SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 14
BSS3013:SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU
TUGASAN KUMPULAN
Semester 1 Sesi 2013/2014
PENSYARAH: DR. NORAZIMAH BINTI ZAKARIA
SOALAN: 1(d)
TAJUK TUGASAN:

SUMBANGAN TOKOH:SHAHNON AHMAD

NAMA:
NURRUL FASIHAH BINTI AZIZ (D20131063136)
NURUL SALWANA BINTI SARIR( D20131063097 )
AMIRAH IZZATI BINTI SALLEH (D20131063095)
NUR SYALIMATUL AZIRAH BINTI KAMARULZAMAN (D20131063100)
1.0 PENGENALAN
Shahnon Ahmad atau lebih dikenali dengan nama penanya iaitu Juwahir dan Tutang. Beliau
telah dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Kampung BanggulDerdap , di daerah Sik , Kedah
Darul Aman .Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik.Bapanya bernama Haji
Ahmad Bin Haji Abu Bakar.BapaShahnon berasal daripada Medan Sumatera . Bapanya telah
meninggal dunia pada tahun 1981 .Semasa muda , bapanya telah mengembara dari tempat
asalnya dan telah berkahwin dengan ibu Shahnon dan telah menetap di Sik .Ibunya bernama
Hajah KalsumBt Haji Mohd Saman yang berasal dari Kampung Poseng , Pattani , Thailand .
Pada awalnya ,bapa Shahnon bekerja di Jabatan Ukur dan kemudiannya telah menjadi
seorang posmen .Semasa Perang Dunia Kedua , bapanya telah menjadi perisik kepada pihak
British untuk mencari maklumat rahsia mengenai gerakan pihak Jepun .Haji Ahmad atau
lebih dikenali sebagai Pak Mat seorang yang sedar akan kepentingan pendidikan kepada
anaknya .Anaknya yang pertama bernama Mohd Noh .Beliau telah menyekolahkan kedua
anaknya di Sekolah Inggeris di Alor Setar. Kedua ibu bapa Shahnon merupakan orang yang
tabah , gigih , dan cekal dalam hidup . Ibunya juga banyak mendorong dalam pendidikan
awal Shahnon .Kehidupan Shahnon terbahagi kepada tiga zaman yang mempengaruhi
hidupnya sebagai seorang penulis.
Zaman tersebut adalah zaman kanak –kanak , zaman remaja dan zaman
dewasa.Semasa zaman kanak-kanak , Shahnon merupakan seorang kanak-kanak yang
pendiam,pemalu dan tidak suka bergaul dengan orang lain.Kehidupannya banyak diluangkan
dengan mengikut ibunya ke sawah . Beliau rajin membantu ibunya mencabut rumput
disamping gemar mencari ikan dan bermain-main dengan air.Pada tahun 1940,Shahnon telah
bersekolah di sekolah Melayu Sik.Disebabkanitu,Shahnon terpaksa menyesuaikan diri
dengan suasana sekolah yang penuh keriuhan , perlumbaan dan cabaran.Manakala pada
zaman remajanya pula , Shahnon telah bersekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar
(1945-1953).Selepas tamat persekolahan, Shahnon mula menunjukkan bakatnya dalam
bidang penulisan.Sifatnya yang sensetif serta keadaan keluarganya yang menjadi pendorong
besar kepadanya untuk mencuburi bidang penulisan. Shahnon turut menunjukkan bakatnya
dalam seni lakonan yang berunsur jenaka yang telah membawanya kepada pemupukan bakat
seni sastera.Setelah tamat KolejSultan Abdul Hamid, beliau telah bekerja sebagai guru
sementara dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di Inggeris Grammar School,Kuala
Terengganu.Selainitu,setelah setahun berada di negeri Pantai Timur , Shahnon kemudiannya
telah memasuki Askar Melayu di Port Dickson,NegeriSembilan.Namunbegitu,akibat
kemalangan yang Berlaku, beliau telah meletak jawatan dan telah pulang semula ke
Kedah.Dalam tahun 1956 Sehingga1959 Shahnon telah menjadi seorang guru Bahasa
Inggeris di sekolah Melayu Gunung Bukit Besar di AlorSetar.Pada tahun 1960 pula, beliau
telah ditukar ke sekolah lamanya iaitu Kolej Sultan Abdul Hamid sebagai guru Bahasa dan
Kesusasteraan Melayu.Semasa berada di Jitra,Shahnon telah bergiat aktif dalam politik dan
telah menjadi Ketua Penerangan UMNO di Kubang Pasu. Shahnon juga bersama-sama rakan
penulisnya telah menubuhkan Gabungan Sasterawan Sedar (GATRA) pada tahun 1956.Pada
pertengahan tahun 1968 pula, Shahnon telah bertugas sebagai pembantu penyelidik,Projek
Perkamusan Bahasa Inggeris-Malaysia di Department of Indonesia Languages and
Literatures ,Australian National University (ANU) Canberra ,Australia, di bawah Prof
A.H.Johns ketua jabatannya.Di samping bekerja, Shahnon juga turut menyambung
pelajarannya hingga mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera (BA) dalam bidang Pengajian
Melayu.Shahnon juga pernah bertugas sebagai seorang pesyarah setelah pulang ke tanah air
di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI),Tanjung Malim,Perak.Pada tahun 1974, Shahnon
Ahmad telah dianugerahkan bintang Kesasteria Mangku Negara (KMN) daripada Yang di
Pertuan Agung dan pada tahun 1980 telah dianugerahi Dato‟ Setia Diraja Kedah (DSDK) ,
dengan gelaran Dato‟ .Akhirnya beliau telah dilantik sebagai sasterawan negara yang kedua
pada tahun 1982. Shahnon Ahmad pada asalnya hanyalah seorang anak kampung, telah
berjaya dalam bidang penulisan dengan hasil usahanserta dorongan ahli keluarganya.
2.0 SUMBANGAN SHAHNON AHMAD
Shahnon Ahmad menulis sejak tahun 1954.Hingga kini,beliau telah menghasilkan 18
cerpen terjemahan,4 drama,80 cerpen dan 16 novel.PenulisanShahnon Ahmad berkembang
selaras dengan perkembangan peribadi dan perkembangan zamanya.Menurut pandangan
Prof. Dr. A. Wahab Ali seorang penyelidik Kanan di Institut Alam dan Tamadun Melayu
