SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 13
Downloaden Sie, um offline zu lesen
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) DENGAN
                    KEPUJIAN


                  PELAJARAN:

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
               TENGGARA

                    TAJUK:

INTERAKSI ANTARA TAMADUN DAN KESANNYA

                     NAMA:

  MOHD BORHAN BIN JAMALUDDIN -1113222


                    FAKULTI:

    FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA
                    TAHUN:

                   2011/2012
INTERAKSI ANTARA TAMADUN DAN KESANNYA.

Pengenalan

Setiap tamaddun yang muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian serta keunikan yang tersendiri.
Namun demikian ada juga tamadun yang tertutup dan tidak menerima pengaruh luar, namum
masih juga berkembang dan berjaya membentuk serta menemui kemajuan tamaddun itu.
Interaksi antara tamaddun akan memberi bebesapa kesan dalam tamaddun berkenaan samada
kesan negatif atau kesan positif. Kewujudan interaksi ini kerana semua tamaddun mengamalkan
sikap tolaransi yang tinggi serta saling hormat menghormati sesama tamaddun. Sifat-sifat yang
baik itu akan membuka ruang percambahan fikiran dan budaya serta memperkayakan lagi
tamaddun berkenaan dalam pelabagai aspek kemajuan.


Kesan Positif

Semasa kemunculan Islam di tanah Arab, berlaku interaksi antara Yahudi dengan Kristian.
Interaksi ini telah mewujudkan kesan positif, sebagai contoh dalam Perlembagaan Madinah (
Shahifah Madinah ) yang digubal oleh Nabi Muhamad saw telah memberi hak-hak dan
perlindungan kepada penganut agama Yahudi dan Kristian. Mereka telah diberi hak dan
kebebasan untuk mengamalkan amalan tuntutan agama masing-masing tanpa sebarang gangguan
daripada masyarakat sekitarnya, baik dari Rasulullah saw atau umat Islam lainnya. Hal yang
sama telah diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani
Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah dan kerajaan-kerajaan Islam di India.
Malah dalam beberapa buah kerajaan Islam, individu-individu Yahudi dan Kristian telah
mendapat kedudukan tinggi dalam pentadbiran, contohnya dalam kerajaan Abbasiyah, tokoh-
tokoh intelektual Yahudi dan Kristian telah memberikan sumbangan mereka dalam
penterjemahan buku-buku Greek ke dalam bahasa Arab. Begitu juga di Andalusia (Sepanyol),
muncul ramai penulis dan ahli intelektual dari kalangan individu-individu Yahudi dan Kristian.

Interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun China telah memberi kesan positif kepada
kedua-dua tamadun. Agama Buddha disebarkan ke negeri China melalui interaksi ini. Di
samping itu terdapat kemahiran-kemahiran lain yang diperkembangkan, contohnya teknologi
membuat gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China.
Bidang astronomi India turut diperkembangkan di China oleh ahli-ahli astronomi India.
Beberapa perbendaharaan kata bahasa Pali dan Sanskrit turut mempengaruhi kesusasteraan
China. Kesan positif kepada Tamadun India ialah berkembangnya teknologi membuat kertas,
bahan letupan dan pengunaan kompas dari Tamadun China ke dalam Tamadun India. Interaksi
antara Tamadun India dan China berlaku secara aman melalui hubungan perdagangan dan
keagamaan.
Antara interaksi Tamadun Islam dan China yang turut memperlihatkan kesan positif ialah proses
interaksi secara aman iaitu melalui perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan
peranan penting dalam interaksi ini Hasil daripada interaksi ini terdapat komuniti Arab-Islam
yang menetap di China. Berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan
wanita-wanita tempatan. Semasa zaman pemerintahan dinasti-dinasti Tang, Sung, Yuan dan
Ming, telah muncul beberapa orang tokoh Islam yang memainkan peranan penting dalam
pentadbiran.

Kesan penting yang terhasil daripada interaksi ini ialah penyebaran agama Islam di negeri China
yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China. Perkembangan seterusnya
menyebabkan munculnya cendiakawan-cendiakawan Islam tempatan yang mahsyur seperti Liu
Zhi dan Mha Zhu. Cendiakawan-cendiakawan tempatan ini telah mencari keselarian ajaran-
ajaran etika dan nilai Islam dengan Konfusianisme. Konsep-konsep hubungan keluarga, ketaatan
kepada kedua ibu bapa dan raja dan nilai-nilai moral yang terdapat dalam ajaran Konfusianisme
telah dijadikan landasan untuk memperkenalkan agama Islam kepada masyarakat China.
Kesejajaran inilah yang menyebabkan ajaran Islam tidak mendapat tentangan daripada ahli-ahli
falsafah Konfusianisme seperti yang dihadapi oleh ajaran agama Buddha. Disamping itu
interaksi ini turut menemukan seni bina Arab-Islam dengan seni bina China contohnya dalam
bentuk masjid-masjid di China hari ini.

Hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah meninggalkan kesan yang amat
ketara. Interaksi antara kedua-dua tamadun ini berlaku secara aman iaitu melalui perdagangan.
Namun demikian kedatangan pengaruh Islam di Asia Tenggara ataupun khususnya ke Kepulauan
Melayu dikatakan dari tiga kawasan yang berbeza iaitu dari Arab dan Parsi, dari India dan China.
Teori-teori ini telah diperbincangkan dengan hangat dan beberapa bukti yang berkaitan telah
dikemukakan oleh pendokong-pendokongnya bagi meyokong pendapat mereka. Namun apa
yang lebih penting bagi kita ialah kesan yang didapati daripada hubungan ini. Interaksi antara
Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah melahirkan beberapa kesan positifyang penting.

Kesan yang paling menonjol ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta
munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Aceh, Johor-Riau, Brunei,
Patani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun Islam telah
mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. la juga turut membawa tulisan Jawi yang
berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Kesan positif
boleh juga dilihat pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian, kebendaan
seperti pakaian, makanan serta istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.

Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu turut melahirkan kesan positif tetapi ia
tidak melibatkan pemikiran dan falsafah sebaliknya melibatkan kemahiran dan teknologi serta
kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu,
contohnya di Jawa. Begitu juga kemahiran dalam perusahaan sutera, membuat tembikar serta
pertukangan logam. Di samping itu terdapat juga beberapa jenis makanan masyarakat China
yang diperkenalkan kepada masyarakat Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh dan sebagainya.
Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara
aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan,
emigrasi dan hubungan diplomatik, contohnya kemuncak hubungan diplomatik negeri China
dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melaka. Manakala hubungan yang bercorak
konflik peperangan berlaku semasa pemerintahan Dinasti Yuan / Monggol ( 1279 – 1368 Masihi
) yang pernah menyerang Myanmar ( Komboja ) dan Jawa pada abad abad ke-13 Masihi.

Kesan positif daripada interaksi antara tamadun ini juga boleh dilihat pada hubungan antara
Tamadun China-Jepun. Jepun telah mendapat faedah yang banyak hasil daripada hubungan ini.
Tamadun China telah menyumbangkan beberapa perkara penting ke dalam Tamadun Jepun.
Sumbangan yang penting ialah dari segi agama dan tulisan. Agama Buddha dari China telah
dikembangkan dalam Tamadun Jepun. Ajaran-ajaran Buddha ini telah diasimilasikan dengan
agama asal orang-orang Jepun iaitu agama Shinto. Walaupun asimilasi ini berlaku tetapi ia tidak
mengubah identiti ajaran Buddha.

Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Agama Buddha telah mencapai zaman kemuncak
semasa zaman Nara dan Heian. Di samping agama, tulisan adalah satu lagi kesan penting yang
dibawa oleh Tamadun China ke Jepun. Tulisan China telah menjadi asas kepada pembentukan
tulisan Jepun iaitu Hiragana dan Katakana. Pengaruh tulisan China telah memainkan peranan
kepada perkembangan intelektual dan kesusasteraan dalam Tamadun Jepun. Di samping dua
kesan positif yang penting ini, Tamadun China turut meninggalkan pengaruhnya ke atas upacara-
upacara tertentu di Jepun, contohnya upacara minum teh, seni taman, serta struktur pembinaan
bandar.

Ajaran falsafah Konfusianisme dari China turut diasimilasikan dalam Tamadun Jepun. Ajaran
Kofusianisme yang memberi penekanan kepada institusi keluarga telah memantapkan lagi
institusi keluarga Jepun. Manakala konsep mandat dari syurga telah memperkukuhkan lagi
kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal dari keturunan Dewi Amaterasu. Interaksi
antara Tamadun China dengan Jepun telah berlaku secara aman dan asimilasi Tamadun China
dalam Tamadun Jepun telah memperkukuhkan identiti Tamadun Jepun.
Kesan Negatif

Adalah tidak tepat jika dikatakan bahawa interaksi antara tamadun hanya menghasilkan kesan
positif. Sebaliknya interaksi antara tamadun turut menghasilkan kesan negatif.
Di Eropah, misalnya, hubungan antara orang-orang Kristian dan Yahudi telah mengalami
kemerosotan sejak awal lagi. Kesan daripada hubungan yang tidak baik ini menyebabkan
berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9 dan-18 Masihi.
Perkara ini berlaku akibat dari-pada faktor-faktor perbezaan agama, ketidak seimbangan
ekonomi dan sosial.

