SlideShare a Scribd company logo
1 of 110
BAB 2
PENUBUHAN DAN
PENGENDALIAN
PERNIAGAAN
Jenis-jenis Bantuan
Perniagaan
Bank
1.   Bank adalah institusi kewangan yang
     menyediakan perkhidmatan seperti
     simpanan bayaran, dan pelbagai
     pembiayaan yang memudahkan
     peniaga.
2.   Antara beberapa kepentingan
     perbankan adalah :
a)   Menyediakan kemudahan
     penyimpanan wang.
     Bank menyediakan kemudahan
     menyimpan wang kepada peniaga
     melalui akaun simpanan, akaun
     simpanan tetap dan akaun semasa.
b)   Menyediakan kemudahan membuat dan
     menerima bayaran

i)    Bank membuat pembayaran bagi pihak
     peniaga melalui sistem cek. Cek merupakan
     arahan pemegang akaun semasa kepada
     bank untuk membuat bayaran kepada pihak
     lain.
ii)   Pihak bank juga menerima bayaran
      untuk peniaga. Apabila seseorang
      peniaga memasukkan cek yang
      diterimanya ke dalam bank, pihak bank
      akan memungut bayaran baginya.
c)  Menyediakan kemudahan pembiayaan
i)  Bank memberi pinjaman kepada
    peniaga melalui kemudahan overdraf
    dan pinjaman.
ii) Kemudahan overdraf adalah diberi
kepada pemegang akaun semasa.
Kemudahan ini membenarkan pelanggan
mengeluarkan wang melebihi jumlah
deposit dalam akaun semasanya.
iii)   Bank juga memberi pinjaman kepada
       peniaga melalui pinjaman bercagaran dan
       kad kredit.

d)  Menyediakan perkhidmatan lain
    Bank juga menyediakan perkhidmatan lain
kepada peniaga seperti pertukaran wang
asing, cek kembara, peti simpanan
selamat, perkhidmatan nasihat dan
perundingan serta sebagai pemegang amanah.
BANK PUSAT

1. Bank pusat di Malaysia dikenal sebagai
   Bank Negara Malaysia(BNM).
2. Bank Negara adalah ditubuh dan dimiliki
      oleh kerajaan.
3.    Bank pusat mengawasi dan
mengawal pelaksanaan dasar dan
peraturan kewangan yang ditetapkan.
Fungsi Bank Pusat
a.   Mengeluar dan mengawal mata wang
     negara.
b.   Menjadi jurubank dan penasihat
     kewangan kepada kerajaan.
c.   Menjadi jurubank dan peminjam terakhir
     kepada bank perdagangan.
d.   Mengawal penghantaran wang ke luar
     negara.
e.   Menyediakan tempat penjelasan cek
f.   Melaksanakan dasar-dasar kewangan
     kerajaan.
Bank Perdagangan
1.   Merupakan institusi kewangan yang
     diurus dan dimiliki sepenuhnya oleh
     swasta.
2.   Bank perdagangan memberi
     perkhidmatan kepada orang ramai
     dengan tujuan mendapat keuntungan.
3.   Contoh bank perdagangan di Malaysia
     adalah:
     a. Malayan Banking Berhad
b.   Public Bank
c.   CIMB Bank
d.   Hong Leong Bank Berhad
Fungsi bank perdagangan
a.   Menerima dan menyimpan wang
     melalui akaun simpanan, akaun
     simpanan tetap, dan akaun semasa.
b.   Menyediakan perkhidmatan pertukaran
     mata wang asing.
c.   Kad kredit dan kad ATM
d.   Peti simpanan selamat
e.   Menjual cek kembara
f)   Perkhidmatan wasiat dan pemegang
     amanah
g)   Perbankan elektronik
h)   Memberi khidmat nasihat dan
pelaburan
i)   Menjadi perujuk atau mengeluar surat
     rujukan
Bank Saudagar
1.   Bank yang hanya menawarkan
        perkhidmatan kepada badan
     perniagaan     yang besar seperti
     syarikat berhad.
2.   Bank saudagar tidak menyediakan
     perkhidmatan kepada orang awam.
3.   Contoh-contoh bank saudagar seperti
a)   AmMerchant Bank Berhad
b)   RHB Sakura Merchant Bank Berhad
4.   Fungsi bank saudagar:
a)   Memberi pinjaman kepada syarikat besar
b)   Menerima simpanan daripada syarikat
     besar.
c)   Membantu mengurus pelaburan bagi pihak
     syarikat berhad agar dapat keuntungan.
d)   Membantu syarikat berhad dalam
     pengambilalihan dan pencantuman
     syarikat berhad
e) Membantu syarikat berhad menerbitkan
syer dan debentur dan juga menyenaraikan
syer di Bursa Saham.
Bank badan berkanun
1.   Bank badan berkanun adalah dimiliki
     oleh kerajaan kerana modalnya
     disumbang oleh kerajaan.
2.   Bank badan berkanun adalah
     ditubuhkan oleh kerajaan bagi
     menyedia perkhidmatan dalam sektor-
     sektor tertentu.
3. Tiga jenis contoh bank badan berkanun:
a) Bank simpanan Nasional.
   Untuk menggalakkan orang ramai
   menyimpan wang secara kecil-kecilan.
b) Bank Pembangunan Malaysia Berhad.
Untuk menggalakkan penyertaan
bumiputera dalam sektor perniagaan dan
perindustrian.
c) Bank Pertanian Malaysia/Agro Bank
Untuk menggalakkan pembangunan dan
perkembangan sektor pertanian.
Bank Koperasi
1.   Bank koperasi adalah bank yang ditubuh
     untuk menjaga dan melindungi kebajikan
     dan kepentingan anggotanya.
2.   Bank koperasi ditubuhkan di bawah Akta
     Koperasi 1948 untuk mempergiatkan
     pergerakan koperasi dan semangat
     bekerjasama di antara ahlinya.
3.   Bank koperasi mendapat modal melalui
     jualan saham dan simpanan daripada
     anggotanya.
4. Contoh bank koperasi:
a.   Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
     atau Bank Rakyat.
b.   Bank Persatuan Malaysia Berhad.
Fungsi bank koperasi :
a.   Memberi pinjaman kepada
     anggotanya.
b.   Menyediakan kemudahan akaun
     simpanan dan simpanan tetap.
c.   Membuat pelaburan dalam projek
     pembangunan dan sebagainya.
Bank Islam
1.   Bank Islam ditubuhkan mengikut Akta
     Bank Islam 1983 yang menjalankan
     aktivitinya mengikut syariah Islam.
2.   Contoh bank Islam ialah :
a)   Bank Islam Malaysia Berhad
b)   Bank Muamalat Malaysia Berhad
Ciri-ciri bank Islam
1.   Tidak membenarkan riba.
a)   Ini bermakna bank Islam tidak menerima
     dan membayar faedah atas pelaburannya.
b)   Bank Islam tidak boleh membeli bon dan
     sekuriti kerajaan yang berasaskan faedah.
c)   Akta Pelaburan Kerajaan 1983 telah dilulus
     bagi kerajaan menerbit sijil atau bon
     pelaburan kerajaan berdasarkan syariah
     Islam. Hal ini membolehkan Bank Islam
     melabur sijil tersebut bagi mengikuti
     keperluan rizab yang ditetapkan.
2.   Konsep perkongsian untung rugi
a)   Konsep ini diamal bagi mengganti
     konsep faedah.
b)   Ini bermakna semua pelaburan dan
     simpanan yang dibuat di bank Islam
     akan dibayar bahagian keuntungan
     yang diperoleh oleh bank.
3. Tidak membenarkan unsur maisir(perjudian)
dan gharar(ketidakpastian).
a) Bank Islam tidak akan membiayai projek
   yang berunsur perjudian seperti kasino dan
   loteri.
b) Bank Islam juga tidak akan membuat
   pelaburan yang mempunyai unsur gharar
   seperti
   ketidakpastian, penindasan, penipuan, dan
   ketidakadilan kepada mana-mana pihak.
   Oleh itu, aktiviti spekulasi adalah dilarang
   sama sekali.
Prinsip-prinsip Bank Islam
1.   Tiga prinsip syariah yang diamalkan oleh
     bank Islam ialah :
a) Al-Mudharabah(Perkongsian untung)
i) Merupakan perjanjian antara pihak bank
dengan pelanggan dalam mengusahakan
sesuatu projek.
ii) Keuntungan daripada projek akan
dibahagi antara kedua-dua pihak mengikut
kadar yang dipersetujui.
iii)Jika berlaku kerugian, pelanggan akan
    menanggungnya kecuali kerugian itu
    disebabkan oleh kecuaian bank.
b) Al-Musyarakah(Usaha sama)
i) Merupakan perjanjian perkongsian
antara bank dengan dua atau lebih
pelanggan yang bersama-sama
mengendalikan sesuatu projek untuk
mencari keuntungan.
ii)    Keuntungan yang diperoleh akan
       dikongsi bersama mengikut nisbah yang
       telah dipersetujui.
iii)   Jika mengalami kerugian, kerugian
       tersebut akan dikongsi bersama
       mengikut kadar sumbangan modal
       mereka.
c)    Al-Wadiah(Simpanan)
i)    Merupakan perjanjian untuk
      menyimpan harta.
ii)   Pihak bank bertanggungjawab ke atas
      keselamatan harta dan wang tunai
      yang diamanahkan oleh para
      pelanggan.
Perkhidmatan-perkhidmatan
lain bank Islam.
a)   Menerima simpanan daripada orang
     ramai melalui akaun semasa, akaun
     simpanan, dan akaun pelaburan.
b)   Memberi pinjaman dan membiayai
     projek melalui prinsip Al-Mudharabah, Al-
     Bai-Bithaman-Ajil, Al-Ijarah, Al-Qard-Al-
     Hassan, Al-Bai-At-Takjiri.
c)   Membiayai perniagaan berdasarkan Al-
     Musyarakah dan Al-Wakalah.
d)   Lain-lain perkhidmatan seperti
     pertukaran wang asing, menjual cek
     kembara, menjadi pemegang
     amanah, dan mengurus pelaburan bagi
     pihak pelanggan.
Perbezaan antara bank Islam dengan bank
konvensional
Aspek              Bank Islam            Bank konvensional

