adalah supaya mereka berupaya menjaga
keperluan asas diri dan berupaya mencari kerjaya
yang sesuai apabila tamat persekolahan nanti.
Autisme
 Autisme merupakan kecacatan mental seumur
hidup yang terlalu sukar untuk dipulihkan.
 Kanak-kanak autisme ini menghadapi masalah
komunikasi kerana mereka tidak boleh mengenali
atau mentafsir air muka, gerak isyarat atau nada
suara yang berlainan.
 Selain itu, kanak-kanak ini juga menunjukkan
tabiat yang tidak suka bertentang mata dan tidak
menunjukkan sebarang reaksi dalam apa-apa
situasi.
 Mereka lebih minat kepada barang permainan
daripada berinteraksi atau berhubung dengan
orang di sekitarnya.
Implikasi Kepada P&P
 Pendidikan kanak-kanak ini berfokus kepada
kemahiran-kemahiran kesediaan untuk berlajar,
misalnya duduk dan memberi perhatian kepada
guru, kemahiran psikomotor misalnya penggunaan
alat, gunting, dan kemahiran sosial seperti
berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya.


 Ia harus menekankan kemahiran yang dapat
membantu kanak-kanak berdikari. Misalnya,
membaca notis, surat khabar dan mengisi borang
permohonan.
Bimbing     kanak-kanak    ini     mengurus diri
misalnya, dengan membantu mereka menyediakan
jadual kerja dan menyenaraikan perkara-perkara
yang perlu dilakukan pada hari itu.
 Beri latihan dan peluang untuk mempraktikkan apa
yang      telah  mempelajari misalnya      dengan
mengulang langkah atau konsep yang telah
dipelajari.
Kanak-kanak ini memerlukan rutin.
Perubahan ialah sesuatu yang sukar diterima oleh
mereka.
 Amalan rutin harus dipraktikkan di dalam bilik
darjah.
Pintar Cerdas
  Kanak-kanak yang pintar cerdas berbakat dan
 berkebolehan memerlukan sokongan yang lebih
 daripada yang sedia ada dalam sesebuah bilik
 darjah untuk membantu mereka merealisasikan
 sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka.
Kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan
ciri-ciri berikut:


  Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu
 dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan rakan
 sebaya.
Menunjukkan keinginan untuk mengetahui yang
lebih jika dibanding dengan rakan sebaya.
 Menetapkan    matlamat      yang   tinggi    untuk
pencapaiannya.
 Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasan
yang mencabar.
 Kemahiran    berbahasa,       membaca         dan
perbendaharaan kata yang luas.
Kebolehan untuk memimpin.
 Mengambil berat       dan   menunjukkan     empati
terhadap orang lain.
Implikasi kepada P&P
Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga
jenis program:
     i.   Pengasingan,
     ii. Pemecutan (acceleration)
     iii. Pengayaan
Pengasingan
 Dalam program pengasingan, kanak-kanak
diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka
disediakan   kurikulum    khas   yang    mampu
menggalakkan kebolehan istimewa mereka.


 Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-
kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat
membantu perkembangannya secara optima.
Pemecutan
 Satu cara ialah di mana kanak-kanak ini
dikeluarkan daripada bilik darjah mereka untuk
subjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan ke
kelas untuk subjek tersebut. Maka mereka akan
belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua
daripada mereka.


 Cara kedua ialah di mana murid tersebut
disediakan dengan rancangan khas dalam kelas
yang sama. Rancangan ini membantu mereka
belajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada
kadar yang lebih cepat berbanding rakan sebaya.
Penggayaan
 Program pengayaan melibatkan pendekatan yang
menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di
dalam atau di luar kelas.


Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan ke
muzium atau perpustakaan negara.


 Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti
lain yang memerlukan murid mencari maklumat
yang lebih mendalam tentang sesuatu topik dan
dilakukan oleh murid secara bersendirian.
Kesimpulan
 Aspek penting dalam pengajaran kanak-kanak
keperluan khas ialah sikap guru serta kemahiran
guru dalam membantu kanak-kanak ini.


 Guru perlu percaya bahawa pendidikan adalah
untuk semua kanak-kanak.


 Kerjasama antara guru pendidikan khas dan guru
kelas biasa amat penting.


 Guru-guru     ini    seharusnya mempunyai
kesanggupan untuk berkongsi kemahiran demi
kebaikan kanak-kanak tersebut.
Hubungan yang baik dan kerjasama dengan ibu
bapa, pihak hospital dan kebajikan masyarakat juga
penting dalam usaha membantu kanak-kanak ini.


 Guru perlu peka dan sensitif kepada keperluan
kanak-kanak.


 Misalnya, guru tidak harus membuat perbandingan
antara kanak-kanak.


 Dapatkan perhatian kanak-kanak berkeperluan
khas dengan menghampiri mereka dan bukan
dengan memanggil namanya beberapa kali secara
negatif.
Gunakan bahasa isyarat jika hendak menyuruh
kanak-kanak supaya bertenang atau jangan bising.


 Seterusnya guru boleh menggunakan pelbagai
kaedah dan ransangan misalnya kad-kad yang
mudah untuk menarik minat dan perhatian murid.


 Kanak-kanak berkeperluan khas khas boleh
dibenarkan bekerja dalam kumpulan-kumpulan
yang dapat menerima dan membimbing mereka.
Sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat mencatat
nota atau melakukan sesuatu aktiviti spesifik, tugas
itu boleh diberikan kepada rakan sekelas untuk
membantu.