Begitu juga halnya dengan hubungan orang-orang Islam dan Kristian dalam Zaman Pertengahan
di Eropah. Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah bertindak melancarkan beberapa siri
perang ke atas orang-orang Islam yang dikenali sebagai Perang Salib. Peperangan tersebut telah
mengorbankan ramai penganut Islam danYahudi. Peperangan ini turut dicetuskan oleh faktor-
faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik.

Di India juga, hubungan antara penganut Islam dan Hindu sentiasa berada dalam keadaan tegang.
Terdapat peristiwa-peristiwa di mana orang-orang Islam dibunuh dan masjid-masjid
dimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama Hindu. Keadaan yang sama juga berlaku
kepada penganut-penganut agama Hindu serta kuil-kuil Hindu yang dimusnahkan oleh
pemerintah-pemerintah Islam.

Contohnya raja-raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan
mengharamkan beberapa upacara-upacara keagamaan Hindu. Semasa zaman pemerintahan
Moghul, Aurangzeb adalah raja Moghul yang bertindak keras terhadap penganut-penganut
Hindu. Baginda telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil yang baru, mengharamkan upacara
mandi suci di Sungai Jamuna, mengharamkan upacara sati dan lain-lain lagi.

Dalam hubungan antara Tamadun India dengan Tamadun China juga kita dapat lihat wujudnya
konflik terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam masyarakat China semasa
zaman pemerintahan Dinasti Han Timur. Kemasukan agama tersebut telah mendapat tentangan
cendiakawan Konfusianisme yang amat berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti Han. Sami-sami
Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha dimusnahkan untuk menghalang perkembangan
agama tersebut.

Kesan negatif turut berlaku dalam hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun China.
Contohnya pada tahun 751 Masihi, tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih telah
mengalahkan angkatan perang China yang dipimpin oleh Kao Hsien-chih sedangkan pada masa
tersebut kerajaan Islam Abbasiyah mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang di
China. Permusuhan antara orang-orang Islam dengan orang-orang China juga dicetuskan oleh
rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan.
Contohnya pada abad ke-8 Masihi, penduduk Han di tenggara China telah mewujudkan
permusuhan dengan orang-orang Islam kerana iri hati terhadap kemewahan yang dinikmati oleh
orang-orang Islam yang kebanyakannya terlibat dalam aktiviti perdagangan. Pada tahun-tahun
758 Masihi dan 876 Masihi telah berlaku pemberontakan-pemberontakan yang menyebabkan
ramai orang-orang Islam dibunuh dan melarikan diri dari Canton. Pemberontakan pada tahun
876 Masihi bukan sahaja bersifat anti-Islam tetapi juga anti orang asing.

Pemberontakan ini menyebabkan lebih kurang 120 000 hingga 200 000 orang asing telah
dibunuh termasuk orang-orang Islam. Kesan daripada peristiwa tersebut menyebabkan ramai
orang-orang Islam telah lari dari China dan berhijrah ke Asia Tenggara terutamanya di
Palembang dan Kedah. Hubungan orang-orang Islam dengan penduduk tempatan China turut
terjejas semasa pemerintahan Dinasti Ching yang memberi keutamaan kepada pengukuhan
ajaran Konfusianiame. Orang-orang Islam mendapat layanan yang tidak adil daripada
pemerintah Ching.

Rasa tidak puas hati penganut-penganut Islam disokong pula oleh perkembangan pengaruh
gerakan Kaum Muda ataupun Wahabi di kalangan orang-orang China Islam. Rasa tidak puas hati
orang-orang Islam telah menyebabkan berlakunya beberapa siri pemberontakan semasa
pemerintahan Dinasti Ching iaitu Pemberontakan Sinkiang 1 (1756 Masihi), Pemberontakan
Kansu (1781 Masihi), Pemberontakan Jehangir (1820-27 Masihi), Kebangkitan Yussof
Syamsuddin (1828-31M), pemberontakan Yunan (1850-68 Masihi), Pemberontakan Shensi dan
Kansu (1862 Masihi), Kebangkitan Sinkiang (1864-77 Masihi).


Interaksi Tamaddun China dan India

Tamadun China dan India telah berinteraksi kira-kira pada abad ke-2 S.M. Penyebaran
agamaBudhha ke China pada masa pemerintahan Dinasti Han ( zaman Han Timur ) merupakan
kemuncak kepada interaksi antara tamadun China dan India. Oleh kerana Buddhisme lahir dalam
suasana budaya India, maka China juga telah berkongsi banyak persamaan dengan kerangka
budaya masyarakat India. Persamaan dalam aspek kesusateraan, kesenian, muzik dan
sebagainya.

Pada peringkat awal penyebaran Buddha di China, ia sukar diterima kerana berlaku penentangan
antara budaya dalam ajaran Buddha dari sudut kekeluargaan, politik,etika serta moral orang-
orang China yang telah pun diresapi oleh falsafah-falsafah tempatan China terutama falsafah
Konfucianisme. Agama Buddha secara beransur-ansur telah mengalami proses penyesuaian
dengan tradisi budaya China namum demikian prinsip-prinsip asas ajaran Buddha tidak terjejas.

Selain dari penerimaan agama Buddha, kesan interaksi positif antara tamadun China dengan
India ialah beberapa alat muzik dan struktur muzik India diasimilasikan dalam tamadun China.
Muzik dan tarian India telah menjadi tarian yang popular di istana dan di kalangan bangsawan
China. Semasa Dinasti Tang ( 618-907 ) teknologi membuat gula dari tebu di Tamadun India
diperkembangkan di Tamadun China.
Manakala kesan positif interaksi tamadun yang diterima oleh India pula terdapat ciptaan-ciptaan
sains dan teknologi orang China yang telah berkembang di dalam masyarakat India. Antaranya
ialah teknologi pembuatan kertas, bahan letupan, percetakan, penggunaan kompas dan lain-lain.
Selain dari itu, usaha-usaha penterjemahan buku-buku koleksi astronomi India telah
diterjemahkan ke dalam bahasa China. China juga mendapatkan khidmat ahli-ahli cendiakawan
India dalam bidang astronomi seperti Gautama yang telah diambil berkhidmat dalam kerajaan
Dinasti Tang. Beliau dipertanggungjawabkan memperkenalkan system calendar China yang
lebih tepat daripada tahun 727 M.

Perkembangan dalam bidang kesusasteraan juga turut menerima kesan interkasi antara tamadun
China dan India. Kitab-kitab ajaran Buddha merupakan contoh hasil sastera yang penting.
Kewujudan pelbagai jenis puisi, cerita dongeng, kisah-kisah tauladan, kias ibarat yang berkaitan
dengan Buddha telah mempengaruhi tulisan sastera China. Selain dari itu percampuran dan
penyerapan bahasa Sanskrit dan Pali ke dalam bahasa
China turut berlaku. Contoh yang paling ketara ialah kemunculan pengajian fonetik di zaman
Dinasti Sui adalah kesan perhubungan tamadun China dan India. Seterusnya selapas abad ke-10
M, perkembangan ini agak merosot dan lebih bersifat hubungan diplomati dan perdagangan.


Interaksi Tamaddun Islam dan China

Hubungan antara orang Arab dengan negeri China telah berlaku seawal abad ke-3 Masihi apabila
dilaporkan bahawa telah ada utusan dari Parsi dihantar ke istana kerajaan Wei. Orang-orang
Arab menggunakan dua laluan penting untuk ke China iaitu :

Laluan Sutera – iaitu jalan darat yang merentasi Khurasan, Samarqand, Xinjiang hingga ke
Peking.

Jalan laut yang digunakan pada abad ke-5 Masihi merentasi laut Arab ke Benua Kecil India,
Kepulauan Melayu hingga ke Canton di tenggara China.

Terdapat catatan yang menyatakan bahawa pada abad ke-5 Masihi kapal-kapal China telah
sampai ke Teluk Parsi, dan pada pertengahan abad ke-7 Masihi ramai pedagang Arab telah
menetap di daerah-daerah tenggara China seperti Kwang Cho ( Canton ), Chang Chow dan
Chuan Cow.

Hubungan perdagangan antara Arab dan China menjadi semakin rancak pada abad ke-8, dimana
mereka telah mendirikan masjid-masjid di kawasan Guangzhou dan Guanzhou. Walaupun
terdapat usaha-usaha mengembang ajaran Islam di China berlaku pada abad ke-8, tetapi hanya
berjaya selepas beberapa abad kemudian dengan kemunculan beberapa tokoh Muslim tempatan
seperti Wang Daiyu ( 1550-1658 ), Ma Zhu ( 1640-1711) Liu Zhi ( 1660-1730) dan Ma Dexin (
1794-1874). Penglibatan tokoh–tokoh ini turut mempengaruhi hasil penulisan dan usaha
penterjemahan selepas mereka.
Buku pertama yang dihasilkan oleh penulis China Muslim ialah Zhengjiao Zhengquan yang telah
diterbitkan pada tahun 1642. Penulis China banyak menggunakan konsep-konsep yang sedia ada
dalam ajaran Konfusianisme bagi memperkenalkan Islam kepada masyarakat tempatan. Elemen
ajaran Konfusianisme yang bersamaan dengan ajaran Islam seperti xiao ( penghormatan kepada
ibu bapa ), zhong ( kesetiaan ), shu ( altruism ) telah banyak membantu penulis-penulis China
Muslim memperkenalkan ajaran Islam kepada mayarakat China.

