Prakata mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing atas bimbingan dan dukungannya selama proses menyelesaikan kerja kursus ini. Prosesnya dihadapi berbagai kesulitan seperti jarak antar anggota kelompok dan interaksi yang terbatas, namun teknologi memungkinkan mereka berbagi ide. Pembimbing memberikan panduan yang padat meski singkat. Keluarga juga memberi dukungan moral yang memotivasi mereka menye
1. Prakata
Assalamualaikum.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada
Puan Mahani selaku pensyarah sekaligus pembimbing, dalam usaha kami
melaksanakan kerja kursus ini.
Dalam proses melaksanakan kerja kursus ini, pelbagai kesulitan yang dihadapi.
Jarak antara ahli kumpulan dan bilangan interaksi yang sedikit membataskan
perbincangan kami. Walau pun demikian, penggunaan teknologi masa kini
membolehkan kami berkongsi bahan dan idea. Tumpuan terhadap isi pelajaran
dan penyampaian oleh pensyarah pembimbing sewaktu interaksi sangat
bermakna. Ini memandangkan perjumpaan yang terhad. Penjelasan yang
ringkas tetapi padat dengan maklumat tentang kerja kursus memberikan kami
idea dan panduan ke arah untuk menyelesaikannya sebaik yang mungkin.
Peluang yang diberikan oleh pensyarah pembimbing untuk berinteraksi melalui
talian juga membolehkan kami mengemukakan sebarang kemusykilan tanpa
mengira waktu. Penghargaan juga ingin kami rakamkan kepada ahli keluarga
kami yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan moral terhadap cita-cita murni
kami. Sokongan inilah pembakar semangat kami untuk terus melakukan yang
terbaik terutamanya dalam keadaan yang sangat mencabar ini.
Meski pun masa sangat terhad, Alhamdulillah, akhirnya kerja kursus ini dapat
dilaksanakan. Kami sekali lagi merakamkan ucapan jutaan terima kasih
kepada Puan khasnya, di atas bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang kami
melaksanakan kerja kursus ini. Semoga segala panduan dan dorongan kali ini
akan menjadi titik permulaan yang tidak akan putus hingga kami mendapat apa
yang kami citakan di sepanjang kursus ini. Terima kasih .
ii