Urus niaga         Berpandukan kepada    Berdasarkan undang-
                   prinsip-prinsip dan   undang dan
                   hukum syarak.         peraturan Akta
                                         Syarikat.
Faedah atau riba   Tidak dibenarkan      Faedah menjadi
                   faedah dan riba.      amalan biasa dan
                                         merupakan sumber
                                         pendapatan.
Pulangan kepada    Pemegang akan       Pemegang akan
pemegang akaun     dibayar pembahagian dibayar ganjaran
                   keuntungan.         faedah.
Peranan bank       Bank dan pelabur      Bank bebas
                   merupakan rakan       melakukan pelaburan
                   kongsi.               yang menguntungkan.
Pelaburan          Pelaburan bebas        Bank bebas
                   daripada unsur gharar. melakukan pelaburan
INSURANS
 Semua peniaga terdedah kepada risiko yang
 boleh menyebabkan kerugian. Risiko ialah
 kemungkinan berlakunya kemalangan yang
 menyebabkan kerugian. Peniaga boleh
 mendapatkan perlindungan insurans bagi
 melindungi perniagaan mereka daripada
 risiko.
 Risiko yang boleh diinsuranskan ialah boleh
 dikira. Risiko dikira berdasarkan rekod
 kejadian pada masa lalu. Ini penting bagi
 menentukan kadar premium yang akan
 dikenakan.
1.   Untuk mendapatkan
     perlindungan, peniaga perlu membeli
     polisi insurans yang ditawarkan oleh
     syarikat insurans dan membayar sejumlah
     wang yang disebut premium.
2.   Apabila risiko yang diinsuranskan
     berlaku, syarikat insurans akan membayar
     ganti rugi atau pampasan bagi
     meminimumkan kerugian yang dialami.
3. Istilah-istilah insurans :
a)   Si diinsurans/insured
          Pihak yang menyertai rancangan
     insurans atau pemegang polisi.
     b) Penginsurans/Insurer
     Syarikat yang memberi perlindungan
     atau pihak yang menawarkan skim
     insurans.
c) Polisi insurans
      Surat perjanjian atau kontrak antara insured
      dan insurer.
      d) Premium
i)    Bayaran yang dikenakan oleh syarikat
      insurans untuk memberi perlindungan
      kepada insured.
ii)   Premium yang dibayar bergantung kepada
      jenis perlindungan, kadar risiko, jumlah yang
      diinsuranskan, dan tempoh kuat kuasa polisi.
e) Pampasan/ganti rugi
Ganti rugi yang dibayar kepada insured
untuk memulihkannya kepada asal
sebelum mengalami kerugian.
f) Risiko
Kemungkinan berlaku sesuatu perkara
yang tidak diingini.
4. Risiko perniagaan dapat dibahagikan
    kepada :
    Jenis Risiko
    Boleh diinsuranskan
-   Kemalangan            - Kecurian
-   Kebakaran             - Pecah Amanah
-   Rompakan              - Kematian
Tidak boleh diinsuranskan
-   Hutang lapuk               -
    Ketidakstabilan harga
-   Pengurusan tidak cekap         -
    Rusuhan/peperangan
-   Perubahan cita rasa/fesyen     -
    Bencana alam
-   Keadaan politik
-   Kemelesetan ekonomi
a)     Risiko yang boleh diinsuranskan
i)     Risiko yang kekerapan kejadiannya dapat
       diramal dan dikira secara perangkaan dan
       statik.
ii)    Terdapat rekod kekerapan kejadian masa
       lalu mengenai risiko dan kadar premium
       yang munasabah dapat ditetapkan.
iii)   Contoh :
       Kemalangan, kebakaran, rompakan, kecuria
       n, pecah amanah, dan kematian.
b) Risiko yang tidak boleh diinsuranskan.
i)     Risiko yang kekerapan kejadian tidak dapat
       dikira.
ii)    Kadar premium tidak dapat ditetapkan
       kerana tiada maklumat dan data yang
       lengkap mengenai risiko.
iii)   Contoh : Hutang lapuk, pengurusan tidak
       cekap, perubahan cita rasa atau
       fesyen, bencana alam, dan kemelesetan
       ekonomi.
7.   Jenis insurans :

     Jenis insurans          Perlindungan
     a) Kenderaan bermotor   Melindungi peniaga
                             daripada risiko kerugian
                             apabila kenderaan
                             perniagaan terlibat
                             dalam kemalangan atau
                             kecurian.
     b) Kebakaran            Memberi perlindungan
                             terhadap kerugian akibat
                             daripada kebakaran
                             premis, stok, peralatan,
                             dan kelengkapan
                             perniagaan.
c) Jaminan Setia       Melindungi peniaga
                       daripada risiko pecah
                       amanah, penipuan, dan
                       ketidakjujuran pekerja yang
                       diamanhkan dengan wang.
d) Kecurian/rompakan   Memberi perlindungan
                       terhadap
                       kecurian/rompakan wang
                       tunai, stok, peralatan, dan
                       kelengkapan pejabat.
e) Pampasan pekerja    Melindungi peniaga
                       daripada tuntutan ganti
                       rugi pekerja yang ditimpa
                       kemalangan semasa
                       bekerja.
f) Liabiliti Awam   Melindungi peniaga
                    daripada tuntutan ganti
                    rugi oleh orang awam
                    yang cedera atau mati
                    semasa berada di premis
                    niaganya.
g) Nyawa            Memberi perlindungan
                    terhadap risiko kematian
                    atau kelumpuhan
                    anggota badan atau
                    hilang upaya untuk
                    bekerja.
h) Perkapalan       Melindungi kapal dan
                    muatannya daripada risiko
                    kerugian apabila kapal
                    terlibat dalam
                    perlanggaran, pelanunan,
Kepentingan insurans
a)   Melindungi nyawa dan harta benda
     peniaga.
b)   Peniaga lebih yakin walaupun
     menghadapi pelbagai risiko.
c)   Aktiviti perniagaan lebih terjamin dan
     dapat dilakukan secara besar-besaran.
d)   Melindungi peniaga daripada tuntutan
     yang dibuat oleh pekerja atau pihak
     ketiga.
e) Mengurangkan kerugian peniaga
kerana adanya pampasan.
f) Peniaga boleh mendapatkan pinjaman
dengan membuat cagaran polisi.
Jenis syarikat insruans
1)   Syarikat insurans konvensional
     Syarikat insurans yang berdasarkan
     empat prinsip utama iaitu ganti
     rugi, penuh percaya, doktrin punca
     terdekat, dan kepentingan boleh
     diinsuranskan. Contoh MAA
     Assurance, Great Eastern Life
     , Assurance, Malaysia National
     Insurance(MNI).
2) Syarikat Takaful
Syarikat insurans Islam yang berlandaskan
hukum syariah Islam. Contoh Syarikat
Takaful Malaysia Berhad dan Takaful
Nasional Sendirian Berhad.
3. Insurans secara Islam
a)   Si diinsurans dikenal sebagai peserta.
b)   Peserta yang ditimpa kemalangan akan
     dapat manfaat kewangan untuk
     meringankan bebannya.
c)   Syarikat Takaful bertindak sebagai Al-
     Mudharib dan peserta-peserta perlu
     bertindak sebagai Sahib Ul-Mal.
d) Perjanjian dalam prinsip takaful adalah
     berasaskan prinsip Mudharabah. Antara
     perkara yang terkandung dalam
     perjanjian ialah:
i) Cara pembahagian untung
ii) Cara penggunaan wang caruman
iii) Hak-hak dan syarat –syarat perlindungan
iv) Manfaat yang akan diperoleh peserta.
Perbezaan antar insurans takaful dengan insurans konvensional

Insurans Takaful                Insurans Konvensional
Tertakluk kepada Akta           Tertakluk kepada Akta
Takaful 1984                    Insurans 1963(Pindaan 1996)
Tiada unsur riba (faedah)       Mempunyai unsur riba
                                (faedah)
Unsur ghara atau ketiadaan      Bebas membuat pelaburan
penjelasan tidak wujud.         tanpa perlu memaklumkan
Menyata dengan jelas            kepada pemegang polisi.
terhadap pengurusan
premium dan pelaburan.
Insurans Takaful             Insurans Konvensional
Tiada unsur maisir           Mempunyai unsur maisir
(perjudian). Ganti rugi      kerana insured dibayar
dibayar berdasarkan jumlah   ganti rugi berdasarkan
wang caruman terkumpul.      premium yang dibayar.
PERGUDANGAN
1.   Pergudangan bererti kegiatan
     penyimpanan atau penstoran barang di
     tempat yang sesuai dan selamat
     sehingga barang itu diperlukan di
     pasaran.
2.   Tempat penyimpanan barang dikenal
     sebagai gudang.
3.   Tempat peyimpanan barang dikenal
     sebagai gudang.
Peranan Pergudangan
a)  Membolehkan proses pengeluaran
    dijalankan secara berterusan.
   Proses pengeluaran adalah dilakukan
sepanjang masa walaupun kurang permintaan
barang-barang. Barang-barang yang dikeluar
dapat disimpan dalam gudang sementara
menunggu permintaan untuk dijual. Bahan
mentah boleh disimpan di gudang bagi
membolehkan proses pengeluaran tidak
terjejas disebabkan kekurangan bahan
mentah.
b) Menjamin bekalan barang berterusan
   Pergudangan menjamin bekalan barang di pasaran
tidak terputus. Barang yang berlebihan akan disimpan
di gudang supaya dapat dibekal dan diedar
sepanjang tahun.
c) Menstabilkan harga barang di pasaran
Pergudangan membantu menstabilkan harga barang
dengan megimbangkan penawaran dan permintaan
di pasaran. Pergudangan akan menyimpan barang
yang berlebihan dalam gudang dan
mengeluarkannya ke pasaran apabila terdapat
kekurangan. Jika harga barang naik, maka barang di
gudang akan dikeluarkan bagi menurunkan harga
barang yang naik.
d) Mengelakkan kerosakan
dan pembaziran
Barang-barang yang mudah rosak seperti
daging, ikan dan ayam yang mudah rosak disimpan
dalam gudang dingin beku untuk mengelakkan
pembaziran dan kerosakan.
e) Menjamin keselamatan barang
Barang-barang yang disimpan di gudang adalah
terlindung daripada cuaca seperti matahari dan
hujan yang boleh menyebabkan barang rosak. Di
samping itu, gudang yang dilengkapi dengan alat
penggera keselamatan dan sistem pencegah
kebakaran dapat menjamin keselamatan barang
daripada kehilangan dan kecurian..
f) Memecah pukal
Gudang juga dapat berfungsi sebagai
tempat pemecahan pukal. Barang yang
dibeli secara pukal dapat dipecah kepada
kuantiti lebih kecil. Kerja akhir seperti
menggred, menimbang, menyukat, ,memb
ungkus dan melabel dapat dijalankan
supaya barang lebih mudah dijual.
g) Membantu perniagaan
antarabangsa
Gudang telah memudahkan perniagaan
import dan eksport. Barang-barang disimpan di
dalam gudang sebelum ia diimport dan
dieksport. Gudang dalam bon menyedia
tempat kepada pengimport untuk menyimpan
barang sehingga duti import dibayar.
Pergudangan juga membantu perniagaan
entrepot dengan menyimpan barang import
yang diproses sementara menunggu masa
untuk dieksport semula.
Ciri-ciri gudang yang baik
a)   Berdekatan dengan pelabuhan,
     lapangan terbang, dan stesen kereta
     api bagi memudahkan pengangkutan.
b)   Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang
     baik seperti sistem penggera yang baik
     yang dapat mencegah kecurian atau
     rompakan.
c) Kesesuaian gudang dengan barang
yang disimpan seperti barang yang mudah
rosak dan tidak tahan lama disimpan di
gudang dingin beku.
d) Ruan gudang yang luas dan mencukupi
supaya barang dapat disusun dengan
kemas mengikut jenis dan kuantiti.
e) Pengurusan yang cekap dan sistem
perekodan yang teratur supaya gudang
dapat berfungsi dengan berkesan.
f) Peralatan yang lengkap bagi
membolehkan kerja punggah-memunggah
dilakukan dengan cepat dan selamat.
Terdapat beberapa jenis
gudang.
a) Gudang peruncit
       Dimiliki oleh peruncit besar-besaran
untuk menyimpan barang yang dibeli
secara pukal daripada pengilang atau
pemborong..
b) Gudang pemborong
Dimiliki oleh pemborong untuk menyimpan
barang yang dibeli secara pukal daripada
pengilang.
c) Gudang pengilang
Dimiliki oleh pengilang untuk menyimpan
bahan mentah atau barang siap yang
menunggu untuk dijual.
d) Gudang simpanan sejuk
Digunakan untuk menyimpan barang-
barang tidak tahan lama seperti sayur-
sayuran, daging, ikan dan buah-buahan.
e) Gudang bayar dan bawa
Dimiliki oleh pengilang dan pemborong
untuk menjual barang-barang terus
kepada pengguna akhir.
f) Gudang kerajaan
Dimiliki oleh kerajaan untuk menyimpan
barang keluaran agensi kerajaan seperti
BERNAS, FAMA dan LKIM.
g) Gudang Awam
Dimiliki oleh kerajaan untuk disewakan
kepada peniaga.
h) Gudang dalam bon
Dimiliki oleh kerajaan untuk menyimpan
barang yang dikenakan cukai tetapi
cukainya belum dibayar.
Soalan kuiz
1.   Berikan tiga peranan pergudangan
     kepada peniaga.

2.   Nyatakan tiga ciri gudang yang baik.
Pengangkutan
1.   Pengangkutan penting kepada perniagaan kerana
     pengangkutan memindahkan barang atau tenaga
     pekerja dari suatu tempat ke tempat yang lain.
2.   Jenis pengangkutan:
a)   Pengangkutan darat- terdiri daripada pengankutan
     jalan raya dan rel. Pengangkutan ini paling popular
     dan paling banyak digunakan.
b)   Pengangkutan udara-pengangkutan yang paling
     pantas dan mahal. Menggunakan kapal terbang
     dan helikopter dan sesuai untuk mengangkut
     barang-barang kecil, ringan, mahal, segar dan
     diperlukan segera.
c) Pengangkutan air – Cara yang paling murah
tetapi lambat. Amat penting bagi perdagangan
antarabangsa. Sesuai untuk mengangkut
barang-barang yang besar, berat, tahan lama
dan bernilai rendah.
d) Pengangkutan dengan saluran paip.
Cara yang sesuai untuk menghantar bahan
cecair seperti minyak, air serta gas. Saluran
paip boleh dibina di atas tanah, dalam tanah
atau dalam laut. Kos pembinaannya adalah
tinggi.
Peranan pengangkutan
a)  Meluaskan pasaran
Pengangkutan dapat meluaskan pasaran
kerana pengangkutan membolehkan barang
diagih ke merata tempat.
b) Mengurangkan kos penyimpanan stok.
Sistem pengangkutan yang cekap telah
membolehkan bekalan stok dapat diagihkan
ke pasaran dengan segera. Dengan itu, modal
peniaga tidak terikat kepada stok yang
banyak. Peniaga juga dapat menjimatkan kos
pergudangan, kos insurans, dan sebagainya..
c) Meningkatkan pengeluaran
secara besar-besaran
Pasaran yang luas membolehkan
pengeluaran secara besar-besaran
dijalankan untuk memenuhi permintaan.
Pengeluaran secara besar-besaran dapat
menjimatkan kos pengeluaran dan
menurunkan harga barang.
d) Mengurangkan
pembaziran
Pengangkutan dapat mengangkut barang-
barang yang mudah rosak seperti buah-
buahan dan hasil laut ke pasaran sebelum
barang itu hilang kesegaran. Ini daapt
mengurangkan risiko yang akan merugikan
peniaga.
e) Mengalakkan
pertumbuhan ekonomi
negara
Sistem pengangkutan yang cekap akan
menggalakkan pelbagai aktivitii ekonomi
dalam sektor pembuatan, petaniaan dan
perlombongan. Kegiatan ini dapat
mewujudkan peluang pekerjaan dan
meningkatkan taraf hidup penduduk.
f) Membolehkan pergerakan
tenaga buruh
Masalah sumber tenaga buruh
dipermudahkan dengan adanya
pengangkutan. Pengankutan dapat
membawa tenaga buruh ke tempat yang
memerlukan khidmat mereka dengan
segera.
g) Mempelbagaikan pilihan
pengguna
Kemudahan penganktuan telah
membawa pelbagi barang dan
perkhidmatan yagn tidak dapat dikeluar
tempatan dibawa masuk dari negara lain.
Kesannya pengguna dapat menikamti
pilihan barang atau perkhidmatan yang
lebih luas.
h) Menggalakkan perniagaan
antarabangsa
Perdagangan antarabangsa dapat
dijalankan dengan lebih pesat dengan
bantuan kemudahan pengngkutan. Aktiviti
eksport dan import barang dapat
dijalankan dengan lebih mudah dan
sistematik dengan pengangkutan laut dan
udara.
Faktor-faktor yang
mempengaruhi jenis
pengangkutan
a)   Kos pengangkutan-peniaga biasanya
     akan memilih pengangkutan yang
     murah dan ekonomi.
b)   Jenis dan sifat barang- Barang yang
     segar dan dan tidak tahan lama perlu
     dihantar dengan pengangkutan yang
     cepat.
c) Risiko kerosakan
Barang yang mempunyai risiko kerosakan
yang tinggi memerlukan pengangkutan
dan pengendalian yang rapi.
d) Nilai barang
Barang yang bernilai tinggi perlu diangkut
dengan cara pengangkutan yang
mempunyai kawalan keselamatan yang
rapi.
e) Jarak
Peniaga akan memilih jenis pengangkutan
yang sesuai berdasarkan jarak perjalanan.
Bagi jarak perjalanan dekat, pengangkutan
jalan raya lebih sesuai sebab lebih murah
dan cepat. Pengangkutan rel lebih sesuia
bagi perjalanan jarak jauh dalam negara
sebab kadar tambang untuk kereta api
tidak bertambah mengikut kadar jarak
perjalanan.
f) Kesegeraan/keperluan
Barang yang diperlu dengan segera sesuai
diangkut dengan pengangkutan
udara, contohnya ubat, alat ganti mesin
dan sebagainya.
g)Mudah diperoleh
Peniaga perlu mempertimbangkan sama
ada destinasi muatan yang akan dihantar
mempunyai kemudahan pengangkutan
yang dipilih.
h) Kuantiti, saiz dan berat
Saiz, berat, dan kuantiti barang perlu
dipertimbangkan agar jenis pengangkutan
yang dipilih mempunyai ruangan muatan
yang mencukupi.
Soalan kuiz
1.   Nyatakan tiga kepentingan
     pengangkutan kepada peniaga.
2.   Apakah faktor-faktor pemilihan jenis
     pengangkutan?
PROMOSI
1.   Promosi adalah usaha yang dilakukan
     oleh peniaga untuk
     memberitahu, menyedar, memujuk dan
     seterusnya mempengaruhi pengguna
     untuk membeli suatu barang atau
     perkhidmatan.
2.   Promosi dapat dibahagikan kepada
     pengiklanan, jualan langsung, promosi
     jualan, dan publisiti.
Jenis Promosi

