SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 42
1.0    Pengenalan
      Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
      perhubungan atau komunikasi dan interaksi antara individu. Misalnya, interaksi antara
      seorang ibu dengan anaknya. Ia juga boleh berlaku di antara individu dengan beberapa
      individu lain seperti antara seorang dengan rakan sebaya, atau seorang guru dengan
      murid-muridnya.


      Bagi melatih murid-murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan
      menggunakan tatabahasa secara optimis, mengungkap ilmu pengetahuan daripada mata
      pelajaran yang lain dan juga mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan
      kritis maka Kurikulum Bahasa Melayu telah dugubal. Ia bertujuan melahirkan insane
      yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Bagi membantu
      guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan, sukatan pelajaran
      disediakan yang mengandungi objektif khusus pembelajaran. Disamping itu, ia juga
      mengandungi organisasi kandungan kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem
      bahasa, dan pengisian kurikulum.


      Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Bahasa Melayu dijadikan mata
      pelajaran teras yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan
      rakyat Malaysia. Namun begitu, banyak persoalan wujud pada hari ini yang
      mempertikaikan cara pelaksanaan sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
      dengan bentuk ujian yang terdapat di peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah
      (UPSR). Banyak pendapat menyatakan bahawa penyediaan kertas soalan peperiksaan
      UPSR tidak mengambil kira pelbagai bentuk kemahiran yang ditekankan dalam
      sukatan pelajaran Bahasa Melayu. Sebaliknya, proses penyediaan kertas soalan Bahasa
      Melayu dalam peperiksaan UPSR hanya melibatkan kemahiran menulis dan kemahiran
      membaca sahaja.


      Sebaliknya, kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar tidak dapat dinilai dalam
      peperiksaan UPSR. Ini adalah disebabkan oleh bentuk soalan peperiksaan UPSR yang
      hanya melibatkan kemahiran membaca (kertas kefahaman) dan juga kemahiran
      menulis (kertas penulisan). Ini bermakna bahawa kemahiran mendengar dan kemahiran
      bertutur yang turut menjadi objektif utama dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu
      sekolah rendah dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, tidak dinilai dalam peperiksaan


                                                                                         1
UPSR. Menerusi pelaksanaan tugasan ini, perbincangan akan dijalankan ke atas
      beberapa perkara yang berkaitan dengan sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah
      rendah dan juga bentuk pelaksanaan peperiksaan UPSR sama ada mengambil kira
      segala objektif yang terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
      atau sebaliknya.




2.0       Kertas Soalan UPSR Tahun 2006
      Kertas soalan UPSR tahun 2006 yang akan dianalisis melibatkan dua kertas soalan
      penilaian yang utama seperti mana yang dinyatakan dibawah:-


      •               Kertas 1 : Aneka Pilihan
           Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan yang mana memerlukan pelajar memilih
           empat aneka pilihan jawapan bagi setiap soalan. Setiap soalan yang terdapat dalam
           bahagian ini juga adalah berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
           (SPBM) dan juga pelbagai topik yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran
           Bahasa Melayu (HSPBM) sekolah rendah seperti topik golongan kata, topik
           imbuhan kata, topik kata ganda, topik kata majmuk, topik jenis-jenis ayat dan
           sebagainya.


           Berdasarkan kepada 40 soalan yang terdapat dalam Kertas 1 Bahasa Melayu,
           berikut adalah analisis berkenaan dengan kesemua 40 soalan tersebut:-


           1) “Mengapakah tuan puteri bersedih? Katakan kepada __________,” kat Mak
                Inang Seri kepada Tuan Puteri Mayang Sari.
                  A      beta
                  B      patik
                  C      hamba
                  D      tuan hamba


                Analisis : Soalan ini adalah bentuk soalan yang berkaitan dengan kata nama
                dalam sistem tatabahasa Bahasa Melayu. Namun begitu, soalan ini adalah
                soalan yang mudah dan mempunyai Aras 3 dalam HSPBM. Ini disebabkan
                oleh bentuk soalan yang memerlukan pelajar mengenal pasti jenis kata ganti


                                                                                          2
nama yang sesuai untuk diisi pada petak yang telah disediakan. Soalan ini
     juga bersesuaian dengan objektif kelapan dalam SPBM sekolah rendah.




2) Puan Rozana memotong kaki seluar anaknya kerana __________.
       A    lebar
       B    besar
       C    labu


     Analisis : Soalan ini berbentuk isi tempat kosong yang berkaitan dengan kata
     adjektif yang menjadi salah satu topik yang terdapat dalam HSPBM. Namun
     begitu, soalan ini berada pada Aras 1 ekoran daripada bentuk soalan yang
     sangat mudah untuk dijawab oleh pelajar. Soalan yang dibina ini juga turut
     bertepatan dengan objektif kelapan yang terdapat dalam SPBM iaitu menilai
     kemahiran pelajar dalam enggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa
     kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur,
     membaca, dan menulis.


3) Beberapa __________ poster telah diletakkan oleh Cikgu Yeop di belakang
     kelas kita.
       A    helai
       B    bidang
       C    keping
       D    lembar


     Analisis : Soalan yang dibina adalah soalan penjodoh bilangan yang
     merupakan salah satu topik yang terdapat dalam HSPBM. Soalan ini adalah
     soalan pada Aras 2 di mana jawapan yang diberikan adalah hampir sesuai
     digunakan untuk ayat soalan. Namun begitu, ianya memerlukan kemahiran
     berfikir yang kreatif dan kritis dalam menyelesaikan soalan ini seperti mana
     objektif ketiga yang terdapat dalam HSPBM yang memerlukan kemahiran
     pelajar dalam menyelesaikan soalan.




                                                                               3
4) __________ Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Seri Damai itu
    mengumumkan ketibaan tetamu khas.
      A    Jurubahasa
      B    Juruhebah
      C    Jurucakap
      D    Juruacara


    Analisis : Soalan ini adalah sama dengan soalan 1 yang berkaitan dengan
    golongan kata nama Bahasa Melayu yang juga terkandung dalam SPBM.
    Namun begitu, soalan ini adalah soalan pada Aras 2 seperti mana yang
    terkandung dalam HSPBM di mana perlu meneliti jawapan yang sesuai dan
    tepat untuk soalan ini.


5) Ibu __________ ayam itu dengan rempah sebelum memanggangnya.
      A    mengadun
      B    menabur
      C    mencalit
      D    melumur


    Analisis : Soalan ini pula adalah bentuk soalan yang berkaitan dengan topik
    kata kerja yang juga menjadi antara topik yang dipelajari oleh pelajar dalam
    HSPBM. Namun begitu, pelajar perlu meneliti jenis kata kerja dalam
    menjawab soalan ini sama ada kata kerja transitif ataupun kata kerja tak
    transitif. Ini bermakna bahawa soalan ini adalah bentuk soalan pada Aras 2
    yang memerlukan sedikit kemahiran berfikir dalam menyelesaikan soalan ini.




                                                                              4
6) Tangan kakak berbau __________ setelah menyiang beberapa ekor ikan sungai.
       A   hamis
       B   hanyir
       C   hapak
       D   hancing


     Analisis : Jawapan yang diperlukan dalam soalan ini memerlukan pelajar
     memilih jawapan yang sesuai berdasarkan kepada kata adjektif yang wujud
     sebelum jawapan soalan. Ini bermakna bahawa soalan ini tidak mempunyai
     topik khusus dalam HSPBM dan tidak menepati sebarang objektif yang
     terkandung dalam SPBM. Namun begitu, kemahiran berfikir pelajar masih
     dapat dibentuk dan dinilai menerusi kemahiran pelajar dalam menjawab
     kehendak soalan.


7) Kerja-kerja pembersihan tanah runtuh itu diteruskan __________ hari hujan.
       A   hingga
       B   sekiranya
       C   walaupun
       D   Sementara


     Analisis : Jawapan yang diperlukan dalam soalan ini adalah jawapan dalam
     kata hubung yang mana pelajar perlu memilih kata hubung yang sesuai untuk
     mengisi yang sesuai. Dalam HSPBM, jenis kata hubung seperti berada pada
     Aras 3 yang mana memerlukan kemahiran pelajar yang tinggi dalam
     membezakan empat jenis kata hubung yang boleh digunakan dalam
     menggabungkan dua ayat.




8) Kamarul dapat menyampaikan syarahannya dengan __________ semasa
     menyertai pertandingan itu.


                                                                                5
A   cekap
      B   petah
      C   terang


    Analisis : Soalan ini berbentuk isi tempat kosong yang berkaitan dengan kata
    adjektif yang menjadi salah satu topik yang terdapat dalam HSPBM. Namun
    begitu, soalan ini berada pada Aras 1 ekoran daripada bentuk soalan yang
    sangat mudah untuk dijawab oleh pelajar. Soalan yang dibina ini juga turut
    bertepatan dengan objektif kelapan yang terdapat dalam SPBM iaitu menilai
    kemahiran pelajar dalam enggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa
    kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur,
    membaca, dan menulis.




9) Juara beregu badminton wanita dari Malaysia __________ piala yang
    dimenangi oleh mereka.
      A   menjulang
      B   menatang
      C   merangkul
      D   menjunjung


    Analisis : Soalan ini adalah soalan kata kerja yang juga menjadi antara salah
    satu topik yang terdapat dalam HSPBM. Namun begitu, soalan ini
    mempunyai aras kemahiran berfikir yang tinggi dengan bentuk jawapan yang
    boleh digunakan untuk mengisi tempat kosong yang terdapat dalam soalan.
    Ini bermakna bahawa soalan ini berada pada Aras 3 dan menepati kehendak
    kandungan SPBM.




                                                                               6
10) __________ orang mudah hilang sabar jika selalu menghadapi __________
     situasi yang memalukan mereka.
      A    Sesetengah ... setiap
       B   Sebahagian ... satu
       C   Sesetengah ... sesuatu
      D    Sekalian ... beberapa


     Analisis : Soalan ini berkaitan dengan topik penjodoh bilangan yang terdapat
     dalam HSPBM dan menjadi antara soalan penting yang mampu menilai
     kemahiran pelajar dalam berfikir. Soalan ini juga merupakan antara soalan
     yang turut terdapat dijalankan oleh pelajar dalam aktiviti pengajaran dan
     pembelajaran di dalam kelas bagi meningkatkan kemampuan pelajar untuk
     menguasai topik penjodoh bilangan.


11) Encik Chin sedang __________ buluh untuk membuat sangkar burung.
      A    meraut
       B   melentur
       C   merincih
      D    menghiris


     Analisis : Soalan ini adalah soalan yang berkaitan dengan kata kerja yang
     terdapat dalam HSPBM. Namun begitu, soalan ini dibina berdasarkan kepada
     gambar rajah di mana seseorang sedang melakukan sesuatu kepada ‘buluh’.
     Dalam menjawab soalan ini, pelajar perlu meneliti aktiviti yang terdapat
     dalam gambar rajah tersebut dan perlu memilih jawapan yang betul. Ini
     bermakna bahawa soalan ini memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi dan
     berada pada Aras 3 yang juga sesuai dengan HSPBM.




                                                                               7
12) “__________ ambil makanan yang terhidang di meja itu,” kata Puan Kamariah
     kepada tetamunya.
       A    Tolong
       B    Minta
       C    Harap
       D    Sila


     Analisis : Soalan ini berbentuk ayat perintah di mana pelajar perlu memilih
     jawapan yang sesuai bagi menyempurnakan jawapan ini. Dalam HSPBM,
     ayat perintah adalah antara jenis ayat yang dipelajari oleh pelajar agar pelajar
     dalam menjawab soalan ayat perintah. Soalan ini dilihat berada pada Aras 3 di
     mana setiap jawapan yang diberikan boleh digunakan untuk mengisi tempat
     kosong soalan. Namun begitu, pelajar hanya perlu memilih satu jawapan yang
     paling tepat dan sesuai dengan konteks ayat yang dibina. Ini juga menjelaskan
     bahawa soalan yang dibina adalah sangat sesuai dengan SPBM sekolah
     rendah.


13) Sementara menunggu pintu pagar dibuka, penonton __________ di luar
     stadium.
       A    lalu-lalang
       B    bolak-balik
       C    simpang-siur
       D    mundar-mandir


     Analisis : Soalan ini berkaitan dengan topik kata ganda yang terdapat dalam
     HSPBM. Namun begitu, terdapat lebih daripada satu jawapan yang betul yang
     boleh dipilih oleh pelajar untuk menjawab soalan ini. Walau bagaimanapun,
     pelajar hanya perlu memilih satu jawapan yang paling tepat dan ini
     memerlukan kemahiran berfikir pelajar secara kreatif dan kritis dalam menilai
     konteks ayat. Ini bermakna bahawa soalan ini berada pada Aras 3 kerana
     memerlukan kemahiran analitikal yang tinggi pelajar dalam menjawab soalan
     ini.




                                                                                   8
14) Pihak sekolah akan mengadakan sesi __________ bagi meraihkan kehadiran
     murid-murid baru.
      A    tegur sapa
       B   soal jawab
       C   ramah mesra


     Analisis : Soalan ini pula adalah soalan dalam bentuk kata majmuk yang
     terdapat dalam HSPBM di mana hanya satu jawapan yang paling tepat yang
     boleh digunakan dalam menjawab soalan ini. Namun begitu, pelajar perlu
     mempunyai pengetahuan yang baik dalam proses pembentukan kata majmuk
     sebelum menjawab soalan ini agar memudahkan pelajar untuk memilih
     jawapan yang paling tepat. Ini bermakna bahawa soalan ini memerlukan
     sedikit kemahiran berfisir dan dinilai sebagai soalan pada Aras 1.


15) Encik Dalang sedang __________ kain di bengkel untuk memenuhi pesanan
     pelanggannya.
      A    menekan
       B   menekap
       C   mengecop
      D    mengecap


     Analisis : Soalan ini pula adalah bentuk soalan yang berkaitan dengan topik
     kata kerja yang juga menjadi antara topik yang dipelajari oleh pelajar dalam
     HSPBM. Namun begitu, pelajar perlu meneliti jenis kata kerja dalam
     menjawab soalan ini sama ada kata kerja transitif ataupun kata kerja tak
     transitif. Ini bermakna bahawa soalan ini adalah bentuk soalan pada Aras 2
     yang memerlukan sedikit kemahiran berfikir dalam menyelesaikan soalan ini.




                                                                               9
16) Encik Muthu akan terus menabur bakti kepada masyarakat __________
     terdaya.
       A   jika
       B   selagi
       C   apabila
       D   sehingga


     Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan topik kata hubung yang
     terkandung dalam HSPBM memerlukan kemahiran pelajar untuk memilih
     jawapan yang paling. Sekiranya pelajar tidak mempunyai pengetahuan yang
     baik terhadap keempat-empat kata hubungan ini, maka pelajar akan memilih
     jawapan yang salah. Oleh itu, ianya memerlukan kemahiran pelajar dalam
     memilih jawapan yang paling tepat untuk diisi pada petak kosong yang
     terdapat dalam soalan dan dinilai sebagai soalan para Aras 2 dalam HSPBM.


17) “Saya tidak nampak Salina pun. __________ dia sudah pergi,” kata Normah.
       A   Bila-bila
       B   Awal-awal
       C   Rasa-rasa


     Analisis : Soalan ini adalah soalan berbentuk kata ganda yang merupakan
     antara topik yang dipelajari oleh pelajar dalam HSPBM di mana pelajar perlu
     memilih kata ganda yang sesuai. Soalan ini dilihat berada pada Aras 3 kerana
     menuntut kemampuan pelajar dalam memilih jawapan yang paling tepat
     kerana soalan ini mempunyai lebih daripada satu jawapan yang hampir tepat.
     Oleh itu, pengetahuan pelajar terhadap topik dan konsep kata ganda dalam
     sistem tatabahasa Bahasa Melayu akan dapat membantu pelajar untuk
     menjawab soalan ini dengan betul dan tepat.




                                                                               10
18) “Kamu pergilah dahulu. Sebentar lagi saya akan __________,” kata Asri
    kepada Shahrul.
      A   mengekori
      B   mengikuti
      C   mengejar
      D   menyusul


    Analisis : Soalan ini adalah ayat penyata yang digabungkan bersama dengan
    kata kerta transitif. Ini bermakna bahawa pengetahuan pelajar terhadap kedua-
    dua topik yang terkandung dalam HSPBM ini perlu berada pada tahap yang
    terbaik agar dapat membantu pelajar menjawab soalan ini. Ini juga
    menunjukkan bahawa soalan yang dibina berada pada Aras 3 ekoran daripada
    bentuk soalan yang memerlukan kemahiran analitikal pelajar yang lebih
    tinggi seperti mana objektif yang ingin dicapai dalam SPBM.


19) Dua __________ lanun telah ditumpaskan oleh pasukan polis marin dalam
    tempoh sebulan.
      A   pasukan
      B   angkatan
      C   kelompok
      D   gerombolan


    Analisis : Soalan ini berkaitan dengan kata bilangan dalam HSPBM yang
    mana memerlukan pelajar memilih kata bilangan yang tepat dan sesuai
    digunakan untuk konteks soalan yang dibina. Ini bermakna bahawa soalan ini
    adalah soalan yang mudah dan merupakan soalan pada Aras 1 berdasarkan
    kepada bentuk pelaksanaan topik yang terdapat dalam HSPBM.




20) Sikap Amir yang selalu __________ menyebabkan ramai sahabatnya kurang
    senang.


                                                                              11
A   memberi muka
       B   bermuka-muka
       C   sangat muka
       D   tebal muka


     Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan dua topik yang terdapat
     dalam HSPBM iaitu topik kata majmuk atau kata ganda dan juga simpulan
     bahasa. Setiap jawapan yang diberikan boleh digunakan untuk menjawab
     soalan yang diberikan. Namun pelajar perlu memilih jawapan yang paling
     tepat dan sesuai digunakan untuk menjawab soalan ini. Ini bermakna bahawa
     soalan ini adalah soalan yang berada pada Aras 3 kerana memerlukan
     kemahiran analitikal yang lebih tinggi.


21) Istana lama itu unik kerana dibina daripada kayu tanpa menggunakan sebarang
     batu pun.
     Perkataan seerti bagi unik ialah
       A   istimewa
       B   canggih
       C   ganjil
       D   pelik


     Analisis : Soalan ini adalah soalan yang berbentuk kat seerti yang juga
     menjadi antara topik pengajaran yang terdapat dalam HSPBM. Dalam topik
     ini soalan yang berikut agak mudah dan hanya berada pada Aras 1 di mana
     pelajar hanya perlu memilih perkataan seperti bagi perkataan unik. Namun
     begitu, pelajar perlu mempunyai pengetahuan dan penguasaan yang baik
     terhadap topik ‘Sinonim’ atau ‘seerti’ sebelum menjawab soalan ini.




                                                                            12
22) Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah itu telah ditubuhkan pada bulan lepas.
     Perkataan seerti bagi ditubuhkan ialah
       A      ditutupkan
       B      dibatalkan
       C      dibubarkan
       D      dimansuhkan


     Analisis : Soalan ini adalah sama dengan soalan 21 di mana pelajar perlu
     mencari perkataan seerti bagi perkataan ditubuhkan dan berada pada Aras 1
     dalam HSPBM.


23) Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berbaris dengan betul.
       I)       Semalam suntuk ayah tidak tidur kerana sakit perut.
       II)      Tali itu sangat suntuk untuk mengikat kotak itu.
       III)     Jangan mengkori kereta di hadapan terlalu suntuk.
       IV)      Tempoh yang diberikan oleh jawatankuasa pertandingan itu begitu
              suntuk.


       A      I dan II
       B      II dan III
       C      III dan IV
       D      I dan IV


     Analisis : Dalam soalan ini, terdapat empat ayat yang perlu dibina oleh
     pelajar yang mana pelajar perlu meneliti ayat yang betul dan tepat dalam
     menggunakan perkataan suntuk. Soalan ini hanya mempunyai perkaitan
     dengan jenis-jenis ayat yang terdapat dalam HSPBM seperti ayat majmuk dan
     ayat aktif. Dalam pada itu, soalan yang ini juga berada pada Aras 3 kerana
     memerlukan pelajar untuk memilih lebih daripada satu ayat yang
     menggunakan perkataan suntuk dengan tepat.




                                                                                 13
24) Mengapakah ramai pesalah trafik menyerbu kaunter pembayaran di balai polis?
     Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.
       A   Mereka berminat menyertai pasukan polis trafik.
       B   Mereka hendak membayar saman kesalahan trafik.
       C   Pesalah trafik telah membayar denda secara beramai-ramai.


     Analisis : Soalan ini tidak mempunyai perkaitan dengan sebarang topik dalam
     HSPBM. Sebaliknya, soalan ini hanya memerlukan kemahiran pelajar dalam
     memilih jawapan yang paling tepat dan sangat sesuai dengan objektif keenam
     yang terdapat dalam SPBM. Jawapan yang diberikan juga boleh digunakan
     untuk menjawab soalan. Namun begitu, pelajar hanya perlu memilih satu
     jawapan yang paling tepat dan soalan ini dinilai berada pada Aras 3 kerana
     memerlukan kemahiran analitikal pelajar yang sangat tinggi.




25) Doktor menasihati pesakitnya supaya mengamalkan gaya hidup sihat.
     Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
       A   Mengapakah doktor menasihati pesakitnya?
       B   Apakah nasihat doktor kepada pesakitnya?
       C   Bagaimanakah cara mengamalkan gaya hidup sihat?
       D   Siapakah yang perlu mengamalkan gaya hidup sihat?


     Analisis : Soalan ini adalah soalan ayat tanya yang juga merupakan salah satu
     topik yang diajarkan dalam HSPBM. Soalan ini adalah sangat mudah dan
     mempunyai Aras pelajaran pada tahaun 1 kerana hanya memerlukan pelajar
     memilih satu ayat tanya yang paling sesuai.




26) “Kami menerima pujian dari Guru Besar kerana telah menjuarai pertandingan
     koir,” kata Asmah.


                                                                               14
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di atas.
       A    Asmah memberitahu bahawa mereka mendapat pujian daripada Guru
            Besar kerana telah menjuarai pertandingan koir.
       B    Asmah menerangkan bahawa kami memberikan pujian kepada Guru
            Besar kerana telah menjuarai pertandingan koir.
       C    Asmah mendapat tahu bahawa mereka mendapat pujian dariapda Guru
            Besar kerana telah menjuarai pertandingan koir.
       D    Asmah menyatakan bahawa kami memberikan pujian kepada Guru
            Besar kerana telah menjuarai pertandingan koir.


     Analisis : Soalan ini adalah soalan yang berada dalam topik ‘ayat banyak
     makna’ dalam HSPBM di mana setiap jawapan yang dibina mempunyai
     persamaan dengan ayat dalam soalan. Soalan ini juga dilihat berada pada Aras
     3 seperti mana yang dinyatakan dalam HSPBM kerana pelajar perlu membuat
     analisis setiap ayat pada jawapan soalan dan memilih satu ayat yang
     mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang terdapat pada soalan.




27) Nenek sedang menganyam tikar mengkuang di ruang tamu rumahnya.
     Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di atas.
       A    Tikar mengkuang sedang dianyam oleh nenek di ruang tamu
            rumahnya.
       B    Tidak mengkuangnya sedang nenek anyam di ruang tamu rumahnya.
       C    Tikar mengkuang nenek sedang dianyam olehnya di ruang tamu.
       D    Tikar mengkuang diruang tamunya sedang dianyam nenek.


     Analisis : Soalan ini juga adalah sama dengan soalan 26 yang mana
     memerlukan kemahiran pelajar dalam memilih ayat yang hampir sama dengan
     dengan ayat yang terdapat dalam soalan. Ini menunjukkan bahawa soalan ini
     berada pada Aras pelakaran pada tahaun 3.




28) Pilih ayat yang betul.


                                                                              15
A      Kasut bertumit tinggi itu bukan sesuai dipakai oleh wanita yang
              mengandung.
       B      Telefon antik di kedai itu tidak untuk dijual tetapi untuk pameran
              sahaja.
       C      Daerah Besut bukan di negeri Kelantan tetapi di negeri Terengganu.
       D      Budak lelaki yang bertahi lalat itu tidak adik Sulaiman.


     Analisis : Soalan ini merupakan tajuk ke-20 dalam HSPBM di mana pelajar
     perlu memilih ayat yang betul dalam pelbagai jenis ayat sma ada ayat
     majmuk, ayat tunggal dan sebagainya. Dalam HSPBM, soalan seperti ini
     hanya berada pada Aras 2 kerana bentuk soalan yang dibina hanya sederhana
     sukar untuk dijawab oleh pelajar.


29) Pilih ayat yang betul.
       I)       Para tetamu yang hadir dijemput masuk di dalam dewan itu.
       II)      Suhaila ialah sepupu saya kerana ibu saya dan ibunya adik-beradik.
       III)     Antara Suzi ataupun Nani, masing-masing tidak dapat melompat
              parit itu.
       IV)      Saya tidak memahami percakapannya kerana dia menggunakan
              bahasa pasar.


       A      I dan II
       B      I dan III
       C      II dan IV
       D      III dan IV


     Analisis : Soalan yang dibina mempunyai persamaan dengan soalan 28.
     Namun begitu, soalan ini berada pada Aras 3 dalam HSPBM di mana pelajar
     perlu memilih beberapa ayat yang betul dan tepat sistem tatabahasanya
     sebelum membuat pilihan. Soalan ini juga adalah sesuai dan selari dengan
     objektif SPBM dalam memastikan pelajar mampu membuat pilihan ayat yang
     betul dan tepat.


30) Pilih ayat yang betul.
       I)       Buku cenderama yang berwarna keemasan itu untuk tetamu khas.


                                                                                   16
II)      Di antara acara yang akan dipertandingkan ialah catur dan congkak.
       III)     Puan Azian yang mengajar di sekolah itu berasal dari Sandakan.
       IV)      Pasukan bahas itu mendapat tempat pertama kerana pembahas-
              pembahasnya mendapat tempat pertama.


       A      I dan II
       B      II dan IV
       C      III dan IV
       D      I dan IV


     Analisis : Soalan yang dibina mempunyai persamaan dengan soalan 28 dan
     soalan 29. Namun begitu, soalan ini berada pada Aras 3 dalam HSPBM di
     mana pelajar perlu memilih beberapa ayat yang betul dan tepat sistem
     tatabahasanya sebelum membuat pilihan. Soalan ini juga adalah sesuai dan
     selari dengan objektif SPBM dalam memastikan pelajar mampu membuat
     pilihan ayat yang betul dan tepat.


Ayat 31-35 adalah berdasarkan kepada petikan yang diberikan (Rujuk Lampiran)


31) Pihak yang membuang kenderaan buruk itu tidak dapat dikenal pasti kerana
       A      kenderaan itu telah reput.
       B      kenderaan itu dibuang di jalan raya.
       C      kenderaan itu tiada nombor pendaftaran.
       D      kenderaan itu diletakkan di tapak pelupusan.


     Analisis : Soalan ini memerlukan pelajar memahami petikan yang diberikan
     dan kemudiannya melengkap soalan yang terdapat dalam soalan ini. Soalan
     ini dilihat berada pada Aras pelakaran pada tahap 3 kerana ayat yang terdapat
     dalam setiap jawapan pada soalan ini adalah tidak sama dengan ayat yang
     terdapat dalam petikan. Namun begitu, kemampuan pelajar dalam memilih
     ayat yang mempunyai makna yang sama dengan ayat yang terdapat pada
     petikan akan membantu pelajar memilih jawapan yang betul dan tepat.




                                                                                 17
32) Penulis berpendapat gambara baik Kampung Seri Mersing terjejas disebabkan
     oleh
       A    lori diletakkan di hadapan sekolah.
       B    ketiadaan tempat untuk berekreasi.
       C    bau busuk daripada tong sampah besar.
       D    pembuangan kereta buruk di kampung itu.


     Analisis : Soalan ini juga berapa pada Aras 3 di mana pelajar perlu
     memahami setiap ayat yang terdapat pada petikan yang diberikan sebelum
     menjawab soalan ini. Ayat yang terdapat pada petikan juga adalah berbeza
     dengan ayat yang terdapat pada jawapan soalan tetapi mempunyai maksud
     yang hampir sama atau sama. Oleh itu, pelajar perlu memilih jawapan yang
     paling tepat dalam menjawab soalan ini.




33) Di manakah penunggang-penunggan basikal mempamerkan keberanian
     mereka?
       A    Gelanggang basikal lasak.
       B    Tapak pelupusan samlah.
       C    Kawasan lapang dan jalan raya.
       D    Persimpangan jalan dan di hadapan sekolah.


     Analisis : Soalan ini juga berada pada Aras 3 yang mana memerlukan
     kemahiran pelajar dalam menyelesaikan soalan. Ini juga adalah selari dengan
     objektif yang dinyatakan dalam SPBM yang mana ingin meningkatkan
     kemahiran berfikir pelajar secara kreatif dan kritis.




34) Yang berikut adalah pernyataan tentang petikan kecuali
       A    Penduduk membuang sampah di simpang-simpang jalan.


                                                                             18
B     Penduduk berharap masalah mereka dapat diatasi.
       C     Terdapat lori yang menghalang laluan ke sekolah.


     Analisis : Soalan ini memerlukan pelajar menilai setiap jawapan sama ada
     berkaitan dengan dengan petikan yang telah dibaca atau sebaliknya. Secara
     tidak langsung, soalan ini memerlukan kefahaman pelajar terhadap petikan
     yang dibaca bagi memudahkan pelajar untuk menjawab soalan ini. Dengan
     demikian, maka soalan ini dinilai memunyai aras pelakaran pada tahap 3.


35) Rangkai kata menyakitkan mata dalam petikan bermaksud
       A     Penglihatan tidak jelas
       B     Tidak enak dipandang
       C     Memedihkan mata
       D     Mata terasa sakit


     Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan topik simbulan bahawa
     yang terdapat dalam HSPBM dan pelajar perlu memberikan maksud bagi
     rangkai kata menyakitkan mata yang dinyatakan pada petikan soalan. Untuk
     itu, pelajar perlu menggantikan setiap jawapan ini pada ayat dalam petikan
     dan mencari jawapan yang paling tepat dan sesuai dengan simpulan bahawa
     yang digunakan. Secara tidak langsung, soalan ini dilihat mempunyai aras
     pelakaran pada tahap 3 seperti mana empat soalan lain yang dinyatakan di
     atas.




Soalan 36-40 adalah berdasarkan petikan. (Rujuk Lampiran)


36) Kemanakah penulis perlu pada malam itu?


                                                                               19
A    Pondik buruk
       B    Kelas tambahan
       C    Berlatih bola sepak
       D    Menziarahi kawan-kawannya


     Analisis : Soalan ini lebih bersifat penyelesaian masalah di mana pelajar perlu
     menjawab soalan berdasarkan kepada petikan yang telah dibaca. Kemahiran
     analitikal pelajar yang tinggi akan dapat membantu pelajar untuk menjawab
     soalan ini. Ini juga menunjukkan bahawa soalan ini berada pada aras
     pelajaran pada tahap 3 kerana pelajar perlu membuat analisis terhadap petikan
     dan semasa menjawab soalan ini.


37) Untuk menyelamatkan diri daripada cakaran harimau itu, penulis
       A    menjerit untuk meminta tolong
       B    memeluk badan harimau erat-erat.
       C    meronta-ronta untuk melepaskan diri.
       D    memukul kepada harimau bertubi-tubi.


     Analisis : Soalan ini adalah sama dengan bentuk soalan 36 di mana pelajar
     perlu memahami kandungan petikan dan menyempurnakan jawapan bagi
     soalan ini. Namun begitu, ayat jawapan yang diberikan adalah berbeza
     dengan ayat yang terdapat pada petikan dan ini memerlukan kemahiran
     pelajar dalam menyelesaikan masalah dan memilih jawapan yang paling
     tepat. Secara tidak langsung, soalan ini akan dapat membantu pelajar
     menyelesaikan masalah dan mencapai objektif ketiga yang dinyatakan dalam
     SPBM sekolah rendah.




38) Siapakah sebenarnya yang dipukul oleh penulis?
       A    Bantal peluk


                                                                                 20
B     Badannya
       C     Harimau
       D     Adiknya


     Analisis : Soalan ini lebih bercirikan penyelesaian masalah di mana pelajar
     perlu mengenal pasti ayat yang mempunyai perkaitan dengan soalan ini dan
     soalan ini dinilai hanya berada pada aras pelakaran pada tahap 2.


39) Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.
       A     Penulis tiduk sekatil dengan adiknya.
       B     Ranting kayu berbunyi kerana dipijak orang.
       C     Penulis menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah.
       D     Ayah dan ibu penulis mengambil berat terhadap anak-anak mereka.


     Analisis : Soalan ini memerlukan pelajar menilai setiap jawapan sama ada
     berkaitan dengan dengan petikan yang telah dibaca atau sebaliknya. Secara
     tidak langsung, soalan ini memerlukan kefahaman pelajar terhadap petikan
     yang dibaca bagi memudahkan pelajar untuk menjawab soalan ini. Dengan
     demikian, maka soalan ini dinilai memunyai aras pelakaran pada tahap 3.


40) Frasa peluh dingin dalam petikan membawa maksud penulis
       A     ketakutan
       B     kesejukan
       C     kepenatan
       D     kekeliruan


     Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan topik simbulan bahawa
     yang terdapat dalam HSPBM dan pelajar perlu memberikan maksud bagi
     rangkai kata peluh dingin yang dinyatakan pada petikan soalan. Untuk itu,
     pelajar perlu menggantikan setiap jawapan ini pada ayat dalam petikan dan
     mencari jawapan yang paling tepat dan sesuai dengan simpulan bahawa yang
     digunakan. Secara tidak langsung, soalan ini dilihat mempunyai aras
     pelakaran pada tahap 3 seperti mana empat soalan lain yang dinyatakan di
     atas.



                                                                               21
Daripada analisis yang telah dijalankan di atas, dapat dilihat bahawa kesemua
    soalan yang terdapat dalam Kertas 1 Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR pada
    tahun 2006 adalah soalan yang menepati pelbagai topik yang terdapat dalam
    HSPBM. Dalam pada itu, soalan yang dibina juga mempunyai pelbagari aras
    pelakaran sama ada aras pelakaran pada tahaun 1, tahap 2 ataupun tahap 3 yang
    juga selari dan bertetapan dengan HSPBM. Namun begitu, soalan yang dibina
    dilihat kurang bertepatan dengan 10 objektif yang terdapat dalam SPBM sekolah
    rendah. Daripada perbincangan yang telah dinyatakan, semua soalan yang dibina
    hanya menepati 4 objektif utama iaitu objektif ketiga, objektif, keenam, objektif
    ketujuh dan juga objektif kelapan. Sebaliknya, enam objektif lain yang terdapat
    dalam SPBM tidak mampu dinilai daripada 40 soalan yang terdapat dalam Kertas 1
    Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR pada tahun 2006 ini.




•             Kertas 2 : Penulisan


                                                                                  22
Dalam kertas soalan ini pula, terdapat tiga bahagian utama. Bahagian A
memerlukan pelajar membina ayat daripada gambar yang disediakan dalam
bahagian ini, Bahagian B memerlukan pelajar menghasilkan karangan daripada satu
tajuk yang dipilih dan Bahagian C pula memerlukan pelajar menyenaraikan
pengajaran daripada teks atau petikan yang terdapat dalam bahagian soalan ini. Ini
bermakna bahawa kesemua soalan yang terdapat dalam kertas 2 ini lebih menjurus
kepada aspek penulisan Bahasa Melayu.


Berdasarkan kepada tiga bahagian soalan yang terdapat dalam Kertas 2 Bahasa
Melayu bagi peperiksaan UPSR pada tahun 2006, maka berikut adalah analisis aras
kesukaran setiap soalan dan perkaitannya dengan HSPBM dan SPBM sekolah
rendah:-


1) Soalan Bahagian A
   Soalan ini memerlukan pelajar membuat penilaian terhadap satu gambar yang
   disediakan dan kemudiannya perlu membina lima ayat berdasarkan kepada
   gambar yang disediakan. Namun begitu, ayat yang dibina perlu mempuyai
   kesinambungan di antara satu ayat dengan ayat yang lain. Ini bermakna bahawa
   soalan ini memerlukan kemahiran berfikir pelajar yang tinggi dan memerlukan
   kemampuan pelajar dalam membina ayat yang menarik dan gramatis seperti
   mana yang telah dipelajari dalam HSPBM. Keperluan terhadap kemahiran
   berfikir yang tinggi dan pengetahuan pelajar yang baik dan memuaskan
   terhadap pelbagai jenis ayat Bahasa Melayu, maka soalan ini dilihat
   mempunyai aras pelakaran pada tahap 3. Ini juga turut dinyatakan dalam
   HSPBM di mana kemahiran pelajar dalam membina ayat yang gramatis
   melibatkan aras pelakaran pada tahap 3.




2) Soalan Bahagian B
   Seperti mana kehendak soalan yang terdapat dalam Bahagian A, soalan yang
   terdapat dalam Bahagian B ini pula memerlukan pelajar untuk membina


                                                                               23
karangan daripada salah satu soalan karangan yang disediakan dalam soalan ini.
             Aras pelakaran bagi soalan dalam Bahagian ini berada pada tahap 3 di mana
             pelajar perlu membina ayat yang gramatis dan menarik dan menepati pelbagai
             jenis ayat yang telah dipelajari dalam HSPBM. Ini juga adalah selari dengan
             objektif SPBM yang ingin menilai kemahiran pelajar dalam menghasilkan
             karangan yang menarik, kreatif dan menggambarkan pemikiran pelajar kritis.
             Dengan demikian, maka soalan yang disediakan akan dapat menilai pelbagai
             aspek yang berkaitan dengan perkembangan kemahiran dan pengetahuan
             pelajar terhadap sistem tatabahasa dalam Bahasa Melayu sekolah rendah.


         3) Soalan Bahagian C
             Dalam Bahagian C ini pula, pelajar perlu membaca petikan yang disediakan dan
             kemudiannya mengenal pasti lima pengajaran yang boleh diperolehi menerusi
             petikan yang disediakan. Soalan ini juga memerlukan kemahiran analitikal
             pelajar yang tinggi dan soalan ini dilihat berada pada aras pelajaran pada tahap
             3 kerana pelajar perlu meneliti lima pengajaran yang diperolehi daripada
             petikan dan kemudiannya dipersembahkan dalam bentuk ayat. Secara tidak
             langsung, ianya juga turut mencapai objektif yang terkandung dalam SPBM
             sekolah rendah.




      Kedua-dua kertas peperiksaan Bahasa Melayu yang digunakan dalam peperksaan
      UPSR mempunyai matlamat yang berbeza dan khusus seperti mana huraian yang telah
      dinyatakan di atas. Ini juga menggambarkan akan proses membina soalan-soalan ini
      yang mampu mencapai setiap objektif yang terdapat dalam SPBM dan HSPBM
      sekolah rendah.




3.0    Analisis Soalan UPSR



                                                                                          24
Di peringkat sekolah rendah, penilaian terhadap kemahiran pelajar dilakukan menerusi
pelaksanaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang mencakupi kepada pelbagai
aspek seperti kemahiran lisan, kemahiran penulisan dan juga penelitian terhadap
perkembangan pengetahuan pelajar terhadap sistem bahasa dalam Bahasa Melayu.
Untuk melihat kepada tiga perkara ini, maka kertas soalan Bahasa Melayu bagi UPSR
pada tahun 2006 akan dianalisis terhadap iga aspek berikut seperti mana yang
dinyatakan di bawah:-


1) Kemahiran Lisan
   Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam
   pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan
   terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran
   Bertutur. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan
   dialaminya. Murid akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang.
   Kemahiran asas dalam kemahiran lisan terdiri daripada dua kemahiran yang utama
   iaitu kemahira mendengar dan kemahiran bertutur seperti mana yang dijelaskan di
   bawah:-


     a)     Kemahiran Mendengar
          Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal
          dan mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa
          yang berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi
          ini bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran
          setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara
          ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar
          jika ia boleh:-
                     Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.
                     Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa.
                     Memahami     perkataan,      konsep   dan   kemahiran   mendengar
                perkataan.
                     Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.
                     Mendengar secara kritikal.
                     Mengudit.



                                                                                    25
         Mengikut arahan.
                Memahami urutan atau sekuan.
                Mengingat kembali.
                Menentukan idea utama / terpenting.
                Membuat inferens dan penyeluruhan atau kesimpulan


 b)    Kemahiran Bertutur
      Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran
      bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa
      dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara),
      jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang inamakan
      ‘suprapenggalan’ ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan.
      Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan
      melibatkan perbezaan maksud atau makna.


      Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi
      mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini
      juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.




Namun begitu, penilaian terhadap perkembangan kemahiran mendengar mahupun
kemahiran bertutur pelajar dalam peperiksaan UPSR adalah suatu bentuk tidak
yang tidak berlaku secara formal. Dalm erti kata lain, kemahiran mendengar
mahupun kemahiran bertutur pelajar bukanlah suatu bentuk penilaian yang
diutamakan dalam peperiksaan UPSR. Ini dapat dilihat menerusi proses
pembentukan soalan peperiksaan UPSR yang mana tidak menjurus kepada
kemahiran lisan. Sebaliknya, soalan UPSR yang dibina lebih menjurus kepada
kemahiran membaca dan kemahirna menulis.


Dalam soalan UPSR Bahasa Melayu Kertas 1 bagi Tahun 2006 misalnya, terdapat
40 soalan objektif yang mana memerlukan pelajar membaca setiap soalan dan
memilih jawapan yang tepat. Contohnya soalan 1 yang merupakan soalan dalam




                                                                                26
bentuk golongan kata Bahasa Melayu dan soalan 2 yang merpakan soalan dalam
bentuk kata adjektif. Kesemua soalan yang terdapat dalam kertas 1 bagi UPSR




tahun 2006 ini menunjukkan bahawa tidak terdapat satu soalan yang menekankan
kepada kemahiran mendengar. Sebaliknya, kebanyakan soalan yang terdapat dalam
kertas soalan UPSR ini lebih menjurus kepada kemahiran membaca. Kegagalan
murid dalam membaca dan memahami setiap soalan akan menyebabkan pelajar
menghadapi masalah dalam menjawab setiap soalan yang terdapat dalam kertas
UPSR tersebut.


Dalam Kertas 2 Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR pada tahun 2006 pula,
soalan yang terdapat dalam Kertas 2 Bahasa Melayu ini lebih menjurs kepada
kemahiran menulis dan tidak mempunyai sebarang unsur kemahiran lisan. Namun
begitu, kemahiran membaca juga adalah antara kemahiran bahasa yang perlu
dikuasai oleh pelajar agar pelajar dapat menjawab setiap soalan yang terdapat
dalam Kertas 2 Bahasa Melayu ini.


Daripada penjelasan dan penerangan yang dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawa
soalan yang dibina dalam peperiksaan pada tahun 2006 sama ada dalam kertas 1
mahupun kertas 2 tidak menekankan sebarang bentuk kemahiran lisan sama ada
kemahiran mendengar mahupun kemahiran bertutur. Ini juga tidak selari dengan
objektif dan falsafah yang terkandung dalam SPBM sekolah rendah yang mana
ingin meningkatkan kemahiran lisan pelajar. Contohnya dua objektif utama yang
terdapat dalam SPBM sekolah rendah seperti mana yang dinyatakan di bawah:-
                Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta
     menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal
                Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul
     dalam pelbagai situasi


Dalam dua objektif yang dinyatakan di atas yang juga merpakan objektif utama
yang terdapat dalam SPBM sekolah rendah, kemahiran mendengar dan kemahiran
bertutur adalah antara kemahiran yang ingin dibentuk dan ditingkatkan dalam
kalangan pelajar. Walau bagaimanapun, setiap kemahiran ini tidak dinilai dalam


                                                                               27
peperksaan UPSR sama ada dalam kertas 1 mahupun dalam kertas 2 seperti mana
   yang telah dijelaskan. Ini seterusnya memberikan gambaran bahawa kertas soalan




   UPSR yang dibina tidak menjurus dan tidak mengambil kira aspek dua objektif
   utama yang terkandung dalam SPBM. Secara tidak langsung, penilaian yang
   dilakukan dalam peperiksaan UPSR akan menyukarkan untuk mencapai falsafah
   pendidikan kebangsaan dan juga matlamat pengenalan mata pelajaran Bahasa
   Melayu di peringkat sekolah rendah. Ini adalah disebabkan oleh proses penilaian
   surmatif yang dilakukan tidak menekankan aspek perkembangan kemahiran lisan
   pelajar. Sebaliknya, hanya menekankan kepada beberapa kemahiran lain seperti
   kemahiran membaca dan juga kemahiran menulis.


2) Kemahiran Penulisan
   Menulis ialah pembentukan symbol tulisan dalam bahasa. Sesuatu penulisan
   bertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau
   idea kepada pembaca. Don Bryne (1979) menyatakan bahawa symbol grafik
   semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang
   berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap. Kemahiran
   menulis merujuk kepada keupayaan pelajar menulis perkataan dan ayat, dan
   mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
   pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran
   menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang
   betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.


   Dalam pada itu, kemahiran menulis juga melibatkan pelajar-pelajar supaya berfikir,
   menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahrikan dalam bentuk wacana
   yang lengkap. Pelajar-pelajar juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu
   menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan. Dalam memastikan
   kemahiran menulis di kalangan pelajar akan dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih
   baik, terdapat beberapa elemen pengajaran kemahiran menulis yang perlu difahami
   dan diketahui oleh setiap guru. Salah satu daripada adalah proses atau peringkat
   dalam meningkatkan kemahiran menulis di kalangan pelajar. Kemahiran menulis
   merupakan keupayaan pelajar menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea


                                                                                  28
melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis,




tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Pelajar
juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan
imaginatif.


Aspek perkembangan kemahiran penulisan pelajar ini juga dapat dilihat menerusi
soalan UPSR yang dibina yang mana mampu menilai tahap perkembangan
kemahiran penulisan pelajar. Di peringkat sekolah rendah, setiap soalan UPSR
yang ingin dibina seharusnya mengambil kira aspek kemahiran penulisan pelajar
agar penilaian dapat dibuat sama ada kemahiran penulisan pelajar telah
berkembang ke tahap yang memuaskan atau sebaliknya. Ini juga adalah selari dan
selaras dengan objektif keenam dan ketujuh yang terkandung dalam SPBM seperti
mana yang dinyatakan di bawah:-
               Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis,
     dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis
               Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan
     berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses
     penulisan yang sesuai dan betul


Dalam dua objektif yang dinyatakan di atas, kemahiran pelajar dalam penulisan
adalah suatu perkara yang sangat diutamakan agar pelajar dapat mengeluarkan
segala idea dan pandangan mereka dalam bentuk penulisan. Dalam penilaian yang
dijalankan menerusi peperiksaan UPSR, kertas soalan yang dibina dilihat
mengambil kira kedua-dua objektif ini. Ini dapat dilihat menerusi bentuk soalan
yang terdapat dalam kertas 2 Bahasa Melayu dalam peperiksaan UPSR yang mana
menekankan kepada aspek perkembangan kemahiran penulisan pelajar. Dalam
Kertas 2 Bahasa Melayu bagi kertas peperiksaan pada tahun 2006, terdapat tiga
bahagian soalan yang utama seperti mana yang dijelaskan di bawah:-




                                                                                 29
              Bahagian A : Soalan yang terdapat dalam bahagian ini
     memerlukan pelajar membina lima ayat daripada satu gambar yang
     disediakan dalam bahagian soalan ini.
               Bahagian B : Bahagian ini memerlukan pelajar memilih satu
     daripada tiga soalan yang sediakan untuk membina karangan yang
     panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
               Bahagian C : Bahagian ini pula memerlukan pelajar membaca
     satu petikan teks yang disediakan dan kemudiannya mengeluarkan atau
     menulis lima pengajaran yang diperolehi daripada teks tersebut.


Berdasarkan kepada penerangan dan penjelasan yang dinyatakan di atas, ketiga-tiga
bahagian soalan yang terdapat dalam kertas 2 Bahasa Melayu dalam peperiksaan
UPSR tahun 2006 menilai kemahiran penulisan pelajar. Keputusan yang
direkodkan oleh pelajar dalam ujian ini akan menentukan sama ada kemahiran
penulisan pelajar telah berkembang pada tahap yang terbaik atau sebaliknya.
Sekiranya pelajar tidak dapat menjawab setiap soalan yang terdapat dalam ketiga-
tiga bahagian ujian ini, maka pelajar dilihat masih tidak menunjukkan
perkembangan kemahiran penulisan yang baik. Sebaliknya, pelajar hanya
mempunyai kemahiran penulisan yang sederhana dan mungkin juga berada pada
tahap yang lemah.


Dalam Bahagian A misalnya, sekiranya pelajar tidak dapat membina ayat daripada
gambar yang disediakan dalam bahagian ini, maka kemahiran pelajar masih berada
pada tahap yang kurang memuaskan. Sebaliknya, kemampuan pelajar dalam
membina ayat dengan baik memperlihatkan perkembangan kemahiran penulisan
pelajar. Begitu juga dengan kemampuan pelajar menjawab setiap soalan yang
terdapat dalam Bahagian B dan Bahagian C yang mana akan menilai tahap
perkembangan kemahiran penulisan pelajar yang sebenar.




                                                                              30
Menerusi bentuk soalan ujian seperti ini juga, penilaian yang dibuat akan dapat
   dilakukan secara terus menerusi keputusan yang diperolehi oleh setiap pelajar.
   Secara tidak langsung, ianya juga akan membantu menentukan capaian setiap
   objektif yang terdapat dalam SPBM sama ada telah dapat dicapai dengan sebaik
   mungkin atau sebaliknya. Namun begitu, aspek penilaian kemahiran penulisan
   pelajar hanya dapat dinilai daripada pencapaian pelajar dalam Kertas 2 Bahasa
   Melayu UPSR. Sebaliknya, kemahiran penulisan pelajar tidak dapat dinilai
   daripada Kertas 1 Bahasa Melayu UPSR kerana kertas soalan ini tidak mempunyai
   sebarang bentuk soalan penulisan. Kesemua soalan yang terdapat dalam kertas 1
   adalah soalan berbentuk aneka pilihan yang mana memerlukan kemahiran
   membaca, kemahiran menaakul dan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan
   masalah dengan membuat pilihan jawapan yang tepat. Walau bagaimanapun,
   soalan ujian yang dibina dalam peperiksaan UPSR khususnya dalam Kertas 2
   Bahasa Melayu dapat dijadikan sebagai medium dalam menilai perkembangan
   kemahiran penulisan pelajar.


3) Sistem Bahasa
   Bahasa adalah penggunaan kode yang merupakan gabungan fonem sehingga
   membentuk kata dengan aturan sintaks untuk membentuk kalimat yang memiliki
   arti. Bahasa memiliki berbagai definisi. Definisi bahasa adalah sebagai berikut:-
                  Satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, gagasan dan keadaan.
                  Satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep riil
        mereka ke dalam pikiran orang lain.
                  Satu kesatuan sistem makna.
                  Satu kode yang yang digunakan oleh pakar linguistik untuk
        membedakan antara bentuk dan makna.
                  Satu ucapan yang menepati tata bahasa yang telah ditetapkan.




                                                                                       31
                 Satu sistem tuturan yang akan dapat dipahami oleh masyarakat
     linguistik.




Bahasa erat kaitannya dengan kognisi pada manusia, dinyatakan bahwa bahasa
adalah fungsi kognisi tertinggi dan tidak dimiliki oleh haiwan. Ilmu yang mengkaji
bahasa ini disebut sebagai linguistik, atau pakar bahasa.Menetapkan perbezaan




utama antara bahasa manusia satu dan yang lainnya sering amat sukar. Chomsky
(1986) membuktikan bahawa sebahagian dialekJerman hampir serupa dengan
bahasa Belanda dan tidaklah terlalu berbeza sehingga tidak mudah dikenali sebagai
bahasa lain, khususnya Jerman.


Dalam sistem Bahasa Melayu, terdapat beberapa perkara, bidang, tema atau topik
yang akan dipelajari oleh pelajar seperti tajuk golongan kata Bahasa Melayu, jenis
kata, jenis ayat dan sebagainya. Kesemua topik dan komponen dalam sistem
Bahasa Melayu ini akan dinilai dalam peperiksaan Bahasa Melayu. Soalan-soalan
yang dibentuk dalam kertas soalan UPSR juga banyak menjurus kepada kepelbagai
topik yang terdapat dalam HSPBM seperti mana yang dijelaskan di bawah:-




                  Golongan Kata Bahasa Melayu
     Golongan kata Bahasa Melayu adalah antara sistem bahasa yang dinilai dalam
     peperiksaan UPSR khususnya yang terdapat dalam Kertas 1 Bahasa Melayu.
     Berdasarkan kepada kertas soalan peperiksaan UPSR bagi Bahasa Melayu
     Kertas 1 pada tahun 2006, jenis kata nama, kata kerta dan kata adjektif adalah
     antara golongan kata Bahasa Melayu yang dinilai. Soalan 1 misalnya
     merupakan bentuk soalan Kata Nama, soalan 2 merupakan bentuk soalan
     Kata Adjektif, soalan 4 merupakan bentuk soalan Kata Nama dan soalan 9

                                                                                32
merupakan bentuk soalan Kata Kerja. Kesemua aspek golongan kata Bahasa
    Melayu turut dinilai dalam kertas 1 Bahasa Melayu ini yang juga mampu
    menilai tahap perkembangan pelajar terhadap sistem bahasa dalam Bahasa
    Melayu.




             Kata Terbitan
    Dalam soalan peperiksaan Bahasa Melayu yang dibina, penilaian juga turut
    dijalankan ke atas kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap kata terbitan
    seperti kata berimbuhan, kata majmuk dan juga kata ganda. Ini juga dapat
    dilihat dalam beberapa soalan yang terdapat dalam Kertas 1 Bahasa Melayu
    yang menyentuh soalan yang berkaitan dengan kata terbitan. Contohnya
    seperti soalan 4 dan soalan 13 yang juga merupakan antara soalan kata
    majmuk, soalan 17 yang merupakan soalan kata majmuk dan pelbagai soalan
    yang berkaitan dengan kata berimbuhan seperti soalan 5, soalan 9, soalan 11,
    soalan 15 dan sebagainya. Kesemua soalan kata tertbitan ini juga adalah
    antara topik yang turut terkandung dalam HSPBM menerusi pelaksanaan
    pelbagai tema pengajaran.


             Jenis Ayat
    Soalan peperiksaan UPSR yang dibina juga turut menguji dan menilai
    penguasaan pelajar terhadap pelbagai jenis ayat yang juga menjadi antara
    komponen dalam sistem Bahasa Melayu. Contohnya seperti ayat tunggal, ayat
    majmuk, ayat pasif, ayat aktif dan sebagainya. Kefahaman pelajar terhadap
    pelbagai jenis ayat dalam sistem Bahasa Melayu akan membantu pelajar
    menjawab setiap soalan dengan baik dan cemerlang. Sebaliknya, kelemahan
    pelajar dalam sistem Bahasa Melayu akan mempengaruhi pencapaian pelajar.
    Dalam Kertas 1 Bahasa Melayu bagi peperksaan UPSR pada tahun 2006,
    terdapat beberapa bentuk soalan yang berkaitan dengan jenis-jenis ayat dalam



                                                                             33
sistem Bahasa Melayu. Soalan 21 hingga soalan 40 adalah adalah antara
        soalan yang menjurus kepada topik jenis-jenis ayat dalam sistem Bahasa
        Melayu. Ini seterusnya mampu menilai kefahaman dan penguasaan pelajar
        terhadap pelbagai jenis ayat yang terdapat dalam sistem Bahasa Melayu.




   Selain daripada tiga topik yang dinyatakan di atas yang dinilai dalam peperiksaan
   UPSR khususnya dalam Kertas 1 Bahasa Melayu, terdapat beberapa topik lain yang
   turut diuji dan dinilai dalam peperiksaan Bahasa Melayu seperti penjodoh bilangan,




   kata hubung, kata pemeri dan pelbagai jenis sistem tatabahasa yang terdapat dalam
   Bahasa Melayu dan yang terkandung dalam HSPBM. Ini juga menjelaskan bahawa
   setiap soalan yang dibina dalam Kertas 1 Bahasa Melayu adalah selari dengan topik
   yang diajarkan menerusi HSPBM. Ini seterusnya membantu dalam mencapai
   beberapa objektif yang terdapat dalam SPBM.


   Dalam Kertas 2 Bahasa Melayu untuk peperiksaan UPSR pada tahun 2006 pula,
   penilaian yang dijalankan hanya tertumpuh kepada jenis-jenis ayat yang mana pelru
   dihasilkan oleh pelajar menerusi tiga bahagian soalan. Setiap soalan memerlukan
   pelajar membina ayat sama ada ayat tunggal, ayat majmuk, ayat aktif ataupun ayat
   pasif berdasarkan kepada pengetahuan pelajar. Ini seterusnya mampu menilai
   perkembangan kemahiran pelajar terhadap penguasaan sistem bahasa pelajar
   khususnyayang berkaitan dengan jenis-jenis ayat Bahasa Melayu.




Berdasarkan kepada penilaian dan analisis yang dinyatakan di atas, dapat dilihat
bahawa bentuk soalan yang terdapat dalam kertas peperiksaan UPSR bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu sama ada dalam Kertas 1 ataupun Kertas 2, turut mengambil
kira pelbagai aspek yang terkandung dalam SPBM dan HSPBM. Ini juga menjelaskan
akan proses pembentukan soalan peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Bahasa


                                                                                  34
Melayu ini adalah selari dengan objektif yang terkandung dalam SPBM dan pelbagai
      topik yang terkandung dalam HSPBM.




4.0    Falsafah, Objektif dan Organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
       Rendah
      Setiap proses penilaian yang ingin dilakukan ke atas pelajar sekolah rendah perlu
      menjurus kepada matlamat dan objektif yang terkandung dalam SPBM. Dalam pada
      itu, setiap soalan ujian Bahasa Melayu juga perlu berasaskan kepada tema dan topik
      yang terkandung dalam HSPBM. Ini adalah untuk memastikan agar setiap penilaian
      yang dilakukan khususnya dalam peperiksaan Bahasa Melayu akan dapat dilakukan
      dengan sebaik mungkin dan seterusnya mampu menilai kejayaan pelaksanaan aktiviti
      pengajaran dan pembelajaran dalam mencapai setiap objektif yang terkandung dalam
      SPBM sekolah rendah.


      Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan
      1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan
      menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
      perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa
      bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga
      berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi
      bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di
      peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan.


      Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah
      Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
      intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid
      untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan


                                                                                     35
tatabahasa secara betul dan tepat. Selain itu,murid mampu mengungkapkan ilmu
pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif.




Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada
kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca,
dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan
bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk
pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi
tujuan rekreasi.
Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya
pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti
kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting
sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa murid.


Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Bahasa
Melayu. Sukatan Pelajaran ini mengandung matlamat, objektif, dan organisasi
kandungan.     Organisasi     kandungan   merangkumi   Kemahiran   Bahasa,   Hasil
Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Terdapat enam dokumen
sampingan yang dikenali sebagai Huraian Sukatan Pelajaran untuk panduan guru dalam
pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap
tahun, iaitu dari tahun satu hingga tahun enam.


Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (SPBM) merupakan satu dokumen yang menjadi
panduan guru bagi melaksanakan pengajarannya. Dalamnya terdapat beberapa aspek
yang berkaitan dengan isi kandungan bahasa Melayu dan hala tuju yang hendak
dicapai. Aspek itu merangkumi matlamat dan objektif pengajaran bahasa Melayu,
pengisian kurikulum, kandungan bahasa, sistem bahasa dan Kemahiran Bernilai
Tambah. Aspek-aspek ini menjadi panduan kepada guru dalam pengajarannya.


                                                                               36
Tujuannya agar pengajaran bahasa Melayu antara sekolah adalah seragam, terkawal
dan bersistem.




Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (HSPBM) pula memperincikan Sukatan
Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni semangat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. HSPBM memperjelaskan hasil pembelajaran yang perlu
dikuasai oleh murid. Hasil pembelajaran dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap
kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Hasil pembelajaran dibahagikan
kepada tiga aras, iaitu aras asas, aras sederhana, dan aras cemerlang.


Strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan
penggunaan sumber mestilah berdasarkan HSPBM. Kreativiti memilih, menyusun, dan
mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid adalah perkara utama di dalam
pengajaran dan pembelajaran. HSPBM diharapkan dapat membantu para guru
merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.


Kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar
cara belajar, dan pelbagai lagi adalah aktiviti yang memberi penekanan kepada unsur
nilai tambah. Di samping nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan
tetap diutamakan. Semua elemen ini diharap dapat memberikan keyakinan kepada
murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.
Ini bermakna bahawa pengenalan SPBM dan HSPBM di peringkat sekolah rendah
adalah untuk meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan pelajar. Untuk itu,
terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai dalam SPBM dan HSPBM seperti mana
yang dijelaskan di bawah:-



                                                                                37
a) Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati
     pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal
 b) Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai
     situasi
 c) Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai
     persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara




 d) Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan
     teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan
     memproses maklumat secara kritis
 e) Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya
     pembelajaran berterusan
 f) Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan
     nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis
 g) Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur
     pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai
     dan betul
 h) Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan
     sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis
 i) Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya
     berunsur ilmu
 j) Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme,
     dan perasaan cinta akan negara.


Ini bermakna bahawa terdapat 10 objektif utama yang ingin dicapai dalam SPBM
seperti mana yang dinyatakan di atas. Dalam mencapai kesemua objektif ini, maka
HSPBM dibentuk dengan beberapa tema dan tajuk untuk dipelajari oleh murid dan
dinilai dalam peperiksaan UPSR. Antara tema dan tajuk yang pengajaran dan
pembelajaran yang terdapat dalam HSPBM yang turut dinilai dalam peperiksaan UPSR
adalah seperti tema patritiosme, tema sukan, tema perpaduan, tema penginapan, tema


                                                                                   38
perikanan, tema teknologi maklumat, tema semangat patriotik, tema pendidikan, tema
makanan, tema pengalaman, tema sains dan teknologi, tema cerita rakyat, tema
persekitara kita dan pelbagai bentuk tema lain.




Menerusi setiap tema yang terdapat dalam HSPBM ini, proses pelaksanaan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah akan mengambil
kira aspek kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran mendengar dan juga
kemahiran bertutur. Kesemua empat kemahiran ini adalah jenis kemahiran bahasa yang
akan dijalankan oleh setiap murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah.


Namun begitu, proses penilaian dalam peperiksaan UPSR hanya melibatkan dua
kemahiran yang utama iaitu kemahiran membaca dan juga kemahiran menulis.
Kemahiran membaca dinilai dalam kertas kefahaman di mana murid perlu menjawab
pelbagai bentuk soalan bagi pelbagai tema seperti mana yang terkandung dalam
HSPBM sekolah rendah. Bagi kemahiran menulis pula yang terdapat dalam kertas
penulisan, murid perlu menghasilkan suatu penulisan ilmiah berdasarkan kepada
beberapa tajuk yang juga selari dengan tema yang terkandung dalam HSPBM. Walau
bagaimanapun, hanya dua jenis kemahiran ini sahaja yang dinilai dalam peperiksaan
UPSR. Sebaliknya, kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur tidak dinilai secara
terperinci dalam peperiksaan UPSR. Sebaliknya, kedua-dua kemahiran ini hanya
dinilai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. Ini
bermakna bahawa penilaian secara formal terhadap kemahiran bertutur dan kemahiran
mendengar murid tidak dapat dilaksanakan. Perkara ini mungkin disebabkan oleh
beberapa faktor seperti cara penilaian yang masih tidak dapat ditentukan piawaiannya,
kemahiran penilai dalam membuat penilaian dan pelbagai faktor lain.


Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa HSPBM sekolah rendah khususnya pada Tahap
Dua sangat menekankan kepada empat kemahiran bahasa yang utama seperti mana


                                                                                   39
yang dinyatakan dalam organisasi kurikulum Bahasa Melayu iaitu kemahiran
      membaca, kemahiran menulis, kemahiran bertutur dan juga kemahiran mendengar.
      Namun begitu, proses penilaian yang dilaksanakan dalam peperiksaan UPSR hanya
      melibatkan dua kemahiran yang utama iaitu kemahiran membaca dan kemahiran
      menulis. Sebaliknya, kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur tidak dinilai secara
      sistematik dalam peperiksaan UPSR. Sebaliknya, kedua-dua jenis kemahiran ini hanya
      dijalankan secara tidak formal dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
      dijalankan di dalam kelas.




5.0    Kesimpulan
      Berdasarkan kepada analisis yang dijalankan ke atas Kertas 1 dan Kertas 2 Bahasa
      Melayu bagi peperiksaan UPSR pada tahun 2006, dapat dilihat bahawa setiap soalan
      yang dibina bertepatan dengan HSPBM. Ini adalah disebabkan oleh bentuk soalan yang
      terdapat dalam Kertas 1 mempunyai perkaitan dengan pelbagai tajuk atau topik yang
      terdapat dalam HSPBM. Begitu juga dengan soalan yang terdapat dalam Kertas 2 yang
      turut menilai kemahiran pelajar terhadap pelbagai jenis ayat yang telah dipelajari dalam
      HSPBM. Namun begitu, objektif yang dinyatakan dalam SPBM hanya capat dicapai
      sebahagiannya kerana soalan yang dibina tidak mengambil kira beberapa perkara yang
      terdapat dalam SPBM. Contohnya seperti objektif pertama dalam SPBM iaitu
      ‘mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan
      dalam konteks perbualan harian dan situasi formal’ yang mana tidak dapat dinilai
      menerusi ujian bertulis. Sebaliknya, hanya mampu dinilai menerusi aktiviti pengajaran
      dan pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, setiap
      soalan yang dibina dalam Kertas 1 dan Kertas 2 Bahasa Melayu bagi peperiksaan
      UPSR masih tertumpuh kepada kandungan SPBM dan HSPBM sekolah rendah.




                                                                                           40
Rujukan
Abdullah Hassan, (1987). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Dewan
    Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur

Aspalaila Ramli Dan Maslinda Mahmud, (2006). Sk. Sawah Dato, Mersing, Johor. :
     Meningkatkan kemahiran Murid membaca Ayat-Ayat Yang Mengandungi Perkataan
     Gabungan Dua Suku Kata Terbuka Dan Tertutup Kv+KVK. Jurnal Kajian Tindakan,
     Johor

Kementerian Pendidikan Malaysia (1992). Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala
    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia, (1992). Asas Kemahiran Berbahasa KBSR, Siri
    Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala
    Lumpur

Prof. DR. Henry Guntur Tarigan (1994). Membaca sebagai statu keterampilan berbahasa.
      Indonesia: Penerbit ANGKASA Bandung

Roziah Binti Abd Hamid, (2005). Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan : Meningkatkan
     Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 Dengan Latih-tubi Menggunakan Suku
     Kata Dan Gambar, Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA,Pahang

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1983). Ilmu Pendidikan Pedagogi, Heinemann Asia, Kuala
     Lumpur

Sofiah Hamid. (1983). Bacaan Bahasa Malaysia di Peringkat Sekolah Rendah, Utusan
       Publication, Kuala Lumpur

Susanna Clare Philips. (1999). Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Murid-Murid
     Bermasalah Pembelajaran dalam Program Inklusif, Jurnal Pendidikan, Bilangan 17,
     Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur



                                                                                 41
Zainora Binti Mohd @ Man. (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid Tahun 5
     Melalui Latih Tubi Bacaan Menggunakan Kad Suku Kata, Prosiding Seminar
     Penyelidikan Pendidikan, Jurnal IPBA, Kuala Lumpur




                                                                           42

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Pensil Dan Pemadam
 
Set soalan berdasr jsu bm t4
Set soalan berdasr jsu bm t4Set soalan berdasr jsu bm t4
Set soalan berdasr jsu bm t4
AMira LIzza
 
Rph kepentingan menjaga alam sekitar
Rph kepentingan menjaga alam sekitarRph kepentingan menjaga alam sekitar
Rph kepentingan menjaga alam sekitar
syazwanie suhaimi
 
RPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCI
RPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCIRPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCI
RPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCI
Ezah Arif
 
Latihan kata kerja
Latihan kata kerjaLatihan kata kerja
Latihan kata kerja
shirleyku
 
contoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloomcontoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloom
Autdrey Yna
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatif
Hanim Hanisha
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rph
tamya65
 

Was ist angesagt? (20)

Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
 
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
 
Kajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangKajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silang
 
Contoh laporan
Contoh laporanContoh laporan
Contoh laporan
 
Set soalan berdasr jsu bm t4
Set soalan berdasr jsu bm t4Set soalan berdasr jsu bm t4
Set soalan berdasr jsu bm t4
 
Contoh kertas soalan upsr
Contoh kertas soalan upsr Contoh kertas soalan upsr
Contoh kertas soalan upsr
 
Rph kepentingan menjaga alam sekitar
Rph kepentingan menjaga alam sekitarRph kepentingan menjaga alam sekitar
Rph kepentingan menjaga alam sekitar
 
CONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASACONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASA
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
Penggubalan Item/Soalan Ujian
Penggubalan Item/Soalan UjianPenggubalan Item/Soalan Ujian
Penggubalan Item/Soalan Ujian
 
RPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCI
RPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCIRPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCI
RPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCI
 
Motivasi dan teori berkaitan motivasi
Motivasi dan teori berkaitan motivasiMotivasi dan teori berkaitan motivasi
Motivasi dan teori berkaitan motivasi
 
Latihan kata kerja
Latihan kata kerjaLatihan kata kerja
Latihan kata kerja
 
contoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloomcontoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloom
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatif
 
Strategi dan kaedah pengajaran pembelajaran pendidikan moral
Strategi dan kaedah pengajaran pembelajaran pendidikan moralStrategi dan kaedah pengajaran pembelajaran pendidikan moral
Strategi dan kaedah pengajaran pembelajaran pendidikan moral
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rph
 
Contoh abstrak
Contoh abstrakContoh abstrak
Contoh abstrak
 

Andere mochten auch

Contoh Soalan Ujian
Contoh Soalan UjianContoh Soalan Ujian
Contoh Soalan Ujian
Ariff Izham
 
Bahasa Melayu 2012
Bahasa Melayu 2012Bahasa Melayu 2012
Bahasa Melayu 2012
government
 
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
IYQA
 
Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012
aaunii
 
Bahagian c membina ulasan
Bahagian  c membina ulasanBahagian  c membina ulasan
Bahagian c membina ulasan
aserimangsor
 
Modul latihan upsr 2016
Modul latihan upsr 2016Modul latihan upsr 2016
Modul latihan upsr 2016
guru
 

Andere mochten auch (20)

Analisis item bi
Analisis item biAnalisis item bi
Analisis item bi
 
Contoh Soalan Ujian
Contoh Soalan UjianContoh Soalan Ujian
Contoh Soalan Ujian
 
Analisis Item Soalan Objektif
Analisis Item Soalan Objektif Analisis Item Soalan Objektif
Analisis Item Soalan Objektif
 
Bank soalan-upsr-bm-k2
Bank soalan-upsr-bm-k2Bank soalan-upsr-bm-k2
Bank soalan-upsr-bm-k2
 
Bahasa Melayu 2012
Bahasa Melayu 2012Bahasa Melayu 2012
Bahasa Melayu 2012
 
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
 
Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012
 
Analisis Item
Analisis ItemAnalisis Item
Analisis Item
 
Sifir Bahasa
Sifir BahasaSifir Bahasa
Sifir Bahasa
 
Item analysis for new format 2016
Item analysis for new format 2016Item analysis for new format 2016
Item analysis for new format 2016
 
P.point English Language Paper 1 UPSR
P.point English Language Paper 1 UPSRP.point English Language Paper 1 UPSR
P.point English Language Paper 1 UPSR
 
Formula V and T: UPSR Sentence Construction Techniques
Formula V and T: UPSR Sentence Construction TechniquesFormula V and T: UPSR Sentence Construction Techniques
Formula V and T: UPSR Sentence Construction Techniques
 
Teknik menjawab-ulasan-upsr
Teknik menjawab-ulasan-upsrTeknik menjawab-ulasan-upsr
Teknik menjawab-ulasan-upsr
 
UPSR English Paper 2 Section C
UPSR English Paper 2 Section C UPSR English Paper 2 Section C
UPSR English Paper 2 Section C
 
Note Expansion for UPSR (Guided Narrative Writing)
Note Expansion for UPSR (Guided Narrative Writing)Note Expansion for UPSR (Guided Narrative Writing)
Note Expansion for UPSR (Guided Narrative Writing)
 
Penulisan UPSR bahagian A
Penulisan UPSR bahagian APenulisan UPSR bahagian A
Penulisan UPSR bahagian A
 
Bahagian c membina ulasan
Bahagian  c membina ulasanBahagian  c membina ulasan
Bahagian c membina ulasan
 
UPSR Pre-Writing Module 1 (Sentence Construction)
UPSR Pre-Writing Module 1 (Sentence Construction)UPSR Pre-Writing Module 1 (Sentence Construction)
UPSR Pre-Writing Module 1 (Sentence Construction)
 
Bahasa Melayu Kertas 2 Upsr
Bahasa Melayu Kertas 2 UpsrBahasa Melayu Kertas 2 Upsr
Bahasa Melayu Kertas 2 Upsr
 
Modul latihan upsr 2016
Modul latihan upsr 2016Modul latihan upsr 2016
Modul latihan upsr 2016
 

Ähnlich wie Analisis soalan upsr bm

Tes uraian dan tes objektif
Tes uraian dan tes objektifTes uraian dan tes objektif
Tes uraian dan tes objektif
Nurul Hidayah
 
Proposal kpr kump 2
Proposal kpr kump 2Proposal kpr kump 2
Proposal kpr kump 2
nakirah
 
Taksonomi Bloom dan penerapannya
Taksonomi Bloom dan penerapannyaTaksonomi Bloom dan penerapannya
Taksonomi Bloom dan penerapannya
Arda
 
Kajian tindakan dalam pendidikan
Kajian tindakan dalam pendidikanKajian tindakan dalam pendidikan
Kajian tindakan dalam pendidikan
rehanqistina
 
[Edu.joshuatly.com] perak spm trial 2011 b.melayu (w ans)
[Edu.joshuatly.com] perak spm trial 2011 b.melayu (w ans)[Edu.joshuatly.com] perak spm trial 2011 b.melayu (w ans)
[Edu.joshuatly.com] perak spm trial 2011 b.melayu (w ans)
sabarmohd66s
 
166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013
166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013
166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013
Chaw Sai Ngoh
 

Ähnlich wie Analisis soalan upsr bm (20)

Instrumen tes
Instrumen tesInstrumen tes
Instrumen tes
 
Kajian 2 ok
Kajian 2 okKajian 2 ok
Kajian 2 ok
 
Tes uraian dan tes objektif
Tes uraian dan tes objektifTes uraian dan tes objektif
Tes uraian dan tes objektif
 
Proposal kpr kump 2
Proposal kpr kump 2Proposal kpr kump 2
Proposal kpr kump 2
 
Contoh kajian tindakan sains
Contoh kajian tindakan  sains Contoh kajian tindakan  sains
Contoh kajian tindakan sains
 
Sampel pengurusan dan penggunaan buku buku latihan BM
Sampel pengurusan dan penggunaan buku buku latihan BMSampel pengurusan dan penggunaan buku buku latihan BM
Sampel pengurusan dan penggunaan buku buku latihan BM
 
Taksonomi Bloom dan penerapannya
Taksonomi Bloom dan penerapannyaTaksonomi Bloom dan penerapannya
Taksonomi Bloom dan penerapannya
 
Contoh proposal
Contoh proposalContoh proposal
Contoh proposal
 
proposal
proposalproposal
proposal
 
Uka
UkaUka
Uka
 
Kajian tindakan dalam pendidikan
Kajian tindakan dalam pendidikanKajian tindakan dalam pendidikan
Kajian tindakan dalam pendidikan
 
Teknik penyusunan soal pilihan ganda
Teknik penyusunan soal pilihan gandaTeknik penyusunan soal pilihan ganda
Teknik penyusunan soal pilihan ganda
 
[Edu.joshuatly.com] perak spm trial 2011 b.melayu (w ans)
[Edu.joshuatly.com] perak spm trial 2011 b.melayu (w ans)[Edu.joshuatly.com] perak spm trial 2011 b.melayu (w ans)
[Edu.joshuatly.com] perak spm trial 2011 b.melayu (w ans)
 
Modul bm 1
Modul bm 1Modul bm 1
Modul bm 1
 
Kasus pelajaran bahasa indonesia
Kasus pelajaran bahasa indonesiaKasus pelajaran bahasa indonesia
Kasus pelajaran bahasa indonesia
 
Lengkap
LengkapLengkap
Lengkap
 
Modul bm novel
Modul bm novelModul bm novel
Modul bm novel
 
166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013
166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013
166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013
 
MODUL 6.docx
MODUL 6.docxMODUL 6.docx
MODUL 6.docx
 
PENGARUH MODEL PEMBELAJARAN BERBASIS MASALAH.docx
PENGARUH MODEL PEMBELAJARAN BERBASIS MASALAH.docxPENGARUH MODEL PEMBELAJARAN BERBASIS MASALAH.docx
PENGARUH MODEL PEMBELAJARAN BERBASIS MASALAH.docx
 

Kürzlich hochgeladen

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
AtiAnggiSupriyati
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 

Kürzlich hochgeladen (20)

Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

Analisis soalan upsr bm

  • 1. 1.0 Pengenalan Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi antara individu. Misalnya, interaksi antara seorang ibu dengan anaknya. Ia juga boleh berlaku di antara individu dengan beberapa individu lain seperti antara seorang dengan rakan sebaya, atau seorang guru dengan murid-muridnya. Bagi melatih murid-murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan tatabahasa secara optimis, mengungkap ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain dan juga mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis maka Kurikulum Bahasa Melayu telah dugubal. Ia bertujuan melahirkan insane yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan, sukatan pelajaran disediakan yang mengandungi objektif khusus pembelajaran. Disamping itu, ia juga mengandungi organisasi kandungan kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum. Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran teras yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Namun begitu, banyak persoalan wujud pada hari ini yang mempertikaikan cara pelaksanaan sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dengan bentuk ujian yang terdapat di peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Banyak pendapat menyatakan bahawa penyediaan kertas soalan peperiksaan UPSR tidak mengambil kira pelbagai bentuk kemahiran yang ditekankan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu. Sebaliknya, proses penyediaan kertas soalan Bahasa Melayu dalam peperiksaan UPSR hanya melibatkan kemahiran menulis dan kemahiran membaca sahaja. Sebaliknya, kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar tidak dapat dinilai dalam peperiksaan UPSR. Ini adalah disebabkan oleh bentuk soalan peperiksaan UPSR yang hanya melibatkan kemahiran membaca (kertas kefahaman) dan juga kemahiran menulis (kertas penulisan). Ini bermakna bahawa kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur yang turut menjadi objektif utama dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, tidak dinilai dalam peperiksaan 1
  • 2. UPSR. Menerusi pelaksanaan tugasan ini, perbincangan akan dijalankan ke atas beberapa perkara yang berkaitan dengan sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dan juga bentuk pelaksanaan peperiksaan UPSR sama ada mengambil kira segala objektif yang terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah atau sebaliknya. 2.0 Kertas Soalan UPSR Tahun 2006 Kertas soalan UPSR tahun 2006 yang akan dianalisis melibatkan dua kertas soalan penilaian yang utama seperti mana yang dinyatakan dibawah:- • Kertas 1 : Aneka Pilihan Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan yang mana memerlukan pelajar memilih empat aneka pilihan jawapan bagi setiap soalan. Setiap soalan yang terdapat dalam bahagian ini juga adalah berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (SPBM) dan juga pelbagai topik yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (HSPBM) sekolah rendah seperti topik golongan kata, topik imbuhan kata, topik kata ganda, topik kata majmuk, topik jenis-jenis ayat dan sebagainya. Berdasarkan kepada 40 soalan yang terdapat dalam Kertas 1 Bahasa Melayu, berikut adalah analisis berkenaan dengan kesemua 40 soalan tersebut:- 1) “Mengapakah tuan puteri bersedih? Katakan kepada __________,” kat Mak Inang Seri kepada Tuan Puteri Mayang Sari. A beta B patik C hamba D tuan hamba Analisis : Soalan ini adalah bentuk soalan yang berkaitan dengan kata nama dalam sistem tatabahasa Bahasa Melayu. Namun begitu, soalan ini adalah soalan yang mudah dan mempunyai Aras 3 dalam HSPBM. Ini disebabkan oleh bentuk soalan yang memerlukan pelajar mengenal pasti jenis kata ganti 2
  • 3. nama yang sesuai untuk diisi pada petak yang telah disediakan. Soalan ini juga bersesuaian dengan objektif kelapan dalam SPBM sekolah rendah. 2) Puan Rozana memotong kaki seluar anaknya kerana __________. A lebar B besar C labu Analisis : Soalan ini berbentuk isi tempat kosong yang berkaitan dengan kata adjektif yang menjadi salah satu topik yang terdapat dalam HSPBM. Namun begitu, soalan ini berada pada Aras 1 ekoran daripada bentuk soalan yang sangat mudah untuk dijawab oleh pelajar. Soalan yang dibina ini juga turut bertepatan dengan objektif kelapan yang terdapat dalam SPBM iaitu menilai kemahiran pelajar dalam enggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. 3) Beberapa __________ poster telah diletakkan oleh Cikgu Yeop di belakang kelas kita. A helai B bidang C keping D lembar Analisis : Soalan yang dibina adalah soalan penjodoh bilangan yang merupakan salah satu topik yang terdapat dalam HSPBM. Soalan ini adalah soalan pada Aras 2 di mana jawapan yang diberikan adalah hampir sesuai digunakan untuk ayat soalan. Namun begitu, ianya memerlukan kemahiran berfikir yang kreatif dan kritis dalam menyelesaikan soalan ini seperti mana objektif ketiga yang terdapat dalam HSPBM yang memerlukan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan soalan. 3
  • 4. 4) __________ Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Seri Damai itu mengumumkan ketibaan tetamu khas. A Jurubahasa B Juruhebah C Jurucakap D Juruacara Analisis : Soalan ini adalah sama dengan soalan 1 yang berkaitan dengan golongan kata nama Bahasa Melayu yang juga terkandung dalam SPBM. Namun begitu, soalan ini adalah soalan pada Aras 2 seperti mana yang terkandung dalam HSPBM di mana perlu meneliti jawapan yang sesuai dan tepat untuk soalan ini. 5) Ibu __________ ayam itu dengan rempah sebelum memanggangnya. A mengadun B menabur C mencalit D melumur Analisis : Soalan ini pula adalah bentuk soalan yang berkaitan dengan topik kata kerja yang juga menjadi antara topik yang dipelajari oleh pelajar dalam HSPBM. Namun begitu, pelajar perlu meneliti jenis kata kerja dalam menjawab soalan ini sama ada kata kerja transitif ataupun kata kerja tak transitif. Ini bermakna bahawa soalan ini adalah bentuk soalan pada Aras 2 yang memerlukan sedikit kemahiran berfikir dalam menyelesaikan soalan ini. 4
  • 5. 6) Tangan kakak berbau __________ setelah menyiang beberapa ekor ikan sungai. A hamis B hanyir C hapak D hancing Analisis : Jawapan yang diperlukan dalam soalan ini memerlukan pelajar memilih jawapan yang sesuai berdasarkan kepada kata adjektif yang wujud sebelum jawapan soalan. Ini bermakna bahawa soalan ini tidak mempunyai topik khusus dalam HSPBM dan tidak menepati sebarang objektif yang terkandung dalam SPBM. Namun begitu, kemahiran berfikir pelajar masih dapat dibentuk dan dinilai menerusi kemahiran pelajar dalam menjawab kehendak soalan. 7) Kerja-kerja pembersihan tanah runtuh itu diteruskan __________ hari hujan. A hingga B sekiranya C walaupun D Sementara Analisis : Jawapan yang diperlukan dalam soalan ini adalah jawapan dalam kata hubung yang mana pelajar perlu memilih kata hubung yang sesuai untuk mengisi yang sesuai. Dalam HSPBM, jenis kata hubung seperti berada pada Aras 3 yang mana memerlukan kemahiran pelajar yang tinggi dalam membezakan empat jenis kata hubung yang boleh digunakan dalam menggabungkan dua ayat. 8) Kamarul dapat menyampaikan syarahannya dengan __________ semasa menyertai pertandingan itu. 5
  • 6. A cekap B petah C terang Analisis : Soalan ini berbentuk isi tempat kosong yang berkaitan dengan kata adjektif yang menjadi salah satu topik yang terdapat dalam HSPBM. Namun begitu, soalan ini berada pada Aras 1 ekoran daripada bentuk soalan yang sangat mudah untuk dijawab oleh pelajar. Soalan yang dibina ini juga turut bertepatan dengan objektif kelapan yang terdapat dalam SPBM iaitu menilai kemahiran pelajar dalam enggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. 9) Juara beregu badminton wanita dari Malaysia __________ piala yang dimenangi oleh mereka. A menjulang B menatang C merangkul D menjunjung Analisis : Soalan ini adalah soalan kata kerja yang juga menjadi antara salah satu topik yang terdapat dalam HSPBM. Namun begitu, soalan ini mempunyai aras kemahiran berfikir yang tinggi dengan bentuk jawapan yang boleh digunakan untuk mengisi tempat kosong yang terdapat dalam soalan. Ini bermakna bahawa soalan ini berada pada Aras 3 dan menepati kehendak kandungan SPBM. 6
  • 7. 10) __________ orang mudah hilang sabar jika selalu menghadapi __________ situasi yang memalukan mereka. A Sesetengah ... setiap B Sebahagian ... satu C Sesetengah ... sesuatu D Sekalian ... beberapa Analisis : Soalan ini berkaitan dengan topik penjodoh bilangan yang terdapat dalam HSPBM dan menjadi antara soalan penting yang mampu menilai kemahiran pelajar dalam berfikir. Soalan ini juga merupakan antara soalan yang turut terdapat dijalankan oleh pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi meningkatkan kemampuan pelajar untuk menguasai topik penjodoh bilangan. 11) Encik Chin sedang __________ buluh untuk membuat sangkar burung. A meraut B melentur C merincih D menghiris Analisis : Soalan ini adalah soalan yang berkaitan dengan kata kerja yang terdapat dalam HSPBM. Namun begitu, soalan ini dibina berdasarkan kepada gambar rajah di mana seseorang sedang melakukan sesuatu kepada ‘buluh’. Dalam menjawab soalan ini, pelajar perlu meneliti aktiviti yang terdapat dalam gambar rajah tersebut dan perlu memilih jawapan yang betul. Ini bermakna bahawa soalan ini memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi dan berada pada Aras 3 yang juga sesuai dengan HSPBM. 7
  • 8. 12) “__________ ambil makanan yang terhidang di meja itu,” kata Puan Kamariah kepada tetamunya. A Tolong B Minta C Harap D Sila Analisis : Soalan ini berbentuk ayat perintah di mana pelajar perlu memilih jawapan yang sesuai bagi menyempurnakan jawapan ini. Dalam HSPBM, ayat perintah adalah antara jenis ayat yang dipelajari oleh pelajar agar pelajar dalam menjawab soalan ayat perintah. Soalan ini dilihat berada pada Aras 3 di mana setiap jawapan yang diberikan boleh digunakan untuk mengisi tempat kosong soalan. Namun begitu, pelajar hanya perlu memilih satu jawapan yang paling tepat dan sesuai dengan konteks ayat yang dibina. Ini juga menjelaskan bahawa soalan yang dibina adalah sangat sesuai dengan SPBM sekolah rendah. 13) Sementara menunggu pintu pagar dibuka, penonton __________ di luar stadium. A lalu-lalang B bolak-balik C simpang-siur D mundar-mandir Analisis : Soalan ini berkaitan dengan topik kata ganda yang terdapat dalam HSPBM. Namun begitu, terdapat lebih daripada satu jawapan yang betul yang boleh dipilih oleh pelajar untuk menjawab soalan ini. Walau bagaimanapun, pelajar hanya perlu memilih satu jawapan yang paling tepat dan ini memerlukan kemahiran berfikir pelajar secara kreatif dan kritis dalam menilai konteks ayat. Ini bermakna bahawa soalan ini berada pada Aras 3 kerana memerlukan kemahiran analitikal yang tinggi pelajar dalam menjawab soalan ini. 8
  • 9. 14) Pihak sekolah akan mengadakan sesi __________ bagi meraihkan kehadiran murid-murid baru. A tegur sapa B soal jawab C ramah mesra Analisis : Soalan ini pula adalah soalan dalam bentuk kata majmuk yang terdapat dalam HSPBM di mana hanya satu jawapan yang paling tepat yang boleh digunakan dalam menjawab soalan ini. Namun begitu, pelajar perlu mempunyai pengetahuan yang baik dalam proses pembentukan kata majmuk sebelum menjawab soalan ini agar memudahkan pelajar untuk memilih jawapan yang paling tepat. Ini bermakna bahawa soalan ini memerlukan sedikit kemahiran berfisir dan dinilai sebagai soalan pada Aras 1. 15) Encik Dalang sedang __________ kain di bengkel untuk memenuhi pesanan pelanggannya. A menekan B menekap C mengecop D mengecap Analisis : Soalan ini pula adalah bentuk soalan yang berkaitan dengan topik kata kerja yang juga menjadi antara topik yang dipelajari oleh pelajar dalam HSPBM. Namun begitu, pelajar perlu meneliti jenis kata kerja dalam menjawab soalan ini sama ada kata kerja transitif ataupun kata kerja tak transitif. Ini bermakna bahawa soalan ini adalah bentuk soalan pada Aras 2 yang memerlukan sedikit kemahiran berfikir dalam menyelesaikan soalan ini. 9
  • 10. 16) Encik Muthu akan terus menabur bakti kepada masyarakat __________ terdaya. A jika B selagi C apabila D sehingga Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan topik kata hubung yang terkandung dalam HSPBM memerlukan kemahiran pelajar untuk memilih jawapan yang paling. Sekiranya pelajar tidak mempunyai pengetahuan yang baik terhadap keempat-empat kata hubungan ini, maka pelajar akan memilih jawapan yang salah. Oleh itu, ianya memerlukan kemahiran pelajar dalam memilih jawapan yang paling tepat untuk diisi pada petak kosong yang terdapat dalam soalan dan dinilai sebagai soalan para Aras 2 dalam HSPBM. 17) “Saya tidak nampak Salina pun. __________ dia sudah pergi,” kata Normah. A Bila-bila B Awal-awal C Rasa-rasa Analisis : Soalan ini adalah soalan berbentuk kata ganda yang merupakan antara topik yang dipelajari oleh pelajar dalam HSPBM di mana pelajar perlu memilih kata ganda yang sesuai. Soalan ini dilihat berada pada Aras 3 kerana menuntut kemampuan pelajar dalam memilih jawapan yang paling tepat kerana soalan ini mempunyai lebih daripada satu jawapan yang hampir tepat. Oleh itu, pengetahuan pelajar terhadap topik dan konsep kata ganda dalam sistem tatabahasa Bahasa Melayu akan dapat membantu pelajar untuk menjawab soalan ini dengan betul dan tepat. 10
  • 11. 18) “Kamu pergilah dahulu. Sebentar lagi saya akan __________,” kata Asri kepada Shahrul. A mengekori B mengikuti C mengejar D menyusul Analisis : Soalan ini adalah ayat penyata yang digabungkan bersama dengan kata kerta transitif. Ini bermakna bahawa pengetahuan pelajar terhadap kedua- dua topik yang terkandung dalam HSPBM ini perlu berada pada tahap yang terbaik agar dapat membantu pelajar menjawab soalan ini. Ini juga menunjukkan bahawa soalan yang dibina berada pada Aras 3 ekoran daripada bentuk soalan yang memerlukan kemahiran analitikal pelajar yang lebih tinggi seperti mana objektif yang ingin dicapai dalam SPBM. 19) Dua __________ lanun telah ditumpaskan oleh pasukan polis marin dalam tempoh sebulan. A pasukan B angkatan C kelompok D gerombolan Analisis : Soalan ini berkaitan dengan kata bilangan dalam HSPBM yang mana memerlukan pelajar memilih kata bilangan yang tepat dan sesuai digunakan untuk konteks soalan yang dibina. Ini bermakna bahawa soalan ini adalah soalan yang mudah dan merupakan soalan pada Aras 1 berdasarkan kepada bentuk pelaksanaan topik yang terdapat dalam HSPBM. 20) Sikap Amir yang selalu __________ menyebabkan ramai sahabatnya kurang senang. 11
  • 12. A memberi muka B bermuka-muka C sangat muka D tebal muka Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan dua topik yang terdapat dalam HSPBM iaitu topik kata majmuk atau kata ganda dan juga simpulan bahasa. Setiap jawapan yang diberikan boleh digunakan untuk menjawab soalan yang diberikan. Namun pelajar perlu memilih jawapan yang paling tepat dan sesuai digunakan untuk menjawab soalan ini. Ini bermakna bahawa soalan ini adalah soalan yang berada pada Aras 3 kerana memerlukan kemahiran analitikal yang lebih tinggi. 21) Istana lama itu unik kerana dibina daripada kayu tanpa menggunakan sebarang batu pun. Perkataan seerti bagi unik ialah A istimewa B canggih C ganjil D pelik Analisis : Soalan ini adalah soalan yang berbentuk kat seerti yang juga menjadi antara topik pengajaran yang terdapat dalam HSPBM. Dalam topik ini soalan yang berikut agak mudah dan hanya berada pada Aras 1 di mana pelajar hanya perlu memilih perkataan seperti bagi perkataan unik. Namun begitu, pelajar perlu mempunyai pengetahuan dan penguasaan yang baik terhadap topik ‘Sinonim’ atau ‘seerti’ sebelum menjawab soalan ini. 12
  • 13. 22) Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah itu telah ditubuhkan pada bulan lepas. Perkataan seerti bagi ditubuhkan ialah A ditutupkan B dibatalkan C dibubarkan D dimansuhkan Analisis : Soalan ini adalah sama dengan soalan 21 di mana pelajar perlu mencari perkataan seerti bagi perkataan ditubuhkan dan berada pada Aras 1 dalam HSPBM. 23) Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berbaris dengan betul. I) Semalam suntuk ayah tidak tidur kerana sakit perut. II) Tali itu sangat suntuk untuk mengikat kotak itu. III) Jangan mengkori kereta di hadapan terlalu suntuk. IV) Tempoh yang diberikan oleh jawatankuasa pertandingan itu begitu suntuk. A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV Analisis : Dalam soalan ini, terdapat empat ayat yang perlu dibina oleh pelajar yang mana pelajar perlu meneliti ayat yang betul dan tepat dalam menggunakan perkataan suntuk. Soalan ini hanya mempunyai perkaitan dengan jenis-jenis ayat yang terdapat dalam HSPBM seperti ayat majmuk dan ayat aktif. Dalam pada itu, soalan yang ini juga berada pada Aras 3 kerana memerlukan pelajar untuk memilih lebih daripada satu ayat yang menggunakan perkataan suntuk dengan tepat. 13
  • 14. 24) Mengapakah ramai pesalah trafik menyerbu kaunter pembayaran di balai polis? Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas. A Mereka berminat menyertai pasukan polis trafik. B Mereka hendak membayar saman kesalahan trafik. C Pesalah trafik telah membayar denda secara beramai-ramai. Analisis : Soalan ini tidak mempunyai perkaitan dengan sebarang topik dalam HSPBM. Sebaliknya, soalan ini hanya memerlukan kemahiran pelajar dalam memilih jawapan yang paling tepat dan sangat sesuai dengan objektif keenam yang terdapat dalam SPBM. Jawapan yang diberikan juga boleh digunakan untuk menjawab soalan. Namun begitu, pelajar hanya perlu memilih satu jawapan yang paling tepat dan soalan ini dinilai berada pada Aras 3 kerana memerlukan kemahiran analitikal pelajar yang sangat tinggi. 25) Doktor menasihati pesakitnya supaya mengamalkan gaya hidup sihat. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas. A Mengapakah doktor menasihati pesakitnya? B Apakah nasihat doktor kepada pesakitnya? C Bagaimanakah cara mengamalkan gaya hidup sihat? D Siapakah yang perlu mengamalkan gaya hidup sihat? Analisis : Soalan ini adalah soalan ayat tanya yang juga merupakan salah satu topik yang diajarkan dalam HSPBM. Soalan ini adalah sangat mudah dan mempunyai Aras pelajaran pada tahaun 1 kerana hanya memerlukan pelajar memilih satu ayat tanya yang paling sesuai. 26) “Kami menerima pujian dari Guru Besar kerana telah menjuarai pertandingan koir,” kata Asmah. 14
  • 15. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di atas. A Asmah memberitahu bahawa mereka mendapat pujian daripada Guru Besar kerana telah menjuarai pertandingan koir. B Asmah menerangkan bahawa kami memberikan pujian kepada Guru Besar kerana telah menjuarai pertandingan koir. C Asmah mendapat tahu bahawa mereka mendapat pujian dariapda Guru Besar kerana telah menjuarai pertandingan koir. D Asmah menyatakan bahawa kami memberikan pujian kepada Guru Besar kerana telah menjuarai pertandingan koir. Analisis : Soalan ini adalah soalan yang berada dalam topik ‘ayat banyak makna’ dalam HSPBM di mana setiap jawapan yang dibina mempunyai persamaan dengan ayat dalam soalan. Soalan ini juga dilihat berada pada Aras 3 seperti mana yang dinyatakan dalam HSPBM kerana pelajar perlu membuat analisis setiap ayat pada jawapan soalan dan memilih satu ayat yang mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang terdapat pada soalan. 27) Nenek sedang menganyam tikar mengkuang di ruang tamu rumahnya. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di atas. A Tikar mengkuang sedang dianyam oleh nenek di ruang tamu rumahnya. B Tidak mengkuangnya sedang nenek anyam di ruang tamu rumahnya. C Tikar mengkuang nenek sedang dianyam olehnya di ruang tamu. D Tikar mengkuang diruang tamunya sedang dianyam nenek. Analisis : Soalan ini juga adalah sama dengan soalan 26 yang mana memerlukan kemahiran pelajar dalam memilih ayat yang hampir sama dengan dengan ayat yang terdapat dalam soalan. Ini menunjukkan bahawa soalan ini berada pada Aras pelakaran pada tahaun 3. 28) Pilih ayat yang betul. 15
