3. Hari Raya Aidilfitri merupakan peristiwa
atau lebih dikenali sebagai perayaan yang
disambut oleh umat Islam bukan sahaja
di Malaysia malah di seluruh dunia.
Secara ringkasnya, perayaan ini disambut
selepas bulan Ramadhan bagi
menandakan kejayaan umat Islam
berpuasa(menahan nafsu) selama
sebulan.
5. Perayaan Tahun baru Cina adalah
menandakan permulaan tahun baru
bagi kalender masyarakat Cina.
Bersama-sama dengan warna merah,
tanglung, mercun dan pakaian
‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi
kemeriahan masyarakat cina.
Tahun Baru Cina melambangkan
permulaan, titik permulaan
dalam nasib dan kehidupan.
7. Hari Deepavali merupakan perayaan yang
disambut oleh semua penganut yang
beragama Hindu di seluruh dunia dan
merupakan hari cuti di Malaysia. Deepavali
atau lebih dikenali sebagai ‘pesta cahaya’
disambut oleh masyarakat India yang
beragama Hindu dan Sikh di negara kita..
9. Hari Natal (Krismas) merupakan perayaan
menyambut kelahiran Jesus Christ di Bethlehem
yang disambut oleh semua pengikut ugama
Nasarani (Kristian) di dunia.
Perayaan hari Natal bermula dengan menghiasi
pokok Krismas di rumah dan di gereja. Ahli keluarga
bertukar hadiah pada hari Natal dengan
meletakkannya di bawah pokok krismas.
11. Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai
ini disambut oleh kaum Kadazan /
Dusun sebagai meraikan tuaian
yang baik, tetapi Pesta Kaamatan
juga disambut oleh semua kaum
lain di Sabah. Pesta Kaamatan
biasanya disambut sepanjang bulan
Mei.
13. Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat
Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk
meraikan tamatnya musim menuai padi.
Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai
Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya
disambut pada akhir bulan May atau awal
bulan Jun setiap tahun. Perayaan ini
selalunya disambut oleh masyarakat Dayak
di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun.