SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 13
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
1.1
Pendahuluan
1.2
Definisi tatabahasa dalam kemahiran penulisan
1.3
Konsep tatabahasa wacana dalam kemahiran penulisan sekolah rendah
2.0 STRATEGI PENGAJARAN WACANA PENULISAN KARANGAN PERINGKAT SEKOLAH
RENDAH
2.1
peringkat sebelum penulisan
2.2
peringkat semasa penulisan
2.3
peringkat selepas penulisan

3.0 CIRI-CIRI DAN KEPENTINGAN MENGAPLIKASIKAN WACANA DALAM PENULISAN
KARANGAN
3.1
ciri-ciri wacana
3.2
kepentingan

4.0 APLIKASI PENULISAN WACANA DALAM PENULISAN SEKOLAH RENDAH
4.1
merancang penulisan

5.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP
RUJUKAN
1.0

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN
Menurut Smith (1969), penulisan merupakan satu proses penghasilan wacana bertulis
dengan ketepatan dan formaliti yang berbeza-beza berdasarkan tujuan dan keperluan
penulisan. Barnow (1989) pula berpendapat bahawa penulisan merupakan satu cara untuk
melahirkan bahasa manusia melalui simbol-simbol yang dapat dilihat. Secara umumnya pula,
penulisan merupakan satu proses yang melibatkan pembentangan idea-idea serta penyusunan
yang dilakukan oleh penulis berkaitan dengan sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada
pembaca. Setiap idea yang telah diutarakan oleh penulis hendaklah jelas maksudnya menerusi
penggunaan bahasa yang tepat dan teknik penulisan yang sesuai seterusnya mampu
menyalurkan idea kepada pembaca.
Di Malaysia , penulisan merupakan satu aspek yang diberi penekanan dalam kurikulum
sekolah, terutamanya bagi tujuan menduduki peperiksaan umum seperti Ujian Penilaian
Sekolah Rendar (UPSR), Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), dan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM).

Pengajaran penulisan naratif di sekolah adalah bertujuan untuk meningkatkan

kemahiran menulis serta mengasuh pelajar tentang amalan kebudayaan, norma serta nilai-nilai
yang dihargai dalam budaya dan bahasa.
Tujuan penulisan adalah untuk menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang
menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat

serta memperlihatkan pertautan

idea dan wacana yang kemas dengan pemikiran yang kritis dan analitis. Penulisan juga
mengukuhkan kemahiran berfikir pada peringkat yang tinggi seperti menganalisis, mengaplikasi
dan menilai maklumat. Disamping itu, penulisan juga merupakan satu kaedah untuk pelajar
berkomunikasi, mengorganisasikan fikiran dan maklumat, menyampaikan idea dan perasaan
serta memperlihatkan kefahaman tentang sesuatu mata pelajaran.
1.2 DEFINISI TATABAHASA WACANA DALAM KEMAHIRAN PENULISAN
Melalui sumber yang diperolehi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia 2003, tatabahasa
merujuk kepada aspek morfologi dan sintaksis Bahasa Melayu. Morfologi merupakan bidang
ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata, dan penggolongan kata. Sintaksis pula
merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan ayat.
Menurut Harimuthi (1982) dalam Sharifah (2007), wacana ialah unit bahasa yang
melebihi batas ayat. Wacana merupakan satuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana
mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah
buku atau satu siri buku. Selain itu, wacana turut menunjukkan perkembangan fikiran yang
berurutan dan disusun secara sempurna seterusnya menghasilkan satu pemikiran yang utuh.
Wacana terletakkan dalam hieraki tertinggi iaitu selepas tingkat ayat,klausa, frasa dan kata.
Wacana direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, paragraph, kalimat atau
ayat yang membawa amanat yang lengkap.
Stubbs dalam Taringan (1993) turut mengemukakan definisi yang hampir sama iaitu,
wacana merupakan organisasi bahasa yang berada di atas klausa. Dengan perkataan lain,
apabila terdapat unit-unit linguistik lebih besar daripada klausa, maka ianya akan disebut
sebagai wacana.
Moeliono (1995) dalam Adenan (2013) pula mendefinisikan wacana sebagai rentetan
kalimat yang berkaitan sehingga terbentuk makna yang serasi antara kalimat tersebut.
Wacana mewujudkan komunikasi verbal iaitu dalam bentuk lisan dan bukan lisan.
Wacana lisan merupakan komunikasi lisan yang melibatkan pembaca dan pendengar. Manakala
bagi wacana bukan lisan pula adalah dalam bentuk penulisan yang melibatkan penulis dan
pembaca. (Surdayat, 2009)

1.3 KONSEP TATABAHASA WACANA DALAM KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH
Konsep pengajaran tatabahasa wacana dalam penulisan karangan bagi pelajar sekolah rendah
merangkumi perbendaharaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca dan ejaan
(Kamarudin, 2002). Melalui pengajaran tatabahasa dalam penulisan murid akan dapat menulis
perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada
penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan
kemas.
Pengajaran tatabahasa di sekolah membolehkan pelajar berkomunikasi dalam Bahasa
Melayu dengan baik (Azizi Abd Talib, 2000). Mengulas daripada pendapat yang telah dikemukan
oleh beliau, dapat dinyatakan bahawa pengajaran tatabahasa wacana penting bagi membantu
pelajar agar dapat menggunakan sistem bahasa yang sesuai, menghasilkan ayat yang gramatis
dan berkomunikasi dengan berkesan.
Dalam sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM (2001), aspek tatabahasa sangat
ditekankan dan dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajar secara terancang dalam
konteks bagi menghasilkan ketepatan berbahasa. Ini bagi membolehkan murid-murid mengikuti
pengajaran tatabahasa secara berkesan dan memudahkan pemahaman mereka. Pengajaran
tatabahasa juga hendaklah diajar dengan tidak memisahkan aspek-aspek tatabahasa yang
hendak diajar dengan kemahiran bahasa yang lain. Pengajaran tatabahasa yang terancang juga
dapat membantu murid-murid memahami unsur-unsur tatabahasa, fungsinya dan makna
tatabahasa. Oleh sebab itu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM (2001) mencadangkan
bahawa tatabahasa hendaklah digabungkan dengan kemahiran-kemahiran berbahasa iaitu
mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Tujuan utama penggabungan ini adalah untuk
memastikan pengajaran tatabahasa sahaja. Hal ini kerana, dengan strategi ini murid akan
belajar dan menguasai tatabahasa sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam
kemahiran yang ditetapkn. (Awang Sariyan,2004).

2.0 STRATEGI

PENGAJARAN

WACANA

PENULISAN

KARANGAN

PERINGKAT

SEKOLAH RENDAH
Marohaini Yusoff (1989) mendapati bahawa fenomena pengajaran dan pembelajaran di sekolah
lebih tertumpu kepada penghasilan isi atau fakta dalam kegiatan menulis atau mengarang.
Aspek penggunaan bahasa yang baik dan teknik-teknik mengarang yang berkesan kurang
dititikberatkan. Murid hanya diberi penekanan terhadap berfikir untuk mendapatkan isi.
Fenomena ini menyebabkan murid kurang berkemahiran dalam berfikir untuk menghasilkan
atau memikirkan cara yang berkesan menyampaikan sesuatu mesej atau idea dengan
menggunakan wacana tatabahasa yang tepat dalam penulisan karangan.
Isahak Haron (1979) dalam Hasyim Othman (2000) pula mengatakan bahawa karangan
bukanlah sekadar hasil kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata, frasa,
dan ayat, tetapi merupakan kemahiran penyampaian idea, fakta dan sebagainya secara lisan
atau bukan lisan dengan menggunakan alat komunikasi iaitu bahasa.
Hal ini selaras dengan Kurikulum Bahasa Melayu, iaitu menyediakan murid menguasai
kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara
betul dan tepat. Murid mampu mengungkapkan segala ilmu daripada pelbagai bidang disiplin
atau mata pelajaran lain disamping mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
(Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM, 2000).
Oleh itu, dalam usaha untuk mempertingkatkan kemahiran menulis dalam kalangan
pelajar, aspek tatabahasa harus diberi penekanan. Strategi pengajaran penulisan yang berkesan
akan memberikan kesan kepada keupayaan murid dalam menghasilkan penulisan yang baik dan
gramatis. Dalam usaha untuk mempertingkatkan kemahiran penulisan murid, Kamarudin Husin
(1988) telah mengemukakan tiga peringkat strategi penulisan iaitu sebelum, semasa dan
selepas penulisan.
2.1 PERINGKAT SEBELUM PENULISAN
Dalam peringkat sebelum penulisan, murid perlu memahami dengan jelas kehendak soalan dan
format penulisan seperti yang dikehendaki. Setelah memahami kehendak soalan, kata kunci
perlu digariskan untuk memudahkan murid menghasilkan idea. Seterusnya, membuat rangka
penulisan yang merangkumi pendahuluan, isi, dan penutup. Pelbagai cara yang berkesan boleh
diaplikasikan dalam mencatat isi, antaranya ialah menggunakan pernomboran, peta konsep
minda dan lain-lain lagi.
2.2 PERINGKAT SEMASA PENULISAN
Pada peringkat ini, penulisan perlu dilakukan berdasarkan isi atau kerangka penulisan seperti
yang telah dirangka. Pendahuluan hanya ditulis secara ringkas tetapi merangkumi ayat tesis,
ayat topik, ayat sokongan dan kesimpulan agar pembaca lebih mudah untuk memahami apa
yang telah ditulis. Setiap isi dalam penulisan perlu dinyatakan dan diikuti dengan penjelasan
atau keterangan lanjut yang disertakan dengan contoh. Penutup dalam penulisan juga dibuat
secara ringkas iaitu membuat rumusan secara keseluruhan penulisan. Penulisan juga perlu
diikuti dengan sistem ejaan, tanda baca, tatabahasa, kosa kata, dan wacana yang digunakan
dengan betul dan sesuai.
2.3 PERINGKAT SELEPAS PENULISAN
setelah menyiapkan karangan, murid perlu membaca semula hasil penulisan untuk menyemak
format, isi atau huraian, imbuhan, struktur ayat, ejaan, tanda baca, dan perbendaharaan kata.
Apabila terdapat kesalahan yang dikenalpasti dalam penulisan tersebut, pembetulan perlu
dilakukan atau membuat penambahan terhadap kekurangan yang terdapat dalam penulisan
yang dihasilkan.

3.0 CIRI-CIRI DAN KEPENTINGAN MENGAPLIKASIKAN WACANA DALAM
PENULISAN KARANGAN
3.1 CIRI-CIRI WACANA
Ciri-ciri bagi wacana ialah berstruktur iaitu merangkumi pendahuluan, isi, dan penutup. Dalam
pendahuluan, penulis membayangkan perkara yang ingin dibincangkan selanjutnya.

Hujah,

ulasan, dan pendapat tentang isu yang disertakan dengan contoh pula ditulis dalam isi. Dalam
penutup pula, kesimpulan secara menyeluruh dilakukan terhadap penulisan yang dibuat.
Selain itu, setiap wacana yang dihasilkan dalam penulisan juga mempunyai tujuan
kerana dengannya kita dapat menentukan jenis wacana yang ingin digunakan. Wacana
digunakan dalam penulisan berformat dan penulisan tidak berformat. wacana dalam penulisan
berformat meliputi surat kiriman tidak rasmi, surat kiriman rasmi, dialog, syarahan, ucapan,
perbahasan, laporan, berita dan catatan harian. Wacana dalam penulisan tidak berformat pula
tidak mempunyai format yang khusus dan kebiasaannya, penulisan jenis ini menghendaki
penulis membincangkan sesuatu topik yang diberi berdasarkan pengalaman. (Adenan dan Mohd
Rain, 2013).
Menurut Beaugrand dan Dressler (1981) yang dipetik dari surat khabar Berita Harian
pada tahun 2008 menyatakan bahawa terdapat tujuh ciri wacana yang perlu dipenuhi untuk
menghasilkan wacana, iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan maklumat, keadaan dan
interteks.
I.

Kohesi atau tautan : keserasian hubungan antara satu unsur linguistik
dengan

unsur

linguistik

yang

lain

dalam

sesuatu

wacana

bagi

menghasilkan wacana yang lengkap. Keserasian hubungan tersebut dapat
dilihat melalui hubungan antara satu perkataan, frasa atau ayat lain
dalam wacana yang sama, frasa atau ayat dengan perkataan.
II.

Koheran atau runtutan : kesinambungan idea yang terdapat dalam
sesebuah wacana sehingga menjadikan teks tersebut bermakna.

III.

Tujuan : ditentukan oleh penghasil wacana tersebut. Tujuan juga
membolehkan penghasil wacana menentukan jenis wacana yang
digunakan.

IV.

Penerimaan : tahap penerimaan seseorang itu tinggi sekiranya pendengar
atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang dihasilkan sama ada
dalam bentuk lisan atau tulisan.

V.

Maklumat : terbahagi kepada dua iaitu maklumat lama dan maklumat
baru. Maklumat lama merupakan maklumat yang telah dinyatakan pada
peringkat awal dan diulang semula dalam konteks yang berikutnya. M
Maklumat baru pula ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan
anggapan pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu
sebelum ini.

VI.

Keadaan : sesuatu wacana yang dihasilkan perlu sesuai dengan keadaan.
Oleh itu, untuk menghasilkan sesuatu yang sesuai dengan keadaan,
pemilihan kata, frasa atau ayat adalah penting.

VII.

Interteks : bermaksud wacana yang bergantung kepada wacana lain.
Wacana-wacana yang lain turut memainkan peranan penting untuk
membantu seseorang memahami dengan mudah. Kefahaman seseorang
terhadap

sesebuah

wacana

bergantung

kepada

terhadap perkara yang dibaca atau didengarnya itu.

pengetahuannya
3.2 KEPENTINGAN MENGAPLIKASIKAN WACANA DALAM PENULISAN KARANGAN
Wacana dalam penulisan karangan akan mempengaruhi pengolahan, penyusunan struktur ayat,
pembahagian perenggan, penggunaan kosa kata, dan penggunaan bahasa secara keseluruhan
bagi menghasilkan sebuah penulisan atau ucapan yang baik. Isi yang banyak dan bertepatan
dengan tajuk dapat menghasilkan sebuah penulisan yang baik. Walaubagaimanapun, sekiranya
sesebuah penulisan tersebut tidak menggunakan penanda wacana yang sesuai, maka penulisan
tersebut tidak akan sempurna kerana binaan ayatnya tidak gramatis.
Contoh penanda wacana bahagian pendahuluan :
”sebelum saya membicarakan dengan lebih lanjut, eloklah saya menerangkan maksud
kebersihan”.
Contoh penanda wacana bahagian isi :
Pelbagai punca yang dikenal pasti telah mengakibatkan berlakunya masalah ini,
antaranya ialah pencemaran udara, pencemaran air dan sebagainya.
Contoh penanda wacana bahagian penutup :
Kesimpulannya, bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup kita, amalan
kebersihan diri dan persekitaran amatlah penting bagi setiap individu.
Penanda wacana merupakan perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan
antara satu idea dengan satu idea yang lain dalan ayat atau perenggan. Antara penanda
wacana yang sering digunakan ialah

Selain itu
Keadaan ini
Namun begitu
Akibatnya
Begitu jua
Sebaliknya
Walaupun
Kesimpulannya

Akhirnya
Seterusnya
Jadi
Sementara
Kalau demikian
Walau bagaimanapun
Sebelumnya
Kini

Pada umumnya
Keseluruhannya,
Tegasnya
Dalam nada berbeza
Justeru
Sejajar dengan itu
Meskipun demikian
Oleh hal demikian
4.0 APLIKASI PENULISAN WACANA DALAM PENULISAN SEKOLAH RENDAH
Aplikasi penulisan wacana dalam dalam penulisan sekolah rendah melibatkan tajuk atau
objektif, kemahiran, media pengajaran, dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Contohnya :
tajuk atau objektif : penulisan

- menyambung cerita.

murid boleh – menulis tentang tajuk yang diberikan.

Kemahiran : 1.16 – menyoal untuk mendapatkan maklumat.
2.26 – memberikan pendapat tentang sesuatu pernyataan yang diketahui.

Media pengajaran : - gambar, kad perkataan dan keratin akhbar.

KBKK : Sumbang saran dan menyusun mengikut urutan.

4.1 MERANCANG PENULISAN
1.KERANGKA PENULISAN
Pengenalan
Memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau tidak
faham. Murid perlu menarik perhatian pembaca supayamembaca penulisan tersebut.
Isi
Isi hendaklah mengikuti kehendak tajuk penulisan tersebut. Penulisan yang baik sekurangkurangnya mengandungi empat isi dan disusun dengan teratur serta berkaitan antara satu
dengan yang lain. Setiap isi perlu dipecahkan dalam perenggan yang khusus dan isi yang utama
mestilah didahulukan dalam penulisan tersebut. Pastikan semasa mengolah ayat, isi tidak
terkeluar daripada tajuk yang dikehendaki. Keaslian isi penulisan sangat penting dalam
mnghasilkan sesebuah penulisan yang bermutu iaitu tidak meniru bulat-bulat daripada
penulisan lain. Terdapat enam kaedah yang boleh diaplikasikan dalam mengenalasti isi iaitu,
apakah?, siapakah?, bilakah?, mengapakah?, dimanakah?, dan, bagaimanakah?.
Penutup
Kesimpulan merupakan rumusan secara menyeluruh bagi sesuatu penulisan yang telah
dihasilkan. Dalam kesimpulan, pendapat mengenai perbincangan atau tajuk penulisan juga
perlu digambarkan secara ringkas dan penamatan penulisan secara mengejut dan tergantung
perlu dielakkan.

4.2 CARA MENULIS
Pemilihan tajuk atau soalan
Semasa memilih tajuk soalan, baca dan fahami terlebih dahulu setiap tajuk atau soalan dan
mengenalpasti segi bentuk soalan iaitu berformat atau tidak berformat. Kemudian pilih tajuk
yang benar-benar boleh dikuasai.
Penyusunan rangka penulisan
Dengan menggunakan kaedah yang mudah untuk mendapatkan isi, senaraikan semua isi
penting secara ringkas dan menyusun isi mengikut urutan dan kepentingan. Kemudian,
memasukkan huraian yang disertakan dengan comtoh yang sesuai.
Penulisan
Semasa memulakan penulisan pastikan dimulakan dengan pendahuluan pada perenggan yang
pertama. Setiap isi yang dihuraikan perlu dirulis dalam satu perenggan dan disertai dengan
contoh.
Penyemakan penulisan
Setelah selesai menulis, murid perlu melakukan penyemakan bagi memastikan tiada kelemahan
dalam penulisan yang dihasilkan. Antara aspek yang perlu disemak ialah, kejelasan tulisan,
kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat dan aspek tatabahasa yang
lain.

5.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP
Penulisan yang baik perlu mengembangkan ideanya dengan baik dan sempurna.

Penulisan

yang baik dan berkesan ialah “clear writing is clear thinking” (penulisan yang baik merupakan
pemikiran yang jelas”) Ssouri (1981). penulisan adalah untuk menghasilkan penulisan kreatif
dan bukan kreatif

yang menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat

serta

memperlihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas dengan pemikiran yang kritis dan
analitis. Penulisan juga mengukuhkan kemahiran berfikir pada peringkat yang tinggi seperti
menganalisis, mengaplikasi dan menilai maklumat.
wacana pula merupakan unit bahasa yang melebihi batas ayat. Selain itu, wacana turut
menunjukkan perkembangan fikiran yang berurutan dan disusun secara sempurna seterusnya
menghasilkan satu pemikiran yang utuh. Wacana terletakkan dalam hieraki tertinggi iaitu
selepas tingkat ayat,klausa, frasa dan kata. Konsep pengajaran tatabahasa wacana dalam
penulisan karangan bagi pelajar sekolah rendah merangkumi perbendaharaan kata, struktur
ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca dan ejaan. Kamarudin Husin (1988) telah
mengemukakan tiga peringkat strategi penulisan wacana bagi peringkat sekolah rendah iaitu
sebelum, semasa dan selepas penulisan. Ciri-ciri wacana pula merangkumi tautan, runtutan,
tujuan, penerimaan maklumat, keadaan dan interteks. Wacana penting dalam penulisan
karangan kerana mempengaruhi pengolahan, penyusunan struktur ayat, pembahagian
perenggan, penggunaan kosa kata, dan penggunaan bahasa. Aplikasi penulisan wacana dalam
dalam penulisan sekolah rendah melibatkan tajuk atau objektif, kemahiran, media pengajaran,
dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Kesimpulannya, mengarang bukanlah suatu proses yang hanya berdasarkan kepada
jumlah idea atau isi, ejaan, tanda baca dan struktur binaan ayat semata-mata. Sebaliknya,
proses mengarang memerlukan kemampuan membina perenggan idea atau isi yang sempurna
dari segi pengolahannya dan mempunyai wacana yang berkesan.
RUJUKAN
Adenan Ayob.,Mohd Rain Shaari. (2013). Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu : Edisi
Kedua. Open University Malaysia. Meteor Doc.

Awang Sariyan. (2004). Teras Pendidikan Bahasa Melayu: Asas Pegangan Guru. Kuala
Lumpur: PTS Publications and Distributors
Hashim Othman. (2000). Penaksiran Kemahiran Menulis karangan Bahasa Melayu daripada

Perspektif Komunikatif: Penetapan Piawai Perlakuan Minimum dan Analisis Kecekapan.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://web.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/bm/kbsr/sp_bm_kbsr.pdf (tarikh muat turun : 19 FEB
2014)
Kamarudin Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya. Longman Malaysia.

Marohaini Yusoff, Mahzan Arshad & Abdul Jalil Othman (2002). Bahasa Melayu Tingkatan

Empat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa daan Pustaka.

Nik Safiyyah Karim. Berita Harian, 2008.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah: Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah: Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sharifah Nor Syed Abd Rahman.,Nornajmah Najmuddin., Rosdah Omar. (2007). Bahasa Melayu

Kertas 1&2. Arah pendidikan sdn.bhd. Selangor Darul Ehsan.
Taringan.,Henry Guntur (1993). Pengajaran Kosakata. Bandung.Angkasa.

Yayat Surdayat. (2009). Makna Dalam Wacana : Prinsip-prinsip Semantik dan Pragmatik.
Bandung, Indonesia.Yrama Widaya.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membaca
Alia Maisarah
 
Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1
Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1
Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1
Curtin University Sarawak
 
Kemahiran menulis sek.rendah 2
Kemahiran menulis sek.rendah 2Kemahiran menulis sek.rendah 2
Kemahiran menulis sek.rendah 2
Jospher Joanes
 
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuAliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Caroline Nyandau
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
firo HAR
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bm
Punitha Nitha
 
teori pemerolehan-bahasa (2)
teori pemerolehan-bahasa (2)teori pemerolehan-bahasa (2)
teori pemerolehan-bahasa (2)
ELena LuLia
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
firo HAR
 

Was ist angesagt? (20)

BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membaca
 
Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1
Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1
Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1
 
Kemahiran Menulis
Kemahiran MenulisKemahiran Menulis
Kemahiran Menulis
 
Kaedah Abjad
Kaedah AbjadKaedah Abjad
Kaedah Abjad
 
Kemahiran menulis sek.rendah 2
Kemahiran menulis sek.rendah 2Kemahiran menulis sek.rendah 2
Kemahiran menulis sek.rendah 2
 
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuAliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
 
Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
 
Asal Usul Bahasa Melayu
Asal Usul  Bahasa MelayuAsal Usul  Bahasa Melayu
Asal Usul Bahasa Melayu
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANAWACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bm
 
Penulisan Mekanis
Penulisan MekanisPenulisan Mekanis
Penulisan Mekanis
 
teori pemerolehan-bahasa (2)
teori pemerolehan-bahasa (2)teori pemerolehan-bahasa (2)
teori pemerolehan-bahasa (2)
 
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALCORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
 

Andere mochten auch

Tautan dan runtutan power copy3
Tautan dan runtutan  power   copy3Tautan dan runtutan  power   copy3
Tautan dan runtutan power copy3
Izham Jaafar
 
Wacana penulisan (gwp1092)
Wacana penulisan (gwp1092)Wacana penulisan (gwp1092)
Wacana penulisan (gwp1092)
sabrinahamid96
 
08cisi pelajaran -interaksi-3 (1)
08cisi pelajaran -interaksi-3 (1)08cisi pelajaran -interaksi-3 (1)
08cisi pelajaran -interaksi-3 (1)
Laila Mohd Sarjan
 
Soalan Penanda wacana - BMthn 5
Soalan Penanda wacana - BMthn 5Soalan Penanda wacana - BMthn 5
Soalan Penanda wacana - BMthn 5
PAKLONG CIKGU
 
Pragmatik&pembelajaran bahasa
Pragmatik&pembelajaran bahasaPragmatik&pembelajaran bahasa
Pragmatik&pembelajaran bahasa
Ken Arok
 
Makalah individu
Makalah individuMakalah individu
Makalah individu
taufiq99
 
05 Komunikasi
05 Komunikasi05 Komunikasi
05 Komunikasi
WanBK Leo
 

Andere mochten auch (20)

GWP1092 : Contoh Penanda Wacana dalam Perenggan
GWP1092 : Contoh Penanda Wacana dalam PerengganGWP1092 : Contoh Penanda Wacana dalam Perenggan
GWP1092 : Contoh Penanda Wacana dalam Perenggan
 
Wacana
WacanaWacana
Wacana
 
Tautan dan runtutan power copy3
Tautan dan runtutan  power   copy3Tautan dan runtutan  power   copy3
Tautan dan runtutan power copy3
 
Konsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacanaKonsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacana
 
Nota wacana
Nota wacanaNota wacana
Nota wacana
 
Wacana penulisan (gwp1092)
Wacana penulisan (gwp1092)Wacana penulisan (gwp1092)
Wacana penulisan (gwp1092)
 
GWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda WacanaGWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda Wacana
 
Tatabahasa
TatabahasaTatabahasa
Tatabahasa
 
08cisi pelajaran -interaksi-3 (1)
08cisi pelajaran -interaksi-3 (1)08cisi pelajaran -interaksi-3 (1)
08cisi pelajaran -interaksi-3 (1)
 
Soalan Penanda wacana - BMthn 5
Soalan Penanda wacana - BMthn 5Soalan Penanda wacana - BMthn 5
Soalan Penanda wacana - BMthn 5
 
Silang kata
Silang kataSilang kata
Silang kata
 
Runtutan
RuntutanRuntutan
Runtutan
 
Runtutan
Runtutan Runtutan
Runtutan
 
Pragmatik&pembelajaran bahasa
Pragmatik&pembelajaran bahasaPragmatik&pembelajaran bahasa
Pragmatik&pembelajaran bahasa
 
Tautan
TautanTautan
Tautan
 
Kajian wacana (Barbara Johnstone)
Kajian wacana (Barbara Johnstone)Kajian wacana (Barbara Johnstone)
Kajian wacana (Barbara Johnstone)
 
Makalah individu
Makalah individuMakalah individu
Makalah individu
 
Pembentukan paragraf
Pembentukan paragrafPembentukan paragraf
Pembentukan paragraf
 
05 Komunikasi
05 Komunikasi05 Komunikasi
05 Komunikasi
 
Aditya hadi s
Aditya hadi sAditya hadi s
Aditya hadi s
 

Ähnlich wie Tatabahasa wacana

Kajian sukatan pelajaran
Kajian sukatan pelajaranKajian sukatan pelajaran
Kajian sukatan pelajaran
ceplos1969
 
interprestasi bahasa melayu
interprestasi bahasa melayuinterprestasi bahasa melayu
interprestasi bahasa melayu
minahmina
 
Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu 130518210335-phpapp02
Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu 130518210335-phpapp02Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu 130518210335-phpapp02
Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu 130518210335-phpapp02
James Dickson
 
desain pembelajaran BIPA - Bahasa indonesia penutur asing
 desain pembelajaran BIPA - Bahasa indonesia penutur asing desain pembelajaran BIPA - Bahasa indonesia penutur asing
desain pembelajaran BIPA - Bahasa indonesia penutur asing
AjengIlla
 
Silabus Paket B Bahasa Indonesia.pdf
Silabus Paket B Bahasa Indonesia.pdfSilabus Paket B Bahasa Indonesia.pdf
Silabus Paket B Bahasa Indonesia.pdf
maiadaya
 
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuTatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Ahmad NazRi
 

Ähnlich wie Tatabahasa wacana (20)

Pendekatan karangan bergambar
Pendekatan karangan bergambarPendekatan karangan bergambar
Pendekatan karangan bergambar
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Artikel PTK
Artikel PTKArtikel PTK
Artikel PTK
 
Kajian sukatan pelajaran
Kajian sukatan pelajaranKajian sukatan pelajaran
Kajian sukatan pelajaran
 
interprestasi bahasa melayu
interprestasi bahasa melayuinterprestasi bahasa melayu
interprestasi bahasa melayu
 
tugasan sintaksis
tugasan sintaksistugasan sintaksis
tugasan sintaksis
 
Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu 130518210335-phpapp02
Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu 130518210335-phpapp02Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu 130518210335-phpapp02
Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu 130518210335-phpapp02
 
Strategi menulis
Strategi menulisStrategi menulis
Strategi menulis
 
Tugasankrb3023 d20112052476
Tugasankrb3023 d20112052476Tugasankrb3023 d20112052476
Tugasankrb3023 d20112052476
 
MAKALAH BAHASA INDONESIA KEILMUAN
MAKALAH BAHASA INDONESIA KEILMUANMAKALAH BAHASA INDONESIA KEILMUAN
MAKALAH BAHASA INDONESIA KEILMUAN
 
Kssr BM
Kssr BMKssr BM
Kssr BM
 
Makalah Metode Khusus Pembelajaran Bahasa Indonesia Kelas Tinggi
Makalah Metode Khusus Pembelajaran Bahasa Indonesia Kelas TinggiMakalah Metode Khusus Pembelajaran Bahasa Indonesia Kelas Tinggi
Makalah Metode Khusus Pembelajaran Bahasa Indonesia Kelas Tinggi
 
desain pembelajaran BIPA - Bahasa indonesia penutur asing
 desain pembelajaran BIPA - Bahasa indonesia penutur asing desain pembelajaran BIPA - Bahasa indonesia penutur asing
desain pembelajaran BIPA - Bahasa indonesia penutur asing
 
bmm31011
bmm31011bmm31011
bmm31011
 
Makalah indonesia
Makalah indonesiaMakalah indonesia
Makalah indonesia
 
Kerangka konseptual, visi, dan tujuan MK Bahasa Indonesia
Kerangka konseptual, visi, dan tujuan MK Bahasa IndonesiaKerangka konseptual, visi, dan tujuan MK Bahasa Indonesia
Kerangka konseptual, visi, dan tujuan MK Bahasa Indonesia
 
Kerangka Konseptual, Visi, dan Tujuan Mata Kuliah Bahasa Indonesia
Kerangka Konseptual, Visi, dan Tujuan Mata Kuliah Bahasa IndonesiaKerangka Konseptual, Visi, dan Tujuan Mata Kuliah Bahasa Indonesia
Kerangka Konseptual, Visi, dan Tujuan Mata Kuliah Bahasa Indonesia
 
MODUL 9_PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA.pptx
MODUL 9_PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA.pptxMODUL 9_PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA.pptx
MODUL 9_PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA.pptx
 
Silabus Paket B Bahasa Indonesia.pdf
Silabus Paket B Bahasa Indonesia.pdfSilabus Paket B Bahasa Indonesia.pdf
Silabus Paket B Bahasa Indonesia.pdf
 
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuTatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
 

Tatabahasa wacana

  • 1. ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Definisi tatabahasa dalam kemahiran penulisan 1.3 Konsep tatabahasa wacana dalam kemahiran penulisan sekolah rendah 2.0 STRATEGI PENGAJARAN WACANA PENULISAN KARANGAN PERINGKAT SEKOLAH RENDAH 2.1 peringkat sebelum penulisan 2.2 peringkat semasa penulisan 2.3 peringkat selepas penulisan 3.0 CIRI-CIRI DAN KEPENTINGAN MENGAPLIKASIKAN WACANA DALAM PENULISAN KARANGAN 3.1 ciri-ciri wacana 3.2 kepentingan 4.0 APLIKASI PENULISAN WACANA DALAM PENULISAN SEKOLAH RENDAH 4.1 merancang penulisan 5.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP RUJUKAN
  • 2. 1.0 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Menurut Smith (1969), penulisan merupakan satu proses penghasilan wacana bertulis dengan ketepatan dan formaliti yang berbeza-beza berdasarkan tujuan dan keperluan penulisan. Barnow (1989) pula berpendapat bahawa penulisan merupakan satu cara untuk melahirkan bahasa manusia melalui simbol-simbol yang dapat dilihat. Secara umumnya pula, penulisan merupakan satu proses yang melibatkan pembentangan idea-idea serta penyusunan yang dilakukan oleh penulis berkaitan dengan sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca. Setiap idea yang telah diutarakan oleh penulis hendaklah jelas maksudnya menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan teknik penulisan yang sesuai seterusnya mampu menyalurkan idea kepada pembaca. Di Malaysia , penulisan merupakan satu aspek yang diberi penekanan dalam kurikulum sekolah, terutamanya bagi tujuan menduduki peperiksaan umum seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendar (UPSR), Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pengajaran penulisan naratif di sekolah adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis serta mengasuh pelajar tentang amalan kebudayaan, norma serta nilai-nilai yang dihargai dalam budaya dan bahasa. Tujuan penulisan adalah untuk menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat serta memperlihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas dengan pemikiran yang kritis dan analitis. Penulisan juga mengukuhkan kemahiran berfikir pada peringkat yang tinggi seperti menganalisis, mengaplikasi dan menilai maklumat. Disamping itu, penulisan juga merupakan satu kaedah untuk pelajar berkomunikasi, mengorganisasikan fikiran dan maklumat, menyampaikan idea dan perasaan serta memperlihatkan kefahaman tentang sesuatu mata pelajaran.
  • 3. 1.2 DEFINISI TATABAHASA WACANA DALAM KEMAHIRAN PENULISAN Melalui sumber yang diperolehi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia 2003, tatabahasa merujuk kepada aspek morfologi dan sintaksis Bahasa Melayu. Morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata, dan penggolongan kata. Sintaksis pula merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan ayat. Menurut Harimuthi (1982) dalam Sharifah (2007), wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana merupakan satuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri buku. Selain itu, wacana turut menunjukkan perkembangan fikiran yang berurutan dan disusun secara sempurna seterusnya menghasilkan satu pemikiran yang utuh. Wacana terletakkan dalam hieraki tertinggi iaitu selepas tingkat ayat,klausa, frasa dan kata. Wacana direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, paragraph, kalimat atau ayat yang membawa amanat yang lengkap. Stubbs dalam Taringan (1993) turut mengemukakan definisi yang hampir sama iaitu, wacana merupakan organisasi bahasa yang berada di atas klausa. Dengan perkataan lain, apabila terdapat unit-unit linguistik lebih besar daripada klausa, maka ianya akan disebut sebagai wacana. Moeliono (1995) dalam Adenan (2013) pula mendefinisikan wacana sebagai rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuk makna yang serasi antara kalimat tersebut. Wacana mewujudkan komunikasi verbal iaitu dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Wacana lisan merupakan komunikasi lisan yang melibatkan pembaca dan pendengar. Manakala bagi wacana bukan lisan pula adalah dalam bentuk penulisan yang melibatkan penulis dan pembaca. (Surdayat, 2009) 1.3 KONSEP TATABAHASA WACANA DALAM KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH Konsep pengajaran tatabahasa wacana dalam penulisan karangan bagi pelajar sekolah rendah merangkumi perbendaharaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca dan ejaan (Kamarudin, 2002). Melalui pengajaran tatabahasa dalam penulisan murid akan dapat menulis
  • 4. perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Pengajaran tatabahasa di sekolah membolehkan pelajar berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik (Azizi Abd Talib, 2000). Mengulas daripada pendapat yang telah dikemukan oleh beliau, dapat dinyatakan bahawa pengajaran tatabahasa wacana penting bagi membantu pelajar agar dapat menggunakan sistem bahasa yang sesuai, menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan. Dalam sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM (2001), aspek tatabahasa sangat ditekankan dan dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajar secara terancang dalam konteks bagi menghasilkan ketepatan berbahasa. Ini bagi membolehkan murid-murid mengikuti pengajaran tatabahasa secara berkesan dan memudahkan pemahaman mereka. Pengajaran tatabahasa juga hendaklah diajar dengan tidak memisahkan aspek-aspek tatabahasa yang hendak diajar dengan kemahiran bahasa yang lain. Pengajaran tatabahasa yang terancang juga dapat membantu murid-murid memahami unsur-unsur tatabahasa, fungsinya dan makna tatabahasa. Oleh sebab itu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM (2001) mencadangkan bahawa tatabahasa hendaklah digabungkan dengan kemahiran-kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Tujuan utama penggabungan ini adalah untuk memastikan pengajaran tatabahasa sahaja. Hal ini kerana, dengan strategi ini murid akan belajar dan menguasai tatabahasa sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam kemahiran yang ditetapkn. (Awang Sariyan,2004). 2.0 STRATEGI PENGAJARAN WACANA PENULISAN KARANGAN PERINGKAT SEKOLAH RENDAH Marohaini Yusoff (1989) mendapati bahawa fenomena pengajaran dan pembelajaran di sekolah lebih tertumpu kepada penghasilan isi atau fakta dalam kegiatan menulis atau mengarang. Aspek penggunaan bahasa yang baik dan teknik-teknik mengarang yang berkesan kurang dititikberatkan. Murid hanya diberi penekanan terhadap berfikir untuk mendapatkan isi.
  • 5. Fenomena ini menyebabkan murid kurang berkemahiran dalam berfikir untuk menghasilkan atau memikirkan cara yang berkesan menyampaikan sesuatu mesej atau idea dengan menggunakan wacana tatabahasa yang tepat dalam penulisan karangan. Isahak Haron (1979) dalam Hasyim Othman (2000) pula mengatakan bahawa karangan bukanlah sekadar hasil kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata, frasa, dan ayat, tetapi merupakan kemahiran penyampaian idea, fakta dan sebagainya secara lisan atau bukan lisan dengan menggunakan alat komunikasi iaitu bahasa. Hal ini selaras dengan Kurikulum Bahasa Melayu, iaitu menyediakan murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Murid mampu mengungkapkan segala ilmu daripada pelbagai bidang disiplin atau mata pelajaran lain disamping mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM, 2000). Oleh itu, dalam usaha untuk mempertingkatkan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar, aspek tatabahasa harus diberi penekanan. Strategi pengajaran penulisan yang berkesan akan memberikan kesan kepada keupayaan murid dalam menghasilkan penulisan yang baik dan gramatis. Dalam usaha untuk mempertingkatkan kemahiran penulisan murid, Kamarudin Husin (1988) telah mengemukakan tiga peringkat strategi penulisan iaitu sebelum, semasa dan selepas penulisan. 2.1 PERINGKAT SEBELUM PENULISAN Dalam peringkat sebelum penulisan, murid perlu memahami dengan jelas kehendak soalan dan format penulisan seperti yang dikehendaki. Setelah memahami kehendak soalan, kata kunci perlu digariskan untuk memudahkan murid menghasilkan idea. Seterusnya, membuat rangka penulisan yang merangkumi pendahuluan, isi, dan penutup. Pelbagai cara yang berkesan boleh diaplikasikan dalam mencatat isi, antaranya ialah menggunakan pernomboran, peta konsep minda dan lain-lain lagi. 2.2 PERINGKAT SEMASA PENULISAN Pada peringkat ini, penulisan perlu dilakukan berdasarkan isi atau kerangka penulisan seperti yang telah dirangka. Pendahuluan hanya ditulis secara ringkas tetapi merangkumi ayat tesis, ayat topik, ayat sokongan dan kesimpulan agar pembaca lebih mudah untuk memahami apa
  • 6. yang telah ditulis. Setiap isi dalam penulisan perlu dinyatakan dan diikuti dengan penjelasan atau keterangan lanjut yang disertakan dengan contoh. Penutup dalam penulisan juga dibuat secara ringkas iaitu membuat rumusan secara keseluruhan penulisan. Penulisan juga perlu diikuti dengan sistem ejaan, tanda baca, tatabahasa, kosa kata, dan wacana yang digunakan dengan betul dan sesuai. 2.3 PERINGKAT SELEPAS PENULISAN setelah menyiapkan karangan, murid perlu membaca semula hasil penulisan untuk menyemak format, isi atau huraian, imbuhan, struktur ayat, ejaan, tanda baca, dan perbendaharaan kata. Apabila terdapat kesalahan yang dikenalpasti dalam penulisan tersebut, pembetulan perlu dilakukan atau membuat penambahan terhadap kekurangan yang terdapat dalam penulisan yang dihasilkan. 3.0 CIRI-CIRI DAN KEPENTINGAN MENGAPLIKASIKAN WACANA DALAM PENULISAN KARANGAN 3.1 CIRI-CIRI WACANA Ciri-ciri bagi wacana ialah berstruktur iaitu merangkumi pendahuluan, isi, dan penutup. Dalam pendahuluan, penulis membayangkan perkara yang ingin dibincangkan selanjutnya. Hujah, ulasan, dan pendapat tentang isu yang disertakan dengan contoh pula ditulis dalam isi. Dalam penutup pula, kesimpulan secara menyeluruh dilakukan terhadap penulisan yang dibuat. Selain itu, setiap wacana yang dihasilkan dalam penulisan juga mempunyai tujuan kerana dengannya kita dapat menentukan jenis wacana yang ingin digunakan. Wacana digunakan dalam penulisan berformat dan penulisan tidak berformat. wacana dalam penulisan berformat meliputi surat kiriman tidak rasmi, surat kiriman rasmi, dialog, syarahan, ucapan, perbahasan, laporan, berita dan catatan harian. Wacana dalam penulisan tidak berformat pula tidak mempunyai format yang khusus dan kebiasaannya, penulisan jenis ini menghendaki penulis membincangkan sesuatu topik yang diberi berdasarkan pengalaman. (Adenan dan Mohd Rain, 2013).
  • 7. Menurut Beaugrand dan Dressler (1981) yang dipetik dari surat khabar Berita Harian pada tahun 2008 menyatakan bahawa terdapat tujuh ciri wacana yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana, iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan maklumat, keadaan dan interteks. I. Kohesi atau tautan : keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana bagi menghasilkan wacana yang lengkap. Keserasian hubungan tersebut dapat dilihat melalui hubungan antara satu perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama, frasa atau ayat dengan perkataan. II. Koheran atau runtutan : kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks tersebut bermakna. III. Tujuan : ditentukan oleh penghasil wacana tersebut. Tujuan juga membolehkan penghasil wacana menentukan jenis wacana yang digunakan. IV. Penerimaan : tahap penerimaan seseorang itu tinggi sekiranya pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang dihasilkan sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. V. Maklumat : terbahagi kepada dua iaitu maklumat lama dan maklumat baru. Maklumat lama merupakan maklumat yang telah dinyatakan pada peringkat awal dan diulang semula dalam konteks yang berikutnya. M Maklumat baru pula ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan anggapan pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini. VI. Keadaan : sesuatu wacana yang dihasilkan perlu sesuai dengan keadaan. Oleh itu, untuk menghasilkan sesuatu yang sesuai dengan keadaan, pemilihan kata, frasa atau ayat adalah penting. VII. Interteks : bermaksud wacana yang bergantung kepada wacana lain. Wacana-wacana yang lain turut memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami dengan mudah. Kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada terhadap perkara yang dibaca atau didengarnya itu. pengetahuannya
  • 8. 3.2 KEPENTINGAN MENGAPLIKASIKAN WACANA DALAM PENULISAN KARANGAN Wacana dalam penulisan karangan akan mempengaruhi pengolahan, penyusunan struktur ayat, pembahagian perenggan, penggunaan kosa kata, dan penggunaan bahasa secara keseluruhan bagi menghasilkan sebuah penulisan atau ucapan yang baik. Isi yang banyak dan bertepatan dengan tajuk dapat menghasilkan sebuah penulisan yang baik. Walaubagaimanapun, sekiranya sesebuah penulisan tersebut tidak menggunakan penanda wacana yang sesuai, maka penulisan tersebut tidak akan sempurna kerana binaan ayatnya tidak gramatis. Contoh penanda wacana bahagian pendahuluan : ”sebelum saya membicarakan dengan lebih lanjut, eloklah saya menerangkan maksud kebersihan”. Contoh penanda wacana bahagian isi : Pelbagai punca yang dikenal pasti telah mengakibatkan berlakunya masalah ini, antaranya ialah pencemaran udara, pencemaran air dan sebagainya. Contoh penanda wacana bahagian penutup : Kesimpulannya, bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup kita, amalan kebersihan diri dan persekitaran amatlah penting bagi setiap individu. Penanda wacana merupakan perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain dalan ayat atau perenggan. Antara penanda wacana yang sering digunakan ialah Selain itu Keadaan ini Namun begitu Akibatnya Begitu jua Sebaliknya Walaupun Kesimpulannya Akhirnya Seterusnya Jadi Sementara Kalau demikian Walau bagaimanapun Sebelumnya Kini Pada umumnya Keseluruhannya, Tegasnya Dalam nada berbeza Justeru Sejajar dengan itu Meskipun demikian Oleh hal demikian
  • 9. 4.0 APLIKASI PENULISAN WACANA DALAM PENULISAN SEKOLAH RENDAH Aplikasi penulisan wacana dalam dalam penulisan sekolah rendah melibatkan tajuk atau objektif, kemahiran, media pengajaran, dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Contohnya : tajuk atau objektif : penulisan - menyambung cerita. murid boleh – menulis tentang tajuk yang diberikan. Kemahiran : 1.16 – menyoal untuk mendapatkan maklumat. 2.26 – memberikan pendapat tentang sesuatu pernyataan yang diketahui. Media pengajaran : - gambar, kad perkataan dan keratin akhbar. KBKK : Sumbang saran dan menyusun mengikut urutan. 4.1 MERANCANG PENULISAN 1.KERANGKA PENULISAN Pengenalan Memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau tidak faham. Murid perlu menarik perhatian pembaca supayamembaca penulisan tersebut. Isi Isi hendaklah mengikuti kehendak tajuk penulisan tersebut. Penulisan yang baik sekurangkurangnya mengandungi empat isi dan disusun dengan teratur serta berkaitan antara satu dengan yang lain. Setiap isi perlu dipecahkan dalam perenggan yang khusus dan isi yang utama mestilah didahulukan dalam penulisan tersebut. Pastikan semasa mengolah ayat, isi tidak
  • 10. terkeluar daripada tajuk yang dikehendaki. Keaslian isi penulisan sangat penting dalam mnghasilkan sesebuah penulisan yang bermutu iaitu tidak meniru bulat-bulat daripada penulisan lain. Terdapat enam kaedah yang boleh diaplikasikan dalam mengenalasti isi iaitu, apakah?, siapakah?, bilakah?, mengapakah?, dimanakah?, dan, bagaimanakah?. Penutup Kesimpulan merupakan rumusan secara menyeluruh bagi sesuatu penulisan yang telah dihasilkan. Dalam kesimpulan, pendapat mengenai perbincangan atau tajuk penulisan juga perlu digambarkan secara ringkas dan penamatan penulisan secara mengejut dan tergantung perlu dielakkan. 4.2 CARA MENULIS Pemilihan tajuk atau soalan Semasa memilih tajuk soalan, baca dan fahami terlebih dahulu setiap tajuk atau soalan dan mengenalpasti segi bentuk soalan iaitu berformat atau tidak berformat. Kemudian pilih tajuk yang benar-benar boleh dikuasai. Penyusunan rangka penulisan Dengan menggunakan kaedah yang mudah untuk mendapatkan isi, senaraikan semua isi penting secara ringkas dan menyusun isi mengikut urutan dan kepentingan. Kemudian, memasukkan huraian yang disertakan dengan comtoh yang sesuai. Penulisan Semasa memulakan penulisan pastikan dimulakan dengan pendahuluan pada perenggan yang pertama. Setiap isi yang dihuraikan perlu dirulis dalam satu perenggan dan disertai dengan contoh. Penyemakan penulisan Setelah selesai menulis, murid perlu melakukan penyemakan bagi memastikan tiada kelemahan dalam penulisan yang dihasilkan. Antara aspek yang perlu disemak ialah, kejelasan tulisan,
  • 11. kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat dan aspek tatabahasa yang lain. 5.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP Penulisan yang baik perlu mengembangkan ideanya dengan baik dan sempurna. Penulisan yang baik dan berkesan ialah “clear writing is clear thinking” (penulisan yang baik merupakan pemikiran yang jelas”) Ssouri (1981). penulisan adalah untuk menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat serta memperlihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas dengan pemikiran yang kritis dan analitis. Penulisan juga mengukuhkan kemahiran berfikir pada peringkat yang tinggi seperti menganalisis, mengaplikasi dan menilai maklumat. wacana pula merupakan unit bahasa yang melebihi batas ayat. Selain itu, wacana turut menunjukkan perkembangan fikiran yang berurutan dan disusun secara sempurna seterusnya menghasilkan satu pemikiran yang utuh. Wacana terletakkan dalam hieraki tertinggi iaitu selepas tingkat ayat,klausa, frasa dan kata. Konsep pengajaran tatabahasa wacana dalam penulisan karangan bagi pelajar sekolah rendah merangkumi perbendaharaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca dan ejaan. Kamarudin Husin (1988) telah mengemukakan tiga peringkat strategi penulisan wacana bagi peringkat sekolah rendah iaitu sebelum, semasa dan selepas penulisan. Ciri-ciri wacana pula merangkumi tautan, runtutan, tujuan, penerimaan maklumat, keadaan dan interteks. Wacana penting dalam penulisan karangan kerana mempengaruhi pengolahan, penyusunan struktur ayat, pembahagian perenggan, penggunaan kosa kata, dan penggunaan bahasa. Aplikasi penulisan wacana dalam dalam penulisan sekolah rendah melibatkan tajuk atau objektif, kemahiran, media pengajaran, dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kesimpulannya, mengarang bukanlah suatu proses yang hanya berdasarkan kepada jumlah idea atau isi, ejaan, tanda baca dan struktur binaan ayat semata-mata. Sebaliknya, proses mengarang memerlukan kemampuan membina perenggan idea atau isi yang sempurna dari segi pengolahannya dan mempunyai wacana yang berkesan.
  • 12. RUJUKAN Adenan Ayob.,Mohd Rain Shaari. (2013). Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu : Edisi Kedua. Open University Malaysia. Meteor Doc. Awang Sariyan. (2004). Teras Pendidikan Bahasa Melayu: Asas Pegangan Guru. Kuala Lumpur: PTS Publications and Distributors Hashim Othman. (2000). Penaksiran Kemahiran Menulis karangan Bahasa Melayu daripada Perspektif Komunikatif: Penetapan Piawai Perlakuan Minimum dan Analisis Kecekapan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://web.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/bm/kbsr/sp_bm_kbsr.pdf (tarikh muat turun : 19 FEB 2014) Kamarudin Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya. Longman Malaysia. Marohaini Yusoff, Mahzan Arshad & Abdul Jalil Othman (2002). Bahasa Melayu Tingkatan Empat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa daan Pustaka. Nik Safiyyah Karim. Berita Harian, 2008. Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia. Sharifah Nor Syed Abd Rahman.,Nornajmah Najmuddin., Rosdah Omar. (2007). Bahasa Melayu Kertas 1&2. Arah pendidikan sdn.bhd. Selangor Darul Ehsan.
  • 13. Taringan.,Henry Guntur (1993). Pengajaran Kosakata. Bandung.Angkasa. Yayat Surdayat. (2009). Makna Dalam Wacana : Prinsip-prinsip Semantik dan Pragmatik. Bandung, Indonesia.Yrama Widaya.