SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 22
Anggaran Ujian Pengakap Remaja
Tingkatan 4:
Mac (Lencana Jayadiri)
Mei/Jun (Lencana Ekspedisi)
Sept (Lencana Perkhidmatan)
Bila-bila masa (Lencana Kegiatan)
Nov/Dis (Lencana Kemahiran)
Tingkatan 5:
Jan/Feb (Rambu Kuning)
Mac ( Ujian Sikap/Pra Pentarafan Pengakap Raja)
Jun (Ujian Pentakrafan Pengakap Raja)
LENCANA PENGAKAP REMAJA
UNIT PENGAKAP REMAJA adalah bahagian yang ketiga dalam siri latihan berpengakap, iaitu
pertama Pengakap Kanak - Kanak dan kedua Pengakap Muda. Bahagian ini ialah bagi budak - budak
yang berumur 15 tahun hingga 18 tahun. Had Umur untuk menyertai Pasukan Pengakap Remaja telah
dinyatakan di dalam Perkara 247N; Bahagian 6; Pertubuhan Kumpulan di dalam Dasar, Pertubuhan
dan Peraturan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia:
Untuk menjadi seorang Pengakap Remaja seorang kanak-kanak itu mestilah telah
berumur 15 tahun, tetapi belum sampai umur 18 tahun.
Seorang Pengakap Muda hendaklah meningalkan Pasukan Remajanya apabila sampai
umur 18 tahun.
Tujuan bahagian ini ialah bagi membolehkan Pengakap meneruskan latihan hingga tamat bagi satu
peringkat latihan hingga tamat bagi satu peringkat latihan sesuai dengan pertumbuhan jasmani dan
rohaninya setelah menempuhi latihan Pengakap Muda. Peringkat ini tidak kurang pentingnya bagi
melengkapkan Pengakap untuk menghadapi hari mukanya agar ia dapat memainkan peranannya yang
cergas dan positif dalam masyarakat.
Bagi Pengakap Muda yang sudah sampai umurnya 15 tahun mestilah menjadi Pengakap Remaja. Jika
sekiranya belum lulus Lencana Jaya ia boleh meneruskan latihan hingga tercapai lencana ini.
Seorang Pengakap yang belum pernah menjadi Pengakap dan berumur 15 tahun boleh menjadi
Pengakap Remaja sebagai ahli baru :
a) Setelah mendapat Lencana Keahlian Pengakap ( lihat Skim Lencana Pengakap
Muda).
b) Menjalani latihan bagi mendapatkan Lencana Usaha, Lencana Maju dan Lencana Jaya mengikut
Skim Latihan Pengakap Muda dalam masa yang singkat tetapi berpatutan sebelum memulakan kerja
bagi Lencana Tertinggi.
Peraturan pembentukan unit dan patrol Pengakap Remaja adalah sama seperti bagi Pengakap Muda.
( lihat Skim Latihan Pengakap Muda).
Cogan Kata bagi unit Pengakap Remaja ialah PANDANG LUAS.
Lencana Jaya Diri
Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dalam
kenegaraan, fungsi-fungsi Parlimen Malaysia, badan berkanun, dan mempunyai buku log
Pengakap yang kemas kini.
Untuk lulus Lencana Jaya Diri seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : -
1. Mengetahui fungsi-fungsi Parlimen.
2. Melukis dan menerangkan rupa bentuk bendera semua negeri dalam Malaysia dan mengetahui
Lambang Malaysia dan Lambang Negeri masing-masing.
3. Menerangkan fungsi satu daripada agensi kerajaan atau badan berkanun seperti UDA, MARDI,
MARA, FELDA, LPN, PETRONAS, dan lain-lain.
4. Melukis peta negeri masing-masing dan menunjukkan kawasan Parlimen serta nama Ahli Parlimen
berkenaan.
5. Mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini.
Fungsi-fungsi Parlimen
Pengenalan
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja
Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem
ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga
bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan
kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah,
Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan,
Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.Setiap negeri
yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan,
pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan
Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri
dan negeri akan mentadbirkan kuasa.
Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi
Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja.
Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran
Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah
Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah
Persekutuan. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara
dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan
tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri .
Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat
Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.
Struktur Parlimen Malaysia
Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-
1. Yang Di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat
Sejarah Bangunan Parlimen
Pada bulan Disember 1959, suatu kawasan berhampiran Taman Bunga Kuala Lumpur telah
dipilih sebagai tapak untuk membina Kompleks bangunan Parlimen, bangunan yang menjadi
simbol kepada dasar-dasar demokrasi yang diamalkan. Dasar-dasar ini pula merupakan hak dan
tanggungjawab rakyat memerintah negara mereka sendiri, kebebasan setiap rakyat menyatakan
pendapatnya, kebebasan menganut agamanya, keadilan hak yang sama di sisi undang-undang dan
hal memiliki harta benda.
Maka pada September 1962 sebuah bukit pada paras 61 meter dari aras laut telah diratakan untuk
pembinaan bangunan penuh gemilang ini. Kompleks yang menelan belanja RM18 juta ini adalah
hasil ilham Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia
Pertama.
Perletakan batu asas telah dilakukan oleh Duli Yang Teramat Mulia Sri Paduka Baginda Yang
Di-Pertuan Agong, Persekutuan Tanah Melayu Yang Ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-
Marhum Syed Hassan Jamalullail D.S.M, S.M.N. DK (BRUNEI) pada 31 Ogos 1962 bersamaan
1 Rabiulakhir 1382 seterusnya menandakan kerja-kerja pembinaan telah dimulakan. Pada 21
November 1963 Baginda sekali lagi diberi penghormatan untuk merasmikan pembukaan
bangunan ini. Kompleks ini terdiri daripada dua bahagian terbesar iaitu :-
a. Bangunan Ibu (3 tingkat)
b. Menara (17 Tingkat)
Bangunan Ibu
Bangunan 3 tingkat ini disebut juga sebagai Bangunan Utama. Di dalam bangunan inilah dua
dewan persidangan negara iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara dibina.
Di tingkat pertama dibina kantin berhampiran bilik wartawan dan juga bilik jamuan Ahli-ahli
Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi memudahkan pegawai-pegawai, wartawan-wartawan dan
tetamu yang hadir ketika persidangan Parlimen untuk makan dan minum.
Reka bentuk Dewan Negara adalah sama dengan Dewan Rakyat tetapi ruangnya kecil sedikit.
Bagaimanapun Dewan Negara mempunyai keistimewaannya tersendiri. Jendela-jendelanya
lutsinar dengan corak Islam asli daripada mozek merah dan biru.
Di tingkat bawah bangunan ini pula terletak bilik rehat diraja, sebuah surau bulat yang boleh
memuatkan 100 jemaah dan sebuah dewan jamuan besar yang boleh memuatkan 500 orang. Saiz
dewan Rakyat di atasnya.
Di tingkat kedua pula terdiri daripada dua anjung yang berasingan. Di anjung kiri terdapat dua
buah bilik jawatankuasa yang besar. Tiap-tiap bilik mampu memuatkan 30 orang. Selain daripada
dua bilik besar terdapat empat bilik kecil yang boleh memuatkan 12 orang. Terdapat juga pejabat-
pejabat dan tempatberehat bagi pegawai-pegawai kerajaan serta Persatuan Parlimen Komanwel.
Di anjung kanan terdapat dua bilik makan. Satu bilik khusus untuk Ahli-ahli Parlimen dan yang
lainnya untuk tetamu-tetamu serta pegawai-pegawai kerajaan. Ruang dapur terletak di antara dua
bilik makan ini. Dapur ini mampu menyediakan makanan bagi 1000 orang tetamu dalam satu
masa. Bahagian tengah tingkat kedua ini diselubungi oleh bumbung Dewan Rakyat. Ia dijadikan
Taman Sari iaitu tempat Ahli-ahli Parlimen berehat semasa persidangan.
Menara
Menara setinggi 17 tingkat ini terletak di hadapan bangunan ibu, Ia bersambung ke bangunan
utama melalui sebuah jambatan dan di dalamnya ditempatkan pejabat para menteri dan ahli -ahli
Parlimen yang lengkap dengan segala kemudahan seperti kerusi meja dan pembesar suara ketika
sesuatu persidangan berlangsung.Di tingkat dua menara ini terdapat ruang tempat duduk yang
menghala ke arah permandangan padang perbarisan dimana acara sambutan rasmi Parlimen
diadakan. Di tingkat enam belas pula terdapat ruang lapang yang menghala ke arah keindahan
permandangan sekeliling kawasan Parlimen. Di menara inilah majlis-majlis tidak rasmi
diadakan.
Keistimewaan Bangunan Parlimen
Keseluruhan bangunan Parlimen ditutupi dengan kaca yang boleh menyerap haba dan
meresapkan cahaya. Kawalan terhadap sinaran matahari dilakukan dengan menutup seluruh
bangunan ini dengan terawang berukir yang diperbuat daripada batu konkrit tempatan dan
dipasang bahagian demi bahagian. Terawangyang berbentuk sarang lebah itu menambahkan lagi
kehebatan bangunan ini.
Pada keseluruhannya lebih daripada sejuta batu-bata, 2,000 tan besi waja, 54,000 tan konkrit,
200,000 kampit simen dan 3000 tan kaca telah digunakan untuk membina kompleks Parlimen.
Sistem pembahagian air yang membekalkan air kolam dan pancurannya merupakan satu lagi ciri
keistimewaan bangunan Parlimen di mana air akan mengalir melalui dua sistem yang berangkai.
Ia bermula di bahagian bumbung bangunan membawa ke seluruh kompleks. Airnya pula
diwarnakan dengan warna biru untuk menjauhkan lumut dan lumpur.
Selain daripada keistimewaan pada bangunannya, kompleks Parlimen turut dihiasi dengan
berbagai-bagai jenis tumbuhan dan binatang peliharaan. Pohon-pohon kayu yang jarang ditemui
seperti pohon berlian, mata kuching, berangan, nam-nam, selarat dan pohon tamar diimpot khas
dari Arab Saudi untuk dipelihara di kawasan sekitar.
Di sebelah kawasan kompleks Parlimen terdapat kawasan lapang yang dijadikan Taman Rusa
yang menjadi tempat pemeliharaan berpuluh-puluh ekor spesis rusa Tootal. Spesis rusa ini
sememangnya jarang didapati di benua Asia. Rusa-rusa ini dibiarkan bergerak bebas di dalam
kawasan lapang taman yang dibatasi oleh sempadan kompleks Parlimen.
Fungsi Parlimen
Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang
yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.
Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang
persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan
meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.
Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara-perkara
nasional.
Bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawabnya dengan sepenuhnya dan dengan
lebih berkesan, Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang
dipanggil "Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen" di dalam Dewan. Keistimewaan ini terpakai bagi
kedua-dua Dewan secara keseluruhannya, dan untuk ahli-ahli Parlimen secara individu.
Kedua-dua Dewan berkuasa untuk menggubal prosedur masing-masing, mempunyai kuasa
mutlak atas prosiding masing-masing, dan kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-
mana mahkamah, dan Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak keistimewaan
atau "contempt" di dalam Dewan tersebut. Ahli Parlimen adalah terkecuali dari tindakan
mahkamah sama ada sivil atau jenayah bagi apa yang dikatakan atau dilakukannya di dalam
Dewan, dan pengecualian ini diberi juga kepada sesiapa yang bertindak bagi Dewan itu.
Melukis dan menerangkan rupa bentuk bendera semua negeri dalam Malaysia dan mengetahui
