1. PANDUAN MENULIS ESEI AKADEMIK ATAU ILMIAH
Ada beberapa langkah yang perlu diambil di dalam menyiapkan esei akademik. Antaranya
ialah:
1. memahami masalah sebenar yang hendak dikaji dan diselesaikan melalui maklumat yang
sudah ada melalui pembacaan awal
2. membuat andaian mengenai jawapan kepada persoalan berkenaan berasaskan maklumat
yang diperolehi dan menggunakan kebolehan sendiri membuat penilaian awal
3. merangka satu bentuk penyelidikan berdasarkan andaian tersebut dan segala idea yang
mempunyai kaitan dengannya
4. mencari bahan-bahan yang berkenaan, sesuai dan perlu untuk dijadikan sebagai asas
penghuraian selanjutnya dan kemudian menyunting atau mengeditnya mengikut kesesuaian
5. menulis laporan berkaitan kajian tersebut berdasarkan bahan atau data-data berkenaan. Dan
membuat ulasan, pandangan serta analisa sendiri yang berdasarkan kepada nilai-nilai
pemikiran yang ilmiah dan pandangan yang objektif
6. Kesimpulan yang dibuat pada akhir tulisan yang menggambarkan intipati tanggapan dan
saranan penulis. Ia hendaklah merupakan sebenarnya kesimpulan terhadap apa yang telah
dihuraikan.
TEKNIK MENULIS
1. Penaipan
a. Jenis huruf : Times New Roman b. Teknik penulisan
Saiz huruf : 12 poin - Awal- Pendahuluan
Jarak : 1.5 line - Isi
- Akhir- Kesimpulan
c. Mukasurat- 15 m/s shj.
2. Warna Kulit Kertas
i. Pengajian Malaysia : Biru iii. Pendidikan Moral : Kuning
ii. PengajianIslam : Hijau iv. Bahasa Kebangsaan : Merah
3. Susunan
a. Halaman Judul d. Rujukan
b. Senarai Kandungan e. Lampiran
c. Teks / Isi / Fakta
4. Halaman Depan
a. Lambang UNISEL
b. Nama Universiti Selangor
c. Judul Assignment
d. Nama Ahli Kumpulan dan no matrik
e. Kursus
f. Kod Subjek
g. Subjek
h. Nama Pensyarah
i. Tarikh
j. Nombor-Tel/e-mail
1
2. MPW1143
5. Senarai Kandungan
Hendaklah dimulakan dengan halaman baru dengan perkataan KANDUNGAN. Ditaipdi tengah
antara jalur kiri dan kanan. Mestilah mengandungi senarai bahan yang terdapat dalam kandungan
kertas kerja iaitu tajuk-tajuk bahagian, bab dan subtajuk yang berkenaan.
6. Rujukan
Mestilah dimulakan pada halaman yang baru dan mengandungi senarai bahan yang dirujuk dalam teks.
Kesemua bahan rujukan hendaklah disusun mengikut abjad
7. Lampiran
Dalam penulisan ilmiah seperti assignment/kertas kerja, perlu mengandungi lapiran. Lampiran
hendaklah disusun sebagai LAMPIRAN A, LAMPIRAN B,………… bergantung pada jenis dan
banyaknya bahan yang disertakan sebagai lampiran.
8. Pemarkahan
Isi - 20%
Teknik/ Format/ Kemas - 5%
Komentar/ Ulasan - 5%
9. Senarai Rujukan
i. Buku
Nama Pengarang. Tahun terbitan. Judul buku (condong atau bergaris bawah). Penyunting, penyusun,
penterjemah. Nama siri buku dan jilid atau bilangan siri. Edisi. Bilangan jilid. Tempat terbit kolon
Penerbit.
Contoh:
Nik Rahimah Nik Yaacob. 1991. Perancangan dan Pengurusan Keluaran. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.
ii. Makalah. Terdapat beberapa rujukan dan contoh berkaitan dengan makalah.
a. Makalah dalam jurnal
Nama pengarang. Tahun. Judul Makalah. Nama Jurnal (condong atau garis bawah). Nombor
keluaran. Halaman seluruh makalah.
Contoh:
Sham Sani. 1989. Aspek Sosio-ekonomi Masyarakat Temuan di Bukit Tampot. Akademika 35: 87-96.
b. Makalah dalam majalah
Contoh:
2
3. MPW1143
Ismail Hamid. 1990. Sastera Kitab. Dewan Sastera, Mei: 79-83.
c. Makalah dalam akhbar dibezakan pada dua:
Pertama: Dengan Pengarang
Faisal Othman. 1992. Jaga Kepentingan Umum Asas Pemerintahan Islam. Utusan Malaysia. 30
Oktober: 6
Kedua: Tanpa Pengarang
Mingguan Malaysia. 1992. Masjid di Algeria Jadi Medan Latihan Golongan Pelampau. 23 Februari:
10.
iii. Berita Dalam Akhbar
Pertama: Berita/ rencana dengan nama penulis.
Ahmad Shauqi & Asiah Haji Hassan. 1992. BSN Bayar Dividen: Galak Sijil Simpanan Premium.
Berita Harian, 25 Januari: 1.
Kedua: Berita/ rencana tanpa nama penulis.
Kenaikan Bayaran Pos Wajar. 1992. Berita Harian. 25 Januari: 2.
Ketiga: Surat kepada editor.
Fidani. 1992. Jangan Salahkan Imam, Bilal Saja. Surat. Berita Harian, 30 Oktober: 5.
iv. Tesis atau Latihan Ilmiah
Contoh:
Abdul Rahman Napiah, 1991. Tuah-Jebat Dalam Drama Melayu: Satu Kajian Intekstualiti. Tesis Dr.
Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia.
v. Internet
Pengarang. Tahun. Tajuk. Nama jurnal dll. Volume. Mukasurat. Tapak/jejak/fail/(tarikh access)
Contoh:
Clark, J.K (1999) Humidity Sensor. Journal of Physics (Online) 2, 9. pada
http://www.cit.edu/phs/sensor.html (20 Julai 1995)
10. Sistem Cacatan Bawah
Catatan bawah merupakan nota-nota di bawah sesuatu halaman tertentu yang menerangkan atau
memberi maklumat tambahan mengenai perkara yang terdapat dalam kandungan teks pada halaman
berkenaan.
- Cara penomboran catatan bawah;
a. Menggunakan angka superskrip, misalnya pada tempat yang berkenaan pada sesuatu halaman
dalam teks
b. Menggunakan angka yang sama di bahagian bawah halaman itu dan memberikan catatan atau
maklumat tambahan
3
4. MPW1143
c. Panjang garis pemisah antara teks dengan catatan bawah hendaklah tidak kurang daripada 40 mm.
d. Angka yang digunakan haruslah berterusan untuk setiap bab. Dengan kata lain, angka pada suatu
halaman itu tidak boleh diulangi pada halaman berikutnya.
- Pembutiran
Nama pengarang, judul, penerbit, tempat, tahun, jilid, halaman.
Contoh:
1
Mohamad Idris Saleh dkk., Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur, Utusa
Publications & Distributors, 1994, hlm. 90.
11. Pelajar juga boleh menggunakan sistem rujukan dalam teks untuk menunjukkan sumber yang dirujuk
oleh pelajar semasa membuat penulisan. Contoh:
Teori prinsip kewajipan ialah suatu teori deontologi-peraturan yang mementingkan peranan peraturan
dalam membuat penilaian dan pertimbangan moral (Muthulagan Thangavelu dll, 2009)- contoh
rujukan dalam teks.
mwazir99@hotmail.com
4