SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 21
Downloaden Sie, um offline zu lesen
KERTAS CADANGAN KUALITATIF
PENGGUNAAN PETA MINDA MEMBANTU MURID MENGUASAI FAKTA
DALAM PENULISAN KARANGAN
BAB 1
MASALAH KAJIAN
1.1

Pengenalan

Selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara,mata pelajaran bahasa
Melayu telah menjadi mata pelajaran wajib bagi semua peringkat persekolahan.Pada
peringkat sekolah rendah,bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di sekolah
kebangsaan

dan

sekolah

rendah

kebangsaan

dan

pada

peringkat

sekolah

menengah,bahasa melayubahasa pengantar di semua sekolah.Oleh itu,bahasa Melayu
perlu dikuasai dari peringkat sekolah rendah lagi untuk memudahkan murid mengikuti
semua bidang pelajaran.
Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus pada hasil
pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil pembelajaran ini

berteraskan

kemahiran bahasa,iaitu kemahiran mendengar dan bertutur,kemahiran membaca,dan
kemahiran menulis.Hasil pembelajaran juga mengabungkan peraturan dalam sisitem
bahasa dan di sokong oleh elemen pengisian kurikulum.
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang
gramatis,tanda baca dan ejaan digalakkan untuk menggunakan kreativiti mereka bagi
menghasilkan penulisan bahan berunsurkan pengetahuan dan penulisan imaginatif.
1.2

Latar Belakang Kajian.

Kemahiran penulisan ialah kemahiran pratulisan,tulisan mekanis,dan penulisan
karangan.Dalam kemahiran penulisan murid harus dapat mengeluarkan idea melalui
penilsan dengan menggunakan ayat,tanda baca,ejaan,tatanahasa yang betul,serta tulisan
yang jelas.
Penulisan adalah merupakan salah satu matapelajaran wajib diduduki oleh pelajar Tahun
6 dalam peperiksaan UPSR.Kemahiran penulisan ini harus diarahkan sejak pelajar dalam
tahap satu,pelajar telah dibimbing untuk membina ayat mudah.
Dalam Tahun 4 pelajar mula untuk menguasai fakta bagi menghasilkan penulisan bahan
berunsurkan pengetahuan dan penulisan imaginatif.Setelah membuat tinjauan terperinci
saya telah bertekad untuk mengkaji salah satu masalah utama di dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah iaitu untuk menguasai fakta dalam
penulisan,dan kaedah yang ingin diperkenalkan ialah kaedah Peta Minda.
Penyelidik telah bertekad untuk menkaji bagaimana penggunaan kemahiran peta minda
akan mampu secara berkesan utuk menguasai fakta dalam penulisan karangan.
1.3

Pernyataan Masalah.

Masalah besar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sekolah rendah dalam penulisan
karangan adalah untuk mengembangkan idea berdasarkan tajuk yang diberikan.Mereka
seringkali mengulang semula isi yang telah mereka kemukakan.Mereka hanya menukar
memutar balikkan isi perengan yang terdahulu.Jalan cerita dalam penulisan juga agak
mengelirukan dan bercelaru kerana sudah ketandusan idea.
Untuk menentukan fokus kajian ini,kaedah soal selidik,kaedah temu bual,ujian kes,dan
analisis dokumen digunakan.Bermula dengan dua soal selidik iaitu kajian emosi pelajar
dan kajian impak matapelajaran.Soal selidik ini akan mengungkap masalah yang dihadapi
oleh pelajar pelajar sekolah rendah semasa proses pengajaran dan pembelajaran penulisan
karangan.Seterusnya saya akan gunakan kaedah peta minda dalam pengajaran dan
pembelajaran dan saya akan dapat melihat perubahan pada hasil penulisan pelajar.

1.4

Kerangka konsep.

Kerangka konsep ialah kerangka yang menunjukkan hubungan sebab-kesan

antara

variabel tak bersandar(independent) dan variabel bersandar (dependent)yang biasanya
digambarkan dalam sebuah rajah.
1.Pengajaran dan pembelajaran
2.Kaedah & strategi guru

Menguasai fakta

3.Pembacaan murid

penulisan karangan
1.5

Objektif Kajian.

Penyelidikan ini adalah untuk mengetahui tahap pencapaian penulisan karangan di
kalangan pelajar sekolah rendah. Kajian ini diharapkan dapat mencapai objektif berikut.
1.

Meningkatkan

kemahiran

pelajar

membuat

peta

minda

yang

sistematik,lengkap dan cepat.
2.

Menyakinkan pelajar tentang keberkesanan peta minda sebagai alat untuk
menguasai fakta dalam penulisan karangan.

3.

Meningkatkan prestasi pelajar menguasai fakta dalam penulisan karangan.

4.

Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru dalam
penulisan karangan.

1.6

Persoalan Kajian.

Persoalan kajian adalah seperti berikut:
1.

Bagaimanakah penggunaan Peta Minda dapat membantu pelajar-pelajar
sekolah rendah menguasai fakta dalam penulisan karangan.

2.

Bagaimanakah penggunaa Peta Minda dapat membantu para guru dalam
pengajaran-dan pembelajaran penulisan karangan.

3.

Sejauh manakah keberkesanan penggunaan peta minda mempertingkatkan
kebolehan dan keupayaan membina peta minda secara cepat dan spontan.
1.7

Kepentingan Kajian.

Saya amat optimis bahawa kajian ini akan dapat meningkatkan tahap kecekapan
penulisan pelajar dengan menggunakan peta minda dan diaplikasikan oleh muridmurid.Bagi guru-guru pula diharap dapatan ini akan terus memberi motivasi kepada guru
berkenaan dan guru-guru lain.
Hasil tersebut kelak akan menjadi sumber inspirasi atau semangat guru-guru supaya lebih
berani untuk mencuba dan menghasilkan sesuatu yang baru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.Dapatan kajian ini akan menjadi koleksi sekolah untuk sumber rujukan
guru-guru serta sekolah lain yang memerlukannya.

1.8

Batasan Kajian.

Dalam kajian ini terdapat batasan seperti berikut.
1.

Kajian ini hanya dijalankan di sekolah rendah di Bahagian Bintulu. Oleh itu
dapatan kajian hanya menggambarkan keadaan peresekitaran dan keperluan
guru dan para pelajar di sekolah rendah sahaja.Walau bagaimana pun hasil
kajian ini boleh diperluaskan sebagai rujukan kepada kajian yang sama pada
sekolah-sekolah lain di Malaysia.

2.

Kajian ini hanya berdasarkan dapatan peningkatan pencapaian penulisan
karangan dengan menggunakan peta minda .

3.

Sampel yang dipilih ialah 15 orang pelajar.

4.

Proses pengajaran dan pembelajaran hanya dikendalikan sebanyak sekali
dalam seminhhu dalam tempoh satu setengah jam.
1.9

Takrifan Kajian.

Dalam membuat kajian ini nanti,beberapa takrifan terhadap istilah-istilah yang digunakan
adalah seperti berikut:1.9.1

Pelaksanaan

“Pelaksaan”menurut Kamus Dewan (2005,edisi keempat),mendefinisikan perlaksanaan
sebagai hasil daripada melaksanakan(menjalankan,mengusahakan)rancangan iaitu tugas
dan sebagainya.
1.9.2

Pendekatan

“Pendekatan” pula adalah merujuk kepada kaedah atau teknik pelaksanaan seperti
cara,langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas dalam
mengatasi masalh yang timbul.
1.9.3

Peta Minda

‘Peta minda’ adalah satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang berkesan kepada
pelajar.Dalam kaedah peta minda hanya fakta-fakta penting sahaja yang dimasukkan
kedalam peta minda.Peta minda direka dengan pelbagai corak.
1.9.4

Pengajaran

‘Pengajaran’ bermaksud strategi,kaedah dan teknik menyampaikan sesuatu ilmu
pengetahuan agar membolehkan sesuatu perubahan tingkah laku berlaku.
1.9.5

Pembelajaran

‘Pembelajaran’adalah suatu proses belajar dan menerima pengetahuan daripada
pengajaran guru (Kamus Dewan 1970),sama ada melalui pembelajaran secara formal
ataupun tidak formal seterusnya berlaku perubahan tingkah laku,seseoran kanak-kanak
akan mengaplikasi dan menajamkan lima deria iaitu penglihatan,pendengaran,rasa,hidu
dan sentuhan melalui aktiviti yang dirancang oleh guru.Mereka dapat berinteraksi dengan
alam sekitarnya bersesuaian dengan minat dan kreatviti.