Lambang Malaysia dan Lambang Negeri masing-masing
Bendera Malaysia
Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula
dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda
keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri
Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan
Kerajaan Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah
yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak
bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah
negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja
bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Lambang negara
Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung
dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan
itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu
yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan
dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-
negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna
hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning
warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.
Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga Bahagian di sebelah
bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-
tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai
penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia,
Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di
sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha
Mulia Raja-raja.
Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan pada
tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat
Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.
Kedah
Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun temurun. Padi maknanya negeri ini makmur
dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda negeri ini beragama Islam. Perisai pula maksudnya Raja
(Kerajaan) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada
kezaliman.
Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama Negeri ini. Anak bulan tanda Agama Islam. Perisai
pula tanda kekuasaan.
Negeri Sembilan
Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M Raja.bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna
rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-Datuk Undang bagi
Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.
Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan bauh negeri dalam Gabungan Negeri
Sembilan yang lama.Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang
lalu dengan British. Warna kuning maknanya Yang di-Pertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu
adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam Gabungan yang lama. Pedang dan sarungnya
di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri"
tanda Kebesaran Yang di-Pertuan Besar
Pahang
Bendera Negeri Pahang adalah mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah.
Kedua-duanya sama lebar.
Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu
pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.
Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa
Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja.
Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-
undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja
sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.
Mata tombak itu ialah contoh mata tombak besar, iaitu "cogan" salah satu dari Alat Kebesaran Negeri
yang utama, tanda kekuasaan seperti Cokmar.Jika diperhatikan, bentuk cogan itu adalah ganjil.
Sebagai mata tombak, lebar matanya tiada padan dengan panjangnya.
Ini ialah kerana hendak menyerupakan bentuknya dengan bentuk daun kopi. Menurut riwayat tua,
Almarhum Sultan Ahmad yang telah beberapa kali membuat percubaan untuk mendapatkan takhtar
Pahang, telah menganggap kejayaan akhir Baginda oleh suatu peristiwa berhubung dengan
cawan kopi yang dihidangkan kepada Baginda tatkala sedang menyusun perjuangan di Terengganu
untuk melanggar Pahang bagi kali yang akhir.
Gading gajah itu maknanya kekuasaan Raja. Dalam sejarah Melayu, gajah ada hubungan rapat
dengan raja-raja Melayu dan istiadat di raja iaitu digunakan sebagai kenderaan di raja.
Kelantan
Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk rakyat Raja. Lambang kebesaran
berwarna itu tanda kesucian Raja negeri ini
Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang
melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa
negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya.
Dua kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau
Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada
akhir kurun yang ke-14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah
memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu.
"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogan kata negeri KELANTAN
Johor
Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang
berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru
tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.
Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja. Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah
Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang dan
Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam.
Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang
pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di
sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi
negeri ini.
"KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri Johor.
Perak
Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam.
Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.
Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul
Ridzuan.
Warna kuning melambangkan kebesaran Duli
Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan kebesaran Duli
Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan
Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga
padi.
Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah. Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai
agama rasmi. Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri
Perlis
Warna Kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja. Warna biru maksudnya rakyat.Bendera itu maknanya
kerjasama yang erat di antara Raja dan Rakyat Baginda.
Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai tanda
kebanggaan dan kehormatan negeri itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu
kerana kekayaan hasil padinya.
Selangor
Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu maksudnya daging dan darah iaitu unsur-unsur
yang perlu untuk memeberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan bintang pula ialah sebagai
Agama Islam, agama rasmi negri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.
Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-tengah ialah
Sambu-Warna. Disebelah kanan ialah Keris Pendek dan di kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya
adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di
bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan
zaman dahulu.
Terengganu
Latar belakang berwarna putih maksudnya D.Y.M.M. Sultan. Ia melingkungi tanah hitam yang
bermakna rakyat- oleh itu bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat
Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama rasmi negeri.
Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Diraja. Pedang, Keris
Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah
Quran melambangkan Agama Islam, agama rasmi negeri. Buku undang-undang di sebelah kiri pula
menandakan keadilan dan Wali menandakan Alatan Istiadat Kebesaran
Sarawak
Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha
mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian marauh
dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.
Warna kuning menggambarkan keagungan
Perundangan dan Peraturan (Order), perpadaun serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan
sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.
Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana
rakyatnya tinggal di dalam harmonis.
Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita unutk
meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka
Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang" terbang tinggi dengan aspirasi dan
pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi "politik pembangunan".
Lencana negeri ini juga boleh membezakan keunggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.
Pulau Pinang
Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau itu.Warna putih maksudnya
Negeri Pulau Pinang yang aman damai. Warna kuning tanda kemakmuran. Pohon pinang ialah pohon
dari mana pulau itu mendapat namanya.
Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar
Jambatan Besar Pulau Pinang yang memepunyai dua (2) tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan
taing tersebut.
Dua(2) tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu
pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat(4) kabel pula
menggambarkan empat(4) jenis keturunan rakyat di negei ini, iaitu Melayu. Cina, India dan lain-lain.
Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima(5) tiap-tiap satu warna yang
memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau
Pinang.
Sabah
Bendera negeri Sabah berbentuk persegi panjang berukuran 1:2. Di antara sudut sebelah atas bendera
berwarna biru cerah, yang menjadi latar belakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu,
berwarna biru tua, meliputi suku bahagian bendera ini. Bahagian hujung bendera yang berkibar
dihiasi tiga jalur yang sama besar.
Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.
Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan
keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.
Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan
kekuatan dan semangat kerjasama.
Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung dalam
Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri
Sabah.
Sepasang tangan yang menjulang megah bendera negeri Sabah menghiasi lencana ini melambangkan
semangat perpaduan erat dan kerjasama yagn lama terjalin di kalangan rakyat pelbagai kaum demi
mencapai kemajuan dan kejayaan bagi Negeri Sabah.
Sebarisan lima warna di bawah sepasang tangan tersebut merupakan lima bahagian 'daerah' yang
terkandung dalam Negeri Sabah.
Warna biru muda melambangkan keamanan dan
kesejahteraan , putih melambangkan kesucian dan keadilan, merah cili melambangkan keberanian
dan keyakinan, warna biru cerah melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua
melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama rakyat.
Lukisan grafik berbentuk bayangan Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.
Melaka
Warna-warna merah, puith, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan dan
menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan dan
bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.
Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia. Lima bilah
keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka, pada zaman dahulu. Anak bulan dan
bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri. Pokok Melaka ialah pohon dari mana
negeri itu mendapat namanya. Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati
riwayat tua iaitu pelandoklah yang
telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini
dan membukanya.
"BERSATU TEGUH" ialah cogan kata negeri Melaka.
Wilayah Persekutuan
Bendera baru Wilayah Persekutuan yang dilancarkan pada 20hb. Ogos 2006 ini digunakan dalam
acara-acara rasmi yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.
Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Labuan atau Putrajaya akan digunakan dalam
acara-acara yang melibatkan Wilayah Persekutuan yang berkenaan.
Ciri-ciri Bendera Wilayah Persekutuan menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang
melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.
Warna kuning membawa maksud kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan;
Warna biru mambawa maksud perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran;
dan
Warna merah membawa maksud semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.
Jata Negara melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting yang meneraju
pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan negara.
Tiga (3) bintang di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting
iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah
Persekutuan.
Fungsi sebuah Agensi Kerajaan
MARDI
PENUBUHAN & Fungsi MARDI
Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah ditubuhkan pada 28 Oktober
1969 mengikut Akta MARDI (Akta 11) dan mula beroperasi pada Mac 1971. Penubuhan MARDI
adalah bagi tujuan pembangunan teknologi untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri
asas tani tempatan. Pendekatan dalam pembangunan teknologi MARDI adalah melalui inovasi
terancang dalam memastikan teknologi yang dibangunkan mempunyai daya saing yang tinggi.
Logo MARDI
Allahyarham Tun Abdul Razak ketika merasmikan Pejabat MARDI pada tahun 1969
Penubuhan dan Latar Belakang
MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar
dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani.
Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. MARDI telah
beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971.
MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola
MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani. Bagi perkara berkaitan
kewangan, persetujuan Menteri Kewangan turut diperlukan.
Majlis Sains MARDI pula memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan
keberkesanan yang maksimum.
MARDI dimandatkan bagi melaksanakan fungsi berikut:
Menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan:
- Pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (kecuali getah, kelapa sawit dan
koko), ternakan dan makanan
- Perladangan campuran
Berkhidmat sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat dan nasihat berkenaan
dengan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaitan dengan industri makanan dan
pertanian serta industri asas tani. Fungsi ini dilakukan melalui pelbagai kaedah termasuk
penerbitan laporan, terbitan berkala dan kertas kerja berhubung dengannya serta
mengelolakan pameran, persidangan, syarahan dan seminar
Menjadi pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makanan dan pertanian
serta industri asas tani seperti perkhidmatan perundingan, makmal analisis, jaminan kualiti
serta R&D kontrak
Memberi pelbagai jenis latihan untuk memajukan industri makanan dan pertanian serta
industri asas tani
Memberi geran untuk R&D dalam bidang sains tulen, sains gunaan, teknikal dan ekonomi
berkenaan dengan industri pertanian
Mengekalkan hubungan dengan organisasi awam atau swasta dalam dan luar negara yang
terlibat dalam penyelidikan saintifik, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan industri
makanan dan pertanian serta industri asas tani
Menjalankan penyelidikan dan pengeluaran berbentuk komersil
Membangun, mempromosi dan mengeksploitasi penemuan penyelidikan
Memberi perkhidmatan pengembangan kepada industri makanan dan pertanian serta industri
asas tani.
Visi kepimpinan MARDI telah berkembangan daripada pembangunan keupayaan, penubuhan sistem
penanaman dan perladangan ke arah pengkomersilan teknologi, pengurusan kualiti menyeluruh dan
budaya kecemerlangan bagi mencapai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Peristiwa penting yang menyumbang kepada pembangunan MARDI termasuklah:-Pindaan Akta
MARDI dalam tahun 1990 telah membenarkan penglibatan MARDI dalam aktiviti pengkomersilan.
Hasil dari pindaan tersebut, MARDITech Corporation Sdn. Bhd. telah ditubuhkan dalam tahun 1992.
Pindaan Akta kedua dilakukan pada tahun 2002 untuk mengizinkan lebih banyak ruang ke arah
pengkomersilan
Dengan usaha gigih dalam pengurusan kualiti, MARDI telah dianugerah sijil MS ISO
9001:1994 pada tahun 1998. Sijil ini ditingkatkan ke MS ISO 9001:2000 pada tahun 2004.
Makmal analisis MARDI juga telah diakreditasikan dengan MS ISO/IEC 17025 (kimia dan
mikrobiologi makanan dan pertanian pada tahun 2001 dan residu pestisid pada tahun 2006)
Pengukuhan sistem penyampaian teknologi sebagai sebahagian dari pendekatan inovasi
menyeluruh dilaksanakan dengan penubuhan test-bed dan inkubator teknologi pada tahun
2005 sebagai komponen program pembangunan usahawan
Membudayakan pengurusan pengetahuan dalam sistem operasi MARDI mulai tahun 2005
Penstrukturan semula organisasi supaya kedudukan MARDI selaras dengan tuntutan semasa.
Struktur terkini telah berkuat kuasa pada 1 Februari 2002
Penubuhan beberapa stesen penyelidikan tambahan berasaskan zon agro-iklim dalam negara,
termasuk di Sarawak dan Sabah. Stesen di luar negara juga pernah ditubuhkan seperti di Mali
dan Malawi di Afrika
Pengiktirafan di peringkat antarabangsa dicapai melalui jalinan kerjasama dengan organisasi
penyelidikan dan universiti di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Australia, Taiwan, China,
negara-negara ASEAN dan juga EU
Penyelidikan usaha sama juga dilaksanakan dengan institusi penyelidikan antarabangsa seperti
INIBAP, ACIAR, IRRI, IPGRI, CABI, ABC (Hungary), AVRDC, EU/ALTERA Greenworld
Research, IAEA dan FAO. Perundingan teknikal mengenai pembangunan pertanian juga
ditawarkan kepada negara Kyrgyzstan, Bosnia-Herzegovena, Syria, Qatar, Kampuchea dan
Ivory Coast
MARDITech Corporation Sdn. Bhd. juga turut mengembangkan aktivitinya di peringkat
antarabangsa.
MARDI telah diberi mandat bagi melaksanakan fungsi-fungsi:
Untuk menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan:
pengeluaran,penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (getah, kelapa sawit dan koko),
ternakan dan makanan dan perladangan campuran.
Berkhidmat sebagai pusat pengumpulan dan peyebaran maklumat dan nasihat berkenaan
dengan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaiatan dengan industri makanan dan
pertanian serta industri asas tani, melalui apa cara termasuklah penerbitan laporan, terbitan
berkala dan kertas kerja berhubung dengannya sera mengelolakan pameran, persidangan,
syarahan dan seminar.
Menjadi satu pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makanan dan
pertanian serta industri asas tani seperti perkhidmatan, perundingan, makmal analisis, jaminan
kualiti serta R&D kontrak.
Memberi latihan dengan apa juga cara untuk kemajuan industri makanan dan pertanian serta
industri asas tani.
Memberi geran untuk R&D dalam bidang sains tulen dan gunaan, teknikal dan ekonomi
berkenaan dengan industri pertanian.
Mengekalkan hubungan dengan organisasi lain, sama ada awam atau swasta, dalam atau luar
negara yang mengambil bahagian dalam penyelidikan saintifik, teknikal, ekonomi dan sosial
berkenaan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani.
Menjalankan penyelidikan dan pengeluaran berbentuk komersial.
Membangunkan, mempromosikan dan mengeksploitasikan penemuan penyelidikan.
Memberi perkhidmatan pengembangan kepada industri makanan dan pertanian serta industri
asas tani.
Visi
Menjadi organisasi Penyelidikan dan Pembangunan yang tersohor dalam bidang makanan,
pertanian dan industri berasaskan biologi menjelang tahun 2015.
Misi
Menjana dan memindahkan pengetahuan, teknologi, kompetensi dan perkhidmatan teknikal bagi
menyokong pencapaian matlamat kerajaan mentransformasikan pertanian dan industri asas tani
kepada sektor yang inovatif, komersil dan berdaya saing.
Urusan MARDI
Menjalankan penyelidikan untuk menjana teknologi inovatif bagi pembangunan industri
makanan dan pertanian.
Menawarkan khidmat perundingan dan teknikal bagi menyokong pembangunan industri
makanan dan pertanian.
Menawarkan khidmat perniagaan usahasama dan pelesenan dalam pengkormersialan hasil
penyelidikan.
Aktiviti R&D Kami Sasarkan Ke Arah
Pembangunan teknologi bagi meningkat persaingan dalam industri pemprosesan makanan.
Pembangunan teknologi dalam pengeluaran buah -buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan,
bijiran dan lain- lain berkaitan dengan industri tanaman.
Pembangunan teknologi yang berkaitan dengan industri ternakan.
Pembangunan teknologi dalam bidang bioteknologi, mekanisasi dan juga pengurusan sumber
dan persekitaran.
Kajian sosio ekonomi dan pengurusan teknologi untuk makanan dan pertanian.
Pemindahan teknologi dan pengkomersialan bagi meningkatkan produktiviti pertanian dan
kualiti makanan, juga mewujudkan perniagaan tani yang berdaya maju.
Dasar Kualiti MARDI Bertekad untuk :
Membangunkan dan mempromosikan teknologi wajar dan berdaya maju bagi pelanggan
dalam industri makanan, pertanian dan industri berasaskan pertanian;
Mematuhi keperluan sistem pengurusan kualiti dan meningkatkannya secara berterusan;
Setahun sekali menyemak semula objektif dan dasar kualiti pada Mesyuarat Kajian Semula
Pengurusan bagi menentukan kesesuaiannya berterusan dan
Menyebarkan dasar kualiti ini ke semua pusat tanggungjawab (PTJ) di MARDI dan
memaparkannya dalam laman Intranet MARDI.
Melukis peta negeri masing-masing dan menunjukkan kawasan Parlimen serta nama Ahli
Parlimen berkenaan
Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
No. Kawasan Parlimen Menjadi Wakil Rakyat (Ahli Parlimen)
1 Langkawi Datuk Ir. Nawawi Ahmad
2 Jerlun Datuk Othman Aziz
3 Kubang Pasu Datuk Mohd. Johari Baharum
4 Padang Terap Mohd Nasir Zakaria
5 Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar
6 Alor Setar Gooi Hsiao Leung
7 Kuala Kedah Dr. Azman Ismail
8 Pendang Datuk Othman Abdul
9 Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom
10 Sik Dr. Mansor Abdul Rahman
11 Merbok Prof. Dr. Ismail Daut Prof. Dr. Ismail Daut
12 Sungai Petani Datuk Johari Abdul
13 Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
14 Padang Serai N. Surendran A/L K Nagarajan
15 Kulim-Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Sejarah kssr tahun 4 peta minda
Sejarah kssr tahun 4 peta mindaSejarah kssr tahun 4 peta minda
Sejarah kssr tahun 4 peta mindaHati Mata
 
Persaudaraan sahabat pena malaya(paspam)
Persaudaraan sahabat pena malaya(paspam)Persaudaraan sahabat pena malaya(paspam)
Persaudaraan sahabat pena malaya(paspam)Nas Hafizah Nasrullah
 
Laporan 1 kelab doktor muda
Laporan 1 kelab doktor mudaLaporan 1 kelab doktor muda
Laporan 1 kelab doktor mudaHajar Azizi
 
Cakap ajuk cakap pindah
Cakap ajuk cakap pindahCakap ajuk cakap pindah
Cakap ajuk cakap pindahRashidah Idris
 
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020Farah Fatin
 
910 Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM (Baharu)
910 Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM (Baharu)910 Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM (Baharu)
910 Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM (Baharu)RAMLAH BINTI A. RANI
 
Rancangan tahunan kelab catur 2013
Rancangan tahunan kelab catur 2013Rancangan tahunan kelab catur 2013
Rancangan tahunan kelab catur 2013Farihan Siti Nur
 
335821290 rph-geografi-ting-1-sisa-domestik
335821290 rph-geografi-ting-1-sisa-domestik335821290 rph-geografi-ting-1-sisa-domestik
335821290 rph-geografi-ting-1-sisa-domestikJeyem Jeyem
 
MM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premium
MM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premiumMM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premium
MM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premiumNoor Syamila Mohd
 
Nota Geografi Tg1 Bab 1-5
Nota Geografi Tg1 Bab 1-5Nota Geografi Tg1 Bab 1-5
Nota Geografi Tg1 Bab 1-5Roiamah Basri
 
Perkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu modenPerkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu modenHafizzudin Zainudin
 
Bagaimana Petroleum terbentuk & Maksudnya & Faktor-faktor Petroleum Terbentuk...
Bagaimana Petroleum terbentuk & Maksudnya & Faktor-faktor Petroleum Terbentuk...Bagaimana Petroleum terbentuk & Maksudnya & Faktor-faktor Petroleum Terbentuk...
Bagaimana Petroleum terbentuk & Maksudnya & Faktor-faktor Petroleum Terbentuk...ZuBewan
 
Kata terbitan
Kata terbitan Kata terbitan
Kata terbitan firo HAR
 
368053750-Rancangan-Aktiviti-Tahunan-Kelab-Komputer.docx
368053750-Rancangan-Aktiviti-Tahunan-Kelab-Komputer.docx368053750-Rancangan-Aktiviti-Tahunan-Kelab-Komputer.docx
368053750-Rancangan-Aktiviti-Tahunan-Kelab-Komputer.docxshalihentinggal1
 

Was ist angesagt? (20)

Sejarah kssr tahun 4 peta minda
Sejarah kssr tahun 4 peta mindaSejarah kssr tahun 4 peta minda
Sejarah kssr tahun 4 peta minda
 
Persaudaraan sahabat pena malaya(paspam)
Persaudaraan sahabat pena malaya(paspam)Persaudaraan sahabat pena malaya(paspam)
Persaudaraan sahabat pena malaya(paspam)
 
Jambatan
JambatanJambatan
Jambatan
 
Program pengayaan
Program pengayaanProgram pengayaan
Program pengayaan
 
Laporan 1 kelab doktor muda
Laporan 1 kelab doktor mudaLaporan 1 kelab doktor muda
Laporan 1 kelab doktor muda
 
Cakap ajuk cakap pindah
Cakap ajuk cakap pindahCakap ajuk cakap pindah
Cakap ajuk cakap pindah
 
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
 
910 Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM (Baharu)
910 Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM (Baharu)910 Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM (Baharu)
910 Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM (Baharu)
 
Rancangan tahunan kelab catur 2013
Rancangan tahunan kelab catur 2013Rancangan tahunan kelab catur 2013
Rancangan tahunan kelab catur 2013
 
335821290 rph-geografi-ting-1-sisa-domestik
335821290 rph-geografi-ting-1-sisa-domestik335821290 rph-geografi-ting-1-sisa-domestik
335821290 rph-geografi-ting-1-sisa-domestik
 
MM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premium
MM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premiumMM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premium
MM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premium
 
1.0 teknik pengucapan awam
1.0 teknik pengucapan awam1.0 teknik pengucapan awam
1.0 teknik pengucapan awam
 
Nota Geografi Tg1 Bab 1-5
Nota Geografi Tg1 Bab 1-5Nota Geografi Tg1 Bab 1-5
Nota Geografi Tg1 Bab 1-5
 
Perkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu modenPerkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu moden
 
Kesan rumah hijau
Kesan rumah hijauKesan rumah hijau
Kesan rumah hijau
 
Bagaimana Petroleum terbentuk & Maksudnya & Faktor-faktor Petroleum Terbentuk...
Bagaimana Petroleum terbentuk & Maksudnya & Faktor-faktor Petroleum Terbentuk...Bagaimana Petroleum terbentuk & Maksudnya & Faktor-faktor Petroleum Terbentuk...
Bagaimana Petroleum terbentuk & Maksudnya & Faktor-faktor Petroleum Terbentuk...
 
Kata terbitan
Kata terbitan Kata terbitan
Kata terbitan
 
Bab 2 ASID KARBOKSILIK
Bab 2 ASID KARBOKSILIKBab 2 ASID KARBOKSILIK
Bab 2 ASID KARBOKSILIK
 
Lirik lagu nilam
Lirik lagu nilamLirik lagu nilam
Lirik lagu nilam
 
368053750-Rancangan-Aktiviti-Tahunan-Kelab-Komputer.docx
368053750-Rancangan-Aktiviti-Tahunan-Kelab-Komputer.docx368053750-Rancangan-Aktiviti-Tahunan-Kelab-Komputer.docx
368053750-Rancangan-Aktiviti-Tahunan-Kelab-Komputer.docx
 

Ähnlich wie Anggaran ujian pengakap remaja

Nota ringkas temu duga SPP
Nota ringkas temu duga SPPNota ringkas temu duga SPP
Nota ringkas temu duga SPPRafiza Diy
 
Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa firo HAR
 
Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa firo HAR
 
Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa firo HAR
 
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiTopik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiSharifahNurAbu
 
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuanMahadhir Akmal
 
Sistem pemerintahan dan pentadbiran
Sistem pemerintahan dan pentadbiranSistem pemerintahan dan pentadbiran
Sistem pemerintahan dan pentadbiranKongChunLeong1
 
CH7F5FI
CH7F5FICH7F5FI
CH7F5FIcgsha
 
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan MalaysiaPeruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan MalaysiaMiss Q
 
Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Suet Yet
 
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK Ashikin Azeman
 
ISTILAH SEJARAH Tingkatan 5 KSSM.doc
ISTILAH SEJARAH Tingkatan  5 KSSM.docISTILAH SEJARAH Tingkatan  5 KSSM.doc
ISTILAH SEJARAH Tingkatan 5 KSSM.docssuser32ec5a
 
KSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 kssm sejarah
KSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 kssm sejarahKSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 kssm sejarah
KSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 kssm sejarahbracelyn
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara MalaysiaSEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara MalaysiaFasyah Tutor
 
T1S1-KONSEP DAN CIRI NEGARA BERDAULAT.pdf
T1S1-KONSEP DAN CIRI NEGARA BERDAULAT.pdfT1S1-KONSEP DAN CIRI NEGARA BERDAULAT.pdf
T1S1-KONSEP DAN CIRI NEGARA BERDAULAT.pdfRaihan745396
 
kajian kes sejarah alif.pptx
kajian kes sejarah alif.pptxkajian kes sejarah alif.pptx
kajian kes sejarah alif.pptxeowyy
 
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIAMPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIAMarzuq Ismail
 
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptxCTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptxHidayahMdZin
 

Ähnlich wie Anggaran ujian pengakap remaja (20)

Nota SPP Cikgu
Nota SPP CikguNota SPP Cikgu
Nota SPP Cikgu
 
Nota ringkas temu duga SPP
Nota ringkas temu duga SPPNota ringkas temu duga SPP
Nota ringkas temu duga SPP
 
Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa
 
Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa
 
Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa
 
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiTopik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
 
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
 
Sistem pemerintahan dan pentadbiran
Sistem pemerintahan dan pentadbiranSistem pemerintahan dan pentadbiran
Sistem pemerintahan dan pentadbiran
 
CH7F5FI
CH7F5FICH7F5FI
CH7F5FI
 
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan MalaysiaPeruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
 
Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407
 
Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan MalaysiaPerlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia
 
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
 
ISTILAH SEJARAH Tingkatan 5 KSSM.doc
ISTILAH SEJARAH Tingkatan  5 KSSM.docISTILAH SEJARAH Tingkatan  5 KSSM.doc
ISTILAH SEJARAH Tingkatan 5 KSSM.doc
 
KSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 kssm sejarah
KSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 kssm sejarahKSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 kssm sejarah
KSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 kssm sejarah
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara MalaysiaSEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
 
T1S1-KONSEP DAN CIRI NEGARA BERDAULAT.pdf
T1S1-KONSEP DAN CIRI NEGARA BERDAULAT.pdfT1S1-KONSEP DAN CIRI NEGARA BERDAULAT.pdf
T1S1-KONSEP DAN CIRI NEGARA BERDAULAT.pdf
 
kajian kes sejarah alif.pptx
kajian kes sejarah alif.pptxkajian kes sejarah alif.pptx
kajian kes sejarah alif.pptx
 
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIAMPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
 
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptxCTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
 

Kürzlich hochgeladen

AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxdaud5530
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023supianzainuddin1
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 

Kürzlich hochgeladen (14)

AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 

Anggaran ujian pengakap remaja

  • 1. Anggaran Ujian Pengakap Remaja Tingkatan 4: Mac (Lencana Jayadiri) Mei/Jun (Lencana Ekspedisi) Sept (Lencana Perkhidmatan) Bila-bila masa (Lencana Kegiatan) Nov/Dis (Lencana Kemahiran) Tingkatan 5: Jan/Feb (Rambu Kuning) Mac ( Ujian Sikap/Pra Pentarafan Pengakap Raja) Jun (Ujian Pentakrafan Pengakap Raja) LENCANA PENGAKAP REMAJA UNIT PENGAKAP REMAJA adalah bahagian yang ketiga dalam siri latihan berpengakap, iaitu pertama Pengakap Kanak - Kanak dan kedua Pengakap Muda. Bahagian ini ialah bagi budak - budak yang berumur 15 tahun hingga 18 tahun. Had Umur untuk menyertai Pasukan Pengakap Remaja telah dinyatakan di dalam Perkara 247N; Bahagian 6; Pertubuhan Kumpulan di dalam Dasar, Pertubuhan dan Peraturan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia: Untuk menjadi seorang Pengakap Remaja seorang kanak-kanak itu mestilah telah berumur 15 tahun, tetapi belum sampai umur 18 tahun.
  • 2. Seorang Pengakap Muda hendaklah meningalkan Pasukan Remajanya apabila sampai umur 18 tahun. Tujuan bahagian ini ialah bagi membolehkan Pengakap meneruskan latihan hingga tamat bagi satu peringkat latihan hingga tamat bagi satu peringkat latihan sesuai dengan pertumbuhan jasmani dan rohaninya setelah menempuhi latihan Pengakap Muda. Peringkat ini tidak kurang pentingnya bagi melengkapkan Pengakap untuk menghadapi hari mukanya agar ia dapat memainkan peranannya yang cergas dan positif dalam masyarakat. Bagi Pengakap Muda yang sudah sampai umurnya 15 tahun mestilah menjadi Pengakap Remaja. Jika sekiranya belum lulus Lencana Jaya ia boleh meneruskan latihan hingga tercapai lencana ini. Seorang Pengakap yang belum pernah menjadi Pengakap dan berumur 15 tahun boleh menjadi Pengakap Remaja sebagai ahli baru : a) Setelah mendapat Lencana Keahlian Pengakap ( lihat Skim Lencana Pengakap Muda). b) Menjalani latihan bagi mendapatkan Lencana Usaha, Lencana Maju dan Lencana Jaya mengikut Skim Latihan Pengakap Muda dalam masa yang singkat tetapi berpatutan sebelum memulakan kerja bagi Lencana Tertinggi. Peraturan pembentukan unit dan patrol Pengakap Remaja adalah sama seperti bagi Pengakap Muda. ( lihat Skim Latihan Pengakap Muda). Cogan Kata bagi unit Pengakap Remaja ialah PANDANG LUAS. Lencana Jaya Diri Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dalam kenegaraan, fungsi-fungsi Parlimen Malaysia, badan berkanun, dan mempunyai buku log Pengakap yang kemas kini. Untuk lulus Lencana Jaya Diri seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : - 1. Mengetahui fungsi-fungsi Parlimen. 2. Melukis dan menerangkan rupa bentuk bendera semua negeri dalam Malaysia dan mengetahui Lambang Malaysia dan Lambang Negeri masing-masing. 3. Menerangkan fungsi satu daripada agensi kerajaan atau badan berkanun seperti UDA, MARDI, MARA, FELDA, LPN, PETRONAS, dan lain-lain.
  • 3. 4. Melukis peta negeri masing-masing dan menunjukkan kawasan Parlimen serta nama Ahli Parlimen berkenaan. 5. Mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini. Fungsi-fungsi Parlimen Pengenalan Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri. Struktur Parlimen Malaysia Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:- 1. Yang Di-Pertuan Agong 2. Dewan Negara 3. Dewan Rakyat Sejarah Bangunan Parlimen Pada bulan Disember 1959, suatu kawasan berhampiran Taman Bunga Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tapak untuk membina Kompleks bangunan Parlimen, bangunan yang menjadi simbol kepada dasar-dasar demokrasi yang diamalkan. Dasar-dasar ini pula merupakan hak dan tanggungjawab rakyat memerintah negara mereka sendiri, kebebasan setiap rakyat menyatakan pendapatnya, kebebasan menganut agamanya, keadilan hak yang sama di sisi undang-undang dan hal memiliki harta benda. Maka pada September 1962 sebuah bukit pada paras 61 meter dari aras laut telah diratakan untuk pembinaan bangunan penuh gemilang ini. Kompleks yang menelan belanja RM18 juta ini adalah hasil ilham Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama.
  • 4. Perletakan batu asas telah dilakukan oleh Duli Yang Teramat Mulia Sri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Persekutuan Tanah Melayu Yang Ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al- Marhum Syed Hassan Jamalullail D.S.M, S.M.N. DK (BRUNEI) pada 31 Ogos 1962 bersamaan 1 Rabiulakhir 1382 seterusnya menandakan kerja-kerja pembinaan telah dimulakan. Pada 21 November 1963 Baginda sekali lagi diberi penghormatan untuk merasmikan pembukaan bangunan ini. Kompleks ini terdiri daripada dua bahagian terbesar iaitu :- a. Bangunan Ibu (3 tingkat) b. Menara (17 Tingkat) Bangunan Ibu Bangunan 3 tingkat ini disebut juga sebagai Bangunan Utama. Di dalam bangunan inilah dua dewan persidangan negara iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara dibina. Di tingkat pertama dibina kantin berhampiran bilik wartawan dan juga bilik jamuan Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi memudahkan pegawai-pegawai, wartawan-wartawan dan tetamu yang hadir ketika persidangan Parlimen untuk makan dan minum. Reka bentuk Dewan Negara adalah sama dengan Dewan Rakyat tetapi ruangnya kecil sedikit. Bagaimanapun Dewan Negara mempunyai keistimewaannya tersendiri. Jendela-jendelanya lutsinar dengan corak Islam asli daripada mozek merah dan biru. Di tingkat bawah bangunan ini pula terletak bilik rehat diraja, sebuah surau bulat yang boleh memuatkan 100 jemaah dan sebuah dewan jamuan besar yang boleh memuatkan 500 orang. Saiz dewan Rakyat di atasnya. Di tingkat kedua pula terdiri daripada dua anjung yang berasingan. Di anjung kiri terdapat dua buah bilik jawatankuasa yang besar. Tiap-tiap bilik mampu memuatkan 30 orang. Selain daripada dua bilik besar terdapat empat bilik kecil yang boleh memuatkan 12 orang. Terdapat juga pejabat- pejabat dan tempatberehat bagi pegawai-pegawai kerajaan serta Persatuan Parlimen Komanwel. Di anjung kanan terdapat dua bilik makan. Satu bilik khusus untuk Ahli-ahli Parlimen dan yang lainnya untuk tetamu-tetamu serta pegawai-pegawai kerajaan. Ruang dapur terletak di antara dua bilik makan ini. Dapur ini mampu menyediakan makanan bagi 1000 orang tetamu dalam satu masa. Bahagian tengah tingkat kedua ini diselubungi oleh bumbung Dewan Rakyat. Ia dijadikan Taman Sari iaitu tempat Ahli-ahli Parlimen berehat semasa persidangan. Menara Menara setinggi 17 tingkat ini terletak di hadapan bangunan ibu, Ia bersambung ke bangunan utama melalui sebuah jambatan dan di dalamnya ditempatkan pejabat para menteri dan ahli -ahli Parlimen yang lengkap dengan segala kemudahan seperti kerusi meja dan pembesar suara ketika sesuatu persidangan berlangsung.Di tingkat dua menara ini terdapat ruang tempat duduk yang menghala ke arah permandangan padang perbarisan dimana acara sambutan rasmi Parlimen diadakan. Di tingkat enam belas pula terdapat ruang lapang yang menghala ke arah keindahan permandangan sekeliling kawasan Parlimen. Di menara inilah majlis-majlis tidak rasmi diadakan. Keistimewaan Bangunan Parlimen Keseluruhan bangunan Parlimen ditutupi dengan kaca yang boleh menyerap haba dan meresapkan cahaya. Kawalan terhadap sinaran matahari dilakukan dengan menutup seluruh bangunan ini dengan terawang berukir yang diperbuat daripada batu konkrit tempatan dan dipasang bahagian demi bahagian. Terawangyang berbentuk sarang lebah itu menambahkan lagi kehebatan bangunan ini. Pada keseluruhannya lebih daripada sejuta batu-bata, 2,000 tan besi waja, 54,000 tan konkrit, 200,000 kampit simen dan 3000 tan kaca telah digunakan untuk membina kompleks Parlimen.
  • 5. Sistem pembahagian air yang membekalkan air kolam dan pancurannya merupakan satu lagi ciri keistimewaan bangunan Parlimen di mana air akan mengalir melalui dua sistem yang berangkai. Ia bermula di bahagian bumbung bangunan membawa ke seluruh kompleks. Airnya pula diwarnakan dengan warna biru untuk menjauhkan lumut dan lumpur. Selain daripada keistimewaan pada bangunannya, kompleks Parlimen turut dihiasi dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan dan binatang peliharaan. Pohon-pohon kayu yang jarang ditemui seperti pohon berlian, mata kuching, berangan, nam-nam, selarat dan pohon tamar diimpot khas dari Arab Saudi untuk dipelihara di kawasan sekitar. Di sebelah kawasan kompleks Parlimen terdapat kawasan lapang yang dijadikan Taman Rusa yang menjadi tempat pemeliharaan berpuluh-puluh ekor spesis rusa Tootal. Spesis rusa ini sememangnya jarang didapati di benua Asia. Rusa-rusa ini dibiarkan bergerak bebas di dalam kawasan lapang taman yang dibatasi oleh sempadan kompleks Parlimen. Fungsi Parlimen Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara. Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru. Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara-perkara nasional. Bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawabnya dengan sepenuhnya dan dengan lebih berkesan, Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil "Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen" di dalam Dewan. Keistimewaan ini terpakai bagi kedua-dua Dewan secara keseluruhannya, dan untuk ahli-ahli Parlimen secara individu. Kedua-dua Dewan berkuasa untuk menggubal prosedur masing-masing, mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing, dan kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana- mana mahkamah, dan Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak keistimewaan atau "contempt" di dalam Dewan tersebut. Ahli Parlimen adalah terkecuali dari tindakan mahkamah sama ada sivil atau jenayah bagi apa yang dikatakan atau dilakukannya di dalam Dewan, dan pengecualian ini diberi juga kepada sesiapa yang bertindak bagi Dewan itu.