Kesan positif interaksi antara tamadun Islam dengan China dilihat dengan jelas dimana Asia
Barat telah mempelajari mengenai kompas teknologi percetakan, teknologi bahan letupan dan
pembuatan kertas. Hal yang sama berlaku dalam teknologi logam dan pembuatan tembikar.
Sementara tamaddun China pula mendapat pelbagai ilmu pengetahuan baru seperti perubatan,
astronomi dan farmasi. Pada masa Dinasti Tang ( 618-907 ) seorang sarjana China Muslim yang
berasal dari Parsi iaitu Li Xun telah menyusun sebuah buku bertajuk Materia Medica: Seberang
Laut sebanyak 6 jilid. Buku ini telah membincangkan mengenai 124 jenis ubat di Arab.

Sementara itu seorang ahli astronomi Parsi – Jamaluddin telah memberi sumbangan penting
penciptaan calendar baru untuk Kublai Khan pada tahun 1267 Masihi, sementara itu abjad Arab
telah mula digunakan dalam Tamadun China ketika pemerintahan Dinasti Yuan. Kesan interaksi
tamadun China-Tamadun Islam turut juga menyumbang dalam aspek senibina. Masjid-masjid
yang bersenibina Arab banyak dibina di Xinjiang ( Sinkiang ).

Interaksi Antara Tamaddun China dan Jepun

Interaksi antara tamadun China-Jepun berlaku melalui perantaraan semenanjung Korea semasa
zaman Raja Packhe yang memerintah Korea. Korea telah menerima pengaruh China sejak abad
ke-2 Masihi lagi. Raja Packhe telah meminta bantuan Jepun bagi mengatasi tentangan puak utara
pada kurun ke-2 Masihi. Penglibatan ramai tentera Jepun di Korea pada ketika itu telah
menyebabkan unsur-unsur Tamadun China yang terdapat dalam budaya Korea telah meresapi
budaya Jepun.

Kesan langsung tamadun China dapat dikesan dalam penggunaan tulisan. Aspek penulisan telah
menerima kesan terus interaksi Tamaddun China di Jepun. Sistem tulisan China telah
memperkembangkan tradisi tulisan di Jepun. Tulisan China telah digunakan sebagai perantaraan
komunikasi sosial dan penciptaan kesenian dalam masyarakat Jepun yang telah membawa
kepada perkembangan intelektual.

Tulisan ini digunakan untuk menyimpan rekod-rekod mengenai mitos-mitos agama Shinto dan
rekod-rekod pentadbiran Jepun. Percantuman antara tulisan China dan Jepun berlaku secara
beransur-ansur. Kompilasi Kojiki ( rekod purba Jepun ) telah menampakkan gabungan antara
tulisan China dan tulisan Jepun. Kompilasi puisi yang terkenal iaitu Man’yoshu pada tahun 760
Masihi turut memerlihatkan penggunaan gabungan perbendaharaan kata pinjaman China ke
dalam perbendaharaan kata Jepun.
Kesan interaksi tamaddun China ke atas Jepun dapat juga dilihat dalam aspek binaan. Sebagai
contoh dalam Bandar Nara telah dibina mengikut corak dan plan pembinaan Bandar Chang’an
iaitu bandar pemerintahan dalam Dinasti Sui.
Ajaran-ajaran Konfusianisme yang dibawa masuk ke Jepun turut mengalami dan menerima
kesan serta perubahan. Konsep “ mandat dari syurga “ yang telah digunakan dalam
memperkukuhkan institusi raja. Agama Buddha juga telah melalui satu proses asimilasi dengan
agama asal orang-orang Jepun iaitu Shinto. Pada tahap ini Shinto telah mengiktiraf kewujudan
dua dewa iaitu dewa-dewa luar dan dewa tempatan. Walaupun sintesis antara agama Buddha dan
Shinto kurang berjaya, namun ajarang Buddha tentang kehidupan dunia yang penuh dengan
penderitaan dapat diterima oleh orang –orang Jepun.

Ajaran Buddha yang mementingkan ajaran dan konsep kasih-sayang, kesian belas, moral dan
lain-lainnya yang berkaitan dengan kerohanian telah memberi satu sumbangan penting kepada
orang-orang Jepun. Pada bada ke-10 Masihi ajaran Buddha yang berkembang ialah yang
mementingkan Amida atau Amitabha sebagai lambing penyembahan penting.


Interaksi Antara Tamaddun India dengan Asia Tenggara

Interaksi tamaddun Asia Tenggara dengan Tamaddun India telah berlaku secara aman dan
bermula sejak awal abad Masihi lagi. Hubungan secara perdagangan telah berlaku dan telah
meninggalkan kesan yang banyak dalam pembinaan tamaddun dan budaya masyarakat Asia
Tenggara.

Secara teologi, interaksi ini telah member peluang kepada perkembangan agama Hindu dan
Buddha kepada masyarakat Asia Tenggara. Agama Hindu telah diterima sebagai agama yang
penting dalam kerajaan-kerajaan awal di AsiaTenggara seperti di Funan, Chenla, Angkor,
Majapahit, Kedah dan lain-lain. Mazhab agama Hindu yang banyak tersebar di Asia Tenggara
ialah mazhab Saivism, Vishnuism dan Brahmanisme. Agama Hindu turut mempengaruhi system
pentadbiran dan politik Asia Tenggara dengan kewujudan konsep “ devaraja “. Konsep ini
meletakkan kesucian seseorang raja setaraf dengan dewa. Konsep ini juga menjadi asas konsep
daulat dalam pemerintahan raja-raja Melayu.

Mazhab agama Buddha pula yang berkembang di AsiaTenggara ialah mazhab Mahayana dan
Hinayana ( juga dikenali sebagai agama Buddha Theravada ). Agama Buddha Mahayana adalah
ajaran Buddha yang dipengaruhi oleh kepercayaan-kepercayaan tantric India. Ajaran-ajaran ini
juga terut mengalami unsur asimilasi dengan kepercayaan tempatan. Srivijaya pernah menjadi
pusat pengajaran dan perkembangan ajaran Buddha Mahayana seperti yang dilaporlkan oleh I-
Tsing seorang mubaligh agama Buddha dari China yang pernah singgah di Srivijaya pada abad
ke-7 Masihi. Sementara agama dari Mazhab Buddha Hinayana pula diterima oleh sebahagian
besar penduduk tanah besar Asia Tenggara iaitu di Thailand, Myanmar, Burma dan Laos.

Kemunculan tulisan Sanskrit dan Pali yang berkembang di Asia Tenggara adalah kesan interaksi
Tamaddun India dan Tamaddun Asia Tenggara. Bahasa Sanskrit telah diterima menjadi bahasa
penting di istana. Kitab-kitab agama Hindu iaitu Mahabarata dan Ramayana menjadi sumber
pengajaran awal di Asia Tenggara. Aktiviti penterjemahan dan penyalinan kitab-kitab ini telah
dilakukan selapas wujudnya interkasi antara Asia Tenggara dengan Tamaddun Islam. Ini kerana
kita-kita ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan ditulis dengan menggunakan tulisan
Jawi iaitu tulisan yang datang dari Tamaddun Islam. Istilah-istilah Sanskrit turut memperkayaka
perbendaharaan kata masyarakat Asia Tenggara.

Kemunculan banyak alat-alat muzik dan pengaruh dalam kesenian dan tarian juga adalah kesan
daripada interkasi ini. Kedatangan dan hubungan masyarakat India dan penduduk Asia Tenggara
secara ama telah menyebabkan berlakunya perkahwinan campur secara meluas semasa zaman
Kesultanan Melayu Melaka. Kemunculan makanan berasaskan roti dan kari juga dilihat sebagai
kesan interaksi tamaddun Asia Tenggara dengan tamaddun India. Selain dari tiu tamaddun India
juga turut mempengaruhi system perundangan Asia Tenggara, contohnya kaedah-kaedah dalam
undang-undang Hindu yang digunakan dalam Undang-undang Melaka dan Perundangan
Majapahit.


Intraksi Antara Tamaddun Islam dengan Asia Tenggara

Tamaddun Islam berkembang di Asia Tenggara selaras dengan perkembangan dan penyebaran
agama Islam di Asia Tenggara. Perkembangan Agama Islam yang berlaku secara aman telah
member sumbangan yang besar kepada perkembangan dan penerimaan tamaddun Islam di
kawasan Asia Tenggara. Asia Tenggara telah lama dikenali oleh pedagang-pedagang Islam sejak
abad pertama Hijrah. Sebahagian besar pedagang-pedagang Islam datangnya daripada Yaman,
iaitu sebuah kerajaan Arab yang bergiat pentiang dalam perdagangan.

Snouck Hurgronje merupakan cendiakawan yang melaporkan bahawa Islam di Asia Tenggara
datangnya dari India, pendapat beliau telah mendapat sokongan dari beberapa tokoh seperti
D.G.E Hall, R.O Winstedt, Vlekke, Mouqutte, B.Harrison dan Bousquet. Bagi menyokong teori
mereka, mereka mengaitkan penglibatan pedagang-pedagang Islam dari Gujerat.


Interaksi Antara Tamaddun Islam dengan Eropah

Interaksi tamadun Islam dengan tamadun Eropah telah bermula sejak terbentuknya pemerintahan
Islam di Afrika Utara, Sepanyol dan Sicily. Malah ada pendapat dan tokoh tamaddun
menyatakan bahawa, Sepanyol dan Sicily adalah merupakan pintu masuk Islam ke benua
Eropah. Negara-negara berkenaan dikatakan sebagai jambatan kemasukan Tamaddun Islam ke
dalam Tamaddun Eropah. Proses interaksi ini berlaku dalam dua cara iaitu cara aman dan
peperangan. Proses cara aman berlaku melalui perdangan. Perang Salib yang berlaku dalam
tempoh yang panjang antara orang Eropah dengan Islam merupakan interaksi yang berlaku
secara konflik.

