SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 6
Downloaden Sie, um offline zu lesen
JENRY BIN SAIPARUDIN               CT11210669

JURNAL PENDIDIKAN (III) TZ20106b : ISU – ISU PENILAIAN



1.0 PENGENALAN JURNAL : ISU – ISU PENILAIAN

    Serentak dengan pengisytiharan FPN, sistem pendidikan negara beranjak daripada
sistem yang lebih berpusat pada pencapaian akademik kepada sistem yang berpusat pada
pembinaan sahsiah secara menyeluruh dan bersepadu daripada segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Kurikulum Bersepadu diperkenalkan dan menjadi tunjang sistem pendidikan
negara. Transformasi itu merupakan pelaksanaan yang berdasarkan Laporan Kabinet
Mengkaji Semula Pelaksanaan Dasar Pelajaran yang terbit pada tahun 1979.

     Ramai orang awam sependapat dalam pemansuhan ini, dan kebanyakkannya
memberikan respon terhadap UPSR dan PMR di mana penggunaan sijil yang terhad untuk
memohon sebarang pekerjaan.

“ Ibu Bapa Pedalaman Setuju Mansuh UPSR, PMR

KENINGAU: Rata-rata ibu bapa di kawasan pedalaman bersetuju terhadap cadangan
pemansuhan, Ujian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR),
tetapi menegaskan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih diperlukan.

(www.keningaukini.com )”

Pelajar yang berlatar belakangkan keluarga yang kurang mampu dan mendesak mereka
bersekolah setakat peringkat rendah sama ada UPSR atau PMR tidak mempunyai banyak
kelayakan untuk mendapatkan pekerjaan walaupun pencapaian akademik dalam penilaian
rendah itu adalah baik. Hakikatnya, mereka hanya dapat menyara kehidupan dengan
mengikut jejak orang tuanya.

        Pemansuhan UPSR dan PMR tidak banyak mempengaruhi dalam menilai tahap
penguasaan pelajar secara menyeluruh pada tahun-tahun pelajar tersebut bersekolah.
Kebanyakkan pelajar yang cemerlang dalam UPSR atau PMR tidak dapat mengekalkan
kecemerlangan tersebut atas sebab perubahan aras dalam item soalan, perubahan diri
pelajar mahupun permasalahan luar dan dalam pelajar.

       Pada masa kini, ibu bapa seakan-akan berlumba-lumba dan mendesak anak-anak
mereka untuk mendapatkan gred terbaik dalam UPSR dan PMR tanpa melihat kesan-kesan
negative yang boleh mempengaruhi pelajar disebabkan tekanan tersebut. Kesan yang
paling ketara apabila pelajar menunjukkan tiada minat dalam pembelajaran di peringkat
SPM dan secara langsung mendorong pelajar tersebut gagal.

Selain itu, tekanan dari pihak sekolah untuk mencapai reputasi baik dalam pemerolehan
data sekolah yang terbaik sedikit sebanyak memfokuskan ke arah akademik semata-mata
tanpa mengambilkira masalah pelajar tersebut. Harapan yang tinggi menggunung terhadap
pelajar tersebut boleh menyebabkan kegagalan jika pelajar tidak mampu untuk mengangkat
subjek-subjek yang mencabar.

        Oleh kerana keputusan peperiksaan terlalu dititikberatkan, kebanyakan sekolah
rendah akan memberi sumber daya yang lebih banyak kepada pelajar yang berprestasi
tinggi, akibatnya pelajar yang kurang maju diabaikan. Masalah golongan yang diabaikan ini
menjadi semakin teruk, menyebabkan peratusan yang tinggi antara mereka berhenti sekolah
apabila sampai pada peringkat sekolah menengah.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila para pelajar hanya tahu menghafal untuk
menghadapi peperiksaan, akhirnya mereka tidak berkemampuan menyelesaikan masalah
kehidupan kerana tidak tahu berfikir. Sistem pendidikan yang sedia ada telah membazirkan
banyak sumber pendidikan, justeru tidak efektif dalam pembentukan bakat professional yang
sanggup dan mampu menghadapi cabaran globalisasi abab ke 21.



2.0 SINOPSIS TERHADAP JURNAL

   Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof
Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata Kementerian Pelajaran perlu memastikan
bahawa pelajar di sekolah rendah mahir dalam 3M (membaca, menulis dan mengira)
sebelum memansuhkan dua peperiksaan awam berkenaan.

    Kerajaan diminta membuat kajian secara terperinci dan mendapatkan pandangan
daripada pihak yang berkepentingan sebelum memansuhkan peperiksaan awam seperti
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaiaan Menengah Rendah (PMR).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata cadangan pemansuhan
peperiksaan itu kepada kerajaan akan mengubah sistem pendidikan negara yang kini terlalu
berorientasikan peperiksaan menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh
yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai.



Sesi Meja Bulat Bincang Cadangan Mansuh UPSR Dan PMR

Kementerian Pelajaran akan mengadakan sesi meja bulat bagi membincangkan secara
mendalam maklumbalas terhadap cadangannya memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua pihak berkepentingan
akan dipelawa mengambil bahagian dalam sesi itu untuk memberi pandangan masing-
masing.

Beliau yang berterima kasih kepada saranan-saranan yang diberikan pelbagai pihak
terhadap cadangan itu melalui media massa, meminta agar perdebatan mengenai cadangan
itu dihentikan bagi memberi peluang kepada kementerian itu meneliti segala pandangan
yang telah dikemukakan.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata seluruh pimpinan pendidikan negara telah
menunjukkan minat besar terhadap perkara itu dan majoriti respons yang diterima bersetuju
dengan cadangan itu, walaupun ada sebahagiannya mencadangkan supaya sistem
peperiksaan itu hanya ditambah baik dalam bentuk penilaian.


3.0 PANDANGAN MENGENAI JURNAL

   Sistem pendidikan negara kita yang memusatkan (centralized) telah menyebabkan
kandungan pendidikan diputarbelit di bawah faktor politik. Apabila dasar-dasar diputuskan
bukan merujuk kepada faktor pendidikan, akan melahirkan keadaan yang tidak adil, seperti
kekurangan guru di sekolah rendah aliran Cina. Kesatuan-kesatuan dari aliran pendidikan
Cina atau Tamil meluahkan rasa terpinggir dalam daya saing dasar pendidikan tersebut.

   Manakala, pentadbiran pendidikan birokrasi yang mementingkan keuntungan dan
keputusan prestasi sendiri pula akan menjadikan peperiksaan sebagai alat pengurusan
utama mereka untuk menguasai pengetua dan guru - guru di sekolah. Pihak pentadbiran
sebegini tidak professional dan akan menjadikan pendidikan yang berorientasikan
peperiksaan semakin teruk. Kesannya, ramai ketua-ketua jabatan hanya memandang
keputusan di atas kertas iaitu peperiksaan dalam menilai pelajar walaupun pelajar berikut
mempunyai bakat dan kecenderungan dalam sukan tetapi demi reputasi yang dikejar dan
kebanggaan setiap ketua-ketua jabatan, bakat pelajar tersebut dinafikan,selain
menyebabkan pelajar tersebut berkemungkinan akan tercicir dalam akademik.

    Hakikatnya, pendidikan yang berorientasikan peperiksaan turut menyusahkan mereka
yang kurang berpendapatan atau golongan yang miskin. Menurut Coleman Report, 1966,
kebanyakan keputusan pengajian pendidikan menunjukkan bahawa latar belakang dan
keadaan sosio-ekonomi keluarga seseorang pelajar ada kaitan yang rapat dengan
keputusan peperiksaannya. Penguasaan pelajar dalam pelajarannya banyak dipengaruhi
oleh peredaran zaman yang pantas sekarang ini, Malahan faktor keluarga lebih
mempengaruhi pelajar jika dibanding dengan faktor sekolah. Lain kata, pelajar yang
berprestasi maju biasanya datang daripada keluarga yang berpendapat sederhana atau
tinggi. Secara tersirat,kita telah membahagikan kategori terhadap kehidupan pelajar; contoh,
murid yang miskin tidak akan mampu mengubah nasib dirinya jika ia tidak dapat mencapai
akademik yang baik.

    Namun demikian, kesemua fokus media, biasiswa yang diberi oleh pertubuhan serta
pengumuman keputusan baik atau pemujian oleh pihak kerajaan mahupun masyarakat
adalah kepada golongan pelajar yang berprestasi maju sahaja dalam pencapaian
akademik semata-mata. Segala fokus dan kebaikan diberi kepada golongan ini
mengakibatkan golongan lemah yang sepatutnya mendapat tumpuan telah diabaikan.
Ketidak adilan    pemberian sumber pembelajaran kepada mereka yang lemah dan
berprestasi rendah akhirnya tidak mendapat bantuan yang secukupnya.

    Masyarakat dan pihak pentadbiran pendidikan birokrasi menganggap peperiksaan
sebagai piawaian utama pengajaran guru dan pentadbiran pengetua, adalah tidak adil.
Fungsi peperiksaan telah disalahgunakan justeru mempengaruhi pengajaran para guru.
Guru cenderung mengajar pelajar yang bagus sahaja dan mengabaikan mereka yang
lemah. Walaupun diatur untuk membimbing pelajar yang lemah, guru juga tidak berusaha
bersungguh untuk mengajar. Objektif untuk membentuk dan melahirkan modal insan hanya
tertumpu kepada pelajar yang berprestasi tinggi dalam akademik namun tidak jika pelajar
tersebut berprestasi dalam kegiatan sukan.



4.0 ULASAN TERHADAP JURNAL

    Setelah   peninjauan   yang   mendalam,berdasarkan     penghormatan   terhadap
profesionalisme pendidikan, menimbangkan keburukan pendidikan berorientasikan
peperiksaan dan kekecohan selepas pemansuhan peperiksaan awam, jika mengekalkan
UPSR dan PMR, sistem baru mungkin sukar didirikan. Dengan ini, kita mengharap agar
Kementerian Pelajaran menyediakan dan mengumumkan rancangan pentaksiran alternatif
yang selaras dengan kehendak membentuk modal insan yang seimbang.

    Rancangan alternatif Kementerian Pelajaran harus memastikan orientasi peperiksaan
sekarang diubah dan digantikan dengan pendidikan humanistik yang mementingkan
pembangunan dan pembelajaran keseluruhan murid, memelihara modal insan yang
diperlukan oleh negara dan masyarakat. Bakat dan kemahiran murid dapat diasah dan boleh
membantu pelajar dalam kelangsungan kehidupan yang semakin mencabar kini.

   Selain itu, objektif pendidikan adalah utama, sistem pentaksiran ialah sampingan,
rancangan alternatif juga sama. Jika rancangan alternatif Kementerian Pelajaran tidak
sempurna, ia mesti terbuka kepada pihak berkepentingan masyarakat untuk memberi
cadangan lain bagi menyempurnakannya. Sekurang-kurangnya masyarakat diberi
kebebasan atau dapat memberikan idea yang sesuai untuk mereka dalam arena global.

    Sebarang perubahan kepada sistem pentaksiran sedia ada hendaklah dilakukan hanya
setelah kajian terperinci dilakukan. Pengalaman yang lalu di mana perubahan-perubahan
yang dilakukan secara tergesa-gesa dan tanpa kajian terperinci telah membawa kesan yang
amat buruk kepada sistem pendidikan negara. Segala keperluan asas dan infrastruktur
hendaklah disiapkan dengan sempurna sebelum sebarang perubahan kepada sistem
pentaksiran dilakukan.

