SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 12
SOALAN TUGASAN: MENGAPAKAH
ORANG MELAYU MENENTANG
MALAYAN UNION YANG
DIPERKENALKAN PADA 1946?
1.0 PENDAHULUAN
Umum mengetahui bahawa negara kita telah dijajah selama 446 tahun iaitu semenjak kejatuhan
Empayar Melaka oleh Portugis pada tahun 1511, disambung dengan penjahahan oleh pihak
Belanda dan British dan berakhir dengan kolonialisme oleh Jepun. Kedatangan para kolonial ini
sememangnya penuh dengan tipu muslihat, penganiayaan dan menjadikan pentadbiran Tanah
Melayu menjadi caca merba. Dasar kolonial oleh kuasa – kuasa besar ini adalah tidak berubah,
melainkan untuk mengambil kesempatan ke atas kekayaan hasil bumi dan dibawa pulang untuk
dinikmati oleh rakyat mereka.
Selain melaksanakan undang – undang yang ditetapkan oleh mereka sendiri, para
kolonial ini sememangnya telah bertindak kejam ke atas rakyat Tanah Melayu dengan menafikan
hak mereka sebagai peribumi. Golongan yang paling teruk terjejas iaitu para bangsawan yang
terdiri daripada pembesar Tanah Melayu dan golongan pemerintah iaitu Sultan. Hak mereka
sebagai pemerintah hampir hilang sepenuhnya dan kedudukan mereka dijadikan boneka oleh
pihak penjajah. Mereka hanya berperanan dalam mengendalikan adat – istiadat orang Melayu
dan agama Islam sahaja manakala tugas yang selain dua perkara itu dipegang oleh pihak
penjajah.
Kedatangan Jepun yang dikatakan menjadi alternatif untuk mencapai kemerdekaan oleh
pihak Kesatuan Melayu Muda (KMM) hanyalah indah khabar dari rupa malah kesatuan itu
sendiri dibubarkan oleh Jepun. Janji – janji dan slogan “Asia untuk Orang Asia” benar – benar
mempengaruhi rakyat Tanah Melayu. Masing – masing menganggap Jepun sebagai penyelamat
daripada penjajahan British ketika itu. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya,
Insfrastruktur Tanah Melayu hampir lenyap akibat serangan oleh pihak Jepun semasa Jepun
menyerang Tanah Melayu pada tahun 1942. Apa yang lebih menyedihkan, rakyat di Tanah
Melayu semasa penjajahan Jepun amat tersiksa kerana kekejaman tentera Jepun yang
menganggap rakyat Tanah Melayu sebagai hamba yang boleh diperlakukan sewenang-
wenangnya. Golongan wanita ditangkap dan diperkosa manakala golongan lelaki ditangkap dan
dijadikan hamba untuk membina “Jalan Keretapi Maut” yang menghubungkan Thailand dan
Burma (Myanmar). Kehidupan rakyat pada ketika itu umpama “kais pagi makan pagi kais petang
makan petang”. Inflasi dan kebuluran merupakan isu yang utama semasa Jepun menjajah negara
kita.
2.0 Malayan Union: Sejarah dan Ciri – cirinya.
2.1 Sejarah Sebelum Tertubuhnya Malayan Union.
Setelah pengeboman Hiroshima 6 Ogos 1945 dan Nagasaki pada 9 Ogos 1945, pihak Jepun mula
mengangkat bendera putih untuk mengisytiharkan kekalahan kepada Pakatan Berikat. Mengikut
British, walaupun cara ini telah mengorbankan banyak nyawa iaitu sekitar 250 000 nyawa dan
mengakibatkan penyakit serius berleluasa, tetapi pada hemat British, cara itu adalah sesuatu yang
alternatif untuk mengelakkan Perang Dunia II berlarutan dengan lebih panjang dan dapat
mengelakkan daripada lebih banyak nyawa lagi terkorban. Setelah Jepun secara rasmi menyerah
kalah pada 2 September 1945, keadaan di Tanah Melayu belum lagi sunyi dengan bunyi
tembakan dan keperitan penduduk untuk membina semula kehidupan setelah diporakperandakan
oleh pihak Tentera Jepun.
Kemenangan pihak Berikat hanyalah memberikan keuntungan kepada pihak
British, namun secara khususnya Tanah Melayu masih lagi tidak mempunyai pentadbiran yang
benar – benar teratur. Setelah pihak Jepun pulang ke negara asal mereka, muncullah satu
kumpulan pemberontak yang ditubuhkan oleh golongan opportunis komunis melalui Parti
Komunis Malaya yang menggelarkan diri mereka sebagai Malayan’s People Anti Japanese Army
(MPAJA). Mereka mula keluar dari sarang persembunyian mereka selama ini iaitu di hutan dan
melancarkan serangan untuk membalas dendam terhadap pihak yang selama ini bersikap pro –
Jepun kerana mereka amat mendendami pihak Jepun. Pemberontakan selama 14 hari oleh
MPAJA atau dikenali dengan nama Bintang Tiga juga agak sama dengan cara yang dilakukan
oleh tentera Jepun. Apa yang membezakan antara mereka ialah Jepun menyeksa dengan teruk
individu yang memihak kepada negara dan rakyat China, tetapi menjalankan dasar berbaik – baik
dengan individu yang menyokong perjuangan Jepun terutama dari kalangan orang Melayu dan
India manakala MPAJA mendendami orang Melayu dan India kerana menyokong pihak Jepun
dan membalasnya selama mereka berkuasa di Tanah Melayu.
Pada zaman pendudukan Jepun, kumpulan ini mendapat sokongan British, malahan
British melatih mereka tentang taktik peperangan di 101 Special Training School (STS) bersama
– sama Force 136 untuk menentang Jepun. Namun begitu, setelah Jepun menyerah kalah,
kumpulan ini cuba untuk mencetuskan huru – hara dengan menentang British pula. Golongan
komunis cuba untuk menubuhkan negara yang berpaksikan fahaman komunis sepertimana yang
telah ditetapkan oleh Pertubuhan Komunis Sedunia yang berpusat di China. Pihak British
sememangnya menghadapi masalah untuk memerangi dan menghapuskan MPAJA ini
disebabkan kekurangan anggota dan kelebihan taktikal mereka.
Gerakan MPAJA yang dibantu dengan pasukan pembantu iaitu pasukan Min Yuen juga
amat berkesan kerana pasukan ini membantu MPAJA dalam mendapatkan makanan, ubat-ubatan
dan berita yang terbaru tentang perkembangan British. Gerakan Min Yuen yang kebanyakannya
dianggotai oleh orang Cina secara tidak langsung menyebabkan orang Melayu pada waktu itu
tidak mempercayai malah membenci orang Cina kerana terbabit secara langsung bagi membantu
pihak komunis mendapat keperluan asas kehidupan. Orang Melayu pada ketika itu juga
menganggap bangsa Cina adalah kesemuanya menganut fahaman komunis sedangkan
sebahagian besar daripada mereka membantu komunis dengan hati yang berbelah bahagi kerana
mereka terpaksa bersifat hipokrit untuk menyebelahi pentadbiran British dan komunis.
2.2 Malayan Union : Kolonial Baru Barat
British kembali semula ke Tanah Melayu pada September 1945 dan misi mereka ialah
bagaimana untuk meredakan pemberontakan yang dilakukan oleh MPAJA dan apa yang paling
penting di sini, bagaimana untuk menyatukan kembali masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
Perasaan perkauman yang memuncak dalam kalangan Cina – Melayu telah menyebabkan
mereka bermusuhan dan sistem ekonomi di Tanah Melayu pada masa itu hampir lumpuh akibat
pemerintahan Jepun yang tidak menitikberatkan ekonomi.
British cuba memperkenalkan Sistem Pentadbiran Tentera British (British Military
Administrations) bagi memulihkan keadaan di Tanah Melayu. Keadaan ini sebenarnya
memberikan gambaran bahawa satu lagi program kolonial British telah dirancang dan
hakikatnya, perjalanan untuk mencapai kemerdekaan negara pada masa itu masih lagi panjang
dan harus menempuh pelbagai liku dan ranjau bagi memastikan kemerdekaan itu tercapai.
Pada 10 Oktober 1945, ketika parlimen British bersidang, mereka telah membentangkan
satu kertas kerja yang dikenali sebagai pentadbiran di Tanah Melayu selepas Perang Dunia II
tamat. Sebenarnya, gagasan Malayan Union ini telah lama dirancang oleh pihak British iaitu
semenjak Perang Dunia II meletus lagi. Ini dapat dibuktikan dalam buku Rohani Ab. Ghani dan
Zulhilmi Paidi dalam Kenegaraan Malaysia : isu dan cabaran yang menyatakan “...menjelang
tahun 1943, Setiausaha bagi Tanah Jajahan menyerahkan satu memorandum kepada Kabinet
Perang British yang membentangkan beberapa syarat umum mengenai perlunya perubahan
perlembagaan Tanah Melayu yang bakal diduduki semula..”. Melalui bukti ini, dapat dibuktikan
bahawa pihak British sudah lama merangka dan menjangka keadaan di Tanah Melayu akan
berlaku.
Reconstruction of Malaya yang dibincangkan oleh Whitehall (Setiausaha Tanah Jajahan) dan
Pejabat Perang British pada 1943 memutuskan bahawa Malayan Union mesti dilaksanakan untuk
memastikan kemandirian British di Tanah Melayu terus terbela. Proses penjajahan tetap
diteruskan walaupun dengan nama yang lain. Buktinya di dalam buku Rohani Ab. Ghani dan
Zulhilmi Paidi dalam Kenegaraan Malaysia : isu dan cabaran yang menyatakan “...moreover, it
was generally recognized that in the post – war world Malaya would be vital for Britain’s
strategic and economic need...”. Setelah membuat beberapa rundingan antara pentadbir Tanah
Jajahan dan Parlimen British, akhirnya Malayan Union diisytihar secara rasmi pada Januari
1946 melalui titah di raja di Parlimen British dan disiarkan dalam Warta Kerajaan pada 22
Januari dan dikenali dengan nama Kertas Putih 6724. Malayan Union diisytihar secara rasmi di
Tanah Melayu pada 1 April 1945 di Carcosa Seri Negara (King’s House) dan Sir Edward Gent
sebagai Gabenor pertama. Mohammed Noordin Sopiee (2005) melalui bukunya menerangkan
James Allen iaitu individu yang bertanggungjawab membentangkan kertas kerja Malayan Union
kepada Parlimen British telah mendeklamasikan tiga perkara mengapa Malayan Union ini perlu
dilaksanakan iaitu :
James Allen, who has presented the lengthiest and most sophisticated analysis of the Malayan Union
thus far, suggest three motives for British commitment to the Union policy: the desire to prepare
Malaya for self government; the desire to create a military more defensible polity; and a motive
related to “disillusionment with the Malay”
Rohani Ab. Ghani dan Zulhilmi Paidi (2002) menyatakan bahawa Setiausaha Tanah Jajahan
juga berkata tentang perkara yang hampir sama iaitu:
We are pledged to guide Colonial people along the road to self – government within the framework of
the British Empire. We are pledged to build up their social and economic institution and we are
pledged to develop their natural resources.
2.3 Ciri – Ciri Malayan Union
1. Negeri – negeri Melayu Bersekutu (Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan),
Negeri – negeri Melayu Tidak Bersekutu ( Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu) dan
dua buah Negeri Selat ( Pulau Pinang dan Melaka) digabungkan sebagai satu unit politik
yang dikenali sebagai Malayan Union.
2. Singapura diasingkan dari Malayan Union kerana jumlah penduduk Cina yang ramai,
kedudukan strategik dan pelabuhan bebas. Singapura menjadi kawasan yang berasingan
dan ditadbir oleh seorang Gabenor.
3. Kedudukan Sultan dikekalkan tetapi kekuasaan dan kewibawaan mereka dikurangkan.
Sultan tidak dibenarkan mempunyai hak dalam pentadbiran melainkan dalam hal adat –
istiadat orang Melayu iaitu kuasa untuk melantik Pengerusi Majlis Penasihat Melayu
negeri masing – masing.
4. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan tetapi tertakluk dalam kuasa kerajaan pusat.
5. Malayan Union akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British dan diketuai oleh Gabenor
di Kuala Lumpur.
6. Gabenor akan menjalankan tugas dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis
Perundangan Pusat. Selain itu, Majlis Penasihat juga ditubuhkan.
7. Seorang Gabenor Jeneral dilantik untuk mengawasi pentadbiran Malayan Union,
Singapura dan wilayah Borneo.
3.0 Sebab – sebab Orang Melayu Menentang Malayan Union
3.1 Tindakan Sir Mac Michael
Sir Harold Mac Michael merupakan seorang mastermind dalam percaturan politik perang
Britain. Berkelulusan sebagai mahasiswa di Universiti Cambridge, beliau merupakan individu
yang bertanggungjawab dalam memastikan pergerakan untuk menubuhkan satu kolonial baru
British selepas Perang Dunia Kedua sepertimana Malayan Union yang ditubuhkan di Tanah
Melayu selepas perang tamat.
Mac Michael telah memaksa individu berkepentingan iaitu Sultan untuk menurunkan
tandatangan bagi menyatakan persetujuan terhadap penubuhan Malayan Union. Pemaksaan ini
telah menyebabkan orang Melayu terutamanya bangkit menentang tindakan Mac Michael yang
dianggap telah mencemarkan kedaulatan Raja – Raja Melayu. Contohnya seperti Sultan Kedah
pada ketika itu iaitu Sultan Badlishah yang diugut akan diturunkan jawatan sekiranya tidak
mempersetujui perjanjian untuk menubuhkan Malayan Union.
Mac Michael juga tidak memberikan masa yang mencukupi kepada Raja – Raja Melayu
untuk membuat keputusan bagi melaksanakan Malayan Union sepertimana yang ditandatangani
oleh Sultan Perak pada ketika itu. Ugutan juga diberikan kepada Raja kerana apabila Raja tidak
menandatangani perjanjian persetujuan, mereka akan dituduh sebagai pihak radikal yang pro –
Jepun.
Selain itu juga, Mac Michael tidak mendedahkan tentang isi perjanjian Malayan Union
kepada Sultan Melayu. Perkara ini menyebabkan Sultan terasa seperti terpinga – pinga sama ada
pentadbiran baru ini akan mendatangkan keburukan atau kebaikan secara total kepada
masyarakat Melayu umumnya yang berada di wilayah Malayan Union tersebut.
3.2 Kewibawaan Sultan yang akan terus – terusan diperkecilkan.
Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, Sultan telah memainkan peranan penting. Peranan
yang mereka mainkan amat besar yang mencakupi bidang politik, pentadbiran dan agama
sehingga dikenali sebagai wakil Tuhan di Bumi. Malahan pada zaman Sultan Iskandar atau
dikenali dengan nama Parameswara memeluk Islam, seluruh rakyat Melaka pada kurun ke – 13
turut memeluk agama tersebut. Begitu besar pengaruh Sultan dalam jiwa orang Melayu sehingga
ada yang sanggup berkorban untuk mempertahankan Sultan.
Perkara yang berlaku dalam percaturan politik Sultan semasa era penubuhan Malayan
Union adalah sama dengan yang berlaku semasa era pentadbiran British selepas tamatnya
penjajahan Belanda di Tanah Melayu. Kedudukan Sultan sebagai pemerintah yang mempunyai
kuasa atau konsep mandala tidak lagi dapat dipertahankan. Keadaan ini tiada bezanya dengan
pentadbiran British semasa era penjajahannya sebelum tercetusnya Perang Dunia. Konsep
ketertinggian Sultan tidak lagi dihormati apabila tidak mempunyai kuasa untuk membuat
keputusan di dalam pentadbiran Malayan Union. Kuasa Sultan yang terhad pada adat resam
orang Melayu dan agama Islam membuatkan orang Melayu pada ketika itu tidak berpuas hati
dengan cadangan penubuhan Malayan Union. Kuasa eksekutif yang sepatutnya dinikmati oleh
Sultan untuk mempertahankan orang Melayu akan dipegang oleh Gabenor yang berpusat di
Kuala Lumpur. Apa yang lebih membangkitkan kemarahan orang Melayu ialah Majlis
Mesyuarat Agama yang berfungsi sebagai platform untuk membincangkan hal – hal berkaitan
dengan agama Islam juga turut akan dipengerusikan oleh Gabenor. Dengan cara ini, dapat
disimpulkan bahawa Malayan Union akan mengambil keseluruhan peranan Sultan dengan cara
yang lebih halus. Perkiraan ini dilakukan setelah mengambil kira tentang bidang kuasa Gabenor
dan Gabenor Jeneral.
3.3 Usaha untuk menghapuskan Hak orang Melayu sebagai Bumiputera
Siapakah Melayu? Melayu ialah individu yang mengamalkan cara hidup Islam, kebiasaannya
bercakap dalam Bahasa Melayu, berpakaian seperti orang Melayu lain, yang lahir sebelum Hari
Merdeka (31 Ogos 1957). Seperti yang diterangkan dalam buku Syed Husin Ali (2008) ada
menyebut:
...the definition of Malay more complex in the context of two other issues , namely, its legal definition and
newly coined term Bumiputera (son of the soil). According to the Malaysian Constitution, a Malay is defined as
meaning “a person who professes the Muslim religion, habitually speaks Malay, conforms to Malay custom and :
(a) was born before Merdeka Day, in the Federation or Singapore or born of parents one of whom was born in the
Federation or Singapore, or was on Merdeka Day domiciled in the Federation or Singapore; or (b) is the issue of
such of person.” (Article 160). Merdeka Day refers to Independence on 31 August 1957...
Keadaan ini bermakna individu yang berbangsa Melayu merupakan penduduk asal di
Tanah Melayu ini. Jadi tidak menghairankan apabila mereka menentang Malayan Union setelah
mendapat tahu bahawa bahawa Perlembagaan Malayan Union itu amat berat sebelah dan tidak
menyebelahi mereka sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Hak orang Melayu sebagai
masyarakat asal atau “Bumiputera” dinafikan malahan hak sosial imigran pada masa itu diberi
perhatian khusus oleh British. Imigran Cina sebagai contohnya diberi kebebasan oleh British
namun orang Melayu disekat dan dikenakan pelbagai birokrasi yang amat ketat.
3.4 Prinsip Jus Soli
Mohd Fuad Sadkan (1999) menyatakan prinsip jus soli merupakan salah satu prinsip dimana ia
berdasarkan undang-undang tempat lahir, iaitu sesiapa yang lahir di Malaysia antara hari Merdeka
dan Oktober 1962,secara automatik mendapat taraf warganegara Tanah Melayu. Terdapat beberapa
prinsip yang membolehkan seseorang itu menjadi warganegara. Bagi yang lahir selepas 1962 dia
boleh menjadi warganegara sekiranya ibu dan bapanya adalah warganegara maka ia boleh menjadi
sebahagian daripada tersebut.
Selain itu juga, jika ibu bapa mereka masih lagi bermastautin di Tanah Melayu pada ketika
itu maka secara automatik mereka juga menjadi warganegara. Dan satu lagi prinsip yang boleh
menjadikan mereka seorang warganegara ialah jika dia masih lagi tidak mempunyai warganegara
daripada negara lain. Dengan cara ini British berpendapat ia akan dapat menyelesaikan masalah
tersebut, prinsip yang di utarakan telah mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu yang
mengatakan bahawa hak mereka menjadi semakin tidak bermakna dan lama kelamaan ia akan
terhakis dengan sendirinya.
Ramlan Adam 2005 menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang dilahirkan di Tanah Melayu
dan Singapura dan telah bermastautin di situ sebelum perintah tersebut dikuatkuasakan. Sesiapa
sahaja yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun yang telah bermastautin di Tanah Melayu atau
Singapura selama 10 tahun dari masa 15 tahun sebelum 15 Februari 1942.
Azmah Abd Manaf (2003) berpendapat bahawa prinsip Jus Soli diperkenalkan oleh British
semasa pentadbiran Malayan Union dengan anggapan bahawa masyarakat majmuk di Tanah Melayu
akan dengan sendirinya bersatu padu melalui konsep ini.
Namun begitu, harapan British merupakan angan – angan Mat Jenin, iaitu bukan sahaja
konsep ini pada permulaannya tidak diterima oleh orang Melayu, malahan tidak mendapat respon
dari masyarakat bukan Melayu.
Orang Melayu beranggapan bahawa konsep Jus Soli tidak dapat diterima langsung dan wajib
ditentang kerana isu kerakyatan merupakan isu sensitif. Masyarakat Melayu berpendapat bahawa
masyarakat bukan Melayu pada masa itu diragui tahap kesetiaan mereka terhadap Tanah Melayu.
Penguasaan ekonomi oleh orang Cina dalam bidang pelombongan pada masa itu menambahkan lagi
rasa curiga orang Melayu terhadap konsep Jus Soli. Di samping itu, orang bukan Melayu
sememangnya telah dijanjikan dengan konsep ini semasa era pemerintahan BMA lagi dan
mengharapkan balasan yang lebih besar daripada British.
Selain itu juga, orang Melayu berasa bimbang dengan taraf Jus Soli yang dipraktikkan oleh
British dalam Malayan Union kerana isu ini berkaitan dengan taraf kerakyatan yang terlalu liberal
akan menyebabkan tamadun Melayu terhakis dengan sendirinya. Keadaan ini disebabkan populasi
masyarakat Cina telah melebihi daripada masyarakat Melayu yang berjumlah hanya 49.46 peratus
daripada bilangan penduduk Tanah Melayu.
3.5 Isu “Balas Dendam” British terhadap Masyarakat Melayu
Kebanyakan pengkaji dalam sejarah Malayan Union menyatakan bahawa tindakan British
menubuhkan Gagasan Malayan Union tidak lain tidak bukan untuk membalas dendam kerana
kebanyakan orang Melayu menyokong Jepun untuk masuk ke Tanah Melayu sepertimana yang
dinyatakan oleh Rohani Ab. Ghani dan Zulhilmi Paidi (2002) bahawa:
...British juga berhasrat untuk mencipta satu dasar ketenteraan yang lebih mudah untuk dipertahankan
dan satu lagi tujuan ialah rancangan Malayan Union ini secara tidak langsung merupakan satu bentuk
“balas dendam” dan rasa kecewa British terhadap orang – orang Melayu yang menyokong Jepun
semasa perang berlangsung. Selaras dengan itu, British mengemukakan satu rancangan iaitu
rancangan penubuhan Malayan Union sebagai “hukuman” kepada orang Melayu dan sebagai satu
ganjaran kepada orang Cina...
Status negara jajahan menyebabkan kebanyakan orang Melayu tidak berpuas hati dengan
layanan dan pentadbiran British. Taraf hidup yang tidak banyak berubah terutamanya dalam
kalangan rakyat bawahan, ditambah pula dengan propaganda Jepun iaitu “Asia untuk Orang
Asia” yang begitu berkesan membuatkan orang Melayu mengharapkan Jepun untuk
membebaskan dan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu seperti yang dijanjikan.
Namun keadaan itu tidak berlaku malahan KMM turut diharamkan oleh Jepun kerana dianggap
sebagai nasionalis Tanah Melayu pada ketika itu.
Sebenarnya, jika diperhatikan secara teliti, orang Melayu pada waktu itu berbelah bahagi
mengenai persoalan ini iaitu sama ada untuk menyokong atau menolak Jepun. Keadaan ini
disebabkan mereka tidak mengetahui tentang nasib mereka sebagai rakyat yang dina, apabila
perhubungan mereka terhadap dunia luar disekat oleh British. Oleh sebab itu, mereka mengambil
keputusan untuk menyokong Jepun kerana mereka mengharapkan bahawa Jepun itu sebagai
pembela masyarakat Asia yang telah sekian lama “dipijak” oleh kolonial Eropah.
Apabila keadaan ini disedari oleh orang Melayu kebanyakan, mereka
menganggap bahawa tindakan British menubuhkan Malayan Union tidak lain adalah untuk
membalas dendam disebabkan perasaan kecewa pihak British. James V. Allen dalam bukunya,
“the Malayan Union” ada menyatakan bahawa kebanyakan pegawai British bersikap anti –
Melayu selepas Perang Dunia Kedua tamat. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka kecewa
dengan sebilangan besar masyarakat Melayu yang bertindak menyokong Jepun.
Penutup
Proses penentangan terhadap Malayan Union telah menyebabkan orang Melayu bergabung dan
berpadu suara serta tenaga untuk menyuarakan bantahan terhadap gagasan ini. Penolakan
masyarakat Melayu menyebabkan tertubuhnya United Malay National Organization (UMNO)
atau PEKEMBAR yang merupakan platform untuk menyuarakan bantahan secara teratur dan
berkesan. Pelbagai rapat umum diadakan oleh pelbagai pihak terutamanya oleh UMNO dengan
sokongan mantap orang Melayu. Hasilnya, pihak British telah menarik semula cadangan untuk
menubuhkan Malayan Union kerana sedar rancangan gagasan ini tidak akan berjaya tanpa
sokongan orang Melayu. Dengan hasil kebijakan pemimpin negara pada waktu itu yang diketuai
oleh Tunku Abd Rahman, Dato’ Onn Jaafar, Tun Tan Cheng Lock, E.E.C Thuraisingham dan
pemimpin – pemimpin lain di Tanah Melayu, satu kerangka dibuat oleh pihak British pada bulan
Julai 1946. Kerangka itu mencadangkan satu jawatankuasa ditubuhkan yang dikenali dengan
nama Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang ditandatangani pada 21 Januari 1948.
Sebagai kesimpulannya, proses penjajahan selama 446 tahun ini telah mengajar kita
tentang harga dan erti perpaduan di dalam konteks sesebuah negara. Perpaduan merupakan
sesuatu yang penting, kerana keyakinan daripada penjajah British tentang perpaduan masyarakat
majmuk yang menyebabkan mereka bersetuju untuk memerdekakan Tanah Melayu daripada
kolonial mereka. Pengakhirannya, Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos
1957 dan apabila Sabah dan Sarawak mengumumkan untuk menyertai Tanah Melayu pada 13
September 1963, nama “Tanah Melayu” digantikan dengan nama Malaysia iaitu penyatupaduan
daripada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
BIBLIOGRAFI
Malayan Union dan Sejarah Kemerdekaan (2006). Diperoleh pada November 20, 2011 daripada
http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760609/1/
Mohamed Noordin Sopiee (2005). From Malayan Union to Singapore Separation: political
unification in the Malaysia region 1945-1965, Kuala Lumpur: University of Malaya Press
Mohd Syariefuddin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim (2009).
Kenegaraan dan Ketamadunan, Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd
Nazaruddin Hj. Mohd Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah dan Ismail Hj. Mohd
Rashid (2009), Pengajian Malaysia : Kenegaraan dan Kewarganegaraan, Petaling Jaya,
Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Ong Siew Im. P (1998), One’s Man Will: a portrait of Dato’ Sir Onn bin Jaafar, Penang,
Malaysia: Island Printers Sdn. Bhd
Rohani Ab. Ghani dan Zulhilmi Paidi (2002). Kenegaraan Malaysia : isu – isu dan
perkembangan. Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Syed Husin Ali (2008). The Malays: their problem and future, Petaling Jaya, Other Press
Sdn.Bhd

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayuPerjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayuladykathy
 
Jawatankuasa hubungan antara kaum- hubungan etnik
Jawatankuasa hubungan antara kaum- hubungan etnikJawatankuasa hubungan antara kaum- hubungan etnik
Jawatankuasa hubungan antara kaum- hubungan etnikNed Rozell
 
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia keduaFaktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia keduaNoha Fiq
 
Pertubuhan bangsa bangsa bersatu
Pertubuhan bangsa bangsa bersatuPertubuhan bangsa bangsa bersatu
Pertubuhan bangsa bangsa bersatuAzamuddin Azha
 
Faktor & Kesan Perang Dunia Kedua
Faktor & Kesan Perang Dunia KeduaFaktor & Kesan Perang Dunia Kedua
Faktor & Kesan Perang Dunia Keduahasfazera hassan
 
kesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertamakesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertamaNoha Fiq
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISINur Fareha
 
Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme firo HAR
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiamothy
 
Bab 4-ting-5 Sejarah SPM
Bab 4-ting-5 Sejarah SPMBab 4-ting-5 Sejarah SPM
Bab 4-ting-5 Sejarah SPMnurul othman
 
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKKZhang Ewe
 
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957Didiy Otto
 
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020Lala Aliron
 
Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.
Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.
Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.Andrey James
 

Was ist angesagt? (20)

Bab 4 ting 4 kssm 4.3
Bab  4  ting  4 kssm  4.3Bab  4  ting  4 kssm  4.3
Bab 4 ting 4 kssm 4.3
 
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayuPerjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
 
Suruhanjaya reid
Suruhanjaya reidSuruhanjaya reid
Suruhanjaya reid
 
Jawatankuasa hubungan antara kaum- hubungan etnik
Jawatankuasa hubungan antara kaum- hubungan etnikJawatankuasa hubungan antara kaum- hubungan etnik
Jawatankuasa hubungan antara kaum- hubungan etnik
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
 
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia keduaFaktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
 
Pertubuhan bangsa bangsa bersatu
Pertubuhan bangsa bangsa bersatuPertubuhan bangsa bangsa bersatu
Pertubuhan bangsa bangsa bersatu
 
Faktor & Kesan Perang Dunia Kedua
Faktor & Kesan Perang Dunia KeduaFaktor & Kesan Perang Dunia Kedua
Faktor & Kesan Perang Dunia Kedua
 
kesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertamakesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertama
 
Malayan Union
Malayan UnionMalayan Union
Malayan Union
 
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
 
Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
 
Bab 4-ting-5 Sejarah SPM
Bab 4-ting-5 Sejarah SPMBab 4-ting-5 Sejarah SPM
Bab 4-ting-5 Sejarah SPM
 
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
 
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
 
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
 
Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.
Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.
Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.
 

Andere mochten auch

Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan unionFaktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan unionDurratun Dian
 
Faktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionFaktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionMie Pa
 
Bab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Bab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah MelayuBab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Bab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayuimpianhati
 
Malayan Union & Persekutuan Tanah Melayu
Malayan Union & Persekutuan Tanah MelayuMalayan Union & Persekutuan Tanah Melayu
Malayan Union & Persekutuan Tanah Melayufiro HAR
 
Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3Cg Man
 
Bab 4 tingkatan 5
Bab 4 tingkatan 5Bab 4 tingkatan 5
Bab 4 tingkatan 5nooranisa
 
Bab 2power point
Bab 2power pointBab 2power point
Bab 2power pointHilmi Amri
 
Bab2 t3
Bab2 t3Bab2 t3
Bab2 t3Cg Man
 
7 penubuhan malaysia
7 penubuhan malaysia7 penubuhan malaysia
7 penubuhan malaysiaNur Az
 
Malayan union
Malayan unionMalayan union
Malayan unionsuriawati
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikBab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikMaizatul Akmal
 
Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1Fadhil Ismail
 
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3smktsj2
 
Heat of displacement
Heat of displacementHeat of displacement
Heat of displacementsweemoi khor
 
Pembentangan prestasi sejarah spmc 2013
Pembentangan prestasi sejarah spmc 2013Pembentangan prestasi sejarah spmc 2013
Pembentangan prestasi sejarah spmc 2013antrogirls
 

Andere mochten auch (20)

Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan unionFaktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
 
Faktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionFaktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan union
 
Sejarah Tingkatan 3: Bab 2
Sejarah Tingkatan 3: Bab 2Sejarah Tingkatan 3: Bab 2
Sejarah Tingkatan 3: Bab 2
 
Bab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Bab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah MelayuBab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Bab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
 
Malayan Union & Persekutuan Tanah Melayu
Malayan Union & Persekutuan Tanah MelayuMalayan Union & Persekutuan Tanah Melayu
Malayan Union & Persekutuan Tanah Melayu
 
Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3
 
Bab 4 tingkatan 5
Bab 4 tingkatan 5Bab 4 tingkatan 5
Bab 4 tingkatan 5
 
Bab 2power point
Bab 2power pointBab 2power point
Bab 2power point
 
Bab2 t3
Bab2 t3Bab2 t3
Bab2 t3
 
7 penubuhan malaysia
7 penubuhan malaysia7 penubuhan malaysia
7 penubuhan malaysia
 
Malayan union
Malayan unionMalayan union
Malayan union
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikBab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
 
Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1
 
Sejarah Tingkatan 3: Bab 1
Sejarah Tingkatan 3: Bab 1Sejarah Tingkatan 3: Bab 1
Sejarah Tingkatan 3: Bab 1
 
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3
 
Sejarah spm kbat
Sejarah spm kbatSejarah spm kbat
Sejarah spm kbat
 
Heat of displacement
Heat of displacementHeat of displacement
Heat of displacement
 
Pembentangan prestasi sejarah spmc 2013
Pembentangan prestasi sejarah spmc 2013Pembentangan prestasi sejarah spmc 2013
Pembentangan prestasi sejarah spmc 2013
 
Amalgamasi
AmalgamasiAmalgamasi
Amalgamasi
 
3 heat of diplacement
3 heat of diplacement3 heat of diplacement
3 heat of diplacement
 

Ähnlich wie Mengapakah orang melayu menentang malayan union

3.2.2 galurkan senario politik di malaysia antara tahun 1955 hingga tahu...
3.2.2  galurkan  senario politik di malaysia antara  tahun  1955 hingga  tahu...3.2.2  galurkan  senario politik di malaysia antara  tahun  1955 hingga  tahu...
3.2.2 galurkan senario politik di malaysia antara tahun 1955 hingga tahu...Nurul Atikah
 
20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas
20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas
20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkasAmilinda Amsar
 
Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2Nor Yusof
 
T3 bab-02a
T3 bab-02aT3 bab-02a
T3 bab-02aCg Man
 
Ringkasan sejarah malaysia
Ringkasan sejarah malaysiaRingkasan sejarah malaysia
Ringkasan sejarah malaysiaryen xiao mei
 
Perlembagaan
PerlembagaanPerlembagaan
Perlembagaansyauqah
 
Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)
Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)
Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)peningla
 
Ringkasan sejarah malaysia
Ringkasan sejarah malaysiaRingkasan sejarah malaysia
Ringkasan sejarah malaysiaainazshahnaz
 
Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09hajar90
 
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.Norazman Mohd Nor
 
SEJARAH BAB 4.pptx
SEJARAH BAB 4.pptxSEJARAH BAB 4.pptx
SEJARAH BAB 4.pptxAmni32
 
OTHER PATHS TO INDEPENDENCE (SOUTHEAST ASIA)
OTHER PATHS TO INDEPENDENCE (SOUTHEAST ASIA)OTHER PATHS TO INDEPENDENCE (SOUTHEAST ASIA)
OTHER PATHS TO INDEPENDENCE (SOUTHEAST ASIA)Tangan-tangan Putih
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Dinesh Madhavan
 
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di MalaysiaPerlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysiarizalyana
 

Ähnlich wie Mengapakah orang melayu menentang malayan union (20)

Komunis dan darurat
Komunis dan daruratKomunis dan darurat
Komunis dan darurat
 
3.2.2 galurkan senario politik di malaysia antara tahun 1955 hingga tahu...
3.2.2  galurkan  senario politik di malaysia antara  tahun  1955 hingga  tahu...3.2.2  galurkan  senario politik di malaysia antara  tahun  1955 hingga  tahu...
3.2.2 galurkan senario politik di malaysia antara tahun 1955 hingga tahu...
 
20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas
20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas
20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas
 
Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2
 
T3 bab-02a
T3 bab-02aT3 bab-02a
T3 bab-02a
 
Bab 2-ting-31
Bab 2-ting-31Bab 2-ting-31
Bab 2-ting-31
 
Ringkasan sejarah malaysia
Ringkasan sejarah malaysiaRingkasan sejarah malaysia
Ringkasan sejarah malaysia
 
Masyarakatmajmuk
MasyarakatmajmukMasyarakatmajmuk
Masyarakatmajmuk
 
Perlembagaan
PerlembagaanPerlembagaan
Perlembagaan
 
Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)
Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)
Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)
 
Ringkasan sejarah malaysia
Ringkasan sejarah malaysiaRingkasan sejarah malaysia
Ringkasan sejarah malaysia
 
Proses kemerdekaan
Proses kemerdekaanProses kemerdekaan
Proses kemerdekaan
 
Pengajian Malaysia
Pengajian MalaysiaPengajian Malaysia
Pengajian Malaysia
 
perjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaanperjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaan
 
Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09
 
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
 
SEJARAH BAB 4.pptx
SEJARAH BAB 4.pptxSEJARAH BAB 4.pptx
SEJARAH BAB 4.pptx
 
OTHER PATHS TO INDEPENDENCE (SOUTHEAST ASIA)
OTHER PATHS TO INDEPENDENCE (SOUTHEAST ASIA)OTHER PATHS TO INDEPENDENCE (SOUTHEAST ASIA)
OTHER PATHS TO INDEPENDENCE (SOUTHEAST ASIA)
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia
 
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di MalaysiaPerlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
 

Mengapakah orang melayu menentang malayan union

  • 1. SOALAN TUGASAN: MENGAPAKAH ORANG MELAYU MENENTANG MALAYAN UNION YANG DIPERKENALKAN PADA 1946?
  • 2. 1.0 PENDAHULUAN Umum mengetahui bahawa negara kita telah dijajah selama 446 tahun iaitu semenjak kejatuhan Empayar Melaka oleh Portugis pada tahun 1511, disambung dengan penjahahan oleh pihak Belanda dan British dan berakhir dengan kolonialisme oleh Jepun. Kedatangan para kolonial ini sememangnya penuh dengan tipu muslihat, penganiayaan dan menjadikan pentadbiran Tanah Melayu menjadi caca merba. Dasar kolonial oleh kuasa – kuasa besar ini adalah tidak berubah, melainkan untuk mengambil kesempatan ke atas kekayaan hasil bumi dan dibawa pulang untuk dinikmati oleh rakyat mereka. Selain melaksanakan undang – undang yang ditetapkan oleh mereka sendiri, para kolonial ini sememangnya telah bertindak kejam ke atas rakyat Tanah Melayu dengan menafikan hak mereka sebagai peribumi. Golongan yang paling teruk terjejas iaitu para bangsawan yang terdiri daripada pembesar Tanah Melayu dan golongan pemerintah iaitu Sultan. Hak mereka sebagai pemerintah hampir hilang sepenuhnya dan kedudukan mereka dijadikan boneka oleh pihak penjajah. Mereka hanya berperanan dalam mengendalikan adat – istiadat orang Melayu dan agama Islam sahaja manakala tugas yang selain dua perkara itu dipegang oleh pihak penjajah. Kedatangan Jepun yang dikatakan menjadi alternatif untuk mencapai kemerdekaan oleh pihak Kesatuan Melayu Muda (KMM) hanyalah indah khabar dari rupa malah kesatuan itu sendiri dibubarkan oleh Jepun. Janji – janji dan slogan “Asia untuk Orang Asia” benar – benar mempengaruhi rakyat Tanah Melayu. Masing – masing menganggap Jepun sebagai penyelamat daripada penjajahan British ketika itu. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya, Insfrastruktur Tanah Melayu hampir lenyap akibat serangan oleh pihak Jepun semasa Jepun menyerang Tanah Melayu pada tahun 1942. Apa yang lebih menyedihkan, rakyat di Tanah Melayu semasa penjajahan Jepun amat tersiksa kerana kekejaman tentera Jepun yang menganggap rakyat Tanah Melayu sebagai hamba yang boleh diperlakukan sewenang- wenangnya. Golongan wanita ditangkap dan diperkosa manakala golongan lelaki ditangkap dan dijadikan hamba untuk membina “Jalan Keretapi Maut” yang menghubungkan Thailand dan Burma (Myanmar). Kehidupan rakyat pada ketika itu umpama “kais pagi makan pagi kais petang makan petang”. Inflasi dan kebuluran merupakan isu yang utama semasa Jepun menjajah negara kita.
  • 3. 2.0 Malayan Union: Sejarah dan Ciri – cirinya. 2.1 Sejarah Sebelum Tertubuhnya Malayan Union. Setelah pengeboman Hiroshima 6 Ogos 1945 dan Nagasaki pada 9 Ogos 1945, pihak Jepun mula mengangkat bendera putih untuk mengisytiharkan kekalahan kepada Pakatan Berikat. Mengikut British, walaupun cara ini telah mengorbankan banyak nyawa iaitu sekitar 250 000 nyawa dan mengakibatkan penyakit serius berleluasa, tetapi pada hemat British, cara itu adalah sesuatu yang alternatif untuk mengelakkan Perang Dunia II berlarutan dengan lebih panjang dan dapat mengelakkan daripada lebih banyak nyawa lagi terkorban. Setelah Jepun secara rasmi menyerah kalah pada 2 September 1945, keadaan di Tanah Melayu belum lagi sunyi dengan bunyi tembakan dan keperitan penduduk untuk membina semula kehidupan setelah diporakperandakan oleh pihak Tentera Jepun. Kemenangan pihak Berikat hanyalah memberikan keuntungan kepada pihak British, namun secara khususnya Tanah Melayu masih lagi tidak mempunyai pentadbiran yang benar – benar teratur. Setelah pihak Jepun pulang ke negara asal mereka, muncullah satu kumpulan pemberontak yang ditubuhkan oleh golongan opportunis komunis melalui Parti Komunis Malaya yang menggelarkan diri mereka sebagai Malayan’s People Anti Japanese Army (MPAJA). Mereka mula keluar dari sarang persembunyian mereka selama ini iaitu di hutan dan melancarkan serangan untuk membalas dendam terhadap pihak yang selama ini bersikap pro – Jepun kerana mereka amat mendendami pihak Jepun. Pemberontakan selama 14 hari oleh MPAJA atau dikenali dengan nama Bintang Tiga juga agak sama dengan cara yang dilakukan oleh tentera Jepun. Apa yang membezakan antara mereka ialah Jepun menyeksa dengan teruk individu yang memihak kepada negara dan rakyat China, tetapi menjalankan dasar berbaik – baik dengan individu yang menyokong perjuangan Jepun terutama dari kalangan orang Melayu dan India manakala MPAJA mendendami orang Melayu dan India kerana menyokong pihak Jepun dan membalasnya selama mereka berkuasa di Tanah Melayu. Pada zaman pendudukan Jepun, kumpulan ini mendapat sokongan British, malahan British melatih mereka tentang taktik peperangan di 101 Special Training School (STS) bersama – sama Force 136 untuk menentang Jepun. Namun begitu, setelah Jepun menyerah kalah, kumpulan ini cuba untuk mencetuskan huru – hara dengan menentang British pula. Golongan
  • 4. komunis cuba untuk menubuhkan negara yang berpaksikan fahaman komunis sepertimana yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Komunis Sedunia yang berpusat di China. Pihak British sememangnya menghadapi masalah untuk memerangi dan menghapuskan MPAJA ini disebabkan kekurangan anggota dan kelebihan taktikal mereka. Gerakan MPAJA yang dibantu dengan pasukan pembantu iaitu pasukan Min Yuen juga amat berkesan kerana pasukan ini membantu MPAJA dalam mendapatkan makanan, ubat-ubatan dan berita yang terbaru tentang perkembangan British. Gerakan Min Yuen yang kebanyakannya dianggotai oleh orang Cina secara tidak langsung menyebabkan orang Melayu pada waktu itu tidak mempercayai malah membenci orang Cina kerana terbabit secara langsung bagi membantu pihak komunis mendapat keperluan asas kehidupan. Orang Melayu pada ketika itu juga menganggap bangsa Cina adalah kesemuanya menganut fahaman komunis sedangkan sebahagian besar daripada mereka membantu komunis dengan hati yang berbelah bahagi kerana mereka terpaksa bersifat hipokrit untuk menyebelahi pentadbiran British dan komunis. 2.2 Malayan Union : Kolonial Baru Barat British kembali semula ke Tanah Melayu pada September 1945 dan misi mereka ialah bagaimana untuk meredakan pemberontakan yang dilakukan oleh MPAJA dan apa yang paling penting di sini, bagaimana untuk menyatukan kembali masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Perasaan perkauman yang memuncak dalam kalangan Cina – Melayu telah menyebabkan mereka bermusuhan dan sistem ekonomi di Tanah Melayu pada masa itu hampir lumpuh akibat pemerintahan Jepun yang tidak menitikberatkan ekonomi. British cuba memperkenalkan Sistem Pentadbiran Tentera British (British Military Administrations) bagi memulihkan keadaan di Tanah Melayu. Keadaan ini sebenarnya memberikan gambaran bahawa satu lagi program kolonial British telah dirancang dan hakikatnya, perjalanan untuk mencapai kemerdekaan negara pada masa itu masih lagi panjang dan harus menempuh pelbagai liku dan ranjau bagi memastikan kemerdekaan itu tercapai. Pada 10 Oktober 1945, ketika parlimen British bersidang, mereka telah membentangkan satu kertas kerja yang dikenali sebagai pentadbiran di Tanah Melayu selepas Perang Dunia II tamat. Sebenarnya, gagasan Malayan Union ini telah lama dirancang oleh pihak British iaitu semenjak Perang Dunia II meletus lagi. Ini dapat dibuktikan dalam buku Rohani Ab. Ghani dan
  • 5. Zulhilmi Paidi dalam Kenegaraan Malaysia : isu dan cabaran yang menyatakan “...menjelang tahun 1943, Setiausaha bagi Tanah Jajahan menyerahkan satu memorandum kepada Kabinet Perang British yang membentangkan beberapa syarat umum mengenai perlunya perubahan perlembagaan Tanah Melayu yang bakal diduduki semula..”. Melalui bukti ini, dapat dibuktikan bahawa pihak British sudah lama merangka dan menjangka keadaan di Tanah Melayu akan berlaku. Reconstruction of Malaya yang dibincangkan oleh Whitehall (Setiausaha Tanah Jajahan) dan Pejabat Perang British pada 1943 memutuskan bahawa Malayan Union mesti dilaksanakan untuk memastikan kemandirian British di Tanah Melayu terus terbela. Proses penjajahan tetap diteruskan walaupun dengan nama yang lain. Buktinya di dalam buku Rohani Ab. Ghani dan Zulhilmi Paidi dalam Kenegaraan Malaysia : isu dan cabaran yang menyatakan “...moreover, it was generally recognized that in the post – war world Malaya would be vital for Britain’s strategic and economic need...”. Setelah membuat beberapa rundingan antara pentadbir Tanah Jajahan dan Parlimen British, akhirnya Malayan Union diisytihar secara rasmi pada Januari 1946 melalui titah di raja di Parlimen British dan disiarkan dalam Warta Kerajaan pada 22 Januari dan dikenali dengan nama Kertas Putih 6724. Malayan Union diisytihar secara rasmi di Tanah Melayu pada 1 April 1945 di Carcosa Seri Negara (King’s House) dan Sir Edward Gent sebagai Gabenor pertama. Mohammed Noordin Sopiee (2005) melalui bukunya menerangkan James Allen iaitu individu yang bertanggungjawab membentangkan kertas kerja Malayan Union kepada Parlimen British telah mendeklamasikan tiga perkara mengapa Malayan Union ini perlu dilaksanakan iaitu : James Allen, who has presented the lengthiest and most sophisticated analysis of the Malayan Union thus far, suggest three motives for British commitment to the Union policy: the desire to prepare Malaya for self government; the desire to create a military more defensible polity; and a motive related to “disillusionment with the Malay” Rohani Ab. Ghani dan Zulhilmi Paidi (2002) menyatakan bahawa Setiausaha Tanah Jajahan juga berkata tentang perkara yang hampir sama iaitu: We are pledged to guide Colonial people along the road to self – government within the framework of the British Empire. We are pledged to build up their social and economic institution and we are pledged to develop their natural resources.
  • 6. 2.3 Ciri – Ciri Malayan Union 1. Negeri – negeri Melayu Bersekutu (Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan), Negeri – negeri Melayu Tidak Bersekutu ( Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu) dan dua buah Negeri Selat ( Pulau Pinang dan Melaka) digabungkan sebagai satu unit politik yang dikenali sebagai Malayan Union. 2. Singapura diasingkan dari Malayan Union kerana jumlah penduduk Cina yang ramai, kedudukan strategik dan pelabuhan bebas. Singapura menjadi kawasan yang berasingan dan ditadbir oleh seorang Gabenor. 3. Kedudukan Sultan dikekalkan tetapi kekuasaan dan kewibawaan mereka dikurangkan. Sultan tidak dibenarkan mempunyai hak dalam pentadbiran melainkan dalam hal adat – istiadat orang Melayu iaitu kuasa untuk melantik Pengerusi Majlis Penasihat Melayu negeri masing – masing. 4. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan tetapi tertakluk dalam kuasa kerajaan pusat. 5. Malayan Union akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British dan diketuai oleh Gabenor di Kuala Lumpur. 6. Gabenor akan menjalankan tugas dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan Pusat. Selain itu, Majlis Penasihat juga ditubuhkan. 7. Seorang Gabenor Jeneral dilantik untuk mengawasi pentadbiran Malayan Union, Singapura dan wilayah Borneo. 3.0 Sebab – sebab Orang Melayu Menentang Malayan Union 3.1 Tindakan Sir Mac Michael Sir Harold Mac Michael merupakan seorang mastermind dalam percaturan politik perang Britain. Berkelulusan sebagai mahasiswa di Universiti Cambridge, beliau merupakan individu yang bertanggungjawab dalam memastikan pergerakan untuk menubuhkan satu kolonial baru British selepas Perang Dunia Kedua sepertimana Malayan Union yang ditubuhkan di Tanah Melayu selepas perang tamat. Mac Michael telah memaksa individu berkepentingan iaitu Sultan untuk menurunkan tandatangan bagi menyatakan persetujuan terhadap penubuhan Malayan Union. Pemaksaan ini telah menyebabkan orang Melayu terutamanya bangkit menentang tindakan Mac Michael yang dianggap telah mencemarkan kedaulatan Raja – Raja Melayu. Contohnya seperti Sultan Kedah pada ketika itu iaitu Sultan Badlishah yang diugut akan diturunkan jawatan sekiranya tidak mempersetujui perjanjian untuk menubuhkan Malayan Union. Mac Michael juga tidak memberikan masa yang mencukupi kepada Raja – Raja Melayu untuk membuat keputusan bagi melaksanakan Malayan Union sepertimana yang ditandatangani
  • 7. oleh Sultan Perak pada ketika itu. Ugutan juga diberikan kepada Raja kerana apabila Raja tidak menandatangani perjanjian persetujuan, mereka akan dituduh sebagai pihak radikal yang pro – Jepun. Selain itu juga, Mac Michael tidak mendedahkan tentang isi perjanjian Malayan Union kepada Sultan Melayu. Perkara ini menyebabkan Sultan terasa seperti terpinga – pinga sama ada pentadbiran baru ini akan mendatangkan keburukan atau kebaikan secara total kepada masyarakat Melayu umumnya yang berada di wilayah Malayan Union tersebut. 3.2 Kewibawaan Sultan yang akan terus – terusan diperkecilkan. Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, Sultan telah memainkan peranan penting. Peranan yang mereka mainkan amat besar yang mencakupi bidang politik, pentadbiran dan agama sehingga dikenali sebagai wakil Tuhan di Bumi. Malahan pada zaman Sultan Iskandar atau dikenali dengan nama Parameswara memeluk Islam, seluruh rakyat Melaka pada kurun ke – 13 turut memeluk agama tersebut. Begitu besar pengaruh Sultan dalam jiwa orang Melayu sehingga ada yang sanggup berkorban untuk mempertahankan Sultan. Perkara yang berlaku dalam percaturan politik Sultan semasa era penubuhan Malayan Union adalah sama dengan yang berlaku semasa era pentadbiran British selepas tamatnya penjajahan Belanda di Tanah Melayu. Kedudukan Sultan sebagai pemerintah yang mempunyai kuasa atau konsep mandala tidak lagi dapat dipertahankan. Keadaan ini tiada bezanya dengan pentadbiran British semasa era penjajahannya sebelum tercetusnya Perang Dunia. Konsep ketertinggian Sultan tidak lagi dihormati apabila tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan di dalam pentadbiran Malayan Union. Kuasa Sultan yang terhad pada adat resam orang Melayu dan agama Islam membuatkan orang Melayu pada ketika itu tidak berpuas hati dengan cadangan penubuhan Malayan Union. Kuasa eksekutif yang sepatutnya dinikmati oleh Sultan untuk mempertahankan orang Melayu akan dipegang oleh Gabenor yang berpusat di Kuala Lumpur. Apa yang lebih membangkitkan kemarahan orang Melayu ialah Majlis Mesyuarat Agama yang berfungsi sebagai platform untuk membincangkan hal – hal berkaitan dengan agama Islam juga turut akan dipengerusikan oleh Gabenor. Dengan cara ini, dapat disimpulkan bahawa Malayan Union akan mengambil keseluruhan peranan Sultan dengan cara yang lebih halus. Perkiraan ini dilakukan setelah mengambil kira tentang bidang kuasa Gabenor dan Gabenor Jeneral.
  • 8. 3.3 Usaha untuk menghapuskan Hak orang Melayu sebagai Bumiputera Siapakah Melayu? Melayu ialah individu yang mengamalkan cara hidup Islam, kebiasaannya bercakap dalam Bahasa Melayu, berpakaian seperti orang Melayu lain, yang lahir sebelum Hari Merdeka (31 Ogos 1957). Seperti yang diterangkan dalam buku Syed Husin Ali (2008) ada menyebut: ...the definition of Malay more complex in the context of two other issues , namely, its legal definition and newly coined term Bumiputera (son of the soil). According to the Malaysian Constitution, a Malay is defined as meaning “a person who professes the Muslim religion, habitually speaks Malay, conforms to Malay custom and : (a) was born before Merdeka Day, in the Federation or Singapore or born of parents one of whom was born in the Federation or Singapore, or was on Merdeka Day domiciled in the Federation or Singapore; or (b) is the issue of such of person.” (Article 160). Merdeka Day refers to Independence on 31 August 1957... Keadaan ini bermakna individu yang berbangsa Melayu merupakan penduduk asal di Tanah Melayu ini. Jadi tidak menghairankan apabila mereka menentang Malayan Union setelah mendapat tahu bahawa bahawa Perlembagaan Malayan Union itu amat berat sebelah dan tidak menyebelahi mereka sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Hak orang Melayu sebagai masyarakat asal atau “Bumiputera” dinafikan malahan hak sosial imigran pada masa itu diberi perhatian khusus oleh British. Imigran Cina sebagai contohnya diberi kebebasan oleh British namun orang Melayu disekat dan dikenakan pelbagai birokrasi yang amat ketat. 3.4 Prinsip Jus Soli Mohd Fuad Sadkan (1999) menyatakan prinsip jus soli merupakan salah satu prinsip dimana ia berdasarkan undang-undang tempat lahir, iaitu sesiapa yang lahir di Malaysia antara hari Merdeka dan Oktober 1962,secara automatik mendapat taraf warganegara Tanah Melayu. Terdapat beberapa prinsip yang membolehkan seseorang itu menjadi warganegara. Bagi yang lahir selepas 1962 dia boleh menjadi warganegara sekiranya ibu dan bapanya adalah warganegara maka ia boleh menjadi sebahagian daripada tersebut. Selain itu juga, jika ibu bapa mereka masih lagi bermastautin di Tanah Melayu pada ketika itu maka secara automatik mereka juga menjadi warganegara. Dan satu lagi prinsip yang boleh menjadikan mereka seorang warganegara ialah jika dia masih lagi tidak mempunyai warganegara daripada negara lain. Dengan cara ini British berpendapat ia akan dapat menyelesaikan masalah tersebut, prinsip yang di utarakan telah mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu yang
  • 9. mengatakan bahawa hak mereka menjadi semakin tidak bermakna dan lama kelamaan ia akan terhakis dengan sendirinya. Ramlan Adam 2005 menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura dan telah bermastautin di situ sebelum perintah tersebut dikuatkuasakan. Sesiapa sahaja yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun yang telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura selama 10 tahun dari masa 15 tahun sebelum 15 Februari 1942. Azmah Abd Manaf (2003) berpendapat bahawa prinsip Jus Soli diperkenalkan oleh British semasa pentadbiran Malayan Union dengan anggapan bahawa masyarakat majmuk di Tanah Melayu akan dengan sendirinya bersatu padu melalui konsep ini. Namun begitu, harapan British merupakan angan – angan Mat Jenin, iaitu bukan sahaja konsep ini pada permulaannya tidak diterima oleh orang Melayu, malahan tidak mendapat respon dari masyarakat bukan Melayu. Orang Melayu beranggapan bahawa konsep Jus Soli tidak dapat diterima langsung dan wajib ditentang kerana isu kerakyatan merupakan isu sensitif. Masyarakat Melayu berpendapat bahawa masyarakat bukan Melayu pada masa itu diragui tahap kesetiaan mereka terhadap Tanah Melayu. Penguasaan ekonomi oleh orang Cina dalam bidang pelombongan pada masa itu menambahkan lagi rasa curiga orang Melayu terhadap konsep Jus Soli. Di samping itu, orang bukan Melayu sememangnya telah dijanjikan dengan konsep ini semasa era pemerintahan BMA lagi dan mengharapkan balasan yang lebih besar daripada British. Selain itu juga, orang Melayu berasa bimbang dengan taraf Jus Soli yang dipraktikkan oleh British dalam Malayan Union kerana isu ini berkaitan dengan taraf kerakyatan yang terlalu liberal akan menyebabkan tamadun Melayu terhakis dengan sendirinya. Keadaan ini disebabkan populasi masyarakat Cina telah melebihi daripada masyarakat Melayu yang berjumlah hanya 49.46 peratus daripada bilangan penduduk Tanah Melayu. 3.5 Isu “Balas Dendam” British terhadap Masyarakat Melayu Kebanyakan pengkaji dalam sejarah Malayan Union menyatakan bahawa tindakan British menubuhkan Gagasan Malayan Union tidak lain tidak bukan untuk membalas dendam kerana kebanyakan orang Melayu menyokong Jepun untuk masuk ke Tanah Melayu sepertimana yang dinyatakan oleh Rohani Ab. Ghani dan Zulhilmi Paidi (2002) bahawa:
  • 10. ...British juga berhasrat untuk mencipta satu dasar ketenteraan yang lebih mudah untuk dipertahankan dan satu lagi tujuan ialah rancangan Malayan Union ini secara tidak langsung merupakan satu bentuk “balas dendam” dan rasa kecewa British terhadap orang – orang Melayu yang menyokong Jepun semasa perang berlangsung. Selaras dengan itu, British mengemukakan satu rancangan iaitu rancangan penubuhan Malayan Union sebagai “hukuman” kepada orang Melayu dan sebagai satu ganjaran kepada orang Cina... Status negara jajahan menyebabkan kebanyakan orang Melayu tidak berpuas hati dengan layanan dan pentadbiran British. Taraf hidup yang tidak banyak berubah terutamanya dalam kalangan rakyat bawahan, ditambah pula dengan propaganda Jepun iaitu “Asia untuk Orang Asia” yang begitu berkesan membuatkan orang Melayu mengharapkan Jepun untuk membebaskan dan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu seperti yang dijanjikan. Namun keadaan itu tidak berlaku malahan KMM turut diharamkan oleh Jepun kerana dianggap sebagai nasionalis Tanah Melayu pada ketika itu. Sebenarnya, jika diperhatikan secara teliti, orang Melayu pada waktu itu berbelah bahagi mengenai persoalan ini iaitu sama ada untuk menyokong atau menolak Jepun. Keadaan ini disebabkan mereka tidak mengetahui tentang nasib mereka sebagai rakyat yang dina, apabila perhubungan mereka terhadap dunia luar disekat oleh British. Oleh sebab itu, mereka mengambil keputusan untuk menyokong Jepun kerana mereka mengharapkan bahawa Jepun itu sebagai pembela masyarakat Asia yang telah sekian lama “dipijak” oleh kolonial Eropah. Apabila keadaan ini disedari oleh orang Melayu kebanyakan, mereka menganggap bahawa tindakan British menubuhkan Malayan Union tidak lain adalah untuk membalas dendam disebabkan perasaan kecewa pihak British. James V. Allen dalam bukunya, “the Malayan Union” ada menyatakan bahawa kebanyakan pegawai British bersikap anti – Melayu selepas Perang Dunia Kedua tamat. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka kecewa dengan sebilangan besar masyarakat Melayu yang bertindak menyokong Jepun. Penutup
  • 11. Proses penentangan terhadap Malayan Union telah menyebabkan orang Melayu bergabung dan berpadu suara serta tenaga untuk menyuarakan bantahan terhadap gagasan ini. Penolakan masyarakat Melayu menyebabkan tertubuhnya United Malay National Organization (UMNO) atau PEKEMBAR yang merupakan platform untuk menyuarakan bantahan secara teratur dan berkesan. Pelbagai rapat umum diadakan oleh pelbagai pihak terutamanya oleh UMNO dengan sokongan mantap orang Melayu. Hasilnya, pihak British telah menarik semula cadangan untuk menubuhkan Malayan Union kerana sedar rancangan gagasan ini tidak akan berjaya tanpa sokongan orang Melayu. Dengan hasil kebijakan pemimpin negara pada waktu itu yang diketuai oleh Tunku Abd Rahman, Dato’ Onn Jaafar, Tun Tan Cheng Lock, E.E.C Thuraisingham dan pemimpin – pemimpin lain di Tanah Melayu, satu kerangka dibuat oleh pihak British pada bulan Julai 1946. Kerangka itu mencadangkan satu jawatankuasa ditubuhkan yang dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang ditandatangani pada 21 Januari 1948. Sebagai kesimpulannya, proses penjajahan selama 446 tahun ini telah mengajar kita tentang harga dan erti perpaduan di dalam konteks sesebuah negara. Perpaduan merupakan sesuatu yang penting, kerana keyakinan daripada penjajah British tentang perpaduan masyarakat majmuk yang menyebabkan mereka bersetuju untuk memerdekakan Tanah Melayu daripada kolonial mereka. Pengakhirannya, Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan apabila Sabah dan Sarawak mengumumkan untuk menyertai Tanah Melayu pada 13 September 1963, nama “Tanah Melayu” digantikan dengan nama Malaysia iaitu penyatupaduan daripada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
  • 12. BIBLIOGRAFI Malayan Union dan Sejarah Kemerdekaan (2006). Diperoleh pada November 20, 2011 daripada http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760609/1/ Mohamed Noordin Sopiee (2005). From Malayan Union to Singapore Separation: political unification in the Malaysia region 1945-1965, Kuala Lumpur: University of Malaya Press Mohd Syariefuddin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim (2009). Kenegaraan dan Ketamadunan, Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd Nazaruddin Hj. Mohd Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah dan Ismail Hj. Mohd Rashid (2009), Pengajian Malaysia : Kenegaraan dan Kewarganegaraan, Petaling Jaya, Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Ong Siew Im. P (1998), One’s Man Will: a portrait of Dato’ Sir Onn bin Jaafar, Penang, Malaysia: Island Printers Sdn. Bhd Rohani Ab. Ghani dan Zulhilmi Paidi (2002). Kenegaraan Malaysia : isu – isu dan perkembangan. Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Syed Husin Ali (2008). The Malays: their problem and future, Petaling Jaya, Other Press Sdn.Bhd