SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 32
Bab 3
PERNIAGAAN DALAM
     NEGERI
3.1 Perniagaan dalam negeri

1. Sebarang aktiviti yang melibatkan pertukaran barang
   atau perkhidmatan antara individu atau organisasi
   yang bermotifkan keuntungan dianggap sebagai
   perniagaan.
2. Pihak yang terlibat dalam urus niaga tersebut
   dipanggil peniaga.
3. Terdapat dua jenis perniagaan iaitu:
     a)   Perniagaan dalam negeri.
     b)   Perniagaan antarabangsa.
4. Perniagaan dalam negeri ialah aktiviti jual beli yang
   dilakukan antara penduduk dalam sempadan
   sesebuah negara. Contohnya, kegiatan jual beli
   antara penduduk Kedah dengan penduduk Pulau
   Pinang.
5. Perniagaan dalam negeri terdiri daripada perniagaan
   borong dan perniagaan runcit.
6. Perniagaan borong merupakan bentuk perniagaan
   berskala besar. Pemborong membeli barang secara
   pukal daripada pengilang dan menjual barang itu
   dalam kuantiti keci-kecilan kepada peruncit.
7. Peruncit membeli barang dalam kuantiti yang agak
   kecil daripada pemborong dan kemudian menjual
   dalam unit yang lebih kecil kepada pengguna.
8. Perniagaan runcit terdiri daripada peruncit kecil-
   kecilan dan peruncit besar-besaran.
9. Perniagaan antarabangsa ialah aktiviti jual beli
   antara sebuah negara dengan negara lain. Contohnya,
   kegiatan jual beli antara Malaysia dengan Australia.
3.2 Saluran agihan

1. Saluran agihan merupakan proses pengedaran
   barangan daripada pengeluar asal kepada pengguna
   akhir.
2. Jenis saluran agihan
     a)   Pengeluar  Pemborong  Peruncit Pengguna
     b)   Pengeluar  Ejen  Peruncit  Pengguna
     c)   Pengeluar  Pemborong  Pengguna
     d)   Pengeluar  Peruncit  Pengguna
     e)   Pengeluar  Ejen  Pengguna
     f)   Pengeluar  Pengguna
3. Faktor pemilihan saluran agihan
   a)   Jenis barang
   b)   Sasaran pasaran barang
   c)   Liputan pasaran barang
   d)   Keupayaan pengeluar
   e)   Kos pengangkutan yang terlibat
3.3 Perniagaan Runcit

1. Perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjual
   barangan kepada pengguna akhir dalam kuantiti yang
   kecil mengikut keperluan pengguna.
2. Fungsi peruncit dalam saluran agihan
     a)   Memecahkan pukal.
     b)   Menyediakan pelbagai jenis barang untuk pilihan pengguna.
     c)   Melakukan kerja akhir seperti menggred, menimbang, membungkus,
          melabel dan meletak tanda harga.
     d)   Mengurus stok.
     e)   Menyediakan kemudahan kredit.
     f)   Menyediakan perkhidmatan selepas jualan
     g)   Mendirikan premis perniagaan berhampiran dengan rumah
          pelanggan.
     h)   Memberi khidmat nasihat dan maklumat pasaran kepada pemborong.
3. Jenis peruncit kecil-kecilan




          Penjaja                  Pegerai




          Kedai am                Kedai khusus
4. Ciri-ciri peruncit kecil-kecilan
   a)   Ditubuhkan secara milikan tunggal atau perkongsian.
   b)   Menanggung belanja overhed yang rendah.
   c)   Pengurusan dan pengendalian perniagaan adalah mudah.
   d)   Diuruskan sendiri dengan bantuan ahli keluarga.
   e)   Membeli daripada pemborong dalam kuantiti yang kecil.
   f)   Mempunyai hubungan yang rapat dengan pelanggan.
   g)   Memberi kredit kepada pelanggan yang dikenali.
   h)   Modal yang diperlukan adalah kecil.
5. Jenis peruncit besar-besaran




