SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 15
1 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH

Pentaksiran ialah satu proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan
data kuantitatif dan kualitatif. Membuat pentaksiran tentang pencapaian pelajar
adalah untuk tujuan pemulihan dan penggredan. Ia boleh dijalankan sebelum,
semasa dan selepas pengajaran.

Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan, dan
pencapaian murid di dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran
yang      hendak      dinilai,   merancang,    dan    membina    instrument   pentaksiran,
menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susulan.
Melalui    aktiviti   pentaksiran,   guru     akan   dapat   memastikan   potensi   secara
menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani
selaras dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan.

Tujuan-tujuan Pentaksiran

       Pelaporan pencapaian—menentukan setakat mana pencapaian seseorang
       pelajar
       Dignostik---Ujian Diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran.
       Membantu guru menentukan strategi pengajaran pemulihan yang perlu
       digunakan.
       Penempatan---Ujian penempatan menentukan kemahiran dan penguasaan
       sedia ada pada pelajar sebelum pengajaran. Bertujuan untuk menentukan
       aras bahan pelajaran yang sesuai untuk digunakan.
       Pemilihan---Ujian pemilihan bertujuan memilih calon-calon untuk memasuki
       sesuatu kursus atau jurusan.
       Penggerak-----berperanan sebagai alat motivasi bagi pelajar-pelajar.
       Maklum balas-----Hasil ujian akan memberikan maklum balas tentang
       keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
       Pensijilan----Sijil-sijil prestasi akan diberikan setelah pelajar Berjaya lulus
       ujian atau peperiksaan.
       Membuat pengumpulan----Di dalam bilik darjah, hasil ujian sering
       digunakan untuk mengumpulkan pelajar –pelajar mengikut kebolehan
       mereka.
1.1 Pentaksiran Secara Formal

      Hanna Gerald S dan Dettmer Peggy A (2004) ---Penilaian secara formal
      ialah penilaian yang dilaksanakan secara formal atau rasmi.
      Melibatkan suatu prosedur atau tatacara yang telah ditetapkan dan perlu
      dipatuhi oleh semua calon.
      Dirancang atau dibina berasaskan peraturan atau tatacara yang telah
      ditetapkan.
      Setiap kurikulum yang menjadi dasar dalam kursus akan diteliti serta
      dikaji untuk menentukan apakah jenis, bentuk dan bagaimana setiap
      penilaian akan dilaksanakan.

1.1.1 Jenis-jenis Penilaian formal

Terdapat dua jenis penilaian di sekolah:

Penilaian Formatif

Ee Ah Meng (1998) menjelaskan bahawa penilaian formatif ialah penilaian yang
melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid setelah
mereka mencapai hasil pembelajaran tentang sesuatu unit pembelajaran atau
satu bab dalam bab yang berkaitan.

Ciri-ciri Penilaian Formatif

      Penilaian formatif ialah penggunaan ujian untuk melihat pencapaian murid
      dalam sesuatu bab pembelajaran.
      Ia   bersifat   formatif   kerana   ada   unsur   pembentukan   semula   selepas
      pelaksanaan sesuatu ujian.
      Hasil yang diperolehi adalah digunakan untuk memperbaiki pembelajaran
      dan bukan untuk member gred.
      Objektif utama adalah untuk mengesan kejayaan dan kegagalan.
      Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan
      pembelajaran.
      Guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi
      seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
      Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk
      aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.
Penilaian Sumatif

Ee       Ah   meng     menjelaskan   bahawa       penilaian   sumatif   ialah    penilaian   yang
dijalankan pada akhir sesuatu kursus.

          Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada
          akhir semester.
          Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang
          murid   dengan    murid    lain   dan    seringkali   digunakan       untuk    membuat
          pemilihan.
          Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya
          dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan Malaysia.
          Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang
          pencapaian murid di seluruh negara.

Objektif Penilaian di Sekolah (Formatif dan Sumatif)

          Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
          Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih
          awal dari semasa ke semasa.
          Mengetahui keberkesanan pengajaran.
          Merancang dan mengubah suai pengajaran.
          Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.

Kepentingan Penilaian dalam Pendidikan Moral

         Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu
          murid mengatasi masalah pembelajaran yang                telah dikenal pasti pada
          peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya.
         Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan secara
          bermoral dapat diperkukuhkan dan diperkayakan.
         Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid
          meningkatkan      kemajuannya       dalam       pembelajaran          dan     seterusnya
          memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian
          di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif (pemikiran),
          afektif (perasaan) dan tingkah laku moral.
         Penilaian juga akan membantu memotivasikan murid untuk terus belajar
          dan mencapai kejayaan.
Kepentingan penilaian       dalam system pengajaran terancang secara bersepadu
dapat dilihat melalui gambar Rajah 1.

               Penentuan Objektif Pembelajaran                Hasil Pembelajaran

       Penilaian dan Pembikinan                    Penentuan Isi kandungan

                          Penentuan Kaedah danTeknik
 Proses Pengajaran

Hubungan penilaian dalam Teknik pengajaran bersistematik ( Sumber:Brown J)
                         proses

      Rajah di atas menunjukkan proses gelungan perancangan pengajaran
       secara bersistematik.
      Hasil pembelajaran akan ditentukan bagi persediaan perancangan
       pengajaran.
      Isi kandungan akan menentukan langkah dan corak pengajaran.
      Suatu penilaian akan dibuat pada akhir sesi pengajaran.
      Penilaian ini penting untuk mengesan pengarahan dan pembelajaran sama
       ada Berjaya ataupun tidak.
      Pengukuhan, pemulihan, dan pengayaan akan dilaksanakan selepas proses
       penilaian.
Perbezaan antara Penilaian Formatif dan Sumatif

  Kenyataan                 Penilaian Formatif                          Ujian Sumatif
                        Maklumat pencapaian murid              Pemberian sijil dan
       Fungsi           dan dapat mengesan punca               penggredan di akhir sesuatu
                        kelemahan untuk pemulihan              kursus

Masa                    Sepanjang proses pengajaran            Di akhir sesuatu unit
                                                               pembelajaran atau kursus

Penekanan dalam Kognitif, afektif dan psikomotor               Kognitif
penilaian
Penumpuan       Satu-satu segmen atau                          Objektif kursus yang
pengukuran      bahagian                                       dirancang

Satu sampelan           Terhad kepada tugasan                  Beraneka jenis
                        pembelajaran sahaja

Kesukaran item          Berubah-ubah mengikut                  Berasaskan Jadual
soalan                  keperluan segmen                       Penentuan Ujian, berbilang
                                                               aras kesukaran

Contoh                  Ujian bulanan , lembaran kerja         UPSR, PMR, SPM, STPM,
                                                               semua peperiksaan akhir

Jadual Spesikasi Ujian (JSU)

Jadual Spesikasi Ujian (JSU) ialah satu senarai objektif pengajaran dan aras
pemahaman        yang    akan    diuji.   Ia    menghuraikan    serta     menjelaskan    domain
pencapaian       yang    ingin   diukur        serta   memberikan       satu   panduan    untuk
mendapatkan satu sampel item-item soalan.

Tujuan Jadual Spesikasi Ujian

       JSU akan menjadikan setiap ujian yang dibina tidak sembarangan tanpa
       mengikut prosedur yang ditetapkan.
       Ia juga akan dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian yang
       dibina.
       JSU juga ialah suatu panduan dan penentu kepada pihak penggubal
       soalan.
       JSU juga dapat menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari
       setahun ke setahun.
JSU juga akan menentukan pemberatan setiap soalan berdasarkan Aras
      Taksonomi Bloom.
      Panduan dan prosedur akan membolehkan penggubal lain membina
      soalan yang telah ditetapkan.
      Ia juga membolehkan satu perbandingan dibuat antara satu ujian dengan
      satu ujian yang lain.
      JSU juga dapat menggambarkan pembahagian aras kebolehan setiap
      murid tercapai disebabkan adanya yang mudah, sederhana, dan juga sukar.

   Elemen Penting Membina Jadual Spesikasi Ujian

      Keseimbangan sasaran ujian.
      Keseimbangan tahap pembelajaran yang telah dilaksanakan.
      Format ujian sama ada jenis soalan objektif benar salah, objektif aneka
      pilihan, struktur, esei dan sebagainya.
      Jumlah item soalan juga perlu diketahui guru.
      Bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran mengikut aras
      Taksanomi Bloom.
      Kebolehan kemahiran yang dipilih bagi setiap JSU.

Spesikasi   yang   terbentuk berdasarkan    keenam-enam     elemen   di atas akan
membolehkan keseimbangan tahap pengujian yang mewakili setiap unit dalam
proses   pembelajaran   murid   sasaran    dan   tahap   pembelajaran   yang   telah
dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Langkah pembinaan Ujian Berdasarkan JSU

                                 Merancang Ujian

                                 Menggubal Soalan

                         Memilih dan Menyelaras Soalan

                                Memprauji Soalan

                              Memasang Kertas Soalan
Kepentingan Jadual Spesikasi Ujian

Jadual Spesikasi Ujian (JSU) yang lengkap dibina akan sangat-sangat membantu
penggubal soalan dan pembina ujian. Antara kepentingan adanya JSU ialah:

      Ujian akan dibana secara sistematik.
      Kesahan dari segi penyampelan sukatan pelajaran adalah terjamin dan
      taburan tajuk adalah seimbang.
      Pelajar diuji pada keseluruhan kurikulum.
      Taraf , mutu , dan aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari setahun ke
      setahun, walaupun dibina oleh Pembina yang berlainan. Ia menjadi
      panduan kepada penggubal soalan dan Pembina ujian.

                         Contoh Jadual Spesikasi Ujian

Bil                                                       Aras Kemahiran
                            Pengetahuan

                                              Kefahaman

                                                                                            Penilaian
                                                                                 Sintesis
                                                           Aplikasi

                                                                      Analisis

         Topik                                                                                          Jumlah

1       Unit 1          1
2       Unit 2                            1
3       Unit 3                                                   1
4       Unit 4          1
5       Unit 5                            1
6       Unit 6                                                   1
7       Unit 7                                                              1
8       Unit 8          1                                                              1
9       Unit 9
10      Unit 10         1

      Berdasarkan jadual JSU di atas, taburan dan pembahagian setiap soalan
      adalah berdasarkan aras kemahiran Taksonomi Bloom.
      Pengetahuan , kefahaman , aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
      Aras pengetahuan mewakili 4 soalan (40%) , aras kefahaman 2 soalan (20%),
      aras aplikasi 2 (20%) , aras analisis 1 soalan ( 10%) , dan aras sintesis 1
      soalan (10%) .
Aras penilaian tidak diuji kerana berkemungkinan aras ini agak tinggi dan
     kurang      sesuai untuk Tahun 5.
     Taburan soalan adalah merangkumi kesemua unit, iaitu daripada unit 1
     hingga 10.
     Pelbagai jenis soalan boleh dibina: soalan objektif , jawapan pendek , salah
     benar, padanan aneka pilihan dan soalan struktur .

1.2 Pentaksiran Secara Tidak Formal

     Pentaksiran jenis ini adalah lebih kepada membuat penilaian serta
     pemerhatian tentang seseorang murid di dalam bilik darjah.
     Pemerhatianserta penilaian ini boleh berasaskan tingkah laku, emosi , dan
     juga kognitif.

1.2.1 Jenis-jenis Pentaksiran Tidak Formal

a) Pemerhatian

     Adalah satu kaedah penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan secara
     bersistematik dan tepat untuk mengumpul maklumat dan merekodnya
     dengan tepat tentang murid yang menjadi sasaran pemerhatian ataupun
     secara keseluruhan kelas.
     Jika melibatkan individu tertentu ia adalah bertujuan untuk mengenal pasti
     punca, sebab atau permasalahan yang dihadapi sama ada berkaitan
     dengan pembelajaran cara bersosialisasi ataupun isu moral yang dihadapi.
     Pemerhatian akan dibuat dalam bentuk memerhati tentang tingkah laku ,
     perbualan atau interaksi sosial murid, dan juga hasilan kerja.

Tujuan Pemerhatian

     Mengesan serta-merta
     Mengesan kemajuan
     Mengesan pencapaian
     Mengesan fenomena tingkah laku
     Digunakan untuk menilai :
     - sikap
     - perlakuan/amalan
- amali
     - kemahiran manipulatif
     - kemahiran bersosial
     - kemahiran belajar
     - kemahiran kinestetik
     - kemahiran literasi komputer
     - kemahiran mereka cipta

Perlaksanaan Pemerhatian:

     Pemerhatian proses dan hasil kerja seperti lukisan,buku skrap, kraf tangan dan
     kerja kursus
     membolehkan pengajar menilai sikap serta penguasaan sesuatu        kemahiran.
     Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu            pendidik melengkapkan
     gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan
     dan penulisan.
     Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar
     /marking scheme.

 b) Merekod Pemerhatian

     Senarai semak

  Senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi
  pengetahuan, kemahiran, sikap , sahsiah, dan kebolehan murid. Senarai item
  yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada yang berkaitan dengan
  tingkah laku yang dapat diperhatikan, kekerapan tingkah laku itu berlaku, dan
  lain-lain   berdasarkan    keperluan   pemerhatian. Ia   memerlukan   satu   bentuk
  jadual dan setiap pemerhatian yang dapat dilihat hanya akan dicatat dengan
  menandakan ( ) atau cara lain.

     Rekod Berterusan
     Catatan dalam bentuk cerita (narrative) yang dibuat ke atas indidvidu atau
     kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan
     dan apa yang dikatakan oleh murid akan dicatat sepanjang tempoh
     pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam
     tempoh 5-10 minit. Daripada pemerhatian ini guru akan dapat mengukur
tentang     keupayaan   murid     bertoleransi,   berinteraksi,   dan    memahami
      konsep-konsep moral yang perlu ada pada setiap individu.

c) Anekdot

      Rekod anekdot menceritakan pencapaian akademik pelajar, perkembangan
      kognitif,   perkembangan        persaingan   dan      pertumbuhan       aspek-aspek
      kemanusiaan secara menyeluruh.
      Lapor mengikut keutamaan
      Mula dengan aspek yang mudah ke aspek yang lebih kompleks
      Biar proses mencatat anekdot berlaku secara semulajadi
      Rekod pemerhatian       boleh     disimpan    dalam     bentuk     portfolio   yang
      bersistematik dan mengandungi rekod peribadi murid, perkembanganm diri
      murid sama ada dari segi sahsiah, perlakuan dan juga contoh hasil kerja
      murid.

d) Port Folio

      Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti
      pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.
      Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan
      penilaian yang teliti.
      Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk
      mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan
      kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga
      akhir.
      Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan
      bantuan daripada pelbagai pihak.
      Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah
      logik.
      Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.
      Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.
      Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang
      boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.
      Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat
      mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut
      kriteria yang telah dipersetujui bersama.
      Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina:
      1. Porfolio kerja harian
      2. Portfolio hasil terbaik
3. Portfolio dokumen.
e) Temu bual

      Satu instrument yang digunakan dalam kajian yang berbentuk tinjauan.
      Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakan
      secara optimum untuk menjawab persoalan kajian.
      Bentuk temu bual: temu bual berstruktur, temu bual        semi struktur, dan
      temu bual yang tidak berstruktur.
      Guru mestilah menentukan jenis temu bual dalam kajian, rancangan temu
      bual, stail, kandungan dan susunan soalan temu bual.
      Ciri-ciri soalan temu bual mestilah mudah, jelas , dan susunan temu bual,
      serta tempoh yang sesuai dan tidak terlalu lama untuk menggelakkan
      kebosanan responden.

f)Soal Selidik

      Alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan.
      Soal selidik yang digunakan dalam sesuatu kajian boleh disediakan sendiri
      oleh pengkaji ataupun menggunakan soal selidik yang sedia ada dan soal
      selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses pengesahan
      dan diuji kebolehpercayaannya.
      Soal selidik biasanya disokong dengan menggunakan temu bual bersama
      responden. Ini akan menjadika hasil dapat lebih bernas dan mantap.

g)Tugasan

   Boleh dibahagikan kepada tugasan harian dan tugasan untuk satu tempoh masa
   tertentu.Tugasan   hendaklah   mengutamakan     penghayatan,    kesedaran   dan
   kefahaman tentang nilai, pemikiran yang rasional dan pertimbangan.
4) Membentuk Instrumen Pentaksiran Tidak Formal

REKOD ANEKDOT:

Satu catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkah laku murid yang
dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Anekdot ditulis secara
objektif menerangkan fenomena yang berlaku, bila dan di mana berlaku. Catatan
ringkas ini akan membantu guru memahami tentang diri murid berkenaan.

Perkara-perkara yang ditulis dalam rekod anekdot ialah yang menggambarkan
tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial , kemahiran
menyelesaikan masalah dan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh murid.

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menulis rekod anekdot ialah:

- Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.

- Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek

-perkembangan kanak-kanak, merangkumi kelebihan dan kekurangan.

- Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku

- Menulis apa yang dilihat secara objektif

- Maklumat yang biasanya direkodkan adalah berpandukan peristiwa

-menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola

-interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.
Contoh Borang Rekod Anekdot

     Nama Murid        :
     Tahun             :
     Umur              :
     Tarikh            : __________ hingga ___________
     Waktu             :
     Nama Guru         :
     Tempat            :

     Tujuan Pemerhatian:

     _____________________________________________________________

     _____________________________________________________________

     Peristiwa Yang Di perhatikan

     _____________________________________________________________

     _____________________________________________________________

     Catatan Ulasan:

     _____________________________________________________________

     _____________________________________________________________
Senarai Semak Tingkahlaku Murid

Nama: __________          Kelas:_________         Tempoh:______

BIL                      Tingkah Laku                 Pemerhatian

                                                      YA     TIDAK
 1    Menjaga kebersihan diri, bilik darjah dan
      kawasan sekolah
 2    Menghormati rakan, guru dan kakitangan
      lain di sekolah.
 3    Mematuhi arahan , peraturan dan undang-
      undang

 4    Bersopan santun

 5    Memberi kerjasama kepada rakan dan
      guru

 6    Selalu bersikap adil

 7    Menepati masa

 8    Menghabiskan tugasan yang diberikan
Pentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendah

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifHanim Hanisha
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranzaini mustaffa
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanIzzat Najmi
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifRekha Mariappan
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifVince Here
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianWan Nor Faezah
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...FaFai S.
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksiSohib AlQuran
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)cikgutika
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahshafidaosman
 
Was ist angesagt? (20)

Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatif
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaran
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruan
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
 
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURANKEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Etika penaksiran
Etika penaksiranEtika penaksiran
Etika penaksiran
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
Modul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppgModul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppg
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksi
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
 
Ähnlich wie Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah

Pentaksiranpendidikanmoraldisekolahrendah 111103035447-phpapp02
Pentaksiranpendidikanmoraldisekolahrendah 111103035447-phpapp02Pentaksiranpendidikanmoraldisekolahrendah 111103035447-phpapp02
Pentaksiranpendidikanmoraldisekolahrendah 111103035447-phpapp02Moon Hameed
 
Sumatif formatif
Sumatif  formatifSumatif  formatif
Sumatif formatifAtykah Aura
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianKPM
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianrielsyah90
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianKPM
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianKPM
 
Evaluasi pembelajaran
Evaluasi pembelajaranEvaluasi pembelajaran
Evaluasi pembelajaranNDESA
 
3. PPT Materi Ajar Evaluasi Pembelajaran (Genap 2018-2019).pdf
3. PPT Materi Ajar Evaluasi Pembelajaran (Genap 2018-2019).pdf3. PPT Materi Ajar Evaluasi Pembelajaran (Genap 2018-2019).pdf
3. PPT Materi Ajar Evaluasi Pembelajaran (Genap 2018-2019).pdfdayuprasanda
 
Evaluasi pembelajaran ( khaerul syabar 0707674 )
Evaluasi pembelajaran ( khaerul syabar 0707674 )Evaluasi pembelajaran ( khaerul syabar 0707674 )
Evaluasi pembelajaran ( khaerul syabar 0707674 )Khaerul Kurniawan
 
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVPengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVNoor Syazwanni
 
Teknik evaluasi pembelajaran
Teknik evaluasi pembelajaranTeknik evaluasi pembelajaran
Teknik evaluasi pembelajaranTia Septiani
 
Konsep Dasar Asesmen Pembelajaran
Konsep Dasar Asesmen PembelajaranKonsep Dasar Asesmen Pembelajaran
Konsep Dasar Asesmen PembelajaranAulia Musyarofah
 
Pengujian, pengukuran dan penilaian.
Pengujian, pengukuran dan penilaian.Pengujian, pengukuran dan penilaian.
Pengujian, pengukuran dan penilaian.Anis Asneh
 
Konsep pengujian dan_penilaian_2
Konsep pengujian dan_penilaian_2Konsep pengujian dan_penilaian_2
Konsep pengujian dan_penilaian_2faizshin
 
Slide analisis butir tes dan nontes
Slide analisis butir tes dan nontesSlide analisis butir tes dan nontes
Slide analisis butir tes dan nontesSmansabihu Aeknabara
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiransaffa919
 
Ähnlich wie Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah (20)

Pentaksiranpendidikanmoraldisekolahrendah 111103035447-phpapp02
Pentaksiranpendidikanmoraldisekolahrendah 111103035447-phpapp02Pentaksiranpendidikanmoraldisekolahrendah 111103035447-phpapp02
Pentaksiranpendidikanmoraldisekolahrendah 111103035447-phpapp02
 
Sumatif formatif
Sumatif  formatifSumatif  formatif
Sumatif formatif
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
 
MODUL PSV3111
MODUL PSV3111 MODUL PSV3111
MODUL PSV3111
 
Evaluasi pembelajaran
Evaluasi pembelajaranEvaluasi pembelajaran
Evaluasi pembelajaran
 
3. PPT Materi Ajar Evaluasi Pembelajaran (Genap 2018-2019).pdf
3. PPT Materi Ajar Evaluasi Pembelajaran (Genap 2018-2019).pdf3. PPT Materi Ajar Evaluasi Pembelajaran (Genap 2018-2019).pdf
3. PPT Materi Ajar Evaluasi Pembelajaran (Genap 2018-2019).pdf
 
Evaluasi pembelajaran ( khaerul syabar 0707674 )
Evaluasi pembelajaran ( khaerul syabar 0707674 )Evaluasi pembelajaran ( khaerul syabar 0707674 )
Evaluasi pembelajaran ( khaerul syabar 0707674 )
 
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVPengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
 
Teknik evaluasi pembelajaran
Teknik evaluasi pembelajaranTeknik evaluasi pembelajaran
Teknik evaluasi pembelajaran
 
Tujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & PenilaianTujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & Penilaian
 
Konsep Dasar Asesmen Pembelajaran
Konsep Dasar Asesmen PembelajaranKonsep Dasar Asesmen Pembelajaran
Konsep Dasar Asesmen Pembelajaran
 
Pengujian, pengukuran dan penilaian.
Pengujian, pengukuran dan penilaian.Pengujian, pengukuran dan penilaian.
Pengujian, pengukuran dan penilaian.
 
Konsep pengujian dan_penilaian_2
Konsep pengujian dan_penilaian_2Konsep pengujian dan_penilaian_2
Konsep pengujian dan_penilaian_2
 
Slide analisis butir tes dan nontes
Slide analisis butir tes dan nontesSlide analisis butir tes dan nontes
Slide analisis butir tes dan nontes
 
09. tajuk 1
09. tajuk 109. tajuk 1
09. tajuk 1
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
Kürzlich hochgeladen

Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptxGandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptxHansTobing
 
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiDiagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiOviLarassaty1
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxHeriyantoHeriyanto44
 
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin LimAsi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin LimNodd Nittong
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfandriasyulianto57
 
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptxElemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptxGyaCahyaPratiwi
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfNURAFIFAHBINTIJAMALU
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]Abdiera
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanssuserc81826
 
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxRPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxSyifaDzikron
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunnhsani2006
 
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptxppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptxUlyaSaadah
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfGugunGunawan93
 
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdfPerbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdfAgungNugroho932694
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...NiswatuzZahroh
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaSABDA
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaAbdiera
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Abdiera
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024MALISAAININOORBINTIA
 
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfProgram Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfwaktinisayunw93
 
Kürzlich hochgeladen (20)

Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptxGandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
 
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiDiagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
 
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin LimAsi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
 
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptxElemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
 
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxRPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
 
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptxppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
 
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdfPerbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
 
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfProgram Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
 
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah

  • 1. 1 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH Pentaksiran ialah satu proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Membuat pentaksiran tentang pencapaian pelajar adalah untuk tujuan pemulihan dan penggredan. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan, dan pencapaian murid di dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang, dan membina instrument pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti pentaksiran, guru akan dapat memastikan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan. Tujuan-tujuan Pentaksiran Pelaporan pencapaian—menentukan setakat mana pencapaian seseorang pelajar Dignostik---Ujian Diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran. Membantu guru menentukan strategi pengajaran pemulihan yang perlu digunakan. Penempatan---Ujian penempatan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pada pelajar sebelum pengajaran. Bertujuan untuk menentukan aras bahan pelajaran yang sesuai untuk digunakan. Pemilihan---Ujian pemilihan bertujuan memilih calon-calon untuk memasuki sesuatu kursus atau jurusan. Penggerak-----berperanan sebagai alat motivasi bagi pelajar-pelajar. Maklum balas-----Hasil ujian akan memberikan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pensijilan----Sijil-sijil prestasi akan diberikan setelah pelajar Berjaya lulus ujian atau peperiksaan. Membuat pengumpulan----Di dalam bilik darjah, hasil ujian sering digunakan untuk mengumpulkan pelajar –pelajar mengikut kebolehan mereka.
  • 2. 1.1 Pentaksiran Secara Formal Hanna Gerald S dan Dettmer Peggy A (2004) ---Penilaian secara formal ialah penilaian yang dilaksanakan secara formal atau rasmi. Melibatkan suatu prosedur atau tatacara yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh semua calon. Dirancang atau dibina berasaskan peraturan atau tatacara yang telah ditetapkan. Setiap kurikulum yang menjadi dasar dalam kursus akan diteliti serta dikaji untuk menentukan apakah jenis, bentuk dan bagaimana setiap penilaian akan dilaksanakan. 1.1.1 Jenis-jenis Penilaian formal Terdapat dua jenis penilaian di sekolah: Penilaian Formatif Ee Ah Meng (1998) menjelaskan bahawa penilaian formatif ialah penilaian yang melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang sesuatu unit pembelajaran atau satu bab dalam bab yang berkaitan. Ciri-ciri Penilaian Formatif Penilaian formatif ialah penggunaan ujian untuk melihat pencapaian murid dalam sesuatu bab pembelajaran. Ia bersifat formatif kerana ada unsur pembentukan semula selepas pelaksanaan sesuatu ujian. Hasil yang diperolehi adalah digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk member gred. Objektif utama adalah untuk mengesan kejayaan dan kegagalan. Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.
  • 3. Penilaian Sumatif Ee Ah meng menjelaskan bahawa penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu kursus. Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara. Objektif Penilaian di Sekolah (Formatif dan Sumatif) Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa. Mengetahui keberkesanan pengajaran. Merancang dan mengubah suai pengajaran. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta. Kepentingan Penilaian dalam Pendidikan Moral  Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya.  Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan secara bermoral dapat diperkukuhkan dan diperkayakan.  Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif (pemikiran), afektif (perasaan) dan tingkah laku moral.  Penilaian juga akan membantu memotivasikan murid untuk terus belajar dan mencapai kejayaan.
  • 4. Kepentingan penilaian dalam system pengajaran terancang secara bersepadu dapat dilihat melalui gambar Rajah 1. Penentuan Objektif Pembelajaran Hasil Pembelajaran Penilaian dan Pembikinan Penentuan Isi kandungan Penentuan Kaedah danTeknik Proses Pengajaran Hubungan penilaian dalam Teknik pengajaran bersistematik ( Sumber:Brown J) proses  Rajah di atas menunjukkan proses gelungan perancangan pengajaran secara bersistematik.  Hasil pembelajaran akan ditentukan bagi persediaan perancangan pengajaran.  Isi kandungan akan menentukan langkah dan corak pengajaran.  Suatu penilaian akan dibuat pada akhir sesi pengajaran.  Penilaian ini penting untuk mengesan pengarahan dan pembelajaran sama ada Berjaya ataupun tidak.  Pengukuhan, pemulihan, dan pengayaan akan dilaksanakan selepas proses penilaian.
  • 5. Perbezaan antara Penilaian Formatif dan Sumatif Kenyataan Penilaian Formatif Ujian Sumatif Maklumat pencapaian murid Pemberian sijil dan Fungsi dan dapat mengesan punca penggredan di akhir sesuatu kelemahan untuk pemulihan kursus Masa Sepanjang proses pengajaran Di akhir sesuatu unit pembelajaran atau kursus Penekanan dalam Kognitif, afektif dan psikomotor Kognitif penilaian Penumpuan Satu-satu segmen atau Objektif kursus yang pengukuran bahagian dirancang Satu sampelan Terhad kepada tugasan Beraneka jenis pembelajaran sahaja Kesukaran item Berubah-ubah mengikut Berasaskan Jadual soalan keperluan segmen Penentuan Ujian, berbilang aras kesukaran Contoh Ujian bulanan , lembaran kerja UPSR, PMR, SPM, STPM, semua peperiksaan akhir Jadual Spesikasi Ujian (JSU) Jadual Spesikasi Ujian (JSU) ialah satu senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang akan diuji. Ia menghuraikan serta menjelaskan domain pencapaian yang ingin diukur serta memberikan satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. Tujuan Jadual Spesikasi Ujian JSU akan menjadikan setiap ujian yang dibina tidak sembarangan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan. Ia juga akan dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian yang dibina. JSU juga ialah suatu panduan dan penentu kepada pihak penggubal soalan. JSU juga dapat menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
  • 6. JSU juga akan menentukan pemberatan setiap soalan berdasarkan Aras Taksonomi Bloom. Panduan dan prosedur akan membolehkan penggubal lain membina soalan yang telah ditetapkan. Ia juga membolehkan satu perbandingan dibuat antara satu ujian dengan satu ujian yang lain. JSU juga dapat menggambarkan pembahagian aras kebolehan setiap murid tercapai disebabkan adanya yang mudah, sederhana, dan juga sukar. Elemen Penting Membina Jadual Spesikasi Ujian Keseimbangan sasaran ujian. Keseimbangan tahap pembelajaran yang telah dilaksanakan. Format ujian sama ada jenis soalan objektif benar salah, objektif aneka pilihan, struktur, esei dan sebagainya. Jumlah item soalan juga perlu diketahui guru. Bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran mengikut aras Taksanomi Bloom. Kebolehan kemahiran yang dipilih bagi setiap JSU. Spesikasi yang terbentuk berdasarkan keenam-enam elemen di atas akan membolehkan keseimbangan tahap pengujian yang mewakili setiap unit dalam proses pembelajaran murid sasaran dan tahap pembelajaran yang telah dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Langkah pembinaan Ujian Berdasarkan JSU Merancang Ujian Menggubal Soalan Memilih dan Menyelaras Soalan Memprauji Soalan Memasang Kertas Soalan
  • 7. Kepentingan Jadual Spesikasi Ujian Jadual Spesikasi Ujian (JSU) yang lengkap dibina akan sangat-sangat membantu penggubal soalan dan pembina ujian. Antara kepentingan adanya JSU ialah: Ujian akan dibana secara sistematik. Kesahan dari segi penyampelan sukatan pelajaran adalah terjamin dan taburan tajuk adalah seimbang. Pelajar diuji pada keseluruhan kurikulum. Taraf , mutu , dan aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari setahun ke setahun, walaupun dibina oleh Pembina yang berlainan. Ia menjadi panduan kepada penggubal soalan dan Pembina ujian. Contoh Jadual Spesikasi Ujian Bil Aras Kemahiran Pengetahuan Kefahaman Penilaian Sintesis Aplikasi Analisis Topik Jumlah 1 Unit 1 1 2 Unit 2 1 3 Unit 3 1 4 Unit 4 1 5 Unit 5 1 6 Unit 6 1 7 Unit 7 1 8 Unit 8 1 1 9 Unit 9 10 Unit 10 1 Berdasarkan jadual JSU di atas, taburan dan pembahagian setiap soalan adalah berdasarkan aras kemahiran Taksonomi Bloom. Pengetahuan , kefahaman , aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Aras pengetahuan mewakili 4 soalan (40%) , aras kefahaman 2 soalan (20%), aras aplikasi 2 (20%) , aras analisis 1 soalan ( 10%) , dan aras sintesis 1 soalan (10%) .
  • 8. Aras penilaian tidak diuji kerana berkemungkinan aras ini agak tinggi dan kurang sesuai untuk Tahun 5. Taburan soalan adalah merangkumi kesemua unit, iaitu daripada unit 1 hingga 10. Pelbagai jenis soalan boleh dibina: soalan objektif , jawapan pendek , salah benar, padanan aneka pilihan dan soalan struktur . 1.2 Pentaksiran Secara Tidak Formal Pentaksiran jenis ini adalah lebih kepada membuat penilaian serta pemerhatian tentang seseorang murid di dalam bilik darjah. Pemerhatianserta penilaian ini boleh berasaskan tingkah laku, emosi , dan juga kognitif. 1.2.1 Jenis-jenis Pentaksiran Tidak Formal a) Pemerhatian Adalah satu kaedah penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan secara bersistematik dan tepat untuk mengumpul maklumat dan merekodnya dengan tepat tentang murid yang menjadi sasaran pemerhatian ataupun secara keseluruhan kelas. Jika melibatkan individu tertentu ia adalah bertujuan untuk mengenal pasti punca, sebab atau permasalahan yang dihadapi sama ada berkaitan dengan pembelajaran cara bersosialisasi ataupun isu moral yang dihadapi. Pemerhatian akan dibuat dalam bentuk memerhati tentang tingkah laku , perbualan atau interaksi sosial murid, dan juga hasilan kerja. Tujuan Pemerhatian Mengesan serta-merta Mengesan kemajuan Mengesan pencapaian Mengesan fenomena tingkah laku Digunakan untuk menilai : - sikap - perlakuan/amalan
  • 9. - amali - kemahiran manipulatif - kemahiran bersosial - kemahiran belajar - kemahiran kinestetik - kemahiran literasi komputer - kemahiran mereka cipta Perlaksanaan Pemerhatian: Pemerhatian proses dan hasil kerja seperti lukisan,buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan pengajar menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran. Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu pendidik melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan. Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar /marking scheme. b) Merekod Pemerhatian Senarai semak Senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap , sahsiah, dan kebolehan murid. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada yang berkaitan dengan tingkah laku yang dapat diperhatikan, kekerapan tingkah laku itu berlaku, dan lain-lain berdasarkan keperluan pemerhatian. Ia memerlukan satu bentuk jadual dan setiap pemerhatian yang dapat dilihat hanya akan dicatat dengan menandakan ( ) atau cara lain. Rekod Berterusan Catatan dalam bentuk cerita (narrative) yang dibuat ke atas indidvidu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang dikatakan oleh murid akan dicatat sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 5-10 minit. Daripada pemerhatian ini guru akan dapat mengukur
  • 10. tentang keupayaan murid bertoleransi, berinteraksi, dan memahami konsep-konsep moral yang perlu ada pada setiap individu. c) Anekdot Rekod anekdot menceritakan pencapaian akademik pelajar, perkembangan kognitif, perkembangan persaingan dan pertumbuhan aspek-aspek kemanusiaan secara menyeluruh. Lapor mengikut keutamaan Mula dengan aspek yang mudah ke aspek yang lebih kompleks Biar proses mencatat anekdot berlaku secara semulajadi Rekod pemerhatian boleh disimpan dalam bentuk portfolio yang bersistematik dan mengandungi rekod peribadi murid, perkembanganm diri murid sama ada dari segi sahsiah, perlakuan dan juga contoh hasil kerja murid. d) Port Folio Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui. Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik. Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan. Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama. Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina: 1. Porfolio kerja harian 2. Portfolio hasil terbaik
  • 11. 3. Portfolio dokumen. e) Temu bual Satu instrument yang digunakan dalam kajian yang berbentuk tinjauan. Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakan secara optimum untuk menjawab persoalan kajian. Bentuk temu bual: temu bual berstruktur, temu bual semi struktur, dan temu bual yang tidak berstruktur. Guru mestilah menentukan jenis temu bual dalam kajian, rancangan temu bual, stail, kandungan dan susunan soalan temu bual. Ciri-ciri soalan temu bual mestilah mudah, jelas , dan susunan temu bual, serta tempoh yang sesuai dan tidak terlalu lama untuk menggelakkan kebosanan responden. f)Soal Selidik Alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan. Soal selidik yang digunakan dalam sesuatu kajian boleh disediakan sendiri oleh pengkaji ataupun menggunakan soal selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya. Soal selidik biasanya disokong dengan menggunakan temu bual bersama responden. Ini akan menjadika hasil dapat lebih bernas dan mantap. g)Tugasan Boleh dibahagikan kepada tugasan harian dan tugasan untuk satu tempoh masa tertentu.Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan, kesedaran dan kefahaman tentang nilai, pemikiran yang rasional dan pertimbangan.
  • 12. 4) Membentuk Instrumen Pentaksiran Tidak Formal REKOD ANEKDOT: Satu catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Anekdot ditulis secara objektif menerangkan fenomena yang berlaku, bila dan di mana berlaku. Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami tentang diri murid berkenaan. Perkara-perkara yang ditulis dalam rekod anekdot ialah yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial , kemahiran menyelesaikan masalah dan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh murid. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menulis rekod anekdot ialah: - Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku. - Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek -perkembangan kanak-kanak, merangkumi kelebihan dan kekurangan. - Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku - Menulis apa yang dilihat secara objektif - Maklumat yang biasanya direkodkan adalah berpandukan peristiwa -menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola -interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.
  • 13. Contoh Borang Rekod Anekdot Nama Murid : Tahun : Umur : Tarikh : __________ hingga ___________ Waktu : Nama Guru : Tempat : Tujuan Pemerhatian: _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ Peristiwa Yang Di perhatikan _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ Catatan Ulasan: _____________________________________________________________ _____________________________________________________________
  • 14. Senarai Semak Tingkahlaku Murid Nama: __________ Kelas:_________ Tempoh:______ BIL Tingkah Laku Pemerhatian YA TIDAK 1 Menjaga kebersihan diri, bilik darjah dan kawasan sekolah 2 Menghormati rakan, guru dan kakitangan lain di sekolah. 3 Mematuhi arahan , peraturan dan undang- undang 4 Bersopan santun 5 Memberi kerjasama kepada rakan dan guru 6 Selalu bersikap adil 7 Menepati masa 8 Menghabiskan tugasan yang diberikan