Perkembangan dan usaha penterjemahan buku-buku adalah kesan interkasi positif yang berlaku
antara tamaddun Islam dan Eropah. Penterjemahan buku falsafah Greek telah menghubungkan
orang-orang Eropah dengan tamaddun Greek ( Yunani ) Ini kerana penterjemahan buku telah
dilakukan dengan pesat semasa pemerintahan Bani Abbasiyah. Hasil-hasil tulisan orang-orang
Greek meliputi bidang-bidang sains, sejarah, matematik, falsafah telah dikembangkan oleh
cendiakawan Islam.
Proses interkasi antara Islam dan Eropah berlaku secara aman pada awalnya, dan diikuti dengan
konflik apabila tercetusnya perang salib yang berlaku selama 200 tahun ( antara abad ke-12
Masihi hingga 14 masihi ) Sebelum perang saling, Eropah yang berada dalam zaman gelap (
abad ke-4 hingga ke-14 Masihi ), sedangkan pada ketika ini, orang Islam telah mencapai
kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu pada pertangahan kurun ke-7. Kemuncak kepada
perkembangan Tamaddun Islam berlaku pada adab ke-10 hingga ke-12 Masihi.

Peranan Sepanyol dalam menyumbang kepada perkembagan Tamaddun Islam di Eropah tidak
boleh dipandang sepi. Sepanyol menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan Islam di Eropah.
Universiti-universiti Sepanyol di Cordova, Seville, Malaga dan Granada telah menjadi pusat
pengajian terpenting kepada pelajar Kristian. Bidang-bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah,
matematik, astronomi dan seni muzik yang berkembang pesat di Sepanyol telah mempengaruhi
pemilkiran orang-orang Eropah.

Orang-orang Islam Sepanyol telah menyumbang karya-karya penting dalam bidang seni muzik
dan pada adad ke-12. Karya-karya mereka telah diterjemahkan dalam bahasa latin dan memberi
peluang kepada masyarakat Eropah mengetahui dan mempelajari seni ini.
Interaksi antara Tamaddun Islam dan Tamaddun Eropah bukan hanya melahirkan kesan positif,
tetapi juga melahirkan kesan negative iaitu Perang Salib. Perang Salib yang berlaku selama 200
tahun telah memberi satu kesan negatif yang mendalam kepada Tamaddun Islam dan Eropah.
Terdapat beberapa faktoir berlakunya perang Salib ini, antaranya ialah

- penindasan yang dilakukan oleh pemerintah Islam kepada penganut Kristian,

- ketidakseimbangan ekonomi

- peranan paderi Kristian yang menyeru orang-orang Kristian untuk berperang dengan
orang-orang Islam .


Kesimpulan

Secara keseluruhannya, situasi di benua Asia sebelum zaman penjajahan Barat tanpa mengambil
kira hubungan Kristian dan Yahudi, penganut-penganut Islam, Hindu, Budha, Konfusiannisme,
Taoisme dan termasuklah penganut Kristian sendiri berjaya hidup harmoni dan damai. Faktor-
faktor yang di lihat dapat membawa kesan yang positif hasil pertembungan antara tamadun ialah
:

a. Sifat pemerintah dan pemimpin yang bertoleransi dan memerintah negara dengan penuh
keadilan dan kesaksamaan
b. Sikap golongan beragama seperti sami dan paderi yang sentiasa cuba mewujudkan suasana
harmoni, memberi tafsiran yang sejagat dan cenderung kepada semangat keinsanan.

Tamaddun sesebuah masyarakat itu bukanlah bersifat tertutup, sebaliknya bersifat terbuka. Sifat
inilah yang member peluang berlakunya interaksi antara tamaddun dan menghasilkan dua kesan
utama iaitu kesan positif dan kesan negative. Kesan positif akan memberi nilai tambah dan
pengukuhan kepada sesuatu tamaddun. Elemen-elemen atau ciri-ciri tamaddun luar yang
diterima oleh sesuatu tamaddun akan mengalami proses asimilasi dan penyesuaian.

Sementara kesan negatif pulak seringkali mewujudkan konflik antara masyarakat yang memilki
tamaddun yanb berbeza. Konflik ini dipengaruhi oleh pelbagai factor seperti teologi, ekonomi,
sosial dan politik. Faktor yang lebih penting menjadi penyebab kepada konflik ialah faktir
teologi. Sungguhpun interaski ini menghasilkan kesan positif dan negative, namun kadangkala
kesan yang dialami oleh sesuatu tamaddun itu tidak sama dengan yang lain.

Bagi tamaddun yang lebih lama dan tinggi, akan mempengaruhi tamaddun yang rendah, dan
tamaddun yang rendah akan lebih bersifat receptif ( penerima ) Kedua-dua kesan inilah yang
menjadikan sesebuah tamaddun itu berjaya dan tidak jumud, beku dan statik. Hasilnya sesuatu
tamaddun yang terbuka dan dapat mengasimiliasikan pengaruh luar akan semakin berkembang
dan melahirkan pelbagai perubahan-perubahan penting.



Bibliografi :

Alias Othman (1986), Apakah Ciri-ciri Khusus Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Salam

Sulaiman Nordin ( 1995 ), Islam,Al-Quran dan Ideologi Masa Kini. Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Haji Ahmad Fauzi ( 1997 ) Tamaddun Islam.Sedang:Penerbitan Universiti Putra Malaysia.

Wan Abdul Rahman Latif, ( 1996 ) Sejarah Perkembangan Tamaddun Dunia, Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Azhar Hj.Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali. (2000). Titas Kertas 1. Bhd. Shah Alam. Fajar Bakti
Sdn.

Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohd Radzi. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun
Asia. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.

Dr Abdul Rahman Haji Abdullah. (2002). Sejarah dan Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Pustaka
Ilmi Sdn. Bhd.

Ghazali Darussalam. (2000). Kursus Tamadun Islam & Pendidikan Moral. Kuala Lumpur.
Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Mustafa Hj. Daud. (1999). Tamadun Islam. Edisi Maktab Perguruan. Kuala Lumpur. Utusan
Publication & Distributor Sdn. Bhd
Kerja kursus titas

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)faizah12
 
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depan
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depanBab 6 Isu isu semasa dan masa depan
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depanRaja Rosenani
 
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah MelayuKerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah MelayuNur Fazlin Mohd Naim
 
Faktor faktor kemerosotan tamadun islam
Faktor faktor kemerosotan tamadun islamFaktor faktor kemerosotan tamadun islam
Faktor faktor kemerosotan tamadun islamAdila Shahida Azmi
 
Bab 4 tamadun india (bhg 2)
Bab 4 tamadun india (bhg 2)Bab 4 tamadun india (bhg 2)
Bab 4 tamadun india (bhg 2)sujak
 
TITAS- Tamadun CINA
TITAS- Tamadun CINATITAS- Tamadun CINA
TITAS- Tamadun CINAAbas Kun
 
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)Reefear Ajang
 
TAMADUN INDIA: KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN SUMBANGANNYA
TAMADUN INDIA: KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN SUMBANGANNYA TAMADUN INDIA: KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN SUMBANGANNYA
TAMADUN INDIA: KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN SUMBANGANNYA Ikhwan Hamid
 
Persamaan n perbezaan
Persamaan n perbezaanPersamaan n perbezaan
Persamaan n perbezaanEi Reen
 
Agama dan fahaman dalam Tamadun China
Agama dan fahaman dalam Tamadun ChinaAgama dan fahaman dalam Tamadun China
Agama dan fahaman dalam Tamadun ChinaCik Atiradaniel
 
Interkasi antara tamadun
Interkasi antara tamadunInterkasi antara tamadun
Interkasi antara tamadunfaizah12
 
87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titas87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titasalkepuloh
 
Konfusianisme
Konfusianisme Konfusianisme
Konfusianisme Ct Muna
 
Bab 3 Tamadun Melayu Baru
Bab 3  Tamadun Melayu BaruBab 3  Tamadun Melayu Baru
Bab 3 Tamadun Melayu Baruwan arizwnb
 
Ringkasan Teori legalisme
Ringkasan Teori legalismeRingkasan Teori legalisme
Ringkasan Teori legalismeahmad mats
 
01 pengajian ketamadunan
01 pengajian ketamadunan01 pengajian ketamadunan
01 pengajian ketamadunanAdzmir Nasir
 

Was ist angesagt? (20)

Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)
 
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depan
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depanBab 6 Isu isu semasa dan masa depan
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depan
 
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah MelayuKerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
 
Unit 1
Unit 1Unit 1
Unit 1
 
Faktor faktor kemerosotan tamadun islam
Faktor faktor kemerosotan tamadun islamFaktor faktor kemerosotan tamadun islam
Faktor faktor kemerosotan tamadun islam
 
Bab 4 tamadun india (bhg 2)
Bab 4 tamadun india (bhg 2)Bab 4 tamadun india (bhg 2)
Bab 4 tamadun india (bhg 2)
 
Tamadun melayu
Tamadun melayuTamadun melayu
Tamadun melayu
 
TITAS- Tamadun CINA
TITAS- Tamadun CINATITAS- Tamadun CINA
TITAS- Tamadun CINA
 
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
 
TAMADUN INDIA: KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN SUMBANGANNYA
TAMADUN INDIA: KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN SUMBANGANNYA TAMADUN INDIA: KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN SUMBANGANNYA
TAMADUN INDIA: KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN SUMBANGANNYA
 