          Pasar raya          Gedung Aneka Jabatan




         Kedai sejaras            Pasar raya besar
6. Ciri-ciri peruncit besar-besaran
   a)   Beroperasi di kompleks membeli-belah yang terletak di kawasan
        bandar.
   b)   Berbentuk syarikat berhad.
   c)   Modal dan perolehan besar membolehkan peruncit membeli stok
        secara pukal.
   d)   Saiz organisasi yang besar.
   e)   Mengamalkan pembahagian kerja atau pengkhususan.
   f)   Menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan membeli-
        belah seperti hawa dingin, muzik, tangga bergerak, lif dan
        sebagainya.
7. Bentuk lain peruncitan
   a)   Mesin peruncitan automatik merupakan perniagaan runcit yang
        menjual terus kepada pelanggan melalui penggunaan mesin,
        misalnya minuman dalam tin atau kotak.
   b)   Pesanan mel merupakan perniagaan runcit yang menjual barang
        terus kepada pengguna melalui pos atau perkhidmatan kurier.
   c)   Francais merupakan satu bentuk perniagaan yang memberi hak
        atau kebenaran untuk menjual produk syarikat induk yang
        terkenal, menggunakan nama, logo dan reka bentuk yang sama.
   d)   Jualan langsung merupakan kaedah penjualan terus kepada
        pengguna akhir melalui kunjungan jurujual atau ejen dari pintu ke
        pintu.
e)   E-dagang merupakan perniagaan yang meliputi semua urusan jual
     beli yang dijalankan melalui internet dengan rangkaian komputer.
     Semua transaksi perniagaan antara penjual dengan pembeli
     dilakukan secara on-line.
f)   Televisyen interaktif membolehkan penonton berinteraksi dengan
     peniaga dan membeli barang yang diiklanka di layar televisyen
     semasa menonton televisyen di rumah.
g)   Kedai katalog ialah perniagaan yang mempromosikan produknya
     melalui percetakan katalog. Peragaan dan hiasan setiap cawangan
     adalah sama dan barang jualan terdiri daripada barang elektrik,
     perabot dan perkakas rumah.




      Mesin peruncitan         E-dagang             Jualan langsung
         automatik
3.4 Perniagaan Borong
1.   Perniagaan borong merupakan sebahagian daripada
     perniagaan dalam negeri. Pemborong membeli secara
     pukal daripada pengeluar dan menjualnya dalam
     kuantiti yang kecil kepada peruncit.
2. Jenis pemborong

                            Pemborong



       Pemborong saudagar                            Ejen


Pemborong           Pemborong
 berfungsi           berfungsi                       Ejen           Ejen
                                      Broker
  penuh               terhad                        penjual       pengeluar


-Pemborong am
                       -Pemborong bayar dan bawa    - Pemborong pesanan berwakil
-Pemborong khusus
                       -Pemborong jober para        - Pemborong pesanan mel
-Pemborong satu        -Pemborong perkhidmatan pengangkutan
 barisan
3. Pemborong disingkirkan dalam keadaan berikut:
   a)   Kemunculan bentuk lain peruncitan.
   b)   Kemunculan perniagaan runcit besar-besaran.
   c)   Penubuhan kedai sejaras.
   d)   Pelantikan ejen oleh pengeluar.
   e)   Tempahan khas.
   f)   Penubuhan koperasi.
   g)   Penubuhan agensi pemasaran oleh kerajaan.
3.5 Dokumen Perniagaan Dalam Negeri

1.   Peringkat sebelum urus niaga
     a)   Surat tanya
              Surat yang dikirim oleh pembeli kepada penjual untuk bertanya sama
              ada penjual sanggup menjual barang yang dikehendakinya dan syarat
              jualannya.
     b)   Surat jawapan
              Sebagai membalas surat tanya, penjual akan mengirim surat jawapan
              kepada pembeli
     c)   Sebut harga
              Dokumen yang mempunyai maklumat tentang harga barang yang
              diminta dan dikehendaki oleh pembeli.
d) Senarai harga
       Dokumen yang menunjukkan harga semua barang yang dijual.
e) Katalog
       Sebuah buku yang mencetak gambar berwarna-warni serta
       keterangan lanjut tentang barang yang dijual.
2. Peringkat semasa urus niaga
   a)   Borang pesanan
            Dokumen yang dihantar oleh pembeli kepada penjual untuk
            memesan barang.
   b)   Surat rujukan perniagaan
            Surat yang mengesahkan kedudukan kewangan atau kredibiliti
            peniaga.
   c)   Nota makluman
            Dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu bahawa
            barang telah dihantar dan dalam perjalanan.
   d)   Nota serahan
            Nota yang dihantar oleh penjual bersama-sama dengan barang. Ia
            menyatakan jenis dan kuantiti barang yang diserah tanpa menyebut
            harga.
e)   Nota kiriman
         Digunakan apabila barang dihantar oleh syarikat pengangkutan
         awam atau syarikat pengangkutan swasta.
f)   Invois
         Dokumen rasmi yang mengandungi maklumat lengkap tentang
         jualan barang kepada pembeli serta jumlah hutang yang harus
         dibayarnya.
g)   Nota kredit
         Dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu
         bahawa suatu catatan kredit telah dibuat di dalam akaunnya.
h) Nota debit
       Dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu
       bahawa satu catatan debit telah dibuat di dalam akaunnya.
i)   Invois proforma
         Cara sopan untuk meminta bayaran daripada pembeli sebelum
         barang dihantar kepadanya.
3. Peringkat selepas urus niaga
   a)   Penyata akaun
            Salinan akaun daripada buku lejar penjual akan dihantar kepada
            pembeli pada awal atau akhir setiap bulan.
   b)   Resit
            Pengakuan rasmi sejumlah barang telah diterima.
3.6 Kaedah Jualan
1.   Jualan tunai
     a)   Tunai diterima sebaik sahaja barang atau perkhidmatan
          diserahkan kepada pelanggan.
     b)   Kebaikan kepada penjual
          i.     Dapat menggunakan tunai yang diterima untuk menjelaskan hutang
                 atau dilaburkan semula.
          ii.    Penjual yang mempunyai aliran tunai yang baik menunjukkan
                 kedudukan kewangan yang kukuh.
     c)   Kebaikan kepada pembeli
          i.     Dapat berbelanja mengikut kemampuan wang tunai yang ada dan
                 mengelak berbelanja lebih.
          ii.    Dapat membeli barang pada harga yang lebih murah.
          iii.   Bebas daripada hutang.
d) Kelemahan kepada penjual
   i.   Kehilangan pelanggan yang tidak mampu membeli secara tunai.
   ii. Jualan tunai tidak sesuai bagi perniagaan yang menjual barang
        mahal.
   iii. Persaingan hebat.
e) Kelemahan kepada pembeli
   i.  Tidak berpeluang memiliki barang mewah.
   ii. Tidak dapat melindungi diri daripada kadar inflasi yang kian
       meningkat.
2. Jualan kredit
   a)   Terdapat dua jenis jualan kredit, iaitu bayaran tertunda dan sewa
        beli.
   b)   m
                             Bayaran tertunda Sewa beli
         Hak milik barang Barang menjadi hak     Hak milik dipegang
                          milik pembeli          oleh penjual selepas
                          sebaik sahaja wang     membayar wang
                          pendahuluan            pendahuluan. Hak
                          dibayar dan            milik hanya akan
                          perjanjian             dipindahkan kepada
                          ditandatangani.        pembeli setelah
                                                 semua ansuran
                                                 diselesaikan.
Bayaran tertunda       Sewa beli
Hak menarik    Penjual tidak boleh    Penjual boleh
balik barang   menarik balik barang   merampas balik
               jika pembeli gagal     barang jika pembeli
               membayar ansuran.      gagal menjelaskan
                                      ansuran.
Pembatalan     Penjual tidak boleh    Pembeli boleh
perjanjian     membatalkan            membatalkan
               perjanjian dan         perjanjian dan
               memulangkan balik      memulangkan
               barang beliannya.      barang jika didapati
                                      tidak sesuai
                                      tertakluk kepada
                                      syarat tertentu.
Bayaran tertunda       Sewa beli
Ciri barang   Sesuai untuk barang    Sesuai untuk
              bernilai rendah        barang yang tahan
              selepas dipakai        lama dan
              seperti cermin mata,   mempunyai nilai
              pinggan mangkuk dan    terpakai yang tinggi
              permaidani.            seperti bas, kereta
                                     dan televisyen.
3. Jualan prabayar
   a)   Pembeli membuat bayaran terdahulu sebelum barang jualan atau
        perkhidmatan digunakan.
   b)   Kelebihan jualan prabayar
        i.    Kepada penjual
                  Dapat meluaskan pasaran dan menambahkan jualan.
                  Dapat meningkatkan prestasi aliran tunainya.
                  Tidak akan menghadapi masalah hutang lapuk.
        ii.   Kepada pembeli
                  Menguntungkan pembeli kerana diberi diskaun atau potongan atas
                  perkhidmatan yang disediakan.
                  Dapat mengawal perbelanjaan.
                  Menikmati perkhidmatan dengan cepat, menjimatkan dan mudah.
c)   Kekurangan jualan prabayar
     i.    Kepada penjual
               Cenderung ke arah jualan prabayar sehingga mengabaikan jualan tunai
               atau jualan kredit.
               Hanya boleh diamalkan dalam bidang tertentu seperti bidang
               telekomunikasi.
     ii.   Kepada pembeli
               Terpaksa membuat bayaran walaupun perkhidmatan atau barang
               belum digunakan.
               Bayaran yang dibuat tidak dapat dituntut kembali sekiranya barang
               hilang atau rosak.
4. Jualan konsainan
   a)   Barang dihantar oleh pembekal kepada peniaga untuk dijual
        dengan syarat barang tersebut akan dipulangkan semula kepada
        pembekal sekiranya tidak dapat dijual.
   b)   Peniaga akan menerima komisen atas jumlah barang yang dijual.
   c)   Kelebihan jualan konsainan
        i.    Kepada konsainor (pembekal)
        ii.   Kepada konsaini (peniaga)
i.   Kepada konsainor (pembekal)
         Dapat meluaskan pasaran dan meningkatkan jualan dengan
         melantik peruncit di merata tempat sebagai konsaini.
         Dapat menjimatkan masa dan belanja untuk pemasaran barang.
         Mempunyai reputasi baik dan rangkaian pemasaran yang sempurna.
         Hanya perlu membayar sedikit kos kendalian dan komisen kepada
         konsaini (peniaga).
ii.   Kepada konsaini (peniaga)
          Tidak perlu membayar kos barang.
          Terlindung daripada kerosakan, kecurian, kehilangan atau risiko
          perubahan permintaan.
          Menerima komisen.
          Boleh memulangkan barang yang tidak habis dijual.

Weitere ähnliche Inhalte

Andere mochten auch

Profil perniagaan
Profil perniagaanProfil perniagaan
Profil perniagaaniqhaniya
 
Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011
Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011
Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011Muhammad Afiq Latif
 
Dokumen Perniagaan
Dokumen PerniagaanDokumen Perniagaan
Dokumen Perniagaandipedmara4
 
Perniagaan dan keusahawanan ting 1
Perniagaan dan keusahawanan ting 1Perniagaan dan keusahawanan ting 1
Perniagaan dan keusahawanan ting 1Wong Kow Pin
 

Andere mochten auch (7)

Profil perniagaan
Profil perniagaanProfil perniagaan
Profil perniagaan
 
Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011
Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011
Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011
 
Dokumen Perniagaan
Dokumen PerniagaanDokumen Perniagaan
Dokumen Perniagaan
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
Perniagaan dan keusahawanan ting 1
Perniagaan dan keusahawanan ting 1Perniagaan dan keusahawanan ting 1
Perniagaan dan keusahawanan ting 1
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Sampel penggunaan peta pemikiran i think dlm pdp
Sampel penggunaan peta pemikiran i think dlm pdpSampel penggunaan peta pemikiran i think dlm pdp
Sampel penggunaan peta pemikiran i think dlm pdp
 

Ähnlich wie Bab 3

Pkh(perd),bab 1 pengenalan kepada perniagaan
Pkh(perd),bab  1 pengenalan kepada perniagaanPkh(perd),bab  1 pengenalan kepada perniagaan
Pkh(perd),bab 1 pengenalan kepada perniagaanNazie War
 
Bab 3 – nota tambahan
Bab 3 – nota tambahanBab 3 – nota tambahan
Bab 3 – nota tambahanLina Wahab
 
Bab 3 pawerpoint dpp404-moodle
Bab 3   pawerpoint dpp404-moodleBab 3   pawerpoint dpp404-moodle
Bab 3 pawerpoint dpp404-moodlehuraizahishak
 
Perniagaan Dalam Negeri
Perniagaan Dalam NegeriPerniagaan Dalam Negeri
Perniagaan Dalam Negerihuraizahishak
 
Kh form 2-bab 2
Kh form 2-bab 2Kh form 2-bab 2
Kh form 2-bab 2seethor
 
Terangkan secara ringkas perniagaan
Terangkan secara ringkas perniagaanTerangkan secara ringkas perniagaan
Terangkan secara ringkas perniagaanPensil Dan Pemadam
 
Bab 3 pawerpoint dpp404-moodle (1)
Bab 3   pawerpoint dpp404-moodle (1)Bab 3   pawerpoint dpp404-moodle (1)
Bab 3 pawerpoint dpp404-moodle (1)huraizahishak
 
Perniagaan Antarabangsa
Perniagaan AntarabangsaPerniagaan Antarabangsa
Perniagaan Antarabangsahuraizahishak
 
Jualan kredit edit rosmah
Jualan kredit edit rosmahJualan kredit edit rosmah
Jualan kredit edit rosmahRosmah Abdullah
 
Kh Tingkatan2 Bab 1 Pengenalan Kepada Perniagaan
Kh  Tingkatan2 Bab 1 Pengenalan Kepada PerniagaanKh  Tingkatan2 Bab 1 Pengenalan Kepada Perniagaan
Kh Tingkatan2 Bab 1 Pengenalan Kepada Perniagaanseethor
 
Bab 3 perniagaan dalam negeri
Bab 3 perniagaan dalam negeriBab 3 perniagaan dalam negeri
Bab 3 perniagaan dalam negerisurayahanim
 
Bab 2 - Unsur Perdagangan
Bab 2 - Unsur PerdaganganBab 2 - Unsur Perdagangan
Bab 2 - Unsur PerdaganganNabilah Nadzri
 
Bab 2 T4 : Unsur Perdagangan
Bab 2 T4 : Unsur PerdaganganBab 2 T4 : Unsur Perdagangan
Bab 2 T4 : Unsur Perdagangangurimas2004
 
Bab 2 unsur perdagangan
Bab 2 unsur perdaganganBab 2 unsur perdagangan
Bab 2 unsur perdaganganRoswadi Dagang
 

Ähnlich wie Bab 3 (20)

Pkh(perd),bab 1 pengenalan kepada perniagaan
Pkh(perd),bab  1 pengenalan kepada perniagaanPkh(perd),bab  1 pengenalan kepada perniagaan
Pkh(perd),bab 1 pengenalan kepada perniagaan
 
Bab 3 perniagaan dalam negeri
Bab 3 perniagaan dalam negeriBab 3 perniagaan dalam negeri
Bab 3 perniagaan dalam negeri
 
Bab 3 – nota tambahan
Bab 3 – nota tambahanBab 3 – nota tambahan
Bab 3 – nota tambahan
 
Bst3
Bst3Bst3
Bst3
 
Bab 3 pawerpoint dpp404-moodle
Bab 3   pawerpoint dpp404-moodleBab 3   pawerpoint dpp404-moodle
Bab 3 pawerpoint dpp404-moodle
 
Perniagaan Dalam Negeri
Perniagaan Dalam NegeriPerniagaan Dalam Negeri
Perniagaan Dalam Negeri
 
Kh form 2-bab 2
Kh form 2-bab 2Kh form 2-bab 2
Kh form 2-bab 2
 
Terangkan secara ringkas perniagaan
Terangkan secara ringkas perniagaanTerangkan secara ringkas perniagaan
Terangkan secara ringkas perniagaan
 
Bab 3 pawerpoint dpp404-moodle (1)
Bab 3   pawerpoint dpp404-moodle (1)Bab 3   pawerpoint dpp404-moodle (1)
Bab 3 pawerpoint dpp404-moodle (1)
 
Pd
PdPd
Pd
 
Perniagaan Antarabangsa
Perniagaan AntarabangsaPerniagaan Antarabangsa
Perniagaan Antarabangsa
 
Nf 3.2
Nf 3.2Nf 3.2
Nf 3.2
 
Nf 3.2
Nf 3.2Nf 3.2
Nf 3.2
 
Ting. 1 bab 6
Ting. 1   bab 6Ting. 1   bab 6
Ting. 1 bab 6
 
Jualan kredit edit rosmah
Jualan kredit edit rosmahJualan kredit edit rosmah
Jualan kredit edit rosmah
 
Kh Tingkatan2 Bab 1 Pengenalan Kepada Perniagaan
Kh  Tingkatan2 Bab 1 Pengenalan Kepada PerniagaanKh  Tingkatan2 Bab 1 Pengenalan Kepada Perniagaan
Kh Tingkatan2 Bab 1 Pengenalan Kepada Perniagaan
 
Bab 3 perniagaan dalam negeri
Bab 3 perniagaan dalam negeriBab 3 perniagaan dalam negeri
Bab 3 perniagaan dalam negeri
 
Bab 2 - Unsur Perdagangan
Bab 2 - Unsur PerdaganganBab 2 - Unsur Perdagangan
Bab 2 - Unsur Perdagangan
 
Bab 2 T4 : Unsur Perdagangan
Bab 2 T4 : Unsur PerdaganganBab 2 T4 : Unsur Perdagangan
Bab 2 T4 : Unsur Perdagangan
 
Bab 2 unsur perdagangan
Bab 2 unsur perdaganganBab 2 unsur perdagangan
Bab 2 unsur perdagangan
 

Mehr von Lina Wahab

Soalan struktur bab 3
Soalan struktur bab 3Soalan struktur bab 3
Soalan struktur bab 3Lina Wahab
 
Jawapan struktur bab 2
Jawapan struktur bab 2Jawapan struktur bab 2
Jawapan struktur bab 2Lina Wahab
 
Latihan bab 2 struktur
Latihan bab 2   strukturLatihan bab 2   struktur
Latihan bab 2 strukturLina Wahab
 
Jawapan bab 1 objektif
Jawapan bab 1  objektifJawapan bab 1  objektif
Jawapan bab 1 objektifLina Wahab
 
Jawapan bab 1 objektif
Jawapan bab 1  objektifJawapan bab 1  objektif
Jawapan bab 1 objektifLina Wahab
 
Jawapan bab 1 - struktur
Jawapan bab 1 - strukturJawapan bab 1 - struktur
Jawapan bab 1 - strukturLina Wahab
 
Latihan bab 1 objektif
Latihan bab 1   objektif Latihan bab 1   objektif
Latihan bab 1 objektif Lina Wahab
 
Latihan bab 1 - struktur
Latihan bab 1 - strukturLatihan bab 1 - struktur
Latihan bab 1 - strukturLina Wahab
 
Asas kepada perdagangan
Asas kepada perdaganganAsas kepada perdagangan
Asas kepada perdaganganLina Wahab
 

Mehr von Lina Wahab (9)

Soalan struktur bab 3
Soalan struktur bab 3Soalan struktur bab 3
Soalan struktur bab 3
 
Jawapan struktur bab 2
Jawapan struktur bab 2Jawapan struktur bab 2
Jawapan struktur bab 2
 
Latihan bab 2 struktur
Latihan bab 2   strukturLatihan bab 2   struktur
Latihan bab 2 struktur
 
Jawapan bab 1 objektif
Jawapan bab 1  objektifJawapan bab 1  objektif
Jawapan bab 1 objektif
 
Jawapan bab 1 objektif
Jawapan bab 1  objektifJawapan bab 1  objektif
Jawapan bab 1 objektif
 
Jawapan bab 1 - struktur
Jawapan bab 1 - strukturJawapan bab 1 - struktur
Jawapan bab 1 - struktur
 
Latihan bab 1 objektif
Latihan bab 1   objektif Latihan bab 1   objektif
Latihan bab 1 objektif
 
Latihan bab 1 - struktur
Latihan bab 1 - strukturLatihan bab 1 - struktur
Latihan bab 1 - struktur
 
Asas kepada perdagangan
Asas kepada perdaganganAsas kepada perdagangan
Asas kepada perdagangan
 

Kürzlich hochgeladen

peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BalqisFahemi2
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025DANNYDALEJULIUSMoe
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 

Kürzlich hochgeladen (12)

peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 

Bab 3

  • 2. 3.1 Perniagaan dalam negeri 1. Sebarang aktiviti yang melibatkan pertukaran barang atau perkhidmatan antara individu atau organisasi yang bermotifkan keuntungan dianggap sebagai perniagaan. 2. Pihak yang terlibat dalam urus niaga tersebut dipanggil peniaga. 3. Terdapat dua jenis perniagaan iaitu: a) Perniagaan dalam negeri. b) Perniagaan antarabangsa.
  • 3. 4. Perniagaan dalam negeri ialah aktiviti jual beli yang dilakukan antara penduduk dalam sempadan sesebuah negara. Contohnya, kegiatan jual beli antara penduduk Kedah dengan penduduk Pulau Pinang. 5. Perniagaan dalam negeri terdiri daripada perniagaan borong dan perniagaan runcit. 6. Perniagaan borong merupakan bentuk perniagaan berskala besar. Pemborong membeli barang secara pukal daripada pengilang dan menjual barang itu dalam kuantiti keci-kecilan kepada peruncit.
  • 4. 7. Peruncit membeli barang dalam kuantiti yang agak kecil daripada pemborong dan kemudian menjual dalam unit yang lebih kecil kepada pengguna. 8. Perniagaan runcit terdiri daripada peruncit kecil- kecilan dan peruncit besar-besaran. 9. Perniagaan antarabangsa ialah aktiviti jual beli antara sebuah negara dengan negara lain. Contohnya, kegiatan jual beli antara Malaysia dengan Australia.
  • 5. 3.2 Saluran agihan 1. Saluran agihan merupakan proses pengedaran barangan daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir. 2. Jenis saluran agihan a) Pengeluar  Pemborong  Peruncit Pengguna b) Pengeluar  Ejen  Peruncit  Pengguna c) Pengeluar  Pemborong  Pengguna d) Pengeluar  Peruncit  Pengguna e) Pengeluar  Ejen  Pengguna f) Pengeluar  Pengguna
  • 6. 3. Faktor pemilihan saluran agihan a) Jenis barang b) Sasaran pasaran barang c) Liputan pasaran barang d) Keupayaan pengeluar e) Kos pengangkutan yang terlibat
  • 7. 3.3 Perniagaan Runcit 1. Perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjual barangan kepada pengguna akhir dalam kuantiti yang kecil mengikut keperluan pengguna. 2. Fungsi peruncit dalam saluran agihan a) Memecahkan pukal. b) Menyediakan pelbagai jenis barang untuk pilihan pengguna. c) Melakukan kerja akhir seperti menggred, menimbang, membungkus, melabel dan meletak tanda harga. d) Mengurus stok. e) Menyediakan kemudahan kredit. f) Menyediakan perkhidmatan selepas jualan g) Mendirikan premis perniagaan berhampiran dengan rumah pelanggan. h) Memberi khidmat nasihat dan maklumat pasaran kepada pemborong.
  • 8. 3. Jenis peruncit kecil-kecilan Penjaja Pegerai Kedai am Kedai khusus
  • 9. 4. Ciri-ciri peruncit kecil-kecilan a) Ditubuhkan secara milikan tunggal atau perkongsian. b) Menanggung belanja overhed yang rendah. c) Pengurusan dan pengendalian perniagaan adalah mudah. d) Diuruskan sendiri dengan bantuan ahli keluarga. e) Membeli daripada pemborong dalam kuantiti yang kecil. f) Mempunyai hubungan yang rapat dengan pelanggan. g) Memberi kredit kepada pelanggan yang dikenali. h) Modal yang diperlukan adalah kecil.
  • 10. 5. Jenis peruncit besar-besaran Pasar raya Gedung Aneka Jabatan Kedai sejaras Pasar raya besar
  • 11. 6. Ciri-ciri peruncit besar-besaran a) Beroperasi di kompleks membeli-belah yang terletak di kawasan bandar. b) Berbentuk syarikat berhad. c) Modal dan perolehan besar membolehkan peruncit membeli stok secara pukal. d) Saiz organisasi yang besar. e) Mengamalkan pembahagian kerja atau pengkhususan. f) Menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan membeli- belah seperti hawa dingin, muzik, tangga bergerak, lif dan sebagainya.
  • 12. 7. Bentuk lain peruncitan a) Mesin peruncitan automatik merupakan perniagaan runcit yang menjual terus kepada pelanggan melalui penggunaan mesin, misalnya minuman dalam tin atau kotak. b) Pesanan mel merupakan perniagaan runcit yang menjual barang terus kepada pengguna melalui pos atau perkhidmatan kurier. c) Francais merupakan satu bentuk perniagaan yang memberi hak atau kebenaran untuk menjual produk syarikat induk yang terkenal, menggunakan nama, logo dan reka bentuk yang sama. d) Jualan langsung merupakan kaedah penjualan terus kepada pengguna akhir melalui kunjungan jurujual atau ejen dari pintu ke pintu.
  • 13. e) E-dagang merupakan perniagaan yang meliputi semua urusan jual beli yang dijalankan melalui internet dengan rangkaian komputer. Semua transaksi perniagaan antara penjual dengan pembeli dilakukan secara on-line. f) Televisyen interaktif membolehkan penonton berinteraksi dengan peniaga dan membeli barang yang diiklanka di layar televisyen semasa menonton televisyen di rumah. g) Kedai katalog ialah perniagaan yang mempromosikan produknya melalui percetakan katalog. Peragaan dan hiasan setiap cawangan adalah sama dan barang jualan terdiri daripada barang elektrik, perabot dan perkakas rumah. Mesin peruncitan E-dagang Jualan langsung automatik
  • 14. 3.4 Perniagaan Borong 1. Perniagaan borong merupakan sebahagian daripada perniagaan dalam negeri. Pemborong membeli secara pukal daripada pengeluar dan menjualnya dalam kuantiti yang kecil kepada peruncit.
  • 15. 2. Jenis pemborong Pemborong Pemborong saudagar Ejen Pemborong Pemborong berfungsi berfungsi Ejen Ejen Broker penuh terhad penjual pengeluar -Pemborong am -Pemborong bayar dan bawa - Pemborong pesanan berwakil -Pemborong khusus -Pemborong jober para - Pemborong pesanan mel -Pemborong satu -Pemborong perkhidmatan pengangkutan barisan
  • 16. 3. Pemborong disingkirkan dalam keadaan berikut: a) Kemunculan bentuk lain peruncitan. b) Kemunculan perniagaan runcit besar-besaran. c) Penubuhan kedai sejaras. d) Pelantikan ejen oleh pengeluar. e) Tempahan khas. f) Penubuhan koperasi. g) Penubuhan agensi pemasaran oleh kerajaan.
  • 17. 3.5 Dokumen Perniagaan Dalam Negeri 1. Peringkat sebelum urus niaga a) Surat tanya Surat yang dikirim oleh pembeli kepada penjual untuk bertanya sama ada penjual sanggup menjual barang yang dikehendakinya dan syarat jualannya. b) Surat jawapan Sebagai membalas surat tanya, penjual akan mengirim surat jawapan kepada pembeli c) Sebut harga Dokumen yang mempunyai maklumat tentang harga barang yang diminta dan dikehendaki oleh pembeli.
  • 18. d) Senarai harga Dokumen yang menunjukkan harga semua barang yang dijual. e) Katalog Sebuah buku yang mencetak gambar berwarna-warni serta keterangan lanjut tentang barang yang dijual.
  • 19. 2. Peringkat semasa urus niaga a) Borang pesanan Dokumen yang dihantar oleh pembeli kepada penjual untuk memesan barang. b) Surat rujukan perniagaan Surat yang mengesahkan kedudukan kewangan atau kredibiliti peniaga. c) Nota makluman Dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu bahawa barang telah dihantar dan dalam perjalanan. d) Nota serahan Nota yang dihantar oleh penjual bersama-sama dengan barang. Ia menyatakan jenis dan kuantiti barang yang diserah tanpa menyebut harga.
  • 20. e) Nota kiriman Digunakan apabila barang dihantar oleh syarikat pengangkutan awam atau syarikat pengangkutan swasta. f) Invois Dokumen rasmi yang mengandungi maklumat lengkap tentang jualan barang kepada pembeli serta jumlah hutang yang harus dibayarnya. g) Nota kredit Dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu bahawa suatu catatan kredit telah dibuat di dalam akaunnya.
  • 21. h) Nota debit Dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu bahawa satu catatan debit telah dibuat di dalam akaunnya. i) Invois proforma Cara sopan untuk meminta bayaran daripada pembeli sebelum barang dihantar kepadanya.
