Calon akan dilatih melukis setting meja dari berbagai sudut dan menggunakan berbagai media seperti pensil dan charcoal. Latihan ini diperlukan untuk menyiapkan calon mengerjakan soalan kertas 2 STPM Seni Visual yang mungkin memerlukan melukis setting di atas meja dari posisi tengah, kanan, atau kiri.
1. Latihan drawings terminal
Untuk kertas 2, seni visual STPM , calon mungkin akan diminta supaya melukis sebuah
setting yang diletakkan diatas meja. Calon mungkin akan duduk di tengah, kanan atau
kiri setting. Untuk persediaan cikgu cadangkan anda merujuk pelan kedudukan calon dan
berlatih melukis tapak tempat setting akan diletakkan nanti.
Biasanya objek diletak diatas meja, jadi berlatih lah melukis meja dari arah kiri, kanan
dan tengah. Cuba gunakan pelbagai media termasuk pensil, chsrcoal, pen dan sebagainya.
2.
3.
4.
5. Posted by zulkifli at 12:22 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Wednesday, October 31, 2012
Contoh soalan dan skema Seni Visual Laras STPM
6. Karya Oleh Ben Quilty, dipetik dari :
http://delartful.blogspot.com/2010/08/favourite-artist-ben-quilty.htm
Gambar menunjukkan karya Ben Quilty , Huraikan karya
tersebut dari aspek Hal benda dan komposisi.
Pendahuluan
– Hal benda dalam sebuah catan ialah apa sahaja imej
yang wujud dalam karya. Komposisi pula bermaksud
aturan unsur serta prinsip seni dengan media dan teknik
tertentu yang digunakan dalam karya .
Isi 1 (hal benda)
- Senaraikan hal benda - satu sahaja iaitu : imej wajah
manusia dalam keadaan sedang menangis.
7. - Imej seolah wajah bayi.
- Digambarkan secara pandangan dekat (close up),
memenuhi keseluruhan ruang catan.
Isi 2 (Komposisi ):
- Unsur seni – Warna ( huraikan jenis-jenis warna), Jalinan
( sentuh), bentuk. ** * Gabungan warna dan jalinan
menimbulkan bentuk wajah manusia.
- Prinsip rekaan - Kadar banding ( kerana imej agak
realistik), Harmoni ( gabungan pelbagai warna
menimbulkan kesan harmoni), Imbangan ( hampir simeteri
kerana imej diletakkan di tengah-tengah karya)
- Media/ teknik: media cat minyak atau akrilik- teknik
impasto ( warna tebal di sapu dengan pisau palit atau berus,
memberi kesan jalinan sentuh)
Penutup
- Pelukis berjaya menonjolkan hal benda dengan baik
menggabungkan unsur seni seperti warna,jalinan, bentuk
dengan prinsip rekaan kadar banding, harmoni dan
imbangan.