 Kesimpulannya, interaksi dengan persekitaran
yang menyokong dan pembelajaran yang aktif
boleh membantu perkembangan kanak-kanak ini.
ADA LAGI   ???
Down Syndrome Chromosomes
Down Syndrome
Fetal alcohol syndrome (FAS)
A therapist works with an autistic boy in a public school.
Teaching Deaf Students
American lecturer and writer Helen Keller
a.Hearing Impairment           b. Expressive Language Delay




c.Attention Deficit Disorder
Implikasi Bermasalah Pembelajaran
              @ Fizikal
FINE MOTOR
SKILLS
Hydroponics Project
Wiping & Clearing
Cleaning & Arranging
Laundry, Ironing,bed
making
Food
Preparation
Floor Mat
& Beading
Art
Painting
Bicara Agung

 Untuk mendapatkan hasil jangka pendek,
tanamlah sayur-sayuran. Untuk mendapat
 hasil dalam masa sepuluh tahun, tanamlah
  pokok buah-buahan. Untuk mendapat
  hasil selama-lamanya, didiklah
              manusia.
Sekian

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakTajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakNur Syamimi Ahmad Othman
 
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasCiri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasWan Izimasha
 
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khassitiaishahmohamad
 
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahISMAILMAMAT
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasMarina Masdar
 
Kanak kanak berkeperluan khas
Kanak kanak berkeperluan khasKanak kanak berkeperluan khas
Kanak kanak berkeperluan khasshahrul
 
Bermasalah pendengaran
Bermasalah pendengaranBermasalah pendengaran
Bermasalah pendengarancikgusuepkhas
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanakAzyyati Zainudin
 
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaVygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaSyed Ahmad Azhar
 
Konsep asas matematik
Konsep asas matematikKonsep asas matematik
Konsep asas matematikAdilah Said
 
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanakSiti Zaihasrah Anis
 
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI Tengku Fatin Najwa
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananFatin Zafrina Rulez
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakKakchik Aina
 
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)shida01
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyIzzat Najmi
 
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolahPenglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolahIsmail Mamat
 

Was ist angesagt? (20)

Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakTajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
 
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasCiri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
 
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
 
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
 
Kanak kanak berkeperluan khas
Kanak kanak berkeperluan khasKanak kanak berkeperluan khas
Kanak kanak berkeperluan khas
 
Bermasalah pendengaran
Bermasalah pendengaranBermasalah pendengaran
Bermasalah pendengaran
 
Perkembangan kanak kanak
Perkembangan kanak kanakPerkembangan kanak kanak
Perkembangan kanak kanak
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
 
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaVygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
 
Konsep asas matematik
Konsep asas matematikKonsep asas matematik
Konsep asas matematik
 
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROMKAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
 
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNERTEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
 
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanak
 
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
 
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolahPenglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
 

Andere mochten auch

Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasNurhaliza Hamid
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khascikgusuepkhas
 
Assingment full sains
Assingment full sainsAssingment full sains
Assingment full sainsMummy Rayyan
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiNota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiPuworkUtara OnSlideshare
 
Jenis jenis kesantunan - Kesantunan Masyarakat Melayu
Jenis jenis kesantunan - Kesantunan Masyarakat MelayuJenis jenis kesantunan - Kesantunan Masyarakat Melayu
Jenis jenis kesantunan - Kesantunan Masyarakat MelayuFaFai S.
 
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBD
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBDMasalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBD
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBDFaFai S.
 
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahPendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahHon Shan Shan
 
Penyakit sindrom down
Penyakit sindrom downPenyakit sindrom down
Penyakit sindrom downsuhrawadi
 
Predicting outcomes(Michael)
Predicting outcomes(Michael)Predicting outcomes(Michael)
Predicting outcomes(Michael)Leon_1913
 

Andere mochten auch (11)

Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khas
 
Pkk isl
Pkk islPkk isl
Pkk isl
 
Assingment full sains
Assingment full sainsAssingment full sains
Assingment full sains
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiNota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
 
Jenis jenis kesantunan - Kesantunan Masyarakat Melayu
Jenis jenis kesantunan - Kesantunan Masyarakat MelayuJenis jenis kesantunan - Kesantunan Masyarakat Melayu
Jenis jenis kesantunan - Kesantunan Masyarakat Melayu
 
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBD
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBDMasalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBD
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBD
 
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahPendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
 
Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073
 
Penyakit sindrom down
Penyakit sindrom downPenyakit sindrom down
Penyakit sindrom down
 
Predicting outcomes(Michael)
Predicting outcomes(Michael)Predicting outcomes(Michael)
Predicting outcomes(Michael)
 

Ähnlich wie Kanak kanak keperluan khas

Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasFaridah Bachok
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasShaifull Niell
 
Kanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan KhasKanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan Khasmurni mohamat
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaGabanSiam
 
Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner ardiya_izwani
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Hasmah Hamid
 
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORIBAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORIShahrizzat Md Sukor
 
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)hudhud321
 
1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pkazizahazhar6370
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 

Ähnlich wie Kanak kanak keperluan khas (20)

Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Kanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan KhasKanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan Khas
 
Kajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autismeKajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autisme
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
 
Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner
 
P.khas.lan
P.khas.lanP.khas.lan
P.khas.lan
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak ADHD
Nota Kuliah - Kanak-kanak ADHDNota Kuliah - Kanak-kanak ADHD
Nota Kuliah - Kanak-kanak ADHD
 
Dislexia
DislexiaDislexia
Dislexia
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak Cerebral Palsy
Nota Kuliah - Kanak-kanak Cerebral PalsyNota Kuliah - Kanak-kanak Cerebral Palsy
Nota Kuliah - Kanak-kanak Cerebral Palsy
 
Disleksia
DisleksiaDisleksia
Disleksia
 
Hiperaktif
HiperaktifHiperaktif
Hiperaktif
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
 
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORIBAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
 
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
 
Disleksia
DisleksiaDisleksia
Disleksia
 
Isl tajuk 2
Isl tajuk 2Isl tajuk 2
Isl tajuk 2
 
1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 

Mehr von Sarahandi Api Abdullah (8)

Sistem maklumat prasekolah kebangsaan skjmt
Sistem maklumat prasekolah kebangsaan skjmtSistem maklumat prasekolah kebangsaan skjmt
Sistem maklumat prasekolah kebangsaan skjmt
 
Cscl in the workplace
Cscl in the workplaceCscl in the workplace
Cscl in the workplace
 
Cscl in the workplace
Cscl in the workplaceCscl in the workplace
Cscl in the workplace
 
Penderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanakPenderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanak
 
Taklimat bersama ibubapa prasekolah 2014
Taklimat bersama ibubapa prasekolah 2014Taklimat bersama ibubapa prasekolah 2014
Taklimat bersama ibubapa prasekolah 2014
 
