1. Penyakit asma atau lelah adalah penyakit saluran udara kronik. Tanda-tanda atau simptom penyakit
asma adalah seperti sesak nafas, nafas berbunyi, ketat dada dan batuk. Bukan semua pesakit asma
yang akan mengalami semua simptom yang disebutkan di atas. Hampir 20 peratus pesakit hanya
mengalami batuk yang berlanjutan.
Simptom asma adalah disebabkan oleh penyempitan dan inflamasi saluran udara yang boleh berlaku
akibat alahan kepada persekitaran, salah makan, ubat-ubatan dan tekanan apabila pesakit terdedah
kepada punca-punca yang disenaraikan tadi.
Serangan asma berlaku apabila saluran udara menjadi sempit akibat pengecutan otot di sekeliling
saluran udara serta tersumbat kerana inflamasi dan rembesan cecair yang banyak dari saluran udara
yang membengkak tadi.
Ini akan menyebabkan serangan asma akan berterusan dari beberapa jam sehinggalah kadangkala
berbulan-bulan. Simptom-simptom ini juga mungkin lebih teruk pada waktu subuh dan malam.
Walaupun asma tidak boleh sembuh, ia boleh dikawal dengan ubat asma yang ada pada masa
sekarang.
Setiap pesakit boleh menjalankan aktiviti seperti biasa seperti orang lain jika mereka mematuhi arahan
doktor dengan baik.
Pemilik Blog
Shukri Zakaria
0132045433
ibnuzack@gmail.com
Sentul, Kuala Lumpur
2. Maklumat tambahan penting mengenai penyakit asma
PENYAKIT asma adalah berasal daripada perkataan “asthma” yang diambil dari bahasa Yunani yang
bermaksud “sulit bernafas”. Penyakit asma dikenali dengan gejala sesak nafas, batuk yang disebabkan
oleh penyempitan saluran nafas. Gejala yang biasa ditimbulkan oleh penyakit asthma antara lain:
Nafas yang berbunyi (wheezing)
Nafas pendek, biasanya berlaku ketika sedang berolahraga.
Rasa sesak di dada.
Batuk-batuk hanya pada malam hari.
Siapa sahaja berisiko terkena penyakit ASMA
Kanak-kanak ataupun dengan orang dewasa boleh terkena penyakit asma ini. Pada umumnya penyakit
asma merupakan penyakit kanak-kanak yang bersifat kronik. Persatuan Paru-paru Amerika melaporkan
bahwa satu daripada tiga penderita asma berusia di bawah 18 tahun. Alergi merupakan penyebab gejala
asma, 80% kanak-kanak dan 50% orang dewasa yang terkena asma juga memiliki alergi.
Faktor-faktor yang menyebabkan ASMA?
Alergi seperti debu dan lain-lain
Cuaca.
Olahraga.
Wap dari berbagai bahan kimia, rokok atau memasak dengan kayu bakar.
Infeksi pernafasan.
Emosi, seperti tertawa, menangis dan stress.
Apakah penyakit ASMA merupakan penyakit keturunan ?
Satu kajian di Amerika dan Eropah melaporkan dalam “American Journal Of Respiratory and Critical Care
Medicine” bahawa adanya hubungan yang kuat dimana seorang kanak-kanak yang memiliki satu
diantara ibubapanya penderita asma akan berisiko 3X ganda terkena asma, sedangkan kanak-kanak
yang kedua orang tuanya adalah penderita asma, maka anaknya berisiko terkena asma 6X ganda.
Dapatkan ubat asma yang sebaiknya untuk mengelakkan keadaan yang lebih kronik.