SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Download to read offline
PERUTUSAN HARI GURU 2011

             KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

     “GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.



Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan pelajar yang dikasihi sekalian,



1.   Terlebih dahulu saya ingin melafazkan rasa syukur kerana sekali lagi

dapat kita menyambut Hari Guru yang telah mula diraikan semenjak tahun

1972. Betapa mulia darjat guru sehingga 16 Mei setiap tahun dikhususkan

sebagai hari menterjemah rasa penghormatan yang amat tinggi kepada

tuan-puan warga pendidik sekalian. Setinggi-tinggi penghargaan saya

ucapkan kepada semua warga guru atas jasa bakti yang tidak pernah

mengenal erti jemu dan lelah dalam usaha mendidik anak-anak bangsa

yang amat memerlukan ilmu bagi memajukan diri, agama, bangsa dan

negara.



2.   Pendidikan merupakan wadah utama menentukan perkembangan

kemajuan dan kemakmuran negara. Pendidikan menjadi peneraju dalam
                                    1
membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan

berkeperibadian mulia. Sejarah telah membuktikan pendidikan berjaya

membina tamadun sesebuah masyarakat dan menjamin keutuhan sesuatu

empayar. Kegemilangan zaman empayar Rom, keagungan kerajaan Islam

Abbasiyah dan kemasyhuran Dinasti Ming di China dicapai melalui

kepesatan pelbagai bidang ilmu, termasuk bidang sains dan teknologi.

Siapalah yang dapat menafikan bahawa sesungguhnya tunjang utama

dalam kemajuan pendidikan tidak lain dan tidak bukan adalah guru.



3.    Sehubungan itu, amat wajarlah pemilihan tema hari guru pada tahun

ini iaitu “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”. Peranan dan

fungsi guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai

ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun

sahsiah malah sebagai agen perubahan. Guru bertindak sebagai pencetus

dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara

dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya

saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan

nilai sejagat.




                                   2
4.    Pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan pendidikan direncana dan

dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan tujuan untuk

memantapkan proses dan pengendalian pembelajaran dan pengajaran

(P&P) di sekolah. Matlamat akhirnya sudah tentulah untuk menghasilkan

anak didik yang mampu memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan

negara. Semua dasar dan pembaharuan pendidikan ini tidak akan memberi

apa-apa makna tanpa warga pendidik sebagai golongan yang berada di

barisan hadapan dalam memacu arus pendidikan agar sentiasa dinamik

dan progresif. Di bahu gurulah diletakkan amanah memastikan kelancaran

dan   keberkesanan    dasar     Memartabatkan       Bahasa     Melayu    dan

Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan 1 Murid 1 Sukan

(1M1S).



5.    Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang selepas ini

akan diikuti pula oleh Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

juga tidak akan berjaya tanpa komitmen dan sokongan jitu para guru.

Pengharapan yang tinggi digantungkan kepada para guru sebagai

pemangkin transformasi untuk memastikan anak didik dipersiap dan

diperlengkapkan dengan elemen sains dan teknologi; komunikasi;

kerohanian,   sikap   dan   nilai;   perkembangan    fizikal   dan   estetika;
                                      3
kemanusiaan juga keterampilan diri. Persekitaran dunia yang semakin hari

semakin kompleks dan mencabar menuntut generasi dan anak bangsa

masa hadapan dibekalkan dengan keupayaan mapan mengharungi apa

juga rintangan yang menerjah.



6.   Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi pelan hala tuju

Malaysia menjelang tahun 2020 yang dilancarkan pada awal tahun 2010

menggariskan beberapa pelan tindakan berkaitan sistem pendidikan

Malaysia. Sasaran utama adalah untuk mempertingkatkan pencapaian

pelajar. Bidang yang menjadi tumpuan adalah prasekolah, kemahiran asas

literasi dan numerasi, Sekolah Berprestasi Tinggi dan peningkatan prestasi

Pengetua dan Guru Besar. Namun demikian, secantik dan segah mana

pun pelan pendidikan yang direncanakan pasti sukar untuk berjaya tanpa

komitmen dan usaha gigih para guru. Betapa besar peranan para guru

yang berupaya mencorak dan membentuk generasi masa muka.



Warga pendidik yang diraikan sekalian,



7.   Sesuatu yang pasti, transformasi dalam pendidikan akan terus

berlaku. Kenyataan ini adalah selaras dengan aspirasi Malaysia menjadi
                                    4
negara maju dengan acuan tersendiri yang mengambil kira kepercayaan,

budaya dan nilai setempat yang terpelihara sekian lama. Justeru saya

menyeru agar warga pendidik sentiasa bersedia untuk menyambut

sebarang perubahan pendidikan bagi diterjemahkan semasa proses P&P

dalam bilik darjah. Wahai guru, begitu tinggi harapan yang disandarkan

oleh masyarakat kepada anda semua. Berikanlah tumpuan sepenuhnya

terhadap tanggung jawab yang perlu digalas dalam bidang kurikulum,

kokurikulum juga pembinaan sahsiah anak didikmu. Ketahuilah bahawa

golongan pendidik bukanlah golongan yang dipinggirkan dalam setiap

perancangan kerajaan di peringkat nasional.



8.   Pihak kerajaan tidak pernah sekali-kali memandang sepi jasa bakti

yang dicurahkan oleh para guru. Pelbagai insentif dan inisiatif disediakan

bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin. Keprihatinan

kerajaan ini disalurkan menerusi pelbagai usaha seperti menubuhkan

jawatankuasa mengkaji beban tugas guru, cadangan mewujudkan jawatan

pembantu guru, menambah baik infrastruktur sekolah, menyediakan

peluang guru-guru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih

tinggi dan menambah kuota pengetua serta guru cemerlang sehingga ke

peringkat JUSA C. Sekadar menyebut beberapa contoh, sehingga
                                    5
Disember 2010, kuota Guru Cemerlang Gred DG54 Sekolah Menengah

telah ditambah menjadi 166 dari jumlah asal sebanyak 100 kuota manakala

bagi Guru Cemerlang Gred DG52 Sekolah Menengah menerima

pertambahan sebanyak 166 kuota menjadikannya berjumlah 416 daripada

kuota asal sebanyak 250.



9.   Keprihatinan     kerajaan   juga       adalah   menyeluruh   tanpa   garis

sempadan. Cadangan penstrukturan semula pemberian Elaun Khas

Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan bagi guru-guru di Sabah dan

Sarawak membuktikan bahawa bidang pendidikan, guru-guru dan murid-

murid walau di mana sahaja berada menjadi keutamaan dalam agenda

semasa    kerajaan.    Konsep     pendemokrasian         pendidikan   sentiasa

dipraktiskan oleh pihak KPM bagi memastikan peluang mengikuti

pendidikan berkualiti dapat dikecapi secara sama rata di seluruh negara

tanpa mengira batas geografi, gender, tahap sosio ekonomi, bangsa dan

fahaman politik. Tiada istilah diskriminasi dalam sistem pendidikan negara.

Semua kanak-kanak mendapat hak yang adil dan saksama dalam konteks

pemerolehan ilmu. Pelbagai inisiatif diambil bagi memastikan tiada

golongan yang terpinggir. Sekolah pendidikan khas dan kelas integrasi

pendidikan khas disediakan bagi kanak-kanak kelainan upaya. Kanak-
                                        6
kanak dalam kalangan kurang berkemampuan pula diberi bantuan melalui

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, Rancangan Makanan Tambahan,

Skim    Bantuan   Tuisyen        dan   Bantuan    Pakaian    Seragam       Pasukan

Beruniform. Manakala bagi kanak-kanak yang cemerlang dalam bidang

akademik dan kokurikulum dalam kalangan keluarga berpendapatan

rendah layak menerima Biasiswa Kecil Persekutuan atau Program Pelajar

Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh.



10.    Menyedari tanggung jawab dan fungsi guru yang amat besar dan

penting, pastilah bukan calang-calang calon yang layak dipilih bertugas di

sekolah dan dipanggil ‘cikgu’. Sehubungan itu, KPM telah mengambil

langkah   memperkemas        dan       menambah     baik    syarat   dan    kriteria

pengambilan guru pelatih bagi kursus praperkhidmatan. Pencapaian

akademik yang baik, penglibatan aktif dalam kokurikulum, pencapaian M-

TeST dan INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan), prestasi temuduga individu

dan kumpulan dan ujian bertulis Bahasa Inggeris diambil kira bagi sebelum

seseorang calon guru pelatih dipilih bagi menjamin kualiti pendidik yang

dikeluarkan   oleh   institusi    keguruan.      Langkah    untuk    meningkatkan

profesionalisme guru akan meningkatkan martabat keguruan untuk terus

dihormati, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat.
                                         7
11.   Usaha memartabatkan profesion keguruan tidak akan mencapai

sasaran jika dirancang dan dilaksanakan pada peringkat kerajaan atau

kementerian sahaja. Warga pendidik sendiri selaku agen perubahan perlu

memainkan peranan yang berkesan dengan cara sentiasa meningkatkan

tahap profesionalisme masing-masing. Guru janganlah jemu berusaha

untuk menambah baik amalan pengajaran semasa dan sentiasa berfikiran

proaktif, kreatif serta inovatif. Saya juga ingin menyarankan agar guru-guru

mengaplikasi dan mengamalkan kaedah pembelajaran dan pengajaran

terkini seiring dengan proses globalisasi agar kekal relevan dan mampu

menarik minat murid-murid untuk menimba ilmu.



12.   Warga guru yang dihargai sekalian, anda semua merupakan insan

yang dianugerahkan dengan kegigihan dan kecekalan yang amat tinggi.

Biar acap kali diterjah dengan dugaan dan cabaran dalam berbagai bentuk,

kubu kesabaran kekal teguh dan kental. Teruskanlah melaksanakan

amanah    yang    diberikan   dengan       tulus,   berpaksikan   integriti   dan

berdasarkan etika perkhidmatan. Imej profesion keguruan pasti akan dapat

ditingkatkan. Saya juga ingin menyeru agar para guru semua mematuhi

tata cara yang ditetapkan dalam menangani isu persekolahan terutama
                                       8
yang berkaitan dengan disiplin murid. Tanganilah setiap masalah yang

timbul secara berhikmah. Nasihatilah murid-murid dengan lemah lembut

dan sentuhlah hati mereka dengan keluhuran, keikhlasan dan kemurnian

jiwa guru semua.



13.   Akhir kalam, renungkanlah semula peranan dan tanggung jawab

tuan-tuan dan puan-puan semua sebagai penjana transformasi pendidikan

negara. Ketinggian kedudukan warga pendidik dalam masyarakat tidak

akan tergugat selagi warga pendidik semua jelas dengan misi dan

matlamat yang ingin dicapai serta tidak mudah berputus asa. Sebagai

pemimpin kepada anak didik, saya berharap agar guru menghayati kata-

kata Khalifah Abdul Malik bin Marwan ini, "Semulia-mulia manusia ialah

siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan

tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat".




WARGA PENDIDIK YANG DIKASIHI SEKALIAN

TERIMA KASIH CIKGU … “SELAMAT HARI GURU”!




                                    9

More Related Content

What's hot

Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmTeks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmnurainyasin87
 
Cabaran guru 12
Cabaran guru 12Cabaran guru 12
Cabaran guru 12ammart852
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guruValen Lee
 
Best Practice Excellence Service For Education in East Java 2013
Best Practice  Excellence Service For Education in East Java 2013Best Practice  Excellence Service For Education in East Java 2013
Best Practice Excellence Service For Education in East Java 2013Kank Hari
 
Dsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pkDsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pkAzliza Mohamed
 
4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuitikrys73
 
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negaraGuru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negaraCeedrah Mohammad
 
full-assignment edu
full-assignment edufull-assignment edu
full-assignment eduIrul Erul
 
PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...
PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...
PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...Afaf CyNofa
 
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-gurualexander alexander
 
Topik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara BangsaTopik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara BangsaAzizi Ahmad
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikanAre Fizz Qimmy
 
Buku mmi 3 amalan terbaik guru
Buku mmi 3  amalan terbaik guruBuku mmi 3  amalan terbaik guru
Buku mmi 3 amalan terbaik guruNadzari Baharom
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaramohdsanusisidik
 
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negaraMat mohd
 
Ejournal 9 peran dinas pendidikan untuk meningkatkan kualitas pendidikan_agus...
Ejournal 9 peran dinas pendidikan untuk meningkatkan kualitas pendidikan_agus...Ejournal 9 peran dinas pendidikan untuk meningkatkan kualitas pendidikan_agus...
Ejournal 9 peran dinas pendidikan untuk meningkatkan kualitas pendidikan_agus...AGUS SETIYONO
 

What's hot (16)

Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmTeks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
 
Cabaran guru 12
Cabaran guru 12Cabaran guru 12
Cabaran guru 12
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guru
 
Best Practice Excellence Service For Education in East Java 2013
Best Practice  Excellence Service For Education in East Java 2013Best Practice  Excellence Service For Education in East Java 2013
Best Practice Excellence Service For Education in East Java 2013
 
Dsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pkDsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pk
 
4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti
 
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negaraGuru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
 
full-assignment edu
full-assignment edufull-assignment edu
full-assignment edu
 
PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...
PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...
PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...
 
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
 
Topik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara BangsaTopik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara Bangsa
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
Buku mmi 3 amalan terbaik guru
Buku mmi 3  amalan terbaik guruBuku mmi 3  amalan terbaik guru
Buku mmi 3 amalan terbaik guru
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
 
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
 
Ejournal 9 peran dinas pendidikan untuk meningkatkan kualitas pendidikan_agus...
Ejournal 9 peran dinas pendidikan untuk meningkatkan kualitas pendidikan_agus...Ejournal 9 peran dinas pendidikan untuk meningkatkan kualitas pendidikan_agus...
Ejournal 9 peran dinas pendidikan untuk meningkatkan kualitas pendidikan_agus...
 

Viewers also liked

Kejayaan SMK Taman Desa Skudai
Kejayaan SMK Taman Desa SkudaiKejayaan SMK Taman Desa Skudai
Kejayaan SMK Taman Desa SkudaiCikgudiana
 
Senarai keperluan sesi 2014 (pelajar lama)
Senarai keperluan sesi 2014 (pelajar lama)Senarai keperluan sesi 2014 (pelajar lama)
Senarai keperluan sesi 2014 (pelajar lama)Cikgudiana
 
186172925 mid-term-science-form5
186172925 mid-term-science-form5186172925 mid-term-science-form5
186172925 mid-term-science-form5Nor Zawani Halim
 
Laporan Jom Baca Sekejap 2012
Laporan Jom Baca Sekejap 2012Laporan Jom Baca Sekejap 2012
Laporan Jom Baca Sekejap 2012Cikgudiana
 
Gerak gempur sains spm 2015
Gerak gempur sains spm 2015Gerak gempur sains spm 2015
Gerak gempur sains spm 2015Roslida Endut
 
Kertas 2 ppt 2014 jawapan
Kertas 2 ppt 2014 jawapanKertas 2 ppt 2014 jawapan
Kertas 2 ppt 2014 jawapannur dasima
 
Form 5 Chapter 2 Part 1
Form 5 Chapter 2 Part 1Form 5 Chapter 2 Part 1
Form 5 Chapter 2 Part 1Ahmad Rizal
 
Teknik Menjawab Soalan SPM Sains 2007
Teknik Menjawab Soalan SPM Sains 2007Teknik Menjawab Soalan SPM Sains 2007
Teknik Menjawab Soalan SPM Sains 2007Cikgudiana
 
Exercise Chapter 1 Form 5
Exercise Chapter 1 Form 5Exercise Chapter 1 Form 5
Exercise Chapter 1 Form 5Cikgudiana
 
Nutrition (Chapter 2 Form 5)
Nutrition (Chapter 2 Form 5)Nutrition (Chapter 2 Form 5)
Nutrition (Chapter 2 Form 5)Cikgudiana
 
SCIENCE FORM5: CHAPTER 1
SCIENCE FORM5: CHAPTER 1SCIENCE FORM5: CHAPTER 1
SCIENCE FORM5: CHAPTER 1SHUKOR Sudin
 

Viewers also liked (13)

Kejayaan SMK Taman Desa Skudai
Kejayaan SMK Taman Desa SkudaiKejayaan SMK Taman Desa Skudai
Kejayaan SMK Taman Desa Skudai
 
Senarai keperluan sesi 2014 (pelajar lama)
Senarai keperluan sesi 2014 (pelajar lama)Senarai keperluan sesi 2014 (pelajar lama)
Senarai keperluan sesi 2014 (pelajar lama)
 
186172925 mid-term-science-form5
186172925 mid-term-science-form5186172925 mid-term-science-form5
186172925 mid-term-science-form5
 
Laporan Jom Baca Sekejap 2012
Laporan Jom Baca Sekejap 2012Laporan Jom Baca Sekejap 2012
Laporan Jom Baca Sekejap 2012
 
Sains kertas 2 (2007)
Sains kertas 2 (2007)Sains kertas 2 (2007)
Sains kertas 2 (2007)
 
Gerak gempur sains spm 2015
Gerak gempur sains spm 2015Gerak gempur sains spm 2015
Gerak gempur sains spm 2015
 
Kertas 2 ppt 2014 jawapan
Kertas 2 ppt 2014 jawapanKertas 2 ppt 2014 jawapan
Kertas 2 ppt 2014 jawapan
 
Form 5 Chapter 2 Part 1
Form 5 Chapter 2 Part 1Form 5 Chapter 2 Part 1
Form 5 Chapter 2 Part 1
 
Teknik Menjawab Soalan SPM Sains 2007
Teknik Menjawab Soalan SPM Sains 2007Teknik Menjawab Soalan SPM Sains 2007
Teknik Menjawab Soalan SPM Sains 2007
 
Exercise Chapter 1 Form 5
Exercise Chapter 1 Form 5Exercise Chapter 1 Form 5
Exercise Chapter 1 Form 5
 
Nutrition (Chapter 2 Form 5)
Nutrition (Chapter 2 Form 5)Nutrition (Chapter 2 Form 5)
Nutrition (Chapter 2 Form 5)
 
form-5-science-chapter-1
 form-5-science-chapter-1 form-5-science-chapter-1
form-5-science-chapter-1
 
SCIENCE FORM5: CHAPTER 1
SCIENCE FORM5: CHAPTER 1SCIENCE FORM5: CHAPTER 1
SCIENCE FORM5: CHAPTER 1
 

Similar to Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf

Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikimuhammad
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guruValen Lee
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Anoi Edrieana
 
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmTeks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmnurainyasin87
 
Kepemimpinan
KepemimpinanKepemimpinan
KepemimpinanRozi Aza
 
Contoh Proposal Bantuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Bantuan Meubelair SekolahContoh Proposal Bantuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Bantuan Meubelair SekolahAmandaYella
 
Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Mohamad Aminuddin
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan muhammad
 
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair SekolahContoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair SekolahAmandaYella
 
broser bandung 2.pdf
broser bandung 2.pdfbroser bandung 2.pdf
broser bandung 2.pdfziemansisc
 
210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf
210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf
210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdfHamjahFauzi
 
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah Dasar
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah DasarContoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah Dasar
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah DasarAmandaYella
 
Contoh Proposal Pengadaan Meubeler Sekolah
Contoh Proposal Pengadaan Meubeler SekolahContoh Proposal Pengadaan Meubeler Sekolah
Contoh Proposal Pengadaan Meubeler SekolahAmandaYella
 
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaranTeks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaranNor Asiah Shariff
 
Tesis caroline lorena_david
Tesis caroline  lorena_davidTesis caroline  lorena_david
Tesis caroline lorena_davidzaidizakaria1978
 
Jurnal Hasil Telaah Literatur
Jurnal Hasil Telaah LiteraturJurnal Hasil Telaah Literatur
Jurnal Hasil Telaah LiteraturImam Nashokha
 

Similar to Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf (20)

Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guru
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
 
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmTeks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
 
3 permasalahan pm
3 permasalahan pm3 permasalahan pm
3 permasalahan pm
 
Edu sem 7 oll
Edu sem 7 ollEdu sem 7 oll
Edu sem 7 oll
 
Kepemimpinan
KepemimpinanKepemimpinan
Kepemimpinan
 
Contoh Proposal Bantuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Bantuan Meubelair SekolahContoh Proposal Bantuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Bantuan Meubelair Sekolah
 
Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair SekolahContoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah
 
Dasar kpm
Dasar kpmDasar kpm
Dasar kpm
 
broser bandung 2.pdf
broser bandung 2.pdfbroser bandung 2.pdf
broser bandung 2.pdf
 
210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf
210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf
210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf
 
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah Dasar
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah DasarContoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah Dasar
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah Dasar
 
Contoh Proposal Pengadaan Meubeler Sekolah
Contoh Proposal Pengadaan Meubeler SekolahContoh Proposal Pengadaan Meubeler Sekolah
Contoh Proposal Pengadaan Meubeler Sekolah
 
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaranTeks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
Tesis caroline lorena_david
Tesis caroline  lorena_davidTesis caroline  lorena_david
Tesis caroline lorena_david
 
Jurnal Hasil Telaah Literatur
Jurnal Hasil Telaah LiteraturJurnal Hasil Telaah Literatur
Jurnal Hasil Telaah Literatur
 

More from Cikgudiana

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Poligon Matematik Tingkatan 2
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Poligon Matematik Tingkatan 2 Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Poligon Matematik Tingkatan 2
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Poligon Matematik Tingkatan 2 Cikgudiana
 
Senarai keperluan sesi 2014 (pelajar baru)
Senarai keperluan sesi 2014 (pelajar baru)Senarai keperluan sesi 2014 (pelajar baru)
Senarai keperluan sesi 2014 (pelajar baru)Cikgudiana
 
Health Problems Due to Bad Nutrition Intake (Chapter 2 Form 5 Science)
Health Problems Due to Bad Nutrition Intake (Chapter 2 Form 5 Science)Health Problems Due to Bad Nutrition Intake (Chapter 2 Form 5 Science)
Health Problems Due to Bad Nutrition Intake (Chapter 2 Form 5 Science)Cikgudiana
 
Trial Johor Science SPM Kertas 2 2010
Trial Johor Science SPM Kertas 2 2010Trial Johor Science SPM Kertas 2 2010
Trial Johor Science SPM Kertas 2 2010Cikgudiana
 
Trial Johor Science SPM Kertas 1 2010
Trial Johor Science SPM Kertas 1 2010Trial Johor Science SPM Kertas 1 2010
Trial Johor Science SPM Kertas 1 2010Cikgudiana
 
Panduan sistem fail pbs khb
Panduan sistem fail pbs khbPanduan sistem fail pbs khb
Panduan sistem fail pbs khbCikgudiana
 
Akses fail evidens khb smktds
Akses fail evidens khb smktdsAkses fail evidens khb smktds
Akses fail evidens khb smktdsCikgudiana
 
Body coordination (Chapter 2 Form 4)
Body coordination (Chapter 2 Form 4)Body coordination (Chapter 2 Form 4)
Body coordination (Chapter 2 Form 4)Cikgudiana
 

More from Cikgudiana (8)

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Poligon Matematik Tingkatan 2
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Poligon Matematik Tingkatan 2 Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Poligon Matematik Tingkatan 2
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Poligon Matematik Tingkatan 2
 
Senarai keperluan sesi 2014 (pelajar baru)
Senarai keperluan sesi 2014 (pelajar baru)Senarai keperluan sesi 2014 (pelajar baru)
Senarai keperluan sesi 2014 (pelajar baru)
 
Health Problems Due to Bad Nutrition Intake (Chapter 2 Form 5 Science)
Health Problems Due to Bad Nutrition Intake (Chapter 2 Form 5 Science)Health Problems Due to Bad Nutrition Intake (Chapter 2 Form 5 Science)
Health Problems Due to Bad Nutrition Intake (Chapter 2 Form 5 Science)
 
Trial Johor Science SPM Kertas 2 2010
Trial Johor Science SPM Kertas 2 2010Trial Johor Science SPM Kertas 2 2010
Trial Johor Science SPM Kertas 2 2010
 
Trial Johor Science SPM Kertas 1 2010
Trial Johor Science SPM Kertas 1 2010Trial Johor Science SPM Kertas 1 2010
Trial Johor Science SPM Kertas 1 2010
 
Panduan sistem fail pbs khb
Panduan sistem fail pbs khbPanduan sistem fail pbs khb
Panduan sistem fail pbs khb
 
Akses fail evidens khb smktds
Akses fail evidens khb smktdsAkses fail evidens khb smktds
Akses fail evidens khb smktds
 
Body coordination (Chapter 2 Form 4)
Body coordination (Chapter 2 Form 4)Body coordination (Chapter 2 Form 4)
Body coordination (Chapter 2 Form 4)
 

Recently uploaded

Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptAcemediadotkoM1
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSyudi_alfian
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxrahmaamaw03
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptxwongcp2
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPCMBANDUNGANKabSemar
 

Recently uploaded (20)

Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
 

Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf

  • 1. PERUTUSAN HARI GURU 2011 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA “GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA” Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan pelajar yang dikasihi sekalian, 1. Terlebih dahulu saya ingin melafazkan rasa syukur kerana sekali lagi dapat kita menyambut Hari Guru yang telah mula diraikan semenjak tahun 1972. Betapa mulia darjat guru sehingga 16 Mei setiap tahun dikhususkan sebagai hari menterjemah rasa penghormatan yang amat tinggi kepada tuan-puan warga pendidik sekalian. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua warga guru atas jasa bakti yang tidak pernah mengenal erti jemu dan lelah dalam usaha mendidik anak-anak bangsa yang amat memerlukan ilmu bagi memajukan diri, agama, bangsa dan negara. 2. Pendidikan merupakan wadah utama menentukan perkembangan kemajuan dan kemakmuran negara. Pendidikan menjadi peneraju dalam 1
  • 2. membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkeperibadian mulia. Sejarah telah membuktikan pendidikan berjaya membina tamadun sesebuah masyarakat dan menjamin keutuhan sesuatu empayar. Kegemilangan zaman empayar Rom, keagungan kerajaan Islam Abbasiyah dan kemasyhuran Dinasti Ming di China dicapai melalui kepesatan pelbagai bidang ilmu, termasuk bidang sains dan teknologi. Siapalah yang dapat menafikan bahawa sesungguhnya tunjang utama dalam kemajuan pendidikan tidak lain dan tidak bukan adalah guru. 3. Sehubungan itu, amat wajarlah pemilihan tema hari guru pada tahun ini iaitu “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”. Peranan dan fungsi guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat. 2
  • 3. 4. Pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan pendidikan direncana dan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan tujuan untuk memantapkan proses dan pengendalian pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah. Matlamat akhirnya sudah tentulah untuk menghasilkan anak didik yang mampu memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara. Semua dasar dan pembaharuan pendidikan ini tidak akan memberi apa-apa makna tanpa warga pendidik sebagai golongan yang berada di barisan hadapan dalam memacu arus pendidikan agar sentiasa dinamik dan progresif. Di bahu gurulah diletakkan amanah memastikan kelancaran dan keberkesanan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan 1 Murid 1 Sukan (1M1S). 5. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang selepas ini akan diikuti pula oleh Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) juga tidak akan berjaya tanpa komitmen dan sokongan jitu para guru. Pengharapan yang tinggi digantungkan kepada para guru sebagai pemangkin transformasi untuk memastikan anak didik dipersiap dan diperlengkapkan dengan elemen sains dan teknologi; komunikasi; kerohanian, sikap dan nilai; perkembangan fizikal dan estetika; 3
  • 4. kemanusiaan juga keterampilan diri. Persekitaran dunia yang semakin hari semakin kompleks dan mencabar menuntut generasi dan anak bangsa masa hadapan dibekalkan dengan keupayaan mapan mengharungi apa juga rintangan yang menerjah. 6. Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi pelan hala tuju Malaysia menjelang tahun 2020 yang dilancarkan pada awal tahun 2010 menggariskan beberapa pelan tindakan berkaitan sistem pendidikan Malaysia. Sasaran utama adalah untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar. Bidang yang menjadi tumpuan adalah prasekolah, kemahiran asas literasi dan numerasi, Sekolah Berprestasi Tinggi dan peningkatan prestasi Pengetua dan Guru Besar. Namun demikian, secantik dan segah mana pun pelan pendidikan yang direncanakan pasti sukar untuk berjaya tanpa komitmen dan usaha gigih para guru. Betapa besar peranan para guru yang berupaya mencorak dan membentuk generasi masa muka. Warga pendidik yang diraikan sekalian, 7. Sesuatu yang pasti, transformasi dalam pendidikan akan terus berlaku. Kenyataan ini adalah selaras dengan aspirasi Malaysia menjadi 4
  • 5. negara maju dengan acuan tersendiri yang mengambil kira kepercayaan, budaya dan nilai setempat yang terpelihara sekian lama. Justeru saya menyeru agar warga pendidik sentiasa bersedia untuk menyambut sebarang perubahan pendidikan bagi diterjemahkan semasa proses P&P dalam bilik darjah. Wahai guru, begitu tinggi harapan yang disandarkan oleh masyarakat kepada anda semua. Berikanlah tumpuan sepenuhnya terhadap tanggung jawab yang perlu digalas dalam bidang kurikulum, kokurikulum juga pembinaan sahsiah anak didikmu. Ketahuilah bahawa golongan pendidik bukanlah golongan yang dipinggirkan dalam setiap perancangan kerajaan di peringkat nasional. 8. Pihak kerajaan tidak pernah sekali-kali memandang sepi jasa bakti yang dicurahkan oleh para guru. Pelbagai insentif dan inisiatif disediakan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin. Keprihatinan kerajaan ini disalurkan menerusi pelbagai usaha seperti menubuhkan jawatankuasa mengkaji beban tugas guru, cadangan mewujudkan jawatan pembantu guru, menambah baik infrastruktur sekolah, menyediakan peluang guru-guru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan menambah kuota pengetua serta guru cemerlang sehingga ke peringkat JUSA C. Sekadar menyebut beberapa contoh, sehingga 5
  • 6. Disember 2010, kuota Guru Cemerlang Gred DG54 Sekolah Menengah telah ditambah menjadi 166 dari jumlah asal sebanyak 100 kuota manakala bagi Guru Cemerlang Gred DG52 Sekolah Menengah menerima pertambahan sebanyak 166 kuota menjadikannya berjumlah 416 daripada kuota asal sebanyak 250. 9. Keprihatinan kerajaan juga adalah menyeluruh tanpa garis sempadan. Cadangan penstrukturan semula pemberian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan bagi guru-guru di Sabah dan Sarawak membuktikan bahawa bidang pendidikan, guru-guru dan murid- murid walau di mana sahaja berada menjadi keutamaan dalam agenda semasa kerajaan. Konsep pendemokrasian pendidikan sentiasa dipraktiskan oleh pihak KPM bagi memastikan peluang mengikuti pendidikan berkualiti dapat dikecapi secara sama rata di seluruh negara tanpa mengira batas geografi, gender, tahap sosio ekonomi, bangsa dan fahaman politik. Tiada istilah diskriminasi dalam sistem pendidikan negara. Semua kanak-kanak mendapat hak yang adil dan saksama dalam konteks pemerolehan ilmu. Pelbagai inisiatif diambil bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir. Sekolah pendidikan khas dan kelas integrasi pendidikan khas disediakan bagi kanak-kanak kelainan upaya. Kanak- 6
  • 7. kanak dalam kalangan kurang berkemampuan pula diberi bantuan melalui Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, Rancangan Makanan Tambahan, Skim Bantuan Tuisyen dan Bantuan Pakaian Seragam Pasukan Beruniform. Manakala bagi kanak-kanak yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah layak menerima Biasiswa Kecil Persekutuan atau Program Pelajar Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh. 10. Menyedari tanggung jawab dan fungsi guru yang amat besar dan penting, pastilah bukan calang-calang calon yang layak dipilih bertugas di sekolah dan dipanggil ‘cikgu’. Sehubungan itu, KPM telah mengambil langkah memperkemas dan menambah baik syarat dan kriteria pengambilan guru pelatih bagi kursus praperkhidmatan. Pencapaian akademik yang baik, penglibatan aktif dalam kokurikulum, pencapaian M- TeST dan INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan), prestasi temuduga individu dan kumpulan dan ujian bertulis Bahasa Inggeris diambil kira bagi sebelum seseorang calon guru pelatih dipilih bagi menjamin kualiti pendidik yang dikeluarkan oleh institusi keguruan. Langkah untuk meningkatkan profesionalisme guru akan meningkatkan martabat keguruan untuk terus dihormati, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat. 7
  • 8. 11. Usaha memartabatkan profesion keguruan tidak akan mencapai sasaran jika dirancang dan dilaksanakan pada peringkat kerajaan atau kementerian sahaja. Warga pendidik sendiri selaku agen perubahan perlu memainkan peranan yang berkesan dengan cara sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. Guru janganlah jemu berusaha untuk menambah baik amalan pengajaran semasa dan sentiasa berfikiran proaktif, kreatif serta inovatif. Saya juga ingin menyarankan agar guru-guru mengaplikasi dan mengamalkan kaedah pembelajaran dan pengajaran terkini seiring dengan proses globalisasi agar kekal relevan dan mampu menarik minat murid-murid untuk menimba ilmu. 12. Warga guru yang dihargai sekalian, anda semua merupakan insan yang dianugerahkan dengan kegigihan dan kecekalan yang amat tinggi. Biar acap kali diterjah dengan dugaan dan cabaran dalam berbagai bentuk, kubu kesabaran kekal teguh dan kental. Teruskanlah melaksanakan amanah yang diberikan dengan tulus, berpaksikan integriti dan berdasarkan etika perkhidmatan. Imej profesion keguruan pasti akan dapat ditingkatkan. Saya juga ingin menyeru agar para guru semua mematuhi tata cara yang ditetapkan dalam menangani isu persekolahan terutama 8
  • 9. yang berkaitan dengan disiplin murid. Tanganilah setiap masalah yang timbul secara berhikmah. Nasihatilah murid-murid dengan lemah lembut dan sentuhlah hati mereka dengan keluhuran, keikhlasan dan kemurnian jiwa guru semua. 13. Akhir kalam, renungkanlah semula peranan dan tanggung jawab tuan-tuan dan puan-puan semua sebagai penjana transformasi pendidikan negara. Ketinggian kedudukan warga pendidik dalam masyarakat tidak akan tergugat selagi warga pendidik semua jelas dengan misi dan matlamat yang ingin dicapai serta tidak mudah berputus asa. Sebagai pemimpin kepada anak didik, saya berharap agar guru menghayati kata- kata Khalifah Abdul Malik bin Marwan ini, "Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat". WARGA PENDIDIK YANG DIKASIHI SEKALIAN TERIMA KASIH CIKGU … “SELAMAT HARI GURU”! 9