Pemakanan
PemakananPemakanan
Pemakanan
 
Keselamatan, kesihatan, pemakanan
Keselamatan, kesihatan, pemakananKeselamatan, kesihatan, pemakanan
Keselamatan, kesihatan, pemakanan
 
Peraturan keselamatan
Peraturan keselamatanPeraturan keselamatan
Peraturan keselamatan
 

Kanak kanak keperluan khas

  • 1. Kanak-Kanak Keperluan Khas Sarahandi Api Abdullah SK Jalan Muara Tuang
  • 2. Pengenalan Perbezaan kognitif, sosial, emosi, fizikal dan rohani di kalangan kanak-kanak di dalam sebuah bilik darjah merupakan perkara biasa. Selain daripada pengaruh baka dan persekitaran, kanak-kanak berkembang pada tahap dan kadar yang berbeza.
  • 3. terdapat murid yang cergas serta berkebolehan dan ada murid yang menghadapi kesukaran dalam mengikut pengajaran. berbeza daripada dari segi kemampuan menyelesaikan masalah, kebolehan berbincang dan bergaul dengan rakan, mengawal perasaan atau menjalani kegiatan fizikal.
  • 4. kanak-kanak yang perbezaannya agak ketara dan tidak mengikut norma-norma perkembangan seperti kanak-kanak lain. kanak-kanak ini tidak dapat mengikut pengajaran di dalam bilik darjah ciri-ciri perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa
  • 5. menghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pembelajaran terencat akal dan pintar cerdas. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak- kanak berkeperluan khas.
  • 6. Satu bentuk pendidikan yang khusus perlu dirancang dan dilaksanakan untuk kanak-kanak lain. Pendidikan yang disediakan untuk kanak- kanak ini dinamakan pendidikan khas.
  • 7. Di Malaysia, pendidikan untuk kanak-kanak ini terletak di bawah pengendalian Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
  • 8. Kementerian Pelajaran Malaysia pula menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk murid-murid pemulihan khas dan keperluan khas.
  • 9. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan perkhidmatan untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah seperti cacat fizikal teruk, terencat akal sederhana dan teruk, pelbagai kecacatan dan kecacatan yang tidak membolehkan kanak- kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • 10. Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas merujuk kepada murid-murid yang mengalami kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Kategori kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran termasuk sindrom down, autism ringan, attention deficit hyperaktive disorder (ADHD), terencat akal minimum dan masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia.
  • 11. Antara program yang dirancang di bawah Kementerian Pelajarn Malaysia termasuk program Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan. Program Pendidikan Khas Integrasi, Program Pendidikan Khas Prasekolah, Program Pendidikan Khas Teknik dan Vokasional serta Program Pendidikan Khas Inklusif.
  • 12. Pendidikan Inklusif Pendidikan inklusif bermasud kanak-kanak berkeperluan khas ini dimasukkan ke dalam sistem pendidikan untuk kanak-kanak biasa. Kanak-kanak ini mungkin memerlukan perkhidmatan tertentu yang lain namun mereka akan mengikut kurikulum seperti kanak-kanak lain.
  • 13. Ia melibatkan tanggungjawab bersama antara guru biasa dan guru pendididkan khas. Pendidikan inklusif memberi peluang kanak- kanak berkeperluan khas untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
  • 14. Masalah kanak-kanak berkeperluan khas ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti perkembangan prenatal yang kurang sempurna kerana penyakit, kekurangan zat makanan ataupun dadah. Kerumitan semasa proses kelahiran boleh memberi kesan kepada perkembangan kanak- kanak.
  • 15. Persekitaran kanak-kanak seperti kekurangan makanan berzat, penyakit-penyakit, penderaan dan kurang kasih sayang juga merupakan faktor penting dalam perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak keperluan khas memerlukan perhatian, penjagaan yang khusus dan sentiasa menuntut kasih sayang, perhatian dan kesabaran serta komitmen guru yang sangat tinggi.
  • 16. Kategori Kanak-kanak keperluan khas Masalah kecacatan Autisme fizikal Pintar cerdas Masalah penglihatan Sindrom Down Masalah pendengaran Attention Defict / Masalah pertuturan Hyperactivity disorder Masalah pembelajaran ADD/ADHD Masalah tingkahlaku Disleksia Lembab ( slow learner) Terencat akal ringan
  • 17. Masalah Kecacatan Fizikal Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan perubatan atau peralatan khas seperti pendakap (brances) atau kerusi roda. Ia termasuk ketidakupayaan berbentuk neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak ( Mohd Sharani, 2006 ) serta kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot.
  • 18. Antara masalah yang dikategorikan sebagai kecacatan fizikal ialah seperti cerebral palsy, epilepsy, spina bifida, muscular dystrophy, limb deficiencies, asthma, diabetes dan leukemia.
  • 19. Kecacatan Fizikal Kesukaran bergerak kerana tidak dapat Cerebral mengkoordinasi badan. Ia disebabkan palsy oleh neurologi motor yang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kecederaan di bahagian otak. Kecederaan ini mungkin berlaku sebelum, semasa atau selepas kelahiran. Pada umumnya kanak-kanak ini juga akan mempunyai kecacatan lain seperti masalah penglihatan, pertuturan atau terencat akal. Penyakit sawan yang disebabkan oleh Epilepsi masalah neurologi yang menyebabkan kanak-kanak mengeletar.
  • 20. Spina bifida Kecacatan pada tulang belakang yang boleh menyebabkan kelumpuhan pada bahagian bawah badan. Ia adalah satu keadaan yang berlaku sejak kelahiran tetapi boleh dibantu dengan pembedahan. Muscular Kemerosotan kekuatan otot secara dystrophy progresif sehingga kanak-kanak akan memerlukan kerusi roda. Kecerdasan kanak-kanak tersebut tidak terjejas.
  • 21. Kanak-kanak yang anggota badannya Limb tidak sempurna ini mungkin disebabkan deficiencies oleh kemalangan atau kecacatan semasa kelahiran. Kanak-kanak ini boleh dilatih menggunakan anggota palsu. Masalah penafasan yang berlaku Asthma apabila tiub bronkial daripada saluran pernafasan kerongkong menjadi sempit. Masalah ini dibantu dengan dadah dan penggunaan “nebulisec”
  • 22. Kencing manis ialah penyakit yang Diabetes disebabkan oleh pankreas yang tidak dapat berfungsi untuk menghalang peningkatan gula dalam darah manusia. Seperti asthma, penyakit ini boleh dikawal dengan dadah serta pemakanan yang betul. Satu bentuk kanser yang biasa di Leukemia kalangan kanak-kanak. Penyakit ini disebabkan peningkatan secara mendadak sel darah putih dalam tulang sum-sum. Kimoterapi merupakan satu cara yang digunakan untuk membantu mengawalnya.
  • 23. Implikasi kepada P&P Guru perlu mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh muridnya. Misalnya guru mesti mengetahui prosedur bagaimana mengurus seorang murid yang diserang penyakit sawan atau asthma. Guru juga perlu jelas tentang kesan masalah fizikal ini ke atas perkembangan psikososial kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak ini kadang kala tidak memahami hidup mereka dan sering menghadapi masalah penyesuaian.
  • 24. Selain itu, guru juga perlu peka kepada keperluan murid. Misalnya seseorang kanak-kanak cerebral palsi boleh menggunakan komputer atau pen ataupun pensil yang tidak memerlukan tekanan yang kuat sekiranya ada tugasan melibatkan penulisan. Penggunaan pemegang buku („book holders‟) ataupun buku teks elektronik dapat membantu kanak-kanak yang tidak berupaya memegang buku.
  • 25. Masalah Penglihatan Kanak-kanak yang diketegorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan menganggu pembelajaran. Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan berkemungkinan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa.
  • 26. Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta tidak dapat menggunakan penglihatan untuk pembelajaran. Mereka bergantung kepada pendengaran dan sentuhan. Kanak-kanak ini pada kebiasaan mempunyai kecerdasan yang normal seperti kanak-kanak lain dan boleh belajar seperti biasa jika kemudahan serta perkhidmatan sokongan disediakan untuk mereka.
  • 27. Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran dan perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas daripada segi neuron tetapi dipengaruhi oleh pergerakan mereka yang terhad. Mereka tidak boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini juga boleh memberi kesan ke atas perkembangan personaliti.
  • 28. mempunyai konsep kendiri yang rendah dan perhatian lebih yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan untuk sentiasa membimbing mereka. Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia visual memberi kesan kepada perkembangan bahasa. Misalnya, seseorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai contoh untuk perkataan “bulat” menghuraikannya dengan jelas jika dibanding dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan.
  • 29. Seseorang guru boleh mengesan mereka yang berpontensi mengalami masalah penglihatan melalui simptom-simptom yang ditunjukkan pada kanak-kanak ini. Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya akan mengerutkan mata atau menutup sebelah mata untuk tujuan penglihatan. Selain itu mereka juga asyik menggosok mata tanpa sebab dan menyebabkan mata merah dan bengkak.
  • 30. Kanak-kanak juga sering mengadu pening kepala atau loya. Apabila membaca kanak-kanak akan memegang buku terlalu dekat atau terlalu jauh untuk mengimbangkan penglihatan mereka.
  • 31. Implikasi Kepada P&P bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang besar dan sesuai ataupun bahan audio untuk membantu pembelajaran. Sediakan bahan bacaan yang jelas, misalnya hurufnya mempunyai perbezaan warna yang ketara dengan latar belakang kertas Semasa tulis di papan putih guru boleh menyebut secara lisan bahan yang ditulis untuk kemudahan kanak-kanak ini.
  • 32. Guru juga perlu memberi perhatian kepada susunan bilik darjah dan pastikan kedudukan kanak-kanak tersebut berhampiran dengan papan. Susunan bilik darjah seharusnya memudahkan pergerakan kanak-kanak di sekitar bilik darjah dan memberi mereka akses yang mudah berada dalam bahan-bahan pembelajaran.
  • 33. Masalah Pendengaran Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu separa pekak dan pekak. Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak perlu menerima pendidikan menggunakan teori lain seperti penglihatan.
  • 34. Tahap kehilangan keupayaan mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel. Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 10 decibel. Mereka yang tergolong sebagai separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60 decibel.
  • 35. Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa tahap dan ada yang dapat dikenal pasti apabila kanak-kanak tersebut telah berumur beberapa tahun. Seseorang guru peka kepada petanda masalah ini menunjukkan symptom seperti kerap meminta orang mengulang apa yang telah disebut. Mereka juga menghadapi kesukaran untuk mengikut arahan dan salah faham kerap berlaku.
  • 36. Pertuturan kanak-kanak ini tidak lancar kerana mereka sering salah sebutan dan mempunyai nada suara yang lebih tinggi atau rendah dan memusingkan kepala untuk mendengar. Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran individu. Ketidakupayaan berkomunikasai ini memberi kesan kepada perkembangan sosial, emosi , bahasa dan kognitif individu tersebut.
  • 37. Implikasi kepada P& P Kanak-kanak bermasalah perdengaran perlu mendapat latihan awal yang baik di sekolah- sekolah khas untuk kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak normal yang lain. Guru-guru diingatkan supaya bercakap dengan jelas dan jangan membelakangkan kanak-kanak ini semasa memberi arahan atau mengajar. Kanak-kanak ini boleh ditempatkan di baris hadapan kelas untuk memudahkan mereka melihat wajah guru.
  • 38. Elakkan daripada menjerit atau meninggikan suara. Sebarang lisan boleh diikuti dengan illustrasi grafik atau visual untuk memudahkan kefahaman murid. Sediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi bising atau gangguan bunyi lain.
  • 39. Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara efektif untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak ini, Guru perlu dilatih dan didedahkan kepada cara menggunakan jari tangan untuk mengeja. Tetapi hari ini komunikasi secara keseluruhan digalakkan di mana ia melibatkan pertuturan, pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa badan.
  • 40. Masalah Pertuturan Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan, masalah gagap, masalah suara, masalah bahasa. Masalah sebutan ialah kecenderungan meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan, misalnya perkataan “saya” menjadi “caya”. Kanak-kanak pada kebiasanya akan melalui fasa ini dalam tempoh perkembangan mereka.
  • 41. Ia biasanya tidak dipandang serius namun jika masalah ini berlanjutan ia perlu diberi perhatian. Gagap merupakan ganguan terhadap kelancaran percakapan. Aliran pertuturan terganggu di mana seseorang itu mungkin mengulang, memberhenti seketika atau mencelah dengan suku kata atau perkataan. Gagap kerap berlaku apabila individu tersebut teruja dan ingin menyatakan sesuatu dengan kadar yang cepat.
  • 42. Masalah suara berkaitan dengan kualiti suara seseorang. Ia mungkin terlalu lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang tinggi atau rendah atau nada yang sama dan tidak berubah. Masalah bahasa berkaitan dengan sistem saraf pusat. Menurut Myklebust (1971) masalah ini mengganggu kefahaman atau penngunaan perkataan. Istilah yang digunakan ialah aphasia. Ia bermakna seseorang menghadapi kesukaran mentafsir bahasa dalam sesuatu perbualan.
  • 43. Ia juga melibatkan kesukaran dalam menggunakan perkataan yang sesuai semasa komunikasi. Masalah perkataan seperti masalah sebutan, gagap dan suara boleh menimbulkan rasa malu dan menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa tidak selesa dalam situasi sosial. Ia mungkin tidak mengganggu pembelajaran seperti mana masalah bahasa. Masalah bahasa memberi kesan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.
  • 44. Implikasi kepada P&P Kanak-kanak ini perlu diberi masa yang mencukupi untuk memberi respon. Mereka boleh digalakkan memberi respon secara bertulis. Selain itu, guru boleh menggunakan pendekatan yang melibatkan penggunaan pelbagai deria. Guru juga boleh membantu kanak-kanak dengan menjadi model yang sesuai, misalnya mengulang perkataan secara jelas dan perlahan, atau menggunakan alat audio. Kanak-kanak yang menghadapi masalah sebutan atau gagap boleh dibantu melalui terapi.
  • 45. Masalah Pembelajaran Masalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurologi. Ia tidak berkaitan dengan IQ seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap normal. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran sering ditafsir sebagai malas, tidak memberi perhatian atau tidak berminat.
  • 46. Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak matang, sukar memberi tumpuan dan mudah lupa. Oleh kerana mereka menunjukkan ciri-ciri yang sama seperti kecacatan yang lain, masalah mereka sukar dikenalpasti dan sering disalahtafsir. Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat.
  • 47. Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa, sama ada lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir,bertutur, membaca, menulis,megeja ataupun mengira. Selain itu, masalah ini mungkin disebabkan oleh aphasia. Ia mengakibatkan kadar pembelajaran murid tersebut berbeza dengan murid yang tidak menghadapi masalah tersebut.
  • 48. Namun, masalah ini juga sering dikaitkan dengan masalah tingkah laku dan emosi. Antara masalah yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran termasuk masalah pembelajaran akademik, masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi, kemahiran motor dan koordinasi, metakognitif, kurang memberi perhatian dan hiperaktiviti.
  • 49. Banyak kesilapan semasa membaca dengan kuat, kerap mengulang atau berhenti. • Menterbalikkan perkataan misalnya „b‟ dan „d‟, „21‟ dan „12‟ atau „on‟ dan „no‟. • Sebutan yang tidak betul atau menggunakan perkataan yang salah Membaca yang bunyinya sama. • Pembelajaran bahasa lewat dan mungkin mempunyai perbendaharaan kata yang terhad. • Kesukaran dalam mengenalpasti idea utama dari bahan bacaan, mengingati fakta asas dan peristiwa dalam aturan yang betul serta membuat kesimpulan dan analisis bahan yang telah dibaca.
  • 50. Tulisan yang tidak kemas dan cara pegang pensil yang janggal. • Ejaan Menulis • Kesukaran menjelaskan idea melalui penulisan. • Tidak dapat memikirkan perkataan yang sesuai dalam penulisan. • Keliru dengan simbol Matematik dan salah baca nombor. Mengira • Kesukaran mengingati fakta Matematik • Kesukaran dalam kiraan • Menukar aturan nombor
  • 51. Dileksia Merupakan masalah pebelajaran yang berkaitan denga bahasa, membaca dan ia merangkumi mengeja, menulis dan menyebut. Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini biasanya membaca dengan perlahan kurang tepat, lemah dalam ejaan dan tulisan serta mencampur-aduk perkataan yang berbunyi sama. Mereka juga mempunyai kurang kesedaran dan minat terhadap buku.
  • 52. Menurut kajian, masalah ini diwarisi dan mungkin kelihatan pada beberapa anggota keluarga yang sama. Kajian juga menunjukkan masalah disleksia berlaku empat kali lebih kerap terdapat pada kanak- kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan ( Stoppard, 1997.)
  • 53. Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD Kanak-kanak Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan satu tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan. Kanak-kanak ini juga bersikap impulsif dan sering menggangu perbualan, aktiviti atau menyatakan sesuatu tanpa berfikir.
  • 54. Sifat hiperaktif dan pergerakkan fizikal yang keterlaluan juga merupakan ciri-ciri kanak-kanak ADHD. Punca masalah ADHD ialah kekurangan neurotransmiter yang spesifik iaitu noreprinephrine dan dopa atau dopamine dalam sel litar otak. Pada hari ini, ADD/ADHD boleh dikawal dengan pengaruh dadah tetapi tahap tumpuan mereka masih tidak sama dengan kanak-kanak yang tidak mempunyai ADD/ADHD (Barbaresi & others, 2006: Tucha & others, 2006).
  • 55. Namun penggunaan dadah tidak berkesan bagi semua kanak-kanak ADD/ADHD dan kesan jangka panjang dadah ini masih tidak dketahui. David Nylund (Woolfolk A & Margetts K, 2007) mencadangkan satu bentuk terapi di mana kanak- kanak tersebut menggunakan kekuatan dalam dirinya untuk mengawal masalah tersebut. Nylund cuba memberi perspektif baru kepada ADHD, bahawa kesukaran boleh dikawal dan semua sifat yang menghalang pembelajaran sebagai faktor yang boleh diasingkan daripada kanak-kanak tersebut.
  • 56. Beliau mencadangkan guru menggunakan masa yang singkat semasa kanak-kanak dapat memberi perhatian untuk menguasai diri dan tingkah laku mereka. Tetapi bukan semua kanak-kanak yang hiperaktif atau kurang memberi penumpuan ialah ADD/ADHD. Pengesahan masalah ini perlu dibuat oleh pakar.
  • 57. Implikasi kepada P&P Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan, guru boleh menempatkan mereka di sudut yang senyap dan kurang aktivti yang boleh mengalihkan perhatian mereka. Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini seeloknya berhampiran tempat duduk guru. Ini akan memberi peluang kepada guru untuk menegur dan memberi motivasi kepada murid- murid ADHD.
  • 58. Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguran di mana kanak-kanak ini diberi peneguran positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki. Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mesti dinyatakan dan dipaparkan dengan jelas. Guru perlu memastikan murid faham peraturan tersebut.
  • 59. Objektif pembelajaran juga harus dinyatakan dengan eksplisit dan murid diberi maklum balas dengan segera. Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan diulang. Beri peluang kepada murid hiperaktif ini untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang aktif. Beri tugasan yang ringkas.
  • 60. Masalah Tingkahlaku Masalah tingkah laku di kalangan kanak-kanak adalah perkara biasa. Namun, kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku kurang sesuai pada tahap serius dan berterusan akan mengakibatkan konflik sosial, tidak bahagia dan kegagalan di sekolah.
  • 61. Tingkah laku yang dikaitkan dengan masalah ini termasuk agresif, kesukaran membentuk perhubungan sosial, menunjukkan tingkah laku sosial yang tidak boleh diterima masyarakat, hiperaktif, menipu, mencuri, masalah pembelajaran dan kebimbangan. Ia boleh diklasifikasikan kepada masalah tingkah laku dalaman dan masalah tingkah laku luaran.
  • 62. Tingkah laku masalah Tingkah laku masalah luaran dalaman Kebimbangan, perasaan takut Mengingkar Sedih, murung Menentang Bersikap apatetik (tidak Agresif memperdulikan) Suka menyendiri, penarikan diri Argumentatif (suka berhujah) Kecenderungan menyalahi diri Tidak mempercayai, sendiri, perasaan serba salah kecenderungan menyalahkan orang lain. Perasaan rendah diri Destruktif Malu, terlalu sensitif Menipu, mencuri Keasyikan pemikiran tentang Sukar mengawal diri suatu perkara Cemburu
  • 63. Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah Tingkah Laku Tingkah laku kurang sesuai dalam situasi-situasi biasa. Misalnya kanak-kanak yang mengunyah dan makan dalam bilik darjah semasa guru sedang mengajar. Tidak dapat mengawal perasaan dan tingkah laku mereka. Misalnya kanak-kanak yang cepat marah apabila rakan terambil pensel atau pemadamnya.
  • 64. Menunjukkan simptom-simpton fizikal yang berkaitan dengan masalah peribadi atau masalah di sekolah. Misalnya kanak-kanak yang mengadu sakit perut atau deman maka tidak boleh ke sekolah. Tidak berupaya membentuk perhubungan interpersonal dengan rakan atau gurunya. Kanak- kanak ini biasanya pendiam dan tidak mahu bergaul dengan kanak-kanak lain. Menghadapi masalah pembelajaran tetapi ketidakupayaan ini tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor kesihatan, sensori atau intelek.
  • 65. Sesetengah kanak-kanak menwarisi sifat atau tingkah laku bermasalah. Ini juga mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan biokimia dalam diri seseorang, masalah nuerologi ataupun kecederaan kepada sistem saraf pusat. Faktor behavioral seperti kegagalan mempelajari tingkah laku menyesuaikan diri atau membentuk tingkah laku kurang sesuai akibat tekanan daripada persekitaran juga memberi kesan kepada tingkah laku kanak-kanak.
  • 66. Daripada segi sosiologi pula, tindakan seperti melabel individu kerana beliau daripada latar belakang tertentu dan pengaruh budaya sesuatu masyarakat juga boleh menimbulkan masalah tingkah laku. Selain daripada itu, perubahan dalam sesebuah keluarga misalnya penceraian, kehadiran adik yang baru atau ibu/bapa tidak boleh menimbulkan rasa kurang selamat atau kurang yakin.
  • 67. Kadang-kala masalah tingkah laku seperti agresif atau melawat menunjukkan tingkah laku tersebut. Masalah tingkah laku yang berkait dengan masalah pembelajaran menyebabkan murid ponteng kelas, tidak hadir ke sekolah, pencapaian rendah dan tercicir daripada sekolah.
  • 68. Implikasi kepada P&P Pengurusan tingkah laku yang boleh digunakan di dalam bilik darjah termasuk: Peneguran Positif: Guru boleh memberi peneguran positif kepada murid sebaik sahaja murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Misalnya seorang murid yang sebelum ini sentiasa menghantar kerja rumah lewat dan tiba-tiba hari ini menghantarnya pada masa yang ditetapkan boleh diberi galakan atau pujian atas tindakannya.
  • 69. “Time-out” Murid tersebut diasingkan daripada rakannya untuk satu masa tertentu. Diharapkan masa persendirian memberi peluang kepada murid memikirkan tentang tingkah lakunya.
  • 70. Tidak Peduli: •Guru tidak memberi perhatian kepada murid yang menunjukkan tingah laku yang tidak diingini. Mengajar tingkah laku yang dikehendaki. Misalnya guru menggalakkan murid meluahkan perasaannya tentang sesuatu perkara yang dia tidak suka. Ini lebih bermakna dan sihat daripada menunjukkan tingkah laku seperti misalnya mengelak perkara yang murid tidak minat.
  • 71. Kanak-kanak dengan masalah tingkah laku memerlukan sesuatu persekitaran di sekolah yang boleh membantu penglibatan mereka dalam aktiviti sekolah. Mereka tidak seharusnya disisih sehingga tercicir daripada sisitem persekolahan. Mereka juga dibimbing cara-cara mengawal emosi serta kemahiran mengurus diri.
  • 72. Lembab (slow learner) Perkembagan kanak-kanak lembab ini agak lambat sejak peringkat bayi, di mana bayi ini lambat senyum, lambat bertindak balas terhadap bunyi atau suara ataupun tidak balas menggenga masih belum hilang walaupun usia bayi lebih 3 bulan. Kanak-kanak lembab ini biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah biasa. Ini kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan dan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
  • 73. Implikasi kepada P&P Gunakan bahasa yang mudah. Arahan mesti dinyatakan dengan jelas dan perlu diulang. Ia boleh diberi dalam bentuk visual atau dipaparkan pada papan hitam atau papan kenyataan kelas. Bahan pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan dalam langkah-langkah yang pendek dan ringkas. Strategi pengajaran dan pembelajaran diubahsuai untuk membina keyakinan dan memberi perasa kejayaan, misalnya meminta seorang kanak-kanak disleksia untuk memberi laporan secara lisan manakala rakan-rakannya memberi laporan bertulis (Woolfolk A & Margetts K, 2007).
  • 74. Tugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahap kanak-kanak terseut. Ia boleh diberi dalam bentuk tugasan-tugasan kecil yang kanak-kanak mampu lakukan. Tempoh masa yang lebih boleh diberikan untuk kanak ini untuk menyiapkan tugasan mereka. Tugasan dan kerja rumah yang diberikan setiap minggu boleh ditampal pada papan notis kelas sebagai peringatan. Satu salinan boleh juga diserahkan kepada ibu bapa.
  • 75. Terencat Akal Persatuan Kerencatan Akal Amerika (AAMR) mendefinisikan terencat akal sebagai satu ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi intelek serta tingkah laku penyesuaian seperti komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosial yang amat terhad.
  • 76. Kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan menunjukkan ciri-ciri seperti berikut: Kurang koordinasi motor. Sukar menumpukan perhatian. Kemahiran membaca dan bahasa yang lemah serta berada pada tahap yang rendah dapada mereka yang sebaya. Sukar mengaplikasi sesuatu yang dipelajari dalam situasi baru. Kesukaran dalam memahami konsep yang abstrak dan membuat kesimpulan.
  • 77. Kanak-kanak ini sukar menurut arahan dan tidak berupaya memilih aktiviti secara sendirian. Mereka juga menghadapi masalah koordinasi mata dan tangan. Mereka mempelajari bahasa dan kemahiran dengan perlahan, tidak seperti kanak-kanak biasa.
  • 78. Paras rupa kanak-kanak ini seperti kanak-kanak biasa dan mereka biasanya dibenarkan masuk ke sekolah biasa. Kurikulum di sekolah digubal untuk kanak-kanak biasa dan merupakan cabaran bagi kanak-kanak dengan masalah terencat akal. Kebanyakan kanak-kanak ini gagal di sekolah kerana IQ mereka yang rendah iaitu antara 55/60 dan 85/90. IQ kanak-kanak normal adalah 90 ke atas.
  • 79. Namum begitu, kebanyakan kanak-kanak bermasalah terencat akal ringan boleh ke sekolah dan boleh mempelajari pelbagai kemahiran akademik seperti kemahiran vokasional sosial untuk membantu menjadikan meraka sebagai individu yang produktif.
  • 80. Sindrom Down Sindrom Down berpunca daripada masalah yang disebabkan daripada masalah berlebihan kromosom. •Dalam kebanyakan kes ia melibatkan kepada kecacatan dalam pasangan kromosom yang ke-21. •Menurut kajian, ia berlaku dalam setiap 800 kelahiran. •Akibat daripada Sindrom Down ini termasuklah terencat akal, masalah ringan dan pertuturan dan perkembangan motor yang lambat. •Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai tahap IQ yang rendah antara 30 hingga 80.
  • 81. Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri yang boleh dikenal pasti antaranya: Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat. Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung untuk terjelir Mata sentiasa berair dan merah. Mata sepet dan bentuk muka yang kecil. Berbadan gempal dan pendek serta aan yang agak bongkok. Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan baik.
  • 82. Mereka juga selalunya mengalami masalah kataraks mata, masalah jantung dan kecacatan usus. Sebelum ini, penghidap Sindrom Down kerap meninggal dunia sebaik sahaja memasuki alam dewasa disebabkan oleh masalah-masalah yang dihadapi tetapi, kini dengan kemajuan perubatan mereka boleh menjalani kehidupan yang sihat seperti individu normal.
  • 83. Kanak-kanak Sindrom Down memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Disebabkan oleh keadaan fizikal muka mereka yang rata, mereka cenderung mengalami masalah penafasan dan sukar untuk makan. Mereka juga lemah dalam koordinasi mata dan otot dan kurang upaya meneroka persekitaran. Walau bagaimanapun dengan sokongan ibu bapa dan penjaga mereka boleh dibimbing dan diasuh untuk berdikari dan menguasai kemahiran.
  • 84. Implikasi kepada P&P Guru perlu bersabar dalam menangani pembelajaran kanak-kanak yang mempunyai masalah Sindrom Down. Proses pengajaran perlu dijalankan dengan kadar yang perlahan mengikut kebolehan kanak-kanak tersebut. Ini juga memberi peluang bagi mereka mencapai kemahiran dan meningkatkan emosi mereka yang mereka juga berupaya untuk berjaya.
  • 85. Setiap tugasan, aktiviti atau arahan perlu dirancang dengan rapi. Ia perlu disampaikan dengan jelas, betul, khusus dan lengkap. Ini adalah kanak-kanak Sindrom Down sukar untuk memahami arahan dan perkataan. Setiap arahan perlu lengkap dengan butiran yang terperinci. Contohnya: “Ambil buku yang berwarna kuning di atas meja dan bawa buku itu kepada cikgu.” Guru perlu memberi bimbingan dan bantuan yang berkesan semasa pengajaran akademik.
  • 86. Kanak-kanak Sindrom Down kurang mempunyai keupayaan untuk mengingat dan memproses maklumat. Guru perlu menyediakan mereka dan menarik perhatian mereka. Guru juga boleh mengajar kemahiran mengingat yang mudah. Ia boleh dikaitkan dengan perkara yang mereka sukai. Masukkan elemen vokasional dan kemahiran kendiri di dalam kurikulum mereka. Ini adalah supaya mereka berupaya menjaga keperluan asas diri dan berupaya mencari kerjaya yang sesuai apabila tamat persekolahan nanti.
  • 87. Autisme Autisme merupakan kecacatan mental seumur hidup yang terlalu sukar untuk dipulihkan. Kanak-kanak autisme ini menghadapi masalah komunikasi kerana mereka tidak boleh mengenali atau mentafsir air muka, gerak isyarat atau nada suara yang berlainan. Selain itu, kanak-kanak ini juga menunjukkan tabiat yang tidak suka bertentang mata dan tidak menunjukkan sebarang reaksi dalam apa-apa situasi. Mereka lebih minat kepada barang permainan daripada berinteraksi atau berhubung dengan orang di sekitarnya.
  • 88. Implikasi Kepada P&P Pendidikan kanak-kanak ini berfokus kepada kemahiran-kemahiran kesediaan untuk berlajar, misalnya duduk dan memberi perhatian kepada guru, kemahiran psikomotor misalnya penggunaan alat, gunting, dan kemahiran sosial seperti berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya. Ia harus menekankan kemahiran yang dapat membantu kanak-kanak berdikari. Misalnya, membaca notis, surat khabar dan mengisi borang permohonan.
  • 89. Bimbing kanak-kanak ini mengurus diri misalnya, dengan membantu mereka menyediakan jadual kerja dan menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan pada hari itu. Beri latihan dan peluang untuk mempraktikkan apa yang telah mempelajari misalnya dengan mengulang langkah atau konsep yang telah dipelajari. Kanak-kanak ini memerlukan rutin. Perubahan ialah sesuatu yang sukar diterima oleh mereka. Amalan rutin harus dipraktikkan di dalam bilik darjah.
  • 90. Pintar Cerdas Kanak-kanak yang pintar cerdas berbakat dan berkebolehan memerlukan sokongan yang lebih daripada yang sedia ada dalam sesebuah bilik darjah untuk membantu mereka merealisasikan sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka. Kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan ciri-ciri berikut: Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan rakan sebaya.
  • 91. Menunjukkan keinginan untuk mengetahui yang lebih jika dibanding dengan rakan sebaya. Menetapkan matlamat yang tinggi untuk pencapaiannya. Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasan yang mencabar. Kemahiran berbahasa, membaca dan perbendaharaan kata yang luas. Kebolehan untuk memimpin. Mengambil berat dan menunjukkan empati terhadap orang lain.
  • 92. Implikasi kepada P&P Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga jenis program: i. Pengasingan, ii. Pemecutan (acceleration) iii. Pengayaan
  • 93. Pengasingan Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khas yang mampu menggalakkan kebolehan istimewa mereka. Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak- kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat membantu perkembangannya secara optima.
  • 94. Pemecutan Satu cara ialah di mana kanak-kanak ini dikeluarkan daripada bilik darjah mereka untuk subjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan ke kelas untuk subjek tersebut. Maka mereka akan belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua daripada mereka. Cara kedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat berbanding rakan sebaya.
  • 95. Penggayaan Program pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di dalam atau di luar kelas. Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan ke muzium atau perpustakaan negara. Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang memerlukan murid mencari maklumat yang lebih mendalam tentang sesuatu topik dan dilakukan oleh murid secara bersendirian.
  • 96. Kesimpulan Aspek penting dalam pengajaran kanak-kanak keperluan khas ialah sikap guru serta kemahiran guru dalam membantu kanak-kanak ini. Guru perlu percaya bahawa pendidikan adalah untuk semua kanak-kanak. Kerjasama antara guru pendidikan khas dan guru kelas biasa amat penting. Guru-guru ini seharusnya mempunyai kesanggupan untuk berkongsi kemahiran demi kebaikan kanak-kanak tersebut.
  • 97. Hubungan yang baik dan kerjasama dengan ibu bapa, pihak hospital dan kebajikan masyarakat juga penting dalam usaha membantu kanak-kanak ini. Guru perlu peka dan sensitif kepada keperluan kanak-kanak. Misalnya, guru tidak harus membuat perbandingan antara kanak-kanak. Dapatkan perhatian kanak-kanak berkeperluan khas dengan menghampiri mereka dan bukan dengan memanggil namanya beberapa kali secara negatif.
  • 98. Gunakan bahasa isyarat jika hendak menyuruh kanak-kanak supaya bertenang atau jangan bising. Seterusnya guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan ransangan misalnya kad-kad yang mudah untuk menarik minat dan perhatian murid. Kanak-kanak berkeperluan khas khas boleh dibenarkan bekerja dalam kumpulan-kumpulan yang dapat menerima dan membimbing mereka.
  • 99. Sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat mencatat nota atau melakukan sesuatu aktiviti spesifik, tugas itu boleh diberikan kepada rakan sekelas untuk membantu. Kesimpulannya, interaksi dengan persekitaran yang menyokong dan pembelajaran yang aktif boleh membantu perkembangan kanak-kanak ini.
  • 100. ADA LAGI ???
  • 104. A therapist works with an autistic boy in a public school.
  • 106. American lecturer and writer Helen Keller
  • 107.
  • 108.
  • 109.
  • 110. a.Hearing Impairment b. Expressive Language Delay c.Attention Deficit Disorder
  • 112.
  • 113.
  • 114.
  • 115.
  • 124. Bicara Agung Untuk mendapatkan hasil jangka pendek, tanamlah sayur-sayuran. Untuk mendapat hasil dalam masa sepuluh tahun, tanamlah pokok buah-buahan. Untuk mendapat hasil selama-lamanya, didiklah manusia.
  • 125. Sekian