2. PENGENALAN
• Digital audio adalah pengeluaran semula bunyi (sound
reproduction) menggunakan modulasi kod denyut (pulse-
code modulation) dan isyarat digital.
• Sistem digital audio antaranya termasuklah penukaran
analog-ke-digital (ADC), penukaran digital-ke-analog (DAC),
penyimpanan digital, pemprosesan dan komponen
transmisi.
• Manfaat utama yang diperolehi
daripada digital audio adalah dalam
kemudahan penyimpanan, penghantaran
dan dapatan semula.
3. PENGENALAN
Antara jenis audio yang digunakan dalam Aplikasi
Multimedia (Multimedia Applications) untuk menyediakan
bahan pengajaran dan pembelajaran adalah:
• Narasi/Penceritaan – penyampaian mesej secara
terus, selalunya mampu memberi kesan yang mendalam
untuk sesuatu persembahan.
• Muzik - menetapkan mood pembentangan, meningkatkan
emosi, mengilustrasikan isi-isi penting.
• Kesan Bunyi - untuk menghasilkan bunyi
tertentu, contohnya pintu berciut, letupan, angin, dan
sebagainya.
4. AUDACITY
• Audacity merupakan perisian sumber terbuka (open
source software) digunakan untuk memanipulasi
gelombang digital audio.
• Program ini boleh mengimport banyak format fail
bunyi, termasuk Pemodulatan Kod Denyut (Pulse Code
Modulation -PCM) seperti WAV, AIFF, MP3, Ogg
Vorbis, PCM format 8, 16, 24 dan 32-bit.
• Muat turun percuma di
http://audacity.sourceforge.net
5. PAPARAN PERISIAN AUDICITY
Tugasan 1:Lengkapkan penerangan bagi setiap fungsi
butang ikon pada kesemua ToolBar yang ada pada perisian
Audacity
6. Menghasilkan Audio Narasi atau
Penceritaan
Tugasan 2: Rakamkan narasi/penceritaan yang melibatkan
satu peristiwa kemalangan jalanraya di lebuhraya PLUS.
7. Mengimpot Fail Audio
Tugasan 3:Anda dikehendaki megimpot fail audio (nyanyian lagu) yang
mempunyai vokal. Setelah proses impot fail audio itu selesai, proseskan
audio tersebut supaya hilang vokal penyanyinya. Hasil akhir anda ialah
audio yang hanya mempunyai musiknya sahaja.
(http://www.youtube.com/watch?v=ghmdofG76ik&feature=related)
9. LANGKAH-LANGKAH UNTUK
MENYIMPAN PROJEK AUDACITY:
• Klik pada menu File Save Project As
• Klik OK pada dialog box yang dipaparkan
• Pilih lokasi simpanan anda
• Namakan fail dengan nama yang sesuai
(taipkan nama fail anda)
• Klik Save.
10. LANGKAH-LANGKAH UNTUK
MENUKARKAN FAIL KE FORMAT .WAV
• Klik pada menu File Export… pilih Save
As Type:
• Pilih format fail .WAV
• Pilih lokasi simpanan
• Namakan fail WAV dengan nama yang
berlainan dengan nama projek audio anda
• Klik Save.
11. LANGKAH-LANGKAH UNTUK
MENUKARKAN FAIL KE FORMAT .MP3
• Klik pada menu File Export… pilih Save
As Type:
• Pilih format fail .MP3 Files
• Pilih lokasi simpanan
• Namakan fail MP3 dengan nama yang
berlainan dengan nama projek audio anda
• Klik Save.
12. PENGUBAHSUAIAN PADA AUDIO
Pengubahsuaian yang boleh dilakukan ke atas
sesuatu audio yang dimasukkan atau
dirakamkan ke dalam perisian Audacity ialah:
• Menyalin (Copy)
• Mencantas (Cut)
• Memanipulasi Kesan (Effects)
13. PENGUBAHSUAIAN PADA AUDIO
Tugasan 4: Hasilkan audio dalam format .MP3 yang melibatkan anda
mendeklamasikan sajak dengan muzik latar yang bersesuaian.
(Cadangan: Anda boleh menggunakan muzik latar instrumental
OST (Original Sound Track) Selamat Pagi Cinta).