  • 16. A Kasut bertumit tinggi itu bukan sesuai dipakai oleh wanita yang mengandung. B Telefon antik di kedai itu tidak untuk dijual tetapi untuk pameran sahaja. C Daerah Besut bukan di negeri Kelantan tetapi di negeri Terengganu. D Budak lelaki yang bertahi lalat itu tidak adik Sulaiman. Analisis : Soalan ini merupakan tajuk ke-20 dalam HSPBM di mana pelajar perlu memilih ayat yang betul dalam pelbagai jenis ayat sma ada ayat majmuk, ayat tunggal dan sebagainya. Dalam HSPBM, soalan seperti ini hanya berada pada Aras 2 kerana bentuk soalan yang dibina hanya sederhana sukar untuk dijawab oleh pelajar. 29) Pilih ayat yang betul. I) Para tetamu yang hadir dijemput masuk di dalam dewan itu. II) Suhaila ialah sepupu saya kerana ibu saya dan ibunya adik-beradik. III) Antara Suzi ataupun Nani, masing-masing tidak dapat melompat parit itu. IV) Saya tidak memahami percakapannya kerana dia menggunakan bahasa pasar. A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV Analisis : Soalan yang dibina mempunyai persamaan dengan soalan 28. Namun begitu, soalan ini berada pada Aras 3 dalam HSPBM di mana pelajar perlu memilih beberapa ayat yang betul dan tepat sistem tatabahasanya sebelum membuat pilihan. Soalan ini juga adalah sesuai dan selari dengan objektif SPBM dalam memastikan pelajar mampu membuat pilihan ayat yang betul dan tepat. 30) Pilih ayat yang betul. I) Buku cenderama yang berwarna keemasan itu untuk tetamu khas. 16
  • 17. II) Di antara acara yang akan dipertandingkan ialah catur dan congkak. III) Puan Azian yang mengajar di sekolah itu berasal dari Sandakan. IV) Pasukan bahas itu mendapat tempat pertama kerana pembahas- pembahasnya mendapat tempat pertama. A I dan II B II dan IV C III dan IV D I dan IV Analisis : Soalan yang dibina mempunyai persamaan dengan soalan 28 dan soalan 29. Namun begitu, soalan ini berada pada Aras 3 dalam HSPBM di mana pelajar perlu memilih beberapa ayat yang betul dan tepat sistem tatabahasanya sebelum membuat pilihan. Soalan ini juga adalah sesuai dan selari dengan objektif SPBM dalam memastikan pelajar mampu membuat pilihan ayat yang betul dan tepat. Ayat 31-35 adalah berdasarkan kepada petikan yang diberikan (Rujuk Lampiran) 31) Pihak yang membuang kenderaan buruk itu tidak dapat dikenal pasti kerana A kenderaan itu telah reput. B kenderaan itu dibuang di jalan raya. C kenderaan itu tiada nombor pendaftaran. D kenderaan itu diletakkan di tapak pelupusan. Analisis : Soalan ini memerlukan pelajar memahami petikan yang diberikan dan kemudiannya melengkap soalan yang terdapat dalam soalan ini. Soalan ini dilihat berada pada Aras pelakaran pada tahap 3 kerana ayat yang terdapat dalam setiap jawapan pada soalan ini adalah tidak sama dengan ayat yang terdapat dalam petikan. Namun begitu, kemampuan pelajar dalam memilih ayat yang mempunyai makna yang sama dengan ayat yang terdapat pada petikan akan membantu pelajar memilih jawapan yang betul dan tepat. 17
  • 18. 32) Penulis berpendapat gambara baik Kampung Seri Mersing terjejas disebabkan oleh A lori diletakkan di hadapan sekolah. B ketiadaan tempat untuk berekreasi. C bau busuk daripada tong sampah besar. D pembuangan kereta buruk di kampung itu. Analisis : Soalan ini juga berapa pada Aras 3 di mana pelajar perlu memahami setiap ayat yang terdapat pada petikan yang diberikan sebelum menjawab soalan ini. Ayat yang terdapat pada petikan juga adalah berbeza dengan ayat yang terdapat pada jawapan soalan tetapi mempunyai maksud yang hampir sama atau sama. Oleh itu, pelajar perlu memilih jawapan yang paling tepat dalam menjawab soalan ini. 33) Di manakah penunggang-penunggan basikal mempamerkan keberanian mereka? A Gelanggang basikal lasak. B Tapak pelupusan samlah. C Kawasan lapang dan jalan raya. D Persimpangan jalan dan di hadapan sekolah. Analisis : Soalan ini juga berada pada Aras 3 yang mana memerlukan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan soalan. Ini juga adalah selari dengan objektif yang dinyatakan dalam SPBM yang mana ingin meningkatkan kemahiran berfikir pelajar secara kreatif dan kritis. 34) Yang berikut adalah pernyataan tentang petikan kecuali A Penduduk membuang sampah di simpang-simpang jalan. 18
  • 19. B Penduduk berharap masalah mereka dapat diatasi. C Terdapat lori yang menghalang laluan ke sekolah. Analisis : Soalan ini memerlukan pelajar menilai setiap jawapan sama ada berkaitan dengan dengan petikan yang telah dibaca atau sebaliknya. Secara tidak langsung, soalan ini memerlukan kefahaman pelajar terhadap petikan yang dibaca bagi memudahkan pelajar untuk menjawab soalan ini. Dengan demikian, maka soalan ini dinilai memunyai aras pelakaran pada tahap 3. 35) Rangkai kata menyakitkan mata dalam petikan bermaksud A Penglihatan tidak jelas B Tidak enak dipandang C Memedihkan mata D Mata terasa sakit Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan topik simbulan bahawa yang terdapat dalam HSPBM dan pelajar perlu memberikan maksud bagi rangkai kata menyakitkan mata yang dinyatakan pada petikan soalan. Untuk itu, pelajar perlu menggantikan setiap jawapan ini pada ayat dalam petikan dan mencari jawapan yang paling tepat dan sesuai dengan simpulan bahawa yang digunakan. Secara tidak langsung, soalan ini dilihat mempunyai aras pelakaran pada tahap 3 seperti mana empat soalan lain yang dinyatakan di atas. Soalan 36-40 adalah berdasarkan petikan. (Rujuk Lampiran) 36) Kemanakah penulis perlu pada malam itu? 19
  • 20. A Pondik buruk B Kelas tambahan C Berlatih bola sepak D Menziarahi kawan-kawannya Analisis : Soalan ini lebih bersifat penyelesaian masalah di mana pelajar perlu menjawab soalan berdasarkan kepada petikan yang telah dibaca. Kemahiran analitikal pelajar yang tinggi akan dapat membantu pelajar untuk menjawab soalan ini. Ini juga menunjukkan bahawa soalan ini berada pada aras pelajaran pada tahap 3 kerana pelajar perlu membuat analisis terhadap petikan dan semasa menjawab soalan ini. 37) Untuk menyelamatkan diri daripada cakaran harimau itu, penulis A menjerit untuk meminta tolong B memeluk badan harimau erat-erat. C meronta-ronta untuk melepaskan diri. D memukul kepada harimau bertubi-tubi. Analisis : Soalan ini adalah sama dengan bentuk soalan 36 di mana pelajar perlu memahami kandungan petikan dan menyempurnakan jawapan bagi soalan ini. Namun begitu, ayat jawapan yang diberikan adalah berbeza dengan ayat yang terdapat pada petikan dan ini memerlukan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah dan memilih jawapan yang paling tepat. Secara tidak langsung, soalan ini akan dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah dan mencapai objektif ketiga yang dinyatakan dalam SPBM sekolah rendah. 38) Siapakah sebenarnya yang dipukul oleh penulis? A Bantal peluk 20
  • 21. B Badannya C Harimau D Adiknya Analisis : Soalan ini lebih bercirikan penyelesaian masalah di mana pelajar perlu mengenal pasti ayat yang mempunyai perkaitan dengan soalan ini dan soalan ini dinilai hanya berada pada aras pelakaran pada tahap 2. 39) Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan. A Penulis tiduk sekatil dengan adiknya. B Ranting kayu berbunyi kerana dipijak orang. C Penulis menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah. D Ayah dan ibu penulis mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Analisis : Soalan ini memerlukan pelajar menilai setiap jawapan sama ada berkaitan dengan dengan petikan yang telah dibaca atau sebaliknya. Secara tidak langsung, soalan ini memerlukan kefahaman pelajar terhadap petikan yang dibaca bagi memudahkan pelajar untuk menjawab soalan ini. Dengan demikian, maka soalan ini dinilai memunyai aras pelakaran pada tahap 3. 40) Frasa peluh dingin dalam petikan membawa maksud penulis A ketakutan B kesejukan C kepenatan D kekeliruan Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan topik simbulan bahawa yang terdapat dalam HSPBM dan pelajar perlu memberikan maksud bagi rangkai kata peluh dingin yang dinyatakan pada petikan soalan. Untuk itu, pelajar perlu menggantikan setiap jawapan ini pada ayat dalam petikan dan mencari jawapan yang paling tepat dan sesuai dengan simpulan bahawa yang digunakan. Secara tidak langsung, soalan ini dilihat mempunyai aras pelakaran pada tahap 3 seperti mana empat soalan lain yang dinyatakan di atas. 21
  • 22. Daripada analisis yang telah dijalankan di atas, dapat dilihat bahawa kesemua soalan yang terdapat dalam Kertas 1 Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR pada tahun 2006 adalah soalan yang menepati pelbagai topik yang terdapat dalam HSPBM. Dalam pada itu, soalan yang dibina juga mempunyai pelbagari aras pelakaran sama ada aras pelakaran pada tahaun 1, tahap 2 ataupun tahap 3 yang juga selari dan bertetapan dengan HSPBM. Namun begitu, soalan yang dibina dilihat kurang bertepatan dengan 10 objektif yang terdapat dalam SPBM sekolah rendah. Daripada perbincangan yang telah dinyatakan, semua soalan yang dibina hanya menepati 4 objektif utama iaitu objektif ketiga, objektif, keenam, objektif ketujuh dan juga objektif kelapan. Sebaliknya, enam objektif lain yang terdapat dalam SPBM tidak mampu dinilai daripada 40 soalan yang terdapat dalam Kertas 1 Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR pada tahun 2006 ini. • Kertas 2 : Penulisan 22
  • 23. Dalam kertas soalan ini pula, terdapat tiga bahagian utama. Bahagian A memerlukan pelajar membina ayat daripada gambar yang disediakan dalam bahagian ini, Bahagian B memerlukan pelajar menghasilkan karangan daripada satu tajuk yang dipilih dan Bahagian C pula memerlukan pelajar menyenaraikan pengajaran daripada teks atau petikan yang terdapat dalam bahagian soalan ini. Ini bermakna bahawa kesemua soalan yang terdapat dalam kertas 2 ini lebih menjurus kepada aspek penulisan Bahasa Melayu. Berdasarkan kepada tiga bahagian soalan yang terdapat dalam Kertas 2 Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR pada tahun 2006, maka berikut adalah analisis aras kesukaran setiap soalan dan perkaitannya dengan HSPBM dan SPBM sekolah rendah:- 1) Soalan Bahagian A Soalan ini memerlukan pelajar membuat penilaian terhadap satu gambar yang disediakan dan kemudiannya perlu membina lima ayat berdasarkan kepada gambar yang disediakan. Namun begitu, ayat yang dibina perlu mempuyai kesinambungan di antara satu ayat dengan ayat yang lain. Ini bermakna bahawa soalan ini memerlukan kemahiran berfikir pelajar yang tinggi dan memerlukan kemampuan pelajar dalam membina ayat yang menarik dan gramatis seperti mana yang telah dipelajari dalam HSPBM. Keperluan terhadap kemahiran berfikir yang tinggi dan pengetahuan pelajar yang baik dan memuaskan terhadap pelbagai jenis ayat Bahasa Melayu, maka soalan ini dilihat mempunyai aras pelakaran pada tahap 3. Ini juga turut dinyatakan dalam HSPBM di mana kemahiran pelajar dalam membina ayat yang gramatis melibatkan aras pelakaran pada tahap 3. 2) Soalan Bahagian B Seperti mana kehendak soalan yang terdapat dalam Bahagian A, soalan yang terdapat dalam Bahagian B ini pula memerlukan pelajar untuk membina 23
  • 24. karangan daripada salah satu soalan karangan yang disediakan dalam soalan ini. Aras pelakaran bagi soalan dalam Bahagian ini berada pada tahap 3 di mana pelajar perlu membina ayat yang gramatis dan menarik dan menepati pelbagai jenis ayat yang telah dipelajari dalam HSPBM. Ini juga adalah selari dengan objektif SPBM yang ingin menilai kemahiran pelajar dalam menghasilkan karangan yang menarik, kreatif dan menggambarkan pemikiran pelajar kritis. Dengan demikian, maka soalan yang disediakan akan dapat menilai pelbagai aspek yang berkaitan dengan perkembangan kemahiran dan pengetahuan pelajar terhadap sistem tatabahasa dalam Bahasa Melayu sekolah rendah. 3) Soalan Bahagian C Dalam Bahagian C ini pula, pelajar perlu membaca petikan yang disediakan dan kemudiannya mengenal pasti lima pengajaran yang boleh diperolehi menerusi petikan yang disediakan. Soalan ini juga memerlukan kemahiran analitikal pelajar yang tinggi dan soalan ini dilihat berada pada aras pelajaran pada tahap 3 kerana pelajar perlu meneliti lima pengajaran yang diperolehi daripada petikan dan kemudiannya dipersembahkan dalam bentuk ayat. Secara tidak langsung, ianya juga turut mencapai objektif yang terkandung dalam SPBM sekolah rendah. Kedua-dua kertas peperiksaan Bahasa Melayu yang digunakan dalam peperksaan UPSR mempunyai matlamat yang berbeza dan khusus seperti mana huraian yang telah dinyatakan di atas. Ini juga menggambarkan akan proses membina soalan-soalan ini yang mampu mencapai setiap objektif yang terdapat dalam SPBM dan HSPBM sekolah rendah. 3.0 Analisis Soalan UPSR 24
  • 25. Di peringkat sekolah rendah, penilaian terhadap kemahiran pelajar dilakukan menerusi pelaksanaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang mencakupi kepada pelbagai aspek seperti kemahiran lisan, kemahiran penulisan dan juga penelitian terhadap perkembangan pengetahuan pelajar terhadap sistem bahasa dalam Bahasa Melayu. Untuk melihat kepada tiga perkara ini, maka kertas soalan Bahasa Melayu bagi UPSR pada tahun 2006 akan dianalisis terhadap iga aspek berikut seperti mana yang dinyatakan di bawah:- 1) Kemahiran Lisan Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Murid akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang. Kemahiran asas dalam kemahiran lisan terdiri daripada dua kemahiran yang utama iaitu kemahira mendengar dan kemahiran bertutur seperti mana yang dijelaskan di bawah:- a) Kemahiran Mendengar Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh:-  Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.  Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa.  Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.  Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.  Mendengar secara kritikal.  Mengudit. 25
  • 26. Mengikut arahan.  Memahami urutan atau sekuan.  Mengingat kembali.  Menentukan idea utama / terpenting.  Membuat inferens dan penyeluruhan atau kesimpulan b) Kemahiran Bertutur Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang inamakan ‘suprapenggalan’ ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, penilaian terhadap perkembangan kemahiran mendengar mahupun kemahiran bertutur pelajar dalam peperiksaan UPSR adalah suatu bentuk tidak yang tidak berlaku secara formal. Dalm erti kata lain, kemahiran mendengar mahupun kemahiran bertutur pelajar bukanlah suatu bentuk penilaian yang diutamakan dalam peperiksaan UPSR. Ini dapat dilihat menerusi proses pembentukan soalan peperiksaan UPSR yang mana tidak menjurus kepada kemahiran lisan. Sebaliknya, soalan UPSR yang dibina lebih menjurus kepada kemahiran membaca dan kemahirna menulis. Dalam soalan UPSR Bahasa Melayu Kertas 1 bagi Tahun 2006 misalnya, terdapat 40 soalan objektif yang mana memerlukan pelajar membaca setiap soalan dan memilih jawapan yang tepat. Contohnya soalan 1 yang merupakan soalan dalam 26
  • 27. bentuk golongan kata Bahasa Melayu dan soalan 2 yang merpakan soalan dalam bentuk kata adjektif. Kesemua soalan yang terdapat dalam kertas 1 bagi UPSR tahun 2006 ini menunjukkan bahawa tidak terdapat satu soalan yang menekankan kepada kemahiran mendengar. Sebaliknya, kebanyakan soalan yang terdapat dalam kertas soalan UPSR ini lebih menjurus kepada kemahiran membaca. Kegagalan murid dalam membaca dan memahami setiap soalan akan menyebabkan pelajar menghadapi masalah dalam menjawab setiap soalan yang terdapat dalam kertas UPSR tersebut. Dalam Kertas 2 Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR pada tahun 2006 pula, soalan yang terdapat dalam Kertas 2 Bahasa Melayu ini lebih menjurs kepada kemahiran menulis dan tidak mempunyai sebarang unsur kemahiran lisan. Namun begitu, kemahiran membaca juga adalah antara kemahiran bahasa yang perlu dikuasai oleh pelajar agar pelajar dapat menjawab setiap soalan yang terdapat dalam Kertas 2 Bahasa Melayu ini. Daripada penjelasan dan penerangan yang dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawa soalan yang dibina dalam peperiksaan pada tahun 2006 sama ada dalam kertas 1 mahupun kertas 2 tidak menekankan sebarang bentuk kemahiran lisan sama ada kemahiran mendengar mahupun kemahiran bertutur. Ini juga tidak selari dengan objektif dan falsafah yang terkandung dalam SPBM sekolah rendah yang mana ingin meningkatkan kemahiran lisan pelajar. Contohnya dua objektif utama yang terdapat dalam SPBM sekolah rendah seperti mana yang dinyatakan di bawah:-  Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal  Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi Dalam dua objektif yang dinyatakan di atas yang juga merpakan objektif utama yang terdapat dalam SPBM sekolah rendah, kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur adalah antara kemahiran yang ingin dibentuk dan ditingkatkan dalam kalangan pelajar. Walau bagaimanapun, setiap kemahiran ini tidak dinilai dalam 27
  • 28. peperksaan UPSR sama ada dalam kertas 1 mahupun dalam kertas 2 seperti mana yang telah dijelaskan. Ini seterusnya memberikan gambaran bahawa kertas soalan UPSR yang dibina tidak menjurus dan tidak mengambil kira aspek dua objektif utama yang terkandung dalam SPBM. Secara tidak langsung, penilaian yang dilakukan dalam peperiksaan UPSR akan menyukarkan untuk mencapai falsafah pendidikan kebangsaan dan juga matlamat pengenalan mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah. Ini adalah disebabkan oleh proses penilaian surmatif yang dilakukan tidak menekankan aspek perkembangan kemahiran lisan pelajar. Sebaliknya, hanya menekankan kepada beberapa kemahiran lain seperti kemahiran membaca dan juga kemahiran menulis. 2) Kemahiran Penulisan Menulis ialah pembentukan symbol tulisan dalam bahasa. Sesuatu penulisan bertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada pembaca. Don Bryne (1979) menyatakan bahawa symbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan pelajar menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Dalam pada itu, kemahiran menulis juga melibatkan pelajar-pelajar supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahrikan dalam bentuk wacana yang lengkap. Pelajar-pelajar juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan. Dalam memastikan kemahiran menulis di kalangan pelajar akan dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih baik, terdapat beberapa elemen pengajaran kemahiran menulis yang perlu difahami dan diketahui oleh setiap guru. Salah satu daripada adalah proses atau peringkat dalam meningkatkan kemahiran menulis di kalangan pelajar. Kemahiran menulis merupakan keupayaan pelajar menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea 28
