SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 35
1
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
SOSIAL
TH10203
SEJARAH MALAYSIA : ABAD KE-20 HINGGA PRA
KEMERDEKAAN
MALAYAN UNION
“Timbangan neraca nasib bangsa kita adalah di dalam tangan orang melayu pada hari ini –
Dato Onn Ja’afar”
2
ISI KANDUNGAN
Bil. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. PENGENALAN 3
2. MALAYAN UNION (M.U.) 4
2.1 PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN M.U. 4 - 5
2.2 FAKTOR PENUBUHAN M.U. 5 - 6
2.3 CIRI – CIRI M.U. 6 - 7
2.4 PROSES PENUBUHAN M.U. (MISI MACMICHAEL) 8 - 9
3. PENENTANGAN TERHADAP MALAYAN UNION 9
3.1. FAKTOR PENENTANGAN M.U. 9 - 10
3.2. PROSES PENENTANGAN 10 -15
4. PEMBUBARAN MALAYAN UNION 15 – 18
5. IKTIBAR 18 - 19
6. KESIMPULAN 19
7. BIBLIOGRAFI 20
3
1. PENGENALAN
Pengguguran bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 Ogos 1945 oleh pihak
Amerika telah memberikan kesan terhadap penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Pada 14
Ogos 1945, pihak tentera Jepun telah menyerah kalah dan kembali ke tanah air mereka.
Kekalahan tersebut bererti bahawa tamatnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan
tamatnya Perang Dunia Ke-2.
Selepas pihak jepun meninggalkan Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya (PKM) atau
Malayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA) yang terdiri daripada kaum cina telah
mengambil peluang tersebut untuk memerintah Tanah Melayu. Pihak PKM telah
menyebabkan pelbagai kekacauan dan huru–hara berlaku di Tanah Melayu. Walau
bagaimanapun, pihak PKM hanya dapat menguasai Tanah Melayu selama 14 hari iaitu
sehingga kedatangan semula pihak British pada bulan September 1945 dengan tujuan
mengembalikan keamanan di Tanah Melayu. Pihak British telah menubuhkan British Military
Administration (BMA) iaitu sistem pemerintahan tentera bagi menangani kekacauan di Tanah
Melayu, tetapi organisasi tersebut tidak bertahan lama.
Oleh yang demikian, pihak British telah memperkenalkan satu sistem pemerintahan
baru di Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malayan Union. Sepanjang tempoh cadangan
penubuhan Malayan Union, terdapat pihak yang menyokong dan menentang cadangan
tersebut. Pelbagai peringkat proses penentangan turut berlaku sehingga akhirnya membawa
kepada kegagalan pelaksanaan Malayan Union dan wujudnya Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu yang membawa kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
4
2. MALAYAN UNION (M.U)
2.1. Pembentukan Perlembagaan Malayan Union
Malayan Union merupakan satu cubaan kerajaan British untuk menukar taraf negeri –
negeri Melayu yang bernaung kepada tanah jajahan. Idea tersebut muncul berdasarkan
Piagam Atlantik yang ditandatangani oleh Winston Churchill, Perdana Menteri Britain dan
Roosevelt, Presiden Amerika Syarikat pada Ogos 1941. Pada Februari 1943, Jabatan Negara
bagi Tanah Jajahan Dan Pejabat Perang yang diketuai oleh Edward Gent telah
mengemukakan idea Malayan Union dan pada Julai 1943, Unit Perancangan Tanah Melayu
(Malayan Planning Unit) telah ditubuhkan bagi merangka sistem pentadbiran baru Tanah
Melayu di Britain.
Unit Perancangan Tanah melayu (MPU) terdiri daripada bekas pegawai - pegawai
British yang pernah berkhidmat di Semenanjung sebelum jepun menguasai Tanah Melayu. Ia
diketuai oleh Jeneral Ralph Hone dan antara pegawai yang terlibat ialah Mckerron, H.C.
Willan, Brigadier A.T. Newboult, Kolonel E.V.G. Day dan Kolonel M.C. Hay. Manakala Victor
Purcell merupakan pegawai yang bertanggungjawab meneliti hal ehwal orang cina. MPU
meminta pandangan daripada bekas – bekas pegawai tadbirnya bagi membantu dalam
penyusunan pentadbiran Tanah Melayu selepas peperangan.
Semasa penggubalan MU, terdapat tiga buah memorandum telah dikemukakan
kepada Pejabat Tanah Jajahan. Ketiga – tiga memorandum tersebut adalah terdiri daripada
memorandum yang dihantar oleh Persatuan British Malaya, Tan Cheng Lock dan Persatuan
Pelajar – Pelajar Melayu Britain. Memorandum yang dikemukakan oleh Persatuan British
Malaya dan Tan Cheng Lock lebih kepada dasar menggabungkan semua negeri – negeri
Melayu termasuk negeri – negeri Selat (NNS) di bawah satu unit pentadbiran walaupun
terdapat sedikit perbezaan. Di pihak Persatuan British Malaya, semua negeri – negeri Melayu
digabungkan kecuali Pulau Pinang dan Singapura menjadi tanah jajahan British, manakala
Tan Cheng Lock mencadangkan semua negeri tersebut digabungkan dalam sebuah
kesatuan. Selain itu, memorandum tersebut terut menetapkan beberapa cadangan sistem
politik di Tanah Melayu. Memorandum yang dikemukakan oleh Persatuan Pelajar – Pelajar
Malaya britain merupakan draf yang menentang rancangan Kerajaan British yang hendak
menukar taraf negeri – negeri Melayu daripada negeri bernaung kepada tanah jajahan
British.
5
Pada peringkat awal, kerajaan British bercadang untuk menggabungkan semua
negeri – negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka serta Borneo British dalam kesatuan dan
Singapura sebagai tanah jajahan berasingan. Namun demikian, pada bulan Mac 1943,
Borneo British dianggap belum bersedia menyertai kesatuan. Akhirnya, setelah beberapa
dasar perubahan dilakukan, pada 10 Oktober 1945, George W. Hall telah mengumumkan
rancangan penubuhan Malayan Union di persidangan Parlimen British.
2.2. Faktor Penubuhan Malayan Union
Pada dasarnya, penubuhan Malayan Union merupakan satu percubaan British untuk
menukarkan taraf negeri – negeri Melayu yang berdaulat daripada negeri yang ‘bernaung’
kepada tanah jajahan atau ‘koloni British’. Kerajaan British ingin berkuasa penuh dalam
pentadbiran Tanah Melayu dengan menghapuskan kedaulatan Raja – Raja Melayu. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa faktor di Tanah Melayu yang turut menjadi sebab dalam
pembentukan tersebut.
Salah satu faktor pembentukan Malayan Union adalah untuk mewujudkan sistem
pentadbiran yang seragam di Tanah Melayu. Hal ini berikutan, sebelum Perang Dunia ke -2,
negeri – negeri di Tanah Melayu diletakkan di bawah tiga sistem pemerintahan yang berbeza
iaitu; Negeri – Negeri Selat, Negeri – Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri – Negeri melayu
Tidak Bersekutu. Ketiga – tiga sistem pentadbiran tersebut telah menyebabkan sistem
pentadbiran menjadi tidak seragam. Oleh itu, kerajaan british ingin menetapkan semua
negeri – negeri di Tanah Melayu disatukan di bawah satu unit pentadbiran yang diketuai oleh
Gabenor. Penyatuan ini turut menjadikan kos pentadbiran berkurang dan melicinkan lagi
perjalanan sistem pentadbiran.
Malayan Union juga merupakan usaha British untuk memastikan kepentingan
ekonomi mereka di Tanah Melayu terpelihara. British ingin memulihkan semula ekonomi di
Tanah Melayu yang hampir muflis akibat daripada pendudukan Jepun. Di bawah Malayan
Union, Gabenor di beri kuasa penuh untuk memberi konsesi – konsesi ekonomi kepada
pelabur – pelabur bagi membangunkan ekonomi Tanah Melayu dengan secepat mungkin.
Selain itu, potensi bijih timah serta perusahaan getah sebagai sumber pendapatan utama
Tanah Melayu perlu dipulihkan bagi mendapatkan pulangan yang lumayan dalam ekonomi.
6
Pada masa yang sama, kerajaan British turut memerlukan sumber pendapatan yang besar
bagi membiayai kos perang. Oleh itu, dengan wujudnya Malayan Union, British akan dapat
mengeksploitasi ekonomi Tanah Melayu.
Kerajaan British juga ingin memberikan taraf kewarganegaraan kepada orang bukan
Melayu. Dengan ini, semua hak antara orang Melayu dengan bukan Melayu adalah sama,
malah hak keistimewaan orang Melayu turut hilang. Ia merupakan balasan kepada kaum
Cina dan India yang bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun dan hukuman
kepada orang Melayu yang membantu jepun menentang British. British turut menginginkan
orang Cina dan India memainkan peranan mereka untuk memajukan semula ekonomi Tanah
melayu.
Selain itu, penubuhan Malayan Union turut menyediakan Tanah Melayu ke arah
berkerajaan sendiri seperti yang termaktub dalam Piagam Atlantik. Kerajaan British perlu
menyatukan rakyat dan negeri – negeri Melayu sebelum diberikan kemerdekaan. Ia
bertujuan supaya Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang bersatu. Maka, Malayan Union
berperanan sebagai mewujudkan kesedaran politik kepada penduduk Tanah Melayu dalam
proses berkerajaan sendiri.
2.3. Ciri – Ciri Malayan Union
Di bawah perlembagaan Malayan Union, taraf negeri – negeri Melayu akan bertukar
daripada negeri – negeri ‘berdaulat’ yang bernaung di bawah Kerajaan British kepada
jajahan takluk (Koloni) British. Sebagai tanah jajahan, British akan mempunyai kuasa penuh
di seluruh Tanah Melayu. Syarat tersebut akan menyebabkan kedaulatan serta kuasa raja –
raja Melayu terhapus. Segala tugas pentadbiran terletak sepenuhnya di bawah kuasa British.
Malayan Union turut menggabungkan kesemua negeri – negeri di Tanah Melayu iaitu;
Negeri – Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) yang terdiri daripada negeri Perak, Selangor,
Negeri Sembilan dan Pahang; Negeri – Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) iaitu negeri
Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis; serta Negeri – Negeri Selat iaitu Pulau –
Pinang dan Melaka di bawah satu unit pentadbiran. Manakala Singapura pula diletakkan di
bawah Tanah Jajahan Mahkota British yang berasingan di bawah pemerintahan seorang
gabenor.
7
Pusat pentadbiran Malayan Union diletakkan di Kuala Lumpur dan diketuai oleh
gabenor yang mempunyai kuasa penuh dalam hal pentedbiran Malayan Union. Di peringkat
pusat, gabenor akan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Undangan. Majlis
Mesyuarat Kerja bertanggungjawab dalam menjalankan tugas – tugas pentadbiran,
manakala Majlis Undangan berfungsi sebagai penggubal undang – undang. Kedua – dua
majlis tersebut adalah terletak sepenuhnya pada kuasa gabenor. Di peringkat negeri, Majlis
Mesyuarat Negeri yang terletak di bawah kuasa Residen Commisioner bertindak sebagai
pentadbir kerajaan tempatan. Ia terletak di bawah kawalan kerajaan pusat.
Kedudukan raja – raja Melayu dikekalkan, namun kuasa mereka adalah terhad
termasuklah dalam hal ehwal Agama Islam dan adat istiadat Melayu. Terdapat tiga majlis
yang berkaitan dengan raja Melayu iaitu Majlis Negeri, Majlis Penasihat Sultan dan Majilis
Raja. Namun pada hakikatnya Raja Melayu tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutif
dalam majlis tersebut. Malahan dalam Majlis Penasihat Agama Islam dan Adat Resam yang
ditubuhkan juga terletak pada kuasa Gabenor dan Raja – Raja Melayu hanya sebagai
ahlinya. Majlis ini berperanan dalam memutuskan fatwa – fatwa berkaitan dengan agama
islam dan adat resam Melayu.
Hak keistimewaan orang Melayu turut terhapus dan Malayan Union menawarkan hak
kerakyatan sama taraf kepada semua penduduknya tanpa mengira bangsa atau keturunan.
Dari aspek kerakyatan, syarat kewarganegaraan adalah berdasarkan prinsip Jus Soli. Melalui
prinsip tersebut, kerakyatan di Tanah melayu diperolehi apabila; a) mereka yang dilahirkan
Tanah Melayu atau Singapura sebelum tarikh Malayan Union berkuatkuasa dan menjadi
pemastautin; b) mereka yang berusia 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di Tanah
Melayu selama 15 tahun pada tarikh 15 Februari 1942 serta mengangkat sumpah kesetiaan
kepada Kerajaan Malayan Union; dan c) mereka yang dilahirkan di Malayan Union atau
Singapura selepas tarikh Malayan Union dikuatkuasakan.
2.4. Proses Penubuhan Malayan Union (Misi MacMichael)
8
Perlembagaan Malayan Union telah diumumkan pada 10hb Oktober 1945 oleh
Kerajaan British di London, dan pada hari berikutnya, maklumat mengenai perlembagaan
tersebut telah disiarkan di Tanah Melayu melalui akhbar – akhbar. Pada 12hb Oktober 1945,
Sir Harold MacMichael telah tiba di Pelabuhan Swettenham (Pelabuhan Kelang) dengan kapal
H.M.S. Royalist. Beliau telah diiringi oleh H.T. Bourdillon dan A.T. Newboult bagi
menjalankan tugasnya untuk mendapatkan tandatangan Raja – Raja Melayu terhadap
Malayan Union. Ia merupakan idea Ralph Hone yang berpendapat bahawa satu perjanjian
baru dengan sultan – sultan adalah diperlukan sebelum Malayan Union diperkenalkan.
Dengan perjanjian tersebut, maka kedaulatan negeri – negeri Melayu akan diserahkan
sepenuhnya kepada British.
MacMichael telah memulakan misi pertamanya dengan menemui Sultan Johor, Sultan
Ibrahim, iaitu sultan yang tertua dan terkanan. Pada 18hb Oktober 1945, Sultan Ibrahim
yang dianggap oleh British sebagai pro – Jepun telah bersetuju untuk menandatangani
perjanjian tersebut tanpa sebarang bantahan atau tentangan. Kemudiannya, MacMichael
telah menghadap 8 orang Sultan negeri – negeri Melayu pada;
i. 23 Oktober – Sultan Alam Shah (Selangor),
ii. 31 Oktober – Sultan Abu Bakar (Pahang),
iii. 13 November – Yam Tuan Besar Tungku Abdul Rahman (Negeri Sembilan),
iv. 20 November – Sultan Abdul Aziz (Perak),
v. 2 Disember – Sultan Badlisyah (Kedah),
vi. Raja Syed Putra (Perlis),
vii. 17 Disember – Sultan Ibrahim (Kelantan),
viii. Sultan Ismail (Terengganu).
Dalam masa kurang daripada tiga bulan, iaitu sehingga 21 Disember 1945, MacMichael telah
berjaya mendapatkan tandatangan daripada 9 orang Sultan Melayu.
Menurut catatan daripada beberapa sumber yang dipercayai, semasa Sir Harold
MacMichael dipertanggungjawab mendapatkan tandatangan daripada raja – raja Melayu,
beliau telah melakukan pelbagai bentuk penipuan, paksaan serta ugutan terhadap para
Sultan. Ini misalnya seperti yang terjadi kepada Sultan Abdul Aziz (Perak), baginda telah
menandatangani perjanjian tersebut secara terdesak tanpa diberi tempoh masa untuk
meneliti dan mengkaji ‘Perjanjian’ yang dikemukakan. Sultan Badlisyah (Kedah) turut diugut
akan diturunkan takhtanya dan digantikan dengan sultan yang baru.
9
Akhirnya, pada 6 Januari 1946, Sir Harold MacMichael telah kembali ke England
dengan menaiki Kapal Perang Tentera Laut Diraja British. Beliau telah membawa
bersamanya ‘Kertas – kertas Penyerahan Kuasa’ yang telah ditandatangani oleh Sultan –
Sultan Melayu. Akhirnya, pada 22 Januari 1946, Kerajaan British telah membentangkan
‘Kertas Putih’ di Dewan Parlimennya dan mengumumkan rancangan penubuhan Malayan
Union (Negara Malaya Bersatu) yang akan menggantikan pemerintahan beraja di negeri –
negeri Melayu. Pengisytiharan Malayan Union akhirnya diputuskan pada 1 April 1946.
3. PENENTANGAN TERHADAP MALAYAN UNION
3.1. Faktor – Faktor Penentangan
Rancangan penubuhan Malayan Union oleh British di Tanah Melayu telah
menimbulkan tentangan yang hebat daripada penduduk Tanah Melayu. Hal ini berikutan
daripada syarat – syarat yang terdapat di dalam perlembagaan Malayan Union tersebut dan
akibat daripada tindakan Sir Harold MacMichael yang menggunakan tipu muslihat ketika
mendapatkan tandatangan daripada Raja –Raja Melayu.
Tindakan MacMichael yang telah menggunakan unsur penipuan, paksaan dan ugutan
terhadap raja – raja Melayu telah menimbulkan kemarahan orang Melayu. MacMichael telah
memaksa raja – raja Melayu menandatangani perjanjian dengan mengugut akan melucutkan
jawatan mereka atas alasan sultan – sultan bekerjasama dengan Jepun menentang British
semasa Perang Dunia Kedua. Selain itu, orang Melayu turut merasa diperkecilkan kerana
masa yang diberikan untuk membincangkan rancangan penubuhan Malayan Union adalah
singkat. MacMichael juga tidak menerangkan syarat – syarat gagasan Malayan Union secara
terperinci dan mendapat pandangan daripada raja – raja Melayu terlebih dahulu sebelum
sultan menandatangani perjanjian tersebut.
Orang Melayu turut menentang kerana pertubuhan Malayan Union akan mengancam
kedaulatan dan kuasa mutlak para sultan. Melalui Malayan Union, kedudukan sultan akan
dikekalkan tetapi kuasa penuh adalah terletak di tangan gabenor British yang mempunyai
kuasa pembatal (veto). Pada pandangan orang Melayu, raja dianggap berdaulat dan
10
mempunyai kuasa untuk melindungi mereka, kehilangan kuasa raja bermakna kehilangan
kuasa Melayu. Selain itu, perubahan status sosial raja – raja Melayu mambangkitkan
kebimbangan orang Melayu terhadap masa hadapan mereka untuk menghadapi persaingan
daripada orang bukan Melayu yang menguasai ekonomi. Orang Melayu turut merasa maruah
serta kesucian agama Islam akan jatuh apabila Majlis Islam dipengerusikan oleh gabenor
yang bukan beragama Islam. Kehilangan kuasa sultan akan mengubah status Tanah Melayu
kepada tanah jajahan British dan ini telah membangkitkan semangat kebangsaan orang
Melayu untuk menentang Malayan Union.
Syarat pemberian taraf kerakyatan turut menyebabkan penentangan orang Melayu
terhadap gagasan Malayan Union. Prinsip kerakyatan berdasarkan jus soli yang terlalu liberal
telah menebalkan sentimen kebencian orang Melayu kepada kaum lain terutamanya kaum
Cina. Jika Malayan Union dilaksanakan, dianggarkan kira – kira 85% orang Cina dan 75%
orang India akan mendapat taraf kewrganegaraan Tanah Melayu. Syarat kerakyatan yang
longgar akan menyebabkan orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang
Melayu. Sekiranya orang bukan Melayu mendapat hak yang sama, ini akan mengugat hak
istimewa dan kedudukan politik orang Melayu. Keadaan ini dianggap berbahaya terhadap
kedudukan politik, ekonomi dan masa hadapan oran Melayu.
3.2 Proses Penentangan Malayan Union
Keputusan British untuk melaksanakan Malayan Union di Tanah Melayu telah
membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan pemimpin Melayu. Mereka sedar
jika ia diteruskan, maka nasib orang Melayu akan terancam. Pemimpin – pemimpin Tanah
Melayu telah menggunakan akhbar – akhbar tempatan seperti Warta Negara, Utusan Melayu
dan Majlis untuk menyeru rakyat Melayu supaya bersatu padu menentang Malayan Union.
Mereka turut menyeru supaya Barisan Bersatu ditubuhkan bagi menentang Malayan Union.
Akhbar – akhbar Melayu turut memuatkan rencana – rencana yang mengingatkan orang
Melayu terhadap bahaya Malayan Union. Desakan daripada akhbar – akhbar telah
membangkitkan semangat pemimpin – pemimpin pertubuhan politik yang ada di Tanah
Melayu untuk bersatu –padu dan menyuarakan tentangan terhadap Malayan Union.
Peranan Dato Onn Ja’afar dalam membangkitkan semangat orang melayu menentang
Malayan Union juga tidak dilupakan. Dato Onn telah menggesa agar semua pertubuhan
Melayu di Tanah Melayu bergabung tenaga untuk mengembalikan kedaulatan, maruah, dan
11
martabat bangsa Melayu. Hasilnya, beberapa pertubuhan yang bercorak kenegerian telah
ditubuhkan seperti Kesatuan Melayu Johor, Ikatan Melayu johor, Persatuan Melayu Kedah,
Persatuan Melayu Kelantan, dan Persatuan Melayu Melaka. Persatuan – persatuan tersebut
telah memainkan peranan dengan mengemukakan bantahan terhadap pelaksanaan Malayan
Union melalui demonstrasi secara besar – besaran di seluruh negara. Antara siri bantahan
tersebut;
i. 15hb Disember 1945 – satu demonstrasi telah dianjurkan oleh Persatuan
Melayu Kelantan dengan disertai oleh 10 000 orang semasa MacMichael tiba
di istana Sultan Kelantan untuk mendapatkan tandatangan;
ii. 19hb Januari 1946 – Persatuan Melayu kedah mengadakan demonstrasi di
Alor Setar dan disertai kira – kira 50 000 orang;
iii. 1hb Februari 1946 – Persatuan Melayu Kelantan menganjurkan demonstrasi
kedua di Kota Bahru;
iv. 10hb Februari 1946 – satu demonstrasi yang disertai seramai 15 000 orang
termasuk wanita diadakan di Johor.
Selain itu, di Johor, Dato Onn bin ja’afar turut menubuhkan Pergerakan Melayu
Semenanjung Johor (PMSJ) pada 3hb Januari 1946. Persatuan ini ditubuhkan dengan tujuan
menyatupadukan orang Melayu untuk menghadapi sebarang kemungkinan dari rancangan
Kerajaan British menubuhkan Malayan Union. Beliau turut memainkan peranan yang besar
dalam sejarah perjuangan negara apabila bertindak mengirim sepucuk surat kepada akhbar
Utusan Malaya pada 23hb Januari 1946 dan memohon surat tersebut disiarkan.
Penghantaran surat tersebut merupakan cadangan daripada beberapa orang anggota
Kesatuan Melayu Johor seperti Syed Alwi Al – Hadi, Haji Anuar Malik dan Haji Mohd. Noah.
Bagi mereka, Dato Onn mempunyai kepentingan dalam menyatukan orang Melayu.
Motif daripada tindakan tersebut adalah untuk mengajak pemimpin – pemimpin
Melayu di seluruh negara berhimpun untuk mengadakan suatu kongres bagi membincangkan
perkara berkaitan penubuhan Malayan Union dan memikirkan tindakan serta langkah yang
perlu diambil untuk membanteras rancangan Kerajaan Inggeris tersebut. Di dalam surat
tersebut turut dicadangkan satu pertubuhan yang dinamakan Pertubuhan Melayu Bersatu
atau United Malays Organization (UMO) perlu ditubuhkan sebagai badan pendesak yang
menjadi induk mewakili seluruh umat Melayu. Beliau telah mengajak semua persatuan,
pergerakan dan kesatuan Melayu di Semenanjung dan Singapura menghantar wakil – wakil
mereka ke kongres tersebut.
12
Akhirnya pada 1hb Mac 1946, persidangan kongres Melayu Se-Malaya yang pertama
telah dijalankan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bahru, Kuala Lumpur. Kongres tersebut
telah dihadiri hampir 300 orang wakil dan pemerhati rasmi daripada 41 buah pertubuhan
Melayu. DYMM Sultan Hishammudin Alam Shah, iaitu Sultan Selangor telah merasmikan
persidangan kongres tersebut. Manakala, Dato Onn telah diangkat sebagai pengerusi
kongres. Persidangan orang Melayu tersebut tidak mendapat tekanan oleh pihak British.
Surat kebenaran mengadakan kongres telah diberi pada 30hb Februari 1946 dan pada hari
persidangan, pentadbiran British hanya menghantar beberapa orang mata – mata gelap dan
polis untuk ‘menjaga’ perjalanan kongres. British tidak melihat kongres tersebut sebagai satu
ancaman terhadap Malayan Union.
Persidangan kongres telah berlangsung selama empat hari dan kesemua persatuan
yang hadir telah memberikan kerjasama kepada Dato Onn. Cadangan Dato Onn untuk
menubuhkan pertubuhan kebangsaan telah dipersetujui, tetapi namanya telah diubah
kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays National
Organization (UMNO) oleh Encik Zainal Abidin bin Ahmad (Za’aba). Pada hari kedua,
persidangan kongres telah membincangkan soal Malayan Union dan mengutuk tindakan Sir
Harold MacMichael ketika mendapatkan tandatangan raja – raja Melayu. Di akhir
persidangan, kongres tersebut telah membuat beberapa resolusi sebagai satu bantahan
bertulis orang Melayu secara kolektif. Antara ketetapan yang dicapai sepanjang persidangan
tersebut ialah;
i. Bahawa perjanjian yang ditandatangani oleh Raja – Raja Melayu adalah tidak
mengikut perlembagaan, hak pusaka dan amalan negeri – negeri Melayu.
Dengan demikian, ‘persetujuan’ tersebut adalah tidak sah dan terbatal serta
rakyat tidak akan mengiktiraf ‘perjanjian’ tersebut;
ii. Perjanjian tersebut juga dianggap tidak dengan pengetahuan dan berlawanan
dengan kehendak rakyat, maka kongres telah mengisytiharkan perbuatan
seumpama itu adalah bertentangan dengan dasar – dasar demokrasi;
iii. Cadangan Kerajaan Inggeris mengambil kuasa penuh ke atas Tanah Melayu
dan menafikan kuasa sultan turut dianggap berlawanan dengan Piagam
Atlantik;
iv. Berkenaan dengan syarat – syarat yang terkandung dalam perlembagaan
Malayan Union adalah mengecewakan orang Melayu yang pernah menaruh
perasaan setia kepada takhta Kerajaan Inggeris sebagai kuasa penaung;
13
v. Berharap agar Kerajaan Inggeris menimbang semula cadangan – cadangan
yang terdapat dalam perlembagaan Malayan Union;
vi. Bahawa kongres mendesak Kerajaan Britain agar menarik balik cadangan –
cadangan yang disebutkan dengan segera, dan mengembalikan semula taraf
kedudukan negeri – negeri Melayu.
Ketetapan kongres pertama tersebut telah diisytiharkan kepada beribu rakyat Melayu di
Dewan Bandaran (Town Hall) Kuala Lumpur pada petang 4hb Mac 1946. Resolusi tersebut
akhirnya dikirimkan kepada Setiausaha Negara bagi Jabatan Tanah dan Jajahan Takluk
Britain di Whitehall, London. Walau bagaimanapun, resolusi yang dihantar daripada
persidangan kongres pertama tersebut tidak mendapat perhatian Kerajaan british. British
tetap dengan keputusan mereka untuk mengisytiharkan Malayan Union di Tanah Melayu
pada 1hb April 1946 dan Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor Malayan Union yang
pertama.
Tindakan British tersebut telah menyebabkan kongres kedua di Tanah Melayu
dijalankan secara tergempar pada 30hb Mac 1946. Persidangan kedua tersebut telah
dijalankan di Ibu Pejabat dan dihadiri oleh 9 orang wakil daripada 9 buah persatuan negeri
Melayu sahaja kerana kesuntukan masa. Dalam tempoh perbincangan selama dua hari,
kongres tersebut telah membuat beberapa keputusan penting. Antaranya adalah dengan
meminta raja – raja Melayu memulau pelantikan Sir Edward gent sebagai Gabenor Malayan
Union pada 1hb April 1946, meminta ahli Melayu yang dilantik bagi Majlis Mesyuarat Malayan
Union (MMMU) menolak pelantikan tersebut dan meminta rakyat Melayu berkabung selama
tujuh hari sebagai tanda kematian hak mereka.
Keputusan tersebut telah mendapat kerjasama yang baik daripada masyarakat
Melayu. Ahli Melayu yang dilantik dalam Majlis Mesyuarat Malayan Union telah memulaukan
dan menjalankan dasar tidak bekerjasama terhadap majlis tersebut. Pemulauan tersebut
telah melemahkan sokongan orang Melayu dalam pentadbiran British. Manakala orang
Melayu pula memakai songkok berlilit kain putih tanda berkabung. Bantahan tersebut
merupakan bantahan sebulat suara orang Melayu daripada peringkat pentadbir dan rakyat
bawahan.
14
Raja – Raja Melayu pada asalnya tetap ingin menghadiri majlis pelantikan Edward
Gent, tetapi setelah dipujuk oleh Dato’ Onn yang disertai bersama – sama Dato’ Hj. Wahab
Toh Muda dan Dato’ Nik Ahmad Kamil serta bantuan Sultan Ibrahim yang datang berbincang
dengan raja – raja Melayu di kediaman mereka di Station Hotel. Dato’ Onn juga telah
mengingatkan raja – raja Melayu supaya bekerjasama dengan kongres untuk mengelakkan
rakyat Melayu menderhaka, akhirnya raja – raja Melayu tersebut akur dan bersetuju untuk
bejerjasama dengan kongres. Kejayaan ini juga hasil daripada sokongan beribu – ribu rakyat
Melayu yang telah melaungkan ‘daulat tuanku’ betalu – talu di luar kediaman raja – raja
Melayu tersebut. Walau bagaimanapun, sebagai tanda berbudi bahasa, Sultan Perak telah
mengirimkan sepucuk surat kepada Edward Gent sebagai tanda memohon maaf pada hari
keesokannya.
Semasa dalam proses penentangan, raja – raja Melayu yang menyesali tindakan
mereka menandatangani perjanjian dengan Sir Harold MacMichael secara terburu – buru
pernah menghantar surat kepada Setiausaha Negara bagi Tanah dan Jajahan Takluk Britain
serta rakan – rakan inggeris mereka yang berpengaruh di England. Raja – raja Melayu telah
mempertikaikan persetujuan yang diberi dan mendakwa mereka telah diperdaya oleh
MacMichael. Tetapi rayuan raja – raja Melayu tersebut tidak diendahkan oleh Kerajaan
british. Dengan itu raja – raja Melayu telah memutuskan untuk bersama – sama rakyat
menentang penubuhan Malayan Union. Dalam satu persidangan Raja – Raja yang diadakan
di Istana Iskandariyah, Kuala Kangsar, pada bulan April 1946, Baginda sekalian telah
memutuskan untuk berangkat ke England untuk mengemukakan bantahan, secara peribadi,
jika perlu.
Penentangan terhadap Malayan Union bukan sahaja datangnya dari orang Melayu
tetapi juga tentangan daripada beberapa orang kaum bukan Melayu, terutamanya orang
Cina. Tentangan daripada kaum Cina datangnya daripada kumpulan politik berhaluan kiri
iaitu Parti Komunis Malaya (PKM). PKM secara keseluruhannya bersetuju dengan konsep
Malayan Union tetapi tidak bersetuju dengan pengekalan Singapura sebagai koloni
berasingan oleh Kerajaan British. Mereka juga tidak berpuas hati dengan keahlian dewan
undangan dan eksekutif yang dianggap tidak demokratik. Hal ini berikutan PKM menuntut
15
supaya diadakan pemilihan umum. Melalui akhbar Cina, perkara yang menarik adalah mogok
umum yang dilancarkan oleh GLU (General Labour Union) yang telah diilhamkan oleh PKM.
Disamping itu, terdapat juga segelintir pegawai – pegawai berbangsa Inggeris yang
turut menyokong orang Melayu menentang pelaksanaan Malayan Union. Antaranya ialah;
Frank Swettenham, George Maxwell, Ronald Bradel, CecilClementi, dan R.O. Winstedt.
Mereka merupakan antara pegawai – pegawai British yang berpengaruh dan pernah
bertugas di Tanah Melayu sebelum pendudukan Jepun. Pegawai – pegawai seperti
Swettenham dan Winstedt melihat dasar Malayan Union itu sangat bertentangan dengan
dasar kerajaan British sebelumnya. Pegawai – pegawai British tersebut telah menyatakan
tentangan mereka terhadap Malayan Union dengan menulis di akhbar – akhbar London
seperti Times dengan menyatakan kekesalan mereka terhadap pengenalan Malayan Union
yang dianggap tidak sesuai untuk Tanah Melayu. Kecaman yang lebih berkesan dari mereka
datangnya daripada anggota pembangkang Parti Konservatif Britain dalam ‘House of
Commons’ . Bagi mereka, Malayan Union merupakan satu tindakan yang memusnahkan
orang Melayu. Dengan ini, pegawai – pegawai British serta parti tersebut bukan sahaja telah
membidas tetapi juga meminta supaya Kerajaan British mengkaji semula bantahan yang
dibuat oleh orang Melayu secara dekat.
4. PEMBUBARAN MALAYAN UNION
Pada asalnya, Kerajaan British tetap dengan keputusannya menubuhkan Malayan
Union. Namun, akibat desakan daripada penduduk Tanah Melayu dan rakyat Britain, maka
Kerajaan British terpaksa menimbang semula pandangan penduduk Tanah Melayu dan
bercadang untuk membuat beberapa pindaan dalam susunan pentadbiran dan pemerintahan
Malayan Union. Terdapat beberapa faktor penting yang telah menyebabkan Kerajaan British
bertindak sedemikian.
Akibat daripada penentangan orang Melayu, Sir Edward Gent telah mengadakan
suatu mesyuarat yang dihadiri oleh raja – raja Melayu. Dalam mesyuarat tersebut, Edward
gent telah menawarkan beberapa kelonggaran dalam kuasa Gabenor dan memulihkan
sebahagiannya kepada kuasa Raja. Namun begitu, tawaran yang tidak menyentuh mengenai
soal penjajahan dan penaklukan Tanah Melayu tidak berjaya mempengaruhi tentangan
pemimpin – pemimpin Melayu terhadap Malayan Union. Mereka menganggap bahawa
16
tawaran tersebut merupakan satu cubaan British untuk memisahkan Raja dan rakyat Melayu.
Para pemimpin Melayu tetap yakin sekiranya mereka bersatu padu, maka ia akan
menjejaskan pemerintahan Malayan Union. Akhirnya, Kerajaan British terpaksa
memansuhkan Malayan Union dan menggantikannya dengan corak pemerintahan baru yang
dapat diterima oleh penduduk Tanah Melayu.
Selain itu, tindakan British memansuhkan Malayan Union juga adalah akibat daripada
kecaman yang dilakukan oleh Parti Konservatif dalam persidangan Parlimen Britain. Parti
Konsrvatif telah mengecam Kerajaan Parti Buruh, atas dasar Malayan Union yang dianggap
akan memusnahkan kedudukan orang Melayu. Parti Konservatif turut mencadangkan agar
satu rombongan yang terdiri daripada ahli – ahli Parlimen yang mewakili dua parti terbesar,
ditugaskan untuk membuat tinjauan dan mengkaji keadaan yang wujud di Tanah Melayu,
seperti yang dituntut oleh kongres 1946. Kerajaan British akhirnya telah menghantar
rombongan dua ahli Parlimen British yang dianggotai oleh Kapten L.D. Gammans dari Parti
Konservatif dan Leftenan Kolonel David Rees-Williams dari Parti Buruh ke Tanah Melayu
pada penghujung bulan Mei 1946.
Sepanjang lawatan dua wakil Parlimen British tersebut di Tanah Melayu, mereka telah
menyaksikan beribu orang Melayu berhimpun menunjuk perasaan, mambantah dan
mengutuk Malayan Union. Dalam perhimpunan tersebut kaum wanita serta kanak – kanak
turut terlibat, malah Permaisuri Sultan Perak turut turun padang dengan mengetuai kaum
wanita berarak menunjuk perasaan. Keadaan ini telah menyebabkan wakil – wakil British
tersebut melaporkan pendapat mereka mendesak Kerajaan British untuk memansuhkan
Malayan Union dan mengesyorkan supaya satu perjanjian baru dibuat. Mereka turtu
berpendapat, sekiranya keadaan tersebut dibiarkan, penentangan orang Melayu akan
meningkat dan ini akan menjejaskan pentadbiran Kerajaan Malayan Union.
Malayan Union turut dimansuhkan akibat daripada kebimbangan Kerajaan British
terhadap kecaman orang bukan Melayu seperti Parti Komunis Malaya (PKM) serta parti –
parti siasah luar negara, seperti Parti Kuomintang (KMT) China, Parti Kongres India dan Parti
– parti siasah Indonesia. Kerajaan British berpendapat bahawa ancaman yang diberikan oleh
parti – perti tersebut adalah lebih berbahaya kerana mereka memperjuangkan kepentingan
kuasa – kuasa luar. Bagi Kerajaan British tentangan yang diberikan oleh orang Melayu
adalah lebih terbuka dan mengikut lunas perundangan serta masih menghormati pegawai
Malayan Union. Namun sekiranya British masih enggan bekerjasama, sikap tersebut mungkin
akan berubah kepada kekerasan. Oleh yang demikian, British amat yakin bahawa orang
17
Melayu boleh bekerjasama dengan mereka sekiranya pemerintahan Tanah Melayu dipulihkan
seperti sedia kala. Keadaan tersebut akan membawa kebaikan dan keuntungan di kedua –
dua belah pihak.
Setelah menyedari bahawa ancaman yang dihadapi oleh Kerajaan British hanya dapat
diatasi dengan adanya bantuan serta kerjasama dari orang Melayu, maka Kerajaan British
bersetuju untuk memansuhkan Malayan Union dan mengenepikan dasar Imperialismenya.
Akhirnya pada bulan Jun 1946, Kerajaan British telah bersetuju untuk membuat beberapa
pindaan iaitu;
i. Status negeri – negeri Melayu dari taraf ‘Tanah Jajahan Takluk’ kepada
Wilayah di bawah ‘Naungan’ Kerajaan British;
ii. Perlembagaan Tanah Melayu akan mempunyai sifat Persekutuan dengan
perundangan serta pentadbiran pusat yang bertanggungjawab dalam urusan
umum;
iii. Kuasa Raja – Raja Melayu dipulihkan;
iv. Malayan Union dihapuskan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah
Melayu;
v. Jawatan Gabenor digantikan dengan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah
Melayu;
vi. Bahasa Melayu serta Agama Islam dijadikan bahasa dan agama rasmi
persekutuan; serta
vii. Hak – hak keistimewaan orang Melayu dipulihkan seperti sedia kala.
Kerajaan British turut bersetuju mewujudkan satu ‘Jawatankuasa Kerja’ yang
ditubuhkan khas untuk meggubal dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
dan Perjanjian Negeri – Negeri. Jawatankuasa tersebut akan dianggotai oleh tiga kumpulan
iaitu; Kerajaan British, Raja – Raja Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO). Jawatankuasa tersebut telah mengambil masa selama lebih kurang lima bulan
untuk menggubal dan merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada 20hb
November 1946, rangka Perlembagaan ‘Persekutuan’ dan perjanjian untuk Negeri – Negeri
Melayu telah dibentangkan di persidangan Pleno, di mana ia dihadiri oleh Raja – Raja
Melayu, wakil – wakil Kerajaan Malayan Union dan wakil – wakil UMNO. Rangka tersebut
18
akhirnya diluluskan oleh Persidangan Pleno dan diajukan kepada ‘Jemaah Menteri – Menteri’
Kerajaan British di London.
Perjanjian (Perlembagaan) Persekutuan Tanah Melayu serta Perjanjian – Perjanjian
Negeri Melayu tersebut akhirnya telah diterima dan disahkan oleh ‘Jemaah Menteri – Menteri’
Kerajaan British pada 5 Disember 1946. Pada tahun berikutnya, maka secara rasmi Malayan
Union dibubarkan dan seterusnya digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang
ditubuhkan pada 1hb Februari 1948.
5. IKTIBAR
Sesungguhnya peristiwa – peristiwa yang berlaku ketika pengenalan Malayan Union
telah memberikan banyak pengajaran yang berharga utuk dijadikan iktibar serta pedoman
oleh generasi merdeka pada masa kini dan pada masa hadapan. Antara iktibar yang
diperolehi ialah, sesungguhnya kecekalan serta semangat yang tinggi mampu memberikan
kejayaan kepada seseorang atau sesuatu bangsa. Rakyat juga seharusnya menanamkan
semangat nasionalisme yang tinggi kepada negara untuk mengelakkan negara kita dijajah
oleh kuasa asing yang akan menghapuskan martabat serta warisan budaya Negara yang
berdaulat. Ini misalnya, pengenalan Malayan Union yang telah menghapuskan sepenuhnya
kuasa para sultan dan hak istimewa orang Melayu. Tanpa adanya tokoh – tokoh pejuang
yang bersemangat tinggi serta kerjasama dari seluruh rakyat Melayu, maka sesungguhnya
nilai budaya Melayu yang tinggi itu akan hilang ditelan kuasa penjajah.
Dalam pada masa yang sama, peristiwa – peristiwa ketika pengenalan Malayan Union
telah memberikan iktibar bahawa dengan adanya kesepaduan di antara pemerintah (ketua)
dengan rakyat (orang bawahan), maka sesuatu objektif yang ingin diperjuangkan akan
menghasilkan kejayaan yang tak ternilai terhadap sesuatu negara, organisasi atau kumpulan.
Kisah perjuangan bangsa melayu yang bersifat lembut tetapi tegas atau tidak radikal
telah menunjukkan bahawa sesuatu kejayaan itu tidak semestinya diperolehi melalui
kekerasan. Apabila menggunakan kekerasan, maka ia hanya akan merugikan ramai pihak
dengan adanya pertumpahan darah dan kerosakkan harta benda serta melumpuhkan
ekonomi negara. Dengan mengekalkan sifat kerjasama dan bersatu padu, hormat –
19
menghormati, maka segala tindakan yang diambil akan mebuahkan hasil yang
menguntungkan kepada semua pihak. Keadaan ini dapat digambarkan melalui perjuangan
orang Melayu yang menyuarakan bantahan mereka melalui akhbar – akhbar, demonstrasi
serta pertubuhan kongres yang dianggap tidak bersifat radikal.
6. KESIMPULAN
Kesimpulannya, hasil daripada semangat nasionalisme penduduk Melayu yang kuat,
maka mereka telah berjaya memujuk Kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union
yang dianggap sebagai satu bentu penjajahan baru di Tanah Melayu oleh Kerajaan British.
Dengan mansuhnya Malayan Union, maka kedaulatan serta maruah rakyat Melayu berjaya
dikekalkan dan seterusnya berjaya membawa Tanah Melayu kepada satu bentuk Kerajaan
baru, iaitu Persekutuan Tanah Melayu. Dengan tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu,
maka ia telah membuka ruang kepada orang Melayu untuk melibatkan diri dalam politik
negara dan memerintah tanah air sendiri. Ia turut membuka ruang para pemimpin Melayu
untuk membawa kemerdekaan kepada negara yang akhirnya berjaya diperolehi pada 31hb
Ogos 1957.
Disamping itu, peristiwa – peristiwa yang berlaku dalam sejarah perjuangan sebelum
merdeka perlulah diambil iktibar bagi pedoman kepada masyarakat kini dan generasi –
generasi yang akan mendatang bagi mempertahankan kedaulatan negara kita.
20
7. BIBLIOGRAFI
1. Anwar Abdullah (2004). Biografi Dato Onn: Hidup Melayu. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia .
2. Institut Tadbiran Awam Negara (1983). Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar
– Dasar Pembangunan. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.
3. J. Kennedy (2007). History of Malaya. Kuala Lumpur : Synergy Media.
4. Ja’afar Onn (2007). UMNO dan Malayan Union. Selangor: MPH Group Publishing.
5. Mohd. Ashraf Ibrahim (2004). Gagasan Bangsa Malaysia yang Bersatu: 1945 – 1957.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
6. Mohd. Isa Othman (2002). Sejarah Malaysia: 1800 – 1963. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
7. Ramlah Adam (1998). Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia keduaFaktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia keduaNoha Fiq
 
Kesan postif dan negatif pembandaran
Kesan postif dan negatif pembandaranKesan postif dan negatif pembandaran
Kesan postif dan negatif pembandaranUNie ONie
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiamothy
 
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMNurZahidah22
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaAmir Firdaus
 
Mengapakah orang melayu menentang malayan union
Mengapakah orang melayu menentang malayan unionMengapakah orang melayu menentang malayan union
Mengapakah orang melayu menentang malayan unionArsyad Arifin Ismail
 
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2Fitriah Gi Kwang
 
CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING NurZahidah22
 
Kebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan KeburukanKebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan Keburukanmr_kay86
 
Sistem Beraja
Sistem BerajaSistem Beraja
Sistem Berajahomogenus
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapatSalasiah Hassan Bahari
 
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..nakirah
 
3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan Darurat3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan DaruratMohd Sofian
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatnasywah79
 
Langkah-langkah membanteras komunis
Langkah-langkah membanteras komunisLangkah-langkah membanteras komunis
Langkah-langkah membanteras komunisMiz Karstz
 

Was ist angesagt? (20)

Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia keduaFaktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
 
Kesan postif dan negatif pembandaran
Kesan postif dan negatif pembandaranKesan postif dan negatif pembandaran
Kesan postif dan negatif pembandaran
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
 
Bab 4-ting-5
Bab 4-ting-5Bab 4-ting-5
Bab 4-ting-5
 
Pengajian Am Konsep Negara
Pengajian Am Konsep NegaraPengajian Am Konsep Negara
Pengajian Am Konsep Negara
 
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysia
 
Mengapakah orang melayu menentang malayan union
Mengapakah orang melayu menentang malayan unionMengapakah orang melayu menentang malayan union
Mengapakah orang melayu menentang malayan union
 
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
 
CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING
 
Kebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan KeburukanKebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan Keburukan
 
Bab 4 ting 4 kssm 4.3
Bab  4  ting  4 kssm  4.3Bab  4  ting  4 kssm  4.3
Bab 4 ting 4 kssm 4.3
 
Sistem Beraja
Sistem BerajaSistem Beraja
Sistem Beraja
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 
Suruhanjaya reid
Suruhanjaya reidSuruhanjaya reid
Suruhanjaya reid
 
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
 
3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan Darurat3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan Darurat
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulat
 
Langkah-langkah membanteras komunis
Langkah-langkah membanteras komunisLangkah-langkah membanteras komunis
Langkah-langkah membanteras komunis
 

Ähnlich wie Malayan union

Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09hajar90
 
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di MalaysiaPerlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysiarizalyana
 
Bab 4 tingkatan 5
Bab 4 tingkatan 5Bab 4 tingkatan 5
Bab 4 tingkatan 5nooranisa
 
Hist note form 5 chap 4
Hist note form 5 chap 4Hist note form 5 chap 4
Hist note form 5 chap 4far84
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa MalaysiaSEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa MalaysiaFasyah Tutor
 
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4Zhang Ewe
 
Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3Cg Man
 
Topik 2b malayan unionptm1948
Topik 2b malayan unionptm1948Topik 2b malayan unionptm1948
Topik 2b malayan unionptm1948Nadia Khalid
 
perjuangan kemerdekaan
perjuangan kemerdekaanperjuangan kemerdekaan
perjuangan kemerdekaanNspramila Pram
 
HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu
HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah MelayuHUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu
HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah MelayuAzrul Amry
 
Nota sejarah tingkatan 3 bab 2
Nota sejarah tingkatan 3   bab 2Nota sejarah tingkatan 3   bab 2
Nota sejarah tingkatan 3 bab 2noraziah bidin
 
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957Didiy Otto
 
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptxCTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptxHidayahMdZin
 

Ähnlich wie Malayan union (20)

Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09
 
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di MalaysiaPerlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
 
Bab 4 tingkatan 5
Bab 4 tingkatan 5Bab 4 tingkatan 5
Bab 4 tingkatan 5
 
Proses kemerdekaan
Proses kemerdekaanProses kemerdekaan
Proses kemerdekaan
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Hist note form 5 chap 4
Hist note form 5 chap 4Hist note form 5 chap 4
Hist note form 5 chap 4
 
Malayan Union
Malayan UnionMalayan Union
Malayan Union
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa MalaysiaSEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
 
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
 
Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3
 
Pengajian Malaysia
Pengajian MalaysiaPengajian Malaysia
Pengajian Malaysia
 
Topik 2b malayan unionptm1948
Topik 2b malayan unionptm1948Topik 2b malayan unionptm1948
Topik 2b malayan unionptm1948
 
perjuangan kemerdekaan
perjuangan kemerdekaanperjuangan kemerdekaan
perjuangan kemerdekaan
 
HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu
HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah MelayuHUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu
HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu
 
Komunis dan darurat
Komunis dan daruratKomunis dan darurat
Komunis dan darurat
 
Nota sejarah tingkatan 3 bab 2
Nota sejarah tingkatan 3   bab 2Nota sejarah tingkatan 3   bab 2
Nota sejarah tingkatan 3 bab 2
 
Malayan Union
Malayan UnionMalayan Union
Malayan Union
 
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
 
Negeri negeri melayu
Negeri negeri melayuNegeri negeri melayu
Negeri negeri melayu
 
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptxCTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
 

Kürzlich hochgeladen

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxg46192627
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Kürzlich hochgeladen (12)

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 

Malayan union

  • 1. 1 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL TH10203 SEJARAH MALAYSIA : ABAD KE-20 HINGGA PRA KEMERDEKAAN MALAYAN UNION “Timbangan neraca nasib bangsa kita adalah di dalam tangan orang melayu pada hari ini – Dato Onn Ja’afar”
  • 2. 2 ISI KANDUNGAN Bil. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. PENGENALAN 3 2. MALAYAN UNION (M.U.) 4 2.1 PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN M.U. 4 - 5 2.2 FAKTOR PENUBUHAN M.U. 5 - 6 2.3 CIRI – CIRI M.U. 6 - 7 2.4 PROSES PENUBUHAN M.U. (MISI MACMICHAEL) 8 - 9 3. PENENTANGAN TERHADAP MALAYAN UNION 9 3.1. FAKTOR PENENTANGAN M.U. 9 - 10 3.2. PROSES PENENTANGAN 10 -15 4. PEMBUBARAN MALAYAN UNION 15 – 18 5. IKTIBAR 18 - 19 6. KESIMPULAN 19 7. BIBLIOGRAFI 20
  • 3. 3 1. PENGENALAN Pengguguran bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 Ogos 1945 oleh pihak Amerika telah memberikan kesan terhadap penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Pada 14 Ogos 1945, pihak tentera Jepun telah menyerah kalah dan kembali ke tanah air mereka. Kekalahan tersebut bererti bahawa tamatnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan tamatnya Perang Dunia Ke-2. Selepas pihak jepun meninggalkan Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya (PKM) atau Malayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA) yang terdiri daripada kaum cina telah mengambil peluang tersebut untuk memerintah Tanah Melayu. Pihak PKM telah menyebabkan pelbagai kekacauan dan huru–hara berlaku di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, pihak PKM hanya dapat menguasai Tanah Melayu selama 14 hari iaitu sehingga kedatangan semula pihak British pada bulan September 1945 dengan tujuan mengembalikan keamanan di Tanah Melayu. Pihak British telah menubuhkan British Military Administration (BMA) iaitu sistem pemerintahan tentera bagi menangani kekacauan di Tanah Melayu, tetapi organisasi tersebut tidak bertahan lama. Oleh yang demikian, pihak British telah memperkenalkan satu sistem pemerintahan baru di Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malayan Union. Sepanjang tempoh cadangan penubuhan Malayan Union, terdapat pihak yang menyokong dan menentang cadangan tersebut. Pelbagai peringkat proses penentangan turut berlaku sehingga akhirnya membawa kepada kegagalan pelaksanaan Malayan Union dan wujudnya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang membawa kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
  • 4. 4 2. MALAYAN UNION (M.U) 2.1. Pembentukan Perlembagaan Malayan Union Malayan Union merupakan satu cubaan kerajaan British untuk menukar taraf negeri – negeri Melayu yang bernaung kepada tanah jajahan. Idea tersebut muncul berdasarkan Piagam Atlantik yang ditandatangani oleh Winston Churchill, Perdana Menteri Britain dan Roosevelt, Presiden Amerika Syarikat pada Ogos 1941. Pada Februari 1943, Jabatan Negara bagi Tanah Jajahan Dan Pejabat Perang yang diketuai oleh Edward Gent telah mengemukakan idea Malayan Union dan pada Julai 1943, Unit Perancangan Tanah Melayu (Malayan Planning Unit) telah ditubuhkan bagi merangka sistem pentadbiran baru Tanah Melayu di Britain. Unit Perancangan Tanah melayu (MPU) terdiri daripada bekas pegawai - pegawai British yang pernah berkhidmat di Semenanjung sebelum jepun menguasai Tanah Melayu. Ia diketuai oleh Jeneral Ralph Hone dan antara pegawai yang terlibat ialah Mckerron, H.C. Willan, Brigadier A.T. Newboult, Kolonel E.V.G. Day dan Kolonel M.C. Hay. Manakala Victor Purcell merupakan pegawai yang bertanggungjawab meneliti hal ehwal orang cina. MPU meminta pandangan daripada bekas – bekas pegawai tadbirnya bagi membantu dalam penyusunan pentadbiran Tanah Melayu selepas peperangan. Semasa penggubalan MU, terdapat tiga buah memorandum telah dikemukakan kepada Pejabat Tanah Jajahan. Ketiga – tiga memorandum tersebut adalah terdiri daripada memorandum yang dihantar oleh Persatuan British Malaya, Tan Cheng Lock dan Persatuan Pelajar – Pelajar Melayu Britain. Memorandum yang dikemukakan oleh Persatuan British Malaya dan Tan Cheng Lock lebih kepada dasar menggabungkan semua negeri – negeri Melayu termasuk negeri – negeri Selat (NNS) di bawah satu unit pentadbiran walaupun terdapat sedikit perbezaan. Di pihak Persatuan British Malaya, semua negeri – negeri Melayu digabungkan kecuali Pulau Pinang dan Singapura menjadi tanah jajahan British, manakala Tan Cheng Lock mencadangkan semua negeri tersebut digabungkan dalam sebuah kesatuan. Selain itu, memorandum tersebut terut menetapkan beberapa cadangan sistem politik di Tanah Melayu. Memorandum yang dikemukakan oleh Persatuan Pelajar – Pelajar Malaya britain merupakan draf yang menentang rancangan Kerajaan British yang hendak menukar taraf negeri – negeri Melayu daripada negeri bernaung kepada tanah jajahan British.
  • 5. 5 Pada peringkat awal, kerajaan British bercadang untuk menggabungkan semua negeri – negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka serta Borneo British dalam kesatuan dan Singapura sebagai tanah jajahan berasingan. Namun demikian, pada bulan Mac 1943, Borneo British dianggap belum bersedia menyertai kesatuan. Akhirnya, setelah beberapa dasar perubahan dilakukan, pada 10 Oktober 1945, George W. Hall telah mengumumkan rancangan penubuhan Malayan Union di persidangan Parlimen British. 2.2. Faktor Penubuhan Malayan Union Pada dasarnya, penubuhan Malayan Union merupakan satu percubaan British untuk menukarkan taraf negeri – negeri Melayu yang berdaulat daripada negeri yang ‘bernaung’ kepada tanah jajahan atau ‘koloni British’. Kerajaan British ingin berkuasa penuh dalam pentadbiran Tanah Melayu dengan menghapuskan kedaulatan Raja – Raja Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor di Tanah Melayu yang turut menjadi sebab dalam pembentukan tersebut. Salah satu faktor pembentukan Malayan Union adalah untuk mewujudkan sistem pentadbiran yang seragam di Tanah Melayu. Hal ini berikutan, sebelum Perang Dunia ke -2, negeri – negeri di Tanah Melayu diletakkan di bawah tiga sistem pemerintahan yang berbeza iaitu; Negeri – Negeri Selat, Negeri – Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri – Negeri melayu Tidak Bersekutu. Ketiga – tiga sistem pentadbiran tersebut telah menyebabkan sistem pentadbiran menjadi tidak seragam. Oleh itu, kerajaan british ingin menetapkan semua negeri – negeri di Tanah Melayu disatukan di bawah satu unit pentadbiran yang diketuai oleh Gabenor. Penyatuan ini turut menjadikan kos pentadbiran berkurang dan melicinkan lagi perjalanan sistem pentadbiran. Malayan Union juga merupakan usaha British untuk memastikan kepentingan ekonomi mereka di Tanah Melayu terpelihara. British ingin memulihkan semula ekonomi di Tanah Melayu yang hampir muflis akibat daripada pendudukan Jepun. Di bawah Malayan Union, Gabenor di beri kuasa penuh untuk memberi konsesi – konsesi ekonomi kepada pelabur – pelabur bagi membangunkan ekonomi Tanah Melayu dengan secepat mungkin. Selain itu, potensi bijih timah serta perusahaan getah sebagai sumber pendapatan utama Tanah Melayu perlu dipulihkan bagi mendapatkan pulangan yang lumayan dalam ekonomi.
  • 6. 6 Pada masa yang sama, kerajaan British turut memerlukan sumber pendapatan yang besar bagi membiayai kos perang. Oleh itu, dengan wujudnya Malayan Union, British akan dapat mengeksploitasi ekonomi Tanah Melayu. Kerajaan British juga ingin memberikan taraf kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu. Dengan ini, semua hak antara orang Melayu dengan bukan Melayu adalah sama, malah hak keistimewaan orang Melayu turut hilang. Ia merupakan balasan kepada kaum Cina dan India yang bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun dan hukuman kepada orang Melayu yang membantu jepun menentang British. British turut menginginkan orang Cina dan India memainkan peranan mereka untuk memajukan semula ekonomi Tanah melayu. Selain itu, penubuhan Malayan Union turut menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri seperti yang termaktub dalam Piagam Atlantik. Kerajaan British perlu menyatukan rakyat dan negeri – negeri Melayu sebelum diberikan kemerdekaan. Ia bertujuan supaya Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang bersatu. Maka, Malayan Union berperanan sebagai mewujudkan kesedaran politik kepada penduduk Tanah Melayu dalam proses berkerajaan sendiri. 2.3. Ciri – Ciri Malayan Union Di bawah perlembagaan Malayan Union, taraf negeri – negeri Melayu akan bertukar daripada negeri – negeri ‘berdaulat’ yang bernaung di bawah Kerajaan British kepada jajahan takluk (Koloni) British. Sebagai tanah jajahan, British akan mempunyai kuasa penuh di seluruh Tanah Melayu. Syarat tersebut akan menyebabkan kedaulatan serta kuasa raja – raja Melayu terhapus. Segala tugas pentadbiran terletak sepenuhnya di bawah kuasa British. Malayan Union turut menggabungkan kesemua negeri – negeri di Tanah Melayu iaitu; Negeri – Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) yang terdiri daripada negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang; Negeri – Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) iaitu negeri Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis; serta Negeri – Negeri Selat iaitu Pulau – Pinang dan Melaka di bawah satu unit pentadbiran. Manakala Singapura pula diletakkan di bawah Tanah Jajahan Mahkota British yang berasingan di bawah pemerintahan seorang gabenor.
  • 7. 7 Pusat pentadbiran Malayan Union diletakkan di Kuala Lumpur dan diketuai oleh gabenor yang mempunyai kuasa penuh dalam hal pentedbiran Malayan Union. Di peringkat pusat, gabenor akan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Undangan. Majlis Mesyuarat Kerja bertanggungjawab dalam menjalankan tugas – tugas pentadbiran, manakala Majlis Undangan berfungsi sebagai penggubal undang – undang. Kedua – dua majlis tersebut adalah terletak sepenuhnya pada kuasa gabenor. Di peringkat negeri, Majlis Mesyuarat Negeri yang terletak di bawah kuasa Residen Commisioner bertindak sebagai pentadbir kerajaan tempatan. Ia terletak di bawah kawalan kerajaan pusat. Kedudukan raja – raja Melayu dikekalkan, namun kuasa mereka adalah terhad termasuklah dalam hal ehwal Agama Islam dan adat istiadat Melayu. Terdapat tiga majlis yang berkaitan dengan raja Melayu iaitu Majlis Negeri, Majlis Penasihat Sultan dan Majilis Raja. Namun pada hakikatnya Raja Melayu tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutif dalam majlis tersebut. Malahan dalam Majlis Penasihat Agama Islam dan Adat Resam yang ditubuhkan juga terletak pada kuasa Gabenor dan Raja – Raja Melayu hanya sebagai ahlinya. Majlis ini berperanan dalam memutuskan fatwa – fatwa berkaitan dengan agama islam dan adat resam Melayu. Hak keistimewaan orang Melayu turut terhapus dan Malayan Union menawarkan hak kerakyatan sama taraf kepada semua penduduknya tanpa mengira bangsa atau keturunan. Dari aspek kerakyatan, syarat kewarganegaraan adalah berdasarkan prinsip Jus Soli. Melalui prinsip tersebut, kerakyatan di Tanah melayu diperolehi apabila; a) mereka yang dilahirkan Tanah Melayu atau Singapura sebelum tarikh Malayan Union berkuatkuasa dan menjadi pemastautin; b) mereka yang berusia 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di Tanah Melayu selama 15 tahun pada tarikh 15 Februari 1942 serta mengangkat sumpah kesetiaan kepada Kerajaan Malayan Union; dan c) mereka yang dilahirkan di Malayan Union atau Singapura selepas tarikh Malayan Union dikuatkuasakan. 2.4. Proses Penubuhan Malayan Union (Misi MacMichael)
  • 8. 8 Perlembagaan Malayan Union telah diumumkan pada 10hb Oktober 1945 oleh Kerajaan British di London, dan pada hari berikutnya, maklumat mengenai perlembagaan tersebut telah disiarkan di Tanah Melayu melalui akhbar – akhbar. Pada 12hb Oktober 1945, Sir Harold MacMichael telah tiba di Pelabuhan Swettenham (Pelabuhan Kelang) dengan kapal H.M.S. Royalist. Beliau telah diiringi oleh H.T. Bourdillon dan A.T. Newboult bagi menjalankan tugasnya untuk mendapatkan tandatangan Raja – Raja Melayu terhadap Malayan Union. Ia merupakan idea Ralph Hone yang berpendapat bahawa satu perjanjian baru dengan sultan – sultan adalah diperlukan sebelum Malayan Union diperkenalkan. Dengan perjanjian tersebut, maka kedaulatan negeri – negeri Melayu akan diserahkan sepenuhnya kepada British. MacMichael telah memulakan misi pertamanya dengan menemui Sultan Johor, Sultan Ibrahim, iaitu sultan yang tertua dan terkanan. Pada 18hb Oktober 1945, Sultan Ibrahim yang dianggap oleh British sebagai pro – Jepun telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian tersebut tanpa sebarang bantahan atau tentangan. Kemudiannya, MacMichael telah menghadap 8 orang Sultan negeri – negeri Melayu pada; i. 23 Oktober – Sultan Alam Shah (Selangor), ii. 31 Oktober – Sultan Abu Bakar (Pahang), iii. 13 November – Yam Tuan Besar Tungku Abdul Rahman (Negeri Sembilan), iv. 20 November – Sultan Abdul Aziz (Perak), v. 2 Disember – Sultan Badlisyah (Kedah), vi. Raja Syed Putra (Perlis), vii. 17 Disember – Sultan Ibrahim (Kelantan), viii. Sultan Ismail (Terengganu). Dalam masa kurang daripada tiga bulan, iaitu sehingga 21 Disember 1945, MacMichael telah berjaya mendapatkan tandatangan daripada 9 orang Sultan Melayu. Menurut catatan daripada beberapa sumber yang dipercayai, semasa Sir Harold MacMichael dipertanggungjawab mendapatkan tandatangan daripada raja – raja Melayu, beliau telah melakukan pelbagai bentuk penipuan, paksaan serta ugutan terhadap para Sultan. Ini misalnya seperti yang terjadi kepada Sultan Abdul Aziz (Perak), baginda telah menandatangani perjanjian tersebut secara terdesak tanpa diberi tempoh masa untuk meneliti dan mengkaji ‘Perjanjian’ yang dikemukakan. Sultan Badlisyah (Kedah) turut diugut akan diturunkan takhtanya dan digantikan dengan sultan yang baru.
  • 9. 9 Akhirnya, pada 6 Januari 1946, Sir Harold MacMichael telah kembali ke England dengan menaiki Kapal Perang Tentera Laut Diraja British. Beliau telah membawa bersamanya ‘Kertas – kertas Penyerahan Kuasa’ yang telah ditandatangani oleh Sultan – Sultan Melayu. Akhirnya, pada 22 Januari 1946, Kerajaan British telah membentangkan ‘Kertas Putih’ di Dewan Parlimennya dan mengumumkan rancangan penubuhan Malayan Union (Negara Malaya Bersatu) yang akan menggantikan pemerintahan beraja di negeri – negeri Melayu. Pengisytiharan Malayan Union akhirnya diputuskan pada 1 April 1946. 3. PENENTANGAN TERHADAP MALAYAN UNION 3.1. Faktor – Faktor Penentangan Rancangan penubuhan Malayan Union oleh British di Tanah Melayu telah menimbulkan tentangan yang hebat daripada penduduk Tanah Melayu. Hal ini berikutan daripada syarat – syarat yang terdapat di dalam perlembagaan Malayan Union tersebut dan akibat daripada tindakan Sir Harold MacMichael yang menggunakan tipu muslihat ketika mendapatkan tandatangan daripada Raja –Raja Melayu. Tindakan MacMichael yang telah menggunakan unsur penipuan, paksaan dan ugutan terhadap raja – raja Melayu telah menimbulkan kemarahan orang Melayu. MacMichael telah memaksa raja – raja Melayu menandatangani perjanjian dengan mengugut akan melucutkan jawatan mereka atas alasan sultan – sultan bekerjasama dengan Jepun menentang British semasa Perang Dunia Kedua. Selain itu, orang Melayu turut merasa diperkecilkan kerana masa yang diberikan untuk membincangkan rancangan penubuhan Malayan Union adalah singkat. MacMichael juga tidak menerangkan syarat – syarat gagasan Malayan Union secara terperinci dan mendapat pandangan daripada raja – raja Melayu terlebih dahulu sebelum sultan menandatangani perjanjian tersebut. Orang Melayu turut menentang kerana pertubuhan Malayan Union akan mengancam kedaulatan dan kuasa mutlak para sultan. Melalui Malayan Union, kedudukan sultan akan dikekalkan tetapi kuasa penuh adalah terletak di tangan gabenor British yang mempunyai kuasa pembatal (veto). Pada pandangan orang Melayu, raja dianggap berdaulat dan
  • 10. 10 mempunyai kuasa untuk melindungi mereka, kehilangan kuasa raja bermakna kehilangan kuasa Melayu. Selain itu, perubahan status sosial raja – raja Melayu mambangkitkan kebimbangan orang Melayu terhadap masa hadapan mereka untuk menghadapi persaingan daripada orang bukan Melayu yang menguasai ekonomi. Orang Melayu turut merasa maruah serta kesucian agama Islam akan jatuh apabila Majlis Islam dipengerusikan oleh gabenor yang bukan beragama Islam. Kehilangan kuasa sultan akan mengubah status Tanah Melayu kepada tanah jajahan British dan ini telah membangkitkan semangat kebangsaan orang Melayu untuk menentang Malayan Union. Syarat pemberian taraf kerakyatan turut menyebabkan penentangan orang Melayu terhadap gagasan Malayan Union. Prinsip kerakyatan berdasarkan jus soli yang terlalu liberal telah menebalkan sentimen kebencian orang Melayu kepada kaum lain terutamanya kaum Cina. Jika Malayan Union dilaksanakan, dianggarkan kira – kira 85% orang Cina dan 75% orang India akan mendapat taraf kewrganegaraan Tanah Melayu. Syarat kerakyatan yang longgar akan menyebabkan orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu. Sekiranya orang bukan Melayu mendapat hak yang sama, ini akan mengugat hak istimewa dan kedudukan politik orang Melayu. Keadaan ini dianggap berbahaya terhadap kedudukan politik, ekonomi dan masa hadapan oran Melayu. 3.2 Proses Penentangan Malayan Union Keputusan British untuk melaksanakan Malayan Union di Tanah Melayu telah membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan pemimpin Melayu. Mereka sedar jika ia diteruskan, maka nasib orang Melayu akan terancam. Pemimpin – pemimpin Tanah Melayu telah menggunakan akhbar – akhbar tempatan seperti Warta Negara, Utusan Melayu dan Majlis untuk menyeru rakyat Melayu supaya bersatu padu menentang Malayan Union. Mereka turut menyeru supaya Barisan Bersatu ditubuhkan bagi menentang Malayan Union. Akhbar – akhbar Melayu turut memuatkan rencana – rencana yang mengingatkan orang Melayu terhadap bahaya Malayan Union. Desakan daripada akhbar – akhbar telah membangkitkan semangat pemimpin – pemimpin pertubuhan politik yang ada di Tanah Melayu untuk bersatu –padu dan menyuarakan tentangan terhadap Malayan Union. Peranan Dato Onn Ja’afar dalam membangkitkan semangat orang melayu menentang Malayan Union juga tidak dilupakan. Dato Onn telah menggesa agar semua pertubuhan Melayu di Tanah Melayu bergabung tenaga untuk mengembalikan kedaulatan, maruah, dan
  • 11. 11 martabat bangsa Melayu. Hasilnya, beberapa pertubuhan yang bercorak kenegerian telah ditubuhkan seperti Kesatuan Melayu Johor, Ikatan Melayu johor, Persatuan Melayu Kedah, Persatuan Melayu Kelantan, dan Persatuan Melayu Melaka. Persatuan – persatuan tersebut telah memainkan peranan dengan mengemukakan bantahan terhadap pelaksanaan Malayan Union melalui demonstrasi secara besar – besaran di seluruh negara. Antara siri bantahan tersebut; i. 15hb Disember 1945 – satu demonstrasi telah dianjurkan oleh Persatuan Melayu Kelantan dengan disertai oleh 10 000 orang semasa MacMichael tiba di istana Sultan Kelantan untuk mendapatkan tandatangan; ii. 19hb Januari 1946 – Persatuan Melayu kedah mengadakan demonstrasi di Alor Setar dan disertai kira – kira 50 000 orang; iii. 1hb Februari 1946 – Persatuan Melayu Kelantan menganjurkan demonstrasi kedua di Kota Bahru; iv. 10hb Februari 1946 – satu demonstrasi yang disertai seramai 15 000 orang termasuk wanita diadakan di Johor. Selain itu, di Johor, Dato Onn bin ja’afar turut menubuhkan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor (PMSJ) pada 3hb Januari 1946. Persatuan ini ditubuhkan dengan tujuan menyatupadukan orang Melayu untuk menghadapi sebarang kemungkinan dari rancangan Kerajaan British menubuhkan Malayan Union. Beliau turut memainkan peranan yang besar dalam sejarah perjuangan negara apabila bertindak mengirim sepucuk surat kepada akhbar Utusan Malaya pada 23hb Januari 1946 dan memohon surat tersebut disiarkan. Penghantaran surat tersebut merupakan cadangan daripada beberapa orang anggota Kesatuan Melayu Johor seperti Syed Alwi Al – Hadi, Haji Anuar Malik dan Haji Mohd. Noah. Bagi mereka, Dato Onn mempunyai kepentingan dalam menyatukan orang Melayu. Motif daripada tindakan tersebut adalah untuk mengajak pemimpin – pemimpin Melayu di seluruh negara berhimpun untuk mengadakan suatu kongres bagi membincangkan perkara berkaitan penubuhan Malayan Union dan memikirkan tindakan serta langkah yang perlu diambil untuk membanteras rancangan Kerajaan Inggeris tersebut. Di dalam surat tersebut turut dicadangkan satu pertubuhan yang dinamakan Pertubuhan Melayu Bersatu atau United Malays Organization (UMO) perlu ditubuhkan sebagai badan pendesak yang menjadi induk mewakili seluruh umat Melayu. Beliau telah mengajak semua persatuan, pergerakan dan kesatuan Melayu di Semenanjung dan Singapura menghantar wakil – wakil mereka ke kongres tersebut.
  • 12. 12 Akhirnya pada 1hb Mac 1946, persidangan kongres Melayu Se-Malaya yang pertama telah dijalankan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bahru, Kuala Lumpur. Kongres tersebut telah dihadiri hampir 300 orang wakil dan pemerhati rasmi daripada 41 buah pertubuhan Melayu. DYMM Sultan Hishammudin Alam Shah, iaitu Sultan Selangor telah merasmikan persidangan kongres tersebut. Manakala, Dato Onn telah diangkat sebagai pengerusi kongres. Persidangan orang Melayu tersebut tidak mendapat tekanan oleh pihak British. Surat kebenaran mengadakan kongres telah diberi pada 30hb Februari 1946 dan pada hari persidangan, pentadbiran British hanya menghantar beberapa orang mata – mata gelap dan polis untuk ‘menjaga’ perjalanan kongres. British tidak melihat kongres tersebut sebagai satu ancaman terhadap Malayan Union. Persidangan kongres telah berlangsung selama empat hari dan kesemua persatuan yang hadir telah memberikan kerjasama kepada Dato Onn. Cadangan Dato Onn untuk menubuhkan pertubuhan kebangsaan telah dipersetujui, tetapi namanya telah diubah kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays National Organization (UMNO) oleh Encik Zainal Abidin bin Ahmad (Za’aba). Pada hari kedua, persidangan kongres telah membincangkan soal Malayan Union dan mengutuk tindakan Sir Harold MacMichael ketika mendapatkan tandatangan raja – raja Melayu. Di akhir persidangan, kongres tersebut telah membuat beberapa resolusi sebagai satu bantahan bertulis orang Melayu secara kolektif. Antara ketetapan yang dicapai sepanjang persidangan tersebut ialah; i. Bahawa perjanjian yang ditandatangani oleh Raja – Raja Melayu adalah tidak mengikut perlembagaan, hak pusaka dan amalan negeri – negeri Melayu. Dengan demikian, ‘persetujuan’ tersebut adalah tidak sah dan terbatal serta rakyat tidak akan mengiktiraf ‘perjanjian’ tersebut; ii. Perjanjian tersebut juga dianggap tidak dengan pengetahuan dan berlawanan dengan kehendak rakyat, maka kongres telah mengisytiharkan perbuatan seumpama itu adalah bertentangan dengan dasar – dasar demokrasi; iii. Cadangan Kerajaan Inggeris mengambil kuasa penuh ke atas Tanah Melayu dan menafikan kuasa sultan turut dianggap berlawanan dengan Piagam Atlantik; iv. Berkenaan dengan syarat – syarat yang terkandung dalam perlembagaan Malayan Union adalah mengecewakan orang Melayu yang pernah menaruh perasaan setia kepada takhta Kerajaan Inggeris sebagai kuasa penaung;
  • 13. 13 v. Berharap agar Kerajaan Inggeris menimbang semula cadangan – cadangan yang terdapat dalam perlembagaan Malayan Union; vi. Bahawa kongres mendesak Kerajaan Britain agar menarik balik cadangan – cadangan yang disebutkan dengan segera, dan mengembalikan semula taraf kedudukan negeri – negeri Melayu. Ketetapan kongres pertama tersebut telah diisytiharkan kepada beribu rakyat Melayu di Dewan Bandaran (Town Hall) Kuala Lumpur pada petang 4hb Mac 1946. Resolusi tersebut akhirnya dikirimkan kepada Setiausaha Negara bagi Jabatan Tanah dan Jajahan Takluk Britain di Whitehall, London. Walau bagaimanapun, resolusi yang dihantar daripada persidangan kongres pertama tersebut tidak mendapat perhatian Kerajaan british. British tetap dengan keputusan mereka untuk mengisytiharkan Malayan Union di Tanah Melayu pada 1hb April 1946 dan Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor Malayan Union yang pertama. Tindakan British tersebut telah menyebabkan kongres kedua di Tanah Melayu dijalankan secara tergempar pada 30hb Mac 1946. Persidangan kedua tersebut telah dijalankan di Ibu Pejabat dan dihadiri oleh 9 orang wakil daripada 9 buah persatuan negeri Melayu sahaja kerana kesuntukan masa. Dalam tempoh perbincangan selama dua hari, kongres tersebut telah membuat beberapa keputusan penting. Antaranya adalah dengan meminta raja – raja Melayu memulau pelantikan Sir Edward gent sebagai Gabenor Malayan Union pada 1hb April 1946, meminta ahli Melayu yang dilantik bagi Majlis Mesyuarat Malayan Union (MMMU) menolak pelantikan tersebut dan meminta rakyat Melayu berkabung selama tujuh hari sebagai tanda kematian hak mereka. Keputusan tersebut telah mendapat kerjasama yang baik daripada masyarakat Melayu. Ahli Melayu yang dilantik dalam Majlis Mesyuarat Malayan Union telah memulaukan dan menjalankan dasar tidak bekerjasama terhadap majlis tersebut. Pemulauan tersebut telah melemahkan sokongan orang Melayu dalam pentadbiran British. Manakala orang Melayu pula memakai songkok berlilit kain putih tanda berkabung. Bantahan tersebut merupakan bantahan sebulat suara orang Melayu daripada peringkat pentadbir dan rakyat bawahan.
  • 14. 14 Raja – Raja Melayu pada asalnya tetap ingin menghadiri majlis pelantikan Edward Gent, tetapi setelah dipujuk oleh Dato’ Onn yang disertai bersama – sama Dato’ Hj. Wahab Toh Muda dan Dato’ Nik Ahmad Kamil serta bantuan Sultan Ibrahim yang datang berbincang dengan raja – raja Melayu di kediaman mereka di Station Hotel. Dato’ Onn juga telah mengingatkan raja – raja Melayu supaya bekerjasama dengan kongres untuk mengelakkan rakyat Melayu menderhaka, akhirnya raja – raja Melayu tersebut akur dan bersetuju untuk bejerjasama dengan kongres. Kejayaan ini juga hasil daripada sokongan beribu – ribu rakyat Melayu yang telah melaungkan ‘daulat tuanku’ betalu – talu di luar kediaman raja – raja Melayu tersebut. Walau bagaimanapun, sebagai tanda berbudi bahasa, Sultan Perak telah mengirimkan sepucuk surat kepada Edward Gent sebagai tanda memohon maaf pada hari keesokannya. Semasa dalam proses penentangan, raja – raja Melayu yang menyesali tindakan mereka menandatangani perjanjian dengan Sir Harold MacMichael secara terburu – buru pernah menghantar surat kepada Setiausaha Negara bagi Tanah dan Jajahan Takluk Britain serta rakan – rakan inggeris mereka yang berpengaruh di England. Raja – raja Melayu telah mempertikaikan persetujuan yang diberi dan mendakwa mereka telah diperdaya oleh MacMichael. Tetapi rayuan raja – raja Melayu tersebut tidak diendahkan oleh Kerajaan british. Dengan itu raja – raja Melayu telah memutuskan untuk bersama – sama rakyat menentang penubuhan Malayan Union. Dalam satu persidangan Raja – Raja yang diadakan di Istana Iskandariyah, Kuala Kangsar, pada bulan April 1946, Baginda sekalian telah memutuskan untuk berangkat ke England untuk mengemukakan bantahan, secara peribadi, jika perlu. Penentangan terhadap Malayan Union bukan sahaja datangnya dari orang Melayu tetapi juga tentangan daripada beberapa orang kaum bukan Melayu, terutamanya orang Cina. Tentangan daripada kaum Cina datangnya daripada kumpulan politik berhaluan kiri iaitu Parti Komunis Malaya (PKM). PKM secara keseluruhannya bersetuju dengan konsep Malayan Union tetapi tidak bersetuju dengan pengekalan Singapura sebagai koloni berasingan oleh Kerajaan British. Mereka juga tidak berpuas hati dengan keahlian dewan undangan dan eksekutif yang dianggap tidak demokratik. Hal ini berikutan PKM menuntut
  • 15. 15 supaya diadakan pemilihan umum. Melalui akhbar Cina, perkara yang menarik adalah mogok umum yang dilancarkan oleh GLU (General Labour Union) yang telah diilhamkan oleh PKM. Disamping itu, terdapat juga segelintir pegawai – pegawai berbangsa Inggeris yang turut menyokong orang Melayu menentang pelaksanaan Malayan Union. Antaranya ialah; Frank Swettenham, George Maxwell, Ronald Bradel, CecilClementi, dan R.O. Winstedt. Mereka merupakan antara pegawai – pegawai British yang berpengaruh dan pernah bertugas di Tanah Melayu sebelum pendudukan Jepun. Pegawai – pegawai seperti Swettenham dan Winstedt melihat dasar Malayan Union itu sangat bertentangan dengan dasar kerajaan British sebelumnya. Pegawai – pegawai British tersebut telah menyatakan tentangan mereka terhadap Malayan Union dengan menulis di akhbar – akhbar London seperti Times dengan menyatakan kekesalan mereka terhadap pengenalan Malayan Union yang dianggap tidak sesuai untuk Tanah Melayu. Kecaman yang lebih berkesan dari mereka datangnya daripada anggota pembangkang Parti Konservatif Britain dalam ‘House of Commons’ . Bagi mereka, Malayan Union merupakan satu tindakan yang memusnahkan orang Melayu. Dengan ini, pegawai – pegawai British serta parti tersebut bukan sahaja telah membidas tetapi juga meminta supaya Kerajaan British mengkaji semula bantahan yang dibuat oleh orang Melayu secara dekat. 4. PEMBUBARAN MALAYAN UNION Pada asalnya, Kerajaan British tetap dengan keputusannya menubuhkan Malayan Union. Namun, akibat desakan daripada penduduk Tanah Melayu dan rakyat Britain, maka Kerajaan British terpaksa menimbang semula pandangan penduduk Tanah Melayu dan bercadang untuk membuat beberapa pindaan dalam susunan pentadbiran dan pemerintahan Malayan Union. Terdapat beberapa faktor penting yang telah menyebabkan Kerajaan British bertindak sedemikian. Akibat daripada penentangan orang Melayu, Sir Edward Gent telah mengadakan suatu mesyuarat yang dihadiri oleh raja – raja Melayu. Dalam mesyuarat tersebut, Edward gent telah menawarkan beberapa kelonggaran dalam kuasa Gabenor dan memulihkan sebahagiannya kepada kuasa Raja. Namun begitu, tawaran yang tidak menyentuh mengenai soal penjajahan dan penaklukan Tanah Melayu tidak berjaya mempengaruhi tentangan pemimpin – pemimpin Melayu terhadap Malayan Union. Mereka menganggap bahawa
  • 16. 16 tawaran tersebut merupakan satu cubaan British untuk memisahkan Raja dan rakyat Melayu. Para pemimpin Melayu tetap yakin sekiranya mereka bersatu padu, maka ia akan menjejaskan pemerintahan Malayan Union. Akhirnya, Kerajaan British terpaksa memansuhkan Malayan Union dan menggantikannya dengan corak pemerintahan baru yang dapat diterima oleh penduduk Tanah Melayu. Selain itu, tindakan British memansuhkan Malayan Union juga adalah akibat daripada kecaman yang dilakukan oleh Parti Konservatif dalam persidangan Parlimen Britain. Parti Konsrvatif telah mengecam Kerajaan Parti Buruh, atas dasar Malayan Union yang dianggap akan memusnahkan kedudukan orang Melayu. Parti Konservatif turut mencadangkan agar satu rombongan yang terdiri daripada ahli – ahli Parlimen yang mewakili dua parti terbesar, ditugaskan untuk membuat tinjauan dan mengkaji keadaan yang wujud di Tanah Melayu, seperti yang dituntut oleh kongres 1946. Kerajaan British akhirnya telah menghantar rombongan dua ahli Parlimen British yang dianggotai oleh Kapten L.D. Gammans dari Parti Konservatif dan Leftenan Kolonel David Rees-Williams dari Parti Buruh ke Tanah Melayu pada penghujung bulan Mei 1946. Sepanjang lawatan dua wakil Parlimen British tersebut di Tanah Melayu, mereka telah menyaksikan beribu orang Melayu berhimpun menunjuk perasaan, mambantah dan mengutuk Malayan Union. Dalam perhimpunan tersebut kaum wanita serta kanak – kanak turut terlibat, malah Permaisuri Sultan Perak turut turun padang dengan mengetuai kaum wanita berarak menunjuk perasaan. Keadaan ini telah menyebabkan wakil – wakil British tersebut melaporkan pendapat mereka mendesak Kerajaan British untuk memansuhkan Malayan Union dan mengesyorkan supaya satu perjanjian baru dibuat. Mereka turtu berpendapat, sekiranya keadaan tersebut dibiarkan, penentangan orang Melayu akan meningkat dan ini akan menjejaskan pentadbiran Kerajaan Malayan Union. Malayan Union turut dimansuhkan akibat daripada kebimbangan Kerajaan British terhadap kecaman orang bukan Melayu seperti Parti Komunis Malaya (PKM) serta parti – parti siasah luar negara, seperti Parti Kuomintang (KMT) China, Parti Kongres India dan Parti – parti siasah Indonesia. Kerajaan British berpendapat bahawa ancaman yang diberikan oleh parti – perti tersebut adalah lebih berbahaya kerana mereka memperjuangkan kepentingan kuasa – kuasa luar. Bagi Kerajaan British tentangan yang diberikan oleh orang Melayu adalah lebih terbuka dan mengikut lunas perundangan serta masih menghormati pegawai Malayan Union. Namun sekiranya British masih enggan bekerjasama, sikap tersebut mungkin akan berubah kepada kekerasan. Oleh yang demikian, British amat yakin bahawa orang
  • 17. 17 Melayu boleh bekerjasama dengan mereka sekiranya pemerintahan Tanah Melayu dipulihkan seperti sedia kala. Keadaan tersebut akan membawa kebaikan dan keuntungan di kedua – dua belah pihak. Setelah menyedari bahawa ancaman yang dihadapi oleh Kerajaan British hanya dapat diatasi dengan adanya bantuan serta kerjasama dari orang Melayu, maka Kerajaan British bersetuju untuk memansuhkan Malayan Union dan mengenepikan dasar Imperialismenya. Akhirnya pada bulan Jun 1946, Kerajaan British telah bersetuju untuk membuat beberapa pindaan iaitu; i. Status negeri – negeri Melayu dari taraf ‘Tanah Jajahan Takluk’ kepada Wilayah di bawah ‘Naungan’ Kerajaan British; ii. Perlembagaan Tanah Melayu akan mempunyai sifat Persekutuan dengan perundangan serta pentadbiran pusat yang bertanggungjawab dalam urusan umum; iii. Kuasa Raja – Raja Melayu dipulihkan; iv. Malayan Union dihapuskan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu; v. Jawatan Gabenor digantikan dengan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu; vi. Bahasa Melayu serta Agama Islam dijadikan bahasa dan agama rasmi persekutuan; serta vii. Hak – hak keistimewaan orang Melayu dipulihkan seperti sedia kala. Kerajaan British turut bersetuju mewujudkan satu ‘Jawatankuasa Kerja’ yang ditubuhkan khas untuk meggubal dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan Perjanjian Negeri – Negeri. Jawatankuasa tersebut akan dianggotai oleh tiga kumpulan iaitu; Kerajaan British, Raja – Raja Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Jawatankuasa tersebut telah mengambil masa selama lebih kurang lima bulan untuk menggubal dan merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada 20hb November 1946, rangka Perlembagaan ‘Persekutuan’ dan perjanjian untuk Negeri – Negeri Melayu telah dibentangkan di persidangan Pleno, di mana ia dihadiri oleh Raja – Raja Melayu, wakil – wakil Kerajaan Malayan Union dan wakil – wakil UMNO. Rangka tersebut
  • 18. 18 akhirnya diluluskan oleh Persidangan Pleno dan diajukan kepada ‘Jemaah Menteri – Menteri’ Kerajaan British di London. Perjanjian (Perlembagaan) Persekutuan Tanah Melayu serta Perjanjian – Perjanjian Negeri Melayu tersebut akhirnya telah diterima dan disahkan oleh ‘Jemaah Menteri – Menteri’ Kerajaan British pada 5 Disember 1946. Pada tahun berikutnya, maka secara rasmi Malayan Union dibubarkan dan seterusnya digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang ditubuhkan pada 1hb Februari 1948. 5. IKTIBAR Sesungguhnya peristiwa – peristiwa yang berlaku ketika pengenalan Malayan Union telah memberikan banyak pengajaran yang berharga utuk dijadikan iktibar serta pedoman oleh generasi merdeka pada masa kini dan pada masa hadapan. Antara iktibar yang diperolehi ialah, sesungguhnya kecekalan serta semangat yang tinggi mampu memberikan kejayaan kepada seseorang atau sesuatu bangsa. Rakyat juga seharusnya menanamkan semangat nasionalisme yang tinggi kepada negara untuk mengelakkan negara kita dijajah oleh kuasa asing yang akan menghapuskan martabat serta warisan budaya Negara yang berdaulat. Ini misalnya, pengenalan Malayan Union yang telah menghapuskan sepenuhnya kuasa para sultan dan hak istimewa orang Melayu. Tanpa adanya tokoh – tokoh pejuang yang bersemangat tinggi serta kerjasama dari seluruh rakyat Melayu, maka sesungguhnya nilai budaya Melayu yang tinggi itu akan hilang ditelan kuasa penjajah. Dalam pada masa yang sama, peristiwa – peristiwa ketika pengenalan Malayan Union telah memberikan iktibar bahawa dengan adanya kesepaduan di antara pemerintah (ketua) dengan rakyat (orang bawahan), maka sesuatu objektif yang ingin diperjuangkan akan menghasilkan kejayaan yang tak ternilai terhadap sesuatu negara, organisasi atau kumpulan. Kisah perjuangan bangsa melayu yang bersifat lembut tetapi tegas atau tidak radikal telah menunjukkan bahawa sesuatu kejayaan itu tidak semestinya diperolehi melalui kekerasan. Apabila menggunakan kekerasan, maka ia hanya akan merugikan ramai pihak dengan adanya pertumpahan darah dan kerosakkan harta benda serta melumpuhkan ekonomi negara. Dengan mengekalkan sifat kerjasama dan bersatu padu, hormat –
  • 19. 19 menghormati, maka segala tindakan yang diambil akan mebuahkan hasil yang menguntungkan kepada semua pihak. Keadaan ini dapat digambarkan melalui perjuangan orang Melayu yang menyuarakan bantahan mereka melalui akhbar – akhbar, demonstrasi serta pertubuhan kongres yang dianggap tidak bersifat radikal. 6. KESIMPULAN Kesimpulannya, hasil daripada semangat nasionalisme penduduk Melayu yang kuat, maka mereka telah berjaya memujuk Kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union yang dianggap sebagai satu bentu penjajahan baru di Tanah Melayu oleh Kerajaan British. Dengan mansuhnya Malayan Union, maka kedaulatan serta maruah rakyat Melayu berjaya dikekalkan dan seterusnya berjaya membawa Tanah Melayu kepada satu bentuk Kerajaan baru, iaitu Persekutuan Tanah Melayu. Dengan tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu, maka ia telah membuka ruang kepada orang Melayu untuk melibatkan diri dalam politik negara dan memerintah tanah air sendiri. Ia turut membuka ruang para pemimpin Melayu untuk membawa kemerdekaan kepada negara yang akhirnya berjaya diperolehi pada 31hb Ogos 1957. Disamping itu, peristiwa – peristiwa yang berlaku dalam sejarah perjuangan sebelum merdeka perlulah diambil iktibar bagi pedoman kepada masyarakat kini dan generasi – generasi yang akan mendatang bagi mempertahankan kedaulatan negara kita.
  • 20. 20 7. BIBLIOGRAFI 1. Anwar Abdullah (2004). Biografi Dato Onn: Hidup Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia . 2. Institut Tadbiran Awam Negara (1983). Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar – Dasar Pembangunan. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara. 3. J. Kennedy (2007). History of Malaya. Kuala Lumpur : Synergy Media. 4. Ja’afar Onn (2007). UMNO dan Malayan Union. Selangor: MPH Group Publishing. 5. Mohd. Ashraf Ibrahim (2004). Gagasan Bangsa Malaysia yang Bersatu: 1945 – 1957. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 6. Mohd. Isa Othman (2002). Sejarah Malaysia: 1800 – 1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 7. Ramlah Adam (1998). Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
  • 21. 21
  • 22. 22
  • 23. 23
  • 24. 24
  • 25. 25
  • 26. 26
  • 27. 27
  • 28. 28
  • 29. 29
  • 30. 30
  • 31. 31
  • 32. 32
  • 33. 33
  • 34. 34
  • 35. 35