    Profesionalisme dan kebijaksanaan guru memang penting, tetapi yang paling penting
bagi guru ialah dorongan misi. Oleh itu, Kursus KPLI kini perlu dikaji semula untuk
mengelakkan pelatih menerusi saluran ini memilih kerjaya ini kerana tidak dapat pekerjaan
lain, ini akan memberi kesan kepada kualiti pendidikan dari jangka masa panjang. Selain
pertindihan penempatan dari Institut Perguruan atau Universiti Pendidikan, kita memerlukan
kualiti dalam mendidik anak bangsa supaya mereka memperoleh ilmu yang berkualiti
secara langsung dapat bersaing dalam dunia global.

    Sistem pendidikan nasional harus didesentralisasikan, kerajaan perlu meletakkan kuasa
pendidikan, menyelaraskan sistem birokrasi yang rigid, menambahkan keelastikan serta
mengurangkan simptom-simptom ketidakadilan dan tidak munasabah. Kementerian
Pelajaran tidak harus mempolitikkan dasar tersebut dan menghormati pendapat profesional
pendidikan demi menuntut keseimbangan kemahiran dalam masyarakat. Justeru, fokus
dalam melaksanakan sesuatu dasar tetap konsisten tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor
yang tidak berkaitan untuk melahirkan dan membentuk modal insan yang berdaya saing.

    Pendidikan dan peperiksaan bukan sahaja masalah antara pelajar dan guru, bukan
sahaja masalah prestasi guru besar dan sekolah. Tetapi juga masalah budaya suatu
masyarakat. Maka kita patut menyarankan agar masyarakat sivil menubuhkan pakatan
reformasi pendidikan yang merangkumi ahli pakar, ahli akademik, pendidik, ibubapa dan ahli
masyarakat, supaya membincang dan mengutarakan pendapat berhubung dengan
reformasi pendidikan, memantau rancangan dan pelaksanaan pemansuhan kedua-dua
peperiksaan tersebut. Sudah semestinya golongan yang berlatar-belakangkan pendidikan
atau perguruan dapat menyelami sedikit sebanyak kaedah-kaedah yang dikenalpasti bagi
meningkatkan aras pencapaian diri pelajar. Selain itu, dalam menjalankan penyelidikan
hendaklah lebih mendalam setelah mendapat maklumbalas daripada perbincangan dengan
LPM untuk memurnikan lagi SPPM, agar ia dapat disesuaikan dengan hasrat dan kehendak
KPM untuk perlaksanaan pada skala yang lebih besar di seluruh negara.

   Berdasarkan prinsip keadilan sosial, maklamat sistem pendidikan nasional ialah
mencapai satu masyarakat yang lebih adil, bukan memburukkan ketidaksamaan
masyarakat. Pengagihan sumber pendidikan harus lebih meneliti peluang pendidikan kanak-
kanak kelas menengah dan rendah, ia termasuk pengagihan sumber dalaman sekolah,
umpamanya cara menyusun kelas-kelas, pengagihan guru-guru dan lain. Dengan ini,
semangat mengajar tanpa kira jenis dan kebolehan pelajar boleh direalisasikan.

    Maka jelaslah, pendidikan berorientasikan peperiksaan sekarang tidak mampu lagi
mencapai objektif pendidikan seperti yang dirancang, sebaliknya menghasilkan generasi
baru yang hilang keseimbangan antara jasmani dan mental dan hilang daya saing. Ini bukan
sahaja tidak mendatangkan kebaikan bagi sendiri dan masyarakat, ia sebenarnya
menyebabkan banyak masalah sosial, termasuk masalah penggangguran mahasiswa,
jenayah belia dan lain-lain.

    Selain daripada itu, pendidikan negara kita sentiasa dipergunakan sebagai alat
memajukan dasar pendidikan bahasa tunggal, ia terlalu dipolitikkan dan pendapat
professional tidak dititikberatkan. Ini menyebabkan Kementerian Pelajaran hilang fungsinya.
Memandangkan begitu, kita mengharapkan isu ini menarik perhatian semua pihak untuk
memikir semula sistem pendidikan nasional termasuk Akta Pendidikan 1996. Kementerian
Pelajaran sendiri juga harus mengkaji semula dasar-dasar sedia ada untuk memastikan
sistem pendidikan negara kita boleh merentasi halangan politik, birokrasi dan kepentingan
kaum yang sempit, ia harus kembali kepada intipati pendidikan.



5.0 PENUTUP

   Kementerian Pelajaran kembali meneliti dan bertindak dengan lebih bersungguh-
sungguh untuk mencapai hasrat murni Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ke arah:

“Memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.”

    Sehubungan dengan ini, kita harus menggunakan peluang polemik ini yang mungkin
merealisasikan reformasi pendidikan, meninjau dari segi profesionalisme pendidikan, dari
teori hingga ke sistem, dari pusat ke tempat, mengadakan pengajian semula keseluruhan
terhadap semua aspek sistem pendidikan negara kita. Kita bertanggungjawab mengusulkan
dasar yang profesional, berharap ia akan meningkatkan kualiti warganegara, meluaskan dan
membangunkan kekuatan negara kita iaitu kepelbagaian budaya dan kepelbagaian bahasa,
memperkasakan daya saing negara dalam ombak globalisasi. Dengan ini, kita pasti akan
boleh mengorak langkah ke Wawasan 2020, negara maju dan berpendapatan tinggi.

    Akhir sekali, peralihan paradigma yang cuba dilakukan oleh Kementerian Pelajaran
hendaknya tidak semata-mata berlangsung dalam bentuk pemansuhan dua peperiksaan
umum itu, tetapi hendaklah benar-benar kembali kepada terasnya, iaitu pelaksanaan sistem
pendidikan yang dapat membina insan yang baik, sesuai dengan matlamat pendidikan yang
digariskan oleh Islam (dan agama lain), dan telah pun diisytiharkan dalam Falsafah
Pendidikan Negara.
RUJUKAN



Utusan Malaysia; 20hb JUN 2010 ; Pemansuhan UPSR dan PMR

Coleman Report ("Equality of Educational Opportunity"), 1966.

Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG

http://pmr.penerangan.gov.my ; Isu pemansuhan UPSR dan PMR

www.keningaukini.com : Ibu Bapa Pedalaman Setuju Mansuh UPSR, PMR

Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali
Hassan ; Penguasan 3M.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Kajian tindakan sekolah SMKTT 2015
Kajian tindakan sekolah SMKTT 2015Kajian tindakan sekolah SMKTT 2015
Kajian tindakan sekolah SMKTT 2015Nisa Ramli
 
Asement edu
Asement eduAsement edu
Asement edusihah
 
Seminar peyelidikan kpt uum program integrasi mashithah
Seminar peyelidikan kpt uum program integrasi mashithahSeminar peyelidikan kpt uum program integrasi mashithah
Seminar peyelidikan kpt uum program integrasi mashithahMashithah Khalid
 
Penulisan jurnal
Penulisan jurnalPenulisan jurnal
Penulisan jurnalMohd Hilmi
 
Jurnal Homeschooling hj. Ade Muslimat
Jurnal Homeschooling hj. Ade MuslimatJurnal Homeschooling hj. Ade Muslimat
Jurnal Homeschooling hj. Ade MuslimatAde Muslimat
 
Paparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di Indonesia
Paparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di IndonesiaPaparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di Indonesia
Paparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di IndonesiaNegeri Pelangi
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifRekha Mariappan
 
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suzianaUlasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suzianaSuziana Kamaruddin
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruAhmad NazRi
 
Pendidikan dan Belajar Jarak Jauh
Pendidikan dan Belajar Jarak JauhPendidikan dan Belajar Jarak Jauh
Pendidikan dan Belajar Jarak JauhSiti Hardiyanti
 
Hbef3503 tugasan pend. inklusif
Hbef3503 tugasan pend. inklusifHbef3503 tugasan pend. inklusif
Hbef3503 tugasan pend. inklusifZauhari Hussein
 
Bahan Internet Budaya
Bahan Internet BudayaBahan Internet Budaya
Bahan Internet Budayaguest49fcffbc
 

Was ist angesagt? (19)

Kajian tindakan sekolah SMKTT 2015
Kajian tindakan sekolah SMKTT 2015Kajian tindakan sekolah SMKTT 2015
Kajian tindakan sekolah SMKTT 2015
 
Asement edu
Asement eduAsement edu
Asement edu
 
Seminar peyelidikan kpt uum program integrasi mashithah
Seminar peyelidikan kpt uum program integrasi mashithahSeminar peyelidikan kpt uum program integrasi mashithah
Seminar peyelidikan kpt uum program integrasi mashithah
 
Kes buli
Kes buliKes buli
Kes buli
 
Penulisan jurnal
Penulisan jurnalPenulisan jurnal
Penulisan jurnal
 
masalah pembelajaran
masalah pembelajaranmasalah pembelajaran
masalah pembelajaran
 
Isu sains sem3
Isu sains   sem3Isu sains   sem3
Isu sains sem3
 
Jurnal Homeschooling hj. Ade Muslimat
Jurnal Homeschooling hj. Ade MuslimatJurnal Homeschooling hj. Ade Muslimat
Jurnal Homeschooling hj. Ade Muslimat
 
Paparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di Indonesia
Paparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di IndonesiaPaparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di Indonesia
Paparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di Indonesia
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
 
SLIDE KK PENGAJIAN AM
SLIDE KK PENGAJIAN AMSLIDE KK PENGAJIAN AM
SLIDE KK PENGAJIAN AM
 
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suzianaUlasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guru
 
Bab I
Bab IBab I
Bab I
 
Abahhhh
AbahhhhAbahhhh
Abahhhh
 
Pendidikan dan Belajar Jarak Jauh
Pendidikan dan Belajar Jarak JauhPendidikan dan Belajar Jarak Jauh
Pendidikan dan Belajar Jarak Jauh
 
Hbef3503 tugasan pend. inklusif
Hbef3503 tugasan pend. inklusifHbef3503 tugasan pend. inklusif
Hbef3503 tugasan pend. inklusif
 
Hukuman rotan
Hukuman rotanHukuman rotan
Hukuman rotan
 
Bahan Internet Budaya
Bahan Internet BudayaBahan Internet Budaya
Bahan Internet Budaya
 

Ähnlich wie PentingnyaPentaksiranAlternatif

TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat GlobalTIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat GlobalAdilah Yahaya
 
Dampak ujian nasional terhadap kualitas pendidikan
Dampak ujian nasional terhadap kualitas pendidikanDampak ujian nasional terhadap kualitas pendidikan
Dampak ujian nasional terhadap kualitas pendidikanMastudiar Daryus
 
Dampak ujian nasional terhadap kualitas pendidikan
Dampak ujian nasional terhadap kualitas pendidikanDampak ujian nasional terhadap kualitas pendidikan
Dampak ujian nasional terhadap kualitas pendidikanMastudiar Daryus
 
Dilema penjurusan siswa di sma pada kurikulum 2013
Dilema penjurusan siswa di sma pada kurikulum 2013Dilema penjurusan siswa di sma pada kurikulum 2013
Dilema penjurusan siswa di sma pada kurikulum 2013Sinta Indriani
 
ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA KAJIAN TENTANG KECENDERUNGAN PELAJAR MEMILIH UNTUK...
ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA KAJIAN TENTANG KECENDERUNGAN PELAJAR MEMILIH UNTUK...ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA KAJIAN TENTANG KECENDERUNGAN PELAJAR MEMILIH UNTUK...
ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA KAJIAN TENTANG KECENDERUNGAN PELAJAR MEMILIH UNTUK...NurBalqis33200
 
Dampak un padaualitas pendidikan
Dampak un padaualitas pendidikanDampak un padaualitas pendidikan
Dampak un padaualitas pendidikanMastudiar Daryus
 
Dampak un padaualitas pendidikan
Dampak un padaualitas pendidikanDampak un padaualitas pendidikan
Dampak un padaualitas pendidikanMastudiar Daryus
 
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahSme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahdghalimah
 
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahSme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahDgMasniah
 
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahSme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahLim Yang
 
15_Wacana Penerapan Full Day School Untuk Siswa SD dan SMP
15_Wacana Penerapan Full Day School Untuk Siswa SD dan SMP15_Wacana Penerapan Full Day School Untuk Siswa SD dan SMP
15_Wacana Penerapan Full Day School Untuk Siswa SD dan SMPsakuramochi
 
Artikel ujian nasional dilema dan tantangan
Artikel  ujian nasional dilema dan tantanganArtikel  ujian nasional dilema dan tantangan
Artikel ujian nasional dilema dan tantanganTri Tjandra
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranNgan Jiaing
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalSayshare
 
Elm3043 masalah moral lawan guru
Elm3043 masalah moral lawan guruElm3043 masalah moral lawan guru
Elm3043 masalah moral lawan guruBadriyatun Kamar
 
2, sm, tri wahyu nugroho, prof. dr. hapzi ali, strategic management, swot ana...
2, sm, tri wahyu nugroho, prof. dr. hapzi ali, strategic management, swot ana...2, sm, tri wahyu nugroho, prof. dr. hapzi ali, strategic management, swot ana...
2, sm, tri wahyu nugroho, prof. dr. hapzi ali, strategic management, swot ana...triwahyunugroho3
 

Ähnlich wie PentingnyaPentaksiranAlternatif (20)

TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat GlobalTIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
 
2
22
2
 
Dampak ujian nasional terhadap kualitas pendidikan
Dampak ujian nasional terhadap kualitas pendidikanDampak ujian nasional terhadap kualitas pendidikan
Dampak ujian nasional terhadap kualitas pendidikan
 
Dampak ujian nasional terhadap kualitas pendidikan
Dampak ujian nasional terhadap kualitas pendidikanDampak ujian nasional terhadap kualitas pendidikan
Dampak ujian nasional terhadap kualitas pendidikan
 
Dilema penjurusan siswa di sma pada kurikulum 2013
Dilema penjurusan siswa di sma pada kurikulum 2013Dilema penjurusan siswa di sma pada kurikulum 2013
Dilema penjurusan siswa di sma pada kurikulum 2013
 
ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA KAJIAN TENTANG KECENDERUNGAN PELAJAR MEMILIH UNTUK...
ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA KAJIAN TENTANG KECENDERUNGAN PELAJAR MEMILIH UNTUK...ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA KAJIAN TENTANG KECENDERUNGAN PELAJAR MEMILIH UNTUK...
ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA KAJIAN TENTANG KECENDERUNGAN PELAJAR MEMILIH UNTUK...
 
Dampak un
Dampak unDampak un
Dampak un
 
Dampak un padaualitas pendidikan
Dampak un padaualitas pendidikanDampak un padaualitas pendidikan
Dampak un padaualitas pendidikan
 
Dampak un padaualitas pendidikan
Dampak un padaualitas pendidikanDampak un padaualitas pendidikan
Dampak un padaualitas pendidikan
 
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahSme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
 
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahSme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
 
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahSme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
 
15_Wacana Penerapan Full Day School Untuk Siswa SD dan SMP
15_Wacana Penerapan Full Day School Untuk Siswa SD dan SMP15_Wacana Penerapan Full Day School Untuk Siswa SD dan SMP
15_Wacana Penerapan Full Day School Untuk Siswa SD dan SMP
 
Artikel ujian nasional dilema dan tantangan
Artikel  ujian nasional dilema dan tantanganArtikel  ujian nasional dilema dan tantangan
Artikel ujian nasional dilema dan tantangan
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Tugasan 7
Tugasan 7Tugasan 7
Tugasan 7
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnal
 
Keciciran
KeciciranKeciciran
Keciciran
 
Elm3043 masalah moral lawan guru
Elm3043 masalah moral lawan guruElm3043 masalah moral lawan guru
Elm3043 masalah moral lawan guru
 
2, sm, tri wahyu nugroho, prof. dr. hapzi ali, strategic management, swot ana...
2, sm, tri wahyu nugroho, prof. dr. hapzi ali, strategic management, swot ana...2, sm, tri wahyu nugroho, prof. dr. hapzi ali, strategic management, swot ana...
2, sm, tri wahyu nugroho, prof. dr. hapzi ali, strategic management, swot ana...
 

Mehr von Jenry Saiparudin

Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranJenry Saiparudin
 
Statistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulananStatistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulananJenry Saiparudin
 
Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)Jenry Saiparudin
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarJenry Saiparudin
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...Jenry Saiparudin
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Jenry Saiparudin
 
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...Jenry Saiparudin
 
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudinTd20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudinJenry Saiparudin
 
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudinTd20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudinJenry Saiparudin
 

Mehr von Jenry Saiparudin (20)

ITEM TV20106b
ITEM TV20106bITEM TV20106b
ITEM TV20106b
 
Force
ForceForce
Force
 
Pressure formulalist
Pressure formulalistPressure formulalist
Pressure formulalist
 
Formula of light mind map
Formula of light  mind mapFormula of light  mind map
Formula of light mind map
 
TD20003
TD20003TD20003
TD20003
 
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Heat formula list
Heat formula listHeat formula list
Heat formula list
 
PERANAN ICT
PERANAN ICTPERANAN ICT
PERANAN ICT
 
PERANAN ICT
PERANAN ICTPERANAN ICT
PERANAN ICT
 
Statistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulananStatistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulanan
 
Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
 
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
 
Tz20006b rph50mwithpict
Tz20006b rph50mwithpictTz20006b rph50mwithpict
Tz20006b rph50mwithpict
 
Kit transisi11
Kit transisi11Kit transisi11
Kit transisi11
 
Pemikiran lateral de bono
Pemikiran lateral de bonoPemikiran lateral de bono
Pemikiran lateral de bono
 
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudinTd20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudin
 
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudinTd20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudin
 

PentingnyaPentaksiranAlternatif

  • 1. JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669 JURNAL PENDIDIKAN (III) TZ20106b : ISU – ISU PENILAIAN 1.0 PENGENALAN JURNAL : ISU – ISU PENILAIAN Serentak dengan pengisytiharan FPN, sistem pendidikan negara beranjak daripada sistem yang lebih berpusat pada pencapaian akademik kepada sistem yang berpusat pada pembinaan sahsiah secara menyeluruh dan bersepadu daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kurikulum Bersepadu diperkenalkan dan menjadi tunjang sistem pendidikan negara. Transformasi itu merupakan pelaksanaan yang berdasarkan Laporan Kabinet Mengkaji Semula Pelaksanaan Dasar Pelajaran yang terbit pada tahun 1979. Ramai orang awam sependapat dalam pemansuhan ini, dan kebanyakkannya memberikan respon terhadap UPSR dan PMR di mana penggunaan sijil yang terhad untuk memohon sebarang pekerjaan. “ Ibu Bapa Pedalaman Setuju Mansuh UPSR, PMR KENINGAU: Rata-rata ibu bapa di kawasan pedalaman bersetuju terhadap cadangan pemansuhan, Ujian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), tetapi menegaskan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih diperlukan. (www.keningaukini.com )” Pelajar yang berlatar belakangkan keluarga yang kurang mampu dan mendesak mereka bersekolah setakat peringkat rendah sama ada UPSR atau PMR tidak mempunyai banyak kelayakan untuk mendapatkan pekerjaan walaupun pencapaian akademik dalam penilaian rendah itu adalah baik. Hakikatnya, mereka hanya dapat menyara kehidupan dengan mengikut jejak orang tuanya. Pemansuhan UPSR dan PMR tidak banyak mempengaruhi dalam menilai tahap penguasaan pelajar secara menyeluruh pada tahun-tahun pelajar tersebut bersekolah. Kebanyakkan pelajar yang cemerlang dalam UPSR atau PMR tidak dapat mengekalkan kecemerlangan tersebut atas sebab perubahan aras dalam item soalan, perubahan diri pelajar mahupun permasalahan luar dan dalam pelajar. Pada masa kini, ibu bapa seakan-akan berlumba-lumba dan mendesak anak-anak mereka untuk mendapatkan gred terbaik dalam UPSR dan PMR tanpa melihat kesan-kesan negative yang boleh mempengaruhi pelajar disebabkan tekanan tersebut. Kesan yang paling ketara apabila pelajar menunjukkan tiada minat dalam pembelajaran di peringkat SPM dan secara langsung mendorong pelajar tersebut gagal. Selain itu, tekanan dari pihak sekolah untuk mencapai reputasi baik dalam pemerolehan data sekolah yang terbaik sedikit sebanyak memfokuskan ke arah akademik semata-mata tanpa mengambilkira masalah pelajar tersebut. Harapan yang tinggi menggunung terhadap pelajar tersebut boleh menyebabkan kegagalan jika pelajar tidak mampu untuk mengangkat subjek-subjek yang mencabar. Oleh kerana keputusan peperiksaan terlalu dititikberatkan, kebanyakan sekolah rendah akan memberi sumber daya yang lebih banyak kepada pelajar yang berprestasi tinggi, akibatnya pelajar yang kurang maju diabaikan. Masalah golongan yang diabaikan ini menjadi semakin teruk, menyebabkan peratusan yang tinggi antara mereka berhenti sekolah apabila sampai pada peringkat sekolah menengah.
  • 2. Keadaan menjadi lebih teruk apabila para pelajar hanya tahu menghafal untuk menghadapi peperiksaan, akhirnya mereka tidak berkemampuan menyelesaikan masalah kehidupan kerana tidak tahu berfikir. Sistem pendidikan yang sedia ada telah membazirkan banyak sumber pendidikan, justeru tidak efektif dalam pembentukan bakat professional yang sanggup dan mampu menghadapi cabaran globalisasi abab ke 21. 2.0 SINOPSIS TERHADAP JURNAL Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata Kementerian Pelajaran perlu memastikan bahawa pelajar di sekolah rendah mahir dalam 3M (membaca, menulis dan mengira) sebelum memansuhkan dua peperiksaan awam berkenaan. Kerajaan diminta membuat kajian secara terperinci dan mendapatkan pandangan daripada pihak yang berkepentingan sebelum memansuhkan peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaiaan Menengah Rendah (PMR). Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata cadangan pemansuhan peperiksaan itu kepada kerajaan akan mengubah sistem pendidikan negara yang kini terlalu berorientasikan peperiksaan menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai. Sesi Meja Bulat Bincang Cadangan Mansuh UPSR Dan PMR Kementerian Pelajaran akan mengadakan sesi meja bulat bagi membincangkan secara mendalam maklumbalas terhadap cadangannya memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua pihak berkepentingan akan dipelawa mengambil bahagian dalam sesi itu untuk memberi pandangan masing- masing. Beliau yang berterima kasih kepada saranan-saranan yang diberikan pelbagai pihak terhadap cadangan itu melalui media massa, meminta agar perdebatan mengenai cadangan itu dihentikan bagi memberi peluang kepada kementerian itu meneliti segala pandangan yang telah dikemukakan. Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata seluruh pimpinan pendidikan negara telah menunjukkan minat besar terhadap perkara itu dan majoriti respons yang diterima bersetuju dengan cadangan itu, walaupun ada sebahagiannya mencadangkan supaya sistem peperiksaan itu hanya ditambah baik dalam bentuk penilaian. 3.0 PANDANGAN MENGENAI JURNAL Sistem pendidikan negara kita yang memusatkan (centralized) telah menyebabkan kandungan pendidikan diputarbelit di bawah faktor politik. Apabila dasar-dasar diputuskan bukan merujuk kepada faktor pendidikan, akan melahirkan keadaan yang tidak adil, seperti kekurangan guru di sekolah rendah aliran Cina. Kesatuan-kesatuan dari aliran pendidikan Cina atau Tamil meluahkan rasa terpinggir dalam daya saing dasar pendidikan tersebut. Manakala, pentadbiran pendidikan birokrasi yang mementingkan keuntungan dan keputusan prestasi sendiri pula akan menjadikan peperiksaan sebagai alat pengurusan utama mereka untuk menguasai pengetua dan guru - guru di sekolah. Pihak pentadbiran
  • 3. sebegini tidak professional dan akan menjadikan pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semakin teruk. Kesannya, ramai ketua-ketua jabatan hanya memandang keputusan di atas kertas iaitu peperiksaan dalam menilai pelajar walaupun pelajar berikut mempunyai bakat dan kecenderungan dalam sukan tetapi demi reputasi yang dikejar dan kebanggaan setiap ketua-ketua jabatan, bakat pelajar tersebut dinafikan,selain menyebabkan pelajar tersebut berkemungkinan akan tercicir dalam akademik. Hakikatnya, pendidikan yang berorientasikan peperiksaan turut menyusahkan mereka yang kurang berpendapatan atau golongan yang miskin. Menurut Coleman Report, 1966, kebanyakan keputusan pengajian pendidikan menunjukkan bahawa latar belakang dan keadaan sosio-ekonomi keluarga seseorang pelajar ada kaitan yang rapat dengan keputusan peperiksaannya. Penguasaan pelajar dalam pelajarannya banyak dipengaruhi oleh peredaran zaman yang pantas sekarang ini, Malahan faktor keluarga lebih mempengaruhi pelajar jika dibanding dengan faktor sekolah. Lain kata, pelajar yang berprestasi maju biasanya datang daripada keluarga yang berpendapat sederhana atau tinggi. Secara tersirat,kita telah membahagikan kategori terhadap kehidupan pelajar; contoh, murid yang miskin tidak akan mampu mengubah nasib dirinya jika ia tidak dapat mencapai akademik yang baik. Namun demikian, kesemua fokus media, biasiswa yang diberi oleh pertubuhan serta pengumuman keputusan baik atau pemujian oleh pihak kerajaan mahupun masyarakat adalah kepada golongan pelajar yang berprestasi maju sahaja dalam pencapaian akademik semata-mata. Segala fokus dan kebaikan diberi kepada golongan ini mengakibatkan golongan lemah yang sepatutnya mendapat tumpuan telah diabaikan. Ketidak adilan pemberian sumber pembelajaran kepada mereka yang lemah dan berprestasi rendah akhirnya tidak mendapat bantuan yang secukupnya. Masyarakat dan pihak pentadbiran pendidikan birokrasi menganggap peperiksaan sebagai piawaian utama pengajaran guru dan pentadbiran pengetua, adalah tidak adil. Fungsi peperiksaan telah disalahgunakan justeru mempengaruhi pengajaran para guru. Guru cenderung mengajar pelajar yang bagus sahaja dan mengabaikan mereka yang lemah. Walaupun diatur untuk membimbing pelajar yang lemah, guru juga tidak berusaha bersungguh untuk mengajar. Objektif untuk membentuk dan melahirkan modal insan hanya tertumpu kepada pelajar yang berprestasi tinggi dalam akademik namun tidak jika pelajar tersebut berprestasi dalam kegiatan sukan. 4.0 ULASAN TERHADAP JURNAL Setelah peninjauan yang mendalam,berdasarkan penghormatan terhadap profesionalisme pendidikan, menimbangkan keburukan pendidikan berorientasikan peperiksaan dan kekecohan selepas pemansuhan peperiksaan awam, jika mengekalkan UPSR dan PMR, sistem baru mungkin sukar didirikan. Dengan ini, kita mengharap agar Kementerian Pelajaran menyediakan dan mengumumkan rancangan pentaksiran alternatif yang selaras dengan kehendak membentuk modal insan yang seimbang. Rancangan alternatif Kementerian Pelajaran harus memastikan orientasi peperiksaan sekarang diubah dan digantikan dengan pendidikan humanistik yang mementingkan pembangunan dan pembelajaran keseluruhan murid, memelihara modal insan yang diperlukan oleh negara dan masyarakat. Bakat dan kemahiran murid dapat diasah dan boleh membantu pelajar dalam kelangsungan kehidupan yang semakin mencabar kini. Selain itu, objektif pendidikan adalah utama, sistem pentaksiran ialah sampingan, rancangan alternatif juga sama. Jika rancangan alternatif Kementerian Pelajaran tidak sempurna, ia mesti terbuka kepada pihak berkepentingan masyarakat untuk memberi
