1. Kata Ganti Diri Harap mimpi saya pada malam ini sungguh indah-indah belaka…
2. Kawan-kawan, nama saya Pelangi. Saya tidak tahu apa itu kata ganti diri? Ada sesiapa yang tahu?
3.
4.
5.
6.
7. Kawan-kawan, pada hari ini, Cikgu Fauziah akan mengajar tentang 3 kata ganti diri; kami , kita dan beliau.
8. Kata Ganti Nama Diri Pertama (Jamak) Penggunaan Contoh Penggunaan dalam Ayat kami digunakan untuk merujuk orang yang bertutur tetapi TIDAK termasuk orang yang menjadi teman berbicaranya ‘ Kami tidak mahu ke rumah usang itu lagi!’ teriak Ahmad dan Raju kepada Wenjie. kita digunakan untuk merujuk orang yang bertutur dan orang yang menjadi teman berbicara sekaligus ‘ Marilah kita pergi ke rumah Maryam kerana dia sakit teruk,’ kata Melati kepada Mei Ling.
9. Kata Ganti Nama Diri Ketiga (Tunggal) Penggunaan Contoh Penggunaan dalam Ayat beliau digunakan untuk orang yang terhormat, mulia dan berjasa, misalnya ibu bapa, guru, menteri, pahlawan dan sebagainya TIDAK boleh digunakan untuk pencuri, penjenayah, kanak-kanak dan sebagainya. Menteri itu memberitahu kepada pihak akhbar bahawa beliau akan memperkenalkan polisi kesihatan yang baharu kepada warga emas.
10. Oh, barulah saya faham! Saya harap kawan-kawan pun faham akan penjelasan Cikgu Fauziah. Jumpa lagi!