Persamaan n perbezaan
Persamaan n perbezaanPersamaan n perbezaan
Persamaan n perbezaan
 
Bab 4 tamadun india
Bab 4 tamadun indiaBab 4 tamadun india
Bab 4 tamadun india
 
Agama dan fahaman dalam Tamadun China
Agama dan fahaman dalam Tamadun ChinaAgama dan fahaman dalam Tamadun China
Agama dan fahaman dalam Tamadun China
 
Interkasi antara tamadun
Interkasi antara tamadunInterkasi antara tamadun
Interkasi antara tamadun
 
87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titas87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titas
 
Konfusianisme
Konfusianisme Konfusianisme
Konfusianisme
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Bab 3 Tamadun Melayu Baru
Bab 3  Tamadun Melayu BaruBab 3  Tamadun Melayu Baru
Bab 3 Tamadun Melayu Baru
 
Ringkasan Teori legalisme
Ringkasan Teori legalismeRingkasan Teori legalisme
Ringkasan Teori legalisme
 
01 pengajian ketamadunan
01 pengajian ketamadunan01 pengajian ketamadunan
01 pengajian ketamadunan
 

Andere mochten auch

MPU 1 - TITAS Assignment
MPU 1 - TITAS AssignmentMPU 1 - TITAS Assignment
MPU 1 - TITAS Assignmentashleyyeap
 
TITAS Assignment Guidelines
TITAS Assignment GuidelinesTITAS Assignment Guidelines
TITAS Assignment GuidelinesLi Jing
 
Rumusan kajian
Rumusan kajianRumusan kajian
Rumusan kajianmunnianwar
 

Andere mochten auch (6)

MPU 1 - TITAS Assignment
MPU 1 - TITAS AssignmentMPU 1 - TITAS Assignment
MPU 1 - TITAS Assignment
 
Proposal titas
Proposal titasProposal titas
Proposal titas
 
TITAS Assignment Guidelines
TITAS Assignment GuidelinesTITAS Assignment Guidelines
TITAS Assignment Guidelines
 
TITAS USM
TITAS USMTITAS USM
TITAS USM
 
Titas report
Titas reportTitas report
Titas report
 
Rumusan kajian
Rumusan kajianRumusan kajian
Rumusan kajian
 

Ähnlich wie Kerja kursus titas

Bab 3 interaksi antara tamadun di asia
Bab 3   interaksi  antara tamadun di asiaBab 3   interaksi  antara tamadun di asia
Bab 3 interaksi antara tamadun di asiaISah Lun CHin
 
Bab 3 Interaksi antara tamadun di asia
Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asiaBab 3   Interaksi  antara tamadun di asia
Bab 3 Interaksi antara tamadun di asiaRaJa MakSum
 
Interaksi antara tamadun
Interaksi antara tamadunInteraksi antara tamadun
Interaksi antara tamadunIfrahim jamil
 
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysiaTamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysiaTang Hiang
 
interaksi antara tamadun
interaksi antara tamaduninteraksi antara tamadun
interaksi antara tamadunzils nur
 
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...MOHD ZAHID ABDUL TALIB
 
Bab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadunBab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadunFadhlina Ishak
 
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdfMPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdfAnisFikriyah2
 
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuteori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuDhea Ct
 
Kuliah 3
Kuliah 3Kuliah 3
Kuliah 3mus mus
 

Ähnlich wie Kerja kursus titas (20)

Bab 3 interaksi antara tamadun di asia
Bab 3   interaksi  antara tamadun di asiaBab 3   interaksi  antara tamadun di asia
Bab 3 interaksi antara tamadun di asia
 
Bab 3 Interaksi antara tamadun di asia
Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asiaBab 3   Interaksi  antara tamadun di asia
Bab 3 Interaksi antara tamadun di asia
 
Interaksi antara tamadun
Interaksi antara tamadunInteraksi antara tamadun
Interaksi antara tamadun
 
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysiaTamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
 
interaksi antara tamadun
interaksi antara tamaduninteraksi antara tamadun
interaksi antara tamadun
 
Report TITAS 2014
Report TITAS 2014Report TITAS 2014
Report TITAS 2014
 
Tut0rial 3
Tut0rial 3Tut0rial 3
Tut0rial 3
 
Titas
TitasTitas
Titas
 
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
 
Bab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadunBab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadun
 
Syimah Punyer
Syimah PunyerSyimah Punyer
Syimah Punyer
 
Topik 2 konsep etika
Topik 2 konsep etikaTopik 2 konsep etika
Topik 2 konsep etika
 
Assignment
AssignmentAssignment
Assignment
 
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdfMPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
 
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuteori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
 
Kuliah 3
Kuliah 3Kuliah 3
Kuliah 3
 
Tamadun Cina
Tamadun CinaTamadun Cina
Tamadun Cina
 
Kepimpinan islam di malaysia
Kepimpinan  islam di malaysiaKepimpinan  islam di malaysia
Kepimpinan islam di malaysia
 
1
11
1
 
Pluraliti dan masyarakat
Pluraliti dan masyarakatPluraliti dan masyarakat
Pluraliti dan masyarakat
 