                    Jenis promosi




                Jualan     Promosi jualan   Publisiti
Pengiklanan
              langsung
1. Pengiklanan
1.   Pengiklanan diguna untuk memberi
     penerangan dan maklumat tentang
     sesuatu barang atau perkhidmatan
     serta mempengaruhi orang ramai untuk
     membeli.
2.   Ia juga digunakan untuk
     memperkenalkan sesuatu keluaran baru
     dan mengingat orang ramai tentang
     barang dan perkhidmatan yang sedia
     wujud di pasaran.
c) Pengiklanan boleh dijalankan melalui
pelbagai media sama ada media cetak
atau media elektronik.
  d) Media pengiklanan yang biasa
digunakan adalah seperti berikut :
i)   Surat khabar dan majalah
ii) Radio dan televisyen
iii) Poster dan papan tanda
iv) Risalah, katalog, dan surat edaran
v) Peragaan, pameran, dan pertunjukan
vi) Lampu neon
vii) Sampel
viii) Halaman kuning
e) Pemilihan media pengiklanan
bergantung kepada :
i.  kos- pengiklanan melalui televisyen
    adalah lebih mahal daripada majalah
    atau surat khabar.
ii. Jenis barangan – Alat-alat solek dan
    pakaian wanita adalah lebih baik dan
    berkesan jika diiklankan dalam majalah
    wanita.
iii) Liputan pengiklanan- Jika untuk sesuatu
golongan atau kawasan, maka media
seperti poster, pameran, pertunjukan,
peragaan, katalog atau sampel adalah
lebih baik.
iv) Jenis pengguna- media digunakan
mengikut sasara untuk pasaran seperti
untuk kanak-kanak, remaja dan wanita.
2. Jualan langsung
1.   Jualan langsung atau jualan terus
     adalah cara promosi yang melibatkan
     interaksi secara bersemuka antara
     jurujual dengan bakal pembeli.
2.   Jurujual yang terlatih akan mengadakan
     demonstrasi untuk memperkenalkan
     produk dan seterusnya memujuk
     pelanggan untuk membeli barang.
3. Contoh barang-barang yang dijual
secara jualan langsung adalah barang
kosmetik, ubat-ubatan, barang kegunaan
dapur, bekas plastik dan sebagainya.
3. Promosi jualan
a)   Promosi jualan dijalankan untuk
     meningkatkan jualan seta mengeklakan
     memperluaskan pasaran. Promosi jualan
     biasanya digunakan dalam tempoh
     yang singkat sahaja.
b)   Promosi jualan diadakan untuk
     menggalakkan orang ramai datang ke
     tempat promosi dengan tujuan menarik
     perhatian mereka membeli produk yang
     dipromosi.
c) Cara promosi yang biasa digunakan
adalah jualan
murah, demonstrasi, pameran, pemberian
sampel, kupon, diskaun, cabutan bertuah
dan tawaran istimewa.
4. Publisiti
a)   Publisiti merupakan penyampaian
     meklumat mengenai sesuatu produk
     melalui media massa oleh pihak yang
     tidak mempunyai kepentingan
     terhadap sesuatu produk.
b)   Maklumat yang disimpan oleh media
     massa adalah bebas dan berkecuali
     tanpa arahan daripada peniaga.
c) Publisiti boleh dilakukan melalui cara
seperti menaja acara sesuatu pertunjukan
atau pertnadingan untuk menarik
perhatian orang ramai tentang kewujudan
produk.
Soalan kuiz
Maklumat berikut adalah berkaitan
dengan sejenis promosi:

         Syarikat minuman berkoko menaja
      pertandingan bola sepak antara sekolah
                     menengah
Apakah jenis promosi di atas?
A Promosi jualan        C Publisiti
B Jualan langsung       D Pengiklanan
Jawapan : C
Syarikat mendapat publisiti kerana nama
syarikat dan produk disiar dalam media
massa.
Peranan promosi
a)   Memperkenalkan barang dan
     perkhidmatan
b)   Memujuk dan mempengaruhi
     pengguna
c)   Mewujudkan pasaran baru.
d)   Mengekalkan pasaran sedia ada
e)   Meningkatkan jualan dan keuntungan
     perniagaan.
f) Memantapkan imej barand dan syarikat
g)Menyaingi pesaing.
KOMUNIKASI
1.   Komunikasi adalah proses penyampaian
     mesej, maklumat dan pesanan sam ada
     secara lisan atau bukan lisan.
2.   Komunikasi boleh disampaikan dalam
     bentuk lisan seperti telefon, telefon
     bimbit, radio, televisyen dan sidang video.
3.   Komunikasi bukan lisan adalah komunikasi
     secara bertulis, seperti
     surat, telegram, teleks, telefaks dan surat
     khabar.
Peranan Komunikasi
a)   Meluaskan pasaran
b)   Memudahkan peniaga mengetahui keadaan
     pasaran.
c)   Mempercepatkan urusan perniagaan.
d)   Menyampai dan menyebar maklumat.
e)   Memudahkan promosi.
f)   Memudahkan pentadbiran dan kawalan perniagaan-
     Segala dasar dan keputusan syarikat dapat disalurkan
     kepada ahli organisasi dengan segera melalui sistem
     komunikasi yang cekap. Kawalan juga dapat
     dijalankan dengan lebih cekap dengan bantuan alat
     komunikasi. Ini adalah penting untuk perniagaan yang
     mempunyai banyak cawangan.
Jenis-jenis Komunikasi
a)   Televisyen dan radio-dikendalikan oleh
     pihak kerajaan seperti RTM 1 dan pihka
     swasta seperti ASRO
b)   Perkhidmatan pos-dikendalikan
     sepenuhnya oleh Pos Malaysia Berhad.
c)   Perkhidmatan Telekomunikasi-
     dikendalikan oleh TELEKOM, MAXIS, dan
     DIGI. Disediakan dalam bentuk
     lisan, bercetak dan audio visual.
d) Perkhidmatan kurier-memberi
perkhidmatan membawa mel, bungkusan
atau dokumen dengan segera. Contoh
DHL Worldwide.
Faktor-faktor pemilihan jenis
komunikasi
a)   Kos-dipengaruhi kemampuan kewangan
     syarikat.
b)   Jarak-peniaga akan memilih jenis
     komunikasi yang murah pada jarak jauh.
c)   Kesegeraan-komunikasi yang cepat seperti
     kurier dan telefaks.
d)   Jenis maklumat-Bagi maklumat yang sulit,
     jenis komunikasi yang dipilih hendaklah
     selamat.
e)   Mudah didapati-jenis komunikasi yang dipilih
     hendaklah mudah didapati.

More Related Content

What's hot

Lembaga Keuangan Bukan Bank
Lembaga Keuangan Bukan BankLembaga Keuangan Bukan Bank
Lembaga Keuangan Bukan Bankregiandira739
 
ekonomi tentang Pengadaian
ekonomi tentang Pengadaianekonomi tentang Pengadaian
ekonomi tentang PengadaianYogi andreansyah
 
Lembaga Keuangan Bukan Bank (Ekonomi)
Lembaga Keuangan Bukan Bank (Ekonomi)Lembaga Keuangan Bukan Bank (Ekonomi)
Lembaga Keuangan Bukan Bank (Ekonomi)Andri_Ferdians
 
Dasar dasar perbankan
Dasar dasar perbankanDasar dasar perbankan
Dasar dasar perbankanAde Yh
 
Pasar keuangan
Pasar keuanganPasar keuangan
Pasar keuanganyy rahmat
 
Manajemen pelayanan produk dan jasa bank syariah mudharabah dan musyarakah
Manajemen pelayanan produk dan jasa bank syariah mudharabah dan musyarakahManajemen pelayanan produk dan jasa bank syariah mudharabah dan musyarakah
Manajemen pelayanan produk dan jasa bank syariah mudharabah dan musyarakahSurya Suwarna
 
Bank dan Lembaga Keuangan Bukan Bank #1
Bank dan Lembaga Keuangan Bukan Bank #1Bank dan Lembaga Keuangan Bukan Bank #1
Bank dan Lembaga Keuangan Bukan Bank #1Judianto Nugroho
 
Bank dan Lembaga Keuangan Bukan Bank #3
Bank dan Lembaga Keuangan Bukan Bank #3Bank dan Lembaga Keuangan Bukan Bank #3
Bank dan Lembaga Keuangan Bukan Bank #3Judianto Nugroho
 
Makalah perbankan syariah
Makalah perbankan syariahMakalah perbankan syariah
Makalah perbankan syariahIffa Tabahati
 
(PPT) Pegadaian Syari'ah
(PPT) Pegadaian Syari'ah(PPT) Pegadaian Syari'ah
(PPT) Pegadaian Syari'ahKhafidFaozi
 
Prinsip - Prinsip Dasar dalam Produk Perbankan Syariah
Prinsip - Prinsip Dasar dalam Produk Perbankan SyariahPrinsip - Prinsip Dasar dalam Produk Perbankan Syariah
Prinsip - Prinsip Dasar dalam Produk Perbankan SyariahDwi Wahyu
 

What's hot (20)

Lembaga Keuangan Bukan Bank
Lembaga Keuangan Bukan BankLembaga Keuangan Bukan Bank
Lembaga Keuangan Bukan Bank
 
ekonomi tentang Pengadaian
ekonomi tentang Pengadaianekonomi tentang Pengadaian
ekonomi tentang Pengadaian
 
Lembaga Keuangan Bukan Bank (Ekonomi)
Lembaga Keuangan Bukan Bank (Ekonomi)Lembaga Keuangan Bukan Bank (Ekonomi)
Lembaga Keuangan Bukan Bank (Ekonomi)
 
Perbankan Islam
Perbankan IslamPerbankan Islam
Perbankan Islam
 
Gadai Syariah-Rahn
Gadai Syariah-RahnGadai Syariah-Rahn
Gadai Syariah-Rahn
 
Dasar dasar perbankan
Dasar dasar perbankanDasar dasar perbankan
Dasar dasar perbankan
 
Perbankan Syariah (Bank Muamalat)
Perbankan Syariah (Bank Muamalat)Perbankan Syariah (Bank Muamalat)
Perbankan Syariah (Bank Muamalat)
 
Bank Umum
Bank UmumBank Umum
Bank Umum
 
Pegadaian
PegadaianPegadaian
Pegadaian
 
Konsep dasar bank syariah
Konsep dasar bank syariahKonsep dasar bank syariah
Konsep dasar bank syariah
 
Pegadaian
PegadaianPegadaian
Pegadaian
 
Sistem lembaga keuangan bank syariah
Sistem lembaga keuangan bank syariahSistem lembaga keuangan bank syariah
Sistem lembaga keuangan bank syariah
 
Bank
BankBank
Bank
 
Pasar keuangan
Pasar keuanganPasar keuangan
Pasar keuangan
 
Manajemen pelayanan produk dan jasa bank syariah mudharabah dan musyarakah
Manajemen pelayanan produk dan jasa bank syariah mudharabah dan musyarakahManajemen pelayanan produk dan jasa bank syariah mudharabah dan musyarakah
Manajemen pelayanan produk dan jasa bank syariah mudharabah dan musyarakah
 
Bank dan Lembaga Keuangan Bukan Bank #1
Bank dan Lembaga Keuangan Bukan Bank #1Bank dan Lembaga Keuangan Bukan Bank #1
Bank dan Lembaga Keuangan Bukan Bank #1
 
Bank dan Lembaga Keuangan Bukan Bank #3
Bank dan Lembaga Keuangan Bukan Bank #3Bank dan Lembaga Keuangan Bukan Bank #3
Bank dan Lembaga Keuangan Bukan Bank #3
 
Makalah perbankan syariah
Makalah perbankan syariahMakalah perbankan syariah
Makalah perbankan syariah
 
(PPT) Pegadaian Syari'ah
(PPT) Pegadaian Syari'ah(PPT) Pegadaian Syari'ah
(PPT) Pegadaian Syari'ah
 
Prinsip - Prinsip Dasar dalam Produk Perbankan Syariah
Prinsip - Prinsip Dasar dalam Produk Perbankan SyariahPrinsip - Prinsip Dasar dalam Produk Perbankan Syariah
Prinsip - Prinsip Dasar dalam Produk Perbankan Syariah
 

Similar to BAB 2 PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

3. Kegiatan-Kegiatan Bank.pptx
3. Kegiatan-Kegiatan Bank.pptx3. Kegiatan-Kegiatan Bank.pptx
3. Kegiatan-Kegiatan Bank.pptxAdiyathRandy
 
pengertian Bank, lkbk, dan ojk
pengertian Bank, lkbk, dan ojkpengertian Bank, lkbk, dan ojk
pengertian Bank, lkbk, dan ojk-
 
6. Manajemen Bank Berdasarkan Prinsip Syariah.pptx
6. Manajemen Bank Berdasarkan Prinsip Syariah.pptx6. Manajemen Bank Berdasarkan Prinsip Syariah.pptx
6. Manajemen Bank Berdasarkan Prinsip Syariah.pptxAdiyathRandy
 
Soal dan jawaban uas bank dan lembaga keuangan
Soal dan jawaban uas bank dan lembaga keuanganSoal dan jawaban uas bank dan lembaga keuangan
Soal dan jawaban uas bank dan lembaga keuanganM Nasution
 
materi perbankan dan pengertian perbankan
materi perbankan dan pengertian perbankanmateri perbankan dan pengertian perbankan
materi perbankan dan pengertian perbankanssuser2f08aa
 
Pengertian bank
Pengertian bankPengertian bank
Pengertian bankerin130893
 
Menejemen perbankan
Menejemen perbankanMenejemen perbankan
Menejemen perbankanseptia ana
 
Bab 2 Buku Bank dan Lembaga Keuangan Syariah
Bab 2 Buku Bank dan Lembaga Keuangan SyariahBab 2 Buku Bank dan Lembaga Keuangan Syariah
Bab 2 Buku Bank dan Lembaga Keuangan SyariahDiah Ayu Ningsih
 
Manajemen Bank Syariah
Manajemen Bank SyariahManajemen Bank Syariah
Manajemen Bank SyariahDwi Anita
 

Similar to BAB 2 PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN (20)

3. Kegiatan-Kegiatan Bank.pptx
3. Kegiatan-Kegiatan Bank.pptx3. Kegiatan-Kegiatan Bank.pptx
3. Kegiatan-Kegiatan Bank.pptx
 
Sesi iii bank
Sesi iii bankSesi iii bank
Sesi iii bank
 
pengertian Bank, lkbk, dan ojk
pengertian Bank, lkbk, dan ojkpengertian Bank, lkbk, dan ojk
pengertian Bank, lkbk, dan ojk
 
6. Manajemen Bank Berdasarkan Prinsip Syariah.pptx
6. Manajemen Bank Berdasarkan Prinsip Syariah.pptx6. Manajemen Bank Berdasarkan Prinsip Syariah.pptx
6. Manajemen Bank Berdasarkan Prinsip Syariah.pptx
 
DDD
DDDDDD
DDD
 
Slk ch7 manajemen bank umum
Slk ch7 manajemen bank umumSlk ch7 manajemen bank umum
Slk ch7 manajemen bank umum
 
Perbankan
PerbankanPerbankan
Perbankan
 
Soal dan jawaban uas bank dan lembaga keuangan
Soal dan jawaban uas bank dan lembaga keuanganSoal dan jawaban uas bank dan lembaga keuangan
Soal dan jawaban uas bank dan lembaga keuangan
 
Bank umum
Bank umumBank umum
Bank umum
 
materi perbankan dan pengertian perbankan
materi perbankan dan pengertian perbankanmateri perbankan dan pengertian perbankan
materi perbankan dan pengertian perbankan
 
Bank dan kebijakan Moneter
Bank dan kebijakan MoneterBank dan kebijakan Moneter
Bank dan kebijakan Moneter
 
AKTIFITAS PERBANKAN
AKTIFITAS PERBANKANAKTIFITAS PERBANKAN
AKTIFITAS PERBANKAN
 
Pengertian bank
Pengertian bankPengertian bank
Pengertian bank
 
Ekonomi Bank SMAN 73 Jakarta
Ekonomi Bank SMAN 73 JakartaEkonomi Bank SMAN 73 Jakarta
Ekonomi Bank SMAN 73 Jakarta
 
Pengertian harta
Pengertian hartaPengertian harta
Pengertian harta
 
Menejemen perbankan
Menejemen perbankanMenejemen perbankan
Menejemen perbankan
 
Bank dan LKBB
Bank dan LKBB Bank dan LKBB
Bank dan LKBB
 
Bab 2 Buku Bank dan Lembaga Keuangan Syariah
Bab 2 Buku Bank dan Lembaga Keuangan SyariahBab 2 Buku Bank dan Lembaga Keuangan Syariah
Bab 2 Buku Bank dan Lembaga Keuangan Syariah
 
Manajemen Bank Syariah
Manajemen Bank SyariahManajemen Bank Syariah
Manajemen Bank Syariah
 
Bank
BankBank
Bank
 

More from Nazie War

Konsumerisme form 3
Konsumerisme form 3Konsumerisme form 3
Konsumerisme form 3Nazie War
 
Pkh form 2 (thursday, 3.4.2013)bab 2 penubuhan dan pengendalian perniagaan
Pkh form 2 (thursday, 3.4.2013)bab 2 penubuhan dan pengendalian perniagaanPkh form 2 (thursday, 3.4.2013)bab 2 penubuhan dan pengendalian perniagaan
Pkh form 2 (thursday, 3.4.2013)bab 2 penubuhan dan pengendalian perniagaanNazie War
 
Pkh(perd),bab 1 pengenalan kepada perniagaan
Pkh(perd),bab  1 pengenalan kepada perniagaanPkh(perd),bab  1 pengenalan kepada perniagaan
Pkh(perd),bab 1 pengenalan kepada perniagaanNazie War
 
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)Nazie War
 
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)Nazie War
 
Pkh perdagangan(bab 2)
Pkh perdagangan(bab 2)Pkh perdagangan(bab 2)
Pkh perdagangan(bab 2)Nazie War
 

More from Nazie War (6)

Konsumerisme form 3
Konsumerisme form 3Konsumerisme form 3
Konsumerisme form 3
 
Pkh form 2 (thursday, 3.4.2013)bab 2 penubuhan dan pengendalian perniagaan
Pkh form 2 (thursday, 3.4.2013)bab 2 penubuhan dan pengendalian perniagaanPkh form 2 (thursday, 3.4.2013)bab 2 penubuhan dan pengendalian perniagaan
Pkh form 2 (thursday, 3.4.2013)bab 2 penubuhan dan pengendalian perniagaan
 
Pkh(perd),bab 1 pengenalan kepada perniagaan
Pkh(perd),bab  1 pengenalan kepada perniagaanPkh(perd),bab  1 pengenalan kepada perniagaan
Pkh(perd),bab 1 pengenalan kepada perniagaan
 
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)
 
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)
 
Pkh perdagangan(bab 2)
Pkh perdagangan(bab 2)Pkh perdagangan(bab 2)
Pkh perdagangan(bab 2)
 

