1. KOD KURSUS KPT 6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
Tajuk:
TUGASAN 3- KAJIAN TINJAUAN ASPEK PENGURUSAN,PENGGUNAAN,
KEMAHIRAN PROFESSIONAL ATAU PSIKOLOGI DALAM AMALAN
PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK/WEB DI INSTITUSI PENDIDIKAN
TAJUK KAJIAN:
KAJIAN TERHADAP PERANAN GURU MENGINTEGRASIKAN
ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Disediakan oleh:
NOR HIDAYU BINTI JAMALI
(M20121000512)
Disemak oleh :
PROFESOR MADYA DATO’ DR ABD LATIF HJ GAPOR
PENSYARAH KPT 6044
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UPSI
2. TUGASAN 3 : KAJIAN TINJAUAN PENGURUSAN, PENGGUNAAN,KEMAHIRAN
PROFESSIONAL ATAU PSIKOLOGI DALAM AMALAN
PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK/WEB DI INSTITUSI
PENDIDIKAN
TAJUK
1.0
: KAJIAN TERHADAP PERANAN GURU MENGINTEGRASIKAN
ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDAHULUAN
Pendidikan membawa maksud proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan
kepada seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Ledakan ICT
masa kini
telah
menyebabkan
kualiti
perkhidmatan dan peranan guru
berubah.
Guru bertangggungjawab dalam memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan tingkah
laku kepada pelajarnya dalam mencapai Falsafah Pendidikan Negara. Kajian ini dijalankan
bagi mengenal pasti perubahan peranan guru yang memberikan kesan kepada integrasi ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp). Guru perlu peka dengan perubahan dengan ICT
yang memberi kesan kepada budaya pendidikan. Maka secara tidak langsung keadaan
ini mendesak perubahan peranan guru. Sampel kajian terdiri daripada 10 orang guru yang
mengajar di sekolah rendah di luar bandar. Data daripada guru diperoleh diperolehi dengan
mengedarkan set soalan soal selidik yang perlu dijawab secara bertulis. Antara perubahan
peranan guru kesan integrasi ICT dalam pdp ialah peranan guru yang lebih besar
seperti keperluan menggunakan kemahiran dan pengetahuan ICT dalam pdp, keperluan
menguasai dan mempunyai kemahiran dan pengetahuan ICT dalam pdp dan, merapatkan
jurang digital dalam kalangan pelajar.
2.0
LATAR BELAKANG
Globalisasi ialah satu ideologi perubahan budaya, sosial, dan politik yang dicetuskan oleh
kemajuan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang telah membawa perubahan
dalam budaya, sosial dan politik ini. Globalisasi telah menyebabkan wujudnya konsep dunia
tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global dan konsep
perubahan tingkah laku(Nesbit & Adesope 2006). Justeru, ICT telah memberi kesan yang
besar ke atas anjakan perubahan sistem pengurusan pendidikan di negara-negara yang sedang
membangun seperti Malaysia.
ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and
Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat. Teknologi
3. Maklumat dan Komunikasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Teknologi maklumat dan
komunikasi ialah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan
dan
penyebaran
maklumat
melalui
penggunaan
teknologi
komputer
dan
tele-
komunikasi. ICT juga membawa maksud pelbagai bentuk alat dan sistem yang digunakan
dalam memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan
maklumat melalui media elektronik. ICT kini digunakan dalam hampir semua aspek
kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yg lebih besar terhadap
dunia akan datang.
Maksud integrasi ICT dalam pdp ialah penggunaan teknologi
pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Integrasi ICT
dalam pdp dilihat dari dua aspek iaitu aspek pengajaran yang bermaksud guru menggunakan
ICT dan aspek pembelajaran bermaksud murid menggunakan ICT. Menurut Pusat
Perkembangan Kurikulum (2001), manfaat
yang diperolehi daripada ICT dalam
pembelajaran adalah seperti berikut:
a. guru berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran;
b. maklumat pelajar yang terdiri daripada pelbagai keupayaan dapat diberikan dengan
peluang pembelajaran yang sama;
c. motivasi murid-murid dapat ditingkatkan lagi;
d. penggunaan ICT dalam pembelajaran dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang
menyeronokkan dan mencabar;
e. daya kreativiti dan imaginasi murid dapat dipertingkatkan lagi;
f. murid-murid dapat belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum; dan
g. kemahiran ICT murid-murid dapat dipertingkatkan lagi.
Manakala dalam konteks ICT dalam pengajaran, ICT digunakan sebagai
alat persembahan dan alat demonstrasi serta menurut Pusat Perkembangan Kurikulum
(2001) tetapi tiada cara tertentu yang boleh dikatakan sebagai cara terbaik dan mesti
digunakan dalam penggunaan ICT dalam p & p. Malah, pendekatan yang terbaik ialah
apabila penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang
diharapkan dalam jangka masa yang munasabah.
Penggunaan teknologi hendaklah digabung jalinkan bersama pedagogi tertentu. Guru
perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti pdp. ICT dalam
pdp akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan
penilaian. Holmes (1999) memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam p &
p memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah
4. pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan
komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam
P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap
isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.
Pada tahun 2001, Kementerian Pendidikan telah mengemukakan tiga dasar penting
berkaitan pengunaan ICT. Dasar ini melibatkan (i) kepentingan literasi ICT untuk semua
pelajar, (ii) keutamaan peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum serta alat pdp dan (iii)
kegunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem
pengurusan. Dasar - dasar ini menunjukkan sistem pendidikan negara ini mengutamakan
pengunaan ICT dalam pdp di sekolah - sekolah. Oleh sebab ini, guru terlibat secara langsung
dengan dasar bagi mencapai tujuan dasar.
Dalam Buku Panduan KBSR ada dinyatakan,"walau bagaimanapun sama ada
perubahan yang dicadangkan itu akan menjadi kenyataan atau tidak, adalah bergantung
kepada peranan yang dimainkan oleh setiap guru. (Abd. Aziz 2000) menyebut guru sebagai
pelaksana perubahan dalam kurikulum mestilah seorang yang bersifat positif dalam segala
hal. Mereka perlu mempunyai kreativiti yang tinggi terutamanya dalam penciptaan alat dan
bahan pengajaran, peka dalam hal perubahan perubahan dan pembaharuan-pembaharuan
terutamanya menggunakan pendekatan atau kaedah-kaedah pdp serta aktif dalam tugasnya
di bilik darjah berhubung dengan pengelolaan, pengurusan dan pengawasan aktiviti yang
berjalan dalam bilik darjah.
Kini
kualiti
perkhidmatan
perlu
ditingkatkan dan
pelanggan
pendidikan
mendesak peningkatan mutu perkhidmataan. Oleh itu, seseorang guru perlu memberi
perkhidmatan bermutu, kemahiran yang pelbagai dengan tanggapan yang luas dan
mendalam. Guru - guru perlu peka dengan sebarang perubahan, budaya pendidikan, misi
pendidikan dan bersedia menerima perubahan menggunakan peralatan canggih. Faktor faktor memerlukan guru agar berubah mengikut perkembangan semasa. Guru - guru perlu
peka dan bertindak kepada perubahan supaya perubahan tidak membawa padah yang buruk
(Zainal Abidin,1999)
Guru berperanan dalam mewujudkan persekitaran ICT yang kondusif untuk semua
pelajar, dimana ICT diintegrasikan menjadi sebahagian proses pdp di sekolah sebagaimana
teknologi tersebut menjadi sebahagian daripada pengalaman pelajar di luar sekolah. (Norton
& Wiburg 2003). Guru juga perlu mengatasi pelbagai cabaran antaranya dari segi perubahan
peranan guru, amalan-amalan pengajaran, penguasaan pengetahuan serta kemahirankemahiran ICT. Kejayaan pelaksanaan inovasi dalam pendidikan bergantung kepada
5. kemampuan guru-guru menumpukan peranan mereka dan menguasai pengetahuan serta lainlain kemahiran.
3.0
PENYATAAN MASALAH
Cabaran mengintegrasi ICT di bilik darjah merupakan cabaran kemanusiaan berbanding
mengatasi cabaran teknologi seperti peralatan dan kemudahan ICT. Pada asasnya, cabaran
bukan hanya berkaitan dengan membantu guru mengoperasi alat teknologi tetapi membantu
guru-guru memperoleh pengetahuan dan kemahiran bagi mengintegrasi teknologi dalam
pengajaran
mereka. Oleh
itu, peranan
guru juga mengalami
transformasi.
Guru-
guru memainkan peranan penting dalam bilik darjah yang mana guru memerlukan tugas dan
tanggungjawab yang mencabar. Guru - guru perlu mengatasi pelbagai cabaran terutama dari
segi perubahan dari segi peranan guru, amalan-amalan pengajaran, penguasaan pengetahuan
serta kemahiran ICT. Kejayaan pelaksanaan sebarang perubahan dan inovasi dalam
pendidikan sangat bergantung kepada kemampuan guru - guru untuk memfokuskan semula
peranan mereka serta menguasai pengetahuan dan kemahiran baru. Justeru fokus kajian
untuk melihat jawapan kepada persoalan-persoalan berikut :
1) Apakah tahap pengetahuan dan kemahiran guru ICT dalam pdp ?
2) Apakah pandangan guru mengenai integrasi ICT dalam pdp ?
3) Apakah perubahan peranan guru kesan integrasi ICT dalam pdp ?
4) Apakah cabaran yang dihadapi guru dalam mengintegrasikan ICT dalam pdp ?
4.0
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian bagi persoalan ini ialah :
1) Melihat tahap pengetahuan dan kemahiran guru untuk integrasi ICT dalam pdp.
2) Mengetahui pandangan guru mengenai integrasi ICT dalam pdp.
3) Mengetahui perubahan peranan guru kesan integrasi ICT dalam pdp.
4) Mengenalpasti cabaran yang dihadapi guru dalam mengintegrasikan ICT dalam pdp.
5.0
METODOLOGI KAJIAN
Responden bagi kajian ini terdiri dari guru-guru mengajar di sekolah luar bandar iaitu
Sekolah Kebangsaan Dato’Panglima Bukit Gantang, Changkat Jering Perak. Seramai 10
orang responden terlibat yang mengajar dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah tersebut.
Enam orang responden ialah perempuan manakala 4 lain ialah lelaki. Senarai responden
6. mengikut kod, jantina, mata pelajaran yang diajar dan tempoh mengajar di lampirakan di
dalam jadual 1.
Kod
Jantina
Mata Pelajaran yang
diajar
Tempoh Mengajar
( tahun)
R1
Lelaki
Bahasa Melayu
25
R2
Lelaki
Kajian Tempatan
30
R3
Lelaki
Bahasa Inggeris
30
R4
Lelaki
Pendidikan Seni
21
R5
Perempuan
Bahasa Inggeris
15
R6
Perempuan
Sains
3
R7
Perempuan
Matematik
13
R8
Perempuan
Bahasa Melayu
18
R9
Perempuan
Bahasa Melayu
3
R10
Perempuan
Matematik
15
JADUAL 1: Kod, Jantina, Mata Pelajaran yang diajar dan Tempoh Mengajar Responden
6.0
DATA ANALISIS
Kajian ini dilakukan secara kualitatif untuk memberi peluang luas kepada responden
memberi pengalaman dan pendapat mereka. Satu borang kaji selidik telah disediakan sebagai
kerangka untuk jawapan responden. Tujuannya adalah untuk menggalakkan responden
memberi respon akan isu-isu yang dibangkitkan dalam soalan soal selidik. Borang kaji selidik
disediakan berdasarkan rujukan perpustakaan mengenai perubahan peranan guru kesan
integrasi ICT dalam pdp. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian A
mengumpul maklumat demografi para responden seperti jantina, umur, bangsa, status
pendidikan, tempoh mengajar dan mata pelajaran yang diajar. Bahagian B pula mengumpul
maklumat mengenai pengetahuan dan kemahiran guru mengenai ICT, pandangan guru
mengenai integrasi ICT dalam pdp, integrasi ICT dalam pdp, halangan mengitegrasi iCT
dan perubahan peranan guru. Semua responden menjawab soalan secara bertulis.
7. 7.0
DAPATAN KAJIAN
Respon dikumpulkan secara bertulis dan disusun mengikut kategori. Antara kategori yang
didapati dalam kajian ini ialah tahap pengetahuan dan kemahiran guru untuk integrasi ICT
dalam pdp, pandangan guru mengenai integrasi ICT dalam pdp, perubahan peranan guru
kesan integrasi ICT dalam pdp dan cabaran yang dihadapi guru dalam mengintegrasikan
ICT dalam pdp.
7.1
Pengetahuan dan kemahiran guru dalam ICT
Semua responden menpunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam menggunakan perisianperisian pemprosesan perkataan iaitu Microsof Office terutama Words, Power Point, Excel
dan lain-lain. Begitu juga dengan kemahiran menggunakan peralatan ICT seperti slaid dan
LCD di dalam bilik darjah. Hanya seorang seorang responden iaitu R9 mempunyai
kemahiran dalam menggunakan perisian Photoshop, Movie Maker dan Express. R6
mempunyai pengetahuan dan kemahiran menghasilkan video dan audio.
7.2
Pandangan guru mengenai integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
Semua responden bersetuju tentang keperluan menggunakan ICT dalam pdp. Kajian
mendapati semua responden memberikan pandangan tentang bagaiman ICT memberikan
faedah dalam pdp. R1 mengatakan pengunaan ICT dalam p & p mengikut topik yang diajar
dapat mengekalkan minat pelajar dalam pdp. Pelajar didapati memberi perhatian lebih lama
semasa proses pdp dijalankan. Malah, pandangan ini disokong oleh pandangan oleh R4 dan
R10 yang menyatakan pengunaan ICT dalam pdp dapat menarik pdp dan menjadikan proses
pdp menarik dan menyeronokkan. R6 menyatakan bahawa integrasi ICT akan memantapkan
proses pdp. ICT juga perlu diintegrasi kerana dapat meningkatkan kemahiran guru dan
pelajar dalam bidang ICT.
7.2
Dalam
Integrasi ICT dalam p & p
aspek
aplikasi,
semua
responden
mengitegrasi
ICT
dalam
pdp.
Responden menggunakan powerpoint, video, laptop dan LCD semasa pdp mereka. Para
responden juga gemar memilih kaedah pengajaran yang mengintegrasikan ICT dalam p
dp berserta kaedah konvesional seperti “talk and chalk”. Walau bagaimanapun, R7 tidak
bersetuju integrasi ICT dalam pdp. Beliau lebih gemar menjalankan pdp tanpa integrasi
kerana beliau mengajar mata pelajaran matematik dikatakan berkesan secara terus kepada
8. pelajar. R10 pula mengatakan integrasi ICT hendaklah bersesuaian dengan subjek dan topik
yang diajar kepada pelajar.
7.3
Perubahan peranan guru
7.3.1 Perubahan peranan guru kesan integrasi ICT
6 responden mengatakan terdapat perubahan peranan guru kesan perkembangan ICT dari segi
pedagogi. R8 berpendapat bahawa guru perlu memainkan peranan yang lebih besar dalam
proses pdp. 4 responden yang tidak bersetuju kerana peranan guru tetap sama, yang berubah
hanyalah cara penyampaian ilmu kepada pelajar.
7.3.2 Kerelevenan tugas guru
Integrasi ICT dalam pdp memudahkan tugas guru kerana pelajar kini dapat belajar dimana
sahaja. Namun begitu, ICT tidak dapat mengantikan tugas guru. Semua responden tidak
bersetuju dan mengatakan guru tetap diperlukan dalam pdp. R9 mengatakan integrasi ICT
dalam pdp hanya berfungsi membantu guru dalam memudahkan lagi pemahaman seorang
pelajar terhadap sesuatu pdp. Pengunaan ICT tidak boleh dilakukan tanpa kehadiran guru.
R6 dalam pdp guru adalah pembimbing dan dapat berinteraksi secara terus dengan pelajar.
R4 mengatakan pelajar memerlukan guru jika tidak memahami sesuatu dalam kandungan
pdp. Sebarang permasalahan yang timbul boleh diselesaikan oleh guru. Kenyataan ini
disokong R7 bahawa integrasi ICT tidak memadai kerana tidak semua pelajar dapat
memahami apa yang disampaikan dalam pdp. R5 pula menyatakan guru adalah penyumbang
ilmu sebenar serta mampu mengawal pelajar dengan berkesan.
7.3.3 Merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar
Semua responden bersetuju bahawa guru bertanggungjawab merapatkan jurang digital dalam
kalangan pelajar. Semua responden bersetuju dengan item ini. R8 menyatakan dunia semakin
memerlukan teknologi dalam menguruskan kehidupan yang semakin canggih. Maka disini
adalah perlu bagi guru memastikan pelajar-pelajar disekolah tersebut yang berada luar bandar
mendapat pendedahan dan tahu menggunakan ICT. R9 pula mengatakan guru merupakan
contoh dan menjadi rujukan kepada para pelajar. Guru juga bertanggungjawab dalam
merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar memandangkan pelajar menghabiskan
lebih banyak masa bersama guru mereka dan peluang ini haruslah digunakan dengan
mendedahkan pelajar mengenai ICT.
9. 7.3.4 Kelancaran tugas guru dalam pengajaran dan pembelajaran
Seterusnya apabila ditanya bagaimana pengunaan ICT semasa proses pdp dilihat membantu
guru, responden mengatakan integrasi ICT membantu tugas mereka semasa pdp dan keadaan
ini dapat dibuktikan R1 mengatakan ICT membantunya menarik minta pelajar agar dapat
memberi tumpuan lebih lama sekaligus melancarkan pdp. Selain itu, integrasi ICT juga dapat
menjimatkan masa responden dalam penyediaan bbm serta masa pdp dari perlu menulis di
papan hitam atau putih. Hal ini, disokong dengan kenyataan R3 yang menyatakan ICT
membantu dari segi persembahan kandungan pengajaran. Begitu juga dengan R8 yang
mengatakan ICT membantunya memberikan pengajaran yang kreatif dan menarik. Oleh
itu, pelajar memberi tumpuan dan melancarkan proses pdp. Selain itu, responden
mengatakan bahawa integrasi ICT memudahkan proses pembelajaran, menjimatkan masa dan
mengelakkan pelajar bosan.
7.3.5 Beban tugas
Guru mempunyai banyak tugas dan peranan di sekolah. 8 responden mengatakan integrasi
ICT tidak membebankan mereka. Hanya dua responden mengatakan beban guru bertambah.
R6 mengatakan dengan integrasi ICT dia perlu belajar lebih banyak mengenai ICT untuk
membolehkannya mengaplikasi ICT dengan lebih baik dalam pdp. Manakala R8 mengatakan
bahawa beban tugas semakin meningkat kerana perlu membawa sendiri alatan ICT seperti
komputer riba ke sekolah disebabkan kekurangan kemudahan ICT di sekolah. R6 mengatakan
disebabkan perkembangan ICT tugas guru bertambah kerana perlu mempelajari ICT.
7.3.6 Tindakan yang perlu dilakukan guru mengenai ICT
Oleh sebab ICT sudah menjadi sebahagian daripada pdp, guru perlu meningkatkan diri agar
tidak ketinggalan dari teknologi. Bagi item tindakan yang perlu dilakukan oleh guru dalam
menghadapi ICT, semua responden memberi mengatakan mereka perlu meningkatkan diri
dengan mempelajari meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT, guru juga perlu
menunjukkan minat menggunakan ICT. Selain itu, guru hendaklah bijak memilih strategi
yang sesuai bagi topik-topik dalam mata pelajaran sama ada menggunakan kaedah
konvesional atau integrasi ICT dalam dpp malah guru perlu kreatif semasa dalam
mengintegrasi ICT. R9 mengatakan bahawa guru hendaklah diberi pendedahan mengenai
ICT dan diberi latihan ssecukupnya.
10. 7.4
Halangan integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
Halangan yang timbul untuk mengitegrasi ICT dalam pdp oleh para responden ialah dari
aspek kemudahan untuk mendapatkan peralatan dan tempat yang sesuai (seramai 7 orang
responden menyuarakan masalah ini). Kemudahan tersebut ialah seperti komputer riba dan
alatan lain-lain. Tiga orang responden pula mengatakan mereka berhadapan dengan
masalah teknikal yang berlaku semasa dalam melaksanakan pdp yang mengintergrasikan
ICT. Di samping masalah teknikal dan kemudahan yang dihadapi oleh para responden,
terdapat juga beberapa cabaran lain yang dihadapi oleh guru untuk melaksanakan
penggunaan ICT dalam bilik darjah. Antaranya ialah dari aspek penerimaan pelajar terhadap
penggunaan ICT, prasarana, pengetahuan dan kemahiran yang kurang, sentiasa perlu peka
dengan perkembangan teknologi, kekangan masa dan sikap pelajar.
8.0
PERBINCANGAN
Hasil daripada kaji selidik yang telah dijalankan di sebuah sekolah kawasan luar bandar saya
mendapati bahawa kebanyakan guru mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan perisian
pemprosesan perkataan. Selain itu, mereka juga mempunyai pandangan yang positif terhadap
integrasi ICT semasa proses pdp. Hal ini demikian kerana integrasi ICT dalam proses pdp
membawa banyak manfaat kepada guru. Kajian mendapati bahawa pengenalan kepada ICT
telah membawa kepada sikap positif pelajar dalam pembelajaran tetapi kemahiran
menggunakan komputer dan perisian asas sahaja tidak mencukupi dalam menyediakan
strategi pengajaran yang berkesan. Maka guru perlu meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran supaya dapat mengintegrasi ICT dengan lebih cekap dan berkesan .
Holmes (1999), memberi pandangan bahawa integrasi teknologi dalam pdp
memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel menggunakan teknologi dalam pengajaran
harian bagi mata pelajaran yang diajar. Pengetahuan asas dalam penggunaan teknologi belum
mencukupi bagi membolehkan seseorang guru itu mengabungkan teknologi dalam pdp.
Elemen yang penting dalam mengintegrasikan teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi
pengajaran dan implikasinya dengan teknologi. Penggabungan ICT dalam pdp memerlukan
kemahiran dan komitmen guru secara tekal dan berfokus. Peranan guru dalam
mengintegrasikan ICT terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula iaitu
daripada persediaan sebelum mengajar, semasa dan penilaian selepas proses pdp. Kegagalan
guru dalam membuat perancangan teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses pdp
kurang berkesan.
11. Walaupun integrasi ICT dapat membantu proses pdp, namun 2 daripada responden
kami berpendapat bahawa perkara ini meningkatkan beban kerja guru. Peranan guru dalam
era ini bukan sahaja sekadar menjadi pendidik malah mengalas tanggungjawab untuk
menjalankan kerja-kerja pengkeranian, menyediakan bahan bantu mengajar, menguruskan
kokurikulum dan melayan karenah ibu bapa, pihak pentadbir dan masyarakat. Penggunaan
ICT dalam pdp dianggap sebagai membebankan mungkin disebabkan oleh dua faktor iaitu
sikap guru itu sendiri ataupun kekangan untuk menghabiskan silibus. Daripada kajian lepas,
terdapat sebahagian guru yang telah sebati dengan kaedah pengajaran tradisional dan sukar
untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instructional (Becker & Watt, 1996).
Peranan guru masih dominan walaupun ICT telah mengatasi sebahagian besar
masalah dan kelemahan pengajaran konventional dan pengajaran tradisional. Guru bukan
sahaja menjadi sumber inspirasi kepada para pelajar malah turut menjadi pendorong kepada
kejayaan pelajar. Penggunaan ICT dalam pendidikan perlu dianggap sebagai satu alat untuk
menyampaikan isi kandungan matapelajaran bukan alat yang mengantikan peranan guru
dalam mendidik pelajar. Anggapan bahawa penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan
mengurangkan peranan dan bilangan guru kerana teknologi berupaya menyediakan sesi pdp
yang lebih canggih dan menarik adalah salah. Proses pembelajaran memerlukan interaksi
sesama manusia. Peranan guru sebagai pendidik, pendorong, dan pemberi motivasi tidak
dapat diambil alih oleh teknologi. Namun dalam zaman ledakan ICT guru tidak boleh
mengenepikan ICT dalam pdp mereka.
Seperti yang kita sedia maklum sistem pendidikan di Malaysia menekankan tentang
peperiksaan. Oleh hal yang demikian tuntutan terhadap penguasaan silibus oleh pihak
pentadbir sekolah, ibu bapa dan pelajar itu sendiri adalah tinggi. Penggunaan teknologi dalam
pdp memakan masa yang lama untuk disediakan. Di sini kita dapat melihat perubahan
peranan guru pada zaman dahulu yang hanya menfokuskan isi kandungan pengajaran
menggunakan kaedah tradisional berbanding tuntutan terhadap penggunaan teknologi dan
pada masa yang sama untu menghabiskan silibus. Oleh itu, guru perlu proaktif dan bijak
menyeimbangkan integrasi ICT dalam pdp disamping menghabiskan sukatan kurikulum.
Bagi guru-guru diluar bandar, mereka secara tidak langsung bertanggungjawab dalam
merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar. Maka dapat disimpulkan guru-guru
berperanan menyokong usaha kerajaan merapatkan jurang digital dalam kalangan rakyat
Malaysia melalui pendidikan. Jurang digital amat nyata di dalam sektor ICT. Terdapat jurang
di antara yang bermaklumat dan tidak maklumat dalam kalangan pelbagai kumpulan
12. masyarakat di Malaysia. Dalam masa yang sama, mereka yang bermaklumat dan kaya tinggal
di bandar sementara yang tidak bermaklumat dan miskin di pendalaman.
Kajian mendapati para responden menganggap bahawa pelajar di luar bandar perlu
didedahkan pengetahuan dan kemahiran ICT supaya dapat bersaing dalam zaman yang
ledakan ICT. Oleh itu, guru-guru kini telah mempunyai perubahan peranan kesan
perkembangan ICT terhadap dunia. Dua jurang digital tersebut ialah jurang teknologi iaitu
menyediakan infrastruktur komunikasi melalui pelbagai teknologi yang kos efektif dan boleh
dicapai. Kedua ialah jurang minda iaitu merapatkan jurang minda, masyarakat luar bandar
dengan latihan ICT dan kemahiran iCT melalui program kesedaran, penglibatan, pengunaan
dan
memperkasa
komuniti.
Maka,
perubahan
peranan
guru
ialah
untuk
membantu meningkatkan jurang minda dalam kalangan pelajarnya sama ada integrasi ICT
dalam pdp atau di luar bilik darjah. Jurang digital berlaku disebabkan oleh perbezaan
pengetahuan dan kemahiran sesuatu kelompok masyarakat. Justeru, guru-guru perlu
memastikan diri mereka dilengkapi dengan pengetahuan dan kebolehan menggunakan ICT
dan mempunyai kemahiran untuk mengintergarsikan ICT dalam proses pdp.
Bagi tujuan melaksanakan pdp dengan integrasi ICT , para guru perlu melengkapkan
diri mereka dengan perkembangan terkini. Kajian mendapati bahawa guru-guru bersetuju
bahawa mereka perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT agar dapat
mengintegrasikan peralatan dan kemudahan ICT dalam pdp. Tuntutan profesionalisme
perguruan kini memerlukan guru-guru mempunyai literasi elektronik dan berkemahiran
menggunakan ICT untuk meneroka, mencari serta mengakses maklumat seterusnya
memanfaatkan semula dalam bilik darjah. Oleh sebab ini, peranan guru berubah
dalam memastikan diri mempunyai pengetahuan dan kemahiran terkini supaya dapat
memenuhi keperluan mengintegrasi ICT dalam pdp sekaligus mencapai objektif pengajaran.
9.0
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, penggunaan ICT dalam bilik darjah dalam konteks ini secara
spesifiknya merujuk kepada proses dan pengurusan pembelajaran dan pengajaran. ICT
diintegrasikan ke dalam kurikulum sekolah iaitu melalui pelbagai subjek terutamanya dalam
mata pelajaran Sains dan Matematik. Integrasi ICT ke dalam kurikulum memberi peluang
kepada guru untuk mengaplikasikan ICT dalam subjek-subjek tertentu seperti penggunaan
teknologi maklumat dan “computerisation”. ICT boleh diintegrasikan pada mana-mana tahap
dalam proses pdp. Ia boleh digunakan sebagai set induksi, penutup ataupun semasa sesi
penerangan. Pelajar juga boleh mengakses pelbagai laman web untuk mengumpul maklumat,
13. menggunakan email untuk berkomunikasi dan mewujudkan fail ataupun folder untuk
rangkaian sekolah.
Penggunaan ICT dalam pendidikan berupaya meningkatkan potensi diri seseorang
pelajar itu dalam pembelajaran terutama bagi mata pelajaran sains. Hal ini demikian kerana,
penggunaan teknologi yang terkini mampu untuk meningkatkan kefahaman pelajar terutama
pelajar yang belajar secara konkrit. Oleh hal yang demikian, guru sepatutnya melengkapkan
diri mereka tentang pengetahuan yang berkaitan dengan ICT. Ini kerana perubahan teknologi
telah meningkatkan tuntutan terhadap tugas sebagai seorang guru walaupun terpaksa
berhadapan dengan persoalan adakah mereka mampu untuk mengguna dan mengintergrasi
ICT dalam pengajaran mereka di samping membimbing pelajar menguasai aras-aras
pengetahuan tinggi.
Tidak dapat dinafikan bahawa dalam mengintegrasikan ICT dalam pendidikan guru
berhadapan dengan pelbagai cabaran antaranya kekangan untuk menghabiskan silibus,
kekurangan kemudahan, kemahiran dan bahan sokongan. Bagi mengatasi cabaran-cabaran ini
pelbagai usaha akan dilaksanakan. Namun, usaha-usaha yang bakal diambil oleh pihak
sekolah haruslah disertai dengan keterbukaan guru dalam menerima pembaharuan dan
cabaran baru.
14. RUJUKAN
Bahrudin Aris, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim Basir. 2001. Pembelajaran fizik secara
kolaboratif menggunakan laman web dan internet. Virtec Journal,1-1
Becker,W.E & Watts, M. 1996. Chalk and Talk: A National Survey on Teaching
Undergraduate Economics. American Economic Review, 86(2) 448-453
Chung, M.H.C & Jamaludin Badusah. 2010. Sikap guru bahasa melayu terhadap
pengunaan
teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT) dalam pengajaran di
sekolah-sekolah rendah di Bitulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1):
59-65.
Engkizar Maritas. 2010. Pentingnya integrasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pendidikan islam. P51186. Tesis Sarjana Muda, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Holmes, W. 1999. The transforming Power of Information Technology. Community
College Journal, 70(2): 10-15
Janudin Awang. 2008. Siri Penerbitan Aliran Terkini Sumber dan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Saipo Ayub. 2005. Guru Menghadapi perubahan. Jurnal Penyelidikan IPG Kampus
Pendidikan Islam. http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/saifo.pdf.
[ 19 November 2013].
Aspirasi Digital Online. 2012. Inisiatif kerajaan dalam usaha merapatkan jurang
digital.http://www.aspirasidigital.net.my/maintemplate02.asp?contentid=1.
[19 Novenber 2013]
15. BORANG SOAL SELIDIK
KAJIAN TINJAUAN KPT 6044
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Assalamualaikum/Salam sejahtera dan terima kasih kerana sudi memberi kerjasama kepada
penyelidikan ini.
1. Sila jawab semua soalan di Bahagian A, data mengenai latar belakang responden dan
Bahagian B berdasarkan pengalaman dan pengetahuan anda sendiri. Untuk setiap item, sila
pilih satu jawapan dan tandakan ( / ) pada kotak jawapan pilihan serta mengisi ruang
kosong yang disediakan .
2. Semua jawapan anda adalah dianggap sebagai rahsia dan tidak mungkin dikesan. Data
hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan dalam usaha bagi meningkatkan profesionalisme
perguruan.
3. Kerjasama anda amatlah saya hargai dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
*******************************
BAHAGIAN A - MAKLUMAT DEMOGRAFI
Latar belakang Responden:
A1. Jantina
1. Lelaki
2. Perempuan
A2. Bangsa
1. Melayu
2. Cina
3. India
4. Lain-lain
16. A3. Umur
1. 24-30 tahun
2. 31-40 tahun
3. 40-50 tahun
4. 50 tahun dan ke atas
A4.Status Pendidikan
1. Diploma Pendidikan
2. Sarjana Muda
3. Sarjana
4. PHD
A5. Nyatakan Mata Pelajaran yang diajar
1. _________________________________
A6. Nyatakan tempoh pengalaman mengajar
1. ______________________________________
17. Sila tandakan ( / ) pada kotak jawapan pilihan serta mengisi ruangan yang disediakan.
BAHAGIAN B
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Guru Untuk Intergrasi ICT Dalam pdp
1.
Adakah anda mempunyai komputer peribadi / komputer riba?
(
) Ya
(
) Tidak
2. Komputer ialah alat yang mudah dikendalikan?
(
) Ya
(
) Tidak
3. Adakah anda mempunyai pendedahan awal berkaitan ICT?
(
) Ya
(
) Tidak
4. Adakah anda membuat rujukan buku sekiranya menghadapi masalah ICT?
(
5. Adakah
) Ya
anda
biasa
(
menggunakan
) Tidak
program
selain
Microsoft
Office
untuk
menyempurnakan tugasan?
(
) Ya
(
) Tidak
6. Adakah anda mahir menggunakan Microsoft Powr Point secara interaktif?
(
) Ya
(
) Tidak
7. Adakah anda mahir menggunakan Microsoft Excel secara interaktif?
(
) Ya
(
) Tidak
8. Adakah anda berpengalaman mengendalikan peralatan ICT (Projektor LCD) semasa pdp?
(
) Ya
(
) Tidak
9. Adakah anda mahir menggunakan perisian yang lain. Jika Ya, senaraikan peralatan yang
anda tahu. Jika tidak, abaikan soalan 10.
(
) Ya
(
) Tidak
18. 10. Senaraikan perisian yang anda tahu.
i. ___________________________________________________
ii.___________________________________________________
iii. __________________________________________________
iv. __________________________________________________
Pandangan Guru Mengenai Intergrasi ICT
1. Adakah anda bersetuju menggunakan keperluan ICT dalam pdp?
(
) Ya
(
) Tidak
2. Apakah pandangan anda tentang bagaimana ICT dapat memberikan faedah dalam pdp?
Mengekalkan minat pelajar dalam topik yang diajar
Murid dapat memberi perhatian lebih lama dalam pdp
Aplikasi Dan Peralatan ICT Yang Anda Gunakan Semasa pdp
1. Apakah aplikasi dan peralatan ICT yang anda gunakan semasa pdp?
Powerpoint
Video
Laptop
LCD
Talk And Chalk
2. Adakah anda bersetuju mengintergrasikan ICT dalam pdp anda? Jika ya sila abaikan
soalan 3.Jika tidak nyatakan sebabnya.
(
) Ya
(
) Tidak
19. 3. Senaraikan sebab mengapa anda tidak bersetuju mengintergrasikan ICT dalam pdp
anda?
i. ___________________________________________________
ii.___________________________________________________
iii. __________________________________________________
iv. __________________________________________________
Perubahan Peranan Guru Kesan Integrasi ICT Dalam PdP.
1. Apakah perubahan peranan guru yang dapat memberi kesan perkembangan ICT?
pedagogi
proses pengajaran dan pembelajaran
2. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan di atas? Jika ya sila abaikan soalan 3.
Jika tidak nyatakan sebabnya.
(
) Ya
(
) Tidak
3. Senaraikan sebab mengapa anda tidak bersetuju?
i. ___________________________________________________
ii.___________________________________________________
iii. __________________________________________________
iv. __________________________________________________
4. Adakah intergrasi ICT dalam pdp memudahkan tugas guru kerana murid dapat belajar
di mana sahaja? Jika ya sila abaikan soalan 5. Jika tidak nyatakan sebabnya.
(
) Ya
(
) Tidak
5. Senaraikan sebab mengapa anda tidak bersetuju?
i. ___________________________________________________
ii.___________________________________________________
iii. __________________________________________________
iv. __________________________________________________
20. 6. Adakah guru tidak lagi diperlukan dalam pdp apabila intergrasi ICT ini
diimplementasikan? Jika ya sila abaikan soalan 7. Jika tidak nyatakan sebabnya.
(
) Ya
(
) Tidak
7. Senaraikan sebab mengapa anda tidak bersetuju?
i. ___________________________________________________
ii.___________________________________________________
iii. __________________________________________________
iv. __________________________________________________
8. Adakah melalui intergrasi ini dapat merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar? Jika
ya sila abaikan soalan 9. Jika tidak nyatakan sebabnya.
(
) Ya
(
) Tidak
9. Senaraikan sebab mengapa anda tidak bersetuju?
i. ___________________________________________________
ii.___________________________________________________
iii. __________________________________________________
iv. __________________________________________________
10. Bagaimana penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu guru di
dalam kelas?
Dapat menarik minat pelajar
Dapat menjimatkan masa guru dalam penyediaan BBM
Mengelakkan pelajar bosan
Lain-lain. Sila nyatakan.
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
21. 11. Adakah intergrasi ICT ini membebankan guru? Jika ya sila abaikan soalan 12. Jika tidak
nyatakan sebabnya.
(
) Ya
(
) Tidak
12. Senaraikan sebab mengapa anda tidak bersetuju?
i. ___________________________________________________
ii.___________________________________________________
iii. __________________________________________________
iv. __________________________________________________
13. Apakah tindakan anda sebagai guru untuk meneruskan pengintegrasian ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran ini?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
14. Senaraikan halangan-halangan yang mungkin timbul dalam pengintegrasian ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran ini?
i. ___________________________________________________
ii.___________________________________________________
iii. __________________________________________________
iv. __________________________________________________
—————————————–SOAL SELIDIK TAMAT—————————————“Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab soalan kaji
selidik ini. Salam penghargaan yang tidak terhingga daripada saya. Sekian.”