Rumusan.
Berdasarkan maklumat penerangan diatas jelas menunjukkan para pelajar perlu
menggunakan peta minda sebagai satu teknik untuk meningkatkan daya ingatan melalui
penggunaan minda sebelah kanan atau subconseius mind.Tumpuan yang diberikan adalah
pelajar sekolah rendah dalam penulisan karangan.Semoga kajian ini dapat membantu
para guru dan pelajar dalam menguasai fakta dalam penulisan karangan.
BAB2
Tinjauan Literatur
2.1

Pengenalan

Bab ini akan mengenengahkan kajian yang terdahulu berkaitan proses penggunaan peta
minda dalam penulisan.Penulisan sesebuah karya adalah bergantung kepada kemahiran
pelajar dalam mengembangkan idea untuk menjadi sebuah karya yang bermutu,menarik
dan bertepatan dengan tajuk yang diberikan.
Banyak kajian yang menggunakan peta minda untuk meringkaskan ingatan minda
seseorang dalam mengingati fakta.Dalam kajian yang lepas memang banyak
keberkesanan peta minda membantu pelajar mengingat dan menghubung kait
konsep,fakta dan istilah yang begitu banyak mengelirukan.
Kajian lepas mengenai peta minda dalam menguasai fakta dalam penulisan agak terlalu
kurang dilihat.Namun saya amat optimis untuk mengenengahkan penggunaan peta minda
untuk menguasai fakt dalam penulisan karangan sekolah rendah memandangkan pelajar
sekolah rendah membina karangan hanya berdasarkan yang terlintas difikiran tanpa
menggunakan sesuatu yang lebih sistematik dan menarik.

2.2 Kajian Berkaitan
Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Melayu, hasil pembelajaran bagi kemahiran
menulis ialah keupayaan menggunakanpelbagai jenis ayat dan wacana,mencatat dan
menyusun maklumat,menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif dan membuat
ulasan.
8.6- menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan.
9.0- mencatat dan menyusunkan maklumat.
10.0- menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.
11.0 membuat ulasan tentang bahan yang didengar,ditonton atau dibaca.
Berdasarkan kemahiran diatas ramai pelajar rendah mengalami masalah untuk menguasai
fakta dalam menghasilkan sebuah karya penulisan yang menarik dan gramatis.Jadi
penggunaan peta minda dalam menghasilkan karya penulisan mereka telah banyak
membantu mereka untuk mengembangkan idea secara teratur dan kemas.
Mengikut seorang penulis DILIP MUKERJEN(1996) dalam bukunya bertajuk
‘SUPERBRAIN’

melalui

pemetaan

minda

seseorang

itu

dapat.........

‘learn

more,remember more,use LESS paper,invest Less effort” yang membawa maksud
penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak
mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.
Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai satu
kaedah yang boleh membantu pelajar mencatat nota,mengembang idea.
Menurut Subaidah(2002),kini penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu
kemahiran maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur.
Menurut Brinkman 2003, kaedah peta minda ini menggunakan kedua-dua belah otak
dan dengan cara ini dapat meningkatkan produktiviti dan ingatan manusia.
Mohammad

Nor

Sanusi,Sepang,selangor

‘Seminar

Kecermelangan

UPSR

(2009)Panduan menulis karangan ,langkah-langkah yang dicadangkan ialah :i.

Baca soalan dengan teliti dan faham kehendak soalan .

ii.

Mencatat isi-isi penting dengan menggunakan peta minda.

iii.

Menulis karangan lengkap berdasarkan isi-isi penting dalam peta minda.

iv.

Semak semula karangan yang telah siap.Jika ada kesalahan ejaan atau struktur
,buat pembetulan.

Menurut Kajian Tindakan,Kemahiran membuat Peta Minda,Sekolah Menengah
Kebangsaan Tanah Merah(1998) yang diterajui oleh dua orang fasilitator Kajian
Tindakan Negeri Kedah,iaitu En Lee Soon Guan dan Pn Chee Kamaliah
Yahya,bahawa kajian mereka telah terbukti keberkesanan peta minda sebagai alat untuk
meningkatkan daya ingatan para pelajar.hali ini telah dapat dibuktikan daripada Ujian
Akhir Tahun pelajar telah mendadak meningkat setelah hasil menggunakan peta minda.
Menurut mereka lagi peta minda adalah juga satu kaedah yang sering digunakan oleh
kebanyakan guru sekolah menengah untuk mengingat dan mencatatkan nota yang
berkesan kepada pelajar.Dalam kaedah peta minda hanya faktor –faktor penting sahaja
yang dimasukkan kedalam peta minda.
Petua membuat peta minda.
1. Dibahagian tengah,lukis tajuk dengan huruf besar.
2. Bahagian kepada cabang-cabang merupakan fakta utama(maksimum tujuh
cabang)
3. Bahagikan cabang kepada cabang kecil untuk fakta terperinci.
4. Setiap cabang utama menggunakan satu ayat contoh kaedah,jenis.
5. Semua fakta didalam huruf besar.
6. Jangan fikir dimana hendak letakkan cabang dan fakta.
Oleh itu penggunaan peta minda membolehkan kita menggunakan kedua-dua bahagian
otak.
Pelbagai penyelidikan telah dibuat untuk membentukdan menyusun strategi pembelajaran
yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar.Pembelajaran hafalan memerlukan daya
ingatan yang kuat,tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritsi dan kreatif malah
iannya tidak sesuai dizaman serba maju ini.
Sebagai seorang insan,Allah telah mengurniakan kepada kita pancaindera yang
mempunyai pelbagai fungsi.Pancaindera ini amat peka serta amat responsif terhadap apaapa rangsangan yang berkaitan dengannya.
Mata adalah merupakan salah satu pancaindera yang amat penting bagi seseorang
insan.Sebagai contoh,mata yang berfungsi untuk penglihatan akan meransangkan
tindakan seseorang itu apabila ianya melihat sesuatu yang dapat memberi sesuatu makna
kepada dirinya.Mesej yang dihasilkan dalam penulisan akan menjadi mudah dan jelas
sekiranya kita dapat merangsang pancaindera yang ada pada seseorang individu itu
dengan cepat.
Oleh itu dalam proses pembelajaran seseorang itu perlulah menyusun strategi agar segala
isi pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah.Beberapa
elemen yang dapat merangsang fungsi otak dan memudahkan pemahaman .
Melakar simbol-idea yang utama akan bermula pada satu titik permulaan dan ianya
disimbolkan dengan satu bulatan.Dari sinilah idea ini akan berkembang.Pelbagai cara
dapat dilakukan untuk perkembangan idea ini.Pemetaan minda ini lebih sesuai dibuat
dalam bentuk pengurusan grafik beserta dengan warna-warna tertentu dapat digunakan
sebagau satu teknik memetakan minda kita kearah memudahkan pemahaman.
Pencetusan idea-lakaran yang dibuat yang merangkumi teks,grafik dan gambar dapat
mempergiatkan lagi krativiti individu kearah pencetusan idea.
Rumusan.
Dari kajian-kajian diatas memang para pengkaji sebelum ini telah sepakat bahawa
penggunaan peta minda memang suatu cara yang efektif untuk mengingatkan fakta secara
lebih bersistematik.Oleh kerana itu saya ingin mengaplikasikan kajian peta minda ini
kepada penulisan karangan.Saya sangat optimis jika peta minda mampu membantu
pelajar sekolah rendah menguasai fakta dalam penulisan.

BAB 3
Metodologi
4.1

Pendahuluan

Dalam bab ini dijelaskan secara ringkas tentang bahagian-bahagian yang terkandung
seperti pemilihan reka bentuk kajian iaitu kualitatif.Di sini juga dihuraikan tentang
bagaimana

prosedur-prosedur

pengumpulan

data

dirancang

dan

dilaksanakan.Penyelidik turut menjelaskan tentang instrumen-instrumen yang
digunakan di samping penjelasan mengenai analisis data.
4.2

Reka bentuk kajian.

Reka bentuk kajian merupakan satu strategi atau rancangan bagaimana untuk
menjalankan sesuatu kajian yang melibatkan pemilihan dan pembahagian sampel.Ia
juga menerangkan apakah data dan bagaimana data dikutip.Penyelidik memilih reka
bentuk kajian kualitatif dalam bentuk eksperimen jenis tak berkumpulan
kawalan.Reka bentuk ini bertujuan untuk membandingkan keberkesanan kaedah
pengajaran baru dengan kaedah biasa.
Reka bentuk kajian saya adalah berdasarkan pendekatan model Kajian Tindakan yang
pernah saya hadiri semasa kursus.Kajian Tindakan ini merangkumi lima kompenan
asas penting yang dicadangkan seperti berikut:-
Merancang

Bertindak
Mengenal
pasti fokus

Refleksi

3.2.1

Menilai

Mengenal pasti focus.

Fokus utama saya ialah penggunaan peta minda membantu murid menguasai fakta dalam
penulisan karangan.
Fokus kajian adalah penting bagi memudahkan saya membuat perancangan.Hasil
penganalisaan data sebelum ini membantu pengkaji dalam memberikan gambaran sesuatu
situasi dan pernyataan masalah yang sebenar.hasil penganalisaan itu suatu teori dapat
dikemukakan

dengan

sokongan

bukti-bukti

yang

diperolehi

daripada

proses

tinjauan.Bermula dari ini satu fokus kajian dapat dikemukakan.Penentuan fokus kajian ini
perlu mempertimbangkan perkara-perkara berikut.
•

Isu itu perlu tindakan segera

•

Sejauh mana mustahaknya isu itu kepada pengkaji.

•

Sejauh mana mustahaknya isu itu kepada pelajar.

•

Penumpuan kepada satu bahagian yang penting.

•

Tugas ini boleh diurus dengan baik.

•

Terdapat peluang yang baik untuk mendalami permasalahan tersebut.

3.2.2

Langkah Merancang Tindakan
Semasa mengadakan langkah merancang tindakan adalah lebih bermakna dan berkesan
sekiranya ramai guru yang turut terlibat dan membantu merancang kegiatan tindakan
kajian.Lazimnya,rancanagan tindakan dapat dibahagikan kepada dua jenis.
•

(a) Rancangan yang hanya untuk mengubah cara yang ada secara terperinci atau
untuk menyelesaikan masalah tertentu yang diperolehi dalam suatu rancangan
tanpa mengubah keseluruhan rancangan.

•

(b) Rancangan itu untuk menggantikan cara yang ada dengan cara lain.

Rancangan jenis (a) merupakan rancangan yang menarik untuk diteruskan tetapi beberapa
bahagian perlukan diperbaiki.Rancangan (b) pula merupakan rancangan yang tidak boleh
diteruskan berdasarkan daripada tinjauan yang lalu.Oleh itu rancangan in perlu ditukar
kerancangan lain.
Cadangan perkara yang perlu diambil berat atau pertimbangkan semasa merancang
tindakan.
•

Matlamat cadangan tindakan

•

Sebab-sebab cadangan tindakan itu diambil.

•

Senarai tentang tindakan-tindakan yang dicadangkan seperti.
i.

Tugas dan tanggungjawab baru

ii.

Aktiviti – aktiviti baru.

iii.

Bahan-bahan baru.

iv.

Struktur organisasi baru,dan

v.

Falsafah dan konsep baru bagi perubahan itu.

•

Pernyataan cara-cara pemantauan perubahan yang ada.

•

Pernyataan penilaian formatif dan sumatif.
Pernilaian formatif dijalan semasa pelaksanaan ujian.Ini amat berguna untuk
mendapatkan makluman.Penilaian sumatif pula dijalankan di akhir pelaksanaan
kajian untuk gambaran keseluruhan projek kajian.Oleh itu pengkaji dapat
membuat keputusan apa yang telah berlaku dan apa yang patut dibuat seterusnya.

•

Pernyataan keperluan yang lain,misalnya
i.

Sumber-sumber seperti bahan rujukan,kewangan,tenaga dan sebagainya,

ii.

Kelengkapan,dan

iii.

Masa.

•

Bersesuaian dengan teori-teori praktik yang dibina daripada amalan
sebenar.

3.2.3

Cadangan Pelaksanaan Langkah-langkah Tindakan.

Perancangan

tindakan lazimnya

boleh melibatkan

beberapa

alternatif.Daripada

perbincangan dengan rakan-rakan,pengkaji mungkin menghadapi kesukaran untuk
melaksanakan langkah-langkah tindakan itu.Ini kerana banyak halangan yang dinyatakan
dan akhirnya pengkaji tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mahu menerima
risiko.Kita

perlu

memahami

bahawa

setiap

perubahan

memang

mempunyai

risikonya.Kita tidak boleh menunggu sehingga tiada risiko.Pengkaji perlu meneliti dan
menganalisis data secara terperinci supaya berkeyakinan untuk meneruskan kajian dan
terdapat

orang

yang

bersedia

membantu.Semasa

langkah-langkah

tindakan

dijalankan,pengkaji mungkin memerlukan rakan yang boleh mengkritik supaya pengkaji
dapat gambaran yang betul apa yang sedang dibuat.Kritikan ini mestilah diberikan secara
jujur.
Seterusnya pengkaji mungkin mendengar beberapa kegagalan orang lain.Sememangnya
tidak harus berlaku kegagalan.walau bagaimanapun pengkaji dapat berkongsi kegagalan
itu bagi membina panduan seterusnya.
3.2.4

Pemantauan Dan Penilaian.

Setelah tindakan dirancang dan dilaksanakan.pemantauan serta penilaian mesti
dijalankan.Pemantauan boleh dijalankan oleh beberapa pihak,misalnya pengkaji sendiri
boleh membuat pemantauan kendiri ataupun rakan pengkaji boleh memantau bersama
kajian.
Aktiviti-aktiviti Pemantauan.
i.

Pemantauan kendiri
Pemantauan kendiri ini dibuat pada akhir setiap peringkat kajian.Segala idea yang
berkaitan dengan apa yang telah dilakukan,halangan serta masalah yang timbul
dicatatkan dalam diari.Pandangan orang lain juga dicatatkan.dari semasa ke
semasa,pengkaji perlu melihat isu asal supaya tidak menyimpang.Penting dipastikan
adakah fokus kajian perlu diubah?
ii.

Pemantauan dengan Rakan/kumpulan Sejawat

Pemantauan

oleh

rakan

atau

kumpulan

rakan

sejawat

boleh

dijalankan.Rakan/kumpulan sejawat yang memahami apa yang dilakukan oleh guru
pengkaji boleh memberikan pandangan dan kritikan yang membina.Perjumpaan
menerusi mesyuarat hendaklah diatur dan dijalankan supaya maklum balas yang
berterusan diperolehi.
iii.

Pemantauan dengan Pelajar-Pelajar

Pelajar mempunyai pandangan dan tindakan yang berbeza dari pengkaji.Maklum
balas daripada pelajar dapat mencerminkan bukan sahaja perasaan mereka tetapi juga
bagaimana mereka berfikir tentang apa yang pengkaji sedang lakukan.Pelajar
mungkin memberikan kritikan dan ini dapat membantu pengkaji dalam kajiannya.
iv.

Pemantauan Bersama

Adalah dicadangkan kaedah”triangulation”digunakan.Hal ini melibatkan 3 pihak atau
lebih

iaitu

guru,rakan

sejawat

dan

pelajar/pemerhati.Mengadakan

mesyuarat/perjumpaan membolehkan perbincangan diadakan.Perjumpaan ini lebih
dinamik dengan menggunakan audio visual dan dinilaikan oleh kumpulan yang
dinilai.
Aktiviti-aktiviti Penilaian
Dalam proses menilai kajian tindakan,pengkaji perlu menerangkan perkara-perkara
mengenai jenis-jenis penilaian yang boleh dilakukan.
Jenis-jenis penilaian
Terdapat dua jenis penilaian yang penting.
•

Penilaian Formatif,

•

Penilaian Sumatif.

Penilaian Formatif.
Penilaian jenis formatif adalah penilaian yang dijalankan proses kajian dilaksanakan.
Penilaian Sumatif.
Penilaian jenis ini diadakan hanya pada akhir setiap tahun atau gelungan kajian.
Siapa Yang Menjalankan Penilaian
Penilaian boleh dijalankan pengkaji,rakan sejawat,pelajar,kumpulan guru pengkaji,pihak
pentadbir sekolah,fasilitator dari luar sekolah dan ahli-ahli pengkaji lain yang dipersetujui
oleh jawatankuasa kajian.

3.3

Populasi dan Sampel

Apakah definisi populasi? Gay dan Airasian (2003) mendefinisikan populasi sebagai
“Populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji,iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian
akan generalisasikan”.Jadi populasi saya ialah sebuah sekolah rendah di Bintulu.
Sampel kajian pula ialah responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili
sesuatu populasi.Sampel kajian saya nanti ialah 15 orang.
Penetapan populasi kajian adalah penting dalam kajian disebabkan populasi akan
menentukan bagaimana dan berapa ramai sample yang akan dipilih serta perbelanjaan
kajian.Sebagai contoh ,kajian tentang keperluan murid-murid untuk meningkat
pencapaian akademik mereka di sekolah luar Bandar tentulah berbeza daripada kajian
tentang keperluan murid-murid luar Bandar di Malysia.Populasi bagi kedua-dua kajian
adalah berbeza,saiz sample akan berbeza begitu juga reka bentuk kajian yang akan
digunakan juga berbeza.
Pengkaji menggunakan Persampelan Rawak Mudah(PRM) .Persampelan jenis ini adalah
satu proses pemilihan sample di mana semua individu dalam populasi tertentu
mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sample.Persampelan rawak-mudah
merupakan kaedah terbaik untuk mendapatkan sample yang mewakili populasi.Dari segi
tekniknya,ia perlu mengikuti beberapa langkah tertentu,seperti berikut:
i.