BAB 2 PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

  • 2. Jenis-jenis Bantuan Perniagaan Bank 1. Bank adalah institusi kewangan yang menyediakan perkhidmatan seperti simpanan bayaran, dan pelbagai pembiayaan yang memudahkan peniaga. 2. Antara beberapa kepentingan perbankan adalah :
  • 3. a) Menyediakan kemudahan penyimpanan wang. Bank menyediakan kemudahan menyimpan wang kepada peniaga melalui akaun simpanan, akaun simpanan tetap dan akaun semasa.
  • 4. b) Menyediakan kemudahan membuat dan menerima bayaran i) Bank membuat pembayaran bagi pihak peniaga melalui sistem cek. Cek merupakan arahan pemegang akaun semasa kepada bank untuk membuat bayaran kepada pihak lain.
  • 5. ii) Pihak bank juga menerima bayaran untuk peniaga. Apabila seseorang peniaga memasukkan cek yang diterimanya ke dalam bank, pihak bank akan memungut bayaran baginya.
  • 6. c) Menyediakan kemudahan pembiayaan i) Bank memberi pinjaman kepada peniaga melalui kemudahan overdraf dan pinjaman. ii) Kemudahan overdraf adalah diberi kepada pemegang akaun semasa. Kemudahan ini membenarkan pelanggan mengeluarkan wang melebihi jumlah deposit dalam akaun semasanya.
  • 7. iii) Bank juga memberi pinjaman kepada peniaga melalui pinjaman bercagaran dan kad kredit. d) Menyediakan perkhidmatan lain Bank juga menyediakan perkhidmatan lain kepada peniaga seperti pertukaran wang asing, cek kembara, peti simpanan selamat, perkhidmatan nasihat dan perundingan serta sebagai pemegang amanah.
  • 8. BANK PUSAT 1. Bank pusat di Malaysia dikenal sebagai Bank Negara Malaysia(BNM). 2. Bank Negara adalah ditubuh dan dimiliki oleh kerajaan. 3. Bank pusat mengawasi dan mengawal pelaksanaan dasar dan peraturan kewangan yang ditetapkan.
  • 9. Fungsi Bank Pusat a. Mengeluar dan mengawal mata wang negara. b. Menjadi jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan. c. Menjadi jurubank dan peminjam terakhir kepada bank perdagangan. d. Mengawal penghantaran wang ke luar negara.
  • 10. e. Menyediakan tempat penjelasan cek f. Melaksanakan dasar-dasar kewangan kerajaan.
  • 11. Bank Perdagangan 1. Merupakan institusi kewangan yang diurus dan dimiliki sepenuhnya oleh swasta. 2. Bank perdagangan memberi perkhidmatan kepada orang ramai dengan tujuan mendapat keuntungan. 3. Contoh bank perdagangan di Malaysia adalah: a. Malayan Banking Berhad
  • 12. b. Public Bank c. CIMB Bank d. Hong Leong Bank Berhad
  • 13. Fungsi bank perdagangan a. Menerima dan menyimpan wang melalui akaun simpanan, akaun simpanan tetap, dan akaun semasa. b. Menyediakan perkhidmatan pertukaran mata wang asing. c. Kad kredit dan kad ATM d. Peti simpanan selamat e. Menjual cek kembara
  • 14. f) Perkhidmatan wasiat dan pemegang amanah g) Perbankan elektronik h) Memberi khidmat nasihat dan pelaburan i) Menjadi perujuk atau mengeluar surat rujukan
  • 15. Bank Saudagar 1. Bank yang hanya menawarkan perkhidmatan kepada badan perniagaan yang besar seperti syarikat berhad. 2. Bank saudagar tidak menyediakan perkhidmatan kepada orang awam. 3. Contoh-contoh bank saudagar seperti a) AmMerchant Bank Berhad b) RHB Sakura Merchant Bank Berhad
  • 16. 4. Fungsi bank saudagar: a) Memberi pinjaman kepada syarikat besar b) Menerima simpanan daripada syarikat besar. c) Membantu mengurus pelaburan bagi pihak syarikat berhad agar dapat keuntungan. d) Membantu syarikat berhad dalam pengambilalihan dan pencantuman syarikat berhad
  • 17. e) Membantu syarikat berhad menerbitkan syer dan debentur dan juga menyenaraikan syer di Bursa Saham.
  • 18. Bank badan berkanun 1. Bank badan berkanun adalah dimiliki oleh kerajaan kerana modalnya disumbang oleh kerajaan. 2. Bank badan berkanun adalah ditubuhkan oleh kerajaan bagi menyedia perkhidmatan dalam sektor- sektor tertentu.
  • 19. 3. Tiga jenis contoh bank badan berkanun: a) Bank simpanan Nasional. Untuk menggalakkan orang ramai menyimpan wang secara kecil-kecilan. b) Bank Pembangunan Malaysia Berhad. Untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perniagaan dan perindustrian.
  • 20. c) Bank Pertanian Malaysia/Agro Bank Untuk menggalakkan pembangunan dan perkembangan sektor pertanian.
  • 21. Bank Koperasi 1. Bank koperasi adalah bank yang ditubuh untuk menjaga dan melindungi kebajikan dan kepentingan anggotanya. 2. Bank koperasi ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1948 untuk mempergiatkan pergerakan koperasi dan semangat bekerjasama di antara ahlinya. 3. Bank koperasi mendapat modal melalui jualan saham dan simpanan daripada anggotanya.
  • 22. 4. Contoh bank koperasi: a. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau Bank Rakyat. b. Bank Persatuan Malaysia Berhad.
  • 23. Fungsi bank koperasi : a. Memberi pinjaman kepada anggotanya. b. Menyediakan kemudahan akaun simpanan dan simpanan tetap. c. Membuat pelaburan dalam projek pembangunan dan sebagainya.
  • 24. Bank Islam 1. Bank Islam ditubuhkan mengikut Akta Bank Islam 1983 yang menjalankan aktivitinya mengikut syariah Islam. 2. Contoh bank Islam ialah : a) Bank Islam Malaysia Berhad b) Bank Muamalat Malaysia Berhad
  • 25. Ciri-ciri bank Islam 1. Tidak membenarkan riba. a) Ini bermakna bank Islam tidak menerima dan membayar faedah atas pelaburannya. b) Bank Islam tidak boleh membeli bon dan sekuriti kerajaan yang berasaskan faedah. c) Akta Pelaburan Kerajaan 1983 telah dilulus bagi kerajaan menerbit sijil atau bon pelaburan kerajaan berdasarkan syariah Islam. Hal ini membolehkan Bank Islam melabur sijil tersebut bagi mengikuti keperluan rizab yang ditetapkan.
  • 26. 2. Konsep perkongsian untung rugi a) Konsep ini diamal bagi mengganti konsep faedah. b) Ini bermakna semua pelaburan dan simpanan yang dibuat di bank Islam akan dibayar bahagian keuntungan yang diperoleh oleh bank.
  • 27. 3. Tidak membenarkan unsur maisir(perjudian) dan gharar(ketidakpastian). a) Bank Islam tidak akan membiayai projek yang berunsur perjudian seperti kasino dan loteri. b) Bank Islam juga tidak akan membuat pelaburan yang mempunyai unsur gharar seperti ketidakpastian, penindasan, penipuan, dan ketidakadilan kepada mana-mana pihak. Oleh itu, aktiviti spekulasi adalah dilarang sama sekali.
  • 28. Prinsip-prinsip Bank Islam 1. Tiga prinsip syariah yang diamalkan oleh bank Islam ialah : a) Al-Mudharabah(Perkongsian untung) i) Merupakan perjanjian antara pihak bank dengan pelanggan dalam mengusahakan sesuatu projek. ii) Keuntungan daripada projek akan dibahagi antara kedua-dua pihak mengikut kadar yang dipersetujui.
  • 29. iii)Jika berlaku kerugian, pelanggan akan menanggungnya kecuali kerugian itu disebabkan oleh kecuaian bank. b) Al-Musyarakah(Usaha sama) i) Merupakan perjanjian perkongsian antara bank dengan dua atau lebih pelanggan yang bersama-sama mengendalikan sesuatu projek untuk mencari keuntungan.
  • 30. ii) Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi bersama mengikut nisbah yang telah dipersetujui. iii) Jika mengalami kerugian, kerugian tersebut akan dikongsi bersama mengikut kadar sumbangan modal mereka.
  • 31. c) Al-Wadiah(Simpanan) i) Merupakan perjanjian untuk menyimpan harta. ii) Pihak bank bertanggungjawab ke atas keselamatan harta dan wang tunai yang diamanahkan oleh para pelanggan.
  • 32. Perkhidmatan-perkhidmatan lain bank Islam. a) Menerima simpanan daripada orang ramai melalui akaun semasa, akaun simpanan, dan akaun pelaburan. b) Memberi pinjaman dan membiayai projek melalui prinsip Al-Mudharabah, Al- Bai-Bithaman-Ajil, Al-Ijarah, Al-Qard-Al- Hassan, Al-Bai-At-Takjiri.
  • 33. c) Membiayai perniagaan berdasarkan Al- Musyarakah dan Al-Wakalah. d) Lain-lain perkhidmatan seperti pertukaran wang asing, menjual cek kembara, menjadi pemegang amanah, dan mengurus pelaburan bagi pihak pelanggan.
  • 34. Perbezaan antara bank Islam dengan bank konvensional Aspek Bank Islam Bank konvensional Urus niaga Berpandukan kepada Berdasarkan undang- prinsip-prinsip dan undang dan hukum syarak. peraturan Akta Syarikat. Faedah atau riba Tidak dibenarkan Faedah menjadi faedah dan riba. amalan biasa dan merupakan sumber pendapatan. Pulangan kepada Pemegang akan Pemegang akan pemegang akaun dibayar pembahagian dibayar ganjaran keuntungan. faedah. Peranan bank Bank dan pelabur Bank bebas merupakan rakan melakukan pelaburan kongsi. yang menguntungkan. Pelaburan Pelaburan bebas Bank bebas daripada unsur gharar. melakukan pelaburan
  • 35. INSURANS Semua peniaga terdedah kepada risiko yang boleh menyebabkan kerugian. Risiko ialah kemungkinan berlakunya kemalangan yang menyebabkan kerugian. Peniaga boleh mendapatkan perlindungan insurans bagi melindungi perniagaan mereka daripada risiko. Risiko yang boleh diinsuranskan ialah boleh dikira. Risiko dikira berdasarkan rekod kejadian pada masa lalu. Ini penting bagi menentukan kadar premium yang akan dikenakan.
  • 36. 1. Untuk mendapatkan perlindungan, peniaga perlu membeli polisi insurans yang ditawarkan oleh syarikat insurans dan membayar sejumlah wang yang disebut premium. 2. Apabila risiko yang diinsuranskan berlaku, syarikat insurans akan membayar ganti rugi atau pampasan bagi meminimumkan kerugian yang dialami.
  • 37. 3. Istilah-istilah insurans : a) Si diinsurans/insured Pihak yang menyertai rancangan insurans atau pemegang polisi. b) Penginsurans/Insurer Syarikat yang memberi perlindungan atau pihak yang menawarkan skim insurans.
  • 38. c) Polisi insurans Surat perjanjian atau kontrak antara insured dan insurer. d) Premium i) Bayaran yang dikenakan oleh syarikat insurans untuk memberi perlindungan kepada insured. ii) Premium yang dibayar bergantung kepada jenis perlindungan, kadar risiko, jumlah yang diinsuranskan, dan tempoh kuat kuasa polisi.
  • 39. e) Pampasan/ganti rugi Ganti rugi yang dibayar kepada insured untuk memulihkannya kepada asal sebelum mengalami kerugian. f) Risiko Kemungkinan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.
  • 40. 4. Risiko perniagaan dapat dibahagikan kepada : Jenis Risiko Boleh diinsuranskan - Kemalangan - Kecurian - Kebakaran - Pecah Amanah - Rompakan - Kematian
  • 41. Tidak boleh diinsuranskan - Hutang lapuk - Ketidakstabilan harga - Pengurusan tidak cekap - Rusuhan/peperangan - Perubahan cita rasa/fesyen - Bencana alam - Keadaan politik - Kemelesetan ekonomi
  • 42. a) Risiko yang boleh diinsuranskan i) Risiko yang kekerapan kejadiannya dapat diramal dan dikira secara perangkaan dan statik. ii) Terdapat rekod kekerapan kejadian masa lalu mengenai risiko dan kadar premium yang munasabah dapat ditetapkan. iii) Contoh : Kemalangan, kebakaran, rompakan, kecuria n, pecah amanah, dan kematian.
  • 43. b) Risiko yang tidak boleh diinsuranskan. i) Risiko yang kekerapan kejadian tidak dapat dikira. ii) Kadar premium tidak dapat ditetapkan kerana tiada maklumat dan data yang lengkap mengenai risiko. iii) Contoh : Hutang lapuk, pengurusan tidak cekap, perubahan cita rasa atau fesyen, bencana alam, dan kemelesetan ekonomi.
  • 44. 7. Jenis insurans : Jenis insurans Perlindungan a) Kenderaan bermotor Melindungi peniaga daripada risiko kerugian apabila kenderaan perniagaan terlibat dalam kemalangan atau kecurian. b) Kebakaran Memberi perlindungan terhadap kerugian akibat daripada kebakaran premis, stok, peralatan, dan kelengkapan perniagaan.
  • 45. c) Jaminan Setia Melindungi peniaga daripada risiko pecah amanah, penipuan, dan ketidakjujuran pekerja yang diamanhkan dengan wang. d) Kecurian/rompakan Memberi perlindungan terhadap kecurian/rompakan wang tunai, stok, peralatan, dan kelengkapan pejabat. e) Pampasan pekerja Melindungi peniaga daripada tuntutan ganti rugi pekerja yang ditimpa kemalangan semasa bekerja.
  • 46. f) Liabiliti Awam Melindungi peniaga daripada tuntutan ganti rugi oleh orang awam yang cedera atau mati semasa berada di premis niaganya. g) Nyawa Memberi perlindungan terhadap risiko kematian atau kelumpuhan anggota badan atau hilang upaya untuk bekerja. h) Perkapalan Melindungi kapal dan muatannya daripada risiko kerugian apabila kapal terlibat dalam perlanggaran, pelanunan,
  • 47. Kepentingan insurans a) Melindungi nyawa dan harta benda peniaga. b) Peniaga lebih yakin walaupun menghadapi pelbagai risiko. c) Aktiviti perniagaan lebih terjamin dan dapat dilakukan secara besar-besaran. d) Melindungi peniaga daripada tuntutan yang dibuat oleh pekerja atau pihak ketiga.
  • 48. e) Mengurangkan kerugian peniaga kerana adanya pampasan. f) Peniaga boleh mendapatkan pinjaman dengan membuat cagaran polisi.
  • 49. Jenis syarikat insruans 1) Syarikat insurans konvensional Syarikat insurans yang berdasarkan empat prinsip utama iaitu ganti rugi, penuh percaya, doktrin punca terdekat, dan kepentingan boleh diinsuranskan. Contoh MAA Assurance, Great Eastern Life , Assurance, Malaysia National Insurance(MNI).
  • 50. 2) Syarikat Takaful Syarikat insurans Islam yang berlandaskan hukum syariah Islam. Contoh Syarikat Takaful Malaysia Berhad dan Takaful Nasional Sendirian Berhad.
  • 51. 3. Insurans secara Islam a) Si diinsurans dikenal sebagai peserta. b) Peserta yang ditimpa kemalangan akan dapat manfaat kewangan untuk meringankan bebannya. c) Syarikat Takaful bertindak sebagai Al- Mudharib dan peserta-peserta perlu bertindak sebagai Sahib Ul-Mal.
  • 52. d) Perjanjian dalam prinsip takaful adalah berasaskan prinsip Mudharabah. Antara perkara yang terkandung dalam perjanjian ialah: i) Cara pembahagian untung ii) Cara penggunaan wang caruman iii) Hak-hak dan syarat –syarat perlindungan iv) Manfaat yang akan diperoleh peserta.
  • 53. Perbezaan antar insurans takaful dengan insurans konvensional Insurans Takaful Insurans Konvensional Tertakluk kepada Akta Tertakluk kepada Akta Takaful 1984 Insurans 1963(Pindaan 1996) Tiada unsur riba (faedah) Mempunyai unsur riba (faedah) Unsur ghara atau ketiadaan Bebas membuat pelaburan penjelasan tidak wujud. tanpa perlu memaklumkan Menyata dengan jelas kepada pemegang polisi. terhadap pengurusan premium dan pelaburan.
  • 54. Insurans Takaful Insurans Konvensional Tiada unsur maisir Mempunyai unsur maisir (perjudian). Ganti rugi kerana insured dibayar dibayar berdasarkan jumlah ganti rugi berdasarkan wang caruman terkumpul. premium yang dibayar.
  • 55. PERGUDANGAN 1. Pergudangan bererti kegiatan penyimpanan atau penstoran barang di tempat yang sesuai dan selamat sehingga barang itu diperlukan di pasaran. 2. Tempat penyimpanan barang dikenal sebagai gudang. 3. Tempat peyimpanan barang dikenal sebagai gudang.
  • 56. Peranan Pergudangan a) Membolehkan proses pengeluaran dijalankan secara berterusan. Proses pengeluaran adalah dilakukan sepanjang masa walaupun kurang permintaan barang-barang. Barang-barang yang dikeluar dapat disimpan dalam gudang sementara menunggu permintaan untuk dijual. Bahan mentah boleh disimpan di gudang bagi membolehkan proses pengeluaran tidak terjejas disebabkan kekurangan bahan mentah.
  • 57. b) Menjamin bekalan barang berterusan Pergudangan menjamin bekalan barang di pasaran tidak terputus. Barang yang berlebihan akan disimpan di gudang supaya dapat dibekal dan diedar sepanjang tahun. c) Menstabilkan harga barang di pasaran Pergudangan membantu menstabilkan harga barang dengan megimbangkan penawaran dan permintaan di pasaran. Pergudangan akan menyimpan barang yang berlebihan dalam gudang dan mengeluarkannya ke pasaran apabila terdapat kekurangan. Jika harga barang naik, maka barang di gudang akan dikeluarkan bagi menurunkan harga barang yang naik.
  • 58. d) Mengelakkan kerosakan dan pembaziran Barang-barang yang mudah rosak seperti daging, ikan dan ayam yang mudah rosak disimpan dalam gudang dingin beku untuk mengelakkan pembaziran dan kerosakan. e) Menjamin keselamatan barang Barang-barang yang disimpan di gudang adalah terlindung daripada cuaca seperti matahari dan hujan yang boleh menyebabkan barang rosak. Di samping itu, gudang yang dilengkapi dengan alat penggera keselamatan dan sistem pencegah kebakaran dapat menjamin keselamatan barang daripada kehilangan dan kecurian..
  • 59. f) Memecah pukal Gudang juga dapat berfungsi sebagai tempat pemecahan pukal. Barang yang dibeli secara pukal dapat dipecah kepada kuantiti lebih kecil. Kerja akhir seperti menggred, menimbang, menyukat, ,memb ungkus dan melabel dapat dijalankan supaya barang lebih mudah dijual.
  • 60. g) Membantu perniagaan antarabangsa Gudang telah memudahkan perniagaan import dan eksport. Barang-barang disimpan di dalam gudang sebelum ia diimport dan dieksport. Gudang dalam bon menyedia tempat kepada pengimport untuk menyimpan barang sehingga duti import dibayar. Pergudangan juga membantu perniagaan entrepot dengan menyimpan barang import yang diproses sementara menunggu masa untuk dieksport semula.
  • 61. Ciri-ciri gudang yang baik a) Berdekatan dengan pelabuhan, lapangan terbang, dan stesen kereta api bagi memudahkan pengangkutan. b) Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik seperti sistem penggera yang baik yang dapat mencegah kecurian atau rompakan.
  • 62. c) Kesesuaian gudang dengan barang yang disimpan seperti barang yang mudah rosak dan tidak tahan lama disimpan di gudang dingin beku. d) Ruan gudang yang luas dan mencukupi supaya barang dapat disusun dengan kemas mengikut jenis dan kuantiti.
  • 63. e) Pengurusan yang cekap dan sistem perekodan yang teratur supaya gudang dapat berfungsi dengan berkesan. f) Peralatan yang lengkap bagi membolehkan kerja punggah-memunggah dilakukan dengan cepat dan selamat.
  • 64. Terdapat beberapa jenis gudang. a) Gudang peruncit Dimiliki oleh peruncit besar-besaran untuk menyimpan barang yang dibeli secara pukal daripada pengilang atau pemborong.. b) Gudang pemborong Dimiliki oleh pemborong untuk menyimpan barang yang dibeli secara pukal daripada pengilang.
  • 65. c) Gudang pengilang Dimiliki oleh pengilang untuk menyimpan bahan mentah atau barang siap yang menunggu untuk dijual.
  • 66. d) Gudang simpanan sejuk Digunakan untuk menyimpan barang- barang tidak tahan lama seperti sayur- sayuran, daging, ikan dan buah-buahan.
  • 67. e) Gudang bayar dan bawa Dimiliki oleh pengilang dan pemborong untuk menjual barang-barang terus kepada pengguna akhir.
  • 68. f) Gudang kerajaan Dimiliki oleh kerajaan untuk menyimpan barang keluaran agensi kerajaan seperti BERNAS, FAMA dan LKIM.
  • 69. g) Gudang Awam Dimiliki oleh kerajaan untuk disewakan kepada peniaga.
  • 70. h) Gudang dalam bon Dimiliki oleh kerajaan untuk menyimpan barang yang dikenakan cukai tetapi cukainya belum dibayar.
  • 71. Soalan kuiz 1. Berikan tiga peranan pergudangan kepada peniaga. 2. Nyatakan tiga ciri gudang yang baik.
  • 72. Pengangkutan 1. Pengangkutan penting kepada perniagaan kerana pengangkutan memindahkan barang atau tenaga pekerja dari suatu tempat ke tempat yang lain. 2. Jenis pengangkutan: a) Pengangkutan darat- terdiri daripada pengankutan jalan raya dan rel. Pengangkutan ini paling popular dan paling banyak digunakan. b) Pengangkutan udara-pengangkutan yang paling pantas dan mahal. Menggunakan kapal terbang dan helikopter dan sesuai untuk mengangkut barang-barang kecil, ringan, mahal, segar dan diperlukan segera.