(ATMA),Shahnon Ahmad adalah seorang penulis yang berani kerana beliau akan menulis
apa yang terlintas di benaknya.Terdapat beberapa tahap perkembangan karya Shahnon
Ahmad seperti tahap kampungan,tahap luar negara,tahapislam,tahap pengaruh Marquez,tahap
carut mencarut dan tahap usia lanjut.Terdapat pelbagai karya kreatif hasil nukilan
ShahnonAhmad,antaranya ialah cerpen,antalogi dan juga novel.
2.1 Novel
Karya novel Shahnon Ahmad memberi penumpuan kepada kehidupan masyarakat
desa .Beliau menekankan kemiskinan yang dihadapi oleh penduduk desa yang hanya
bergantung kepada hasil cucuk tanam yang tidak seberapa.Beliau menganalisis kemiskinan
yang dihadapi masyarakat yang miskin dalam novel pertamanya „Rentong‟(1965) dan juga
„Ranjau Sepanjang Jalan‟.Beliau melahirkan rasa simpati terhadap masyarakat miskin yang
memerlukan pembangunan melalui novel tersebut.Kedua-dua karya ini berjaya membuka
mata pemimpin dan golongan atasan mengenai kemiskinanyang dihadapi golongan bawahan
seraya menaikkan nama Shahnon Ahmad sebagai seorang penulis novel yang berani
menyuarakan pendapat diri.
Contoh 1:Novel „Rentong‟
Novel ini mengisahkan pembangunan desa yang ingin dilaksanakan oleh ketua kampung
bernama Pak Senik.Namun pembangunan yang ingin dilaksanakan bagi membebaskan
penduduk desa daripada belenggu kemiskinan dihalang oleh manusia yang tamak seperti
watak Dogol.
Contoh 2 :Novel „Ranjau Sepanjang Jalan‟
Novel ini mengisahkan tentang kemiskinan yang dialami oleh keluarga Lahuma,Jeha dan 7
orang anak mereka.Mereka selalu berserah kepada takdir dan tidak berusaha untuk
mengubah nasib mengikut cara yang bersesuaian seiring dengan zaman yang berubah
berubah.
Selain daripada tema kemiskinan,Shahnon Ahmad juga menulis novel yang
bertemakan keagamaan dan ketuhanan.Melalui tema berat seperti ini Shahnon Ahmad cuba
menyeru masyarakat agar mengamalkan orentasi pendidikan yang bersifat
keagamaan.Contoh novel yang membawa teori islam ialah Al-Syiqaq I, Tok Guru dan Tivi.
Contoh 1 : Novel „Tok Guru‟
Novel ini mengisahkan Tok Guru yang bukan benar ajaranya tetapi kebuasan nafsunya.
Tema berkaitan soal politik orang Melayu selepas merdeka turut diketengahkan dalam
karya novel Shahnon Ahmad .
Contoh 2 : Novel „Menteri‟
Memaparkan konflik yang dihadapi masyarakat Melayu dalam bidang politik.Hal ini dapat
dilihat dalam watak Bahadur sebagai seorang Menteri Kabinet yang resah dengan
perkembangan politik dalam masyarakat Melayu..Para menteri Melayu pada tahun 60-an
resah mengenangkan orang Melayu yang makin menderita dan kebanyakkan daripada orang
Melayu tidak boleh diharapkan.
Contoh 3:Novel „Srengenge‟
Novel terbaik pada tahun 1973 ini mengetengahkan konflik antara manusia dengan unsurunsur aminismedisebuah kampong terpencil di Kaki Bukit Srengenge.Masyarakat di kawasan
tersebut meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Bukit Srengenge.Konflik timbul apabila
Cik Teh cuba memperkenalkan pemodenan kepada mereka.Masyarakat Bukit Srengenge
menolak kemajuan seperti rawatan kesihatan moden yang dianggap bertentangan dengan
nilai kepercayaan yang menjadi amalan tradisi nenek moyang mereka.
2.2Teknik Penulisan Novel
Latar : Masyarakat Melayu
Mayarakat desa yang terdiri daripada petani miskin dan juga nelayan .Latar yang terdapat
dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan,Rentong dan Srengenge adalah latar zaman selepas
Perang Dunia Kedua iaitu sekitar tahun 60-an.Shahnon Ahmad mengambil latar-latar semasa
dalam menghasilkan karya novel beliau.
Watak dan Perwatakan
Shahnon Ahmad mengambil watak-watak dari kalangan orang Melayu terutamanya golongan
bawahan yang terdiri daripada nelayan dan petani Melayu.Terdapat juga watak-watak
daripada golongan intelek Melayu,ahli politik dan juga golongan bangsawan.Beliau
mendalami perasaan setiap watak yang ditulisnya.
Gaya Bahasa
Beliau banyak menggunakan bahasa daerah dalam penulisan novelnya.Penggunaan bahasa
daerah bagi mewujudkan suasana masyarakat dalam novel yang ditulisnya.Shahnon Ahmad
menyelitkan teknik-teknik seperti monolog dalaman,imbas kembali bagi menghasilkan
penulisan yang dapat memberi impak kepada golongan pembaca.
3.0 ESEI DAN KRITIKAN
Shahnon Ahmad telah berjaya menghasilkan sebanyak 44 buah esei dan kritikan dari tahun
1962 hingga 1975 yang meliputi soal penulis dan karya termasuk menyentuh isu-isu semasa
mengenai sastera .Shahnon memilih Islam sebagai unsur terpenting dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan dan dalam penciptaan karya melalui penulisannya.Shahnon juga
telah berjaya memenangi Hadiah Terbaik 1973 dalam pemilihan Panel Hadiah Karya Sastera
melalui novel Srengenge.Beliau juga merupakan seorang tokoh penulis yang berkeupayaan
dan berkebolehan dalam bidang penulisan novel , cerpen , rencana , esei , dan kritikan.
3.1 Esei dan kritikan ialah :
Pengarang yang amat mahir dengan permasalahan masyarakat desa.Shahnon Ahmad seorang
tokoh yang dapat menghayati bersungguh-sungguh setiap denyut
nadi kehidupan masyarakat desa.DisebabkanShahnon memberikan pemerhatian yang rapi
terhadap permasalahan , penderitaan , dan kemiskinan masyarakat desa , beliau telah
dikurniakan gelaran „Victor Hugo Melayu‟ oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

3.2 Seorang penulis esei dan kritikan yang berjaya
Shahnon telah menghasilkan 44 buah esei dan kritikan yang membincangkan tentang
penulis dan karya serta isu-isu semasa mengenai sastera. Dari hasil penulisan tersebut ,
Shahnon telah berjaya menonjolkan ketajaman pengetahuannya dan kepekaan terhadap
pengalamn yang telah dilaluinya.Shahnon juga telah menulis menurut perspektif Islam
semenjak kebelakangan ini.
4.0 CERPEN-CERPEN SHAHNON AHMAD
Shahnon banyak menghasilkan cerpen -cerpen yang turut mengambil desanya sebagai
latar penceritaan.Melalui penghasilan cerpen ini jelas ditonjolkan unsur pembelaan terhadap
masyarakatnya.Disamping itu , Shahnon juga turut menterjemahkan cerpen-cerpen dalam
Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu. Usahanya ini dapat mengkayakan khazanah
sastera Melayu dan dapat mendedahkan kepada umum mengenai nilai , ciri , dan persoalan
hidup masyarakat asing.
Shahnon Ahmad mula menulis cerpen pada tahun 1956.Cerpen pertamanya iaitu
“Bingung” telah disiarkan dalam Majalah Guru pada bulan Mei pada tahun 1956. Cerpen ini
mengisahkan tentang kebingungan watak utamanya dalam menghadapi dunia orang dewasa.
Namun demikian, penulisan cerpenya tidak hanya terhenti setakat itu kerana selepas cerpen
pertamanya itu, Shahnon Ahmad terus menghasilkan cerpen-cerpen lain antaranya , “Tiga
Kali Gagal” , “Ayam dan Manusia dan “Kawan-Kawan dan Pangkat” pada tahun 1958,
“Bercuti di kampung” pada tahun 1959, serta “Tua” dan “Di Tengah Keluarga” pada tahun
1960.Penulisan cerpen oleh Shahnon Ahmad membawa pelbagai jenis tema iaitu dapat dilihat
melalui Cerpen “Kawan-Kawan dan Pangkat” pada tahun 1958, “Tiga Kali Gagal” pada
tahun 1958, “Ayam dan Manusia” pada tahun 1958. “Nasib Seorang Buruh” pada tahun
1958, “Kisah Malam Lustrum” pada tahun 1959 dan “Sesudah Merdeka” pada tahun 1959
yang membawa tema tentang isu-isu masyarakat dan penyalahgunaan kuasa.
Selain itu,cerpen –cerpen yang mengungkap persoalan seperti membawa unsur
seks,mempersoalkan mengenai cinta,perbuatanzina,gejalapelacuran,perbuatan kecurangan
suami isteri dan keruntuhan rumah tangga telah dimuatkan oleh Shahnon Ahmad dalam
Antologi Anjing-Anjing pada tahun 1964. Seterusnya,cerpenShahnon Ahmad yang ditulis
sekitar tahun 1960 hingga 1965 iaitu cerpen–cerpen yang dikumpulkan dalam Antologi Debu
Merah berlatarkan kepada desa dan kota. Antara cerpen-cerpen yang berlatarkan desa
misalnya, “GelungnyaTerpokah”, “ Pak Utih”, “Nadinya Masih Berdenyut” dan “Babi
Hutan”. Manakala,contoh-contoh cerpen yang berlatarkan kota pula seperti “Doktor Zaqlul”,
“Borang G 147”, dan “Jangan Beritahu Orang Lain”.
Di samping itu,penulisanShahnon Ahmad juga dapat dilihat melalui cerpen-cerpen
Shahnon Ahmad yang berlatarbelakangkan desa kelahirannya iaitu
BanggulDedap.CerpenShahnon Ahmad yang lain iaitu GelungnyaTerpokah pula cuba
menyingkap konflik yang dihadapi olehnya petani-petni yang mengerjakan
sawah.DiceritakanJusoh amat marah kepada kerbau Berahim kerana telah
memokahgelungnya menyebabkan tanah sawahnya menjadi kering kontang.Jusoh menuntut
bela dengan mencuka belakang kerbau itu.
5.0 KESIMPULAN
Ketokohan Shahnon Ahmad sebagai penulis yang berkeupayaan dan berkebolehan
dalam bidang penulisan novel,cerpen,rencana,esei dan kritikan tidak dapat disangkal lagi
kerana beliau merupakan penulis kedua yang diangkat menjadi Sasterawan Negara pada
tahun 1982.Pengalaman hidup dalam suasana kampung membolehkan beliau berupaya
mengarang karya kreatif yang berkaitan dengan isu kemiskinan.Sehingga kini tiada lagi
penulis-penulis yang mampu mengangkat isu kemiskinan setaraf dengan karya Shahnon
Ahmad.Betapa sukarnya untuk mencari penulis-penulis dalam kalangan generasi baru yang
berjiwa kemiskinan atau memertabatkan nilai kemiskinan untuk disanjung di mata pena.
Istilah mata pena yang lebih tajam daripada mata pedang memperlihatkan ketajaman isu
kemiskinan dan kesusahan serta kesakitan yang dialami oleh masyarakat desa sedikit
sebanyak terluah dan dimuntahkan dalam karya Shahnon Ahmad. Beliau berjaya menangkap
segala konflik jiwa orang kampung melalui kekuatan sensitiviti dan imaginasinya sebagai
pengarang kreatif.SumbanganShahnon ini sebenarnya telah berjaya meringgankan beban
yang membelenggu naluri dan jiwa masyarakat desa yang tidak mampu bersuara. Hanya mata
pena Shahnon Ahmad yang mampu membela nasib golongan miskin.Selainitu,beliau juga
mengetengahkan tema berat mengenai ketuhanan,soal politik orang Melayu dan juga hal-hal
lainya.
BIBLIOGRAFI
HamdanHamdani,ZetiAktarJaafar (2007). “SHAHNON AHMAD DALAM ESEI DAN
KRITIKAN”.Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka.
ZainonS.Ahmad (2007). “SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN DAN KRITIKAN
SASTERA”.Selangor:Ilmu Media Trade.
http://www.scribd.com/doc/38365821/Huraikan-Kedudukan-Dan-Sumbangan-Tokoh
http://tajaulama90.blogspot.com/2010/07/esei-sumbangan-shahnon-ahmad-dalam.html
http://aziziabdullah.blogspot.com/2006/04/penilaian-karya-sumbangan-fikiran-dan.html

LAMPIRAN
Sumbangan Shahnon Ahmad

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Isu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga MinyakIsu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga MinyakUNie ONie
 
Kaedah struktural, global
Kaedah struktural, global Kaedah struktural, global
Kaedah struktural, global Mohammad Yaqin
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuMazliza Suleiman
 
Puisi melayu (1)
Puisi melayu (1)Puisi melayu (1)
Puisi melayu (1)yopyus
 
Teori dan prinsip perkamusan
Teori dan prinsip perkamusanTeori dan prinsip perkamusan
Teori dan prinsip perkamusanJalalludin6791
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruAhmad Fahmi
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Nirwanah Snd
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan muhammad
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti wan salleh
 
2.teknik bacaan
2.teknik bacaan2.teknik bacaan
2.teknik bacaansuhasah
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah1
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Noorezayu Mohd Said
 
Islam dan kesusasteraan di tanah melayu
Islam dan kesusasteraan di tanah melayuIslam dan kesusasteraan di tanah melayu
Islam dan kesusasteraan di tanah melayuieda kahar
 

Was ist angesagt? (20)

Isu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga MinyakIsu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga Minyak
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
Kaedah struktural, global
Kaedah struktural, global Kaedah struktural, global
Kaedah struktural, global
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayu
 
Puisi melayu (1)
Puisi melayu (1)Puisi melayu (1)
Puisi melayu (1)
 
Teori dan prinsip perkamusan
Teori dan prinsip perkamusanTeori dan prinsip perkamusan
Teori dan prinsip perkamusan
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti
 
2.teknik bacaan
2.teknik bacaan2.teknik bacaan
2.teknik bacaan
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
4. panduan penulisan ilmiah
4. panduan penulisan ilmiah4. panduan penulisan ilmiah
4. panduan penulisan ilmiah
 
Penulisan kreatif
Penulisan kreatifPenulisan kreatif
Penulisan kreatif
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYUKESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
 
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
 
Islam dan kesusasteraan di tanah melayu
Islam dan kesusasteraan di tanah melayuIslam dan kesusasteraan di tanah melayu
Islam dan kesusasteraan di tanah melayu
 

Andere mochten auch

Tokoh sasterawan
Tokoh sasterawanTokoh sasterawan
Tokoh sasterawannazacdo
 
Hikayat Hang Tuah : Suatu Kajian
Hikayat Hang Tuah : Suatu KajianHikayat Hang Tuah : Suatu Kajian
Hikayat Hang Tuah : Suatu Kajiannornadiya
 
Soalan kesusasteraan melayu
Soalan kesusasteraan melayuSoalan kesusasteraan melayu
Soalan kesusasteraan melayuAdra Namira
 
Tokoh Terkenal-Usman Awang
Tokoh Terkenal-Usman AwangTokoh Terkenal-Usman Awang
Tokoh Terkenal-Usman AwangBong Tong
 
Asgmnt..kesusasteraan melayu
Asgmnt..kesusasteraan melayuAsgmnt..kesusasteraan melayu
Asgmnt..kesusasteraan melayuJuman Kidal
 
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spmarisha akram
 
Res judicata
Res  judicataRes  judicata
Res judicatapshreyap
 
Analisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajakAnalisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajaksaieyen
 
Future grps0-1226583494014006-9
Future grps0-1226583494014006-9Future grps0-1226583494014006-9
Future grps0-1226583494014006-9Neha Suman
 
Bossofobia, Talk show by Pawan Tripathi
Bossofobia, Talk show by Pawan TripathiBossofobia, Talk show by Pawan Tripathi
Bossofobia, Talk show by Pawan TripathiPawan Tripathi
 
Access PA and interlibrary loans
Access PA and interlibrary loansAccess PA and interlibrary loans
Access PA and interlibrary loansFrances Vita
 
Data Modeling and Scale Out - ScaleBase + 451-Group webinar 30.4.2015
Data Modeling and Scale Out - ScaleBase + 451-Group webinar 30.4.2015 Data Modeling and Scale Out - ScaleBase + 451-Group webinar 30.4.2015
Data Modeling and Scale Out - ScaleBase + 451-Group webinar 30.4.2015 Vladi Vexler
 
All inclusive логистика для интернет магазина
All inclusive логистика для интернет магазинаAll inclusive логистика для интернет магазина
All inclusive логистика для интернет магазинаTOCHKA
 
เบาหวาน+~..
เบาหวาน+~..เบาหวาน+~..
เบาหวาน+~..maygaclever
 

Andere mochten auch (20)

Tokoh sasterawan
Tokoh sasterawanTokoh sasterawan
Tokoh sasterawan
 
Hikayat Hang Tuah : Suatu Kajian
Hikayat Hang Tuah : Suatu KajianHikayat Hang Tuah : Suatu Kajian
Hikayat Hang Tuah : Suatu Kajian
 
Soalan kesusasteraan melayu
Soalan kesusasteraan melayuSoalan kesusasteraan melayu
Soalan kesusasteraan melayu
 
Cerpen Hutan Rimba
Cerpen Hutan RimbaCerpen Hutan Rimba
Cerpen Hutan Rimba
 
Tokoh Terkenal-Usman Awang
Tokoh Terkenal-Usman AwangTokoh Terkenal-Usman Awang
Tokoh Terkenal-Usman Awang
 
Asgmnt..kesusasteraan melayu
Asgmnt..kesusasteraan melayuAsgmnt..kesusasteraan melayu
Asgmnt..kesusasteraan melayu
 
Makna sastera
Makna sasteraMakna sastera
Makna sastera
 
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
 
Res judicata
Res  judicataRes  judicata
Res judicata
 
Analisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajakAnalisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajak
 
Fails!
Fails!Fails!
Fails!
 
Nasz powiat nr1
Nasz powiat nr1Nasz powiat nr1
Nasz powiat nr1
 
lolcats
lolcatslolcats
lolcats
 
Future grps0-1226583494014006-9
Future grps0-1226583494014006-9Future grps0-1226583494014006-9
Future grps0-1226583494014006-9
 
Bossofobia, Talk show by Pawan Tripathi
Bossofobia, Talk show by Pawan TripathiBossofobia, Talk show by Pawan Tripathi
Bossofobia, Talk show by Pawan Tripathi
 
Access PA and interlibrary loans
Access PA and interlibrary loansAccess PA and interlibrary loans
Access PA and interlibrary loans
 
Data Modeling and Scale Out - ScaleBase + 451-Group webinar 30.4.2015
Data Modeling and Scale Out - ScaleBase + 451-Group webinar 30.4.2015 Data Modeling and Scale Out - ScaleBase + 451-Group webinar 30.4.2015
Data Modeling and Scale Out - ScaleBase + 451-Group webinar 30.4.2015
 
All inclusive логистика для интернет магазина
All inclusive логистика для интернет магазинаAll inclusive логистика для интернет магазина
All inclusive логистика для интернет магазина
 
เบาหวาน+~..
เบาหวาน+~..เบาหวาน+~..
เบาหวาน+~..
 
Silver
SilverSilver
Silver
 

Ähnlich wie Sumbangan Shahnon Ahmad

Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3
Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3
Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3Rashidi Shaari
 
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.jimoh370
 
Mengenal wajah-indonesia-melalui-penulis-realisme-sosial-pramoedya-ananta-toer
Mengenal wajah-indonesia-melalui-penulis-realisme-sosial-pramoedya-ananta-toerMengenal wajah-indonesia-melalui-penulis-realisme-sosial-pramoedya-ananta-toer
Mengenal wajah-indonesia-melalui-penulis-realisme-sosial-pramoedya-ananta-toerFIKRI VIZAY
 
Mata pelajaran bahasa indonesia
Mata pelajaran bahasa indonesiaMata pelajaran bahasa indonesia
Mata pelajaran bahasa indonesianurdamayanti
 
Drama melayu anwar ridhwan
Drama melayu   anwar ridhwanDrama melayu   anwar ridhwan
Drama melayu anwar ridhwanTENGKUFARHANA98
 
Bahagian a
Bahagian aBahagian a
Bahagian akajal20
 
Makalah Ir. soekarno (sman 1 Kepanjen, Malang, Jawa Timur)
Makalah Ir. soekarno (sman 1 Kepanjen, Malang, Jawa Timur) Makalah Ir. soekarno (sman 1 Kepanjen, Malang, Jawa Timur)
Makalah Ir. soekarno (sman 1 Kepanjen, Malang, Jawa Timur) eonnie martha
 
Novel interlok
Novel interlokNovel interlok
Novel interlokalin4box
 
B. Indonesia - KD 7.2 Memahami Berbagai Hikayat & Novel Indonesia
B. Indonesia - KD 7.2 Memahami Berbagai Hikayat & Novel IndonesiaB. Indonesia - KD 7.2 Memahami Berbagai Hikayat & Novel Indonesia
B. Indonesia - KD 7.2 Memahami Berbagai Hikayat & Novel IndonesiaRamadhani Sardiman
 
Article__2zaaba.PDF
Article__2zaaba.PDFArticle__2zaaba.PDF
Article__2zaaba.PDFTuanPengurus
 
Analisis unsur intrinsik novel
Analisis unsur intrinsik novelAnalisis unsur intrinsik novel
Analisis unsur intrinsik novelWarnet Raha
 
Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal orang Miskin
Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal orang Miskin Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal orang Miskin
Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal orang Miskin LoveiArika
 

Ähnlich wie Sumbangan Shahnon Ahmad (20)

Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3
Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3
Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3
 
Ulasan novel Interlok
Ulasan novel InterlokUlasan novel Interlok
Ulasan novel Interlok
 
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
 
Mengenal wajah-indonesia-melalui-penulis-realisme-sosial-pramoedya-ananta-toer
Mengenal wajah-indonesia-melalui-penulis-realisme-sosial-pramoedya-ananta-toerMengenal wajah-indonesia-melalui-penulis-realisme-sosial-pramoedya-ananta-toer
Mengenal wajah-indonesia-melalui-penulis-realisme-sosial-pramoedya-ananta-toer
 
Mata pelajaran bahasa indonesia
Mata pelajaran bahasa indonesiaMata pelajaran bahasa indonesia
Mata pelajaran bahasa indonesia
 
KAJIAN CERPEN
KAJIAN CERPENKAJIAN CERPEN
KAJIAN CERPEN
 
Hbml4203 810901126140
Hbml4203 810901126140Hbml4203 810901126140
Hbml4203 810901126140
 
Kisah walisongo
Kisah walisongoKisah walisongo
Kisah walisongo
 
Kisah walisongo
Kisah walisongoKisah walisongo
Kisah walisongo
 
Drama melayu anwar ridhwan
Drama melayu   anwar ridhwanDrama melayu   anwar ridhwan
Drama melayu anwar ridhwan
 
Bahagian a
Bahagian aBahagian a
Bahagian a
 
Bbm3104 1333332890
Bbm3104 1333332890Bbm3104 1333332890
Bbm3104 1333332890
 
TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN.pdf
TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN.pdfTOKOH-TOKOH PENDIDIKAN.pdf
TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN.pdf
 
Makalah Ir. soekarno (sman 1 Kepanjen, Malang, Jawa Timur)
Makalah Ir. soekarno (sman 1 Kepanjen, Malang, Jawa Timur) Makalah Ir. soekarno (sman 1 Kepanjen, Malang, Jawa Timur)
Makalah Ir. soekarno (sman 1 Kepanjen, Malang, Jawa Timur)
 
Kump 3 h.abdullah
Kump 3 h.abdullahKump 3 h.abdullah
Kump 3 h.abdullah
 
Novel interlok
Novel interlokNovel interlok
Novel interlok
 
B. Indonesia - KD 7.2 Memahami Berbagai Hikayat & Novel Indonesia
B. Indonesia - KD 7.2 Memahami Berbagai Hikayat & Novel IndonesiaB. Indonesia - KD 7.2 Memahami Berbagai Hikayat & Novel Indonesia
B. Indonesia - KD 7.2 Memahami Berbagai Hikayat & Novel Indonesia
 
Article__2zaaba.PDF
Article__2zaaba.PDFArticle__2zaaba.PDF
Article__2zaaba.PDF
 
Analisis unsur intrinsik novel
Analisis unsur intrinsik novelAnalisis unsur intrinsik novel
Analisis unsur intrinsik novel
 
Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal orang Miskin
Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal orang Miskin Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal orang Miskin
Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal orang Miskin
 

Kürzlich hochgeladen

SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAK
SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAKSANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAK
SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAKArifinAmin1
 
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfJaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfHendroGunawan8
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfNURAFIFAHBINTIJAMALU
 
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............SenLord
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Abdiera
 
704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx
704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx
704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptxHalomoanHutajulu3
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxFardanassegaf
 
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptmateri pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptTaufikFadhilah
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfHeriyantoHeriyanto44
 
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptxElemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptxGyaCahyaPratiwi
 
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxKISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxjohan effendi
 
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptxUNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptxFranxisca Kurniawati
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfGugunGunawan93
 
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamuAdab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamuKarticha
 
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfPPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfSBMNessyaPutriPaulan
 
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptx
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptxhentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptx
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptxKalpanaMoorthy3
 
Berikut adalah aksi nyata dalam merancang modul projek dengan tema kearifan l...
Berikut adalah aksi nyata dalam merancang modul projek dengan tema kearifan l...Berikut adalah aksi nyata dalam merancang modul projek dengan tema kearifan l...
Berikut adalah aksi nyata dalam merancang modul projek dengan tema kearifan l...YulfiaFia
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaruSilvanaAyu
 
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docSilabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docNurulAiniFirdasari1
 

Kürzlich hochgeladen (20)

SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAK
SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAKSANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAK
SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAK
 
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfJaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
 
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
 
704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx
704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx
704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
 
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptmateri pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
 
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptxElemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
 
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxKISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
 
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptxUNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
 
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamuAdab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
 
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfPPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
 
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptx
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptxhentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptx
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptx
 
Berikut adalah aksi nyata dalam merancang modul projek dengan tema kearifan l...
Berikut adalah aksi nyata dalam merancang modul projek dengan tema kearifan l...Berikut adalah aksi nyata dalam merancang modul projek dengan tema kearifan l...
Berikut adalah aksi nyata dalam merancang modul projek dengan tema kearifan l...
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
 
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docSilabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
 

Sumbangan Shahnon Ahmad

  • 1. BSS3013:SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TUGASAN KUMPULAN Semester 1 Sesi 2013/2014 PENSYARAH: DR. NORAZIMAH BINTI ZAKARIA SOALAN: 1(d) TAJUK TUGASAN: SUMBANGAN TOKOH:SHAHNON AHMAD NAMA: NURRUL FASIHAH BINTI AZIZ (D20131063136) NURUL SALWANA BINTI SARIR( D20131063097 ) AMIRAH IZZATI BINTI SALLEH (D20131063095) NUR SYALIMATUL AZIRAH BINTI KAMARULZAMAN (D20131063100)
  • 2. 1.0 PENGENALAN Shahnon Ahmad atau lebih dikenali dengan nama penanya iaitu Juwahir dan Tutang. Beliau telah dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Kampung BanggulDerdap , di daerah Sik , Kedah Darul Aman .Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik.Bapanya bernama Haji Ahmad Bin Haji Abu Bakar.BapaShahnon berasal daripada Medan Sumatera . Bapanya telah meninggal dunia pada tahun 1981 .Semasa muda , bapanya telah mengembara dari tempat asalnya dan telah berkahwin dengan ibu Shahnon dan telah menetap di Sik .Ibunya bernama Hajah KalsumBt Haji Mohd Saman yang berasal dari Kampung Poseng , Pattani , Thailand . Pada awalnya ,bapa Shahnon bekerja di Jabatan Ukur dan kemudiannya telah menjadi seorang posmen .Semasa Perang Dunia Kedua , bapanya telah menjadi perisik kepada pihak British untuk mencari maklumat rahsia mengenai gerakan pihak Jepun .Haji Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pak Mat seorang yang sedar akan kepentingan pendidikan kepada anaknya .Anaknya yang pertama bernama Mohd Noh .Beliau telah menyekolahkan kedua anaknya di Sekolah Inggeris di Alor Setar. Kedua ibu bapa Shahnon merupakan orang yang tabah , gigih , dan cekal dalam hidup . Ibunya juga banyak mendorong dalam pendidikan awal Shahnon .Kehidupan Shahnon terbahagi kepada tiga zaman yang mempengaruhi hidupnya sebagai seorang penulis.
  • 3. Zaman tersebut adalah zaman kanak –kanak , zaman remaja dan zaman dewasa.Semasa zaman kanak-kanak , Shahnon merupakan seorang kanak-kanak yang pendiam,pemalu dan tidak suka bergaul dengan orang lain.Kehidupannya banyak diluangkan dengan mengikut ibunya ke sawah . Beliau rajin membantu ibunya mencabut rumput disamping gemar mencari ikan dan bermain-main dengan air.Pada tahun 1940,Shahnon telah bersekolah di sekolah Melayu Sik.Disebabkanitu,Shahnon terpaksa menyesuaikan diri dengan suasana sekolah yang penuh keriuhan , perlumbaan dan cabaran.Manakala pada zaman remajanya pula , Shahnon telah bersekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar (1945-1953).Selepas tamat persekolahan, Shahnon mula menunjukkan bakatnya dalam bidang penulisan.Sifatnya yang sensetif serta keadaan keluarganya yang menjadi pendorong besar kepadanya untuk mencuburi bidang penulisan. Shahnon turut menunjukkan bakatnya dalam seni lakonan yang berunsur jenaka yang telah membawanya kepada pemupukan bakat seni sastera.Setelah tamat KolejSultan Abdul Hamid, beliau telah bekerja sebagai guru sementara dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di Inggeris Grammar School,Kuala Terengganu.Selainitu,setelah setahun berada di negeri Pantai Timur , Shahnon kemudiannya telah memasuki Askar Melayu di Port Dickson,NegeriSembilan.Namunbegitu,akibat kemalangan yang Berlaku, beliau telah meletak jawatan dan telah pulang semula ke Kedah.Dalam tahun 1956 Sehingga1959 Shahnon telah menjadi seorang guru Bahasa Inggeris di sekolah Melayu Gunung Bukit Besar di AlorSetar.Pada tahun 1960 pula, beliau
  • 4. telah ditukar ke sekolah lamanya iaitu Kolej Sultan Abdul Hamid sebagai guru Bahasa dan Kesusasteraan Melayu.Semasa berada di Jitra,Shahnon telah bergiat aktif dalam politik dan telah menjadi Ketua Penerangan UMNO di Kubang Pasu. Shahnon juga bersama-sama rakan penulisnya telah menubuhkan Gabungan Sasterawan Sedar (GATRA) pada tahun 1956.Pada pertengahan tahun 1968 pula, Shahnon telah bertugas sebagai pembantu penyelidik,Projek Perkamusan Bahasa Inggeris-Malaysia di Department of Indonesia Languages and Literatures ,Australian National University (ANU) Canberra ,Australia, di bawah Prof A.H.Johns ketua jabatannya.Di samping bekerja, Shahnon juga turut menyambung pelajarannya hingga mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera (BA) dalam bidang Pengajian Melayu.Shahnon juga pernah bertugas sebagai seorang pesyarah setelah pulang ke tanah air di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI),Tanjung Malim,Perak.Pada tahun 1974, Shahnon Ahmad telah dianugerahkan bintang Kesasteria Mangku Negara (KMN) daripada Yang di Pertuan Agung dan pada tahun 1980 telah dianugerahi Dato‟ Setia Diraja Kedah (DSDK) , dengan gelaran Dato‟ .Akhirnya beliau telah dilantik sebagai sasterawan negara yang kedua pada tahun 1982. Shahnon Ahmad pada asalnya hanyalah seorang anak kampung, telah berjaya dalam bidang penulisan dengan hasil usahanserta dorongan ahli keluarganya.
  • 5. 2.0 SUMBANGAN SHAHNON AHMAD Shahnon Ahmad menulis sejak tahun 1954.Hingga kini,beliau telah menghasilkan 18 cerpen terjemahan,4 drama,80 cerpen dan 16 novel.PenulisanShahnon Ahmad berkembang selaras dengan perkembangan peribadi dan perkembangan zamanya.Menurut pandangan Prof. Dr. A. Wahab Ali seorang penyelidik Kanan di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),Shahnon Ahmad adalah seorang penulis yang berani kerana beliau akan menulis apa yang terlintas di benaknya.Terdapat beberapa tahap perkembangan karya Shahnon Ahmad seperti tahap kampungan,tahap luar negara,tahapislam,tahap pengaruh Marquez,tahap carut mencarut dan tahap usia lanjut.Terdapat pelbagai karya kreatif hasil nukilan ShahnonAhmad,antaranya ialah cerpen,antalogi dan juga novel. 2.1 Novel Karya novel Shahnon Ahmad memberi penumpuan kepada kehidupan masyarakat desa .Beliau menekankan kemiskinan yang dihadapi oleh penduduk desa yang hanya bergantung kepada hasil cucuk tanam yang tidak seberapa.Beliau menganalisis kemiskinan yang dihadapi masyarakat yang miskin dalam novel pertamanya „Rentong‟(1965) dan juga „Ranjau Sepanjang Jalan‟.Beliau melahirkan rasa simpati terhadap masyarakat miskin yang memerlukan pembangunan melalui novel tersebut.Kedua-dua karya ini berjaya membuka mata pemimpin dan golongan atasan mengenai kemiskinanyang dihadapi golongan bawahan seraya menaikkan nama Shahnon Ahmad sebagai seorang penulis novel yang berani menyuarakan pendapat diri.
  • 6. Contoh 1:Novel „Rentong‟ Novel ini mengisahkan pembangunan desa yang ingin dilaksanakan oleh ketua kampung bernama Pak Senik.Namun pembangunan yang ingin dilaksanakan bagi membebaskan penduduk desa daripada belenggu kemiskinan dihalang oleh manusia yang tamak seperti watak Dogol. Contoh 2 :Novel „Ranjau Sepanjang Jalan‟ Novel ini mengisahkan tentang kemiskinan yang dialami oleh keluarga Lahuma,Jeha dan 7 orang anak mereka.Mereka selalu berserah kepada takdir dan tidak berusaha untuk mengubah nasib mengikut cara yang bersesuaian seiring dengan zaman yang berubah berubah. Selain daripada tema kemiskinan,Shahnon Ahmad juga menulis novel yang bertemakan keagamaan dan ketuhanan.Melalui tema berat seperti ini Shahnon Ahmad cuba menyeru masyarakat agar mengamalkan orentasi pendidikan yang bersifat keagamaan.Contoh novel yang membawa teori islam ialah Al-Syiqaq I, Tok Guru dan Tivi. Contoh 1 : Novel „Tok Guru‟ Novel ini mengisahkan Tok Guru yang bukan benar ajaranya tetapi kebuasan nafsunya. Tema berkaitan soal politik orang Melayu selepas merdeka turut diketengahkan dalam karya novel Shahnon Ahmad .
  • 7. Contoh 2 : Novel „Menteri‟ Memaparkan konflik yang dihadapi masyarakat Melayu dalam bidang politik.Hal ini dapat dilihat dalam watak Bahadur sebagai seorang Menteri Kabinet yang resah dengan perkembangan politik dalam masyarakat Melayu..Para menteri Melayu pada tahun 60-an resah mengenangkan orang Melayu yang makin menderita dan kebanyakkan daripada orang Melayu tidak boleh diharapkan. Contoh 3:Novel „Srengenge‟ Novel terbaik pada tahun 1973 ini mengetengahkan konflik antara manusia dengan unsurunsur aminismedisebuah kampong terpencil di Kaki Bukit Srengenge.Masyarakat di kawasan tersebut meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Bukit Srengenge.Konflik timbul apabila Cik Teh cuba memperkenalkan pemodenan kepada mereka.Masyarakat Bukit Srengenge menolak kemajuan seperti rawatan kesihatan moden yang dianggap bertentangan dengan nilai kepercayaan yang menjadi amalan tradisi nenek moyang mereka. 2.2Teknik Penulisan Novel Latar : Masyarakat Melayu Mayarakat desa yang terdiri daripada petani miskin dan juga nelayan .Latar yang terdapat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan,Rentong dan Srengenge adalah latar zaman selepas Perang Dunia Kedua iaitu sekitar tahun 60-an.Shahnon Ahmad mengambil latar-latar semasa dalam menghasilkan karya novel beliau.
  • 8. Watak dan Perwatakan Shahnon Ahmad mengambil watak-watak dari kalangan orang Melayu terutamanya golongan bawahan yang terdiri daripada nelayan dan petani Melayu.Terdapat juga watak-watak daripada golongan intelek Melayu,ahli politik dan juga golongan bangsawan.Beliau mendalami perasaan setiap watak yang ditulisnya. Gaya Bahasa Beliau banyak menggunakan bahasa daerah dalam penulisan novelnya.Penggunaan bahasa daerah bagi mewujudkan suasana masyarakat dalam novel yang ditulisnya.Shahnon Ahmad menyelitkan teknik-teknik seperti monolog dalaman,imbas kembali bagi menghasilkan penulisan yang dapat memberi impak kepada golongan pembaca. 3.0 ESEI DAN KRITIKAN Shahnon Ahmad telah berjaya menghasilkan sebanyak 44 buah esei dan kritikan dari tahun 1962 hingga 1975 yang meliputi soal penulis dan karya termasuk menyentuh isu-isu semasa mengenai sastera .Shahnon memilih Islam sebagai unsur terpenting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan dan dalam penciptaan karya melalui penulisannya.Shahnon juga telah berjaya memenangi Hadiah Terbaik 1973 dalam pemilihan Panel Hadiah Karya Sastera melalui novel Srengenge.Beliau juga merupakan seorang tokoh penulis yang berkeupayaan dan berkebolehan dalam bidang penulisan novel , cerpen , rencana , esei , dan kritikan.
  • 9. 3.1 Esei dan kritikan ialah : Pengarang yang amat mahir dengan permasalahan masyarakat desa.Shahnon Ahmad seorang tokoh yang dapat menghayati bersungguh-sungguh setiap denyut nadi kehidupan masyarakat desa.DisebabkanShahnon memberikan pemerhatian yang rapi terhadap permasalahan , penderitaan , dan kemiskinan masyarakat desa , beliau telah dikurniakan gelaran „Victor Hugo Melayu‟ oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. 3.2 Seorang penulis esei dan kritikan yang berjaya Shahnon telah menghasilkan 44 buah esei dan kritikan yang membincangkan tentang penulis dan karya serta isu-isu semasa mengenai sastera. Dari hasil penulisan tersebut , Shahnon telah berjaya menonjolkan ketajaman pengetahuannya dan kepekaan terhadap pengalamn yang telah dilaluinya.Shahnon juga telah menulis menurut perspektif Islam semenjak kebelakangan ini.
  • 10. 4.0 CERPEN-CERPEN SHAHNON AHMAD Shahnon banyak menghasilkan cerpen -cerpen yang turut mengambil desanya sebagai latar penceritaan.Melalui penghasilan cerpen ini jelas ditonjolkan unsur pembelaan terhadap masyarakatnya.Disamping itu , Shahnon juga turut menterjemahkan cerpen-cerpen dalam Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu. Usahanya ini dapat mengkayakan khazanah sastera Melayu dan dapat mendedahkan kepada umum mengenai nilai , ciri , dan persoalan hidup masyarakat asing. Shahnon Ahmad mula menulis cerpen pada tahun 1956.Cerpen pertamanya iaitu “Bingung” telah disiarkan dalam Majalah Guru pada bulan Mei pada tahun 1956. Cerpen ini mengisahkan tentang kebingungan watak utamanya dalam menghadapi dunia orang dewasa. Namun demikian, penulisan cerpenya tidak hanya terhenti setakat itu kerana selepas cerpen pertamanya itu, Shahnon Ahmad terus menghasilkan cerpen-cerpen lain antaranya , “Tiga Kali Gagal” , “Ayam dan Manusia dan “Kawan-Kawan dan Pangkat” pada tahun 1958, “Bercuti di kampung” pada tahun 1959, serta “Tua” dan “Di Tengah Keluarga” pada tahun 1960.Penulisan cerpen oleh Shahnon Ahmad membawa pelbagai jenis tema iaitu dapat dilihat melalui Cerpen “Kawan-Kawan dan Pangkat” pada tahun 1958, “Tiga Kali Gagal” pada tahun 1958, “Ayam dan Manusia” pada tahun 1958. “Nasib Seorang Buruh” pada tahun 1958, “Kisah Malam Lustrum” pada tahun 1959 dan “Sesudah Merdeka” pada tahun 1959 yang membawa tema tentang isu-isu masyarakat dan penyalahgunaan kuasa. Selain itu,cerpen –cerpen yang mengungkap persoalan seperti membawa unsur seks,mempersoalkan mengenai cinta,perbuatanzina,gejalapelacuran,perbuatan kecurangan suami isteri dan keruntuhan rumah tangga telah dimuatkan oleh Shahnon Ahmad dalam Antologi Anjing-Anjing pada tahun 1964. Seterusnya,cerpenShahnon Ahmad yang ditulis sekitar tahun 1960 hingga 1965 iaitu cerpen–cerpen yang dikumpulkan dalam Antologi Debu
  • 11. Merah berlatarkan kepada desa dan kota. Antara cerpen-cerpen yang berlatarkan desa misalnya, “GelungnyaTerpokah”, “ Pak Utih”, “Nadinya Masih Berdenyut” dan “Babi Hutan”. Manakala,contoh-contoh cerpen yang berlatarkan kota pula seperti “Doktor Zaqlul”, “Borang G 147”, dan “Jangan Beritahu Orang Lain”. Di samping itu,penulisanShahnon Ahmad juga dapat dilihat melalui cerpen-cerpen Shahnon Ahmad yang berlatarbelakangkan desa kelahirannya iaitu BanggulDedap.CerpenShahnon Ahmad yang lain iaitu GelungnyaTerpokah pula cuba menyingkap konflik yang dihadapi olehnya petani-petni yang mengerjakan sawah.DiceritakanJusoh amat marah kepada kerbau Berahim kerana telah memokahgelungnya menyebabkan tanah sawahnya menjadi kering kontang.Jusoh menuntut bela dengan mencuka belakang kerbau itu.
  • 12. 5.0 KESIMPULAN Ketokohan Shahnon Ahmad sebagai penulis yang berkeupayaan dan berkebolehan dalam bidang penulisan novel,cerpen,rencana,esei dan kritikan tidak dapat disangkal lagi kerana beliau merupakan penulis kedua yang diangkat menjadi Sasterawan Negara pada tahun 1982.Pengalaman hidup dalam suasana kampung membolehkan beliau berupaya mengarang karya kreatif yang berkaitan dengan isu kemiskinan.Sehingga kini tiada lagi penulis-penulis yang mampu mengangkat isu kemiskinan setaraf dengan karya Shahnon Ahmad.Betapa sukarnya untuk mencari penulis-penulis dalam kalangan generasi baru yang berjiwa kemiskinan atau memertabatkan nilai kemiskinan untuk disanjung di mata pena. Istilah mata pena yang lebih tajam daripada mata pedang memperlihatkan ketajaman isu kemiskinan dan kesusahan serta kesakitan yang dialami oleh masyarakat desa sedikit sebanyak terluah dan dimuntahkan dalam karya Shahnon Ahmad. Beliau berjaya menangkap segala konflik jiwa orang kampung melalui kekuatan sensitiviti dan imaginasinya sebagai pengarang kreatif.SumbanganShahnon ini sebenarnya telah berjaya meringgankan beban yang membelenggu naluri dan jiwa masyarakat desa yang tidak mampu bersuara. Hanya mata pena Shahnon Ahmad yang mampu membela nasib golongan miskin.Selainitu,beliau juga mengetengahkan tema berat mengenai ketuhanan,soal politik orang Melayu dan juga hal-hal lainya.
  • 13. BIBLIOGRAFI HamdanHamdani,ZetiAktarJaafar (2007). “SHAHNON AHMAD DALAM ESEI DAN KRITIKAN”.Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. ZainonS.Ahmad (2007). “SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN DAN KRITIKAN SASTERA”.Selangor:Ilmu Media Trade. http://www.scribd.com/doc/38365821/Huraikan-Kedudukan-Dan-Sumbangan-Tokoh http://tajaulama90.blogspot.com/2010/07/esei-sumbangan-shahnon-ahmad-dalam.html http://aziziabdullah.blogspot.com/2006/04/penilaian-karya-sumbangan-fikiran-dan.html LAMPIRAN