  • 29. melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Pelajar juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan imaginatif. Aspek perkembangan kemahiran penulisan pelajar ini juga dapat dilihat menerusi soalan UPSR yang dibina yang mana mampu menilai tahap perkembangan kemahiran penulisan pelajar. Di peringkat sekolah rendah, setiap soalan UPSR yang ingin dibina seharusnya mengambil kira aspek kemahiran penulisan pelajar agar penilaian dapat dibuat sama ada kemahiran penulisan pelajar telah berkembang ke tahap yang memuaskan atau sebaliknya. Ini juga adalah selari dan selaras dengan objektif keenam dan ketujuh yang terkandung dalam SPBM seperti mana yang dinyatakan di bawah:-  Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis  Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul Dalam dua objektif yang dinyatakan di atas, kemahiran pelajar dalam penulisan adalah suatu perkara yang sangat diutamakan agar pelajar dapat mengeluarkan segala idea dan pandangan mereka dalam bentuk penulisan. Dalam penilaian yang dijalankan menerusi peperiksaan UPSR, kertas soalan yang dibina dilihat mengambil kira kedua-dua objektif ini. Ini dapat dilihat menerusi bentuk soalan yang terdapat dalam kertas 2 Bahasa Melayu dalam peperiksaan UPSR yang mana menekankan kepada aspek perkembangan kemahiran penulisan pelajar. Dalam Kertas 2 Bahasa Melayu bagi kertas peperiksaan pada tahun 2006, terdapat tiga bahagian soalan yang utama seperti mana yang dijelaskan di bawah:- 29
  • 30. Bahagian A : Soalan yang terdapat dalam bahagian ini memerlukan pelajar membina lima ayat daripada satu gambar yang disediakan dalam bahagian soalan ini.  Bahagian B : Bahagian ini memerlukan pelajar memilih satu daripada tiga soalan yang sediakan untuk membina karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.  Bahagian C : Bahagian ini pula memerlukan pelajar membaca satu petikan teks yang disediakan dan kemudiannya mengeluarkan atau menulis lima pengajaran yang diperolehi daripada teks tersebut. Berdasarkan kepada penerangan dan penjelasan yang dinyatakan di atas, ketiga-tiga bahagian soalan yang terdapat dalam kertas 2 Bahasa Melayu dalam peperiksaan UPSR tahun 2006 menilai kemahiran penulisan pelajar. Keputusan yang direkodkan oleh pelajar dalam ujian ini akan menentukan sama ada kemahiran penulisan pelajar telah berkembang pada tahap yang terbaik atau sebaliknya. Sekiranya pelajar tidak dapat menjawab setiap soalan yang terdapat dalam ketiga- tiga bahagian ujian ini, maka pelajar dilihat masih tidak menunjukkan perkembangan kemahiran penulisan yang baik. Sebaliknya, pelajar hanya mempunyai kemahiran penulisan yang sederhana dan mungkin juga berada pada tahap yang lemah. Dalam Bahagian A misalnya, sekiranya pelajar tidak dapat membina ayat daripada gambar yang disediakan dalam bahagian ini, maka kemahiran pelajar masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Sebaliknya, kemampuan pelajar dalam membina ayat dengan baik memperlihatkan perkembangan kemahiran penulisan pelajar. Begitu juga dengan kemampuan pelajar menjawab setiap soalan yang terdapat dalam Bahagian B dan Bahagian C yang mana akan menilai tahap perkembangan kemahiran penulisan pelajar yang sebenar. 30
  • 31. Menerusi bentuk soalan ujian seperti ini juga, penilaian yang dibuat akan dapat dilakukan secara terus menerusi keputusan yang diperolehi oleh setiap pelajar. Secara tidak langsung, ianya juga akan membantu menentukan capaian setiap objektif yang terdapat dalam SPBM sama ada telah dapat dicapai dengan sebaik mungkin atau sebaliknya. Namun begitu, aspek penilaian kemahiran penulisan pelajar hanya dapat dinilai daripada pencapaian pelajar dalam Kertas 2 Bahasa Melayu UPSR. Sebaliknya, kemahiran penulisan pelajar tidak dapat dinilai daripada Kertas 1 Bahasa Melayu UPSR kerana kertas soalan ini tidak mempunyai sebarang bentuk soalan penulisan. Kesemua soalan yang terdapat dalam kertas 1 adalah soalan berbentuk aneka pilihan yang mana memerlukan kemahiran membaca, kemahiran menaakul dan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah dengan membuat pilihan jawapan yang tepat. Walau bagaimanapun, soalan ujian yang dibina dalam peperiksaan UPSR khususnya dalam Kertas 2 Bahasa Melayu dapat dijadikan sebagai medium dalam menilai perkembangan kemahiran penulisan pelajar. 3) Sistem Bahasa Bahasa adalah penggunaan kode yang merupakan gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan aturan sintaks untuk membentuk kalimat yang memiliki arti. Bahasa memiliki berbagai definisi. Definisi bahasa adalah sebagai berikut:-  Satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, gagasan dan keadaan.  Satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep riil mereka ke dalam pikiran orang lain.  Satu kesatuan sistem makna.  Satu kode yang yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membedakan antara bentuk dan makna.  Satu ucapan yang menepati tata bahasa yang telah ditetapkan. 31
  • 32. Satu sistem tuturan yang akan dapat dipahami oleh masyarakat linguistik. Bahasa erat kaitannya dengan kognisi pada manusia, dinyatakan bahwa bahasa adalah fungsi kognisi tertinggi dan tidak dimiliki oleh haiwan. Ilmu yang mengkaji bahasa ini disebut sebagai linguistik, atau pakar bahasa.Menetapkan perbezaan utama antara bahasa manusia satu dan yang lainnya sering amat sukar. Chomsky (1986) membuktikan bahawa sebahagian dialekJerman hampir serupa dengan bahasa Belanda dan tidaklah terlalu berbeza sehingga tidak mudah dikenali sebagai bahasa lain, khususnya Jerman. Dalam sistem Bahasa Melayu, terdapat beberapa perkara, bidang, tema atau topik yang akan dipelajari oleh pelajar seperti tajuk golongan kata Bahasa Melayu, jenis kata, jenis ayat dan sebagainya. Kesemua topik dan komponen dalam sistem Bahasa Melayu ini akan dinilai dalam peperiksaan Bahasa Melayu. Soalan-soalan yang dibentuk dalam kertas soalan UPSR juga banyak menjurus kepada kepelbagai topik yang terdapat dalam HSPBM seperti mana yang dijelaskan di bawah:-  Golongan Kata Bahasa Melayu Golongan kata Bahasa Melayu adalah antara sistem bahasa yang dinilai dalam peperiksaan UPSR khususnya yang terdapat dalam Kertas 1 Bahasa Melayu. Berdasarkan kepada kertas soalan peperiksaan UPSR bagi Bahasa Melayu Kertas 1 pada tahun 2006, jenis kata nama, kata kerta dan kata adjektif adalah antara golongan kata Bahasa Melayu yang dinilai. Soalan 1 misalnya merupakan bentuk soalan Kata Nama, soalan 2 merupakan bentuk soalan Kata Adjektif, soalan 4 merupakan bentuk soalan Kata Nama dan soalan 9 32
  • 33. merupakan bentuk soalan Kata Kerja. Kesemua aspek golongan kata Bahasa Melayu turut dinilai dalam kertas 1 Bahasa Melayu ini yang juga mampu menilai tahap perkembangan pelajar terhadap sistem bahasa dalam Bahasa Melayu.  Kata Terbitan Dalam soalan peperiksaan Bahasa Melayu yang dibina, penilaian juga turut dijalankan ke atas kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap kata terbitan seperti kata berimbuhan, kata majmuk dan juga kata ganda. Ini juga dapat dilihat dalam beberapa soalan yang terdapat dalam Kertas 1 Bahasa Melayu yang menyentuh soalan yang berkaitan dengan kata terbitan. Contohnya seperti soalan 4 dan soalan 13 yang juga merupakan antara soalan kata majmuk, soalan 17 yang merupakan soalan kata majmuk dan pelbagai soalan yang berkaitan dengan kata berimbuhan seperti soalan 5, soalan 9, soalan 11, soalan 15 dan sebagainya. Kesemua soalan kata tertbitan ini juga adalah antara topik yang turut terkandung dalam HSPBM menerusi pelaksanaan pelbagai tema pengajaran.  Jenis Ayat Soalan peperiksaan UPSR yang dibina juga turut menguji dan menilai penguasaan pelajar terhadap pelbagai jenis ayat yang juga menjadi antara komponen dalam sistem Bahasa Melayu. Contohnya seperti ayat tunggal, ayat majmuk, ayat pasif, ayat aktif dan sebagainya. Kefahaman pelajar terhadap pelbagai jenis ayat dalam sistem Bahasa Melayu akan membantu pelajar menjawab setiap soalan dengan baik dan cemerlang. Sebaliknya, kelemahan pelajar dalam sistem Bahasa Melayu akan mempengaruhi pencapaian pelajar. Dalam Kertas 1 Bahasa Melayu bagi peperksaan UPSR pada tahun 2006, terdapat beberapa bentuk soalan yang berkaitan dengan jenis-jenis ayat dalam 33
  • 34. sistem Bahasa Melayu. Soalan 21 hingga soalan 40 adalah adalah antara soalan yang menjurus kepada topik jenis-jenis ayat dalam sistem Bahasa Melayu. Ini seterusnya mampu menilai kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelbagai jenis ayat yang terdapat dalam sistem Bahasa Melayu. Selain daripada tiga topik yang dinyatakan di atas yang dinilai dalam peperiksaan UPSR khususnya dalam Kertas 1 Bahasa Melayu, terdapat beberapa topik lain yang turut diuji dan dinilai dalam peperiksaan Bahasa Melayu seperti penjodoh bilangan, kata hubung, kata pemeri dan pelbagai jenis sistem tatabahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu dan yang terkandung dalam HSPBM. Ini juga menjelaskan bahawa setiap soalan yang dibina dalam Kertas 1 Bahasa Melayu adalah selari dengan topik yang diajarkan menerusi HSPBM. Ini seterusnya membantu dalam mencapai beberapa objektif yang terdapat dalam SPBM. Dalam Kertas 2 Bahasa Melayu untuk peperiksaan UPSR pada tahun 2006 pula, penilaian yang dijalankan hanya tertumpuh kepada jenis-jenis ayat yang mana pelru dihasilkan oleh pelajar menerusi tiga bahagian soalan. Setiap soalan memerlukan pelajar membina ayat sama ada ayat tunggal, ayat majmuk, ayat aktif ataupun ayat pasif berdasarkan kepada pengetahuan pelajar. Ini seterusnya mampu menilai perkembangan kemahiran pelajar terhadap penguasaan sistem bahasa pelajar khususnyayang berkaitan dengan jenis-jenis ayat Bahasa Melayu. Berdasarkan kepada penilaian dan analisis yang dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawa bentuk soalan yang terdapat dalam kertas peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada dalam Kertas 1 ataupun Kertas 2, turut mengambil kira pelbagai aspek yang terkandung dalam SPBM dan HSPBM. Ini juga menjelaskan akan proses pembentukan soalan peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Bahasa 34
  • 35. Melayu ini adalah selari dengan objektif yang terkandung dalam SPBM dan pelbagai topik yang terkandung dalam HSPBM. 4.0 Falsafah, Objektif dan Organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Setiap proses penilaian yang ingin dilakukan ke atas pelajar sekolah rendah perlu menjurus kepada matlamat dan objektif yang terkandung dalam SPBM. Dalam pada itu, setiap soalan ujian Bahasa Melayu juga perlu berasaskan kepada tema dan topik yang terkandung dalam HSPBM. Ini adalah untuk memastikan agar setiap penilaian yang dilakukan khususnya dalam peperiksaan Bahasa Melayu akan dapat dilakukan dengan sebaik mungkin dan seterusnya mampu menilai kejayaan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam mencapai setiap objektif yang terkandung dalam SPBM sekolah rendah. Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan. Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan 35
  • 36. tatabahasa secara betul dan tepat. Selain itu,murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi. Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa murid. Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran ini mengandung matlamat, objektif, dan organisasi kandungan. Organisasi kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Terdapat enam dokumen sampingan yang dikenali sebagai Huraian Sukatan Pelajaran untuk panduan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap tahun, iaitu dari tahun satu hingga tahun enam. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (SPBM) merupakan satu dokumen yang menjadi panduan guru bagi melaksanakan pengajarannya. Dalamnya terdapat beberapa aspek yang berkaitan dengan isi kandungan bahasa Melayu dan hala tuju yang hendak dicapai. Aspek itu merangkumi matlamat dan objektif pengajaran bahasa Melayu, pengisian kurikulum, kandungan bahasa, sistem bahasa dan Kemahiran Bernilai Tambah. Aspek-aspek ini menjadi panduan kepada guru dalam pengajarannya. 36
  • 37. Tujuannya agar pengajaran bahasa Melayu antara sekolah adalah seragam, terkawal dan bersistem. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (HSPBM) pula memperincikan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. HSPBM memperjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil pembelajaran dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Hasil pembelajaran dibahagikan kepada tiga aras, iaitu aras asas, aras sederhana, dan aras cemerlang. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber mestilah berdasarkan HSPBM. Kreativiti memilih, menyusun, dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid adalah perkara utama di dalam pengajaran dan pembelajaran. HSPBM diharapkan dapat membantu para guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, dan pelbagai lagi adalah aktiviti yang memberi penekanan kepada unsur nilai tambah. Di samping nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharap dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. Ini bermakna bahawa pengenalan SPBM dan HSPBM di peringkat sekolah rendah adalah untuk meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan pelajar. Untuk itu, terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai dalam SPBM dan HSPBM seperti mana yang dijelaskan di bawah:- 37
  • 38. a) Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal b) Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi c) Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara d) Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis e) Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan f) Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis g) Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul h) Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis i) Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu j) Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan cinta akan negara. Ini bermakna bahawa terdapat 10 objektif utama yang ingin dicapai dalam SPBM seperti mana yang dinyatakan di atas. Dalam mencapai kesemua objektif ini, maka HSPBM dibentuk dengan beberapa tema dan tajuk untuk dipelajari oleh murid dan dinilai dalam peperiksaan UPSR. Antara tema dan tajuk yang pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam HSPBM yang turut dinilai dalam peperiksaan UPSR adalah seperti tema patritiosme, tema sukan, tema perpaduan, tema penginapan, tema 38
  • 39. perikanan, tema teknologi maklumat, tema semangat patriotik, tema pendidikan, tema makanan, tema pengalaman, tema sains dan teknologi, tema cerita rakyat, tema persekitara kita dan pelbagai bentuk tema lain. Menerusi setiap tema yang terdapat dalam HSPBM ini, proses pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah akan mengambil kira aspek kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran mendengar dan juga kemahiran bertutur. Kesemua empat kemahiran ini adalah jenis kemahiran bahasa yang akan dijalankan oleh setiap murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Namun begitu, proses penilaian dalam peperiksaan UPSR hanya melibatkan dua kemahiran yang utama iaitu kemahiran membaca dan juga kemahiran menulis. Kemahiran membaca dinilai dalam kertas kefahaman di mana murid perlu menjawab pelbagai bentuk soalan bagi pelbagai tema seperti mana yang terkandung dalam HSPBM sekolah rendah. Bagi kemahiran menulis pula yang terdapat dalam kertas penulisan, murid perlu menghasilkan suatu penulisan ilmiah berdasarkan kepada beberapa tajuk yang juga selari dengan tema yang terkandung dalam HSPBM. Walau bagaimanapun, hanya dua jenis kemahiran ini sahaja yang dinilai dalam peperiksaan UPSR. Sebaliknya, kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur tidak dinilai secara terperinci dalam peperiksaan UPSR. Sebaliknya, kedua-dua kemahiran ini hanya dinilai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. Ini bermakna bahawa penilaian secara formal terhadap kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar murid tidak dapat dilaksanakan. Perkara ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti cara penilaian yang masih tidak dapat ditentukan piawaiannya, kemahiran penilai dalam membuat penilaian dan pelbagai faktor lain. Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa HSPBM sekolah rendah khususnya pada Tahap Dua sangat menekankan kepada empat kemahiran bahasa yang utama seperti mana 39
  • 40. yang dinyatakan dalam organisasi kurikulum Bahasa Melayu iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran bertutur dan juga kemahiran mendengar. Namun begitu, proses penilaian yang dilaksanakan dalam peperiksaan UPSR hanya melibatkan dua kemahiran yang utama iaitu kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Sebaliknya, kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur tidak dinilai secara sistematik dalam peperiksaan UPSR. Sebaliknya, kedua-dua jenis kemahiran ini hanya dijalankan secara tidak formal dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. 5.0 Kesimpulan Berdasarkan kepada analisis yang dijalankan ke atas Kertas 1 dan Kertas 2 Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR pada tahun 2006, dapat dilihat bahawa setiap soalan yang dibina bertepatan dengan HSPBM. Ini adalah disebabkan oleh bentuk soalan yang terdapat dalam Kertas 1 mempunyai perkaitan dengan pelbagai tajuk atau topik yang terdapat dalam HSPBM. Begitu juga dengan soalan yang terdapat dalam Kertas 2 yang turut menilai kemahiran pelajar terhadap pelbagai jenis ayat yang telah dipelajari dalam HSPBM. Namun begitu, objektif yang dinyatakan dalam SPBM hanya capat dicapai sebahagiannya kerana soalan yang dibina tidak mengambil kira beberapa perkara yang terdapat dalam SPBM. Contohnya seperti objektif pertama dalam SPBM iaitu ‘mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal’ yang mana tidak dapat dinilai menerusi ujian bertulis. Sebaliknya, hanya mampu dinilai menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, setiap soalan yang dibina dalam Kertas 1 dan Kertas 2 Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR masih tertumpuh kepada kandungan SPBM dan HSPBM sekolah rendah. 40
  • 41. Rujukan Abdullah Hassan, (1987). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur Aspalaila Ramli Dan Maslinda Mahmud, (2006). Sk. Sawah Dato, Mersing, Johor. : Meningkatkan kemahiran Murid membaca Ayat-Ayat Yang Mengandungi Perkataan Gabungan Dua Suku Kata Terbuka Dan Tertutup Kv+KVK. Jurnal Kajian Tindakan, Johor Kementerian Pendidikan Malaysia (1992). Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, (1992). Asas Kemahiran Berbahasa KBSR, Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur Prof. DR. Henry Guntur Tarigan (1994). Membaca sebagai statu keterampilan berbahasa. Indonesia: Penerbit ANGKASA Bandung Roziah Binti Abd Hamid, (2005). Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan : Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 Dengan Latih-tubi Menggunakan Suku Kata Dan Gambar, Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA,Pahang Sharifah Alwiah Alsagoff. (1983). Ilmu Pendidikan Pedagogi, Heinemann Asia, Kuala Lumpur Sofiah Hamid. (1983). Bacaan Bahasa Malaysia di Peringkat Sekolah Rendah, Utusan Publication, Kuala Lumpur Susanna Clare Philips. (1999). Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran dalam Program Inklusif, Jurnal Pendidikan, Bilangan 17, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur 41
  • 42. Zainora Binti Mohd @ Man. (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid Tahun 5 Melalui Latih Tubi Bacaan Menggunakan Kad Suku Kata, Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan, Jurnal IPBA, Kuala Lumpur 42