Kenal pasti populasi dan berikan definisinya.(misalnya murid-murid Tahun 1)

ii.

Tentukan bilangan ahli populasi dan senaraikan nama mereka(misalnya 250
orang)

iii.

Berikan nombor(secara berturutan)kepada ahli populasi(misalnya 000
hingga249)

iv.

Tentukan saiz sample(misalnya,50 orang,iaitu 20% daripada populasi).

v.

Ambil nombor daripada jadual nombor rawak(JNR)dan pilih ahli populasin
yang bernombor sama dengan nombor daripada JNR ini sebagai sample
kajian,dan ulang cara ini sehingga mendapat 50 orang sample.

Persampelan Rawak Mudah lebih diutamakan berbanding teknik-teknik yang lain sebab
persampelan ini dapat menghasilkan sample yang lebih tepat untuk mewakili populasi.

3.4

Alat Kajian

Pengutipan data kualitatif ini memerlukan alat-alat kajian yang sesuai untuk menjawab
soalan-soalan

kajian.Data

kualitatif

boleh

dikutip

melalui

temubual,pemerhatian,soalselidik,penelitian dokumen dan sebagainya.
i.

Pembinaan alat kajian

Alat-alat kajian perlu dibina terlebih dahulu,sebelum kajian sebenar dijalankan.Sekiranya
kajian menggunakan ujian,ia perlu dirancang dan dibina supaya bersesuaian dengan
tujuan dan objektif kajian.Sesuatu ujian yang dibina dengan baik akan memberi ukuran
variable dengan tepat/sah.Data yang dikutip ini akhirnya akan dianalisis dan hasilnya
akan ditafsir oleh pengkaji.justeru,ketepatan data kajian amatlah penting disebabkan
penakrifan yang betul bergantung kepada data yang tepat.proses pembinaan alat kajian
boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu(a) menentukan objektif alat kajian,dan(b)
menentukan kandungan alat kajian.
Bagi kajian kualitatif ini,pengkaji akan perlu membina alat-alat kajian menurut definisi
operasional perkara-perkara yang kita ingin kaji.Kaedah membina alat-alat kajian
mengikut bentuknya dijelaskan dalam bahagian berikutnya.
(a) Penilaian Dokumen- merujuk suatu rekod tentang pemekiran,perasaan,pendapat
atau tindakan seseorang.
(b) Alat pemerhatian-pemerhatian sebagai alat untuk mengutip data mempunyai cirriciri berikut:
•

Satu atau lebih pemerhati diletakkan di tempat yang sesuai pada sudut
tertentu dan pada masa yang ditetapkan.

•

Membantu pemerhati dengan menggunakan prainstruksi.

•

Pilih pemerhati dan sediakan mereka untuk pemerhatian.

•

Pilih siapa yang hendak diperhati dan bila hendak dibuat pemerhatian.

•

Menyediakan sesuatu yang patut dibuat.

(c) Alat Menemuduga
Temuduga merupakan perbualan yang mempunyai tujuan tertentu.Ia disifatkan
sebagai suatu proses pencarian makna yang aktif apabila fenomena yang diselidik
tidak dapat dilihat secara langsung.Secara spesifik,tujuan temuduga adalah untuk
mengutip maklumat.Temuduga adalah teknik mengutip data daripada subjek
melaluisoalan yang dikemuka dan mendapatkan reaksi daripada mereka secara verbal
atau tanpa verbal.temuduga boleh bersifat kasual atau mendalam.
Pengkaji akan menggunakan jenis temuduga berstruktur atau piawai.Soalan yang
dibangunkan bertujuan untuk mendapat respons yang spesifik.Contoh; “Kamu minat
penulisankah?”
3.5

Analisis Data

a.

Proses Menganalisis Data.

Analisis melibatkan proses menyusun data.Pengkaji perlu menyusun data asal yang
dikutip dalam bentuk,kategori dan unit deskriptif asas.Tanpa mengambil kira kaedah
yang digunakan untuk mengutip data,lima(5) langkah berikut perlu diikuti dalam
penganalisisan data:
(i)

Tahap pra analisis

(ii)

Tahap kemasan data

(iii)

Tahap pamiran data

(iv)

Tahap verifikasi data

(v)

Tahap dapatan (termasuk interpretasi).

(b)

Interprestasi Data

Interprestasi melibatkan memberi makna dan kesignifikan kepada analisis,ia
melibatkan penerangan dan penetapan bentuk deskriptif dan penentuan hubungan
sesama bentuk.Melihat semula aktiviti bermakna semasa melakukan interprestasi dan
disiminasi.Di bawah diberikan rujukan untuk interprestasi data.
•

Interprestasi

•

Interprsetasi bebas daripada pilih kasih (bias) anda

•

Interprestasi berdasar teori

•

Interprestasi berdasarkan maklumat
•

3.6

Interprestasi tertakhluk kepada prinsip etika yang ketat.

Rumusan

Perbincangan dalam bahagian metodologi ini telah menerangkan beberapa aspek yang
penting dari segi perdekatan dan pengkaedahan dalam kajian seterusnya.Adalah penting
setiap pengkaji memahami pengkonsepan metadologi serta teknik-teknik melaksanakan
langkah-langkah kajian seterusnya.Panduan yang dinyatakan dalam bahagian metodologi
ini adalah sebagai garis panduan untuk membantu pengkaji mula melaksanakan kajian
seterusnya.Untuk memperluaskan lagi pengetahuan pengkaji mengenai pengdekatan dan
pengkaedahan kajian adalah penting pengkaji mendalami lagi pengetahuan secara praktik
dan teori dengan bergiat dalam aktiviti kajian.Dengan adanya lebih banyak pengalaman
mengkaji dan menyelidik,pengkaji boleh menguasai kemahiran yang tinggi dalam
melaksanakan kajian penyelidikan danam pendidikan.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Analisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
Analisis dokumen Penyelidikan PendidikanAnalisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
Analisis dokumen Penyelidikan PendidikanHamidah Ibrahim
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)firo HAR
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaDhashink
 
Nota asas-penyelidikan-dalam-pendidikan
Nota asas-penyelidikan-dalam-pendidikanNota asas-penyelidikan-dalam-pendidikan
Nota asas-penyelidikan-dalam-pendidikanshikinedin1
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxMahmudAhmad21
 
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikanPengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikankamektok2011
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismesahronzulkepli
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanElizabeth beth
 
Nota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanNota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanKmk Ktk
 
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)Aiisy Afifah
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)FaFai S.
 

Was ist angesagt? (20)

Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Analisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
Analisis dokumen Penyelidikan PendidikanAnalisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
Analisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Nota asas-penyelidikan-dalam-pendidikan
Nota asas-penyelidikan-dalam-pendidikanNota asas-penyelidikan-dalam-pendidikan
Nota asas-penyelidikan-dalam-pendidikan
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
 
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikanPengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikan
 
Nota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanNota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakan
 
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAHKAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
 

Ähnlich wie Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif

Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulisUpaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulisandri wahyudi
 
Lembaran kerja-siswa-lks-format-asesmen
Lembaran kerja-siswa-lks-format-asesmenLembaran kerja-siswa-lks-format-asesmen
Lembaran kerja-siswa-lks-format-asesmenherman hidayat
 
Cjr psikologi pendidikan dinda permata sari
Cjr psikologi pendidikan dinda permata sariCjr psikologi pendidikan dinda permata sari
Cjr psikologi pendidikan dinda permata saridindavishaka
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasamuhammad
 
Aplikasi Kemahiran Peneguhan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.doc
Aplikasi Kemahiran Peneguhan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.docAplikasi Kemahiran Peneguhan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.doc
Aplikasi Kemahiran Peneguhan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.docKhairulShuibKhairulA1
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuMuhammad Aizat
 
Bg 4 tema 1 indahnya kebersamaan www.abdimadrasah.com
Bg 4 tema 1 indahnya kebersamaan www.abdimadrasah.comBg 4 tema 1 indahnya kebersamaan www.abdimadrasah.com
Bg 4 tema 1 indahnya kebersamaan www.abdimadrasah.comfitriani2909
 
Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)
Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)
Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)Putra Adam Hisham
 
Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai...
Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai...Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai...
Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai...zuhairi7373
 
PENINGKATAN KETERAMPILAN MENULIS CERPEN MENGGUNAKAN MODEL PROBLEM BASED.pptx
PENINGKATAN  KETERAMPILAN MENULIS CERPEN MENGGUNAKAN MODEL PROBLEM BASED.pptxPENINGKATAN  KETERAMPILAN MENULIS CERPEN MENGGUNAKAN MODEL PROBLEM BASED.pptx
PENINGKATAN KETERAMPILAN MENULIS CERPEN MENGGUNAKAN MODEL PROBLEM BASED.pptxjanemaramis56
 
Buku BSE Kelas 01 sd tematik 2 kegemaranku guru 2017
Buku BSE Kelas 01 sd tematik 2 kegemaranku guru 2017Buku BSE Kelas 01 sd tematik 2 kegemaranku guru 2017
Buku BSE Kelas 01 sd tematik 2 kegemaranku guru 2017FarahYudian
 
Penelitian Tindakan kelas by dalilah
Penelitian Tindakan kelas by dalilahPenelitian Tindakan kelas by dalilah
Penelitian Tindakan kelas by dalilahdalilah77
 
Bahan Ajar Bahasa Sunda
Bahan Ajar Bahasa SundaBahan Ajar Bahasa Sunda
Bahan Ajar Bahasa Sundachilovely
 

Ähnlich wie Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif (20)

Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulisUpaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
 
Lembaran kerja-siswa-lks-format-asesmen
Lembaran kerja-siswa-lks-format-asesmenLembaran kerja-siswa-lks-format-asesmen
Lembaran kerja-siswa-lks-format-asesmen
 
Cjr psikologi pendidikan dinda permata sari
Cjr psikologi pendidikan dinda permata sariCjr psikologi pendidikan dinda permata sari
Cjr psikologi pendidikan dinda permata sari
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
 
Peta minda bmm 3117
Peta minda bmm 3117Peta minda bmm 3117
Peta minda bmm 3117
 
Aplikasi Kemahiran Peneguhan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.doc
Aplikasi Kemahiran Peneguhan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.docAplikasi Kemahiran Peneguhan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.doc
Aplikasi Kemahiran Peneguhan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.doc
 
Laporan penelitian
Laporan penelitianLaporan penelitian
Laporan penelitian
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
 
Bg 4 tema 1 indahnya kebersamaan www.abdimadrasah.com
Bg 4 tema 1 indahnya kebersamaan www.abdimadrasah.comBg 4 tema 1 indahnya kebersamaan www.abdimadrasah.com
Bg 4 tema 1 indahnya kebersamaan www.abdimadrasah.com
 
Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)
Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)
Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)
 
Daftar isi
Daftar isiDaftar isi
Daftar isi
 
Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai...
Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai...Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai...
Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai...
 
PENINGKATAN KETERAMPILAN MENULIS CERPEN MENGGUNAKAN MODEL PROBLEM BASED.pptx
PENINGKATAN  KETERAMPILAN MENULIS CERPEN MENGGUNAKAN MODEL PROBLEM BASED.pptxPENINGKATAN  KETERAMPILAN MENULIS CERPEN MENGGUNAKAN MODEL PROBLEM BASED.pptx
PENINGKATAN KETERAMPILAN MENULIS CERPEN MENGGUNAKAN MODEL PROBLEM BASED.pptx
 
Buku BSE Kelas 01 sd tematik 2 kegemaranku guru 2017
Buku BSE Kelas 01 sd tematik 2 kegemaranku guru 2017Buku BSE Kelas 01 sd tematik 2 kegemaranku guru 2017
Buku BSE Kelas 01 sd tematik 2 kegemaranku guru 2017
 
Penelitian Tindakan kelas by dalilah
Penelitian Tindakan kelas by dalilahPenelitian Tindakan kelas by dalilah
Penelitian Tindakan kelas by dalilah
 
BAB I.doc
BAB I.docBAB I.doc
BAB I.doc
 
Bahan Ajar Bahasa Sunda
Bahan Ajar Bahasa SundaBahan Ajar Bahasa Sunda
Bahan Ajar Bahasa Sunda
 
Ptk proposal ing1
Ptk proposal ing1Ptk proposal ing1
Ptk proposal ing1
 
Ptk b. inggris
Ptk b. inggrisPtk b. inggris
Ptk b. inggris
 
Kelas 1 tema 5 bg
Kelas 1 tema 5 bgKelas 1 tema 5 bg
Kelas 1 tema 5 bg
 

Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif

  • 1. KERTAS CADANGAN KUALITATIF PENGGUNAAN PETA MINDA MEMBANTU MURID MENGUASAI FAKTA DALAM PENULISAN KARANGAN BAB 1 MASALAH KAJIAN 1.1 Pengenalan Selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara,mata pelajaran bahasa Melayu telah menjadi mata pelajaran wajib bagi semua peringkat persekolahan.Pada peringkat sekolah rendah,bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di sekolah kebangsaan dan sekolah rendah kebangsaan dan pada peringkat sekolah menengah,bahasa melayubahasa pengantar di semua sekolah.Oleh itu,bahasa Melayu perlu dikuasai dari peringkat sekolah rendah lagi untuk memudahkan murid mengikuti semua bidang pelajaran. Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus pada hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa,iaitu kemahiran mendengar dan bertutur,kemahiran membaca,dan kemahiran menulis.Hasil pembelajaran juga mengabungkan peraturan dalam sisitem bahasa dan di sokong oleh elemen pengisian kurikulum. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis,tanda baca dan ejaan digalakkan untuk menggunakan kreativiti mereka bagi menghasilkan penulisan bahan berunsurkan pengetahuan dan penulisan imaginatif.
  • 2. 1.2 Latar Belakang Kajian. Kemahiran penulisan ialah kemahiran pratulisan,tulisan mekanis,dan penulisan karangan.Dalam kemahiran penulisan murid harus dapat mengeluarkan idea melalui penilsan dengan menggunakan ayat,tanda baca,ejaan,tatanahasa yang betul,serta tulisan yang jelas. Penulisan adalah merupakan salah satu matapelajaran wajib diduduki oleh pelajar Tahun 6 dalam peperiksaan UPSR.Kemahiran penulisan ini harus diarahkan sejak pelajar dalam tahap satu,pelajar telah dibimbing untuk membina ayat mudah. Dalam Tahun 4 pelajar mula untuk menguasai fakta bagi menghasilkan penulisan bahan berunsurkan pengetahuan dan penulisan imaginatif.Setelah membuat tinjauan terperinci saya telah bertekad untuk mengkaji salah satu masalah utama di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah iaitu untuk menguasai fakta dalam penulisan,dan kaedah yang ingin diperkenalkan ialah kaedah Peta Minda. Penyelidik telah bertekad untuk menkaji bagaimana penggunaan kemahiran peta minda akan mampu secara berkesan utuk menguasai fakta dalam penulisan karangan.
  • 3. 1.3 Pernyataan Masalah. Masalah besar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sekolah rendah dalam penulisan karangan adalah untuk mengembangkan idea berdasarkan tajuk yang diberikan.Mereka seringkali mengulang semula isi yang telah mereka kemukakan.Mereka hanya menukar memutar balikkan isi perengan yang terdahulu.Jalan cerita dalam penulisan juga agak mengelirukan dan bercelaru kerana sudah ketandusan idea. Untuk menentukan fokus kajian ini,kaedah soal selidik,kaedah temu bual,ujian kes,dan analisis dokumen digunakan.Bermula dengan dua soal selidik iaitu kajian emosi pelajar dan kajian impak matapelajaran.Soal selidik ini akan mengungkap masalah yang dihadapi oleh pelajar pelajar sekolah rendah semasa proses pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan.Seterusnya saya akan gunakan kaedah peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran dan saya akan dapat melihat perubahan pada hasil penulisan pelajar. 1.4 Kerangka konsep. Kerangka konsep ialah kerangka yang menunjukkan hubungan sebab-kesan antara variabel tak bersandar(independent) dan variabel bersandar (dependent)yang biasanya digambarkan dalam sebuah rajah. 1.Pengajaran dan pembelajaran 2.Kaedah & strategi guru Menguasai fakta 3.Pembacaan murid penulisan karangan
  • 4. 1.5 Objektif Kajian. Penyelidikan ini adalah untuk mengetahui tahap pencapaian penulisan karangan di kalangan pelajar sekolah rendah. Kajian ini diharapkan dapat mencapai objektif berikut. 1. Meningkatkan kemahiran pelajar membuat peta minda yang sistematik,lengkap dan cepat. 2. Menyakinkan pelajar tentang keberkesanan peta minda sebagai alat untuk menguasai fakta dalam penulisan karangan. 3. Meningkatkan prestasi pelajar menguasai fakta dalam penulisan karangan. 4. Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru dalam penulisan karangan. 1.6 Persoalan Kajian. Persoalan kajian adalah seperti berikut: 1. Bagaimanakah penggunaan Peta Minda dapat membantu pelajar-pelajar sekolah rendah menguasai fakta dalam penulisan karangan. 2. Bagaimanakah penggunaa Peta Minda dapat membantu para guru dalam pengajaran-dan pembelajaran penulisan karangan. 3. Sejauh manakah keberkesanan penggunaan peta minda mempertingkatkan kebolehan dan keupayaan membina peta minda secara cepat dan spontan.
  • 5. 1.7 Kepentingan Kajian. Saya amat optimis bahawa kajian ini akan dapat meningkatkan tahap kecekapan penulisan pelajar dengan menggunakan peta minda dan diaplikasikan oleh muridmurid.Bagi guru-guru pula diharap dapatan ini akan terus memberi motivasi kepada guru berkenaan dan guru-guru lain. Hasil tersebut kelak akan menjadi sumber inspirasi atau semangat guru-guru supaya lebih berani untuk mencuba dan menghasilkan sesuatu yang baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Dapatan kajian ini akan menjadi koleksi sekolah untuk sumber rujukan guru-guru serta sekolah lain yang memerlukannya. 1.8 Batasan Kajian. Dalam kajian ini terdapat batasan seperti berikut. 1. Kajian ini hanya dijalankan di sekolah rendah di Bahagian Bintulu. Oleh itu dapatan kajian hanya menggambarkan keadaan peresekitaran dan keperluan guru dan para pelajar di sekolah rendah sahaja.Walau bagaimana pun hasil kajian ini boleh diperluaskan sebagai rujukan kepada kajian yang sama pada sekolah-sekolah lain di Malaysia. 2. Kajian ini hanya berdasarkan dapatan peningkatan pencapaian penulisan karangan dengan menggunakan peta minda . 3. Sampel yang dipilih ialah 15 orang pelajar. 4. Proses pengajaran dan pembelajaran hanya dikendalikan sebanyak sekali dalam seminhhu dalam tempoh satu setengah jam.
  • 6. 1.9 Takrifan Kajian. Dalam membuat kajian ini nanti,beberapa takrifan terhadap istilah-istilah yang digunakan adalah seperti berikut:1.9.1 Pelaksanaan “Pelaksaan”menurut Kamus Dewan (2005,edisi keempat),mendefinisikan perlaksanaan sebagai hasil daripada melaksanakan(menjalankan,mengusahakan)rancangan iaitu tugas dan sebagainya. 1.9.2 Pendekatan “Pendekatan” pula adalah merujuk kepada kaedah atau teknik pelaksanaan seperti cara,langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas dalam mengatasi masalh yang timbul. 1.9.3 Peta Minda ‘Peta minda’ adalah satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang berkesan kepada pelajar.Dalam kaedah peta minda hanya fakta-fakta penting sahaja yang dimasukkan kedalam peta minda.Peta minda direka dengan pelbagai corak. 1.9.4 Pengajaran ‘Pengajaran’ bermaksud strategi,kaedah dan teknik menyampaikan sesuatu ilmu pengetahuan agar membolehkan sesuatu perubahan tingkah laku berlaku.
  • 7. 1.9.5 Pembelajaran ‘Pembelajaran’adalah suatu proses belajar dan menerima pengetahuan daripada pengajaran guru (Kamus Dewan 1970),sama ada melalui pembelajaran secara formal ataupun tidak formal seterusnya berlaku perubahan tingkah laku,seseoran kanak-kanak akan mengaplikasi dan menajamkan lima deria iaitu penglihatan,pendengaran,rasa,hidu dan sentuhan melalui aktiviti yang dirancang oleh guru.Mereka dapat berinteraksi dengan alam sekitarnya bersesuaian dengan minat dan kreatviti. Rumusan. Berdasarkan maklumat penerangan diatas jelas menunjukkan para pelajar perlu menggunakan peta minda sebagai satu teknik untuk meningkatkan daya ingatan melalui penggunaan minda sebelah kanan atau subconseius mind.Tumpuan yang diberikan adalah pelajar sekolah rendah dalam penulisan karangan.Semoga kajian ini dapat membantu para guru dan pelajar dalam menguasai fakta dalam penulisan karangan.
  • 8. BAB2 Tinjauan Literatur 2.1 Pengenalan Bab ini akan mengenengahkan kajian yang terdahulu berkaitan proses penggunaan peta minda dalam penulisan.Penulisan sesebuah karya adalah bergantung kepada kemahiran pelajar dalam mengembangkan idea untuk menjadi sebuah karya yang bermutu,menarik dan bertepatan dengan tajuk yang diberikan. Banyak kajian yang menggunakan peta minda untuk meringkaskan ingatan minda seseorang dalam mengingati fakta.Dalam kajian yang lepas memang banyak keberkesanan peta minda membantu pelajar mengingat dan menghubung kait konsep,fakta dan istilah yang begitu banyak mengelirukan. Kajian lepas mengenai peta minda dalam menguasai fakta dalam penulisan agak terlalu kurang dilihat.Namun saya amat optimis untuk mengenengahkan penggunaan peta minda untuk menguasai fakt dalam penulisan karangan sekolah rendah memandangkan pelajar sekolah rendah membina karangan hanya berdasarkan yang terlintas difikiran tanpa menggunakan sesuatu yang lebih sistematik dan menarik. 2.2 Kajian Berkaitan
  • 9. Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Melayu, hasil pembelajaran bagi kemahiran menulis ialah keupayaan menggunakanpelbagai jenis ayat dan wacana,mencatat dan menyusun maklumat,menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif dan membuat ulasan. 8.6- menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan. 9.0- mencatat dan menyusunkan maklumat. 10.0- menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif. 11.0 membuat ulasan tentang bahan yang didengar,ditonton atau dibaca. Berdasarkan kemahiran diatas ramai pelajar rendah mengalami masalah untuk menguasai fakta dalam menghasilkan sebuah karya penulisan yang menarik dan gramatis.Jadi penggunaan peta minda dalam menghasilkan karya penulisan mereka telah banyak membantu mereka untuk mengembangkan idea secara teratur dan kemas. Mengikut seorang penulis DILIP MUKERJEN(1996) dalam bukunya bertajuk ‘SUPERBRAIN’ melalui pemetaan minda seseorang itu dapat......... ‘learn more,remember more,use LESS paper,invest Less effort” yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga. Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai satu kaedah yang boleh membantu pelajar mencatat nota,mengembang idea. Menurut Subaidah(2002),kini penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur. Menurut Brinkman 2003, kaedah peta minda ini menggunakan kedua-dua belah otak dan dengan cara ini dapat meningkatkan produktiviti dan ingatan manusia.
  • 10. Mohammad Nor Sanusi,Sepang,selangor ‘Seminar Kecermelangan UPSR (2009)Panduan menulis karangan ,langkah-langkah yang dicadangkan ialah :i. Baca soalan dengan teliti dan faham kehendak soalan . ii. Mencatat isi-isi penting dengan menggunakan peta minda. iii. Menulis karangan lengkap berdasarkan isi-isi penting dalam peta minda. iv. Semak semula karangan yang telah siap.Jika ada kesalahan ejaan atau struktur ,buat pembetulan. Menurut Kajian Tindakan,Kemahiran membuat Peta Minda,Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah(1998) yang diterajui oleh dua orang fasilitator Kajian Tindakan Negeri Kedah,iaitu En Lee Soon Guan dan Pn Chee Kamaliah Yahya,bahawa kajian mereka telah terbukti keberkesanan peta minda sebagai alat untuk meningkatkan daya ingatan para pelajar.hali ini telah dapat dibuktikan daripada Ujian Akhir Tahun pelajar telah mendadak meningkat setelah hasil menggunakan peta minda. Menurut mereka lagi peta minda adalah juga satu kaedah yang sering digunakan oleh kebanyakan guru sekolah menengah untuk mengingat dan mencatatkan nota yang berkesan kepada pelajar.Dalam kaedah peta minda hanya faktor –faktor penting sahaja yang dimasukkan kedalam peta minda. Petua membuat peta minda. 1. Dibahagian tengah,lukis tajuk dengan huruf besar. 2. Bahagian kepada cabang-cabang merupakan fakta utama(maksimum tujuh cabang) 3. Bahagikan cabang kepada cabang kecil untuk fakta terperinci. 4. Setiap cabang utama menggunakan satu ayat contoh kaedah,jenis. 5. Semua fakta didalam huruf besar. 6. Jangan fikir dimana hendak letakkan cabang dan fakta. Oleh itu penggunaan peta minda membolehkan kita menggunakan kedua-dua bahagian otak.
  • 11. Pelbagai penyelidikan telah dibuat untuk membentukdan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar.Pembelajaran hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat,tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritsi dan kreatif malah iannya tidak sesuai dizaman serba maju ini. Sebagai seorang insan,Allah telah mengurniakan kepada kita pancaindera yang mempunyai pelbagai fungsi.Pancaindera ini amat peka serta amat responsif terhadap apaapa rangsangan yang berkaitan dengannya. Mata adalah merupakan salah satu pancaindera yang amat penting bagi seseorang insan.Sebagai contoh,mata yang berfungsi untuk penglihatan akan meransangkan tindakan seseorang itu apabila ianya melihat sesuatu yang dapat memberi sesuatu makna kepada dirinya.Mesej yang dihasilkan dalam penulisan akan menjadi mudah dan jelas sekiranya kita dapat merangsang pancaindera yang ada pada seseorang individu itu dengan cepat. Oleh itu dalam proses pembelajaran seseorang itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah.Beberapa elemen yang dapat merangsang fungsi otak dan memudahkan pemahaman . Melakar simbol-idea yang utama akan bermula pada satu titik permulaan dan ianya disimbolkan dengan satu bulatan.Dari sinilah idea ini akan berkembang.Pelbagai cara dapat dilakukan untuk perkembangan idea ini.Pemetaan minda ini lebih sesuai dibuat dalam bentuk pengurusan grafik beserta dengan warna-warna tertentu dapat digunakan sebagau satu teknik memetakan minda kita kearah memudahkan pemahaman. Pencetusan idea-lakaran yang dibuat yang merangkumi teks,grafik dan gambar dapat mempergiatkan lagi krativiti individu kearah pencetusan idea.
  • 12. Rumusan. Dari kajian-kajian diatas memang para pengkaji sebelum ini telah sepakat bahawa penggunaan peta minda memang suatu cara yang efektif untuk mengingatkan fakta secara lebih bersistematik.Oleh kerana itu saya ingin mengaplikasikan kajian peta minda ini kepada penulisan karangan.Saya sangat optimis jika peta minda mampu membantu pelajar sekolah rendah menguasai fakta dalam penulisan. BAB 3 Metodologi 4.1 Pendahuluan Dalam bab ini dijelaskan secara ringkas tentang bahagian-bahagian yang terkandung seperti pemilihan reka bentuk kajian iaitu kualitatif.Di sini juga dihuraikan tentang bagaimana prosedur-prosedur pengumpulan data dirancang dan dilaksanakan.Penyelidik turut menjelaskan tentang instrumen-instrumen yang digunakan di samping penjelasan mengenai analisis data. 4.2 Reka bentuk kajian. Reka bentuk kajian merupakan satu strategi atau rancangan bagaimana untuk menjalankan sesuatu kajian yang melibatkan pemilihan dan pembahagian sampel.Ia juga menerangkan apakah data dan bagaimana data dikutip.Penyelidik memilih reka bentuk kajian kualitatif dalam bentuk eksperimen jenis tak berkumpulan kawalan.Reka bentuk ini bertujuan untuk membandingkan keberkesanan kaedah pengajaran baru dengan kaedah biasa. Reka bentuk kajian saya adalah berdasarkan pendekatan model Kajian Tindakan yang pernah saya hadiri semasa kursus.Kajian Tindakan ini merangkumi lima kompenan asas penting yang dicadangkan seperti berikut:-
  • 13. Merancang Bertindak Mengenal pasti fokus Refleksi 3.2.1 Menilai Mengenal pasti focus. Fokus utama saya ialah penggunaan peta minda membantu murid menguasai fakta dalam penulisan karangan. Fokus kajian adalah penting bagi memudahkan saya membuat perancangan.Hasil penganalisaan data sebelum ini membantu pengkaji dalam memberikan gambaran sesuatu situasi dan pernyataan masalah yang sebenar.hasil penganalisaan itu suatu teori dapat dikemukakan dengan sokongan bukti-bukti yang diperolehi daripada proses tinjauan.Bermula dari ini satu fokus kajian dapat dikemukakan.Penentuan fokus kajian ini perlu mempertimbangkan perkara-perkara berikut. • Isu itu perlu tindakan segera • Sejauh mana mustahaknya isu itu kepada pengkaji. • Sejauh mana mustahaknya isu itu kepada pelajar. • Penumpuan kepada satu bahagian yang penting. • Tugas ini boleh diurus dengan baik. • Terdapat peluang yang baik untuk mendalami permasalahan tersebut. 3.2.2 Langkah Merancang Tindakan
  • 14. Semasa mengadakan langkah merancang tindakan adalah lebih bermakna dan berkesan sekiranya ramai guru yang turut terlibat dan membantu merancang kegiatan tindakan kajian.Lazimnya,rancanagan tindakan dapat dibahagikan kepada dua jenis. • (a) Rancangan yang hanya untuk mengubah cara yang ada secara terperinci atau untuk menyelesaikan masalah tertentu yang diperolehi dalam suatu rancangan tanpa mengubah keseluruhan rancangan. • (b) Rancangan itu untuk menggantikan cara yang ada dengan cara lain. Rancangan jenis (a) merupakan rancangan yang menarik untuk diteruskan tetapi beberapa bahagian perlukan diperbaiki.Rancangan (b) pula merupakan rancangan yang tidak boleh diteruskan berdasarkan daripada tinjauan yang lalu.Oleh itu rancangan in perlu ditukar kerancangan lain. Cadangan perkara yang perlu diambil berat atau pertimbangkan semasa merancang tindakan. • Matlamat cadangan tindakan • Sebab-sebab cadangan tindakan itu diambil. • Senarai tentang tindakan-tindakan yang dicadangkan seperti. i. Tugas dan tanggungjawab baru ii. Aktiviti – aktiviti baru. iii. Bahan-bahan baru. iv. Struktur organisasi baru,dan v. Falsafah dan konsep baru bagi perubahan itu. • Pernyataan cara-cara pemantauan perubahan yang ada. • Pernyataan penilaian formatif dan sumatif. Pernilaian formatif dijalan semasa pelaksanaan ujian.Ini amat berguna untuk mendapatkan makluman.Penilaian sumatif pula dijalankan di akhir pelaksanaan kajian untuk gambaran keseluruhan projek kajian.Oleh itu pengkaji dapat membuat keputusan apa yang telah berlaku dan apa yang patut dibuat seterusnya. • Pernyataan keperluan yang lain,misalnya
  • 15. i. Sumber-sumber seperti bahan rujukan,kewangan,tenaga dan sebagainya, ii. Kelengkapan,dan iii. Masa. • Bersesuaian dengan teori-teori praktik yang dibina daripada amalan sebenar. 3.2.3 Cadangan Pelaksanaan Langkah-langkah Tindakan. Perancangan tindakan lazimnya boleh melibatkan beberapa alternatif.Daripada perbincangan dengan rakan-rakan,pengkaji mungkin menghadapi kesukaran untuk melaksanakan langkah-langkah tindakan itu.Ini kerana banyak halangan yang dinyatakan dan akhirnya pengkaji tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mahu menerima risiko.Kita perlu memahami bahawa setiap perubahan memang mempunyai risikonya.Kita tidak boleh menunggu sehingga tiada risiko.Pengkaji perlu meneliti dan menganalisis data secara terperinci supaya berkeyakinan untuk meneruskan kajian dan terdapat orang yang bersedia membantu.Semasa langkah-langkah tindakan dijalankan,pengkaji mungkin memerlukan rakan yang boleh mengkritik supaya pengkaji dapat gambaran yang betul apa yang sedang dibuat.Kritikan ini mestilah diberikan secara jujur. Seterusnya pengkaji mungkin mendengar beberapa kegagalan orang lain.Sememangnya tidak harus berlaku kegagalan.walau bagaimanapun pengkaji dapat berkongsi kegagalan itu bagi membina panduan seterusnya. 3.2.4 Pemantauan Dan Penilaian. Setelah tindakan dirancang dan dilaksanakan.pemantauan serta penilaian mesti dijalankan.Pemantauan boleh dijalankan oleh beberapa pihak,misalnya pengkaji sendiri boleh membuat pemantauan kendiri ataupun rakan pengkaji boleh memantau bersama kajian. Aktiviti-aktiviti Pemantauan. i. Pemantauan kendiri
  • 16. Pemantauan kendiri ini dibuat pada akhir setiap peringkat kajian.Segala idea yang berkaitan dengan apa yang telah dilakukan,halangan serta masalah yang timbul dicatatkan dalam diari.Pandangan orang lain juga dicatatkan.dari semasa ke semasa,pengkaji perlu melihat isu asal supaya tidak menyimpang.Penting dipastikan adakah fokus kajian perlu diubah? ii. Pemantauan dengan Rakan/kumpulan Sejawat Pemantauan oleh rakan atau kumpulan rakan sejawat boleh dijalankan.Rakan/kumpulan sejawat yang memahami apa yang dilakukan oleh guru pengkaji boleh memberikan pandangan dan kritikan yang membina.Perjumpaan menerusi mesyuarat hendaklah diatur dan dijalankan supaya maklum balas yang berterusan diperolehi. iii. Pemantauan dengan Pelajar-Pelajar Pelajar mempunyai pandangan dan tindakan yang berbeza dari pengkaji.Maklum balas daripada pelajar dapat mencerminkan bukan sahaja perasaan mereka tetapi juga bagaimana mereka berfikir tentang apa yang pengkaji sedang lakukan.Pelajar mungkin memberikan kritikan dan ini dapat membantu pengkaji dalam kajiannya. iv. Pemantauan Bersama Adalah dicadangkan kaedah”triangulation”digunakan.Hal ini melibatkan 3 pihak atau lebih iaitu guru,rakan sejawat dan pelajar/pemerhati.Mengadakan mesyuarat/perjumpaan membolehkan perbincangan diadakan.Perjumpaan ini lebih dinamik dengan menggunakan audio visual dan dinilaikan oleh kumpulan yang dinilai. Aktiviti-aktiviti Penilaian Dalam proses menilai kajian tindakan,pengkaji perlu menerangkan perkara-perkara mengenai jenis-jenis penilaian yang boleh dilakukan. Jenis-jenis penilaian Terdapat dua jenis penilaian yang penting.
  • 17. • Penilaian Formatif, • Penilaian Sumatif. Penilaian Formatif. Penilaian jenis formatif adalah penilaian yang dijalankan proses kajian dilaksanakan. Penilaian Sumatif. Penilaian jenis ini diadakan hanya pada akhir setiap tahun atau gelungan kajian. Siapa Yang Menjalankan Penilaian Penilaian boleh dijalankan pengkaji,rakan sejawat,pelajar,kumpulan guru pengkaji,pihak pentadbir sekolah,fasilitator dari luar sekolah dan ahli-ahli pengkaji lain yang dipersetujui oleh jawatankuasa kajian. 3.3 Populasi dan Sampel Apakah definisi populasi? Gay dan Airasian (2003) mendefinisikan populasi sebagai “Populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji,iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan generalisasikan”.Jadi populasi saya ialah sebuah sekolah rendah di Bintulu. Sampel kajian pula ialah responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi.Sampel kajian saya nanti ialah 15 orang. Penetapan populasi kajian adalah penting dalam kajian disebabkan populasi akan menentukan bagaimana dan berapa ramai sample yang akan dipilih serta perbelanjaan kajian.Sebagai contoh ,kajian tentang keperluan murid-murid untuk meningkat pencapaian akademik mereka di sekolah luar Bandar tentulah berbeza daripada kajian tentang keperluan murid-murid luar Bandar di Malysia.Populasi bagi kedua-dua kajian adalah berbeza,saiz sample akan berbeza begitu juga reka bentuk kajian yang akan digunakan juga berbeza.
  • 18. Pengkaji menggunakan Persampelan Rawak Mudah(PRM) .Persampelan jenis ini adalah satu proses pemilihan sample di mana semua individu dalam populasi tertentu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sample.Persampelan rawak-mudah merupakan kaedah terbaik untuk mendapatkan sample yang mewakili populasi.Dari segi tekniknya,ia perlu mengikuti beberapa langkah tertentu,seperti berikut: i. Kenal pasti populasi dan berikan definisinya.(misalnya murid-murid Tahun 1) ii. Tentukan bilangan ahli populasi dan senaraikan nama mereka(misalnya 250 orang) iii. Berikan nombor(secara berturutan)kepada ahli populasi(misalnya 000 hingga249) iv. Tentukan saiz sample(misalnya,50 orang,iaitu 20% daripada populasi). v. Ambil nombor daripada jadual nombor rawak(JNR)dan pilih ahli populasin yang bernombor sama dengan nombor daripada JNR ini sebagai sample kajian,dan ulang cara ini sehingga mendapat 50 orang sample. Persampelan Rawak Mudah lebih diutamakan berbanding teknik-teknik yang lain sebab persampelan ini dapat menghasilkan sample yang lebih tepat untuk mewakili populasi. 3.4 Alat Kajian Pengutipan data kualitatif ini memerlukan alat-alat kajian yang sesuai untuk menjawab soalan-soalan kajian.Data kualitatif boleh dikutip melalui temubual,pemerhatian,soalselidik,penelitian dokumen dan sebagainya. i. Pembinaan alat kajian Alat-alat kajian perlu dibina terlebih dahulu,sebelum kajian sebenar dijalankan.Sekiranya kajian menggunakan ujian,ia perlu dirancang dan dibina supaya bersesuaian dengan tujuan dan objektif kajian.Sesuatu ujian yang dibina dengan baik akan memberi ukuran
  • 19. variable dengan tepat/sah.Data yang dikutip ini akhirnya akan dianalisis dan hasilnya akan ditafsir oleh pengkaji.justeru,ketepatan data kajian amatlah penting disebabkan penakrifan yang betul bergantung kepada data yang tepat.proses pembinaan alat kajian boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu(a) menentukan objektif alat kajian,dan(b) menentukan kandungan alat kajian. Bagi kajian kualitatif ini,pengkaji akan perlu membina alat-alat kajian menurut definisi operasional perkara-perkara yang kita ingin kaji.Kaedah membina alat-alat kajian mengikut bentuknya dijelaskan dalam bahagian berikutnya. (a) Penilaian Dokumen- merujuk suatu rekod tentang pemekiran,perasaan,pendapat atau tindakan seseorang. (b) Alat pemerhatian-pemerhatian sebagai alat untuk mengutip data mempunyai cirriciri berikut: • Satu atau lebih pemerhati diletakkan di tempat yang sesuai pada sudut tertentu dan pada masa yang ditetapkan. • Membantu pemerhati dengan menggunakan prainstruksi. • Pilih pemerhati dan sediakan mereka untuk pemerhatian. • Pilih siapa yang hendak diperhati dan bila hendak dibuat pemerhatian. • Menyediakan sesuatu yang patut dibuat. (c) Alat Menemuduga Temuduga merupakan perbualan yang mempunyai tujuan tertentu.Ia disifatkan sebagai suatu proses pencarian makna yang aktif apabila fenomena yang diselidik tidak dapat dilihat secara langsung.Secara spesifik,tujuan temuduga adalah untuk mengutip maklumat.Temuduga adalah teknik mengutip data daripada subjek melaluisoalan yang dikemuka dan mendapatkan reaksi daripada mereka secara verbal atau tanpa verbal.temuduga boleh bersifat kasual atau mendalam.
  • 20. Pengkaji akan menggunakan jenis temuduga berstruktur atau piawai.Soalan yang dibangunkan bertujuan untuk mendapat respons yang spesifik.Contoh; “Kamu minat penulisankah?” 3.5 Analisis Data a. Proses Menganalisis Data. Analisis melibatkan proses menyusun data.Pengkaji perlu menyusun data asal yang dikutip dalam bentuk,kategori dan unit deskriptif asas.Tanpa mengambil kira kaedah yang digunakan untuk mengutip data,lima(5) langkah berikut perlu diikuti dalam penganalisisan data: (i) Tahap pra analisis (ii) Tahap kemasan data (iii) Tahap pamiran data (iv) Tahap verifikasi data (v) Tahap dapatan (termasuk interpretasi). (b) Interprestasi Data Interprestasi melibatkan memberi makna dan kesignifikan kepada analisis,ia melibatkan penerangan dan penetapan bentuk deskriptif dan penentuan hubungan sesama bentuk.Melihat semula aktiviti bermakna semasa melakukan interprestasi dan disiminasi.Di bawah diberikan rujukan untuk interprestasi data. • Interprestasi • Interprsetasi bebas daripada pilih kasih (bias) anda • Interprestasi berdasar teori • Interprestasi berdasarkan maklumat
  • 21. • 3.6 Interprestasi tertakhluk kepada prinsip etika yang ketat. Rumusan Perbincangan dalam bahagian metodologi ini telah menerangkan beberapa aspek yang penting dari segi perdekatan dan pengkaedahan dalam kajian seterusnya.Adalah penting setiap pengkaji memahami pengkonsepan metadologi serta teknik-teknik melaksanakan langkah-langkah kajian seterusnya.Panduan yang dinyatakan dalam bahagian metodologi ini adalah sebagai garis panduan untuk membantu pengkaji mula melaksanakan kajian seterusnya.Untuk memperluaskan lagi pengetahuan pengkaji mengenai pengdekatan dan pengkaedahan kajian adalah penting pengkaji mendalami lagi pengetahuan secara praktik dan teori dengan bergiat dalam aktiviti kajian.Dengan adanya lebih banyak pengalaman mengkaji dan menyelidik,pengkaji boleh menguasai kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan kajian penyelidikan danam pendidikan.