  • 4. cadangan lain bagi menyempurnakannya. Sekurang-kurangnya masyarakat diberi kebebasan atau dapat memberikan idea yang sesuai untuk mereka dalam arena global. Sebarang perubahan kepada sistem pentaksiran sedia ada hendaklah dilakukan hanya setelah kajian terperinci dilakukan. Pengalaman yang lalu di mana perubahan-perubahan yang dilakukan secara tergesa-gesa dan tanpa kajian terperinci telah membawa kesan yang amat buruk kepada sistem pendidikan negara. Segala keperluan asas dan infrastruktur hendaklah disiapkan dengan sempurna sebelum sebarang perubahan kepada sistem pentaksiran dilakukan. Profesionalisme dan kebijaksanaan guru memang penting, tetapi yang paling penting bagi guru ialah dorongan misi. Oleh itu, Kursus KPLI kini perlu dikaji semula untuk mengelakkan pelatih menerusi saluran ini memilih kerjaya ini kerana tidak dapat pekerjaan lain, ini akan memberi kesan kepada kualiti pendidikan dari jangka masa panjang. Selain pertindihan penempatan dari Institut Perguruan atau Universiti Pendidikan, kita memerlukan kualiti dalam mendidik anak bangsa supaya mereka memperoleh ilmu yang berkualiti secara langsung dapat bersaing dalam dunia global. Sistem pendidikan nasional harus didesentralisasikan, kerajaan perlu meletakkan kuasa pendidikan, menyelaraskan sistem birokrasi yang rigid, menambahkan keelastikan serta mengurangkan simptom-simptom ketidakadilan dan tidak munasabah. Kementerian Pelajaran tidak harus mempolitikkan dasar tersebut dan menghormati pendapat profesional pendidikan demi menuntut keseimbangan kemahiran dalam masyarakat. Justeru, fokus dalam melaksanakan sesuatu dasar tetap konsisten tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor yang tidak berkaitan untuk melahirkan dan membentuk modal insan yang berdaya saing. Pendidikan dan peperiksaan bukan sahaja masalah antara pelajar dan guru, bukan sahaja masalah prestasi guru besar dan sekolah. Tetapi juga masalah budaya suatu masyarakat. Maka kita patut menyarankan agar masyarakat sivil menubuhkan pakatan reformasi pendidikan yang merangkumi ahli pakar, ahli akademik, pendidik, ibubapa dan ahli masyarakat, supaya membincang dan mengutarakan pendapat berhubung dengan reformasi pendidikan, memantau rancangan dan pelaksanaan pemansuhan kedua-dua peperiksaan tersebut. Sudah semestinya golongan yang berlatar-belakangkan pendidikan atau perguruan dapat menyelami sedikit sebanyak kaedah-kaedah yang dikenalpasti bagi meningkatkan aras pencapaian diri pelajar. Selain itu, dalam menjalankan penyelidikan hendaklah lebih mendalam setelah mendapat maklumbalas daripada perbincangan dengan LPM untuk memurnikan lagi SPPM, agar ia dapat disesuaikan dengan hasrat dan kehendak KPM untuk perlaksanaan pada skala yang lebih besar di seluruh negara. Berdasarkan prinsip keadilan sosial, maklamat sistem pendidikan nasional ialah mencapai satu masyarakat yang lebih adil, bukan memburukkan ketidaksamaan masyarakat. Pengagihan sumber pendidikan harus lebih meneliti peluang pendidikan kanak- kanak kelas menengah dan rendah, ia termasuk pengagihan sumber dalaman sekolah, umpamanya cara menyusun kelas-kelas, pengagihan guru-guru dan lain. Dengan ini, semangat mengajar tanpa kira jenis dan kebolehan pelajar boleh direalisasikan. Maka jelaslah, pendidikan berorientasikan peperiksaan sekarang tidak mampu lagi mencapai objektif pendidikan seperti yang dirancang, sebaliknya menghasilkan generasi baru yang hilang keseimbangan antara jasmani dan mental dan hilang daya saing. Ini bukan sahaja tidak mendatangkan kebaikan bagi sendiri dan masyarakat, ia sebenarnya menyebabkan banyak masalah sosial, termasuk masalah penggangguran mahasiswa, jenayah belia dan lain-lain. Selain daripada itu, pendidikan negara kita sentiasa dipergunakan sebagai alat memajukan dasar pendidikan bahasa tunggal, ia terlalu dipolitikkan dan pendapat professional tidak dititikberatkan. Ini menyebabkan Kementerian Pelajaran hilang fungsinya.
  • 5. Memandangkan begitu, kita mengharapkan isu ini menarik perhatian semua pihak untuk memikir semula sistem pendidikan nasional termasuk Akta Pendidikan 1996. Kementerian Pelajaran sendiri juga harus mengkaji semula dasar-dasar sedia ada untuk memastikan sistem pendidikan negara kita boleh merentasi halangan politik, birokrasi dan kepentingan kaum yang sempit, ia harus kembali kepada intipati pendidikan. 5.0 PENUTUP Kementerian Pelajaran kembali meneliti dan bertindak dengan lebih bersungguh- sungguh untuk mencapai hasrat murni Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ke arah: “Memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” Sehubungan dengan ini, kita harus menggunakan peluang polemik ini yang mungkin merealisasikan reformasi pendidikan, meninjau dari segi profesionalisme pendidikan, dari teori hingga ke sistem, dari pusat ke tempat, mengadakan pengajian semula keseluruhan terhadap semua aspek sistem pendidikan negara kita. Kita bertanggungjawab mengusulkan dasar yang profesional, berharap ia akan meningkatkan kualiti warganegara, meluaskan dan membangunkan kekuatan negara kita iaitu kepelbagaian budaya dan kepelbagaian bahasa, memperkasakan daya saing negara dalam ombak globalisasi. Dengan ini, kita pasti akan boleh mengorak langkah ke Wawasan 2020, negara maju dan berpendapatan tinggi. Akhir sekali, peralihan paradigma yang cuba dilakukan oleh Kementerian Pelajaran hendaknya tidak semata-mata berlangsung dalam bentuk pemansuhan dua peperiksaan umum itu, tetapi hendaklah benar-benar kembali kepada terasnya, iaitu pelaksanaan sistem pendidikan yang dapat membina insan yang baik, sesuai dengan matlamat pendidikan yang digariskan oleh Islam (dan agama lain), dan telah pun diisytiharkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.
  • 6. RUJUKAN Utusan Malaysia; 20hb JUN 2010 ; Pemansuhan UPSR dan PMR Coleman Report ("Equality of Educational Opportunity"), 1966. Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG http://pmr.penerangan.gov.my ; Isu pemansuhan UPSR dan PMR www.keningaukini.com : Ibu Bapa Pedalaman Setuju Mansuh UPSR, PMR Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan ; Penguasan 3M.