1. BIDALAN
1. Ada sampan hendak berenang = sengaja menyusahkan diri sendiri
2. Air dicincang tidak putus =dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan walaupun
bergaduh
3. Air susu dibalas dengan air tuba = kebaikan dibalas dengan kejahatan
4. Air yang dingin juga dapat memadamkan api =kata-kata yang lemah lembut dapat
meredakan kemarahan seseorang
5. Alah bisa tegal biasa = perkara yang susah akan menjadi mudah kalau selalu dibuat
6. Alang-alang berdakwat biar hitam = setiap kerja yang dibuat biarlah sempurna, jangan
separuh jalan
7. Anak harimau jangan dipelihara = jangan berbuat baik pada orang suka berbuat jahat
8. Anak kucing menjadi harimau = orang miskin jadi kaya,orang biasa jadi orang besar
9. Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak = gunakan benda yang sebelum
dapat benda yang lebih baik
10. Bangkai gajah dapatkah ditutup dengan nyiru = kejahatan yang besar tidak dapat
disembunyikan
11. Belum duduk sudah berlunjur = belum dapat sesuatu, sudah gembira
12. Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi = sesuatu perkara tidak mungkin berlaku
daripada satu pihak saja
13. Burung terbang dipipiskan lada = bersiap sedia mendapatkan hasil yang belum dapat
14. Cacing hendak menjadi naga = orang kecil hendak menyamai orang besar
15. Cepat kaki, ringan tangan = rajin dan cepat bekerja
16. Dapat durian runtuh = mendapat keuntungan tanpa bersusah payah
17. Di mana semut mati kalau tidak dalam gula = manusia selalunya terperangkap oleh pujuk
rayu dan puji-pujian
18. Hati hendak semua jadi = jika ada kemahuan, semua perkara dapat dilakukan
19. Hilang di mata di hati jangan = walaupun berjauh, tetap ingat di hati
20. Indah khabar daripada rupa = perkara yang berlaku dilebih-lebihkan daripada yang
sebenar
21. Jauh panggang dari api = Jawapan atau sindiran yang tidak tepat / betul
22. Jauhari jua yang mengenal manikam = orang yang bijaksana juga dapat menyelesaikan
sesuatu masalah
23. Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut = kalau tak nak berusaha, kita
tidak akan mendapat kemajuan
24. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri = nasihat atau pelajaran yang tidak yang tidak
dimasukkan ke dalam ingatan
25. Melentur buluh biarlah ketika rebung = mendidik anak hendaklah semasa kecil
26. Membuang garam ke laut = menolong orang yang tidak perlu ditolong
27. Nasi sudah menjadi bubur = sudah terlanjur, tidak dapat diubah
28. Orang mengantuk disorongkan bantal = memperoleh sesuatu yang diinginkan
29. Sediakan payung sebelum hujan = berjaga-jaga sebelum dapat bencana / malapetaka
30. Sudah terantuk baru tengadah = sudah dapat kemalangan, baru nak beringat
31. Takut akan bayang-bayang sendiri = rasa takut kerana bersalah
32. Ukur baju di badan sendiri = melakukan sesuatu hendaklah mengikut kemampuan diri
sendiri