  • 6. Melukis dan menerangkan rupa bentuk bendera semua negeri dalam Malaysia dan mengetahui Lambang Malaysia dan Lambang Negeri masing-masing Bendera Malaysia Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan. Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Lambang negara Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu). Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri- negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna
  • 7. hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah- tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia, Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka. Kedah Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun temurun. Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda negeri ini beragama Islam. Perisai pula maksudnya Raja (Kerajaan) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman. Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama Negeri ini. Anak bulan tanda Agama Islam. Perisai pula tanda kekuasaan. Negeri Sembilan
  • 8. Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M Raja.bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-Datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini. Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan bauh negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama.Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna kuning maknanya Yang di-Pertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam Gabungan yang lama. Pedang dan sarungnya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang di-Pertuan Besar Pahang Bendera Negeri Pahang adalah mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar. Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.
  • 9. Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang- undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat. Mata tombak itu ialah contoh mata tombak besar, iaitu "cogan" salah satu dari Alat Kebesaran Negeri yang utama, tanda kekuasaan seperti Cokmar.Jika diperhatikan, bentuk cogan itu adalah ganjil. Sebagai mata tombak, lebar matanya tiada padan dengan panjangnya. Ini ialah kerana hendak menyerupakan bentuknya dengan bentuk daun kopi. Menurut riwayat tua, Almarhum Sultan Ahmad yang telah beberapa kali membuat percubaan untuk mendapatkan takhtar Pahang, telah menganggap kejayaan akhir Baginda oleh suatu peristiwa berhubung dengan cawan kopi yang dihidangkan kepada Baginda tatkala sedang menyusun perjuangan di Terengganu untuk melanggar Pahang bagi kali yang akhir. Gading gajah itu maknanya kekuasaan Raja. Dalam sejarah Melayu, gajah ada hubungan rapat dengan raja-raja Melayu dan istiadat di raja iaitu digunakan sebagai kenderaan di raja. Kelantan Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk rakyat Raja. Lambang kebesaran berwarna itu tanda kesucian Raja negeri ini
  • 10. Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya. Dua kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke-14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu. "BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogan kata negeri KELANTAN Johor Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.
  • 11. Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja. Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini. "KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri Johor. Perak Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi. Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah. Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri
  • 12. Perlis Warna Kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja. Warna biru maksudnya rakyat.Bendera itu maknanya kerjasama yang erat di antara Raja dan Rakyat Baginda. Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai tanda kebanggaan dan kehormatan negeri itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya. Selangor Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu maksudnya daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memeberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, agama rasmi negri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.
  • 13. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-Warna. Disebelah kanan ialah Keris Pendek dan di kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu. Terengganu Latar belakang berwarna putih maksudnya D.Y.M.M. Sultan. Ia melingkungi tanah hitam yang bermakna rakyat- oleh itu bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama rasmi negeri. Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Diraja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah Quran melambangkan Agama Islam, agama rasmi negeri. Buku undang-undang di sebelah kiri pula menandakan keadilan dan Wali menandakan Alatan Istiadat Kebesaran
  • 14. Sarawak Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian marauh dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh. Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpadaun serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum. Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya. Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis. Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita unutk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang" terbang tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi "politik pembangunan". Lencana negeri ini juga boleh membezakan keunggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia. Pulau Pinang
  • 15. Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau itu.Warna putih maksudnya Negeri Pulau Pinang yang aman damai. Warna kuning tanda kemakmuran. Pohon pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya. Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang memepunyai dua (2) tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan taing tersebut. Dua(2) tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat(4) kabel pula menggambarkan empat(4) jenis keturunan rakyat di negei ini, iaitu Melayu. Cina, India dan lain-lain. Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima(5) tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang. Sabah Bendera negeri Sabah berbentuk persegi panjang berukuran 1:2. Di antara sudut sebelah atas bendera berwarna biru cerah, yang menjadi latar belakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu,
  • 16. berwarna biru tua, meliputi suku bahagian bendera ini. Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili. Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah. Sepasang tangan yang menjulang megah bendera negeri Sabah menghiasi lencana ini melambangkan semangat perpaduan erat dan kerjasama yagn lama terjalin di kalangan rakyat pelbagai kaum demi mencapai kemajuan dan kejayaan bagi Negeri Sabah. Sebarisan lima warna di bawah sepasang tangan tersebut merupakan lima bahagian 'daerah' yang terkandung dalam Negeri Sabah. Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan , putih melambangkan kesucian dan keadilan, merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan, warna biru cerah melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama rakyat. Lukisan grafik berbentuk bayangan Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah. Melaka
  • 17. Warna-warna merah, puith, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia. Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia. Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka, pada zaman dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri. Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu pelandoklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya. "BERSATU TEGUH" ialah cogan kata negeri Melaka. Wilayah Persekutuan Bendera baru Wilayah Persekutuan yang dilancarkan pada 20hb. Ogos 2006 ini digunakan dalam acara-acara rasmi yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan. Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Labuan atau Putrajaya akan digunakan dalam acara-acara yang melibatkan Wilayah Persekutuan yang berkenaan. Ciri-ciri Bendera Wilayah Persekutuan menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia. Warna kuning membawa maksud kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan; Warna biru mambawa maksud perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran; dan Warna merah membawa maksud semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.
  • 18. Jata Negara melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan negara. Tiga (3) bintang di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan. Fungsi sebuah Agensi Kerajaan MARDI PENUBUHAN & Fungsi MARDI Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah ditubuhkan pada 28 Oktober 1969 mengikut Akta MARDI (Akta 11) dan mula beroperasi pada Mac 1971. Penubuhan MARDI adalah bagi tujuan pembangunan teknologi untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani tempatan. Pendekatan dalam pembangunan teknologi MARDI adalah melalui inovasi terancang dalam memastikan teknologi yang dibangunkan mempunyai daya saing yang tinggi. Logo MARDI Allahyarham Tun Abdul Razak ketika merasmikan Pejabat MARDI pada tahun 1969
  • 19. Penubuhan dan Latar Belakang MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani. Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. MARDI telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971. MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani. Bagi perkara berkaitan kewangan, persetujuan Menteri Kewangan turut diperlukan. Majlis Sains MARDI pula memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan keberkesanan yang maksimum. MARDI dimandatkan bagi melaksanakan fungsi berikut: Menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan: - Pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (kecuali getah, kelapa sawit dan koko), ternakan dan makanan - Perladangan campuran Berkhidmat sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat dan nasihat berkenaan dengan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaitan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani. Fungsi ini dilakukan melalui pelbagai kaedah termasuk penerbitan laporan, terbitan berkala dan kertas kerja berhubung dengannya serta mengelolakan pameran, persidangan, syarahan dan seminar Menjadi pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makanan dan pertanian serta industri asas tani seperti perkhidmatan perundingan, makmal analisis, jaminan kualiti serta R&D kontrak Memberi pelbagai jenis latihan untuk memajukan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani Memberi geran untuk R&D dalam bidang sains tulen, sains gunaan, teknikal dan ekonomi berkenaan dengan industri pertanian Mengekalkan hubungan dengan organisasi awam atau swasta dalam dan luar negara yang terlibat dalam penyelidikan saintifik, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani Menjalankan penyelidikan dan pengeluaran berbentuk komersil Membangun, mempromosi dan mengeksploitasi penemuan penyelidikan Memberi perkhidmatan pengembangan kepada industri makanan dan pertanian serta industri asas tani. Visi kepimpinan MARDI telah berkembangan daripada pembangunan keupayaan, penubuhan sistem penanaman dan perladangan ke arah pengkomersilan teknologi, pengurusan kualiti menyeluruh dan budaya kecemerlangan bagi mencapai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Peristiwa penting yang menyumbang kepada pembangunan MARDI termasuklah:-Pindaan Akta MARDI dalam tahun 1990 telah membenarkan penglibatan MARDI dalam aktiviti pengkomersilan. Hasil dari pindaan tersebut, MARDITech Corporation Sdn. Bhd. telah ditubuhkan dalam tahun 1992.
  • 20. Pindaan Akta kedua dilakukan pada tahun 2002 untuk mengizinkan lebih banyak ruang ke arah pengkomersilan Dengan usaha gigih dalam pengurusan kualiti, MARDI telah dianugerah sijil MS ISO 9001:1994 pada tahun 1998. Sijil ini ditingkatkan ke MS ISO 9001:2000 pada tahun 2004. Makmal analisis MARDI juga telah diakreditasikan dengan MS ISO/IEC 17025 (kimia dan mikrobiologi makanan dan pertanian pada tahun 2001 dan residu pestisid pada tahun 2006) Pengukuhan sistem penyampaian teknologi sebagai sebahagian dari pendekatan inovasi menyeluruh dilaksanakan dengan penubuhan test-bed dan inkubator teknologi pada tahun 2005 sebagai komponen program pembangunan usahawan Membudayakan pengurusan pengetahuan dalam sistem operasi MARDI mulai tahun 2005 Penstrukturan semula organisasi supaya kedudukan MARDI selaras dengan tuntutan semasa. Struktur terkini telah berkuat kuasa pada 1 Februari 2002 Penubuhan beberapa stesen penyelidikan tambahan berasaskan zon agro-iklim dalam negara, termasuk di Sarawak dan Sabah. Stesen di luar negara juga pernah ditubuhkan seperti di Mali dan Malawi di Afrika Pengiktirafan di peringkat antarabangsa dicapai melalui jalinan kerjasama dengan organisasi penyelidikan dan universiti di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Australia, Taiwan, China, negara-negara ASEAN dan juga EU Penyelidikan usaha sama juga dilaksanakan dengan institusi penyelidikan antarabangsa seperti INIBAP, ACIAR, IRRI, IPGRI, CABI, ABC (Hungary), AVRDC, EU/ALTERA Greenworld Research, IAEA dan FAO. Perundingan teknikal mengenai pembangunan pertanian juga ditawarkan kepada negara Kyrgyzstan, Bosnia-Herzegovena, Syria, Qatar, Kampuchea dan Ivory Coast MARDITech Corporation Sdn. Bhd. juga turut mengembangkan aktivitinya di peringkat antarabangsa. MARDI telah diberi mandat bagi melaksanakan fungsi-fungsi: Untuk menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan: pengeluaran,penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (getah, kelapa sawit dan koko), ternakan dan makanan dan perladangan campuran. Berkhidmat sebagai pusat pengumpulan dan peyebaran maklumat dan nasihat berkenaan dengan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaiatan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani, melalui apa cara termasuklah penerbitan laporan, terbitan berkala dan kertas kerja berhubung dengannya sera mengelolakan pameran, persidangan, syarahan dan seminar. Menjadi satu pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makanan dan pertanian serta industri asas tani seperti perkhidmatan, perundingan, makmal analisis, jaminan kualiti serta R&D kontrak. Memberi latihan dengan apa juga cara untuk kemajuan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani. Memberi geran untuk R&D dalam bidang sains tulen dan gunaan, teknikal dan ekonomi berkenaan dengan industri pertanian. Mengekalkan hubungan dengan organisasi lain, sama ada awam atau swasta, dalam atau luar negara yang mengambil bahagian dalam penyelidikan saintifik, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani. Menjalankan penyelidikan dan pengeluaran berbentuk komersial. Membangunkan, mempromosikan dan mengeksploitasikan penemuan penyelidikan.
  • 21. Memberi perkhidmatan pengembangan kepada industri makanan dan pertanian serta industri asas tani. Visi Menjadi organisasi Penyelidikan dan Pembangunan yang tersohor dalam bidang makanan, pertanian dan industri berasaskan biologi menjelang tahun 2015. Misi Menjana dan memindahkan pengetahuan, teknologi, kompetensi dan perkhidmatan teknikal bagi menyokong pencapaian matlamat kerajaan mentransformasikan pertanian dan industri asas tani kepada sektor yang inovatif, komersil dan berdaya saing. Urusan MARDI Menjalankan penyelidikan untuk menjana teknologi inovatif bagi pembangunan industri makanan dan pertanian. Menawarkan khidmat perundingan dan teknikal bagi menyokong pembangunan industri makanan dan pertanian. Menawarkan khidmat perniagaan usahasama dan pelesenan dalam pengkormersialan hasil penyelidikan. Aktiviti R&D Kami Sasarkan Ke Arah Pembangunan teknologi bagi meningkat persaingan dalam industri pemprosesan makanan. Pembangunan teknologi dalam pengeluaran buah -buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan, bijiran dan lain- lain berkaitan dengan industri tanaman. Pembangunan teknologi yang berkaitan dengan industri ternakan. Pembangunan teknologi dalam bidang bioteknologi, mekanisasi dan juga pengurusan sumber dan persekitaran. Kajian sosio ekonomi dan pengurusan teknologi untuk makanan dan pertanian. Pemindahan teknologi dan pengkomersialan bagi meningkatkan produktiviti pertanian dan kualiti makanan, juga mewujudkan perniagaan tani yang berdaya maju. Dasar Kualiti MARDI Bertekad untuk : Membangunkan dan mempromosikan teknologi wajar dan berdaya maju bagi pelanggan dalam industri makanan, pertanian dan industri berasaskan pertanian; Mematuhi keperluan sistem pengurusan kualiti dan meningkatkannya secara berterusan; Setahun sekali menyemak semula objektif dan dasar kualiti pada Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan bagi menentukan kesesuaiannya berterusan dan Menyebarkan dasar kualiti ini ke semua pusat tanggungjawab (PTJ) di MARDI dan memaparkannya dalam laman Intranet MARDI. Melukis peta negeri masing-masing dan menunjukkan kawasan Parlimen serta nama Ahli Parlimen berkenaan
  • 22. Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13 No. Kawasan Parlimen Menjadi Wakil Rakyat (Ahli Parlimen) 1 Langkawi Datuk Ir. Nawawi Ahmad 2 Jerlun Datuk Othman Aziz 3 Kubang Pasu Datuk Mohd. Johari Baharum 4 Padang Terap Mohd Nasir Zakaria 5 Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar 6 Alor Setar Gooi Hsiao Leung 7 Kuala Kedah Dr. Azman Ismail 8 Pendang Datuk Othman Abdul 9 Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom 10 Sik Dr. Mansor Abdul Rahman 11 Merbok Prof. Dr. Ismail Daut Prof. Dr. Ismail Daut 12 Sungai Petani Datuk Johari Abdul 13 Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim 14 Padang Serai N. Surendran A/L K Nagarajan 15 Kulim-Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir