SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 17
Downloaden Sie, um offline zu lesen
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 17
_______________________________________________________________________________



                                        UNIT 2

         PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR



  HASIL PEMBELAJARAN
  Di akhir unit ini anda akan dapat:

  1.     menerangkan perkembangan kurikulum sekolah rendah daripada KLSR kepada
         KBSR dan KSSR.
  2.     menghuraikan latar belakang berkaitan KBSR dan KSSR.
  3.     membanding beza antara KLSR, KBSR dan KSSR.




  PETA KONSEP TAJUK


                                Kurikulum Sekolah Rendah




                                         KLSR




                                         KBSR               Perbandingan


        Latar Belakang




                                         KSSR
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 18
_______________________________________________________________________________


  PENGENALAN
  Sistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan merentasi zaman. Setelah
  negara mencapai kemerdekaan, Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada pelaksanaan
  pendidikan di negara ini. Pendidikan adalah untuk tujuan perpaduan di samping untuk
  membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir untuk pembangunan
  negara. Kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama serta penggunaan bahasa
  Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem persekolahan adalah antara perkara
  yang diberi penegasan dalam pelaksanaan pendidikan selepas merdeka. Dari semasa
  ke semasa beberapa jawatankuasa dibentuk bagi mengkaji seterusnya memberi
  cadangan untuk penambahbaikan pelaksanaan sistem pendidikan negara. Laporan
  Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang
  dikeluarkan pada 1979 telah membawa impak yang besar kepada senario pendidikan
  negara sehingga Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada 1982.
  KBSR memberi penegasan kepada pendidikan asas 3M. KBSR selepas itu ditukar
  kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah mulai 1993. Apabila Falsafah Pendidikan
  Negara (FPN) tersurat pada 1988, orientasi pendidikan adalah berasaskan kepada FPN
  (mulai 1996 dikenal FPK). Setelah itu apabila cabaran berubah akibat daripada
  perkembangan semasa dan arus globalisasi, Kurikulum Standard Sekolah Rendah
  (KSSR) pula diperkenalkan pada 2011. KSSR dilaksanakan di sekolah rendah di negara
  ini dengan harapan dapat mendidik seterusnya melahirkan generasi masa hadapan
  yang mampu berhadapan dengan cabaran semasa dan cabaran masa hadapan dalam
  abad ke-21.



  ISI KANDUNGAN
  Bagaimanakah kurikulum sekolah rendah berkembang
  daripada KLSR kepada KBSR dan KSSR?

  Sebagai yang telah dimaklumi bahawa pendidikan peringkat sekolah rendah di negara ini
  telah mengalami perkembangan daripada Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)
  kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) seterusnya kepada Kurikulum
  Bersepadu sekolah Rendah (KBSR) dan kini kepada Kurikulum Standard Sekolah
  Rendah (KSSR).




         Bolehkah anda bayangkan bagaimana keadaannya jika perkembangan
         daripada KLSR kepada KBSR dan KSSR tidak berlaku.



         KLSR kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
  Apabila Kurikulum Baru Sekolah Rendah diperkenalkan pada 1982, kurikulum sekolah
  rendah yang sebelumnya, dikenal sebagai Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR).
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 19
_______________________________________________________________________________


  Pelaksanaan KLSR berlangsung sejak selepas merdeka khususnya apabila Akta
  Pelajaran 1961 diwartakan. Dari semasa ke semasa KLSR mengalami perkembangan
  dan inovasi seiring dengan pelaksanaannya. Walau bagaimanapun kandungan KLSR
  lebih memberatkan akademik dan padat bagi murid-murid peringkat umur sekolah
  rendah (Laporan JK Kabinet, 1979). Setiap mata pelajaran adalah dilihat secara
  compartmentalize iaitu isi kandungan pelajaran terasing antara satu mata pelajaran
  dengan mata pelajaran lain. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, isi
  pelajaran kurang dikaitkan dengan kehidupan seharian murid.

  KLSR juga kurang memberi fokus kepada penguasaan kemahiran membaca, menulis
  dan mengira (3M). Kajian-kajian yang dilakukan pada masa itu mendapati sebilangan
  besar murid di negara ini masih belum menguasai kemahiran asas 3M walaupun mereka
  telah tamat persekolahan peringkat rendah. Sehubungan itu Perakuan 2a, Laporan
  Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
  mengemukakan cadangan seperti berikut.

      “Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan rendah
      bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan kepada pendidikan dalam
      bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.”

  Teknik hafalan yang diguna pakai dalam pengajaran kurang berkesan. Terdapat murid
  yang tidak dapat mengikuti isi pelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran.
  Sehubungan itu terdapat pengetahuan serta kemahiran yang tidak dapat dikuasai oleh
  murid-murid. Perkara ini seterusnya menjadi sebahagian daripada faktor yang membawa
  kepada keciciran murid.

  Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan ekoran daripada terbitnya
  Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
  pada 1979 atau ringkasnya dikenal sebagai Laporan Jawatankuasa Kabinet. Sebanyak
  305 buah sekolah rendah pada 1982 telah dipilih untuk melaksanakan percubaan
  sebelum KBSR dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara pada 1983. Keperluan
  kepada KBSR begitu ketara apabila dapat dikenal pasti terdapat kelemahan dalam
  KLSR. KLSR tidak memberi pendidikan asas. Sebaliknya lebih bersifat akademik.

  KBSR pada asasnya berpegang kepada konsep bahawa murid-murid perlu memperoleh
  ilmu pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus
  melalui pengalaman langsung. Suasana persekolahan dalam konteks KBSR adalah bagi
  memberi peluang murid-murid memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti
  menyelesaikan masalah; berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat; membina
  persefahaman dalam pergaulan; memupuk semangat kerja sama antara satu sama lain
  dan sebagainya. Sehubungan itu penglibatan murid adalah secara aktif, ceria dan
  progresif ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Pemulihan diberikan kepada
  murid yang lemah, manakala pengayaan diberi kepada murid cerdas pintar. Pemulihan
  khas juga diberi kepada murid yang berada di bawah tahap yang sewajarnya.


         Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum
         Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
  Setelah masa berlalu Kurikulum Baru Sekolah Rendah perlu kepada semakan bagi
  mengenal pasti kerelevanannya merentas masa. Kurikulum ini perlu disemak semula
  untuk,
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 20
_______________________________________________________________________________


         meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran berdasarkan konsep
         kesepaduan,
         memberi penekanan yang lebih kepada mata pelajaran Sains dan
         unsur-unsur KBKK,
         seiring dengan ekonomi, sosial dan lain-lain yang mengalami perubahan
         dari semasa ke semasa,
         selaras dengan usaha ke arah negara maju dengan masyarakat berilmu.

  Lanjutan daripada itu pada 1993 Kurikulum Baru Sekolah Rendah diganti dengan
  Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
  Negara (FPN) yang tertulis pada 1988.

  Konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
  Rendah. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan KBSR
  diintegrasikan supaya terdapat kesepaduan. Sehubungan itu, dalam proses pengajaran
  dan pembelajaran, dilakukan penggabungjalinan untuk menyepadukan kemahiran-
  kemahiran; dan penyerapan untuk menyepadukan ilmu pengetahuan. Nilai-nilai juga
  secara sepadu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesepaduan
  juga merujuk kepada kesepaduan dan keharmonian antara potensi intelek, rohani, emosi
  dan jasmani. Perkembangan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani tidak boleh
  berlaku secara berasingan, sebaliknya perlu berlaku secara harmonis, menyeluruh dan
  sepadu untuk melahirkan individu yang seimbang. Selain itu, kesepaduan merangkumi
  aspek antara teori dan praktik; dan antara yang di dalam bilik darjah dengan kehidupan
  sebenar di luar bilik darjah.


         Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada
         Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
  Dalam abad ke-21, perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi khususnya
  dalam bidang ICT banyak membawa kepada perubahan. Kesannya ialah kepada
  globalisasi. Cabaran di peringkat global sifatnya berubah dari semasa ke semasa. Oleh
  yang demikian kurikulum sekolah perlu selaras dengan perkembangan tersebut.
  Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan
  sentiasa relevan dengan perkembangan semasa bagi melahirkan modal insan seimbang
  yang mampu berdepan dengan cabaran semasa dan cabaran masa hadapan (KPM,
  2010). Ucapan dasar Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Perhimpunan Agung
  UMNO 2006 juga meminta supaya sistem pendidikan di Malaysia memberi penekanan
  kepada pembangunan modal insan; penghasilan pelajar celik minda; pembentukan
  warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat; dan program membangunkan
  akal manusia dalam melahirkan insan ulul al-bab. Sehubungan itu mulai 2011 Kurikulum
  Bersepadu Sekolah Rendah telah ditransformasikan kepada Kurikulum Standard
  Sekolah Rendah (KSSR). Transformasi tersebut merupakan pengukuhan dan
  penambahbaikan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang melibatkan
  perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah
  pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

  Di peringkat awalnya, iaitu pada 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009, KSSR telah
  menjalani uji rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih. Daripada jumlah tersebut,
  50 buah sekolah menjalani uji rintis bagi semua mata pelajaran, manakala 450 buah
  sekolah lagi menjalani uji rintis bagi mata pelajaran terpilih. Pekeliling Ikhtisas Bil.
  11/2010 bertarikh 14 Oktober 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia jelas meminta
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 21
_______________________________________________________________________________


  semua sekolah rendah melaksanakan KSSR untuk murid Tahun 1 mulai 2011. Selain
  melahirkan generasi ulul-albab, KSSR diharap akan membekali generasi masa hadapan
  dengan bekalan-bekalan untuk menghadapi cabaran.




        AKTIVITI 2.1

        Jelaskan rasional mengapa perubahan berikut berlaku:

        1. KLSR kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah.

            __________________________________________________________
            __________________________________________________________
            _________________________________________________________
        2. Kurikulum Baru Sekolah Rendah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah
           Rendah.

            __________________________________________________________
            __________________________________________________________
            _________________________________________________________
        3. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kepada KSSR.

            __________________________________________________________
            __________________________________________________________
            _________________________________________________________




  Apakah latar belakang KBSR dan KSSR?

         Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
  Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah penegasan adalah kepada kemahiran asas
  termasuk kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Murid-murid dilibatkan
  secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah mengajar, bahan
  pembelajaran dan susun atur kerusi meja dipelbagaikan mengikut latar belakang murid
  dan mata pelajaran yang diajar. Penilaian bentuk formatif seperti ujian diagnostik dan
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 22
_______________________________________________________________________________


  ujian pencapaian sering digunakan untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid.
  Susulan daripada itu, murid yang cerdas diberi pengayaan, manakala murid yang lemah
  diberi pemulihan.

  KBSR direka bentuk berasaskan tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi, bidang
  Manusia dan Alam Kelilingnya, dan bidang Perkembangan Diri Individu sebagai yang
  dicadang dalam Perakuan 57 (a), Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
  Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan mengemukakan cadangan seperti berikut.

      “Kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan murid-
      murid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas, iaitu bidang komunikasi,
      bidang manusia dengan alam kelilingnya dan bidang perkembangan individu
      sesuai dengan keperluan minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan
      murid itu.”

  Prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh; pendidikan yang sama
  untuk semua murid; pendekatan bersepadu; dan pendidikan seumur hidup. Rajah 2.1
  menunjukkan secara grafiknya prinsip KBSR.




                                                         PERKEMBANGAN
                 PENDEKATAN
                 BERSEPADU                              INDIVIDU SECARA
                                                          MENYELURUH




                                       PRINSIP
                                        KBSR




           PENDIDIKAN YANG SAMA                       PENDIDIKAN SEUMUR
            UNTUK SEMUA MURID                               HIDUP




                                       Rajah 2.1
                      Prinsip Kurikulum Standard Sekolah Rendah
           (Sumber: Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
                                     Malaysia, 2010)
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 23
_______________________________________________________________________________


         Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

  Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah ditulis mulai 1988 dan ditukar namanya kepada
  Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada 1996 apabila Akta Pendidikan 1996
  diwartakan. Selaras dengan hasrat FPN yang ditulis ketika itu, konsep bersepadu
  menjadi tumpuan utama dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah. Kurikulum Baru
  Sekolah Rendah diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada 1993.
  Melalui konsep kesepaduan, gambaran tentang sesuatu perkara dapat dilihat secara
  keseluruhan; yang mana perkara ini lebih baik daripada melihatnya secara cebis-cebisan
  atau terasing antara satu dengan yang lain selaras dengan apa yang dikata sebagai „the
  whole is greater than the sum of the parts.‟

  Dalam konteks kesepaduan KBSR, pembangunan insan adalah dilihat secara seimbang,
  meyeluruh dan bersepadu. Sehubungan itu, unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan
  nilai dalam kandungan isi pelajaran diintegrasikan supaya terdapat kesepaduan dan
  keharmonian antara unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses
  pembelajaran murid. Selaras dengan prinsip kurikulum bersepadu, kesepaduan dalam
  bidang mata pelajaran telah merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni. Walau
  bagaimanapun perkembangan individu secara menyeluruh; pendidikan yang sama untuk
  semua murid; pendekatan bersepadu; dan pendidikan seumur hidup masih kekal sebagai
  prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.




                                       Kesepaduan
                                       Unsur Intelek,
                                     Rohani, Emosi dan
               Penekanan                 Jasmani
                                                                Pendidikan
               Kepada Nilai
                                                               Untuk Semua
                  Murni



                                      Kesepaduan
                                     Dalam KBSR


                                                               Penggunaan
               Pendidikan                                      Pengetahuan
             Sepanjang Hayat                                  dan Kemahiran
                                       Meningkatkan             Sedia Ada
                                       Penggunaan
                                     Bahasa Melayu &
                                      Bahasa Inggeris
                                       serta bahasa
                                    pengantar yang lain.


                                      Rajah 2.2
                               Kesepaduan Dalam KBSR
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 24
_______________________________________________________________________________


         Kurikulum Standard Sekolah Rendah
  KSSR yang diperkenalkan pada 2011 menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah
  Rendah dari segi reka bentuk, organisasi pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan
  masa dan pengurusan kurikulum. KSSR masih mengekalkan prinsip Kurikulum
  Bersepadu Sekolah Rendah iaitu perkembangan individu secara menyeluruh;
  pendidikan yang sama untuk semua murid; pendekatan bersepadu; dan pendidikan
  seumur hidup sebagai yang terdapat dalam Rajah 2.1 sebagai prinsipnya. Dari segi reka
  bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi; Kerohanian;
  Sikap dan Nilai, Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan
  Teknologi; dan Keterampilan Diri.

  KSSR mengekalkan konsep kesepaduan seperti yang terdapat dalam Kurikulum
  Bersepadu Sekolah Rendah. KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk
  menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan, bermakna dan
  berkesan. KSSR juga mementingkan standard, sehubungan itu Dokumen Standard
  Kandungan (DSK) dan Dokumen Standard Pembelajaran diguna pakai.


                                      Jadual 2.1
          Definisi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam KSSR
                (Sumber : Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM, 2011)

                Standard Kandungan               Standard Pembelajaran

             Penyataan spesifik tentang        Satu penetapan kriteria atau
             perkara yang murid patut          petunjuk (indicator) kualiti
             ketahui dan boleh lakukan         pembelajaran             dan
             dalam     suatu      tempoh       pencapaian yang boleh
             persekolahan    merangkumi        diukur bagi setiap standard
             aspek         pengetahuan,        kandungan.
             kemahiran dan nilai.



  Pembelajaran dalam KSSR adalah bersifat interaktif, berkesan dan menarik ke arah
  pembelajaran berterusan. KSSR juga menyarankan agar hands-on-learning berlaku
  untuk menjadikan learning is fun. Belajar sambil bermain, melakukan inkuiri penemuan,
  pembelajaran koperatif, pembelajaran luar bilik darjah, pembelajaran berasaskan projek
  dan penyelesaian masalah boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
  KSSR. Pada masa yang sama, pengajaran guru sewajarnya dapat membolehkan murid
  memperoleh ilmu pengetahuan, mengembangkan daya kreativiti, mengaplikasi pelbagai
  kemahiran dan mengamalkan nilai murni.



           KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan
           standard terdiri daripada standard kandungan dan standard
           pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh
           dan tahap persekolahan.

                            Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM (2011).
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 25
_______________________________________________________________________________




                                       Gambar Hiasan:
           (Salah satu dokumen berkaitan KSSR yang dikeluarkan oleh Kementerian
                                    Pelajaran Malaysia)
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 26
_______________________________________________________________________________




    AKTIVITI 2.2

    Lengkapkan rajah berikut berkaitan enam tunjang dalam KSSR.




                                      -----------------------------




      -----------------------------                                    -----------------------------

                                              INSAN
                                            SEIMBANG



      -----------------------------                                   -----------------------------




                                      -----------------------------




  Apakah persamaan atau perbezaan antara KLSR, KBSR
  dan KSSR?
  Perubahan kurikulum di peringkat sekolah rendah daripada KLSR kepada KBSR dan
  seterusnya KSSR memperlihatkan beberapa ciri yang jelas untuk dibandingkan.
  Perbandingan antaranya boleh dibuat berkaitan reka bentuk kurikulum, organisasi
  kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, bahan kurikulum, fokus kurikulum, dan
  penilaian. Daripada aspek reka bentuk kurikulum, pelaksanaan KBSR adalah melibatkan
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 27
_______________________________________________________________________________


  tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya; dan
  Perkembangan Diri Individu. Pelaksanaan KSSR pula melibatkan enam tunjang iaitu
  tunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal
  dan Estetika; Sains dan Teknologi; dan Keterampilan Diri. Reka bentuk kurikulum dalam
  KBSR dan KSSR adalah lebih jelas dinyata dan didokumentasi berbanding dalam KLSR.

  KBSR dan KSSR diorganisasikan mengikut tahap, iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Di Tahap
  1 dan Tahap 2 KBSR mata pelajaran dikategori kepada mata pelajaran Teras, mata
  pelajaran Wajib dan mata pelajaran Tambahan. Organisasi kurikulum dalam KSSR pula
  memberi tumpuan kepada Teras Asas, Teras Tema dan Elektif. Selain akademik KBSR
  dan KSSR juga memberi penekanan kepada kokurikulum dan pembangunan insaniah
  selaras dengan FPK. Dalam KLSR kurikulum secara mudahnya diorganisasikan kepada
  akademik dan kokurikulum sahaja.

  Daripada aspek bahan kurikulum pula KLSR banyak memberi tumpuan kepada yang
  terdapat dalam buku teks. Dalam KBSR, selain bahan-bahan daripada buku teks,
  bahan-bahan lain yang relevan difikir dan disediakan oleh guru sebagai bahan
  pembelajaran di dalam kelas. Bahan pembelajaran yang dipilih adalah untuk
  memperkembangkan secara harmonis potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
  Pelaksanaan KSSR pula melibatkan pembelajaran secara modular. Bahan-bahan
  pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif dan hands-on
  digunakan ke arah pembelajaran yang berkesan dan ceria (learning is fun).

  Fokus kurikulum dalam KLSR adalah lebih kepada akademik. Kemahiran asas 3M
  adalah secara umum sahaja dan secara relatifnya kurang diberi penegasan berbanding
  dalam KBSR. Sehubungan itu kadar buta 3M dalam KLSR adalah lebih tinggi.
  Pembangunan diri pelajar secara seimbang, menyeluruh dan bersepadu melibatkan
  secara harmonis potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti dalam KBSR juga
  kurang berlaku dalam KLSR. Dalam KSSR selain konsep kesepaduan, fokus kepada 3M
  terus berlangsung. Kemahiran asas 3M ditegaskan semula dengan tambahan satu lagi
  kemahiran iaitu kemahiran menaakul, menjadikannya 4M.

  Konsep penilaian bentuk sumatif banyak berlangsung dalam KLSR. Murid-murid dinilai
  pada setiap hujung penggal yang mana terdapat tiga penggal dalam setahun. Dalam
  KBSR, selain penilaian bentuk sumatif, penilaian bentuk formatif banyak dilakukan.
  Penilaian bentuk formatif dilakukan bagi mengenal pasti pencapaian murid dalam
  menjalani proses pembelajaran mereka. Cara pengajaran guru akan diubahsuai
  berasaskan hasil penilaian tersebut supaya pembelajaran murid berkesinambungan.
  KSSR pula lebih memberi penekanan kepada penilaian atau pentaksiran yang
  berterusan; iaitu pentaksiran ke atas murid-murid berlangsung dari semasa ke semasa.
  Selain itu pentaksiran secara holistik melibatkan aspek-aspek berkaitan seseorang murid
  akan dilakukan. Jadual 2.2 menunjukkan perbandingan antara KLSR dengan KBSR dan
  KSSR. Jadual 2.3 pula menunjukkan perbandingan antara KBSR dengan KSSR.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 28
_______________________________________________________________________________


                                     Jadual 2.2
                       Perbandingan Antara KLSR Dengan KBSR

                       KLSR                                 KBSR

        Kurikulum bersifat umum dan lebih     Penekanan kepada kemahiran asas
        kepada hafalan.                       3M (membaca, menulis dan
                                              mengira).
        Silibus yang statik dan perlu         Gabung jalin kemahiran dan
        diselesaikan untuk peperiksaan.       penyerapan isi daripada mata
                                              pelajaran lain.
        Mata pelajaran yang membebankan       Tiga bidang utama diberi
        murid dengan bidang yang kurang       penekanan dengan jelas iaitu
        jelas.                                komunikasi; perkembangan diri
                                              individu; dan manusia dan alam
                                              kelilingnya.
        Pengajaran yang tidak melibatkan      Pengajaran dengan penglibatan
        penyertaan aktif murid (berpusatkan   murid secara aktif (berpusatkan
        guru).                                murid).
        Pengajaran untuk seluruh kelas dan    Pengajaran dalam bentuk kumpulan
        ala kuliah digunakan.                 dan individu digunakan
        Proses pengajaran dan pembelajaran Bahan pengajaran selaras dengan
        secara formal                      minat, umur dan kebolehan murid-
                                           murid.
        Tiada pertimbangan perbezaan          Perkembangan pelajaran mengikut
        individu murid.                       kebolehan murid-murid.
        Hanya bergantung kepada               Penggunaan bahan dan alat bantu
        penggunaan buku teks.                 mengajar yang lebih berkesan.
        Tiada program pemulihan kepada        Program pemulihan kepada murid
        murid yang lemah dan                  yang lemah dan pengayaan kepada
        pengayaankepada yang cerdas.          yang cerdas berasaskan keputusan
                                              ujian diagnosis.
        Penilaian berbentuk sumatif           Penilaian formatif juga digunakan
        dijalankan untuk mengukur             bagi menilai perkembangan dan
        pencapaian murid-murid.               kemajuan murid.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 29
_______________________________________________________________________________


                                    Jadual 2.3
                      Perbandingan Antara KBSR Dengan KSSR

                                      KBSR                       KSSR

         REKA          • Berasaskan 3 Bidang:        • Berasaskan 6 Tunjang:
         BENTUK           - Komunikasi                  - Komunikasi
         KURIKULUM        - Manusia dan Alam            - Kerohanian, Sikap & Nilai
                             Kelilingnya                - Kemanusiaan
                            - Perkembangan Diri         - Perkembangan Fizikal
                             Individu                     dan Estetika
                                                        - Sains dan Teknologi
                                                        - Keterampilan Diri
                        •     Linear                 • Modular

        BAHAN          Sukatan Pelajaran (SP) dan    Dokumen Standard Kandungan
        KURIKULUM      Huraian Sukatan Pelajaran     (DSK)
                       (HSP)


        ORGANISASI     • Tahap 1                     • Tahap 1
        KURIKULUM        - Mata pelajaran Teras,      - Modul Teras Asas, Modul
                           Wajib & Tambahan             Teras Tema & Modul
                                                        Elektif

                       • Tahap 2                     • Tahap 2
                         - Mata pelajaran Teras,       - Mata pelajaran Teras &
                           Wajib & Tambahan              Elektif

        KEMAHIRAN       Elemen Kemahiran              Elemen Kreativiti dan
        BERFIKIR        Berfikir Secara Kritis dan    Inovasi, Keusahawanan dan
                        Kreatif                       Teknologi Maklumat & ICT
                                                      secara eksplisit

        FOKUS          • 3M                          • 4M
                        - Membaca, menulis dan         - Membaca, menulis,
                            mengira                     mengira dan menaakul
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 30
_______________________________________________________________________________


  RUMUSAN
  Dalam unit ini telah dijelaskan tentang perubahan kurikulum sekolah rendah daripada
  KLSR kepada KBSR dan seterusnya KSSR. Perubahan berlaku atas rasional-rasional
  atau alasan yang kukuh seperti yang dijelaskan terutamanya berkait dengan kehendak
  perubahan waktu dan keselarasan dengan cabaran semasa. KLSR, KBSR dan KSSR
  mempunyai ciri kekuatan masing-masing yang boleh dianalisis dan dibandingbezakan
  antara satu dengan yang lain, namun apabila zaman dan cabaran berubah kurikulum
  yang terdahulu seperti KLSR dan KBSR menjadi kurang relevan lagi. Justeru KSSR
  telah diperkenalkan mulai 2011 dengan misi untuk membangunkan modal insan dan
  pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat; dan melahirkan
  insan ulul al-bab.



  KATA KUNCI
  Kurikulum bersepadu        - kurikulum yang mengintegrasikan elemen pengetahuan,
                                kemahiran dan nilai dalam isi pelajaran supaya
                                terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur
                                intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses
                                pembelajaran.

  Kurikulum standard         -   kurikulum yang berasaskan kepada standard seperti
                                 standard kandungan, standard pembelajaran dan
                                 sebagainya.

  Prinsip KSSR               -   ada empat prinsip iaitu perkembangan individu secara
                                 menyeluruh; pendidikan yang sama untuk semua
                                 murid; pendekatan bersepadu; dan pendidikan seumur
                                 hidup.

  Standard Kandungan         -   Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut
                                 ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
                                 persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,
                                 kemahiran dan nilai.

  Standard Pembelajaran      -   Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti
                                 pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi
                                 setiap standard kandungan.

  Tunjang KSSR               -   Enam tunjang dalam KSSR iaitu komunikasi;
                                 kerohanian,    sikap   dan      nilai;   kemanusiaan;
                                 perkembangan fizikal dan estetika; sains dan teknologi;
                                 dan keterampilan diri
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 31
_______________________________________________________________________________


  PENILAIAN KENDIRI
  Jawab semua soalan berikut.

  1.     Dalam tahun 1979 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
         Pelajaran Kebangsaan telah diterbitkan. Berdasarkan laporan tersebut
         pendidikan   sekolah   rendah    perlu  memberi    penegasan     kepada
         ________________

         A.    disiplin
         B.    kemahiran 3M
         C.    pencapaian akademik
         D.    pembangunan sahsiah


  2.    Manakah antara berikut menunjukkan terdapatnya kekurangan dalam Kurikulum
        Lama Sekolah Rendah (KLSR)?

               I.   Tiada perkaitan yang jelas antara satu mata pelajaran dengan mata
                    pelajaran yang lain.
               II. Sukatan pelajaran sekolah vernakular yang beorientasikan penjajah
                    masih diguna pakai.
               III. Antara suatu peringkat pembelajaran dengan peringkat pembelajaran
                    yang berikutnya tiada kesinambungan.
               IV. Pelaksanaan pengajaran dalam KLSR adalah terpengaruh dan
                    berkaitan dengan persekitaran dan kehidupan.

         A.    I dan III sahaja
         B.    II dan IV sahaja
         C.    I, III dan IV sahaja
         D.    II, III dan IV sahaja


  3.     Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan bagi mengganti
         Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). Manakah perbezaan antara KBSR
         dengan KLSR berikut yang benar?


                        KBSR                                 KLSR
          A.   Murid lebih aktif dalam proses   Guru bersifat autokratik dalam
               pembelajaran.                    pengajarannya.
          B.   Hubungan yang harmonis           Guru bertindak sebagai
               antara guru dengan murid.        fasilitator di dalam bilik darjah.
          C.   Penekanan kepada                 Penekanan kepada kemahiran
               pengetahuan.                     3M.
          D.   Berpusatkan guru dan bahan       Berpusatkan murid untuk
               pembelajaran.                    perkembangan mereka.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 32
_______________________________________________________________________________


  4.     KSSR ialah penambahbaikan daripada KBSR. Manakah antara berikut benar
         perbandingan antara KBSR dengan KSSR?

         A.     Di Tahap 2 KSSR, terdapat mata pelajaran teras, wajib, dan tambahan.
         B.     Bahan kurikulum dalam KBSR adalah dalam bentuk dokumen standard.
         C.     Reka bentuk KBSR dan KSSR adalah berasaskan kepada enam tunjang.
         D.     KSSR berfokus kepada kemahiran membaca, menulis, mengira dan
                menaakul.


  5.     Apakah kelebihan KSSR berbanding KBSR?

                I.   Selain membaca, menulis dan mengira, elemen menaakul terdapat
                     dalam KSSR.
                II. Elemen ICT tidak diintegrasikan merentas kurikulum dan pengajaran
                     dalam KBSR.
                III. Standard lebih jelas dinyatakan bagi kandungan dan pembelajaran
                     dalam KSSR.
                IV. KSSR bertujuan membekali generasi masa hadapan untuk
                     menghadapi cabaran abad ke-21.

         A.     I dan III sahaja
         B.     II dan III sahaja
         C.     II dan IV sahaja
         D.     I, III dan IV sahaja


  CADANGAN JAWAPAN:             1. B; 2. C; 3. A; 4. D; 5. D




  RUJUKAN
  Akta Pendidikan 1996. Kuala Lumpur : MDC Publishers Printers.(1996)

  Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah
        Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

  Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah:
         Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.

  Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
       2006 – 2010. (Edisi Pelancaran). Kuala Lumpur: KPM.

  Kementerian Pendidikan Malaysia (1980). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
       Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

  Kementerian Pendidikan Malaysia (1987). Kurikulum Baru Sekolah Rendah: Buku
       Panduan Khas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

  Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1992). Asas KBSR I.           Kuala
         Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 33
_______________________________________________________________________________


  Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1992). Asas KBSR II.,           Kuala
         Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

  Sufean Hussin. (2004). Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua).
        Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

  Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

  Tajul Ariffin Noordin (1993). Perspektif falsafah dan pendidikan di Malaysia. Kuala
         Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Pembelajaran Masteri
Pembelajaran MasteriPembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteriinovatifinsan
 
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia Stephanie Unsil
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuGman Radziman
 
Perbezaan Model Objektif & Model Proses
Perbezaan Model Objektif & Model ProsesPerbezaan Model Objektif & Model Proses
Perbezaan Model Objektif & Model ProsesMuhammad Fateh
 
Buku teks
Buku teksBuku teks
Buku teksshurein
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMhudhud321
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makronanisaaid
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategiazirah azizul
 
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)Hamidah Budi
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis fitri norlida
 
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSRMODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSRirna zuzy
 
Peluang pembangunan kerjaya guru
Peluang  pembangunan kerjaya guruPeluang  pembangunan kerjaya guru
Peluang pembangunan kerjaya gurumuhamad hasif
 
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanffyue
 
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendahmisri bohari
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalMohdRainie
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 

Was ist angesagt? (20)

Pembelajaran Masteri
Pembelajaran MasteriPembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri
 
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
 
Perbezaan Model Objektif & Model Proses
Perbezaan Model Objektif & Model ProsesPerbezaan Model Objektif & Model Proses
Perbezaan Model Objektif & Model Proses
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 
Buku teks
Buku teksBuku teks
Buku teks
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUM
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makro
 
Penulisan Mekanis
Penulisan MekanisPenulisan Mekanis
Penulisan Mekanis
 
Kurikulum
KurikulumKurikulum
Kurikulum
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSRMODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
 
Peluang pembangunan kerjaya guru
Peluang  pembangunan kerjaya guruPeluang  pembangunan kerjaya guru
Peluang pembangunan kerjaya guru
 
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
 
Budaya
BudayaBudaya
Budaya
 
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 

Ähnlich wie 6 unit 2

Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di MalaysiaSejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di MalaysiaSYAZWANI IBRAHIM
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTJoyce Robert
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan MalaysiaLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan MalaysiaJoyce Robert
 
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)Pieja Hanhae
 
Dasar penddkan
Dasar penddkanDasar penddkan
Dasar penddkanzool_87
 
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysianoeja99
 
009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssmgirlfrida
 
009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)Temeji Sabu
 
nota SPP Bab 9
nota SPP Bab 9nota SPP Bab 9
nota SPP Bab 9Rainne Lee
 
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Ikhram Johari
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)Norabza Abdullah
 
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSRPembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSRأمير الشفيق
 

Ähnlich wie 6 unit 2 (20)

Info
InfoInfo
Info
 
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di MalaysiaSejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
 
10 unit 6
10 unit 610 unit 6
10 unit 6
 
Perkembangan pendidikan di Malaysia
Perkembangan pendidikan di MalaysiaPerkembangan pendidikan di Malaysia
Perkembangan pendidikan di Malaysia
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan MalaysiaLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
 
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)
 
Dasar penddkan
Dasar penddkanDasar penddkan
Dasar penddkan
 
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
 
009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm
 
009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)
 
nota SPP Bab 9
nota SPP Bab 9nota SPP Bab 9
nota SPP Bab 9
 
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
 
Penyelidikan Kecil
Penyelidikan KecilPenyelidikan Kecil
Penyelidikan Kecil
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
 
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSRPembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
12 unit 8
12 unit 812 unit 8
12 unit 8
 

Mehr von Liching Ching

Mehr von Liching Ching (20)

KRAFTANGAN A.pptx
KRAFTANGAN A.pptxKRAFTANGAN A.pptx
KRAFTANGAN A.pptx
 
Pjj pindaan 12
Pjj pindaan 12Pjj pindaan 12
Pjj pindaan 12
 
Unit 1 konsep abm pdf
Unit 1 konsep abm pdfUnit 1 konsep abm pdf
Unit 1 konsep abm pdf
 
Jadual exam untuk paparan student
Jadual exam untuk paparan studentJadual exam untuk paparan student
Jadual exam untuk paparan student
 
Fomat tugasan KRP 3013
Fomat tugasan KRP 3013Fomat tugasan KRP 3013
Fomat tugasan KRP 3013
 
15 unit 11
15 unit 1115 unit 11
15 unit 11
 
14 unit 10
14 unit 1014 unit 10
14 unit 10
 
13 unit 9
13 unit 913 unit 9
13 unit 9
 
11 unit 7
11 unit 711 unit 7
11 unit 7
 
9 unit 5
9 unit 59 unit 5
9 unit 5
 
8 unit 4
8 unit 48 unit 4
8 unit 4
 
7 unit 3
7 unit 37 unit 3
7 unit 3
 
5 unit 1
5 unit 15 unit 1
5 unit 1
 
16 unit 12
16 unit 1216 unit 12
16 unit 12
 
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanakEdit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
 
Rpt numerasi thn 1
Rpt numerasi thn 1Rpt numerasi thn 1
Rpt numerasi thn 1
 
Copy of rpt numerasi thn 2
Copy of rpt numerasi thn 2Copy of rpt numerasi thn 2
Copy of rpt numerasi thn 2
 
Contoh ranc pel harian (09)
Contoh ranc pel harian   (09)Contoh ranc pel harian   (09)
Contoh ranc pel harian (09)
 
Rancangan tahunan literasi th 2 (pemulihan) 2
Rancangan tahunan literasi th 2 (pemulihan) 2Rancangan tahunan literasi th 2 (pemulihan) 2
Rancangan tahunan literasi th 2 (pemulihan) 2
 
Rpt tahap 1 literasi pemulihan khas
Rpt tahap 1 literasi  pemulihan khasRpt tahap 1 literasi  pemulihan khas
Rpt tahap 1 literasi pemulihan khas
 

6 unit 2

  • 1. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 17 _______________________________________________________________________________ UNIT 2 PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat: 1. menerangkan perkembangan kurikulum sekolah rendah daripada KLSR kepada KBSR dan KSSR. 2. menghuraikan latar belakang berkaitan KBSR dan KSSR. 3. membanding beza antara KLSR, KBSR dan KSSR. PETA KONSEP TAJUK Kurikulum Sekolah Rendah KLSR KBSR Perbandingan Latar Belakang KSSR
  • 2. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 18 _______________________________________________________________________________ PENGENALAN Sistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan merentasi zaman. Setelah negara mencapai kemerdekaan, Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada pelaksanaan pendidikan di negara ini. Pendidikan adalah untuk tujuan perpaduan di samping untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir untuk pembangunan negara. Kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama serta penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem persekolahan adalah antara perkara yang diberi penegasan dalam pelaksanaan pendidikan selepas merdeka. Dari semasa ke semasa beberapa jawatankuasa dibentuk bagi mengkaji seterusnya memberi cadangan untuk penambahbaikan pelaksanaan sistem pendidikan negara. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan pada 1979 telah membawa impak yang besar kepada senario pendidikan negara sehingga Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada 1982. KBSR memberi penegasan kepada pendidikan asas 3M. KBSR selepas itu ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah mulai 1993. Apabila Falsafah Pendidikan Negara (FPN) tersurat pada 1988, orientasi pendidikan adalah berasaskan kepada FPN (mulai 1996 dikenal FPK). Setelah itu apabila cabaran berubah akibat daripada perkembangan semasa dan arus globalisasi, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula diperkenalkan pada 2011. KSSR dilaksanakan di sekolah rendah di negara ini dengan harapan dapat mendidik seterusnya melahirkan generasi masa hadapan yang mampu berhadapan dengan cabaran semasa dan cabaran masa hadapan dalam abad ke-21. ISI KANDUNGAN Bagaimanakah kurikulum sekolah rendah berkembang daripada KLSR kepada KBSR dan KSSR? Sebagai yang telah dimaklumi bahawa pendidikan peringkat sekolah rendah di negara ini telah mengalami perkembangan daripada Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) seterusnya kepada Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah (KBSR) dan kini kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Bolehkah anda bayangkan bagaimana keadaannya jika perkembangan daripada KLSR kepada KBSR dan KSSR tidak berlaku. KLSR kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Apabila Kurikulum Baru Sekolah Rendah diperkenalkan pada 1982, kurikulum sekolah rendah yang sebelumnya, dikenal sebagai Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR).
  • 3. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 19 _______________________________________________________________________________ Pelaksanaan KLSR berlangsung sejak selepas merdeka khususnya apabila Akta Pelajaran 1961 diwartakan. Dari semasa ke semasa KLSR mengalami perkembangan dan inovasi seiring dengan pelaksanaannya. Walau bagaimanapun kandungan KLSR lebih memberatkan akademik dan padat bagi murid-murid peringkat umur sekolah rendah (Laporan JK Kabinet, 1979). Setiap mata pelajaran adalah dilihat secara compartmentalize iaitu isi kandungan pelajaran terasing antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, isi pelajaran kurang dikaitkan dengan kehidupan seharian murid. KLSR juga kurang memberi fokus kepada penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Kajian-kajian yang dilakukan pada masa itu mendapati sebilangan besar murid di negara ini masih belum menguasai kemahiran asas 3M walaupun mereka telah tamat persekolahan peringkat rendah. Sehubungan itu Perakuan 2a, Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan mengemukakan cadangan seperti berikut. “Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan rendah bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan kepada pendidikan dalam bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.” Teknik hafalan yang diguna pakai dalam pengajaran kurang berkesan. Terdapat murid yang tidak dapat mengikuti isi pelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Sehubungan itu terdapat pengetahuan serta kemahiran yang tidak dapat dikuasai oleh murid-murid. Perkara ini seterusnya menjadi sebahagian daripada faktor yang membawa kepada keciciran murid. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan ekoran daripada terbitnya Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada 1979 atau ringkasnya dikenal sebagai Laporan Jawatankuasa Kabinet. Sebanyak 305 buah sekolah rendah pada 1982 telah dipilih untuk melaksanakan percubaan sebelum KBSR dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara pada 1983. Keperluan kepada KBSR begitu ketara apabila dapat dikenal pasti terdapat kelemahan dalam KLSR. KLSR tidak memberi pendidikan asas. Sebaliknya lebih bersifat akademik. KBSR pada asasnya berpegang kepada konsep bahawa murid-murid perlu memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus melalui pengalaman langsung. Suasana persekolahan dalam konteks KBSR adalah bagi memberi peluang murid-murid memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah; berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat; membina persefahaman dalam pergaulan; memupuk semangat kerja sama antara satu sama lain dan sebagainya. Sehubungan itu penglibatan murid adalah secara aktif, ceria dan progresif ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Pemulihan diberikan kepada murid yang lemah, manakala pengayaan diberi kepada murid cerdas pintar. Pemulihan khas juga diberi kepada murid yang berada di bawah tahap yang sewajarnya. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Setelah masa berlalu Kurikulum Baru Sekolah Rendah perlu kepada semakan bagi mengenal pasti kerelevanannya merentas masa. Kurikulum ini perlu disemak semula untuk,
  • 4. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 20 _______________________________________________________________________________ meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran berdasarkan konsep kesepaduan, memberi penekanan yang lebih kepada mata pelajaran Sains dan unsur-unsur KBKK, seiring dengan ekonomi, sosial dan lain-lain yang mengalami perubahan dari semasa ke semasa, selaras dengan usaha ke arah negara maju dengan masyarakat berilmu. Lanjutan daripada itu pada 1993 Kurikulum Baru Sekolah Rendah diganti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang tertulis pada 1988. Konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan KBSR diintegrasikan supaya terdapat kesepaduan. Sehubungan itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dilakukan penggabungjalinan untuk menyepadukan kemahiran- kemahiran; dan penyerapan untuk menyepadukan ilmu pengetahuan. Nilai-nilai juga secara sepadu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesepaduan juga merujuk kepada kesepaduan dan keharmonian antara potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani tidak boleh berlaku secara berasingan, sebaliknya perlu berlaku secara harmonis, menyeluruh dan sepadu untuk melahirkan individu yang seimbang. Selain itu, kesepaduan merangkumi aspek antara teori dan praktik; dan antara yang di dalam bilik darjah dengan kehidupan sebenar di luar bilik darjah. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Dalam abad ke-21, perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi khususnya dalam bidang ICT banyak membawa kepada perubahan. Kesannya ialah kepada globalisasi. Cabaran di peringkat global sifatnya berubah dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian kurikulum sekolah perlu selaras dengan perkembangan tersebut. Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa bagi melahirkan modal insan seimbang yang mampu berdepan dengan cabaran semasa dan cabaran masa hadapan (KPM, 2010). Ucapan dasar Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 juga meminta supaya sistem pendidikan di Malaysia memberi penekanan kepada pembangunan modal insan; penghasilan pelajar celik minda; pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat; dan program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan ulul al-bab. Sehubungan itu mulai 2011 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah ditransformasikan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Transformasi tersebut merupakan pengukuhan dan penambahbaikan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Di peringkat awalnya, iaitu pada 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009, KSSR telah menjalani uji rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih. Daripada jumlah tersebut, 50 buah sekolah menjalani uji rintis bagi semua mata pelajaran, manakala 450 buah sekolah lagi menjalani uji rintis bagi mata pelajaran terpilih. Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2010 bertarikh 14 Oktober 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia jelas meminta
  • 5. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 21 _______________________________________________________________________________ semua sekolah rendah melaksanakan KSSR untuk murid Tahun 1 mulai 2011. Selain melahirkan generasi ulul-albab, KSSR diharap akan membekali generasi masa hadapan dengan bekalan-bekalan untuk menghadapi cabaran. AKTIVITI 2.1 Jelaskan rasional mengapa perubahan berikut berlaku: 1. KLSR kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah. __________________________________________________________ __________________________________________________________ _________________________________________________________ 2. Kurikulum Baru Sekolah Rendah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. __________________________________________________________ __________________________________________________________ _________________________________________________________ 3. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kepada KSSR. __________________________________________________________ __________________________________________________________ _________________________________________________________ Apakah latar belakang KBSR dan KSSR? Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah penegasan adalah kepada kemahiran asas termasuk kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Murid-murid dilibatkan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah mengajar, bahan pembelajaran dan susun atur kerusi meja dipelbagaikan mengikut latar belakang murid dan mata pelajaran yang diajar. Penilaian bentuk formatif seperti ujian diagnostik dan
  • 6. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 22 _______________________________________________________________________________ ujian pencapaian sering digunakan untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid. Susulan daripada itu, murid yang cerdas diberi pengayaan, manakala murid yang lemah diberi pemulihan. KBSR direka bentuk berasaskan tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi, bidang Manusia dan Alam Kelilingnya, dan bidang Perkembangan Diri Individu sebagai yang dicadang dalam Perakuan 57 (a), Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan mengemukakan cadangan seperti berikut. “Kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan murid- murid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas, iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam kelilingnya dan bidang perkembangan individu sesuai dengan keperluan minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid itu.” Prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh; pendidikan yang sama untuk semua murid; pendekatan bersepadu; dan pendidikan seumur hidup. Rajah 2.1 menunjukkan secara grafiknya prinsip KBSR. PERKEMBANGAN PENDEKATAN BERSEPADU INDIVIDU SECARA MENYELURUH PRINSIP KBSR PENDIDIKAN YANG SAMA PENDIDIKAN SEUMUR UNTUK SEMUA MURID HIDUP Rajah 2.1 Prinsip Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Sumber: Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010)
  • 7. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 23 _______________________________________________________________________________ Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah ditulis mulai 1988 dan ditukar namanya kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada 1996 apabila Akta Pendidikan 1996 diwartakan. Selaras dengan hasrat FPN yang ditulis ketika itu, konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah. Kurikulum Baru Sekolah Rendah diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada 1993. Melalui konsep kesepaduan, gambaran tentang sesuatu perkara dapat dilihat secara keseluruhan; yang mana perkara ini lebih baik daripada melihatnya secara cebis-cebisan atau terasing antara satu dengan yang lain selaras dengan apa yang dikata sebagai „the whole is greater than the sum of the parts.‟ Dalam konteks kesepaduan KBSR, pembangunan insan adalah dilihat secara seimbang, meyeluruh dan bersepadu. Sehubungan itu, unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan isi pelajaran diintegrasikan supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran murid. Selaras dengan prinsip kurikulum bersepadu, kesepaduan dalam bidang mata pelajaran telah merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni. Walau bagaimanapun perkembangan individu secara menyeluruh; pendidikan yang sama untuk semua murid; pendekatan bersepadu; dan pendidikan seumur hidup masih kekal sebagai prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kesepaduan Unsur Intelek, Rohani, Emosi dan Penekanan Jasmani Pendidikan Kepada Nilai Untuk Semua Murni Kesepaduan Dalam KBSR Penggunaan Pendidikan Pengetahuan Sepanjang Hayat dan Kemahiran Meningkatkan Sedia Ada Penggunaan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris serta bahasa pengantar yang lain. Rajah 2.2 Kesepaduan Dalam KBSR
  • 8. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 24 _______________________________________________________________________________ Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR yang diperkenalkan pada 2011 menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dari segi reka bentuk, organisasi pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum. KSSR masih mengekalkan prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah iaitu perkembangan individu secara menyeluruh; pendidikan yang sama untuk semua murid; pendekatan bersepadu; dan pendidikan seumur hidup sebagai yang terdapat dalam Rajah 2.1 sebagai prinsipnya. Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi; Kerohanian; Sikap dan Nilai, Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi; dan Keterampilan Diri. KSSR mengekalkan konsep kesepaduan seperti yang terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan, bermakna dan berkesan. KSSR juga mementingkan standard, sehubungan itu Dokumen Standard Kandungan (DSK) dan Dokumen Standard Pembelajaran diguna pakai. Jadual 2.1 Definisi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam KSSR (Sumber : Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM, 2011) Standard Kandungan Standard Pembelajaran Penyataan spesifik tentang Satu penetapan kriteria atau perkara yang murid patut petunjuk (indicator) kualiti ketahui dan boleh lakukan pembelajaran dan dalam suatu tempoh pencapaian yang boleh persekolahan merangkumi diukur bagi setiap standard aspek pengetahuan, kandungan. kemahiran dan nilai. Pembelajaran dalam KSSR adalah bersifat interaktif, berkesan dan menarik ke arah pembelajaran berterusan. KSSR juga menyarankan agar hands-on-learning berlaku untuk menjadikan learning is fun. Belajar sambil bermain, melakukan inkuiri penemuan, pembelajaran koperatif, pembelajaran luar bilik darjah, pembelajaran berasaskan projek dan penyelesaian masalah boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran KSSR. Pada masa yang sama, pengajaran guru sewajarnya dapat membolehkan murid memperoleh ilmu pengetahuan, mengembangkan daya kreativiti, mengaplikasi pelbagai kemahiran dan mengamalkan nilai murni. KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM (2011).
  • 9. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 25 _______________________________________________________________________________ Gambar Hiasan: (Salah satu dokumen berkaitan KSSR yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia)
  • 10. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 26 _______________________________________________________________________________ AKTIVITI 2.2 Lengkapkan rajah berikut berkaitan enam tunjang dalam KSSR. ----------------------------- ----------------------------- ----------------------------- INSAN SEIMBANG ----------------------------- ----------------------------- ----------------------------- Apakah persamaan atau perbezaan antara KLSR, KBSR dan KSSR? Perubahan kurikulum di peringkat sekolah rendah daripada KLSR kepada KBSR dan seterusnya KSSR memperlihatkan beberapa ciri yang jelas untuk dibandingkan. Perbandingan antaranya boleh dibuat berkaitan reka bentuk kurikulum, organisasi kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, bahan kurikulum, fokus kurikulum, dan penilaian. Daripada aspek reka bentuk kurikulum, pelaksanaan KBSR adalah melibatkan
  • 11. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 27 _______________________________________________________________________________ tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya; dan Perkembangan Diri Individu. Pelaksanaan KSSR pula melibatkan enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi; dan Keterampilan Diri. Reka bentuk kurikulum dalam KBSR dan KSSR adalah lebih jelas dinyata dan didokumentasi berbanding dalam KLSR. KBSR dan KSSR diorganisasikan mengikut tahap, iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Di Tahap 1 dan Tahap 2 KBSR mata pelajaran dikategori kepada mata pelajaran Teras, mata pelajaran Wajib dan mata pelajaran Tambahan. Organisasi kurikulum dalam KSSR pula memberi tumpuan kepada Teras Asas, Teras Tema dan Elektif. Selain akademik KBSR dan KSSR juga memberi penekanan kepada kokurikulum dan pembangunan insaniah selaras dengan FPK. Dalam KLSR kurikulum secara mudahnya diorganisasikan kepada akademik dan kokurikulum sahaja. Daripada aspek bahan kurikulum pula KLSR banyak memberi tumpuan kepada yang terdapat dalam buku teks. Dalam KBSR, selain bahan-bahan daripada buku teks, bahan-bahan lain yang relevan difikir dan disediakan oleh guru sebagai bahan pembelajaran di dalam kelas. Bahan pembelajaran yang dipilih adalah untuk memperkembangkan secara harmonis potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pelaksanaan KSSR pula melibatkan pembelajaran secara modular. Bahan-bahan pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif dan hands-on digunakan ke arah pembelajaran yang berkesan dan ceria (learning is fun). Fokus kurikulum dalam KLSR adalah lebih kepada akademik. Kemahiran asas 3M adalah secara umum sahaja dan secara relatifnya kurang diberi penegasan berbanding dalam KBSR. Sehubungan itu kadar buta 3M dalam KLSR adalah lebih tinggi. Pembangunan diri pelajar secara seimbang, menyeluruh dan bersepadu melibatkan secara harmonis potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti dalam KBSR juga kurang berlaku dalam KLSR. Dalam KSSR selain konsep kesepaduan, fokus kepada 3M terus berlangsung. Kemahiran asas 3M ditegaskan semula dengan tambahan satu lagi kemahiran iaitu kemahiran menaakul, menjadikannya 4M. Konsep penilaian bentuk sumatif banyak berlangsung dalam KLSR. Murid-murid dinilai pada setiap hujung penggal yang mana terdapat tiga penggal dalam setahun. Dalam KBSR, selain penilaian bentuk sumatif, penilaian bentuk formatif banyak dilakukan. Penilaian bentuk formatif dilakukan bagi mengenal pasti pencapaian murid dalam menjalani proses pembelajaran mereka. Cara pengajaran guru akan diubahsuai berasaskan hasil penilaian tersebut supaya pembelajaran murid berkesinambungan. KSSR pula lebih memberi penekanan kepada penilaian atau pentaksiran yang berterusan; iaitu pentaksiran ke atas murid-murid berlangsung dari semasa ke semasa. Selain itu pentaksiran secara holistik melibatkan aspek-aspek berkaitan seseorang murid akan dilakukan. Jadual 2.2 menunjukkan perbandingan antara KLSR dengan KBSR dan KSSR. Jadual 2.3 pula menunjukkan perbandingan antara KBSR dengan KSSR.
  • 12. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 28 _______________________________________________________________________________ Jadual 2.2 Perbandingan Antara KLSR Dengan KBSR KLSR KBSR Kurikulum bersifat umum dan lebih Penekanan kepada kemahiran asas kepada hafalan. 3M (membaca, menulis dan mengira). Silibus yang statik dan perlu Gabung jalin kemahiran dan diselesaikan untuk peperiksaan. penyerapan isi daripada mata pelajaran lain. Mata pelajaran yang membebankan Tiga bidang utama diberi murid dengan bidang yang kurang penekanan dengan jelas iaitu jelas. komunikasi; perkembangan diri individu; dan manusia dan alam kelilingnya. Pengajaran yang tidak melibatkan Pengajaran dengan penglibatan penyertaan aktif murid (berpusatkan murid secara aktif (berpusatkan guru). murid). Pengajaran untuk seluruh kelas dan Pengajaran dalam bentuk kumpulan ala kuliah digunakan. dan individu digunakan Proses pengajaran dan pembelajaran Bahan pengajaran selaras dengan secara formal minat, umur dan kebolehan murid- murid. Tiada pertimbangan perbezaan Perkembangan pelajaran mengikut individu murid. kebolehan murid-murid. Hanya bergantung kepada Penggunaan bahan dan alat bantu penggunaan buku teks. mengajar yang lebih berkesan. Tiada program pemulihan kepada Program pemulihan kepada murid murid yang lemah dan yang lemah dan pengayaan kepada pengayaankepada yang cerdas. yang cerdas berasaskan keputusan ujian diagnosis. Penilaian berbentuk sumatif Penilaian formatif juga digunakan dijalankan untuk mengukur bagi menilai perkembangan dan pencapaian murid-murid. kemajuan murid.
  • 13. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 29 _______________________________________________________________________________ Jadual 2.3 Perbandingan Antara KBSR Dengan KSSR KBSR KSSR REKA • Berasaskan 3 Bidang: • Berasaskan 6 Tunjang: BENTUK - Komunikasi - Komunikasi KURIKULUM - Manusia dan Alam - Kerohanian, Sikap & Nilai Kelilingnya - Kemanusiaan - Perkembangan Diri - Perkembangan Fizikal Individu dan Estetika - Sains dan Teknologi - Keterampilan Diri • Linear • Modular BAHAN Sukatan Pelajaran (SP) dan Dokumen Standard Kandungan KURIKULUM Huraian Sukatan Pelajaran (DSK) (HSP) ORGANISASI • Tahap 1 • Tahap 1 KURIKULUM - Mata pelajaran Teras, - Modul Teras Asas, Modul Wajib & Tambahan Teras Tema & Modul Elektif • Tahap 2 • Tahap 2 - Mata pelajaran Teras, - Mata pelajaran Teras & Wajib & Tambahan Elektif KEMAHIRAN Elemen Kemahiran Elemen Kreativiti dan BERFIKIR Berfikir Secara Kritis dan Inovasi, Keusahawanan dan Kreatif Teknologi Maklumat & ICT secara eksplisit FOKUS • 3M • 4M - Membaca, menulis dan - Membaca, menulis, mengira mengira dan menaakul
  • 14. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 30 _______________________________________________________________________________ RUMUSAN Dalam unit ini telah dijelaskan tentang perubahan kurikulum sekolah rendah daripada KLSR kepada KBSR dan seterusnya KSSR. Perubahan berlaku atas rasional-rasional atau alasan yang kukuh seperti yang dijelaskan terutamanya berkait dengan kehendak perubahan waktu dan keselarasan dengan cabaran semasa. KLSR, KBSR dan KSSR mempunyai ciri kekuatan masing-masing yang boleh dianalisis dan dibandingbezakan antara satu dengan yang lain, namun apabila zaman dan cabaran berubah kurikulum yang terdahulu seperti KLSR dan KBSR menjadi kurang relevan lagi. Justeru KSSR telah diperkenalkan mulai 2011 dengan misi untuk membangunkan modal insan dan pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat; dan melahirkan insan ulul al-bab. KATA KUNCI Kurikulum bersepadu - kurikulum yang mengintegrasikan elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam isi pelajaran supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran. Kurikulum standard - kurikulum yang berasaskan kepada standard seperti standard kandungan, standard pembelajaran dan sebagainya. Prinsip KSSR - ada empat prinsip iaitu perkembangan individu secara menyeluruh; pendidikan yang sama untuk semua murid; pendekatan bersepadu; dan pendidikan seumur hidup. Standard Kandungan - Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran - Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Tunjang KSSR - Enam tunjang dalam KSSR iaitu komunikasi; kerohanian, sikap dan nilai; kemanusiaan; perkembangan fizikal dan estetika; sains dan teknologi; dan keterampilan diri
  • 15. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 31 _______________________________________________________________________________ PENILAIAN KENDIRI Jawab semua soalan berikut. 1. Dalam tahun 1979 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan telah diterbitkan. Berdasarkan laporan tersebut pendidikan sekolah rendah perlu memberi penegasan kepada ________________ A. disiplin B. kemahiran 3M C. pencapaian akademik D. pembangunan sahsiah 2. Manakah antara berikut menunjukkan terdapatnya kekurangan dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)? I. Tiada perkaitan yang jelas antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain. II. Sukatan pelajaran sekolah vernakular yang beorientasikan penjajah masih diguna pakai. III. Antara suatu peringkat pembelajaran dengan peringkat pembelajaran yang berikutnya tiada kesinambungan. IV. Pelaksanaan pengajaran dalam KLSR adalah terpengaruh dan berkaitan dengan persekitaran dan kehidupan. A. I dan III sahaja B. II dan IV sahaja C. I, III dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja 3. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan bagi mengganti Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). Manakah perbezaan antara KBSR dengan KLSR berikut yang benar? KBSR KLSR A. Murid lebih aktif dalam proses Guru bersifat autokratik dalam pembelajaran. pengajarannya. B. Hubungan yang harmonis Guru bertindak sebagai antara guru dengan murid. fasilitator di dalam bilik darjah. C. Penekanan kepada Penekanan kepada kemahiran pengetahuan. 3M. D. Berpusatkan guru dan bahan Berpusatkan murid untuk pembelajaran. perkembangan mereka.
  • 16. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 32 _______________________________________________________________________________ 4. KSSR ialah penambahbaikan daripada KBSR. Manakah antara berikut benar perbandingan antara KBSR dengan KSSR? A. Di Tahap 2 KSSR, terdapat mata pelajaran teras, wajib, dan tambahan. B. Bahan kurikulum dalam KBSR adalah dalam bentuk dokumen standard. C. Reka bentuk KBSR dan KSSR adalah berasaskan kepada enam tunjang. D. KSSR berfokus kepada kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. 5. Apakah kelebihan KSSR berbanding KBSR? I. Selain membaca, menulis dan mengira, elemen menaakul terdapat dalam KSSR. II. Elemen ICT tidak diintegrasikan merentas kurikulum dan pengajaran dalam KBSR. III. Standard lebih jelas dinyatakan bagi kandungan dan pembelajaran dalam KSSR. IV. KSSR bertujuan membekali generasi masa hadapan untuk menghadapi cabaran abad ke-21. A. I dan III sahaja B. II dan III sahaja C. II dan IV sahaja D. I, III dan IV sahaja CADANGAN JAWAPAN: 1. B; 2. C; 3. A; 4. D; 5. D RUJUKAN Akta Pendidikan 1996. Kuala Lumpur : MDC Publishers Printers.(1996) Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah: Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010. (Edisi Pelancaran). Kuala Lumpur: KPM. Kementerian Pendidikan Malaysia (1980). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia (1987). Kurikulum Baru Sekolah Rendah: Buku Panduan Khas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1992). Asas KBSR I. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • 17. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 33 _______________________________________________________________________________ Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1992). Asas KBSR II., Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sufean Hussin. (2004). Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Tajul Ariffin Noordin (1993). Perspektif falsafah dan pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.