Kerja kursus titas

  • 1. PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN PELAJARAN: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA TAJUK: INTERAKSI ANTARA TAMADUN DAN KESANNYA NAMA: MOHD BORHAN BIN JAMALUDDIN -1113222 FAKULTI: FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA TAHUN: 2011/2012
  • 2. INTERAKSI ANTARA TAMADUN DAN KESANNYA. Pengenalan Setiap tamaddun yang muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian serta keunikan yang tersendiri. Namun demikian ada juga tamadun yang tertutup dan tidak menerima pengaruh luar, namum masih juga berkembang dan berjaya membentuk serta menemui kemajuan tamaddun itu. Interaksi antara tamaddun akan memberi bebesapa kesan dalam tamaddun berkenaan samada kesan negatif atau kesan positif. Kewujudan interaksi ini kerana semua tamaddun mengamalkan sikap tolaransi yang tinggi serta saling hormat menghormati sesama tamaddun. Sifat-sifat yang baik itu akan membuka ruang percambahan fikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamaddun berkenaan dalam pelabagai aspek kemajuan. Kesan Positif Semasa kemunculan Islam di tanah Arab, berlaku interaksi antara Yahudi dengan Kristian. Interaksi ini telah mewujudkan kesan positif, sebagai contoh dalam Perlembagaan Madinah ( Shahifah Madinah ) yang digubal oleh Nabi Muhamad saw telah memberi hak-hak dan perlindungan kepada penganut agama Yahudi dan Kristian. Mereka telah diberi hak dan kebebasan untuk mengamalkan amalan tuntutan agama masing-masing tanpa sebarang gangguan daripada masyarakat sekitarnya, baik dari Rasulullah saw atau umat Islam lainnya. Hal yang sama telah diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah dan kerajaan-kerajaan Islam di India. Malah dalam beberapa buah kerajaan Islam, individu-individu Yahudi dan Kristian telah mendapat kedudukan tinggi dalam pentadbiran, contohnya dalam kerajaan Abbasiyah, tokoh- tokoh intelektual Yahudi dan Kristian telah memberikan sumbangan mereka dalam penterjemahan buku-buku Greek ke dalam bahasa Arab. Begitu juga di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis dan ahli intelektual dari kalangan individu-individu Yahudi dan Kristian. Interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun China telah memberi kesan positif kepada kedua-dua tamadun. Agama Buddha disebarkan ke negeri China melalui interaksi ini. Di samping itu terdapat kemahiran-kemahiran lain yang diperkembangkan, contohnya teknologi membuat gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China. Bidang astronomi India turut diperkembangkan di China oleh ahli-ahli astronomi India. Beberapa perbendaharaan kata bahasa Pali dan Sanskrit turut mempengaruhi kesusasteraan China. Kesan positif kepada Tamadun India ialah berkembangnya teknologi membuat kertas, bahan letupan dan pengunaan kompas dari Tamadun China ke dalam Tamadun India. Interaksi antara Tamadun India dan China berlaku secara aman melalui hubungan perdagangan dan keagamaan.
  • 3. Antara interaksi Tamadun Islam dan China yang turut memperlihatkan kesan positif ialah proses interaksi secara aman iaitu melalui perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini Hasil daripada interaksi ini terdapat komuniti Arab-Islam yang menetap di China. Berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan. Semasa zaman pemerintahan dinasti-dinasti Tang, Sung, Yuan dan Ming, telah muncul beberapa orang tokoh Islam yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran. Kesan penting yang terhasil daripada interaksi ini ialah penyebaran agama Islam di negeri China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China. Perkembangan seterusnya menyebabkan munculnya cendiakawan-cendiakawan Islam tempatan yang mahsyur seperti Liu Zhi dan Mha Zhu. Cendiakawan-cendiakawan tempatan ini telah mencari keselarian ajaran- ajaran etika dan nilai Islam dengan Konfusianisme. Konsep-konsep hubungan keluarga, ketaatan kepada kedua ibu bapa dan raja dan nilai-nilai moral yang terdapat dalam ajaran Konfusianisme telah dijadikan landasan untuk memperkenalkan agama Islam kepada masyarakat China. Kesejajaran inilah yang menyebabkan ajaran Islam tidak mendapat tentangan daripada ahli-ahli falsafah Konfusianisme seperti yang dihadapi oleh ajaran agama Buddha. Disamping itu interaksi ini turut menemukan seni bina Arab-Islam dengan seni bina China contohnya dalam bentuk masjid-masjid di China hari ini. Hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah meninggalkan kesan yang amat ketara. Interaksi antara kedua-dua tamadun ini berlaku secara aman iaitu melalui perdagangan. Namun demikian kedatangan pengaruh Islam di Asia Tenggara ataupun khususnya ke Kepulauan Melayu dikatakan dari tiga kawasan yang berbeza iaitu dari Arab dan Parsi, dari India dan China. Teori-teori ini telah diperbincangkan dengan hangat dan beberapa bukti yang berkaitan telah dikemukakan oleh pendokong-pendokongnya bagi meyokong pendapat mereka. Namun apa yang lebih penting bagi kita ialah kesan yang didapati daripada hubungan ini. Interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah melahirkan beberapa kesan positifyang penting. Kesan yang paling menonjol ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Aceh, Johor-Riau, Brunei, Patani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. la juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Kesan positif boleh juga dilihat pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan serta istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu. Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu turut melahirkan kesan positif tetapi ia tidak melibatkan pemikiran dan falsafah sebaliknya melibatkan kemahiran dan teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu, contohnya di Jawa. Begitu juga kemahiran dalam perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam. Di samping itu terdapat juga beberapa jenis makanan masyarakat China yang diperkenalkan kepada masyarakat Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh dan sebagainya.
  • 4. Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik, contohnya kemuncak hubungan diplomatik negeri China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melaka. Manakala hubungan yang bercorak konflik peperangan berlaku semasa pemerintahan Dinasti Yuan / Monggol ( 1279 – 1368 Masihi ) yang pernah menyerang Myanmar ( Komboja ) dan Jawa pada abad abad ke-13 Masihi. Kesan positif daripada interaksi antara tamadun ini juga boleh dilihat pada hubungan antara Tamadun China-Jepun. Jepun telah mendapat faedah yang banyak hasil daripada hubungan ini. Tamadun China telah menyumbangkan beberapa perkara penting ke dalam Tamadun Jepun. Sumbangan yang penting ialah dari segi agama dan tulisan. Agama Buddha dari China telah dikembangkan dalam Tamadun Jepun. Ajaran-ajaran Buddha ini telah diasimilasikan dengan agama asal orang-orang Jepun iaitu agama Shinto. Walaupun asimilasi ini berlaku tetapi ia tidak mengubah identiti ajaran Buddha. Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Agama Buddha telah mencapai zaman kemuncak semasa zaman Nara dan Heian. Di samping agama, tulisan adalah satu lagi kesan penting yang dibawa oleh Tamadun China ke Jepun. Tulisan China telah menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun iaitu Hiragana dan Katakana. Pengaruh tulisan China telah memainkan peranan kepada perkembangan intelektual dan kesusasteraan dalam Tamadun Jepun. Di samping dua kesan positif yang penting ini, Tamadun China turut meninggalkan pengaruhnya ke atas upacara- upacara tertentu di Jepun, contohnya upacara minum teh, seni taman, serta struktur pembinaan bandar. Ajaran falsafah Konfusianisme dari China turut diasimilasikan dalam Tamadun Jepun. Ajaran Kofusianisme yang memberi penekanan kepada institusi keluarga telah memantapkan lagi institusi keluarga Jepun. Manakala konsep mandat dari syurga telah memperkukuhkan lagi kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal dari keturunan Dewi Amaterasu. Interaksi antara Tamadun China dengan Jepun telah berlaku secara aman dan asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah memperkukuhkan identiti Tamadun Jepun.
  • 5. Kesan Negatif Adalah tidak tepat jika dikatakan bahawa interaksi antara tamadun hanya menghasilkan kesan positif. Sebaliknya interaksi antara tamadun turut menghasilkan kesan negatif. Di Eropah, misalnya, hubungan antara orang-orang Kristian dan Yahudi telah mengalami kemerosotan sejak awal lagi. Kesan daripada hubungan yang tidak baik ini menyebabkan berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9 dan-18 Masihi. Perkara ini berlaku akibat dari-pada faktor-faktor perbezaan agama, ketidak seimbangan ekonomi dan sosial. Begitu juga halnya dengan hubungan orang-orang Islam dan Kristian dalam Zaman Pertengahan di Eropah. Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah bertindak melancarkan beberapa siri perang ke atas orang-orang Islam yang dikenali sebagai Perang Salib. Peperangan tersebut telah mengorbankan ramai penganut Islam danYahudi. Peperangan ini turut dicetuskan oleh faktor- faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik. Di India juga, hubungan antara penganut Islam dan Hindu sentiasa berada dalam keadaan tegang. Terdapat peristiwa-peristiwa di mana orang-orang Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama Hindu. Keadaan yang sama juga berlaku kepada penganut-penganut agama Hindu serta kuil-kuil Hindu yang dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah Islam. Contohnya raja-raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan mengharamkan beberapa upacara-upacara keagamaan Hindu. Semasa zaman pemerintahan Moghul, Aurangzeb adalah raja Moghul yang bertindak keras terhadap penganut-penganut Hindu. Baginda telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil yang baru, mengharamkan upacara mandi suci di Sungai Jamuna, mengharamkan upacara sati dan lain-lain lagi. Dalam hubungan antara Tamadun India dengan Tamadun China juga kita dapat lihat wujudnya konflik terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam masyarakat China semasa zaman pemerintahan Dinasti Han Timur. Kemasukan agama tersebut telah mendapat tentangan cendiakawan Konfusianisme yang amat berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti Han. Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha dimusnahkan untuk menghalang perkembangan agama tersebut. Kesan negatif turut berlaku dalam hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun China. Contohnya pada tahun 751 Masihi, tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih telah mengalahkan angkatan perang China yang dipimpin oleh Kao Hsien-chih sedangkan pada masa tersebut kerajaan Islam Abbasiyah mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang di China. Permusuhan antara orang-orang Islam dengan orang-orang China juga dicetuskan oleh rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan.
  • 6. Contohnya pada abad ke-8 Masihi, penduduk Han di tenggara China telah mewujudkan permusuhan dengan orang-orang Islam kerana iri hati terhadap kemewahan yang dinikmati oleh orang-orang Islam yang kebanyakannya terlibat dalam aktiviti perdagangan. Pada tahun-tahun 758 Masihi dan 876 Masihi telah berlaku pemberontakan-pemberontakan yang menyebabkan ramai orang-orang Islam dibunuh dan melarikan diri dari Canton. Pemberontakan pada tahun 876 Masihi bukan sahaja bersifat anti-Islam tetapi juga anti orang asing. Pemberontakan ini menyebabkan lebih kurang 120 000 hingga 200 000 orang asing telah dibunuh termasuk orang-orang Islam. Kesan daripada peristiwa tersebut menyebabkan ramai orang-orang Islam telah lari dari China dan berhijrah ke Asia Tenggara terutamanya di Palembang dan Kedah. Hubungan orang-orang Islam dengan penduduk tempatan China turut terjejas semasa pemerintahan Dinasti Ching yang memberi keutamaan kepada pengukuhan ajaran Konfusianiame. Orang-orang Islam mendapat layanan yang tidak adil daripada pemerintah Ching. Rasa tidak puas hati penganut-penganut Islam disokong pula oleh perkembangan pengaruh gerakan Kaum Muda ataupun Wahabi di kalangan orang-orang China Islam. Rasa tidak puas hati orang-orang Islam telah menyebabkan berlakunya beberapa siri pemberontakan semasa pemerintahan Dinasti Ching iaitu Pemberontakan Sinkiang 1 (1756 Masihi), Pemberontakan Kansu (1781 Masihi), Pemberontakan Jehangir (1820-27 Masihi), Kebangkitan Yussof Syamsuddin (1828-31M), pemberontakan Yunan (1850-68 Masihi), Pemberontakan Shensi dan Kansu (1862 Masihi), Kebangkitan Sinkiang (1864-77 Masihi). Interaksi Tamaddun China dan India Tamadun China dan India telah berinteraksi kira-kira pada abad ke-2 S.M. Penyebaran agamaBudhha ke China pada masa pemerintahan Dinasti Han ( zaman Han Timur ) merupakan kemuncak kepada interaksi antara tamadun China dan India. Oleh kerana Buddhisme lahir dalam suasana budaya India, maka China juga telah berkongsi banyak persamaan dengan kerangka budaya masyarakat India. Persamaan dalam aspek kesusateraan, kesenian, muzik dan sebagainya. Pada peringkat awal penyebaran Buddha di China, ia sukar diterima kerana berlaku penentangan antara budaya dalam ajaran Buddha dari sudut kekeluargaan, politik,etika serta moral orang- orang China yang telah pun diresapi oleh falsafah-falsafah tempatan China terutama falsafah Konfucianisme. Agama Buddha secara beransur-ansur telah mengalami proses penyesuaian dengan tradisi budaya China namum demikian prinsip-prinsip asas ajaran Buddha tidak terjejas. Selain dari penerimaan agama Buddha, kesan interaksi positif antara tamadun China dengan India ialah beberapa alat muzik dan struktur muzik India diasimilasikan dalam tamadun China. Muzik dan tarian India telah menjadi tarian yang popular di istana dan di kalangan bangsawan China. Semasa Dinasti Tang ( 618-907 ) teknologi membuat gula dari tebu di Tamadun India diperkembangkan di Tamadun China.
  • 7. Manakala kesan positif interaksi tamadun yang diterima oleh India pula terdapat ciptaan-ciptaan sains dan teknologi orang China yang telah berkembang di dalam masyarakat India. Antaranya ialah teknologi pembuatan kertas, bahan letupan, percetakan, penggunaan kompas dan lain-lain. Selain dari itu, usaha-usaha penterjemahan buku-buku koleksi astronomi India telah diterjemahkan ke dalam bahasa China. China juga mendapatkan khidmat ahli-ahli cendiakawan India dalam bidang astronomi seperti Gautama yang telah diambil berkhidmat dalam kerajaan Dinasti Tang. Beliau dipertanggungjawabkan memperkenalkan system calendar China yang lebih tepat daripada tahun 727 M. Perkembangan dalam bidang kesusasteraan juga turut menerima kesan interkasi antara tamadun China dan India. Kitab-kitab ajaran Buddha merupakan contoh hasil sastera yang penting. Kewujudan pelbagai jenis puisi, cerita dongeng, kisah-kisah tauladan, kias ibarat yang berkaitan dengan Buddha telah mempengaruhi tulisan sastera China. Selain dari itu percampuran dan penyerapan bahasa Sanskrit dan Pali ke dalam bahasa China turut berlaku. Contoh yang paling ketara ialah kemunculan pengajian fonetik di zaman Dinasti Sui adalah kesan perhubungan tamadun China dan India. Seterusnya selapas abad ke-10 M, perkembangan ini agak merosot dan lebih bersifat hubungan diplomati dan perdagangan. Interaksi Tamaddun Islam dan China Hubungan antara orang Arab dengan negeri China telah berlaku seawal abad ke-3 Masihi apabila dilaporkan bahawa telah ada utusan dari Parsi dihantar ke istana kerajaan Wei. Orang-orang Arab menggunakan dua laluan penting untuk ke China iaitu : Laluan Sutera – iaitu jalan darat yang merentasi Khurasan, Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking. Jalan laut yang digunakan pada abad ke-5 Masihi merentasi laut Arab ke Benua Kecil India, Kepulauan Melayu hingga ke Canton di tenggara China. Terdapat catatan yang menyatakan bahawa pada abad ke-5 Masihi kapal-kapal China telah sampai ke Teluk Parsi, dan pada pertengahan abad ke-7 Masihi ramai pedagang Arab telah menetap di daerah-daerah tenggara China seperti Kwang Cho ( Canton ), Chang Chow dan Chuan Cow. Hubungan perdagangan antara Arab dan China menjadi semakin rancak pada abad ke-8, dimana mereka telah mendirikan masjid-masjid di kawasan Guangzhou dan Guanzhou. Walaupun terdapat usaha-usaha mengembang ajaran Islam di China berlaku pada abad ke-8, tetapi hanya berjaya selepas beberapa abad kemudian dengan kemunculan beberapa tokoh Muslim tempatan seperti Wang Daiyu ( 1550-1658 ), Ma Zhu ( 1640-1711) Liu Zhi ( 1660-1730) dan Ma Dexin ( 1794-1874). Penglibatan tokoh–tokoh ini turut mempengaruhi hasil penulisan dan usaha penterjemahan selepas mereka.
  • 8. Buku pertama yang dihasilkan oleh penulis China Muslim ialah Zhengjiao Zhengquan yang telah diterbitkan pada tahun 1642. Penulis China banyak menggunakan konsep-konsep yang sedia ada dalam ajaran Konfusianisme bagi memperkenalkan Islam kepada masyarakat tempatan. Elemen ajaran Konfusianisme yang bersamaan dengan ajaran Islam seperti xiao ( penghormatan kepada ibu bapa ), zhong ( kesetiaan ), shu ( altruism ) telah banyak membantu penulis-penulis China Muslim memperkenalkan ajaran Islam kepada mayarakat China. Kesan positif interaksi antara tamadun Islam dengan China dilihat dengan jelas dimana Asia Barat telah mempelajari mengenai kompas teknologi percetakan, teknologi bahan letupan dan pembuatan kertas. Hal yang sama berlaku dalam teknologi logam dan pembuatan tembikar. Sementara tamaddun China pula mendapat pelbagai ilmu pengetahuan baru seperti perubatan, astronomi dan farmasi. Pada masa Dinasti Tang ( 618-907 ) seorang sarjana China Muslim yang berasal dari Parsi iaitu Li Xun telah menyusun sebuah buku bertajuk Materia Medica: Seberang Laut sebanyak 6 jilid. Buku ini telah membincangkan mengenai 124 jenis ubat di Arab. Sementara itu seorang ahli astronomi Parsi – Jamaluddin telah memberi sumbangan penting penciptaan calendar baru untuk Kublai Khan pada tahun 1267 Masihi, sementara itu abjad Arab telah mula digunakan dalam Tamadun China ketika pemerintahan Dinasti Yuan. Kesan interaksi tamadun China-Tamadun Islam turut juga menyumbang dalam aspek senibina. Masjid-masjid yang bersenibina Arab banyak dibina di Xinjiang ( Sinkiang ). Interaksi Antara Tamaddun China dan Jepun Interaksi antara tamadun China-Jepun berlaku melalui perantaraan semenanjung Korea semasa zaman Raja Packhe yang memerintah Korea. Korea telah menerima pengaruh China sejak abad ke-2 Masihi lagi. Raja Packhe telah meminta bantuan Jepun bagi mengatasi tentangan puak utara pada kurun ke-2 Masihi. Penglibatan ramai tentera Jepun di Korea pada ketika itu telah menyebabkan unsur-unsur Tamadun China yang terdapat dalam budaya Korea telah meresapi budaya Jepun. Kesan langsung tamadun China dapat dikesan dalam penggunaan tulisan. Aspek penulisan telah menerima kesan terus interaksi Tamaddun China di Jepun. Sistem tulisan China telah memperkembangkan tradisi tulisan di Jepun. Tulisan China telah digunakan sebagai perantaraan komunikasi sosial dan penciptaan kesenian dalam masyarakat Jepun yang telah membawa kepada perkembangan intelektual. Tulisan ini digunakan untuk menyimpan rekod-rekod mengenai mitos-mitos agama Shinto dan rekod-rekod pentadbiran Jepun. Percantuman antara tulisan China dan Jepun berlaku secara beransur-ansur. Kompilasi Kojiki ( rekod purba Jepun ) telah menampakkan gabungan antara tulisan China dan tulisan Jepun. Kompilasi puisi yang terkenal iaitu Man’yoshu pada tahun 760 Masihi turut memerlihatkan penggunaan gabungan perbendaharaan kata pinjaman China ke dalam perbendaharaan kata Jepun. Kesan interaksi tamaddun China ke atas Jepun dapat juga dilihat dalam aspek binaan. Sebagai contoh dalam Bandar Nara telah dibina mengikut corak dan plan pembinaan Bandar Chang’an iaitu bandar pemerintahan dalam Dinasti Sui.
  • 9. Ajaran-ajaran Konfusianisme yang dibawa masuk ke Jepun turut mengalami dan menerima kesan serta perubahan. Konsep “ mandat dari syurga “ yang telah digunakan dalam memperkukuhkan institusi raja. Agama Buddha juga telah melalui satu proses asimilasi dengan agama asal orang-orang Jepun iaitu Shinto. Pada tahap ini Shinto telah mengiktiraf kewujudan dua dewa iaitu dewa-dewa luar dan dewa tempatan. Walaupun sintesis antara agama Buddha dan Shinto kurang berjaya, namun ajarang Buddha tentang kehidupan dunia yang penuh dengan penderitaan dapat diterima oleh orang –orang Jepun. Ajaran Buddha yang mementingkan ajaran dan konsep kasih-sayang, kesian belas, moral dan lain-lainnya yang berkaitan dengan kerohanian telah memberi satu sumbangan penting kepada orang-orang Jepun. Pada bada ke-10 Masihi ajaran Buddha yang berkembang ialah yang mementingkan Amida atau Amitabha sebagai lambing penyembahan penting. Interaksi Antara Tamaddun India dengan Asia Tenggara Interaksi tamaddun Asia Tenggara dengan Tamaddun India telah berlaku secara aman dan bermula sejak awal abad Masihi lagi. Hubungan secara perdagangan telah berlaku dan telah meninggalkan kesan yang banyak dalam pembinaan tamaddun dan budaya masyarakat Asia Tenggara. Secara teologi, interaksi ini telah member peluang kepada perkembangan agama Hindu dan Buddha kepada masyarakat Asia Tenggara. Agama Hindu telah diterima sebagai agama yang penting dalam kerajaan-kerajaan awal di AsiaTenggara seperti di Funan, Chenla, Angkor, Majapahit, Kedah dan lain-lain. Mazhab agama Hindu yang banyak tersebar di Asia Tenggara ialah mazhab Saivism, Vishnuism dan Brahmanisme. Agama Hindu turut mempengaruhi system pentadbiran dan politik Asia Tenggara dengan kewujudan konsep “ devaraja “. Konsep ini meletakkan kesucian seseorang raja setaraf dengan dewa. Konsep ini juga menjadi asas konsep daulat dalam pemerintahan raja-raja Melayu. Mazhab agama Buddha pula yang berkembang di AsiaTenggara ialah mazhab Mahayana dan Hinayana ( juga dikenali sebagai agama Buddha Theravada ). Agama Buddha Mahayana adalah ajaran Buddha yang dipengaruhi oleh kepercayaan-kepercayaan tantric India. Ajaran-ajaran ini juga terut mengalami unsur asimilasi dengan kepercayaan tempatan. Srivijaya pernah menjadi pusat pengajaran dan perkembangan ajaran Buddha Mahayana seperti yang dilaporlkan oleh I- Tsing seorang mubaligh agama Buddha dari China yang pernah singgah di Srivijaya pada abad ke-7 Masihi. Sementara agama dari Mazhab Buddha Hinayana pula diterima oleh sebahagian besar penduduk tanah besar Asia Tenggara iaitu di Thailand, Myanmar, Burma dan Laos. Kemunculan tulisan Sanskrit dan Pali yang berkembang di Asia Tenggara adalah kesan interaksi Tamaddun India dan Tamaddun Asia Tenggara. Bahasa Sanskrit telah diterima menjadi bahasa penting di istana. Kitab-kitab agama Hindu iaitu Mahabarata dan Ramayana menjadi sumber pengajaran awal di Asia Tenggara. Aktiviti penterjemahan dan penyalinan kitab-kitab ini telah dilakukan selapas wujudnya interkasi antara Asia Tenggara dengan Tamaddun Islam. Ini kerana kita-kita ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan ditulis dengan menggunakan tulisan
  • 10. Jawi iaitu tulisan yang datang dari Tamaddun Islam. Istilah-istilah Sanskrit turut memperkayaka perbendaharaan kata masyarakat Asia Tenggara. Kemunculan banyak alat-alat muzik dan pengaruh dalam kesenian dan tarian juga adalah kesan daripada interkasi ini. Kedatangan dan hubungan masyarakat India dan penduduk Asia Tenggara secara ama telah menyebabkan berlakunya perkahwinan campur secara meluas semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kemunculan makanan berasaskan roti dan kari juga dilihat sebagai kesan interaksi tamaddun Asia Tenggara dengan tamaddun India. Selain dari tiu tamaddun India juga turut mempengaruhi system perundangan Asia Tenggara, contohnya kaedah-kaedah dalam undang-undang Hindu yang digunakan dalam Undang-undang Melaka dan Perundangan Majapahit. Intraksi Antara Tamaddun Islam dengan Asia Tenggara Tamaddun Islam berkembang di Asia Tenggara selaras dengan perkembangan dan penyebaran agama Islam di Asia Tenggara. Perkembangan Agama Islam yang berlaku secara aman telah member sumbangan yang besar kepada perkembangan dan penerimaan tamaddun Islam di kawasan Asia Tenggara. Asia Tenggara telah lama dikenali oleh pedagang-pedagang Islam sejak abad pertama Hijrah. Sebahagian besar pedagang-pedagang Islam datangnya daripada Yaman, iaitu sebuah kerajaan Arab yang bergiat pentiang dalam perdagangan. Snouck Hurgronje merupakan cendiakawan yang melaporkan bahawa Islam di Asia Tenggara datangnya dari India, pendapat beliau telah mendapat sokongan dari beberapa tokoh seperti D.G.E Hall, R.O Winstedt, Vlekke, Mouqutte, B.Harrison dan Bousquet. Bagi menyokong teori mereka, mereka mengaitkan penglibatan pedagang-pedagang Islam dari Gujerat. Interaksi Antara Tamaddun Islam dengan Eropah Interaksi tamadun Islam dengan tamadun Eropah telah bermula sejak terbentuknya pemerintahan Islam di Afrika Utara, Sepanyol dan Sicily. Malah ada pendapat dan tokoh tamaddun menyatakan bahawa, Sepanyol dan Sicily adalah merupakan pintu masuk Islam ke benua Eropah. Negara-negara berkenaan dikatakan sebagai jambatan kemasukan Tamaddun Islam ke dalam Tamaddun Eropah. Proses interaksi ini berlaku dalam dua cara iaitu cara aman dan peperangan. Proses cara aman berlaku melalui perdangan. Perang Salib yang berlaku dalam tempoh yang panjang antara orang Eropah dengan Islam merupakan interaksi yang berlaku secara konflik. Perkembangan dan usaha penterjemahan buku-buku adalah kesan interkasi positif yang berlaku antara tamaddun Islam dan Eropah. Penterjemahan buku falsafah Greek telah menghubungkan orang-orang Eropah dengan tamaddun Greek ( Yunani ) Ini kerana penterjemahan buku telah dilakukan dengan pesat semasa pemerintahan Bani Abbasiyah. Hasil-hasil tulisan orang-orang Greek meliputi bidang-bidang sains, sejarah, matematik, falsafah telah dikembangkan oleh cendiakawan Islam.
  • 11. Proses interkasi antara Islam dan Eropah berlaku secara aman pada awalnya, dan diikuti dengan konflik apabila tercetusnya perang salib yang berlaku selama 200 tahun ( antara abad ke-12 Masihi hingga 14 masihi ) Sebelum perang saling, Eropah yang berada dalam zaman gelap ( abad ke-4 hingga ke-14 Masihi ), sedangkan pada ketika ini, orang Islam telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu pada pertangahan kurun ke-7. Kemuncak kepada perkembangan Tamaddun Islam berlaku pada adab ke-10 hingga ke-12 Masihi. Peranan Sepanyol dalam menyumbang kepada perkembagan Tamaddun Islam di Eropah tidak boleh dipandang sepi. Sepanyol menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan Islam di Eropah. Universiti-universiti Sepanyol di Cordova, Seville, Malaga dan Granada telah menjadi pusat pengajian terpenting kepada pelajar Kristian. Bidang-bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah, matematik, astronomi dan seni muzik yang berkembang pesat di Sepanyol telah mempengaruhi pemilkiran orang-orang Eropah. Orang-orang Islam Sepanyol telah menyumbang karya-karya penting dalam bidang seni muzik dan pada adad ke-12. Karya-karya mereka telah diterjemahkan dalam bahasa latin dan memberi peluang kepada masyarakat Eropah mengetahui dan mempelajari seni ini. Interaksi antara Tamaddun Islam dan Tamaddun Eropah bukan hanya melahirkan kesan positif, tetapi juga melahirkan kesan negative iaitu Perang Salib. Perang Salib yang berlaku selama 200 tahun telah memberi satu kesan negatif yang mendalam kepada Tamaddun Islam dan Eropah. Terdapat beberapa faktoir berlakunya perang Salib ini, antaranya ialah - penindasan yang dilakukan oleh pemerintah Islam kepada penganut Kristian, - ketidakseimbangan ekonomi - peranan paderi Kristian yang menyeru orang-orang Kristian untuk berperang dengan orang-orang Islam . Kesimpulan Secara keseluruhannya, situasi di benua Asia sebelum zaman penjajahan Barat tanpa mengambil kira hubungan Kristian dan Yahudi, penganut-penganut Islam, Hindu, Budha, Konfusiannisme, Taoisme dan termasuklah penganut Kristian sendiri berjaya hidup harmoni dan damai. Faktor- faktor yang di lihat dapat membawa kesan yang positif hasil pertembungan antara tamadun ialah : a. Sifat pemerintah dan pemimpin yang bertoleransi dan memerintah negara dengan penuh keadilan dan kesaksamaan b. Sikap golongan beragama seperti sami dan paderi yang sentiasa cuba mewujudkan suasana harmoni, memberi tafsiran yang sejagat dan cenderung kepada semangat keinsanan. Tamaddun sesebuah masyarakat itu bukanlah bersifat tertutup, sebaliknya bersifat terbuka. Sifat inilah yang member peluang berlakunya interaksi antara tamaddun dan menghasilkan dua kesan utama iaitu kesan positif dan kesan negative. Kesan positif akan memberi nilai tambah dan
  • 12. pengukuhan kepada sesuatu tamaddun. Elemen-elemen atau ciri-ciri tamaddun luar yang diterima oleh sesuatu tamaddun akan mengalami proses asimilasi dan penyesuaian. Sementara kesan negatif pulak seringkali mewujudkan konflik antara masyarakat yang memilki tamaddun yanb berbeza. Konflik ini dipengaruhi oleh pelbagai factor seperti teologi, ekonomi, sosial dan politik. Faktor yang lebih penting menjadi penyebab kepada konflik ialah faktir teologi. Sungguhpun interaski ini menghasilkan kesan positif dan negative, namun kadangkala kesan yang dialami oleh sesuatu tamaddun itu tidak sama dengan yang lain. Bagi tamaddun yang lebih lama dan tinggi, akan mempengaruhi tamaddun yang rendah, dan tamaddun yang rendah akan lebih bersifat receptif ( penerima ) Kedua-dua kesan inilah yang menjadikan sesebuah tamaddun itu berjaya dan tidak jumud, beku dan statik. Hasilnya sesuatu tamaddun yang terbuka dan dapat mengasimiliasikan pengaruh luar akan semakin berkembang dan melahirkan pelbagai perubahan-perubahan penting. Bibliografi : Alias Othman (1986), Apakah Ciri-ciri Khusus Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sulaiman Nordin ( 1995 ), Islam,Al-Quran dan Ideologi Masa Kini. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Haji Ahmad Fauzi ( 1997 ) Tamaddun Islam.Sedang:Penerbitan Universiti Putra Malaysia. Wan Abdul Rahman Latif, ( 1996 ) Sejarah Perkembangan Tamaddun Dunia, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Azhar Hj.Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali. (2000). Titas Kertas 1. Bhd. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn. Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohd Radzi. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya. Dr Abdul Rahman Haji Abdullah. (2002). Sejarah dan Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmi Sdn. Bhd. Ghazali Darussalam. (2000). Kursus Tamadun Islam & Pendidikan Moral. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd. Mustafa Hj. Daud. (1999). Tamadun Islam. Edisi Maktab Perguruan. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd