SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 7
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

              DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH 2010/2011



                                 KPR 5063

                    KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

                               KUMPULAN E




                               TUGASAN 1 :

                         ULASAN KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN TOLAK DENGAN
       MENGUMPUL SEMULA DARI RATUS KE PULUH DAN PULUH KE SA



                            DISEDIAKAN OLEH:

NAMA                                                         NO. MATRIK

SITI AMIATUNAIM BT ABD HAMID                                 L20101006009

SIMAH BT SERAT                                               L20101006014



                               PENSYARAH :

                 PROF. MADYA DR. HAJI ABD LATIF HAJI GAPOR




                                     1
MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN TOLAK DENGAN
         MENGUMPUL SEMULA DARI RATUS KE PULUH DAN PULUH KE SA

                                         OLEH

                                    Julaila Selamat

                                 Rosnah Embok Tang

                                  Rashidah Punawan



                                    SK Laksamana,

                                  Kota Tinggi, Johor.

       Kajian Tindakan yang ingin diulas ini bertajuk ‘Meningkatkan Penguasaan Kemahiran
Menjawab Soalan Tolak Dengan Mengumpul Semula Dari Ratus Ke Puluh Dan Puluh Ke
Sa’ yang telah dijalankan oleh Julaila Selamat, Rosnah Embok Tang dan Rashidah
Punawan dari Sekolah Kebangsaan Laksamana, Kota Tinggi Johor. Kami memdapat jurnal
ini melalui laman web http://www.arjpnj.com/ktindak/files/tolak.pdf. Limitasi pengkaji
terhadap penyelidikan ini adalah pelajar kelas 3 Jaya dan 3 Maju iaitu seramai 11 orang
pelajar sebagai sampel kajian, sembilan orang pelajar lelaki dan dua orang pelajar
perempuan.

       Kami terpanggil untuk mengulas jurnal ini kerana kami merasakan teknik-teknik baru
yang dikemukan oleh pengkaji adalah sesuatu yang menarik dan perlu diberi perhatian
kerana teknik ini boleh diaplikasikan oleh guru-guru dari sekolah lain yang berhadapan
dengan masalah yang hampir sama; di mana masih terdapat pelajar yang tidak menguasai
teknik asas mengira walaupun pelajar tersebut sudah berada di tahun 3 persekolahan;
sedangkan antara matlamat kerajaan untuk memastikan pelajar dapat menguasai 3 M
(membaca, menulis dan mengira) di peringkat sekolah rendah.

       Hasil daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lepas pengkaji mendapati
pelajar kelas tiga Jaya dan 3 Maju tidak menguasai kemahiran tolak dengan mengumpul
semula. Hal ini dapat dibuktikan dengan penyemakan buku latihan dan merujuk kepada
keputusan ujian bulan pertama. Kemudian pengkaji melakukan pemerhatian dan hasil
pemerhatian pengkaji mendapati     pelajar tidak memahami konsep pinjam sebelah dan
kemudian kumpul semula. Malahan pelajar ini juga malas mengira, tidak berkeyakinan dan
tiada motivasi dalaman.




                                           2
Secara amnya objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran
asas Matematik menjawab soalan tolak dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh dan
puluh ke sa. Manakala objektif utama kajian tindakan ini pula adalah untuk membantu
pelajar menguasai kemahiran tolak dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh dan
puluh ke sa melibatkan tiga digit dengan tepat menggunakan teknik pembilang EQ (Easy
Quantifiers). Selain itu, objektif pengkaji juga adalah untuk meningkatkan penguasaan dan
kepantasan pelajat dalam pengiraan yang melibatkan konsep ‘pinjam sebelah’ dan
menambahkan keyakinan pelajar untuk menjawab soalan berkaitan penolakan, serta dapat
menambahbaikan dan mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran matematik.

       Kami mendapati pengkaji menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul
maklumat yang diperlukan untuk membantu pengkaji menganalisa data yang diperlukan
seperti menggunakan kaedah pemerhatian, yang mana pengkaji mendapati sikap malas
yang ada pada pelajar ini yang menyebabkan mereka tidak menguasai asas Matematik.

       Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah Ujian Pra dan Soal Selidik untuk
mengumpul maklumat, yang mana daripada dua kaedah berkenaan, pengkaji mendapati 0%
pelajar yang mendapat skor penuh, 36% pelajar mendapat skor kosong dalam ujian
tersebut, dan 37% daripada pelajar tersebut menyatakan mereka tidak berminat dengan
mata pelajaran Matematik.

       Selepas menganalisa data tersebut, pengkaji berpendapat bahawa pelajar tersebut
perlu diberi rawatan klinikal, yang mana kelas klinikal tersebut telah dijalankan selama dua
minggu. Semasa proses rawatan klinikal tersebut, pengkaji telah menjalankan tiga jenis
aktiviti pembelajaran, iaitu Aktiviti Suluh, Aktiviti Litar EQ dan Latihtubi berterusan.

       Kami    mendapati     semasa     proses       rawatan   klinikal   ini   dijalankan,   pengkaji
menyediakan beberapa senarai semak untuk membantu pengkaji melihat keberkesanan
program yang dijalankan senarai semak pencapaian pelajar, senarai semak perubahan
tingkah laku pelajar, graf pencapaian pelajar dan borang soal selidik.

       Aktiviti Suluh merupakan aktiviti permulaan sesi rawatan, yang mana melalui aktiviti
ini pelajar diberikan penerangan mengenai konsep pengiraan yang melibatkan operasi tolak
dengan ‘pinjam sebelah’. Penerangan konsep ini ditunjukkan secara tayangan slaid
powerpoint. Penerangan powerpoint ini telah menyebabkan pelajar terpegun dan memberi
sepenuh perhatian mereka kerana apabila berlaku sesuatu inovasi semasa proses
pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan tertarik dengan perubahan tersebut.

       Minat dan perhatian yang ditunjukkan oleh pelajar tersebut telah memberi implikasi
positif dalam pembelajaran mereka. Pelajar-pelajar ini menunjukkan peningkatan dalam
penguasaan pengiraan penolakan dengan konsep ‘pinjam sebelah’. Melalui aktiviti ini juga
                                                 3
pelajar-pelajar ini dilihat mula melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan
pembelajaran kerana mereka mula menunjukkan minat untuk mencuba dan tampil ke
hadapan untuk menjawab soalan yang diberikan.

           Apabila pengkaji mendapati peningkatan penguasaan kemahiran pengiraan pelajar
semakin baik, pengkaji melaksanakan aktiviti yang kedua iaitu Aktiviti Litar EQ. Semasa
Aktiviti Litar EQ ini dijalankan, pengkaji mendapati pelajar mengaplikasikan kemahiran
‘pinjam sebelah’ (yang digunakan semasa Aktiviti Suluh) sebelum menggunakan Pembilang
EQ untuk menyelesaikan soalan yang diberi.

           Pengkaji mendapati Aktiviti Litar EQ ini juga berjaya menarik minat pelajar kerana
semasa proses ini berjalan, pelajar semakin aktif untuk bertanyakan soalan kepada pengkaji
berkaitan dengan Pembilang EQ. Aktiviti Litar EQ ini juga telah berjaya membantu pelajar
untuk lebih menguasai teknik pengiraan tolak kerana pelajar ini dapat menyelesaikan setiap
soalan yang diberikan.

           Setelah pengkaji memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Aktiviti Suluh dan
Aktiviti    Litar   EQ,       pengkaji   menggunakan    pendekatan     behaviorisma    untuk   lebih
memantapkan penguasaan pengiraan tolak pelajar. Pendekatan behaviorisma yang
digunakan ialah kaedah Latih Tubi. Kaedah Latih Tubi ini digunakan sebagai pelengkap dan
kesinambungan daripada dua aktiviti yang telah dijalankan.

           Pengkaji telah menggunakan Ujian Pos untuk melihat keberkesanan program yang
telah dijalankan. Hasil yang telah ditunjukkan oleh pelajar tersebut adalah seperti di bawah:

                    UJIAN PRA                                 UJIAN POS

   SKALA               BIL               %         SKALA             BIL          %

Betul Semua               0               0     Betul Semua          4            37

Betul 7 – 9               0               0     Betul 7 – 9          4            37

Betul 3 – 6               0               0     Betul 3 – 6          1            9

Betul 1 – 2               7              64     Betul 1 – 2          2            17

Salah                                           Salah
                          4              36                          0            0
Semua                                           Semua

JUMLAH                 11                100    JUMLAH               11          100




           Berdasarkan jadual di atas, dapat dilihat bahawa pelajar tersebut telah berjaya untuk
meningkatkan penguasaan mereka dalam teknik asas penolakan. Hal ini kerana semasa
Ujian Pra dijalankan, sebanyak 36% pelajar yang mendapat skor kosong, dan 0% pelajar

                                                  4
yang mendapat skor penuh, tetapi setelah sesi rawatan klinikal dijalankan, pencapaian
pelajar telah meningkat, di mana sebanayk 37% pelajar telah mendapat skor penuh dan 0%
pelajar yang mendapat skor kosong.

       Hasil daripada ulasan di atas, kami mendapati rekabentuk kajian yang digunakan
oleh pengkaji adalah ‘Model Kemmis & McTaggart (1988)’, yang hanya menggunakan satu
lingkaran sahaja seperti rajah di bawah ini:-




       Berdasarkan Model rekabentuk Kemmis & McTaggart (1988), setiap kajian yang
dilakukan oleh pengkaji menggunakan prosedur seperti rajah 2 di bawah:-



                                                5
Mengenalpasti
                                     Masalah




                                                              Merancang
               Melakukan
                                                               Tindakan
                Refleksi




                                Melaksanakan Tindakan
                                   dan Pemerhatian




       Prosedur pertama yang digunakan oleh pengkaji adalah mengenalpasti masalah
kajian. Pengkaji mendapati pelajar tidak dapat menguasai kemahiran tolak dengan
mengumpul semula nilai sebelah. Pengkaji mengenalpasti masalah ini melalui penyemakan
buku latihan Matematik dan kemerosotan ujian bulanan pelajar untuk subjek ini. Setelah
mengenalpasti masalah ini, pengkaji menjalankan beberapa kaedah untuk mengenalpasti
pelajar sasaran dan faktor yang menyebabkan mereka lemah dalam penguasaan kemahiran
tolak menggunakan teknik pinjam dan kumpul semula.

       Dalam prosedur kedua, pengkaji merancang kaedah yang sesuai untuk diguna pakai
dalam menyelesaikan masalah tersebut. Pengkaji menggunakan tiga jenis kaedah, iaitu
Aktiviti Suluh, Aktiviti Litar EQ dan Latih Tubi. Pengkaji menjalankan ketiga-tiga aktiviti ini
melalui ‘rawatan klinikal’ yang dilaksanakan selama dua minggu.

       Prosedur berikutnya adalah melaksanakan tindakan dan pemerhatian             ketiga-tiga
aktiviti yang telah dirancang. Pengkaji menggunakan tayangan slaid powerpoint untuk
menunjukkan cara menggunakan kaedah pinjam sebelah. Tayangan slaid ini merupakan
satu inovasi kepada pelajar tersebut kerana kebiasaannya guru mengajar dengan
menggunakan papan hitam, tidak menggunakan tayangan slaid. Hasil pemerhatian aktiviti
ini murid terpegun dengan slaid yang ditunjukkan dan memberi tumpuan sepenuhnya
terhadap slaid sehingga selesai penerangan. Aktiviti kedua menyusul selepas aktiviti
pertama selesai dilaksanakan. Melalui Aktiviti Litar EQ, pelajar diberikan pembilang EQ
setiap seorang. Pengkaji menggunakan gambar kartun pada pembilang tersebut untuk
menarik perhatian pelajar. Pelajar mengaplikasikan kaedah pinjam sebelah yang telah diajar
dalam aktiviti pertama tadi. Hasil pemerhatian aktiviti ini pula, murid pada mulanya agak
                                             6
sukar memahami kaedah ini namun murid boleh memperolehi hasil tolak selepas
menggunakan pendekatan mesra murid. Aktiviti ketiga, iaitu Latih Tubi digunakan untuk
memantapkan     lagi   pemahaman     dan   penguasaan    pelajar   terhadap   konsep   tolak
menggunakan kaedah pinjam dan kumpul semula.

       Prosedur terakhir yang diguanakan oleh pengkaji ialah melakukan refleksi atau
penilaian kajian iaitu menilai keberkesanan aktiviti Suluh dan aktiviti Litar EQ dan membuat
senarai semak data setiap murid sasaran untuk mengetahui perubahan semasa sama ada
mengalami peningkatan atau tidak. Tiga penilaian yang dilakukan oleh pengkaji iaitu jadual
pencapaian setiap murid sasaran dalam rawatan kritikal, jadual perbandingan Ujian Pra dan
Ujian Pos dan graf pencapaian individu murid sasaran.

       Secara konklusinya pengkaji berpuas hati dengan pencapaian yang telah ditunjukkan
oleh pelajar sasaran tersebut. Selain itu, pengkaji juga berharap agar guru yang mengajar
pelajar yang lemah dalam Matematik untuk mengajar pelajar berkenaan dengan
menggunapakai konsep ‘learning is fun’ dan ‘mathematic is fun’ untuk menarik minat pelajar
tersebut terhadap Matematik.




                                             7

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Penulisan Kajian Tindakan Matematik
Penulisan Kajian Tindakan MatematikPenulisan Kajian Tindakan Matematik
Penulisan Kajian Tindakan MatematikSiti Farah Idayu
 
Refrensi
RefrensiRefrensi
Refrensiisti18
 
Ulasan kajian tindakan kpr 1
Ulasan kajian tindakan kpr 1Ulasan kajian tindakan kpr 1
Ulasan kajian tindakan kpr 1UPSI2010
 
ANALISIS KESALAHAN SISWA SMP DALAM MENYELESAIKAN SOAL BERBASIS PISA BERDASARK...
ANALISIS KESALAHAN SISWA SMP DALAM MENYELESAIKAN SOAL BERBASIS PISA BERDASARK...ANALISIS KESALAHAN SISWA SMP DALAM MENYELESAIKAN SOAL BERBASIS PISA BERDASARK...
ANALISIS KESALAHAN SISWA SMP DALAM MENYELESAIKAN SOAL BERBASIS PISA BERDASARK...aseprosadi29
 
Hasil analisis-kesalahan-siswa-dalam-menyelesaikan-soal-matematika--pada-mate...
Hasil analisis-kesalahan-siswa-dalam-menyelesaikan-soal-matematika--pada-mate...Hasil analisis-kesalahan-siswa-dalam-menyelesaikan-soal-matematika--pada-mate...
Hasil analisis-kesalahan-siswa-dalam-menyelesaikan-soal-matematika--pada-mate...Cha Aisyah
 
Esei ulasan
Esei ulasanEsei ulasan
Esei ulasankoperasi
 
JURNAL PENERAPAN KONSELING KELUARGA (REFERENSI)
JURNAL PENERAPAN KONSELING KELUARGA (REFERENSI)JURNAL PENERAPAN KONSELING KELUARGA (REFERENSI)
JURNAL PENERAPAN KONSELING KELUARGA (REFERENSI)Nur Arifaizal Basri
 
penilaian dlam pembelajaran
penilaian dlam pembelajaranpenilaian dlam pembelajaran
penilaian dlam pembelajaranambarlestari
 
Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507
Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507
Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507SK Seri Tawai
 
Karier gisberg dalam modeling (Refrensi)
Karier gisberg dalam modeling (Refrensi)Karier gisberg dalam modeling (Refrensi)
Karier gisberg dalam modeling (Refrensi)Irull15
 
JURNAL KARIER TEORI HOLLAND (REFERENSI)
JURNAL KARIER TEORI HOLLAND (REFERENSI)JURNAL KARIER TEORI HOLLAND (REFERENSI)
JURNAL KARIER TEORI HOLLAND (REFERENSI)Nur Arifaizal Basri
 
ANALISIS JURNAL PTK BY LILIA - PPT
ANALISIS JURNAL PTK BY LILIA - PPTANALISIS JURNAL PTK BY LILIA - PPT
ANALISIS JURNAL PTK BY LILIA - PPTLilia Ismarti
 
Bab i pendahuluan penelitian eksperimen murni
Bab i pendahuluan penelitian eksperimen murniBab i pendahuluan penelitian eksperimen murni
Bab i pendahuluan penelitian eksperimen murnisafran hasibuan
 

Was ist angesagt? (17)

Penulisan Kajian Tindakan Matematik
Penulisan Kajian Tindakan MatematikPenulisan Kajian Tindakan Matematik
Penulisan Kajian Tindakan Matematik
 
Refrensi
RefrensiRefrensi
Refrensi
 
Ulasan kajian tindakan kpr 1
Ulasan kajian tindakan kpr 1Ulasan kajian tindakan kpr 1
Ulasan kajian tindakan kpr 1
 
Ppt
PptPpt
Ppt
 
ANALISIS KESALAHAN SISWA SMP DALAM MENYELESAIKAN SOAL BERBASIS PISA BERDASARK...
ANALISIS KESALAHAN SISWA SMP DALAM MENYELESAIKAN SOAL BERBASIS PISA BERDASARK...ANALISIS KESALAHAN SISWA SMP DALAM MENYELESAIKAN SOAL BERBASIS PISA BERDASARK...
ANALISIS KESALAHAN SISWA SMP DALAM MENYELESAIKAN SOAL BERBASIS PISA BERDASARK...
 
Hasil analisis-kesalahan-siswa-dalam-menyelesaikan-soal-matematika--pada-mate...
Hasil analisis-kesalahan-siswa-dalam-menyelesaikan-soal-matematika--pada-mate...Hasil analisis-kesalahan-siswa-dalam-menyelesaikan-soal-matematika--pada-mate...
Hasil analisis-kesalahan-siswa-dalam-menyelesaikan-soal-matematika--pada-mate...
 
Esei ulasan
Esei ulasanEsei ulasan
Esei ulasan
 
Ptk pts
Ptk ptsPtk pts
Ptk pts
 
2 noraini samin
2 noraini samin2 noraini samin
2 noraini samin
 
JURNAL PENERAPAN KONSELING KELUARGA (REFERENSI)
JURNAL PENERAPAN KONSELING KELUARGA (REFERENSI)JURNAL PENERAPAN KONSELING KELUARGA (REFERENSI)
JURNAL PENERAPAN KONSELING KELUARGA (REFERENSI)
 
penilaian dlam pembelajaran
penilaian dlam pembelajaranpenilaian dlam pembelajaran
penilaian dlam pembelajaran
 
Sugiyono 8 15 16
Sugiyono 8 15 16Sugiyono 8 15 16
Sugiyono 8 15 16
 
Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507
Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507
Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507
 
Karier gisberg dalam modeling (Refrensi)
Karier gisberg dalam modeling (Refrensi)Karier gisberg dalam modeling (Refrensi)
Karier gisberg dalam modeling (Refrensi)
 
JURNAL KARIER TEORI HOLLAND (REFERENSI)
JURNAL KARIER TEORI HOLLAND (REFERENSI)JURNAL KARIER TEORI HOLLAND (REFERENSI)
JURNAL KARIER TEORI HOLLAND (REFERENSI)
 
ANALISIS JURNAL PTK BY LILIA - PPT
ANALISIS JURNAL PTK BY LILIA - PPTANALISIS JURNAL PTK BY LILIA - PPT
ANALISIS JURNAL PTK BY LILIA - PPT
 
Bab i pendahuluan penelitian eksperimen murni
Bab i pendahuluan penelitian eksperimen murniBab i pendahuluan penelitian eksperimen murni
Bab i pendahuluan penelitian eksperimen murni
 

Ähnlich wie Meningkatkan Tolakan

Slide Ulasan Kajian Tindakan
Slide Ulasan Kajian TindakanSlide Ulasan Kajian Tindakan
Slide Ulasan Kajian TindakanAmiatunaim
 
Slide Kajian Tindakan
Slide Kajian TindakanSlide Kajian Tindakan
Slide Kajian TindakanAmiatunaim
 
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...Jenry Saiparudin
 
PPT_NURZAMZANI ARIF IRSYAD.pptx
PPT_NURZAMZANI ARIF IRSYAD.pptxPPT_NURZAMZANI ARIF IRSYAD.pptx
PPT_NURZAMZANI ARIF IRSYAD.pptxMusdalifahZA
 
Rian vebrianto- sidik-purnawati (BELAJAR SISWA DALAM PEMBELAJARAN IPA BIOLOGI...
Rian vebrianto- sidik-purnawati (BELAJAR SISWA DALAM PEMBELAJARAN IPA BIOLOGI...Rian vebrianto- sidik-purnawati (BELAJAR SISWA DALAM PEMBELAJARAN IPA BIOLOGI...
Rian vebrianto- sidik-purnawati (BELAJAR SISWA DALAM PEMBELAJARAN IPA BIOLOGI...Rian vebrianto
 
KELOMPOK 4 EVALUASI PEMBELAJARAN.pdf
KELOMPOK 4 EVALUASI PEMBELAJARAN.pdfKELOMPOK 4 EVALUASI PEMBELAJARAN.pdf
KELOMPOK 4 EVALUASI PEMBELAJARAN.pdfBasahbasahproject
 
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...Operator Warnet Vast Raha
 
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...Operator Warnet Vast Raha
 
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...Operator Warnet Vast Raha
 
PPT INOV KELOMPOK 2.pptx
PPT INOV KELOMPOK 2.pptxPPT INOV KELOMPOK 2.pptx
PPT INOV KELOMPOK 2.pptxnazirohherlia
 
Meningkatkanhasilbelajarpadamateripecahandanoperasinnyamelaluimodelpembelajar...
Meningkatkanhasilbelajarpadamateripecahandanoperasinnyamelaluimodelpembelajar...Meningkatkanhasilbelajarpadamateripecahandanoperasinnyamelaluimodelpembelajar...
Meningkatkanhasilbelajarpadamateripecahandanoperasinnyamelaluimodelpembelajar...Suaidin -Dompu
 
Ulasan jurnal kpr5063
Ulasan jurnal kpr5063Ulasan jurnal kpr5063
Ulasan jurnal kpr5063iedadyna
 

Ähnlich wie Meningkatkan Tolakan (20)

Slide Ulasan Kajian Tindakan
Slide Ulasan Kajian TindakanSlide Ulasan Kajian Tindakan
Slide Ulasan Kajian Tindakan
 
Slide Kajian Tindakan
Slide Kajian TindakanSlide Kajian Tindakan
Slide Kajian Tindakan
 
Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
 
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
 
Proposal 2014
Proposal 2014Proposal 2014
Proposal 2014
 
PPT_NURZAMZANI ARIF IRSYAD.pptx
PPT_NURZAMZANI ARIF IRSYAD.pptxPPT_NURZAMZANI ARIF IRSYAD.pptx
PPT_NURZAMZANI ARIF IRSYAD.pptx
 
Rian vebrianto- sidik-purnawati (BELAJAR SISWA DALAM PEMBELAJARAN IPA BIOLOGI...
Rian vebrianto- sidik-purnawati (BELAJAR SISWA DALAM PEMBELAJARAN IPA BIOLOGI...Rian vebrianto- sidik-purnawati (BELAJAR SISWA DALAM PEMBELAJARAN IPA BIOLOGI...
Rian vebrianto- sidik-purnawati (BELAJAR SISWA DALAM PEMBELAJARAN IPA BIOLOGI...
 
KELOMPOK 4 EVALUASI PEMBELAJARAN.pdf
KELOMPOK 4 EVALUASI PEMBELAJARAN.pdfKELOMPOK 4 EVALUASI PEMBELAJARAN.pdf
KELOMPOK 4 EVALUASI PEMBELAJARAN.pdf
 
ABDB
ABDBABDB
ABDB
 
Demostratos
DemostratosDemostratos
Demostratos
 
karya ilmiah
karya ilmiahkarya ilmiah
karya ilmiah
 
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
 
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
 
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
 
PPT INOV KELOMPOK 2.pptx
PPT INOV KELOMPOK 2.pptxPPT INOV KELOMPOK 2.pptx
PPT INOV KELOMPOK 2.pptx
 
karil revisi4.docx
karil revisi4.docxkaril revisi4.docx
karil revisi4.docx
 
Implementasi pbl
Implementasi pblImplementasi pbl
Implementasi pbl
 
Meningkatkanhasilbelajarpadamateripecahandanoperasinnyamelaluimodelpembelajar...
Meningkatkanhasilbelajarpadamateripecahandanoperasinnyamelaluimodelpembelajar...Meningkatkanhasilbelajarpadamateripecahandanoperasinnyamelaluimodelpembelajar...
Meningkatkanhasilbelajarpadamateripecahandanoperasinnyamelaluimodelpembelajar...
 
Ulasan jurnal kpr5063
Ulasan jurnal kpr5063Ulasan jurnal kpr5063
Ulasan jurnal kpr5063
 
Tugas 4
Tugas 4Tugas 4
Tugas 4
 

Meningkatkan Tolakan

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH 2010/2011 KPR 5063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN KUMPULAN E TUGASAN 1 : ULASAN KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN TOLAK DENGAN MENGUMPUL SEMULA DARI RATUS KE PULUH DAN PULUH KE SA DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK SITI AMIATUNAIM BT ABD HAMID L20101006009 SIMAH BT SERAT L20101006014 PENSYARAH : PROF. MADYA DR. HAJI ABD LATIF HAJI GAPOR 1
  • 2. MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN TOLAK DENGAN MENGUMPUL SEMULA DARI RATUS KE PULUH DAN PULUH KE SA OLEH Julaila Selamat Rosnah Embok Tang Rashidah Punawan SK Laksamana, Kota Tinggi, Johor. Kajian Tindakan yang ingin diulas ini bertajuk ‘Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menjawab Soalan Tolak Dengan Mengumpul Semula Dari Ratus Ke Puluh Dan Puluh Ke Sa’ yang telah dijalankan oleh Julaila Selamat, Rosnah Embok Tang dan Rashidah Punawan dari Sekolah Kebangsaan Laksamana, Kota Tinggi Johor. Kami memdapat jurnal ini melalui laman web http://www.arjpnj.com/ktindak/files/tolak.pdf. Limitasi pengkaji terhadap penyelidikan ini adalah pelajar kelas 3 Jaya dan 3 Maju iaitu seramai 11 orang pelajar sebagai sampel kajian, sembilan orang pelajar lelaki dan dua orang pelajar perempuan. Kami terpanggil untuk mengulas jurnal ini kerana kami merasakan teknik-teknik baru yang dikemukan oleh pengkaji adalah sesuatu yang menarik dan perlu diberi perhatian kerana teknik ini boleh diaplikasikan oleh guru-guru dari sekolah lain yang berhadapan dengan masalah yang hampir sama; di mana masih terdapat pelajar yang tidak menguasai teknik asas mengira walaupun pelajar tersebut sudah berada di tahun 3 persekolahan; sedangkan antara matlamat kerajaan untuk memastikan pelajar dapat menguasai 3 M (membaca, menulis dan mengira) di peringkat sekolah rendah. Hasil daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lepas pengkaji mendapati pelajar kelas tiga Jaya dan 3 Maju tidak menguasai kemahiran tolak dengan mengumpul semula. Hal ini dapat dibuktikan dengan penyemakan buku latihan dan merujuk kepada keputusan ujian bulan pertama. Kemudian pengkaji melakukan pemerhatian dan hasil pemerhatian pengkaji mendapati pelajar tidak memahami konsep pinjam sebelah dan kemudian kumpul semula. Malahan pelajar ini juga malas mengira, tidak berkeyakinan dan tiada motivasi dalaman. 2
  • 3. Secara amnya objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas Matematik menjawab soalan tolak dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh dan puluh ke sa. Manakala objektif utama kajian tindakan ini pula adalah untuk membantu pelajar menguasai kemahiran tolak dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh dan puluh ke sa melibatkan tiga digit dengan tepat menggunakan teknik pembilang EQ (Easy Quantifiers). Selain itu, objektif pengkaji juga adalah untuk meningkatkan penguasaan dan kepantasan pelajat dalam pengiraan yang melibatkan konsep ‘pinjam sebelah’ dan menambahkan keyakinan pelajar untuk menjawab soalan berkaitan penolakan, serta dapat menambahbaikan dan mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran matematik. Kami mendapati pengkaji menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat yang diperlukan untuk membantu pengkaji menganalisa data yang diperlukan seperti menggunakan kaedah pemerhatian, yang mana pengkaji mendapati sikap malas yang ada pada pelajar ini yang menyebabkan mereka tidak menguasai asas Matematik. Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah Ujian Pra dan Soal Selidik untuk mengumpul maklumat, yang mana daripada dua kaedah berkenaan, pengkaji mendapati 0% pelajar yang mendapat skor penuh, 36% pelajar mendapat skor kosong dalam ujian tersebut, dan 37% daripada pelajar tersebut menyatakan mereka tidak berminat dengan mata pelajaran Matematik. Selepas menganalisa data tersebut, pengkaji berpendapat bahawa pelajar tersebut perlu diberi rawatan klinikal, yang mana kelas klinikal tersebut telah dijalankan selama dua minggu. Semasa proses rawatan klinikal tersebut, pengkaji telah menjalankan tiga jenis aktiviti pembelajaran, iaitu Aktiviti Suluh, Aktiviti Litar EQ dan Latihtubi berterusan. Kami mendapati semasa proses rawatan klinikal ini dijalankan, pengkaji menyediakan beberapa senarai semak untuk membantu pengkaji melihat keberkesanan program yang dijalankan senarai semak pencapaian pelajar, senarai semak perubahan tingkah laku pelajar, graf pencapaian pelajar dan borang soal selidik. Aktiviti Suluh merupakan aktiviti permulaan sesi rawatan, yang mana melalui aktiviti ini pelajar diberikan penerangan mengenai konsep pengiraan yang melibatkan operasi tolak dengan ‘pinjam sebelah’. Penerangan konsep ini ditunjukkan secara tayangan slaid powerpoint. Penerangan powerpoint ini telah menyebabkan pelajar terpegun dan memberi sepenuh perhatian mereka kerana apabila berlaku sesuatu inovasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan tertarik dengan perubahan tersebut. Minat dan perhatian yang ditunjukkan oleh pelajar tersebut telah memberi implikasi positif dalam pembelajaran mereka. Pelajar-pelajar ini menunjukkan peningkatan dalam penguasaan pengiraan penolakan dengan konsep ‘pinjam sebelah’. Melalui aktiviti ini juga 3
  • 4. pelajar-pelajar ini dilihat mula melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana mereka mula menunjukkan minat untuk mencuba dan tampil ke hadapan untuk menjawab soalan yang diberikan. Apabila pengkaji mendapati peningkatan penguasaan kemahiran pengiraan pelajar semakin baik, pengkaji melaksanakan aktiviti yang kedua iaitu Aktiviti Litar EQ. Semasa Aktiviti Litar EQ ini dijalankan, pengkaji mendapati pelajar mengaplikasikan kemahiran ‘pinjam sebelah’ (yang digunakan semasa Aktiviti Suluh) sebelum menggunakan Pembilang EQ untuk menyelesaikan soalan yang diberi. Pengkaji mendapati Aktiviti Litar EQ ini juga berjaya menarik minat pelajar kerana semasa proses ini berjalan, pelajar semakin aktif untuk bertanyakan soalan kepada pengkaji berkaitan dengan Pembilang EQ. Aktiviti Litar EQ ini juga telah berjaya membantu pelajar untuk lebih menguasai teknik pengiraan tolak kerana pelajar ini dapat menyelesaikan setiap soalan yang diberikan. Setelah pengkaji memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Aktiviti Suluh dan Aktiviti Litar EQ, pengkaji menggunakan pendekatan behaviorisma untuk lebih memantapkan penguasaan pengiraan tolak pelajar. Pendekatan behaviorisma yang digunakan ialah kaedah Latih Tubi. Kaedah Latih Tubi ini digunakan sebagai pelengkap dan kesinambungan daripada dua aktiviti yang telah dijalankan. Pengkaji telah menggunakan Ujian Pos untuk melihat keberkesanan program yang telah dijalankan. Hasil yang telah ditunjukkan oleh pelajar tersebut adalah seperti di bawah: UJIAN PRA UJIAN POS SKALA BIL % SKALA BIL % Betul Semua 0 0 Betul Semua 4 37 Betul 7 – 9 0 0 Betul 7 – 9 4 37 Betul 3 – 6 0 0 Betul 3 – 6 1 9 Betul 1 – 2 7 64 Betul 1 – 2 2 17 Salah Salah 4 36 0 0 Semua Semua JUMLAH 11 100 JUMLAH 11 100 Berdasarkan jadual di atas, dapat dilihat bahawa pelajar tersebut telah berjaya untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam teknik asas penolakan. Hal ini kerana semasa Ujian Pra dijalankan, sebanyak 36% pelajar yang mendapat skor kosong, dan 0% pelajar 4
  • 5. yang mendapat skor penuh, tetapi setelah sesi rawatan klinikal dijalankan, pencapaian pelajar telah meningkat, di mana sebanayk 37% pelajar telah mendapat skor penuh dan 0% pelajar yang mendapat skor kosong. Hasil daripada ulasan di atas, kami mendapati rekabentuk kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah ‘Model Kemmis & McTaggart (1988)’, yang hanya menggunakan satu lingkaran sahaja seperti rajah di bawah ini:- Berdasarkan Model rekabentuk Kemmis & McTaggart (1988), setiap kajian yang dilakukan oleh pengkaji menggunakan prosedur seperti rajah 2 di bawah:- 5
  • 6. Mengenalpasti Masalah Merancang Melakukan Tindakan Refleksi Melaksanakan Tindakan dan Pemerhatian Prosedur pertama yang digunakan oleh pengkaji adalah mengenalpasti masalah kajian. Pengkaji mendapati pelajar tidak dapat menguasai kemahiran tolak dengan mengumpul semula nilai sebelah. Pengkaji mengenalpasti masalah ini melalui penyemakan buku latihan Matematik dan kemerosotan ujian bulanan pelajar untuk subjek ini. Setelah mengenalpasti masalah ini, pengkaji menjalankan beberapa kaedah untuk mengenalpasti pelajar sasaran dan faktor yang menyebabkan mereka lemah dalam penguasaan kemahiran tolak menggunakan teknik pinjam dan kumpul semula. Dalam prosedur kedua, pengkaji merancang kaedah yang sesuai untuk diguna pakai dalam menyelesaikan masalah tersebut. Pengkaji menggunakan tiga jenis kaedah, iaitu Aktiviti Suluh, Aktiviti Litar EQ dan Latih Tubi. Pengkaji menjalankan ketiga-tiga aktiviti ini melalui ‘rawatan klinikal’ yang dilaksanakan selama dua minggu. Prosedur berikutnya adalah melaksanakan tindakan dan pemerhatian ketiga-tiga aktiviti yang telah dirancang. Pengkaji menggunakan tayangan slaid powerpoint untuk menunjukkan cara menggunakan kaedah pinjam sebelah. Tayangan slaid ini merupakan satu inovasi kepada pelajar tersebut kerana kebiasaannya guru mengajar dengan menggunakan papan hitam, tidak menggunakan tayangan slaid. Hasil pemerhatian aktiviti ini murid terpegun dengan slaid yang ditunjukkan dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap slaid sehingga selesai penerangan. Aktiviti kedua menyusul selepas aktiviti pertama selesai dilaksanakan. Melalui Aktiviti Litar EQ, pelajar diberikan pembilang EQ setiap seorang. Pengkaji menggunakan gambar kartun pada pembilang tersebut untuk menarik perhatian pelajar. Pelajar mengaplikasikan kaedah pinjam sebelah yang telah diajar dalam aktiviti pertama tadi. Hasil pemerhatian aktiviti ini pula, murid pada mulanya agak 6
  • 7. sukar memahami kaedah ini namun murid boleh memperolehi hasil tolak selepas menggunakan pendekatan mesra murid. Aktiviti ketiga, iaitu Latih Tubi digunakan untuk memantapkan lagi pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap konsep tolak menggunakan kaedah pinjam dan kumpul semula. Prosedur terakhir yang diguanakan oleh pengkaji ialah melakukan refleksi atau penilaian kajian iaitu menilai keberkesanan aktiviti Suluh dan aktiviti Litar EQ dan membuat senarai semak data setiap murid sasaran untuk mengetahui perubahan semasa sama ada mengalami peningkatan atau tidak. Tiga penilaian yang dilakukan oleh pengkaji iaitu jadual pencapaian setiap murid sasaran dalam rawatan kritikal, jadual perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos dan graf pencapaian individu murid sasaran. Secara konklusinya pengkaji berpuas hati dengan pencapaian yang telah ditunjukkan oleh pelajar sasaran tersebut. Selain itu, pengkaji juga berharap agar guru yang mengajar pelajar yang lemah dalam Matematik untuk mengajar pelajar berkenaan dengan menggunapakai konsep ‘learning is fun’ dan ‘mathematic is fun’ untuk menarik minat pelajar tersebut terhadap Matematik. 7