  • 22. 3. Peringkat selepas urus niaga a) Penyata akaun Salinan akaun daripada buku lejar penjual akan dihantar kepada pembeli pada awal atau akhir setiap bulan. b) Resit Pengakuan rasmi sejumlah barang telah diterima.
  • 23. 3.6 Kaedah Jualan 1. Jualan tunai a) Tunai diterima sebaik sahaja barang atau perkhidmatan diserahkan kepada pelanggan. b) Kebaikan kepada penjual i. Dapat menggunakan tunai yang diterima untuk menjelaskan hutang atau dilaburkan semula. ii. Penjual yang mempunyai aliran tunai yang baik menunjukkan kedudukan kewangan yang kukuh. c) Kebaikan kepada pembeli i. Dapat berbelanja mengikut kemampuan wang tunai yang ada dan mengelak berbelanja lebih. ii. Dapat membeli barang pada harga yang lebih murah. iii. Bebas daripada hutang.
  • 24. d) Kelemahan kepada penjual i. Kehilangan pelanggan yang tidak mampu membeli secara tunai. ii. Jualan tunai tidak sesuai bagi perniagaan yang menjual barang mahal. iii. Persaingan hebat. e) Kelemahan kepada pembeli i. Tidak berpeluang memiliki barang mewah. ii. Tidak dapat melindungi diri daripada kadar inflasi yang kian meningkat.
  • 25. 2. Jualan kredit a) Terdapat dua jenis jualan kredit, iaitu bayaran tertunda dan sewa beli. b) m Bayaran tertunda Sewa beli Hak milik barang Barang menjadi hak Hak milik dipegang milik pembeli oleh penjual selepas sebaik sahaja wang membayar wang pendahuluan pendahuluan. Hak dibayar dan milik hanya akan perjanjian dipindahkan kepada ditandatangani. pembeli setelah semua ansuran diselesaikan.
  • 26. Bayaran tertunda Sewa beli Hak menarik Penjual tidak boleh Penjual boleh balik barang menarik balik barang merampas balik jika pembeli gagal barang jika pembeli membayar ansuran. gagal menjelaskan ansuran. Pembatalan Penjual tidak boleh Pembeli boleh perjanjian membatalkan membatalkan perjanjian dan perjanjian dan memulangkan balik memulangkan barang beliannya. barang jika didapati tidak sesuai tertakluk kepada syarat tertentu.
  • 27. Bayaran tertunda Sewa beli Ciri barang Sesuai untuk barang Sesuai untuk bernilai rendah barang yang tahan selepas dipakai lama dan seperti cermin mata, mempunyai nilai pinggan mangkuk dan terpakai yang tinggi permaidani. seperti bas, kereta dan televisyen.
  • 28. 3. Jualan prabayar a) Pembeli membuat bayaran terdahulu sebelum barang jualan atau perkhidmatan digunakan. b) Kelebihan jualan prabayar i. Kepada penjual Dapat meluaskan pasaran dan menambahkan jualan. Dapat meningkatkan prestasi aliran tunainya. Tidak akan menghadapi masalah hutang lapuk. ii. Kepada pembeli Menguntungkan pembeli kerana diberi diskaun atau potongan atas perkhidmatan yang disediakan. Dapat mengawal perbelanjaan. Menikmati perkhidmatan dengan cepat, menjimatkan dan mudah.
  • 29. c) Kekurangan jualan prabayar i. Kepada penjual Cenderung ke arah jualan prabayar sehingga mengabaikan jualan tunai atau jualan kredit. Hanya boleh diamalkan dalam bidang tertentu seperti bidang telekomunikasi. ii. Kepada pembeli Terpaksa membuat bayaran walaupun perkhidmatan atau barang belum digunakan. Bayaran yang dibuat tidak dapat dituntut kembali sekiranya barang hilang atau rosak.
  • 30. 4. Jualan konsainan a) Barang dihantar oleh pembekal kepada peniaga untuk dijual dengan syarat barang tersebut akan dipulangkan semula kepada pembekal sekiranya tidak dapat dijual. b) Peniaga akan menerima komisen atas jumlah barang yang dijual. c) Kelebihan jualan konsainan i. Kepada konsainor (pembekal) ii. Kepada konsaini (peniaga)
  • 31. i. Kepada konsainor (pembekal) Dapat meluaskan pasaran dan meningkatkan jualan dengan melantik peruncit di merata tempat sebagai konsaini. Dapat menjimatkan masa dan belanja untuk pemasaran barang. Mempunyai reputasi baik dan rangkaian pemasaran yang sempurna. Hanya perlu membayar sedikit kos kendalian dan komisen kepada konsaini (peniaga).
  • 32. ii. Kepada konsaini (peniaga) Tidak perlu membayar kos barang. Terlindung daripada kerosakan, kecurian, kehilangan atau risiko perubahan permintaan. Menerima komisen. Boleh memulangkan barang yang tidak habis dijual.