  • 73. c) Pengangkutan air – Cara yang paling murah tetapi lambat. Amat penting bagi perdagangan antarabangsa. Sesuai untuk mengangkut barang-barang yang besar, berat, tahan lama dan bernilai rendah. d) Pengangkutan dengan saluran paip. Cara yang sesuai untuk menghantar bahan cecair seperti minyak, air serta gas. Saluran paip boleh dibina di atas tanah, dalam tanah atau dalam laut. Kos pembinaannya adalah tinggi.
  • 74. Peranan pengangkutan a) Meluaskan pasaran Pengangkutan dapat meluaskan pasaran kerana pengangkutan membolehkan barang diagih ke merata tempat. b) Mengurangkan kos penyimpanan stok. Sistem pengangkutan yang cekap telah membolehkan bekalan stok dapat diagihkan ke pasaran dengan segera. Dengan itu, modal peniaga tidak terikat kepada stok yang banyak. Peniaga juga dapat menjimatkan kos pergudangan, kos insurans, dan sebagainya..
  • 75. c) Meningkatkan pengeluaran secara besar-besaran Pasaran yang luas membolehkan pengeluaran secara besar-besaran dijalankan untuk memenuhi permintaan. Pengeluaran secara besar-besaran dapat menjimatkan kos pengeluaran dan menurunkan harga barang.
  • 76. d) Mengurangkan pembaziran Pengangkutan dapat mengangkut barang- barang yang mudah rosak seperti buah- buahan dan hasil laut ke pasaran sebelum barang itu hilang kesegaran. Ini daapt mengurangkan risiko yang akan merugikan peniaga.
  • 77. e) Mengalakkan pertumbuhan ekonomi negara Sistem pengangkutan yang cekap akan menggalakkan pelbagai aktivitii ekonomi dalam sektor pembuatan, petaniaan dan perlombongan. Kegiatan ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup penduduk.
  • 78. f) Membolehkan pergerakan tenaga buruh Masalah sumber tenaga buruh dipermudahkan dengan adanya pengangkutan. Pengankutan dapat membawa tenaga buruh ke tempat yang memerlukan khidmat mereka dengan segera.
  • 79. g) Mempelbagaikan pilihan pengguna Kemudahan penganktuan telah membawa pelbagi barang dan perkhidmatan yagn tidak dapat dikeluar tempatan dibawa masuk dari negara lain. Kesannya pengguna dapat menikamti pilihan barang atau perkhidmatan yang lebih luas.
  • 80. h) Menggalakkan perniagaan antarabangsa Perdagangan antarabangsa dapat dijalankan dengan lebih pesat dengan bantuan kemudahan pengngkutan. Aktiviti eksport dan import barang dapat dijalankan dengan lebih mudah dan sistematik dengan pengangkutan laut dan udara.
  • 81. Faktor-faktor yang mempengaruhi jenis pengangkutan a) Kos pengangkutan-peniaga biasanya akan memilih pengangkutan yang murah dan ekonomi. b) Jenis dan sifat barang- Barang yang segar dan dan tidak tahan lama perlu dihantar dengan pengangkutan yang cepat.
  • 82. c) Risiko kerosakan Barang yang mempunyai risiko kerosakan yang tinggi memerlukan pengangkutan dan pengendalian yang rapi.
  • 83. d) Nilai barang Barang yang bernilai tinggi perlu diangkut dengan cara pengangkutan yang mempunyai kawalan keselamatan yang rapi.
  • 84. e) Jarak Peniaga akan memilih jenis pengangkutan yang sesuai berdasarkan jarak perjalanan. Bagi jarak perjalanan dekat, pengangkutan jalan raya lebih sesuai sebab lebih murah dan cepat. Pengangkutan rel lebih sesuia bagi perjalanan jarak jauh dalam negara sebab kadar tambang untuk kereta api tidak bertambah mengikut kadar jarak perjalanan.
  • 85. f) Kesegeraan/keperluan Barang yang diperlu dengan segera sesuai diangkut dengan pengangkutan udara, contohnya ubat, alat ganti mesin dan sebagainya.
  • 86. g)Mudah diperoleh Peniaga perlu mempertimbangkan sama ada destinasi muatan yang akan dihantar mempunyai kemudahan pengangkutan yang dipilih.
  • 87. h) Kuantiti, saiz dan berat Saiz, berat, dan kuantiti barang perlu dipertimbangkan agar jenis pengangkutan yang dipilih mempunyai ruangan muatan yang mencukupi.
  • 88. Soalan kuiz 1. Nyatakan tiga kepentingan pengangkutan kepada peniaga. 2. Apakah faktor-faktor pemilihan jenis pengangkutan?
  • 89. PROMOSI 1. Promosi adalah usaha yang dilakukan oleh peniaga untuk memberitahu, menyedar, memujuk dan seterusnya mempengaruhi pengguna untuk membeli suatu barang atau perkhidmatan. 2. Promosi dapat dibahagikan kepada pengiklanan, jualan langsung, promosi jualan, dan publisiti.
  • 90. Jenis Promosi Jenis promosi Jualan Promosi jualan Publisiti Pengiklanan langsung
  • 91. 1. Pengiklanan 1. Pengiklanan diguna untuk memberi penerangan dan maklumat tentang sesuatu barang atau perkhidmatan serta mempengaruhi orang ramai untuk membeli. 2. Ia juga digunakan untuk memperkenalkan sesuatu keluaran baru dan mengingat orang ramai tentang barang dan perkhidmatan yang sedia wujud di pasaran.
  • 92. c) Pengiklanan boleh dijalankan melalui pelbagai media sama ada media cetak atau media elektronik. d) Media pengiklanan yang biasa digunakan adalah seperti berikut : i) Surat khabar dan majalah ii) Radio dan televisyen iii) Poster dan papan tanda
  • 93. iv) Risalah, katalog, dan surat edaran v) Peragaan, pameran, dan pertunjukan vi) Lampu neon vii) Sampel viii) Halaman kuning
  • 94. e) Pemilihan media pengiklanan bergantung kepada : i. kos- pengiklanan melalui televisyen adalah lebih mahal daripada majalah atau surat khabar. ii. Jenis barangan – Alat-alat solek dan pakaian wanita adalah lebih baik dan berkesan jika diiklankan dalam majalah wanita.
  • 95. iii) Liputan pengiklanan- Jika untuk sesuatu golongan atau kawasan, maka media seperti poster, pameran, pertunjukan, peragaan, katalog atau sampel adalah lebih baik. iv) Jenis pengguna- media digunakan mengikut sasara untuk pasaran seperti untuk kanak-kanak, remaja dan wanita.
  • 96. 2. Jualan langsung 1. Jualan langsung atau jualan terus adalah cara promosi yang melibatkan interaksi secara bersemuka antara jurujual dengan bakal pembeli. 2. Jurujual yang terlatih akan mengadakan demonstrasi untuk memperkenalkan produk dan seterusnya memujuk pelanggan untuk membeli barang.
  • 97. 3. Contoh barang-barang yang dijual secara jualan langsung adalah barang kosmetik, ubat-ubatan, barang kegunaan dapur, bekas plastik dan sebagainya.
  • 98. 3. Promosi jualan a) Promosi jualan dijalankan untuk meningkatkan jualan seta mengeklakan memperluaskan pasaran. Promosi jualan biasanya digunakan dalam tempoh yang singkat sahaja. b) Promosi jualan diadakan untuk menggalakkan orang ramai datang ke tempat promosi dengan tujuan menarik perhatian mereka membeli produk yang dipromosi.
  • 99. c) Cara promosi yang biasa digunakan adalah jualan murah, demonstrasi, pameran, pemberian sampel, kupon, diskaun, cabutan bertuah dan tawaran istimewa.
  • 100. 4. Publisiti a) Publisiti merupakan penyampaian meklumat mengenai sesuatu produk melalui media massa oleh pihak yang tidak mempunyai kepentingan terhadap sesuatu produk. b) Maklumat yang disimpan oleh media massa adalah bebas dan berkecuali tanpa arahan daripada peniaga.
  • 101. c) Publisiti boleh dilakukan melalui cara seperti menaja acara sesuatu pertunjukan atau pertnadingan untuk menarik perhatian orang ramai tentang kewujudan produk.
  • 102. Soalan kuiz Maklumat berikut adalah berkaitan dengan sejenis promosi: Syarikat minuman berkoko menaja pertandingan bola sepak antara sekolah menengah Apakah jenis promosi di atas? A Promosi jualan C Publisiti B Jualan langsung D Pengiklanan
  • 103. Jawapan : C Syarikat mendapat publisiti kerana nama syarikat dan produk disiar dalam media massa.
  • 104. Peranan promosi a) Memperkenalkan barang dan perkhidmatan b) Memujuk dan mempengaruhi pengguna c) Mewujudkan pasaran baru. d) Mengekalkan pasaran sedia ada e) Meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan.
  • 105. f) Memantapkan imej barand dan syarikat g)Menyaingi pesaing.
  • 106. KOMUNIKASI 1. Komunikasi adalah proses penyampaian mesej, maklumat dan pesanan sam ada secara lisan atau bukan lisan. 2. Komunikasi boleh disampaikan dalam bentuk lisan seperti telefon, telefon bimbit, radio, televisyen dan sidang video. 3. Komunikasi bukan lisan adalah komunikasi secara bertulis, seperti surat, telegram, teleks, telefaks dan surat khabar.
  • 107. Peranan Komunikasi a) Meluaskan pasaran b) Memudahkan peniaga mengetahui keadaan pasaran. c) Mempercepatkan urusan perniagaan. d) Menyampai dan menyebar maklumat. e) Memudahkan promosi. f) Memudahkan pentadbiran dan kawalan perniagaan- Segala dasar dan keputusan syarikat dapat disalurkan kepada ahli organisasi dengan segera melalui sistem komunikasi yang cekap. Kawalan juga dapat dijalankan dengan lebih cekap dengan bantuan alat komunikasi. Ini adalah penting untuk perniagaan yang mempunyai banyak cawangan.
  • 108. Jenis-jenis Komunikasi a) Televisyen dan radio-dikendalikan oleh pihak kerajaan seperti RTM 1 dan pihka swasta seperti ASRO b) Perkhidmatan pos-dikendalikan sepenuhnya oleh Pos Malaysia Berhad. c) Perkhidmatan Telekomunikasi- dikendalikan oleh TELEKOM, MAXIS, dan DIGI. Disediakan dalam bentuk lisan, bercetak dan audio visual.
  • 109. d) Perkhidmatan kurier-memberi perkhidmatan membawa mel, bungkusan atau dokumen dengan segera. Contoh DHL Worldwide.
  • 110. Faktor-faktor pemilihan jenis komunikasi a) Kos-dipengaruhi kemampuan kewangan syarikat. b) Jarak-peniaga akan memilih jenis komunikasi yang murah pada jarak jauh. c) Kesegeraan-komunikasi yang cepat seperti kurier dan telefaks. d) Jenis maklumat-Bagi maklumat yang sulit, jenis komunikasi yang dipilih hendaklah selamat. e) Mudah didapati-jenis komunikasi yang dipilih hendaklah mudah didapati.